| /// |
|
| Search : Pas Selangor News | Page 1 |
|
Pemuda PAS serah memo desak batal Rain Rave Water Music Festival - FMT - 30/04 6:13 pm Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar juga mahu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing letak jawatan. |
|
PAS Selangor setuju Azmin kembali ketuai PN negeri, dakwa pemimpin Bersatu - FMT - 29/04 9:00 pm Dr Afif Bahardin berkata pendirian itu dinyatakan PAS Selangor dalam pertemuan baru-baru ini. |
|
Pas patut ambil alih kepimpinan PN di Selangor – Iskandar - Mygazette - 29/04 1:57 pm # Pas patut ambil alih kepimpinan PN di Selangor - Iskandar KUALA LUMPUR Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar A Samad menilai Perikatah Nasional (PN) masih mempunyai peluang nyata untuk menawan negeri itu, berdasarkan perkembangan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa |
|
Tiga pemimpin kanan Pas Selangor berpotensi jadi calon Pengerusi PN - Mygazette - 29/04 1:57 pm # Tiga pemimpin kanan Pas Selangor berpotensi jadi calon Pengerusi PN KUALA LUMPUR Tiga pemimpin kanan Pas Selangor dikenal pasti mempunyai keupayaan untuk dipilih sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, kata Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar |
|
Tiga calon Pas berpotensi terajui PN Selangor - Mohamed Sukri - Sinarharian - 28/04 7:06 pm SHAH ALAM - Tiga pemimpin kanan Pas Selangor berkeupayaan untuk dipilih sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) di negeri ini.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, ketiga-tiga tokoh itu bukan sahaja berpengalaman luas, malah mempunyai rekod kepimpinan, integriti serta keupayaan mentadbir yang diperlukan untuk membawa Selangor ke tahap lebih baik.Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Dr Halim Tamuri merupakan tokoh ilmuwan berwibawa yang dilihat mampu menyatukan pelbagai pihak menerusi pendekatan kepimpinan berasaskan ilmu dan hikmah."Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan serta pentadbiran, selain kini memegang jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor dan bekas Rektor KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Selain itu, katanya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi turut disifatkan sebagai calon berpotensi berdasarkan pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri serta keupayaannya mendekati rakyat.Beliau memberitahu, Ahmad Yunus dikenali sebagai 'doktor rakyat' dan pernah berkhidmat sebagai Exco Kanan Kerajaan Selangor."Kini beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Parlimen Kuala Langat dan ADUN Sijangkang," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, Datuk Iskandar Abdul Samad pula dikenali sebagai figura berprinsip dengan rekod tadbir urus yang kemas dan teliti."Pengalaman beliau sebagai Exco Kanan kerajaan Selangor selama dua penggal membuktikan keupayaannya dalam pentadbiran negeri, selain kini memegang jawatan Bendahari Pas Pusat," katanya.Sehubungan itu, Mohamed Sukri menegaskan, pemilihan kepimpinan yang tepat amat penting bagi memastikan PN Selangor terus relevan dan berupaya menawarkan pentadbiran lebih baik kepada rakyat negeri ini."Selangor memerlukan kepimpinan yang bersih, stabil, berwawasan dan mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan bijaksana."Jika dinilai dari sudut kelayakan, pengalaman serta integriti, ketiga-tiga tokoh ini sememangnya layak berada di barisan hadapan memimpin masa depan negeri," tambah beliau. |
|
Kenapa Pemuda Pas Selangor diam ketika Sanusi hina Sultan Selangor? .. - Mygazette - 25/04 3:29 pm # Kenapa Pemuda Pas Selangor diam ketika Sanusi hina Sultan Selangor? - Saifuddin KUALA LUMPUR PKR mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda Pas Selangor, Sukri Omar yang lantang mengkritik Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung isu cadangan penternakan babi moden |
|
Saranan berkait projek babi bukti Siew Ki wakil rakyat berwawasan, berjiwa .. - Mygazette - 25/04 7:42 am # Saranan berkait projek babi bukti Siew Ki wakil rakyat berwawasan, berjiwa rakyat - Teresa KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan kecaman Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar terhadap cadangan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung pelaksanaan sistem penternakan babi secara tertutup dan moden di Selangor adalah sangat menghairankan |
|
Isu babi: AMK perlu tanya MB Selangor bukan parti lain – Choo Seong - Mygazette - 24/04 5:05 pm Terdahulu, Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Mohammad Haziq Izwan Mohd Husni mempersoalkan pendirian Pemuda MCA dan Pemuda parti Gerakan berhubung desakan Pemuda Pas yang mahukan Adun Seri Kembangan digantung daripada sidang DUN. AMK Selangor sebelum ini menyatakan minat untuk mengetahui sama ada MCA mempunyai pendirian yang sama dengan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar yang didakwa cuba memainkan politik sentimen secara berlebihan |
|
Henti bangkit projek ladang babi, fokus isu rakyat – Sukri - Mygazette - 24/04 5:05 pm # Henti bangkit projek ladang babi, fokus isu rakyat - Sukri SERI KEMBANGAN - Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhenti daripada membangkitkan berkenaan isu penternakan babi |
|
Teresa Kok dakwa PAS Selangor bercanggah berkait isu penternakan babi - FMT - 24/04 1:28 pm Ahli Parlimen Seputeh berkata PAS Selangor tidak mempunyai dasar konsisten dalam menangani isu berkenaan. |
|
'MB Selangor perlu nyata pendirian isu ternakan babi moden' - Muhammad Faizzuddin - Sinarharian - 23/04 7:15 pm SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menuntut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari segera menyatakan pendirian rasmi kerajaan negeri berhubung isu cadangan penternakan babi moden yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki.Naib Ketua Pemudanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, ketegasan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan selain memastikan kedudukan institusi diraja terus dihormati.Menurutnya, pihaknya kesal dan mengecam tindakan Wong Siew Ki yang didakwa membawa naratif bercanggah dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung larangan aktiviti penternakan babi di negeri ini."Cadangan untuk meneroka semula sistem penternakan babi moden adalah tidak bertanggungjawab, biadab serta mencemarkan kemuliaan institusi Dewan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau turut mengingatkan Menteri Besar supaya tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi politik yang boleh menjejaskan kepentingan kerajaan negeri, institusi diraja serta rakyat Selangor.Katanya, kerajaan negeri perlu menunjukkan ketegasan dalam isu berkenaan dan tidak berdiam diri ketika titah Sultan Selangor dipersoalkan secara terbuka oleh wakil rakyat dalam blok pentadbiran."Pendirian rasmi perlu dinyatakan segera supaya tidak timbul persepsi negatif dalam kalangan rakyat," tambah beliau.Terdahulu, Wong Siew Ki semasa membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu memohon pertimbangan kerajaan negeri memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.Beliau berkata, cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.Bagaimanapun, ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin mengemukakan usul tergempar untuk merujuk Wong Siew Ki ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung isu penternakan babi di negeri itu.Afif menjelaskan, usul itu dihantar kepada Pejabat DUN Selangor pada Khamis mengikut Peraturan 26(1) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan telah diterima untuk pertimbangan. |
|
Tindakan terhadap Siew Ki; Apa pendirian Pemuda Gerakan dan MCA? ???... - Mygazette - 23/04 2:57 pm # Tindakan terhadap Siew Ki; Apa pendirian Pemuda Gerakan dan MCA? AMK Selangor KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan dan Pemuda MCA berhubung desakan Pemuda Pas supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan digantung daripada sidang DUN susulan kenyataan berkenaan ternakan babi. Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Mohammad Haziq Izwan Mohd Husni berkata, pihaknya berminat untuk mengetahui adakah Pemuda Gerakan dan Pemuda MCA mempunyai pendirian yang sama dengan Ketua Pemuda Pas Selangor,Mohamed Sukri Omar yang disifatkan cuba memainkan politik sentimen secara berlebihan |
|
Kerajaan Selangor diasak nyata pendirian kenyataan Siew Ki isu ternakan .. - Mygazette - 23/04 2:57 pm # Kerajaan Selangor diasak nyata pendirian kenyataan Siew Ki isu ternakan babi KUALA LUMPUR - Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki yang dilihat tidak sehaluan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan babi kini mencetuskan polemik baharu, sekali gus mengundang persoalan terhadap pendirian kerajaan negeri. Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan Pas Selangor, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, isu itu timbul susulan titah baginda yang menyentuh pelbagai kelemahan di Selangor termasuk banjir, pengurusan sampah, jalan berlubang serta isu penternakan babi, yang sepatutnya dijadikan panduan untuk penambahbaikan pentadbiran negeri |
|
Ternakan babi: Pemuda Pas Selangor kecam ADUN Seri Kembangan - Mygazette - 22/04 4:11 pm # Ternakan babi: Pemuda Pas Selangor kecam ADUN Seri Kembangan KUALA LUMPUR Pemuda Pas Selangor mengecam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung isu penternakan babi yang dibangkitkan dalam sidang DUN |
|
Pemuda Pas Selangor kecam cadangan ternakan babi moden - Sinarharian - 22/04 1:32 pm SHAH ALAM Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Kembangan, Wong Siew Ki yang mencadangkan penerokaan semula sistem penternakan babi moden dan tertutup di negeri ini.Menurutnya, cadangan itu disifatkan sebagai biadab serta tidak menghormati institusi Raja Berperlembagaan walaupun dibalut dengan pendekatan teknologi seperti konsep sifar pelepasan dan kitar semula biogas kepada tenaga elektrik.Beliau menegaskan bahawa pokok isu bukan terletak pada teknologi yang digunakan, sebaliknya membabitkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang jelas tidak membenarkan lagi penternakan babi di negeri berkenaan."Keputusan juga sudah dibuat oleh kerajaan negeri untuk tidak lagi mengeluarkan lesen baharu, menutup ladang sedia ada secara berperingkat serta memenuhi keperluan bekalan melalui import sepenuhnya."Apabila titah Tuanku sudah jelas, cubaan menghidupkan semula cadangan ini, walaupun dengan istilah moden, tetap menunjukkan sikap tidak menghormati institusi Raja Berperlembagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamed Sukri berkata bahawa isu penternakan babi bukan sekadar perbahasan teknikal, sebaliknya membabitkan adab, sensitiviti masyarakat majmuk, alam sekitar serta ketenteraman negeri.Katanya, kebebasan berhujah dalam Sidang DUN tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membangkitkan semula perkara yang sudah dimuktamadkan di peringkat tertinggi negeri.Sehubungan itu, beliau mendesak Speaker DUN Selangor serta jawatankuasa berkaitan menyiasat perkara berkenaan secara serius."Jika didapati benar, tindakan tatatertib tegas perlu dipertimbangkan termasuk penggantungan ADUN Sri Kembangan daripada sidang DUN sehingga 12 bulan."Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia menyentuh maruah Dewan, tertib kenegaraan serta penghormatan kepada institusi negeri," jelas beliau.Beliau menegaskan bahawa semua wakil rakyat perlu menunjukkan adab, menghormati titah Sultan Selangor serta berhujah secara berhemah demi menjaga keharmonian dan kedaulatan negeri.Terdahulu, Siew Ki semasa membahaskan titah ucapan Sultan Selangor memohon pertimbangan kerajaan negeri untuk memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.Beliau berkata bahawa cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan."Isu penternakan babi tidak seharusnya dibezakan daripada penternakan haiwan lain kerana risiko pencemaran, kebersihan serta kesihatan adalah sama."Namun amat dukacita apabila isu ini sering dijadikan polemik politik oleh pelbagai pihak termasuk bekas ahli politik," katanya.Menurutnya, pendekatan penternakan moden melalui sistem tertutup dengan konsep sifar pelepasan serta teknologi kitar semula sisa kepada biogas dan tenaga elektrik boleh dipertimbangkan.Katanya, sistem itu sudah terbukti berjaya dilaksanakan di beberapa negeri lain dan Selangor tidak seharusnya ketinggalan dalam mengadaptasi teknologi berkenaan.Dalam masa sama, Siew Ki berkata bahawa kebergantungan sepenuhnya kepada import bagi sumber makanan juga berisiko dalam jangka panjang, justeru memerlukan penelitian semula dasar sedia ada."Tambahan pula, kebergantungan sepenuhnya kepada import bagi sumber makanan adalah berisiko dalam jangka panjang," tegas beliau.Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan bahawa Sultan Selangor menegur sikap segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati serta enggan mematuhi titah larangan penternakan babi di negeri ini.Baginda bertitah bahawa meskipun arahan telah dikeluarkan sebelum ini, masih kedengaran rungutan yang mempertikaikan keputusan berkenaan. |
|
Banjir berulang di Selangor tak boleh dianggap masalah bermusim – .. - Mygazette - 21/04 3:23 pm # Banjir berulang di Selangor tak boleh dianggap masalah bermusim - Sukri KUALA LUMPUR Isu banjir berulang di Selangor tidak lagi boleh dianggap masalah bermusim sebaliknya memerlukan anjakan dasar serta kecekapan pentadbiran yang lebih serius. Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata,peningkatan kerugian menunjukkan kelemahan dalam pengurusan dan pelaksanaan dasar berkaitan banjir di negeri itu |
|
Pas terus desak tubuh RCI siasat mafia korporat - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 18/04 8:07 am KOTA BHARU - Pas terus mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) segera ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mempengaruhi institusi penguat kuasa serta mencetuskan persoalan serius terhadap integriti sistem pentadbiran negara.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan susulan pelbagai pendedahan dan dakwaan yang timbul berkait isu integriti melibatkan institusi penting negara.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, penubuhan RCI dilihat sebagai mekanisme terbaik bagi memastikan ketelusan dalam menilai dakwaan yang semakin membimbangkan itu."Isu ini bukan lagi perkara kecil, ia melibatkan dakwaan wujudnya pengaruh mafia korporat serta kemungkinan salah guna kuasa dalam institusi penguat kuasa."Sebab itu Pas konsisten menyatakan bahawa siasatan menyeluruh perlu dilaksanakan dan pada pandangan Pas, RCI adalah jalan yang wajar," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Ceramah: Pentas Rakyat Tolak Rasuah di sini pada Jumaat.Media antarabangsa, Bloomberg sebelum ini mendakwa mengenai kewujudan gerakan mafia korporat dengan menyediakan perkhidmatan intimidasi bagi memaksa pengambilalihan syarikat.Laporan itu turut mendakwa wujud rangkaian ahli perniagaan dan pegawai SPRM yang menggunakan serbuan serta siasatan untuk memberi tekanan kepada eksekutif supaya menjual pegangan saham dalam syarikat disasarkan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan sambil menyifatkannya tidak berasas selain menggesa mana-mana pihak mempunyai maklumat membuat laporan polis.Dalam masa sama, Ahmad Fadhli turut menegaskan Pas bersama dengan pihak yang memerangi rasuah walaupun pendekatan berbeza termasuk demotrasi jalanan."Pas kekal berpendirian bahawa sebarang dakwaan melibatkan salah guna kuasa dan integriti perlu disiasat secara telus bagi mengelakkan persepsi negatif berpanjangan terhadap institusi negara," katanya.Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Faisal Aziz memaklumkan Pas memberi komitmen untuk menghantar wakil pimpinan ke demonstrasi `Tangkap Azam Baki akan diadakan Sabtu ini, namun penyertaan tersebut masih belum dimuktamadkan sepenuhnya.Beliau berkata, perbincangan bersama Pas berlangsung termasuk dengan Pemuda Pas Selangor bagi memastikan penyertaan parti itu dalam himpunan berkenaan yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur.Menurutnya, beberapa siri jelajah dan program termasuk di Johor serta Grand Finale di Selangor dan Kuala Lumpur akan menjadi pemanas kepada himpunan tersebut yang memberi fokus kepada isu berkaitan SPRM."Himpunan itu dianjurkan mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman dan kami bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi kelancaran keselamatan dan lalu lintas."Fokus utama himpunan adalah memberi tekanan agar tidak berlaku lanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM serta mendesak RCI dan reformasi institusi berkaitan rasuah," katanya |
|
Kerajaan perlu bentang penyelesaian jelas isu hilang kerja di KL, .. - Mygazette - 16/04 8:14 pm # Kerajaan perlu bentang penyelesaian jelas isu hilang kerja di KL, Selangor - Pas KUALA LUMPUR Kerajaan perlu membentangkan langkah penyelesaian yang jelas, berjadual serta boleh diukur bagi menangani isu kehilangan pekerjaan yang semakin membimbangkan di Selangor dan Kuala Lumpur ketika ini. Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, menurut data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kedua-dua negeri itu terus merekodkan jumlah kehilangan pekerjaan tertinggi pada Mac lalu, meskipun angka keseluruhan negara menurun kepada 5,900 kes berbanding 7,500 kes pada Februari |
|
Agenda anti rasuah gagal, rakyat hilang kepercayaan – Pemuda Pas .. - Mygazette - 8/04 5:35 pm # Agenda anti rasuah gagal, rakyat hilang kepercayaan - Pemuda Pas Selangor KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas Selangor menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki digantung tugas susulan kekecohan yang berlaku semasa beliau berucap dalam satu majlis, semalam |
|
Isu Azam Baki: Rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan - Pemuda Pas Selangor - Sinarharian - 8/04 3:04 pm SHAH ALAM Agenda antirasuah yang diperkenalkan kerajaan ketika ini dilihat gagal apabila rakyat semakin resah dan hilang kepercayaan terhadap komitmen membanteras rasuah.Naib Ketua Pemuda Pas Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, perkembangan membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mencetuskan kekecohan luar biasa sehingga mencemarkan imej negara.Menurutnya, rakyat kini mula mempersoalkan retorik tatakelola dan reformasi yang sering dilaungkan kerajaan apabila isu melibatkan ketua agensi pencegahan rasuah itu dilihat tidak ditangani secara telus."Ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup dan pelbagai cabaran ekonomi, mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih daripada rasuah, salah guna kuasa serta berani bertindak tanpa pilih kasih."Namun, kegagalan menunjukkan ketelusan dalam kes ini memberi isyarat buruk terhadap integriti negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak boleh berselindung di sebalik penjawat awam atau menjadikan mereka sebagai 'perisai politik' kepada kerajaan.Katanya, rakyat sedang memerhati dan akan memastikan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej negara.Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan menggantung tugas Azam sehingga siasatan selesai serta melantik pemangku yang lebih berwibawa bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPRM."Kerajaan juga perlu menyegerakan proses siasatan kerana isu ini sudah menjadi perhatian utama rakyat dan masyarakat antarabangsa."Semakin lama siasatan bertangguh dan berlarutan, semakin bertambahlah defisit kepercayaan rakyat terhadap kerajaan pada hari ini," tambah beliau. |
|
Desak PM gantung tugas Ramanan: Pas tak perlu tunjuk paling suci Desak PM .. - Mygazette - 8/04 8:13 am "Dalam masa sama, Pas sendiri tidak terlepas daripada pelbagai tindakan undang-undang dan saman fitnah yang telah diputuskan di mahkamah melibatkan beberapa pimpinan mereka," ujarnya lagi. Jelasnya, antara kes saman fitnah yang disebut termasuklah melibatkan Ahli Parlimen Pas Siti Mastura Muhammad, bekas Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi dan Yang di Pertua Pas Perak, Razman Zakaria |
|
Pas Selangor tawar dua ADUN sertai Sumud Flotilla, sanggup tanggung kos... - Mygazette - 4/04 4:12 pm # Pas Selangor tawar dua ADUN sertai Sumud Flotilla, sanggup tanggung kos sendiri KUALA LUMPUR Pas Selangor menawarkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza serta delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 yang bakal diketuai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari |
|
Pemuda Pas Selangor desak perketat lesen, hadkan akses penjualan arak - Sinarharian - 3/04 9:43 pm SHAH ALAM Pemuda Pas Selangor mendesak kerajaan agar tidak hanya bergantung kepada hukuman denda, sebaliknya mengambil tindakan lebih drastik dengan mengehadkan akses penjualan arak bagi menangani isu pemandu mabuk yang kian meruncing.Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Dr |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |