| /// |
|
| Search : Pengerusi Pn News | Page 1 |
|
Pengerusi PN: Samsuri anggap satu tanggungjawab besar kepadanya - Mgazette - 23/02 8:03 am # Pengerusi PN: Samsuri anggap satu tanggungjawab besar kepadanya KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ir |
|
Samsuri dilantik Pengerusi PN baharu - Mgazette - 23/02 8:03 am Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta-merta, katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas di sini hari ini |
|
Hamzah dan kumpulannya sokong pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN - Mgazette - 23/02 8:03 am # Hamzah dan kumpulannya sokong pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bersama 18 lagi ahli Parlimen lain memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Samsuir Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu |
|
Tanda besar dan serius apabila Dr Sam dilantik Pengerusi PN - Harakahdaily - 22/02 11:15 pm BARU selesai berlangsung Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional di Pejabat Agung PAS jam 3.00 petang tadi.Agenda utamanya ialah mengesahkan perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN bermula 1 Januari 2026 dan melantik penggantinya yang baharu |
|
Saling hormat, percaya jadi tiang seri PN - Radzi Jidin - Sinarharian - 22/02 10:35 pm SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menegaskan, sikap saling menghormati dan mempercayai menjadi tiang seri Perikatan Nasional (PN).Hantaran penuh makna tersebut dimuat naik Ahli Parlimen Putrajaya yang kini memangku tugas Timbalan Presiden Bersatudi Facebooknya susulan pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN pada Ahad."Tahniah kepada jiran saya di Dewan Rakyat, Yang Amat Berhormat Dr Samsuri atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional."Saya doakan yang terbaik," katanya menerusi hantaran di media sosial.Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di Pejabat Pas Pusat di Kuala Lumpur pada Ahad melantik Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu sebagai pengerusi gabungan berkenaan.Pelantikan Ahmad Samsuri dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Januari lalu. |
|
'Terima kasih Tan Sri Muhyiddin' - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 22/02 9:22 pm KUALA TERENGGANU Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakam penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sepanjang menerajui gabungan itu sejak awal penubuhannya.Ahmad Samsuri berkata, kepimpinan Muhyiddin sebelum ini telah berjaya meletakkan asas muafakat politik yang kukuh sehingga mampu mencatatkan pencapaian luar biasa dalam landskap politik negara."Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN dari mula penubuhannya."Bersama seluruh kepimpinan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN, beliau telah membina PN sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi kerusi besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN yang baharu diputuskan menerusi mesyuarat khas yang dihadiri oleh semua Presiden parti anggota dan ahli MPT PN berkuatkuasa pada Ahad.Mengulas mengenai mandat baharu tersebut, Menteri Besar Terengganu itu menyifatkan ia sebagai satu amanah yang amat berat untuk dipikul, terutama dalam meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan oleh Muhyiddin.Ujar beliau, rakyat kini meletakkan pengharapan yang cukup tinggi kepada PN untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang."Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar |
|
Ahmad Samsuri dilantik Pengerusi PN baharu - Thempress - 22/02 9:03 pm KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu, dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu |
|
Ahmad Samsuri mahu kukuhkan muafakat, laksana penambahbaikan - Sinarharian - 22/02 8:51 pm SHAH ALAM - Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi isyarat jelas bahawa fokus terdekat kepimpinannya adalah memperkukuh muafakat dalaman serta melaksanakan penambahbaikan struktur dan gerak kerja gabungan itu.Menurutnya, perbincangan dengan kepimpinan Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) PN akan dilakukan bagi mengadakan mesyuarat untuk menentukan pelantikan jawatan berdasarkan perlembagaan parti."Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar, terutamanya dalam suasana pengharapan yang tinggi diberikan oleh pelbagai pihak serta rakyat kepada PN."Ia bagi menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama, bangsa, etnik dan latar belakang sosioekonomi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa pada Ahad.Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan Menteri Besar Terengganu itu dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada Januari lalu.Menurutnya, jawatan Timbalan Pengerusi pula akan disandang Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu berkenaan turut merakamkan penghargaan kepada Muhyiddin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN sejak awal penubuhannya, bersama seluruh kepimpinan MPT PN yang membina gabungan berkenaan sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi pelbagai kerusi dalam pilihan raya lalu. |
|
Hamzah sokong penuh Dr Samsuri terajui PN - Sinarharian - 22/02 8:27 pm SHAH ALAM - Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menzahirkan ucapan tahniah buat Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu berkuat kuasa Ahad.Hamzah bersama 18 lagi ahli Parlimen PN dalam kenyataan bersama berkata, pihaknya memberikan sokongan penuh buat Dr Samsuri untuk memimpin gabungan, sekali gus mendukung PN yang dipimpin oleh Pas selaku parti tunjangnya."Pelantikan ini merupakan konsolidasi serius bahawa PN benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara," kata ahli Parlimen Larut itu dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.Senarai nama pemimpin yang menyatakan sokongan antara lain termasuk Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.Selain itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail; Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim.Turut serta, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hassan; Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad Ismail; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan dan Ahli Parlimen Mersing, Islahuddin Abbas.Hamzah sebelum ini memaklumkan bahawa dirinya tidak menghadiri Mesyuarat Khas PN yang berlangsung di ibu pejabat Pas, petang tadi disebabkan pemecatan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) minggu lalu.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN dibuat bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada Januari lalu.Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga, jawatan Timbalan Pengerusi pula akan disandang Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu. |
|
Pengerusi PN: Komitmen PAS - Harakahdaily - 22/02 8:19 pm Mohd. Yassin atas segala jasa, sumbangan dan khidmat […] The post Pengerusi PN: Komitmen PAS appeared first on Harakahdaily . |
|
Mahiaddin jadi timbalan, Hadi berundur? - Harapandaily - 22/02 5:52 pm Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin kini telah dilantik sebagai timbalan pengerusi Perikatan Nasional manakala presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang pula berundur dari Majlis Tertinggi Perikatan Nasional, umum timbalan setiausaha agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. “Saya dimaklumkan Bersatu bahawa Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN |
|
Dr Sam calon tunggal, dipersetujui sebulat suara - Takiyuddin - Sinarharian - 22/02 5:03 pm Dalam setengah jam kami selesaikan."Presiden Pas yang mencalonkan Dr Ahmad Samsuri dan sama-sama dipersetujui oleh Dr Ahmad Samsuri. Tiada calon lain yang dikemukakan," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Tertinggi PN di Pejabat Pas Pusat di sini pada Ahad.Muhyiddin pada 1 Januari lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN susulan kemelut yang melanda Pas dan Bersatu di Perlis.Pengumuman itu dibuat sendiri oleh beliau melalui satu hantaran di Facebooknya.Sementara itu, Takiyuddin turut mengesahkan keempat-empat presiden parti dalam gabungan PN hadir dalam mesyuarat berkenaan.Empat pemimpin parti itu terdiri Abdul Hadi, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S P Punithan. |
|
Ahmad Samsuri dilantik pengerusi PN, PAS pertimbang ganti Hamzah ketua pembangkang - Mkini - 22/02 4:32 pm Keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur petang tadi. |
|
Akhirnya pengerusi PN telah dilantik - Harapandaily - 22/02 4:11 pm Samsuri ialah Menteri Besar Terengganu dan Ahli Parlimen Kemaman di... The post Akhirnya pengerusi PN telah dilantik appeared first on Harapan Daily . |
|
MIC boleh kalung bunga malai kepada Pengerusi PN baharu hari ini... - Mgazette - 22/02 4:05 pm # MIC boleh kalung bunga malai kepada Pengerusi PN baharu hari ini - Shaiful Hazizy KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyelar MIC yang disifatkan seolah-olah cuba menunggang atau menangguk di air keruh berhubung kematian anggota tentera, Truper K |
|
Ahmad Samsuri Pengerusi PN baharu - Utusan - 22/02 4:01 pm Presiden Parti Gerakan Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan tersebut bertepatan dengan prinsip PN yang menekankan keterangkuman dan ... Read more The post Ahmad Samsuri Pengerusi PN baharu appeared first on Utusan Malaysia . |
|
Ahmad Samsuri dilantik Pengerusi PN baharu - Hmetro - 22/02 4:01 pm Kuala Lumpur: Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatannya sebelum ini |
|
Dr Samsuri Pengerusi PN baharu - Sinarharian - 22/02 4:00 pm KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu berkuat kuasa pada Ahad.Perkara itu disahkan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dr Dominic Lau ketika ditemui selepas selesai Mesyuarat Tertinggi (MT) PN di Pejabat Pas Pusat di sinipada Ahad.AKAN MENYUSUL |
|
Ibu Pejabat Pas jadi tumpuan, pemimpin parti komponen PN hadir mesyuarat pilih pengerusi baharu - Sinarharian - 22/02 2:48 pm KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Pas Pusat di sini, sekali lagi menjadi tumpuan susulan Mesyuarat Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung pada Ahad.Beberapa pemimpin parti komponen PN termasuk Presiden Parti Gerakan Malaysia (Gerakan), Dominic Lau antara yang dilihat hadir.Turut hadir, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini memangku tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.Difahamkan beberapa pemimpin Pas termasuk Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah berada di pejabat itu sejak pagi bagi menghadiri mesyuarat yang dijadual berlangsung pada jam 3 petang.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu mengesahkan akan menghadiri mesyuarat berkenaan.Ahli Parlimen Pagoh itu dalam kenyataan berkata, pertemuan tersebut bakal membincangkan perkara-perkara melibatkan pemerkasaan PN.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu berkata, mesyuarat kali ini dijangka menjadi detik penentu bagi menetapkan individu yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi PN yang baharu.Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.Peletakan jawatan tersebut disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook. |
|
Drama Perikatan Nasional minggu ini - Harapandaily - 22/02 8:00 am Sebanyak 52 hari diperlukan oleh blok pembangkang untuk memutuskan siapa yang akan menggantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin. Laporan media kelmarin memetik Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai berkata bahawa Pengerusi PN akan diputuskan hari ini |
|
Peja nafi mesej WhatsApp tersebar, dakwa ia kerja bekas ahli Bersatu - Mgazette - 22/02 7:53 am Dalam mesej tersebar di media sosial itu, Naib Presiden Bersatu terbabit didakwa mencadangkan partinya keluar daripada PN selain menyebut Pas boleh bersama UMDAP. Faizal didakwa mengeluarkan kenyataaan itu susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PN dipercayai selepas didesak segelintir pemimpin Pas baru-baru ini |
|
Bersatu tubuh pasukan petugas khas susun semula bahagian, sayap letak .. - Mgazette - 22/02 7:53 am Dalam pada itu, beliau yakin ramai ahli-ahli Bersatu terus komited kepada perjuangan Perikatan Nasional (PN). Sehubungan itu, saya akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN esok yang akan memutuskan pelantikan Pengerusi PN Nasional serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengukuhan dan pemerkasaan PN, katanya |
|
Muhyiddin sahkan hadir mesyuarat tentukan pelantikan Pengerusi PN - Sinarharian - 21/02 10:49 pm SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada Ahad ini yang akan memutuskan pelantikan pengerusi gabungan tersebut.Muhyiddin dalam kenyataan berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan perkara-perkara melibatkan pemerkasaan PN.Beliau turut menegaskan bahawa parti itu kekal komited kepada perjuangan PN."Sehubungan itu, saya akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada 22 Februari ini yang akan memutuskan pelantikan Pengerusi PN serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengukuhan dan pemerkasaan Perikatan Nasional," katanya pada Sabtu.Muhyiddin berkata, Bersatu sedang menyusun semula bahagian dan sayap parti yang terlibat dengan peletakan jawatan ketua serta ahli jawatankuasanya.Menurutnya, sebuah pasukan petugas khas telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh dua Naib Presiden parti, iaitu Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi melaksanakan proses penyusunan berkenaan."Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertindak sebagai sekretariat Pasukan Petugas Khas ini |
|
Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu - Sinarharian - 21/02 3:39 pm SHAH ALAM - Esok dijangka menjadi detik penentu bagi menetapkan individu yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang dijadualkan berlangsung pada Ahad dijangka menjadi medan utama bagi membuat keputusan tersebut.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad ketika ditanya mengesahkan mesyuarat berkenaan dijangka diadakan pada jam 3 petang di Pejabat Pas Pusat, Kuala Lumpur."Insya-ALLAH jam 3 petang di Pejabat Pas Pusat," katanya ringkas.Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan mesyuarat khas berkenaan sudah ditetapkan.Jelasnya, mesyuarat itu diadakan khusus bagi membincangkan dua agenda utama termasuk meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini serta melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan.Takiyuddin turut menjelaskan bahawa mengikut perlembagaan PN, apabila jawatan pengerusi kosong, mesyuarat perlu melantik salah seorang daripada Timbalan Pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.Katanya, ketika ini PN mempunyai tiga Timbalan Pengerusi dan pemilihan pengerusi mesyuarat akan diputuskan mengikut ketetapan perlembagaan gabungan.Sebelum ini Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu.Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook. |
|
Keutamaan ketika ini adalah selamatkan PN ??? Hadi - Mgazette - 20/02 5:31 pm Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi semua pihak berkenaan dalam kedua-dua pertemuan tersebut. Sementara itu, Abdul Hadi berkata, mesyuarat Pas yang dijadualkan Ahad ini akan membuat keputusan berhubung lantikan Pengerusi PN, selain turut dijangka membincangkan berkenaan kedudukan Ketua Pembangkang susulan pemecatan Hamzah daripada Bersatu |
|
'Yang penting kita selamatkan Perikatan Nasional dulu'- Hadi Awang - Sinarharian - 20/02 2:34 pm SHAH ALAM Menyelamatkan Perikatan Nasional (PN) susulan kemelut yang berlaku dalam gabungan berkenaan menjadi keutamaan Pas ketika ini.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya PN berhasrat untuk mengambil alih pentadbiran negara, semua pihak perlu dilibatkan.Justeru katanya, mesyuarat Pas yang dijadualkan pada Ahad ini dijangka membincangkan kedudukan Ketua Pembangkang dan mengenai PN."Kita akan bincang dalam mesyuarat Pas, insya-ALLAH sehari dua lagi. Paling penting dalam perbincangan mesyuarat nanti ialah kita perlu selamatkan PN, kerana Pas berpendapat jika mahu memerintah negara mesti membabitkan semua pihak," katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di Marang, Terengganu pada Jumaat.Beliau turut berkongsi video kenyataannya itu di media sosial.Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi di Rusila, sehari selepas beliau dipecat daripada parti berkenaan.Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, Pas tetap dengan pendirian untuk mengambil alih kepimpinan PN selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Pengerusi PN.Sementara itu, ketika ditanya sekiranya Pengerusi PN daripada Pas yang diumumkan kelak tidak mendapat persetujuan Bersatu, beliau berkata, perkara tersebut belum diputuskan lagi."Kita belum buat keputusan lagi, tengok dulu macam mana," katanya. |
|
PAS utama selamatkan Perikatan Nasional – Presiden PAS - Harakahdaily - 20/02 12:56 am MARANG: Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memaklumkan keutamaan PAS ketika ini adalah untuk menyelamatkan Perikatan Nasional (PN) susulan kemelut membabitkan kepimpinan pembangkang. Beliau berkata, perkara berhubung kedudukan Ketua Pembangkang serta jawatan Pengerusi PN akan dibincangkan dalam mesyuarat parti yang dijadual diadakan dalam masa terdekat |
|
Pas didakwa terdesak, isu jawatan Pengerusi PN belum capai kata sepakat - Thempress - 19/02 6:31 pm TINDAKAN berulang kali mengumumkan hasrat mengadakan mesyuarat bagi melantik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) daripada Pas menimbulkan persoalan mengenai tahap persetujuan dalaman gabungan itu |
|
Harap pengerusi baharu mampu kukuhkan PN - Bersatu Kelantan - Sinarharian - 19/02 11:59 am KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berharap pengerusi baharu yang bakal dilantik pada Ahad ini mampu mengukuhkan Perikatan Nasional (PN).Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, tindakan itu penting bagi memastikan PN mampu mendepani arena politik tanah air yang semakin mencabar ketika ini."Tidak kira siapa (yang dilantik sebagai Pengerusi PN), yang penting ia perlu memberi tumpuan kepada membina kesatuan dan kekuatan parti," katanya ketika dihubungi.Menurut beliau, Bersatu Kelantan turut berharap pengerusi baharu itu mampu kukuhkan PN di negeri ini.Katanya, hal ini kerana kebanyakan rakyat masih belum mengenali PN secara jelas terutama di kawasan luar bandar.Beliau melihat usaha itu perlu diteruskan bagi memastikan kehadiran PN diterima sebaik mungkin oleh rakyat di negeri ini.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, jawatan Pengerusi PN bakal ditentukan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu yang dijadual berlangsung Ahad ini.Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mesyuarat khas berkenaan sudah ditetapkan pada 22 Februari ini, jam 3 petang di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.Katanya, mesyuarat tersebut diadakan khusus bagi membincangkan dua agenda utama termasuk meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini serta melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan. |
|
PN bermesyuarat tentukan pengerusi baharu 22 Feb ini - Mgazette - 18/02 7:57 am Setakat ini, semua parti termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah bersetuju," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata agenda mesyuarat itu setakat ini, tertumpu kepada dua perkara utama, iaitu meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN dan seterusnya melantik Pengerusi PN yang baharu |
|
Calon pengerusi PN? Samsuri tak tahu tapi akur jika dilantik - Mkini - 17/02 2:03 pm "Saya orang parti, jadi apa saja keputusan parti saya akan akur, kata Menteri Besar Terengganu dari PAS itu. |
|
Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini - Takiyuddin - Sinarharian - 17/02 12:53 am KOTA BHARU - Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bakal ditentukan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu yang dijadual berlangsung Ahad ini.Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat khas berkenaan sudah ditetapkan pada 22 Februari ini, jam 3 petang di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur.Menurut beliau, mesyuarat tersebut diadakan khusus bagi membincangkan dua agenda utama termasuk meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini serta melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan."Mesyuarat ini adalah mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi PN."Agenda yang dinyatakan dalam surat panggilan hanyalah dua perkara iaitu menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengerusi PN dan melantik Pengerusi PN yang baharu," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman Presiden Gabungan Pertubuhan Tionghwa, Datuk Oie Poh Choon di sini pada Selasa.Mengulas lanjut, beliau berkata, mengikut perlembagaan PN, apabila jawatan pengerusi kosong, mesyuarat perlu melantik salah seorang daripada Timbalan Pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.Katanya, ketika ini PN mempunyai tiga Timbalan Pengerusi dan pemilihan pengerusi mesyuarat akan diputuskan mengikut ketetapan perlembagaan gabungan.Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa mesyuarat luar biasa boleh diadakan apabila sekurang-kurangnya separuh daripada parti anggota bersetuju untuk memanggilnya."Dalam PN ada empat parti anggota |
|
Gerakan tak pernah tentang PAS teraju PN, kata Lau - FMT - 14/02 10:59 am Dominic Lau berkata pengerusi PN baharu mesti diterima oleh rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama. |
|
Muhyiddin gagal tangani kemelut parti, persepsi negatif semakin melebar .. - Mgazette - 13/02 3:36 pm Lebih membimbangkan, katanya, tindakan membiarkan pimpinan lantikan menyerang parti komponen secara terbuka bukan sahaja mencerminkan kelemahan pengurusan politik, malah bertentangan dengan semangat persefahaman dan kesepaduan dalam PN. Ujarnya, akauntabiliti kepimpinan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN sekali lagi dipersoalkan apabila wujud kenyataan bercanggah berhubung isu pemansuhan jawatan Pengerusi PN, yang kemudiannya dinafikan secara terbuka oleh Pas |
|
'Bukan benci Muhyiddin, tapi nak elak Bersatu hancur' - MP Ketereh - Sinarharian - 13/02 2:11 pm Tapi jika beliau tidak berundur dikhuatiri Bersatu akan berpecah. Kami berharap beliau berundur secara terhormat selepas meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN (Perikatan Nasional)," katanya ketika dihubungi.Menurut beliau, susulan perletakan jawatan itu Muhyiddin perlu membuat tindakan sama dengan melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden Bersatu.Ujarnya, tindakan berkenaan bagi memastikan Bersatu kembali kukuh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti.Ketika diminta mengulas pengganti Muhyiddin, Khlir memberitahu, perkara tersebut diserahkan kepada Majlis Tertinggi parti untuk membuat keputusan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menggesa supaya Muhyiddin berundur daripada jawatannya sebagai presiden bagi membina semula kekuatan parti.Ronald berkata, ia kerana bekas Perdana Menteri itu didakwa gagal menguruskan krisis dalaman parti dengan berkesan, sehingga dibiarkan berlarutan ke tahap yang hampir mustahil untuk dipulihkan. |
|
Muhyiddin tak berunding sebelum letak jawatan pengerusi PN, kata Azmin - FMT - 13/02 11:53 am Setiausaha Agung Bersatu berkata Muhyiddin Yassin hanya menjelaskannya sebaik pulang dari London. |
|
Azmin kecewa Muhyiddin tak beritahu pemimpin Bersatu nak letak jawatan - Mkini - 13/02 11:24 am Kita menguruskan sebuah gabungan, bukan hanya sebuah parti," katanya berhubung tindakan Muhyiddin melepaskan jawatan pengerusi PN. |
|
Hamzah, Ronald perlu pikul tanggungjawab kekalahan PRN Sabah – .. - Mgazette - 12/02 8:26 am # Hamzah, Ronald perlu pikul tanggungjawab kekalahan PRN Sabah - Sanjeevan KUALA LUMPUR - Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan menegaskan, kegagalan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak boleh diselindungi atau dipertahankan oleh mana-mana pimpinan negeri. Naib Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia itu berkata, tidak timbul soal Timbalan Ketua Badan Perhubungan PN Sabah, Muhammad Affan Jumahat tampil mempertahankan kelemahan Pengarah Pilihan Raya dan Pengerusi PN Sabah kerana Affan sendiri sebahagian daripada kegagalan tersebut |
|
Hamzah dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini? - Sinarharian - 8/02 3:30 pm SHAH ALAM -Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwabakal dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ketua Pembangkang itu dijadualkan memberi keterangan pada Khamis ini, jam 12 tengah hari di Ibu Pejabat Bersatu, Petaling Jaya.Berdasarkan surat yang didakwa sebagai notis panggilan kali kedua, ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan bertarikh 6 Februari, empat aduan disiplin secara bertulis telah dikemukakan terhadap Hamzah masing-masing pada 30 September 2025 dan 5 Februari lalu."Kami telah mengeluarkan notis panggilan pertama kepada Hamzah bertarikh 5 Oktober 2025 untuk satu sesi perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu. Kami sudah bersidang dan memandang serius aduan disiplin yang diterima," menurut kandungan surat itu.Notis sama turut menyenaraikan beberapa rumusan berdasarkanaduan terhadap Hamzah, termasuk dakwaan gagal menghalang beberapa pemimpin dan ahli parti daripada mengeluarkan kenyataan yang menyerang Muhyiddin sertamencemarkan imej Bersatu.Ahli Parlimen Larut itu juga didakwa gagal menghalang rundingan dengan presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) tanpa mandat rasmi parti, termasuk perbincangan berkaitan Majlis Eksekutif PN yang ditolak Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.Hamzah juga didakwa mencemarkan imej Muhyiddin kerana membuat kenyataan kononnya tidak dijemput ke pertemuan membabitkan presiden parti komponen PN semasa menjawab pertanyaan media di Dewan Rakyat pada 28 Januari lalu.Beliau turut didakwa terlibat dengan perancangan bagi tujuan mengumpul surat Akuan Bersumpah (SD) dengan memanipulasi ketetapan 'Retreat Gopeng'.Sebelum ini, dua pemimpin Bersatu Selangor, Rafiq Abdullah dan Datuk Harisson Hassan menggesa Lembaga Disiplin untuk melakukan siasatan ke atas Hamzah, sekali gus mengambil tindakan termasuk memecatnya jika beliau terbukti bersalah menjadi punca krisis dalaman parti.Rafiq turut mendesak Hamzah supaya berundur, namun penganalisis politik berpandangan Timbalan Pengerusi PN itu tidak akan melayan tuntutan sedemikian, sebaliknya cuma menunggu tindakan Bersatu.Hamzah sebelum ini menafikan hubungannya dengan Muhyiddin sebagai tegang termasuk menolak dakwaan wujud dua kem dalam parti itu, selain mendakwa cerita sebegitu sengaja diada-adakan bagi mewujudkan perpecahan dalam Bersatu dan PN.Bagaimanapun, beliau terus dikaitkan dengan dakwaan wujudnya usaha menyokong perpecahan dalaman parti, yang dipercayai membawa kepada beberapa tindakan disiplin,termasuk pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah serta penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. |
|
Pengerusi bukan poster boy cetus tanggapan PN bergelut calon PM - FMT - 7/02 8:00 am Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata kenyataan pemimpin PAS bahawa pengerusi PN tidak semestinya calon 'poster boy' dedah realiti sebenar politik dalaman PN. |
|
Pendirian Bersatu kekal, Pengerusi PN mesti presiden parti gabungan ??? .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm # Pendirian Bersatu kekal, Pengerusi PN mesti presiden parti gabungan Tun Faisal KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih kekal dengan pendirian hanya menerima calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam kalangan presiden parti anggota gabungan itu |
|
11 ketua bahagian Bersatu pertahan Radzi sebagai Pengerusi PN WP - Mgazette - 6/02 4:07 pm # 11 ketua bahagian Bersatu pertahan Radzi sebagai Pengerusi PN WP KUALA LUMPUR Seramai 11 daripada 13 Ketua Bahagian Bersatu di Wilayah Persekutuan menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Dr |
|
Empat Presiden PN sah hadir ???mesyuarat khas??? pilih pengerusi baharu .. - Mgazette - 6/02 4:07 pm Takiyuddin berkata, walaupun tarikh muktamad masih belum ditetapkan, pihaknya berharap mesyuarat itu dapat diadakan sebelum akhir bulan ini bagi mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu. Beliau turut menegaskan, jawatan Pengerusi PN yang dikosongkan sebelum ini akan ditentukan melalui perbincangan bersama semua parti komponen dan bukan secara unilateral oleh mana-mana pihak |
|
'Pengerusi PN hanya untuk presiden parti, pendirian Bersatu kekal' Tun Faisal - Sinarharian - 6/02 3:41 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan pendirian mereka berhubung pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) masih tidak berubah iaitu hanya menerima calon dalam kalangan presiden parti komponen gabungan itu.Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, pendirian tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 12 Januari lalu dan sehingga kini ia masih kekal."Setakat semakan saya, pendirian Bersatu yang dibuat semasa Mesyuarat MPT pada 12 Januari 2026 masih kekal, iaitu hanya menerima calon Pengerusi PN dalam kalangan presiden parti anggota |
|
Bersatu kekal pendirian pengerusi PN mesti presiden parti, kata Tun Faisal - FMT - 6/02 2:37 pm Tun Faisal Ismail Aziz berkata perbincangan dengan presiden parti komponen pada 16 dan 29 Jan juga masih dirujuk. |
|
Muhyiddin setuju tanpa syarat PAS ambil alih jawatan pengerusi PN, dakwa Tuan Ibrahim - FMT - 6/02 11:04 am Timbalan presiden PAS dakwa perkara itu sudah dipersetujui dalam siri perbincangan kepimpinan tertinggi parti bersama Muhyiddin Yassin. |
|
Takiyuddin sahkan sudah ada calon Pengerusi PN - Sinarharian - 6/02 8:49 am KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan parti itu sudah mempunyai calon yang akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan dibuat melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN selaras dengan perlembagaan gabungan itu."Calon itu adalah pemimpin tertinggi Pas dan merupakan ahli Parlimen. Apabila Pas memimpin, kita akan tonjolkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tertutup kepada pimpinan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di sini malam tadi.Bagaimanapun, Takiyuddin berkata,identiti calon berkenaan belum boleh diumumkan buat masa ini kerana pelantikan Pengerusi PN tertakluk kepada keputusan MT PN.Menurutnya, MT PN adalah badan tertinggi dalam gabungan berkenaan dan semua keputusan penting, termasuk pelantikan pengerusi perlu diputuskan melalui mesyuarat tersebut.Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa isu berkaitan pelantikan Pengerusi PN dapat diselesaikan dengan baik.Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, usaha mengadakan mesyuarat MT PN masih tertangguh berikutan kekangan jadual melibatkan presiden parti komponen apabila seorang daripada mereka hanya boleh hadir selepas 19 Februari."Tarikh tersebut sudah memasuki bulan Ramadan dan berkemungkinan besar mesyuarat akan diadakan dalam bulan puasa," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan kelewatan melantik Pengerusi PN bukan isu besar."Mengikut jadual asal, mesyuarat MT PN sepatutnya berlangsung pada 29 Januari lalu, namun terpaksa dibatalkan kerana bertindih dengan mesyuarat lain."Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin masih Pengerusi PN, sepatutnya beliau yang memanggil mesyuarat |
|
Empat presiden parti komponen PN sah hadir mesyuarat pilih pengerusi baharu - Sinarharian - 5/02 2:21 pm Yang lain belum bagi (cadangan tarikh) lagi. Jadi saya tengah berbincang dengan (presiden) yang lain," kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu pada sidang akhbar bersama beberapa ahli Parlimen BN yang lain di Pusat Media Parlimen di sini pada Khamis.Selasa lalu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas dilapor berkata, pengerusi baharu PN dijangka dipilih daripada kalangan pemimpin tertinggi atau kanan PasBeliau memberitahu, jawatan dikosongkan Muhyiddin itu akan ditentukan melalui perbincangan dalam gabungan dan bukannya secara unilateral oleh mana-mana parti.Muhyiddin sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu yang disusuli dengan peletakan jawatan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta beberapa ketua PN negeri daripada Bersatu.Berikutan itu, Pas menyatakan kesediaan untuk menerajui gabungan berkenaan dengan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa supaya satu mesyuarat MT PN diadakan.Kemudian turut timbul pelbagai spekulasi calon akan menerajui PN termasuk Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar |
|
'Jauh sangat lari Woo Kah Leong' - Ahmad Fadhli bidas Ketua DAPSY - Sinarharian - 4/02 3:14 pm SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong yang meminta untuk mengkaji cara pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.Ahmad Fadhli menerusi laman Facebook berkata, pelantikan Pengerusi PN adalah perkara yang berbeza dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan pilihan raya Datuk Bandar yang jelas merupakan isu rakyat.Menurutnya, UEC dan pilihan raya Datuk Bandar melibatkan wang rakyat, isu negara dan pembayar cukai"Jauh sangat tu lari Woo Kah Leong, perbandingan yang tidak sama dan bukankah anda sendiri sedang memperjuangkan lulusan UEC agar diterima ke universiti awam? Itulah isu rakyat dan kami terlibat."Isu Pengerusi PN, anda tidak terlibat |
|
Kaji dulu cara lantik Pengerusi PN, Kah Leong jawab Fadhli Kaji dulu cara .. - Mgazette - 4/02 3:03 pm # Kaji dulu cara lantik Pengerusi PN, Kah Leong jawab Fadhli KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Woo Kah Leongmemulangkan paku buah keras kepada Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang mencadangkan supaya universiti awam turut melakukan kajian berkenaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) |
|
Pas kekal perkukuh PN, tidak bergerak solo Ahmad Samsuri - Sinarharian - 4/02 1:36 pm Kepimpinan tertinggi parti juga telah membuat kenyataan bahawa antara perkara paling besar yang ingin dilakukan sekarang ialah memperkukuhkan PN."Jadi, kita sedar realiti politik semasa negara dan akan terus memperkuatkan PN," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani MoA Yayasan Terengganu dan Batik Air di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu.Mengulas mengenai konflik kepimpinan dalam PN, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata, perkara itu dijangka dapat diselesaikan menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan diadakan selepas ini."Insya-ALLAH, apabila Mesyuarat Majlis Tertinggi PN diadakan, perkara ini (konflik hubungan) dapat diselesaikan. Namun, saya sendiri tidak pasti bila mesyuarat itu akan berlangsung," katanya.Dalam pada itu, ditanya mengenai ura-ura pelantikan individu termasuk beliau sebagai Pengerusi PN, Ahmad Samsuri mengakui beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung perkara tersebut."Saya tidak tahu kerana saya bukan lagi ahli mesyuarat |
|
Calon PM PAS 4 lori, pengerusi PN seorang pun tak boleh lantik Pemuda DAP - Mkini - 4/02 12:18 am Pengerusi PN meletakkan jawatan sebulan yang lalu |
|
Alasan tolak PAS kerana hardline tiada beza dengan DAP - FMT - 4/02 9:30 am Penganalisis ulas pendedahan bekas pegawai Muhyiddin Yassin bahawa Gerakan dan MIPP menentang cadangan PAS ambil alih pengerusi PN. |
|
Tun Faisal: Lagi baik Hamzah undur dari Muhyiddin letak jawatan - Mkini - 3/02 5:12 pm Tun Faisal bidas ahli MPT Bersatu, Yunus Nurdin yang menyasarkan Muhyiddin lsusulan pertikaian dengan PAS isu pengerusi PN. |
|
'Yunus patut cadang Timbalan Presiden Bersatu atau diri sendiri berundur' - Tun Faisal - Sinarharian - 3/02 3:22 pm SHAH ALAM Gesaan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipersoalkan susulan dakwaan kegagalan pihak lain dalam parti untuk melaksanakan tanggungjawab serta mematuhi disiplin kepimpinan.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, daripada mendesak Muhyiddin berundur, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Yunus Nurdin sepatutnya mencadangkan Timbalan Presiden parti melepaskan jawatan atas kegagalan melaksanakan tugas dan peranan sebelum ini.Menurutnya, Timbalan Presiden parti gagal memainkan peranan sebagai Pengarah Pilihan Raya Sabah dan mengawal tindak-tanduk penyokong yang didakwa berulang kali melanggar perlembagaan serta disiplin parti sejak tahun lalu."Daripada meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur, lebih baik Yunus meminta Timbalan Presiden yang berundur atas kegagalan melaksanakan tugas dan peranannya sebelum ini," katanya pada Isnin.Beliau mengulas kenyataan Yunus pada Isnin yang mencadangkan supaya Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Presiden Bersatu susulan kemelut dalaman yang melanda parti dan Perikatan Nasional (PN).Dalam kenyataannya itu, Yunus berkata, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin merupakan tokoh paling layak untuk memangku jawatan Presiden Bersatu.Selain itu, beliau turut mendakwa wujud kekeliruan politik akibat kenyataan dan tindakan unilateral berkaitan rundingan kepimpinan PN.Yunus turut menegaskan bahawa sebarang perbincangan melibatkan cadangan pemansuhan jawatan Pengerusi PN tidak pernah dibawa atau dipersetujui dalam mesyuarat rasmi MPT Bersatu.Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, Yunus juga boleh mencadangkan agar dirinya sendiri berundur kerana sebagai Setiausaha Negeri bagi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, beliau juga merupakan sebahagian daripada kegagalan perancangan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah.Katanya, sebagai Ahli MPT, Yunus tidak sewajarnya gagal memahami kuasa eksekutif Presiden Bersatu untuk berunding, termasuk status hasil perbincangan bersama Presiden Pas yang bersifat rundingan dan cadangan, bukannya keputusan muktamad parti. |
|
Pengerusi PN akan dipilih dalam kalangan pimpinan Pas, Takiyuddin tegaskan sekali lagi - Harapandaily - 3/02 12:08 am Bagaimanapun keputusan akhir akan dibuat dalam mesyuarat yang... The post Pengerusi PN akan dipilih dalam kalangan pimpinan Pas, Takiyuddin tegaskan sekali lagi appeared first on Harapan Daily . |
|
Pas wajar tinggalkan PN atau gerak solo -AMK Johor - Mgazette - 3/02 8:06 am Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, Pas boleh juga segera tubuhkan sebuah lagi gabungan politik baharu tanpa penglibatan Bersatu. Dakwa Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pulai itu, ini kerana Pas sudah ditipu Bersatu dalam isu kononnya Pas bersetuju memansuhkan jawatan Pengerusi PN |
|
Isu Pengerusi PN: Pas mohon ‘gencatan senjata’ - Mgazette - 2/02 3:10 pm Jelas beliau, isu kepengerusian PN patut diselesaikan pucuk pimpinan parti menerusi mesyuarat kounsil penuh manakala di peringkat pelaksana (operator) parti, mereka seharusnya melaksanakan 'gencatan senjata' dengan tidak lagi berbalas kenyataan di media. "Jika kalian berpandangan TSMY adalah Pengerusi PN yang masih berkuatkuasa, mudah sahaja, sila panggil mesyuarat segera |
|
Terima ‘gencatan senjata’, Tun Faisal senaraikan soalan untuk .. - Mgazette - 2/02 3:10 pm Beliau turut menyenaraikan beberapa persoalan yang lebih terperinci mengenai mesyuarat luar biasa tersebut di samping tindakan Syahir yang membangkitkan isu kounsil penuh. Dalam pada itu, Tun Faisal turut menjelaskan pandangan mereka mengenai kedudukan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN |
|
'Cukup-cukuplah menulis hal sulit'- Syahir - Sinarharian - 2/02 10:21 am Di pihak Pas, jentera sudah siap siaga, tabung sudah dikira dan calon pun sudah turun bekerja."Persiapan bukan setakat di 43 kerusi Parlimen kami, termasuk di enam kerusi lompat yang dilaporkan tidak terjaga," katanya.Beliau turut mendakwa, terdapat dua kerusi lain yang dikatakan bakal melompat dan berharap pihak berkaitan dapat lebih berwaspada.Sehubungan itu, Syahir berpandangan, ada baiknya semua pihak di peringkat operator bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata."Silence is golden. Serahkan kepada pucuk pimpinan untuk mesyuarat full-council segera."Jika kalian berpandangan TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah Pengerusi PN yang masih berkuat kuasa, mudah sahaja, sila panggil mesyuarat segera," katanya.Beliau menegaskan bahawa Pas hanya mahu meneruskan perjalanan gabungan tersebut demi kepentingan rakyat."Kami hanya mahu teruskan perjalanan |
|
Parti komponen tolak PAS pengerusi PN? Marzuki disanggah - Mkini - 1/02 6:48 pm "Belum pernah dengar presiden MIPP atau Gerakan sebut secara terbuka atau tertutup," kata pemimpin PAS Nurul Islam Mohamed Yusof. |
|
Sahruddin pertahan Muhyiddin tidak berbohong isu jawatan Pengerusi PN - Sinarharian - 1/02 6:31 pm SHAH ALAM - Selepas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad tampil menangkis dakwaan Ahli Parlimen Pagoh itu berbohong mengenai pemansuhan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula berbuat demikian.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam kenyataan terbuka di Facebook turut menyokong pendedahan Marzuki dan menegaskan, tuduhan berkenaan digerakkan kem Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi gerakan 'Muhyiddin Exit'.Malah menurutnya, tuduhan terbuka seorang ketua bahagian serta aduan disiplin terhadap Muhyiddin yang dilaporkan media telah menimbulkan persepsi negatif terhadap bekas Perdana Menteri itu."Muhyiddin tidak berbohong. Saya ada bersama dalam pertemuan antara Muhyiddin, (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, (Datuk Seri) Tuan Ibrahim dan (Datuk Seri) Takiyuddin di rumah Muhyiddin pada malam 16 Januari 2026."Pertemuan pada malam itu diadakan untuk mencari jalan keluar kepada 'deadlock' berhubung pelantikan Pengerusi PN yang baharu," katanya dalam hantaran di laman sosial tersebut pada Ahad.Sahruddin menjelaskan, pertemuan berkenaan memutuskan untuk memperkasakan peranan Majlis Presiden PN diketuai Muhyiddin serta menubuhkan Majlis Eksekutif PN diketuai calon dinamakan Pas, dan turut dipersetujui rakan gabungan lain.Oleh yang demikian ujarnya, jawatan Pengerusi PN tidak lagi diperlukan.Selain itu, beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor turut menggesa persetujuan itu dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal mengikut proses dipersetujui pada pertemuan berkenaan."Ini tidak |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |