///
See Also: Shutterstock

Search : Sathia News   Page 1    



“India Balik India, Cina Balik China” – Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Sanusi Hantar LOD Kepada Dr. Sathia - Ohmedia - 28/07 10:49 am

Sanusi hantar LOD kepada Sathia berhubung dakwaan fitnah isu balik ke India dan balik ke China





Sanusi mula hantar LOD, lebih ramai bakal disaman - Sinarharian - 28/07 9:02 am

ALOR SETAR Pasukan peguam Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedang menjalankan proses penyerahan surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) terhadap pihak yang didakwa memutar belit kenyataannya berkaitan isu sejarah dalam ucapan yang disampaikan di Negeri Sembilan baru-baru ini.Menurut Muhammad Sanusi, lebih ramai individu berada dalam senarai untuk menerima LOD sekiranya didapati melakukan tindakan sama, termasuk memutar belit, menokok tambah dan mengulas kenyataannya di luar konteks sebenar."Penyerahan LOD ini sedang diuruskan oleh pasukan peguam."Ada ramai lagi dalam senarai untuk menerima LOD seumpama ini dengan tuntutan yang sesuai mengikut tindakan mereka."Mereka memutar belit, menokok tambah, mengada-adakan perkara yang tiada, memberi komen berasaskan sumber yang telah diputar belit tanpa diperiksa, selain memesong dan memanipulasi ucapan saya di luar maksud sebenar."Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua," katanya yang dipetik di media sosialnya pada Selasa.Pada Sabtu lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang didakwa memanipulasi kenyataannya berkaitan sejarah demi kepentingan politik.Beliau turut memaklumkan laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang didakwa memutar belit kenyataan berkenaan, sambil menegaskan ucapan yang disampaikan hanyalah berdasarkan fakta sejarah dan tidak ditujukan kepada mana-mana kaum atau pihak tertentu.Difahamkan, antara individu terawal menerima LOD ialah Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan.Menerusi surat tuntutan yang dikeluarkan firma guaman Faizi & Associates bertarikh 27 Julai, Muhammad Sanusi mendakwa Dr Sathia telah memfitnah beliau menerusi kenyataan media dan video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya berhubung ucapan yang disampaikan di Negeri Sembilan baru-baru ini.Surat itu mendakwa Dr Sathia secara tidak tepat mengaitkan Muhammad Sanusi dengan kenyataan berbunyi 'India baliklah India' dan 'Cina baliklah China', sedangkan frasa tersebut didakwa tidak pernah diucapkan oleh Menteri Besar Kedah itu.Sebaliknya, surat berkenaan menyatakan ucapan sebenar Muhammad Sanusi hanya menjelaskan bahawa orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu sebagai tanah air mereka, manakala bangsa lain mempunyai negara asal masing-masing.Peguam beliau turut mendakwa tindakan memetik sebahagian ucapan, menambah perkataan tertentu serta menyunting rakaman video telah menjejaskan reputasi anak guam mereka dan dilakukan dengan niat jahat.Sehubungan itu, Dr Sathia dituntut dalam tempoh tujuh hari untuk menarik balik video TikTok berkenaan, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, selain mencadangkan jumlah ganti rugi kepada Muhammad Sanusi.Surat berkenaan turut menyatakan tindakan undang-undang akan dimulakan tanpa sebarang notis lanjut sekiranya tuntutan tersebut gagal dipenuhi.Sebelum itu, Dr Sathia dilaporkan mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan Muhammad Sanusi dengan menggunakan perkataan 'balik'.Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis yang dibuat terhadap Menteri Besar Kedah berhubung ucapan yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden juga turut mendakwa Dr Sathia memanipulasi ucapan Muhammad Sanusi dan menuntut beliau menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka.Susulan kontroversi itu, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap Dr Sathia bagi membolehkan siasatan dijalankan.





Sanusi hantar surat tuntutan kepada pemimpin PKR berkait ucapan Tanah Melayu - FMT - 28/07 7:03 am

Menteri besar Kedah minta Dr Sathia Prakash padam video, mohon maaf, dan bayar ganti rugi dalam tempoh tujuh hari.





Sejarah asal-usul bukan alasan persoal kedudukan Cina, India di Malaysia - PKR Tambun - Sinarharian - 27/07 5:04 pm

IPOH Asal-usul nenek moyang rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India tidak boleh dijadikan alasan untuk mempersoalkan kedudukan mereka sebagai warganegara yang sah.Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tambun, Kalaimughilan Arjunan berkata, kewarganegaraan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan selain mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama seperti mana-mana rakyat Malaysia lain.Menurutnya, walaupun sebahagian masyarakat berketurunan Cina dan India mempunyai susur galur dari negara asal nenek moyang mereka, hakikat itu tidak menjejaskan status mereka sebagai rakyat Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Sanusi tidak wajar, boleh lukakan hati rakyat - Chang Lih Kang'Tak akan Sanusi nak cakap perkauman, PN pun ada pengundi bukan Melayu' - ShahidanUcapan Sanusi dipetik di luar konteks, beliau hanya nyatakan sejarah - Penganalisis politikDr Sathia akui khilaf sebut 'balik' namun gesa dakwaan 'perkauman' Sanusi disiasatKenyataan Sanusi: Jangan manipulasi untuk raih sokongan politik - Syed Ali"Apakah mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh seorang Menteri Besar kepada rakyat Malaysia, adakah kami rakyat berbangsa Cina dan India merupakan warganegara kelas kedua atau dianaktirikan?"Sekiranya apa-apa berlaku kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina atau India ketika berada di luar negara, Malaysia yang akan melindungi mereka dan bukannya China atau India," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menyentuh isu berkaitan asal-usul rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini.Kalaimughilan berkata, PRN Negeri Sembilan sepatutnya menjadi medan untuk parti-parti politik menawarkan dasar, idea dan penyelesaian terhadap masalah rakyat, bukannya mengapi-apikan sentimen perkauman atau mempersoalkan kesetiaan rakyat berdasarkan kaum.Beliau turut mendakwa politik yang dimainkan oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN) menggunakan sentimen kaum dan agama bukanlah sesuatu yang baharu.Menurutnya, Malaysia dibina atas semangat perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum sebagaimana yang ditekankan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.Sehubungan itu, beliau menggesa Muhammad Sanusi menarik balik kenyataan berkenaan serta memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung.Dalam pada itu beliau turut menyeru pengundi di Negeri Sembilan supaya membuat penilaian secara bijaksana dengan memilih pemimpin yang mengamalkan politik perpaduan, menghormati kepelbagaian kaum dan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu rakyat bukannya menjadikan agama serta perkauman sebagai senjata politik.Terdahulu dalam penjelasannya mengenai perkara tersebut, Muhammad Sanusi menegaskan, ucapannya yang menyatakan orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu tidak seharusnya dianggap sebagai kenyataan perkauman atau cubaan menafikan kewarganegaraan rakyat Malaysia bukan Melayu.Beliau yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PN menegaskan ucapan itu berpaksikan fakta sejarah yang pernah direkodkan dalam Parlimen British sejak 1946.





'Sanusi wouldn't make racist remarks, PN also has non-Malay voters' Shahidan - Sinardaily - 27/07 4:37 pm

There is nothing wrong with Malays uniting, nothing wrong with Chinese uniting, nothing wrong with Indians uniting. What matters is that we all live in peace and harmony, he said.Earlier, Sinar reported that PKR Selangor Election Director Dr Sathia Prakash Nadarajan acknowledged there was an error when he repeated Sanusis speech using the word balik (return).However, he said the matter did not affect the basis of the police report lodged against the Kedah Menteri Besar over the speech, which was alleged to have the potential to incite racial sentiments.Previously, Pas Youth chief Afnan Hamimi Taib Azamudden also accused Dr Sathia of manipulating Sanusis speech and demanded that he retract his statement and issue an open apology.Following the controversy, several police reports were lodged against Dr Sathia to allow investigations to be carried out.





'Tak akan Sanusi nak cakap perkauman, PN pun ada pengundi bukan Melayu' - Shahidan - Sinarharian - 27/07 3:40 pm

Jangan putar belit kenyataan itu," katanya.Ahli Parlimen Arau itu turut mendakwa terdapat pemimpin tertentu yang telah mengaitkan ucapan berkenaan dengan sentimen perkauman sehingga mencetuskan polemik yang tidak sepatutnya.Katanya, beliau telah meneliti sendiri ucapan penuh Muhammad Sanusi dan mendapati kenyataan tersebut tidak membawa maksud menghina atau menolak mana-mana kaum."Saya tengok sendiri ucapannya. Tak salah orang Melayu bersatu-padu, tak salah orang Cina bersatu-padu, tak salah orang India bersatu-padu,yang penting kita semua hidup dalam keadaan aman dan damai," jelasnya.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan Sanusi dengan menggunakan perkataan balik.Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis yang dibuat terhadap Menteri Besar Kedah berhubung ucapan yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman.Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden turut mendakwa Dr Sathia memanipulasi ucapan Sanusi dan menuntut beliau menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka.Susulan kontroversi itu, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap Dr Sathia bagi membolehkan siasatan dijalankan.





Dr Sathia akui kesilapan sebut ‘balik’ tapi pertahan laporan .. - Mygazette - 27/07 8:09 am

# Dr Sathia akui kesilapan sebut 'balik' tapi pertahan laporan polis terhadap Sanusi SEREMBAN Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dr





Tuduhan terhadap Sanusi bukan kritikan politik biasa, Pemuda Pas buat .. - Mygazette - 27/07 8:09 am

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas Malaysia memandang serius tuduhan yang dibuat oleh pemimpin PKR, Dr. Sathia Prakash, terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md





Dr Sathia akui khilaf sebut 'balik' namun gesa dakwaan 'perkauman' Sanusi disiasat - Sinarharian - 26/07 9:47 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui terdapat kekhilafan ketika mengulangi petikan ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dikaitkan dengan ungkapan perkataan 'balik'.Namun Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Pas itu Jumaat lalu berhubung ucapan yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman."Saya mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan itu dengan menggunakan perkataan 'balik'."Namun saya tidak pernah mendakwa perkataan tersebut merupakan petikan tepat daripada ucapan Muhammad Sanusi."Sebaliknya, apa yang saya bangkitkan ialah maksud tersirat daripada keseluruhan ucapan berkenaan yang boleh difahami oleh pendengar," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurut beliau, fokus utama laporan polis berkenaan ialah kenyataan Muhammad Sanusi yang menyebut orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu.Katanya, kenyataan sedemikian wajar disiasat pihak berkuasa kerana berpotensi mencetuskan persepsi bahawa kaum lain merupakan ancaman kepada hak dan masa depan orang Melayu."Dalam kenyataan Muhammad Sanusi, beliau ada menyebut frasa 'Takut tanah ni satu hari nanti kita tak tahu, tanah ni siapa punya'."Maksud tersiratnya jelas dan boleh dipersoal.'Pemimpin Pas itu mungkin tidak menyebut perkataan 'balik', tetapi bila dia kata orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu."Naratif itu menggambarkan kaum lain sebagai ancaman kepada hak atau masa depan orang Melayu boleh menjejaskan semangat perpaduan yang menjadi asas pembentukan negara," katanya.Dr Sathia berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara adil dan profesional mengikut lunas undang-undang, termasuk menentukan sama ada ucapannya sendiri melanggar mana-mana peruntukan undang-undang."Saya menghormati proses siasatan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis," katanya.Dalam perkembangan sama, Dr Sathia berkata, istilah 'barua Melayu' dan perbandingan dengan watak 'Buang' dalam filem Sarjan Hassan yang sinonim dengan pengkhianatan turut dilihat melampaui batas kritikan politikIni kerana beliau berpandangan kenyataan itu membawa konotasi bahawa pihak yang berbeza pandangan merupakan pengkhianat kepada bangsa.Jelasnya, kenyataan Muhammad Sanusi itu bukan sahaja berpotensi membangkitkan kebencian dan memperkukuh prejudis, malah boleh mengeraskan sentimen perkauman serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.Sebelum ini, Dr Sathia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung ucapannya ketika ceramah di Jempol yang mengaitkan Muhammad Sanusi dengan kenyataan masyarakat Cina dan India perlu 'balik' ke negara asal mereka.Terdahulu, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa Dr Sathia telah memanipulasi ucapan Muhammad Sanusi dan menuntut beliau menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kedah itu.Susulan kontroversi tersebut, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap Dr Sathia pada Ahad.





Pemuda Pas desak Dr Sathia tarik balik tuduhan, mohon maaf kepada MB Kedah - Sinarharian - 26/07 4:10 pm

SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan didesak menarik balik dakwaan yang mengaitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan kenyataan berbaur perkauman dan memohon maaf secara terbuka.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tuduhan kononnya Sanusi pernah menyebut frasa 'Cina balik China, India balik India' adalah dakwaan yang berat, menghasut dan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.Beliau menegaskan, Sanusi tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa Sathia ketika berucap dalam ceramah di Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini."Tuduhan tersebut amat berat, bersifat menghasut dan cukup berbahaya





Sanusi indirectly accuses Umno of betraying Malays, says PKR leader - Mkini - 25/07 10:25 am

Sathia urges PAS leadership to explain Kedah MB's remarks.





Sanusi secara tak langsung tuduh Umno pengkhianat Melayu - pemimpin PKR - Mkini - 25/07 8:30 am

Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Sembilan, Dr Sathia Prakash berkata ini kerana Umno yang paling lama mentadbir negara ini dan hanya menjadi pembangkang selama 22 bulan.





Bukan soal parti tapi prinsip hargai keberanian bersuara – Dr Sathia - Mygazette - 25/07 7:42 am

# Bukan soal parti tapi prinsip hargai keberanian bersuara - Dr Sathia JEMPOL - Keberanian mempertahankan prinsip, kesederhanaan dan perpaduan tanpa mengira perbezaan parti politik perlu dijadikan amalan semua pemimpin demi memastikan keharmonian negara terus terpelihara





Letak jawatan bukan alat tekanan politik – Dr. Sathia - Mygazette - 23/07 4:55 pm

# Letak jawatan bukan alat tekanan politik - Dr. Sathia SEREMBAN Keputusan meletakkan jawatan tidak seharusnya dijadikan sebagai alat tekanan atau drama politik, sebaliknya perlu dibuat berasaskan prinsip, tanggungjawab dan amanah kepada rakyat





Pengundi perlu nilai rekod, prinsip kerjasama Pas – BN, kata Dr .. - Mygazette - 18/07 3:25 pm

# Pengundi perlu nilai rekod, prinsip kerjasama Pas - BN, kata Dr Sathia SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) menggesa pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menilai rekod pentadbiran, prinsip dan asas kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu dan bukan sekadar melihat gabungan politik yang dibentuk





Nilai keikhlasan kerjasama BN-Pas, bukan terikut sentimen kaum, agama - Dr Sathia - Sinarharian - 18/07 11:11 am

SHAH ALAM Pengundi di Negeri Sembilan disaran menilai keikhlasan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pas berdasarkan rekod pentadbiran, prinsip dan hala tuju gabungan itu, bukannya dipengaruhi sentimen kaum serta agama semata-mata.Pengarah Jabatan Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, kerjasama politik perlu diasaskan kepada komitmen terhadap kepentingan rakyat serta tadbir urus yang baik, bukannya sekadar strategi meraih kuasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).Menurutnya, rakyat berhak mempersoalkan asas kerjasama antara kedua-dua parti yang sebelum ini pernah mempunyai perbezaan pendirian politik yang ketara."Kerjasama politik bukan sekadar soal memenangi pilihan raya, sebaliknya membabitkan hala tuju negara, kestabilan pentadbiran dan keyakinan rakyat terhadap prinsip yang dibawa sesebuah gabungan."Apabila parti yang sebelum ini saling mengkritik akhirnya memilih untuk bekerjasama, rakyat berhak bertanya sama ada ia benar-benar demi kepentingan rakyat atau sekadar strategi politik untuk mendapatkan kuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, rakyat juga tidak seharusnya melupakan pengalaman ketika BN dan Pas pernah berada dalam kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Menurutnya, pentadbiran BN-Pas di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikaitkan dengan ketidakstabilan politik, pertukaran kerajaan serta cabaran terhadap keyakinan pelabur.Tambah beliau, perubahan pendirian sesetengah pemimpin mengenai kerjasama politik turut menimbulkan persoalan sama ada prinsip yang diperjuangkan benar-benar kekal atau berubah mengikut keperluan politik semasa."Jika dahulu terdapat perbezaan besar antara kedua-dua parti, rakyat berhak mengetahui asas perubahan itu dan apakah jaminan bahawa kepentingan rakyat akan terus menjadi keutamaan," ujarnya.Dr Sathia berkata, politik matang tidak menghalang mana-mana parti daripada menjalinkan kerjasama, namun ia perlu dibina atas dasar yang telus, jujur dan bertanggungjawab kepada rakyat.Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi Negeri Sembilan menilai keupayaan setiap gabungan berdasarkan rekod pentadbiran serta tawaran dasar yang dikemukakan, termasuk aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat."Rakyat hari ini semakin matang





PRN Johor medan muhasabah, perbaiki kempen PH - Dr Sathia - Sinarharian - 12/07 1:13 pm

SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 perlu dijadikan medan muhasabah dan penambahbaikan kepada Pakatan Harapan (PH) khususnya dalam memperkukuhkan gerak kerja akar umbi serta strategi mendekati rakyat menjelang pilihan raya akan datang.Pengarah Jabatan Pilihan Raya PKR Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, keputusan dibuat rakyat Johor perlu diterima dengan penuh hormat kerana kuasa menentukan kerajaan sentiasa berada di tangan pengundi dalam sistem demokrasi.Menurutnya, kemenangan bukan alasan untuk bermegah, manakala kekalahan pula tidak seharusnya melemahkan semangat perjuangan."Setiap keputusan pilihan raya merupakan amanah rakyat yang perlu dihargai."Ia menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, belajar daripada pengalaman dan memperbaiki segala kelemahan demi masa depan yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Johor yang menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang depositDua faktor kemenangan BN[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN JohorDalam pada itu, Dr Sathia mengucapkan tahniah kepada Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Maszlee Malik atas kemenangan satu-satunya calon parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.Katanya, mandat yang diberikan rakyat diharap dapat diterjemahkan melalui perkhidmatan terbaik, pembangunan lebih mampan serta pembelaan terhadap kebajikan seluruh rakyat Johor.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya memperoleh mandat rakyat tanpa mengira parti politik."Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, integriti dan keikhlasan, selain memastikan seluruh rakyat Johor menerima perkhidmatan terbaik tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: [RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri WangsaSPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosialAnwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhirPRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatanMengulas lanjut, Dr Sathia berkata, keputusan PRN Johor turut memberi isyarat jelas bahawa PH perlu memperkukuhkan jentera di peringkat akar umbi, mendekati rakyat lebih awal serta memastikan calon yang diketengahkan benar-benar bersedia dan memahami keperluan masyarakat.Menurut beliau, keutamaan selepas pilihan raya seharusnya tertumpu kepada agenda pembangunan Johor yang lebih inklusif, termasuk mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi, mempertingkatkan kemudahan kesihatan, memperkasa pendidikan dan menjaga kebajikan rakyat."Perjuangan tidak berakhir sebaik sahaja pilihan raya selesai." Hubungan dengan rakyat perlu diperkukuhkan setiap hari melalui khidmat berterusan, kesediaan mendengar suara mereka serta komitmen mencari penyelesaian terhadap setiap cabaran yang dihadapi."Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua petugas, sukarelawan dan penyokong yang telah berkorban masa, tenaga serta komitmen sepanjang tempoh kempen



PH Tekad Mudahkan Akses Rawatan Awal Melalui Kesihatan Primer Percuma .. - Mygazette - 8/07 3:43 pm

# PH Tekad Mudahkan Akses Rawatan Awal Melalui Kesihatan Primer Percuma - Dr Sathia Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Dr



PH mahu bawa model rawatan kesihatan primer percuma Selangor ke Johor... - Mygazette - 8/07 3:43 pm

# PH mahu bawa model rawatan kesihatan primer percuma Selangor ke Johor - Dr Sathia JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) berhasrat memperkenalkan model perkhidmatan kesihatan primer percuma di Selangor ke Johor sekiranya diberi mandat mentadbir negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor



Jangan mudah percaya fitnah media sosial ??? Dr Sathia - Mygazette - 8/07 3:43 pm

# Jangan mudah percaya fitnah media sosial Dr Sathia JOHOR BAHRU Pengundi Johor diingatkan supaya menyemak kesahihan setiap maklumat yang diterima di media sosial sebelum membuat keputusan pada hari pengundian



Pas hilang prinsip, BN tidak yakin kekuatan sendiri - Dr Sathia - Sinarharian - 6/07 9:35 pm

SHAH ALAM Arahan Pas supaya ahli dan penyokongnya mengundi calon MCA dan MIC pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan Barisan Nasional (BN) tidak lagi yakin dengan kekuatan sendiri, selain menyerlahkan perubahan prinsip parti itu demi kepentingan politik.Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, Pas sebelum ini sering mendakwa perjuangannya berteraskan prinsip, namun pendirian tersebut dilihat berubah apabila berdepan pilihan raya.Menurutnya, parti itu suatu ketika dahulu lantang mengkritik pihak tertentu, namun kini mengarahkan ahlinya mengundi calon daripada parti yang pernah menjadi sasaran kritikan."Jika BN benar-benar kuat di Johor, mengapa masih memerlukan sokongan Pas?"Jika Pas benar-benar berpegang pada prinsip perjuangannya, mengapa arahan mengundi boleh berubah semata-mata untuk menghalang Pakatan Harapan (PH)?"Ini bukan soal kaum, tetapi soal kejujuran dan integriti dalam berpolitik," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, rakyat Johor perlu menolak politik berasaskan ketakutan dan sentimen sempit, sebaliknya memilih kerajaan yang mampu memberi tumpuan kepada isu ekonomi, peluang pekerjaan, kos sara hidup, pendidikan serta kesihatan rakyat.Menurutnya, pengundi juga perlu bijak menilai parti yang dilihat mengubah pendirian mengikut keadaan demi kepentingan politik semasa.Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan mengarahkan ahli dan penyokong Pas mengundi calon BN, termasuk daripada MCA dan MIC, di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) bagi menghalang PH, khususnya DAP, membentuk kerajaan negeri.Beliau turut berharap penyokong BN membalas sokongan itu dengan mengundi calon Pas di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti berkenaan pada PRN Johor.



BUDI Diesel bukan gimik politik ??? Sathia - Mygazette - 3/07 7:46 am

N. Sathia Prakash menegaskan pelaksanaan Program BUDI Diesel bukanlah satu gimik politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor



Amal demokrasi matang, bukan main sentimen agama dan kaum - Sinarharian - 30/06 12:37 am

SHAH ALAM Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 diseru mengamalkan budaya demokrasi yang matang dengan menumpukan kempen kepada dasar, fakta dan penyelesaian isu rakyat, bukannya memainkan sentimen agama serta kaum.Pengarah Jentera Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, calon, jentera parti dan penyokong perlu mengelakkan sebarang bentuk fitnah, provokasi serta ucapan kebencian yang menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja.Menurut beliau, proses demokrasi hanya akan memberi manfaat kepada rakyat sekiranya semua pihak menghormati undang-undang serta etika berkempen sepanjang tempoh pilihan raya."Politik tidak sepatutnya dibina atas naratif yang menimbulkan ketakutan atau mengeksploitasi sentimen agama dan perkauman demi meraih sokongan."Agama merupakan asas penting dalam kehidupan masyarakat, namun ia tidak wajar diperalatkan bagi memecahbelahkan rakyat atau mempengaruhi pertimbangan pengundi melalui sentimen yang tidak sihat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya lebih berwaspada terhadap penyebaran maklumat di media sosial dengan menyemak kesahihan setiap maklumat sebelum mempercayai atau berkongsikannya.Katanya, tindakan itu penting bagi mengekang penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh mencemarkan proses demokrasi serta mempengaruhi keputusan pilihan raya.Beliau berharap rakyat Johor dapat membuktikan kematangan politik dengan membuat pilihan berasaskan fakta, prestasi dan tawaran terbaik demi masa depan negeri itu.Sathia turut menyeru semua calon serta jentera kempen agar mengekalkan adab, integriti dan sikap saling menghormati sepanjang berkempen meskipun berbeza fahaman politik, sekali gus memastikan PRN Johor berlangsung dalam suasana aman, harmoni dan demokratik.




Reformasi     >>



RENCANA Sanusi: Naratif yang khilaf sejarah - Harapandaily
OLEH TIAN CHUA Ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bermasalah bukan kerana ada kemungkinan dianggap menghina warga negara Malaysia keturunan Tionghua atau India. Masalah yang lebih serius berpunca dari kekhilafan memahami sejarah dan identiti Melayu itu sendiri. Saya tidak ..
Kroni     >>



Kesetiaan negara dibukti, bukan sekadar kata - Utusan
MALAYSIA sebagai sebuah negara berbilang kaum, meskipun berteraskan Melayu-Islam, menyaksikan kebanyakan naratif kenegaraan, malah pelbagai isu di luar kerangka kenegaraan, sering dilihat melalui lensa perkauman. Keadaan ini menyebabkan setiap isu lazimnya ditafsirkan mengikut perspektif kaum, sama ada ..
Tabloid     >>



“Kami Tak Jual Tiket Masuk F1” – .. - Beautifulnara
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan peranannya susulan keterujaan orang ramai terhadap kembalinya perlumbaan Formula 1 (F1) ke Malaysia. Menerusi kenyataan itu, PETRONAS menghargai sambutan serta keghairahan peminat menjelang penganjuran Formula 1 Gulf ..
Tech     >>



Apple Upgrade will be great for Apple, might not be .. - Appleinsider
The newly announced Apple Upgrade program brings car-like lease-to-buy options to iPhones , Ma
World     >>



Iran war live: Trump says US talking to Tehran, set to .. - Aljazeera
Iran says US 'struggling' to end five-month-old war, as Netanyahu arrives in Washington, DC, for talks with Trump.
Motor Trend     >>



Petronas perjelas status SIC, bukan penganjur F1 Sepang - Careta
Menurut Petronas, walaupun syarikat berkenaan memegang hak penamaan Litar Antarabangsa Sepang, litar terbabit sebenarnya dimiliki oleh Sepang International Circuit Sdn Bhd, sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.). SIC dimiliki oleh Sepang International Circuit Sdn ..