///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Sijil Pelajaran News   Page 1    



UEC: Lepasan tahfiz sudah lama masuk IPTA guna SPM – Amar... - Mygazette - 16/05 3:25 pm

# UEC: Lepasan tahfiz sudah lama masuk IPTA guna SPM - Amar Abdullah KUALA LUMPUR Lepasan tahfiz sudah lama mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)





Desak dua menteri letak jawatan: Pandangan Hassan tak wakili PKR –... - Mygazette - 16/05 3:25 pm

# Desak dua menteri letak jawatan: Pandangan Hassan tak wakili PKR - Fuziah JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan gesaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim supaya Menteri Pendidikan Tinggi dan Menteri Pendidikan meletak jawatan berhubung isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai pandangan peribadinya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menjelaskan, isu pengiktirafan UEC bukan perkara baharu kerana kerajaan terdahulu juga pernah mengiktiraf sijil berkenaan dengan syarat tertentu termasuk memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lulus Bahasa Melayu dan Sejarah





UEC belum diiktiraf sepenuhnya, MCA desak DAP tunaikan janji lama UEC .. - Mygazette - 16/05 3:25 pm

Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng berkata, pengumuman tersebut sekadar langkah separuh jalan dan tidak boleh dianggap sebagai satu kejayaan besar seperti yang cuba digambarkan pihak tertentu. Menurut beliau, kerajaan sendiri mengakui bahawa UEC masih belum diiktiraf setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi kemasukan ke semua kursus di universiti awam





UEC ke IPTA: Jamal gesa UMNO keluar daripada kerajaan - Mygazette - 16/05 3:25 pm

# UEC ke IPTA: Jamal gesa UMNO keluar daripada kerajaan KUALA LUMPUR UMNO Bahagian Sungai Besar gesa semua kepimpinan parti Melayu itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya benar kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) secara rasmi





Perbincangan berkenaan UEC sudah puluhan tahun ??? Anwar - Mygazette - 16/05 3:25 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pengiktirafan UEC bukan perkara baharu kerana ia telah dibincangkan sejak beliau memegang portfolio Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu Katanya, meskipun keputusan itu dibuat, kerajaan menetapkan syarat tegas iaitu pelajar lepasan UEC perlu lulus atau memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi melayakkan mereka mengikuti pengajian di universiti awam. Malah ujar beliau, keadaan kini sudah berubah apabila kebanyakan sekolah persendirian Cina semakin menerima sistem pendidikan kebangsaan termasuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)





Import lima spesis udang dari Thailand disekat sementara - Mygazette - 16/05 3:25 pm

# Import lima spesis udang dari Thailand disekat sementara KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menguatkuasakan keperluan Sijil Analisis (CoA) ikan siakap dan menyekat sementara pengimportan lima spesis udang dari Thailand berkuatkuasa 1 Jun ini





Isu UEC: SPM akan hilang nilai standard pendidikan utama negara Haim - Sinarharian - 16/05 3:20 pm

ALOR SETAR Keputusan menerima kelayakan Unified Examination Certificate (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berpotensi memberi kesan besar terhadap kedudukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai standard utama pendidikan negara.Exco Pengajian Tinggi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, pengiktirafan berkenaan walaupun dengan syarat tertentu seperti kredit Bahasa Melayu dan lulus Sejarah, boleh memberi implikasi jangka panjang terhadap sistem pendidikan kebangsaan.Menurutnya, hal ini boleh mendorong lebih ramai pelajar memilih laluan alternatif berbanding sistem SPM yang menjadi asas pendidikan negara ketika ini."Lebih membimbangkan, kemasukan UEC ke IPTA akan mencipta insentif besar untuk lebih ramai meninggalkan arus pendidikan nasional





Kerajaan akan memperkenal TVET 2.0 tumpu bidang animasi, AI - Kosmo - 16/05 3:16 pm

IPOH – Kerajaan akan memperkenalkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) 2.0 ekoran kejayaan dilakar program tersebut selama ini





Lima spesies udang dari Thailand disekat masuk - Utusan - 16/05 2:55 pm

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menguatkuasakan keperluan Sijil Analisis atau Certificate of Analysis (CoA) bagi ikan siakap dari Thailand serta melaksanakan sekatan sementara terhadap lima spesies udang dari negara itu berkuat kuasa 1 Jun 2026





Tidak bercanggah dasar pendidikan negara jika lepasan UEC masuk IPTA - Mypress - 16/05 2:32 pm

PUTRAJAYA – Langkah kerajaan membenarkan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disifatkan tidak bercanggah dengan tunjang dasar pendidikan negara.…





Kerajaan struktur semula TVET, fokus bidang teknologi tinggi - Sinarharian - 16/05 2:32 pm

IPOH - Kerajaan telah melaksanakan penstrukturan semula kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi TVET 2.0 yang akan dilancarkan bulan depan bagi memberi fokus kepada bidang berteknologi tinggi selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan masa depan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu dibuat susulan kejayaan pelaksanaan TVET sedia ada dengan penambahbaikan terhadap kandungan kurikulum baharu.Menurutnya, TVET 2.0 akan memberi penekanan kepada bidang baharu seperti robotik, Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh diperbaharui."Di dalam TVET 2.0 ini kita akan memberikan tumpuan kepada kurikulum atau mata pelajaran yang menumpukan kepada TVET."Ertinya, di samping mengekalkan kursus-kursus tradisional yang ada, kita akan memperkasa dalam bidang robotik, IoT, AI, dan renewable energy serta bidang-bidang lain yang sangat-sangat diperlukan oleh pasaran," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah AIM TVET Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu.Ahmad Zahid berkata, penstrukturan itu turut membuka peluang lebih luas kepada pekerja gig termasuk penghantar makanan, penghantar barangan, pekerja industri perfileman serta sektor seni dan kebudayaan untuk meningkatkan kemahiran masing-masing.Menurutnya, sektor animasi turut diberi perhatian khusus memandangkan permintaan tinggi daripada syarikat antarabangsa yang kini banyak menawarkan kerja subkontrak kepada syarikat tempatan.Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dan penggubalan Akta TVET bagi memperkukuh ekosistem pendidikan kemahiran negara.Jelas beliau, Majlis TVET sedia ada berpotensi dinaik taraf kepada Suruhanjaya TVET Negara sekiranya mendapat kelulusan Kabinet seterusnya memperluaskan bidang kuasanya."Kita sedang mengadakan sesi libat urus dalam kalangan 12 kementerian yang dikoordinasikan di bawah Majlis TVET Negara dan kita juga akan pergi ke negeri-negeri untuk mendapat maklum balas."Sesi libat urus ini penting untuk mendapatkan maklum balas bagi mencari kaedah bagaimanakah akta dan suruhanjaya ini akan dapat memacu pembangunan TVET bukan hanya untuk tahun 2030 tetapi melepasi tahun 2050," katanya.Menyentuh mengenai laluan pelajar tahfiz ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Ahmad Zahid berkata, kerajaan mahu melahirkan lebih ramai huffaz profesional dalam pelbagai bidang.Jelasnya, lulusan tahfiz tidak hanya tertumpu dalam bidang Syariah dan Usuluddin tetapi bidang-bidang lain tanpa meninggalkan penguasaan al-Quran.





Kemasukan pelajar UEC ke IPTA kekal bersyarat, wajib lulus BM, Sejarah - PM - Sinarharian - 16/05 1:36 pm

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemasukan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetap tertakluk kepada syarat ketat sama seperti lulusan sekolah di luar sistem pendidikan kebangsaan yang lain.Beliau berkata, antara syarat utama bagi melayakkan mereka mendapat tempat di universiti awam ialah wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah."Sekarang ini sekolah antarabangsa kita letak syarat kan? (syarat sama), sekolah antarabangsa itu anak-anak Melayu ramai, anak-anak Malaysia





UEC: Negara tidak boleh korbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama keterbukaan - Sinarharian - 16/05 1:24 pm

SHAH ALAM - Negara tidak boleh mengorbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama keterbukaan tanpa menilai kesan jangka panjang terhadap identiti, perpaduan dan arah tuju pendidikan negara.Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kebimbangan itu timbul susulan perkembangan semasa mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)."Dasar Pendidikan Kebangsaan dibina atas tujuan yang jelas iaitu membentuk perpaduan nasional, memartabatkan Bahasa Melayu dan memastikan semua sistem pendidikan bergerak dalam satu kerangka negara bangsa yang sama."Apabila seorang tokoh pendidikan sendiri mula menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan semasa dasar kemasukan ke IPTA, ia memberi isyarat bahawa berlaku perubahan besar yang tidak boleh dipandang ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad mengusulkan 15 Mei sebagai tarikh rasmi terkuburnya Dasar Pendidikan Kebangsaan susulan kerajaan membenarkan calon lepasan UEC ke IPTA.Pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UKM itu secara sinis berkata, sekurang-kurangnya tarikh 'matinya' akan diingati oleh generasi akan datang.Media pada Khamis melaporkan, calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, kenyataan yang dibuat pakar pendidikan mengenai UEC wajar diberikan perhatian serius kerana ia menyentuh asas yang paling penting dalam sistem pendidikan negara iaitu kedudukan dan hala tuju Dasar Pendidikan Kebangsaan.Menurutnya, apabila laluan ke IPTA mula diperluaskan kepada sistem pendidikan yang tidak berasaskan kurikulum kebangsaan secara menyeluruh, maka timbul persoalan sama ada asas dasar berkenaan masih dipertahankan atau sedang dilonggarkan secara beransur-ansur."Lebih membimbangkan apabila dalam wacana ini, institusi tahfiz seolah-olah dijadikan perbandingan."Sedangkan hakikatnya institusi tahfiz di Malaysia telah lama menyesuaikan diri dengan sistem nasional melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelbagai program integrasi akademik."Justeru, negara tidak boleh mengorbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama keterbukaan tanpa menilai kesan jangka panjang," katanya.





UEC ke IPTA: Roboh sistem pendidikan nasional – Dr Haim - Harakahdaily - 16/05 1:19 pm

KUALA LUMPUR: Menerima lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke IPTA adalah titik bermulanya kerosakan besar terhadap falsafah pendidikan nasional dan struktur integrasi negara





'Itu pandangan peribadi' - Fuziah jawab desakan letak jawatan isu UEC - Sinarharian - 16/05 12:50 am

JOHOR BAHRU - "Itu pandangan peribadi mereka," ujar Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh mengenai gesaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim supaya Menteri Pendidikan meletak jawatan berhubung isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, pengiktirafan UEC bukan perkara baharu kerana kerajaan terdahulu juga pernah mengiktiraf sijil berkenaan dengan syarat tertentu termasuk memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.Menurutnya, perkara itu juga pernah diterima parti-parti lain sebelum ini dan tidak seharusnya dijadikan polemik."Itu pandangan peribadi beliau (Hassan Karim)





Isu UEC: 'Itu 40 tahun lalu, sekarang semua cakap Melayu' - PM - Sinarharian - 16/05 12:31 am

Tetapi pertemuan sekarang, semua wakil persatuan sudah bercakap dalam bahasa Melayu. Malah, lebih 80 peratus pelajar sekolah-sekolah Cina ini mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."Itulah sebabnya mengapa kita buat keputusan," katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini pada Sabtu.Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Anwar menegaskan bahawa keputusan kerajaan berhubung pengiktirafan UEC dibuat dengan pendekatan seimbang, termasuk menetapkan syarat wajib lulus atau kepujian dalam bahasa Melayu dan Sejarah.Katanya, syarat tersebut adalah terpakai kepada semua aliran sekolah termasuk sekolah antarabangsa, sekolah tahfiz dan sekolah aliran Arab."Dalam hidup ini mesti ada semangat tolak ansur





KPM umum 12 inisiatif utama sempena Hari Guru - Sinarharian - 16/05 11:51 am

IPOH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 12 inisiatif utama sempena Hari Guru yang memberi tumpuan kepada kebajikan serta pembangunan profesional warga pendidik, termasuk pemansuhan sistem perekodan kokurikulum secara manual bagi mengurangkan beban tugas guru.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, langkah memansuhkan perekodan manual itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM memperkasa profesion keguruan dan meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah.Menurut beliau, sekolah juga diberikan autonomi untuk menguruskan perekodan sebelum maklumat kokurikulum murid dimasukkan ke dalam Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)."Selain itu, saya juga telah mengarahkan supaya sistem PAJSK disepadukan dengan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi memastikan urusan lebih sistematik dan efisien."Hapus satu sistem, bermakna guru boleh fokus kepada kelas dan murid," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini pada Sabtu.Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, antara inisiatif diumumkan ialah pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap 1 dan Tahap 2 diteruskan secara percuma kepada semua guru bagi memperkukuh literasi digital.Menurutnya, Malaysia kini diiktiraf sebagai negara nombor satu dunia bagi jumlah pendidik bertauliah Google dengan 60,000 pemegang sijil Tahap 1 dan 33,000 pemegang sijil Tahap 2."Kos bagi setiap guru ialah RM40 untuk Tahap 1 dan RM100 untuk Tahap 2, dan ini ditanggung sepenuhnya bagi memastikan guru terus kompeten dalam teknologi," katanya.Beliau turut memaklumkan KPM memperkenalkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) khas kepada guru di kawasan pedalaman termasuk sekolah rintangan di bawah Program Khas seperti sekolah dalam hospital, sekolah terapung dan sekolah pedalaman di kawasan P1, P2 serta P3.Selain itu, Biasiswa Perguruan Persekutuan turut diperluas kepada pemimpin sekolah seperti guru besar, pengetua dan penolong kanan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana.Bagi memperkasa pembelajaran digital, KPM memperkenalkan Projek Network Offline Digital Environment (NODE) yang membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan tanpa capaian internet, khususnya di kawasan pedalaman.Sebanyak RM1 juta diperuntukkan menerusi Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi memperkukuh pelaksanaan projek berkenaan.Pada masa sama, kerajaan turut memperuntukkan RM169 juta untuk membekalkan peranti kepada semua sekolah sebagai persediaan pelaksanaan kurikulum baharu pada 2027.Dari sudut kebajikan guru, tambahan RM100 juta disediakan bagi penyelenggaraan bilik guru menjadikan jumlah keseluruhan RM200 juta termasuk penyediaan kemudahan seperti penghawa dingin dan peralatan sokongan."Kita mahu kesejahteraan guru benar-benar dimaknakan dalam persekitaran kerja yang selesa dan kondusif," katanya.Selain itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk kerja penyelenggaraan kuarters guru bagi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan tempat tinggal terus terjamin.Dalam usaha memperkasa pendidikan awal kanak-kanak, KPM turut melaksanakan Program PAKAT di peringkat prasekolah bagi memupuk budaya membaca melalui kerjasama antara guru dan ibu bapa.Sebanyak RM10.5 juta diperuntukkan bagi penyediaan bahan bacaan tambahan untuk 10,515 kelas prasekolah di seluruh negara.Tambah beliau, peruntukan RM122.4 juta turut disalurkan terus ke sekolah bagi pelaksanaan program STEM dan TVET bagi memberi peluang kepada guru melaksanakan aktiviti secara praktikal di sekolah.Sebagai penghargaan kepada warga pendidik, Yayasan Guru Tun Hussein Onn turut menyediakan sumbangan RM1,000 kepada guru yang anak mereka memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.Dalam menghadapi cabaran kos sara hidup pula, KPM mengumumkan potongan 50 peratus sewaan kantin sekolah bagi tempoh enam bulan pertama untuk membantu pengusaha mengekalkan harga makanan yang berpatutan dan berkualiti.Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan Guru Bitara Nadi Negara yang menekankan peranan guru sebagai tonggak utama dalam melahirkan modal insan berkualiti demi kestabilan sosial dan pembangunan ekonomi negara





Sistem perekodan kokurikulum secara manual dimansuhkan - Fadhlina - Sinarharian - 16/05 11:32 am

IPOH - Sistem perekodan kokurikulum secara manual dimansuhkan sebagai langkah mengurangkan beban tugas guru.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pemansuhan itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasa profesion keguruan serta meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah.Menurutnya, pihak sekolah turut diberikan autonomi untuk menguruskan perekodan sebelum maklumat kokurikulum murid dimasukkan ke dalam Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)."Selain itu, saya juga telah mengarahkan supaya sistem PAJSK disepadukan dengan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi memastikan urusan lebih sistematik dan efisien."Hapus satu sistem, bermakna guru boleh fokus kepada kelas dan murid," katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini pada Sabtu.Majlis dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.Dalam pada itu, Fadhlina turut mengumumkan 11 lagi inisiatif utama sebagai Ikhtiar Hari Guru yang memberi fokus kepada kebajikan dan pembangunan profesional warga pendidik.Semua inisiatif tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina ekosistem pendidikan yang lebih kukuh dengan sokongan menyeluruh kepada guru sebagai tunjang utama negara.Antaranya, pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap 1 dan Tahap 2 akan diteruskan secara percuma kepada semua guru bagi memperkukuh literasi digital.Fadhlina berkata, Malaysia kini diiktiraf sebagai negara nombor satu dunia bagi jumlah pendidik bertauliah Google, melibatkan 60,000 pemegang sijil Tahap 1 dan 33,000 pemegang sijil Tahap 2."Kos bagi setiap guru ialah RM40 untuk Tahap 1 dan RM100 untuk Tahap 2, dan ini ditanggung sepenuhnya bagi memastikan guru terus kompeten dalam teknologi," jelasnya.Beliau turut memaklumkan, KPM memperkenalkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) khas kepada guru di kawasan pedalaman termasuk sekolah rintangan di bawwh ProKhas seperti sekolah dalam hospital, sekolah terapung serta sekolah pedalaman di kawasan P1, P2 dan P3.Selain itu katanya, Biasiswa Perguruan Persekutuan turut diperluas kepada pemimpin sekolah seperti guru besar, pengetua dan penolong kanan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana."Dalam usaha memperkasa pembelajaran digital, KPM turut memperkenalkan Projek Network Offline Digital Environment (NODE) bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran diteruskan tanpa capaian internet, khususnya di kawasan pedalaman."Sebanyak RM1 juta diperuntukkan menerusi Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi memperkukuh pelaksanaan projek ini," katanya.Pada masa sama Fadhlina berkata, kerajaan memperuntukkan RM169 juta untuk membekalkan peranti kepada semua sekolah sebagai persediaan pelaksanaan kurikulum baharu 2027.Dari aspek kebajikan pula, tambahan RM100 juta disediakan bagi penyelenggaraan bilik guru, menjadikan jumlah keseluruhan RM200 juta, termasuk kemudahan seperti penghawa dingin dan peralatan sokongan."Kita mahu kesejahteraan guru benar-benar dimaknakan dalam persekitaran kerja yang selesa dan kondusif," katanya.Selain itu, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan kuarters guru untuk memastikan aspek keselamatan dan keselesaan tempat tinggal terus terjamin.Dalam memperkasa pendidikan awal, KPM turut memperkenalkan Program PAKAT di peringkat prasekolah bagi menyemarakkan budaya membaca melibatkan kerjasama guru dan ibu bapa.Fadhlina berkata, sebanyak RM10.5 juta diperuntukkan bagi penyediaan bahan bacaan tambahan untuk 10,515 kelas prasekolah di seluruh negara.Tambah beliau, peruntukan sebanyak RM122.4 juta disalurkan terus ke sekolah bagi pelaksanaan program STEM dan TVET, sekali gus memberi ruang kepada guru melaksanakan program secara hands-on di peringkat sekolah."Sebagai tanda penghargaan, Yayasan Guru Tun Hussein Onn turut menyediakan sumbangan RM1,000 kepada guru yang anak mereka memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025," kataya.Sementara itu, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup, KPM turut mengumumkan potongan 50 peratus sewaan kantin sekolah bagi tempoh enam bulan pertama.Fadhlina berkata, langkah itu diharap dapat membantu pengusaha mengekalkan harga makanan yang berpatutan dan berkualiti untuk warga sekolah.Sambutan tahun ini bertemakan 'Guru Bitara Nadi Negara' menekankan peranan guru sebagai model atau 'bitara' utama dalam membentuk modal insan bermutu yang bakal menjadi tulang belakang ekonomi serta kestabilan sosial negara





Iktiraf UEC buka pintu malapetaka – Dewan Ulamak PAS - Harakahdaily - 16/05 9:49 am

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat membidas sekeras-kerasnya sikap serta kecelaruan kerajaan berhubung isu kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)





934 pelajar cemerlang SPM terima penghargaan - Sinarharian - 16/05 9:45 am

Sekurang-kurangnya ia memberi semangat dan keyakinan kepada kami untuk terus melangkah ke hadapan demi mencapai cita-cita pada masa depan."Saya harap lebih banyak program seperti ini dapat diteruskan kerana ia benar-benar memberi motivasi kepada pelajar untuk terus berjaya. Insya-ALLAH, saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin, " kata Ahmad Nawawi.Bagi Lee Wen Jing Veronica yang memperolehi keputusan 5A, pengiktirafan yang diterima disifatkan sebagai penghargaan paling bermakna terhadap segala usaha, pengorbanan dan kerja keras yang dicurahkan sepanjang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."Saya bersyukur dan sangat menghargainya





UEC tidak diiktiraf ke program Asasi KIAS Kelantan - Harakahdaily - 16/05 9:26 am

KOTA BHARU: Kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak termasuk dalam syarat akademik yang diiktiraf bagi kemasukan ke program Asasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)





Isu UEC: Syarat apa yang Dong Zong nyatakan? - KPT - Sinarharian - 16/05 9:11 am

PUTRAJAYA - Syarat kelayakan untuk pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) masih belum dimuktamadkan setakat ini, kata ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Azlinda Azman.Beliau mempersoal kritikan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) terhadap KPT yang mendakwa dasar tersebut gagal memenuhi prinsip kesaksamaan pendidikan.Persatuan itu turut menyatakan pengumuman KPT pada semalam yang membenarkan pemegang UEC dari Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMP) memohon ke universiti awam bersifat 'kabur', selain mengenakan pelbagai sekatan.Namun Azlinda menegaskan tiada apa yang kabur kerana pihak universiti telah menggariskan syarat dan peraturan untuk para calon yang layak serta memenuhi kriteria dan standard IPTA."Sebenarnya tidak kabur Kita (KPT) di peringkat universiti telah ada syarat-syarat kita," katanya lagi.Semalam, KPT mengumumkan selain SMPC lepasan sekolah, institusi tahfiz turut berpeluang mengikuti beberapa program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Keputusan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA





Higher Education DG: SPM remains the baseline for public varsity entry; .. - Sinchew - 16/05 8:04 am

Higher Education DG: SPM remains the baseline for public varsity entry; UEC still not fully recognised. PUTRAJAYA: A student holding a full Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) certificateincluding those from Chinese Independent High Schools (UEC holders) and religious schoolsis eligible to apply for diploma, matriculation, and foundation courses at public universities (IPTA)





UEC: Negara tak boleh korbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

Namun, apabila laluan ke institusi pengajian tinggi awam mula diperluaskan kepada sistem pendidikan yang tidak berasaskan kurikulum kebangsaan secara menyeluruh, maka timbul persoalan sama ada asas dasar ini masih dipertahankan atau sedang dilonggarkan secara beransur-ansur, katanya menerusi Facebook malam ini. Lebih membimbangkan, kata Zainul Rijal, apabila dalam wacana ini, institusi tahfiz seolah-olah dijadikan perbandingan, sedangkan hakikatnya institusi tahfiz di Malaysia telah lama menyesuaikan diri dengan sistem nasional melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelbagai program integrasi akademik





Iktiraf UEC mungkin untuk pastikan sokongan berterusan DAP kepada Kerajaan .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

# Iktiraf UEC mungkin untuk pastikan sokongan berterusan DAP kepada Kerajaan Madani - Muhyiddin KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Kerajaan Madani mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)dibuat secara tergesa-gesa





UEC: Dong Zong kecewa, sifatkan persetujuan sekadar langkah separuh hati - Mygazette - 16/05 8:04 am

Menurutnya, berdasarkan pengumuman Jabatan Pendidikan Tinggi, terdapat dua mekanisme berbeza bagi pelajar UEC yang memohon kemasukan ke universiti awam. Dakwanya, pemegang UEC yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh dibenarkan memohon semua program pengajian melalui sistem UPUOnline, manakala pelajar yang hanya mengambil dan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM pula dihadkan kepada empat program pengajian yang berkaitan dengan bahasa Cina sahaja





Terima UEC sukarkan lagi perpaduan kaum ??? Isham Jalil - Mygazette - 16/05 8:04 am

# Terima UEC sukarkan lagi perpaduan kaum Isham Jalil KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menyifatkan keputusan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan lebih menyukarkan perpaduan kaum di negara ini





Ikut dasar pendidikan negara, bukan tebuk sana- sini -Akmal - Mygazette - 16/05 8:04 am

# Ikut dasar pendidikan negara, bukan tebuk sana- sini -Akmal KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu dikekalkan menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja tanpa pengecualian kepada mana-mana aliran termasuk UEC dan tahfiz





`Kita buka laluan, bukan pengiktirafan’ – Ketua Pengarah .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

# `Kita buka laluan, bukan pengiktirafan' - Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi PUTRAJAYA - Kelonggaran lepasan tahfiz mengikuti program di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan sekadar alasan untuk membuka laluan kepada calon Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)





15 Mei hari terkuburnya Dasar Pendidikan Kebangsaan? ??? Anuar - Mygazette - 16/05 8:04 am

# 15 Mei hari terkuburnya Dasar Pendidikan Kebangsaan? Anuar KUALA LUMPUR - Keputusan Kabinet membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mencetuskan persoalan berkenaan kedudukan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang merupakan dokumen rasmi pendidikan negara





UEC: Akses pendidikan harus diperluas, bukan dinafikan ??? Anthony Loke - Mygazette - 16/05 8:04 am

# UEC: Akses pendidikan harus diperluas, bukan dinafikan Anthony Loke KUALA LUMPUR Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mempersoalkan tindakan pembangkang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) termasuk pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), untuk melanjutkan pengajian dalam program terpilih di universiti awam (UA)





UEC: Bukan keputusan UMNO semata-mata – Nurulhidayah - Mygazette - 16/05 8:04 am

# UEC: Bukan keputusan UMNO semata-mata - Nurulhidayah KUALA LUMPUR - Keputusan berkaitan kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan keputusan seorang menteri secara individu, apatah lagi keputusan UMNO semata-mata





Samakan lepasan tahfiz dengan UEC pengkhianatan terhadap sistem pendidikan .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

# Samakan lepasan tahfiz dengan UEC pengkhianatan terhadap sistem pendidikan kebangsaan - Pas KUALA LUMPUR Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Mohd Amar Abdullah menyifatkan tindakan menyamakan lepasan tahfiz dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)adalah tidak tepat dan tidak wajar. Ini kerana, menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat itu, lepasan tahfiz telah lama mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk layak ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sama seperti pelajar sekolah di aliran perdana Kementerian Pendidikan (KPM)





UEC: Jangan jadi ???hero??? bermusim, Pas sendiri pernah buka ruang .. - Mygazette - 16/05 8:04 am

# UEC: Jangan jadi hero bermusim, Pas sendiri pernah buka ruang - AMK KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan polemik berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ketika ini lebih dipenuhi retorik politik berbanding fakta sebenar dasar pendidikan negara





UMNO iktiraf UEC sejak 2018 - PKR - Sinarharian - 16/05 12:31 am

SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa UMNO pernah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pada tahun 2018.Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan, Amidi Abdul Manan berkata, kebenaran untuk lulusan UEC melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) dibuat oleh kerajaan ketika itu."Bersungguh-sungguh pihak Pas memainkan naratif Kerajaan Madani tunduk dengan kehendak DAP untuk menutup serangan kepada Setiausaha Majlis Syura Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi."Namun satu fakta yang kita perlu sedari, kebenaran untuk lulusan UEC melanjutkan pengajian ke IPTA dibuat pada tahun 2018 oleh parti Melayu terbesar iaitu UMNO," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau mendakwa Barisan Nasional (BN) yang diterajui Datuk Seri Najib Razak ketika itu amat terdesak untuk mendapatkan undi kaum Cina dengan mengembalikan MCA sebagai parti pilihan.Tambah Amidi, UMNO turut bersetuju untuk melanjutkan pajakan 99 tahun kepada sebuah Sekolah Menengah Persendirian (SMP) Chung Hwa, Kuala Lumpur."Operasi sebuah universiti swasta dari Tanah Besar Cina juga mendapat kelulusan ketika negara diterajui oleh parti Melayu terbesar pada tahun 2018."Menteri Pendidikan Tinggi ketika itu juga datang dari parti UMNO iaitu Datuk Seri Idris Jusoh."Namun apakan daya, walau sebegitu hebat tawaran yang diletakkan dalam manifesto BN ketika itu, UMNO/BN akhirnya terpaksa meninggalkan Putrajaya," katanya lagi.Ujar beliau, UMNO perlu memberikan justifikasi terhadap keputusan yang pernah dibuat itu selaku parti mewakili Melayu.Pada Khamis, kerajaan bersetuju membuka laluan kemasukan ke IPTA kepada pelajar lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) bagi mengikuti program pengajian tertentu.Langkah itu bagaimanapun mencetuskan perdebatan daripada pelbagai pihak terutama dalam kalangan pembangkang.





Silibus UEC Tidak Diiktiraf, Hanya Buka Laluan Mohon IPTA - KPT - Siakapkeli - 15/05 11:40 pm

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjelaskan bahawa silibus Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak diiktiraf, sebaliknya hanya membuka lalua





Kaji semula pengiktirafan sijil UEC - Muhyiddin - Sinarharian - 15/05 11:01 pm

SHAH ALAM Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai "hadiah paling buruk" sempena sambutan Hari Guru tahun ini.Beliau mendakwa tindakan itu merupakan pengkhianatan terhadap usaha guru-guru yang komited menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan





UEC: Langkah awal rintis pengiktirafan, perlu semakan semula - Pemuda Pas - Sinarharian - 15/05 10:11 pm

Pada hujung tahun 2025, Perdana Menteri menegaskan bahawa penguasaan Bahasa Melayu perlu diperkasakan terlebih dahulu sebelum sebarang cadangan pengiktirafan terhadap UEC dipertimbangkan."Demikian juga pendirian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini yang menegaskan bahawa isu pengiktirafan UEC perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kedudukan Bahasa Melayu."KPT juga menyatakan bahawa isu ini tidak boleh diputuskan berdasarkan tekanan politik atau tuntutan mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ujarnya, bagaimanapun tindakan membuka laluan rasmi kepada lepasan UEC memasuki IPTA bagi program tertentu seperti membuka kotak pandora."Apakah jaminan kelompok tertentu akan berhenti membuat tuntutan untuk mendapat pengiktirafan penuh dalam keadaan Perdana Menteri semasa bergantung harap kepada DAP untuk berada di posisi tersebut?"Alasan inklusiviti yang dikemukakan kerajaan juga sangat tempang. Sistem pendidikan kebangsaan melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sememangnya sudah bersifat inklusif dan terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama."Jika ada pihak memilih untuk berada di luar sistem arus perdana melalui aliran Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan UEC, mengapa kerajaan pula perlu berkompromi terhadap dasar yang menyentuh soal identiti nasional dan pembinaan negara bangsa?" katanya.Menurutnya, kerajaan terdahulu mengambil iktibar daripada tragedi hitam 13 Mei 1969 dengan memperkukuhkan identiti nasional melalui bahasa, pendidikan dan budaya kebangsaan.Ujarnya, formula itu yang sepatutnya diteruskan demi mencapai cita-cita perpaduan negara sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara."Tatkala penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan sebahagian masyarakat bukan bumiputera masih berada pada tahap membimbangkan dan polarisasi kaum semakin ketara, keputusan kerajaan ini berpotensi melebarkan lagi jurang perkauman dalam negara."Apakah Jemaah Menteri miliki formula yang lagi ampuh untuk proses pembinaan negara bangsa yang aman dan bersatu?"Justeru, Pemuda Pas menggesa Jemaah Menteri menyemak semula keputusan ini demi kesejahteraan rakyat dan perpaduan negara," katanya.Menurutnya, pihaknya akan terus menggerakkan siri bantahan besar-besaran dalam kerangka Perlembagaan dan demokrasi sehingga Jemaah Menteri menarik balik keputusan berkenaan.





Bukannya isu Melayu tergadai, PN beri laluan kepada UEC tiada pula bantah - Harapandaily - 15/05 9:32 pm

Oleh JAMZURI ARDANI Politik Malaysia didominasikan oleh sentimen, bukan fakta





Demi anak autisme, guru beralih bidang raih anugerah khas Menteri Pendidikan - Sinarharian - 15/05 9:23 pm

IPOH - Demi membantu pembelajaran anak tunggalnya yang disahkan menghidap Autisme Spectrum Disorder (ASD), seorang guru sanggup beralih bidang daripada mengajar seni kepada aliran pendidikan khas.Keputusan itu bukan sahaja mengubah haluan kerjaya, Dr Velerie Wheelervon Primus, 37, malah membawa kepada pengiktirafan apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Menteri Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di sini pada Jumaat.Beliau menyifatkan anugerah yang diterima bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi simbol kepada kekuatan seorang bapa dan guru yang tidak pernah berputus asa demi masa depan anak serta murid-muridnya."Semua ini bermula kerana anak saya, Nogah





KPT perjelas kemasukan lepasan UEC ke IPTA masih dalam penelitian - Mypress - 15/05 9:19 pm

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan garis panduan berkaitan kemasukan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) masih belum diumumkan secara rasmi





'Pelik, kenapa bantah? Anthony Loke pertahan perluasan akses UEC ke IPTA - Sinarharian - 15/05 8:33 pm

KUALA LUMPUR - Tindakan pihak pembangkang yang mempertikaikan usaha memperluas akses pendidikan tinggi kepada rakyat Malaysia adalah sesuatu yang pelik, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.Beliau berkata, keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan kemasukan calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke program tertentu di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan pendidikan bersifat inklusif.Anthony berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang kepada lepasan sistem pendidikan di luar Kementerian Pendidikan (KPM)."Ini komitmen kerajaan untuk memberikan laluan kepada lepasan sistem pendidikan di luar KPM untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA





What is UEC and why is it so controversial in Malaysia? Explained - Sinardaily - 15/05 8:06 pm

SHAH ALAM - The Unified Examination Certificate (UEC) has once again become talk of the town after Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim confirmed that the Cabinet had approved new admission pathways for graduates from Chinese Private Secondary Schools (SMPC) or holders of the UEC into Malaysias public universities.However, Anwar stressed that all students, regardless of their stream of study, must still meet the national requirement of passing the Bahasa Melayu and History subjects at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level.While supporters described it as a step toward inclusivity and equal educational opportunities, critics raised concerns about national education standards and the role of Bahasa Melayu.For many Malaysians, however, the UEC remains poorly understood despite being debated for decades.So what exactly is the UEC, who takes it and why has it become one of Malaysias most politically sensitive education issues?What is the UEC?The UEC is a standardised examination mainly taken by students studying in Chinese Independent High Schools in Malaysia.These schools are also commonly referred to as Chinese Private Secondary Schools (SMPC).Unlike national secondary schools, Chinese Independent High Schools operate independently and mainly use Mandarin as the medium of instruction.The UEC examination is administered by Dong Zong, also known as the United Chinese School Committees Association of Malaysia.The examination was first introduced in 1975 and has been conducted for nearly 50 years.Today, there are around 60 Chinese Independent High Schools across Malaysia.Why do Chinese Independent High Schools exist?To understand the UEC, it is important to first understand Malaysias education history.After independence, the government introduced the Education Act 1961 as part of efforts to standardise the national education system.Chinese secondary schools at the time were encouraged to convert into English-medium national schools in order to receive government funding and recognition.While many schools accepted the transition, some chose to remain independent to preserve Chinese-medium education and their existing education system.These schools eventually became known as Chinese Independent High Schools.Because they were no longer fully part of the national education system, students from these schools needed their own standardised examination system.This led to the creation of the UEC.What subjects do UEC students study?Many people mistakenly assume that UEC students only study Chinese language subjects.In reality, students take a wide range of academic subjects similar to those offered in other secondary schools.These include mathematics, science, commerce, arts, literature and languages





UEC, tahfiz leavers entering IPTA to receive government subsidies via mainstream channel - Sinardaily - 15/05 8:04 pm

She said this when asked about the tuition fee financing mechanism for students from outside the national education system, namely Chinese Independent High Schools (SMPC), the Unified Examination Certificate (UEC) and tahfiz (religious schools) who are admitted to public universities.Previously, education expert Dr Anuar Ahmad expressed the view that students from outside the national education system should not enjoy government funding.The Deputy Director of the Malaysian Institute of Inclusive Development and Advancement, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), stated that the issue of education subsidies must be viewed fairly in relation to students who have been within the national education system from the very beginning.However, Azlinda said the government opened this admission avenue to ensure higher education access is more inclusive.We are providing this space, and we are sincerely offering this opportunity through the mainstream channel, she said. The Higher Education Ministry reported on Thursday that the government is allowing school leavers from SMPC, UEC and tahfiz institutions the opportunity to pursue specific identified programmes at universities.The move was agreed upon based on a Cabinet meeting decision on the admission pathways into IPTAs for students from outside the national education system.For candidates from these streams who also hold a full Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) qualification, they can apply for any study programme offered through the UPU Online system





Ti Lian Ker: UEC approval same as BNs past offer, now weaponised to corner Perikatan Nasional - Sinardaily - 15/05 7:47 pm

SHAH ALAM - The governments decision to approve public university admission pathways for Unified Examination Certificate (UEC) holders is a calculated political maneuver designed to outmaneuver the Opposition and reshape the country's electoral battlefield, says MCA's Datuk Seri Ti Lian Ker.Responding to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahims announcement that the Cabinet has greenlit the entry of Chinese Private Secondary School (SMPC) graduates into public institutions, Ti asserted that the long-standing UEC issue has never been purely about education policy.Instead, he said it has always been deeply tied to political positioning, identity management and electoral strategy.By tying the approval to compulsory passes in Bahasa Melayu (BM) and History at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level, he argued that the current administration is attempting to neutralise a historical grievance among Chinese education groups.Simultaneously, he said they are framing the move within a narrative of "national integration" to maintain necessary safeguards.The strategy behind this move follows a clear, four-pronged political blueprint, said Ti."First, it offers limited recognition and distinct pathways to UEC students."Second, it maintains Malay-centric safeguards through the mandatory SPM BM and History requirements."Third, it presents the policy to the public as an "inclusive but controlled" compromise."Finally, it forces political opponents into a difficult, highly reactive corner," he told Sinar Daily.Ti pointed out a striking political irony in the current discourse, revealing that the exact terms of approval now being executed by the Unity government were previously offered by former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak under the Barisan Nasional (BN) administration.At the time, he said those identical conditions were rejected and heavily objected to by the DAP and Chinese educationalists.Ti observed that not many people are going to split hairs or recall that DAP objected to the very same terms of approval proposed by BN before





'KPT tidak iktiraf sukatan pelajaran UEC, sekadar beri laluan' - Sinarharian - 15/05 7:39 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tetap tidak mengiktiraf sukatan pelajaran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Ketua Pengarah KPT, Datuk Azlinda Azman.Beliau berkata, sebaliknya KPT sekadar memberi laluan kepada lepasan sijil itu untuk mengikuti kursus tertentu di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Azlinda berkata, pihak universiti juga akan menilai syarat-syarat dan kriteria pelajar berkelulusan UEC yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA."Sekali lagi saya tekankan, ini bukan soal pengiktirafan sllyabus (sukatan pelajaran) UEC, yang penting kita memberi laluan tersebut," katanya semasa sidang media di sini hari ini.Azlinda turut menegaskan, Senat Universiti tidak akan berkompromi dalam menentukan kualiti dan standard permohonan yang akan dibuka pada 30 Jun depan untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).Jelasnya, semua permohonan kemasukan ke IPTA akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik, serta tertakluk kepada penilaian dan keputusan Senat Universiti."Tiada siapa yang boleh campur tangan, jadi mereka (Senat Universiti) ada kriterianya," katanya.Pada masa sama beliau turut menjelaskan hanya tiga universiti yang dibuka untuk permohonan lulusan UEC dengan melibatkan empat program.Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).Manakala program yang dibuka ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Bahasa Cina dengan Pendidikan.Tambahnya, KPT juga masih belum berhasrat memperluas ke program lain sebaliknya hanya menumpukan kepada empat program berkenaan sahaja.Semalam, KPT mengumumkan selain SMPC lepasan sekolah, institusi tahfiz turut berpeluang mengikuti beberapa program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Keputusan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Azlina turut mengesahkan keputusan Kabinet adalah keputusan dasar yang tidak perlu dibawa ke Parlimen





UEC admission to public universities highly restructured, not 'open-door' recognition, says AMK - Sinardaily - 15/05 7:21 pm

They must pass Bahasa Melayu and History under the Malaysian Examination Board."They cannot simply enter any IPTA course they like, such as Medicine or Engineering. Instead, this pathway is strictly restricted to specific programmes, such as Chinese Language Studies, Chinese Linguistics, and fields related to mother-tongue languages," he said in a statement on Facebook on Friday.Danish said this in response to statements made by Pas Information Chief Ahmad Fadhli Shaari and Umno Youth Chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, both of whom criticised the Cabinets decision to open opportunities for tahfiz (religious school) and UEC school leavers to pursue identified programmes at IPTAs.Ahmad Fadhli had claimed that the government's announcement regarding tahfiz leavers was merely a "magic trick" designed to camouflage its true agenda of recognising the UEC.Meanwhile, Dr Akmal asserted that admission to public universities must strictly require Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) qualifications, with no exemptions given to any stream, including UEC and tahfiz.He maintained that all students wishing to pursue higher education at IPTAs must sit for the SPM examinations, in line with the established national education policy.Commenting further, Danish stressed that admission to IPTAs is still entirely subject to merit, university requirements and the approval of the university senate."So, where is this 'betrayal' they are trying to portray? I would also like to remind Ahmad Fadhli and Akmal Saleh not to twist facts just for cheap political mileage, causing unnecessary fear among the public."Today's public is smarter





'Iktiraf UEC buka pintu malapetaka buat masa depan negara' - Dewan Ulamak Pas - Sinarharian - 15/05 6:51 pm

SHAH ALAM - Sebarang bentuk pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah bercanggah dengan semangat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan bakal membuka pintu malapetaka buat masa depan negara.Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, oleh itu kerajaan digesa untuk segera bertegas dan menghentikan agenda mengarut pengiktirafan UEC ini.Menurutnya, dalam masa sama semua pihak tidak boleh berdiam diri melihat sistem pendidikan negara dan masa depan anak bangsa dirosakkan oleh percaturan politik yang sempit."Jika kerajaan tetap berdegil melaksanakan agenda dari pihak-pihak tertentu, satu gerakan selaras undang-undang mesti diambil terhadap keputusan yang membelakangkan perlembagaan ini."Pengumuman kelulusan Kabinet pada hari Khamis yang lalu jelas membuktikan pentadbiran ini tidak bertegas, tidak mempunyai hala tuju dasar yang jelas dan hanya membuat keputusan secara semberono."Tindakan cuba menyelitkan dan mencampuradukkan pengiktirafan UEC bersama-sama dengan lepasan institusi tahfiz adalah satu helah kosmetik yang sangat dangkal," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Tambah Mohd Nor, hakikatnya, sistem pendidikan yang bersifat 'multipolar' atau pelbagai aliran terbukti telah gagal menjadi medium penyatuan.Jelasnya, realiti pada hari ini, perpaduan rakyat gagal dipupuk dari rebung, manakala kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penyatuan terus gagal diperkasa di sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan."Hal ini secara langsung terus melebarkan jurang sosial dan menggagalkan usaha asimilasi serta penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini."Langkah mengiktiraf sistem yang meminggirkan dasar kebangsaan pastinya membawa mafsadah (kerosakan) yang jauh lebih besar kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan kelestarian identiti negara berbanding sedikit manfaat politik yang cuba diraih oleh pihak tertentu," ulasnya.





Kemasukan lepasan UEC ke IPTA bukan secara 'pintu terbuka' AMK - Sinarharian - 15/05 6:50 pm

Mereka wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia."Mereka juga bukan boleh masuk sesuka hati ke semua kursus IPTA seperti Perubatan atau Kejuruteraan. Sebaliknya, laluan itu hanya melibatkan program-program tertentu seperti Pengajian Bahasa Cina, Linguistik Cina dan bidang berkaitan bahasa ibunda sahaja," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.Beliau berkata demikian membidas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mengkritik keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri membuka peluang kepada calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta UEC untuk mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.Ahmad Fadhli mendakwa pengumuman kerajaan mengenai peluang kemasukan lepasan tahfiz ke program tertentu di IPTA hanyalah satu taktik 'silap mata' bagi mengaburi agenda sebenar berkaitan pengiktirafan UECMuhamad Akmal pula menegaskan, kemasukan ke IPTA perlu dikekalkan menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja tanpa pengecualian kepada mana-mana aliran termasuk UEC dan tahfiz.Kata beliau, semua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA wajib mengambil SPM selaras dengan dasar pendidikan negara yang telah ditetapkan.Mengulas lanjut, Danish menegaskan, kemasukan ke IPTA itu semuanya masih tertakluk kepada merit, syarat universiti dan kelulusan Senat Universiti."Jadi di mana pengkhianatan yang mereka cuba gambarkan? Saya juga ingin mengingatkan Ahmad Fadhli dan Akmal Saleh bahawa jangan kerana mahu bermain politik murahan, fakta diputar sampai rakyat jadi takut tanpa sebab."Rakyat hari ini semakin bijak





UEC: Pakar usul 15 Mei tarikh terkubur Dasar Pendidikan Kebangsaan - Sinarharian - 15/05 6:46 pm

SHAH ALAM - Pakar pendidikan mengusulkan 15 Mei sebagai tarikh rasmi terkuburnya Dasar Pendidikan Kebangsaan susulan kerajaan membenarkan calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UKM, Dr Anuar Ahmad secara sinis berkata, sekurang-kurangnya tarikh 'matinya' akan diingati oleh generasi akan datang."Kebetulan esok 16 Mei, kita akan menyambut Hari Guru."Bolehkah kalau saya usulkan hari ini, 15 Mei 2026 adalah tarikh rasmi terkuburnya dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan? Saya hanya mampu bertanya dan mengusulkan," ujarnya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Media pada Khamis melaporkan, calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Tambah Anuar, Dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah dokumen rasmi pendidikan negara.Jelasnya, ia adalah dokumen dasar yang menjadi bukti kewujudan sebuah sistem pendidikan kebangsaan."Semua dasar pendidikan negara yang terkandung di dalam dokumen ini sepatutnya dipertahankan oleh setiap warganegara Malaysia."Saya sekadar mahu bertanya





UEC: Kemenangan besar DAP, gadai kepentingan negara - Harakahdaily - 15/05 6:31 pm

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan untuk membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) disifatkan sebagai satu kemenangan kepada DAP.Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong ketika mengulas perkara itu berkata, UEC telah lama menjadi perjuangan DAP dan perkembangan tersebut menunjukkan tuntutan mereka kini berjaya dicapai.Mereka […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post UEC: Kemenangan besar DAP, gadai kepentingan negara appeared first on Harakahdaily .





Iktiraf UEC: Zambry, Fadhlina tidak boleh dimaafkan, perlu letak jawatan - Hassan Karim - Sinarharian - 15/05 6:14 pm

JOHOR BAHRU - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perlu meletak jawatan kerana gagal menentang keputusan Kabinet berkenaan keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, sepatutnya kedua-dua menteri itu mempertahankan dasar pendidikan nasional dan segala berhubungan dengannya dalam soal saluran kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA)."Kegagalan dua menteri dari UMNO dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ini yang menjaga amanah bangsa untuk mempertahankan dasar pendidikan negara dalam isu pengiktirafan peperiksaan UEC ini tidak boleh dimaafkan."Mereka berdua perlu meletakkan jawatan dengan segera," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta SMPC atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.





Standard kemasukan ke IPTA tidak boleh dikompromi - Sinarharian - 15/05 6:00 pm

PUTRAJAYA - Standard dan kualiti kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) tidak boleh dikompromi meskipun kerajaan membuka laluan khas kepada lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) dan tahfiz.Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Azlinda Azman menegaskan berkata, semua syarat kemasukan akan ditentukan universiti masing-masing melalui penilaian Senat universiti tanpa campur tangan mana-mana pihak."Sebenarnya kita di peringkat universiti telah ada syarat-syarat, dan ia telah pun diteliti





'Kekalkan kemasukan IPTA wajib guna SPM tidak kira pelajar UEC atau tahfiz' - Dr Akmal Saleh - Sinarharian - 15/05 5:41 pm

SHAH ALAM - Kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu kekal berasaskan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa pengecualian kepada mana-mana aliran pendidikan termasuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan institusi tahfiz.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, semua pelajar wajib mengambil SPM sebagai syarat utama kemasukan ke IPTA."Kekalkan kemasukkan ke IPTA dengan menggunakan SPM sahaja! Tidak kira pelajar UEC ataupun tahfiz





Dong Zong kecewa syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam, dakwa banyak sekatan - Sinarharian - 15/05 5:25 pm

SHAH ALAM - Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kecewa dengan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung kemasukan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke universiti awam yang didakwa masih samar dan mengandungi pelbagai sekatan.Dong Zong dalam satu kenyataan berkata, terdapat dua mekanisme berbeza bagi pelajar UEC yang memohon kemasukan ke universiti awam."Pemegang UEC yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh dibenarkan memohon semua program pengajian melalui sistem UPUOnline."Sebaliknya, pelajar yang hanya mengambil dan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM pula dihadkan kepada empat program pengajian yang berkaitan dengan bahasa Cina sahaja."Mengapakah wujud perbezaan yang begitu ketara dalam pemilihan program pengajian bagi pelajar SMPC yang sama-sama memiliki sijil UEC? Apakah rasional di sebalik penetapan dua standard yang berbeza ini?" ujarnya pada Jumaat.Tambah kenyataan itu, KPT juga belum menjelaskan secara terperinci kaedah pengiraan merit serta tarikh permohonan dibuka, yang jelas menunjukkan pendekatan tergesa-gesa dan kurang teliti."Pendekatan yang hanya membenarkan pemegang UEC dengan kelayakan SPM Bahasa Melayu dan Sejarah memasuki bidang pengajian tertentu bukan sahaja menyekat kebebasan pelajar dalam merancang laluan pendidikan mereka, malah turut mengehadkan peluang perkembangan diri dan potensi masa depan mereka," ulasnya.Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan, mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke IPTA untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan."SPM tetap wajib walaupun dia (pelajar) belajar aliran itu





Letak UEC setara tahfiz satu penipuan, perdaya rakyat - Harakahdaily - 15/05 5:04 pm

KUALA LUMPUR: Cadangan menyamakan kedudukan institusi tahfiz dengan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan tidak tepat dan tidak wajar kerana kedua-duanya berada dalam kerangka sistem pendidikan berbeza.Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato Seri Amar DRaja Dato Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan mengaitkan isu tersebut dengan lepasan tahfiz seolah-olah memberi […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post Letak UEC setara tahfiz satu penipuan, perdaya rakyat appeared first on Harakahdaily .





IPTA admission pathways for SMPC/UEC approved by Cabinet - PM Anwar - Sinardaily - 15/05 5:04 pm

SEREMBAN - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today confirmed that the Cabinet has approved the new admission pathways for graduates from Chinese Private Secondary School (SMPC) or holders of the Unified Examination Certificate (UEC) into public universities.He said all students, regardless of their schooling stream, must meet the basic requirement of passing Bahasa Melayu and History subjects at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level."The Cabinet decision on SMPC/UEC comes with the condition that students pass Bahasa Melayu and History subjects in SPM




Reformasi     >>



Sempena hari guru : Anwar imbau ajar pelajar tercicir .. - Harapandaily
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau pengalaman beliau sebagai tenaga pengajar pada awal 1970-an ketika menubuhkan Yayasan Anda Akademik, sambil menegaskan tugas seorang guru jauh lebih besar daripada sekadar mengajar di bilik darjah. Sempena sambutan Hari Guru hari ini, Anwar ..
Kroni     >>



Trump makin hilang sabar dengan Iran - Utusan
BEIJING: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata kesabarannya terhadap Iran semakin menipis dan mendakwa Presiden China, Xi Jinping bersetuju Tehran perlu membuka semula Selat Hormuz. Bagaimanapun, China tidak memberikan sebarang petunjuk bahawa ia akan campur tangan dalam isu berkenaan. Ketika ..
Tabloid     >>



Anwar gembira idea 40 tahun lalu berjaya bantu orang .. - Kosmo
IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira perjuangannya menubuhkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) lebih tiga dekad lalu berjaya membantu golongan miskin mendapatkan modal perniagaan. Anwar mengakui berpuas hati melihatkan AIM yang diwujudkan pada tahun 1987, telah ..
Tech     >>



Gemini Intelligence announcement hopes to steal .. - Appleinsider
Gemini Intelligence has been announced just a month before Apple Intelligence's big moment at WWDC, but I have doubts about whether either company can deliver on its AI promises. Google's Gemini Intelligence has been announced Google announced its new suite of AI features under the Gemini ..
World     >>



UAE made failed attempt to get Saudi Arabia, Qatar to .. - Middleeasteye
UAE made failed attempt to get Saudi Arabia, Qatar to jointly attack Iran: Report Submitted by MEE staff on Fri, 05/15/2026 - 17:10 UAE President Mohamed bin Zayed lobbied Gulf leaders to coordinate an attack on Iran UAE's President Sheikh Mohamed bin Zayed al-Nahyan meeting with a US ..
Motor Trend     >>



Foton Aumark S Euro 5 AMT Kini Di Malaysia Trak .. - Careta
Penggunaan transmisi AMT ini bukan sahaja membantu memberikan pertukaran gear lebih lancar, malah turut mengurangkan keletihan pemandu ketika pemanduan stop-and-go dalam kawasan bandar. Pada masa sama, ia juga membantu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api serta mengurangkan kos operasi