///
See Also: Shutterstock

Search : Seksyen 302 Kanun News   Page 1    



Kematian Syamsul Haris: UTM tidak akan lindungi pihak terlibat - Mgazette - 3/12 3:29 pm

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar memaklumkan, pihak polis telah menerima arahan agar siasatan kes kematian Syamsul Haris diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh orang





Bukit Aman ambil alih siasatan kes kematian Syamsul Haris - Mgazette - 3/12 3:29 pm

# Bukit Aman ambil alih siasatan kes kematian Syamsul Haris JOHOR BAHRU Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil sepenuhnya siasatan kes kematian kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad yang mengesahkan perkara tersebut memberitahu, ia susulan arahan terbaharu Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengklasifikasikan semula kes berkenaan daripada mati mengejut kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh





Kematian Syed Danial: Bekas pekerja IT lega penjara 16 tahun dikurangkan kepada 12 tahun - Sinarharian - 3/12 12:30 am

PUTRAJAYA - Bekas pekerja teknologi maklumat (IT) yang dihukum penjara 16 tahun kerana menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuh Raya Utara Selatan pada 2019 lalu menangis kesyukuran selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu mengurangkan tempoh pemenjaraan kepada 12 tahun.Isterinya yang berada di galeri awam turut kelihatan lega kerana Yew Wei Liang, 47, yang menjalani hukuman di Penjara Kajang, dijangka bebas pada 10 Ogos 2027.Semasa prosiding, panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Nordin Hassan membenarkan rayuan Wei Liang selaku perayu, untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan perayu untuk meminda Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun kepada Seksyen 304(b) kanun sama dengan hukuman jel tidak kurang 10 tahun.Panel hakim juga menolak rayuan silang oleh pendakwaan supaya mengembalikan kes itu kepada Seksyen 302 kanun sama bagi kesalahan membunuh.Semasa membaca keputusan sebulat suara, Nordin berkata, mahkamah mengekalkan sabitan bersalah yang dijatuhi Mahkamah Tinggi yang mana ia juga dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan."Mahkamah terdahulu tidak terkhilaf dalam membuat keputusan namun kami berpendapat, tempoh pemenjaraan itu keterlaluan dan agak tinggi."Jadi mahkamah mengurangkan hukuman daripada 16 kepada 12 tahun," katanya yang bersidang bersama Hakim-hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Lee Swee Seng.Dalam prosiding ini, perayu diwakili peguam, Datuk N Sivananthan dan Nabila Habib sementara pendakwaan selaku responden dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee.Ketika ditemui di luar mahkamah, Sivananthan berkata, anak guamnya tidak menyangka akan dibebaskan lebih awal kerana beranggapan mahkamah akan mengekalkan keputusan sama."Walaupun masih dikenakan hukuman penjara namun dia menangis kerana lega sekurang-kurangnya, akan dibebaskan dua tahun dari sekarang."Dia juga memberitahu mahu memulakan semula kehidupan baharu bersama isteri," katanya.Pada 10 Mac lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara selama 16 tahun terhadap perayu.Pada 7 Disember 2023, Hakim, Julia Ibrahim menjatuhi tertuduh hukuman penjara 16 tahun selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.Setelah menimbangkan semua faktor yang dikemukakan, Julia berpendapat, hukuman yang sesuai dan wajar ialah tertuduh dihukum penjara bermula tarikh tangkap, 10 Ogos 2019.Pada 22 Ogos 2019, Wei Ling didakwa membunuh Syed Muhammad Danial yang juga pengurus bank di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang pada 10 Ogos tahun sama.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Bagaimanapun, ketika membaca keputusan kes, hakim mensabitkan tertuduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.





UTM tidak kompromi, lindungi mana-mana pihak dalam kes kematian Syamsul Haris - Sinarharian - 3/12 12:19 am

JOHOR BAHRU [DIKEMAS KINI] Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang didapati terlibat dalam kes kematian Allahyarham Syamsul Haris Shamsuddin.UTM dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan kesediaan memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu siasatan lanjut.Jelas UTM, langkah tersebut susulan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan semula kes kematian Allahyarham Syamsul Haris sebagai kes bunuh."UTM sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kedaulatan undang-undang, serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan bagi memastikan keadilan ditegakkan," menurut kenyataan itu.Universiti itu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Syamsul Haris dan menasihatkan semua pihak, termasuk warga kampus serta orang awam, agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berlangsung.Pada Selasa, Jabatan Peguam Negara (AGC), mengarahkan agar kes kematian ahli kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendengar taklimat mengenai hasil laporan siasatan yang dibuka PDRM berhubung kematian Syamsul Haris."Setelah ditaklimatkan dan meneliti hasil Laporan Siasatan tersebut, jabatan telah mengarahkan kes kematian ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] untuk siasatan selanjutnya oleh pihak PDRM," menurut AGC dalam satu kenyataan.Syamsul Haris, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor pada 28 Julai selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram.





Kes bunuh Syamsul Haris kini disiasat USJT Bukit Aman - Sinarharian - 3/12 11:44 am

JOHOR BAHRU Siasatan berhubung kematian kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, kini diambil sepenuhnya oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, susulan arahan terbaharu Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengklasifikasikan semula kes berkenaan daripada mati mengejut kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Menurutnya, keputusan itu dilihat selari dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah JSJ Bukit Aman semalam."Peguam Negara telah mengarahkan siasatan ini daripada mati mengejut kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mati dibunuh."Siasatan ini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan telah diambil alih sepenuhnya oleh pasukan tersebut, bukan lagi disiasat oleh Kontinjen Johor."Mengenai proses siasatan dan langkah seterusnya, saya tidak dapat memberikan butiran lengkap kerana ia berada di bawah bidang kuasa Bukit Aman," katanya kepada pemberita pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan kes itu setelah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di sini, pada Rabu.Semalam, AGC mengarahkan kes kematian Allahyarham Syamsul Haris diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan setelah meneliti laporan siasatan yang dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM).Sebelum ini, pada 28 Julai lalu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.Bagaimanapun, pada 27 Ogos, USJT, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman mengambil alih sepenuhnya siasatan susulan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan permohonan notis usul keluarga si mati untuk penggalian semula (exhumation) dan bedah siasat kali kedua





Suspek bunuh warga emas guna cangkul direman - Sinarharian - 3/12 11:16 am

LUMUT - Seorang penganggur direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang warga emas yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di Kampung Koh, Sitiawan pada Sabtu lalu.Perintah reman dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid terhadap lelaki berusia 49 tahun itu di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Rabu.Suspek itu sebelum ini ditahan polis di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung selepas dipercayai memecah masuk rumah mangsa dan menyebabkan kematian wanita berusia 78 tahun tersebut menggunakan cangkul.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman dalam laporan berkata, mangsa ditemui ahli keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum laporan dibuat kepada polis.Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai 38 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, samun dan mendatangkan kecederaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Ada penemuan baharu dalam laporan bedah siasat Syamsul Haris - Mgazette - 3/12 7:32 am

Jadi biar pihak polis selesaikan dengan menyerahkan kertas siasatan kepada AGC, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Simposium Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2025, di sini, hari ini. Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan agar kes kematian Syamsul Haris diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh orang





Kematian Syamsul Haris diklasifikasikan kes bunuh Kematian Syamsul Haris .. - Mgazette - 3/12 7:32 am

# Kematian Syamsul Haris diklasifikasikan kes bunuh KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan polis agar siasatan kes kematian Syamsul Haris Shamsudin diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh orang





Babak baharu siasatan kes bunuh Syamsul Haris - Sinarharian - 3/12 7:30 am

KUALA LUMPUR Keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan semula kematian ahli kadet Palapes, Syamsul Haris Shamsudin, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membuka lembaran baharu siasatan dan menandakan perkembangan penting dalam usaha mencari keadilan bagi keluarga mangsa.Langkah tersebut dibuat selepas AGC menerima taklimat lengkap hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebelum ini mengendalikan kes sebagai mati mengejut (SDR).AGC dalam kenyataan memaklumkan, bahawa penelitian terhadap laporan siasatan membawa kepada keputusan untuk kes diklasifikasikan semula bagi membolehkan penyiasatan yang lebih menyeluruh dilakukan mengikut peruntukan undang-undang lebih berat.Syamsul Haris, 22, meninggal dunia pada 28 Julai di Hospital Kota Tinggi selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, Ulu Tiram.Jenazahnya dikebumikan keesokan hari di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.Namun, perjalanan kes berubah apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 Ogos membenarkan permohonan keluarga untuk penggalian semula kubur dan bedah siasat kedua.Permohonan itu akhirnya membawa kepada pengambilalihan kes oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Bukit Aman.Bedah siasat kedua dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 30 Ogos, sebelum jenazah dikebumikan semula pada hari sama.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar pula menegaskan, penyiasatan kini difokuskan untuk mengenal pasti pihak yang terlibat atau bertanggungjawab dalam kematian penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu."Kertas siasatan akan dirujuk semula kepada AGC untuk arahan lanjut selaras peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan," ujarnya seperti dilaporkan media.Beliau pada masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu proses siasatan dan menjejaskan prinsip keadilan.Analisis terhadap perkembangan ini menunjukkan bahawa pengklasifikasian di bawah Seksyen 302 lazimnya hanya dibuat apabila terdapat elemen yang memerlukan penelitian menyeluruh termasuk kemungkinan kecuaian serius atau perbuatan jenayah.Pengambilalihan oleh USJT iaitu unit khas yang mengendalikan kes berprofil tinggi turut menandakan tahap keutamaan yang diberikan pihak berkuasa.Tindakan keluarga mendapatkan bedah siasat kedua yang diluluskan mahkamah serta keputusan AGC ini dilihat sebagai perkembangan penting dalam usaha memastikan semua persoalan sekitar punca kematian dijawab sepenuhnya.Isu melibatkan kematian ketika latihan ketenteraan sering mendapat perhatian umum, apatah lagi apabila melibatkan institusi pendidikan dan latihan negara.Kes Syamsul Haris kini menjadi tumpuan kerana melibatkan soal keselamatan, standard latihan serta ketelusan institusi.Dengan siasatan kini berada pada landasan baharu, perhatian rakyat akan tertumpu kepada hasil akhir yang bakal menentukan sama ada terdapat pihak yang akan didakwa





Kematian Kadet PALAPES Syamsul Haris Bukan Insiden Latihan, AGC Sahkan Kes Di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan - Siraplimau - 3/12 7:21 am

Kes kematian kadet PALAPES UTM, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin sekali lagi menjadi perhatian seluruh negara selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa insiden ini bukan kematian biasa, sebaliknya kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan





AGC Arah Kes Kematian Kadet PALAPES Diklasifikasi Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan - Siakapkeli - 2/12 9:17 pm

AGC Arah Kes Kematian Kadet PALAPES Diklasifikasi Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian ahli kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Syamsul Haris Shamsudin diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)





Kes Kematian Pelatih Palapes UTM, Syamsul Haris Kini Diklasifikasi Sebagai Kes Bunuh Mengikut Seksyen 302 - Beautifulnara - 2/12 8:30 pm

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mengarahkan kes kematian pelatih Palapes Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris, diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Kematian Syamsul Haris diklasifikasikan kes bunuh - Sinarharian - 2/12 7:54 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian ahli kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Syamsul Haris Shamsudin diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendengar taklimat mengenai hasil laporan siasatan yang dibuka PDRM berhubung kematian Syamsul Haris."Setelah ditaklimatkan dan meneliti hasil Laporan Siasatan tersebut, jabatan telah mengarahkan kes kematian ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] untuk siasatan selanjutnya oleh pihak PDRM," menurut kenyataan itu.Syamsul Haris, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor, pada 28 Julai, selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram.Jenazah Syamsul Haris dikebumikan keesokannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan kes kematian penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu diteruskan untuk mengenal pasti individu terlibat atau bertanggungjawab terhadap kematian tersebut.Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk semula ke AGC untuk arahan selari dengan peruntukan perkara 145 Perlembagaan Persekutuan."Masyarakat diingatkan agar tidak membuat apa-apa spekulasi terhadap kes ini sementara Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan dan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini," katanya dalam kenyataan.Kes berkenaan sebelum ini disiasat sebagai mati mengejut (SDR).Kes diambil alih sepenuhnya Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman pada 27 Ogos lepas, susulan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan permohonan notis usul keluarga Allahyarham bagi proses penggalian semula kubur dan bedah siasat kali kedua.Allhayarham sebelum itu telah dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu, Semenyih.Pada 30 Ogos, bedah siasat kedua terhadap jasad Allahyarham Syamsul Haris dilaksanakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan jenazah dikebumikan semula di tanah perkuburan berkenaan pada hari sama





Polis fokus siasatan kenal pasti individu terlibat bunuh Syamsul Haris - Sinarharian - 2/12 7:52 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Polis meneruskan siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kematian kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), selepas kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata, hasil siasatan berkaitan kes Syamsul Haris Shamsudin telah dibentangkan kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa."Peguam Negara mengarahkan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti individu yang terlibat atau bertanggungjawab ke atas kematian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Kumar berkata, kertas siasatan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan, selari dengan peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan."Masyarakat diingatkan agar tidak membuat spekulasi terhadap kes ini, sementara PDRM melengkapkan siasatan dan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini," katanya.Pada 28 Julai lalu, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan telah dimulakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor.Pada 27 Ogos lalu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), JSJ Bukit Aman telah mengambil alih sepenuhnya siasatan kes kematian tersebut.Ia berikutan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan permohonan notis usul keluarga si mati untuk penggalian semula (exhumation) dan bedah siasat kali kedua.





Kematian kadet PALAPES Syamsul Haris diklasifikasi semula sebagai kes bunuh - Hmetro - 2/12 7:24 pm

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk siasatan selanjutnya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)





Kematian Syamsul Haris diklasifikasi kes bunuh - AGC - Mkini - 2/12 6:38 pm

Jabatan Peguam Negara arah polis menyiasat kes itu dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Warga emas bunuh isteri direman enam hari - Mgazette - 2/12 5:11 pm

TANAH MERAH - Seorang warga emas direman enam hari untuk membantu siasatan selepas dipercayai membunuh isterinya di Kampung Paku, di sini semalam. Perintah reman dikeluarkan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini di Mahkamah Majistret, di sini bermula hari ini hingga 7 Dis bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Emosi anak-anak mangsa tikam stabil, sudah ke sekolah - Sinarharian - 2/12 1:27 pm

TANAH MERAH - Emosi dua anak kepada Allahyarham Mastura Abdullah yang maut dipercayai ditikam suaminya pada Isnin berada dalam keadaan stabil.Adik bongsu arwah, Ahmad Hafizan, 22, berkata, anak sulung kakaknya berusia 12 tahun pergi ke sekolah seperti biasa.Menurutnya, emosi anak lelaki yang berusia 10 tahun merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam juga berada dalam keadaan baik walaupun dia di antara yang terawal melihat keadaan ibunya selepas kejadian menyayat hati tersebut."Alhamdulillah, mereka berdua baik-baik sahaja. Tentang hak penjagaan kami sedang berbincang sama ada akan dijaga oleh kakak tiri mereka di Selayang, Selangor atau nenek saudara di sini."Arwah kakak mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya yang pertama sebelum ini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Sinar Harian melaporkan suami kepada mangsa yang berusia 63 tahun direman selama enam hari sehingga Ahad ini.Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Sementara itu pada Isnin, dalam kejadian jam 10 pagi itu Mastura yang bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.Suspek dikatakan telah menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh di sini kira-kira jam 1 tengah hari.Pasangan tersebut sudah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 10 dan 12 tahun.Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, HTM untuk bedah siasat dan selamat dikebumikan jam 7 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku pada Selasa.





Lelaki mati ditembak: Kongsi gelap, dadah antara sudut siasatan polis - Sinarharian - 2/12 1:24 pm

SHAH ALAM - Elemen kongsi gelap dan dadah antara aspek siasatan yang dijalankan polis berhubung kes seorang lelaki yang ditembak mati dalam pacuan empat roda oleh suspek di Taman Mesra Indah, Klang Sabtu lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan menyeluruh masih dijalankan bagi mengesan suspek dan motif kejadian."Semakan awal mendapati mangsa ada memiliki tiga rekod kes dadah iaitu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15 akta sama."Mangsa berusia 26 tahun itu maut akibat lima das tembakan jarak dekat di bahagian badan menggunakan senjata pistol," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Selasa.Ketika ditanya adakah kes terbabit mempunyai kaitan dengan kes tembak di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang pada 7 November lalu, Shazeli berkata, pada peringkat ini kedua-dua kes ini tidak mempunyai kaitan."Kes ini juga masih dalam siasatan dan seorang suspek telah diberi jamin polis," ujarnya.Sebelum itu, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat pada jam 8.35 malam berhubung kejadian tembak di Taman Mesra Indah, Klang.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Mohd Harman Mohd Haniff di talian 019-2100334 atau Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di 03-33762222.





Suami tikam isteri negatif dadah, tiada masalah mental, penganggur - Polis - Sinarharian - 2/12 11:47 am

KOTA BHARU Polis mengesahkan bahawa lelaki yang dipercayai menikam isterinya hingga maut menggunakan sebilah pisau di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah adalah negatif dadah, tidak mempunyai masalah mental, dan merupakan seorang penganggur.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan warga emas berusia 63 tahun itu bertindak demikian kerana bermotifkan cemburu."Suspek berada dalam keadaan terlalu marah sehingga bertindak menikam isterinya. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya kepada pemberita pada Selasa.Menurut beliau, hasil siasatan mendapati mangsa, Mastura Abdullah, 40, telah ditikam sekali di bahagian badan sehingga mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa warga emas terbabit telah direman selama enam hari sehingga Ahad ini.Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Sementara itu, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Isnin lalu, Mastura yang bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.Suspek dikatakan telah menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh kira-kira jam 1 petang hari yang sama.Pasangan suami isteri itu telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 10 dan 12 tahun.Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tanah Merah (HTM) untuk dibedah siasat sebelum selamat dikebumikan pada jam 7 pagi Selasa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku.





Syak ada kekasih, suami tikam isteri dua kali di belakang badan - Polis - Sinarharian - 1/12 7:18 pm

TANAH MERAH Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah mereka di Kampung Paku, Gual Ipoh, pada Isnin.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, mangsa, Mastura Abdullah, 40, yang merupakan seorang tukang masak, telah bertengkar dengan suaminya berusia 63 tahun."Kejadian itu berlaku selepas suspek mengesyaki wanita itu mempunyai kekasih. Lelaki itu dipercayai menikam bahagian belakang badan isterinya dengan dua tikaman."Berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan baru sahaja tiba di rumahnya dari Lembah Klang pagi tadi," katanya kepada pemberita.Menurut beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 9 pagi Selasa untuk permohonan reman.Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Sinar Harian melaporkan seorang isteri maut ditikam suaminya dipercayai menggunakan senjata tajam di kediaman mereka di Kampung Paku, Gual Ipoh.Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian badan.Suspek dikatakan telah menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh di sini kira-kira jam 1 petang.Suspek dan mangsa sudah 14 tahun berkahwin dan mempunyai dua orang anak berusia 10 dan 12 tahun





Dua warga Myanmar ditahan pukul lelaki hingga mati di Kampung Pandan - Mgazette - 1/12 5:27 pm

"Mangsa kemudian telah dibawah ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.33 pagi tadi," katanya dalam kenyataan, hari ini. Tambah beliau, susulan itu tangkapan ke atas kedua-dua suspek dibuat bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Lelaki warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh Lelaki warga emas .. - Mgazette - 1/12 7:31 am

Beliau berkata, polis turut merampas sebatang cangkul di lokasi kejadian yang mempunyai kesan darah disyaki digunakan sebagai senjata oleh suspek. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan adalah _multiple blunt and sharp injuries of the head._ Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan, ujarnya





Warga emas dibunuh guna cangkul - Sinarharian - 30/11 8:02 pm

MANJUNG Seorang lelaki warga emas ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya di Kampung Koh dekat sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 78 tahun ditemui oleh ahli keluarga sebelum mereka segera membuat laporan di Balai Polis Kampung Koh.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 1.30 tengah hari.Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang dengan kecederaan parah pada bahagian kepala dan muka."Pemeriksaan di lokasi menemui sebatang cangkul yang mempunyai kesan darah dan dipercayai digunakan suspek untuk menyerang mangsa."Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, hasil laporan forensik mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan tumpul dan tajam yang serius pada bahagian kepala.Menurut Hasbullah, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian masih dalam siasatan."Polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dan usaha pengumpulan bukti serta keterangan saksi sedang giat dijalankan," katanya.Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.Katanya, mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-392 7837, Bilik Gerakan IPD Manjung di 05-688 6222 atau menerusi WhatsApp Hotline 017-682 8005.





Lelaki mati ditembak dalam pacuan empat roda - Sinarharian - 30/11 9:47 am

KLANG - Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian di sekitar Taman Mesra Indah di sini pada Sabtu.Mangsa terlibat dipercayai individu warga tempatan, namun butiran umur mangsa belum diperoleh setakat ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerusi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 8.35 malam."Satu kejadian tembak dipercayai berlaku di kawasan berkenaan dan panggilan dibuat orang awam berhubung kejadian."Setakat ini, motif kejadian masih dalam peringkat siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada Ahad.Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan."Sebarang maklumat berkaitan kejadian dapat disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Asisten Superintenden Mohd Harman Mohd Hanif di talian 019-2100334."Selain itu, maklumat juga dapat disalurkan dengan menghubungi bilik gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222," katanya.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan mangsa didapati terkulai dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.Menerusi hantaran video berkenaan, mangsa dipercayai ditembak dalam kejadian berkenaan.





Jaminan polis terhadap Namewee disambung hingga 10 Disember - Mgazette - 27/11 7:46 am

Hsieh ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay dekat sini pada 22 Okt lepas dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Penganggur kekal dipenjara 35 tahun bunuh ibu saudara, adik lelaki lumpuh - Mgazette - 26/11 3:36 pm

Azman turut didapati bersalah membunuh Rokiah Abdullah, 54, di luar rumah itu pada 11.10 pagi, hari sama. Tuduhan asal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun maksimum 40 tahun, dan sebatan tidak melebihi 12 kali jika tidak dihukum gantung





Kau bukan manusia, kau binatang! - Ibu bayi diliwat, dibunuh suami pengasuh - Sinarharian - 25/11 12:21 am

Sebelum ni kau tak mengaku kau buat."Apabila aku dengar timbalan pendakwa raya (DPP) beritahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku, Ya ALLAH gelapnya dunia."Kalau tengok hukuman dikenakan memang tidak setimpal dengan apa yang dia (pesalah) buat, nak buat macam mana negara kita sekarang dah tak ada hukuman bunuh, hanya penjara dan sebatan. Tapi tak apa, aku sedikit lega," katanya.Mohamed Badruldin Mohamed, 40, seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.Pelaku dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Aslam Zainuddin.Bagi kes meliwat, lelaki terbabit dihukum penjara 10 tahun dan satu sebatan manakala 30 tahun, 12 sebatan bagi kes membunuh bayi malang itu.Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 29 April 2021.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Sementara bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di lokasi, waktu dan tarikh sama.Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan





'Saya gagal lindungi darah daging sendiri' - Ibu bayi diliwat suami pengasuh - Sinarharian - 24/11 5:08 pm

SHAH ALAM Ibu kepada bayi lelaki berusia sembilan bulan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa, dia sekeluarga sering dihantui bayangan wajah anaknya yang meninggal dunia selepas diliwat suami kepada pengasuh, empat tahun lalu.Robiatul Adawiah Aziz berkata, kehidupan mereka berubah sepenuhnya sejak berlakunya kejadian tragis itu kerana ia meninggalkan kesan emosi yang tidak mampu digambarkan.Lebih menyayat hati katanya, hasil bedah siasat mendapati, terdapat ekstrak air mani milik tertuduh di dubur dan usus besar anak itu."Saya sebagai ibu berasa gagal melindungi darah daging sendiri sedangkan rumah yang dahulu penuh gelak tawa kini hanya tinggal kenangan yang menyakitkan."Tangisan dan senyumannya telah diragut dengan cara yang paling menyakitkan."Kehilangan anak bukan sekadar suatu perasaan, tetapi luka yang tidak akan pernah sembuh," katanya menerusi kenyataan impak yang dilampirkan kepada mahkamah.Robiatul Adawiah berkata, rasa bersalah dan trauma menghantui keluarga setiap hari, sehingga menyebabkan dia sukar tidur malah terjaga kerana mimpi ngeri atas kejadian yang menimpa bayinya.Dia yang juga bekas guru di sebuah sekolah agama berkata, kejadian itu bukan sahaja meragut nyawa anak kecil yang tidak berdosa, tetapi turut memusnahkan jiwa seluruh keluarganya sehingga mereka tidak lagi berani mempercayai orang lain untuk menjaga anak kecil."Saya akan terus hidup dengan kesakitan ini sepanjang hayat, tetapi saya berharap keputusan mahkamah dapat memberikan sedikit kelegaan sebagai tanda, keadilan akhirnya ditegakkan," katanya.Menurutnya, tiada hukuman yang mampu mengembalikan anaknya tetapi berharap tiada lagi ibu bapa lain perlu melalui penderitaan sama sepertinya.Sementara itu menerusi hantaran di Facebook, Robiatul Adawiah berkata, dunia ini kejam buat anak syurganya."Tergamak kau buat anak aku yang baru berumur sembilan bulan, kau tidak layak dipanggil manusia, kau memang binatang!"Kalau tengok hukuman yang dikenakan memang tidak setimpal dengan perbuatan yang dia buat, nak buat macam mana, sekarang tiada hukuman mati kecuali penjara dan sebatan."Aku sedikit lega kerana aku tahu Ida, kau akan baca (luahan) ini, aku tidak akan maafkan kau dengan Bad, kau kena ingat, karma itu pasti ada," katanya.Selepas empat tahun didakwa meliwat dan membunuh anak asuhan isterinya yang berusia sembilan bulan, seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.Mohamed Badruldin Mohamed, 40, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Datuk Aslam Zainuddin.Bagi kes meliwat, lelaki itu dihukum penjara 10 tahun dan satu sebatan manakala 30 tahun, 12 sebatan bagi kes membunuh bayi malang itu.Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 29 April 2021.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bayi itu di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Sementara bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di lokasi, waktu dan tarikh sama.Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan





Lelaki maut ditikam di pusat hiburan, dua individu ditahan - Sinarharian - 24/11 4:08 pm

SEREMBAN - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Taman AST di sini yang mengakibatkan seorang lelaki maut pada Ahad.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, kedua-dua suspek berusia 40-an dan 50-an itu ditahan di sekitar daerah ini pada Isnin."Polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Suspek kini direman lima hari bermula hari ini selepas permohonan dibuat di Mahkamah Seremban," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Menurutnya, pihaknya telah menerima laporan berkaitan pergaduhan di lokasi pada jam 8.20 pagi hari kejadian.Tambahnya, siasatan mendapati, pergaduhan yang berlaku adalah sesama sendiri dan kejadian itu mengakibatkan salah seorang cedera dan tidak sedarkan diri."Mangsa berusia 40-an telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut,namun disahkan meninggal dunia semasa pemeriksaan doktor."Justeru orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak benar berkenaan insiden tersebut," katanya.Beliau berkata, mana-mana individu yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan dan boleh berhubung di mana-mana balai polis berhampiran.Sebelum ini media melaporkan, lelaki maut dipercayai ditikam dan dipukul dalam pergaduhan berkumpulan di sebuah pusat hiburan kira-kira jam 3 pagi.Video rakaman kamera litar tertutup (CCVT) di premis berkenaan tular dan memaparkan mangsa cuba melarikan diri selepas dikejar sekumpulan lelaki sebelum dibelasah termasuk menggunakan kerusi dan kotak.Ends..





Air mani di dubur bayi sembilan bulan - Suami pengasuh dijel 30 tahun, 13 sebatan - Sinarharian - 24/11 3:24 pm

SHAH ALAM Selepas empat tahun didakwa meliwat dan membunuh anak asuhan isterinya yang berusia sembilan bulan, seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.Mohamed Badruldin Mohamed, 40, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Datuk Aslam Zainuddin.Bagi kes meliwat, lelaki itu dihukum penjara 10 tahun dan satu sebatan manakala 30 tahun, 12 sebatan bagi kes membunuh bayi malang itu.Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 29 April 2021.Berdasarkan fakta kes, terdapat kesan asid deoksiribonukleik (DNA) dan ekstrak air mani milik tertuduh di dubur dan usus besar bayi itu.Hasil bedah siasat oleh Pakar Perubatan Perunding Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh ketika itu, Dr Rohayu Shahar Adnan juga mengesahkan wujudnya kecederaan akibat objek tumpul pada dubur mangsa."Punca kematian ialah smothering (keadaan yang melemaskan), sampel DNA juga mengesahkan terdapat ekstrak sel sperma milik OKT pada dubur dan rektum si mati."Tertuduh didapati melakukan persetubuhan luar tabii. Ada juga luka koyak dan lebam yang boleh disebabkan oleh jari atau zakar, sekali gus mengukuhkan dakwaan penderaan seksual terhadap bayi tersebut," menurut fakta kes.Pada hari kejadian, pengasuh, Norhidayah Ab Hamid memberitahu ibu mangsa, Robiatul' Adawiah Aziz bahawa anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh kerana tidak sedarkan diri.Pada jam 7 malam, sepasukan doktor dan jururawat membuat teknik bantuan asas hayat atau 'Cardiopulmonary Resuscitation' (CPR) kemudian memasukkan tiub bantuan pernafasan dan empat jenis ubat jantung selain menstabilkan tekanan darah.Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 12.18 tengah hari, 28 April 2021.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Sementara bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dilakukan di lokasi, waktu dan tarikh sama.Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.Dalam kes berkenaan, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim sementara pembelaan oleh peguam, Azizul Shariman.Semasa prosiding, Shahrul Ekhsan memohon mahkamah mengenakan hukuman mati kepada tertuduh kerana mangsa dalam kes ini merupakan seorang bayi yang masih kecil, telah diperlakukan sedemikian rupa oleh tertuduh yang dewasa."Ibu bapa mangsa perlu bekerja lalu menghantarnya untuk dijaga oleh isteri Mohamed Badruldin tetapi telah diperlakukan sedemikian kerana nafsu serakah tertuduh."Sedangkan mangsa merupakan seorang bayi yang lemah maka dia sepatutnya disayangi dan diberi perhatian," katanya.Pada 12 Mei 2021, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan itu, di hadapan Majistret, Muhammad Iskandar Zainol.ARTIKEL BERKAITAN: Suami pengasuh didakwa liwat, bunuh bayi sembilan bulan





Lelaki maut dipercayai dipukul, ditikam di pusat hiburan Lelaki maut .. - Mgazette - 24/11 7:36 am

Azahar berkata, pihaknya sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) sekitar lokasi kejadian, bagi mengenal pasti identiti suspek dan punca insiden. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan





Lelaki maut dipercayai dipukul, ditikam - Sinarharian - 23/11 10:23 pm

SEREMBAN - Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul dan ditikam dalam satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi Ahad.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah."Kita percaya pergaduhan itu melibatkan 10 hingga 12 lelaki dan seorang daripada mereka bertindak menikam mangsa," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.Azahar berkata, pihaknya sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) sekitar lokasi kejadian, bagi mengenal pasti identiti suspek dan punca insiden.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Azahar berkata, mengikut siasatan, mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.Terdahulu, tular di media sosial video rakaman CCTV berdurasi seminit 26 saat di premis berkenaan memaparkan mangsa cuba melarikan diri selepas dikejar sekumpulan lelaki, sebelum dipukul termasuk menggunakan kerusi dan kotak





Kes tembak, tetak di Sendayan: Dua lelaki direman lima hari - Sinarharian - 22/11 3:38 pm

SEREMBAN - Dua lelaki direman lima hari sehingga 26 November ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki ditembak dan ditetak berhampiran sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan, di sini pada Rabu lalu.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 32 dan 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Saifol Sayuti di Mahkamah Majistret Seremban pada Sabtu."Penahanan mereka bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai ditetak dan ditembak oleh sekumpulan individu berpelitup muka bersenjatakan pistol dan parang.Kejadian itu berlaku jam 11.23 malam ketika mangsa datang ke sebuah restoran berhampiran lokasi untuk makan malam bersama keluarga.Lelaki terbabit turut dilaporkan mempunyai 42 rekod jenayah termasuk kes samun, mendatangkan kecederaan dan pecah rumah.





Kes bunuh di restoran: Mangsa ditembak dan ditetak, miliki 42 rekod... - Mgazette - 21/11 7:38 am

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan motif kejadian masih dalam siasatan. Alzafny berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, dan polis kini giat memburu semua suspek serta mengesan kenderaan dipercayai terlibat dalam kejadian itu





Lelaki mati ditembak ketika makan malam bersama keluarga Lelaki mati .. - Mgazette - 20/11 2:55 pm

"Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah." ujarnya Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971





Lelaki maut ditembak, tetak ada 42 rekod jenayah - Sinarharian - 20/11 1:47 pm

SEREMBAN - Lelaki yang mati dibunuh dalam kejadian di Nusari Biz Sendayan di sini malam Rabu disahkan mempunyai 42 rekod jenayah.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kesalahan dilakukan termasuk kes samun, mendatangkan kecederaan dan pecah rumah.Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 33 tahun itu telah datang ke sebuah restoran berhampiran lokasi bersama keluarga untuk makan malam."Ketika mangsa sedang menuju ke kenderaan, beberapa buah kereta yang dinaiki enam suspek yang berpelitup muka telah menghalang kereta mangsa."Suspek yang disyaki bersenjatakan pistol dan parang telah keluar dan menyerang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, mangsa cuba melarikan diri ke arah jalan raya, namun suspek terus mengejarnya dan melepaskan tembakan, diikuti serangan menggunakan parang sehingga mangsa mengalami kecederaan parah.Tambahnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Jaafar."Pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mangsa didapati, terdapat kesan tetakan dan tembakan."Pasukan penyiasat yang terdiri daripada pegawai penyiasat, unit forensik dan unit anjing pengesan polis telah pergi ke tempat kejadian bagi mendapatkan bukti fizikal dan bahan berkaitan kes sejurus mendapat maklumat kejadian," katanya.Alzafny berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan pada Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.Tambahnya, polis kini sedang giat memburu kesemua suspek dan mengesan kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit."Motif kejadian dan identiti kesemua suspek juga masih dalam siasatan dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-603222," katanya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di lokasi pada jam 11.23 malam.





Lelaki maut dibunuh di restoran - FMT - 20/11 9:15 am

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati terhadap bapa hentak bayi OKU - Sinarharian - 19/11 3:38 pm

KUCHING - Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang bapa yang didapati bersalah membunuh bayi lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia dua bulan dengan menghentak tubuh mangsa.Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azimah Omar, sebulat suara memutuskan tiada kesilapan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam menilai keseluruhan bukti perbicaraan.Hakim Azizah berkata, keterangan saksi utama termasuk isteri perayu serta bukti perubatan oleh pakar patologi adalah konsisten dan menyokong dapatan bahawa Vincent Marcos, 39, menyebabkan kecederaan maut terhadap mangsa.Menurut fakta kes, kejadian berlaku pada 28 April 2016 dan Vincent menggenggam kaki bayi tersebut sebelum mengangkat dan menghentakkan tubuh mangsa ke permukaan sofa selepas menuduh isterinya curang.Mangsa tidak bergerak selepas hentakan itu, namun perayu gagal mendapatkan rawatan segera walaupun diminta oleh isterinya, dengan bayi tersebut hanya dibawa ke hospital keesokan pagi dalam keadaan sudah meninggal dunia dan terdapat kesan gigitan semut.Hasil bedah siasat yang dikemukakan di mahkamah memaklumkan bayi itu mengalami kecederaan kepala teruk termasuk pendarahan subdural, edema otak serta kontusi yang konsisten dengan hentakan kuat pada permukaan tumpul.Pemeriksaan turut menemui beberapa kecederaan lama pada tulang rusuk, klavikel dan femur, yang menurut pakar berlaku dalam tempoh beberapa minggu sebelum kematian dan selari dengan penderaan berulang.Mahkamah Tinggi Bintulu pada 2 Ogos 2018 mensabitkan Vincent atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Mahkamah Rayuan pada 26 April 2022, mengekalkan keputusan tersebut.Mahkamah Rayuan memaklumkan tindakan perayu menghentak bayi berusia dua bulan dengan kekerasan merupakan perbuatan yang dalam kebiasaan menyebabkan kecederaan serius atau kematian, sekali gus memenuhi elemen niat atau pengetahuan di bawah seksyen berkenaan.Pada prosiding pada Rabu, peguam lantikan mahkamah Louis Jarau yang mewakili perayu, memberitahu pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi pengecualian hukuman mati sejajar Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz berhujah bahawa berdasarkan fakta dan keseluruhan keadaan kes, hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah paling wajar.Beliau turut menegaskan bahawa perayu tidak menunjukkan rasa belas kasihan terhadap seorang bayi yang tidak berdaya





Bunuh abang: Lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 35 tahun, 15 sebatan - Mgazette - 19/11 7:29 am

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas Ringgie Ampas ,47, selepas membenarkan rayuannya serta menggantikannya dengan penjara 35 tahun dan 15 sebatan. Ringgie dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung Sibintek, Skim B, Batu 24, Sibu antara 11 dan 11.30 pagi pada 21 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Transporter cuba larikan dua beradik terlibat kes tikam tukang masak .. - Mgazette - 17/11 4:11 pm

Perintah reman terhadap ketiga-tiga warga Myanmar itu dikeluarkan Majistret Roshayati Radellah bermula hari ini sehingga 23 November depan. Perintah reman terhadap suspek berusia 30 tahun dan abangnya 34 tahun serta rakan mereka itu dikeluarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Mayat wanita bogel tangan terikat di Serdang: Dua lelaki didakwa hari... - Mgazette - 17/11 4:10 pm

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Leong Hu manakala tertuduh pertama Kaarthiek diwakili peguam Sivahnanthan Ragava dan seorang lagi Hariprasanth diwakili peguam, Kailash Sharma bersama Datin Raj Preet Kaur. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau jika tidak dikenakan hukuman gantung, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara minimum 30 hingga maksimum 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan





Pegawai IT, pemandu lori didakwa bunuh jurujual wanita di Seri Kembangan - Sinarharian - 17/11 1:01 pm

PETALING JAYA Dua lelaki masing-masing pegawai teknologi maklumat (IT) dan pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan membunuh seorang jurujual wanita yang ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat di tepi jalan, bulan lalu.K Kaarthiek, 26, yang memakai kemeja berwarna putih dan A Hariprasanth, 23, berbaju T lengan panjang warna sama, menundukkan kepala dan berkata "faham" ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh dengan menyebabkan kematian Saraswathy Chan Chee Keong, 24, di Jalan Orkid berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan antara jam 6.18 petang, 24 Oktober hingga 2.17 pagi keesokannya.Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun, jika sabit kesalahan.Sekiranya tidak dikenakan hukuman gantung, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Leong Hui sementara peguam, Sivahnanthan Ragava hadir mewakili Kaarthiek.Seorang lagi tertuduh, Hariprasanth diwakili peguam, Kailash Sharma dan Datin Raj Preet Kaur.Mahkamah menetapkan 16 Januari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan kimia dan bedah siasat.Pada 24 Oktober, pihak polis menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa yang juga bekerja di sebuah pasar raya di Ampang dan kedai serbaneka di Bukit Bintang.Mangsa berketinggian kira-kira 144 sentimeter, berambut perang melepasi bahu, berkuku panjang selain memakai subang perak di kedua-dua telinga.Susulan kejadian itu, lima individu termasuk bekas teman lelaki mangsa, abang angkatnya serta rakan serumah wanita terbabit ditahan bagi membantu siasatan.





Tukang masak maut ditikam akibat 'makanan tak sedap' - Sinarharian - 17/11 8:33 am

BUKIT MERTAJAM - Seorang tukang masak warga Myanmar maut manakala suaminya cedera selepas ditikam seorang pelanggan di sebuah restoran masakan ala Thai di Lorong Bukit Juru, di sini, pada malam Ahad.Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam itu menyebabkan mangsa berusia lingkungan 40-an meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki yang merupakan rakan suspek turut mengalami kecederaan akibat ditikam dalam kejadian sama.Difahamkan, suspek yang juga warga Myanmar bersama beberapa rakannya datang ke restoran terbabit sekitar jam 8.30 malam dipercayai dalam keadaan mabuk dan tidak berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan.Mereka dikatakan bertengkar dengan mangsa dan suaminya sebelum wanita itu menghalau dari restoran terbabit.Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, salah seorang daripada mereka berusia lingkungan 30-an itu dikatakan memanggil abangnya sebelum kembali semula ke restoran berkenaan sebelum suspek bertindak menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.Berikutan kejadian itu, polis berjaya mengesan dan menahan tiga suspek termasuk dua beradik berhampiran restoran berkenaan.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat manakala dua lagi yang cedera termasuk suami mangsa turut dirawat di hospital sama.Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian."Setakat ini, tiga suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



Tukang masak mati ditikam dipercayai akibat makanan tak sedap Tukang masak .. - Mgazette - 17/11 7:58 am

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan kejadian. Setakat ini, tiga suspek ditahan serta mereka disyaki mabuk dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya



Dua suspek kes jumpa mayat wanita di Seri Kembangan didakwa esok... - Mgazette - 16/11 3:42 pm

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kes telah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Selangor. "Kedua-dua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34," katanya dalam kenyataan



Kes bunuh jurujual wanita: Dua lelaki akan dituduh esok - Sinarharian - 16/11 1:12 pm

SERDANG - Dua lelaki yang disiasat berhubung kes penemuan mayat jurujual wanita yang dibunuh dalam keadaan tangan berikat di Blue Water Estate, Seri Kembangan di sini pada 29 Oktober lalu akan didakwa di mahkamah pada Isnin.Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan (PPN) Selangor."Polis telah menerima arahan untuk menuduh dua lelaki tempatan berusia 20-an itu."Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan



Namawee dibebas dengan jaminan polis - Mgazette - 14/11 7:46 am

Kemudian, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan sebagai berkata, pembebasan Namewee dibuat berikutan tiada sebarang petunjuk kukuh yang dapat mengaitkan individu berkenaan secara langsung dengan punca kematian mangsa. Kes tersebut pada mulanya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kini disiasat sebagai pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon diiring anggota Polis tiba bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan mengganggu tugas penjawat awam ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur



Kertas siasatan kes Namewee akan dirujuk semula ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri - Sinarharian - 13/11 3:22 pm

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan membabitkan penyanyi rap kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee, berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu akan dirujuk semula ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) selepas laporan bedah siasat diperoleh.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, Namewee akan dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis sehingga 26 November depan setelah kertas siasatan dirujuk ke PPN."Ini sementara laporan bedah siasat si mati (pempengaruh wanita Taiwan) diperoleh."Kertas siasatan akan dirujuk semula ke Pejabat PPN Kuala Lumpur setelah laporan bedah siasat diperoleh," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Pada Rabu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan berkata, bahawa pihaknya mendapati tiada bukti yang menunjukkan Namewee terbabit dalam kes pembunuhan pempengaruh terbabit.Terdahulu, Namewee, 42, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 November lalu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.Bagi reman pertama, Namewee direman selama enam hari sebelum dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Khamis.Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata bahawa pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Namewee dilepas dengan jaminan polis esok – Peguam Negara - Mgazette - 13/11 7:49 am

Mangsa Hsieh Yun Hsin, 33, ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, dekat sini pada 22 Oktober lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Pada awalnnya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan



Namewee dilepaskan esok, tiada kaitan kematian pempengaruh Taiwan - Sinarharian - 12/11 9:27 pm

KUALA LUMPUR Setakat ini tiada bukti yang boleh mengaitkan penyanyi rap, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee terlibat dengan kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di sini bulan lalu.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, disebabkan perkara itu, pemuzik kontroversi berusia 42 tahun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis pada Khamis.Bagaimanapun, beliau berkata, jika terdapat sebarang perkembangan baharu berhubung siasatan kes berkenaan, Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengambil tindakan sewajarnya."Arahan telah dikeluarkan supaya siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan semua aspek kes berkenaan diteliti."Siasatan pula diteruskan mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Sebelum ini, pengarah filem 'Nasi Lemak 2.0' tersebut direman bermula 5 hingga 13 November bagi membantu siasatan.Sebelum ini, beliau menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 November selepas dikaitkan dengan kematian seorang pempengaruh itu.Polis sebelum ini memaklumkan bahawa kes tersebut pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membabitkan unsur jenayah.Difahamkan, suspek berada di lokasi kejadian ketika insiden itu berlaku.Polis masih meneruskan siasatan dari pelbagai sudut termasuk terhadap individu terakhir yang bersama mangsa sebelum kematiannya.



Kes kematian pempengaruh Taiwan: Kertas siasatan dirujuk TPR - Sinarharian - 12/11 7:18 pm

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan kes penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau Namewee berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Rabu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya masih menunggu arahan lanjut berkaitan kes itu."Kertas siasatan kes ini telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini dan kita masih menunggu arahan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Pada Isnin, media melaporkan tempoh reman Namewee, 42, disambung selama tiga hari lagi bermula Selasa hingga Khamis bagi membantu siasatan.Sebelum ini, beliau menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 November lalu selepas dikaitkan dengan kematian seorang pempengaruh wanita Taiwan yang ditemui tidak bernyawa di sebuah lokasi di ibu negara.Fadil sebelum ini memaklumkan bahawa kes tersebut pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membabitkan unsur jenayah.Difahamkan, Namewee berada di lokasi kejadian ketika insiden itu berlaku.Polis masih meneruskan siasatan dari pelbagai sudut termasuk terhadap individu terakhir yang bersama mangsa sebelum kematiannya.



Kematian pempengaruh Taiwan: Namewee dipercayai ada hubungan istimewa .. - Mgazette - 12/11 7:43 am

Mangsa iaitu Hsieh Yun Hsin, 33 tahun ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay, dekat sini, pada 22 Oktober lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Namewee dipercayai merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa



Lelaki mati ditembak di stesen minyak antara individu dikehendaki polis - Mgazette - 11/11 3:16 pm

Siasatan mendapati suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan di bahagian hadapan kereta dan terkena pada bahagian hadapan badan mangsa. Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan



Enam suspek warga India disyaki terlibat kes bunuh dilepaskan dengan .. - Mgazette - 11/11 3:16 pm

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki warga India yang yang juga pemegang status pemastautin tetap berusia 49 tahun ditemui mati dibunuh di tangga sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Puchong, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya telah menahan enam lelaki senegara yang juga rakan serumah kepada suspek utama yang sudah dikenal pasti. Suspek utama dalam kes itu adalah seorang lelaki warga India dan usaha mengesan sedang digiat dilakukan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan




Reformasi     >>



The weird case of STAR in Sabah - Harapandaily
Sabah Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor has appointed Bingkor state assemblyman Datuk Mohd Ishak Ayub of Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) as Assistant Minister in the state cabinet. Ishak is also Sabah Governor Tun Musa Aman’s nephew. STAR president and Tambunan state assemblyman Datuk Seri Jeffrey ..
Kroni     >>



Coalition stable, yet fragile - Star
KOTA KINABALU: With growing unhappiness in the ruling coalition over Barisan Nasional's inclusion in the new state government, one of Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor's main tasks now is to calm rattled nerves within his fold. Read full story
Tabloid     >>



Erra Fazira Harap Pernikahan Ini Jadi Penutup Yang .. - Ohmedia
Erra Fazira umum nikah dengan Mr E pada 12 Disember. Pelakon itu sebak kenang perjalanan hidup sebagai ibu tunggal. The post Erra Fazira Harap Pernikahan Ini Jadi Penutup Yang Terindah appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Two Android 0-day bugs disclosed and fixed, plus 105 .. - Theregister
Christmas comes early for attackers this year Two high-severity Android bugs were exploited as zero-days before Google issued a fix, according to its December Android security bulletin.
World     >>



Putin and Witkoff discuss peace options for Ukraine .. - Star
MOSCOW, Dec 3 (Reuters) - Russian President Vladimir Putin spent around five hours negotiating with Donald Trump's most trusted envoys until well after midnight in Moscow about the possible outlines of a peace settlement to end the war in Ukraine. Read full story
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Perjanjian Kahwin Dengan Bateri .. - Mekanika
# PERJANJIAN KAHWIN DENGAN BATERI PERODUA QV-E. AKU TERIMA NIKAHNYA. Perodua QV-E hadir dengan satu konsep yang masih baharu untuk ramai pembeli Malaysia dimana anda beli kereta sahaja, tetapi bateri tetap milik Perodua. Ia bukan pelik, cuma model perniagaan ini menggunakan sistem _battery leasing_ ..