![]() |
/// |
|
Search : Perancis News | Page 1 |
Buletin Alpine A290 Rallye Kini Sudah Boleh Dibeli Pelanggan. Ada Yang .. - Mekanika - 6/07 8:34 am Sebagai sebuah model awalan perlumbaan rali elektrik dan direka berdasarkan regulasi elektrik terkini, Alpine A290 Rallye ini telah dibangunkan DNA perlumbaan yang telah diberikan oleh Jean Rdl kepada Alpine ketika beliau mula mencipta jenama itu dengan matlamat untuk menunjukkan kemampuannya dalam pelbagai format perlumbaan daripada perlumbaan satu jenama sehinggalah ke perlumbaan terbuka. Peluang pertama untuk pelanggan bersaing akan diadakan dalam cabaran rali khusus yang akan dianjurkan di Perancis tahun ini |
PSG singkir Bayern dalam aksi panas sarat drama - Sinarharian - 6/07 7:42 am GERGASI Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mara ke separuh akhir Piala Dunia Kelab selepas menundukkan jagoan Jerman, Bayern Munich 2-0 dalam perlawanan penuh insiden dramatik di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta yang disaksikan 66,937 penonton.Gol kemenangan PSG hadir menerusi rembatan Dsir Dou pada minit ke-78, sebelum Ousmane Dembl menyumbat gol kedua pada masa kecederaan, walaupun skuad bimbingan Luis Enrique terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas dua pemain Les Parisiens dibuang padang.Perlawanan itu bagaimanapun dibayangi detik mencemaskan apabila bintang muda Bayern, Jamal Musiala mengalami kecederaan buku lali yang serius selepas pertembungan dengan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma di penghujung babak pertama.Musiala, yang baru kembali pulih daripada kecederaan diturunkan buat kali pertama dalam kejohanan ini dan dilihat memegang pergelangan kaki kiri sambil menahan kesakitan selepas insiden tersebut, menyebabkan Donnarumma kelihatan terganggu.Bayern terlebih dahulu menggegarkan gawang menerusi tandukan Dayot Upamecano, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid, manakala penjaga gol mereka, Manuel Neuer tampil cemerlang menafikan peluang keemasan Bradley Barcola pada awal separuh masa kedua.Selepas jaringan pembukaan Dou, PSG kehilangan tonggak pertahanan, Willian Pacho pada minit ke-82 yang dilayangkan kad merah kerana terjahan terhadap Leon Goretzka.Pemain gantian, Lucas Hernandez yang dimasukkan pada minit ke-80 turut diarah keluar padang di hujung permainan selepas mengasari Raphal Guerreiro dengan siku pada minit ke-92.Bayern bimbingan Vincent Kompany turut menerima nasib malang apabila dua jaringan dibatalkan kerana ofsaid, termasuk percubaan Harry Kane, selain satu sepakan penalti yang pada awalnya diberikan ke atas PSG ditarik balik selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).Perlawanan ini juga menjadi detik perpisahan buat ikon Bayern, Thomas Mller, 35, yang menggantikan Kingsley Coman pada minit ke-80, sekali gus menamatkan karier gemilang selama 17 tahun bersama kelab zaman remajanya.Kemenangan ini menyaksikan PSG bakal berdepan Real Madrid yang menang 3-2 ke atas Borussia Dortmund dalam pertemuan separuh akhir. |
Persiden Macron Sambut PM Anwar Penuh Penuh Penghormatan Di Istana Elysse - Wrlr - 5/07 10:25 am Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dua hala dan sidang media bersama di Istana Elysee, Paris pada 4 Julai 2025 |
Malaysia, Perancis ulangi pendirian gesa gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza - Sinarharian - 5/07 8:36 am PARIS - Malaysia dan Perancis pada Jumaat, mengulangi pendirian kedua-dua negara bagi gencatan senjata di Gaza dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan.Gesaan itu dibuat Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Istana Elysee, di sini.Macron berkata, beliau dan Anwar bersetuju bahawa gencatan senjata kekal harus dilaksanakan di Gaza serta pembebasan tebusan juga perlu dilakukan.Presiden Perancis itu berkata, penyelesaian dua negara ialah kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu Palestin-Israel."Kami sedang bekerjasama dengan beberapa pihak tentang perkara ini, antaranya Arab Saudi |
Lawatan PM Anwar ke Perancis berjaya, tingkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor - Presiden Macron - Astroawani - 5/07 8:15 am Macron turut menyifatkan lawatan itu sebagai bermakna berikutan lawatan rasmi terakhir oleh pegawai tinggi Malaysia adalah 15 tahun lepas. |
Lawatan PM ke Perancis berjaya, tingkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor - Presiden Macron - Sinarharian - 5/07 7:41 am PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan lawatan dua hari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis sebagai berjaya, dengan kedua-dua negara meningkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor.Beliau berkata, ini dicapai melalui pertemuan peringkat tinggi Anwar dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Franois Bayrou dan pegawai kanan lain, ucapan penting beliau di Sorbonne University Paris dan pertemuan dengan wakil perniagaan Perancis.Macron turut menyifatkan lawatan itu sebagai bermakna berikutan lawatan rasmi terakhir oleh pegawai tinggi Malaysia adalah 15 tahun yang lepas.Selain itu, katanya, beliau gembira melihat kedua-dua negara memeterai perjanjian dalam bidang seperti mineral dan pembelian pesawat."Lawatan ini merupakan satu kejayaan |
Anwar akan tekan kepentingan multilateralisme, orde dunia inklusif pada Sidang Kemuncak BRICS - Sinarharian - 5/07 7:25 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan tentang kepentingan multilateralisme di tengah-tengah peningkatan polarisasi landskap global serta komitmen Malaysia terhadap orde dunia yang lebih seimbang dan inklusif pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.Pemangku Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Brasilia, Datuk Mohammad Ali Selamat berkata, Perdana Menteri akan menyampaikan Kenyataan Negara bertajuk:"Memperkukuh Multilateralisme, Ekonomi-Kewangan dan Kecerdasan Buatan (AI)," semasa sesi Negara Rakan BRICS di sidang kemuncak itu pada Ahad ini.Pada Isnin pula Perdana Menteri akan menyampaikan satu lagi Kenyataan Negara bertajuk "Alam Sekitar, COP30 dan Kesihatan Global" pada sidang kemuncak yang bertemakan 'Memperkukuh Kerjasama Selatan Global untuk Tadbir Urus Lebih Inklusif dan Mampan' itu.Bercakap kepada media Malaysia menerusi sidang akhbar secara maya dari Braslia, Mohammad Ali berkata, kedua-dua intervensi itu mencerminkan komitmen teguh Malaysia untuk mengukuhkan multilateralisme dan mengangkat suara dan kepentingan negara membangun, sejajar dengan objektif teras BRICS 2025.Anwar, yang kini sedang dalam rangka lawatan ke tiga negara - Itali, Perancis dan Brazil dijangka tiba di Rio de Janeiro pagi ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang berlangsung dari 6 hingga 7 Julai, selepas lawatan rasminya ke Perancis, yang berakhir pada Jumaat.Ini merupakan lawatan kedua beliau ke Brazil, selepas menghadiri Sidang Kemuncak G20 sebagai negara yang dijemput pada tahun lepas |
Malaysia, Perancis ulangi pendirian gesa gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan - Astroawani - 5/07 5:20 am Macron berkata beliau dan Anwar bersetuju gencatan senjata kekal harus dilaksanakan di Gaza, juga pembebasan tebusan. |
Tiba masanya takrif semula kerjasama Asia Tenggara, Eropah secara setara dalam hubungan dan perdagangan - PM Anwar - Astroawani - 5/07 4:40 am Katanya, sementara Perancis dan Eropah secara keseluruhannya telah capai kemajuan besar, Asia Tenggara juga punyai pencapaiannya tersendiri. |
PM pengerusikan mesyuarat bersama 40 pemimpin Perancis - Sinarharian - 4/07 11:57 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat meja bulat bersama 40 pemimpin industri dari Perancis yang beroperasi di Malaysia untuk membincangkan potensi pelaburan dan kerjasama strategik dalam sektor berimpak tinggi pada peringkat global.Menurut Perdana Menteri, Malaysia menawarkan kedudukan yang strategik sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN serta disokong oleh kestabilan politik dan dasar mesra pelabur selain ekosistem industri yang dinamik |
Anwar luang masa bersama komuniti Islam di Perancis - SUN - 4/07 10:38 pm PARIS : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama komuniti Islam di Perancis yang diketuai Rektor Masjid Besar Paris, Chems-eddine Mohamed Hafiz |
Cadangan cukai karbon Malaysia tidak halang pelabur - PM Anwar - SUN - 4/07 10:27 pm Namun saya fikir kita perlu lebih realistik. Cukai karbon yang dicadangkan tidak seharusnya dilihat sebagai terlalu bermasalah yang boleh menjejaskan syarikat yang melabur, kata beliau semasa sesi soal jawab pada Mesyuarat Meja Bulat dengan Pemimpin Industri di Paris, ibu kota Perancis pada Jumaat |
Cadangan cukai karbon tidak akan jadi halangan kepada pelabur - PM - Sinarharian - 4/07 9:04 pm PARIS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa cadangan pelaksanaan cukai karbon yang sedang dimuktamadkan oleh kerajaan Malaysia ketika ini tidak akan menjadi halangan kepada pelabur.Anwar berkata, beliau sedar bahawa trend ke arah penyahkarbonan hari ini telah menjadi satu tarikandan perhatian utama."Namun saya fikir kita perlu lebih realistik. Cukai karbon yang dicadangkan tidak seharusnya dilihat sebagai terlalu bermasalah yang boleh menjejaskan syarikat yang melabur," kata beliausemasa sesi soal jawab pada Mesyuarat Meja Bulat dengan PemimpinIndustri di Paris, ibu kota Perancis pada Jumaat.Turut hadir pada mesyuarat itu ialahMenteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan KeterjaminanMakanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan ReformasiInstitusi), Datuk Seri Azalina Othman SaidAnwar, yang berada di sini sempena lawatan rasmi selama dua hari ke negara ini berkatapelaksanaan cadangan itu perlu dilakukan dengan teliti dan secaraberperingkat."Kami sedang memuktamadkannya untuktempohbeberapa bulan akan datang," kata beliausambil menambah cadangan cukai itu disasarkan terlebih dahulu terhadapsektor yang menjadi penyumbang terbesar pelepasan karbon.Menurut beliau, walaupun industri minyak sawit merupakan sektor penting bagi Malaysia, sebarang perladangan baharu di tanah gambut telah dihentikan kerana pelepasan karbonnya yang tinggi.Perdana Menteri berkata, kerajaan merancang untuk memperkenalkan cukai karbon pada 2026, khususnya disasarkankepada industri besi, keluli dan tenaga."Ia adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang kerajaan untuk menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon dan mencapai matlamat pengurangan pelepasan karbon," kata beliau.Pemimpin industri yang menghadiri sesi Meja Bulat bersama Perdana Menteri memuji usaha kerajaan menyediakan iklim pelaburan yang baik di Malaysia.Mengenai pelancongan, Anwar berkata, jumlah pelancong dari Perancis yang melawat Malaysia telah meningkat dengan ketara."Kita ada penerbangan terus dari Paris sekarang |
Malaysia hargai sokongan Perancis dalam peralihan tenaga - PM Anwar - SUN - 4/07 8:11 pm PARIS : Malaysia menghargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara |
Anwar terima sambutan rasmi penuh istiadat - Thempress - 4/07 7:59 pm PARIS – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi penuh istiadat sempena lawatan rasmi beliau ke Perancis |
Malaysia hargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga - PM - Sinarharian - 4/07 5:05 pm PARIS - [DIKEMAS KINI] Malaysia menghargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan ituterjalin menerusi penglibatan aktif syarikat PerancisAnwar berkata, penghargaan itu disampaikan semasapertemuan beliau dengan rakan sejawatannya, Franois Bayrou di sini pada Jumaat.Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Perancis berkata, pertemuan bersama Bayrou itu membuka lembaran baharu hubungan Malaysia dan Perancis.Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpinmenyentuh pelbagai bidang kerjasama strategik termasuk pelaburan bernilai tinggi dalam bidang seperti aeroangkasa, semikonduktor dan automotif, kerjasama tenaga bersih, pertahanan, pendidikan, serta latihan teknikal dan vokasional (TVET)."Saya dan PM Bayrou kemudiannya menyaksikan pertukaran tiga dokumen penting yang bakal memperkukuh kerjasama strategik Malaysia dan Perancis merentasbidang pertahanan, ekonomi dan teknologi," kata Anwar.Beliau berkata, perjanjian persefahaman antara syarikat perlombongan Malaysia,Malaco Mining Sdn Bhddan pakar kitar semula dan penapisan nadir bumi Perancis, Carester, menandakan pencapaian besar dalam pembangunan industri nadir bumiselari dengan komitmen prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)dan inisiatif tenaga boleh baharu negara.Menurut Perdana Menterisurat tawaran kepada Thales pula memperkukuh keupayaan pemantauan ruang udara Malaysia menerusi dua radar jarak jauh baharu."Manakala kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Business France akan merancakkan promosi perdagangan dua hala merentasi sektor strategik seperti aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital," kata beliau.Anwar berkata, beliau juga menekankan kepentingan komitmenpengeluar pesawat Perancis, Airbus, terhadap penghantaran pesawat A330 Neo yang telah dipersetujui bersama Malaysia Aviation Group (MAG), bagi memastikan kelangsungan operasi dan pelaburan yang efisien.Menurut beliau, AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendahMalaysia, juga menunjukkan keyakinan terhadap teknologi Perancis melalui komitmennya untuk membelisejumlah pesawat Airbus, sekali gus memperkukuh hubungan industri penerbangan antara kedua-dua negaraSebagai rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negaraKesatuan Eropah (EU), Anwar berkata beliau yakin hubungan dengan Perancis akan terus berkembang selaras dengan aspirasi bersama ke arah pertumbuhan yang mampan dan masa depan yang lebih inklusif.Perdana Menteri berkata beliau jugatelah menjemput Bayrou untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia sebagai langkah memperteguh hubungan erat kedua-dua negara.Perancis kekal sebagai antara lima rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara EU.Pada 2024, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion) direkodkan bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini |
Anwar diberi sambutan rasmi, perkukuh hubungan Kuala Lumpur-Paris - Astroawani - 4/07 3:40 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Perancis di Hotel des Invalides, di sini, pada Jumaat. |
PM adakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Perancis sempena lawatan rasmi - Sinarharian - 4/07 3:38 pm PARIS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Perancis pada hari kedua lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.Anwar yang tiba di sini semalam, dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Francois Bayrou, pada sebelah pagi |
Su Yin sedia sahut cabaran Nova untuk rangkul gelaran tahun ini - SUN - 4/07 2:57 pm Selepas muncul naib juara Masters China 2024 November lepas, Pang Ron-Su Yin bergelut untuk mengekalkan momentum tersebut apabila hanya mara ke suku akhir sebanyak dua kali daripada sembilan kejohanan tahun ini. Mac lepas, Su Yin mengalami kecederaan buku lali apabila tergelincir di tangga selepas mara ke suku akhir Masters Orleans 2025 di Perancis |
Anwar harap Kanada pertimbang semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia - SUN - 4/07 2:13 pm KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan harapan kepada rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney untuk mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia.Ia adalah selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala, katanya dalam hantaran di platform X hari ini. Anwar ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Paris, Perancis, menghubungi Perdana Menteri Kanada Mark Carney untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Kanada baru-baru ini |
Anwar harap Kanada pertimbang semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia - Sinarharian - 4/07 11:39 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan harapan kepada rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney untuk mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia."Ia adalah selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala," katanya dalam hantaran di X pada Jumaat.Anwar ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Perancis, menghubungi Perdana Menteri Kanada Mark Carney untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Kanada baru-baru ini.Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Kanada bagi tujuan melancong, belajar atau bekerja.Yuran visa Kanada untuk warganegara Malaysia termasuk yuran kepada kerajaan Kanada, yuran biometrik serta sokongan atau perkhidmatan lanjut daripada VFS Global, pentadbir pihak ketiga dilantik untuk visa Kanada di Malaysia.Proses untuk permohonan visa Kanada mengambil masa yang lama |
Rakyat Malaysia di Perancis miliki peranan, bakat menyumbang kepada negara - Thempress - 4/07 10:29 am PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan bersama warga Malaysia di Perancis membuka ruang perbincangan yang bermakna mengenai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara |
Saintis marin wanita USM terima anugerah berprestij di Paris - Mkini - 4/07 9:20 am Aileen Tan Shau Hwai dianugerahkan Anton Bruun Medal dalam satu majlis di Paris, Perancis baru-baru ini. |
Malaysia perkukuh hubungan dua hala dengan Kanada - Anwar - Sinarharian - 4/07 8:23 am KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Kanada, merangkumi pelbagai bidang strategik seperti perdagangan dan pelaburan, kerjasama pertahanan, tenaga bersih, transformasi digital serta teknologi baharu.Perkara itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam lawatan rasmi ke Paris, Perancis, kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney menerusi panggilan telefon, dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada Carney atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Persekutuan Kanada baru-baru ini."Saya menyambut baik penglibatan berterusan Petronas dalam projek LNG Canada, yang merupakan simbol kukuh kerjasama tenaga di antara kedua-dua negara dan berpotensi menjadi pemangkin kepada inisiatif hijau dan peralihan tenaga masa depan," kata beliau.Perdana Menteri berkata sebagai anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Malaysia dan Kanada berkongsi tekad memperjuangkan prinsip perdagangan bebas, terbuka dan berasaskan multilateralisme yang adil serta inklusif.Anwar turut menyuarakan harapan agar Kanada dapat mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia, selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain, demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala."Kami juga menegaskan kepentingan memperkukuh Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada, dan berharap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dapat dimuktamadkan secepat mungkin demi manfaat bersama," kata Perdana Menteri.Anwar turut menjemput Carney untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memperkukuh ikatan persahabatan antara kedua-dua negara |
Malaysia rancang beli aset ketenteraan dari Itali, perkukuh keselamatan .. - Mgazette - 4/07 7:34 am Anwar yang tiba di sini pada Selasa membuat kunjungan sulung ke Itali atas jemputan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni. Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil akan berlepas ke Paris selepas ini dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa lawatan dua hari ke sana |
Malaysia perkukuh hubungan dengan Perancis demi manfaat masa hadapan - PM Anwar - Astroawani - 4/07 7:00 am Perkara itu akan dibincangkan Perdana Menteri Anwar semasa pertemuan bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron, pada Jumaat. |
Bonjour Paris! – Anwar - Kosmo - 4/07 12:29 am PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia telah selamat tiba di Paris, Perancis bagi memulakan lawatan rasmi atas undangan Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron |
Anwar tiba di Paris untuk lawatan rasmi dua hari ke Perancis - Sinarharian - 3/07 10:54 pm PARIS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Perancis untuk memulakan lawatan rasmi sulung ke negara itu.Pesawat yang membawa Anwar dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Pavillon d'Honneur Orly pada 4.10 petang (10.10 malam waktu Malaysia) dari Rom usai lawatan tiga hari Perdana Menteri di sana.Menyambut ketibaan Anwar, Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini dan pegawai kerajaan Perancis.Anwar berada di sini atas jemputan Presiden Emmanuel Macron.Eldeen sebelum ini memberitahu media bahawa lawatan itu berstatus rasmi dan menandakan komitmen kuat Perancis terhadap hubungan diplomatik dengan Malaysia sejak Anwar memegang jawatan Perdana Menteri pada 2022.Malam ini, Perdana Menteri akan menghadiri sesi bersama 250 ahli diaspora Malaysia di negara ini.Pada Jumaat, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Macron di Istana lyse, dengan item agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).Kedua-dua pemimpin juga dijangka membincangkan krisis di Asia Barat khususnya krisis kemanusiaan di Gaza.Perdana Menteri akan turut menghadiri solat Jumaat bersama pemimpin komuniti Muslim di masjid Besar Paris, satu daripada masjid tertua di Perancis.Anwar juga akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement' yang bakal diadakan di Sorbonne University, institusi terkenal di dunia dalam bidang intelek dan budaya.Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Sebagai sebahagian rancangan untuk menarik pelaburan global terutamanya daripada Perancis, Anwar dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri negara itu.Antara syarikat terlibat termasuk Imerys, Arkema, Airbus dan Thales.Perancis kekal sebagai satu daripada lima rakan perdagangan utama Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.Pada 2024, perdagangan dua hala kedua-dua negara berjumlah RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion) direkodkan antara Januari dan Mei tahun ini.Selepas lawatan ke Perancis, Anwar akan berlepas ke Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS dari 5-7 Julai |
Selesai di Itali, Anwar bergerak ke Paris - Kosmo - 3/07 9:49 pm PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau bersama delegasi Malaysia telah selesai menjalani urusan rasmi di Rom, Itali dan kini meneruskan lawatan kerja ke Paris, Perancis sebagai sebahagian daripada misi diplomatik ke Eropah |
Hakim Danish congak strategi ampuh di Perancis - Sinarharian - 3/07 9:16 pm PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli akan mencongak strategi ampuh untuk melakar keputusan positif pada Pusingan 3 Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP (JrGP) 2025 di Perancis hujung minggu ini.Beliau berkata, Magny-Cours merupakan litar yang teknikal, sekali gus menuntut para pelumba untuk mengubah corak tunggangan bagi memburu kejayaan.Pelumba yang mewakili pasukan SIC Racing-MSi itu mengakui sudah menjalani ujian di litar yang disifatkan mencabar dan menuntut ketepatan dalam kawalan tunggangan serta jentera terbaik."Litar ini agak teknikal dan saya masih perlu memperbaiki tunggangan serta mencari ketetapan jentera lebih sesuai |
Malaysia berjaya raih potensi pelaburan RM8.13 bilion di Itali - PM - Sinarharian - 3/07 8:32 pm ROM - Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan sebanyak RM8.13 bilion menerusi mesyuarat meja bulat kerjasama ekonomi Malaysia dan Itali serta mesyuarat dua hala bersama-sama syarikat di sini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mesyuarat meja bulat berkenaan melibatkan penyertaan sebanyak 41 syarikat Itali yang terdiri daripada 23 syarikat sektor pembuatan, sembilan syarikat sektor perkhidmatan, dua syarikat sektor perdagangan serta lima agensi kerajaan dan dua pertubuhan industri."Potensi pelaburan yang telah diraih melalui kedua-dua mesyuarat ini berjumlah RM8.13 bilion dalam sektor petrokimia, jentera dan peralatan, elektrik dan elektronik serta perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas," kata Anwar pada sidang media pada akhir lawatan beliau ke Rom, Itali.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata potensi eksport yang dijana berjumlah RM425 juta bagi produk oleokimia, tenaga boleh baharu (TBB), bahan mentah bahan api bio dan aditif makanan ternakan.Mesyuarat meja bulat berkenaan memberi peluang kepada syarikat berpotensi di Itali menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor seperti pembuatan berteknologi tinggi, TBB, ekonomi digital dan infrastruktur mampan.Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawat beliau Giorgia Meloni, Rom dan Putrajaya akan meningkatkan kerjasama dalam sektor tenaga, solar, geoterma dan hidrogen.Antara kerjasama itu adalah usaha sama Petronas dan Eni S.p.A di Pengerang, Johor dalam sektor bahan api penerbangan mampan; Perodua dan Magna Styer bagi bateri kenderaan elektrik; dan kerjasama dan pelaburan modenisasi grid elekrik termasuk Grid Tenaga ASEAN.Perdana Menteri berkata, dalam perbincangan itu, beliau turut memohon pengiktirafan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dari Itali selain memohon dukungan penilaian pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) yang lebih adil -- standard risiko negara (rendah).Malaysia menyasarkan untuk berada dalam kategori negara berisiko rendah dalam sistem penanda aras EUDR melalui semakan semula penarafan berkenaan menjelang 2026.Dalam pada itu, Malaysia turut mohon sokongan Itali untuk menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.Perdana Menteri tiba di sini pada Selasa untuk mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Itali selaku ekonomi ketiga terbesar dalam EU.Kunjungan berkenaan adalah atas jemputan Meloni.Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama pada 2024.Perdana Menteri berlepas ke Perancis untuk mengadakan lawatan rasmi pada 3 dan 4 Julai selepas menamatkan lawatan di Itali |
Malaysia rancang beli aset ketenteraan dari Itali, perkukuh keselamatan maritim - Sinarharian - 3/07 7:24 pm ROME - Malaysia berhasrat membeli pesawat pemantau maritim, helikopter dan kapal laut daripada Itali bagi memperkukuh keselamatan negara.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembelian itu akan meliputi dua pesawat pemantau maritim (Maritime Patrol Aircraft) untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia selain 28 helikopter Leonardo AW149.Beliau berkata syarikat Fincantieri pula dijangka membekalkan kapal sokongan logistik pelbagai peranan (Multi-Role Support Ship) (MRSS) dan kapal peronda pesisir pantai (Littoral Mission Ship) (LMS)."Pembelian aset tentera ini akan membantu mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Itali yang terkenal dengan industri ketenteraan," katanya pada sidang media pada akhir kunjungan tiga hari ke Itali.Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut hadir dalam rangka lawatan itu berkata pembelian itu akan diperincikan agar Malaysia turut mendapat manfaat dari segi pemusatan latihan dan sebagainya.Mohamed Khaled berkata pada peringkat awal, penerbangan pesawat maritim itu dijangka menggunakan lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka.Menurut beliau, Malaysia juga telah mencadangkan agar pembelian aset-aset itu dilakukan melalui perjanjian perolehan kerajaan kepada kerajaan (G to G)."Ini akan membantu kita mendapatkan harga yang lebih baik dan jaminan aset daripada kerajaan Itali," katanya.Kementerian Pertahanan juga mencadangkan agar kedua-dua negara menerokai bidang baharu dalam sektor pertahanan antaranya kecerdasan buatan (AI) dan pusat kawalan keselamatan bawah laut.Anwar yang tiba di sini pada Selasa membuat kunjungan sulung ke Itali atas jemputan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil akan berlepas ke Paris selepas ini dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa lawatan dua hari ke sana.Seterusnya, Anwar akan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro atas jemputan Presiden Brazil Luiz Incio Lula da Silva |
Anwar adakan lawatan rasmi pertama ke Perancis mulai 3 Julai - Astroawani - 3/07 6:15 pm Ia merupakan lawatan sulung Anwar ke Perancis sejak dilantik sebagai Perdana Menteri. |
Anwar hadiri mesyuarat bersama ketua-ketua industri Perancis - Sinarharian - 3/07 6:06 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kalangan ketua industri utama Perancis termasuk daripada firma Imerys, Arkema, Airbus dan Thales sempena lawatan kerja ke negara itu pada 3 dan 4 Julai.Semasa mesyuarat meja bulat itu beliau akan mengetengahkan potensi perdagangan dan pelaburan di Malaysia.Imerys ialah peneraju dunia dalam pengeluaran mineral khusus untuk kegunaan industri manakala Arkema merupakan pengeluar global bahan khas dan kimia berprestasi tinggi.Airbus pula ialah syarikat aeroangkasa Eropah yang terkenal dengan pembuatan pesawat komersial dan ketenteraan, manakala Thales, syarikat teknologi canggih yang pakar dalam sistem pertahanan, keselamatan, pengangkutan dan aeroangkasa.Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, mesyuarat yang diadakan sempena lawatan kerja sulung Anwar ke Perancis atas jemputan Presiden Emmanuel Macron itu akan turut disertai 180 syarikat, di samping kalangan pemimpin industri dari Malaysia.Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Eldeen Husaini berkata, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan empat mata dengan Macron di Istana Elysee, membawa agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI)."Malaysia menjangkakan lawatan kerja ini akan meningkatkan keyakinan pelabur untuk meneroka peluang pelaburan baharu dan memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala, khususnya sektor nuklear dan tenaga bersih," katanya kepada media Malaysia ketika taklimat secara dalam talian dari Paris, pada Rabu.Beliau berkata, eksport Malaysia ke Perancis meningkat 0.4 peratus kepada RM6.14 bilion pada 2024, menjadikan Perancis rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.Sehingga Mac 2025, prestasi pelaburan syarikat Perancis di Malaysia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan 358 projek dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan diluluskan, yang dijangka mewujudkan hampir 24,000 peluang pekerjaan di Malaysia, katanya.Eldeen Husaini berkata, perkhidmatan penerbangan langsung antara Kuala Lumpur dan Paris yang bermula tahun ini dengan menggunakan pesawat Airbus A350 juga dilihat sebagai pemangkin pertumbuhan pelancongan, susulan peningkatan kemasukan pelancong Perancis ke Malaysia sebanyak 41.8 peratus."Lawatan kerja ini menyasarkan pembukaan lembaran baharu dalam hubungan dua hala, memacu pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan daya saing Malaysia dalam rantaian bekalan global," katanya.Anwar kini dalam siri lawatan kerja ke tiga negara bermula dengan Itali, disusuli Perancis dan Brazil, dari 1 hingga 7 Julai |
Anwar akhiri lawatan di Itali dengan pertemuan bersama Perdana Menteri Giorgia Meloni - Sinarharian - 3/07 2:24 pm ROME - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengakhiri lawatan kerja tiga hari di Itali dengan mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat beliau, Giorgia Meloni, di Palazzo Chigi, di sini pada Khamis.Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menegaskan semula komitmen negara masing-masing untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama yang lebih menyeluruh.Kedua-dua pihak juga akan membincangkan pelbagai isu merangkumi kerjasama dua hala dalam sektor ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan, serta kerjasama dalam pertahanan, tenaga boleh baharu dan alam sekitar, komoditi pertanian, dan sektor digital.Perbincangan turut meliputi kerjasama antara rakyat termasuk pendidikan, pertukaran budaya, sektor pelancongan, serta isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama seperti situasi di Timur Tengah.Pada mesyuarat dua hala, Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Zahid Rastam.Anwar tiba di ibu negara ini pada Selasa sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Itali, Perancis dan Brazil, yang merupakan usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala dan menggalakkan kerjasama ekonomi pada peringkat global.Pada 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dengan Itali mencatatkan peningkatan dua peratus, mencecah RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion), berbanding 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah dagangan meningkat sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion).Itali kekal sebagai rakan dagang kelima terbesar Malaysia dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah pada 2024.Anwar akan berlepas ke Paris selepas ini, dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa lawatan dua hari ke sana.Seterusnya, Anwar akan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro atas jemputan Presiden Brazil Luiz Incio Lula da Silva |
Hakim Danish perkemas persiapan, sasar impak besar di Eropah - Sinarharian - 2/07 10:34 pm PELUMBA remaja sensasi negara, Muhammad Hakim Danish Ramli terus memperkemas persiapan menghadapi musim perlumbaan antarabangsa apabila menjalani latihan intensif di Sepanyol sejak Mei lalu.Pelumba berusia 17 tahun berpangkalan di Barcelona, itu kini mempersiapkan diri bagi menghadapi dua pentas utama FIM JuniorGP dan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2025, dengan harapan mencipta impak besar sebagai wakil tunggal negara dalam kedua-dua kejohanan elit tersebut.Sepanjang berada di Eropah, Hakim Danish turut menjalani sesi latihan bersama rakan senegara, Qabil Irfan Azlan, yang turut menyertai saingan Pusingan 2 dan 3 Kejohanan Superbike Sepanyol (ESBK).Mereka bukan sahaja berlatih bersama, malah Hakim Danish turut memberi sokongan di litar apabila hadir ke Motorland Aragon semasa perlumbaan Qabil Irfan dalam pusingan terbaharu kejohanan itu.Ketika ini, Hakim Danish berada di kedudukan keempat keseluruhan dalam carta FIM JuniorGP dengan kutipan 38 mata ketinggalan 37 mata di belakang pendahulu dari Sepanyol, Brian Uriarte, yang juga merupakan pencabar utamanya dalam kejohanan itu.Dalam usaha mempersiapkan diri bagi menghadapi Pusingan 3 minggu ini, Hakim Danish telah menjalani sesi ujian tertutup bersama pasukan di Litar Magny-Cours, Perancis, dua minggu lalu.Jelas Hakim Danish, ini antara langkah penting bagi mengenal pasti data teknikal serta pelarasan jentera yang lebih optimum."Saya telah berpeluang mencuba litar baharu ini dua minggu lalu |
Inisiatif pelaburan baharu Malaysia dengan Itali, Perancis, Brazil selepas lawatan PM - SUN - 2/07 6:20 pm PUTRAJAYA : Beberapa inisiatif pelaburan dan kerjasama ekonomi strategik antara Malaysia dengan Itali, Perancis, dan Brazil dijangka diumumkan selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara tersebut |
PM Anwar bertemu peneraju industri Itali - SUN - 2/07 3:06 pm Itali kekal sebagai rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara EU dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia daripada blok itu pada 2024. Anwar sedang mengadakan satu siri lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan mempromosikan kerjasama ekonomi pada peringkat global |
PM bertemu peneraju industri Itali - Sinarharian - 2/07 2:45 pm ROM - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan kerjabeliau di ibu negara Itali ini dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri utama.Perdana Menteri, yang tiba pada Selasa untuklawatan selama tiga hari itu,bakal bertemu peneraju industri daripada 36 syarikat Itali, termasuk syarikat multinasional (MNC) sepertiLeonardo SpA, STMicroelectronics dan Ferrero.Leonardo mempunyai kepakaran dalam bidang aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan, STMicroelectronics ialah syarikat semikonduktor manakala Ferrero merupakan antara pengeluar coklat dan konfeksioneri terbesar di dunia.Ketiga-tiga MNC ini mempunyai operasi yangkukuh di Malaysia.Mesyuarat itu akan berlangsung semasa sesi persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali, program anjuran bersama kerajaan Malaysia dan Itali.Anwar turut dijangka bertemu Antonio Tajani, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali semasa mesyuarat meja bulat itu.Perdana Menteri akandiiringi oleh pegawai kanan kerajaan yang berkaitan dan delegasi korporat yang terdiri daripada wakil 13 syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor.Pada hariyang sama, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuandenganImamYahyaPallavicini, Naib Presiden Comunita Religiosa Islamica Italiana (COREIS)danAbdellahRedouane, Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali dan Masjid Rom.Pada Khamis, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni di Istana Chigi.Anwardiiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Itali merupakan ekonomi ketiga terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU) dan kelapan terbesar di dunia mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Ekonominya menyumbang kira-kira 12 peratus daripada KDNK EU.Malaysia dan Itali telah menjalin hubungan diplomatik yang panjangdalam pelbagai bidang, disokong oleh hubungan ekonomi yang kukuh, perdagangan dan pelaburan yang meningkat serta kerjasama antara rakyat.Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama pada 2024.Itali kekal sebagai rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara EU dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia daripada blok itu pada 2024.Anwar sedang mengadakan satu siri lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil sebagaisebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan mempromosikan kerjasama ekonomi pada peringkat global |
PMX, delegasi mula lawatan rasmi ke tiga negara - Thempress - 1/07 8:54 pm DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi memulakan lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil, hari ini |
Buletin Wrc2 2025 – Oliver Solberg Hebat Menang Di Eko Acropolis .. - Mekanika - 1/07 3:51 pm Yohan Rossel, pulih daripada masalah mekanikal dan tayar pada hari Jumaat, memulakan perlumbaan akhir untuk empat peringkat pada hari Ahad namun akur untuk berada di tempat ketiga keseluruhan, 5.1 saat di belakang Kajetan Kajetanowicz yang menduduki tempat keempat keseluruhan di Greece. Pun begitu pemandu berasal Perancis itu masih berupaya memberikan tentangan sengit apabila di awal perlumbaan berjaya mendahului saingan bersama jentera Citroen C3 Rally2 |
Anwar berlepas dari KLIA untuk lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil - Sinarharian - 1/07 2:27 pm SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Selasa bagi memulakan lawatan ke negara Itali, Perancis dan Brazil.Pesawat sewa Penerbangan Malaysia yang membawa perdana menteri dan delegasi itu berlepas dari KLIA pada jam 2.15 petang.Siri lawatan perdana menteri ini bermula dengan lawatan rasmi tiga hari ke Itali, yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala di samping menggalakkan kerjasama ekonomi di peringkat global.Lawatan ke hab ekonomi utama ini - Rom, Paris, dan Rio de Janeiro - bertujuan mengukuhkan hubungan diplomatik dan hubungan perdagangan Malaysia dengan negara masing-masing.Dalam lawatan ini Perdana Menteri turut diiringi oleh delegasi perniagaan, yang merangkumi wakil daripada syarikat-syarikat besar Malaysia, termasuk Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Khazanah Nasional Bhd, TNB, Maybank, FGV, YTL Power dan Sunway.Ketiga-tiga pasaran berkenaan secara kolektif merekodkan perdagangan dua hala bernilai RM50.91 bilion (AS$11.14 bilion) tahun lepas.Lawatan Anwar buat kali pertama ke Itali adalah atas jemputan Perdana Menteri Giorgia Meloni.Menurut Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Zahid Rastam semalam, lawatan itu dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara negara merentasi pelbagai sektor.Semasa di Rom, Perdana Menteri akan diiringi oleh lima menteri Kabinet yang terdiri daripada Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.Turut sama dalam delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Di Paris, Perdana Menteri dijadualkan bertemu Presiden Emmanuel Macron, dengan perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu bertumpu kepada aspek perdagangan, teknologi dan pendidikan.Selain menyertai perbincangan meja bulat dengan gergasi perindustrian Perancis, Perdana Menteri juga akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Islam tempatan, bertemu rakyat Malaysia di Perancis, dan menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne pada 4 Julai.Selepas Paris, Anwar akan berada di Rio de Janeiro untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Luiz Incio Lula da Silva.Peranan Malaysia sebagai negara rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN untuk 2025 akan menekankan kepentingan multilateralisme berdasarkan undang-undang, tadbir urus kecerdasan buatan, tindakan iklim, dan kesihatan global, mewakili aspirasi lebih 650 juta warga ASEAN.Anwar juga akan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS sebagai negara rakan kongsi dalam blok itu yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan |
Anwar, delegasi berlepas ke Itali, mulakan siri lawatan rasmi dan Sidang Kemuncak BRICS - Astroawani - 1/07 2:22 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Itali hari ini untuk memulakan siri lawatan rasmi beliau ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil. |
Beku aset, harta Allahyarham Daim, keluarga bagai satu penderaan – .. - Mgazette - 1/07 7:31 am Menurut sumber, tindakan itu dijangka dilakukan berikutan SPRM mendapati aset-aset berkenaan gagal diisytiharkan dalam siasatan terhadap pemimpin politik berkenaan. Lima negara menempatkan aset dan harta terbabit ialah Amerika Syarikat (AS), Singapura, Jepun dan Itali dan Jersey iaitu negara pulau yang terletak di Selat Inggeris dan luar pantai Normandy, Perancis |
Anwar adakan lawatan sulung ke Itali mulai 1 Julai - Sinarharian - 1/07 12:28 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Itali, yang juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara itu, demikian menurut Wisma Putra.Kenyataan Wisma Putra malam ini memaklumkan lawatan dari 1 hingga 3 Julai itu adalah atas undangan rakan sejawat Anwar iaitu Giorgia Meloni.Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Menurut Wisma Putra, Perdana Menteri dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Meloni di Istana Chigi, Rom pada 3 Julai."Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai perkembangan hubungan Malaysia-Itali serta meneroka peluang kerjasama baharu, khususnya dalam bidang ekonomi, teknologi pertahanan dan tenaga," menurut kenyataan itu.Kedua-dua pihak juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama termasuk Hubungan Rakan Pembangunan ASEAN-Itali, Hubungan Dialog ASEAN-Kesatuan Eropah dan situasi di Timur Tengah."Perdana Menteri juga akan menggariskan keutamaan Malaysia semasa Kepengerusian ASEAN 2025 serta usaha ASEAN dalam mendepani cabaran serantau dan global," katanya.Wisma Putra memaklumkan pada 2 Julai, Perdana Menteri juga dijadual merasmikan Persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang akan dihadiri pemimpin industri kedua-dua negara bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelaburan dan perdagangan dua hala.Selain itu, Anwar dijadual menghadiri perjumpaan bersama pemimpin komuniti Islam di Itali dan majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia.Hubungan antara Malaysia dan Itali yang terjalin sekian lama adalah kukuh dan saling menguntungkan didukung oleh pertumbuhan perdagangan serta pelaburan yang berterusan selain kesalinghubungan antara rakyat kedua-dua negara.Tahun lepas, jumlah dagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding 2023 manakala bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, jumlah dagangan terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.50 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama bagi tahun 2024.Itali merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dari blok tersebut bagi tahun 2024.Selepas Itali, Perdana Menteri dijadual ke Perancis bagi lawatan rasmi selama dua hari bermula 3 Julai |
PM Anwar Mulakan Siri Lawatan Ke Itali, Perancis Dan Brazil - Wrlr - 30/06 8:52 pm Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan rasmi ke Perancis atas undangan Presiden Emmanuel Macron pada 4 Julai 2025 |
Interpol: Pemerdagangan orang berkait penipuan dalam talian meningkat - Mkini - 30/06 8:50 pm Pertubuhan polis antarabangsa yang berpangkalan di Lyon, Perancis itu berkata mangsa datang dari 66 negara di semua benua. |
Anwar ketuai misi perdagangan ke tiga pusat ekonomi utama dunia mulai esok - Sinarharian - 30/06 6:05 pm PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil, termasuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17, mulai esok hingga Isnin depan (1 hingga 7 Julai).Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, lawatan ke tiga pusat ekonomi utama iaitu Rom, Paris dan Rio de Janeiro itu bertujuan memperkukuhkan rangkaian diplomatik dan perdagangan Malaysia dengan negara berkenaan.Beliau berkata, ketiga-tiga pasaran itu secara kolektif merekodkan nilai dagangan dua hala berjumlah RM50.91 bilion (AS$11.14 bilion) tahun lepas."Ia menawarkan peluang pertumbuhan pesat dalam sektor ekonomi, kebudayaan, teknologi serta pendidikan," katanya pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri di sini pada Isnin.Beliau berkata di Itali, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni untuk memperkasa agenda ekonomi dua hala dan merintis inisiatif kebudayaan bersama."Sesi Meja Bulat Perniagaan juga akan diadakan untuk menghimpunkan peneraju industri kedua-dua negara, manakala dialog bersama pemimpin komuniti Islam serta pertemuan diaspora Malaysia menonjolkan jalinan insani serta bakat negara di Eropah," katanya.Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri turut dijadual bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dan fokus perbincangan merangkumi sektor perdagangan, teknologi dan pendidikan."Di samping sesi meja bulat bersama gergasi industri Perancis, Perdana Menteri juga akan berdialog bersama pemimpin komuniti Islam setempat dan menyantuni warga Malaysia di Perancis selain menyampaikan Syarahan Umum di Sorbonne University pada 4 Julai," katanya.Beliau berkata, seterusnya Perdana Menteri akan ke Rio de Janeiro pada 5 hingga 7 Julai bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Luiz Incio Lula da Silva."Kehadiran Malaysia sebagai Negara Rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN 2025 akan menekankan kepentingan multi-lateralisme berasaskan undang-undang, tadbir urus kecerdasan buatan, tindakan iklim dan kesihatan global, mewakili aspirasi lebih 650 juta rakyat ASEAN," katanya.Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri akan turut membawa delegasi perniagaan yang merangkumi gergasi korporat serta perusahaan inovatif Malaysia."Sebahagian daripada syarikat ini telah pun beroperasi dan mempunyai kepentingan perniagaan di Itali, Perancis atau Brazil, manakala selebihnya sedang meneroka peluang pelaburan baharu bagi memperluas jaringan global mereka."Sinergi sedemikian memastikan rundingan antara Kerajaan (G2G) disokong oleh kerjasama antara perniagaan (B2B), sekali gus memacu pasaran baharu, mengukuhkan operasi sedia ada dan meneguhkan kedudukan Malaysia di rantau strategik ini," katanya.Beliau berkata, pengurusan syarikat dibuat oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai kementerian bertanggungjawab dalam hal ehwal pelaburan, perdagangan dan industri setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri."Ini merupakan amalan sedia ada menerusi penglibatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)."Mereka menjadi pemudah cara bagi pemain industri dan syarikat Malaysia serta syarikat luar negara untuk membuat pelaburan atau usaha sama perniagaan, menerusi Mesyuarat Meja Bulat bersama pemimpin-pemimpin industri negara-negara yang dilawati," katanya.Antara delegasi perniagaan yang turut serta dalam lawatan itu adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Khazanah Nasional Bhd, Sunway dan Maybank.Sementara itu, Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri dan delegasi akan tiba di Kuala Lumpur pada 9 Julai dan terus menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN pada hari yang sama."Kerajaan Madani menaruh harapan tinggi agar rangkaian pertemuan di Rom, Paris dan Rio de Janeiro ini akan memperkasa persahabatan, memacu perdagangan, dan membuka limpahan peluang baharu demi kesejahteraan rakyat Malaysia serta seluruh warga ASEAN."Perdana Menteri turut memohon doa dan sokongan padu rakyat Malaysia agar setiap rundingan dipermudah dan setiap hasilnya kelak benar-benar membawa manfaat yang mampu dirasai semua lapisan masyarakat," katanya |
Lawatan sulung Anwar ke Itali, teroka peluang baharu ekonomi - Duta Besar - Astroawani - 30/06 5:31 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan siri lawatan ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil bermula Selasa, 1 Julai 2025. |
Anwar mulakan siri lawatan ke tiga negara bermula Selasa - Mkini - 30/06 4:47 pm Perdana menteri akan melawat Itali, Perancis dan Brazil. |
CWC: PSG mahu menang trofi kelima - Kosmo - 30/06 4:30 pm ATLANTA – Juara Eropah, Paris Saint-Germain berpeluang untuk terus melakar sejarah baharu selepas meraih kemenangan besar 4-0 ke atas Inter Miami pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab di Stadium Mercedes-Benz awal pagi tadi. PSG kini memburu gelaran kelima selepas merangkul kejuaraan quadruple dengan memenangi Ligue 1, Piala Perancis, Trofi Juara-Juara Perancis dan Liga Juara-Juara .. |
PSG mudah singkir Inter Miami - Sinarharian - 30/06 1:08 pm Joao Neves mencuri tumpuan dengan dua jaringan peribadi ketika Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan aksi dominan, membelasah Inter Miami yang diketuai Lionel Messi 4-0 di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta.Kemenangan meyakinkan ini mengesahkan tempat PSG di pusingan suku akhir Piala Dunia Kelab dengan gaya pasukan pilihan dalam temasya berkenaan.Pasukan gergasi Ligue 1 Perancis bimbingan Luis Enrique itu mula menguasai perlawanan seawal enam minit pertama.Neves yang tidak dikawal, berjaya bergerak ke tiang jauh untuk menanduk masuk hantaran sepakan percuma dengan tepat dan bertenaga.Neves kemudian menggandakan kelebihan PSG pada minit ke-39, hasil gerakan menarik yang dimulakan Bradley Barcola sebelum menemui Fabian Ruiz.Hantaran lintang Ruiz yang cukup cantik itu disudahkan secara klinikal oleh pemain Portugal tersebut.Segala harapan Inter Miami untuk bangkit pupus pada separuh masa pertama, dengan Messi dan rakan-rakannya hampir tidak mendapat peluang mencuri perhatian.Penderitaan kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat itu bertambah apabila Tomas Aviles secara tidak sengaja tertolak hantaran lintang Desire Doue ke dalam gawang sendiri.Achraf Hakimi melengkapkan jaringan keempat Les Parisiens, menyambar bola selepas percubaan awalnya terkena palang gol, tepat pada minit-minit akhir separuh masa pertama.Messi lebih banyak terlibat dalam permainan selepas rehat, dan tandukannya berjaya diselamatkan Gianluigi Donnarumma hasil serangan balas pantas.Biarpun begitu, sepakan percuma lewat Messi hanya menggegarkan tembok pertahanan PSG.Juara Liga Juara-Juara itu kini mara ke suku akhir, di mana mereka akan berdepan Bayern Munich yang sebelum ini menewaskan Flamengo 4-2.Joao Neves mencuri tumpuan dengan dua jaringan peribadi ketika Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan aksi dominan, membelasah Inter Miami diketuai Lionel Messi 4-0 di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta.Kemenangan meyakinkan ini mengesahkan tempat PSG di pusingan suku akhir Piala Dunia Kelab dengan gaya pasukan pilihan di temasya berkenaan.Pasukan gergasi Ligue 1 Perancis bimbingan Luis Enrique itu mula menguasai perlawanan seawal enam minit pertama.Neves yang tidak dikawal, berjaya bergerak ke tiang jauh untuk menanduk masuk hantaran sepakan percuma dengan tepat dan bertenaga.Neves kemudian menggandakan kelebihan PSG pada minit ke-39, hasil gerakan menarik yang dimulakan Bradley Barcola yang menemui Fabian Ruiz.Hantaran lintang Ruiz yang cukup cantik itu disudahkan dengan klinikal oleh pemain Portugal tersebut.Segala harapan Inter Miami untuk bangkit pupus pada separuh masa pertama, dengan Messi dan rakan-rakannya hampir tidak mendapat peluang mencuri perhatian.Penderitaan kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat itu bertambah apabila Tomas Aviles secara tidak sengaja tertolak hantaran lintang Desire Doue ke dalam gawang sendiri.Achraf Hakimi melengkapkan jaringan keempat Les Parisiens, menyambar bola selepas percubaan awalnya terkena palang gol, tepat pada minit-minit akhir separuh masa pertama.Messi lebih banyak terlibat dalam permainan selepas rehat, dan tandukannya berjaya diselamatkan Gianluigi Donnarumma hasil serangan balas pantas.Biarpun begitu, sepakan percuma lewat Messi hanya menggegarkan tembok pertahanan PSG.Juara Liga Juara-Juara itu kini mara ke suku akhir, di mana mereka akan berdepan Bayern Munich yang sebelum ini menewaskan Flamengo 4-2. |
Jumlah kenderaan elektrik global cecah 56 juta, China di tangga teratas - Careta - 28/06 8:07 am Di tempat kedua - dengan jurang besar berbanding kedudukan teratas China - ialah Amerika Syarikat dengan 6.4 juta unit, diikuti Jerman di tempat ketiga dengan 2.6 juta unit. United Kingdom dan Perancis masing-masing memiliki kira-kira 2.1 juta unit, manakala Norway melebihi satu juta unit. |
Buletin Bugatti Veyron Memang Hebat, Tapi Siapa Veyron? Read More - Mekanika - 28/06 8:02 am Di sebalik nama hebat itu, siapa sebenarnya Veyron? Nama itu bukan dicipta sembarangan, ia datang daripada seorang individu yang legasinya sangat dekat dengan DNA Bugatti. Pierre Veyron dilahirkan di Perancis pada tahun 1903 |
Buletin Ferrari Hypersail Projek Kapal Layar Berprestasi, Guna Tenaga .. - Mekanika - 28/06 8:02 am Ferrari bekerjasama dengan pakar pelayaran dalam semua peringkat, dari reka bentuk, kejuruteraan, sehingga ke fasa ujian. Kapal layar ini direka oleh pereka kapal Perancis, Guillaume Verdier |
Kenderaan elektrik global capai 56 juta unit, China mendahului - SUN - 27/06 9:19 pm Di tempat kedua dengan jurang besar berbanding kedudukan teratas China ialah Amerika Syarikat dengan 6.4 juta unit, diikuti Jerman di tempat ketiga dengan 2.6 juta unit. United Kingdom dan Perancis masing-masing memiliki kira-kira 2.1 juta unit, manakala Norway melebihi satu juta unit |
EU pertimbang ganti WTO dengan organisasi perdagangan baharu - SUN - 27/06 4:41 pm Pemimpin Jerman itu merujuk kepada mekanisme penyelesaian pertikaian perdagangan, sambil menyatakan Suruhanjaya Eropah boleh membangunkan mekanisme sedemikian untuk perjanjian perdagangan baharu EU. Merz memaklumkan beliau telah berbincang mengenai idea itu dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Britain Keir Starmer |
Mbappe dakwa PSG lakukan 'gangguan moral' - Sinarharian - 27/06 10:57 am BINTANG sensasi Perancis dan Real Madrid, Kylian Mbappe menuduh bekas kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) melakukan "gangguan moral" terhadapnya ketika pertikaian undang-undang antara kedua-dua pihak memasuki fasa baharu.Mbappe, 26, sebelum ini telah menuntut bayaran tertunggak sebanyak 55 juta daripada PSG yang didakwa masih belum dibayar bagi tahun terakhirnya bersama kelab itu sebelum berhijrah secara percuma ke Sepanyol.Namun, dalam perkembangan berasingan, Mbappe juga mendakwa pihak pengurusan PSG cuba memaksanya menandatangani kontrak baharu dan tidak membenarkan kontraknya tamat begitu sahaja.Pertikaian yang semakin meruncing ini dijangka berpanjangan selepas Mbappe memfailkan aduan rasmi di mahkamah Perancis bulan lalu |
Manchester City beri Juventus pengajaran - Sinarharian - 27/06 8:47 am ERLING Haaland menjaringkan gol ke-300 dalam kariernya ketika membantu Manchester City menewaskan Juventus, 5-2 dalam aksi cuaca panas terik di Stadium Camping World, Orlando, sekali gus mengungguli Kumpulan G di Piala Dunia Kelab.Penyerang Norway berusia 24 tahun menjaringkan gol pada separuh masa kedua ketika pasukan Liga Perdana Inggeris itu bertahan dalam suhu 32 darjah Celsius, di samping hujan renyai, untuk menewaskan Juve bagi mengelak daripada berada dalam undian sama dengan juara Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain (PSG), dan gergasi Bundesliga, Bayern Munich.Namun begitu, pengendali Pep Guardiola mungkin akan berdepan bekas pemainnya, Xabi Alonso, di pusingan seterusnya, sekiranya Real Madrid tewas menentang Red Bull Salzburg dalam Kumpulan H yang akan berlangsung Jumaat.City memulakan dua perlawanan pembukaan dengan momentum pantas dan sekali lagi menjaringkan gol dalam tempoh 10 minit pertama apabila hantaran Rayan Ait-Nouri disambut Jeremy Doku untuk gol minit kesembilan.Tetapi City dihukum serta-merta selepas membuka tirai jaringan apabila hantaran longgar penjaga gol Ederson dipintas Teun Koopmeiners minit ke-11.Jika gol dibolosi City dalam pertemuan sengit itu dianggap teruk, gol dibolosi Juve agak melucukan hasil jaringan sendiri pemain antarabangsa Perancis, Pierre Kalulu minit ke-26.Haaland masuk dari bangku simpanan pada separuh masa kedua menambah jaringan City minit ke-52, sebelum Phil Foden merembat masuk dari jarak dekat (m-69) diikuti sentuhan Savinho minit ke-75 untuk gol kelima City.Penyerang Dusan Vlahovic menjaringkan gol sagu hati Juve minit ke-84 selepas mensia-siakan peluang lebih awal dalam perlawanan, tetapi sudah terlambat menyekat tiga mata City. |
Peluang Messi lepas geram berdepan PSG - Utusan - 27/06 7:15 am Kata Mascherano, Messi selalu menyerlah apabila dia mempunyai sesuatu yang ingin dibuktikan. Messi yang menyertai PSG pada 2021 selepas meninggalkan Barcelona, menghabiskan dua musim di Perancis .. |
Stphan jadi taruhan baharu QPR - Sinarharian - 26/06 12:13 am KELAB Liga Kejuaraan, Queens Park Rangers (QPR) secara rasmi mengumumkan pelantikan Julien Stphan sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu.Pengendali kelahiran Perancis berusia 44 tahun itu menggantikan Mart Cifuentes, yang sebelum ini diletakkan di bawah cuti bergaji sejak April dan kini telah meninggalkan kelab secara rasmi pada Rabu.Stphan bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak Eropah |
Botafogo langkaui jangkaan, buktikan kekuatan dalam kumpulan maut - Sinarharian - 24/06 12:39 am BOTAFOGO, yang diterajui kapten Marlon Freitas menyangkal segala kritikan apabila mengesahkan tempat di pusingan 16 terakhir Piala Dunia Kelab.Pencapaian ini diraih meskipun mereka tewas tipis 0-1 kepada Atletico Madrid dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Rose Bowl, Pasadena, California, pada Selasa.Jaringan lewat Antoine Griezmann memastikan kemenangan buat Atletico, namun gol tersebut tidak mencukupi untuk mengatasi kelebihan perbezaan gol wakil Brazil itu, sekali gus membolehkan pasukan benua Amerika Selatan itu menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan B di belakang sensasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).Teruja dengan kemaraan ke pusingan 16, Freitas menegaskan kepentingan kejayaan mara ke peringkat kalah mati daripada kumpulan yang dianggap ramai sebagai kumpulan maut."Sudah tentu, kami mahu menang, dan saya fikir kami mempunyai peluang."Kami tahu bagaimana untuk bertahan, dan saya percaya kami wajar mendapat sekurang-kurangnya keputusan seri."Bolos gol lewat itu amat mengecewakan kerana kami mahu menamatkan saingan di puncak kumpulan," katanya.Beliau berkata, semua menyangka mereka tiada peluang menentang dua lawan terkemuka dari liga utama Eropah."Kami telah menunjukkan nilai bola sepak Brazil."Kami adalah juara Amerika Selatan, dan kami berhak dihormati," kata Freitas.Sementara itu, pertahanan veteran, Alex Telles yang berusia 30 tahun turut mengulangi sentimen Freitas, meluahkan kebanggaan pasukan dikenali The Lone Star berkenaan."Sukar untuk bercakap mengenainya sekarang |
Tekanan 'menggunung' buat Simeone - Sinarharian - 24/06 11:37 am ATLETICO Madrid menerima tamparan hebat apabila gagal melepasi peringkat kumpulan dalam saingan Piala Dunia Kelab, meskipun menutup kempen dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab Brazil, Botafogo, pada perlawanan terakhir Kumpulan B pada Selasa.Pasukan kendalian Diego Simeone itu menamatkan saingan di tangga ketiga dalam kumpulan yang dianggap sebagai kumpulan maut, berkongsi enam mata dengan Paris Saint-Germain (PSG) dan Botafogo.Namun tersingkir berdasarkan perbezaan gol selepas kekalahan besar 0-4 kepada PSG dalam perlawanan pembukaan terbukti menjadi titik tolak kepada kegagalan mereka.Ia sekali gus menghancurkan harapan gergasi La Liga Sepanyol itu untuk mara ke peringkat kalah mati dalam kejohanan yang kini berwajah baharu hasil reformasi Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).Skuad Los Colchoneros hadir ke bumi Amerika Syarikat dengan reputasi besar serta barisan pemain ternama termasuk penyerang Argentina, Julian Alvarez, bekas kapten Perancis, Antoine Griezmann, serta penjaga gol berpengalaman, Jan Oblak.Namun, kecemerlangan individu gagal menutup kelemahan kolektif pasukan, terutama dalam aspek pertahanan dan kreativiti di zon serangan terakhir.Walaupun berjaya mengutip enam mata hasil dua kemenangan, kekalahan besar kepada PSG menjadi dosa awal yang menghukum Atletico.Dalam sidang media pascaperlawanan, Simeone menzahirkan rasa bangga terhadap semangat juang anak buahnya, tetapi turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan."Saya bangga dengan komitmen pemian-pemain |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |