| /// |
|
| Search : Saksi News | Page 1 |
|
Imigresen Johor tahan 35 PATI bekerja di kedai runcit, kedai karpet - Mgazette - 2/04 12:37 am "Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya. Selain itu, tambah beliau, sebanyak sembilan keping borang 29 iaitu saman kepada saksi turut dikeluarkan sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan |
|
Inkues: Deponen ke65 dedah pertemuan 10 minit dengan Zara, emosi tidak stabil - Thempress - 1/04 10:29 pm KOTA KINABALU Prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir hari ini mendedahkan detik penting sebelum kejadian apabila Deponen ke65 (Saksi Kanak-Kanak ke-39) mengakui sempat berinteraksi kira-kira 10 minit dengan… |
|
Inkues Zara: Saksi ambil masa untuk tampil kerana trauma, kata ibu - FMT - 1/04 9:58 pm Ibu saksi kanak-kanak ke-65 itu berkata, selepas kejadian menimpa Zara Qairina, anaknya lebih banyak berdiam diri, seperti salahkan diri sendiri. |
|
Inkues Zara: Saksi ambil masa untuk tampil kerana trauma, kata ibu - Hotfm - 1/04 9:58 pm Ibu saksi kanak-kanak ke-65 itu berkata, selepas kejadian menimpa Zara Qairina, anaknya lebih banyak berdiam diri, seperti salahkan diri sendiri. |
|
Trauma punca anak ambil masa kongsi cerita - Ibu saksi - Mkini - 1/04 9:49 pm Wanita terbabit mendakwa anaknya itu dilihat berada dalam keadaan tidak selesa dan rasa bersalah |
|
Saksi sahkan anak tidak saksikan kejadian Zara Qairina seperti didakwa - Sinarharian - 1/04 6:34 pm KOTA KINABALU - Saksi ke-66 iaitu ibu kepada kanak-kanak yang telah memberi kenyataan di Mahkamah Koroner pada Selasa mengesahkan bahawa anaknya tidak menyaksikan kejadian bahawa Zara Qairina Mahathir terjatuh dari bangunan asrama sekolah.Saksi berusia 41 tahun mengesahkan perkara itu ketika ditanya peguam, Farrah Nasser semasa prosiding berlangsung pada Rabu."Dalam keterangan ada mengatakan anak puan beritahu bahawa rakannya iaitu arwah Zara telah terjatuh dari bangunan asrama dan meminta untuk mendoakan rakannya."Soalan saya, anak puan ada kata yang dia nampak dengan matanya sendiri yang arwah Zara jatuh bangunan?," soalnya pada saksi tersebut.Saksi kemudian hanya menjawab 'tidak' selepas soalan itu dikemukakan kepadanya.Saksi kemudian diminta oleh peguam untuk menceritakan lebih lanjut apa yang berlaku di Stadium Hoki Likas mengenai kejadian yang menimpa Zara Qairina."Ketika itu anak saya telah selesai pertandingan hoki dan kami mahu berangkat pulang |
|
Anak berdiam diri, salahkan diri dan selalu 'menggigil' selepas kejadian menimpa Zara - Saksi - Sinarharian - 1/04 5:03 pm KOTA KINABALU - Ibu kepada seorang saksi kanak-kanak mendedahkan anaknya memaklumkan kejadian melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika mereka bertemu di Stadium Hoki Likas pada hari pelajar itu ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar.Saksi berusia 41 tahun itu merupakan individu ke-66 yang memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini dalam inkues kematian Zara Qairina.Menurutnya, anaknya memaklumkan perkara itu selepas selesai menyertai pertandingan hoki pada 16 Julai tahun lalu dalam keadaan menangis teresak-esak."Anak saya telah memberitahu bahawa rakannya, iaitu arwah Zara, jatuh dari bangunan asrama dan meminta untuk saya mendoakan rakannya tersebut."Dia tidak menceritakan dengan lebih lanjut ketika itu |
|
“Dua hari tak boleh tidur, terbayang tangan terkulai… Saksi Kongsi Detik Ngeri Penunggang Motor Mel*mbung - Lobakmerah - 1/04 4:56 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Polis Pahang jumpa dadah bernilai RM7.3j di Pantai Tanjung Gosong - Mgazette - 1/04 3:50 pm Jelas beliau, pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan oleh JSJK Pahang bagi mengesan pihak-pihak terlibat. Katanya, rakaman percakapan saksi-saksi juga telah dijalankan |
|
Saksi ceritakan pertemuan singkat 10 minit dengan Zara Qairina-Peguam - Sinarharian - 1/04 2:54 pm KOTA KINABALU - Saksi ke-65 dalam prosiding inkues Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dia hanya berjumpa dan berinteraksi dengan pelajar itu sekitar 10 minit sebelum keesokan harinya ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah menengah agama di Papar, pada 16 Julai tahun lalu.Saksi yang juga seorang kanak-kanak dan pelajar di sekolah itu berkata demikian ketika ditanya oleh pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, dalam prosiding yang berlangsung pada Rabu.Peguam, Shahlan Jufri berkata, saksi menceritakan bahawa sebelum itu dia keluar dari dormnya di blok B untuk ke blok A bagi bertemu rakannya berkaitan kerja sekolah berkumpulan.Menurut Shahlan, dalam keterangannya, saksi menyatakan dia ada berjumpa dengan Zara Qairina di blok A di hadapan tandas berhampiran dorm pelajar tersebut di aras tiga."Saksi menyatakan dia melihat seorang pelajar perempuan keluar dari tandas aras tiga, dan ketika itu dia berada di koridor aras dua |
|
'Tiba-tiba ada orang atas bumbung kereta, tangan terkulai di cermin depan' - Pemandu Myvi biru akui trauma - Sinarharian - 1/04 2:21 pm KLANG "Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan."Itu luahan individu yang mahu dikenali sebagai Megan, 42, saksi utama yang masih trauma selepas menyaksikan sendiri detik ngeri seorang penunggang motosikal terjatuh di atas bumbung keretanya dalam kemalangan maut di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu.Lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu berkata, ketika kejadian dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.Jelasnya, keadaan berlaku begitu pantas sebelum dirinya menyedari mangsa sudah berada di atas kenderaannya."Saya ingatkan kereta itu tidak langgar apa-apa |
|
Mafia korporat: 41 saksi dipanggil, tiada pegawai SPRM - PDRM - Sinarharian - 1/04 2:02 pm SHAH ALAM - Tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kalangan 41 saksi yang dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan isu 'mafia korporat' membabitkan ahli perniagaan, Victor Chin Boon Loong.Ketua Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Fazlisyam Abd Majid berkata, siasatan kes ini masih berjalan."Seramai 41 saksi telah dipanggil setakat ini."Tiada pun pegawai SPRM dalam kalangan saksi-saksi tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Jelasnya, kes ini melibatkan beberapa individu yang disyaki melakukan jenayah pengubahan wang haram dengan pelbagai cara antaranya membeli atau memiliki syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan syarikat persendirian.Kata beliau, siasatan dijalankan secara menyeluruh terhadap mana-mana pihak yang disyaki terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menguruskan wang yang berasal daripada aktiviti haram.Pada Isnin, Fazlisyam mengesahkan Victor Chin antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Op Viking dari 15 Oktober 2025 hingga 13 Januari lepas.Victor Chin telah ditahan pada Disember lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis namun ahli perniagaan itu mungkin dipanggil semula sekiranya perlu.Menerusi operasi itu, polis membeku dan menyita pelbagai aset termasuk lapan hartanah, 32 kenderaan dan 1,100 unit saham milik dua syarikat sendirian berhad, akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) bernilai RM323,588,293, akaun dagangan (RM64,246,417) dan 404 akaun bank berjumlah RM85,624,528.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27B dan Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Seksyen 176 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 serta Seksyen 221 Akta Syarikat 2016. |
|
Kokain RM7.3 juta terdampar di Pantai Tanjung Gosong - Sinarharian - 1/04 1:07 pm KUANTAN - Sebanyak 16.263 kilogram dadah disyaki kokain bernilai RM7.31 juta ditemui terdampar di pesisir Pantai Tanjung Gosong, Tanjung Selangor, Pekan pada Selasa.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, penemuan kira-kira jam 2.45 petang itu hasil pemeriksaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang susulan maklumat awam.Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati sebuah beg mencurigakan mengandungi 14 bungkusan ketulan mampat berwarna hitam bertanda STONE yang disyaki kokain."Secara keseluruhan, terdapat 20 bungkusan dalam beg berkenaan, namun enam daripadanya telah terlarut kerana dipercayai lama berada di dalam air, manakala 14 lagi masih dalam keadaan baik."Jumlah berat dadah yang masih elok dianggarkan sekitar 16 kilogram dengan nilai keseluruhan kira-kira RM7.318 juta berdasarkan harga pasaran semasa kira-kira RM450,000 sekilogram," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar kejayaan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang membabitkan rampasan dadah di Pekan di bilik media sini pada Rabu.Yahaya memaklumkan, siasatan awal mendapati beg berkenaan dipercayai telah dihanyutkan sebelum terdampar di pesisir pantai berdasarkan keadaan fizikal bungkusan yang telah lama terendam di dalam air.Ujarnya, tempoh sebenar dadah itu berada di laut masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan dengan bantuan agensi berkaitan."Setakat ini, seorang saksi telah dirakam percakapan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pihak terlibat."Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kita masih meneruskan siasatan lanjut mengenai kes ini," jelas beliau lagi.Yahaya menjelaskan, rampasan itu dianggarkan mampu menjejaskan lebih 80,000 penagih sekiranya dadah berkenaan berjaya diedarkan.Tambah beliau, penemuan kokain dalam jumlah besar itu merupakan kes yang jarang berlaku di negeri ini.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman video berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi JSJN Pahang di talian 09-4221222 atau 012-2087222. |
|
SPRM tetapkan tempoh dua minggu James Chai hadir, sedia tanggung kos penerbangan - Sinarharian - 1/04 12:52 am SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan surat pada Rabu dan menetapkan bekas pegawai Datuk Seri Rafizi Ramli iaitu Chai Jin Shern atau James Chai untuk hadir dalam tempoh dua minggu.Ini bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan berkaitan perjanjian mega dengan ARM Holdings Plc, syarikat semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom (UK).SPRM dalam kenyataan berkata, Chai Jin Shern atau James Chai telah dikenal pasti sebagai individu yang diperlukan untuk membantu siasatan.Menurutnya, pada 4 Mac 2026, SPRM telah mengeluarkan Notis Mengesan Individu bagi mengesan James Chai."Susulan itu, SPRM menerima surat daripada Tetuan individu terbabit bertarikh 9 Mac 2026 yang memaklumkan bahawa James Chai tidak dapat hadir untuk dirakam percakapan dengan alasan kos penerbangan dan kekangan pekerjaan."SPRM kemudiannya telah mengeluarkan surat balas bertarikh 13 Mac 2026 memberi lanjutan masa untuk James Chai hadir pada 31 Mac 2026, namun beliau sekali lagi gagal memaklumkan keinginan untuk hadir."Sehubungan itu, SPRM telah mengeluarkan surat pada hari ini (Rabu) yang menetapkan bahawa James Chai perlu hadir dalam tempoh dua minggu dan SPRM juga bersedia untuk menanggung kos penerbangan pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.SPRM menjelaskan sekiranya James Chai masih gagal hadir setelah diberikan lanjutan masa sebanyak dua kali, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mendapatkan kerjasama saluran antarabangsa termasuk Polis Antarabangsa (Interpol) atau agensi penguatkuasaan luar negara bagi mengesan dan memastikan kehadirannya.SPRM menegaskan bahawa semua individu yang dipanggil untuk membantu siasatan wajib memberi kerjasama kepada pihak berkuasa."Sekiranya James Chai berpendirian bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, tindakan yang sewajarnya adalah tampil memberi keterangan kepada SPRM, bukannya terus mengemukakan penjelasan di ruang awam tanpa menghadirkan diri kepada pihak berkuasa," ujarnya.Jelas SPRM, tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang dan siasatan akan diteruskan secara profesional, bebas dan berasaskan bukti.Dalam pada itu, SPRM memaklumkan telah merekod keterangan 17 saksi melibatkan pegawai Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)."Siasatan berkaitan kes ini sedang giat dijalankan."SPRM juga telah mengambil dokumen penting termasuk perjanjian dan dokumen sokongan serta dijangka akan merakam percakapan lapan lagi saksi, termasuk individu yang berada di luar negara," ujarnya.Pada 12 Februari, SPRM menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian. |
|
Saksi nampak Zara mundar-mandir sebelum ditemui tak sedar diri - FMT - 31/03 10:40 pm Pelajar Tingkatan Dua SMKA Tun Datu Mustapha beritahu Mahkamah Koroner dia lihat Zara Qairina Mahathir menangis dengan wajah kemerahan. |
|
Inkues Zara Qairina dijangkahingga hujung tahun - Peguam - Sinarharian - 31/03 8:49 pm KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang berlangsung di Mahkamah Koroner di sini, dijangka berpanjangan sehingga hujung tahun ini.Peguam, Datuk Ram Singh berkata, jangkaan itu dibuat berikutan masih ramai saksi yang akan dipanggil, termasuk saksi pakar dalam prosiding yang dijadualkan berlangsung pada April ini."Pada Khamis nanti dijangka pakar psikiatri, Dr Chua Sze Huang dari Hospital Mesra Bukit Padang yang akan memberi keterangan |
|
Ada bukti Azlan Man terima wang haram RM1.06 juta, kata saksi - FMT - 31/03 7:55 pm Pegawai penyiasat SPRM Mohamad Safwan Arbangi berkata wang itu adalah hasil aktiviti haram menerusi pembatalan pakej percutian ke luar negara. |
|
Inkues Zara Qairina: Saksi individu terakhir bertemu Zara Qairina dalam keadaan menangis - Sinarharian - 31/03 7:53 pm KOTA KINABALU - Saksi kanak-kanak yang tampil memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendakwa dirinya antara individu terakhir yang bertemu pelajar itu sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu.Peguam, Joan Goh berkata, saksi ke-65 itu baru tampil sekitar Ramadan lalu dan disifatkan sebagai individu paling hampir dengan kejadian yang menimpa Zara Qairina."Saksi menyatakan dia melihat Zara Qairina keluar dari tandas sebelum berjalan mundar-mandir berhampiran kawasan itu |
|
Dua lagi doktor pakar beri keterangan, peguam ibu Zara Qairina teliti laporan psikiatri 84 muka surat - Sinarharian - 31/03 7:16 pm KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir seterusnya dijangka memberi tumpuan kepada keterangan dua saksi melibatkan doktor pakar yang dijadualkan memberi keterangan dalam sesi berlangsung pada April ini.Peguam, Shahlan Jufri berkata, prosiding akan bersambung semula pada Rabu dengan dua saksi iaitu saksi kanak-kanak yang akan menyambung keterangannya pada sesi pagi, diikuti ibunya manakala seterusnya disusuli dua doktor pakar."Pada awal Mac, kami sudah menerima laporan daripada pakar psikiatri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk laporan daripada Dr Chua Sze Huang dari Hospital Mesra Bukit Padang yang dijangka memberi keterangan pada hari Khamis ini."Cuma, kami memohon sedikit masa untuk menyoal doktor berkenaan kerana laporan tersebut mengandungi 84 muka surat dan perlu diteliti terlebih dahulu," katanya ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.Barisan peguam terdiri daripada Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu mangsa, Noraidah Lamat, sebelum itu menghadiri prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini.Menurut Shahlan lagi, pihaknya juga perlu berbincang dengan pakar masing-masing sebelum sesi soal balas dijalankan, yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat selepas keterangan diberikan.Tambah beliau, seorang lagi saksi pakar iaitu pakar patologi, Dr Phupinder Singh yang dipanggil oleh pasukan Datuk Ram Singh, dijadualkan memberi keterangan pada prosiding seterusnya bermula 13 hingga 17 April.Diminta mengulas lanjut mengenai laporan setebal 84 muka surat itu, beliau memaklumkan ia merupakan laporan yang disediakan oleh pakar psikiatri berkenaan."Mengenai keadaan Zara selepas temu bual bersama ibu dan bapanya serta beberapa individu lain."Laporan ini telah disediakan dan kami terima pada bulan Mac, jadi kami memerlukan sedikit masa untuk menelitinya," katanya.Dalam perkembangan sama, Shahlan berkata, pihaknya turut memohon untuk memanggil beberapa lagi saksi baharu susulan pendedahan daripada saksi kanak-kanak yang tampil memberi keterangan sebelum ini."Kami memohon untuk memanggil beberapa lagi saksi, khususnya individu yang disebut oleh saksi kanak-kanak tersebut termasuk pembantu perubatan yang merupakan orang pertama memberi rawatan di sekolah selepas mangsa ditemui," jelasnya.Dalam inkues tersebut, turut hadir ialah barisan peguam yang mewakili bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Turut terlibat dalam prosiding itu ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan yang mewakili pelajar A, selain Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan yang mewakili empat lagi pelajar.Pasukan pegawai pengendali pula terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus dan Hakim Koroner ialah Amir Shah bin Amir Hassan.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. |
|
Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak hari ini kemuka cerita, kronologi baharu - Sinarharian - 31/03 6:53 pm KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada Selasa, menyaksikan kemunculan seorang saksi kanak-kanak yang membawa kronologi baharu berhubung kejadian menimpa pelajar berkenaan.Saksi ke-65 itu tampil memberi keterangan berkaitan insiden sebelum mangsa ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu.Peguam, Shahlan Jufri berkata, saksi berkenaan tidak tersenarai dalam prosiding tahun lalu, sekali gus menjadikan keterangannya sebagai perkembangan baharu dalam inkues tersebut."Untuk pengetahuan, saksi kanak-kanak ini belum selesai hari ini |
|
Terdapat bukti langsung Azlan Man terima wang aktiviti haram RM1.06 juta - Pegawai penyiasat - Sinarharian - 31/03 5:41 pm KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Sesyen pada Selasabahawa hasil siasatannya mendapati terdapat bukti langsung menunjukkan Datuk Seri Azlan Man menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta menerusi pembatalan pakej percutian ke luar negara.Penolong Bahagian Siasatan Cawangan AMLA, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Safwan Arbangi, 33, berkata, Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd diarahuntuk membatalkan tempahan perjalanan Azlan ke luar negara dan mengembalikan semula wang daripada pihak kerajaan negeri Perlis itu kepada Azlan."Tempahan pakej percutian dibuat oleh Herwardy Hashim (Setiausaha Sulit Kanan kepada Azlan ketika itu) atas arahan Datuk Seri Azlan Man dan beliau (Azlan)kemudianmengarahkan Herwardy untuk maklumkan kepada dua agensi pelancongan berkenaantentang pembatalan percutian tersebut."Siasatan saya mendapati, cara pembayaran kesemua duit bayaran balik ituditetapkan oleh Datuk Seri Azlan Man sendiri kerana beliau membatalkan percutiannya.Keterangan ini adalah melalui dokumen iaitu penyata bank kedua-dua pihak serta keterangan saksi," katanya.Saksi pendakwaan ke-19ituberkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas Menteri Besar Perlis itu yang berdepan 10 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.Mohamad Safwan berkata, dua agensi pelancongan itu diarahkan untuk mengembalikan semula wang tersebut kepada Azlan menerusi empat cek berjumlah RM852,207.28 dan wang tunai RM207,468 pada2014 hingga 2017.Sementara itu, beliauberkata, isu kemasukan wang daripada pihak kerajaan negeri Perlis kepada akaun bankdua agensi pelancongan itu bagi pakej percutian ke luar negara yang dipohon Azlan adalah melalui kaedah pembayaran secara Pesanan Tempatan (LO) yang mana perjalanan tersebut tidak berlaku."Secara keseluruhannya, melalui siasatan saya jalankan dalam kes ini, saya dapati terdapat keterangan konsisten daripada saksi serta dokumen yang saya perolehuntuk menunjukkan asas kesalahan penerimaan wang hasil daripada aktiviti haram di bawah Seksyen 4(1)(b)AMLATFPUAA 2001, yang dilakukan Datuk Seri Azlan Man," kata saksi itu.Ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat, bagaimana pengawai penyiasat itu dapat memberi kesimpulan Azlan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, Mohamad Safwan berkata, tuntutan perjalanan seberang laut Azlan dibuat sebanyak lima kali bermula 2013 hingga 2017 dengan menggunakan kaedah LO dan ia adalah duit daripada kerajaan negeri Perlis, selainAzlan membatalkan percutian itu."Sebarang pengeluaran wang daripada akaun kerajaan Perlis untuk kes ini adalah menggunakan kaedah LO untuk lima kali berturut-turut dan lima kali ini juga Datuk Seri Azlan Man telah membatalkan pakej perjalanan yang diluluskan oleh pihak kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis."Selari dengan LO tersebut, apa-apa prosedur peraturan atau tatacara mesti mengikut arahan permohonan daripada LO yang berkuat kuasa dan perjalanan mesti dilakukan mengikut LO tersebut bukan sebaliknya," katanya.Mohamad Safwan berkata, siasatannya juga mendapati berdasarkan keterangan pegawai perbendaharaan dan kewangan Perlis, sekiranyaLO tersebut dibatalkan mengikut arahan Azlan, wang tersebut sepatutnya dipulangkan kepada kerajaan negeri, bukan kepadabekas Menteri Besar Perlis itu.Azlan, 67, didakwa atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti ke luar negara berjumlah lebih RM1.18 juta yang didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis antara Disember 2013 dan Disember 2017.Tuntutan itu melibatkan sebut harga tiket penerbangan ke London serta invois daripada syarikat pelancongan Sri Kedawang Travel & Tour (W) Sdn Bhd dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.Beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali jumlah atau nilai butir matan palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Azlan juga berdepan lima pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta antara 19 Februari 2014 dan Disember 2017 di beberapa lokasi termasuk cawangan Maybank Jalan Tuanku Abdul Rahman, CIMB Bank cawangan Putrajaya serta Hotel Sheraton Imperial di sini mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Selain itu, beliau didakwa atas lima pertuduhan pilihan kerana menyalahgunakan wang RM1.06 juta milik kerajaan negeri Perlis yang dibayar kepada Sri Kedawang Travel dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, CIMB Bank Cawangan Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial di sini antara 19 Februari2014 dan Disember 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun, dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 23 April ini |
|
Panggil Enam Saksi Termasuk Ibu Mangsa, Naim Daniel Ceria Tak Tertekan - Rotikaya - 31/03 5:17 pm Enam saksi pendakwaan bakal dipanggil bagi perbicaraan kes amang seksual fizikal membabitkan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, bermula hari ini |
|
Perbicaraan Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula, Ibu Mangsa Tampil Jadi Saksi Pertama – “Dia Okay, Ceria Seperti Biasa” - Beautifulnara - 31/03 4:22 pm Perbicaraan kes amang seksual fizikal membabitkan penyanyi, Naim Daniel di Mahkamah Sesyen bermula hari ini dan dijadualkan berlangsung selama tiga hari dengan enam saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan |
|
Prosiding inkues Zara Qairina bersambung hari ini - Sinarharian - 31/03 9:31 am KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, di sini, pada Selasa.Inkues yang bermula jam 9 pagi mendengar keterangan saksi baharu melibatkan kanak-kanak sebagai deponen ke-64.Peguam Shahlan Jufri berkata, inkues minggu ini bersambung semula dengan beberapa saksi termasuk kanak-kanak."Hari ini saksi kanak-kanak seorang dan kemudian saksi dewasa termasuk doktor pakar psikiatri dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Jika saksi kanak-kanak selesai hari ini, mungkin diteruskan saksi dewasa," katanya kepada Sinar Harian.Dalam prosiding yang lalu, seramai 64 saksi termasuk kanak-kanak telah memberi keterangan mereka di mahkamah sama.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, selain Shahlan ialah Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Turut mewakili lima pelajar lain yang terlibat dalam inkues ini ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan yang mewakili pelajar A, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus. |
|
Kertas siasatan dua MPP minta ‘wang perlindungan’ dirujuk pada .. - Mgazette - 31/03 7:40 am Tambah Mohamad Lazim, kedua-dua suspek telah ditahan pada 26 Mac lalu bagi membantu siasatan dan direman selama dua hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 29 Mac. "Setakat ini, empat saksi telah dirakam keterangan bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan |
|
Tiga ulat foto ditahan semula, tiada rekod warganegara - Sinarharian - 30/03 8:46 pm KUALA LUMPUR Tiga daripada 18 individu yang diberkas sebelum ini berkaitan insiden pergaduhan melibatkan kumpulan 'ulat foto' di sekitar KLCC ditahan semula selepas didapati tidak mempunyai identiti sebagai warganegara Malaysia.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sazalee Adam berkata, hasil semakan cap jari terhadap orang kena tahan (OKT) yang dibebaskan mendapati tiga individu berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod.Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit akan ditangkap semula bagi tindakan lanjut mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990."Semakan cap jari mendapati ketiga-tiga individu ini tidak mempunyai rekod, sekali gus tidak memiliki identiti sebagai warganegara Malaysia."Tangkapan semula akan dibuat dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan pada 31 Mac," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dua lagi suspek telah dituduh di bawah Seksyen 149/324 Kanun Keseksaan di mahkamah pada hari sama."Tindakan itu diambil selepas kedua-dua individu berkenaan dikenal pasti oleh mangsa dan saksi sebagai pelaku utama yang melakukan kekerasan dalam kejadian tersebut."Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut mengesahkan kehadiran kedua-dua suspek di lokasi kejadian selain menunjukkan mereka menyebabkan kecederaan kepada mangsa," ujarnya.Sebelum ini, media melaporkan seramai 18 lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden memukul dua lelaki hingga cedera di kepala di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) baru-baru ini.Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, dua mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan antara sekumpulan individu dengan seorang pelancong asing telah diserang secara beramai-ramai.Mangsa dilaporkan dipukul dan diserang menggunakan senjata sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.Sazalee berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek yang ditahan mengaku berada di lokasi kejadian dan bekerja sebagai jurugambar jalanan atau ulat foto. |
|
Kertas siasatan kes ahli MPPWP minta wang perlindungan sudah diserah kepada TPR - Sinarharian - 30/03 5:24 pm KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung dakwaan ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan meminta Wang perlindungan dari sebuah pusat urut di Wangsa Maju, telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Senior Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan TPR untuk tindakan lanjut."Kita telah menahan dua individu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu. Mereka telah direman empat hari bermula Khamis hingga Ahad."Seramai empat saksi telah dirakam keterangan, kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada DPP hari ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini pada Isnin.Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan berkata, beliau telah mengarahkan laporan polis dibuat, selain siasatan dimulakan serta-merta bagi menyiasat dakwaan berkenaan.Menurut beliau, tindakan tegas termasuk pemecatan akan dikenakan sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar.Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kehadiran dua lelaki memperkenalkan diri sebagai ahli MPP meminta wang daripada sebuah pusat urut. |
|
Papagomo didenda RM4,000 kes hasutan, datangkan kebencian terhadap Agong - Mgazette - 30/03 3:59 pm Pada 24 September tahun lalu, Hakim Norma memerintahkan Wan Muhammad Azri membela diri terhadap pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Sebelum ini, seramai tujuh saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan yang bermula Oktober 2024, manakala hanya Wan Muhammad Azri merupakan saksi pembelaan |
|
11 kes hasil wang haram: Bekas Panglima Tentera Darat, isteri dibicarakan bersama - Sinarharian - 30/03 2:29 pm KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin membenarkan enam kes menerima wang hasil aktiviti haram bernilai hampir RM2.3 juta membabitkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan lima kes sama berjumlah RM82,000 dihadapi isterinya, Salwani Anuar @ Kamaruddin dibicarakan bersama.Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat selain tidak mendapat bantahan daripada peguam, Aizul Rohan Anuar dan Fahmi Abd Moin yang mewakili Muhammad Hafizuddeain, 58, dan Salwani, 27."Mahkamah menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen," katanya.Semasa prosiding, Mahadi berkata, Muhammad Hafizuddeain sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan kes berkenaan telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini.Katanya, Salwani pula didakwa di dua Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur.Beliau memohon, supaya semua kes tersebut dibicarakan bersama mengikut peruntukan Seksyen 91 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), Seksyen 165 serta Seksyen 170 Kanun Prosedur Jenayah (CPC)."Kes ini melibatkan saksi dan fakta yang sama maka saya mohon ia dibicarakan bersama."Pendakwaan juga memohon supaya satu tarikh sebutan kes ditetapkan bagi serahan dokumen," katanya.Pada 22 Januari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 pada 2024 hingga tahun lalu.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima hasil haram iaitu wang masing-masing RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.Kesalahan didakwa dilakukan di beberapa bank berbeza di Jalan Melaka, Jalan Tun Perak dan Bukit Damansara di sini antara 2 Februari 2024 dan 7 November 2025.Sehari kemudian, dia didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas dua pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM145,000, tahun lalu.Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM115,000 dan RM30,000 yang dimasukkan ke akaun bank miliknya.Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah bank di Ampang antara 19 September 2024 dan 19 Mei 2025.Setiap pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara itu, pada 22 Januari lalu, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000, 2024 dan tahun lalu.Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa sebagai pengawal syarikat Wany Venture, telah menerima hasil aktiviti haram iaitu wang RM50,000, RM7,000 dan dua lagi jumlah masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke akaun bank milik syarikat itu.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank Damansara Heights, di sini antara 24 November 2024 dan 25 November 2025.Di Terengganu, pada 26 Januari, wanita itu didakwa atas satu pertuduhan menerima wang berjumlah RM5,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Kerteh dekat Besut, pada 16 Januari 2025.Setiap pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1) (b) AMLATFPUAA 2001 dan dibaca bersama dengan Subseksyen 87(1)(a) akta sama, serta boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta serupa yang membawa hukuman sama. |
|
Kes hasut isu KK Supermart: Papagomo bersalah, didenda RM4,000 - Sinarharian - 30/03 12:39 am KUALA LUMPUR Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dua tahun lalu.Hakim, Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati Wan Muhammad Azri, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Semasa membaca keputusan Norma berkata, setelah mengambil kira semua keterangan, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan kesalahan tersebut."Tertuduh perlu dipenjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut," katanya.Semasa prosiding, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri merayu anak guamnya hanya dikenakan hukuman berbentuk denda tanpa pemenjaraan.Menurutnya, tertuduh sentiasa memberi kerjasama termasuk tidak pernah gagal melaporkan diri di balai polis sepanjang prosiding ini berlangsung.Beliau berkata, bapa kepada lima anak perempuan termasuk bongsu menghidap autisme."Dia tidak pernah disabitkan atas kesalahan hasutan namun saya berterus terang, dia mempunyai dua kes lain."Pengadu dalam kes ini telah menarik balik laporannya malah catatan yang dibuat anak guam tidak menimbulkan kesan rusuhan," katanya.Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.Beliau berkata, tertuduh telah menghina menggunakan kata-kata kesat, bersifat menghina dan merendah-rendahkan Agong."Tertuduh merupakan bekas anggota polis sekali gus menunjukkan dia sedar kesan dan akibat atas perbuatan yang dilakukan."Justeru, denda semata-mata tidak mencukupi kerana kesalahan berkenaan serius," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman.Pada 2 Mei 2024, dia yang juga bekas Exco Pemuda UMNO mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan membuat penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang menghadap Sultan Ibrahim di aplikasi X miliknya atas nama Sir Azri.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini, pada jam 12 tengah hari, 29 April 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Seramai tujuh saksi dipanggil memberi keterangan terhadap tertuduh dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan bermula Oktober 2024 sementara Wan Muhammad Azri merupakan saksi tunggal di peringkat pembelaan. |
|
Kematian Baby Syifaa: Keluarga tak puas hati hukuman ringan terhadap pengasuh - Sinarharian - 30/03 12:26 am SEREMBAN - "Kita boleh terima kalau penjara lebih lima atau enam tahun, tapi penjara setahun ini sikit sangat, terlalu ringan dalam kes bayi yang telah meninggal dunia."Demikian luah Yuseri Yusoff, 42, bapa kepada Baby Syifaa atau Nour Rania Asyifaa berhubung hukuman penjara setahun dan denda RM15,000 terhadap pengasuh bayi terbabit yang didakwa melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berusia 15 bulan itu di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan di sini, empat tahun lalu.Beliau turut menyifatkan hukuman berkenaan sebagai tidak adil kepada keluarga yang telah melalui proses inkues hampir tiga tahun."Keluarga memang tidak berpuas hati dengan keputusan itu sebab kita dah lalui inkues lebih tiga tahun."Kalau nak mengaku salah, awal-awal lagi dah boleh mengaku salah. Bagi keluarga ini tak adil dan kita memang tak berpuas hati," katanya ditemui di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.Tambahnya, pihak keluarga akan merujuk perkara tersebut kepada peguam bagi mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan lanjut selepas ini.Sementara itu, ibu kepada Baby Syifaa, Anida Idrus, 44, yang turut hadir ke mahkamah dilihat tidak dapat menahan sebak selepas prosiding keputusan kes dan tidak bersedia memberi sebarang kenyataan kepada media.Terdahulu, mahkamah turut mengarahkan Khairunnisa Ahmad Damamhuri, 41, melaksanakan khidmat masyarakat selama 48 jam dalam tempoh enam bulan sebaik saja selesai menjalani hukuman penjara serta bon berkelakuan baik selama setahun sebanyak RM5,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.Mengikut pertuduhan, Khairunnisa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, berusia 15 bulan, telah mengabaikan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.Kesalahan terbabit didakwa dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.Media pada 31 Julai 2024 melaporkan, Mahkamah Koroner di sini memutuskan punca kematian Baby Syifaa yang ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di pusat asuhannya disebabkan tekanan pada leher.Koroner, Datin Surita Budin ketika membacakan keputusan itu berkata, kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian yang ditinggalkan oleh pengasuh.Surita juga memaklumkan Khairunnisa yang merupakan saksi ke-19 turut didapati gagal memastikan keselamatan Baby Syifaa.Ini kerana katanya, wanita itu dalam keterangannya sebelum ini mengakui meninggalkan bayi terbabit tanpa pengawasan berpatutan selama dua jam.Seramai 28 saksi dipanggil memberi keterangan termasuk ibu dan bapa Baby Syifaa sepanjang prosiding inkues bermula 22 September 2022. |
|
Tak Ramai Tahu, Ini Kisah Di Sebalik Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad - Murai - 29/03 11:00 am Mahathir Mohamad, tokoh yang banyak berjasa dalam pembangunan negara. Terletak di Alor Setar, Kedah, rumah kayu sederhana ini menjadi saksi kepada permulaan perjalanan hidup seorang pemimpin yang dikenali di peringkat dunia |
|
Polis buru lelaki pecah masuk rumah doktor gigi - Sinarharian - 28/03 9:44 pm PEKAN- Seorang lelaki diburu polis selepas video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbuatannya memecah masuk kediaman doktor gigi di kuarters Klinik Kesihatan Chini, di sini tular di sebuah akaun Facebook pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya juga telah menerima satu laporan polis berkaitan kejadian yang dibuat doktor gigi berusia 42 tahun itu pada Jumaat lalu.Menurutnya, berdasarkan keterangan, kejadian berlaku ketika pengadu meninggalkan rumah berkenaan pada 19 Mac lalu untuk pulang ke kampung."Kejadian pecah masuk itu dikesan pada Jumaat kira-kira jam 12.48 pagi selepas penggera rumah berbunyi dan disedari jiran serta pengawal keselamatan."Suspek dipercayai masuk melalui siling rumah berdasarkan kesan siling pecah di bilik utama dan bilik ketiga," katanya.Mohd Zaidi berkata, berdasarkan rakaman CCTV, suspek seorang lelaki memakai baju lengan panjang berwarna kelabu, seluar pendek coklat, berkasut dan memakai topeng.Menurutnya lagi, kes masih dalam siasatan termasuk jumlah sebenar kerugian dialami mangsa."Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan."Pemeriksaan telah dijalankan di tempat kejadian bagi mengumpul bukti-bukti fizikal yang berkaitan termasuk merakam percakapan saksi-saksi bagi membantu siasatan," ujarnya.Jelasnya, usaha mengesan dan mengenal pasti suspek sedang dijalankan berdasarkan petunjuk rakaman CCTV dan keterangan di lokasi."Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai identiti suspek atau kejadian ini diminta tampil membantu siasatan," katanya.Beliau berkata, maklumat boleh disalurkan melaluipegawai penyiasat di talian 012-7400527, Bilik Gerakan IPD Pekan di talian 09-4221222 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran. |
|
18 lelaki ???ulat foto??? ditahan, disyaki terlibat rusuhan dan serangan .. - Mgazette - 28/03 7:38 am Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku berada di tempat kejadian dan bekerja sebagai jurugambar jalanan di sekitar kawasan KLCC. Pengecaman saksi turut mendapati dua daripada suspek dikenal pasti sebagai individu yang terbabit dalam serangan, ujarnya |
|
Penganggur didakwa bunuh ahli perniagaan empat tahun lalu - Mgazette - 27/03 3:36 pm Media sebelum ini melaporkan mangsa ditembak mati ketika berjalan menuju ke keretanya selepas pulang bermain mahjung di rumah rakannya di lokasi sama. Seorang saksi turut dilaporkan mendengar tiga das tembakan sebelum mangsa ditemukan terbaring berlumuran darah |
|
Penganggur didakwa bunuh ahli perniagaan - Sinarharian - 27/03 3:13 pm Vadivelu, 39, bersama-sama tiga lagi individu yang telah dituduh sebelum ini didakwa telah membunuh Goh Chok Chuan, 63, di parkir kereta berhampiran pondok pengawal Amarin Kiara, Mont Kiara, dekat sini, pada 11.40 malam, 11 Julai 2022.Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret MS Arunjothy kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Pegawai Pendakwa M. Alli Nangai tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin."Mohon mahkamah tetapkan satu tarikh sebutan untuk pendakwaan mendapatkan izin bagi memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi."Tiga lagi tertuduh yang didakwa sebelum ini telah dijatuhi hukuman setelah mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan," katanya.Mahkamah menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula kes.Pada 12 Julai 2022, media melaporkan pihak polis dalam satu kenyataan memaklumkan saksi kejadian mendengar tiga das tembakan dilepaskan sebelum menemukan mayat mangsa.Mangsa dikatakan bermain mahjung di rumah rakannya di Amarin Kiara dan dilapor ditembak berdekatan keretanya yang dipakir berhampiran pondok pengawal di luar kawasan perumahan itu |
|
Kes pukul di KLCC: 18 'ulat foto' diberkas - Sinarharian - 27/03 1:08 pm KUALA LUMPUR Seramai 18 lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes memukul dua lelaki hingga mengalami kecederaan di kepala di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada Ahad.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku apabila mangsa bertindak menegur sekumpulan individu yang dipercayai memukul seorang pelancong lelaki."Kumpulan tersebut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak masuk campur. Namun, secara tiba-tiba pengadu diserang dari arah belakang oleh seorang individu dengan menggunakan pisau jenis kerambit ke bahagian kepalanya."Pengadu kemudian dipukul beberapa kali oleh individu yang dipercayai jurugambar, sebelum keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila kira-kira 30 rakan suspek turut sama menyerang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sazalee berkata, bertindak atas maklumat, polis menjalankan operasi dan berjaya menahan 18 suspek berusia antara 17 hingga 45 tahun di sekitar lokasi kejadian pada malam berikutnya bagi membantu siasatan."Siasatan awal mendapati semua yang ditahan mengaku berada di tempat kejadian dan bekerja sebagai jurugambar jalanan atau ulat foto di sekitar kawasan tersebut."Selain itu, dua daripada suspek dikenal pasti oleh saksi melalui proses pengecaman yang dijalankan pihak polis |
|
Segera hadapkan Victor Chin, isteri ke muka pengadilan – MCW - Mgazette - 27/03 7:45 am Khalid Ismail memaklumkan Victor berada di luar negara dan usaha menjejakinya sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa antarabangsa. Dalam pada itu, Jais berkata, jika siasatan mendapati wujud risiko gangguan terhadap saksi, bukti atau kemungkinan melarikan diri, langkah pencegahan wajar dipertimbangkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada |
|
Gerai mercun terbakar: Polis teruskan siasatan, tunggu laporan JBPM - Sinarharian - 26/03 5:45 pm NIBONG TEBAL - Tiga individu termasuk seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran sebuah gerai jualan mercun dan bunga api di Taman Pekaka telahdibebaskan dengan jaminan polis.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, siasatan masih diteruskan termasuk merakam beberapa lagi keterangan saksi sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP)."Siasatan masih dijalankan dan polis masih perlu merakam keterangan dua hingga tiga lagi saksi serta menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum kertas siasatan dirujuk kepada DPP," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.Tiga individu itu diremantiga hari bermula 23 Mac lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kecuaian dalam pengendalian bahan letupan.Sementara itu, Pengarah JBPM Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, siasatan insiden itu dijangka siap dalam tempoh 14 hari.Awal pagi Ahad lepas,sebuah geraimenjual pelbagai jenis mercun di Taman Pekaka di sini musnah dalam kebakaranyang turut memusnahkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dantiga unit penyaman udara di luar sebuah rumah berhampiran gerai itu.Tiada sebarang kecederaan ataukemalangan jiwadilaporkan dalam kejadian itu.- Bernama |
|
Kipas siling jatuh: Murid Tahun Dua terima ganti rugi RM6,000 - Sinarharian - 26/03 5:12 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Selama diPerak memerintahkan kerajaan dan empat pihak lain membayar ganti rugi berjumlah RM6,000 kepada seorang murid perempuan Tahun Dua yang cedera selepas kipas siling tercabut dan menimpanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Majistret R. Prabakaran membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan pada Januari 2024 melalui bapanya sebagai plaintif terhadap guru besar sekolah rendah berkenaan, Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan(KPM) dan kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga kelima.Mahkamah mendapatidefendan pertama hingga keempat gagal mengambil langkah munasabah untuk memastikan kipas siling itu berada dalam keadaan selamat dan disenggara dengan baik.Ganti rugi berkenaan merangkumi ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh plaintif yang kini berusia 12 tahun berikutan kecederaan itu, bagaimanapun mahkamah menolak tuntutan bagi ganti rugi khas, punitif dan teladan.Dalam insiden pada 10 pagi, 18 Oktober2022 itu seorang murid perempuan patah jari tangan kiri apabila kipas siling dalam kelasnya di sebuah sekolah rendah di Selama terjatuh lalu mengenai mangsa dan difahamkan tiga lagi murid berumur lapan tahun turut mengalami kecederaan ringan.Berdasarkan alasan penghakiman perbicaraan penuh bertarikh 23 Mac 2026, mahkamah mendapati kewujudan kipas siling yang dipasang di atas ruang pembelajaran murid merupakan suatu risiko yang boleh dijangka secara munasabah kerana kipas siling ialah peralatan berat yang bergantung kepada struktur pemasangan dan penyelenggaraan yang berterusan."Kegagalannya tidak berlaku secara luar biasa tanpa sebarang punca tetapi lazimnya berkait dengan faktor-faktor seperti penyelenggaraan yang tidak mencukupi, kehausan komponen atau kecacatan pemasangan."Oleh itu, risiko kipas siling bermasalah sehingga boleh jatuh adalah suatu risiko yang secara munasabah boleh dijangka oleh pihak sekolah."Keduanya, saksi defendan pertama (SD1) (guru besar sekolah plaintif) cuba bergantung kepada amalan pemeriksaan secara 'lihat dan dengar' oleh guru bagi memastikan sama ada terdapat kerosakan pada kipas siling tersebut di mana hanya sekiranya terdapat bunyi mencurigakan atau keadaan yang kelihatan tidak teratur baru laporan akan dibuat," kata majistret itu.Selain itu, mahkamah mendapati defendan menyatakan bahawa langkah-langkah munasabah telah diambil untuk memastikan kipas yang jatuhdisenggara dengan baik dan insiden berkenaanberlaku secara tiba-tiba serta tidak dapat dijangka."SD1 juga telah memberikan keterangan bahawa kipas itutelah disenggara dan bahawa wujud satu laporan penyelenggaraan rutin kipas di sekolah berkenaan |
|
“Dibalut karpet, timbunan pakaian” – Polis Dedah Kronologi Kem*tian Ngeri 3 Beranak - Lobakmerah - 26/03 5:00 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Belau, Merbok, Kedah menjadi saksi kepada kejadian pembunuhan ngeri yang melibatkan pasangan suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka |
|
Siasatan kes NexG mesti bebas, telus ??? MCW - Mgazette - 26/03 4:11 pm Tiada mana-mana individu boleh dihukum hanya berdasarkan persepsi awam atau tekanan media tanpa proses undang-undang yang sah dan telus, ujarnya. Dalam pada itu, kata Jais lagi, andaisiasatan mendapati wujud risiko gangguan terhadap saksi atau bukti, termasuk kemungkinan melarikan diri, pihak berkuasa perlu mempertimbangkan langkah pencegahan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang |
|
Pasangan lakukan perbuatan lucah melampau di jirat Cina dipenjara 12 bulan - Mgazette - 26/03 4:11 pm Pengadu kemudiannya diarahkan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan untuk membuat laporan polis bagi siasatan lanjut. Perbuatan lucah dan kelakuan tidak senonoh tertuduh disaksikan oleh saksi dan terdapat rakaman video yang memaparkan perbuatan tersebut yang dirakam oleh saksi |
|
Bekas pegawai SSM dipenjara 18 bulan, cabul gadis 19 tahun - Mgazette - 26/03 4:11 pm Zolkapli, 57, disabitkan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 19 tahun kira-kira pukul 2.45 petang, 20 Oktober 2011 di SSM, Tingkat 1, Pejabat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Mukim Kuah, Langkawi. Keterangan kes menyatakan, mangsa yang juga saksi pendakwaan kedua (SP2) diminta datang ke bilik perayu atas urusan kerja sebelum dicabul |
|
Skandal NexG: Segera hadapkan Victor Chin, isteri ke muka pengadilan - MCW - Sinarharian - 26/03 3:26 pm KUALA LUMPUR - Polis dan pihak berkuasa lain perlu meletakkan keutamaan ke atas siasatan membabitkan ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long dan isterinya, Chan Swee Ying dan menghadapkan kedua-dua mereka ke muka pengadilan bagi menjawab pendakwaan.Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, dakwaan yang dibangkitkan termasuk kenyataan oleh pihak berkepentingan dan perhatian yang diberikan oleh media tempatan serta antarabangsa, bukan sahaja menyentuh integriti sektor korporat, malah turut memberi kesan langsung kepada imej negara, keyakinan pelabur, serta tahap kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang.Sehubungan itu, beliau berpandangan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memberikan keutamaan tinggi terhadap siasatan kes ini secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang pengaruh."MCW menegaskan bahawa sekiranya terdapat asas bukti yang mencukupi, tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah hendaklah diambil tanpa sebarang kelewatan."Dalam masa yang sama, prinsip keadilan mesti dipelihara, tiada individu boleh dihukum melalui persepsi awam atau tekanan media tanpa proses undang-undang yang sah dan telus," katanya pada Khamis.Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menggelarkan Victor Chin sebagai syaitan korporat dan mendakwa beliau telah melakukan banyak kesalahan dan turut mempertikaikan bagaimana Chan Swee Ying mendapatkan dana sebanyak RM88 juta untuk membelli 9.53 peratus kepentingan atau 220 juta saham MMAG.Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan pihak berkuasa sedang menjejaki Victor Chin, yang menjadi tumpuan susulan dakwaan sindiket pengambilalihan paksa syarikat menerusi pakatan kerana pihak berkuasa mengetahui lokasi Chin, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, memaklumkan Chin berada di luar negara dan pihak berkuasa sedang menjejakinya dengan kerjasama pihak berkuasa antarabangsa.Dalam pada itu, Jais berkata, sekiranya siasatan mendapati wujud risiko gangguan terhadap saksi, bukti atau kemungkinan melarikan diri, pihak berkuasa digesa mempertimbangkan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.Teganya, isu ini tidak boleh dilihat sebagai pertikaian korporat semata-mata kerana ia menyentuh aspek lebih besar iaitu tadbir urus, integriti pasaran modal, serta kredibiliti sistem penguatkuasaan negara.Kata beliau, sebarang persepsi mengenai kewujudan mafia korporat atau campur tangan luar dalam proses undang-undang, jika tidak ditangani dengan tegas, boleh menjejaskan reputasi Malaysia di peringkat global."Justeru, MCW menyeru agar semua pihak memberi ruang kepada siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, namun dalam masa sama memastikan tiada sebarang kelewatan atau layanan istimewa diberikan kepada mana-mana pihak."Prinsipnya jelas, sesiapa yang terlibat mesti disiasat dan jika bukti mencukupi, mesti dihadapkan ke muka pengadilan," katanya |
|
Tiga beranak ditemui mati dalam rumah - Sinarharian - 26/03 11:13 am SUNGAI PETANI [DIKEMAS KINI ] Bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Belau, Merbok di sini membawa kepada penemuan mengejutkan mayat tiga beranak pada awal pagi Khamis.Mangsa dikenali sebagai pasangan suami isteri, Zikri Abdul Rahman, 65, dan Suraya Man, 53, serta anak lelaki mereka, Muhammad Shakir Zufayri Abdul Aziz, 29.Kepala pasangan suami isteri didapati terpisah manakala anggota badan mangsa wanita dipercayai dipotong untuk dilupuskan.Mayat anak mereka pula ditemui di tingkat atas rumah dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 12.30 tengah malam mengenai ketiadaan pasangan suami isteri itu selama tiga hari dan mereka terhidu bau busuk yang kuat dari rumah tersebut."Sebaik sahaja anggota tiba di lokasi, rumah dalam keadaan gelap dan berkunci dari dalam. Bau busuk terlalu kuat sehingga memaksa pihak polis memecah masuk," katanya pada sidang Akhbar di Balai Polis Merbok di sini pada Khamis.Jelas Hanyan, pemeriksaan rapi menjumpai mayat pasangan suami isteri itu ditutupi dengan karpet serta pakaian di dapur rumah.Menurutnya, terdapat percikan darah dan kesan cubaan melupuskan mayat di ruang tamu."Mayat pasangan suami isteri dipercayai telah lebih 48 jam, manakala mayat anak mereka masih baru."Beberapa jenis senjata tajam turut ditemui berdekatan mayat anak mereka," ujarnya.Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian ini menjurus kepada perbuatan bunuh namun motif kejadian masih disiasat.Katanya, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 8 malam Isnin lalu hingga penemuan mayat."Hasil maklumat yang diperolehi mendapati lelaki berusia 29 tahun itu pernah mengalami gangguan mental pada tahun 2018 ke 2019, namun tidak pernah mengganggu masyarakat sekeliling."Seorang lagi anak mangsa wanita yang berkerja sebagai tentera, baru sahaja kembali ke rumahnya di Johor, Isnin lalu, selepas pulang beraya di situ," katanya.Setakat ini, polis telah memanggil lima saksi untuk memberi keterangan.Kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Pemuda maut tercampak atas jalan bergesel lori angkut sampah Pemuda maut .. - Mgazette - 26/03 7:37 am Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihaknya meminta saksi kejadian untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis menerusi talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette |
|
Wanita lintas jalan sambil guna telefon bimbit sebabkan nahas 3 kenderaan .. - Mgazette - 26/03 7:37 am Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pejalan kaki yang melintas di tempat yang tidak dibenarkan. Pihak JSPT Kuala Lumpur turut mengesan satu rakaman video kejadian yang tular di media sosial melalui akaun Facebook Dashcam Owners Malaysia dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk usaha mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan |
|
Rangka bayi depan rumah: Empat sekeluarga, teman lelaki suspek ditahan - Sinarharian - 25/03 11:35 pm ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Empat sekeluarga termasuk seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga ibu kepada bayi yang rangkanya ditemukan ditanam di depan rumah di Kelemak telah ditahan polis dan dijangka direman pada Khamis di Mahkamah Alor Gajah.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan penemuan rangka bayi yang dipercayai ditanam depan rumah.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, selain ibu bayi berkenaan, turut direman ialah teman lelaki suspek, ibu, kakak serta adik lelaki suspek.Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 16 hingga 40 tahun."Suspek terdiri daripada remaja perempuan berusia 19 tahun (ibu bayi), teman lelakinya, ibu suspek, kakak suspek serta adik lelaki berusia 16 tahun," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.Terdahulu saksi kejadian memaklumkan, dia yang bertandang ke rumah kakak di taman perumahan sama dikejutkan dengan kehadiran pasukan forensik di lokasi kejadian.Pada mulanya dia menyangka kehadiran pasukan polis sekitar jam 9 pagi itu hanyalah kes biasa, namun rupa-rupanya berkaitan kes tragis itu.Lokasi kejadian terletak berdepan dengan unit kosong dan anggota polis dilihat menggali tanah di laman rumah berkenaan menggunakan cangkul bagi mencari bahan bukti.Pasukan forensik kemudian beredar meninggalkan lokasi sekitar jam 12.30 tengah hari. |
|
Datuk ditemukan lemas, cucu masih hilang - Sinarharian - 25/03 8:44 pm KENINGAU - Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang semasa memeriksa bot bersama cucunya ditemukan lemas di Sungai Banjar, Mempikit, di sini pada Rabu.Mayat Fredoline Yariki, 60, ditemukan pada jam 5.21 petang oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian manakala cucunya, Muhammad Aidan Ridwan, 10, masih belum ditemui setakat ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari kedua dijalankan seawal jam 6.10 pagi.Katanya, operasi yang turut dibantu penduduk kampung dan sukarelawan terdiri daripada Team Gallen Star yang menumpukan kawasan Sungai Banjar dan Sungai Merikit."Hasil pencarian berjaya menemui mangsa pertama di tengah sungai di sebalik timbunan pokok sawit yang hanyut, iaitu di tengah-tengah dahan sawit dalam keadaan menelentang."Jarak lokasi mangsa ditemui iaitu sejauh kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dan cucunya dilaporkan hilang semalam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Katanya lagi, mangsa dibawa naik ke tebing sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya."Pencarian mangsa kedua diteruskan namun masih belum ditemui. Operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 6.37 petang dan akan disambung semula esok," katanya.Sinar Harian sebelum itu melaporkan lelaki warga emas bersama cucunya dilaporkan hilang ketika memeriksa bot di Sungai Pagalan, berhampiran Taman Bersatu, di sini, pada Selasa.Kedua-dua mangsa hanya disedari hilang selepas saksi, iaitu anak kepada warga emas tersebut, mendapati mereka tidak berada di sungai berkenaan dan hanya barangan peribadi serta bot ditemui di lokasi. |
|
Rangka bayi ditemui di laman rumah - Sinarharian - 25/03 6:46 pm ALOR GAJAH - Dalam keghairahan umat Islam merayakan Aidilfitri digemparkan kes penemuan rangka bayi dipercayai ditanam di hadapan rumah di Kelemak di sini pada Rabu.Saksi kejadian memaklumkan, dia yang bertandang ke rumah kakak di taman perumahan sama dikejutkan dengan kehadiran pasukan forensik di lokasi kejadian.Menurutnya, pada mulanya dia menyangka kehadiran pasukan polis sekitar jam 9 pagi itu hanyalah kes biasa, namun rupa-rupanya berkaitan kes tragis itu."Terkejut bila jiran beritahu polis jumpa rangka bayi ditanam kira-kira empat bulan lepas sebaik dilahirkan."Kawasan ini sunyi dan tiada apa-apa kes jenayah besar berlaku dan tak sangka berlaku kejadian tersebut di sini," katanya pada Rabu.Katanya, lokasi kejadian terletak berdepan dengan unit kosong dan anggota polis dilihat menggali tanah di laman rumah berkenaan menggunakan cangkul bagi mencari bahan bukti.Ujarnya, pasukan forensik kemudian beredar meninggalkan lokasi sekitar jam 12.30 tengah hari.Maklumat awal diterima memaklumkan rangka bayi itu dipercayai dilahirkan sekitar empat bulan lalu sebelum suspek menanam mayat itu di hadapan rumah ibunya di Kelemak.Dalam pada itu, Ketua Polis Melaka, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan kejadian bayi ditanam didepan rumah dan suspek akan direman pada KhamisUjanya, kes disiasat bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. |
|
Siapa Ahli Parlimen PKR yang minta RM10 juta tu? – Isham - Mgazette - 25/03 5:09 pm PKR dan UMDAP sama-sama nyanyi Hoi Ya Hoi sekarang, sindirnya lagi. Isham juga membangkitkan persoalan yang sering ditimbulkan orang ramai berhubung tindakan saksi dalam kes berkenaan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |