///
See Also: Shutterstock

Search : Polis Diraja News   Page 1    



159 scammer warga China berdepan hukuman enam sebatan - Mygazette - 29/07 7:58 am

# 159 scammer warga China berdepan hukuman enam sebatan JOHOR BAHRU Seramai 159 warga China didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli sindiket penipuan dalam talian atau scammer selain berada di negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah, pertengahan bulan ini





113 pelarian tinggalkan IPK Kuala Lumpur, NGO sedia lokasi penempatan - Mygazette - 29/07 7:58 am

# 113 pelarian tinggalkan IPK Kuala Lumpur, NGO sedia lokasi penempatan KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang ditempatkan sementara di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini telah dibawa keluar ke lokasi penempatan yang disediakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)





Pekerja Bangladesh disamun lelaki bersenjata di kedai serbaneka - Mygazette - 29/07 7:58 am

# Pekerja Bangladesh disamun lelaki bersenjata di kedai serbaneka KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga Bangladesh berdepan detik cemas selepas disamun lelaki tempatan menggunakan senjata dipercayai pistol dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sibu, Taman Wahyu di sini hari ini





DAP lapor polis terhadap MP Jempol, dakwa kenyataan fitnah ketika kempen... - Mygazette - 29/07 7:58 am





Kes kematian bayi 18 bulan: Bapa kandung ditahan selepas hampir tiga tahun .. - Mygazette - 29/07 7:58 am

# Kes kematian bayi 18 bulan: Bapa kandung ditahan selepas hampir tiga tahun siasatan JOHOR BAHRU - Selepas hampir tiga tahun siasatan dijalankan, polis akhirnya mengklasifikasikan semula kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan sebagai kes bunuh dengan bapa kandung mangsa dikenal pasti sebagai suspek utama





Pegawai JIM, polis antara diberkas sindiket godam Sistem Imigresen Malaysia - Sinarharian - 29/07 7:51 am

SHAH ALAM - Sindiket penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah tumpas pada Selasa.Operasi Op Crack itu dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, seramai 12 individu telah ditahan terdiri daripada dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai JIM, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM serta seorang pegawai polis."Kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan antara jam 2 hingga 5 petang semalam (Selasa) di Ibu Pejabat SPRM dan JIM Pulau Pinang."Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan kuota PLKS tahun 2011 tanpa membuat bayaran levi pas yang dikeluarkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebanyak 1,306 PLKS palsu telah dikeluarkan, menyebabkan kerugian kepada kerajaan dianggarkan sebanyak RM2.4 juta.Tambahnya, penggeledahan turut dijalankan di premis syarikat serta pejabat JIM di Pulau Pinang dan Putrajaya."Operasi ini adalah hasil perkongsian maklumat risikan antara Bahagian Perisikan SPRM dan Bahagian Perisikan JIM yang telah dilaksanakan sejak Mei 2026 di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang."Turut membantu dalam operasi ini ialah Cyber Security Malaysia (CSM), Telekom Malaysia dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM," ujarnya.Tegasnya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman bagi siasatan di bawah Seksyen 17(a) dan 16(a) Akta SPRM 2009.





Pegawai imigresen antara 12 ditahan sindiket PLKS palsu - Utusan - 29/07 7:13 am

PETALING JAYA: Seramai 12 individu termasuk enam pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengeluaran 1,306 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu yang menyebabkan kerajaan kerugian dianggarkan RM2.4 juta





Kalau yakin, kenapa padam? Netizen persoal tindakan Ketua Penerangan Umno .. - Wrlr - 29/07 6:21 am

Jika tidak, mengapa ia dimuat naik pada awalnya? katanya. Adam turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera bagi melindungi martabat institusi Raja-Raja Melayu daripada sebarang tohmahan atau eksploitasi politik





PRU Negeri Sembilan: Shamsulkahar Dikecam Kaitkan DAP Dengan Imej Hina .. - Wrlr - 29/07 6:07 am

Ahli Parlimen Jelutong MP RSN Rayer (tiga dari kiri) bersama beberapa pemimpin DAP selepas membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Jempol, Shamsulkahar Deli di Balai Polis Seremban 2 pada 28 Julai 2026





Polis: Pelarian Rohingya dibawa ke petempatan ditempatkan NGO Kaladan - Mkini - 28/07 8:48 pm

113 pelarian dipindahkan itu termasuk seorang warga Iraq, seorang warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri pelarian Rohingya.





Warga emas rugi RM367,300 akibat pelaburan tidak wujud - Sinarharian - 28/07 8:11 pm

KUCHING - Seorang lelaki warga emas di Miri mengalami kerugian lebih RM360,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullahberkata, berdasarkan laporan diterima semalam, mangsa telah melihat satu iklan pelaburan di media sosial sebelum menekan pautan disediakan dan berurusan dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan."Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat sebelum membuat 48 transaksi ke tiga akaun bank dari 9 Jun hingga 20 Julai lepas, membabitkan jumlah keseluruhan RM367,300," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas suspek memberikan pelbagai alasan apabila warga emas itu ingin menuntut keuntungan daripada pelaburan tersebut.Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan





Pahang sasar 35 emas dalam SUKMA - Sinarharian - 28/07 8:04 pm

KONTINJEN Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang menyasarkan kutipan 35 pingat emas pada temasya SUKMA Selangor 2026, manakala kontinjen Para SUKMA pula memburu 15 pingat emas dalam saingan yang berlangsung pada Ogos dan September depan.Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan potensi dan prestasi atlet negeri pada ketika ini."Kontinjen Pahang kali ini diwakili 737 atlet membabitkan 397 lelaki dan 340 wanita yang akan memberi tumpuan kepada acara berpotensi menyumbang pingat emas."Kita juga mempertaruhkan 75 atlet membabitkan 49 lelaki dan 26 wanita pada Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 10 September depan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pahang ke SUKMA dan Para SUKMA di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Selasa.Majlis itu disempurnakan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Fadzli memberitahu, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM12 juta bagi persiapan kontinjen SUKMA dan Para SUKMA kali ini."Kontinjen kita lebih besar kali ini dan pertama kali SUKMA tidak mempunyai perkampungan sukan, jadi kita perlu menanggung kos penginapan, pengangkutan serta makan minum."Alhamdulillah, menjelang temasya yang berbaki kira-kira 18 hari lagi, kita berjaya memperoleh peruntukan tambahan."Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail yang cukup prihatin terhadap keperluan atlet-atlet kita," jelasnya.Mengulas peluang kutipan pingat, Fadzli berkata, acara menembak menjadi antara sandaran utama Pahang selepas mencatat pencapaian membanggakan pada SUKMA lalu.Katanya, selain menembak, Pahang turut melihat potensi menerusi beberapa acara lain seperti angkat berat, silat, memanah, judo, karate, taekwondo dan olahraga."Dalam SUKMA yang lepas, kita berjaya memperoleh 12 pingat emas bagi acara menembak dan kali ini kita mahu mengekalkan kejayaan tersebut atau mencapai pencapaian lebih baik."Kita nampak peluang-peluang baharu untuk emas, sebab itu kita menyasarkan 35 pingat emas kali ini," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri mengekalkan ganjaran RM6,000 bagi pemenang pingat emas individu SUKMA seperti yang diberikan pada temasya di Sarawak.





Bapa Kandung Jadi Suspek Utama Selepas 3 Tahun, Kematian Bayi 18 Bulan Kini Disiasat Sebagai Kes Bun*h - Siraplimau - 28/07 7:58 pm

Selepas hampir tiga tahun menjalankan siasatan, polis akhirnya mengklasifikasikan semula kes kematian seorang bayi lelaki berusia 18 bulan di Johor sebagai kes bunuh dengan bapa kandung mangsa dikenal pasti sebagai suspek utama





PRN Negeri Sembilan: 91.06 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab, lepasi sasaran ditetapkan - SPR - Sinarharian - 28/07 7:40 pm

SEREMBA - Sebanyak 91.06 peratus atau 14,995 pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 telah melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini sekali gus melepasi sasaran 90 peratus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata seramai 16,467 anggota tentera dan polis serta pasangan layak untuk mengundi awal untuk PRN kali ini."Proses pengundian, yang bermula 8 pagi, melibatkan 38 pusat pengundian awal di seluruh negeri sebelum ditutup secara berperingkat pada 12 tengah hari hingga 5 petang."Sebanyak 18 pusat mengundi ditutup pada 12 tengah hari, dua pusat pada 2 petang manakala 18 pusat ditutup sepenuhnya pada 5 petang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, SPR merakamkan ucapan tahniah kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan petugas kerana menjalankan tanggungjawab dengan amat baik."Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung serta tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR," katanya.Pengundian awal PRN Negeri Sembilan melibatkan secara keseluruhan seramai 22,339 pemilih dengan 16,467 orang mengundi secara fizikal merangkumi 11,293 tentera dan pasangan serta 5,174 polis dan pasangan manakala selebihnya mengundi secara pos.Sebanyak 867,151 pemilih biasa layak mengundi pada Sabtu ini





Kontraktor ditahan disyaki amang seksual anak perempuan 4 tahun - Sinarharian - 28/07 7:32 pm

TAWAU - Seorang kontraktor tempatan ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya dalam kejadian di daerah ini pada malam Isnin.Perbuatan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas mangsa berusia empat tahun dibawa ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan susulan aduan bahawa bahagian sulitnya disentuh.Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 petang."Siasatan awal mendapati ibu mangsa membawanya ke Jabatan Kecemasan Hospital Tawau selepas menerima aduan bahagian sulitnya telah disentuh oleh bapanya sebelum kes itu dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut."Bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menjalankan siasatan."Hasil siasatan lanjut berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki tempatan di perkarangan hospital kira-kira jam 10.50 malam pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Katanya lagi, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017."Siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan keterangan lanjut daripada suspek," katanya.Sementara itu, Wilynton turut merakamkan penghargaan kepada petugas hospital berkenaan atas keprihatinan, tindakan pantas dan profesionalisme dalam mengesan serta melaporkan kes itu kepada polis."Tindakan segera itu membolehkan siasatan dijalankan tanpa berlengah, sekali gus memastikan kebajikan, keselamatan dan perlindungan mangsa terus diutamakan," katanya.Beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada."Orang ramai turut diseru supaya segera menyalurkan maklumat kepada polis atau pihak berkuasa sekiranya mengesyaki berlaku sebarang bentuk penderaan atau jenayah seksual terhadap kanak-kanak agar tindakan segera dapat diambil demi melindungi golongan berkenaan," katanya.





Lelaki ditemui maut dalam tangki air - Sinarharian - 28/07 7:15 pm

IPOH - Bomba mengesahkan seorang lelaki ditemui maut dalam sebuah tangki air ketika melakukan kerja kimpalan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Parit dekat Parit pada Selasa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.46 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit tiba di lokasi tujuh minit kemudian.Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Nazrin Yaakob, 34, dipercayai terjatuh ke dalam tangki air ketika menjalankan kerja mengimpal tangga di bahagian dalam tangki berkenaan."Anggota bomba kemudian memasuki tangki air itu bagi menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan tali penyelamat untuk mengeluarkan mangsa ke permukaan tangki," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sabarodzi berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Sementara itu, seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Kampar berhampiran sebuah resort di Kebun Pak Wan dekat Gopeng pada Selasa.Sabarodzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian yang menimpa mangsa berusia 17 tahun itu pada jam 1.45 tengah hari sebelum anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Tronoh yang sedang menjalani latihan di lokasi sama melancarkan operasi mencari."Mangsa berjaya ditemukan kira-kira 10 minit kemudian pada jarak antara 15 hingga 20 meter dari lokasi asal dipercayai dilihat kali terakhir," katanya.Beliau berkata, pegawai perubatan KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut





Pelajar Tingkatan Satu hilang ditemui, mengaku ikut rakan - Sinarharian - 28/07 7:09 pm

KOTA KINABALU - Pelajar perempuan Tingkatan Satu yang dilaporkan hilang pada Isnin ditemukan dalam keadaan selamat di hadapan rumah rakannya di Inanam.Gwynne Mia Erbin, 12, ditemui bersendirian di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 petang Selasa.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, remaja itu ditemukan dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan."Hasil keterangan awal, mangsa memaklumkan bahawa dia telah mengikut seorang rakan sejak hari sebelumnya."Mangsa kemudian dibawa oleh ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi tujuan membuat laporan susulan dan tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.Susulan penemuan pelajar tersebut, Syed Lot menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian itu sehingga siasatan selesai dijalankan."Sebarang maklumat berkaitan kes hendaklah dirujuk kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui saluran rasmi."PDRM juga merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama, menyalurkan maklumat serta membantu menyebarkan hebahan orang hilang," katanya.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan remaja berkenaan tidak hadir ke sekolah selepas dihantar ke sekolahnya di Likas pada pagi Isnin.





MB Kedah, pemimpin Umno Rembau bakal menghadap polis - Harapandaily - 28/07 6:47 pm

Dalam masa sama, polis akan memanggil Ketua Penerangan Umno Rembau, Shukri Shamsuddin susulan tuduhan kononnya istana, negeri dan Menteri Besar “habis dipegang oleh DAP”. Polis Diraja..





Lelaki bersenjata pistol samun kedai serbaneka, larikan wang dan barangan - Sinarharian - 28/07 6:28 pm

KUALA LUMPUR Seorang lelaki dipercayai bersenjatakan pistol melarikan wang tunai dan beberapa barangan makanan selepas menyamun sebuah kedai serbaneka di Jalan Sibu, Taman Wahyu, di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, suspek yang dipercayai lelaki tempatan memasuki premis berkenaan dengan memakai baju sejuk dan seluar berwarna kelabu, selain topi keledar berwarna hitam serta membawa beg silang.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, suspek kemudian mengambil beberapa barangan makanan dari rak jualan sebelum memasukkannya ke dalam beg yang dibawa."Suspek kemudiannya menuju ke kaunter pembayaran dan mengarahkan seorang pekerja warga Bangladesh membuka laci mesin juruwang."Suspek turut mengugut mangsa dengan menunjukkan sepucuk pistol sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang diparkir di hadapan pintu masuk premis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Basri berkata, pengurus operasi premis berusia 44 tahun tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.01 pagi."Jumlah kerugian akibat kejadian tersebut dianggarkan sebanyak RM1,052





Remaja 17 tahun maut, hanyut ketika mandi sungai - Sinarharian - 28/07 6:28 pm

GOPENG - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia selepas dipercayai hanyut ketika mandi di Sungai Kampar di sini pada Selasa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, mangsa dilaporkan hanyut sebelum rakan-rakannya menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.Menurutnya, ketika kejadian, terdapat anggota Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM) Wilayah Utara dari Tronoh sedang menjalani latihan berhampiran lokasi."Anggota berkenaan telah terlebih dahulu memulakan operasi mencari mangsa menggunakan teknik surface searching."Mangsa berjaya ditemui dalam tempoh kira-kira 10 minit pada jarak antara 15 hingga 20 meter dari lokasi asal mangsa dilaporkan hilang," katanya dalam satu kenyataan di sini.Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa naik ke tebing sungai sebelum diberikan rawatan awal oleh anggota penyelamat.Katanya, anggota FRAM bersama pasukan bomba memberikan bantuan pernafasan (CPR) secara berterusan selama hampir satu jam sementara menunggu ketibaan pasukan perubatan."Bagaimanapun, pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut."Operasi yang melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng itu ditamatkan pada jam 4.18 petang," katanya.





'Wanita Rohingya menangis, meraung' - Sinarharian - 28/07 6:17 pm

KUALA LUMPUR - Suasana tenang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bertukar riuh dengan tangisan dan raungan sejurus melihat kehadiran pihak media dan lensa kamera.Itu gelagat seorang wanita Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur sementara menanti tindakan lanjut daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati semua 110 pelarian Rohingya dan tiga individu masing-masing pencari suaka dari negara lain ditempatkan dalam keadaan lebih teratur berbanding di kaki lima pejabat UNHCR.Turut kelihatan petugas dari badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Relief Agency (MRA) membuat pemeriksaan perubatan buat individu yang memerlukan.Difahamkan pelarian terbabit diberi makan dan minum yang mencukupi malah kemudahan asas seperti tandas serta susu bayi termasuk air panas disediakan.Terdahulu media melaporkan, kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.Fadil berkata, hasil daripada proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga Rohingya di pekarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga Rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KL





Aktivis alam sekitar dipanggil polis berhubung dakwaan fitnah istana Pahang - Mkini - 28/07 5:39 pm

Shakila Zen disiasat berhubung hantaran di Threads yang didakwa mengaitkan institusi diraja Pahang dengan aktiviti perlombongan pasir.





Penahanan salah: Mahkamah arah kerajaan, polis bayar ganti rugi RM195,000 kepada 13 aktivis - Sinarharian - 28/07 5:38 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Selasa memerintahkan kerajaan dan polis membayar RM195,000 sebagai ganti rugi kepada 13 aktivis atas penahanan salah mereka semasa perhimpunan nyalaan lilin di Dataran Merdeka pada 2021, ketika pandemik Covid-19.Hakim Datuk Anand Ponnudurai menganugerahkan RM15,000 sebagai ganti rugi am kepada setiap plaintif."Selepas mengambil kira keterangan secara keseluruhan dalam kes ini, mahkamah berpandangan bahawa pemberian ganti rugi sebanyak RM15,000 kepada setiap plaintif adalah adil dan wajar bagi menggambarkan kecederaan yang telah dibuktikan dalam prosiding ini."Ganti rugi ini turut mengiktiraf kepentingan hak-hak perlembagaan yang telah dicabuli dan pada masa sama, mengambil kira sifat serta tempoh penahanan selain ketiadaan faktor yang memburukkan lagi keadaan," katanya ketika membacakan penghakiman dalam kes itu.Kesemua aktivis adalah antara mereka yang ditahan semasa acara nyalaan lilin bagi memperingati mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Dataran Merdeka pada 19 Ogos 2021.Mereka telah menamakan 27 defendan termasuk 23 anggota polis yang terlibat dalam operasi penahanan itu, Kementerian Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia dan kerajaan serta memohon deklarasi bahawa mereka telah ditahan secara tidak sah dan dikurung secara salah.Dalam penghakimannya, Anand berkata, penangkapan kesemua plaintif dan penahanan mereka seterusnya pada 19 Ogos 2021 adalah tidak sah di sisi undang-undang."Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa penahanan kesemua plaintif di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi) terjumlah kepada pengurungan salah yang berpunca daripada penangkapan tidak sah," katanya.Hakim itu turut memutuskan bahawa hak-hak plaintif di bawah Perkara 5(1) dan 5(3) Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli.Beliau berkata, plaintif telah mendakwa di bawah Perkara 5(3), mereka telah dinafikan peluang yang munasabah untuk berunding dan dibela oleh pengamal undang-undang pilihan mereka.Anand berkata, Perkara 5(3) mengandungi perlindungan perlembagaan penting yang bertujuan memastikan seseorang yang telah ditangkap diberikan akses bermakna kepada nasihat guaman dalam tempoh yang munasabah, dan jaminan itu bukan sekadar tertumpu kepada penyediaan wakil guaman secara formal tetapi juga bagi memastikan wakil berkenaan berupaya memenuhi tujuan sebenar peranannya."Oleh itu, mahkamah mendapati plaintif tidak diberikan peluang yang munasabah untuk berunding dengan pengamal undang-undang sebelum langkah-langkah siasatan yang penting diambil..





Mayat bayi tidak cukup sifat ditemukan berhampiran rumah - Sinarharian - 28/07 5:31 pm

PENAMPANG -Penduduk Kampung Goliga Kolopis di sini dikejutkan dengan penemuan mayat bayi tidak cukup sifat berhampiran sebuah rumah pada Selasa.Mayat bayi berkenaan ditemukan penduduk kampung kira-kira jam 11.52 pagi sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis.Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, sepasukan pegawai bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan."Hasil siasatan awal mendapati mayat bayi dipercayai tidak cukup sifat itu ditemukan di kawasan berhampiran rumah pengadu."Pasukan forensik bersama Unit K9 kemudian digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurutnya, mayat bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi tujuan bedah siasat.Beliau berkata, polis kini menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk mengesan individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu."Pihak polis sedang giat mengesan individu bertanggungjawab serta mengenal pasti punca kejadian bagi membawa pihak terlibat ke muka pengadilan."Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran bayi dengan membuang bayi tersebut secara sulit.Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.Sehubungan itu, Sammy meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Anis Abdullah di 013-6365734 atau hadir ke balai polis berhampiran."Orang ramai juga diharap tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial sehingga boleh menjejaskan siasatan," katanya.





159 warga China scammer berdepan hukuman sebat enam kali - Sinarharian - 28/07 5:23 pm

JOHOR BAHRU Seramai 159 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan menjadi ahli sindiket penipuan dalam talian atau 'scammer' selain berada di negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah, pertengahan bulan ini.Kesemua tertuduh berusia antara 20 hingga 58 tahun itu didakwa di hadapan Majistret A Shaarmini, Majistret Atifah Hazimah Wahab dan Nurzihan Abdul Rehman.Mengikut kertas pertuduhan, mereka sebagai pihak kepada suatu pakat jahat jenayah didakwa dengan tujuan untuk melakukan pakat jahat jenayah bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang iaitu cubaan untuk menipu pelaburan kripto yang tidak wujud dan bertentangan dengan Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, mereka juga sebagai seorang bukan warganegara Malaysia didapati tidak memiliki apa-apa pas yang sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.Semua perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di sebuah premis di Jalan Forest City 16, Gelang Patah, Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 15 Julai lalu.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda antara RM4,000 hingga RM10,000 terhadap tertuduh yang mengaku bersalah atas pertuduhan imigresen dan menipu.Manakala mahkamah menetapkan tarikh sebutan antara 13 hingga 24 Ogos depan bagi sebutan semula kes serta serahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Shafeeqah Mohd Shariffudin, Nor Hidayah Mohd Tarmizi, Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal, Adilah Farzana dan Nor Deana Aqilah Aliman.Manakala kesemua tertuduh diwakili barisan peguam Heng Wang Qianyou, Heng Wang Qianwei, Clement Tiong dan Ng Mee Xuan.Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, seramai 335 individu ditahan hasil serbuan ke atas 32 premis dengan nilai rampasan RM1 juta.Beliau dilaporkan berkata, serbuan merangkumi 27 unit apartmen dan lima unit banglo yang didapati beroperasi sebagai 'calling centre' yang disyaki menjalankan kegiatan penipuan dalam talian.Manakala, pecahan tangkapan katanya merangkumi 309 warga China, 19 warga Indonesia, empat warga Myanmar dan tiga warga tempatan.Difahamkan, seramai 194 individu yang ditahan mendapat arahan pendakwaan dengan 159 dituduh pada Selasa manakala baki 35 lagi akan dituduh pada Rabu.





Detik Cemas 10 Minit! Tindakan Pantas KP Kuala Terengganu Selamatkan Pelajar Cuba T*rjun Bangunan - Lobakmerah - 28/07 5:09 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Pelarian Rohingya tinggalkan IPK Kuala Lumpur - Sinarharian - 28/07 4:59 pm

KUALA LUMPUR Kesemua 113 pelarian, termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin, telah dibawa keluar petang tadi ke lokasi penempatan yang ditetapkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua pelarian berusia antara satu bulan hingga 60 tahun itu meninggalkan IPK Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang."Kesemua pelarian berjumlah 113 orang telah bergerak keluar dari IPK Kuala Lumpur menuju ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak NGO di Ampang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLPelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatanTerdahulu, media melaporkan kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen sah yang dikeluarkan oleh Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Fadil dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke IPK Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNHCR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.





Bapa ditahan disyaki bunuh anak lelaki 18 bulan 3 tahun lalu - FMT - 28/07 4:27 pm

Polis Johor berkata suspek ditahan selepas kes itu yang disiasat sebagai kes pengabaian diklasifikasi semula kes bunuh.





Komando lumpuh selepas 'hukuman' di kem: Pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan - Radzi Jidin - Sinarharian - 28/07 4:06 pm

SHAH ALAM - Siasatan terhadap anggota Rejimen 22 Komando, Truper Abdul Hamid Talib yang parah ketika berada di dalam kem pada Mac lalu perlu dipercepat dan dijalankan secara telus.Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, siasatan menyeluruh perlu dilaksana bagi memastikan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan."Kementerian Pertahanan juga perlu memastikan kebajikan mangsa dan keluarganya terbela





Bayi dua bulan lebam dan bengkak, pasangan suami isteri ditahan - Sinarharian - 28/07 3:49 pm

TAWAU - Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes penderaan seorang bayi perempuan berusia dua bulan di Batu 8, Jalan Apas di sini pada Isnin.Lelaki berusia 30-an dan isterinya berusia 18 tahun ditahan di pekarangan Hospital Tawau kira-kira jam 11.45 malam bagi membantu siasatan.Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, kes itu terbongkar selepas seorang doktor bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Tawau membuat laporan polis selepas bayi berkenaan dibawa mendapatkan rawatan oleh pasangan terbabit bersama nenek mangsa.Menurutnya, pasangan itu pada awalnya mendakwa bayi berkenaan terjatuh, namun hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kecederaan pada tubuh mangsa."Doktor mendapati mangsa mengalami kesan lebam di dahi kiri, kesan gigitan pada pipi kanan serta bengkak di bahagian belakang kepala."Doktor kemudian dimaklumkan oleh nenek mangsa bahawa kecederaan itu dipercayai berpunca daripada perbuatan kedua-dua suspek sebelum laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, susulan laporan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menahan kedua-dua individu terbabit yang merupakan warga asing."Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan penganiayaan atau penderaan terhadap kanak-kanak dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.Dalam pada itu,Wilynton merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan (KKM), khususnya petugas Hospital Tawau atas tindakan pantas mengesan kecederaan dialami mangsa serta menyalurkan maklumat kepada polis."Polis memandang serius sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan sedemikian."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak diminta segera menyalurkan kepada balai polis berhampiran bagi membolehkan tindakan segera diambil demi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa sentiasa terpelihara," katanya.





Lelaki hilang selepas keluar cari petai di kebun - Sinarharian - 28/07 3:48 pm

KUALA NERUS - Seorang lelaki berusia 44 tahun dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun durian di Bukit Kampung Gemuruh, Tepoh, dekat sini pada Ahad lepas.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Mohd Tarmizi Alias pada jam 2.15 petang semalam daripada keluarganya."Mangsa didakwa keluar seorang diri untuk ke kebun kira-kira 15 kilometer dari rumah pada jam 10.30 pagi dengan menunggang motosikal Honda Wave tanpa membawa dokumen pengenalan diri serta telefon bimbit," katanya semasa dihubungi pada Selasa.Azli berkata, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan melibatkan pasukan keselamatan dengan bantuan anjing pengesan serta orang awam, meliputi radius dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.Sementara itu, adik mangsa Noor Suriati, 35, berkata, ibunya Aminah Awang, 61, sudah dua hari tidak tidur lena kerana bimbang akan keselamatan abangnya yang lazimnya pulang ke rumah di Kampung Petaling, Tepoh sebelum Maghrib."Abang akan beritahu mak jika hendak ke kebun, tetapi pada hari kejadian dia tergesa-gesa dan tidak sempat beritahu sesiapa."Mak beritahu kami selepas abang tidak pulang sehingga malam, menyebabkan adik-beradik lelaki dan orang kampung cuba mencari di kebun tetapi hanya menemukan motosikalnya di kaki bukit," katanya.Noor Suriati berkata, Mohd Tarmizi, anak kedua daripada sembilan beradik itu sangat mahir dengan keadaan di kebun itu kerana sering membantu ayahnya selain turut mengambil upah memanjat pokok petai atau mengutip durian di kebun berhampiran





Komited bela kebajikan warga Sikamat, puas hati proses undi awal lancar... - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Komited bela kebajikan warga Sikamat, puas hati proses undi awal lancar Nor Azman SEREMBAN - Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian awal di Balai Polis Sikamat yang disifatkannya berjalan teratur dan mengikut prosedur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)





113 pelarian pemegang kad UNHCR tidak ditempatkan di depoh imigresen 113 .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# 113 pelarian pemegang kad UNHCR tidak ditempatkan di depoh imigresen KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang berlindung di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) sejak semalam tidak akan ditempatkan di depoh tahanan imigresen





Tun Faisal harap pengundi awal diberi kebebasan pilih calon terbaik - Mygazette - 28/07 3:47 pm

Saya harap mereka dapat memilih calon dan parti yang terbaik berdasarkan tawaran yang diberikan demi kepentingan rakyat dan masa depan Negeri Sembilan, katanya. Ditanya tentang hari mengundi awal, Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, proses pengundian melibatkan 150 anggota dan pegawai serta pasangan Polis Diraja Malaysia di Balai Polis Sikamat berjalan dengan lancar





Kempen rumah ke rumah dedah isu sebenar penduduk Seri Menanti –... - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Kempen rumah ke rumah dedah isu sebenar penduduk Seri Menanti - Kamarul KUALA PILAH - Pendekatan berkempen dari rumah ke rumah memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti, Mohd Kamarul Ariffin Mohd Wafa memahami sendiri isu sebenar yang dihadapi penduduk





Razali puji kelancaran undi awal, sifatkan pengurusan SPR profesional - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Razali puji kelancaran undi awal, sifatkan pengurusan SPR profesional SEREMBAN - Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi N.13 Sikamat, Datuk Razali Abu Samah memuji kelancaran proses pengundian awal di Balai Polis Sikamat yang disifatkannya berlangsung dalam suasana terkawal, teratur dan profesional





Polis lumpuhkan sindiket calling centre di Forest City - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Polis lumpuhkan sindiket calling centre di Forest City JOHOR BAHRU - Seramai 335 ahli sindiket diberkas termasuk warga asing selepas serbuan dilakukan dua pusat calling centre yang menjalankan aktiviti penipuan dalam talian di Forest City, Iskandar Puteri pada 15 Julai lalu





Bangun seawal subuh, anggota polis tunaikan tanggungjawab mengundi - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Bangun seawal subuh, anggota polis tunaikan tanggungjawab mengundi LABU -Seawal jam 8 pagi, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula hadir ke Balai Polis Labu bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini





Aminuddin yakin kadar keluar mengundi awal PRN N. Sembilan catat .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Aminuddin yakin kadar keluar mengundi awal PRN N





Tiga maut kemalangan dua kereta di Maran - Mygazette - 28/07 3:47 pm

TEMERLOH - Tiga maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Besar Maran dekat Kampung Paya Pasir di sini hari ini





P.Pinang pantau komuniti Rohingya susulan kebimbangan penduduk – Kon .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# P.Pinang pantau komuniti Rohingya susulan kebimbangan penduduk - Kon Yeow GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus memantau perkembangan komuniti etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri ini susulan kebimbangan penduduk terhadap peningkatan jumlah mereka





113 pelarian termasuk warga Rohingya ditempatkan di IPK Kuala Lumpur - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# 113 pelarian termasuk warga Rohingya ditempatkan di IPK Kuala Lumpur KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang 'berkampung' di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kini ditempatkan sementara di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur





Polis mohon saksi kemalangan maut di Maran tampil bantu siasatan - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Polis mohon saksi kemalangan maut di Maran tampil bantu siasatan MARAN - Polis memohon saksi kemalangan maut membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 95, Jalan Temerloh - Kuantan di sini pagi tadi tampil bagi membantu siasatan





PRN N. Sembilan: SPR jangka kadar keluar mengundi Sabtu ini antara 72-75% .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# PRN N





Penduduk Kuala Muda tidak mahu etnik Rohingya dominasi kampung mereka - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Penduduk Kuala Muda tidak mahu etnik Rohingya dominasi kampung mereka Penduduk sepakat minta komuniti Rohingya berpindah secara sukarela PENAGA - Penduduk Kampung Kuala Muda di sini, mengakui pertambahan komuniti etnik Rohingya sehingga membentuk penempatan kecil mencetuskan kebimbangan terhadap landskap masa depan kampung itu





Noorzunita perhebat kempen rumah ke rumah, tolak politik perkauman di .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm

# Noorzunita perhebat kempen rumah ke rumah, tolak politik perkauman di Pilah KUALA PILAH - Memasuki hari kesembilan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah terus memperhebat gerak kerja turun padang





Pengundi berhak membuat pilihan tanpa rasa takut ??? Razali - Mygazette - 28/07 3:47 pm

Yang penting, keluarlah mengundi dan pilihlah calon yang dirasakan layak, katanya. Dalam pada itu, pengalaman lebih tiga dekad dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadikan lawatan Razali ke Balai Polis Sikamat sempena pengundian awal hari ini cukup bermakna





Keluarga dua remaja ditemukan maut di Flat Sungai Pari stabil - Utusan - 28/07 3:46 pm

IPOH: Emosi keluarga dua pelajar perempuan berumur 14 tahun yang ditemukan maut di Flat Sungai Pari, Buntong di sini pada Jumaat lalu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut dalam keadaan terkawal





Pelajar Tingkatan Satu Dikhuatiri Hilang Selepas Dihantar Ke Sekolah, Polis Mohon Bantuan Orang Ramai - Siraplimau - 28/07 3:43 pm

Seorang pelajar tingkatan Satu dilaporkan hilang selepas dipercayai tidak memasuki sekolah walaupun telah dihantar ke sebuah sekolah menengah di kawasan Likas pada awal pagi Isnin





Baitulmal perlu berperanan jana kekayaan baharu, bukan sekadar agih bantuan - Sinarharian - 28/07 3:20 pm

KUALA NERUS - Institusi Baitulmal perlu beralih daripada peranan tradisional sebagai badan pengutip dan pengagih bantuan kepada institusi yang mampu menjana kekayaan baharu demi memperkukuh kewangan sosial Islam serta memperluaskan peluang ekonomi rakyat.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, pendekatan yang hanya menumpukan kepada penyaluran bantuan sara hidup secara langsung tidak lagi memadai dalam berdepan cabaran ekonomi yang semakin mencabar dan tidak menentu.Menurutnya, Baitulmal perlu memainkan peranan lebih besar dengan membuka ruang dan peluang ekonomi kepada masyarakat, sekali gus membantu mereka meningkatkan taraf hidup secara mampan."Pandangan Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz yang menyifatkan kemiskinan bukan sekadar berpunca daripada kekurangan pendapatan, sebaliknya kekurangan peluang untuk memperbaiki kehidupan, wajar dijadikan asas dalam merangka hala tuju institusi tersebut."Atas sebab itu, Baitulmal tidak boleh hanya berfungsi mengurangkan kesan kemiskinan, sebaliknya perlu menjadi pemangkin kepada peluasan peluang ekonomi rakyat."Ia perlu berkembang sebagai institusi yang bersifat generatif, bukan sekadar mengagihkan kekayaan sedia ada tetapi turut menjana sumber baharu yang boleh dimanfaatkan secara berterusan oleh masyarakat," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Baitulmal Kebangsaan (KBK) 2026 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini pada Selasa.Menurut Zulkifli, terdapat tiga pendekatan utama yang perlu diberi perhatian bagi memastikan Baitulmal mampu menjadi pemacu pembangunan sosioekonomi umat Islam secara lebih mampan.Katanya, pendekatan pertama ialah mengubah fokus daripada bantuan langsung kepada usaha pemerkasaan ekonomi menerusi gabungan instrumen zakat, wakaf dan pembiayaan mikro Islam."Dana Baitulmal perlu distruktur semula melalui integrasi pelbagai instrumen kewangan sosial bagi membolehkan golongan asnaf dibantu sehingga mampu keluar daripada kelompok penerima bantuan dan seterusnya menjadi pembayar zakat."Kita perlu menukarkan penerima zakat menjadi muzakki melalui pembiayaan mikro Islam tanpa faedah yang disokong modal wakaf bagi menyediakan ruang perniagaan serta latihan kemahiran," katanya.Menurut beliau, pendekatan kedua adalah memperkasakan penggunaan teknologi kewangan (fintech) dan pengurusan data yang lebih berintegriti bagi meningkatkan kecekapan serta ketelusan pengurusan Baitulmal.Beliau berkata, teknologi seperti blockchain dan kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan bagi membangunkan sistem pengurusan yang lebih telus dan berupaya beroperasi merentasi pelbagai agensi.Selain itu, katanya, integrasi data raya (Big Data) antara institusi agama negeri, agensi persekutuan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) amat penting bagi mengelakkan ketirisan serta pertindihan bantuan."Usaha ini juga mampu meningkatkan keyakinan masyarakat untuk menyalurkan dana infak melalui institusi rasmi," ujarnya.Mengulas pendekatan ketiga, Zulkifli berkata, pembangunan wakaf berimpak tinggi perlu diperkasakan melalui kerjasama strategik melibatkan kerajaan, sektor korporat dan institusi agama.Menurutnya, pihak berkuasa agama perlu membuka ruang kepada instrumen korporat seperti sukuk wakaf dan dana pelaburan Baitulmal bagi menarik penyertaan syarikat korporat serta institusi perbankan Islam."Langkah itu berpotensi membiayai pelbagai projek pembangunan sosial dan alam sekitar termasuk hospital komuniti, perumahan mampu milik, hab pendidikan asnaf serta akses tenaga hijau yang mampan dan ekonomik."Pendekatan ini juga selari dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang kini menjadi agenda utama di peringkat global," katanya.Dalam pada itu, Zulkifli berkata, institusi Baitulmal perlu mengadaptasi konsep Pertukaran Sosial Merentas Platform (Cross-Platform Social Exchange) menerusi pembangunan gerbang digital bersepadu yang menghubungkan data antara negeri.Menurut beliau, langkah tersebut mampu mengurangkan kos akibat ketidakcekapan operasi selain mewujudkan standard baharu dari segi ketelusan dan akauntabiliti.Beliau berkata, kejayaan transformasi digital dapat dilihat melalui peningkatan kutipan zakat fitrah di Wilayah Persekutuan yang meningkat 10 peratus kepada RM18.3 juta pada tahun 2026 dengan lebih 1.5 juta pembayar."Sebanyak 40 peratus kutipan diterima secara dalam talian manakala penggunaan transaksi Kod QR Amil mencatat peningkatan sebanyak 63 peratus."Ini membuktikan masyarakat bersedia memberikan sokongan yang lebih besar apabila disediakan platform digital yang mudah, cepat dan mesra pengguna," katanya.Beliau turut memaklumkan penggunaan teknologi dalam tadbir urus wakaf telah membantu meningkatkan akses masyarakat kepada sumbangan wakaf tunai di seluruh negara.Berdasarkan survei statistik Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), jumlah sumbangan wakaf tunai meningkat daripada RM64.6 juta pada tahun 2020 kepada RM240 juta pada tahun 2025, iaitu pertambahan RM175.4 juta atau 271.52 peratus.Dalam perkembangan sama, Zulkifli berkata, Malaysia turut mencipta sejarah dalam bidang pengurusan kewangan Islam menerusi penghasilan Piawaian Perakaunan Bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW) pada tahun 2024.Menurut beliau, dokumen berkenaan merupakan standard perakaunan pertama di dunia yang dibangunkan khusus sebagai panduan kepada institusi Baitulmal, zakat dan wakaf di negara ini."Ini merupakan pencapaian yang membanggakan dari aspek akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan Islam," katanya.





Pelarian Rohingya tidak dihantar ke depoh imigresen - Sinarharian - 28/07 3:18 pm

KUALA LUMPUR - Kesemua 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur tidak akan dihantar ke depoh tahanan imigresen.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, depoh tahanan imigresen hanya digunakan untuk menempatkan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau dokumen sah."Individu yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dibenarkan berada di Malaysia atas dasar kemanusiaan, namun kedudukan mereka tetap tertakluk kepada undang-undang tempatan yang berkuat kuasa."Kesemua 113 pelarian ini tidak boleh ditempatkan di depoh tahanan imigresen





Polis sahkan 110 Rohingya berkhemah di KL miliki dokumen UNHCR - Mkini - 28/07 3:09 pm

Kumpulan hak asasi bimbang tindakan keras suburkan stigma kebencian terhadap pelarian mangsa genosid.





Polis buka 11 kertas siasatan isu kenyataan ketua penerangan Umno Rembau - Mkini - 28/07 3:07 pm

Secara keseluruhan polis membuka 16 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya di Negeri Sembilan, kata ketua polis negeri.





Pemuda hilang selepas keluar cari petai - Utusan - 28/07 3:04 pm

KUALA NERUS: Seorang pemuda hilang selepas keluar memanjat pokok petai di sebuah kebun di Bukit Gemuruh, Tepoh, di sini, Ahad lalu





“Tindakan Segera Akan Dilaksanakan” – Polis Bakal Panggil MB Kedah Dan Ketua Penerangan UMNO Rembau - Ohmedia - 28/07 3:02 pm

Tindakan segera akan diambil selepas pihak polis menerima beberapa laporan dikaitkan dengan MB Kedah dan Ketua Penerangan UMNO Rembau





10 minit pujuk pelajar bertindak agresif di sekolah - Sinarharian - 28/07 2:54 pm

KUALA TERENGGANU - Detik cemas menyelamatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang bertindak agresif di sebuah sekolah menengah agama di sini berakhir selepas berjaya dipujuk pada Selasa.Tindakan pantas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berjaya menenangkan remaja berkenaan yang berada dalam keadaan beremosi di tingkat dua bangunan sekolah tersebut.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Azli mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk dan meredakan emosi pelajar berkenaan yang dipercayai mengalami tekanan dan kemurungan.Menceritakan kembali insiden berkenaan, Azli berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi, beliau mendapati pelajar terbabit berada dalam keadaan emosi yang sangat tidak stabil sambil memegang objek tajam."Semasa sampai pelajar itu berada dalam keadaan tertekan dan tidak tenteram."Saya berusaha menghampiri sambil memujuknya secara perlahan-lahan





Selepas tiga tahun siasatan, kematian bayi 18 bulan disyaki dibunuh bapa - Sinarharian - 28/07 2:53 pm

JOHOR BAHRU - Selepas hampir tiga tahun siasatan dijalankan, polis akhirnya mengklasifikasikan semula kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan sebagai kes bunuh membabitkan bapa kandung mangsa sebagai suspek utama.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, laporan awal berkenaan kes terbabit diterima daripada seorang doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada 13 September 2023.Menurutnya, mangsa dibawa ke hospital oleh bapanya berusia 40 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri."Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian pinggang, perut menggelembung serta bengkak pada bahagian dubur."Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi pada hari yang sama."Pada peringkat awal, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki berlaku pengabaian sehingga menyebabkan kematian," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Selasa.Beliau berkata, penemuan terbaharu kes itu tidak menolak kemungkinan mangsa diliwat oleh bapa kandungnya namun perkara itu masih dalam siasatan.Dalam pada itu, Ab Rahaman sepanjang siasatan, polis memanggil 13 individu termasuk ahli keluarga terdekat dan keluarga pengasuh mangsa bagi membantu siasatan selain mengambil sampel darah untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).Bagaimanapun, ujarnya, ujian itu gagal mengenal pasti suspek kerana kesan cecair dipercayai air mani yang ditemui pada bahagian dubur mangsa tidak dapat dianalisa."Siasatan diteruskan sehingga membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 40 dan 35 tahun pada 18 serta 22 Julai lalu."Kedua-dua suspek merupakan bapa kandung dan bapa saudara mangsa berusia 35 tahun," katanya.Menurut beliau, semakan mendapati bapa kandung mangsa yang bekerja sebagai buruh di Singapura tidak mempunyai rekod jenayah lampau."Manakala bapa saudara memiliki 13 rekod jenayah dan dadah serta didapati positif ganja melalui ujian saringan air kencing."Polis turut merampas dua telefon bimbit milik kedua-dua suspek bagi membantu siasatan," katanya lagi.Susulan perkembangan itu, kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik bapa kandung mangsa turut menemukan gambar dan video lucah."Sehubungan itu, bapa kandung mangsa akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah."Bapa saudara mangsa pula akan dibebaskan serta dijadikan saksi pendakwaan," katanya.Tambah beliau, tertuduh akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu bagi pertuduhan berkenaan.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau maklumat tidak tepat berhubung kes berkenaan kerana boleh menjejaskan proses pendakwaan di mahkamah."Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu atau melanggar undang-undang yang sedang berkuat kuasa," katanya.





Kebajikan 113 pelarian terus dipantau - Kosmo - 28/07 2:50 pm

KUALA LUMPUR – Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya kini ditempatkan sementara di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas dipindahkan dari hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)





Bapa didakwa bunuh bayi 18 bulan, kes dibuka semula selepas hampir tiga tahun - Kosmo - 28/07 2:37 pm

JOHOR BAHRU Misteri kematian seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang pada awalnya disiasat sebagai kes pengabaian akhirnya terbongkar apabila polis menahan bapa kandung mangsa selepas hampir tiga tahun kejadian berlaku





PRN Negeri Sembilan: Dua lagi pusat undi awal ditutup jam 2 petang - Sinarharian - 28/07 2:37 pm

SEREMBAN - Dua lagi pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing, ditutup jam 2 petang ini.Ini menjadikan sebanyak 20 daripada keseluruhan 38 pusat mengundi yang dibuka pada jam 8 pagi tadi telah ditutup setakat ini.Pusat mengundi tersebut ialah Ruang C, Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (Dewan Undangan Negeri - DUN Bahau) dan Balai Polis Senawang (DUN Paroi).Terdahulu, 18 pusat pengundian awal ditutup pada jam 12 tengah hari, manakala baki 18 pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini.Berdasarkan peratusan terkini keluar mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 80.79 peratus atau 13,303 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu setakat jam 1 tengah hari.Jumlah itu merangkumi 8,894 anggota tentera dan pasangan serta 4,409 anggota polis serta pasangan.Pengundian awal melibatkan keseluruhan sebanyak 22,339 pemilih dengan 16,467 orang mengundi secara fizikal merangkumi 11,293 tentera dan pasangan serta 5,174 polis dan pasangan, manakala selebihnya mengundi secara pos.PRN Negeri Sembilan pada 2023 menyaksikan peratusan keluar mengundi bagi undi awal merekodkan sebanyak 56.67 peratus atau 14,778 daripada keseluruhan 26,079 orang pengundi.PRN Negeri Sembilan menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi DUN dengan pengundian bagi 867,151 pemilih biasa ditetapkan pada Sabtu ini.Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari - Bernama




Reformasi     >>



PKR doesn't even have the money, says Chuah candidate .. - Mkini
N SEMBILAN POLLS This follows social media posts showing alleged cash-for-ballots at a restaurant.
Kroni     >>



Penduduk Labu perlukan wakil rakyat benar-benar bekerja - Utusan
SEREMBAN: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu di sini diyakini akan membuat pilihan bijak dengan memberi undi mereka kepada bakal wakil rakyat yang telah benar-benar bekerja dan berkhidmat untuk rakyat sebelum ini. Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ahmad Faez Abdul Razak, 41, berkata, ..
Tabloid     >>



Latif lengkapkan sasaran lima emas kontinjen Malaysia - Hmetro
Glasgow: Jaguh olahraga para negara Datuk Abdul Latif Romly menghadiahkan emas kelima kontinjen Malaysia selepas mengungguli acara lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 hari ini. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Samsung's smart glasses have this important privacy .. - Gsmarena
During its Unpacked event earlier this month, Samsung unveiled its AI smart glasses powered by Android XR. We've already gone eyes-on with them, don't miss our dedicated article. Now it's been revealed that the glasses will come with an important privacy feature whenever they do finally go on ..
World     >>



War on Iran: Phase II: Day 17 - Aljazeera
Political dj vu as US President Donald Trump says negotiations with Iran are back on.
Motor Trend     >>



Bahrain tanggung kos RM327 juta anjur F1 di Sepang - Careta
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, Malaysia dan Bahrain hanya akan berkongsi kos operasi tempatan termasuk kerja-kerja penyediaan litar yang dianggarkan berjumlah sekitar RM40 juta. "Mengenai yuran hak penganjuran, saya boleh mengesahkan ia akan dibayar oleh Bahrain. Namun