///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Peguam News   Page 1    



Jamil Khir cabar 3 pertuduhan berkaitan pelupusan aset Tabung Haji - Mygazette - 5/11 2:52 pm

# Jamil Khir cabar 3 pertuduhan berkaitan pelupusan aset Tabung Haji KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu, pasukan pembelaan yang mewakili Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan mencabar tiga pertuduhan berkaitan pelupusan aset Lembaga Tabung Haji (TH) bernilai lebih RM860.3 juta yang dihadapinya. Peguam Datuk Hamidi Mohd





Akauntan didakwa lakukan hubungan seks guna jari - Mygazette - 5/11 2:52 pm

Darrshini mencadangkan jaminan RM30,000 terhadap tertuduh dengan beberapa syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan. Bagaimanapun, peguam K





Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota APMM di Perlis - Mygazette - 5/11 2:52 pm

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 5 Jan tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia. Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya APMM Wirna Arifin dan Kamaliza Md Zain manakala kedua-dua tertuduh itu tidak diwakili peguam





Syed Saddiq, kerajaan setuju selesai isu peruntukan Parlimen Muar - Sinarharian - 5/11 2:09 pm

PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pengundi yang mencabar keputusan kerajaanmemberhentikanperuntukan bagi kawasan Parlimen itu ditangguhkan bagi membolehkan pihak-pihakterlibat mencapai penyelesaiandalam tindakan undang-undang berkenaan.Peguam, Lim Wei Jiet yang mewakili Syed Saddiq dan tiga pengundi itu memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada Khamisbahawa kedua-dua pihak secara prinsip bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan."Persetujuan secara prinsip itu pada asasnya melibatkan pengembalian semula peruntukan RM500,000 bagi 2023 yang telah dibatalkan, selain peruntukan RM230,000 untuk projek tertentu di bawah program myKHAS juga akan dikembalikan," katanya.Susulan itu, beliau memohon mahkamah menetapkan satu tarikh dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkembangan terkini berhubung penyelesaian tersebut.Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly@Arwi yang mewakili Perdana Menteri dan kerajaan mengesahkan persetujuan berkenaan sambil memaklumkan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini perkara itu."Saya menyokong permohonan rakan peguam saya supaya mahkamah menetapkan satu tarikh dalam masa terdekat bagi membolehkan kami memperincikan mekanisme penyelesaian berkenaan," katanya.Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Azizah Nawawi yang mempengerusikan panel itu menetapkan 7 Disember ini bagi pengurusan kes sementara menunggu penyelesaian perkara berkenaan.Pendengaran rayuan Syed Saddiq dan tiga pengundi itu berlangsungdi hadapan panel yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.Syed Saddiq, Najib Abu Nawar, Mohd Bakirudin Abdullah dan Muhamad Fadzly Bisri memohon kebenaran mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan kerajaan memberhentikan atau membatalkan bakiperuntukan RM500,000 daripada keseluruhan RM1.7 juta yang sepatutnya disalurkan terus ke akaun bank Pusat Khidmat Parlimen Muar bagi pelaksanaan program kebajikan, kesejahteraan komuniti dan bantuan bencana.Pada 24 Disember 2024, Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, manakala rayuan mereka turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 27 Oktober tahun lepas.Bagaimanapun, pada 10 Mac tahun ini, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada mereka untuk merayu.Syed Saddiq bersama tiga pengundi Parlimen Muar memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman pada 23 April 2024 dengan menamakan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.Dalam permohonan itu, mereka turut memohon mahkamah mengembalikan akses Syed Saddiq kepada sistem myKHAS yang menguruskan dana pembangunan RM2 juta bagi kawasan Parlimen berkenaan, selain membatalkan keputusan menarik balik kelulusan beberapa projek bernilai RM230,300 yang telah diluluskan menerusi sistem itu.Mereka juga mencabar keengganan responden meluluskan atau menyalurkan sebarang peruntukan kepada Syed Saddiq sebagaiAhli Parlimen Muar bagi pelaksanaan program di bawah Projek Mesra Rakyat atau inisiatif seumpamanya bagi2024.Selain itu, mereka mendakwa tindakan responden melanggar hak kesamarataan Syed Saddiq sebagai Ahli Parlimen Muar serta hak tiga pemohon lain selaku pengundi di kawasan Parlimen itu, seperti yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan





Yusoff Rawther beri keterangan hari pertama pra-perbicaraan kes saman Anwar - Sinarharian - 5/11 2:05 pm

KUALA LUMPUR Bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther dijangka memberi keterangan hari pertama pra-perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Januari tahun hadapan.Pendengaran dalam pra-perbicaraan itu berhubung lima isu awal berkaitan saman dakwaan serangan seksual yang didakwa berlaku 2018 lalu, yang difailkan Muhammed Yusoff terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum kes itu diteruskan ke perbicaraan penuh.Pra-perbicaraan kes berkenaan ditetapkan berlangsung selama lapan hari bermula 27 hingga 29 Januari dan bersambung dari 1 hingga 5 Mac.Selepas pengurusan kes, peguam yang mewakili Yusoff, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya bersedia memberikan keterangan menerusi aplikasi Zoom memandangkan beliau kini berada di United Kingdom (UK)."Yusoff bersedia untuk memberikan keterangannya menerusi Zoom dan saya menegaskan beliau akan hadir dalam prosiding itu."Saya menegaskan, anak guam tidak melarikan diri," katanya kepada media selepas prosiding yang dibuat secara dalam kamar di hadapan Hakim, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan pada Khamis.Menurutnya, hakim turut membenarkan pihak media mengikuti prosiding pra-perbicaraan menerusi aplikasi sama.Beliau berkata, pihak-pihak juga diarahkan hadir semula secara fizikal pada 27 November, bagi satu lagi pengurusan kes untuk mendapatkan arahan lanjut.Dalam pada itu, Rafique berkata, prosiding akan dimulakan dengan isu-isu yang dibangkitkan iaitu permohonan Anwar untuk mengemukakan soalan khusus yang dibenarkan mahkamah.Katanya, hakim menetapkan supaya keterangan dan isu yang dibangkitkan sepanjang pra-perbicaraan tertumpu kepada kejadian yang didakwa berlaku pada 2 Oktober 2018, khususnya di sebuah bilik belajar kediaman."Kes ini berkaitan perkara yang berlaku pada 2 Oktober 2018 contohnya Yusoff mendakwa kejadian A sementara Anwar menafikannya."Hakim membenarkan semua pihak mengemukakan perkara yang ingin dibangkitkan sepanjang pra-perbicaraan, tetapi ia perlu terhad kepada kejadian pada tarikh berkenaan iaitu tidak melangkaui jam 3 petang pada 2 Oktober 2018," katanya.Rafique berkata, waktu sebenar prosiding menerusi Zoom akan dimuktamadkan pada pengurusan kes 27 November ini dengan mengambil kira perbezaan waktu lapan jam antara Malaysia dan UK.Pada 14 Julai 2021, Muhammed Yusoff memfailkan saman terhadap Anwar dengan mendakwa ahli politik itu telah menyerangnya secara seksual di sebuah kediaman di Segambut pada 2 Oktober 2018.Beliau mendakwa laporan polis dibuat pada 7 Disember 2019 dan kesihatan mentalnya terjejas akibat kritikan daripada penyokong Anwar serta masyarakat.Susulan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta kos dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan memfailkan tuntutan balas pada September 2021 dengan menyatakan bahawa tuduhan berkenaan adalah palsu dan tidak berasas.Menurut Anwar, pada tarikh kejadian yang didakwa, beliau ada bersama keluarga dan rakan-rakan di kediamannya di Bukit Segambut.Anwar kemudiannya memohon beberapa isu yang didakwa berkaitan pergerakan dan kehadiran Muhammed Yusoff di lokasi dan tarikh berkenaan, ditentukan terlebih dahulu sama ada melalui keterangan afidavit atau prosiding tertutup tanpa kehadiran media.Menurutnya, penentuan isu berkenaan berpotensi menyelesaikan keseluruhan tuntutan saman berkenaan tanpa perbicaraan penuh.Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tarikh lain untuk keputusan permohonan Anwar supaya beberapa isu awal didengar sebelum perbicaraan saman dakwaan serangan seksual Muhammed Yusoff bermula.Dalam prosiding berkenaan, pemimpin PKR diwakili peguam, Christopher Leong sementara Muhammed Yusoff sebagai plaintif diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.





Dua warga Thailand didakwa bunuh anggota Maritim Malaysia di Perlis - Sinarharian - 5/11 1:54 pm

KANGAR - Dua lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hujung bulan lepas.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Pradit Rimat, 22, dan Rotchahan Tehpuyu, 21, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor, memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Padang di sini antara 11 malam 26 Oktober hingga 1.30 pagi 27 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan.Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 5 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maritim Malaysia,Wirna Arifin dan Kamaliza Md Zain manakala kedua-dua tertuduh itu tidak diwakili peguam.Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid, kedua-dua lelaki itu turut berdepan pertuduhan menyeludup sembilan migran warga Myanmar menggunakan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran.Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh bagi pertuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan di perairan hadapan muara Sungai Padang di sini antara 11 malam 26 Oktober hingga 12.30 tengah malam 27 Oktober lepas.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Di mahkamah sama, kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan di lokasi dan masa yang sama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 5(2) dibaca bersama Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Afiqah Zakaria memohon tarikh sebutan baharu bagi kes imigresen itu memandangkan pihak pendakwaan masih menunggu dokumen berkaitan daripada Jabatan Imigresen Malaysia.Hakim Sharifah Norazlita menetapkan 15 Disember sebagai untuk sebutan semula kes ATIPSOM dan imigresen, selain menetapkan tarikh sama bagi pelantikan jurubahasa Myanmar untuk tujuh warga Myanmar termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 43 tahun yang didakwa atas kesalahan memasuki negara ini secara tidak sah.Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap dua lelaki warga Thailand itu dan tujuh warga Myanmar terlibat





Akauntan tidak mengaku melakukan perbuatan bertentangan aturan tabii - Sinarharian - 5/11 12:28 am

GEORGE TOWN Seorang akauntan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan selepas didakwa melakukan perbuatan bertentangan aturan tabii terhadap seorang wanita tanpa kerelaannya tahun lalu.Bagaimanapun, tertuduh, Then Zi Quan, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen 2 pada Khamis.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa berusia 25 tahun di sebuah unit kediaman di Ideal Residency, Jalan Lembah, Kampung Kastam kira-kira jam 4.15 petang pada 24 Ogos 2025.Dia didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan wanita berkenaan tanpa persetujuannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Darrshini, manakala tertuduh diwakili peguam K Mahendran bersama M Sharmila.Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan memohon jaminan sebanyak RM30,000 selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon jumlah jaminan dikurangkan.Mahendran dalam rayuannya berkata, anak guamnya yang masih bujang bekerja sebagai akauntan dengan pendapatan bulanan kira-kira RM2,000 selain menanggung kedua-dua ibu bapanya.Beliau turut memaklumkan bahawa tertuduh pernah diberikan jaminan polis pada Ogos tahun lalu dan sentiasa memberikan kerjasama sepanjang siasatan dijalankan.Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Irwan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta mematuhi syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.Mahkamah kemudian menetapkan 14 Disember depan untuk serahan dokumen kes.





Pernah Gubah Muzik Dragon Ball Z, Nathan Johnson Kini Dipilih Jadi Peguam Negara Texas - Siakapkeli - 5/11 9:43 am

Nathan Johnson, ahli politik Demokrat yang pernah menggubah muzik Dragon Ball Z, dipilih sebagai Peguam Negara Texas sel





Isu video tular KLIA: Dua anggota polis saman Shuhaily - Sinarharian - 5/11 8:57 am

KUALA LUMPUR Dua anggota polis yang didakwa dikasari dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu, memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Sepang terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.Dua anggota itu memfailkan saman pada 4 November menerusi Tetuan Kamal Hisham & Associates dan menamakan Mohd Shuhaily sebagai defendan tunggal.Berdasarkan kenyataan media, peguam yang mewakili kedua-dua anggota polis berkenaan, Kamal Hisham Ja'afar berkata, tindakan undang-undang itu susulan pertuduhan terhadap Shuhaily mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) pada 21 Oktober lalu.Menurutnya, saman berkenaan mengemukakan empat kausa tindakan terhadap Shuhaily iaitu tort penahanan salah, serangan, bateri dan fitnah."Hal ini adalah dengan mengambil kira bahawa kejadian kekasaran tersebut adalah semata-mata suatu perbuatan Datuk Seri Shuhaily atas kapasiti dirinya sendiri tanpa melibatkan pihak Kerajaan Malaysia," katanya bersama seorang lagi peguam, Muhammad Nor Tamrin.Dalam pada itu, kedua-dua plaintif turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana membuat pendirian jelas dan tegas dalam kes berkenaan bahawa semua pihak tertakluk kepada undang-undang sedia ada.Mereka juga percaya tindakan saman sivil itu merupakan saluran yang tepat untuk mendapatkan keadilan.Pada 21 Oktober, Mohd Shuhaily didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter terminal 1 KLIA di sini jam 1.17 hingga 1.30 tengah hari pada 28 September.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





Guru didakwa amang seksual murid lelaki dalam bilik warden - Sinarharian - 5/11 8:06 am

KOTA BHARU - Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki Tahun Lima di dalam bilik warden asrama sebuah sekolah rendah di Dabong, Kuala Krai pada tahun lalu.Tertuduh, Mohd Faiz Rohizat, 34, yang juga warden asrama sekolah tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ketika kejadian di dalam sebuah bilik warden asrama di sebuah sekolah di Dabong, Kuala Krai dekat sini kira-kira jam 1 tengah hari pada April dan 4 petang, September 2025.Pertuduhan pertama dikemukakan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala pertuduhan kedua pula di bawah Seksyen 14(d) akta sama dengan kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Fathma Nuraimi Mohamad.Terdahulu, Syazalia tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan tersebut sangat serius.Siti Fathma dalam rayuannya memohon ikat jamin dengan alasan tertuduh merupakan penjawat awam selain mempunyai seorang isteri dan anak yang berusia tiga tahun."Tertuduh akan hilang pekerjaan dan punca pendapatan sekiranya jaminan tidak dibenarkan sedangkan anak guam saya perlu menyara anak, isteri dan ibu bapa yang uzur."Sebagai penjawat awam, tertuduh tiada risiko untuk melarikan diri memandangkan Mohd Faiz tinggal di alamat tetap di Bachok," katanya.Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu perlu mengemukakan alamat tempat tinggal tetap, tidak menganggu saksi pendakwaan dan mangsa.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan dua bulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah untuk simpanan sebagai syarat jaminan.Mahkamah turut menetapkan 23 Disember depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar ikat jamin tersebut.





Pendakwaan belum dapat serah notis rayuan kepada Yusoff Rawther - Mygazette - 5/11 6:59 am

Pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Muhammed Yusoff daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan tanpa dipanggil membela diri. How berkata peguam Muhammad Yusoff juga memaklumkan kepada mahkamah pada prosiding sebelum ini bahawa mereka masih berhubung dengan responden dan telah menerima arahan untuk mewakilinya dalam rayuan berkenaan





Najib masih di Penjara Kajang, Yana minta hentikan spekulasi - Mygazette - 5/11 6:59 am

Spekulasi Najib akan ditahan di rumah mula tersebar di media sosial pagi tadi. Yana berkata, beliau juga telah menghubungi peguam bapanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi mendapatkan kepastian mengenai dakwaan berkenaan





Tiada kelibat Najib keluar dari Penjara Kajang, media tunggu tujuh jam - Mygazette - 5/11 6:59 am

Setakat berita ini ditulis, belum ada pengesahan rasmi mengenai pembayaran denda RM50 juta atau sebarang perkembangan berkaitan pelaksanaan tahanan di rumah. Bagaimanapun,Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ada memaklumkan bahawa pihaknya belum menerima sebarang arahan daripada bekas Perdana Menteri itu berhubung pembayaran denda RM50 juta





Kes fitnah Rita Rudaini: Saksi akui sidang media diadakan sebelum keputusan mahkamah - Sinarharian - 4/11 6:56 pm

Mohd Roslan Mohd Nor dan timbalannya, Dr. Saidah Haris @ Harith, terhadap pelakon Rita Rudaini bersambung pada Rabu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Nixon Kennedy Kumbong.Rita diwakili peguam Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan, manakala kedua-dua plaintif diwakili peguam Haris Md Nor.Saman berkenaan difailkan susulan beberapa kenyataan yang didakwa memfitnah kedua-dua plaintif menerusi media sosial dan status WhatsApp antara Jun hingga September 2025.Antara kenyataan yang dipertikaikan termasuk dakwaan bahawa kedua-dua plaintif bersikap biadab, tidak menghargai ibu bapa pelajar MRSM Sungai Besar serta pembohong.Bagaimanapun, dakwaan berkenaan masih menjadi perkara yang perlu diputuskan mahkamah berdasarkan keseluruhan keterangan, dokumen dan hujahan pihak-pihak.Dua saksi beri keterangan pada sebelah pagiPada sebelah pagi, dua saksi pihak plaintif memberikan keterangan.Saksi sepina, Dr





'Tiada izin diberi untuk hubungan seksual' - Hakim minoriti dakwa Dai Syed ambil kesempatan atas kemurungan mangsa - Sinarharian - 4/11 5:10 pm

PUTRAJAYA Pendakwah selebriti, Dai Syed didakwa mengambil kesempatan terhadap masalah kemurungan berpanjangan yang dialami seorang wanita sebelum melakukan hubungan seksual dengannya tanpa kerelaan mangsa.Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid pada Rabu berpendapat demikian dengan menambah, keadaan kesihatan mental wanita berkenaan menyebabkan mangsa tidak berupaya memberikan keizinan untuk melakukan hubungan seksual dengan pendakwah itu.ARTIKEL BERKAITAN: Kelakuan wanita selepas kejadian, mesej mesra jadi asas Dai Syed dibebaskan - HakimKelakuan wanita selepas kejadian, mesej mesra jadi asas Dai Syed dibebaskan - HakimMeor Hashimi menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila tidak bersetuju dengan keputusan majoriti yang melepaskan dan membebaskan Dai Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31 daripada tuduhan berkenaan.Semasa membaca keputusan menentang, Meor Hashimi berkata, mangsa ketika kejadian berusia 23 tahun, mengalami masalah Major Depressive Disorder with Psychosis dan Borderline Personality Disorder.Susulan itu katanya, ia tidak boleh dianggap mampu memberikan persetujuan dalam hubungan berkenaan.Menurutnya, masalah kemurungan yang dialami mangsa turut menjelaskan tindakannya yang masih menghantar mesej kepada Syed Shah Iqmal selepas kejadian, termasuk bertanyakan bila mereka boleh berjumpa lagi."Masalah kemurungan mangsa menyebabkan tiada izin boleh diberikan oleh mangsa dalam melakukan hubungan seksual dengan perayu."Ini menunjukkan hubungan di antara perayu dan mangsa dilakukan tanpa kerelaan mangsa dan dengan paksaan perayu."Perayu telah mengambil kesempatan atas masalah kemurungan berpanjangan yang dialami oleh mangsa," katanya.Meor Hashimi berkata, Syed Shah Iqmal mengakui berlaku hubungan intim namun isu utama yang dipertikaikan ialah sama ada ia dilakukan dengan kerelaan wanita berkenaan atau sebaliknya.Hakim itu turut mengambil kira keterangan mangsa yang mendakwa dia cuba melawan dan melepaskan diri ketika kejadian, namun gagal sebelum akhirnya berasa lemah.Selain itu katanya, mangsa juga menangis dan tidak merelakan perbuatan berkenaan dan mendapatkan rawatan psikiatri di beberapa hospital sejak Februari 2019, termasuk Hospital Shah Alam, Hospital Kajang dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.Beliau berkata, rekod perubatan serta keterangan pakar psikiatri mengesahkan mangsa mengalami masalah kemurungan berpanjangan, gangguan halusinasi dan kecenderungan membunuh diri.Mengulas mengenai kelewatan mangsa membuat laporan polis, hakim itu berkata, wanita berkenaan hanya tampil membuat laporan pada 25 November 2020, lebih setahun selepas kejadian, kerana tidak mempunyai pekerjaan serta sumber kewangan untuk mendapatkan khidmat peguam.Beliau berkata, mangsa juga tidak mengetahui kes jenayah akan dikendalikan oleh pihak pendakwaan.Dalam pada itu, Meor Hashimi menolak rayuan Syed Shah Iqmal terhadap sabitan dan hukuman serta rayuan silang Pendakwa Raya yang mencabar hukuman berkenaan.Beliau berpendapat, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Shah Alam tidak melakukan sebarang kekhilafan undang-undang atau fakta ketika mensabitkan pendakwah itu.Sehubungan itu, beliau mengekalkan hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh jatuh hukum serta tiga sebatan rotan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.Hakim itu turut menyifatkan hukuman berkenaan memadai, setimpal dan tidak keterlaluan selepas mengambil kira kepentingan awam serta keseriusan kesalahan.Bagaimanapun, pandangan minoriti ini tidak terpakai kerana dua lagi hakim memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan perayu.Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 pagi pada 11 September 2019 lalu.Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Pada 30 Ogos 2024, dia menangis teresak-esak selepas Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Adlin Abdul Majid menjatuhinya hukuman berkenaan dan diperintahkan ke penjara pada hari sama.Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini hingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.Pada 23 Januari pula, Mahkamah Tinggi sama mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dengan alasan pembelaan perayu bersifat penafian semata-mata selain berpendapat, tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.Dia sekali lagi ditempatkan di penjara namun pada 14 Februari lalu iaitu selepas 21 hari dijel, bapa kepada dua anak itu dibebaskan sementara sehingga rayuan akhir di Mahkamah Rayuan didengar.





LFL sambut baik keputusan mahkamah beri peguam kebenaran cabar notis SPRM - Mkini - 4/11 4:58 pm

Mahkamah Rayuan semalam membenarkan peguam Mahajoth Singh memulakan semakan kehakiman bagi mencabar dua notis SPRM yang dikeluarkan terhadapnya.





Aliff Daniel diperintah jalani pemulihan akidah tiga bulan, bertaubat - Sinarharian - 4/11 3:14 pm

Taubat itu antara kamu dengan ALLAH," kata hakim syarie itu.Mengikut pertuduhan, Aliff Daniel didakwa melakukan pemujaan salah dengan cara menjunjung alat keagamaan lain, melakukan ritual mencucuk anggota badan serta berlutut sambil merapatkan kedua-dua belah tangan di dada di hadapan patung di sebuah kuil di Batu Caves, antara 9 malam hingga 11 malam pada 24 Januari 2024.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Mohd Faizal dalam penghakimannya mengingatkan tertuduh agar tidak mensia-siakan usia mudanya dengan perkara yang merugikan, sebaliknya melakukan perkara lebih bermanfaat demi masa depan diri dan keluarga."Kesalahan yang kamu lakukan ini, bukan sekadar kesalahan lazim yang dilakukan dalam kesalahan jenayah, kerana ini melibatkan akidah dan tauhid kamu sebagai seorang Islam, kamu dilahirkan Islam sejak kecil dan bukan seorang mualaf yang baharu mengenali Islam."Betul, mungkin kamu cuba meneroka perkara-perkara lain di usia kamu 18 tahun ketika itu, tetapi kamu perlu sedar dan faham batasan-batasannya. Pada usia kamu yang masih muda ini, banyak lagi perkara yang kamu perlu lihat daripada perkara tidak sewajarnya dalam konteks kamu sebagai seorang beragama Islam," katanya.Terdahulu, Pendakwa Syarie di Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor Zamniazura Mohd Sarin memohon mahkamah mengguna pakai kuasa budi bicara di bawah Seksyen 54(1) enakmen sama, untuk menggantikan hukuman penjara dan denda kepada perintah pemulihan di pusat pemurnian akidah."Seksyen ini membolehkan individu yang disabitkan bersalah kepada perintah pemulihan atau kaunseling di pusat pemulihan selama tempoh tidak melebihi enam bulan," katanya yang mengendalikan kes bersama dengan Pendakwa Syarie Siti Nor Hashibah Jamhari dan Husaini Roslin.Sementara itu, Aliff Daniel yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan atas alasan dia kini menjaga ibunya yang baru menjalani pembedahan serta telah insaf, selain menjelaskan gambar tular di Facebook berkenaan merupakan foto lama iaitu pada 2024 ketika dia berusia 18 tahun."Kenapa (gambar-gambar) itu tidak dimuat naik pada 2024 dan kenapa sekarang? Saya sudah tidak buat lagi perkara yang bertentangan dengan hukum syarak dan syirik





Tiada arahan daripada Najib berhubung pembayaran denda RM50 juta ??? Shafee - Mygazette - 4/11 3:02 pm

# Tiada arahan daripada Najib berhubung pembayaran denda RM50 juta Shafee KUALA LUMPUR - Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang arahan daripada bekas Perdana Menteri itu berhubung pembayaran denda RM50 juta





AGC mohon bantuan UK kesan Yusoff Rawther - FMT - 4/11 2:49 pm

Jabatan Peguam Negara mahu mendapatkan bantuan pihak berkuasa United Kingdom (UK) untuk mengesan Yusoff Rawther bagi menyerahkan notis rayuan terhadap pembebasannya.





Bebas tuduhan rogol, hakim nasihat Dai Syed jangan salah guna populariti - Sinarharian - 4/11 1:48 pm

Perayu dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.Sementara itu, Hakim Meor Hashimi dalam penghakimannya berkata mangsa disahkan mengalami Major Depressive Disorder with Psychosis Borderline Personality Disorder menyebabkan tiada izin (consent) boleh diberikan oleh mangsa dalam hubungan seks dengan perayu."Ini menunjukkan hubungan seks antara perayu dan mangsa dilakukan tanpa kerelaan mangsa dan dengan paksaan perayu. Perayu telah mengambil kesempatan atas masalah kemurungan berpanjangan yang dialami oleh mangsa," katanya.Hakim itu berkata, perbuatan mangsa yang masih menghantar mesej-mesej kepada perayu selepas kejadian rogol menunjukkan mangsa tidak bertindak seperti seorang yang normal akibat masalah kemurungan yang berpanjangan dan diberikan ubat untuk mengubati masalah kecelaruan personaliti, gangguan halusinasi dan keinginan membunuh diri.Hakim Meor Hashimi menolak rayuan perayu selepas mendapati rayuan itu tidak bermerit, dan mengekalkan sabitan serta hukuman oleh Mahkamah Sesyen yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi."Saya juga menolak rayuan pendakwa raya terhadap hukuman selepas mendapati hukuman yang dikenakan adalah memadai, setimpal dan tidak keterlaluan setelah mengambil kira aspek kepentingan awam dan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh perayu," katanya.Pada prosiding hari ini perayu diwakili peguam Datuk M





'Sudah 70 hari kami tanggung derita, punca rezeki hilang, akaun bank tertutup rapat' - Sinarharian - 4/11 12:33 am

Kami tetap menanti mereka pulang tapi dalam masa sama, realiti dunia menampar kami tanpa belas kasihan. Kami yang ditinggalkan ini perlu terus hidup," luah Hani pada Rabu.Lebih memilukan, kata Hani, akaun bank mangsa juga belum dapat diakses oleh waris disebabkan status serba tergantung itu meskipun terdapat wang simpanan di dalamnya yang boleh digunakan untuk membiayai komitmen ansuran rumah termasuk keperluan harian keluarga.Tambahnya lagi, sebahagian waris turut berdepan kesukaran melantik peguam untuk memohon perintah mahkamah bagi membolehkan akses kepada akaun berkenaan lantaran kos guaman sahaja mencecah ribuan ringgit.Tidak cuma itu, jelas Hani, keluarga turut bimbang mengenai komitmen kewangan selepas kemudahan moratorium selama enam bulan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berakhir."Duit deposit peguam, yuran pemfailan dan kos dokumentasi, daripada mana keluarga nak korek duit sebanyak itu sedangkan punca rezeki utama dah hilang dan akaun bank terkunci rapat?"Sesetengah keluarga mangsa langsung tak mampu nak bayar kos guaman





Peguam jawab desas desus Najib bayar denda RM50 juta hari ini, nafi ada arahan sedemikian - Harapandaily - 4/11 12:04 am

Bagaimanapun,... The post Peguam jawab desas desus Najib bayar denda RM50 juta hari ini, nafi ada arahan sedemikian appeared first on Harapan Daily .





Najib belum beri arahan bayar denda RM50 juta Peguam - Sinarharian - 4/11 11:35 am

KUALA LUMPUR Persoalan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan pelaksanaan aturan tahanan rumahnya masih belum terjawab.Ini selepas peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan beliau belum menerima sebarang arahan daripada bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung pembayaran berkenaan setakat ini.Menurutnya, barisan peguam juga tidak dapat menjangkakan sama ada pembayaran itu akan dibuat dalam minggu ini."Saya tidak dapat meramalkan





Najib Dijangka Bayar Denda RM50 Juta Hari Ini, Bakal Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Rumah - Beautifulnara - 4/11 11:30 am

Menurut laporan terkini, bayaran berkenaan dijangka dibuat oleh wakil Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Advertisement View this post on Instagram Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar […] The post Najib Dijangka Bayar Denda RM50 Juta Hari Ini, Bakal Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Rumah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





ULASAN l Undang-undang dua darjat - Mkini - 4/11 11:22 am

Misalnya, dalam kes SRC International, Najib dibela oleh 12 orang peguam tersohor dan ternama, manakala dalam kes salah guna kuasa dan sodomi pertama, Anwar dibela oleh sembilan peguam utama dan lebih





Peguam Najib tak terima arahan bayar denda RM50 juta hari ini - FMT - 4/11 11:13 am

Terdahulu media laporkan bekas perdana menteri dijangka bayar denda itu bagi bolehkannya jalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.





Da'i Syed menangis dilepas dan dibebaskan tuduhan merogol - Sinarharian - 4/11 11:05 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Selepas berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, pendakwah selebriti, Dai Syed akhirnya menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu melepas dan membebaskannya daripada satu pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.Dua daripada tiga hakim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.Bapa kepada dua anak itu dilihat gagal menahan air matanya ketika mendengar keputusan berkenaan di kandang tertuduh.Isterinya, Hana Ismail yang berada di galeri awam juga menangis sambil menutup muka dengan tangan selepas mendengar keputusan itu.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.Bagaimanapun, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid merupakan satu-satunya hakim yang tidak menyokong keputusan majoriti berkenaan.Ketika membacakan keputusan majoriti 2-1, Azman berkata, sabitan terhadap Syed Shah Iqmal selaku perayu didapati tidak selamat."Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan."Perayu dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan," katanya.Azman berkata, mahkamah berpendapat terdapat kekhilafan melampau atau salah arah dalam dapatan mahkamah terdahulu sehingga mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.Katanya, berdasarkan hujahan pembelaan, peguam perayu berhujah anak guamnya tidak pernah menafikan berlaku hubungan persetubuhan dengan mangsa.Bagaimanapun, beliau berkata, perayu menegaskan hubungan itu dilakukan atas kerelaan wanita terbabit.Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun ketika itu di sebuah bilik kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019.Atas kesalahan itu, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya pada akhir kes pendakwaan.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Pada 30 Ogos 2024, dia menangis teresak-esak selepas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Adlin Abdul Majid menjatuhkan hukuman berkenaan dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara pada hari sama.Selepas 21 hari berada di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini sehingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.Pada 23 Januari pula, Mahkamah Tinggi sama mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dengan alasan pembelaan perayu bersifat penafian semata-mata selain berpendapat tiada alasan khas untuk menangguhkan hukuman itu.Dia sekali lagi ditempatkan di penjara namun pada 14 Februari lalu, iaitu selepas 21 hari dipenjarakan, bapa kepada dua anak itu dibebaskan sementara sehingga rayuan akhir di Mahkamah Rayuan didengar.





Najib bayar RM50 juta hari ini? - Sinarharian - 4/11 10:16 am

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dijangka melunaskan denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Pada 14 Oktober lalu, Najib disahkan telah menerima dokumen perintah berkaitan mekanisme tahanan rumah terhadapnya, namun beliau dilarang mendedahkan kandungan dokumen terbabit kepada umum.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu demikian selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion bagi kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Shafee turut mengesahkan lokasi tahanan rumah yang dinyatakan dalam dokumen berkenaan adalah kediaman Najib di No





Keputusan rayuan kes rogol Dai Syed diketahui hari ini - Sinarharian - 4/11 9:08 am

PUTRAJAYA Keputusan rayuan akhir pendakwah selebriti Dai Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan kerana merogol tujuh tahun lalu atau dibebaskan sepenuhnya, akan diputuskan Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah, dijadualkan bersidang bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membuat keputusan terhadap rayuan Dai Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31 pada jam 9 pagi.Syed Shah Iqmal yang memakai jubah berwarna putih dan ditemani isterinya, Hana Ismail tiba di mahkamah pada jam 8.55 pagi.Pada prosiding 3 Ogos lalu, peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Datuk M Athimulan yang mewakili Syed Shah Iqmal berhujah, Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika mensabitkan anak guamnya atas pertuduhan tersebut.Pembelaan juga memberitahu, ia termasuk dapatan hakim yang melabelkan mangsa sebagai wanita naif.Mereka berhujah, dapatan itu bercanggah dengan keterangan pengadu yang mengatakan dia seorang dewasa, matang dan mampu menjaga keselamatan sendiri.Peguam mendedahkan terdapat pelbagai keadaan yang menunjukkan hubungan seksual antara perayu dan mangsa berlaku atas dasar suka sama suka.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim yang bertindak sebagai responden menafikan perbuatan persetubuhan itu dibuat dengan kerelaan, sebaliknya tanpa persetujuan mangsa.Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi 11 September 2019 lalu.Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Pada 30 Ogos 2024, dia menangis teresak-esak selepas Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Adlin Abdul Majid menjatuhinya hukuman berkenaan dan diperintahkan ke penjara pada hari sama.Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini hingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.Pada 23 Januari pula, Mahkamah Tinggi sama mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dengan alasan pembelaan perayu bersifat penafian semata-mata selain berpendapat, tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.Dia sekali lagi ditempatkan di penjara namun pada 14 Februari lalu, iaitu selepas 21 hari dijel, bapa kepada dua anak itu dibebaskan sementara sehingga rayuan akhir di Mahkamah Rayuan didengar.





Peguam sokong Kursus Baharu Guaman, yakin tingkat kualiti calon - FMT - 4/11 7:30 am

Mereka berkata kursus itu akan tangani isu kurang persediaan, kelemahan fahami soalan dan tiada latihan praktikal dalam kalangan calon CLP.





48 NGO gesa kerajaan, pembangkang meterai perjanjian rentas parti - Sinarharian - 3/11 8:46 pm

SHAH ALAM - Sebanyak 48 organisasi masyarakat sivil menggesa kerajaan dan pembangkang memeterai perjanjian merentas parti bagi melengkapkan lapan reformasi utama dalam baki penggal Parlimen ke-15.Dalam kenyataan media bersama pada Selasa, organisasi berkenaan berkata, gesaan itu bertujuan memastikan reformasi penting tidak tergendala akibat ketidaktentuan politik dan terdedah kepada pengaruh pihak tanpa mandat pilihan raya yang tidak mahu reformasi tersebut memperkasa pengundi Malaysia."Perjanjian ini bertujuan merintis jalan ke arah pengukuhan demokrasi berparlimen sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan memulihkan keyakinan awam dan antarabangsa terhadap kestabilan politik serta akauntabiliti di Malaysia."Justeru, ia mesti merangkumi kepentingan Kerajaan Madani mahupun Perikatan Nasional (PN)," katanya.Sehubungan itu, organisasi berkenaan juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berhubung secara terus dengan kepimpinan tertinggi PN bagi merealisasikan perjanjian yang melibatkan kesemua 218 Ahli Parlimen.Menurutnya, lapan reformasi itu merangkumi had tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Akta Kebebasan Maklumat serta Akta Ombudsman.Selain itu, cadangan lain termasuk Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) yang saksama, Akta Pendanaan Politik berserta dana awam kepada parti politik, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab kepada Parlimen dan notis tiga bulan bagi pembubaran Parlimen."Empat reformasi pertama merupakan janji awal Perdana Menteri pada permulaan penggal pentadbirannya, manakala dua daripadanya memerlukan sokongan majoriti dua pertiga atau 148 undi bagi meminda Perlembagaan Persekutuan."Had tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun dapat memberi ruang kepada pembaharuan kepimpinan, selain mencegah penyalahgunaan kuasa dan politik dinasti."Pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya pula penting bagi mengelakkan pendakwaan terpilih, kekebalan terpilih serta amalan masyarakat dua darjat," katanya.Dalam pada itu, organisasi berkenaan berpandangan perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang dimeterai Kerajaan bersama 13 Ahli Parlimen pada 29 Oktober lalu masih terlalu sempit skopnya dan bersifat transaksi.Jelasnya lagi, pemberian CDF yang saksama kekal menjadi barang dagangan dalam rundingan dan bukannya mandat undang-undang."Kami menyokong gesaan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said supaya PN memeterai satu lagi CSA dengan Kerajaan Madani, namun skop perjanjian tersebut mestilah lebih luas dan turut merangkumi kepentingan sah pembangkang."Kami menyeru kepimpinan tertinggi PN untuk mempertimbangkan cadangan perjanjian merentas parti yang merangkumi lapan reformasi ini





48 NGO gesa kerajaan, pembangkang meterai perjanjian rentas parti - Sinarharian - 3/11 8:46 pm

SHAH ALAM - Sebanyak 48 organisasi masyarakat sivil menggesa kerajaan dan pembangkang memeterai perjanjian merentas parti bagi melengkapkan lapan reformasi utama dalam baki penggal Parlimen ke-15.Dalam kenyataan media bersama pada Selasa, organisasi berkenaan berkata, gesaan itu bertujuan memastikan reformasi penting tidak tergendala akibat ketidaktentuan politik dan terdedah kepada pengaruh pihak tanpa mandat pilihan raya yang tidak mahu reformasi tersebut memperkasa pengundi Malaysia."Perjanjian ini bertujuan merintis jalan ke arah pengukuhan demokrasi berparlimen sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan memulihkan keyakinan awam dan antarabangsa terhadap kestabilan politik serta akauntabiliti di Malaysia."Justeru, ia mesti merangkumi kepentingan Kerajaan Madani mahupun Perikatan Nasional (PN)," katanya.Sehubungan itu, organisasi berkenaan juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berhubung secara terus dengan kepimpinan tertinggi PN bagi merealisasikan perjanjian yang melibatkan kesemua 218 Ahli Parlimen.Menurutnya, lapan reformasi itu merangkumi had tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Akta Kebebasan Maklumat serta Akta Ombudsman.Selain itu, cadangan lain termasuk Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) yang saksama, Akta Pendanaan Politik berserta dana awam kepada parti politik, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab kepada Parlimen dan notis tiga bulan bagi pembubaran Parlimen."Empat reformasi pertama merupakan janji awal Perdana Menteri pada permulaan penggal pentadbirannya, manakala dua daripadanya memerlukan sokongan majoriti dua pertiga atau 148 undi bagi meminda Perlembagaan Persekutuan."Had tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun dapat memberi ruang kepada pembaharuan kepimpinan, selain mencegah penyalahgunaan kuasa dan politik dinasti."Pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya pula penting bagi mengelakkan pendakwaan terpilih, kekebalan terpilih serta amalan masyarakat dua darjat," katanya.Dalam pada itu, organisasi berkenaan berpandangan perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang dimeterai Kerajaan bersama 13 Ahli Parlimen pada 29 Oktober lalu masih terlalu sempit skopnya dan bersifat transaksi.Jelasnya lagi, pemberian CDF yang saksama kekal menjadi barang dagangan dalam rundingan dan bukannya mandat undang-undang."Kami menyokong gesaan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said supaya PN memeterai satu lagi CSA dengan Kerajaan Madani, namun skop perjanjian tersebut mestilah lebih luas dan turut merangkumi kepentingan sah pembangkang."Kami menyeru kepimpinan tertinggi PN untuk mempertimbangkan cadangan perjanjian merentas parti yang merangkumi lapan reformasi ini





'Jumpa Jason' antara tiga janji ditawarkan calon muda PH - Sinarharian - 3/11 8:40 pm

HANG TUAH JAYA Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Jason Tze Xi Nathan menawarkan kaunter bergerak 'Jumpa Jason' bagi memudahkan urusan rakyat.Pemuda berusia 31 tahun itu berkata, inisiatif itu merupakan tiga janji dalam manifesto peribadinya dalam melancarkan perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan itu."Saya mahu menjadi wakil rakyat yang mudah ditemui dan kaunter bergerak diletakkan di kawasan tumpuan seperti pasar malam dan rakyat tanpa perlu bergerak jauh untuk sampaikan aduan atau menawarkan khidmat guaman percuma."Itu janji saya turun padang setiap minggu kerana tekad saya mahu menjadi wakil rakyat yang duduk bersama rakyat di lapangan bukan duduk di pejabat," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama PH di sini pada Selasa.Bagi tawaran kedua, Jason berjanji akan memberi tumpuan kepada kemudahan awam menerusi konsep jalan elok, lampu terang dan taman selamat.Beliau yang juga peguam berkata, DUN Pengkalan Batu mempunyai banyak kawasan perumahan yang memerlukan pelan penyelenggaraan serta naik taraf secara terancang, termasuk kemudahan mesra warga emas dan golongan rentan."Hasil turun padang mendapati sebuah pangsapuri yang majoritinya didiami warga emas tidak diselenggara dengan baik dan berisiko menyebabkan mereka terjatuh."Sekiranya dipilih, saya mahu menyediakan pelan tindakan bagi mengenal pasti masalah serta memastikan penyelesaian dilaksanakan."Sebagai wakil rakyat, saya perlu bertanggungjawab kepada penduduk dan memastikan setiap isu ditangani sebaik mungkin," katanya lagi.Sementara itu, Jason berkata, tawaran ketiga ialah mewujudkan dana komuniti bagi membantu persatuan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.Beliau berkata, dana itu dicadangkan bagi menyokong program berskala kecil seperti futsal, senamrobik dan aktiviti kemasyarakatan yang mampu mengeratkan hubungan penduduk pelbagai peringkat umur."Saya mahu mendapatkan sokongan kementerian dan sektor swasta untuk mewujudkan dana itu, dengan peruntukan sehingga RM3,000 bagi setiap program berdasarkan aktiviti yang dianjurkan."Kita tidak mahu hanya acara besar, sebaliknya aktiviti kecil di peringkat komuniti juga perlu diberikan sokongan," katanya.Jelas beliau lagi, Melaka mempunyai potensi besar untuk menarik golongan muda, terutama dengan kos sara hidup yang lebih rendah, namun keadaan itu perlu diseimbangkan dengan penawaran gaji yang setimpal.DUN Pengkalan Batu menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara Siti Aisyah Mahmood dari Barisan Nasional (BN), Goh Han Koon dari Parti Bersama Malaysia (Bersama), Jason (PH) dan Norhizam (Bersatu).Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala pengundian awal pada 10 November.





Menuju PRU16, 48 NGO syor lapan reformasi utama dalam perjanjian merentas parti - Astroawani - 3/11 7:00 pm

Antara lapan reformasi yang dicadangkan ialah mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun, memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan Akta Ombudsman.





Remaja rogol anak saudara usia 12 tahun hingga hamil diperintah ke Henry Gurney - Sinarharian - 3/11 5:18 pm

Ibu mangsa membawa mangsa ke poliklinik pada 12 Mei 2022 selepas mendapati perut mangsa kelihatan membesar dan pemeriksaan mengesahkan mangsa mengandung lapan bulan pada masa tersebut."Mangsa sendiri tidak mengetahui bahawa dirinya telah dirogol, malah tidak menyedari dia sedang mengandung. Asas siasatan kemudiannya mengenal pasti responden adalah pelaku kesalahan tersebut dan laporan kimia mengesahkan responden merupakan bapa kandung kepada bayi yang telah dilahirkan oleh mangsa," katanya.Hakim Hayatul Akmal berkata walaupun laporan akhlak telah diberi perhatian, namun perkara itu hanyalah satu faktor yang menyumbang kepada jenis hukuman."Kami setuju bahawa perintah khidmat masyarakat selama 120 jam tidak memadai dan terdapat asas mencukupi untuk mahkamah menggunakan bidang kuasa bagi mengetepikan perintah tersebut, dan menggantikannya dengan suatu perintah setimpal."Walaupun hukuman dalam bentuk khidmat masyarakat telah selesai, mahkamah ini masih mempunyai bidang kuasa untuk mengubah hukuman tersebut dengan memerintahkan responden ditahan di Sekolah Henry Gurney berkuat kuasa hari ini sehingga mencapai umur 21 tahun seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 91(1)(f) Akta Kanak-Kanak," katanya.Pada 21 Februari 2024, Mahkamah Majistret Kangar memerintahkan lelaki itu menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan, selain menghadiri sesi pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama dua tahun dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, dan pada prosiding hari ini perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Aizuddin Masrom, manakala responden diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Izleen Ismail





Tiada kompromi jika langgar undang-undang walau miliki rekod cemerlang .. - Mygazette - 3/11 4:00 pm

Bagaimanapun, beliau menegaskan sekiranya timbul laporan atau dakwaan salah laku, siasatan terperinci wajar dijalankan mengikut lunas undang-undang tanpa sebarang campur tangan politik. Anwar berkata sebarang keputusan untuk mendakwa tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC) berdasarkan hasil siasatan pihak polis





Lelaki disyaki bunuh peneroka warga emas didakwa di mahkamah - Mygazette - 3/11 4:00 pm

Mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 7 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia, patalogi, DNA, rekod mental dan bedah siasat. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nursyafiq Abd Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam





MB N9: AGC kembalikan kertas siasatan kepada polis hari ini untuk tindakan .. - Mygazette - 3/11 4:00 pm

# MB N9: AGC kembalikan kertas siasatan kepada polis hari ini untuk tindakan lanjut KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) mengembalikan kertas siasatan berhubung insiden melibatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim kepada pihak polis hari ini untuk tindakan lanjut





Mahkamah Tinggi batal saman pemula Naimah, dua anak terhadap PM - Utusan - 3/11 3:40 pm

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman pemula yang difailkan Toh Puan Naimah Abdul Khalid dan dua anak lelakinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saman pemula itu difailkan bersama dua peguam terhadap Anwar dan kerajaan berhubung siasatan berkaitan dakwaan penglibatan mereka dalam cubaan menggulingkan kerajaan





Rayuan bekas Majistret ketepi hukuman kes rasuah ditangguh 3 Disember - Kosmo - 3/11 3:17 pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 3 Disember bagi tarikh baharu pendengaran rayuan seorang bekas Majistret berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM1.05 juta yang didapati bersalah atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tujuh tahun lalu. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas peguam Nor ..





AGC kembalikan kertas siasatan insiden MB Negeri Sembilan kepada PDRM - Sinarharian - 3/11 3:11 pm

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan berkaitan insiden membabitkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut pada Selasa.AGC dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan PDRM pada 30 Oktober lalu berhubung insiden berkenaan.Menurutnya, siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan susulan dakwaan Ismail bahawa beliau menandatangani proklamasi berkaitan pertukaran kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di bawah pengaruh tidak wajar."Hasil penelitian menyeluruh mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan oleh pegawai penyiasat sebelum sebarang keputusan dapat dibuat."Oleh yang demikian, kertas siasatan akan dikembalikan semula kepada PDRM pada hari ini untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada Isnin, media melaporkan AGC menegaskan tiada kelewatan di pihaknya dalam meneliti Kertas Enkuiri Polis (KEP) atau kertas siasatan berhubung laporan berkaitan Menteri Besar Negeri Sembilan itu.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan berkata, KEP berkenaan dirujuk kepada AGC pada 29 September lalu sebelum diminit keluar kepada PDRM pada 7 Oktober lalu.





Rafizi hadir ke Bukit Aman bantu siasatan ceramah di Selayang - Astroawani - 3/11 2:15 pm

Rafiziyang juga pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama) tiba pada10.57 pagi dengan ditemani tiga peguam, iaitu Nik Zarith Nik Mustapha, Adi Zulkarnain Zulkafli dan Wan Ahmad Qushairi Adzmi.





AGC kembalikan kertas siasatan laporan MB N Sembilan kepada polis - FMT - 3/11 1:56 pm

Jabatan Peguam Negara berkata beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan pegawai penyiasat sebelum sebarang keputusan dapat dibuat.





Mekanik didakwa halang polis, simpan kabel curi - Sinarharian - 3/11 1:48 pm

IPOH - Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan menghalang penjawat awam dan menyimpan kabel curi milik Telekom Malaysia (TM).Helmi Baharum, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Nur Laila Mohamed Nazil.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan sengaja menghalang seorang anggota polis, Sarjan Faiz Yaakop daripada menjalankan tugas sebagai penjawat awam.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Raja Perempuan Mazwin dalam daerah Kinta, kira-kira jam 6 pagi pada 30 Oktober lalu.Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.Dalam pertuduhan kedua, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa secara curang menyimpan harta curi iaitu satu gulung kabel milik TM yang dipercayai diperoleh daripada kegiatan jenayah di Jalan Pulai Hartamas, Simpang Pulai dalam daerah Kinta pada waktu dan tarikh yang sama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Harbhajan Singh dan Canice Chan Hong Yan.Dalam rayuannya, tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan RM1,600 sebulan selain perlu menanggung ibunya yang berusia 66 tahun dan menghidap penyakit kencing manis.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 bagi pertuduhan kedua, masing-masing dengan seorang penjamin.Tarikh 16 Disember depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.





Kes rasuah kuota pekerja asing: Saravanan dibicara mulai Mac depan - Sinarharian - 3/11 1:44 pm

KUALA LUMPUR -Mahkamah Sesyen di sini pada Selasamenetapkan beberapa tarikh antara Mac hingga Ogos tahun depan bagi perbicaraan bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri MSaravananyang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM1.097 juta yang dikaitkan dengan kelulusan kuota pekerja asing.Hakim Mahkamah SesyenAzrul Darus menetapkan 4 Mac, 12 April, 24 hingga 27 Mei, 17 hingga 19 Ogos serta 23 hingga 25 Ogos bagi perbicaraan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh berkenaan.Pasukan pembelaan Saravanan sebelum ini memaklumkanbahawa mereka mahukan tarikh perbicaraan paling awal yang boleh ditetapkan.Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan 31 halaman dokumen kepada pihak pembelaan pagi tadidan perkara itu disahkan oleh peguam belaDatuk Geethan Ram Vincent."Pihak pendakwaan telah menyerahkan semua dokumen berkaitan selaras dengan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), sekali gus membolehkan pihak pembelaan memfailkan pernyataan pembelaan mengikut Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya sambil memaklumkan bahawa pihak pendakwaan bercadang memanggil 25 saksi.Mahkamah kemudian menetapkan 15 Januari tahun depan sebagai tarikh pihak pembelaan memfailkan pernyataan pembelaan.Pada 28 Ogos lepas, Saravanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM1.097 juta yang dikaitkan dengan kelulusan kuota pekerja asing.Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Saravanan didakwa menerima wang tunai masing-masing berjumlah RM150,000 dan RM350,000 daripada pengarah Vectica Resources Sdn Bhd, Tan Teck Lim, 65, melalui Syed Amirul Syed Ahmad, 38, di Bukit Jalil Golf & Country Resorts dan Jalan Telawi 3, Bangsar, pada 16 Jun dan 7 Julai 2022.Pemberian wang itu didakwa sebagai dorongan dan ganjaran kepada Saravanan, yang ketika itu Menteri Sumber Manusiauntuk meluluskan permohonan kuota 1,000 pekerja asing oleh TYKB Engineering Sdn Bhd.Bagi pertuduhan ketiga, Saravanan didakwa menerima wang berjumlah RM597,000 daripada individu sama melalui sekeping cek yang dimasukkan ke dalam akaun Big Seven Ventures Sdn Bhd bagi tujuan sama, di Maybank Islamic Berhad cawangan Jalan Klang Lama, Taman Desapada 7 Julai 2022.Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.- Bernama





Muhyiddin akan kemuka representasi gugur tuduhan menghasut - Peguam - Sinarharian - 3/11 1:02 pm

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan representasi untuk menggugurkan pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiripada 2024.Kenyataan menghasut itu berhubungdakwaan beliau yang tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pihak pembelaan menerima sepucuk warkah daripada pihak istana semalam, selepas Muhyiddin diterima menghadap oleh Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah."Tanpa perlu memperincikan perkara tersebut, Yang Arif, kami ingin memaklumkan bahawa anak guam kami telah diterima menghadap oleh pihak istana pada 26 Okt lepas





Muhyiddin akan kemuka representasi gugur tuduhan menghasut - Astroawani - 3/11 12:55 am

Peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Pagoh itu berkata pihak pembelaan menerima sepucuk warkah daripada pihak istana semalam, selepas Muhyiddin diterima menghadap oleh Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.





DKU dibenarkan mencelah saman pemula berhubung isu pembatalan pelantikan .. - Mygazette - 3/11 7:41 am

Mahkamah mengambil maklum bahawa walaupun DKU tidak mempunyai sebarang peranan berkaitan pelantikan atau pembatalan jawatan Exco, kepentingannya terletak pada tafsiran dan pemakaian istilah Raja Pemerintah dalam Perkara 28(1) UUTKNS, sebagaimana dibangkitkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Susulan keputusan itu, Roz Mawar merekodkan pengesahan daripada peguam plaintif bahawa saman pemula berkenaan akan diteruskan tanpa meminta mahkamah menentukan kesahihan pemasyhuran bertarikh 19 Aprilataupun menentukan pihak yang memegang jawatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan





Mahkamah tolak permohonan Setiausaha DKU mencelah kes Exco Negeri Sembilan - Sinarharian - 2/11 7:39 pm

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menolak permohonan Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU), Raja Norazli Raja Nordin untuk bertindak sebagai pencelah dalam saman pemula yang difailkan oleh 10 bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan berhubung tafsiran Undang-Undang Tubuh Negeri.Hakim, Roz Mawar Rozain dalam prosiding yang diadakan secara sidang video berkata, Setiausaha DKU tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam kes berkenaan.Ini kerana, katanya, kepentingan yang dibangkitkan dalam permohonan tersebut adalah milik DKU sebagai sebuah institusi dan bukannya Setiausaha DKU secara individu.Justeru, beliau membenarkan permohonan DKU untuk mencelah dan menetapkan institusi itu sebagai defendan ketiga, dengan penglibatannya dihadkan kepada isu-isu berkaitan yang akan ditentukan kemudian.Roz Mawar turut menekankan bahawa kehadiran DKU adalah penting bagi memastikan keputusan dapat dibuat secara berkesan dan menyeluruh termasuklah mengenai 'Raja Pemerintah' yang dibangkitkan plaintif mengikut Perkara 28(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.Beliau turut bersetuju hujahan pihak plaintif bahawa DKU tidak mempunyai sebarang fungsi berhubung pelantikan dan pembatalan Exco.Selain itu, mahkamah turut merekodkan pengesahan pihak plaintif bahawa prosiding tersebut akan diteruskan tanpa meminta mahkamah menentukan kesahan proklamasi bertarikh 19 April 2026 atau pihak yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Sebelum itu, peguam mewakili plaintif, Datuk Mohd Hafarizam Harun memaklumkan bahawa Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim telah menarik balik persetujuan pelantikan peguam luar untuk mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri berhubung representasi bagi saman pemula berkenaan.Beliau berkata, dalam surat bertarikh 29 Oktober yang dihantar kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal, dinyatakan kerajaan negeri perlu meneliti penggunaan wang awam atas dua alasan."Pertama adalah adanya implikasi kewangan yang akan wujud dengan menggunakan khidmat peguam luar dan itu tidak dapat dinilaikan dengan sewajarnya."Yang kedua paling penting, sebarang keputusan melibatkan komitmen Kerajaan Negeri yang signifikan hendaklah terlebih dahulu dibawa untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK),"katanya.Beliau berkata, dalam surat itu dinyatakan setakat ini, MMK tidak bersidang dan perkara berhubung pelantikan peguam luar serta implikasi kewangannya tidak dapat dipertimbangkan dan diputuskan sewajarnya."Justeru, tidak wajar untuk kerajaan negeri terus menanggung komitmen perbelanjaan sedemikian," katanya.Sementara itu, Muzalmah berkata, surat itu dihantar ke pejabatnya pada Jumaat lalu yang mana ketika itu beliau sedang menghadiri mesyuarat di Langkawi dan hanya dimaklumkan yang peguam telah memfailkan afidavit tambahan pada waktu petang hari yang sama (30 Oktober 2026).Beliau memaklumkan hanya berkesempatan membalas surat tersebut pada pagi Isnin.Jelasnya, di dalam surat maklum balas tersebut dinyatakan bahawa pelantikan peguam bagidefendan satu dan dua adalah berdasarkan 'fiat' yang dikeluarkan oleh beliau pada 19 Oktober 2026 dan 21 Oktober 2026 di dalam kuasa beliau di bawah Seksyen 24(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956.Selain itu, Musalmah turut mengesahkan bahawa 'fiat' terbabit masih sah dan peruntukkan itu tidak memberi kuasa kepada Menteri Besar untuk memberi atau menarik baliknya."Saya dah berjumpa dengan Menteri Besar (sebelum ini) dan menyatakan perlantikan peguam dan tidak dinyatakan bantahan dan tiada dibincangkan tentang fi (pembayaran), isu itu tidak timbul sekarang ini, isu berasingan dari pelantikan, " katanya.Roz Mawar turut mempersoalkan sama ada surat oleh Ismail itu dibuat atas kapasiti peribadi atau kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.Beliau kemudiannya menolak bantahan dikemukakan plaintif berhubung perkara itu dan kos diberikan di dalam kos.Pada masa sama plaintif juga memohon agar prosiding terbabit ditangguh sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu perlembagaan.Pihak defendan memohon masa untukmembalas permohonan berkenaan.Mahkamah kemudian mengarahkan agar afidavit difailkan pada 6 November 2026 dan hujahan difailkan pada 11 November 2026, manakala tarikh pendengaran ditetapkan pada 16 November 2026.Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan bagi bantahan awal pihak defenden pada 16 November ini, jam 10 pagi secara sidang video.





Caprice gagal tangguh bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew - FMT - 2/11 3:56 pm

Hakim memerintahkan pempengaruh media sosial itu depositkan bayaran tersebut serta-merta ke akaun peguam pendakwah tersebut.





Mati dalam tahanan: Kertas siasatan Noorizwan dirujuk ke AGC Rabu ini - Mygazette - 2/11 3:48 pm

# Mati dalam tahanan: Kertas siasatan Noorizwan dirujuk ke AGC Rabu ini KUALA LUMPUR - Kertas siasatan kes kematian Noorizwan Zulkefly semasa dalam tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), Rabu ini untuk tindakan lanjut





Kenapa AGC lewat putuskan kes laporan polis MB N9 ? –... - Mygazette - 2/11 3:48 pm

# Kenapa AGC lewat putuskan kes laporan polis MB N9 ? - MP DAP KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen kerajaan mempersoalkan kelewatan Jabatan Peguam Negara (AGC) memberikan keputusan berhubung kertas siasatan polis membabitkan laporan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim





Kekurangan jurubahasa Orang Asli di mahkamah perlu dijelaskan - Mygazette - 2/11 3:48 pm

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini. Menurut Takiyuddin, selepas peguam tertuduh mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara, pertuduhan kemudian dikurangkan daripada Seksyen 302 kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan sebelum tertuduh dibebaskan





Syarikat Choco Loco, pengarah dan suami didakwa guna terma francais .. - Mygazette - 2/11 3:48 pm

Seksyen itu membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara melebihi setahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara yang tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sallim Wahid manakala kedua-dua OKS diwakili peguam Muhammad Kausar Mohd Khairi





Keluarga mendiang Beng Hock fail semakan kehakiman melebihi tempoh masa - Mygazette - 2/11 3:48 pm

Semakan kehakiman itu difailkan oleh Meng Kee (abang mendiang), Leong Hwee (bapa) dan Teng Shuw Hoi (ibu) bagi mendapat perintah agar kematian Beng Hock 17 tahun lalu disiasat polis sebagai kes pembunuhan. Peguam Persekutuan, Mohammad Salehuddin Md





Jurubahasa kurang, AGC perlu fokus tugas hakiki - Harakahdaily - 2/11 3:17 pm

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta penjelasan kerajaan mengenai kekurangan jurubahasa mahkamah dan beban tugas pegawai Jabatan Peguam Negara (AGC)





Status perkahwinan boleh tergantung tanpa dokumen lengkap Peguam - Astroawani - 2/11 3:15 pm

Pasangan Malaysia yang bernikah di selatan Thailand perlu mengemukakan dokumen lengkap bagi pengesahan Mahkamah Syariah bagi mengelakkan status perkahwinan tergantung.




Reformasi     >>



Semakin aneh apabila penyokong Pas, Umno konservatif .. - Harapandaily
Tindakan sebahagian penyokong Pas dan Umno yang dikatakan turut meraikan kemenangan Parti Demokrat dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mencetuskan persoalan apabila kecenderungan politik mereka mempunyai beberapa persamaan dengan Parti Republikan. Gelagat itu menarik perhatian pengkaji ..
Kroni     >>



White House insists Trump is 'still your president' .. - NST
WASHINGTON: Donald Trump is still your president, the White House said Wednesday, a day after his Republican Party suffered sweeping losses in midterm elections seen as a referendum on his second term.
Tabloid     >>



56 lokasi hotspot banjir dikenal pasti - Hmetro
Kuala Lumpur: Ancaman banjir di Lembah Klang belum berakhir apabila 56 lokasi hotspot banjir dan 232 kawasan berisiko dikenal pasti di Selangor selain hujan lebat serta ribut petir dijangka berterusan sepanjang minggu ini. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Hyperscalers and Apple surge after election results .. - Cnbc
Apple, Amazon, Google, Meta and Microsoft stock was up after the midterms, while stocks tied to Trump advisor Elon Musk and data centers fell on Wednesday.
World     >>



The Trump era is over. The world should take note - Middleeasteye
The Trump era is over. The world should take note Submitted by David Hearst on Wed, 11/04/2026 - 21:38 If the Netanyahu camp is trembling at where the US appears to be headed, Gulf leaders should be in no less than a panic An Iranian demonstrator carries a placard depicting US President Donald Trump ..
Motor Trend     >>



Proton S70 RS 2027 Bakal Tiba, Tampil Sentuhan Lebih .. - Vocket
Bagi peminat automotif tempatan, kelibat Proton S70 di atas jalan raya sudah tentu bukan lagi satu pemandangan yang asing. Sejak mula diperkenalkan, sedan ini pantas... The post Proton S70 RS 2027 Bakal Tiba, Tampil Sentuhan Lebih Segar Dan Sporty Untuk Peminat Sedan appeared first on VOCKET .