| /// |
|
| Search : Prn Sarawak News | Page 1 |
|
PRN Sarawak: PN tak bertanding – Samsuri PRN Sarawak: PN tak .. - Mygazette - 27/11 4:02 pm Sebagai rekod,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 November ini sebagai hari penamaan calon, diikuti pengundian awal pada 8 Disember dan hari pengundian pada 12 Disember ini. Sebelum ini, Barisan Nasional, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Amanah Negara (Amanah) serta Parti Wawasan Negara (Wawasan) turut mengumumkan tidak bertanding PRN Sarawak akan datang |
|
PRN Sarawak: Pemimpin DAP bukan rakyat Sarawak tidak sertai kempen - Chieng Jen - Sinarharian - 27/11 3:09 pm Segala perkara berkaitan Sarawak diputuskan sepenuhnya oleh DAP Sarawak sendiri."Ini termasuk jumlah kerusi yang akan ditandingi, pemilihan calon serta urusan menandatangani watikah untuk calon bertanding menggunakan logo DAP. Semua keputusan ini dibuat di Sarawak oleh kepimpinan DAP Sarawak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Chieng Jen berkata, Jawatakuasa Eksekutif Pusat DAP turut menegaskan bahawa kepimpinan tertinggi parti menghormati sepenuhnya autonomi DAP Sarawak dan akan mematuhi ketetapan yang dipersetujui.Setakat hari ini, DAP mengesahkan akan bertanding di 12 kerusi pada PRN Sarawak.Selain DAP, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga telah mengumumkan calon bagi kesemua 82 kerusi dipertandingkan, diikuti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) (26), Parti Bumi Kenyalang (PBK) (12), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (1) dan seorang calon bebas.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13, dengan hari penamaan calon Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Disember |
|
Gelanggang PRN Sarawak ke-13 dibuka esok, 82 kerusi DUN jadi rebutan - Sinarharian - 27/11 12:15 am KUCHING - Gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 secara rasmi dibuka esok dengan proses penamaan calon berlangsung serentak di 82 Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Bumi Kenyalang.Proses penyerahan kertas penamaan calon dijadualkan berlangsung selama sejam bermula 9 pagi hingga 10 pagi sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan senarai rasmi calon yang layak bertanding, menandakan bermulanya tempoh berkempen selama 14 hari menjelang hari pengundian pada 12 Dis ini.Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan bertanding di kesemua 82 kerusi DUN dalam misi mempertahankan mandat besar yang dimenangi pada PRN ke-12.GPS merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), dengan mempertaruhkan gabungan penyandang serta 11 muka baharu.Ketika GPS bersedia mempertahankan mandat besarnya dengan gabungan pemimpin berpengalaman dan generasi pelapis, beberapa parti politik nasional mengumumkan tidak bertanding, manakala parti pembangkang yang meneruskan saingan kali ini kelihatan selektif dalam menentukan kerusi yang menjadi sasaran.Keputusan itu menyusul selepas beberapa parti lain, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah, Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS serta Parti Wawasan Negara mengesahkan tidak meletakkan calon pada PRN kali ini atas pertimbangan politik dan usaha memelihara kestabilan negeri.DAP pula mengesahkan bakal bertanding di 12 kerusi DUN setakat Khamis, sekali gus menjadikannya satu-satunya komponen Pakatan Harapan (PH) serta parti politik berpangkalan di Semenanjung Malaysia yang menyertai PRN Sarawak kali ini.Selain GPS dan DAP, landskap saingan esok turut dijangka diwarnai penyertaan parti tempatan lain antaranya Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM), selain kemungkinan kemunculan calon bebas di beberapa kawasan.Gambaran sebenar persaingan akan diketahui esok.Selain percaturan politik, keadaan geografi Sarawak yang luas serta cuaca tidak menentu turut menuntut kesiapsiagaan logistik daripada jentera parti dan petugas pilihan raya.Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca di Sarawak bagi Sabtu ini dijangka hujan di beberapa tempat pada sebelah pagi, sekali gus menjadi antara faktor yang perlu diberi perhatian oleh jentera parti dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon.Pada PRN Sarawak yang lepas, GPS mencatat kemenangan besar apabila memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) meraih empat kerusi dan DAP memenangi dua kerusi.SPR menetapkan pengundian awal pada 8 Disember dan hari pengundian pada 12 Disember |
|
SPR rujuk AGC berkait implikasi perundangan jika GPS raih majoriti mudah esok - FMT - 27/11 11:52 am Sebanyak 44 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN Sarawak pada 12 Dis ini setakat ini hanya mempunyai seorang calon. |
|
PRN Sarawak: SPR teliti implikasi perundangan jika GPS raih majoriti mudah esok - Ramlan - Sinarharian - 27/11 10:42 am KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan pengesahan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung implikasi perundangan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas selesai proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 esok.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, aspek berkenaan masih dalam penelitian AGC bagi memastikan sebarang tindakan atau keputusan mematuhi peraturan pilihan raya sedia ada.Beliau berkata, berdasarkan peraturan semasa, semua proses pilihan raya yang ditetapkan perlu diteruskan, manakala sebarang pengumuman berhubung dengan isu itu hanya akan dibuat selepas SPR memperoleh pengesahan pihak berkaitan."Saya sudah minta perkara ini disemak dengan pihak AGC dan perkara ini masih lagi dalam semakan. Ada peraturan-peraturan berkaitan yang perlu kita patuhi."Kalau berdasarkan peraturan sedia ada, kita kena lihat semua proses pilihan raya ini terpaksa juga dijalankan, mesti dijalankan dan sebarang pengumuman akan dibuat selepas itu," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau persiapan hari penamaan calon PRN Sarawak ke-13 di Pusat Penamaan Calon N.07 Samariang di Dewan Serbaguna Taman Sukma di sini, hari ini.Berkenaan dengan kemungkinan hanya seorang calon mengemukakan pencalonan bagi sesuatu kerusi, Ramlan berkata calon tersebut akan diisytiharkan menang tanpa bertanding.Dalam pada itu, beliau berkata, proses penamaan calon bagi PRN Sarawak ke-13 akan berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi esok dan SPR mengesahkan kesemua 82 pusat penamaan calon di seluruh negeri bersedia sepenuhnya.Setakat malam tadi, katanya, sebanyak 721 borang penamaan calon telah dijual kepada parti politik dan individu yang berminat untuk bertanding, manakala 40 calon menjelaskan bayaran deposit.Ramlan turut mengingatkan bakal calon supaya hadir awal bagi membolehkan semakan dokumen pencalonan dilakukan dengan lancar selain mematuhi segala peraturan dan arahan pihak berkuasa agar proses berkenaan berlangsung secara aman dan teratur.Mengenai peti undi bagi kawasan pedalaman, beliau berkata SPR akan memulakan penghantaran pada Rabu ini sebagai persiapan menghadapi proses pengundian pada 12 Disember.Beliau berkata, penghantaran itu merangkumi kawasan pedalaman termasuk Parlimen Baram bagi memastikan kelancaran urusan pilihan raya di lokasi berkenaan.Sehinggahari ini, Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengumumkan calon bagi kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)dipertandingkan, diikuti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) (26), Parti Bumi Kenyalang (PBK) (12),DAP (12), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (1) dan seorang calon bebas.Situasi itu menjadikan daripada 82 kerusi berkenaan, sebanyak 44 kerusi hanya mempunyai seorang calon, 36 kerusi DUN (dua calon) dan dua kerusi DUN membabitkan tiga calon, setakat ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13, dengan hari penamaan calon esok, manakala pengundian awal pada 8 Disember |
|
PRN SARAWAK: SPR teliti implikasi perundangan jika GPS dapat majoriti mudah esok - Mkini - 27/11 10:41 am PRN SARAWAK Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan pengesahan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung implikasi perundangan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh majoriti mudah |
|
Anwar nafi PKR tak tanding PRN Sarawak kerana tunduk pada GPS - FMT - 26/11 4:48 pm Presiden PKR itu tolak dakwaan DAP Sarawak bahawa keputusan PKR tak tanding PRN itu umpama korbankan demokrasi. |
|
Calon GPS perlu banyak mendengar daripada bercakap – Abang Johari - Mygazette - 26/11 4:44 pm Selepas itu, barulah kita boleh bercakap, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan watikah calon GPS bagi PRN Sarawak ke-13 di sini hari ini |
|
Keputusan PKR tidak bertanding dalam PRN Sarawak bukan disebabkan tunduk - Utusan - 26/11 4:19 pm Yeke (tunduk)? Itu kerjasama ... Read more The post Keputusan PKR tidak bertanding dalam PRN Sarawak bukan disebabkan tunduk appeared first on Utusan Malaysia . |
|
PBM tanding 3 kerusi pada PRN Sarawak - FMT - 26/11 3:10 pm Presiden PBM Larry Sng akan bertanding di Pelagus. |
|
Tak tanding PRN Sarawak juga demokrasi, kata Karim - FMT - 26/11 2:39 pm Ketua penerangan GPS berkata jika pengundi puas hati dengan kerajaan sekarang dan parti tertentu pilih tak letak calon, keputusan itu perlu dihormati. |
|
Bersatu juga tak tanding PRN Sarawak - Mygazette - 26/11 8:22 am Bersatu Negeri Sarawak akan terus berusaha memperkukuhkan asas perjuangan Bersatu sebagai wahana untuk memberi khidmat kepada rakyat Sarawak, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, Barisan Nasional (BN); Pas; Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menyatakan pendirian untuk tidak meletakkan calon pada PRN Sarawak ke-13, selaras dengan semangat kerjasama dan kestabilan politik |
|
Bersatu Umum Tidak Bertanding PRN Sarawak Ke-13 - Siakapkeli - 25/11 9:31 pm Bersatu memutuskan tidak menyertai PRN Sarawak ke-13 selepas meneliti perkembangan politik semasa di negeri itu, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. |
|
Wawasan, Bersatu tidak sertai PRN Sarawak, DAP bersendirian lawan GPS - Mkini - 25/11 7:03 pm DAP kini menjadi satu-satunya parti berpangkalan di Semenanjung yang akan bertanding pada pilihan raya itu, dengan berdepan rakan sekutunya di peringkat persekutuan, GPS, di 12 kerusi. |
|
Pemimpin bahagian PKR mungkin tanding PRN Sarawak sebagai calon bebas - Hotfm - 25/11 6:55 pm Ketua PKR Lawas Zahid Matserudin berkata beliau sudah beli borang pencalonan dan mungkin akan bertanding di Bukit Sari, kubu kuat GPS. |
|
Pemimpin bahagian PKR mungkin tanding PRN Sarawak sebagai calon bebas - FMT - 25/11 6:55 pm Ketua PKR Lawas Zahid Matserudin berkata beliau sudah beli borang pencalonan dan mungkin akan bertanding di Bukit Sari, kubu kuat GPS. |
|
Bersatu tidak sertai PRN Sarawak - Azmin Ali - Sinarharian - 25/11 6:44 pm KUCHING - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Dalam kenyataan pada Rabu, beliau memaklumkan, Bersatu mengikuti perkembangan politik semasa di Sarawak yang memberi tumpuan kepada kestabilan, keharmonian pelbagai kaum dan pembangunan ekonomi yang lestari."Sehubungan dengan itu, Bersatu telah mengambil ketetapan untuk tidak menyertai PRN Sarawak ke-13," katanya.Mohamed Azmin berkata, Bersatu Negeri Sarawak akan terus berusaha memperkukuhasas perjuangan parti itu sebagai wahana untuk memberi khidmat kepada rakyat negeri itu.SelainBersatu, turut mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Barisan Nasional, Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Wawasan Negara (Wawasan).Sementara itu,Gabungan Parti Sarawak (GPS)yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) telah mengumumkan semua 82 calonnya.Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pula meletakkan 26 calon, DAP (12) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan dua calon.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13, dengan hari penamaan calon Sabtu inimanakala pengundian awal pada 8 Disember.- Bernama |
|
Bersatu tak tanding PRN Sarawak - FMT - 25/11 6:17 pm Bersatu kata ia mengikuti perkembangan politik semasa di Sarawak yang memberi tumpuan kepada kestabilan, keharmonian kaum, dan pembangunan lestari. |
|
Wawasan ikut PAS tak tanding PRN Sarawak - Hotfm - 25/11 4:18 pm Naib Presiden Wan Saiful Wan Jan berkata partinya tetap ada kekuatan di Sarawak dan mahu memainkan peranan dalam pilihan raya itu. |
|
Wawasan ikut PAS tak tanding PRN Sarawak - FMT - 25/11 4:18 pm Naib Presiden Wan Saiful Wan Jan berkata partinya tetap ada kekuatan di Sarawak dan mahu memainkan peranan dalam pilihan raya itu. |
|
GPS umum kesemua 82 calon PRN Sarawak ke-13, tampil 11 muka baharu GPS .. - Mygazette - 25/11 3:36 pm # GPS umum kesemua 82 calon PRN Sarawak ke-13, tampil 11 muka baharu KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan kesemua 82 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, termasuk 11 muka baharu atau kira-kira 14 peratus daripada keseluruhan calon |
|
Lebih 7,500 pegawai dan anggota polis pastikan kelancaran PRN Sarawak - Utusan - 25/11 2:30 pm KUCHING: Polis Sarawak mengerahkan kira-kira 7,500 anggota bagi memastikan proses demokrasi berlangsung aman, selamat dan teratur pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 (PRN Sarawak Ke-13) |
|
GPS letak 11 muka baharu PRN Sarawak - Utusan - 25/11 2:26 pm Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah menampilkan muka baharu melibatkan gabungan golongan profesional dan pemuda daripada kesemua parti komponen itu merupakan sebahagian daripada usaha meremajakan parti serta memberi peluang ... Read more The post GPS letak 11 muka baharu PRN Sarawak appeared first on Utusan Malaysia . |
|
PRN Sarawak: GPS umum kesemua 82 calon, tampil 11 muka baharu - Sinarharian - 25/11 2:00 pm KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Rabu mengumumkan kesemua 82 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, termasuk 11 muka baharu atau kira-kira 14 peratus daripada keseluruhan calon.Pengumuman dibuat Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.Abang Johari berkata, langkah menampilkan muka baharu melibatkan gabungan golongan profesional dan pemuda daripada kesemua parti komponen itu merupakan sebahagian daripada usaha meremajakan parti serta memberi peluang kepada barisan pelapis kepimpinan negeri."Saya mengucapkan terima kasih kepada penyandang yang telah berkhidmat mewakili GPS pada penggal lepas dan berundur diri bagi memberi laluan kepada muka baharu. Ini adalah langkah untuk kita meremajakan GPS," katanya dalam sidang media selepas pengumuman calon itu.Mengenai keputusan beberapa parti dalam Kerajaan Perpaduan termasuk Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah untuk tidak bertanding pada PRN kali ini, Abang Johari merakamkan penghargaan atas pendirian tersebut demi memelihara kestabilan politik negeri.Beliau yang juga Premier Sarawak dan Presiden PBB mengesahkan akan mempertahankan kerusi DUN Gedong bagi penggal kedua selepas menyandang kerusi DUN Satok selama sembilan penggal sebelum ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 November sebagai hari penamaan calon, diikuti pengundian awal pada 8 Disember dan hari pengundian pada 12 Disember ini.Pada PRN Sarawak 2021, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua kerusi.GPS dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) |
|
GPS hargai keputusan BN, Amanah dan PKR tidak bertanding PRN Sarawak ke-13 - Mypress - 25/11 1:42 pm KUCHING – Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan penghargaan kepada parti-parti rakan |
|
GPS tampil 11 muka baharu, tambah calon wanita pada PRN Sarawak ke-13 - Mypress - 25/11 1:38 pm KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengetengahkan seramai 11 calon muka baharu dan meningkatkan perwakilan wanita daripada empat |
|
GPS kekalkan 71 penyandang, tampil 11 muka baharu pada PRN Sarawak - FMT - 25/11 1:32 pm Ketua Pemuda SUPP Kelvin Lau ganti veteran Wong Soon Koh di Bawang Assan manakala Johnical Rayong Ngipa kekal pertahan kerusi Engkilili sebagai calon SUPP selepas tinggalkan PDP. |
|
PKR sah tidak bertanding PRN Sarawak - Sinarharian - 25/11 11:39 am SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak memutuskan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebagai tanda menghormati semangat kerjasama dan muafakat politik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Perpaduan.Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan bersama Penasihat PKR Sarawak, Datuk Seri Hafsah Harun; Naib Presiden PKR, Roland Engan dan Pengerusi PKR Sarawak, Mahmud Epah."Pertimbangan utama yang mendasari pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati semangat kerjasama, muafakat dan komitmen politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi memelihara kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan."Keputusan ini juga bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta memastikan agenda pembangunan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sarawak terus diberikan perhatian," katanya.Justeru, PKR Sarawak telah mengarahkan seluruh jentera dan pimpinan parti di semua peringkat supaya mematuhi serta menghormati ketetapan berkenaan.Parti itu turut mengingatkan supaya semua terlibat menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan khususnya GPS."PKR Sarawak akan terus melaksanakan tanggungjawab serta khidmat bakti kepada rakyat Sarawak tanpa mengabaikan peranannya di negeri ini," ujarnya lagi.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini dan pengundian awal pada 8 Disember. |
|
Tiada perbincangan berkaitan PKR bertanding pada PRN Sarawak – Abang .. - Mygazette - 25/11 8:11 am # Tiada perbincangan berkaitan PKR bertanding pada PRN Sarawak - Abang Johari KUCHING - Pertemuan antara Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini semalam tidak menyentuh kata putus berhubung penyertaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 |
|
PKR tak tanding PRN Sarawak - Hotfm - 25/11 12:12 am PKR Sarawak kata ia menjunjung tinggi prinsip kerjasama politik, semangat muafakat serta persefahaman yang dibina bersama GPS dalam kerajaan perpaduan. |
|
PKR tak tanding PRN Sarawak - FMT - 25/11 12:12 am PKR Sarawak kata ia menjunjung tinggi prinsip kerjasama politik, semangat muafakat serta persefahaman yang dibina bersama GPS dalam kerajaan perpaduan. |
|
DAP namakan calon terakhir untuk PRN Sarawak - FMT - 24/11 9:02 pm Parti itu mencalonkan Roderick Wong untuk bertanding di kerusi Meradong yang pernah dimenangi DAP dan kini disandang SUPP. |
|
Penyandang DUN Engkilili umum keluar parti, lepas jawatan dalam PDP .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13 pada 12 Dis manakala tarikh penamaan calon ditetapkan 28 Nov dan pengundian awal 8 Dis |
|
Kira-kira dulu sebelum tanding PRN Sarawak, Abang Jo beritahu parti Semenanjung - FMT - 22/11 7:21 pm Pengerusi GPS tekankan semangat setia kawan yang jadi asas kekuatan kerajaan persekutuan. |
|
Anwar, Zahid dan percaturan kuasa merebut Putrajaya - Denyutreformasi - 22/11 4:47 pm Pendekatan pragmatik itu turut terserlah apabila Zahid mengiktiraf penguasaan kukuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) di negeri berkenaan. Beliau mengesahkan BN tidak akan bertanding pada PRN Sarawak sebagai tanda menghormati autonomi politik Malaysia Timur, sekali gus membolehkan parti itu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persaingan di Semenanjung |
|
Kedah dijangka guna formula PRN Melaka - Sanusi - Sinarharian - 22/11 3:56 pm KULIM - Perikatan Nasional (PN) dijangka menggunakan formula pembahagian kerusi seperti dipersetujui pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi penyelarasan kerusi di Kedah.Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, formula terbaharu itu dilihat paling sesuai diguna pakai di negeri ini, selain Terengganu dan Kelantan.Menteri Besar Kedah itu berkata, persetujuan kedua-dua pihak terhadap formula berkenaan perlu dicapai sebelum rundingan pembahagian kerusi dilakukan."Secara prinsipnya, kita guna formula Melaka yang terkini, paling sesuai di Kedah, Terengganu dan Kelantan."Bila diterima di sana, di sini pun kena terima kedua-dua pihak. Selepas itu, berundinglah," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 Peringkat Negeri Kedah di Taman Tasik Putra di sini pada Ahad.Mengulas kemungkinan PN meletakkan calon pada PRN Sarawak, beliau berkata, tiada keperluan berbuat demikian berikutan faktor logistik serta kesukaran memenangi pilihan raya di negeri berkenaan.Sebaliknya, beliau berpandangan usaha dakwah dan kebajikan perlu diberikan keutamaan di Sarawak.Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusimemaklumkan anak perempuannya masih menjalani rawatan susulan walaupun sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas terlibat dalam kemalangan pada 12 November lalu."Masih kena rawatan susulan |
|
Amanah tak tanding PRN Sarawak, kata Mat Sabu - Hotfm - 21/11 3:43 pm Presiden Amanah berkata parti mahu beri tumpuan berdepan PRU16. |
|
Amanah tak tanding PRN Sarawak, kata Mat Sabu - FMT - 21/11 3:43 pm Presiden Amanah berkata parti mahu beri tumpuan berdepan PRU16. |
|
Amanah tak bertanding dalam PRN Sarawak untuk tumpu PRU - Mkini - 21/11 2:46 pm Mohamad juga minta semua pihak berhati-hati kemukakan pandangan khususnya mengenai isu sensitif. |
|
Selepas BN, Pas juga tak bertanding PRN Sarawak - Mygazette - 20/11 8:55 am Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain berhubung landskap politik negeri berkenaan. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu mengambil maklum perkembangan semasa berkaitan PRN Sarawak sebelum memutuskan untuk tidak menyertai pilihan raya berkenaan |
|
PAS tak tanding PRN Sarawak - FMT - 19/11 11:44 am Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata keputusan dibuat selepas mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain. |
|
Fadillah seru rakyat makan, minum dan bermain bersama demi perpaduan negara - FMT - 18/11 9:00 am Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menyeru perpaduan nasional sambil memberi amaran sesetengah parti mungkin mengeksploitasi sentimen perkauman menjelang PRN Sarawak. |
|
DAP belum hubungi kami selepas gesa pembangkang bersatu, kata ketua PBK - FMT - 17/11 7:30 am Parti Bumi Kenyalang bertanding lima kerusi pada PRN Sarawak 2021 mungkin menyumbang kepada kekalahan DAP di tangan Gabungan Parti Sarawak. |
|
PAS belum putus tanding PRN Sarawak, kata Tuan Ibrahim - FMT - 15/11 10:56 pm Timbalan presiden PAS berkata parti itu secara tradisinya bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi, namun keputusan penyertaan kali ini masih dipertimbangkan. |
|
PAS belum putus tanding PRN Sarawak, kata Tuan Ibrahim - Hotfm - 15/11 10:56 pm Timbalan presiden PAS berkata parti itu secara tradisinya bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi, namun keputusan penyertaan kali ini masih dipertimbangkan. |
|
PN juga mungkin tak tanding PRN Sarawak, kata Annuar - Hotfm - 15/11 7:47 pm BN juga sebelum ini tidak tanding PRN Sarawak kerana mendakwa mempunyai persefahaman dengan PBB. |
|
BN tidak bertanding dalam PRN Sarawak - Ahmad Zahid - Sinarharian - 15/11 6:07 pm KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu, berdasarkan persefahaman antara UMNO dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)."BN tidak ada niat untuk bertanding dalam mana-mana kerusi DUN di Sarawak, kerana inilah persefahaman antara UMNO dan PBB di Sarawak,"katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysiadi sini pada Ahad,Turut hadir, Presiden PPP Malaysia, Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13 pada 12 Disember ini, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 November dan pengundian awal pada 8 Disember, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.Sementara itu, mengenai pembubaran Parlimen, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kalau itu keadaan yang disebutkanoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka beliau mempunyai hak dan mandat untuk melakukannya," katanya.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kemelut yang melanda pentadbiran Negeri Sembilan akan diselesaikan secepatnya.Mengulas mengenai tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim, Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan melakukan perkara yang perlu bagi menyelesaikan masalah rakyat negeri itu."Asalkan masalah rakyat di Negeri Sembilan diselesaikan dan pentadbiran di negeri itu berjalan dengan lancar dan mengikut landasan Perlembagaan Negeri Sembilan," katanya |
|
PRN Sarawak: DAP Pusat serah keputusan kerusi, calon kepada negeri - Sinarharian - 15/11 1:46 pm KLUANG - DAP Pusat tidak akan menentukan jumlah kerusi yang bakal ditandingi mahupun senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, sebaliknya menyerahkan keputusan berkenaan kepada kepimpinan negeri.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu selaras dengan autonomi yang diberikan kepada DAP Sarawak untuk menentukan sendiri strategi serta pendekatan bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.Menurutnya, kepimpinan negeri mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan berdasarkan pertimbangan dan keperluan politik di Sarawak."Berkenaan jumlah kerusi yang ditandingi serta senarai calon, semuanya diserahkan kepada DAP Sarawak untuk menentukannya."Dari segi autonomi parti, kita memberikan kuasa kepada DAP Sarawak untuk membuat keputusan termasuk strategi yang akan digunakan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Johor di sini, pada Ahad.Turut hadir Naib Pengerusi DAP, Teo Nie Ching.Anthony berkata, DAP menyedari cabaran besar yang menanti parti itu kerana setiap pilihan raya bukan satu medan mudah untuk mereka.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Sarawak ke-13 berlangsung pada 12 Disember ini, dengan penamaan calon pada 28 November dan pengundian awal pada 8 Disember.Pada PRN lalu, DAP hanya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), masing-masing di Pending dan Padungan daripada keseluruhan 82 kerusi dipertandingkan.Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terdiri daripada empat parti pula menguasai 79 kerusi, manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.. |
|
Persiapan PH hadapi PRN Melaka baik, Majlis Sekretariat diaktifkan untuk .. - Mygazette - 13/11 7:03 am # Persiapan PH hadapi PRN Melaka baik, Majlis Sekretariat diaktifkan untuk PRN Sarawak AYER MOLEK - Persiapan dan maklum balas melibatkan kesemua calon Pakatan Harapan (PH) berjalan dengan baik dan tiada sebarang insiden dilaporkan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 |
|
Jemaah Menteri, komponen Kerajaan Perpaduan perlu bantu PM tadbir negara - Fahmi - Sinarharian - 12/11 9:28 pm Ini beberapa faktor yang sangat positif," katanya.Beliau bercakap kepada media pada program jelajah mesra bersama dengan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek Muhammad Hakimin Mokhtar di Pasar Malam Ayer Molek, di sini pada Khamis.Yang turut serta, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."Setiap daripada kita perlu memainkan peranan jadi, kita semua perlu membantu Perdana Menteri dalam usaha ini dan tidak membantutkan sebarang usaha kerajaan," katanya.Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan petang tadi turut membincangkan pelbagai perkembangan semasa termasuk status Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang hadir pada mesyuarat berkenaan.Beliau berkata, walaupun Anthony telah menyatakan pendiriannya sebelum ini berhubung peletakan jawatan dalam Kabinet, sebarang keputusan muktamad tentang kedudukan beliau terletak sepenuhnya pada tangan Perdana Menteri."Kita tahu sekarang ini ada pihak yang bertanyakan tentang YB Anthony Loke beliau hadir selaku Setiausaha Agung Parti DAP dan kita ada membincangkan (perkara itu)."Tetapi, apa-apa komen mengenai kedudukan beliau, beliau telah menyatakan sendiri pendirian beliau. Namun, akhirnya keputusan tu berada pada tangan Perdana Menteri dan sebarang perkara boleh rujuk dengan Perdana Menteri," katanya.Selain itu, Fahmi berkata, mesyuarat Majlis Presiden PH berkenaan turut meneliti perkembangan kempen PRN Melaka ke-16 yang disifatkan berjalan lancar, selain mengaktifkan Majlis Setiausaha PH bagi menyelaraskan persiapan awal menghadapi PRN Sarawak |
|
PRN Sarawak ditetapkan pada 12 Dis ??? SPR - Mygazette - 6/11 4:25 pm Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 28 Nov,manakala pengundian awal pada 8 Dis, dengan tempoh berkempen selama 14 hari. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Sarawak di sini, hari ini |
|
PRN Sarawak Ditetapkan Pada 12 Dis - SPR - Siakapkeli - 6/11 12:02 am SPR menetapkan hari pengundian PRN Sarawak ke-13 pada 12 Dis, dengan penamaan calon pada 28 November dan pengundian awal pada 8 Disember. |
|
PRN Sarawak: Hari Pengundian Ditetapkan Pada 12 Disember, Penamaan Calon 28 November - Beautifulnara - 6/11 11:58 am Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember 2026 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13. PRN Sarawak bulan Disember Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan bahawa hari penamaan calon akan berlangsung pada 28 November, manakala pengundian awal ditetapkan pada 8 Disember |
|
PRN Sarawak ditetapkan pada 12 Dis - SPR - Mkini - 6/11 11:22 am Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Sarawak. |
|
PRN Sarawak ditetapkan pada 12 Dis – SPR - Mydateline - 6/11 10:58 am Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 pada 12 Dis ini |
|
PRN Sarawak ditetapkan pada 12 Disember - SPR - Sinarharian - 6/11 10:47 am KUCHING - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 pada 12 Disember ini.Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata,tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 28 November, manakala pengundian awal pada 8 Disember, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Sarawak di sini, hari ini.Bagi urusan undi pos, permohonan bagi kategori dalam dan luar negara untuk PRN Sarawak telah dibuka pada 26 Oktober lalu.Tarikh tutup permohonan undi pos bagi Kategori 1A yang melibatkan petugas pilihan raya, pegawai SPR, anggota tentera dan pengamal media ditetapkan pada 25 November ini."Bagi Kategori 1B, iaitu warganegara Malaysia di luar negara dan 1C melibatkan agensi atau organisasi, tarikh tutup pula ialah pada 20 November," katanya.Ramlan berkata, SPR melantik 82 Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dibantu 305 Penolong Pegawai Pengurus bagi mengendalikan PRN berkenaan.Beliau berkata, SPR turut menubuhkan 82 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen.Pasukan itu turut dianggotai wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon yang bertanding.Menurutnya, daftar pemilih bagi PRN Sarawak ke-13 merangkumi 2,058,781 pemilih terdiri daripada 2,034,373 pengundi biasa, 13,575 anggota tentera serta pasangan dan 10,833 anggota polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan.Dalam pada itu, SPR memaklumkan sebanyak 97 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan bagi PRN DUN Sarawak ke-13.Sebanyak 40,505 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya berkenaan.Bagi pengundian awal, sebanyak 82 pusat mengundi disediakan membabitkan 106 tempat mengundi atau saluran.Sementara itu, sebanyak 1,945 pusat mengundi biasa dengan 4,482 tempat mengundi atau saluran turut disediakan.Secara keseluruhan, sebanyak 2,027 pusat mengundi dengan 4,588 tempat mengundi atau saluran akan digunakan.SPR memaklumkan peruntukan bagi melaksanakan PRN Sarawak kali ini dianggarkan berjumlah RM174.94 juta |
|
PRN Sarawak 12 Dis - FMT - 6/11 10:41 am Hari penamaan calon ditetapkan pada 28 Nov manakala undian awal 8 Dis. |
|
Jangan biar retorik PRN Sarawak jejas usaha capai penyelesaian dengan Petronas - FMT - 3/11 2:08 pm Penganalisis, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata mempolitikkan isu itu boleh menyebabkan dua pihak berkeras dengan pendirian mereka serta jejas keyakinan terhadap proses kehakiman. |
|
PRN Sarawak: DAP bertanding tujuh kerusi di Kuching, Bau - Sinarharian - 1/11 11:36 pm KUCHING - DAP akan bertanding di tujuh kerusi di kawasan Kuching danBau pada Pilihan Raya Negeri(PRN) Sarawak ke-13, kata Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen.Menerusi hantaran di Facebook DAP Sarawak, Chieng Jenyang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri parti itu awal hari ini berkata, tujuh kerusi berkenaanialah Padungan, Pending, Batu Kitang, Kota Sentosa, Batu Kawah, Tasik Biru dan Opar."Kami (DAP) juga sedang mempertimbangkan kerusi Batu Lintang sebagai kemungkinan kerusi kelapan yang akan ditandingi."Fokus kami kekaluntuk terus membawa lebih banyak suara rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri serta memastikan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh demi kepentingan rakyat Sarawak," katanya.Chieng Jen berkata, parti itu akan mengumumkan keputusan mengenaikerusi yang akan ditandingi di Sibu, Sarikei, Bintulu serta Miri dalam tempoh seminggu hingga dua minggu ini.Pada PRN Sarawak ke-12 pada2021, DAP hanya memenangi dua daripada 26 kerusi ditandingi iaituPadungan dan Pending.Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang membentuk kerajaan negeri memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkanmanakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi.Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuaratkhas pada 6 Novemberini bagi membincangkan tarikh-tarikh pentingPRN Sarawak ke-13 |
|
Tiada senarai menteri, wakil rakyat digugurkan pada PRN Sarawak, kata GPS - FMT - 1/11 8:38 pm Surat layang tidak wajar dijadikan pengesahan senarai calon berpotensi, kata jurucakap GPS Abdul Karim Rahman Hamzah. |
|
Kerusi Dayak dijangka jadi tumpuan dalam PRN Sarawak - FMT - 1/11 7:30 am Penganalisis melihat rasa tidak puas hati semakin meningkat dalam kalangan kumpulan etnik majoriti di negeri Borneo itu susulan penguasaan berterusan pemimpin Melayu-Melanau dalam politik. |
|
Kawasan bandar, majoriti Cina jadi tumpuan utama PRN Sarawak - FMT - 29/10 7:30 am Pergolakan dalaman GPS dan ketiadaan PSB boleh bantu DAP bangkit semula daripada prestasi buruknya pada PRN 2021. |
|
GPS tanding semua 82 kerusi PRN Sarawak - FMT - 28/10 5:20 pm Keputusan dimuktamad dalam mesyuarat GPS dihadiri semua presiden parti komponen di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu hari ini. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |