///
See Also: Shopee Pay Promo Referral Code 225M4ULL7

Search : Republik Indonesia News   Page 1    





Dadah: Anggota polis ditempatkan dalam Pasukan Keselamatan Penerbangan - Mygazette - 5/08 4:22 pm

# Dadah: Anggota polis ditempatkan dalam Pasukan Keselamatan Penerbangan PUTRAJAYA Kabinet mengarahkan kawalan keselamatan di lapangan terbang diperketat, termasuk menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pasukan keselamatan penerbangan susulan penahanan seorang pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) di Jakarta, Indonesia





MAG diarah semak semula protokol saringan juruterbang - Sinarharian - 5/08 4:06 pm

PUTRAJAYA - Malaysia Aviation Group (MAG) diarahkan menyemak semula protokol saringan latar belakang dan kesihatan juruterbang serta pembantu juruterbang susulan penahanan seorang penolong juruterbang Malaysia Airlines (MAS) di Jakarta yang dipercayai terbabit dalam cubaan menyeludup dadah.Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, arahan itu diputuskan Jemaah Menteri selepas menerima taklimat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan berhubung insiden berkenaan.Menurutnya, semakan itu perlu dibuat dengan mengambil kira insiden yang berlaku bagi memastikan sistem saringan sedia ada terus relevan dan mampu mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang."MAGdiminta untuk melihat semula protokol mereka, dari segi saringan latar belakang dan juga saringan kesihatan bagi juruterbang serta pembantu juruterbang mengambil kira insiden yang telah berlaku," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Rabu.Beliau berkata, kerajaan turut memutuskan supaya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan bersama pasukan Aviation Security di lapangan terbang bagi memperkukuh kawalan keselamatan.Selain itu, katanya, KDN dan PDRM turut diarahkan mengenal pasti serta menutup sebarang kelompangan dalam sistem keselamatan penerbangan yang berpotensi dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.Media sebelum ini melaporkan seorang penolong juruterbang Malaysia Airlines ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta selepas disyaki cuba menyeludup 26 kg dadah jenis ekstasi.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaPDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di IndonesiaKes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa IndonesiaJuruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIAJuruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesanKes dadah juruterbang Malaysia: MAHB beri kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasaKes juruterbang seludup dadah: SOP keselamatan lapangan terbang diteliti semulaMengulas lanjut, Fahmi berkata, kerajaan masih menunggu laporan penuh berhubung kes itu sebelum memutuskan sama ada terdapat keperluan untuk mengambil tindakan tambahan."Kita baru menerima laporan lisan daripada Menteri Pengangkutan dan Menteri Dalam Negeri





Lelaki Indonesia didenda RM7,000 masuk hutan simpan tanpa kebenaran - Sinarharian - 5/08 3:43 pm

SEREMBAN - Padah memasuki kawasan hutan simpan tertutup di Jelebu tanpa kebenaran, seorang lelaki warga Indonesia didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Sajin Abas, 44, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama 30 hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memasuki kawasan hutan simpan tertutup iaitu Hutan Simpan Triang, Jelebu pada 29 Julai lalu tanpa permit atau kebenaran yang sah.Sabit kesalahan, boleh didakwa di bawah Subseksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahira Ellyna Badrul Hisham, manakala siasatan kes dijalankan oleh Pegawai Penyiasat Hasliandi Hashim.





Juruterbang Malaysia ditahan: Kerajaan arah tutup segera kelompangan di lapangan terbang - Sinarharian - 5/08 3:12 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mengarahkan semua kelompangan dalam sistem keselamatan penerbangan negara dikenal pasti dan ditutup segera susulan insiden penahanan penolong juruterbang Malaysia Airlines (MAS) di Jakarta, bagi mengelakkan kelemahan sedia ada terus dieksploitasi kegiatan jenayah.Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri menerima taklimat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan mengenai insiden berkenaan dalam mesyuarat Kabinet.Menurutnya, langkah tersebut merupakan penambahbaikan segera segera bagi memperkukuh kawalan keselamatan di lapangan terbang serta sistem saringan terhadap kru penerbangan."Pertama, yang melibatkan aviation security, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu ditempatkan kerana pada waktu ini pasukan yang menguruskan adalah daripada kalangan polis bantuan."Malaysia Airlines Group (MAG) juga akan diminta menyemak semula protokol saringan latar belakang dan juga saringan kesihatan bagi juruterbang serta pembantu juruterbang selepas mengambil kira insiden yang telah berlaku," katanya pada sidang akhbar mingguan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Rabu.Media sebelum ini melaporkan seorang penolong juruterbang MAS ditahan pihak berkuasa Indonesia di Jakarta selepas disyaki terbabit dalam cubaan menyeludup dadah





Malaysia-Indonesia bangunkan model pembelajaran kerja untuk perkasa pekerja migran - Sinarharian - 5/08 3:06 pm

KUALA LUMPUR Kerjasama pendidikan antara Malaysia dan Indonesia diperkukuh menerusi pembangunan model Integrated Work-Based Learning Ecosystem (IWBLE) yang bertujuan meningkatkan kompetensi serta daya saing tenaga kerja Indonesia di peringkat antarabangsa.Inisiatif itu diperkenalkan menerusi Seminar Antarabangsa Integrated Work-Based Learning Ecosystem for Indonesian Migrant Workers: A Human Capital Development Framework yang dianjurkan bersama Innovative University College (IUC), Sekolah Tinggi Teknologi Bina Tunggal dan Forum Komunikasi Lembaga Pelatihan dengan Industri Daerah Jawa Barat di pejabat IUC di sini pada Selasa.Model IWBLE menggabungkan peranan institusi pendidikan, industri, kerajaan, teknologi serta latihan vokasional dalam membentuk ekosistem pembangunan sumber manusia yang lebih mampan, inklusif dan berorientasikan keperluan pasaran kerja global.Pengarah program IWBLE dari IUC, Mejar (B) Mohd Yusri Abdul Rahim berkata, program Work Based Learning (WBL) memberi peluang kepada peserta mengikuti pengajian akademik sambil memperoleh pengalaman kerja sebenar dalam industri.Menurutnya, peserta WBL dipilih melalui proses saringan bersama pihak universiti dan industri sebelum mengikuti program yang menggabungkan pembelajaran teori dengan latihan praktikal."Peserta WBL menjalani pembelajaran akademik selama tiga tahun sambil bekerja dalam industri. Kurikulum dibangunkan bersama pihak industri supaya kemahiran yang diperoleh selari dengan keperluan dunia pekerjaan," katanya.Beliau berkata, penggunaan teknologi digital serta gabungan pembelajaran secara bersemuka dan dalam talian turut membantu meningkatkan kebolehpasaran peserta secara lebih berkesan.Indonesia merupakan antara negara utama penghantar pekerja migran di dunia dengan jutaan rakyatnya bekerja di luar negara termasuk Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Jepun dan Arab Saudi.Malaysia kekal sebagai salah satu destinasi utama pekerja migran Indonesia susulan hubungan dua hala yang kukuh serta permintaan terhadap tenaga kerja dalam pelbagai sektor.Melalui pendekatan WBL, peserta bukan sahaja memperoleh pengalaman profesional tetapi turut mendapat pengiktirafan akademik dan kompetensi yang mampu meningkatkan peluang kerjaya mereka.Ketua Forum Komunikasi Lembaga Pelatihan dengan Industri Daerah (FKLPID) Jawa Barat, Profesor Madya Benny Tunggul HS berkata, program WBL perlu difahami sebagai inisiatif pembangunan kompetensi tenaga kerja dan bukan sebahagian daripada proses penempatan pekerja migran Indonesia.Menurut beliau, kerjasama Work Based Learning bersama Kementerian Ketenagakerjaan Republik Indonesia memberi tumpuan kepada latihan vokasional berdasarkan keperluan pasaran kerja serta peningkatan kemahiran untuk bersaing di peringkat global."WBL bukan mempunyai konsep yang sama dengan penempatan pekerja migran Indonesia





Sindiket palsu pasport warga asing tumpas, tiga individu ditahan - Sinarharian - 5/08 3:00 pm

KUALA LUMPUR Kegiatan sindiket memalsukan pasport warga asing bagi mengaburi proses pemeriksaan kesihatan pekerja asing terbongkar selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga individu dalam operasi khas di ibu negara pada Selasa.Operasi yang dijalankan bermula jam 11 malam di Taman Sri Kuching dan Taman Bukit Cheras itu membabitkan sepasukan pegawai serta anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi berkenaan dilaksanakan hasil maklumat awam serta risikan selama sebulan sebelum pasukan serbuan digerakkan ke premis kediaman yang dipercayai menjadi lokasi kegiatan sindiket terbabit."Hasil operasi, seorang lelaki warga Indonesia dipercayai sebagai dalang utama bersama seorang lelaki dan seorang wanita dari negara sama dipercayai ahli sindiket berjaya ditahan."Kesemua warga Indonesia yang ditahan berumur antara 30 hingga 50 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Zakaria berkata, semakan awal mendapati, dalang utama itu memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sektor pembinaan, manakala dua lagi warga asing dipercayai telah tinggal lebih masa di negara ini."Kita turut menyita sebanyak 119 naskhah pasport yang dipercayai palsu membabitkan pasport Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Nepal dan India."Selain itu, sebuah mesin pencetak, telefon bimbit serta wang tunai RM1,500 dipercayai hasil kegiatan sindiket turut dirampas," katanya.Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan kepada warga asing sekitar Lembah Klang yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan pekerja asing (FOMEMA), namun gagal melepasi pemeriksaan atau berstatus tidak layak."Pasport berkenaan dipercayai dipinda atau diubah suai bagi membolehkan ia digunakan semasa proses saringan kesihatan tersebut."Sindiket terbabit dipercayai mengenakan bayaran antara RM80 hingga RM130 bagi setiap pasport yang dipalsukan," katanya.Menurut Zakaria, tangkapan berkenaan merupakan kali kelima membabitkan sindiket yang menggunakan modus operandi sama dan kumpulan terbabit dipercayai telah beroperasi sejak awal tahun."Dalang utama ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Imigresen 1959/63, manakala warga asing lain ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama," katanya.Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut."JIM akan meneruskan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti melanggar undang-undang negara bagi memastikan keselamatan serta kepentingan negara terus terpelihara," ujarnya.





Europes cannabis appetite turns KLIA into key drug trafficking hub - Sinardaily - 5/08 9:45 am

SHAH ALAM Europes growing demand for cannabis flowers is turning Kuala Lumpur International Airport (KLIA) into a prime target for international drug syndicates seeking to move their illicit cargo overseas.Bukit Aman Narcotics Criminal Investigation Department (NCID) director Datuk Hussein Omar Khan said strong demand for cannabis flowers in European countries is among the main factors behind syndicates targeting KLIA as a route to smuggle the drug out of Malaysia.Based on the number of arrests and seizures made, it can indeed be said that KLIA has become one of the main hubs for transporting cannabis flowers to Europe, he said.Hussein said the growing demand for cannabis flowers in Europe is driven by their use for medical purposes in several countries, while cannabis extracts are also used in vape products.He said police investigations had found that the syndicates involved operate through both international and local networks.Hussein said police believe the cannabis flowers are brought into Malaysia through sea and land routes in the northern part of the peninsula before being sent to overseas markets.About 80 per cent of the supply entering Malaysia is sent back out to overseas markets such as Indonesia, the Philippines and several other countries, he said.The revelation raises fresh questions over how Malaysia is being exploited as a transit point in an increasingly international drug trafficking network, with KLIA emerging as a critical link between suppliers and lucrative overseas markets.On security measures, Hussein said the Transport Ministry, together with all relevant agencies, is reviewing ways to improve standard operating procedures (SOPs) at KLIA.Previously, priority in security inspections was focused more on the smuggling of firearms and prohibited goods.However, now all parties have agreed that the threat of drug smuggling should also be made a priority in security procedures at KLIA, he said.Hussein stressed that police do not consider KLIA easy to penetrate, but acknowledged that syndicates are constantly looking for and exploiting any weaknesses they can find.Although many arrests and seizures have been successfully carried out, syndicates never give up and will continue trying to smuggle drugs out through KLIA, he said yesterday.





PDRM siasat rakyat Malaysia ditahan bawa dadah ke Surabaya - Mygazette - 5/08 8:07 am

# PDRM siasat rakyat Malaysia ditahan bawa dadah ke Surabaya SHAH ALAM - Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, Indonesia atas dakwaan terlibat dalam pengedaran dadah, susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines di Jakarta baru-baru ini





Mayat dijumpai di Sungai Klang dekat kilang Subang Jaya - FMT - 5/08 7:26 am

Polis menemui beg sandang yang mengandungi kad pengenalan wanita Indonesia itu.





Mayat wanita ditemukan di Sungai Klang, muka hancur dan kulit mengelupas - Polis - Sinarharian - 5/08 12:29 am

SUBANG JAYA Mayat seorang wanita ditemukan di Sungai Klang berhampiran sebuah kilang di USJ 1 di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 12.58 tengah hari."Hasil siasatan awal di lokasi mendapati mayat tersebut ditemukan dalam keadaan muka telah hancur, manakala kulit pada bahagian tangan dan kaki telah mengelupas."Mayat itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dengan memakai jaket berwarna kuning serta seluar jeans berwarna cerah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut menemukan sebuah beg silang yang mengandungi e-KTP (Kartu Tanda Penduduk Elektronik) serta sekeping gambar mangsa."Semakan mendapati mayat itu merupakan seorang wanita warga Indonesia."Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (Sudden Death Report, SDR) selepas pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Balai Polis USJ 8 di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan.





Malaysia and Indonesia Customs launch joint border checks to tighten controls, curb smuggling - Malaymail - 4/08 7:55 pm

TAWAU, August 4 The Royal Malaysian Customs Department (JKDM), through a joint operation with the Directorate Ge...





Sembunyi dadah sebalik bengkung, lelaki Malaysia ditahan di Indonesia - FMT - 4/08 7:31 pm

Suspek ditahan dengan hampir satu kilogram syabu dan lebih 1,000 biji pil ekstasi bernilai RM658,460 selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Jawa Timur.





Second Malaysian in a week arrested for drug smuggling in Indonesia - Malaymail - 4/08 6:31 pm

JAKARTA, Aug 4 Another Malaysian has been arrested in Indonesia within days for allegedly attempting to smuggle...





JSJN, pihak berkuasa kerjasama siasat kes lelaki ditahan seludup dadah di Indonesia - Sinarharian - 4/08 6:22 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk di lapangan terbang negara dalam menjalankan siasatan susulan seorang lagi warga Malaysia ditahan menyeludup dadah di Indonesia.Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Sidoarjo selepas tiba dengan penerbangan Batik Air dari Kuala Lumpur ke Surabaya.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung penahanan suspek itu daripada pihak berkuasa negara berkenaan."Lelaki berasal dari Johor itu ditahan bersama empat bungkusan yang mengandungi satu kilogram (kg) syabu dan empat bungkusan kira-kira 1,000 pil estacy (MDMA)."Bungkusan itu dibalut dan dilekatkan pada badannya





Juruterbang ditahan di Jakarta: MP kepong gesa dedahkan rakaman CCTV suspek di KLIA - Sinarharian - 4/08 4:46 pm

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa pihak berkuasa mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pemeriksaan dijalankan terhadap seorang juruterbang yang ditahan di Indonesia kerana disyaki menyeludup 25 kilogram dadah ke negara itu.Menurutnya, gesaan itu dibuat selepas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan bahawa warga Malaysia berusia 39 tahun itu telah melepasi pemeriksaan keselamatan wajib di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang ditahan di Jakarta: Dadah dipercayai dibawa dari KL sebelum transit di Kota KinabaluPolis kenal pasti staf lapangan terbang dikaitkan kes juruterbang ditahan di JakartaJuruterbang Malaysia ditahan di Indonesia, dadah diambil dari apartmen di AmpangJuruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaKes dadah juruterbang Malaysia: Pegawai penyiasat JSJN ke Jakarta bantu siasatanKastam Indonesia dedah rakaman CCTV percubaan juruterbang Malaysia seludup dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIA"Jika benar semua prosedur keselamatan telah dipatuhi, tiada alasan untuk rakaman CCTV ketika suspek menjalani pemeriksaan dan bagasinya diimbas di KLIA tidak didedahkan kepada umum."Rakyat tidak sepatutnya diminta menerima kenyataan rasmi semata-mata sebaliknya, rakaman CCTV itu merupakan bukti paling jelas untuk menunjukkan bagaimana pemeriksaan tersebut dijalankan dan sama ada semua prosedur keselamatan benar-benar dipatuhi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ahli politik DAP itu berkata, mana-mana bahagian sensitif dalam rakaman itu boleh dikaburkan tanpa menyembunyikan keseluruhan proses pemeriksaan."Saya menggesa pihak berkuasa menyiarkan rakaman CCTV yang berkaitan dengan segera, secara penuh dan tanpa sebarang suntingan yang boleh menjejaskan konteks kejadian."Ketelusan akan melindungi keyakinan rakyat terhadap keselamatan KLIA





KLIA lebih ‘diminati’ sindiket sebagai transit bunga ganja ke .. - Mygazette - 4/08 4:16 pm

# KLIA lebih 'diminati' sindiket sebagai transit bunga ganja ke Eropah SHAH ALAM - Permintaan tinggi dadah melibatkan bunga ganja di benua Eropah dipercayai menjadi faktor utama lonjakan aktiviti penyeludupan barang terlarang itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)





Juruterbang peroleh dadah dari Ampang, terbang ke KK sebelum Jakarta .. - Mygazette - 4/08 4:16 pm

Kita juga sah sudah mendapatkan kesan nombor telefon yang dihubungi," katanya pada pemberita di sini hari ini. Tambah Hussein, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini sedang bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (POLRI) dan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia bagi siasatan lanjut mengenal pasti sindiket dadah berkenaan





Suspect linked to pilot's attempt to smuggle drugs to Indonesia identified - NCID director - Sinardaily - 4/08 3:09 pm

SHAH ALAM - Police have identified an individual believed to be linked to the case of a Malaysian pilot suspected of smuggling ecstasy through Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta, Indonesia.Bukit Aman Narcotics Criminal Investigation Department (NCID) director Datuk Hussein Omar Khan said the individual, who is among the staff on duty at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA), will be called in soon to record his statement."The individual is among the staff involved in screening at KLIA, we will call him for questioning and if necessary, we will make an arrest," he said at the Selangor NCID media conference here today.Hussein said initial investigations so far found that the suspect obtained the drugs at an apartment in Ampang, and investigations are focusing on various aspects including security at the airport entrance."The check also found that the suspect had come to KLIA in the morning and checked in the luggage containing the drugs and left it at KLIA before flying to Kota Kinabalu and turning back to Kuala Lumpur and leaving for Jakarta with the luggage involved," he said.Meanwhile, Hussein said his party was currently awaiting information from the Indonesian Republic Police (POLRI) to move its officers to the country for an interview session.Previously, the media reported that a 39-year-old pilot was detained by Indonesian authorities at Terminal 3, Soekarno-Hatta International Airport after allegedly trying to smuggle 25 kilogrammes of drugs.According to POLRI, the inspection found 15 packages containing 70,114 ecstasy and methamphetamine capsules estimated to be worth about RM45 million according to Indonesian market prices





Tempatkan unit K9 terlatih di lapangan terbang - Juruterbang - Sinarharian - 4/08 2:01 pm

SHAH ALAM - Juruterbang, Mohd Ezairol Rezan Zainol mencadangkan pihak berkaitan menambah baik sistem saringan sedia ada termasuk mempertimbangkan penempatan anggota keselamatan bersama Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memperkukuh kawalan keselamatan di lapangan terbang.Beliau berkata, langkah itu penting bagi mengurangkan risiko objek atau bahan yang mencurigakan melepasi pemeriksaan dan menjadikan setiap penerbangan lebih selamat di masa hadapan.Menurutnya, sistem saringan bagasi diwujudkan bagi memastikan keselamatan penerbangan dengan mengesan bahan letupan, senjata atau barangan berbahaya."Selain itu, ia membantu mencegah penyeludupan dadah, barangan kontraband dan mata wang yang menyalahi undang-undang."Pemeriksaan itu juga memainkan peranan dalam aspek kesihatan dan biosekuriti, termasuk mengesan tumbuhan, haiwan atau produk makanan yang dilarang dibawa masuk ke sesebuah negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Pada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa menyeludup 25 kilogram dadah.Menurut bekas Jurulatih Penerbangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, berdasarkan rakaman video yang tular, timbul persoalan mengenai bagaimana sebuah bagasi yang telah didaftarkan masuk boleh melepasi sistem saringan keselamatan."Memang tak dapat kesan sebab ikut video terkini, dia dah check in beg tersebut kat kaunter di luar





Permintaan tinggi bunga ganja di Eropah jadikan KLIA sasaran sindiket - Sinarharian - 4/08 1:41 pm

SHAH ALAM - Permintaan tinggi terhadap bunga ganja di negara-negara Eropah dikenal pasti menjadi antara faktor utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadikan sasaran sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk membawa keluar bahan terlarang itu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain permintaan yang meningkat, sindiket turut percaya KLIA mempunyai kelebihan tertentu berbanding lapangan terbang lain sebagai laluan transit ke Eropah."Daripada jumlah tangkapan dan rampasan yang dibuat, memang boleh dikatakan KLIA menjadi antara hab utama untuk membawa keluar bunga ganja ke Eropah."Bagaimanapun, kita tidak mahu mengulas secara terperinci mengenai prosedur keselamatan di lapangan terbang lain," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa.Menurut beliau, peningkatan permintaan bunga ganja di Eropah didorong oleh penggunaannya bagi tujuan perubatan di beberapa negara selain ekstraknya digunakan dalam produk vape.Hussein berkata, siasatan turut mendapati sindiket yang beroperasi mempunyai rangkaian antarabangsa selain rangkaian tempatan.Beliau berkata, polis percaya bekalan bunga ganja dibawa masuk ke Malaysia melalui laluan laut dan darat di bahagian utara Semenanjung sebelum dihantar ke pasaran luar negara."Kira-kira 80 peratus bekalan yang masuk ke Malaysia dibawa keluar semula ke pasaran luar negara seperti Indonesia, Filipina dan beberapa negara lain," katanya.Mengulas mengenai aspek keselamatan, Hussein berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama semua agensi berkaitan sedang meneliti penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) di KLIA."Sebelum ini, keutamaan pemeriksaan keselamatan lebih tertumpu kepada penyeludupan senjata api dan barangan terlarang."Bagaimanapun, kini semua pihak bersetuju supaya ancaman penyeludupan dadah turut dijadikan keutamaan dalam prosedur keselamatan di KLIA," katanya.Beliau menambah, polis tidak menganggap KLIA mudah ditembusi, namun mengakui sindiket sentiasa mencari dan mengeksploitasi sebarang kelonggaran yang wujud."Walaupun banyak tangkapan dan rampasan berjaya dilakukan, sindiket tidak pernah berputus asa dan akan terus mencuba membawa keluar dadah melalui KLIA," katanya.





Polis kesan individu berkait kes juruterbang seludup dadah ke Indonesia - FMT - 4/08 1:00 pm

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata petugas di KLIA itu akan dipanggil dalam masa terdekat.





Juruterbang ditahan di Jakarta: Dadah dipercayai dibawa dari KL sebelum transit di Kota Kinabalu - Sinarharian - 4/08 12:53 am

SHAH ALAM - Dadah yang dirampas daripada seorang juruterbang warga Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia dipercayai dibawa dari ibu negara sebelum suspek berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah dan seterusnya ke Jakarta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengambil bekalan dadah itu dariSelangor sebelum membuat daftar masuk bagasi lebih awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)."Suspek dipercayai mengambil dadah itu dari sebuah apartmen di Ampang sebelum melakukan early check-in bagasi di KLIA dan menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu pada sebelah pagi."Laluan perjalanannya ialah dari KLIA ke Kota Kinabalu, kemudian kembali ke KLIA sebelum berlepas ke Jakarta pada malam yang sama, kita juga telah memperoleh kesan nombor telefon yang dihubungi suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.Menurut Hussein, PDRM kini memberi tumpuan kepada tiga aspek utama siasatan iaitu mengenal pasti sumber bekalan dadah di negara ini, meneliti bagaimana suspek boleh melepasi saringan keselamatan di KLIA serta mengesan rangkaian sindiket antarabangsa yang dipercayai terlibat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang juruterbang warga tempatan bersama seorang kru kabin ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki membawa beberapa jenis dadah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.Media Indonesia melaporkan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas sinar-X ke atas bagasi milik juruterbang berusia 39 tahun itu menemukan 14 bungkusan mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat 25.19 kilogram, selain satu bungkusan syabu seberat 2.75 gram dan sisa syabu seberat 0.08 gram dalam paip kaca.Dalam perkembangan sama, Hussein berkata, pihaknya turut meneliti kaedah yang digunakan POLRI untuk mengesan kegiatan penyeludupan itu."Kita masih mendapatkan maklumat bagaimana mereka berjaya mengesan kegiatan tersebut."Adakah mereka menggunakan sistem saringan, pemeriksaan fizikal, kombinasi kedua-duanya atau hasil risikan yang membawa kepada pemeriksaan secara rawak, semua itu sedang kita teliti," katanya.Beliau berkata, hasil perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Isnin turut memutuskan prosedur pemeriksaan di KLIA perlu diperkukuhkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang."Semua pihak bersetuju terdapat keperluan untuk mengetatkan lagi atau menambah baik prosedur pemeriksaan di KLIA," katanya.





Polis kenal pasti staf lapangan terbang dikaitkan kes juruterbang ditahan di Jakarta - Sinarharian - 4/08 12:43 am

SHAH ALAM - Polis telah mengenal pasti seorang individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penahanan seorang juruterbang bersama rampasan beberapa jenis dadah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu terbabit dipercayai merupakan kakitangan yang bertugas ketika proses saringan keselamatan dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum juruterbang berkenaan berlepas ke Indonesia."Individu terbabitakan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan seorang juruterbang warga tempatan ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki membawa beberapa jenis dadah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.Susulan penahanan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana dadah berkenaan boleh dibawa keluar dari negara selain meneliti kemungkinan wujud pembabitan individu lain.Mengulas lanjut, Hussein berkata, siasatan kini memfokuskan beberapa aspek termasuk bagaimana suspek melepasi saringan keselamatan di pintu keluar negara serta kemungkinan wujud kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa."Kita juga sedang bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (Polri) dan Badan Narkotika Nasional (BNN) bagi melihat keseluruhan rangkaian sindiket ini sebelum tindakan susulan diambil untuk membanteras kegiatan mereka."Siasatan masih berjalan dan kita sedang meneliti keseluruhan spektrum kes ini," katanya.Beliau berkata, berdasarkan prosedur di KLIA, setiap penumpang akan melalui beberapa peringkat saringan keselamatan."Jika saringan peringkat pertama yang dijalankan menggunakan sistem pengimbas tidak mengesan sebarang unsur mencurigakan, penumpang tidak akan melalui pemeriksaan di peringkat seterusnya."Dalam kes ini, juruterbang berkenaan telah melepasi semua saringan keselamatan termasuk saringan peringkat pertama tanpa sebarang petunjuk yang mencurigakan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan," katanya.





Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia, dadah diambil dari apartmen di Ampang - Sinarharian - 4/08 12:12 am

SHAH ALAM - Dadah yang dirampas susulan penahanan seorang juruterbang warga Malaysia di Indonesia dipercayai diambil dari sebuah apartmen di Ampang, Selangor, sebelum cuba diseludup ke negara itu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis kini tertumpu kepada keseluruhan rangkaian pengedaran dadah berkenaan termasuk sumber bekalan yang diperoleh suspek di negara ini.Menurutnya, siasatan setakat ini berjaya mengesan lokasi dipercayai digunakan suspek untuk mendapatkan bekalan dadah selain memperoleh nombor telefon yang dihubungi bagi membantu siasatan lanjut."Kita sedang melihat keseluruhan spektrum pengedaran ini, PDRM sedang menyiasat bagaimana dia mendapatkan bekalan dalam negara."Kita dapat mengesan bekalan itu dipercayai diambil di sebuah apartmen di Ampang dan kita juga telah memperoleh nombor telefon yang dihubungi, semua itu kini dalam tindakan pihak polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaPDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di IndonesiaJuruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesanSebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang juruterbang warga Malaysia berdepan hukuman mati di Indonesia selepas didakwa cuba menyeludup masuk 26 kilogram (kg) dadah jenis MDMA ke negara itu selain didapati positif beberapa jenis dadah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.Menurut pihak berkuasa Indonesia, lelaki berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai MSO itu ditahan Rabu lalu sejurus selepas menerbangkan pesawat penumpang dari Kuala Lumpur ke Jakarta.Hasil pemeriksaan menemukan 14 bungkusan mengandungi lebih 70,000 pil ekstasi di dalam bagasi suspek, selain empat gram methamphetamine yang dipercayai untuk kegunaan peribadi di dalam beg tangan.ARTIKEL BERKAITAN: Kes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa IndonesiaJuruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIAMengulas perkembangan siasatan, Hussein berkata, PDRM kini menunggu kebenaran daripada POLRI untuk menghantar pegawai ke Jakarta bagi menemu bual suspek."Kita sedang menunggu clearance daripada POLRI kerana tangkapan dibuat oleh pihak kastam di lapangan terbang dan kes disiasat oleh polis Indonesia."Sebaik sahaja mendapat kebenaran, pegawai kita akan ke Jakarta untuk menemu bual suspek," katanya.





AKPS sahkan juruterbang disyaki bawa dadah lepasi semua saringan .. - Mygazette - 4/08 7:55 am

# AKPS sahkan juruterbang disyaki bawa dadah lepasi semua saringan keselamatan KLIA SEPANG Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan juruterbang Malaysia Airlines yang ditahan di Jakarta kerana disyaki membawa dadah telah melepasi semua proses saringan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Indonesia





Siasat segera kelemahan sistem pengawasan kru penerbangan KLIA – MP .. - Mygazette - 4/08 7:55 am

# Siasat segera kelemahan sistem pengawasan kru penerbangan KLIA - MP Parit KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) perlu segera menyiasat berhubung kelemahan sistem pengawasan dan saringan kru penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)





Kastam Indonesia dedah rakaman CCTV juruterbang Malaysia cuba seludup dadah - FMT - 3/08 8:47 pm

Video dimuat naik di media sosial tunjuk suspek ikut laluan pantas kru sebelum bagasinya diperiksa.





Pilot drug smuggling case: Malaysia to enhance airport screening for crew, Shuhaily says - Sinardaily - 3/08 7:35 pm

SEPANG - All security screening procedures for pilots and cabin crew at airports nationwide will be enhanced, said Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) director-general Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.He said a meeting chaired today by Transport Ministry (MOT) secretary-general Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, involving AKPS, the Royal Malaysia Police (PDRM) and Malaysia Aviation Group (MAG), is reviewing measures to strengthen existing airport security procedures.Shuhaily said AKPS and all relevant agencies are treating seriously the recent incident involving a Malaysian pilot who was arrested in Indonesia on suspicion of attempting to smuggle drugs."Representatives from MAG also attended the meeting, and they are taking the matter very, very seriously





Kes dadah juruterbang Malaysia: Pegawai penyiasat JSJN ke Jakarta bantu siasatan - Sinarharian - 3/08 7:34 pm

KUALA LUMPUR - Polis akan menghantar sepasukan pegawai penyiasat ke Indonesia bagi membantu siasatan berhubung penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) kerana didakwa menyeludup dadah ke negara berkenaan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu sedang diselaraskan dengan pihak berkuasa negara berkenaan, ketika pihaknya berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes terbabit."Kita sedang membuat persiapan untuk menghantar pegawai penyiasat ke Jakarta."Ia untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Indonesia dan membantu siasatan yang sedang kami jalankan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaPDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di IndonesiaKes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa IndonesiaJuruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIAJuruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesanKes dadah juruterbang Malaysia: MAHB beri kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasaKes juruterbang seludup dadah: SOP keselamatan lapangan terbang diteliti semulaPada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.Menurut Polis Republik Indonesia (POLRI), pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia.





Kes juruterbang seludup dadah: SOP keselamatan lapangan terbang diteliti semula - Sinarharian - 3/08 6:46 pm

SEPANG -Kementerian Pengangkutan (MOT) mengadakan mesyuarat khas bersama agensi berkaitan penerbangan bagi meneliti semula prosedur saringan keselamatan di lapangan terbang susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia kerana disyaki terbabit dalam cubaan penyeludupan dadah.Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha MOT itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, AKPS, Malaysia Aviation Group (MAG), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta agensi berkaitan."Mesyuarat khas itu diadakan bagi meneliti kaedah memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) sedia ada serta meningkatkan penyelarasan antara semua agensi yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penerbangan serta melihat bagaimana kita boleh menambah baik prosedur sedia ada," katanya.Beliauberkata demikian dalam sidang media selepas meninjau operasi saringan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Isnin.Pada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.Menurut Polis Republik Indonesia (POLRI), pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia.Mohd Shuhaily berkata, pihaknya kini masih menunggu hasil siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan bagaimana suspek boleh melepasi proses pemeriksaan sebelum berlepas."Orang nak bawa barang-barang terlarang ini menggunakan pelbagai cara dan helah, berkemungkinan dia menyembunyikannya."Antara cara yang sering digunakan oleh penyeludup dadah adalah membaluti barang-barang tersebut yang menyebabkan mesin pengimbas tidak dapat mengesan barang salah yang dibawa," katanya.Beliau berkata, AKPS memandang serius insiden itu kerana berpotensi menjejaskan integriti kawalan keselamatan sempadan negara selain menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan pelaksanaan prosedur saringan di KLIA."Perhatianturut diberikan terhadap dakwaan kemungkinan wujud kelemahan atau kelompangan dalam pelaksanaan proses saringan bagasi dan pemeriksaan keselamatan yang membolehkan bahan terlarang dibawa keluar dari negara."Perkara itu perlu disiasat secara menyeluruh bagi mengenal pasti sama ada terdapat kelemahan prosedur, ketidakpatuhan terhadap SOPatau unsur lain yang menyumbang kepada insiden berkenaan," katanya.





Stricter checks on pilots, flight crew at airports - FMT - 3/08 6:40 pm

AKPS confirms that the pilot nabbed in Indonesia for allegedly attempting to smuggle drugs had cleared screening at KLIA before departing for Jakarta.





Bagasi juruterbang ditahan di Indonesia lepasi pemeriksaan KLIA - FMT - 3/08 6:13 pm

Jumaat lalu, seorang juruterbang Malaysia Airlines ditahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta atas dakwaan cuba menyeludup 25kg dadah.





Kes dadah juruterbang Malaysia: MAHB beri kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasa - Sinarharian - 3/08 6:01 pm

PUTRAJAYA - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Isnin menegaskan komitmen penuh untuk terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa dalam menjaga keselamatan sempadan negara susulan kes dadah membabitkan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia baru-baru ini.Pengendali lapangan terbang itu memberitahu Bernama pihaknya akan memberikan bantuan yang diperlukan berhubung kes berkenaan, selain terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkukuh aspek keselamatan dan penguatkuasaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)."MAHB kekal komited dalam menyokong usaha pelbagai agensi ini bagi menjaga keselamatan sempadan Malaysia daripada aktiviti menyalahi undang-undang dan bersedia memberikan sebarang bantuan yang diperlukan berkaitan kes ini," katanya.MAHB menjelaskan pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) bertanggungjawab mencegah sebarang campur tangan secara tidak sah yang boleh menjejaskan keselamatan penerbangan awam dan pengangkutan udara.Menurut MAHB, AVSEC melaksanakan protokol keselamatan ketat dan menggunakan sistem saringan canggih untuk mengesan ancaman seperti bahan letupan, senjata serta barangan berbahaya lain."Sistem pengendalian bagasi di KLIA direka bagi memenuhi keperluan keselamatan penerbangan





Juruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesan - Sinarharian - 3/08 5:34 pm

SEPANG Tiada objek mencurigakan dikesan pada bagasi seorang juruterbang Malaysia yang didakwa menyeludup dadah ke Indonesia selepas pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek telah melalui semua proses saringan keselamatan yang ditetapkan sebelum dibenarkan menaiki pesawat ke Indonesia pada 28 Julai lalu."Hasil pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas tidak mengesan sebarang imej mencurigakan pada bagasi yang dibawa suspek, sekali gus membolehkannya melepasi saringan biasa di KLIA."Berdasarkan prosedur sedia ada, bagasi tersebut tidak mencetuskan tahap risiko yang memerlukan pemeriksaan lanjut atau pemeriksaan sekunder oleh petugas," katanya dalam sidang akhbar di KLIA di sini pada Isnin.Pada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaPDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di IndonesiaKes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa IndonesiaJuruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadahKes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIAMenurut Polis Republik Indonesia (POLRI), pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia.Suspek dipercayai menerima upah RM50,000 bagi membawa dadah berkenaan dari Kuala Lumpur ke Jakarta sebelum ia diambil individu lain di hotel penginapannya.Polis Indonesia turut memaklumkan suspek mengaku pernah melakukan penghantaran dadah ke Jakarta dan Sabah sebelum ini, manakala siasatan sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket di Malaysia dan Indonesia.Ketika ditanya sama ada bekalan dadah yang ditemui dan dirampas oleh Bahagian Cukai dan Kastam Indonesia diterima dan dibawa oleh juruterbang sama selepas pemeriksaan mesin pengimbas, Mohd Shuhaily menyerahkan perkara itu kepada siasatan pihak Polis Diraja Malaysia."Saya tidak dapat mengulas perkara ini namun akan diperoleh berdasarkan siasatan dan maklumat yang diterima oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.





MAHB pledges full support, vows tighter airport security after pilots Indonesia drug arrest - Malaymail - 3/08 4:37 pm

PUTRAJAYA, Aug 3 Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) today reaffirmed its commitment to supporting multi-agenc...





Ibu, kekasih didakwa bunuh anak lelaki berusia lima tahun - Mygazette - 3/08 4:34 pm

# Ibu, kekasih didakwa bunuh anak lelaki berusia lima tahun GEORGE TOWN - Seorang wanita Indonesia bersama kekasih warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia lima tahun, bulan lalu





MAHB vows to continue cooperation with enforcement agencies following pilot drug case - Sinardaily - 3/08 4:11 pm

PUTRAJAYA - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) today reaffirmed its commitment to supporting multi-agency efforts to safeguard Malaysias borders against illegal activities, including through close cooperation with enforcement authorities following the recent drug-related case involving a Malaysian pilot in Indonesia.The airport operator said that it would provide any assistance required in relation to the case while continuing to work closely with relevant agencies to strengthen security and enforcement efforts at Kuala Lumpur International Airport (KLIA)."MAHB remains committed to supporting these multi-agency efforts to safeguard Malaysias borders against illegal activities and will provide any assistance required in relation to this case," MAHB said.MAHB clarified that its Aviation Security (AVSEC) team is primarily responsible for preventing acts of unlawful interference that may jeopardise the security and safety of civil aviation and air transport.It said AVSEC implements stringent security protocols and deploys advanced screening systems calibrated to detect threats such as explosives, weapons and other dangerous items."The baggage handling system at KLIA is designed around these critical security priorities





Terbuka Taiwan: Aaron Chia-Aaron Tai muncul naib juara - Sinarharian - 2/08 4:35 pm

[DIKEMAS KINI] BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Aaron Tai muncul naib juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2026 selepas tewas dalam perlawanan akhir pada Ahad.Gandingan pilihan kelima dari Malaysia itu tewas straight set 21-23, 19-21 kepada pasangan pilihan kelapan dari Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.Dalam perlawanan yang berlangsung selama 42 minit itu, persaingan sengit pada set pembukaan menyaksikan pasangan Indonesia memenangi set berkenaan menerusi mata tambahan (deuce) manakala Chia-Tai terus memberi tentangan pada set kedua, namun lawan mereka kekal tenang untuk mengesahkan kemenangan.Kejohanan itu adalah penampilan pertama pasangan negara berkenaan di pentas final sejak digandingkan buat kali pertama bulan lepas.Sementara itu, Chia berkata, mereka telah memberikan aksi terbaik, namun pihak lawan bermain lebih baik hari ini."Saya rasa kami telah memberikan yang terbaik hari ini dan tahniah kepada pemenang





Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Pulau Pangkor - Sinarharian - 2/08 2:20 pm

IPOH - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor, semalam.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat di kedudukan kira-kira 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu itu pada 10.31 pagi."Anggota Maritim Malaysia bersama Bot Penggalang 1639 yang tiba di lokasi pada 11.22 pagi mendapati mayat itu dipercayai lelaki warga Indonesia, berpakaian baju berwarna hitam dan berseluar pendek."Siasatan awal mendapati mayat dijumpai terlebih dahulu oleh sebuah bot pancing di kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat Tanjung Hantu sebelum maklumat disalurkan kepada Maritim Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata mayat dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut





Aaron Chia-Aaron Tai mara ke final Terbuka Taiwan - Sinarharian - 1/08 7:54 pm

BEREGU lelaki negara Aaron Chia-Aaron Tai meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke final pertama sejak digandingkan bulan lalu selepas menewaskan pasangan tuan rumah Chen Cheng Kuan-Liu Kuang Heng pada separuh akhir Terbuka Taiwan 2026 pada Sabtu.Pada aksi di Taipei Arena, pilihan kelima kejohanan itu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum mencatat kemenangan 24-26, 21-19, 21-16.Menanti mereka di final pada Ahad ialah pasangan Indonesia, Daniel Marthin-Leo Rolly Carnando yang menyingkirkan wakil Jepun Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita 21-18, 21-10.Sementara itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah turut menepati ramalan apabila mara ke final hasil kemenangan 21-15, 21-17 ke atas pasangan Amerika Syarikat Francesca Corbett-Jennie Gai dalam tempoh 36 minit.Pilihan pertama kejohanan itu akan berdepan pasangan Jepun Sumire Nakade-Miyu Takahashi yang bangkit menewaskan wakil Thailand Hathaithip Mijad-Napapakorn Tungkasatan 18-21, 21-11, 21-16.





Kes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIA - Sinarharian - 1/08 6:12 pm

KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta imej pengimbas bagasi susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) yang didakwa menyeludup 26 kilogram (kg) dadah ke Indonesia.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah menerima maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Indonesia dan membuka siasatan di Malaysia berhubung kes berkenaan."Siasatan tertumpu kepada usaha mengenal pasti sumber bekalan dadah, individu yang dipercayai mengarahkan suspek serta rangkaian sindiket yang mungkin terbabit."Kita akan menyiasat kemungkinan wujud rangkaian sindiket yang menggunakan penerbangan atau laluan udara untuk menyeludup dadah berkait kes ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Hussein berkata, suspek juga disyaki pernah melakukan kegiatan dengan menggunakan modus operandi sama sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN:Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadahPDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di IndonesiaKes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa IndonesiaJuruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke IndonesiaDalam pada itu, Hussein turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran membawa barangan bagi mendapatkan bayaran lumayan."Orang ramai dinasihatkan lebih peka dan berhati-hati agar tidak terperangkap dengan tipu muslihat sindiket bagi mengelak diperalatkan untuk menyeludup dadah," katanya.Pada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 26 kilogram dadah.Menurut Polis Republik Indonesia (POLRI), pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia.Suspek dipercayai menerima upah RM50,000 bagi membawa dadah berkenaan dari Kuala Lumpur ke Jakarta sebelum ia diambil individu lain di hotel penginapannya.Polis Indonesia turut memaklumkan suspek mengaku pernah melakukan penghantaran dadah ke Jakarta dan Sabah sebelum ini, manakala siasatan sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket di Malaysia dan Indonesia.Malaysia Airlines dalam kenyataan memaklumkan syarikat itu memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Indonesia serta menjalankan semakan dalaman berhubung kes berkenaan.Menurut syarikat penerbangan itu, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku, manakala aspek keselamatan, sekuriti dan integriti operasi kekal menjadi keutamaan.Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan penggantungan atau pembatalan lesen juruterbang berada di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan akan dipertimbangkan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa berkaitan.





Environmental professor urges regional solutions for transboundary air .. - Sinchew - 1/08 5:38 pm

Environmental professor urges regional solutions for transboundary air pollution in Southeast Asia MANILA: The Southeast Asia environment is in a highly vulnerable context as it faces multiple hazards, with countries in the region being disproportionately affected by the invisible yet severe impacts of climate-exacerbated air pollution





Polis rampas 1.35 tan dadah bernilai RM108.35 juta di KLIA - Sinarharian - 1/08 4:49 pm

KUALA LUMPUR Polis merampas pelbagai jenis dadah seberat 1.35 tan dianggarkan bernilai RM108.35 juta menerusi operasi membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejayaan melumpuhkan sindiket pengedaran dadah tempatan dan antarabangsa itu hasil pelbagai operasi khas serta pemantapan risikan di pintu masuk utama negara."Bagi tempoh Januari hingga Julai, sebanyak 108 kes direkodkan di KLIA berbanding 54 kes bagi tempoh sama tahun lalu."Jumlah tangkapan turut meningkat kepada 121 individu berbanding 57 individu pada tempoh sama tahun lalu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurutnya, usaha JSJN memutuskan rantaian bekalan dadah mula menunjukkan hasil apabila kes di bawah kategori bekalan (pengedaran) meningkat daripada 18 kes pada tahun lalu kepada 47 kes tahun ini.Katanya, tangkapan pengedar turut meningkat hampir tiga kali ganda daripada 21 orang kepada 59 orang."Secara keseluruhan, berat dadah yang dirampas meningkat hampir enam kali ganda daripada 235.36 kilogram pada tahun lalu kepada 1,353.41 kilogram atau 1.35 tan tahun ini," katanya.Hussein berkata, sindiket kini dikesan mengubah modus operandi dengan membawa masuk dadah jenis bunga ganja."JSJN merampas 1,251.18 kilogram bunga ganja tahun ini berbanding hanya 82.98 kilogram pada tahun lalu."Rampasan ketamin juga meningkat daripada 2.15 kilogram kepada 16.51 kilogram bagi tempoh sama," katanya.Beliau berkata, fokus JSJN tidak hanya tertumpu di kawasan KLIA apabila risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) KLIA membawa kepada lima operasi susulan di Sepang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan.Menurutnya, operasi itu berjaya merampas 367.83 kilogram bunga ganja bernilai RM29.43 juta, termasuk rampasan terbesar seberat 153.68 kilogram di Mambau, Seremban serta empat serbuan di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang.Beliau berkata, kejayaan itu hasil kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menerusi perkongsian maklumat risikan serta pemantauan bersepadu.Mengulas mengenai tangkapan seorang juruterbang syarikat penerbangan yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan dadah di Indonesia, Hussein berkata, JSJN sedang menyiasat kemungkinan sindiket menggunakan kru penerbangan atau laluan udara untuk menjalankan kegiatan berkenaan."Kita sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menganalisis imej berkaitan bagi membantu siasatan," katanya.





Rumah kampung jadi transit PATI, suami isteri ditahan - Sinarharian - 1/08 11:03 am

PASIR PUTEH - Taktik menjadikan sebuah rumah kampung sebagai lokasi transit pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum dihantar ke Kuala Lumpur terbongkar apabila lapan warga Indonesia bersama sepasang suami isteri tempatan diberkas dalam serbuan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Gong Serapat di sini pada Jumaat.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan menerusi Op Taring Wawasan itu dilakukan hasil risikan Cawangan Risik Batalion 7 PGA Kuantan dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.Menurut beliau, ketika pemeriksaan dijalankan di rumah berkenaan, anggota PGA menemui tiga wanita warga Indonesia sedang bersembunyi di ruang tamu sebelum menemui lima lagi lelaki warga yang sama di dalam sebuah stor di belakang rumah."Kesemua lapan warga Indonesia itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah sebelum ditahan untuk siasatan lanjut."Turut ditahan ialah seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai pemilik rumah berusia 41 dan 35 tahun," katanya kepada pemberita pada Sabtu.Ahmad Radzi berkata, siasatan awal mendapati kesemua warga Indonesia terbabit memasuki negara ini dari Thailand melalui pangkalan haram di sekitar Sungai Kelantan pada 30 Julai lalu sebelum dihantar ke rumah berkenaan sebagai lokasi transit.Menurutnya, mereka mengaku kemasukan ke Malaysia diuruskan oleh ejen di Indonesia dengan bayaran RM4,000 bagi setiap individu."Siasatan turut mendapati kesemua mereka bercadang ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja pembersihan yang dipercayai akan diuruskan oleh seorang lelaki tempatan," katanya.Ahmad Radzi memberitahu, pihaknya turut merampas 10 unit telefon bimbit bernilai kira-kira RM22,000 serta beberapa barangan lain untuk membantu siasatan.Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas semua tangkapan didapati negatif dadah.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.





Juruterbang seludup dadah: NGO gesa saringan kru penerbangan diperketat - Mygazette - 1/08 7:59 am

# Juruterbang seludup dadah: NGO gesa saringan kru penerbangan diperketat GEORGE TOWN - Semua syarikat penerbangan negara digesa memperketatkan pemeriksaan serta saringan terhadap semua kru penerbangan termasuk juruterbang, pramugari dan pramugara





CAAM to probe circumstances of Malaysian pilot's detention in Indonesia - Sinardaily - 31/07 7:58 pm

KUALA LUMPUR - The Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) is investigating the reported detention of a Malaysian pilot in Indonesia from a regulatory perspective, including whether there were any lapses before the individual departed from Malaysia.CAAM said it is currently gathering the relevant facts regarding the reported incident involving the Malaysian pilot."The matter will be investigated from a regulatory perspective, including the airlines compliance with applicable regulatory requirements and the airport operators security processes, to determine whether there were any lapses prior to the individuals departure from Malaysia," it told Bernama today.As an immediate measure, CAAM said it will strengthen its oversight of existing regulatory requirements relating to baggage screening and security procedures, including those applicable to aircrew.The civil aviation regulators response follows reports that the 39-year-old Malaysian pilot was arrested on July 29 after allegedly attempting to smuggle about 25 kilogrammes of ecstasy, valued at around 60 billion rupiah (1 million rupiah = RM225.20).Indonesian authorities said the drugs, comprising about 70,114 ecstasy pills and four grammes gross of methamphetamine, were allegedly concealed in the suspects luggage and were discovered during an inspection at Jakartas Soekarno-Hatta International Airport





CAAM to probe circumstances of Malaysian pilots detention in Indonesia over alleged drug smuggling attempt - Malaymail - 31/07 7:22 pm

KUALA LUMPUR, July 31 The Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) is investigating the reported detention of...





Malaysian embassy seeks consular access to pilot detained in Indonesia - Sinardaily - 31/07 5:20 pm

JAKARTA - The Malaysian Embassy in Jakarta is seeking consular access to a Malaysian pilot detained in Indonesia on alleged drug trafficking offences following his arrest at Soekarno-Hatta International Airport earlier this week.The embassy said it had received official notification from Indonesia's Directorate of Drug Crimes under the National Police Criminal Investigation Agency (Bareskrim) regarding the detention of the Malaysian national at Terminal 3 of the airport."The Embassy respects Indonesia's legal process and is engaging with the Indonesian authorities to obtain consular access to the Malaysian citizen concerned," the embassy said in a statement on Friday.The statement came shortly after Indonesian authorities in a press conference, here, announced that the 39-year-old Malaysian pilot was arrested on July 29 after allegedly attempting to smuggle about 25 kilogrammes of ecstasy, valued at around Rp60 billion (Rp1 million = RM225.20).Authorities said the drugs, comprising about 70,114 ecstasy pills and four grammes gross of methamphetamine, were allegedly concealed in the suspect's luggage and were discovered during an inspection at Jakarta's Soekarno-Hatta International Airport.Investigators said preliminary findings indicated the suspect may have smuggled narcotics into Indonesia on previous occasions and is believed to be part of an international drug trafficking network, with investigations continuing to identify other members of the syndicate and the intended recipients of the drugs in Indonesia





Dua lelaki Aceh didakwa edar lebih 147kg methamphetamine - Mygazette - 31/07 4:48 pm

# Dua lelaki Aceh didakwa edar lebih 147kg methamphetamine BALIK PULAU - Dua lelaki dari Aceh, Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengedar 147.188 kilogram dadah jenis methamphetamine, dua minggu lalu





Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia bersama puluhan ribu pil ekstasi - Mygazette - 31/07 4:48 pm

# Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia bersama puluhan ribu pil ekstasi JAKARTA - Seorang juruterbang warga Malaysia berdepan hukuman mati di Indonesia selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta kerana didakwa membawa lebih 70,000 pil ekstasi di dalam bagasinya





Malaysia Airlines reserves comment, cooperates with Indonesian authorities over pilot's alleged drug offence - Sinardaily - 31/07 3:35 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines reserves its comment on its pilot being caught for a narcotics-related offence by the Indonesian authorities but noted that the airline takes such allegations seriously.In a statement to Bernama today, the national carrier said Malaysia Airlines will extend its full cooperation to the relevant authorities in accordance with all applicable laws and regulations.As the matter remains under investigation by the Indonesian authorities, the airline said it would not be appropriate to comment further at this stage."Malaysia Airlines wishes to reiterate that it does not tolerate any form of misconduct and is currently conducting an internal review into the matter, it said.The airline added that the safety, security and integrity of its operations remain the top priority.According to Indonesia Customs and Excise director general Djaka Budi Utama, the pilot is under investigation in Indonesia for allegedly trying to traffic drugs including ecstasy worth about 60 billion rupiah (RM14 million).It was reported that a Malaysian pilot was arrested for allegedly attempting to smuggle a large quantity of drugs, including over 70,000 ecstasy pills weighing 25 kilogrammes, into Indonesia.The 39-year-old man had flown Malaysian Airlines flight MH727 from Kuala Lumpur to Jakarta and was arrested on Wednesday, July 29, at Terminal 3 of Soekarno-Hatta Airport





Drugged Malaysian pilot risks death penalty for smuggling in Indonesia - Sinardaily - 31/07 3:24 pm

JAKARTA - A Malaysian pilot who tested positive for meth, MDMA, and cocaine after flying a passenger plane to Indonesia risks the death penalty for allegedly smuggling more than 70,000 ecstasy tablets in his suitcase, officials said Friday.The 39-year-old pilot, identified only by his initials, MSO, was arrested Wednesday at Jakarta's Soekarno-Hatta international airport shortly after arriving from Kuala Lumpur.The airport customs office did not say which carrier the pilot worked for, but the flight number indicated it was a Malaysia Airlines plane."The results of his urine test came back positive for meth, MDMA, and cocaine





Kes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa Indonesia - Sinarharian - 31/07 3:20 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines enggan mengulas mengenai penahanan seorang juruterbangnya oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan dadah, namun menegaskan syarikat penerbangan itu memandang serius dakwaan sedemikian.Syarikat penerbangan nasional itu dalam kenyataan kepada Bernama hari ini memaklumkan Malaysia Airlines akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan mengikut semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.Menurutnya memandangkan perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia, adalah tidak wajar untuk syarikat penerbangan itu untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu pada peringkat ini."Malaysia Airlines menegaskan sekali lagi bahawa syarikat tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk salah laku dan kini sedang menjalankan semakan dalaman berhubung perkara ini," menurut kenyataan itu.Syarikat penerbangan itu turut menegaskan bahawa keselamatan, sekuriti dan integriti operasinya kekal menjadi keutamaan.Ketua Pengarah Kastam dan Eksais Indonesia Djaka Budi Utama dilaporkan berkata juruterbang itu disiasat di Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup dadah termasuk pil ekstasi bernilai kira-kira Rp60 bilion (RM14 juta).Juruterbang warga Malaysia itu ditahan kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah besar dadah, termasuk lebih 70,000 pil ekstasi sekitar 25 kilogram ke Indonesia.Suspek berusia 39 tahun itu dilaporkan menerbangkan pesawat Malaysia Airlines MH727 dari Kuala Lumpur ke Jakarta sebelum ditahan pada Rabu, 29 Julai, di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta





'Kami ada kad UNHCR, kenapa perlu takut' - Sinarharian - 31/07 3:15 pm

KOTA BHARU - "Kami ada kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian), kenapa perlu takut."Demikian kata etnik Rohingya yang ingin dikenali sebagai Kobir, 34, ketika ditemui pada Jumaat.Tinjauan Sinar Harian di sekitar Bandar Kota Bharu mendapati masih ada warga asing terutama etnik Rohingya, Bangladesh dan Myanmar yang keluar bersantai, membeli-belah serta berkumpul walaupun pada Jumaat lalu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan Operasi Penguatkuasaan (Ops Mega).Mereka kelihatan bersahaja dan melakukan aktiviti rutin seperti membeli barangan keperluan, bertemu rakan dan lepak.Menurut Kobir, dia serta rakan-rakan tidak takut kerana mereka mempunyai dokumen lengkap."Kami hanya cuti pada hari Jumaat, malah gaji sebagai tukang rumah dibayar pada Khamis."Di sini ada jualan pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta pakaian yang dijual dengan harga murah, berbanding tempat lain," katanya.Ujar dia yang sudah menetap lapan tahun di Malaysia memberitahu, setakat ini mereka cuba mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang dan hanya menjalani kehidupan seperti masyarakat tempatan lain.Bagi peniaga yang ingin dikenali sebagai Siti Ismail, 50, memberitahu, dia serta peniaga lain tidak menolak kehadiran warga asing pada hari minggu membantu melariskan jualan.Dia yang menjual makanan berkata, pembeli tempatan sudah tidak seramai dulu dan hanya golongan ini yang berbelanja sakan."Pembeli tempatan mungkin ke pasar raya, atau pasar berhampiran."Setakat ini yang banyak melariskan barangan jualan ialah warga asing





PDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di Indonesia - Sinarharian - 31/07 2:48 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan seorang juruterbang warga tempatan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram dadah jenis MDMA bersama sejumlah kecil syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki itu ditahan sejurus tiba dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada malam Selasa lalu."Saya sahkan tangkapan ini





Malaysian pilot detained in Jakarta over alleged drug smuggling - Sinardaily - 31/07 2:21 pm

JAKARTA - A Malaysian pilot has been arrested in Indonesia for allegedly attempting to smuggle drugs, including 25 kilogrammes of ecstasy worth about Rp60 billion (Rp1 million = RM225.20), into the country, authorities said on Friday.Indonesia's Director General of Customs and Excise, Djaka Budi Utama said the 39-year-old suspect was intercepted upon arrival at Jakarta's Soekarno-Hatta International Airport on July 29 after piloting an international passenger flight from Kuala Lumpur, with the drugs allegedly found concealed in his luggage."Customs and Excise at Soekarno-Hatta Airport successfully intercepted an attempt to smuggle MDMA or ecstasy, consisting of 14 packages."The seizure amounted to approximately 70,114 ecstasy pills with a net weight of around 25.15 kilogrammes, along with four grammes gross of methamphetamine, or crystal meth, he said at a joint press conference with the Criminal Investigation Agency (Bareskrim) of the Indonesian National Police here on Friday.Head of Sub-Directorate II of Bareskrim's Narcotics Directorate Awaludin Amin said laboratory tests found the suspect's urine positive for MDMA, methamphetamine and cocaine





Malaysian pilot accused of smuggling 70,000 ecstasy tablets into Jakarta, risks death penalty, say Indonesian police - Malaymail - 31/07 1:27 pm

JAKARTA, July 31 A Malaysian pilot risks the death penalty in Indonesia after being arrested at Jakartas...





Dua nelayan berdepan hukuman gantung sampai mati - Sinarharian - 31/07 11:20 am

BALIK PULAU - Dua nelayan warga Indonesia dihadapkan ke mahkamah di atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 147.2 kilogram (kg) di perairan Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada dua minggu lalu.Pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu terhadap kedua-dua tertuduh iaitu Junaidi, 51, dan Irfansyah, 30, di hadapan Majistret Chia Huey Ting.Bagaimanapun, hanya Irfansyah yang mengangguk faham manakala Junaidi memberitahu mahkamah bahawa dia tidak memahami kedua-dua pertuduhan tersebut kerana hanya memahami bahasa asli Indonesia.Datuk Naran Singh yang merupakan peguam yang mewakili mereka kemudiannya terpaksa menerangkan setiap butiran pertuduhan kepada Junaidi dan dia memahaminya.Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh dari Acheh itu didakwa bersama-sama telah mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 113.776 kg manakala pertuduhan kedua, mereka dituduh mengedar dadah berbahaya jenis cecair methamphetamine seberat 33.412 kg.Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di kedudukan GPS Lat: 05 darjah 07.045 N Long: 100 darjah 14.063 E di kawasan perairan Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada ham 7.15 petang, 17 Julai lalu.Oleh demikian, mereka didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan, boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.Menurut Naran, hanya Junaidi mempunyai pasport yang sah manakala Irfansyah tiada.Katanya lagi, bagi kes di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, tiada pengakuan yang boleh direkodkan berikutan ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Sementara itu, tiada jaminan ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sofi Jaafar terhadap kedua-dua tertuduh.Huey Ting kemudiannya menetapkan 30 September untuk menunggu laporan kimia bagi kes dibawa ke Mahkamah Tinggi.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai jenis dadah ke Indonesia selepas merampas dadah dan rokok elektronik mengandungi cecair disyaki methamphetamine bernilai hampir RM6 juta.Rampasan itu dibuat dalam operasi di perairan selatan Pulau Rimau pada 17 Julai lalu.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam Op Taring Gelora itu, suspek ditahan selepas bot fiber yang dinaiki mereka berjaya dipintas dalam aksi mengejar selama setengah jam di laut.Beliau menambah, pemeriksaan ke atas bot itu menemukan 113.7 kilogram dadah disyaki methamphetamine bernilai RM5.7 juta yang disembunyikan di dalam ruang khas di bahagian hadapan bot.




Reformasi     >>



Khairy desak Umno jujur isu Tabung Haji - Mkini
Menurutnya, pendirian yang terlalu defensif itu tidak memenuhi harapan terhadap sebuah parti yang ingin dilihat komited kepada agenda reformasi.
Kroni     >>



Tiba masa Akta Tabung Haji dipinda - Utusan
PENERBITAN Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar mengundang perdebatan tentang apa yang berlaku pada masa lalu. Lebih penting daripada itu, laporan tersebut membuka ruang untuk negara menilai sama ada kerangka undang-undang yang mengawal selia TH masih memadai ..
Tabloid     >>



19 Ekor Anjing Liar Berkeliaran Di PPR, Penduduk Tak .. - Siraplimau
Kehadiran sekumpulan anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, terutama melibatkan keselamatan kanak-kanak. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Mel Majilir meluahkan kebimbangan selepas mendakwa terdapat kira-kira 19 ekor anjing liar ..
Tech     >>



Android 17 QPR 2 Beta 2 is now available - Gsmarena
Technically, Google only releases one major Android version per year this year it was Android 17. However, the company also works on Quarterly Platform Releases (also known as QPRs), which it serves up to Pixel devices as well as in the form of AOSP images. Yesterday, Google rolled out Android 17 QPR 1 Beta ..
World     >>



Evening update - Middleeasteye
Evening update Good evening Middle East Eye readers, If you are just joining us now, here are the latest developments from across the region: Israeli military sets off 'huge explosion' in southern Lebanon's Haddatha as the first day of a new round of Israel-Lebanon talks commence in Rome, expected to continue until Thursday A ..
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Kenapa Ev Tak Perlukan Jeriji Besar .. - Mekanika
# KENAPA EV TAK PERLUKAN JERIJI BESAR MACAM KERETA PETROL? Jika diperhatikan kebanyakan kenderaan elektrik (EV) yang berada di pasaran hari ini, rekaan bahagian hadapannya mempunyai reka bentuk yang agak berbeza berbanding kereta berenjin pembakaran dalaman. Kebanyakan EV menggunakan permukaan ..