| /// |
|
| Search : Setiausaha Agung News | Page 1 |
|
Hasil bidaan nombor plat milik negara atau dana kempen pilihan raya... - Mygazette - 26/10 5:41 pm Malah, ujarnya, prinsip yang sering ditekankan adalah sumber kerajaan dan kepentingan parti politik mesti dipisahkan dengan jelas. Namun hari ini, garis pemisah tersebut seolah-olah dipadamkan sendiri oleh Setiausaha Agung DAP |
|
Sejak bila pentas kempen jadi tempat umum bantuan kerajaan? – Pas... - Mygazette - 26/10 5:41 pm Tak ada siapa nak pertikai. "Tapi bila Anthony Loke, Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung DAP, naik pentas pelancaran jentera pilihan raya PH, kemudian beritahu hari Isnin beliau sendiri akan turun bagi RM1,000 kepada pemandu teksi Melaka, ini dah jadi cerita lain |
|
Bemban sukar dimenangi, sebab itu DAP pilih tujuh kerusi ??? Anthony... - Mygazette - 26/10 5:41 pm # Bemban sukar dimenangi, sebab itu DAP pilih tujuh kerusi Anthony Loke MELAKA DAP tidak meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini kerana menilai kerusi itu sukar dimenangi berdasarkan rekod prestasi parti pada pilihan raya lalu walaupun pernah menang kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu dibuat secara strategik bagi memastikan kekuatan, sumber dan tumpuan parti dapat disalurkan kepada tujuh kerusi yang ditandingi |
|
77.8 peratus calon PKR di Melaka muka baharu, anak muda – Fuziah - Mygazette - 26/10 5:41 pm # 77.8 peratus calon PKR di Melaka muka baharu, anak muda - Fuziah KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengetengahkan 77.8 peratus muka baharu dan 44.4 peratus calon anak muda daripada keseluruhan sembilan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, parti itu turut menampilkan tiga calon wanita bersamaan 33.3 peratus daripada keseluruhan calon yang diketengahkan |
|
DAP tak tanding Bemban kerana peluang menang tipis, kata Loke - FMT - 26/10 4:12 pm Setiausaha Agung DAP berkata parti itu menduduki tempat ketiga di Bemban pada PRN 2021, tetapi berada di tempat kedua di kerusi lain yang gagal dimenanginya. |
|
PRN Melaka: Rekod cemerlang pentadbiran PH jadi sandaran tawar kepimpinan - Wrlr - 26/10 4:03 pm BERNAMA October 26, 2026 Rekod pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan menjadi sandaran gabungan itu untuk menawarkan kepimpinan kepada rakyat Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan |
|
Tindakan Disiplin PN Ke Atas Bersatu: Risiko Bencana Lebih Besar Menjelang .. - Wrlr - 26/10 4:00 pm Foto: Zharif Zul PENDAPAT, 26 Okt Keputusan Perikatan Nasional (PN) memulakan tindakan disiplin ke atas Bersatu atas dakwaan kononnya parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu bertindak bertentangan dengan kepentingan gabungan, berisiko membawa kesan lebih buruk kepada pembangkang, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, menyatakan tindakan itu mengikut Fasal 15 Perlembagaan PN dengan notis dihantar tidak lama lagi dengan antara hukumannya sama ada amaran, penggantungan atau berdepan pemecatan |
|
Duit rakyat bukan tabung kempen DAP Ahmad Fadhli - Sinarharian - 26/10 3:28 pm SHAH ALAM Pas mempersoalkan tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP, mengumumkan penyerahan bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi di Melaka ketika pelancaran jentera pilihan raya PH di Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober lalu.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, bantuan kepada pemandu teksi sememangnya wajar diberikan, namun beliau mempersoalkan keperluan membawa urusan berkenaan ke pentas kempen parti.Menurutnya, bantuan itu bukan menggunakan wang DAP, PH atau wang peribadi Anthony Loke, sebaliknya diperuntukkan kerajaan menggunakan wang negara."Kerajaan menyediakan RM53 juta untuk kira-kira 53,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah, yang dikaitkan dengan kutipan RM91.2 juta daripada bidaan nombor pendaftaran khas siri H," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.Bantuan itu juga sudah diumumkan dalam Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu.Sehubungan itu, Ahmad Fadhli mempersoalkan tujuan bantuan berkenaan sekali lagi dibangkitkan di pentas PH, sama ada untuk memaklumkan jadual penyerahan atau menimbulkan tanggapan bahawa wang itu datang daripada parti.Beliau turut membangkitkan tindakan Anthony melancarkan Program Kampung Angkat Madani Agensi Pengangkutan Awam Darat di Chennah, Negeri Sembilan, pada 12 Julai lalu, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 5 Jun.Program itu membabitkan peruntukan RM500,000."Pada 16 Julai pula, sebanyak RM100,000 diumumkan untuk Kampung Bukit Temiang, termasuk RM50,000 daripada Perbadanan Aset Keretapi dan RM50,000 daripada peruntukan Anthony sebagai Ahli Parlimen Seremban," katanya.Ahmad Fadhli berkata, semua perkembangan itu berlaku ketika negeri berkenaan sedang bersiap menghadapi pilihan raya, walaupun kempen rasmi belum bermula.Menurutnya, Anthony sebelum ini menjelaskan program berkenaan sudah dirancang lebih awal.Bagaimanapun, katanya, Anthony sendiri bertanding di Chennah dan akhirnya tewas kepada calon MCA, Siow Kong Choon, dengan majoriti 688 undi."Kekalahan itu tidak membuktikan berlakunya salah guna kuasa, namun pengalaman berkenaan sepatutnya menjadi peringatan supaya beliau lebih berhati-hati memisahkan urusan kerajaan daripada urusan parti," menurut Ahmad Fadhli.Di Melaka, beliau berkata, Anthony pada 17 Oktober lalu sudah menjelaskan baki penerima bantuan akan menerima wang melalui pindahan terus ke akaun bank masing-masing.Majlis penyerahan secara fizikal juga sudah diadakan di Putrajaya, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.Justeru, Ahmad Fadhli mempersoalkan sama ada majlis penyerahan di Melaka pada 26 Oktober itu sudah ditetapkan dalam jadual asal atau diputuskan kemudian, selain meminta penjelasan mengenai pihak yang meluluskannya.Beliau turut mempersoalkan mengapa pengumuman mengenai penyerahan bantuan itu dibuat di pentas pelancaran jentera PH.Ahmad Fadhli menegaskan, pihaknya tidak mempertikaikan bantuan kepada rakyat, sebaliknya mahu mengetahui sebab urusan kerajaan dibawa ke pentas politik.Beliau berkata, sekiranya semua urusan itu mengikut prosedur, jadual asal, surat kelulusan dan rekod perbelanjaan wajar ditunjukkan bagi menjelaskan perkara berkenaan."Anthony perlu membezakan tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan dengan tugasnya sebagai Setiausaha Agung DAP, walaupun kedua-dua jawatan itu disandang individu sama," katanya.Beliau berkata, tindakan mencampuradukkan urusan kementerian dengan parti boleh menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat apabila wang kerajaan dibelanjakan, tetapi parti pula dilihat cuba mengambil kredit."Duit rakyat tetap duit rakyat |
|
Pemuda Wawasan persoal pendirian Bersatu terhadap PN - Sinarharian - 26/10 3:23 pm SHAH ALAM - Pemuda Parti Wawasan Negara (Wawasan) mempersoalkan pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap Perikatan Nasional (PN) susulan surat rasmi Bersatu yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Surat itu berkaitan jemputan menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi gabungan berkenaan pada 25 Oktober 2026.Exco Pergerakan Pemuda Nasional Wawasan, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, surat berkenaan menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan Bersatu untuk mempertahankan PN.Menurutnya, persoalan itu timbul khususnya apabila Bersatu dilihat bersedia membiarkan pendaftaran gabungan berkenaan dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).Beliau turut mempersoalkan sebab sebenar laporan yang dibuat Bersatu sebelum ini, sama ada semata-mata berpunca daripada isu tidak dijemput menghadiri mesyuarat atau terdapat perkara lain yang mendorong tindakan berkenaan."Sebagai rakan gabungan dalam PN, Wawasan berhak mendapatkan penjelasan yang jelas dan terbuka daripada Bersatu mengenai pendirian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mohamad Shafiq berkata, sekiranya Bersatu benar-benar bersedia membiarkan PN diharamkan atau dibatalkan pendaftarannya, parti itu wajar menyatakan pendirian berkenaan secara terus terang tanpa berselindung.Beliau turut mempersoalkan sama ada pendirian Bersatu itu didorong oleh arahan atau janji daripada pihak tertentu. |
|
Isu e-waste bukti ancaman di pintu masuk semakin kompleks - AKPS - Sinarharian - 26/10 2:17 pm SEPANG - Isu pengimportan sisa elektrik dan elektronik atau e-waste membuktikan bahawa ancaman di pintu masuk negara semakin kompleks.Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Ismail Mokhtar berkata, penguatkuasaannya bukan sekadar menahan kontena, tetapi turut melibatkan pengesahan dokumen, pemeriksaan teknikal, pengenalpastian pihak bertanggungjawab dan pemantauan tindakan susulan.Menurutnya, larangan mutlak pengimportan e-waste yang berkuat kuasa pada 4 Februari 2026 memperkukuh pendirian negara."Buat pertama kalinya pada tahun ini, kerajaan melalui Taskforce yang diketuai AKPS berjaya mengeksport keluar kontena yang membawa ewaste."AKPS akan memastikan sebanyak 1,259 kontena dapat dieksport keluar menjelang penghujung tahun ini," katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-2 AKPS di sini pada Isnin.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr Awang Alik Jeman.Dalam pada itu, Ismail memaklumkan, pengukuhan sumber manusia merupakan antara keutamaan strategik AKPS.Jelasnya, pada tahun ini, AKPS dengan bantuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi pusat akhirnya berjaya mewujudkan Skim Perkhidmatan AKPS yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2026."Skim ini memberikan ganjaran manfaat yang terbaik kepada penerima skim."Sehingga 20 Oktober, seramai 4,190 staf menerima skim ini daripada 7,199 perjawatan skim KS yang ditawarkan," ujarnya.Bagaimanapun, tegas beliau, segala strategi, peruntukan dan teknologi akan gagal jika kita kehilangan integriti."Sempadan negara mempunyai pintu, pagar, pengimbas dan kamera |
|
Usia dua tahun AKPS pamer taring, rampasan cecah RM322.74 juta - Sinarharian - 26/10 1:31 pm SEPANG - Biar pun Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) baharu beroperasi pada kadar kekuatan awal, agensi itu membuktikan kejayaan luar biasa apabila ketirisan hasil negara bernilai RM322.74 juta tahun ini setakat Oktober berjaya diselamatkan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini sekali gus lonjakan empat kali ganda berbanding tahun lalu.Menurutnya, pencapaian ini membuktikan bahawa AKPS bukan sekadar instrumen penguatkuasaan undang-undang, tetapi adalah benteng fiskal negara."Penubuhan AKPS dua tahun lalu berakar umbi daripada wawasan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meruntuhkan amalan kerja secara silo dan membina benteng kedaulatan negara yang moden, bersepadu dan berintegriti di bawah satu chain of command berteraskan semangat Single Border Agency (SBA)."Dalam tempoh singkat ini, kita telah menganalisis dan menilai keberkesanan pengoperasian agensi ini menerusi pendekatan berfasa serta mengambil kira tahap ancaman semasa dan kesediaan sumber manuaia dan logistik," katanya menerusi ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr Awang Alik Jeman.Beliau berkata, ketangkasan dan kecekapan AKPS telah diuji susulan insiden penahanan seorang juruterbang di Jakarta pada 28 Julai lalu.Katanya, bertindak pantas atas keputusan Jemaah Menteri pada 5 Ogos dan kelulusan 17 syor keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hasil Memorandum Bersama KDN dan Kementerian Pengangkutan pada 19 Ogos, kerajaan menetapkan Pelan Tindakan Penambahbaikan dan Mitigasi Keselamatan berteraskan tiga komponen utama iaitu Keselamatan Penerbangan, Keselamatan Negara dan Sempadan serta Keselamatan Fizikal dan Perlindungan.Tambahnya, dalam pelan ini, AKPS telah diberi kepercayaan penuh sebagai agensi peneraju bagi Teras Keselamatan Negara dan Sempadan untuk melaksanakan tiga syor utama di bawah seliaannya."Pertama, pelaksanaan saringan bersasar berasaskan risiko merangkumi prosedur pemeriksaan tambahan khusus terhadap penerbangan, penumpang, kru serta bagasi yang dikenal pasti berprofil risiko tinggi."Kedua, pengukuhan Unit Anjing Pengesan (K9) dengan mempertingkatkan keupayaan K9 sebagai pelengkap saringan bagi mengesan bahan terlarang yang sukar dikesan oleh mesin pengimbas biasa."Ketiga ialah penyelarasan risikan antara agensi di mana AKPS bertindak sebagai hab peneraju perkongsian maklumat risikan bersama agensi sahabat secara pantas dan berkesan," ujarnya.Menerusi majlis itu, AKPS turut memperkenalkan logo baharuSelain itu, AKPS juga memperkenalkan hologram yang akan ditempatkan di bangunan satelit KLIA bertujuan membantu pengembara yang baru sampai dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang perlu disediakan semasa ketibaan di negara ini.Dalam ucapan itu juga, kejayaan yang dilakar AKPS sepanjang dua tahun ini tidak mungkin tercapai secara bersendirian."Ia merupakan hasil sinergi utuh merentas kementerian dan agensi rakan, termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Kementerian Kesihatan Malaysia," ujarnya. |
|
Pemandu mabuk: DAP desak pindaan akta pampasan waris mangsa - Sinarharian - 26/10 12:46 am SHAH ALAM - Kerajaan digesa mempercepatkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membolehkan mahkamah memerintahkan bayaran pampasan kepada mangsa atau waris, khususnya kes mengakibatkan kematian dan kecederaan parah selain keperluan membentangkannya di Dewan Rakyat seawal sidang pertama tahun depan.Gesaan itu dibuat oleh 13 pemimpin akar umbi DAP susulan tragedi membabitkan seorang pekerja penyelenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang maut selepas dilanggar individu dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol di Lebuhraya Sultan Iskandar pada Sabtu lalu.Pengerusi DAP Cawangan Pusat Bandar Shah Alam, Nor Miswary Ramli berkata, pihaknya turut menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tragedi menyayat hati itu.Menurut beliau, ini termasuk meneliti sama ada fakta dan keterangan kes memenuhi elemen kesalahan membunuh di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada pertuduhan di bawah Seksyen 302."Ia tertakluk kepada bukti dan keputusan pihak pendakwaan seperti dalam dua kes pemandu mabuk sebelum ini yang didakwa di bawah Seksyen 302."Kerajaan juga perlu mengkaji pindaan Seksyen 510 Kanun Keseksaan supaya hukuman terhadap perlakuan mabuk yang mengganggu ketenteraman awam atau membahayakan orang lain lebih berkesan, di samping memperkukuh intervensi awal dan pemantauan di tempat awam secara berkadar," katanya pada Isnin.Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama termasuk Pengerusi DAP Cawangan Setia Impian, Muhammad Shakir Ameer Mohideen; Pengerusi DAP Cawangan Bandar Baru Bangi, Farhan Haziq dan Pengerusi DAP Cawangan Kampung Tunku SS1, Mohd Aslam Ahmad Ramli.Turut sama, Setiausaha DAP Cawangan Taman Kemuncak, Izzul Afiq; Setiausaha DAP Cawangan Pekan Paloh, Abdul Majid Abd Aziz; Naib Ketua DAPSY Selangor, Nur Rahim Nasir; Ahli DAP Cawangan Alam Jaya, Edry Faizal; dan Ahli DAP Cawangan Kampung Baru Bt 9 Cheras, Shukri Mokhtar.Selain itu, Ahli DAP Taman Kemuncak, Muhammad Najib Anuar; Ahli DAP Taman Kemuncak, Muhammad Muzamir Abdul Rahman; Ahli DAP Bandar Baru Bangi, Muhammad Nurhadi dan Ahli DAP Cawangan Taman Seroja, Azfar Faruqi Mohamad Idris.Sebelum ini, seorang pekerja kontraktor DBKL dilaporkan maut, manakala rakannya cedera akibat dirempuh kereta dipandu lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol.Dalam kejadian jam 5 pagi pada Sabtu itu, mangsa dikatakan sedang mengemas peralatan selepas selesai kerja memasang papan tanda amaran di Lebuhraya Sultan Iskandar di ibu negara.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan, kemalangan berlaku di laluan dari arah Jalan Damansara menghala ke Jalan Parlimen.Jelas beliau, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar dua pekerja yang berada di lorong kiri jalan.Mengulas lanjut, Pemuda DAP turut membandingkan pendekatan Singapura yang melaksanakan undang-undang lebih ketat terhadap pemanduan di bawah pengaruh alkohol, termasuk langkah mengawal pengambilan alkohol dalam kalangan masyarakat.Menurutnya, pendekatan sedemikian wajar dikaji dengan mengambil kira konteks undang-undang Malaysia bagi meningkatkan aspek pencegahan, penguatkuasaan dan akauntabiliti terhadap pemandu yang membahayakan nyawa orang lain.Dalam jangka panjang, Pemuda DAP turut mencadangkan pendekatan 'whole-of-government' membabitkan PDRM, Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta pihak berkuasa tempatan."Usaha ini perlu merangkumi penguatkuasaan bersasar, pendidikan awam, tanggungjawab pengendali premis dan penyediaan pengangkutan alternatif selepas pengambilan alkohol."Nyawa rakyat tidak boleh terus-menerus terkorban akibat kecuaian orang lain berulang-ulang kali |
|
PRN Melaka: Rekod cemerlang pentadbiran PH jadi sandaran tawar kepimpinan - Harapandaily - 26/10 12:32 am Rekod pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan menjadi sandaran gabungan itu untuk menawarkan kepimpinan kepada rakyat Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan |
|
Gelanggang percaturan musuh jadi kawan, rakan jadi lawan - Denyutreformasi - 26/10 10:08 am Ini memberi kesan terhadap kedudukan PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu bertanding lebih banyak kerusi, jika rundingan tetap mahu diteruskan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh sebelum ini mengesahkan parti itu akan akan bertanding sembilan kerusi pada PRN Melaka kali ini, kurang dua kerusi berbanding 11 DUN ditandingi mereka pada PRN 2021 |
|
Dun Sarawak bubar hari ini, beri laluan PRN13 - Sinarharian - 26/10 8:37 am KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi hari ini, sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).Pengumuman pembubaran itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat lepas setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.Selaras dengan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri, PRN hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran berkenaanTumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN13termasuk penamaan calon dan hari pengundian.Pada 23 Oktoberlepas, Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus dilaporkan berkata, tarikh mesyuarat khas itu akan ditentukan sebaik pihaknya menerima pemakluman rasmi pembubaran daripada Speaker DUN Sarawak.Sementara itu, Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, dalam tempoh ini, kerajaan negeri akan melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara dengan mematuhi segala kehendak dan kelaziman perlembagaan yang berkuat kuasa."Pentadbiran awam dan perkhidmatan penting akan diteruskan bagi memastikan keperluan serta kebajikan rakyat terus terpelihara," katanya.Mandat semasa DUN Sarawak yang ketika ini mempunyai 82 kerusi, berakhir pada Februari 2027.Pada PRN ke-12yang diadakan 18 Disember 2021, GPS mendapat mandat selepas memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua.Bagaimanapun, dinamik politik negeri menyaksikan perubahan selepas PSB dibubarkan pada 2024, yang membawa kepada penyertaan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ke dalam Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu satu daripada komponen GPS.Sementara itu, seorang lagi bekas ADUN PSB See Chee How yang mewakili Batu Lintang, keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP.- Bernama |
|
Langgar kepentingan, PN mulakan prosiding tatatertib terhadap Bersatu - Mygazette - 26/10 7:49 am # Langgar kepentingan, PN mulakan prosiding tatatertib terhadap Bersatu KUALA LUMPUR - Mesyuarat tergempar ahli Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) malam tadi memutuskan untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas dakwaan melakukan tindakan yang bertentangan dengan kepentingan gabungan itu. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat MT PN berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan PN yang memberi kuasa kepada gabungan itu mengambil tindakan terhadap parti anggotanya |
|
PN belum putuskan parti, calon PRN Melaka PN belum putuskan parti, calon .. - Mygazette - 26/10 7:49 am KUALA LUMPUR - Gabungan Perikatan Nasional (PN) masih belum memuktamadkan parti komponen mana yang akan bertanding serta senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November akan datang. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam beberapa siri mesyuarat sebelum keputusan mengenai pembahagian kerusi dan calon dimuktamadkan |
|
SUA Bersatu tak boleh ambil alih tugas mahkamah – Annuar - Mygazette - 26/10 7:49 am Dalam pada itu, Annuar berkata, mesyuarat itu turut menjadi ruang untuk memaklumkan kepada semua ahli Majlis Tertinggi mengenai keputusan mahkamah berkaitan isu yang sedang dipertikaikan. Menurutnya, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga sudah mengambil langkah membawa isu berkenaan ke mahkamah, justeru perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghalang urusan pentadbiran dan persiapan pilihan raya gabungan berkenaan |
|
Kemelut MCA: Dua penyandang akur keputusan parti - Mygazette - 26/10 7:49 am KUALA LUMPUR - Kemelut dalaman Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 berterusan apabila MCA mendakwa tindakan mengumumkan calon tanpa persetujuan parti itu telah mencabuli semangat muafakat yang sekian lama menjadi asas kerjasama dalam gabungan berkenaan |
|
Bersatu ragui mesyuarat Majlis Tertinggi PN, khuatir ada impikasi .. - Mygazette - 26/10 7:49 am # Bersatu ragui mesyuarat Majlis Tertinggi PN, khuatir ada impikasi perundangan - Azmin KUALA LUMPUR - Sekiranya Pas dan sekutunya masih meneruskan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN)' selepas Pendaftar Pertubuhan telah membuat keputusan membatalkan pendaftarannya, Bersatu khuatir keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu mempunyai implikasi perundangan yang serius. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya menerima surat jemputan dari Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 23 Oktober lalu berhubung mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN hari ini |
|
Semua wakil BERSATU dijemput, empat tidak hadir - Harakahdaily - 26/10 7:24 am KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan semua empat wakil BERSATU telah dijemput menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi gabungan itu, namun tiada seorang pun hadir pada mesyuarat malam tadi.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jemputan dibuat menerusi notis rasmi bertarikh 23 Oktober 2026 yang dikeluarkan kepada kesemua 26 ahli Majlis Tertinggi PN.Menurut beliau, empat […] The post Semua wakil BERSATU dijemput, empat tidak hadir appeared first on Harakahdaily . |
|
PN mula prosiding tatatertib terhadap BERSATU - Harakahdaily - 26/10 7:17 am KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap BERSATU susulan beberapa tindakan parti itu yang dilaporkan bertentangan dengan kepentingan gabungan berkenaan.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan Pengerusinya, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, malam tadi.Menurutnya, tindakan tersebut akan dilaksanakan […] The post PN mula prosiding tatatertib terhadap BERSATU appeared first on Harakahdaily . |
|
PN ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu - FMT - 25/10 11:53 pm Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar Ahli Majlis Tertinggi sebentar tadi. |
|
PN ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu - Hotfm - 25/10 11:53 pm Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar Ahli Majlis Tertinggi sebentar tadi. |
|
PN guna logo sendiri pada PRN Melaka - Takiyuddin - Sinarharian - 25/10 11:52 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan perintah Mahkamah Tinggi yang menangguhkan pelaksanaan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap pendaftarannya.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di Pejabat Agung Pas di sini, malam Ahad.Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kedudukan PN yang boleh kembali beroperasi seperti biasa berikutan perintah mahkamah berkenaan."Oleh kerana PN 'is back', kita memutuskan untuk menggunakan logo PN pada PRN Melaka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.Hadir sama, Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air, Rafique Rashid.Mengulas mengenai pembahagian kerusi dan calon yang akan bertanding, Takiyuddin menjelaskan proses pengagihan kerusi membabitkan parti-parti komponen PN masih berjalan dan belum dimuktamadkan.Beliau turut memaklumkan pengumuman calon PN bagi PRN Melaka dijadualkan pada 29 Oktober ini."Calon dan kerusi akan ditentukan kerana kita akan mengadakan beberapa siri mesyuarat untuk memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi serta calon yang akan diletakkan."Apa yang pasti, pengisytiharan calon akan dibuat pada 29 Oktober di Melaka dan semuanya akan diselesaikan sebelum tarikh itu," katanya.Takiyuddin berkata, PN juga terbuka sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN Melaka,Menurutnya, Fasal 16 Perlembagaan PN membenarkan anggota gabungan menggunakan lambang dan bendera parti masing-masing sekiranya difikirkan perlu, tertakluk kepada kebenaran yang diperoleh dalam mesyuarat PN."Kalau difikirkan perlu, di bawah lambang dan bendera ini jelas dengan kebenaran |
|
PN putuskan ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu Takiyuddin - Sinarharian - 25/10 11:48 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan yang didakwa bertentangan dengan kepentingan gabungan itu.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada malam Ahad.Katanya, tindakan itu dibuat berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan PN yang memberikan kuasa kepada Majlis Tertinggi untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana parti anggota yang bertindak bertentangan dengan kepentingan gabungan berkenaan."Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada malam ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan tatatertib terhadap satu parti anggota kita, iaitu Bersatu."Dalam Fasal 15 yang bertajuk tatatertib, Majlis Tertinggi PN mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana parti anggota, ahli bergabung dan ahli bersekutu dengan memberikan amaran, menggantung atau memecat mana-mana pihak yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan PN," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan di sini.Takiyuddin menjelaskan bahawa PN akan mengambil langkah sewajarnya mengikut prosedur tatatertib, termasuk menyediakan pertuduhan terhadap Bersatu sebelum memberikan tempoh yang munasabah kepada parti itu untuk mengemukakan jawapan.Menurutnya, pertuduhan berkenaan masih dalam proses penyediaan dan gabungan itu akan memperincikan beberapa tindakan yang didakwa bercanggah dengan kepentingan PN."Pertuduhan yang akan dibuat akan dirangka oleh PN terhadap parti anggota ini, iaitu Bersatu, dan mereka sudah tentulah akan diberikan tempoh yang mencukupi untuk menjawab."Banyak lagi perkara yang akan kita tampilkan, tetapi pokoknya, kita akan memulakan prosiding tatatertib terhadap Bersatu |
|
‘Abang nak apa sebenarnya?’ – Ketua Pemuda PN sindir Azmin, ungkit Bersatu adu kepada RoS - Harapandaily - 25/10 11:07 pm Belum reda kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memberi amaran mengenai implikasi undang-undang terhadap Pas, kini Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden pula tampil dengan sindiran terhadap pemimpin itu |
|
'Perintah mahkamah benarkan PN terus beroperasi seperti biasa' - Takiyuddin - Sinarharian - 25/10 10:32 pm KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai gabungan politik yang boleh beroperasi seperti biasa susulan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan pelaksanaan penggantungan dan pembatalan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perintah mahkamah bertarikh 22 Oktober lalu masih berkuat kuasa meskipun RoS dan Menteri Dalam Negeri telah memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.Katanya, pemfailan notis rayuan tidak secara automatik menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi, sekali gus membolehkan PN meneruskan urusan termasuk mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertingginya pada malam Ahad."Notis rayuan yang tuan rujuk tidak mengubah kedudukan itu |
|
Penangguhan pembatalan membolehkan PN terus beroperasi, kata Takiyuddin - FMT - 25/10 9:49 pm Setiausaha agung Perikatan Nasional berkata wakil Bersatu masih dialu-alukan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi malam ini. |
|
Azmin ungkit hukuman penjara 5 tahun, beri amaran keras kepada Pas jika teruskan mesyuarat PN - Harapandaily - 25/10 9:31 pm Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memberi amaran kepada Pas dan sekutunya mengenai risiko tindakan undang-undang, termasuk hukuman penjara sehingga lima tahun, jika berlaku kesalahan berkaitan pengurusan pertubuhan yang menyalahi undang-undang |
|
Bersatu bimbang mesyuarat MT PN mungkin langgar Akta Pertubuhan - FMT - 25/10 6:37 pm Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali beri bayangan wakil parti itu mungkin tak hadir ke mesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini. |
|
Bersatu persoal tindakan Takiyuddin panggil mesyuarat tergempar PN - Sinarharian - 25/10 6:36 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memanggil mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN pada Ahad.Ini kerana Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembatalan pendaftaran gabungan itu telah difailkan pada tarikh sama surat jemputan mesyuarat tersebut dikeluarkan.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, partinya menerima surat jemputan daripada Takiyuddin bertarikh 23 Oktober berhubung mesyuarat berkenaan.Beliau berkata, sebagai Setiausaha Agung Bersatu, beliau telah menghantar surat balasan kepada Takiyuddin bagi menjelaskan beberapa perkara penting untuk perhatian pihak yang mengeluarkan jemputan itu.Menurutnya, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah membuat keputusan membatalkan pendaftaran PN berkuat kuasa dari tarikh perintah pembatalan yang dibuat pada 20 Oktober 2026."Walaupun PN memperoleh perintah penggantungan pelaksanaan (stay) daripada Mahkamah Tinggi pada 22 Oktober lalu berhubung keputusan RoS, mahkamah turut mengambil maklum bahawa pembatalan pendaftaran PN telah pun berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, mahkamah juga menerima perintah penggantungan pelaksanaan tidak boleh dianggap secara automatik memulihkan pendaftaran yang telah dibatalkan, seperti dinyatakan dalam Ringkasan Alasan Penghakiman, perenggan 12, muka surat empat.Azmin berkata, Notis Rayuan telah difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan pada 23 Oktober bagi pihak RoS dan Menteri Dalam Negeri untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, Datuk Azizan Md Arshad, pada 22 Oktober lalu."Keputusan itu membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan perintah pembatalan pendaftaran yang dikeluarkan RoS," tambahnya.Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan Takiyuddin mengeluarkan surat panggilan mesyuarat pada 23 Oktober, sedangkan beliau mengetahui bahawa Notis Rayuan telah difailkan pada hari sama."Bersatu berpendapat semua pihak perlu memelihara status quo keputusan RoS sehingga semua peringkat prosiding mahkamah selesai sepenuhnya," katanya.Azmin turut mengingatkan bahawa Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan mana-mana pertubuhan yang pendaftarannya dibatalkan menjadi pertubuhan yang menyalahi undang-undang.Menurutnya, Seksyen 42 akta sama pula memperuntukkan bahawa mana-mana pemegang jawatan atau individu yang menguruskan atau membantu pengurusan pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun."Sekiranya Pas dan sekutunya masih meneruskan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional dalam situasi yang dijelaskan di atas, Bersatu khuatir perjalanan mesyuarat dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat ini mempunyai implikasi perundangan yang serius," katanya.Beliau berkata, Bersatu akan membawa perkara itu untuk dibincangkan bersama peguam bagi memastikan pelaksanaan hukum mengikut Perlembagaan PN dan Akta Pertubuhan 1966 dilakukan secara sah dan tertib.Selain isu pembatalan pendaftaran, Azmin berkata, terdapat beberapa perkara lain yang sering menjadi pertikaian kepimpinan PN sebelum pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh RoS.Katanya lagi, perkara berkenaan termasuk alasan untuk menafikan hak Bersatu menghadiri, memberikan pendapat dan mengundi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026.Menurutnya, alasan yang diberikan ketika itu berkaitan isu korum Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang didakwa boleh menjejaskan keabsahan mesyuarat Majlis Tertinggi PN."Keanggotaan Bersatu dalam PN turut sering dipertikaikan, sedangkan RoS menegaskan dalam surat bertarikh 12 Ogos 2026 bahawa Bersatu ialah parti anggota yang sah dalam gabungan berkenaan," tegasnya.Sehubungan itu, Azmin berkata, Pas dan sekutunya perlu menyatakan pendirian mengenai isu korum MPT Bersatu serta keanggotaan Bersatu dalam PN sebelum meneruskan mesyuarat tergempar dan menjemput wakil Bersatu menghadirinya.Menurutnya, kegagalan berbuat demikian setakat ini menimbulkan persoalan mengenai keabsahan notis mesyuarat berkenaan."Bersatu sedang meneliti dan memantau perkembangan selanjutnya dan akan merujuk kepada pasukan peguam sebelum mengambil sebarang pendirian," katanya. |
|
'Dulu cakap tak boleh, hari ini semua boleh' Akmal sindir pengumuman Anthony Loke - Sinarharian - 25/10 5:46 pm SHAH ALAM - Pengumuman terbuka Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa beliau akan turun ke Melaka untuk memberi bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi di negeri berkenaan menarik perhatian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Muhamad Akmal yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad memberi reaksi sinis terhadap kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung DAP itu."Rezeki pemandu teksi Melaka |
|
Isu Shuhaily: Saifuddin sindir, persoal kemampuan pembangkang - Mygazette - 25/10 5:05 pm # Isu Shuhaily: Saifuddin sindir, persoal kemampuan pembangkang KULAI - Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyindir dan mempersoal kemampuan Ahli Parlimen pembangkang memainkan peranan sebagai pendamai apabila parti sendiri berdepan perpecahan dalaman |
|
PRN Melaka: Jika bermaruah dan berani, MCA guna logo sendiri –... - Mygazette - 25/10 5:05 pm # PRN Melaka: Jika bermaruah dan berani, MCA guna logo sendiri - Chun Weng KUALA LUMPUR - MCA dicabar menggunakan logo parti sendiri dan bertanding di kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membuktikan parti itu benar-benar mempertahankan maruah, bukannya sekadar meraih simpati pengundi |
|
Adakah DAP tanding solo jika PH kerjasama Bersatu, soal pemimpin MCA - FMT - 25/10 5:00 pm Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon dan Timbalan Ketua Pemuda, Mike Chong Yew Chuan juga gesa DAP jangan jadi batu api. |
|
Cadang mediasi isu munafik, enggan tarik balik - Harakahdaily - 25/10 4:28 pm KOTA BHARU: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mencadangkan sesi mediasi bersama Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer bagi menyelesaikan pertikaian penggunaan perkataan munafik di Dewan Rakyat tanpa menarik balik kenyataannya. Setiausaha Agung PAS itu berkata, beliau telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, pada Khamis lalu bagi […] The post Cadang mediasi isu munafik, enggan tarik balik appeared first on Harakahdaily . |
|
Loke tak guna pentas Melaka untuk serang peribadi, pilih bentang hasil kerja Kerajaan MADANI - Harapandaily - 25/10 4:14 pm Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memilih untuk tidak menggunakan pentas kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi menyerang peribadi lawan politik |
|
Kementerian Digital peruntuk RM700,000 perkasa komuniti, sekolah di Limbang - Sinarharian - 25/10 1:46 pm LIMBANG - Kementerian Digital memperuntukkan RM700,000 bagi pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) di Limbang, Sarawak.Kementerian Digital dalam kenyataan memaklumkan, peruntukan itu bagi meningkatkan kemudahan komuniti, memperkukuh prasarana pendidikan serta merapatkan jurang digital, khususnya di kawasan luar bandar."Menerusi Program KAM, sebanyak 29 isi rumah di Kampung Belimbing Melugus mendapat manfaat daripada pemasangan lampu solar LED, pembekalan kelengkapan sokongan kampung dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)."Kemudahan ICT turut diperluas kepada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ukong, manakala institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tempatan menerima sokongan bagi melaksanakan kerja pemasangan peralatan elektrik di Kampung Belimbing Melugus," menurut kenyataan itu.Bagi Program SAM pula, SK St Edmund menerima kemudahan baharu merangkumi pemasangan skrin LED di dewan, pembekalan papan pintar (smartboard) serta pemasangan titik capaian tanpa wayar (wireless access point) bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran lebih kondusif."Pelaksanaan kedua-dua program itu disempurnakan menerusi Majlis Penyerahan KAM dan SAM yang berlangsung serentak dengan Program Jelajah Digital di SK St Edmund pada 24 Oktober," jelasnya.Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Fabian Bigar dan disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah.Hadir sama, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan ADUN Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang.Program SAM di SK St Edmund dilaksanakan di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Kementerian Digital.Majlis berkenaan diadakan bersempena Hari Terbuka SK St Edmund yang turut menampilkan pelbagai aktiviti berteraskan teknologi digital, termasuk pengenalan dan penerokaan kecerdasan buatan (AI), pendedahan literasi digital, kesedaran keselamatan siber serta pencegahan penipuan dalam talian.Program berkenaan turut diserikan dengan penganjuran Jualan Rahmah Madani yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan kepada warga Limbang bagi membantu meringankan beban rakyat.Kementerian Digital turut memaklumkan, pelaksanaan KAM dan SAM mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Madani untuk memastikan manfaat pembangunan negara dapat dinikmati masyarakat di peringkat akar umbi melalui penyediaan kemudahan asas, peningkatan akses teknologi dan penambahbaikan prasarana pendidikan."Usaha itu juga bertujuan memperluas manfaat pendigitalan, meningkatkan literasi digital serta memastikan pembangunan dinikmati secara inklusif."Kementerian Digital komited meneruskan pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, selaras dengan usaha meletakkan Malaysia pada landasan kukuh menuju Negara AI 2030," tambah kenyataan itu. |
|
Jika MCA bermaruah, guna logo sendiri tanding di kerusi tradisi - DAP - Sinarharian - 25/10 1:22 pm SHAH ALAM - Setiausaha DAPSY, Lim Chun Weng mencabar MCA supaya menggunakan logo parti sendiri dan bertanding di kerusi tradisinya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membuktikan keberanian politik sebenar.Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan memandangkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sendiri menegaskan bahawa partinya mahu 'hidup dengan maruah'.Jika tidak, menurutnya, tindakan kepimpinan MCA keluar beramai-ramai sebagai tanda protes tidak lebih daripada lakonan politik untuk meraih undi simpati."Ka Siong tidak berpuas hati apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA diberikan kepada Perikatan Nasional (PN), sehingga memimpin barisan kepimpinan MCA keluar beramai-ramai dari majlis berkenaan," menurutnya dalam satu kenyataan pada Ahad.Tindakan Ka Siong meninggalkan dewan ketika majlis pengenalan calon Barisan Nasional bagi PRN Melaka pada malam Sabtu mencetuskan persoalan mengenai pendirian parti itu berhubung pengagihan kerusi.Ka Siong turut difahamkan mengarahkan ahli MCA supaya meninggalkan dewan berkenaan ketika majlis berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu.Perkembangan tersebut mencetuskan tanda tanya sama ada tindakan berkenaan mempunyai kaitan dengan ketidakpuasan hati MCA terhadap pembahagian kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu bagi menghadapi PRN Melaka.Bagaimanapun, Chun Weng berkata, perkara yang mahu dilihat rakyat bukan sekadar tindakan keluar dewan, tetapi sama ada MCA berani mengambil tindakan seterusnya."Jika MCA benar-benar merasakan BN tidak menghormatinya dan maruah MCA telah dipijak, maka jangan lagi bergantung kepada lambang dacing BN."Kalau benar ada maruah, gunakan logo MCA sendiri dan bertandinglah di kerusi tradisi MCA yang mahu diserahkan kepada PN."Jika akhirnya MCA tetap kembali bertanding di bawah panji BN dan menerima pembahagian kerusi tersebut, apa maknanya tindakan keluar beramai-ramai ini," soalnya.Chun Weng turut mempersoalkan dakwaan Ka Siong bahawa beliau tidak mengetahui lebih awal mengenai pengumuman calon pada majlis berkenaan."Pelbagai media telah melaporkan bahawa BN akan mengadakan perhimpunan dan mengumumkan calon."Tetapi Presiden MCA, yang juga merupakan pemimpin sebuah parti komponen BN, memberitahu seluruh negara bahawa beliau sendiri tidak tahu?"Jika media pun tahu, tetapi Presiden MCA sendiri tidak tahu, adakah ini bermakna BN langsung tidak lagi pentingkan MCA atau segala kejutan dan kemarahan yang dipamerkan itu sekadar lakonan untuk tontonan pengundi," soalnya lagi.Beliau berkata, sekiranya MCA akhirnya menerima keputusan BN, menyerahkan kerusi tradisinya kepada PN dan terus bertanding menggunakan lambang BN, parti itu harus berhenti menggambarkan dirinya sebagai mangsa."Maruah politik bukan sekadar keluar dari dewan selama 10 minit atau mengadakan sidang media di luar dewan dengan beberapa kenyataan keras."Maruah politik diuji apabila tiba saatnya untuk mempertahankan pendirian."Wee Ka Siong sendiri yang membangkitkan soal maruah |
|
Orang Besar Istana Syed Budriz Putra Jamalullail dahului enam penerima Darjah Kebesaran Selangor - Sinarharian - 25/10 12:48 am KLANG - Orang Besar Istana Engku Maharaja Lela Setia, Paduka Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail mendahului senarai enam penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad.Berangkat sama pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.Istiadat turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan barisan Exco kerajaan negeri.Syed Budriz Putra Jamalullail yang juga Presiden Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada penerima lelaki dan Datin Paduka Seri kepada penerima wanita sementara isteri ahli lelaki menggunakan gelaran Datin Seri.Darjah S.P.M.S turut dikurniakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.Sultan Selangor juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) kepada Datuk Diraja Selangor Datuk Lela Jasa Diraja Datuk Richard Alexander John Curtis dan bekas Penasihat Undang-undang Negeri Selangor (2020-2026) Datuk Salim Soib @ Hamid.Pengurniaan darjah itu membawa gelaran Dato' Setia kepada penerima lelaki dan Datin Paduka Setia kepada penerima wanita.Selain itu, turut berlangsung hari ini ialah Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato' Diraja Selangor.Dalam istiadat itu, dua individu dimasyhurkan sebagai Orang Besar Istana iaitu Raja Datuk Reza Alhaj Raja Zaib Shah Alhaj dengan gelaran Engku Sri Paduka Diraja dan Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Alhaj dengan gelaran Tengku Orang Kaya Menteri Diraja.Yang turut dimasyhurkan ialah Datuk Dr Aljafri Abdul Majid sebagai Dato Diraja Selangor dengan gelaran Dato' Sri Maharaja Diraja.Dalam istiadat itu, mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan sumpah gelaran sebelum dikurniakan keris panjang daripada Sultan Sharafuddin.Mereka juga perlu meninggalkan negeri Selangor selama tujuh hari bermula hari ini sebelum kembali bagi istiadat menjunjung duli.Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dalam kenyataan berkata sebanyak 25 calon telah diperakukan dalam Mesyuarat Dewan di-Raja pada 6 Oktober sebagai penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor sebelum senarai tersebut mendapat perkenan Sultan Selangor."Daripada jumlah itu, enam penerima Darjah Kebesaran Kelas Pertama akan menerima pengurniaan pada 25 Okt manakala 19 penerima Darjah Kebesaran Kelas Kedua dan Kelas Ketiga akan menerima pengurniaan dalam istiadat yang dijadualkan pada 1 November."Kesemua calon yang diperakukan telah melalui dan melepasi proses tapisan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi aspek keselamatan dan rekod jenayah, Jabatan Insolvensi Malaysia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya |
|
Amanah pertaruh Mukhlis Mubin, calon muda graduan undang-undang tawan Kuala Linggi - Sinarharian - 25/10 6:45 am MELAKA Parti Amanah Negara (Amanah) mempertaruhkan calon termuda, Mukhlis Mubin, 23, bagi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, Mukhlis yang merupakan graduan bidang undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipilih berdasarkan pencapaian dan bakat dimilikinya."Walaupun masih belum menghadiri majlis konvokesyen, kita memilihnya berdasarkan pencapaian dan bakat yang ada padanya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman calon PH bagi PRN Melaka yang disempurnakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Stadium Hang Jebat pada Sabtu.Pada majlis itu, seramai 21 calon PH diumumkan dengan Amanah bertanding di lima kerusi, DAP (tujuh) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sembilan kerusi.Adly berkata, PH turut menampilkan calon baharu yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri serta golongan profesional bagi memperkukuh peluang gabungan itu pada pilihan raya berkenaan.Menurutnya, antara calon yang mempunyai pengalaman pentadbiran ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang bertanding di DUN Paya Rumput serta Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan di DUN Rembia."Azman mempunyai banyak pengalaman pentadbiran, manakala Mohd Khuzairie juga berpengalaman dalam pentadbiran di peringkat kerajaan negeri."Selain itu, sebahagian calon yang diketengahkan juga terdiri daripada golongan profesional," katanya.Dalam pada itu, Adly berkata, PH mengekalkan lima penyandang daripada keseluruhan 21 calon yang diumumkan, manakala tiga calon yang pernah bertanding sebelum ini turut diberi peluang sekali lagi."Tiga calon berkenaan ialah Datuk Genie Lim yang bertanding di DUN Machap Jaya, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat di DUN Durian Tunggal serta Farzana Hayani Mohd Nasir di DUN Klebang, selepas pernah bertanding di DUN Sungai Rambai."Secara keseluruhan 21 calon, lima penyandang dikekalkan, tiga calon yang pernah bertanding sebelum ini diberi peluang sekali lagi, manakala 13 lagi ialah muka baharu yang belum pernah bertanding dalam pilihan raya," katanya. |
|
PRN Melaka: PH umum 21 calon, Adly Zahari ketuai senarai - Sinarharian - 24/10 10:45 pm MELAKA [DIKEMAS KINI] Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini, diketuai Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan menyaksikan Amanah bertanding di lima kerusi, DAP (tujuh) dan PKR (sembilan).Antara calon PKR yang diketengahkan ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir; serta Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Datuk Ginie Lim.Berikut senarai penuh calon PH bagi PRN Melaka:1 |
|
Tutup pintu kerjasama sukarkan PH menang banyak kerusi, kata pemimpin Amanah - FMT - 24/10 8:30 pm Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil berkata PH perlu terbuka bekerjasama dengan parti yang punyai perjuangan yang sama seperti menentang rasuah. |
|
Teliti tiga aspek sebelum haramkan Waze - Bee Yin - Sinarharian - 24/10 7:08 pm SHAH ALAM Kerajaan perlu meneliti tiga aspek utama iaitu keselamatan negara, kedaulatan data dan keupayaan alternatif tempatan sebelum mempertimbangkan cadangan mengharamkan aplikasi navigasi Waze di Malaysia.Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin berkata, negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) seperti Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Qatar tidak mengharamkan aplikasi Waze meskipun berada berhampiran kawasan konflik dan mempunyai protokol keselamatan yang ketat."Negara-negara ini terletak berhampiran kawasan konflik dan mempunyai protokol keselamatan negara yang ketat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia.Menurut beliau, langkah itu mungkin dipertimbangkan selepas kerajaan meneliti alternatif yang sesuai untuk menggantikan Waze, termasuk kemampuan tempatan membangunkan aplikasi setanding yang mampu beroperasi dengan berkesan.Mengulas lanjut, Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong mempersoalkan sama ada kerajaan telah mengadakan rundingan dengan Alphabet Inc., syarikat induk Waze yang berpangkalan di Amerika Syarikat, bagi melindungi data pengguna Malaysia.Beliau mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan penyimpanan data lokasi pengguna di dalam negara bagi memastikan data tersebut berada di bawah kawalan tempatan.Dalam masa sama, beliau turut menekankan keperluan menilai keupayaan aplikasi navigasi tempatan untuk menggantikan Waze, khususnya dalam memenuhi keperluan pengguna jalan raya dan pemandu komersial."Aplikasi navigasi bukan sahaja membantu pengguna memilih laluan terbaik, malah membolehkan mereka mengesan bahaya di jalan raya serta mendapatkan maklumat trafik secara masa nyata."Sekiranya kerajaan bercadang menggantikan Waze, apakah aplikasi alternatif yang sedang dipertimbangkan dan adakah aplikasi tersebut telah diuji bagi memastikan keberkesanannya untuk pengguna biasa serta pemandu komersial di seluruh negara?" katanya.Dalam pada itu, Bee Yin turut mempersoalkan keupayaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk membangunkan dan mengurus aplikasi navigasi yang setanding dengan produk keluaran syarikat teknologi global.Menurut beliau, pembangunan sistem navigasi yang cekap dan mampu mengemas kini peta secara pantas memerlukan teknologi canggih, proses penambahbaikan yang berterusan serta tenaga pakar berkemahiran tinggi.Sebagai perbandingan, katanya, Korea Selatan mempunyai aplikasi navigasi tempatan seperti Naver Map dan KakaoMap yang dibangunkan oleh syarikat teknologi tempatan berskala besar dan bukannya agensi kerajaan."Tindakan mengharamkan Waze secara tergesa-gesa berisiko mengganggu urusan harian rakyat, meningkatkan beban ekonomi pekerja gig serta menjejaskan reputasi Malaysia dalam landskap ekonomi digital," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapatkan pandangan pakar serta mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat. |
|
251 kes kesalahan seksual libatkan pelajar IPT dilaporkan setakat Ogos - Hui Ying - Sinarharian - 24/10 1:30 pm MELAKA -Sebanyak 251 kes kesalahan seksual melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying.Beliau berkata, statistik yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa keselamatan seksual dalam persekitaran pendidikan memerlukan perhatian serius dan tindakan berterusan."Dalam menangani isu ini, kita bukan sahaja perlu mengetahui cara melindungi diri, tetapi juga memahami kaedah untukmembantu orang lain dengan betul."Oleh itu, antara matlamat utama Skuad Waja Siswa yang membawa maksud Wanita Anti Jenayah ditubuhkan adalah untuk menggalakkan penglibatan sukarelawan dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran serta membantu menangani keganasan terhadap wanita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Skuad Waja Siswa Negeri Melaka di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)di sini pada Sabtu.Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Ruziah Shafei dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Hanani Sapit.Hui Ying |
|
'Kita bersemuka isu Bersatu malam esok' - PN - Sinarharian - 24/10 10:52 am Elok kita bincang tanggungjawab parti anggota."Elok kita buat pendirian apa konsensus kita sebenarnya. Elok kita berdepan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan PN berhasrat menjemput Bersatu menghadiri mesyuarat gabungan itu dalam masa terdekat.Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi Putrajaya membenarkan permohonan PN untuk menangguhkan pelaksanaan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sementara menunggu penyelesaian permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan berkenaan.Menurut Annuar, keputusan juga akan dibuat terhadap semakan kehakiman dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada mesyuarat tersebut."Isu semakan kehakiman dan isu pilihan raya negeri Melaka sudah tentu dibincang dan kita buat keputusan."'Let's hold the bull by the horn'," ujarnya.Terdahulu, pertikaian antara PN dan Bersatu tercetus selepas parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan aduan kepada RoS dengan mendakwa parti berkenaan diketepikan daripada mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.Bersatu mendakwa tindakan mengecualikan parti itu telah melanggar Fasal 7.1 Perlembagaan PN serta mempertikai kewujudan 'kuasa veto' yang mempengaruhi keputusan Majlis Tertinggi.Berikutan aduan tersebut, RoS menggantung sementara gabungan itu selepas notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 dikeluarkan |
|
PRN Melaka: PN pertahan prinsip penyandang, UMNO kuasai 21 kerusi - Sinarharian - 24/10 10:30 am KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) mempertahankan prinsip penyandang sebagai asas pengagihan kerusi pilihan raya, sekali gus memberi gambaran bahawa UMNO mempunyai kelebihan untuk mengekalkan 21 kerusi yang dimenangi di Melaka sebelum ini.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, prinsip 'incumbency' atau penyandang menjadi konsep yang dipersetujui secara umum dalam rundingan pengagihan kerusi bagi memastikan kerjasama politik dapat dibentuk.Menurut beliau, kedudukan parti yang memegang kerusi sedia ada perlu diambil kira, seperti yang berlaku di beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan."Konsep yang dipersetujui secara umum ialah incumbency, maknanya penyandang."Kena ingat, di Kelantan ini Pas dan PN memegang 42 daripada 43 kerusi |
|
PRN Sarawak: Pas belum putuskan penyertaan, tunggu perbincangan PN - Sinarharian - 24/10 10:05 am KOTA BHARU Pas belum memutuskan sama ada akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, sebaliknya perkara itu bakal dibincangkan bersama kepimpinan parti dan Perikatan Nasional (PN).Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu masih berada pada peringkat awal untuk menentukan pendirian berhubung penyertaan dalam pilihan raya berkenaan.Menurut beliau, Pas sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa, namun keputusan untuk bertanding di Sarawak masih belum dimuktamadkan."Pas bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya |
|
Pas jumpa MB Perlis, cari penyelesaian kemelut negeri - Sinarharian - 24/10 9:35 am KOTA BHARU - Pas akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terhadap masalah yang berlaku di negeri itu.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, surat permohonan perbincangan berkenaan sudah dihantar kepada menteri besar bagi membolehkan perkara itu dibincangkan bersama.Menurut beliau, Pas akan terus berbincang dengan kerajaan negeri dari semasa ke semasa meskipun parti itu tidak berada dalam pentadbiran kerajaan negeri ketika ini."Ya, waktu terdekat |
|
Serah rundingan kerusi PN kepada Setiausaha Agung - Harakahdaily - 23/10 10:08 pm KOTA BHARU: WAWASAN menyerahkan sepenuhnya urusan rundingan agihan kerusi Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada kepimpinan gabungan itu dan tidak menetapkan jumlah kerusi tertentu untuk ditandingi parti itu. Presiden WAWASAN, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berkata, urusan berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang diberikan tanggungjawab mengendalikan rundingan […] The post Serah rundingan kerusi PN kepada Setiausaha Agung appeared first on Harakahdaily . |
|
TuJu mohon maaf, jangka aplikasi pulih awal November - Sinarharian - 23/10 10:04 pm SHAH ALAM - TuJu memohon maaf kepada pengguna yang berdepan gangguan pada fungsi platform sejak beberapa hari lalu.Pihak pengurusan aplikasi navigasi tempatan itu dalam kenyataan berkata, pasukan teknikal aplikasi itu sedang melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan penambahbaikan yang disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 November depan.Menurutnya, sebarang perkembangan dari segi kerja-kerja pemulihan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi TuJu."Ketika ini, fungsi lain dalam aplikasi kekal boleh digunakan seperti biasa."TuJu berterima kasih atas kesabaran serta sokongan pengguna |
|
PRN Melaka: Wawasan serah kepada pimpinan PN tentukan agihan kerusi - Sinarharian - 23/10 8:16 pm KOTA BHARU - Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddinberkata, keputusan berhubung pembahagian kerusi perlu diserahkan kepada pimpinan gabungan berkenaan dan diterima semua parti komponennya."Sebagai sebahagian daripada anggota PN, kita serahkan kepada Pengerusi. Manakala Pengerusi PN memberi mandat kepada Setiausaha Agung yang menguruskan perbincangan berhubung kerusi."Jangan ada banyak suara |
|
PRN Sarawak: Wawasan bincang hala tuju bersama PN - Sinarharian - 23/10 7:43 pm KOTA BHARU - Parti Wawasan Negara (Wawasan) akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Perikatan Nasional (PN) sebelum membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, walaupun Wawasan sudah mempunyai ahli namun keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya tidak dibuat secara bersendirian."Kita sebenarnya ada ahli-ahli di sana, tetapi sama ada bertanding atau tidak. Kita dah jadi anggota PN biarlah ia dibincang bersama dan tidak perlu bincang seorang diri."Kita dah maklumkan bahawa kita serahkan kepada Setiausaha Agung dan pengerusi PN," katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.Terdahulu media melaporkan, DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober ini bagi memberi laluan kepada PRN.Pengumuman itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, pada Jumaat selepas beliau menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri.Menurut Abang Johari, DUN Sarawak ke-19 mula bersidang pada 14 Februari 2022 berdasarkan Perkara 21(3) Perlembagaan Negeri Sarawak dan akan terus berfungsi selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya, kecuali dibubarkan lebih awal. |
|
Hamzah dakwa ada 'udang di sebalik batu' isu Bersatu tidak dijemput mesyuarat PN - Sinarharian - 23/10 7:39 pm KOTA BHARU Tindakan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak dijemput menghadiri mesyuarat gabungan itu disifatkan sebagai langkah mengikut peraturan, bukannya mengetepikan kepentingan parti berkenaan.Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tindakan itu wajar kerana terdapat aduan ahli Bersatu sendiri kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung kesahihan mesyuarat parti berkenaan yang didakwa tidak mencukupi korum.Menurut beliau, perkara sama pernah berlaku terhadap Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) apabila terdapat aduan berkaitan RoS sebelum parti itu dibenarkan kembali menghadiri mesyuarat selepas memaklumkan bahawa isu berkenaan telah diselesaikan."Kalau saya jadi setiausaha agung, saya buat benda yang sama |
|
Pemohonan bekas Exco Negeri Sembilan cabar pembatalan pelantikan didengar 16 Disember - Sinarharian - 23/10 7:17 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 16 Disember ini untuk mendengar permohonan 10 bekas anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan bagi mencabar keputusan pemerintah negeri itu yang membatalkan pelantikan mereka bulan lepas.Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun mewakilibekas Exco berkenaan dan peguam Marisa Regina Mohd Aris Rizal yangmewakili Kerajaan Negeri Sembilan, mengesahkan tarikh pendengaran itu ketika dihubungi Bernama, selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azaraorni Abd Rahman.Sepuluh individu itu ialahDatuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Datuk Mohd Fairuz Mohd Isa danDatuk Razali Abu Samah.Mereka menfailkan notis usul pada 14 Oktober lepas, dengan menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan negeri sebagai responden.Menurut notis usul itu, mereka meminta mahkamah menentukan tiga persoalan undang-undang berhubung kesan dan tafsiran peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang berbangkit daripada saman pemula difailkan mereka di Mahkamah Tinggi Seremban.Pada 5 Oktober lepas, mereka menfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban bagi mencabar kesahihan warta pembatalan pelantikan mereka sebagai Exco Kerajaan Negeri Sembilan.Antara persoalan yang dibangkitkan ialahsama ada Perkara 38(5) apabila dibaca bersama Perkara 38(2), 38(3), 38(4), 40(1), 40(1A) dan 40(2)Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan Yang Dipertuan Besar membatalkan pelantikan seseorang Exco tanpa nasihat Menteri Besar.Sekiranya jawapan kepada persoalan itu adalah negatif, mereka memohon penentuan sama ada pembatalan pelantikan Exco seperti diwartakan pada 24 September lepas dibuat mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan sama ada pembatalan itu terbatal, tidak sah serta tidak mempunyai kuat kuasa.Satu lagi persoalan ialah sama ada Perkara 38(5), apabila dibaca bersama Perkara 28(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, membawa maksud bahawa istilah "Raja Pemerintah" merujuk kepada Yang Dipertuan Besar yang mempunyai kuasa untuk membatalkan pelantikan seseorang Exco atas perkenan baginda sendiri tanpa nasihat Menteri Besar.Sekiranya jawapan kepada persoalan itu adalah negatif, sama ada pemecatan mereka bertentangan dengan perlembagaan negeri.Pada 20 September lepas, Istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan kesemua Exco berkenaan berkuat kuasa serta-merta.Pembatalan pelantikan mereka diwartakan pada 24 September lepas, dengan pemecatan itu berkuat kuasa mulai 20 September.Menurut warta itu, pelantikan mereka dibatalkan dan diisytiharkan tidak sah kerana melanggar sumpah taat setia kepada Tuanku Muhriz apabila mereka bersetuju untuk melucutkan baginda daripada jawatan yang Dipertuan besar Negeri Sembilan |
|
Hamzah temui Presiden Pas, bincang kerjasama Wawasan-Kelantan - Sinarharian - 23/10 7:15 pm KOTA BHARU - Parti Wawasan Negara (Wawasan) mengadakan perbincangan dengan Pas bagi meneroka ruang kerjasama politik, termasuk perancangan untuk memperkukuh hubungan kedua-dua pihak di Kelantan dan peringkat nasional.Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, baru-baru ini beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung parti itu bagi membincangkan perkara yang boleh dilaksanakan secara bersama.Menurut beliau, pertemuan itu turut membuka ruang kepada perancangan untuk mengembangkan Wawasan menerusi hubungan yang lebih rapat dengan Pas, khususnya di Kelantan."InsyaALLAH, kita ada perancangan yang boleh mengembangkan Wawasan |
|
SPR tunggu pemakluman rasmi pembubaran DUN Sarawak - Sinarharian - 23/10 6:45 pm KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selepas menerima pemakluman rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Speaker DUN Sarawak.Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, tarikh mesyuarat itu belum ditentukan dan akan dimaklumkan kemudian."Seboleh-bolehnya kita akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak sebelum menentukan tarikh-tarikh berkaitan, dengan mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar," katanya kepada Bernama.Mengulas tentang kesiapsiagaan SPR, beliau berkata persediaan awal meliputi aspek logistik, bekalan peralatan, latihan petugas pilihan raya serta pengenalpastian lokasi yang sesuai dijadikan pusat mengundi."Dari segi logistik, latihan dan petugas-petugas, insya-ALLAH kita bersedia," katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa cadangan penggunaan teknologi Optical Character Recognition-Voters Attendance (OCR-VA) pada PRN Sarawak akan dikemukakan kepada ahli SPR untuk penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.Terdahulu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam sidang media khas pada Jumaat mengumumkan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober bagi memberikan laluan kepada PRN13.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. |
|
PN panggil mesyuarat: Tunggu jemputan rasmi, semak implikasi undang-undang - Tun Faisal - Sinarharian - 23/10 4:05 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menunggu jemputan rasmi mesyuarat Perikatan Nasional (PN) susulan penggantungan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga akan menantikan semakan implikasi undang-undang dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)."Pas sepatutnya sejak awal mematuhi Perlembagaan PN serta aturan pertubuhan itu selaku pengerusi dan pentadbir gabungan berkenaan."Jika Pas patuh dan melaksanakan keputusan-keputusan MT (Majlis Tertinggi) PN secara amanah dan tidak bertangguh-tangguh, tidak ada pemimpin Pas yang bukan anggota MT bertindak melanggar keputusan serta tidak berunding di belakang secara mengenepikan MT, perkara ini tidak akan sampai ke peringkat mahkamah dan RoS," katanya pada Jumaat.Sebelum ini Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan PN akan memanggil Bersatu menghadiri mesyuarat meskipun kemelut antara kedua-dua pihak masih belum reda.Menurutnya, keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung Notis Pembatalan Pendaftaran PN yang dikeluarkan RoS membolehkan gabungan itu mengadakan mesyuarat.Terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizan Md Arshad memutuskan penggantungan berkenaan selepas berpendapat terdapat kemudaratan lebih besar kepada gabungan itu selaku pemohon sekiranya penggantungan pelaksanaan tidak dibenarkan.Hakim kemudian membenarkan permohonan gabungan parti itu supaya notis berkenaan digantung sehingga prosiding substantif semakan kehakiman didengar.Dalam pada itu Tun Faisal menegaskan, Pas perlu memahami mereka tidak sepatutnya bertindak secara unilateral dan melanggar perlembagaan PN ada perlembagaan serta aturannya."Keputusan 'stay' tidak memutuskan sama ada keputusan RoS salah dan Pas tidak pernah melanggar Perlembagaan PN, menindas dan menafikan hak Bersatu sebagai parti anggota PN."Panggilan mesyuarat, kata orang Perak, baru ada akai," ujarnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |