| /// |
|
| Search : Pemandu News | Page 1 |
|
Nahas pemandu mabuk: Hukuman lunak hantar mesej salah kepada masyarakat .. - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Nahas pemandu mabuk: Hukuman lunak hantar mesej salah kepada masyarakat - Pembela KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) tampil menawarkan khidmat perundangan secara percuma (pro bono) kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang menjadi mangsa nahas pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang, semalam |
|
Penjara maksimum, sebatan perlu dipertimbang tangani kes pemandu mabuk .. - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Penjara maksimum, sebatan perlu dipertimbang tangani kes pemandu mabuk - Exco SHAH ALAM - Tindakan lebih tegas termasuk hukuman penjara maksimum dan sebatan perlu dipertimbangkan bagi menangani kes pamanduan di bawah pengaruh alkohol serta dadah yang semakin membimbangkan |
|
Pemandu Mabuk: Beri Pampasan Kepada Keluarga Si Mati #MGFlash - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Pemandu Mabuk: Beri Pampasan Kepada Keluarga Si Mati #MGFlash Desakan supaya undang-undang membabitkan kes kematian membabitkan pemandu mabuk diperketatkan terus berkumandang susulan kematian tragis penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar, semalam |
|
Pemandu mabuk sebabkan kematian penunggang motosikal direman 4 hari - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Pemandu mabuk sebabkan kematian penunggang motosikal direman 4 hari KUALA LUMPUR - Lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan merempuh penunggang motosikal sehingga maut di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor semalam, direman empat hari |
|
Pemandu mabuk: Anthony Loke `do something’! – Khairil Nizam - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Pemandu mabuk: Anthony Loke `do something'! - Khairil Nizam KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak lagi boleh berkompromi sebaliknya mengenakan hukuman paling berat termasuk menyenarai hitam seumur hidup terhadap pemandu mabuk susulan insiden kemalangan yang mengorbankan nyawa |
|
Pemandu mabuk sebabkan kematian: Pinda undang-undang, kenakan hukuman lebih berat - Papparaidu - Sinarharian - 30/03 2:59 pm KLANG - Undang-undang sedia ada perlu dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat termasuk penjara maksimum dan sebatan dikenakan terhadap pelaku kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, Papparaidu Veraman berkata, tindakan tegas tanpa kompromi itu penting susulan kemalangan tragis di Jalan Raya Barat di sini yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal."Kejadian ini jelas menunjukkan keperluan mendesak untuk memperketatkan hukuman sebagai langkah pencegahan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Papparaidu menjelaskan, kes seumpama itu bukan lagi terpencil, sebaliknya semakin kerap berlaku sehingga mengorbankan nyawa individu tidak bersalah.Katanya, pendekatan lebih tegas melalui penguatkuasaan yang ketat perlu dilaksanakan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa dukacita terhadap kematian mangsa yang juga seorang bapa kepada dua anak kecil."Lebih menyedihkan apabila kecuaian sebegini meragut nyawa individu yang langsung tidak bersalah," jelas beliau.Beliau turut menggesa agar bantuan segera disalurkan kepada keluarga mangsa, terutama apabila kehilangan membabitkan ketua keluarga."Nyawa rakyat tidak seharusnya menjadi taruhan kepada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak, jalan raya mesti selamat untuk semua," tambah beliau. |
|
Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal tiada rekod lampau - Sinarharian - 30/03 2:41 pm KLANG Seorang lelaki tempatan yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu, disahkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, setakat ini pihaknya sudah merakam tiga keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan."Tiada rekod lampau, tiga keterangan diambil setakat ini," katanya ringkas pada Isnin.Terdahulu, lelaki berusia 20-an berkenaan direman empat hari bermula Ahad hingga 2 April bagi membantu siasatan lanjut.Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Rakaman kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya. |
|
Pas Selangor cadang tarik lesen seumur hidup pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 30/03 2:41 pm SHAH ALAM Pas Selangor mencadangkan tindakan lebih tegas termasuk menarik balik lesen memandu seumur hidup terhadap individu yang disabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian.Pesuruhjayanya, Ab Halim Tamuri berkata, langkah itu wajar dilaksanakan sebagai usaha melindungi keselamatan awam selain memberi pengajaran keras kepada pesalah.Menurutnya, pihaknya memandang serius insiden kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol yang terus berulang sekali gus menunjukkan pendekatan sedia ada masih belum mencukupi."Situasi ini membuktikan undang-undang serta penguatkuasaan ketika ini belum cukup menggerunkan."Ketegasan tidak memberi makna jika pelaksanaannya longgar dan tidak konsisten," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ab Halim berkata, walaupun kerajaan telah meningkatkan hukuman terhadap kesalahan itu, namun ia dilihat belum mampu memberi kesan pencegahan yang benar-benar berkesan.Sehubungan itu, Pas Selangor turut mencadangkan agar pampasan disalurkan secara automatik kepada keluarga mangsa tanpa perlu melalui proses saman sivil yang panjang dan membebankan.Katanya, pendekatan berasaskan prinsip diyat juga boleh dipertimbangkan sebagai mekanisme tambahan dalam kerangka perundangan sedia ada selaras dengan nilai keadilan.Dalam pada itu, beliau mencadangkan penubuhan pangkalan data khas bagi mengenal pasti individu yang mempunyai ketagihan alkohol bagi tujuan pemantauan dan intervensi lebih sistematik.Tambahnya, usaha pencegahan perlu diperkasakan melalui penyediaan sokongan seperti kaunseling percuma serta program pemulihan bagi membantu individu yang berdepan masalah ketagihan."Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan tindakan lebih tegas, menyeluruh serta berani daripada kerajaan," jelas beliau.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi. |
|
Dirempuh pemandu mabuk: Penguatkuasaan, kempen kesedaran terhenti atau masih berjalan? - Sinarharian - 30/03 2:22 pm SHAH ALAM - Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah pimpinan Anthony Loke digesa mengambil langkah susulan sewajarnya bagi membendung isu pemanduan berbahaya yang dipengaruhi dadah atau alkohol hingga mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya.Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low berkata, Anthony juga perlu tampil ke hadapan untuk menjawab beberapa persoalan seperti operasi penguatkuasaan serta kempen kesedaran awam mengenai bahaya memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol yang digerakkan pada 2020, dihentikan atau masih berjalan."Adakah tiada penguatkuasaan dijalankan? Adakah kempen kesedaran awam mengenai bahayanya pemanduan dipengaruhi dadah atau alkohol yang digerakkan pada 2020 dihentikan setelah pertukaran kerajaan?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Lawrence dalam masa sama membangkitkan bahawa isu tersebut menjadi keutamaan sewaktu Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong menerajui MOT suatu ketika dahulu.Beliau berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dibuat bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah, khususnya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45.Jelasnya lagi, ia dibuktikan apabila akta tersebut berjaya diluluskan di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, kemudiannya diwarta serta mula dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2020."Bukan itu sahaja, usaha tidak tertumpu kepada hukuman semata-mata, malah turut disusuli pelaksanaan kempen kesedaran secara meluas bagi mendidik masyarakat tentang bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemanduan secara melulu."Ini bukanlah isu perkauman kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan terkorban disebabkan pemandu mabuk, dipengaruhi dadah serta mereka yang tidak bertanggungjawab memandu secara berbahaya," ujarnya.Lawrence menambah, banyak sesi libat urus diadakan bersama pelbagai pihak termasuk Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang berlangsung di MOT pada 23 Jun 2020 semasa proses meminda Akta 333 itu.Menurutnya, MCCBCHST bersetuju perundangan dan pendidikan mesti saling melengkapi bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan yang dipengaruhi dadah atau alkohol hingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya."Turut ditekankan bahawa memandu dalam keadaan mabuk tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana kepercayaan agama atau bangsa, sebaliknya pindaan Akta 333 adalah demi keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.Atas dasar itu, pemimpin MCA terbabit menggesa Anthony tampil bagi menjawab segala persoalan berbangkit."Nyawa manusia tiada galang gantinya |
|
Pembangkang desak kaji hukuman mati terhadap pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 30/03 1:41 pm SHAH ALAM - Blok pembangkang mendesak kerajaan supaya mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, cadangan itu dilihat perlu susulan insiden tragis di Klang pada Ahad yang sekali lagi meragut nyawa tidak berdosa akibat tindakan pemandu di bawah pengaruh alkohol.Menurutnya, kejadian itu bukan sekadar satu kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian melampau yang seharusnya dianggap sebagai jenayah berat terhadap masyarakat.Tegasnya, hukuman sedia ada dilihat masih gagal memberikan kesan pencegahan yang mencukupi apabila insiden seumpama itu terus berulang."Ini membuktikan bahawa pendekatan undang-undang ketika ini tidak lagi memadai untuk menangani isu pemanduan mabuk yang semakin membimbangkan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, cadangan mengkaji pelaksanaan hukuman mati itu bukan semata-mata untuk menghukum, tetapi sebagai mesej jelas bahawa nyawa manusia tidak boleh dipandang ringan dan sebarang tindakan yang membahayakan orang lain akan berdepan akibat paling berat.Beliau turut menegaskan bahawa apabila seseorang berada di bawah pengaruh alkohol tetapi tetap memilih untuk memandu, undang-undang sewajarnya menganggap individu berkenaan mempunyai niat untuk membunuh kerana tindakannya itu secara nyata berisiko tinggi meragut nyawa orang lain.Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan supaya segera meminda undang-undang sedia ada, termasuk memperketatkan penguatkuasaan serta memperluaskan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan di bawah pengaruh alkohol."Nyawa yang hilang tidak dapat diganti |
|
PEMBELA tawar khidmat guaman pro bono bantu keluarga mangsa pemandu mabuk - Sinarharian - 30/03 1:37 pm SHAH ALAM Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menawarkan khidmat perundangan secara pro bono kepada keluarga mangsa insiden kematian tragis akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang berlaku baru-baru ini di Jalan Raya Barat, Klang.Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya kejadian tersebut yang disifatkan sebagai kecuaian melampau sehingga meragut nyawa insan tidak berdosa."Bantuan guaman itu meliputi nasihat perundangan, pemantauan prosiding kes serta representasi di mahkamah bagi memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya."Usaha ini juga bertujuan membantu keluarga mangsa mendapatkan pampasan yang sewajarnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang susulan insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau menegaskan, perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan satu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak."Sebarang bentuk kelonggaran terhadap pelaku hanya akan memberi isyarat salah kepada masyarakat dan membuka ruang kepada lebih banyak tragedi seumpamanya."Minuman memabukkan perlu dikawal dengan lebih tegas, manakala premis yang menyediakannya juga harus bertanggungjawab menghalang pelanggan daripada memandu dalam keadaan mabuk," ujarnya.Tambah beliau, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas termasuk memastikan pendakwaan dilakukan secara segera serta hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku."Kegagalan mengambil tindakan sewajarnya boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap keadilan dan keselamatan awam," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun nyawa yang hilang tidak dapat dikembalikan, usaha menegakkan keadilan kepada mangsa dan keluarga perlu diberi keutamaan.Menurutnya, kerajaan juga disaran mempertimbangkan pelaksanaan konsep diyat bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa."PEMBELA boleh dihubungi melalui No 019-3217845 (En Amirul Arib) untuk tindakan lanjut," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Raya Barat.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelasnya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa. |
|
Pemandu mabuk ragut nyawa: Akmal cadang hukuman mati, penjara seumur hidup dikenakan - Sinarharian - 30/03 1:00 pm SHAH ALAM - Kerajaan sekali lagi digesa mempertimbangkan cadangan untuk menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati bagi kes melibatkan kematian akibat pemandu mabukKetua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, untuk membolehkan hukuman lebih berat itu dikenakan terhadap pelaku, pendakwaan bagi kes tersebut perlu dibuat di bawah Kanun Keseksaan.Menurutnya, gesaan itu dibuat susulan kemalangan tragis yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal, Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang menjadi satu lagi peringatan mengenai ancaman nyata pemandu mabuk di jalan raya.Kata beliau, hakikatnya, kes tersebut bukan insiden terpencil kerana sudah terlalu kerap rakyat mendengar mengenai nyawa insan tidak bersalah diragut oleh kecuaian pihak yang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk."Lebih membimbangkan, kejadian sebegini seolah-olah tidak lagi memberi kesan kepada golongan terbabit, malah dilihat semakin berleluasa."Sejak awal, kita telah mendesak agar hukuman terhadap pemandu mabuk diperketatkan |
|
'Baru bertemu Sabtu, Ahad dia pergi selamanya' - Rakan kongsi kisah pilu pemergian Amirul - Sinarharian - 30/03 12:15 am KLANG - "Dia tidak pernah berkira tenaga, ringan tulang dan sering mempermudahkan urusan orang lain."Itu luahan pilu seorang rakan sekerja kepada Amirul Hafiz Omar, penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Raya Barat di sini pada Ahad.Rakan sekerja mangsa, Illyasa Saipuzzaman berkata, pemergian Amirul bukan sahaja mengejutkan, malah meninggalkan kekosongan besar buat mereka yang sudah lebih sedekad bekerja bersama.Menurutnya, arwah merupakan seorang yang ringan tulang, peramah dan sentiasa mengukir senyuman."Kami sudah bekerja bersama kira-kira 11 tahun, dia seorang yang sangat membantu |
|
Kerajaan digesa laksana hukuman mati terhadap pemandu mabuk sebabkan kematian - FMT - 30/03 11:40 am Kerajaan juga digesa senarai hitam pemandu mabuk daripada memandu seumur hidup. |
|
Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal direman empat hari - Sinarharian - 30/03 10:54 am KLANG Individu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat pada Ahad direman empat hari untuk siasatan lanjut.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat."Tempoh reman bermula hari ini hingga 2 April bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jit Huey dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan.Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.Jelas beliau, akibat pelanggaran tersebut, mangsa seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi.Tambah beliau, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. |
|
Masih ramai suka langgar lampu isyarat, guna telefon ketika memandu - JPJ - Sinarharian - 30/03 9:11 am KAJANG - Melanggar lampu isyarat merah serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu antara kesalahan tertinggi direkodkan sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2026 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.Operasi yang berlangsung dari 13 Mac hingga 29 Mac itu menyaksikan pelbagai kesalahan lalu lintas dikesan hasil pemantauan intensif di seluruh negeri ini.Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, dua kesalahan berkenaan dikenal pasti sebagai antara paling kerap dilakukan pengguna jalan raya sepanjang tempoh operasi."Antara alasan yang sering diberikan oleh pesalah ialah tergesa-gesa selain tidak menyedari lampu isyarat telah bertukar merah sebelum bertindak memecut."Penggunaan telefon bimbit ketika memandu juga masih berlaku walaupun telah banyak peringatan diberikan kerana ia boleh mengganggu tumpuan dan meningkatkan risiko kemalangan," katanya dalam sidang akhbar ketika Operasi Khas Motosikal di Plaza Tol Sungai Ramal, di sini pada Ahad.Beliau berkata, sepanjang tempoh operasi itu, seramai 334 anggota penguat kuasa telah ditugaskan bagi menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi strategik."Sebanyak 45,140 kenderaan telah diperiksa dengan tindakan diambil terhadap 1,789 kenderaan."Secara keseluruhan, sebanyak 6,688 kesalahan direkodkan melibatkan pelbagai peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta kaedah berkaitan," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, antara kesalahan lain yang turut dikesan termasuk lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada lesen memandu sah, tiada perlindungan insurans, kesalahan teknikal kenderaan serta kesalahan lebih muatan."Berdasarkan statistik operasi, kesalahan berkaitan lesen kenderaan motor mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti kesalahan teknikal serta kesalahan lain," katanya.Dalam pada itu, Azrin berkata, tahap pematuhan kenderaan barangan terhadap larangan operasi menunjukkan peningkatan."Dalam operasi ini, hanya sembilan kenderaan didapati melanggar peraturan sepanjang tempoh berkenaan."Walaupun masih terdapat lori di lebuh raya, pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut berada dalam kategori yang dibenarkan seperti membawa barangan keperluan harian termasuk makanan, petroleum dan hasil pertanian," katanya.Tambah beliau, lori tanpa muatan juga dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam."Operasi khas itu turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan di lebuh raya utama, pemeriksaan di depoh bas dan terminal pengangkutan awam, selain rondaan di kawasan perindustrian serta lokasi berisiko tinggi."Sebanyak 15 kawasan dikenal pasti sebagai lokasi keutamaan pemantauan dengan kehadiran anggota JPJ setiap hari bagi memastikan kelancaran trafik," katanya.Menurut Azrin, penguatkuasaan dilaksanakan secara terus di lapangan termasuk memberhentikan kenderaan di lokasi selamat sebelum notis atau kompaun dikeluarkan."Malah, kaedah penyamaran turut digunakan termasuk dalam bas ekspres bagi mengesan kesalahan lalu lintas," katanya.Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati kebanyakan pemandu bas ekspres mematuhi peraturan dan semakin peka terhadap kehadiran anggota penguat kuasa."JPJ Selangor akan terus komited melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan."Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta memandu secara berhemah demi keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya. |
|
Penunggang maut dirempuh pemandu positif alkohol, dadah - FMT - 29/03 10:27 pm Mangsa tercampak di atas sebuah kenderaan lain dan disahkan meninggal di lokasi kejadian. |
|
Lelaki maut motosikal dirempuh pemandu mabuk, khayal dadah - Sinarharian - 29/03 7:37 pm KLANG - Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya."Pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan."Tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, mangsa, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an, tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi."Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah," katanya.Tambah beliau, hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dan dadah."Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut |
|
Lori bawa habuk soya ditahan langgar ‘road ban’ sempena Hari .. - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Lori bawa habuk soya ditahan langgar 'road ban' sempena Hari Raya Aidilfitri KUANTAN - Seorang lelaki dikenakan saman, manakala lori dipandunya ditahan sementara kerana memandu semasa tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 |
|
Lima ditahan kes ugut, pecah kenderaan guru - Sinarharian - 29/03 12:31 am KOTA KINABALU - Seorang guru berdepan detik cemas apabila cermin kenderaannya dipecahkan selain mendakwa diugut sekumpulan lelaki selepas berlaku perselisihan faham dalam kejadian di kawasan pusat bandar di sini pada Sabtu.Kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu turut tular di media sosial sehingga mendapat perhatian pihak polis.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, video tular berkenaan memaparkan sekumpulan individu bertindak agresif terhadap sebuah kenderaan.Menurutnya, semakan mendapati laporan polis telah dibuat oleh pengadu iaitu lelaki tempatan berusia 30 tahun yang bekerja sebagai guru berhubung kejadian tersebut selepas menghadiri satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pengadu menuju ke kenderaannya di kawasan parkir berhampiran sebuah gudang di Pelabuhan Kota Kinabalu sebelum berhadapan dengan beberapa individu yang dipercayai pekerja premis berkenaan."Dalam kejadian itu, berlaku provokasi lisan sebelum situasi menjadi tegang dan menyebabkan pengadu mengundurkan kenderaannya lalu secara tidak sengaja terlanggar sebuah kenderaan lain."Susulan itu, beberapa individu telah mengejar kenderaan pengadu dan bertindak agresif dengan memecahkan cermin bahagian pemandu serta cermin belakang kenderaan |
|
Mustang 'degil' ditahan lagi, ulang kesalahan sama - Sinarharian - 28/03 3:27 pm KUALA LUMPUR Sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang sekali lagi dikesan melanggar undang-undang jalan raya apabila ditahan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan atas kesalahan sama di pusat bandar pada Jumaat.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan itu masih menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh selain tidak mempunyai perlindungan insurans sah.Menurutnya, lebih mengejutkan, kereta sama sebelum ini pernah diambil tindakan oleh Polis Diraja Malaysia atas kesalahan serupa."Pemeriksaan dijalankan mendapati pemandunya seorang lelaki berusia 27 tahun."Lelaki itu juga didapati memandu dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh dan memaklumkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ketika ditahan," katanya pada Sabtu.Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kenderaan tersebut bukan milik pemandu berkenaan."Kereta itu dimiliki individu lain yang mendakwa sedang dalam proses mendapatkan sebut harga bagi memperbaharui LKM."Bagaimanapun, alasan tersebut tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menggunakan kenderaan di jalan raya tanpa dokumen sah," ujarnya.Tambah beliau, susulan kesalahan itu, kenderaan terbabit telah disita bagi tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.Dalam pada itu, Hamidi menegaskan JPJ Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta tidak memandang ringan aspek keselamatan. |
|
KPDN perketat penguatkuasaan kekang ketirisan bekalan bahan api - Sinarharian - 28/03 2:24 pm PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan beberapa langkah strategik bagi menghadapi gangguan bekalan bahan api global yang memberi kesan kepada ekonomi negara.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, perkara itu merangkumi larangan penjualan dan pembelian minyak petrol RON95 oleh kenderaan berpendaftaran asing mulai Rabu depan."Langkah ini adalah antara strategi bagi memastikan subsidi terus dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja."KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik atau pemandu kenderaan asing atau pengusaha stesen minyak yang melanggar peraturan ini akan berhadapan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut beliau, dalam tempoh sama, pelesen stesen minyak di Sabah, Sarawak dan Labuan juga diarah mengawal penjualan minyak diesel."Kawalan itu melibatkan kenderaan pengangkutan darat mengikut kategori kenderaan, dalam kuantiti 50 liter, 100 liter dan 150 liter pada setiap transaksi pembelian."Langkah ini adalah penting bagi memastikan bekalan minyak diesel yang dijual pada harga subsidi RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak dieksploitasi oleh sindiket penyeludupan atau sektor industri yang tidak layak," ujarnya lagi.Azman berkata, seramai 2,400 pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara kini berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi bagi melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan di lapangan."Menerusi Ops Tiris 4.0, KPDN akan memperkukuh kerjasama strategik secara bersepadu dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan yang lain bagi menutup sebarang ruang penyelewengan dan ketirisan."KPDN memberi amaran keras bahawa sebarang cubaan oleh mana-mana pihak, sama ada individu mahupun sindiket yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi konflik global ini tidak akan dikompromi," katanya.Jelas beliau, perbuatan menyeleweng subsidi negara merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menyelaraskan sementara kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April ini dalam usaha memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat.Beliau berkata, langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan serta ekonomi dunia. |
|
Treler dipandu laju akibatkan kontena tertanggal di Pelabuhan Klang - Mgazette - 28/03 7:38 am Kenderaan lain yang melalui laluan tersebut sempat memberhentikan kenderaan masing-masing dan berjaya mengelakkan pelanggaran. Pemeriksaan ke atas pemandu lelaki berusia 30 tahun juga mendapati dia negatif daripada sebarang pengaruh alkohol atau dadah, katanya menerusi satu kenyataan hari ini |
|
Treler dipandu laju akibatkan kontena tertanggal di Pelabuhan Klang - Sinarharian - 27/03 9:22 pm Keadaan itu menyebabkan treler bersama muatan kontena tertanggal sebelum terjatuh ke laluan bawah jalan tersebut."Kenderaan lain yang melalui laluan tersebut sempat memberhentikan kenderaan masing-masing dan berjaya mengelakkan pelanggaran. Pemeriksaan ke atas pemandu lelaki berusia 30 tahun juga mendapati dia negatif daripada sebarang pengaruh alkohol atau dadah," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Jit Huey dalam kenyataan sama memberikan amaran kepada pemandu kenderaan perdagangan untuk tidak memandu secara cuai hingga membahayakan pengguna jalan raya lain.Terdahulu video kejadian itu tular di media sosial yang memaparkan sebuah treler terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan kesesakan |
|
Kanak-kanak 4 tahun rentung dalam lori - Sinarharian - 27/03 5:38 pm PASIR GUDANG Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas lori yang dinaikinya terbakar dalam kejadian di Iskandar Halal Park, Cahaya Baru, di sini, pagi Jumaat.Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran lori itu pada 10.46 pagi sebelum enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian."Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran lori tanpa muatan yang terbakar kira-kira 60 peratus di bahagian kepala lori."Tindakan awal orang awam menggunakan enam alat pemadam api jenis debu kering serta sebuah jengkaut membawa tanah bagi mengawal api," katanya dalam kenyataan.Jelasnya, ketika kejadian, seorang kanak-kanak berada di dalam lori manakala pemandu lelaki berjaya menyelamatkan diri."Kanak-kanak terbabit dipercayai anak kepada pemandu lori berkenaan disahkan rentung dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu tidak mengalami kecederaan."Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya," katanya.Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat.Sementara itu, tular video bapa mangsa meraung sambil ditenangkan dua individu di lokasi |
|
Penyelarasan sementara BUDI95 langkah awal lindungi rakyat, kekal stabilkan negara - Adam - Sinarharian - 27/03 4:32 pm KUALA LUMPUR - Penyelarasan sementara Program Budi Madani RON95 (BUDI95) perlu dilihat dalam kerangka lebih besar sebagai langkah awal kerajaan untuk menjaga kestabilan negara, menjamin bekalan serta melindungi rakyat daripada kesan lebih parah sekiranya krisis di Asia Barat berpanjangan.Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli berkata, penyelarasan sementara kuota daripada 300 liter kepada 200 liter itu bersifat sementara dan dibuat berasaskan data sebenar penggunaan, yang menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan."Setelah diperhalus, kerajaan memilih pendekatan yang lebih teliti dan berhemat dengan menyesuaikan had penggunaan tanpa menaikkan harga BUDI95 yang kekal pada kadar RM1.99 seliter."Langkah ini membuktikan kerajaan berusaha mengawal tekanan semasa tanpa terus memindahkan beban kepada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, konflik yang semakin meruncing di Asia Barat memberikan tekanan langsung terhadap bekalan minyak, gas dan makanan serta kos sara hidup global, namun kerajaan juga tetap mengambil kira keperluan kumpulan tertentu apabila pemandu e-hailing dan pekerja gig masih menikmati had penggunaan hingga 800 liter.Selain itu, katanya, Sabah dan Sarawak juga terus menerima manfaat diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter dengan kawalan lebih ketat bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan."Subsidi ini hak rakyat, bukan ruang untuk penyeludup merompak kekayaan negara, sebab itu penguatkuasaan perlu diperkasakan dan rakyat mesti terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam membendung ketirisan," katanya.Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khas mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan sementara kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula pada 1 April susulan konflik di Asia Barat.Bagaimanapun, untuk meringankan beban rakyat, Perdana Menteri berkata inisiatif BUDI95 dikekalkan pada harga RM1.99 seliter.Dalam pada itu, Adam berkata, Malaysia akan terus memainkan peranan secara adil, tegas dan berprinsip dalam isu Asia Barat, dengan Perdana Menteri mengadakan perbincangan bersama-sama pemimpin serantau bagi mencari jalan perdamaian serta melindungi kepentingan negara |
|
Warga emas maut, kereta terjunam dalam sungai - Sinarharian - 27/03 3:40 pm PAPAR - Seorang lelaki warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Kampung Langsat di sini pada awal pagi Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang juga pemandu berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya.Ketua Polis Daerah Papar Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang terbabas sendiri."Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan yang dipandu lelaki tempatan itu telah hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam sungai di sebelah kiri jalan."Akibat kemalangan itu, pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Papar manakala dua lagi penumpang melibatkan seorang wanita berusia 63 tahun dan lelaki berusia 41 tahun cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital sama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Katanya lagi, siasatan lanjut mendapati kejadian dipercayai berlaku disebabkan pemandu hilang kawalan semasa melalui laluan tersebut."Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
Pemandu P-Hailing maut langgar kereta rosak di Lebuhraya Pantai Baru - Mgazette - 27/03 3:36 pm # Pemandu P-Hailing maut langgar kereta rosak di Lebuhraya Pantai Baru Kuala Lumpur Seorang penghantar p-hailing maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh belakang sebuah kereta rosak ditepi Lebuhraya Pantai Baru KM 3, Petaling Jaya, petang semalam |
|
Penyelarasan RON95: Rakyat tidak terjejas, 90 peratus guna 100 liter - Sinarharian - 27/03 10:53 am Inilah realiti yang sedang dihadapi dunia hari ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau menegaskan, dalam keadaan tersebut, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian jelas untuk terus melindungi rakyat."Walaupun harga pasaran sebenar RON95 telah mencecah sekitar RM3.87 seliter, kerajaan mengekalkan harga subsidi pada RM1.99 seliter. Ini bukan keputusan mudah, tetapi inilah bukti kepimpinan yang berani membuat pilihan demi kesejahteraan rakyat," ujarnya.Tambah beliau, kos subsidi yang kini mencecah sekitar RM4 bilion sebulan merupakan amanah besar yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab oleh kerajaan.Sehubungan itu katanya, pelaksanaan had 200 liter sebulan di bawah Budi95 dilihat tidak membebankan majoriti rakyat memandangkan corak penggunaan semasa menunjukkan kebanyakan pengguna berada di bawah paras tersebut.Dalam masa sama, kerajaan turut memastikan kelangsungan golongan tertentu termasuk pemandu e-hailing apabila kuota khas sebanyak 800 liter sebulan dikekalkan.Saifuddin turut menyeru rakyat agar menggunakan subsidi secara berhemah dengan mengelakkan pembaziran serta merancang perjalanan dengan lebih baik."Bagi yang mampu, sedikit penyesuaian hari ini adalah sumbangan besar untuk memastikan lebih ramai rakyat terus dilindungi," katanya.Beliau menambah, pendekatan diambil kerajaan mencerminkan komitmen untuk menjaga kebajikan rakyat ketika negara lain berdepan tekanan harga yang memaksa beban dipindahkan kepada pengguna."Inilah kekuatan Malaysia Madani ketika negara lain terpaksa melepaskan beban kepada rakyat, Malaysia memilih untuk melindungi," jelasnya.Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan akan menyelaraskan sementara kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April ini dalam usaha memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat.Beliau berkata, langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan serta ekonomi dunia |
|
Jaga-jaga pemandu 'potong Q', anda sedang diperhatikan - Sinarharian - 27/03 9:41 am SEREMBAN - Sikap segelintir pemandu yang gemar memotong barisan atau 'potong Q' serta menggunakan lorong kecemasan di negeri ini mengundang padah apabila disaman polis trafik.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintenden Roslan Mohamed @ Ab Aziz berkata, sepanjang Op Selamat sempena Aidilfitri ini, sebanyak 123 saman dikeluarkan bagi kesalahan terbabit."Secara keseluruhan, sebanyak 7,291 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sepanjang operasi itu yang bermula dari 19 hingga 24 Mac lalu."Daripada jumlah tersebut, kesalahan memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan agak tinggi direkodkan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Menurutnya, kesalahan memotong barisan dikesan banyak berlaku di Jalan Seremban-Kuala Pilah dan Jalan Rasah, manakala penggunaan lorong kecemasan di lebuh raya.Ujarnya, tindakan pemandu berkenaan bukan sahaja boleh menyebabkan kesesakan jalan raya, tetapi turut membahayakan pengguna lain. |
|
BUDI95: Had subsidi petrol 300 kepada 200 liter mulai April ini BUDI95: .. - Mgazette - 27/03 7:45 am Langkah ini sementara, bagi memastikan bekalan mencukupi dan diagihkan secara adil ketika ketidaktentuan ekonomi dunia berterusan, katanya dalam perutusan khas petang ini. Dalam masa sama, Anwar berkata, had siling bagi pemandu e-hailing dan pekerja gig dikekalkan sehingga 800 liter mengambil kira keperluan pekerjaan mereka |
|
Pemandu kenderaan asing beli RON95 berdepan tindakan undang-undang mulai Rabu depan - Sinarharian - 26/03 3:10 pm PUTRAJAYA - Pemandu kenderaan berpendaftaran asing yang membeli petrol RON95 bakal berdepan tindakan undang-undang apabila larangan pembelian dan penjualan bahan bakar itu diperluaskan dan berkuat kuasa mulai Rabu depan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya sedang memuktamadkan persiapan akhir penguatkuasaan peluasan larangan pembelian dan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing.Menurutnya, peluasan tersebut merupakan pengukuhan kepada kerangka perundangan sedia ada yang sebelum ini hanya meletakkan kesalahan kepada pengusaha stesen minyak."Berkuat kuasa 1 April 2026, kesalahan ini akan turut mencakupi pemandu atau pemilik kenderaan yang berpendaftaran asing," katanya pada Khamis.Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Bahagian Penguat Kuasa KPDN bagi memuktamadkan persiapan akhir pelaksanaan dasar berkenaan.Mengulas lanjut, Armizan menjelaskan, penguatkuasaan tersebut susulan daripada keputusan yang telah dibentangkan di Parlimen pada 29 Januari lalu.Dalam masa sama, beliau berkata, agenda penguatkuasaan akan terus diperkasa melalui pelaksanaan OPS Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi memastikan pematuhan peraturan tersebut seiring dengan peningkatan risiko ketirisan penyeludupan bahan api di kawasan sempadan susulan ketegangan konflik Asia Barat."Saya mengingatkan agar semua pihak sama ada pengusaha stesen minyak mahupun pengguna kenderaan motor asing mematuhi larangan ini."KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, sindiket mahupun pengusaha yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan atau penyelewengan subsidi bahan api."Kegagalan mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang yang berkuat kuasa," tegas beliau.Armizan turut menyeru orang ramai untuk terus bersama-sama menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dengan menyalurkan aduan dan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan melibatkan jenayah penyeludupan bahan api subsidi."Insya-ALLAH, dengan kerjasama semua pihak sejajar agenda KITA GEMPUR, kita akan terus memastikan kepentingan rakyat dilindungi & ketirisan dibanteras demi manfaat bersama," katanya. |
|
Wanita tular berlumuran darah dicederakan suami - Sinarharian - 26/03 1:08 pm IPOH - Seorang wanita berlumuran darah yang tular menerusi satu rakaman video di media sosial baru-baru ini disahkan akibat dicederakan suaminya.Ketua Polis Daerah Ipoh, Muhammad Najib Hamzah berkata, suami mangsa yang juga pemandu lori berusia 31 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.Menurutnya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994."Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan majistret."Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 terhadap tertuduh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, suspek ditahan pada Selasa lalu selepas menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita berusia 41 tahun, kira-kira jam 10.50 malam pada hari sama.Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut antara mangsa dan suaminya yang berada dalam keadaan mabuk ketika insiden berlaku."Polis turut mengesan satu hantaran tular di aplikasi Threads yang memaparkan seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah meminta pertolongan di kawasan Desa Pengkalan Timah, Lahat."Siasatan lanjut mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis pada hari kejadian dan suspek berjaya ditahan pada hari sama," katanya. |
|
Pemuda maut tercampak atas jalan bergesel lori angkut sampah Pemuda maut .. - Mgazette - 26/03 7:37 am Katanya, akibat kemalangan tersebut mangsa tercampak atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian dada sebelah kanan. Beliau memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Ulu Tiram manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan |
|
Wanita lintas jalan sambil guna telefon bimbit sebabkan nahas 3 kenderaan .. - Mgazette - 26/03 7:37 am Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar. Pemandu kedua-dua kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan |
|
Ujian sistem bayaran jalan Genting bermula 2 Apr - FMT - 25/03 12:50 am Tiada caj akan dikenakan sepanjang tempoh ujian, tetapi pemandu masih perlu mengetap kad pembayaran di gantri. |
|
Lelaki Orang Asli maut nahas libatkan kereta, lori - Sinarharian - 25/03 10:41 am ROMPIN - Seorang lelaki Orang Asli maut manakala anak saudaranya selamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori di Kilometer 119.5 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini pada Rabu.Dalam kemalangan kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa, Mupais a/l Razali, 28, dari Perkampungan Orang Asli Batu 5, Jalan Sabak di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, anak saudara mangsa, Zamri a/l Zulkifli,19, tidak mengalami sebarang kecederaan.Menurutnya, pemandu lori berusia 31 tahun bersama kelindan, 40, juga tidak mengalami sebarang kecederaan."Hasil siasatan awal mendapati, lori jenis Hino FR2P dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke arah Pekan manakala kereta dipandu mangsa dari arah Nenasi menghala ke Batu 3, Rompin."Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit," katanya.Sharif Shai berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian."Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
AKPS tahan 3 warga tempatan bantu 14 PATI di BSI - Mgazette - 25/03 8:03 am Tangkapan dilakukan hasil pemeriksaan rapi terhadap individu yang dikesan memasuki kawasan BSI tanpa kebenaran serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah. Daripada jumlah tersebut, 11 merupakan warga Indonesia, dua warga Singapura, seorang warga Mesir, manakala tiga lagi rakyat tempatan yang dipercayai bertindak sebagai pemandu |
|
17 ditahan di BSI atas pelbagai kesalahan imigresen - Mgazette - 25/03 8:03 am "Tangkapan dilakukan hasil pemeriksaan rapi terhadap individu yang dikesan memasuki kawasan BSI tanpa kebenaran serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah. "Daripada jumlah tersebut, 11 merupakan warga Indonesia, dua warga Singapura, seorang warga Mesir, manakala tiga lagi adalah warga Malaysia yang dipercayai bertindak sebagai pemandu," katanya dalam satu kenyataan hari ini |
|
Aliran trafik ke ibu kota sesak malam ini - LLM - Sinarharian - 24/03 11:57 pm KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan mengalami kesesakanmalam ini berikutan orang ramai bergerak pulang ke ibu kota selepas cuti sambutan Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, bagi arah utara, kesesakan paling ketara dikesan di laluan Gopeng menuju ke Tapah hingga ke Bidor akibatkemalangan,"Insiden melibatkan sebuah lori kontena dan motosikal di KM347.1 itu telah menyebabkan aliran trafik terganggu walaupun urusan pembersihan di lokasi telah selesai sepenuhnya 9.15 malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.Selain itu, pertambahan kenderaan turut menyebabkan aliran trafik dilaporkan perlahan di laluan Sungai Perak ke susur keluar Ipoh Utara serta pergerakan kenderaan dari Pematang Pauh menuju ke Perai.Di bahagian selatan, trafik dilaporkan mula perlahan antaranya dari Pedas Linggi hingga ke susur keluar Port Dickson.Bagi pengguna yang menghala ke arah Johor pula, kesesakan dikesan berlaku dari Simpang Renggam menuju ke Sedenak disebabkan jumlah kenderaan yang tinggi malam ini.Sementara itu, aliran trafik bagi pengguna dari Pantai Timur dilaporkan mula perlahan dari Karak menuju ke Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak yang menyaksikan pertambahan kenderaan secara konsisten.Beliau turut memaklumkan terdapat satu kejadian kemalangan di Lebuhraya ELITE di KM21.9 dari Gamuda Cove menghala ke Putrajaya yang turutmenjejaskan kelancaran trafik di sekitar Lembah Klang.Pihak LLM meramalkan aliran trafik ke ibu kota akan terus memuncak dan mencapai tahap maksimum pada Sabtu ini berdasarkan unjuran data perjalanan warga kota yang pulang ke kampung sebelum ini.Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan lebih teliti, memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduan jarak jauh."Pemandu juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi had laju serta mengekalkan jarak selamat di antara kenderaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di saat-saat akhir musim perayaan ini," tambahnya.Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau menerusi aplikasi navigasi bagi membantu pengguna mengelakkan titik-titik kesesakan utama |
|
Pemandu lori maut selepas terbabas di Kuala Selangor - Mgazette - 24/03 3:25 pm # Pemandu lori maut selepas terbabas di Kuala Selangor KUALA SELANGOR Seorang lelaki maut selepas lori tiga tan yang dipandunya terlibat dalam nahas jalan raya di simpang Jalan Suara, Kampung Tambak Jawa, di sini, awal pagi semalam |
|
Warga emas maut, lima cedera kemalangan dua kereta Warga emas maut, lima .. - Mgazette - 24/03 3:25 pm Ketika kejadian kereta berkenaan dinaiki masing-masing tiga sekeluarga. Pemandu dan penumpang Proton Waja dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan, manakala Nissan Almera pula dari arah bertentangan |
|
Dihempap pokok tumbang: DBKL diarah bayar RM824,180 Dihempap pokok .. - Mgazette - 24/03 3:25 pm Pada 22 Mac 2023, mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal ke tempat kerja di Jalan Kuchingdi sini, dihempap sebatang pokok yang tumbang dari pembahagi jalan berhampiran pintu gerbang DBKL, berdekatan Pasar Harian Selayang. Mangsa yang bekerja sebagai pemandu kren mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Selayang sebelum disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2023 |
|
Suami trauma hilang isteri, dua anak serentak - Sinarharian - 24/03 3:21 pm Dia sentiasa ceria dan disayangi oleh semua orang. Kebetulan hari lahir anak bongsunya sama dengan saya, jadi kami sambut bersama-sama pada malam sebelum kejadian," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.Mohd Tarmizi berkata suami arwah, Mohamad Redzuan, 40, yang bekerja sebagai pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Kuala Dungun, kini berdepan trauma mendalam selepas kehilangan isteri serta dua anaknya serentak dalam tragedi berkenaan.Dalam masa sama, Mohamad Redzuan turut berdepan ujian apabila dua lagi anak mereka, Nur Raesha Amanda, 14, dan Nur Rakhis Aral Yn, 9, masih menerima rawatan di Hospital Dungun."Ketika menerima berita itu, suami arwah baru sahaja tiba di kediaman mereka di Ajil, Hulu Terengganu, dari Jerangau, Dungun |
|
Kereta bertembung, warga emas maut - Sinarharian - 24/03 3:20 pm PEKAN - Seorang warga emas maut manakala lima cedera dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 85, Jalan Kuantan-Segamat, petang Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Mahmad Azmi Othman, 69, yang merupakan pemandu kereta jenis Nissan Almera disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati Proton Waja dipandu lelaki berusia 36 tahun bersama tiga ahli keluarga dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.Menurutnya, mangsa pula memandu kereta jenis Nissan Almera juga bersama tiga ahli keluarga dari arah Kuantan menghala ke Segamat."Apabila tiba di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan yang sedang bergerak lurus dipercayai bertembung secara berhadapan"Akibat kemalangan tersebut kesemua pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohd Zaidi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang awam yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.Jelasnya, maklumat tersebut boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Pekan di talian 09-4221222 atau mana-mana balai polis berhampiran.Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memandu secara berhati-hati, berhemah serta memastikan kenderaan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. |
|
Dihempap pokok tumbang: DBKL diperintah bayar ganti rugi RM824,180 - Sinarharian - 24/03 2:08 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri yang anak lelaki mereka maut akibat dihempap pokok tumbang di pembahagi jalan awam di bawah selenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Hakim Effandi Nazila Abdullah memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan yang difailkan oleh Gooi Ling Sim, 61, dan Phun Kok Hoi, 63, selaku tanggungan kepada mendiang Phun Mun Lap, 30, terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur selaku defendan.Mahkamah mengarahkan defendan membayar kos pengebumian Mun Lap sebanyak RM26,180, ganti rugi kehilangan tanggungan sebanyak RM768,000 kepada pasangan itu, dan ganti rugi kedukacitaan sebanyak RM30,000.Dalam alasan penghakiman bertarikh 9 Mac 2026, Effandi Nazila memutuskan bahawa pokok yang tumbang itu berada di bawah jagaan DBKL, dan kemalangan sedemikian tidak akan berlaku tanpa unsur kecuaian dalam pemantauan serta penyelenggaraan oleh pihak berkuasa itu."Pokok yang tumbang berada di bawah selenggaraan DBKL, oleh itu tanggungjawab DBKL adalah jelas dan kukuh. Pihak defendan juga mengaku pokok yang telah tumbang terlalu besar dan tidak diselenggara sebagaimana sepatutnya," kata hakim itu.Mahkamah turut mendapati DBKL gagal mengemukakan sebarang bukti dokumentari yang menunjukkan kerja penyelenggaraan atau pemantauan seperti memotong, menggunting atau memangkas pernah dilaksanakan terhadap pokok berkenaan.Selain itu, mahkamah mendapati defendan semasa memberikan keterangan tidak mempertikaikan bahawa pokok berkenaan berada di bawah selenggaraan DBKL, sebagaimana disokong oleh keterangan saksi defendan sendiri.Hakim juga memutuskan DBKL gagal melaksanakan kewajipan statutori serta tanggungjawab berhati-hati dalam menjalankan kerja penyelenggaraan, pemeriksaan, pencegahan dan kawalan bagi memastikan pokok di pembahagi jalan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan pengguna jalan raya."Saksi defendan turut mengakui bahawa DBKL mempunyai kewajipan statutori di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk menyelenggara serta memantau pokok-pokok yang ditanam," katanya.Perbicaraan kes itu berlangsung selama dua hari pada Sept 2025, dengan empat saksi plaintif dan defendan dipanggil memberikan keterangan.Pada 22 Mac 2023, mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal ke tempat kerja di Jalan Kuching di sini, dihempap sebatang pokok yang tumbang dari pembahagi jalan berhampiran pintu gerbang DBKL, berdekatan Pasar Harian Selayang.Mangsa yang bekerja sebagai pemandu kren mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Selayang sebelum disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2023.Kedua-dua ibu bapa mangsa mendakwa bahawa kemalangan tersebut berpunca daripada kecuaian menyeluruh pihak DBKL, termasuk kegagalan memastikan pokok yang ditanam di pembahagi jalan berada dalam keadaan selamat, tidak menjalankan penyelenggaraan serta pemeriksaan berkala dan tidak mengambil langkah pencegahan sewajarnya.Mereka turut mendakwa DBKL gagal memilih jenis pokok yang sesuai untuk ditanam serta tidak mewujudkan jarak atau zon keselamatan yang mencukupi antara pokok dengan pengguna jalan raya.Susulan keputusan itu, defendan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.- Bernama |
|
Tiga beranak maut: Ibu sempat sambut hari lahir anak bongsu - Sinarharian - 24/03 2:08 pm KUALA TERENGGANU - Allahyarham Nurul Hafizah Shaary, 39, yang maut bersama dua anaknya dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis perkahwinan adiknya, sempat menyambut hari lahir anak bongsu sebelum ditimpa kemalangan jalan raya petang semalam.Anak saudara mangsa, Mohd Tarmizi Said, 42, berkata, pada malam sebelum kejadian, arwah sempat mengatur majlis sambutan hari lahir untuk Nur Radya Athalia Mohamad Redzuan, 4, yang turut terkorban dalam kemalangan itu.Mohd Tarmizi yang bekerja sebagai pegawai polis berkata, arwah kelihatan sangat gembira dan ceria kerana semua sanak saudara yang dekat serta jauh dapat berkumpul menyambut Aidilfitri dan majlis perkahwinan bersama-sama setelah sekian lama."Kami memang rapat sejak kecil kerana membesar bersama-sama. Malah dia lah yang memberi kata-kata semangat semasa saya menjalani latihan polis."Pada malam kejadian arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dia memang sentiasa ceria dan disayangi oleh semua orang."Kebetulan hari lahir anak bongsunya sama dengan saya, jadi kami sambut bersama-sama pada malam sebelum kejadian," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini hari ini.Mohd Tarmizi berkata, suami arwah, Mohamad Redzuan, 40, yang bekerja sebagai pemandu ambulans di Klinik Kesihatan (KK) Kuala Dungun masih dalam keadaan trauma selepas kehilangan isteri dan dua anak serentak.Selain itu, Mohamad Redzuan juga terpaksa menguruskan dua lagi anak, iaitu Nur Raesha Amanda, 14, dan Nur Rakhis Aral Yn, 9, yang masih dirawat di Hospital Dungun."Ketika mendapat perkhabaran, suami arwah baru sahaja sampai di kediaman mereka di Ajil (Hulu Terengganu) dari Jerangau (di Dungun) |
|
Suspek tembak lelaki punyai 13 rekod lampau jenayah, dadah - Sinarharian - 24/03 12:42 am KULIM - Suspek yang menembak lelaki sehingga cedera di lengan dan dada di Kampung Permatang Durian, Padang Serai, di sini awal pagi Sabtu dikesan mempunyai 13 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, mangsa berusia 32 tahun, turut mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.Menurutnya, suspek berusia 42 tahun merupakan pemandu lori dikatakan bertengkar dengan mangsa yang juga rakannya sebelum melepaskan tembakan."Pada 21 Mac 2026 jam lebih kurang 12.01 pagi, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan berhubung satu kejadian tembakan."Suspek disyaki bertindak melepaskan satu das tembakan di hadapan rumah ibu mangsa sehingga mengenai bahagian lengan kanan dan dada sebelum melarikan diri," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada Selasa.Menurut Tengku Mohd Faisal, mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tembakan tersebut tidak melibatkan organ dalaman kritikal.Katanya, punca kejadian belum dapat dipastikan dan masih dalam siasatan pihak polis.Jelasnya, suspek ditahan kurang 24 jam di hadapan sebuah rumah sekitar Kampung Naga Lilit, Padang Serai."Polis turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver 0.38, 10 butir peluru dan dua kelongsong |
|
Dua lelaki maut dalam kemalangan di Kuala Kurau - Sinarharian - 24/03 10:46 am IPOH - [DIKEMAS KINI] Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Seri Makmur, Batu 7 di Kuala Kurau, awal pagi tadi.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.24 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau bergegas ke lokasi berkenaan."Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha Ego Gear. Setibanya di lokasi, penumpang kenderaan berusia 26 tahun berada di bawah kereta berkenaan."Penunggang motosikal berusia 21 tahun tercampak dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kenderaan berumur lingkungan 20-an yang mengalami kecederaan dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Parit Buntar," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 2.50 pagi.- Bernama |
|
Ibu, dua anak maut kemalangan selepas hadiri majlis perkahwinan adik bongsu - Sinarharian - 24/03 8:14 am DUNGUN - Polis mengenal pasti identiti tiga beranak yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau, di sini semalam.Ketua Polis Daerah Dungun, SuperintendenMaizura Abdul Kadir berkata, mangsaialah pemandu SUV jenis Perodua Aruz, Nurul Hafizah Shaary, 39, dan anaknya Muhammad Redzuan Arash Mohamad Redzuan, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan yang berlakupada6 petang.Beliau berkata, seorang lagi anak mangsa, Nur Radya Athalia, 4, pula disahkan meninggal dunia setibanya di Klinik Kesihatan Jerangau di sini."Sementara itu dua lagi anak Nurul Hafizah, iaitu Nur Raesha Amanda,14, dan Nur Rakhis Aral Yn, 9, mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.Maizura berkata, ketika kejadian Nurul Hafizah yang bekerja sebagai ejen sebuah syarikat penapis air dan udara dalam perjalanan dari Jerangau ke Ajil, Hulu Terengganu bersama empat anaknya.Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila SUV dipandu mangsa hilang kawalan sebaiktiba di lokasi kejadian sebelum terbabas ke laluan bertentangan, seterusnyamelanggar paip air danmerempuh tiang elektrik di sebelah kanan jalan.Ketiga-tiga mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk bedah siasat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Sementara itu, adik Nurul Hafizah, Mohd Saddam, 33, berkata, kemalangan itu berlaku ketika Nurul Hafizah yang menetap di Ajildalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan adik bongsu mereka di sini semalam.Dia berkata pada majlis berkenaan kakaknya kelihatan begitu ceria dan mesra malah sempat bergurau senda dengan ahli keluarga yang hadir."Saya amat terkejut dan luluh hati apabila menerima berita kakak maut bersama dua anaknya selepas SUV yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan hanya beberapa jam selepas kami bersama," katanya ketika dihubungi.- Bernama |
|
Tren ETS EP9130 dijangka lewat 2 jam, KTMB mohon maaf - Mgazette - 24/03 7:33 am Tambah KTMB maklumat terkini perkhidmatan tren akan dikemas kini dari semasa ke semasa. -MalaysiaGazette Siasatan mendapati pemandu kereta dari arah Kajang memandu laju sebelum masuk ke susur menuju Ampang secara melulu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |