///
See Also: Shutterstock

Search : Pas Pusat News   Page 1    





Pas Pahang sokong tindakan tegas terhadap tiga ADUN Perlis Pas Pahang .. - Mgazette - 27/12 8:03 am

# Pas Pahang sokong tindakan tegas terhadap tiga ADUN Perlis KUANTAN - Pas Pahang menyokong sepenuhnya keputusan Pas Pusat memberhentikan keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang melanggar disiplin parti





MN tidak dibentuk melalui kenyataan semberono ??? Annuar - Mgazette - 27/12 8:03 am

# MN tidak dibentuk melalui kenyataan semberono Annuar KUALA LUMPUR Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa menegaskan pembentukan Muafakat Nasional (MN) tidak semudah yang dijangkakan





'Pas tak ajar ahli kejar, cinta jawatan' - Sinarharian - 26/12 5:47 pm

SHAH ALAM - Tindakan yang dikenakan terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) didakwa terbabit dalam usaha menjatuhkan Menteri Besar Perlis merupakan satu peringatan tegas kepada wakil rakyat parti itu agar sentiasa kembali kepada kepimpinan parti.Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, langkah itu merupakan bukti ketegasan dan disiplin tinggi Pas terhadap kepimpinannya dalam usaha parti itu mengukuhkan kedudukan sebagai parti teras utama negara."Dalam Pas semua memahami bahawa ADUN, Ahli Parlimen serta kepimpinan di setiap peringkat (pusat hingga cawangan) malah ahli biasa tidak dibentuk mengikut sentimen atau emosi tetapi proses tarbiyah berteras al-Quran dan sunnah yang panjang."Krisis Perlis ini diharap memperkukuhkan lagi kepercayaan ahli, penyokong Pas dan mereka yang berada di atas pagar kerana dapat melihat sebuah parti yang tegas dan berdisiplin itu ada pada Pas."Namun begitu krisis ini juga tidak boleh lari dari serangan parti lawan dan mereka yang membenci Pas," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Pas sebelum ini mengumumkan keahlian tiga ADUN mereka terhenti serta-merta selepas dikaitkan dengan tindakan mengemukakan Akuan Bersumpah (SD) bersama lima ADUN Bersatu bagi menarik balik sokongan terhadap Mohd Shukri.Beliau yang juga ADUN Jitra menyifatkan tindakan Mohd Shukri Ramli melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis sebagai kejayaan tarbiyah parti bahawa sesuatu jawatan yang dipegang itu merupakan amanah yang berat dipukul dan bukanlah kelebihan."Ketenangan Mohd Shukri atau Cikgu Shukri melepaskan jawatan nombor Perlis tanpa sebarang kata-kata yang sarat dengan api kemarahan, kebencian dan kekecewaan amat jelas menunjukkan jiwa besar serta sifat tawaduk beliau yang lahir dari 'sekolah politik' juga tarbiyah Pas."Kepada rakyat Malaysia, Pas tidak mengajar ahlinya mengejar jawatan dan Pas tidak mengajar pemimpinnya mencintai jawatan," jelasnya.Pada masa sama, Haim Hilman turut menegaskan bahawa partinya itu menolak sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi, keluarga atau parti berikutan perkara itu mampu menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan institusi politik.Kata beliau, Pas juga menyedari golongan muda turut mencari kepimpinan bersih, ikhlas dan berwawasan."Atas kefahaman itu, Pas hari ini menonjolkan lebih ramai agamawan dan profesional berpendidikan dalam dan luar negara merentasi bidang strategik dan kritikal."Perjuangan parti bukan sekadar mentadbir negara, tetapi menjadikan Malaysia sebagai tunggak kestabilan dan pertumbuhan ekonomi di peringkat serantau serta antarabangsa," katanya.





Tindakan drastik Pas di Perlis lonjak imej parti – Pemerhati - Mgazette - 26/12 3:42 pm

Dalam masa sama, tambah beliau, secara imej besarnya, tindakan Pas dalam konflik di Perlis itu juga kerana tidak mahu kemelut tersebut mengganggu pelan perjalanan Pas dalam membina potensi memimpin negara. Kelmarin, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu memutuskan keahlian tiga ADUN Pas Perlis terhenti serta-merta





Shahidan ada peluang cerah kembali pimpin Perlis -Penganalisis - Mgazette - 26/12 3:42 pm

"Sudah tentu di antara calon-calonnya adalah Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau adalah Pengerusi PN Negeri Perlis, Timbalan Pesuruhjaya Pas 3 selain Ahli Jawatankuasa Pas Pusat," katanya





Hidupkan semula Muafakat Nasional? UMNO sudah serik, kata Puad - Mgazette - 26/12 3:42 pm

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh mencadangkan supaya Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan UMNO dan Pas dihidupkan semula. Cadangan tersebut mendapat reaksi yang agak positif daripada pelbagai pihak termasuk Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shari





Kenapa Bersatu tidak bertindak ke atas 5 ADUN? - Mgazette - 26/12 8:05 am

KUALA LUMPUR - Pas mempersoalkan mengapa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bertindak ke atas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang dilaporkan tandatangan surat akuan bersumpah (SD) dan tidak menyokong Mohd Shukri Ramli. Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan Pas Pusat, Ir





Lancar terus Muafakat Nasional sebaik UMNO-BN keluar gabungan bersama PH - Sinarharian - 25/12 5:17 pm

Inilah kunci kekuatan dan kebangkitan semula perpaduan ummah."Tahniah Ketua Pemuda UMNO (Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh). Hidupkan kembali rundingan, tubuh Jawatankuasa Perunding."Sebaik sahaja UMNO-BN isytihar keluar daripada gabungan bersama PH, kita lancarkan terus Muafakat Nasional," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Dr Muhamad Akmal secara ringkas mencadangkan supaya PN dibubarkan manakala MN diwujudkan semula berikutan perkembangan politik di Perlis ketika ini.Menurut beliau, situasi di Perlis menggambarkan berlakunya dakwaan tikam belakang.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kedudukan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli didakwa semakin tertekan apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinannya, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.Mereka didakwa telah menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada pihak Istana Perlis pada Jumaat lalu.Pas kemudiannya memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani SD berkenaan.Tiga ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu pada Rabu.Menurut beliau, mesyuarat berkenaan membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta-merta.Abdul Hadi menambah, parti tersebut akan memaklumkan keputusan tersebut secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memenuhi peruntukan Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022.Terbaharu, Speaker DUN Perlis, Russele Eizan berkata, tiga kerusi DUN Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.Kata beliau, pihaknya akan meminta SPR mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi tiga kekosongan luar jangka tersebut.Artikel berkaitan: 'Alang-alang bubar sekalilah PN, kita wujudkan semula MN' - Dr Akmal





Kemelut politik Perlis bukti Pas, PN gagal mentadbir – Mahfuz - Mgazette - 25/12 4:20 pm

Jika negeri kecil pun gagal diurus, ini bukan soal cabaran, ini soal tidak layak, katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu malam tadi memutuskan keahlian tigaADUN Pas Perlis terhenti serta-merta





Setiap perkara ada hikmahnya ??? MB Perlis - Mgazette - 25/12 4:20 pm

KUALA LUMPUR Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyifatkan tindakan yang diambil Pas Pusat terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di negeri tersebut membuktikan bahawa prinsip, disiplin dan amanah perjuangan sentiasa dijunjung tinggi





Bukan pertikai keputusan mahkamah tapi kegagalan kerajaan laksana titah .. - Mgazette - 25/12 4:20 pm

# Bukan pertikai keputusan mahkamah tapi kegagalan kerajaan laksana titah YDPA KUALA LUMPUR Kerajaan tidak perlu memberi peringatan kepada rakyat supaya menghormati keputusan mahkamah dalam kes titah adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana, kata Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa, apa yang dipertikai rakyat bukannya keputusan mahkamah, sebaliknya kegagalan kerajaan dalam melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong





Konflik politik Perlis: Akmal cadang hidupkan semula MN, bubar PN - Mgazette - 25/12 4:20 pm

Polemik politik di Perlis bermula apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing tiga daripada Pas dan lima daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikatakan menandatangani akuan bersumpah (SD) menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli. Susulan itu, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu malam tadi memutuskan keahlian tigaADUN Pas Perlis terlibat terhenti serta-merta





AMH Perlis seru Pas, Bersatu berunding, henti kemelut politik - Mgazette - 25/12 4:20 pm

Dalam sidang akhbar hari ini, Speaker DUN Perlis, Russele Eizan memaklumkan, tiga kerusi DUN Perlis perlu diisi semula menerusi pelaksanaan pilihan rakyat kecil (PRK) demi kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Ia susulan keputusan Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu malam tadi, yang memutuskan keahlian tigaADUN Pas Perlis terhenti serta-merta





Tiga ahli Pas Perlis dipecat perlu letak jawatan ADUN - Mgazette - 25/12 4:20 pm

Selain itu, menurut dokumen lafaz baiah dan sumpah tersebut, segala perbelanjaan yang menggunakan wang elaun wakil rakyat adalah haram. Malam tadi, Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu memutuskan keahlian tigaADUN Pas Perlis terhenti serta-merta





Terdapat keperluan adakan PRK – Speaker DUN Perlis - Mgazette - 25/12 4:20 pm

Ketiga-tiga wakil rakyat itu adalah ADUN Chuping, Saad Seman, ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim. Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025)





PRK atau 'snap election' di Perlis? - G Manimaran - Sinarharian - 25/12 3:51 pm

Kalau tiada perkenan, pihak baharu boleh diundang untuk membentuk kerjaaan."Kemungkinan ketiga, tiga ADUN Pas yang dilucutkan keahlian boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk memutuskan status mereka sebagai wakil rakyat, dan sehingga itu kedudukan di DUN tidak berubah."Tindakan mahkamah boleh mengambil masa untuk diputuskan dan kemelut politik berlarutan. Oleh itu, ada beberapa kemungkinan serta opsyen bakal disaksikan di Perlis beberapa minggu akan datang," ujar beliau.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kedudukan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli didakwa semakin tertekan apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinannya, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.Mereka didakwa telah menyerahkan akuan sumpah (SD) kepada pihak Istana Perlis pada Jumaat lalu.Pas pula memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani SD berkenaan.Tiga ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu pada Rabu.Menurut beliau, mesyuarat berkenaan membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta-merta.Abdul Hadi menambah, parti tersebut akan memaklumkan keputusan tersebut secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memenuhi peruntukan Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022.Terbaharu, Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan berkata, tiga kerusi DUN Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.Kata beliau, pihaknya akan meminta SPR mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi tiga kekosongan luar jangka tersebut.





'Alang-alang bubar sekalilah PN, kita wujudkan semula MN' - Dr Akmal - Sinarharian - 25/12 2:00 pm

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) dicadang bubar manakala Muafakat Nasional (MN) diwujudkan semula berikutan perkembangan politik di Perlis ketika ini.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salehberkata, situasi di Perlis menggambarkan berlakunya dakwaan tikam belakang."Perlis oh Perlis! Dah beritahu sejak dulu lagi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk memperkasakan MN, bukan PN."Hari ini baru nampak belang masing-masing, kena tikam belakang."Alang-alang bubar sekalilah PN, kita wujudkan semula MN," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kedudukan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli didakwa semakin tertekan apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinannya, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.Mereka didakwa telah menyerahkan akuan sumpah (SD) kepada pihak Istana Perlis pada Jumaat lalu.Terbaharu, Pas memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani SD berkenaan.Tiga ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu pada Rabu.Menurut beliau, mesyuarat berkenaan membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta-merta.Abdul Hadi menambah, parti tersebut akan memaklumkan keputusan tersebut secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memenuhi peruntukan Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022.Sebagai rekod, Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan pada PRU15 lalu, PN mencipta sejarah apabila memenangi 14 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi satu kerusi di DUN Indera Kayangan.





DUN Perlis: Speaker minta pilihan raya diadakan - Sinarharian - 25/12 1:19 pm

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan berkata, beliau akan menggunakan budi bicara yang diperuntukkan melalui proviso kepada Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis untukmemaklumkan secara bertulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Negeri adalah terjejas oleh sebab tiga kekosongan luar jangka itu."Saya akan meminta SPR mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi tiga kekosongan luar jangka tersebut," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Speaker DUN di sini pada Khamis.Menurutnya, satu pemakluman diterima daripada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyudin Hassan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada Rabu, 24 Disember 2025 telah membuat ketetapan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) dan (d) Perlembagaan Pas, bahawa tiga orang Ahli Badan Perundangan Pas yang berikut adalah terhenti serta-merta keahlian sebagai ahli Pas.Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim"Saya juga telah menerima notis bertulis berkenaan tiga kekosongan luar jangka di bawah Fasal (3) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis, oleh seorang Ahli Dewan Negeri Perlis, iaitu ADUN Beseri, Haziq Asyraf Dun."Menjalankan kuasa-kuasa di bawah Fasal (3) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis yang tersebut, saya telah membuat semakan dan meneliti dengan sebaik-baiknya perkembangan yang berlaku berkaitan dengan tiga Ahli Dewan Negeri yang dimaksudkan, dan saya telah berpuas hati untuk memutuskan bahawa telah berlakunya kekosongan luar jangka yang memenuhi kehendak Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis bagi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji," katanya.Menurutnya, bagi tujuan itu, beliau akan memaklumkan secara rasmi kekosongan luar jangka bagi tiga DUN berkenaan kepada SPR dalam masa yang terdekat."Saya juga ambil maklum bahawa Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Negeri Perlis telah dijalankan pada 19 Disember 2022, justeru tempoh tiga tahun usia Dewan Negeri Perlis telah terakru pada 18 Disember 2025."Dalam keadaan biasa berdasarkan Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis, tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut bila mana usia Dewan Negeri telah mencecah tiga tahun atau lebih."Namun pada hemat dan pertimbangan saya berdasarkan perkembangan semasa yang sedang berlaku dalam negeri Perlis, saya berpuas hati bahawa tiga kekosongan luar jangka tersebut dari segi bilangan yang membentuk majoriti semua adalah terjejas dan hendaklah diisi semula," katanya.Jelas beliau, alasan tentang terjejas bilangan parti yang membentuk majoriti Dewan Negeri Perlis akan diperincikan dalam makluman bertulis kepada SPR.Terdahulu, media tempatan melaporkan berlaku pergolakan dalam Perikatan Nasional (PN) Perlis apabila terdapat lapan ADUN negeri itu didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.Mereka didakwa telah menyerahkan SD berkenaan kepada pihak Istana Perlis pada Jumaat lalu.Menurut laporan tersebut, kumpulan ADUN terbabit didakwa melibatkan tiga ADUN Pas dan selebihnya daripada Bersatu.Sebagai rekod, Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, PN mencipta sejarah apabila memenangi 14 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi satu kerusi di DUN Indera Kayangan.





Tindakan pecat tiga ADUN bukti Pas junjung prinsip, amanah - MB Perlis - Sinarharian - 25/12 10:31 am

KANGAR Keputusan Pas Pusat menghentikan serta-merta keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis menunjukkan ketegasan parti dalam mempertahankan prinsip, disiplin dan amanah perjuangan.Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya."Alhamdulillah, setiap perkara ada hikmahnya."Tindakan yang diambil oleh Pas Pusat membuktikan bahawa prinsip, disiplin dan amanah perjuangan sentiasa dijunjung tinggi."Semoga ALLAH bantu dengan kebaikan dunia dan akhirat," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.Mohd Shukri berkata demikian bagi mengulas kenyataan media Pas Pusat berhubung tindakan parti itu menghentikan tiga ADUN iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu pada Rabu.Menurut beliau, mesyuarat berkenaan telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta-merta.Abdul Hadi berkata, parti tersebut akan memaklumkan keputusan tersebut secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memenuhi peruntukan Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022.Sebelum ini, media tempatan melaporkan pergolakan di dalam Perikatan Nasional (PN) Perlis terdapat lapan ADUN Perlis didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Mohd Shukri.Mereka didakwa telah menyerahkan SD berkenaan kepada pihak Istana Perlis pada Jumaat lalu.Menurut laporan tersebut, kumpulan ADUN terbabit didakwa melibatkan tiga ADUN Pas dan selebihnya daripada Bersatu.Sebagai rekod, Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, PN mencipta sejarah apabila memenangi 14 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi satu kerusi di DUN Indera Kayangan





Pas gugur keahlian tiga ADUN Perlis berkuat kuasa serta-merta Pas gugur .. - Mgazette - 25/12 8:29 am

Ketiga-tiga wakil rakyat itu adalah ADUN Chuping, Saad Seman, ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025)





Keahlian tiga ADUN Pas Perlis terhenti serta-merta - Abdul Hadi - Sinarharian - 24/12 11:48 pm

KANGAR [DIKEMAS KINI] Pas memutuskan keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) yang didakwa menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.Tiga ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu pada Rabu.Menurut beliau, mesyuarat berkenaan telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta-merta."Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang hari ini telah membuat ketetapan bahawa ahli-ahli Badan Perundangan Pas berikut adalah terhenti serta-merta keahliannya sebagai ahli Pas," katanya dalam satu kenyataan.Abdul Hadi berkata, parti tersebut akan memaklumkan keputusan tersebut secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memenuhi peruntukan Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022.Terdahulu, media tempatan melaporkan pergolakan di dalam Perikatan Nasional (PN) Perlis Arabia terdapat lapan ADUN Perlis didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.Mereka didakwa telah menyerahkan SD berkenaan kepada pihak Istana Perlis pada Jumaat lalu.Menurut laporan tersebut, kumpulan ADUN terbabit didakwa melibatkan tiga ADUN Pas dan selebihnya daripada Bersatu.Sebagai rekod, Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, PN mencipta sejarah apabila memenangi 14 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi satu kerusi di DUN Indera Kayangan.





MCA tak perlu takut `lautan kopiah??? Pas, ayuh sertai PN ???... - Mgazette - 22/12 3:39 pm

# MCA tak perlu takut `lautan kopiah Pas, ayuh sertai PN Haim KUALA LUMPUR Tiada apa yang perlu dibimbangi oleh MCA untuk membuat permohonan menyertai Perikatan Nasional (PN) dan meninggalkan Barisan Nasional (BN) seperti mana yang dibuat oleh MIC. Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Dr Haim Hilman Abdullahberkata, sejarah telah menunjukkan dengan jelas bahawa Pas adalah parti yang konsisten dalam perjuangannya





Isu gelaran ???Dr???: Pas gesa Taufiq Johari tampil beri penjelasan - Mgazette - 21/12 3:02 pm

# Isu gelaran Dr: Pas gesa Taufiq Johari tampil beri penjelasan KUALA LUMPUR Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan Pas Pusat menggesa Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari tampil memberikan penjelasan berhubung isu penggunaan gelaran Dr yang didakwa tidak sah serta dakwaan mengamalkan perubatan tanpa kelulusan sewajarnya





Perjuangan pemimpin pertahan kontrak sosial semakin terhakis – Annuar - Mgazette - 19/12 4:07 pm

# Perjuangan pemimpin pertahan kontrak sosial semakin terhakis - Annuar KUALA LUMPUR Tan Sri Annuar Musa mendakwa terdapat segelintir pemimpin yang gagal menunjukkan kepekaan terhadap ancaman yang boleh menghakis dasar serta kontrak sosial negara. Sebaliknya, golongan berkenaan sebaliknya terus mencari alasan untuk menormalisasikan kemaraan pihak yang disifatkan sentiasa cuba mencabar asas perjuangan yang dibina sejak sekian lama, kataAhli Jawatankuasa Pas Pusat itu





Hasrat tanding solo untuk selamatkan diri dari rumah sedang terbakar .. - Mgazette - 16/12 3:11 pm

# Hasrat tanding solo untuk selamatkan diri dari rumah sedang terbakar - Annuar KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musamenyifatkan kenyataan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding solo dan kesediaan DAP kononnya sedia meninggalkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) adalah strategi menyelamatkan diri daripada `rumah yang sedang terbakar





Pas persoal penjelasan Loke, dakwa caj perkhidmatan JPJ guna ejen kutipan .. - Mgazette - 12/12 3:39 pm

# Pas persoal penjelasan Loke, dakwa caj perkhidmatan JPJ guna ejen kutipan memang wujud KUALA LUMPUR Pas mempersoal kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Loke yang didakwa sebelum ini menafikan kewujudan komisen atau caj perkhidmatan yang dikenakan oleh ejen kutipan dalam urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen. Menurut Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi, Lajnah Penerangan Pas Pusat, Ir



MCA perlu ubah diri sebelum persoal Pas ??? Annuar Musa - Mgazette - 10/12 5:00 pm

# MCA perlu ubah diri sebelum persoal Pas Annuar Musa KUALA LUMPUR Pendirian MCA yang enggan menyertai Perikatan Nasional (PN) selagi Pas tidak mengubah pendekatannya menunjukkan parti itu masih gagal memahami rakan politiknya sendiri. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan MCA tersebut mencerminkan parti pimpinan Datuk Seri Wee Ka Siong itu masih belum berjaya menyesuaikan diri walaupun puluhan tahun berada dalam gabungan yang sama dengan UMNO dan BN



Pelantikan ejen pemungut dibuat sejak 9 tahun lalu – JPJ - Mgazette - 10/12 7:58 am

Isu ini tercetus apabila Ramssol Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Rider Gate Sdn Bhd dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pengangkutan sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh JPJ. Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan Pas Pusat, Dr



Pas persoal lantik Rider Gate ejen kutipan JPJ, gesa Anthony Loke beri .. - Mgazette - 9/12 4:38 pm

sebagai ejen kutipan bagi beberapa urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuk pembaharuan lesen kenderaan bermotor, pembayaran saman trafik dan pindah hak milik kenderaan. Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan Pas Pusat, Dr



Menang kerusi sulung di Sabah, Pas sindir Ketua DAPSY Kebangsaan - Sinarharian - 1/12 8:19 pm

SHAH ALAM Pas menyindir Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Woo Kah Leong susulan kejayaan parti itu meraih kemenangan sulung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah yang berlangsung pada Sabtu lalu.Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Kah Leong sebelum ini menasihatkan Pas supaya mengusahakan kerusi pertama di Sabah."Ketua DAPSY ini tempoh hari nasihatkan Pas supaya usahakan kerusi pertama di Sabah, dalam hantaran biadabnya yang menyertakan gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang diubah suai."Sekarang, ada lagi ke dia nak nasihat apa-apa?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, Pas menyatakan harapan bahawa kemenangan Datuk Dr Aliakbar Gulasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai akan meletakkan asas kukuh buat parti itu di Sabah pada masa akan datang.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyifatkan kemenangan sulung Pas di Sabah sebagai pencapaian yang sangat besar dalam perjuangan parti tersebut.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pengundi serta jentera Pas dan Perikatan Nasional (PN) yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan Aliakbar, yang juga Pesuruhjaya Pas Sabah.Terdahulu, pada 20 November lalu, Ahmad Fadhli menyifatkan tindakan Kah Leong sebagai biadab susulan satu hantaran di Facebook yang memaparkan gambar Mursyidul Am Pas dalam keadaan terlantar di katil dan dipercayai telah diubah suai.Menurut beliau, hantaran tersebut mencerminkan ketidakmampuan Kah Leong untuk berhujah secara intelektual apabila memilih menyerang peribadi tokoh veteran parti.Tindakan Kah Leong turut mencetuskan kemarahan dalam kalangan pemimpin dan penyokong Pas yang menyifatkan perbuatan itu melampau serta tidak menghormati kepelbagaian masyarakat Sabah yang sering dilaungkan oleh DAP.Sebelum ini, Kah Leong mendakwa bahawa Pas tidak diraikan dalam arena politik Sabah serta menuduh parti itu sebagai ekstrem, selain mendakwa tiada parti lain yang berani membentuk kerajaan negeri bersama Pas.



MP PN persoal kewibawaan SPRM siasat dakwaan rasuah libat Shamsul Iskandar - Sinarharian - 27/11 3:32 pm

KUALA LUMPUR Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan kewibawaan atau kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat dakwaan kes rasuah membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa, persoalan itu timbul apabila nama SPRM juga turut disebut terlibat dalam kes berkenaan."Kami telah mengeluarkan kenyataan media yang jelas sebelum ini (apabila dakwaan kes rasuah timbul) dan pada masa itu gesaan kita supaya siasatan yang terperinci perlu dijalankan oleh agensi-agensi penguat kuasa seperti SPRM dan sebagainya."Tetapi bila timbul pula dakwaan terkini sama ada tepat atau tidak kami tak pasti iaitu (mengenai) penglibatan SPRM sendiri di belakang wayang yang berlaku ini. Jadi kewibawaan dan kredibiliti SPRM untuk menjadi pihak penyiasat pun dipersoalkan," katanya pada sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Khamis.Terdahulu, media melaporkan Pas berpendapat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki tidak lagi wajar terlibat dalam siasatan berhubung dakwaan kes rasuah yang didedahkan ahli perniagaan, Albert Tei.Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, hal itu kerana nama pemimpin tertinggi agensi antirasuah tersebut disebut dalam klip video terbaru yang dimuat naik pada Rabu.Walaupun tidak ada kepastian mengenai dakwaan yang terkandung dalam klip berkenaan, Ahmad Fadhli berkata, Azam serta SPRM dirasakan tidak lagi wajar menjalankan siasatan.Sebelum itu, sebuah video tular memaparkan seorang wanita dengan wajah dikaburkan mendakwa Shamsul Iskandar telah bertemu Azam untuk menyelesaikan kes yang melibatkan Albert.Video terbabit bagaimanapun tidak menyatakan bila dan di mana pertemuan tersebut didakwa berlangsung.Ahli-ahli Parlimen PN pada Rabu mendesak SPRM menjalankan siasatan segera dan tanpa berlengah, menyeluruh serta bebas bagi menentusahkan dakwaan yang dibuat Albert.Takiyuddin dilapor berkata, sekiranya siasatan SPRM tidak dilakukan, ia akan memberi kesan dan implikasi besar yang berpotensi menggagalkan semua inisiatif serta janji kerajaan untuk memerangi rasuah, salah guna kuasa dan politik wang.SPRM juga mengumumkan pihaknya akan memanggil Shamsul Iskandar dan Albert untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan rasuah itu.Albert mendakwa telah membelanjakan sebanyak RM629,000 untuk Shamsul Iskandar selepas kononnya diyakinkan bahawa beliau boleh mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli politik di Sabah.Beliau antara lain mendakwa membayar pengubahsuaian, peralatan dan perabot untuk dua hartanah iaitu satu di Bangsar dan sebuah kediaman rasmi di Putrajaya.Berikutan dakwaan tersebut, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri selain turut membuat laporan polis terhadap Albert yang didakwa telah melakukan fitnah dan konspirasi jahat terhadap Anwar.Katanya, Albert telah membuat tohmahan dan tuduhan fitnah kononnya ada arahan daripada Perdana Menteri untuk membuat rakaman mengenai beberapa ahli politik Sabah




Reformasi     >>



Surat nukilan dari Najib kepada rakyat Malaysia .. - Harapandaily
Selepas tujuh tahun perbicaraan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah mengeluarkan keputusan yang mendapati Datuk Seri Najib Razak bersalah atas kesemua empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana 1MDB. Lewat malam tadi, satu sidang ..
Kroni     >>



Politics : New Perlis Gov't Relies On PAS-Bersatu .. - Bernama
KUALA LUMPUR, Dec 26(Bernama) -- A new Perlis state government can still be formed without a state election if PAS and Bersatu can come to an agreement and resolve the current political turmoil, analysts said.
Tabloid     >>



Azam 2026 serlahkan diri sebagai penyanyi dangdut - Hmetro
Kalau Bront Palarae dan Anna Jobling cukup dikenali di Indonesia sebagai pelakon filem namun di pentas nyanyian dangdut pula sudah tentu menjadi milik Baby Shima dengan gelek serta pakaian seksinya. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



2025 Winners and Losers: Xiaomi - Gsmarena
Xiaomis 2025 was filled with great products across a wide range of categories. Gone are the days when the brand was playing catch-up to the likes of Apple and Samsung, as Xiaomi proved it is forging its own path across more than just smartphones. Xiaomi is one of the fastest-growing EV brands in China, and the ..
World     >>



Zelenskyy speaks with Carney ahead of meeting Trump in .. - Globalnews
Ukrainian President Volodymyr Zelenskyy said Friday that he will meet with U.S. President Donald Trump in Florida over the weekend to discuss security guarantees for Ukraine.
Motor Trend     >>



Nissan Serena C28 Facelift AUTECH & AUTECH SPORTS SPEC .. - Careta
Rekaan Luaran Lebih Agresif & Eksklusif Serena AUTECH tampil dengan kemasan badan khas termasuk gril hadapan eksklusif AUTECH, kemasan krom gelap, serta bampar dengan rekaan lebih kemas dan moden. Warna badan khas biru AUTECH menjadi identiti utama, memberikan imej premium yang membezakan