| /// |
|
| Search : Rembau News | Page 1 |
|
Kes mayat dalam beg: Hanya pasangan kekasih, keluarga nafi suspek utama suami Suri - Mdateline - 21/12 11:00 am Ahli keluarga Suri Narudin yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu menafikan suspek utama kes penemuan mayat wanita dalam beg di Jalan Pedas Linggi, Rembau .. |
|
Keluarga kenal suspek utama, dakwa hanya teman lelaki Suri - Sinarharian - 21/12 10:18 am SHAH ALAM Keluarga Suri Narudin mengakui terkejut apabila lelaki yang kini disyaki sebagai suspek utama dalam kes kehilangan wanita itu merupakan individu yang pernah diberikan kepercayaan penuh oleh mereka.Anak saudara mangsa, Sasha, 38, berkata, suspek berusia 51 tahun itu sudah lama mengenali keluarga sejak kira-kira enam tahun lalu dan tidak pernah menimbulkan sebarang syak wasangka sebelum kejadian berkenaan.Menurutnya, kepercayaan itu termasuk mengamanahkan lelaki berkenaan menguruskan hal melibatkan kanak-kanak dalam keluarga."Saya sendiri membayar dia untuk menjemput anak-anak saya dari sekolah kerana kami percaya dan selesa dengan kehadirannya," katanya ketika ditemui pada Sabtu. Sasha berkata, apa yang lebih mengejutkan, suspek masih menjalankan rutin tersebut seperti biasa walaupun ketika itu Suri sudah dilaporkan hilang."Selepas makcik saya gagal dikesan, dia masih datang mengambil dua anak perempuan saya seolah-olah tiada apa yang berlaku," katanya.Menurut Sasha, kali terakhir dia bertemu ibu saudaranya itu adalah pada 5 Disember lalu sebelum mereka hanya berhubung melalui media sosial.Katanya, kebimbangan keluarga mula memuncak apabila mangsa gagal dihubungi sejak 8 Disember memandangkan Suri dikenal pasti sebagai individu yang aktif di media sosial dan lazimnya memberi maklum balas pantas."Kami mula rasa ada sesuatu yang tidak kena apabila dia langsung tidak menjawab mesej atau panggilan," katanya.Sasha berkata, kecurigaan semakin timbul apabila suspek memberikan penjelasan yang berubah-ubah apabila ditanya mengenai keberadaan mangsa."Dia beritahu makcik saya dihantar orang lain ke lapangan terbang, tetapi cerita itu tidak konsisten," katanya.Mengulas dakwaan yang mengaitkan mangsa dan suspek sebagai pasangan suami isteri, Sasha menegaskan perkara itu tidak pernah dimaklumkan kepada keluarga."Dalam satu laporan polis yang dibuat oleh anak suspek, dinyatakan mereka sudah berkahwin, tetapi setahu kami, makcik saya tidak pernah berkahwin dengan lelaki itu," katanya.Menurutnya, hubungan mangsa dan suspek sekadar pasangan kekasih dan perkara itu turut menjadi punca salah faham dalam kalangan pihak tertentu.Sasha berkata, sepanjang pengetahuannya, hubungan mereka rapat dan mangsa sering berkongsi cerita peribadi, namun kebanyakannya berkisar perkara biasa dalam perhubungan."Mungkin ada perselisihan faham sekali sekala, termasuk berkaitan kewangan, tetapi tidak pernah pada tahap serius," katanya.Terdahulu, polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, sebelum satu pemeriksaan dilakukan di sebuah rumah di Jalan PedasLinggi, Rembau pada 18 Disember lalu.Susulan penemuan tersebut, seorang lelaki telah ditahan di Melaka pada hari sama bagi membantu siasatan.Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Disember bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Suspek Utama Kes Dan Suri Adalah Pasangan Kekasih - Lobakmerah - 21/12 9:39 am Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang wanita di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, Negeri Sembilan |
|
'Suspek masih ambil anak saya dari sekolah selepas makcik hilang' - Anak saudara Suri - Sinarharian - 21/12 9:09 am SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Keluarga Suri Narudin mendedahkan suspek utama dalam kes kehilangan wanita itu merupakan individu yang sudah lama dikenali dan dipercayai oleh keluarga.Anak saudara mangsa yang mahu dikenali sebagai Sasha, 38, berkata, lelaki berusia 51 tahun itu sudah berkenalan dengan keluarga sejak kira-kira enam tahun lalu dan sebelum ini disifatkan sebagai seorang yang berkelakuan baik serta disenangi kanak-kanak.Menurutnya, suspek turut pernah diamanahkan mengurus hal keluarga termasuk mengambil kanak-kanak dari sekolah."Saya membayar dia untuk menjemput anak-anak saya dari sekolah dan selepas makcik saya hilang, dia masih datang mengambil dua anak perempuan saya seperti biasa."Ketika itu kami tidak mengesyaki apa-apa kerana dia bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku," katanya pada Sabtu.Sasha berkata, kali terakhir dia bertemu ibu saudaranya itu adalah pada 5 Disember lalu sebelum mereka hanya berhubung melalui media sosial.Katanya, usaha menghubungi mangsa gagal bermula 8 Disember dan perkara itu menimbulkan kebimbangan keluarga kerana Suri dikenal pasti aktif di media sosial dan lazimnya memberi maklum balas segera setiap kali dihubungi.Menurut Sasha, kecurigaan mula timbul apabila suspek memberikan penjelasan yang tidak konsisten apabila ditanya mengenai keberadaan mangsa."Dia memberitahu makcik saya dihantar orang lain ke lapangan terbang dan cerita itu berubah-ubah," katanya.Mengulas laporan yang menyatakan mangsa dan suspek adalah pasangan suami isteri, Sasha menegaskan dakwaan itu tidak tepat."Sehari selepas saya membuat laporan polis, anak suspek juga membuat laporan polis dan dalam laporan itu menyatakan mereka sudah berkahwin."Namun berdasarkan pengetahuan keluarga, mereka tidak pernah berkahwin dan hanya teman lelaki," katanya.Sasha berkata, hubungan mangsa dan suspek rapat dan mangsa sering berkongsi cerita peribadi, namun kebanyakannya berkaitan isu biasa dalam perhubungan.Mengulas kemungkinan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek, Sasha berkata, perkara itu ada berlaku namun tidak pernah berada pada tahap serius.Ada perselisihan faham sekali sekala, mungkin berkaitan kewangan, tetapi saya tidak berani mengulas lebih lanjut."Makcik saya jarang berkongsi masalah besar, cuma sesekali mengadu apabila berlaku pertengkaran kecil," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor.Susulan laporan tersebut, pada 18 Disember, satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau, sebelum pihak polis bergegas ke sebuah rumah di Jalan PedasLinggi untuk pemeriksaan dan menemui sebuah beg berisi mayat seorang wanita yang ditanam.Berikutan itu, pada hari yang sama, polis telah menahan seorang lelaki di Melaka yang disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tersebut.Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Disember bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Mayat wanita dalam beg: Polis buru tiga lagi individu - Sinarharian - 20/12 5:42 pm SEREMBAN Polis masih memburu sekurang-kurangnya tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat seorang wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, Khamis lalu.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, setakat ini keterangan daripada ramai saksi telah diambil bagi membantu siasatan dan menjejaki suspek yang masih bebas.Menurutnya, usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan susulan penahanan dua lelaki berkaitan kes berkenaan.Dalam perkembangan sama, suspek utama berusia 51 tahun direman tujuh hari bermula Sabtu selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini.Suspek berkenaan dibawa polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau dan tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi diiringi peguam, Sean Dudley.Muhammad Idzam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa lelaki terbabit ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan seorang lagi suspek berusia 41 tahun di Melaka, yang kini direman sehingga Khamis.Dalam pada itu, identiti sebenar mayat wanita yang ditemukan masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan jasad yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari."Identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana keadaan mayat yang sudah mereput |
|
Mayat wanita dalam beg: Mangsa, suspek dipercayai bertengkar kerana wang - Sinarharian - 20/12 4:06 pm SEREMBAN [DIKEMAS KINI] Kejadian penemuan mayat seorang wanita yang ditanam di dalam beg di sebuah rumah kosong berhampiran Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, Khamis lalu dipercayai berpunca daripada pertengkaran melibatkan isu kewangan.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek utama dipercayai terlibat dalam pertengkaran sebelum kejadian berlaku.Menurutnya, konflik tersebut dikatakan berpunca apabila mangsa dipercayai meminta wang daripada suspek."Suspek utama yang ditahan di Genting Sempah semalam baru sahaja direman pagi ini, justeru proses soal siasat masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian."Bagaimanapun, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, dipercayai berkaitan permintaan wang oleh mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan dari pelbagai sudut bagi mendapatkan gambaran lengkap berhubung punca kejadian, termasuk kemungkinan motif lain yang berkaitan.Dalam perkembangan berkaitan, sebelum ini polis telah menahan dua lelaki masing-masing di Melaka dan Genting Sempah susulan penemuan mayat seorang wanita yang ditemui di dalam beg dan ditanam di sebuah rumah kosong di kawasan berkenaan.Sementara itu, Polis Daerah Ampang sebelum ini turut memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu, bagi membantu siasatan kes terbabit. |
|
Mayat wanita dalam beg sudah reput, dipercayai meninggal dunia lebih tiga hari - Polis - Sinarharian - 20/12 2:59 pm SEREMBAN Misteri identiti wanita yang ditemukan maut di dalam sebuah beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau masih menjadi teka-teki apabila jasad mangsa yang sudah mereput menyukarkan proses pengecaman.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, keadaan mayat yang dipercayai telah meninggal dunia melebihi tiga hari menyebabkan identiti sebenar mangsa belum dapat dikenal pasti setakat ini.Menurutnya, bagi membantu siasatan, polis telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada beberapa ahli keluarga yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa."Identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat yang sudah mereput |
|
Kes Mayat Wanita Dalam Beg, Suspek Utama Kes Direman 7 Hari - Lobakmerah - 20/12 12:55 am Seorang lelaki berusia 51 tahun yang dikenal pasti sebagai suspek utama dalam kes penemuan mayat wanita di dalam beg di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis |
|
Suspek utama kes mayat wanita dalam beg direman 7 hari - Sinarharian - 20/12 11:50 am SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Suspek utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau pada Khamis, direman tujuh hari bermula dari hari ini.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu.Suspek berumur 51 tahun itu dibawa polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau dan tiba kira-kira jam 9.45 pagi tadi diwakili peguam Sean Dudley.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Muhammad Idzam sebelum ini melaporkan lelaki berkenaan ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan suspek pertama di Melaka, petang semalam.Suspek lelaki berumur 41 tahun itu direman hingga Khamis.Dalam pada itu, turut dilaporkan identiti sebenar mayat wanita terbabit masih belum dapat dikenal pasti berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.Sementara itu, Muhammad Idzam berkata, polis masih memburu sekurang-kurangnya tiga lagi suspek berhubung kes berkenaan dan keterangan ramai saksi telah diambil."Identiti mangsa juga masih belum dikenal pasti sebab keadaan mayat yang sudah mereput, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beberapa ahli keluarga telah diambil," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan awal turut mengesyaki rumah yang menjadi lokasi penemuan mayat itu mempunyai kaitan dengan suspek utama yang juga seorang penganggur, namun tidak dapat disahkan ketika ini |
|
Woman’s body in bag: Main suspect remanded seven days in Negeri Sembilan - BorneoPost - 20/12 11:23 am SEREMBAN (Dec 20): The main suspect in the case of the discovery of a woman’s body in a bag buried in a house in Kampung Batu 4, Pedas, Rembau on Thursday, has been remanded for seven days starting today |
|
Identiti Masih Belum Dikenalpasti, Mayat Wanita Dalam Beg Kekal Misteri - Lobakmerah - 20/12 10:52 am Mayat seorang wanita yang ditemukan ditanam di dalam sebuah beg di belakang rumah kosong di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, Negeri Sembilan masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan jasad yang telah mereput teruk |
|
Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan - Mgazette - 20/12 8:13 am # Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan SEREMBAN - Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam |
|
Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan – Polis .. - Mgazette - 20/12 8:13 am # Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan - Polis SEREMBAN - Identiti sebenar mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam masih belum dapat dikenal pasti setakat ini |
|
Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan - Polis - Sinarharian - 19/12 10:30 pm SEREMBAN - Identiti sebenar mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, keadaan itu berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari."Kita telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang dipercayai milik keluarga mangsa dan proses mendapatkan keputusannya akan mengambil masa."Bedah siasat telah dijalankan hari ini di Hospital Rembau, namum punca kematian diklasifikan sebagai undetermined berikutan keadaan jasad yang telah mereput," katanya pada Jumaat.Beliau berkata, tangkapan terbaharu bagi membantu siasatan kes berkenaan melibatkan suspek utama berusia 51 tahun yang ditahan di Genting Sempah, Pahang pada 3.09 petang tadi selepas tangkapan suspek pertama di Melaka, semalam menjadikan dua individu ditahan setakat ini.Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh |
|
Police arrest second man in Rembau body-in-bag murder case - Malaymail - 19/12 7:12 pm SEREMBAN, Dec 19 Police have arrested another man to assist in the investigation of a womans body found i... |
|
'Saya yakin itu jasad Suri, dia kenal suspek' - Rakan baik - Sinarharian - 19/12 6:52 pm SHAH ALAM "Saya yakin itu jasad Suri. Suspek juga ialah orang yang dikenali oleh Suri."Demikian kata rakan baik mangsa, Mac Ruhayu Mohd Nor, ketika mengulas penemuan mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam sebuah beg di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Rembau, Negeri Sembilan pada Khamis.Sebelum itu, satu laporan berhubung kehilangan Suri Narudin, 53, sejak 8 Disember telah dibuat di Balai Polis Ampang oleh ibu saudaranya.Menurut Ruhayu, kakak kandung Suri telah hadir di Hospital Rembau bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA)."Maklumat awal daripada pihak hospital memaklumkan bahawa keputusan ujian DNA tersebut akan mengambil masa antara dua minggu hingga empat bulan."Bedah siasat telah selesai dan kami juga perlu menunggu laporan rasmi daripada pihak polis," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Tambah Ruhayu, beliau turut akan bertemu dengan keluarga Suri untuk berbincang mengenai tindakan seterusnya.Setakat ini, tiada pengesahan rasmi berhubung identiti mayat wanita yang ditemui itu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor.Susulan laporan tersebut, pada 18 Disember, satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau, sebelum pihak polis bergegas ke sebuah rumah di Jalan PedasLinggi untuk pemeriksaan dan menemui sebuah beg berisi mayat seorang wanita yang ditanam.Berikutan itu, pada hari yang sama, polis telah menahan seorang lelaki di Melaka yang disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tersebut.Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Disember bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan - Sinarharian - 19/12 6:15 pm SEREMBAN - Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki berusia awal 50-an itu ditahan di sekitar Genting Sempah, Pahang petang tadi."Dengan penahanan itu, menjadikan dua lelaki ditahan untuk bantu siasatan kes ini dan siasatan masih dilakukan," katanya kepada Bernama hari ini.Media hari ini melaporkan seorang lelaki ditahan di Melaka, semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini.Lelaki itu kemudian direman selama seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama |
|
Polis belum sah mayat dalam beg adalah Suri - Sinarharian - 19/12 4:41 pm REMBAU Walaupun polis masih belum mengesahkan mayat wanita yang ditemukan di dalam beg di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, di sini, adalah milik Suri, namun kenalan dan ahli keluarganya kelihatan hadir di Unit Perubatan Forensik Rembau pada Jumaat.Seorang wanita yang dikenali sebagai Jue, 53, berkata, Suri merupakan rakan sekampungnya di Kuching, Sarawak dan mereka bersama-sama datang ke Semenanjung untuk bekerja."Tetapi Suri yang datang dahulu ke Semenanjung, kemudian barulah saya sebelum masing-masing membawa haluan sendiri."Kami sekampung dan rapat sejak zaman muda |
|
Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki rekod jenayah ditahan - Mgazette - 19/12 4:07 pm # Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki rekod jenayah ditahan SEREMBAN - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang di Melaka, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau |
|
Man with six criminal records arrested over woman's body found in bag - Sinardaily - 19/12 3:58 pm SEREMBAN - Police have arrested a man and obtained a seven-day remand order to assist in investigations into the discovery of a womans body found inside a bag buried behind an unoccupied house in Kampung Batu 4, Pedas, yesterday.Negeri Sembilan deputy police chief SAC Muhammad Idzam Jaafar said the 41-year-old suspect is believed to have known the victim, although police have yet to determine whether he was directly involved in the case."We believe several other individuals may also be involved and efforts to trace them are currently underway, he told Bernama today.The suspect was detained at about 2.30 pm in Melaka before being brought to the Rembau District Police Headquarters (IPD) for further investigation |
|
Mayat wanita dalam beg: Lelaki ditahan miliki enam rekod jenayah - Sinarharian - 19/12 2:32 pm SEREMBAN - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas di sini pada Khamis.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang di Melaka, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau."Lelaki itu kini direman seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Bernama hari ini.Beliau berkata berdasarkan siasatan, lelaki terbabit berkemungkinan mengenali mangsa dan setakat ini polis belum mempunyai maklumat sama ada dia terlibat secara langsung atau tidak dalam kes itu.Lelaki itu juga, katanya, memiliki enam rekod jenayah lampau termasuk dadah dan polis percaya terdapat beberapa individu lain yang turut terlibat dalam kes berkenaan.Muhammad Idzam berkata, proses bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Rembau.Pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, mayat ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Disember lepas.Beliau berkata, laporan berhubung kehilangan wanita itu diterima Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin lepas sebelum polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan terdapat perlakuan jenayah |
|
“Sepatutnya ke Zurich” – Kes M*yat Dalam Beg, Rakan Rapat Kongsi Kronologi Kehilangan Suri - Lobakmerah - 19/12 1:36 pm Kehilangan seorang wanita tanpa khabar sejak 8 Disember lalu yang dikenali sebagai Suri Narudin terjawab apabila polis menemui satu jasad di dalam sebuah beg di rumah tidak berpenghuni di Rembau, dipercayai miliknya |
|
Mayat wanita dalam beg: Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan - Sinarharian - 19/12 1:34 pm REMBAU - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah dekat Kampung Batu 4, Pedas di sini pada Khamis.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner MuhammadIdzam Jaafar berkata, suspek berusia 41 tahun ditahan di Melaka, pada hari sama selepas penemuan mayat terbabit."Susulan penemuan mayat wanita di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni semalam, pihak kami menggerakkan pasukan untuk mengesan suspek."Hasil risikan dan siasatan yang dijalankan, seorang lelaki telah ditahan di satu lokasi di Melaka kurang 12 jam daripada penemuan mayat berkenaan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Menurutnya, permohonan reman terhadap suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Tampin pagi Jumaat dan dibenarkan tujuh hari sehingga 25 Disember depan.Tambahnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih mengenal pasti beberapa lagi suspek bagi membantu siasatan."Bedah siasat sedang dijalankan di Perubatan Forensik Hospital Rembau hari ini bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca kematian."Buat masa ini pihak kami menunggu laporan bedah siasat dan pengecaman daripada ahli keluarga sebelum menjalankan siasatan lanjut mengenai kaitan suspek dengan mangsa |
|
Mayat ditemukan dalam beg dipercayai wanita hilang di Ampang Mayat .. - Mgazette - 19/12 8:03 am Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata polis menerima laporanberhubung kehilanganwanita itu di Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin. Beliauberkata laporan terbabit diserahkan kepadaBalai Polis Pedas, Rembauhari ini sebelummenjalankan pemeriksaandisebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan terdapat pelakuan jenayah |
|
Mayat dalam beg berkait wanita dilapor hilang di Ampang Jaya - Kosmo - 18/12 9:47 pm REMBAU – Mayat dalam beg yang ditemukan ditanam di belakang sebuah rumah di Batu 4, Pedas, di sini, hari ini dipercayai individu yang dilaporkan hilang di Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini |
|
Hilang sejak 15 Disember, mayat dalam beg di rumah kosong dipercayai Suri - Sinarharian - 18/12 9:13 pm REMBAU - Polis mengesahkan penemuan satu mayat wanita di dalam sebuah beg di sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini pada Khamis.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor pada 15 Disember lalu."Susulan daripada laporan tersebut, pada 18 Disember (Khamis) satu laporan diterima di Balai Polis Pedas, Rembau."Bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi untuk pemeriksaan lanjut dan telah mengesan unsur-unsur berlakunya perlakuan jenayah di kawasan belakang rumah tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Menurutnya, pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu beg mengandungi mayat seorang perempuan yang ditanam.Beliau berkata, polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan usaha mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes ini.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline ibu pejabat polis daerah rembau di talian 06-6852222.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kehilangan Suri Narudin, 53, daripada ibu saudaranya."Wanita berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan anak saudaranya."Kita telah membuka kertas siasatan, kes diklasifikasikan Orang Hilang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan wanita itu," katanya. |
|
Mayat ditanam belakang rumah disyaki berkait wanita hilang di Ampang - Hmetro - 18/12 9:02 pm Rembau: Polis mengesahkan mayat yang ditemui di kawasan rumah kosong di Kampung Batu 4, Pedas, di sini, hari ini adalah wanita yang disyaki berkait laporan orang hilang di Ampang, Selangor |
|
Polis sahkan penemuan mayat dalam beg di rumah kosong - Sinarharian - 18/12 8:01 pm REMBAU Polis mengesahkan penemuan satu mayat di dalam sebuah beg di sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini pada Khamis.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti dan pihaknya masih menjalankan siasatan."Mayat telah dihantar ke Hospital Rembau dan proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dijangka jam 9.30 pagi esok," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan salah seorang anak kepada pemilik rumah tersebut, memaklumkan rumah itu telah tidak berpenghuni sejak dua tahun lalu dan mereka hanya pulang sekali-sekala untuk mengambil barang serta membersihkan kawasan rumah."Kira-kira jam 4 pagi tadi, ibu saudara saya telefon beritahu polis mahu meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan di rumah."Masa itu saya tidak tahu lagi kenapa polis mahu buat pemeriksaan |
|
Mayat ditemui di belakang rumah pusaka, dipercayai individu hilang - Sinarharian - 18/12 4:52 pm REMBAU Mayat seorang individu tanpa identiti ditemukan di belakang sebuah rumah pusaka di Kampung Batu 4, di sini, pada Khamis.Difahamkan, penemuan mayat berkenaan mempunyai kaitan dengan laporan orang hilang yang diterima pihak polis baru-baru ini.Bagaimanapun, kejadian sebenar masih belum dapat dipastikan setakat ini.Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi pada jam 11.46 pagi mendapati, pasukan polis bersama Unit Forensik Polis sedang menjalankan siasatan.Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Idzam Jaafar dan Ketua Polis Daerah Rembau, Superitenden Hasani Hussain turut kelihatan berada di lokasi.Idzam yang ditemui pemberita memaklumkan akan memberi maklumat lanjut sebaik saja siasatan lanjut dilakukan.Pada jam 11.59 pagi, polis dilihat mengusung satu mayat yang dibalut dengan plastik hitam untuk tindakan lanjut.Sementara itu, salah seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan salah seorang anak pemilik rumah berkenaan berkata, rumah tersebut sudah tidak berpenghuni sejak dua tahun lalu dan mereka hanya pulang sesekali untuk mengambil barang serta membersihkan kawasan rumah."Kira-kira jam 4 pagi tadi, ibu saudara saya telefon beritahu polis mahu meminta kebenaran untuk buat pemeriksaan di rumah."Masa itu saya tidak tahu lagi kenapa polis mahu buat pemeriksaan |
|
Ribut petir landa Port Dickson, Klang hingga petang - Kosmo - 16/12 2:10 pm PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah sehingga pukul 4 petang. Antara kawasan yang terlibat dalam cuaca buruk di Selangor ialah Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan turut terjejas |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga 12 tengah hari ini - Sinarharian - 16/12 10:36 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri sehingga 12 tengah hari ini.MetMalaysia dalam kenyataan pada 9 pagi memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Sabah melibatkan Sandakan dan Kudat (Pitas dan Kudat) |
|
Kebanyakan negeri alami hujan hingga 9 pagi - Mgazette - 13/12 8:31 am Di Perak, kawasan tersebut ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim manakala di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu. Manakala Pahang pula di Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin; Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor, seluruh Melaka serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) |
|
Babysitter under probe after one-year-old girl dies in Seremban clinic - Sinardaily - 12/12 8:27 am SEREMBAN - A one-year-old girl was pronounced dead after being brought unconscious to a private clinic in Bandar Sendayanhere on Monday, leading to the arrrest of a babysitter.Seremban police chief ACP Azahar Abdul Rahim said the toddler was brought to the clinic by her mother at 5.50pm before the doctor on duty performed CPR (cardiopulmonary resuscitation) andthe baby girl was pronounced dead.He said according to initial investigations, the girl hadbeen under the care of a 32-year-old baby-sitter and was reported to be in a frail condition."The victim had been cared for by the baby-sitter for some five months."The child's body was sent to Rembau Hospital for a post-mortem which revealed injuries on her abdomen."The baby-sitter was arrested and later released on bail," he said in a statement yesterday.The case is being investigated under Section 31(1)(A) of the Child Act 2001 |
|
Tok Mat kena lihat apa UMNO Johor buat terhadap PH –... - Mgazette - 12/12 7:34 am Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, sepatutnya pembahagian jawatan dilakukan secara adil dan seimbang sebagaimana yang dipraktikkan dalam Kabinet kerajaan Perpaduan berikutan kerajaan negeri dibentuk secara bersama-sama antara PH dengan BN. Tok Mat yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan perlu saling menghormati antara satu sama lain.- MalaysiaGazette |
|
Kontinjen Sukan Sea tak perlu risau, situasi mereka selamat – Mohamad - Hotfm - 11/12 10:44 pm Rembau: Atlet negara yang sedang berjuang di temasya Sukan Sea 2025 Bangkok perlu kekal memberi fokus kepada misi memburu pingat walaupun berlaku pertempuran di sempadan Thailand dengan Kemboja. |
|
Realiti politik negeri berbeza, lihat apa UMNO Johor buat terhadap PH - Amanah Johor - Sinarharian - 11/12 6:59 pm JOHOR BAHRU - UMNO perlu lebih menghargai semangat persefahaman dalam Kerajaan Perpaduan sebelum menuntut keadilan pembahagian kuasa di peringkat negeri.Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Zuhan Zain berkata, kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai isu agihan kuasa antara parti gabungan perlu mengambil kira realiti politik yang berbeza di setiap negeri.Menurut beliau, sebelum mengulas mengenai keadilan pembahagian kuasa, UMNO wajar melihat contoh di Perak, di mana Pakatan Harapan (PH) menunjukkan keterbukaan sehingga membolehkan Barisan Nasional (BN) menerajui pentadbiran dengan pelantikan Menteri Besar daripada UMNO."Realiti politik di setiap negeri berbeza dan tidak boleh dilihat secara sebelah mata."PH telah membuktikan kesediaan bertolak ansur demi kestabilan negeri. Jika ini dianggap prinsip keadilan, maka ia seharusnya diterapkan secara konsisten di semua negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Pada Rabu, Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan meluahkan rasa kecewa terhadap pembahagian jawatan politik di Negeri Sembilan yang didakwa tidak selaras dengan semangat kerjasama seperti diamalkan di peringkat Persekutuan.Beliau berkata, pembahagian jawatan sepatutnya dilakukan secara adil dan seimbang, sebagaimana yang dipraktikkan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.Dalam pada itu, Zuhan berkata, situasi di Johor perlu diperhalusi secara adil kerana UMNO mentadbir negeri itu sepenuhnya tanpa perkongsian kuasa bersama PH."Jika keadilan ingin dituntut, maka prinsip itu perlu dipraktikkan secara setara |
|
'Hasrat arwah Azrul Fariz hadir majlis kecemerlangan anak tak kesampaian' - Sinarharian - 11/12 4:54 pm REMBAU Hasrat seorang bapa untuk meraikan kejayaan anaknya pada hari anugerah sekolah Sabtu ini tidak kesampaian apabila pengawal peribadi, Azrul Fariz Kamarul Baharin, 43, maut ditembak dalam kejadian di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, Rabu lalu.Menurut sahabat rapatnya, Nizam Hashim, apa yang paling meruntun jiwa ialah apabila mengetahui Allahyarham sebenarnya sudah mengambil cuti semata-mata untuk menghadiri hari anugerah sekolah anaknya yang berusia 12 tahun, namun hajat itu tidak menjadi kenyataan."Isteri arwah yang maklumkan kepada saya |
|
Isteri rebah, suasana pilu selubungi Jabatan Forensik Hospital Rembau - Sinarharian - 11/12 3:58 pm REMBAU - [DIKEMAS KINI] Suasana pilu yang menyayat hati menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Rembau apabila isteri kepada pengawal peribadi, Azrul Fariz Kamarul Baharin, 43, rebah selepas tidak mampu menahan kesedihan melihat jenazah suami buat kali terakhir.Tangisan wanita itu bergema di ruang legar forensik hingga memaksa ahli keluarga menenangkannya sebelum dia diangkat masuk ke dalam kereta.Anak-anaknya yang turut berada di lokasi dilihat cuba menahan sebak, namun seorang daripadanya tenang apabila disapa pemberita.Detik memilukan itu menyentuh hati para petugas dan rakan-rakan arwah yang hadir, menggambarkan betapa besar kehilangan yang ditanggung keluarga berkenaan.Jenazah Allahyarham akan dibawa ke sebuah masjid di Cheras, Kuala Lumpur untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke sebuah masjid di Cheras, Kuala Lumpur untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.Sementara itu, kawan baik kepada Allahyarham Azrul Fariz meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut.Menurut Nizam Hashim, pelbagai andaian yang timbul di media sosial bukan saja telah mengguris hati keluarga Allahyarham, malah rakan-rakan."Pada netizen di luar sana, tolong jangan anggap yang bukan-bukan |
|
'Henti spekulasi, arwah kerja 'bodyguard' cari rezeki untuk isteri, lima anak' - Sinarharian - 11/12 3:16 pm REMBAU - Kawan baik kepada pengawal peribadi yang maut ditembak di dalam kereta kejadian di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson di sini meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut.Dalam kejadian antara jam 7 hingga 7.30 pagi itu, Azrul Fariz Kamarul Baharin, 43 disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.Menurut Nizam Hashim, pelbagai andaian yang timbul di media sosial bukan saja telah mengguris hati keluarga Allahyarham, malah rakan-rakan."Pada netizen di luar sana, tolong jangan anggap yang bukan-bukan |
|
'Hanti spekulasi, arwah kerja 'bodyguard' cari rezeki untuk isteri, lima anak' - Sinarharian - 11/12 3:16 pm REMBAU - Kawan baik kepada pengawal peribadi yang maut ditembak di dalam kereta kejadian di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson di sini meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut.Dalam kejadian antara jam 7 hingga 7.30 pagi itu, Azrul Fariz Kamarul Baharin, 43 disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.Menurut Nizam Hashim, pelbagai andaian yang timbul di media sosial bukan saja telah mengguris hati keluarga Allahyarham, malah rakan-rakan."Pada netizen di luar sana, tolong jangan anggap yang bukan-bukan |
|
Tok Mat luah kecewa, tegur PH Negeri Sembilan - Sinarharian - 10/12 9:49 am SEREMBAN Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan meluahkan rasa kecewa terhadap pembahagian jawatan politik di Negeri Sembilan yang didakwa tidak selaras dengan semangat kerjasama seperti diamalkan di peringkat Persekutuan.Beliau berkata, pembahagian jawatan sepatutnya dilakukan secara adil dan seimbang, sebagaimana yang dipraktikkan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan."Saya ingin menegur sedikit, sebagai wakil daripada rakan yang menubuhkan kerajaan Negeri Sembilan ini, saya merasa kecewa kerana kita berjanji di peringkat Persekutuan untuk mengurus negara bersama-sama."Negeri Sembilan pun begitu, kita bersama untuk urus negeri dan kita mesti beri sama-sama |
|
Bapa maut dalam perjalanan ambil anak sekolah di Nilai - Mgazette - 10/12 7:58 am Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori lelaki berusia 41 tahun serta kelindan, 47, tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kedua-dua kenderaan turut dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Senawang untuk pemeriksaan lanjut |
|
Father killed on way to pick up child from school in Nilai - Sinardaily - 9/12 9:14 pm NILAI - A father who was on his way to pick up his child from school was killed when the motorcycle he was riding crashed into a tanker lorry along Jalan Perak near the Semarak Light Industrial Area here this afternoon.Nilai district police chief SuptJohari Yahya said the crash between the Nissan tanker lorry and the SYM motorcycle driven by the victim, 38, occurred at about 1pm, causing the man to die at the scene due to severe head injuries."Preliminary investigations found that the lorry, heading from Semarak to the Light Industrial Area, was turning right when the motorcycle came in the opposite direction and hit the lorry, he said in a statement today, adding that the male lorry driver, 41, and the attendant, 47, were unhurt.He said that the body of theUniversiti Sains Islam Malaysia assistant librarian was taken to the Rembau Hospital forensics unit for autopsy while both vehicles were taken to the SenawangPusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) for further inspections.The case is being investigated under Section 41(1) of the Road Transport Act, he added |
|
Pembantu Pustakawan USIM maut kemalangan - Sinarharian - 9/12 6:20 pm NILAI - Pembantu Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Perak, Kawasan Perindustrian Ringan Semarak di sini, pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Mohd Azuwan Hood, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah lori tangki yang bergerak dari arah Semarak menghala ke kawasan perindustrian terbabit membelok ke kanan jalan."Motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan telah melanggar bahagian belakang kiri lori berkenaan."Kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah pada kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Menurutnya, pemandu lori lelaki berusia 41 tahun dan kelindan lelaki berusia 47 tahun, tidak mengalami kecederaan.Ujar beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat yang dijadualkan pada jam 4 petang."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
Kanak-kanak lemas di rumah kelab: Polis rakam keterangan lima individu - Sinarharian - 8/12 7:45 pm PORT DICKSON - Polis telah mengambil keterangan lima individu berhubung kematian seorang kanak-kanak lima tahun akibat lemas di kolam sebuah rumah kelab di Lenggeng, Nilai pada Sabtu lepas.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, mereka ialah ibu, bapa dan kakak mangsa yang berusia 15 tahun, guru serta doktor."Siasatan mendapati kanak-kanak itu mandi di kolam tanpa pengawasan dewasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian."Bedah siasat di Hospital Rembau mengesahkan punca kematian disebabkan lemas," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra media bersama-sama polis di sini hari ini.Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad.Johari berkata, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.Beliau menasihatkan ibu bapa sentiasa mengawasi anak ketika berada berhampiran kolam atau kawasan berair bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Pada 12.15 tengah hari Sabtu lepas, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam itu selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sebuah tadika di dewan rumah kelab tersebut |
|
Budak empat tahun lemas di kolam inap desa - Sinarharian - 7/12 2:35 pm PORT DICKSON - Kanak-kanak lelaki empat tahun disahkan meninggal dunia dipercayai lemas di kolam mandi sebuah inap desa di Batu 4 Jalan Pantai di sini pada malam Sabtu.Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 10.40 malam.Menurutnya, siasatan mendapati mangsa, Muhammad Noor Rizqy Danial Musaffaran lemas dalam kolam sedalam 1.5 meter dan panjang sembilan meter."Mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Tuanku Jaafar Seremban jam 6 petang semalam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Bagaimanapun ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia jam 8.40 malam pada Sabtu oleh doktor bertugas."Bedah siasat akan dilakukan hari ini di Hospital Rembau untuk membantu siasatan," katanya. |
|
Kanak-kanak 5 tahun lemas mandi kolam selepas majlis graduasi tabika - Sinarharian - 7/12 2:12 pm REMBAU - Rindu...itu perkataan yang boleh menggambarkan perasaan Noor Muhamad Asun, 46, selepas anak bongsunya meninggal dunia dipercayai akibat lemas di kolam sebuah rumah kelab di Lenggeng pada Sabtu.Meskipun baharu sehari pemergian Nur Dhiya Azzalea Noor Muhamad, 5, namun bapa kepada empat anak itu tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Rembau di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, anaknya ditemui tidak sedarkan diri di dalam kolam ketika sedang mandi bersama rakan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.Tragedi itu berlaku selepas berakhirnya majlis graduasi Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang dihadirinya di lokasi berkenaan.Noor Muhamad berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja dan hanya isteri serta dua anaknya termasuk arwah yang berada di lokasi."Saya terasa sangat kehilangan dia |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - Mgazette - 5/12 7:57 am Amaran turut dikeluarkan bagi di daerah Raub dan Bentong, Pahang, manakala di Selangor melibatkan tiga daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. "Selain itu, cuaca sama turut diramalkan berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 4/12 4:19 pm KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka melibatkan berlaku di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang, Khamis.Jabatan itu memaklumkan, keadaan cuaca berkenaan diramal melanda beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.MetMalaysia berkata, keadaan sama juga dijangka berlaku di daerah Raub dan Bentong, Pahang, manakala tiga daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor."Selain itu, cuaca sama turut diramalkan berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)."Cuaca itu turut dijangka dialami beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sri Aman, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Bintulu dan Miri (Subis)," katanya.Jabatan itu memaklumkan, amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang turut diramalkan berlaku di Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah sehingga 6 petang pada Khamis.Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.Tambah kenyataan terbabit, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. |
|
35 sekolah di NS rosak akibat ribut - Mgazette - 29/11 3:46 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 35 buah sekolah di Negeri Sembilan rosak akibat ribut semalam. Sekolah-sekolah yang terlibat berada di empat daerah iaitu Tampin, Rembau, Seremban dan Port Dickson |
|
Mangsa banjir terus meningkat di enam negeri - Mgazette - 29/11 3:46 pm Infopublic Banjir melaporkan enam sungai melepasi tahap bahaya antaranya Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran pada paras 28.44 meter (m), Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Bentong (53.65 m) dan Sungai Jelai di Sungai Bungor, Lipis (62.21 m). **NEGERI SEMBILAN** turut menunjukan pertambahan dengan 375 mangsa (149 keluarga) dipindahkan ke PPS setakat 8.30 pagi ini, berbanding 313 mangsa (127 keluarga) malam tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di tujuh PPS di Seremban, Kuala Pilah, Port Dickson, Jempol dan Rembau |
|
35 Negeri Sembilan schools damaged by storm, classes to go online - FMT - 29/11 12:20 am The heavy rain and strong winds affected schools in Tampin, Rembau, Seremban and Port Dickson, according to the state education department. |
|
35 sekolah terjejas ribut di N Sembilan dibenar laksana PdPR - FMT - 29/11 11:30 am Kejadian itu membabitkan sekolah di empat daerah iaitu Tampin, Rembau, Seremban dan Port Dickson. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |