| /// |
|
| Search : Presint News | Page 1 |
|
‘Keluarga terkejut pemergian Allahyarham, semalam masih ceria di .. - Mygazette - 29/09 8:09 am "Kami terkejut pagi tadi kerana semalam keluarga berada dengan Allahyarhamah di IJN, begitu ceria dan mesra, tetapi pagi tadi ada perbezaan yang besar dan malangnya tidak dapat dipulihkan dan beliau telah meninggal dunia. "Saya berterima kasih kepada semua kerana datang hari ini," katanya ketika ditemui selepas urusan pengebumian di Pusara Negara, Presint 20, di sini |
|
Jenazah Siti Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara - Mygazette - 29/09 8:09 am # Jenazah Siti Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara PUTRAJAYA Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pada usia 100 tahun selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, di sini, hari ini dengan penuh penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara |
|
Anwar kenang Dr Hasmah sebagai sosok ibu penuh kelembutan, kasih sayang - Sinarharian - 28/09 11:29 pm KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai sosok ibu yang penuh kelembutan dan kasih sayang, selain sahabat serta rakan karib yang amat dekat dengan beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Anwar berkata, negara akan terus mengenang jasa dan curah bakti Allahyarham yang disifatkannya sebagai seorang ibu yang menyantuni sesiapa sahaja dengan penuh kasih, malah berupaya membuatkan setiap orang berasa dekat dan dihargai.Beliau berkata, sukar bagi beliau dan Wan Azizah menerima hakikat bahawa Allahyarham kini telah pergi, lebih-lebih lagi apabila setiap kenangan indah yang dikongsi bersama kembali terbayang dalam ingatan."Hadir bersama-sama Azizah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Kak Hasmah, sosok ibu yang kelembutan dan kasihnya akan sentiasa kami kenang, selain juga sebagai seorang sahabat dan rakan karib padatahun-tahun lampau," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin yang turut disertakan beberapa keping gambar beliau dan isteri menziarahi jenazah Allahyarham serta bertemu dengan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.Anwar dan Wan Azizah turut mendoakan agar Dr Mahathir terus diberikekuatan untuk menghadapi ujian berkenaan, selain dikurniakan kesihatan dan sentiasa dipayungi kasih sayang keluarga.Mereka turut mendoakan agar ALLAH SWT mengampuni Allahyarham, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh."Terima kasih juga Kak Hasmah atas setiap budimu kepada kami, dan pastinya doa serta ingatan kami mengiringi pemergianmu," katanya.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isninpada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada 6.20 petang tadi di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya dengan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara |
|
Tun Dr Hasmah sumber kekuatan Tun Mahathir - Johan Jaaffar - Sinarharian - 28/09 10:48 pm Beliau ialah belahan jiwa Tun Mahathir menjadi sumber kekuatan dan ketabahan yang teguh."Beliau ialah Ibu Negara yang sebenar. Kami menyayanginya kerana ketabahan, kebijaksanaan dan bimbingannya," katanya pada Isnin.Allahyarham Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.Allahyarham berkahwin dengan Dr Mahathir pada 1956 dan dikurniakan empat anak kandung, Marina, Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz, selain mempunyai tiga anak angkat iaitu Melinda, Mazhar dan Maizura.Jenazahnya selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20 jam 6.20 petang Isnin.Pengebumian Allahyarham diberi penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.Mengulas lanjut, Johan berkata, Allahyarham sentiasa menjadi sumber harapan kepada wanita di negara ini, dengan memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai kejayaan."Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh mereka yang beriman |
|
PM Singapura hargai kehidupan, legasi luar biasa Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 9:06 pm Sumbangan beliau menyentuh kehidupan generasi rakyat Malaysia."Selain sumbangannya kepada masyarakat, beliau akan dikenang kerana sifat mesra, anggun dan semangatnya dalam menjalani kehidupan. Beliau membawa kemesraan dan semangat dalam segala yang dilakukannya dan akan sentiasa dikenang dengan penuh kasih oleh semua yang mengenalinya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sementara itu, Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan memberikan penghormatan kepada sumbangan Dr Hasmah sebagai perintis dalam bidang perubatan dan kesihatan awam, dengan menyatakan bahawa kehidupan dan kerjayanya membuka jalan bagi generasi wanita dalam profesion berkenaan."Beliau memulakan kerjayanya pada waktu apabila tidak ramai doktor wanita di Malaysia dan seterusnya memperjuangkan kesihatan serta kesejahteraan wanita, kanak-kanak, dan masyarakat luar bandar."Kehidupan dan kerjayanya membuka peluang kepada ramai orang selepas beliau, dan beliau menunjukkan bagaimana perubatan, pada tahap terbaiknya, bukan sahaja mengenai merawat pesakit, tetapi juga meningkatkan taraf hidup dan berkhidmat kepada masyarakat," katanya dalam hantaran di Facebook.Pada 1947, Dr Hasmah mendaftar di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dan merupakan satu-satunya wanita Melayu yang menuntut dalam bidang perubatan di institusi itu pada tahun berkenaan.Selepas mengharungi cabaran latihan perubatan, beliau menamatkan pengajian pada Jun 1955, sekali gus menjadi antara wanita Melayu terawal menceburi profesion perubatan pada zaman yang ketika itu masih didominasi oleh golongan lelaki.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada pagi Isnin pada usia 100 tahun.Jenazah beliau dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20 Putrajayapada 6.20 petang Isnin, dengan Dr Mahathir, anak-anak serta anggota keluarga hadir |
|
'Beliau seperti seorang ibu' - Mohd Shuhaily kongsi kenangan bersama Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 8:58 pm PUTRAJAYA - "Setiap kali habis tugasan, setiap hari beliau akan tanya kami, dah makan ke belum? Cukup rehat?"Itu perkongsian Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman semasa mengiring Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke luar negara.Menurut Mohd Shuhaily, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sentiasa mengambil berat kebajikan anggota keselamatan yang menjalankan tugas mengiringi pasangan negarawan berkenaan."Keprihatinan Allahyarham membuatkan beliau bukan sekadar isteri kepada seorang Perdana Menteri, sebaliknya sudah dianggap seperti seorang ibu."Bagi kami yang berada dalam pasukan keselamatan, beliau seperti seorang ibu. Saya sendiri meremang apabila mengenangkannya," katanya ketika berkongsi kenangan mengenai Allahyarham di Pusara Negara Presint 20 di sini pada Isnin.Mohd Shuhaily yang juga Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkata, di sebalik pelbagai pengalaman mengiringi pasangan itu, satu kenangan cukup peribadi kekal terpahat dalam ingatannya hingga kini apabila meraikan hari lahir bersama Dr Hasmah di Baltimore, Amerika Syarikat sekitar 2012 atau 2013.Katanya, kebetulan dirinya dan Allahyarham berkongsi tarikh lahir yang sama dan apa yang lebih menyentuh hatinya ialah Dr Hasmah sendiri mengingati perkara itu."Saya berada di Baltimore ketika hari lahir dan tiba-tiba Tun (Dr Hasmah) teringat saya ada di situ |
|
'Tun Dr Hasmah sudah bersedia untuk tinggalkan kami' Mukhriz Mahathir - Sinarharian - 28/09 8:30 pm PUTRAJAYA Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali menyatakan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa beliau sudah bersedia untuk meninggalkan mereka semua, sehari sebelum menghembuskan nafas terakhir.Mukhriz berkata, beliau sempat bersama ibunya pada malam sebelum Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Menurutnya, walaupun berada di IJN kerana masalah kesihatan, Tun Dr Hasmah ketika itu berada dalam keadaan ceria."Waktu itu dia sudah pun berada di IJN atas sakit yang lain sebenarnya tetapi moodnya sangat ceria walaupun begitu dia ada beritahu saya yang dia dah bersedia untuk meninggalkan kita semua."Jadi nampaknya dia dah bertawakal," katanya ketika ditemui selepas istiadat pengebumian Tun Dr Hasmah di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, di sini pada Isnin.Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, pada pagi Isnin, beliau menerima makluman daripada pihak hospital bahawa ibunya mengalami masalah jantung sebelum bergegas ke IJN."Pihak pakar di IJN pada waktu itu tengah melakukan prosedur pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas Dr Hasmah dan kemudian dipindah ke Unit Rawatan Koronari (CCU)."Pada jam 9 pagi kami dimaklumkan bahawa CPR yang telah dijalankan itu hanya akan dibuat selama 15 minit lagi dan kalau jantung tak terus berfungsi maka tindakan CPR itu akan dihentikan," katanya.Beliau berkata, keluarga ketika itu sudah memahami maksud penjelasan doktor berkenaan sebelum Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir.Dalam pada itu, Mukhriz turut berkongsi momen menyentuh hati apabila ibunya masih memikirkan masa depan rakyat dan negara sehingga ke saat-saat akhir."Sampai ke saat-saat akhir dia masih lagi memikirkan soal masa depan kita," katanya.Menurut Mukhriz, beliau menganggap dirinya sebagai antara anak yang bertuah kerana sehingga usia 62 tahun, masih mempunyai ibu dan bapa."Saya anggap itu satu tuah yang sangat-sangat bermakna bukan hanya pada keluarga kami, insya-ALLAH juga bagi negara kerana Tun Dr Hasmah sebenarnya seorang yang sentiasa utamakan khidmat bagi rakyat dan bagi negara," katanya. |
|
Allahyarham Tun Dr Hasmah ceria sehari sebelum pemergian - Mokhzani Mahathir - Sinarharian - 28/09 8:06 pm PUTRAJAYA Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali berada dalam keadaan ceria ketika bersama keluarga di Institut Jantung Negara (IJN) sehari sebelum pemergiannya pada Isnin.Berkongsi perkara itu, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, keluarga terkejut dengan perubahan keadaan ibunya yang berlaku secara mendadak."Kami terkejut pagi tadi kerana semalam keluarga berada bersama Allahyarham di IJN. Beliau begitu ceria dan mesra, tetapi pagi tadi berlaku perubahan besar dan keadaan itu tidak dapat dipulihkan sebelum beliau meninggal dunia," katanya.Beliau berkata demikian selepas istiadat pengebumian Allahyarham Tun Dr Hasmah di Pusara Negara, Presint 20, di sini pada Isnin.Mokhzani turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas kawalan serta pihak yang membantu memastikan urusan pengebumian dan ziarah keluarga berjalan tanpa sebarang masalah."Alhamdulillah, semuanya.. |
|
Tujuh dekad bersama, air mata Tun M iringi perjalanan akhir Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 7:38 pm KUALA LUMPUR - Selepas tujuh dekad melayari kehidupan bersama, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berdepan detik paling sukar apabila terpaksa mengiringi pemergian isteri tersayang, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.Dr Mahathir, yang menggunakan kerusi roda dan mengenakan tiub oksigen, tetap setia mengiringi perjalanan terakhir insan yang menjadi pendamping hidupnya selama tujuh dekad ke tempat persemadian abadi bersama dengan anak-anak serta ahli keluarga terdekat.Suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham, bermula dari kediaman keluarga ketika penghormatan terakhir dan solat jenazah di masjid hinggalah ke Pusara Negara di Presint 20, Putrajaya.Berwajah sugul, bekas Perdana Menteri itu dilihat termenung seketika sambil memandang jenazah Dr Hasmah ketika memberikan penghormatan terakhir di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini.Beliau turut menyertai solat jenazah bersama dengan ribuan jemaah yang memenuhi ruang masjid.Sejurus tiba di Pusara Negara, Dr Mahathir terus mengiringi jenazah isterinya ke kawasan perkuburan bersama dengan anak-anak dan ahli keluarga terdekat sebelum Allahyarham disemadikan.Dari kerusi rodanya, beliau menyaksikan upacara pengebumian Dr Hasmah yang berlangsung dalam suasana hening dengan anak-anak serta ahli keluarga berada di sisinya.Kesedihan jelas terpancar di wajah Dr Mahathir ketika beliau dilihat menitiskan air mata ketika berada di sisi pusara isterinya, dalam detik penuh hiba saat mengucapkan salam perpisahan dan menatap buat kali terakhir wajah insan yang selama ini setia berada di sisinya.Bagi rakyat Malaysia, Dr Mahathir dan Dr Hasmah bukan sekadar pasangan bekas Perdana Menteri dan isteri malah kemesraan yang sering diperlihatkan secara spontan di khalayak menjadikan mereka cukup dekat di hati masyarakat.Dalam pelbagai acara rasmi mahupun ketika tampil dalam suasana santai, Dr Hasmah hampir tidak pernah jauh dari sisi suaminya, menjadi pendamping dan antara tonggak penting di belakang perjalanan panjang Dr Mahathir dalam kehidupan serta arena politik negara.Sifat bersahaja mereka menerusi gurauan, usikan dan interaksi mesra juga sering mencuri perhatian sekali gus memperlihatkan sisi peribadi dua figura yang menghabiskan sebahagian besar kehidupan bersama.Dr Mahathir dan Dr Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan tahun ini, bahtera perkahwinan pasangan ini mencecah 70 tahun.Sepanjang tujuh dekad bersama, Dr Hasmah bukan sahaja menjadi isteri dan ibu kepada tujuh anak mereka malah beliau setia berada di sisi Dr Mahathir menempuh pelbagai fasa kehidupan serta perjalanan panjang kerjaya politik suaminya.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi tadi pada usia 100 tahun |
|
'Jika ada kesilapan Tun Hasmah, ampun dan maaf kami pinta' - Mukhriz Mahathir - Sinarharian - 28/09 7:35 pm SHAH ALAM - Anak kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memohon kepada orang ramai agar memaafkan segala kesilapan dan salah laku ibunya.Mukhriz berkata, dalam masa sama sekiranya terdapat hutang piutang yang masih belum diselesaikan Allahyarham, pihak berkenaan boleh berurusan dengan keluarga."Jika ada apa-apa kesilapan atau salah laku daripada pihak beliau, ampun dan maaf kami pinta."Sekiranya ada hutang piutang yang belum selesai, sila berurusan dengan kami pihak keluarga. Insya-ALLAH, kami akan menyelesaikannya sebaik mungkin," ujarnya.Beliai berkata demikian selepas solat jenazah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Solat jenazah selesai kira-kira jam 5.15 petang, sebelum jenazah dibawa ke Pusara Negara Presint 20, Putrajaya, untuk disemadikan menerusi Istiadat Pengebumian Negara.Sebelum ini, Tun Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, kata anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.Tun Dr Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi. |
|
Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Selamat Disemadikan Di Pusara Negara Presint 20 - Siakapkeli - 28/09 7:05 pm Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selamat disemadikan di Pusara Negara, Putrajaya, dengan dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad, anak-anak, keluarga serta kenamaan negara. |
|
Dr Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara, Putrajaya - Mkini - 28/09 7:03 pm Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di Putrajaya, ketika jenazah Allahyarham Dr Siti Hasmah Mohd Ali selamat disemadikan pukul 6.20 petang tadi. |
|
Jenazah Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan - Hmetro - 28/09 6:56 pm Putrajaya: Jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang diberi penghormatan menjalani Istiadat Pengebumian Negara selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, di sini, sebentar tadi |
|
Tun Dr Hasmah laid to rest at Pusara Negara - Sinardaily - 28/09 6:54 pm PUTRAJAYA The late Tun Dr Hasmah Mohamad Ali has been laid to rest at the Pusara Negara in Presint 20, here.The remains of the wife of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad were brought to Pusara Negara after two funeral prayers at Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, following the Asar prayers |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 6:49 pm PUTRAJAYA - Jenazah Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, di sini pada Isnin.Pengebumian Allahyarham diberi penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Bertaraf Pembesar Negara diketuai Kapten Ahmad Saufi Md Isa dari Markas Tentera Darat.Penghormatan itu melibatkan lapan pegawai gabungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Bacaan talkin dan doa kemudian dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.Istiadat itu selesai sekitar jam 6.40 petang.Sebelum itu, suasana pilu menyelubungi Pusara Negara ketika istiadat pengebumian berlangsung dengan penghormatan terakhir diberikan kepada Allahyarham yang juga tokoh perubatan negara.Allahyarham Tun Dr Hasmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi.Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada jam 10.48 pagi sebelum disolatkan di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun.Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara selain turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat. |
|
Istiadat Pengebumian Bertaraf Pembesar Negara Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah selesai - Astroawani - 28/09 6:43 pm Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang meninggal dunia pagi tadi pada usia 100 tahun, selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, hari ini. |
|
Ribuan jemaah tunaikan solat jenazah Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 6:12 pm KUALA LUMPUR - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang Isnin,bagi menunaikan solat jenazah Allahyarham Tun DrHasmah Mohd Ali yang diadakan sebanyak dua kali, dengan kehadiran jemaah hingga ke luar ruang solat masjid.Solat jenazah pertama yang diadakan selepas solat Asar itu diimamkan Imam Masjid As-Syarif, Muhammad Danial Hussain yang dipenuhi ribuan jemaah, sebelum solat jenazah kali kedua diadakan bagi memberi peluang kepada jemaah yang lain juga, untuk bersama-sama mendoakan Allahyarham.Antara yang menunaikan solat jenazah ialah suami Allahyarham, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta menteri-menteri Kabinet.Turut bersama-sama dalam saf ialah anak-anak serta ahli keluarga Allahyarham, serta dua lagi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selain ahli-ahli Parlimen, tokoh korporat dan orang awam daripada pelbagai lapisan masyarakat.Tinjauan Bernama mendapati ruang utama masjid dipenuhi jemaah sehingga sebahagian daripada mereka membentuk saf di kawasan luar masjid untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah.Orang ramai mula berkumpul di pekarangan masjid sejak tengah hari bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Dr Hasmah, dengan wakil perwakilan asing serta masyarakat bukan Islam turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada DrHasmah, sebelum meninggalkan masjid.Selesai urusan solat jenazah, jenazah Allahyarham dibawa keluar dari masjid untuk dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya bagi istiadat pengebumian.Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isninpada usia 100 tahun |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah tiba di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 6:04 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jenazah Tun Dr Hasmah Mohd Ali tiba di Pusara Negara, Presint 20, di sini untuk istiadat pengebumian pada Isnin.Jenazah tokoh perubatan itu tiba pada jam 5.51 petang menggunakan van Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan disambut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.Allahyarham Tun Dr Hasmah berusia 100 tahun yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi.Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada jam 10.48 pagi sebelum disolatkan di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Allahyarham Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara.Allahyarham menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 12 Julai lalu.Tun Dr Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara selain turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat. |
|
Pusara Negara: The final resting place of Malaysia's prominent figures - Sinardaily - 28/09 5:40 pm SHAH ALAM The burial of Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali at Pusara Negara, Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya, on Monday will add another prominent name to a cemetery that is the final resting place of senior public figures, civil servants and victims of the MH17 tragedy.Dr Hasmah, who died at 9.20am on Monday at the age of 100, is scheduled to be buried after jenazah prayer at Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah.Her burial will be accorded the state funeral ceremony.Here are some of the notable individuals already laid to rest at the cemetery |
|
Tun Dr Hasmah peramah, penyayang, sentiasa di sisi Tun M Haniff Khatri - Sinarharian - 28/09 5:30 pm PUTRAJAYA Sifat peramah dan penyayang yang dimiliki Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali antara kenangan paling melekat dalam ingatan peguam, Haniff Khatri Abdulla.Haniff berkata, beliau berpeluang berurusan dengan Tun Dr Hasmah dalam beberapa urusan profesional dan melihat sendiri bagaimana Allahyarham melayani setiap individu yang ditemuinya."Kalau kami pergi pejabat untuk apa-apa urusan pun, urusan kita profesional dengan Tun dan sebagainya. Tapi tengok dia, dia akan layan," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Presint 20, pada Isnin.Menurutnya, Dr Hasmah juga seorang yang mudah bergurau dan sentiasa menunjukkan sifat mesra ketika bertemu."Beliau memang sifat penyayang dia cukup-cukup besar |
|
Anwar, Dr Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 5:20 pm SERI KEMBANGAN -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini.Anwar dan Dr Wan Azizah tiba di pekarangan masjid pada 4 petang dan kemudian menyantuni suami Allahyarham, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli keluarga bagi menyampaikan ucapan takziah.Perdana Menteriturut dilihat bersalaman dan berbual ringkas dengan Dr Mahathir.Terdahulu, orang ramai, barisan kenamaan serta perwakilan asing hadir ke masjid berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepadaAllahyarham Dr Hasmah.Anwar bersama ahli keluarga Allahyarham serta hadirin kemudianmenunaikan solat Asar.Jenazah Allahyarham dijadual dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya petang ini bagi istiadat pengebumian.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin pada usia 100 tahun |
|
Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Dikebumikan Di Pusara Negara, Bersebelahan Pusara Tun Endon - Siraplimau - 28/09 4:40 pm Berita mengenai kehilangan Tun Dr Siti Hasmah hari ini mengundang pilu seluruh rakyat Malaysia. Terbaharu, jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, hari ini, 28 September 2026 |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah akan disemadikan bersebelahan pusara Tun Endon - Sinarharian - 28/09 4:06 pm SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Jenazah Tun Dr Hasmah Mohd Ali akan disemadikan bersebelahan pusara Tun Endon Mahmood di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) susulan keputusan keluarga untuk mengebumikan Allahyarham di Pusara Negara."Dalam kenyataan media, Pejabat Perdana Menteri, pihak kerajaan telah mengarahkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri Panglima Angkatan Tentera untuk memastikan istiadat pengebumian pembesar negara diberikan buat Dr Hasmah," katanya kepada media selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di sini pada Isnin.Fahmibersama isterinya,tiba di kediaman Allahyarham kira-kira 2.15 petang.Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir memberikan penghormatan terakhir, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual hadir ke masjid berkenaan.Dalam pada itu, Fahmi berkata, semua stesen radio dan televisyen diarahkanmembuat penyesuaian terhadap kandunganserta rancangan sepanjang hari ini sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham.Mengimbau kenangan bersama Allahyarham, Fahmi berkata, antara memori terawalnya ialah ketika beliau berusia 12 tahun danDr Hasmah pernah menyaksikan pementasan teater yang disertainya bersama rakan-rakan sekolah."Itu mungkin antara kenangan terawal saya |
|
Sultan Pahang, Tengku Ampuan beri penghormatan terakhir buat Tun Dr Hasmah - Sinarharian - 28/09 4:05 pm SERI KEMBANGAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah danTengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.Keberangkatan tiba baginda berduapada 2.10 petang diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin, pada usia 100 tahun.Beliau meninggalkan tujuh orang anak.Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi;Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan isteri, Datin SeriAzrina Puteri Mohamed Mahyuddin;serta Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.Mereka yang lain termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin; Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa;artis Datuk DJ Dave, Tan Sri Rais Yatim dan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan.Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas itu menyifatkan pemergian Dr Hasmah sebagai satu kehilangan besar buatnegara, khususnya kepada golongan wanita dan ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).Ahmad Zahid berkata, beliau bersama-sama isteri Datin Seri Hamidah Khamissempat menziarahi Allahyarham di kediamannya Isnin lepas.Beliau berkata, pertemuan itu turut menjadi ruang buat isteri beliau bersama-samaAllahyarham,yang juga anggota Bakti,mengenang kembali pelbagai kisah dan pengalaman lama."Yang diceritakan oleh isteri saya, beliau (Dr Hasmah) banyak bercerita mengenai alam baqa, Padang Mahsyar seolah-olah mengetahui akan pergi buat selama-lamanya."Tentu kami merasakan kehilangan yang teramat, kerana Allahyarham telah banyak menabur jasa, terutama dalam kalangan wanita dan ahli-ahli Bakti," katanya.DrHasmah akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara dan dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 di Putrajaya |
|
Former PM Dr Mahathir???s wife Dr Siti Hasmah passes away at 100. - Sinchew - 28/09 4:00 pm Funeral prayers for Dr Siti Hasmah will be held at Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur between 3pm and 4pm today. Burial is scheduled after 4.15pm at the Presint 20 Muslim Cemetery in Putrajaya. |
|
Malaysia kehilangan tokoh wanita yang jadi saksi seabad perjalanan negara .. - Mygazette - 28/09 4:00 pm Isteri kepada bekas Perdana Menteri yang juga ibu kepada tujuh anak, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi ini pada usia 100 tahun. Allahyarham dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 di Putrajaya selepas solat Asar |
|
Fahmi: Tun Siti Hasmah dikebumikan di sebelah pusara Tun Endon - Mygazette - 28/09 4:00 pm # Fahmi: Tun Siti Hasmah dikebumikan di sebelah pusara Tun Endon SERI KEMBANGAN Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil |
|
ATM mula lakukan persiapan pengebumian Dr. Siti Hasmah di Pusara Negara - Mygazette - 28/09 4:00 pm # ATM mula lakukan persiapan pengebumian Dr. Siti Hasmah di Pusara Negara PUTRAJAYA - Beberapa anggota tentera dilihat mula menggali liang lahad di Pusara Negara, Presint 20, di sini bagi persiapan pengebumian Allahyarhamah Tun Dr |
|
Allahyarham Dr. Siti Hasmah dikebumi di Pusara Negara - Mygazette - 28/09 4:00 pm Siti Hasmah dikebumi di Pusara Negara KUALA LUMPUR - Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 di Putrajaya selepas solat Asar |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah dibawa ke masjid untuk disolatkan - Sinarharian - 28/09 3:54 pm SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Jenazah Tun Dr Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dibawa keluar dari kediamannya di sini untuk dibawa ke Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah untukdisolatkan.Jenazah dibawa keluar dari kediaman pada kira-kira jam 2.45 petang, sebelum tiba di pekarangan masjid pada jam 2.55 petang diiringi ahli keluarga.Sejurus tiba, jenazah kemudian dibawa masuk ke bilik jenazah bagi urusan pengurusan jenazah sebelum sesi penghormatan terakhir.Turut berada di masjid ialah suaminya, Tun Dr Mahathir serta anak-anak dan ahli keluarga terdekat.Solatsolat jenazah akan dilaksanakan selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman di The Mines, Seri Kembangan dari Institut Jantung Negara (IJN)di sini, pada 10.48 pagi tadi.Antara kenamaan lain yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan isteri; bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk memberi taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham Dr Hasmah.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pada Isninmemaklumkan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, untuk membantu pengurusan dan melaksanakan istiadat berkenaan.Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini pada usia 100 tahun |
|
Dr Hasmah dikebumikan di Pusara Negara - Mkini - 28/09 3:37 pm Jenazah disembahyangkan selepas solat Asar di Masjid As-Syarif, , Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor dan seterusnya dikebumikan di Pusara Negara Presint 20, Putrajaya. |
|
Kerja gali pusara Tun Siti Hasmah dilaksana ATM - Kosmo - 28/09 3:12 pm PUTRAJAYA- Kerja-kerja menggali pusara bagi persiapan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sedang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pusara Negara dekat Presint 20 di sini hari ini |
|
[TERKINI] Jenazah Tun Dr Siti Hasmah tiba di Masjid As-Syarif untuk dimandi, dikafankan - Astroawani - 28/09 3:05 pm Jenazah akan dibawa ke Pusara Negara di Presint 20, Putrajaya selepas solat Asar untuk disemadikan. |
|
Do not forget to be kind: The lesson Tun Dr Hasmah left behind - Sinardaily - 28/09 2:20 pm If there is one thing I wish we could all remember about Dr Hasmah, it is her smile, she said.She urged Malaysians to remember Dr Hasmah for her own contributions as a woman who broke barriers in medicine and public life, rather than solely through her association with Dr Mahathir.We can remember her contributions to medicine, and not just as the wife of Tun Dr Mahathir Mohamad, but as a woman trailblazer in the country who, regardless of all her achievements, managed to remain kind and graceful to everyone she met, she said. THE WOMAN BEHIND THE SMILEDr Siti Hasmah, who was born in Klang, Selangor, on July 12, 1926, was among Malaysia's earliest Malay women doctors and built a career in public health, particularly in maternal and child healthcare.She studied medicine at the King Edward VII College of Medicine in Singapore and later served in the public healthcare sector.Dr Hasmah and Dr Mahathir married on Aug 5, 1956, after meeting as medical students in Singapore, and had seven children.She became the wife of the prime minister during Dr Mahathir's two terms in office, from 1981 to 2003 and again from 2018 to 2020.Dr Hasmah turned 100 on July 12 this year, while the couple marked their 70th wedding anniversary in August.Dr Siti Hasmah died at the National Heart Institute (IJN) at about 9.20am today, aged 100, and her death was confirmed by her son, Tan Sri Mokhzani Mahathir.Her remains were taken from IJN at 10.48am and brought to the family residence at The Mines, Seri Kembangan.Funeral prayers are expected to be held after Asar at Masjid As-Syarif in Taman Sungai Besi Indah, with her remains to be laid to rest at the Presint 20 Muslim Cemetery in Putrajaya.The Government has accorded Dr Hasmah state funeral honours, with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim directing the Chief Secretary to the Government and Chief of Defence Forces to assist with the arrangements. |
|
Jenazah Tun Dr Hasmah akan dikebumikan di Pusara Negara - Sinarharian - 28/09 2:08 pm PUTRAJAYA Jenazah Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya pada Isnin.Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan, istiadat pengebumian jenazah akan disempurnakan selepas selesai urusan pengurusan, penghormatan terakhir dan solat jenazah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor.Jenazah akan dibawa menggunakan kenderaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jam 4.30 petang bagi tujuan tersebut.Allahyarham Tun Dr Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor, Dr Hasmah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia dan kemudiannya membina kerjaya panjang dalam bidang perubatan, kesihatan awam serta kerja kemasyarakatan.Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura dan menamatkan pengajian pada 1955.Selepas menyertai Kementerian Kesihatan, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di beberapa kawasan di seluruh negara, termasuk Kedah, dengan sebahagian besar tugasnya tertumpu kepada kesihatan awam serta penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak.Dr Hasmah berkahwin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1956.Pasangan itu dikurniakan empat anak kandung, Marina, Tan Sri Mirzan, Tan Sri Mokhzani dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz, selain mempunyai tiga anak angkat iaitu Melinda, Mazhar dan Maizura.Dr Hasmah yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 12 Julai lalu, merupakan antara tokoh perubatan wanita terawal negara dan banyak menyumbang dalam bidang kesihatan awam, khususnya kesihatan ibu dan kanak-kanak. |
|
Tokoh kenamaan beri penghormatan terakhir buat Hasmah - FMT - 28/09 2:05 pm Jenazah dijangka dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya selepas Asar. |
|
Tun Dr Hasmah's remains brought home ahead of funeral - Sinardaily - 28/09 12:55 am KUALA LUMPUR The remains of Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, wife of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, were brought home from the Institut Jantung Negara (IJN) at 10.48am on Monday (Sept 28).Her son, Tan Sri Mokhzani Mahathir, confirmed the matter.The remains arrived at the couples residence at The Mines, Seri Kembangan, Selangor, at 11.15am.Jenazah prayers for Dr Hasmah will be held after Asar prayers at Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur, with her remains to be laid to rest at the Presint 20 Muslim Cemetery in Putrajaya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |