| /// |
|
| Search : Ppd News | Page 1 |
|
Jerebu: Sekolah di 3 negeri, Putrajaya ditutup esok - Mygazette - 13/10 7:53 am # Jerebu: Sekolah di 3 negeri, Putrajaya ditutup esok KUALA LUMPUR Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok susulan situasi jerebu semasa. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan turut membabitkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang di Selangor serta PPD Kuantan dan Rompin di Pahang |
|
Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok - Mypress - 12/10 7:01 pm KUANTAN Semua institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan ditutup sementara esok sehingga tarikh yang akan dimaklumkan |
|
Jerebu: Sekolah Di Empat PPD Selangor Ditutup Esok – JPNS - Mydateline - 12/10 6:00 pm Semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling Perdana dan Sepang ditutup sepenuhnya esok berikutan perkembangan bacaanIndeks Pencemar Udara .. |
|
Jerebu: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok - Sinarharian - 12/10 5:12 pm SHAH ALAM Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup pada Selasa susulan situasi jerebu semasa.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan itu turut melibatkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang di Selangor.Menurut beliau, di Pahang pula hanya sekolah di bawah PPD Kuantan dan Rompin ditutup."Sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa."Begitu juga sekolah di daerah lain di Selangor dan Pahang yang tidak terlibat dengan penutupan."Bagi sekolah yang beroperasi seperti biasa, pihak sekolah diminta memastikan aktiviti luar dipantau mengikut keadaan kualiti udara semasa," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Fadhlina berkata, ibu bapa, murid dan warga sekolah turut dinasihatkan supaya memakai pelitup muka yang bersesuaian apabila berada di luar, khususnya di kawasan yang terjejas akibat jerebu."Semua pihak diminta mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini," ujarnya. |
|
Sekolah Di 4 Negeri, Putrajaya Serta Beberapa PPD Di Selangor & Pahang Ditutup Esok Fadhlina Sidek - Beautifulnara - 12/10 5:02 pm Rumusan artikel Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup pada 13 Oktober 2026 akibat jerebu. Penutupan turut melibatkan PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang di Selangor serta Kuantan dan Rompin di Pahang |
|
Keputusan tutup sekolah akibat jerebu berdasarkan keadaan semasa – .. - Mygazette - 12/10 3:08 pm Sebab itu dalam pedoman yang kita berikan kepada ibu bapa, sekiranya anak-anak tidak sihat, tidak perlu dihantar ke sekolah dan maklum kepada sekolah ya, katanya. Fadhlina turut meminta ibu bapa mengikuti perkembangan rasmi daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan KPM berhubung sebarang keputusan mengenai penutupan atau pembukaan sekolah |
|
IPU merosot: Semua sekolah di Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana... - Mygazette - 11/10 10:28 pm # IPU merosot: Semua sekolah di Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana ditutup KUALA LUMPUR - Semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Petaling Perdana diarahkan tutup sepenuhnya susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang merosot |
|
Jerebu: MPT4, PKSK dijadual semula – Exco Johor - Mygazette - 11/10 10:28 pm "Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan. "Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, guru dan kakitangan sekolah dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, manakala pegawai di JPNJ dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan bertugas seperti biasa |
|
Sekolah di Johor, 4 PPD Selangor ditutup esok akibat jerebu - FMT - 11/10 4:50 pm Sekolah di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa. |
|
Hanya sekolah di Johor, 4 PPD di Selangor dan KL ditutup esok - Hmetro - 11/10 4:22 pm Kuala Lumpur: Semua sekolah di Johor dan sekolah di tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor dan satu di PPD Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan ditutup esok susulan situasi jerebu yang masih berterusan di negara ini |
|
Jerebu: Sekolah di dua daerah ditutup serta-merta - Sinarharian - 9/10 1:18 pm IPOH - Semua sekolah di daerah Kinta dan Kuala Kangsar di negeri ini ditutup serta-merta susulan situasi semasa jerebu yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat mencecah 180.Pengarah Pendidikan Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, bacaan itu direkodkan di stesen pemantauan CA11A di Tasek, Ipoh pada jam 11 pagi pada Jumaat.Menurutnya, semua sekolah dan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terlibat ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan."Sekolah terlibat perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan sepanjang tempoh penutupan."Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) juga perlu melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh berkenaan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, PPD terlibat diminta memastikan maklumat penutupan disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa, penjaga dan murid di daerah masing-masing.Katanya, ibu bapa dan penjaga juga diminta mengikuti perkembangan serta pengumuman rasmi JPN Perak dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan."Pihak sekolah akan terus memantau keadaan semasa serta mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan sepanjang tempoh penutupan," katanya.Pada Khamis, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad dilapor berkata, semua institusi pendidikan di bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 ditutup pada Jumaat.Penutupan itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan diberi keutamaan berikutan keadaan jerebu yang melanda negara.Bagi institusi pendidikan di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula akan ditutup bermula Isnin ini. |
|
KPM : Jerebu makin teruk: 7 negeri, Putrajaya dan KL tutup sekolah hari ini - Wrlr - 9/10 11:17 am Harapandaily October 9, 2026 Sekolah di seluruh Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta daerah Rompin, Pahang akan ditutup esok, 9 Oktober 2026, susulan keadaan jerebu yang semakin memburuk. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadzlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi jerebu semasa, dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diarahkan terus memantau keadaan serta mengambil tindakan segera jika diperlukan |
|
Jerebu: Sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya ditutup esok - Sinarharian - 8/10 11:53 pm KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajayaserta daerah Rompin di Pahang diarah tutup esok berikutan situasi jerebu.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sekolah di negeri lain iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan pula beroperasiseperti biasa."Saya telah meminta semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk terus memantau keadaan jerebu dan mengambil tindakan segera sekiranya keadaan memerlukan," katanya menerusi hantaran Facebookmalam ini.Beliau turut menzahirkan rasa prihatin mengenaikesulitan dihadapi ibu bapa susulan pengumuman penutupan sekolah berkenaan yang memberi kesan kepada urusan harian."Kita akan memastikan sebarang keputusan penutupan sekolah dimaklumkan lebih awal supaya ibu bapa mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan," katanya sambil menambah keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan kementerian.Sehubungan dengan itu, Fadhlinamenasihati ibu bapa agar sentiasa mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada pihak sekolah, JPN dan PPDmasing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini.Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan penutupan semua sekolah di negeri itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai setakat 5 petang.JPN Melaka pula memaklumkan keputusan penutupan diambil susulan pemantauan berterusan pihaknya dan laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar yang menunjukkan IPU di kawasan utama negeri itu melepasi paras 150 iaitu pada tahap tidak sihat.Sementara itu, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dalam kenyataan memaklumkan penutupan sekolah dibuat berasaskan bacaanIPUdi stesen pemantauan setakat 5 petang tadi, manakala penutupan sekolah di ibu negara berdasarkan IPU di Stesen Cheras dan Batu Muda setakat 2 petang.Di Selangor, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan semua sekolah agama negeri di bawah jabatan itu ditutup sepenuhnya mulai esok, selain menyarankan sekolah Islam persendirian yang berdaftar dengan jabatan berkenaan mengikuti ketetapan berkenaan.Berikutan penutupan itu, semua institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, para guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan berkenaan, manakala ibu bapa dinasihatkan sentiasa merujuk maklumat daripada saluran rasmi.- Bernama |
|
JPN, PPD dan semua institusi pendidikan diarah pantau keadaan semasa jerebu - KPM - Sinarharian - 7/10 6:15 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawahnya, terus memantau keadaan semasa jerebu di lokasi masing-masing bagi tindakan selanjutnya.KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, arahan itu turut melibatkan pemberhentian semua aktiviti di luar bilik darjah termasuk keramaian dan sukan di luar bangunan secara serta-merta, khususnya di kawasan dengan bacaan IPU melebihi 100."KPM sentiasa memantau dan menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, khususnya semasa menghadapi keadaan jerebu di luar jangkaan."Situasi jerebu yang melanda negara juga turut menyebabkan beberapa lokasi menunjukkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras tidak sihat," menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, institusi pendidikan di daerah Batu Pahat di bawah seliaan JPN Johor ditutup sementara mulai hari ini, sehingga keadaan kembali selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan susulan situasi semasa jerebu dan bacaan IPU yang direkodkan di kawasan itu.Sehubungan dengan penutupan itu, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan berdasarkan kesesuaian serta ketetapan semasa dengan mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid."Berdasarkan situasi semasa jerebu dan bacaan IPU yang direkodkan di seluruh negara terkini, pihak JPN Johor telah mengambil tindakan susulan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM," menurut kenyataan itu.Menurut KPM, semua institusi pendidikan di bawahnya dinasihatkan untuk sentiasa merujuk Surat Siaran KPM Bilangan 5 Tahun 2016: Persediaan Sekolah Berhubung Penjagaan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Murid, Semasa Menghadapi Cuaca Panas dan Kering Berpanjangan bertarikh 26 April 2016, untuk tindakan sewajarnya.Selain itu, Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2019: Langkah-langkah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid di Sekolah yang Berada Dalam Kawasan Jerebu yang Dianggap Kritikal bertarikh 15 Jan 2019.KPM turut memaklumkan, JPN, PPD dan semua institusi pendidikan di bawahnya, disaran melaksanakan langkah-langkah pencegahan sebagaimana dalam garis panduan, antaranya menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas dan berjerebu serta semua sekolah yang berada dalam kawasan atau daerah yang bacaan IPU melebihi 200, hendaklah ditutup dengan serta-merta.Selain itu, memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM, menggalakkan murid membawa air minuman sendiri dan minum dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan, serta sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik atau hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat jerebu dan cuaca panas."JPN, PPD dan semua institusi pendidikan bawah KPM juga perlu peka dan memantau bacaan IPU dan status terkini melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar pada pautan dari semasa ke semasa, bagi menjamin kesihatan murid dan warga institusi pendidikan," menurut kenyataan itu.Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat, mengeluarkan arahan penutupan semua sekolah, tadika dan taska di daerah itu bermula hari ini, berikutan IPU mencatat bacaan sangat tidak sihat, iaitu 203 pada 8 malam.Penutupan itu melibatkan keseluruhan 176 sekolah di bawah KPM di Batu Pahat merangkumi 144 sekolah rendah, 31 sekolah menengah dan sebuah Kolej Vokasional.Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid dalam kenyataan turut memaklumkan, sebanyak 106 Sekolah Agama Kerajaan Johor termasuk Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) serta 53 Institusi Pengajian Islam Swasta (IPIS) berdaftar di daerah Batu Pahat, turut diarahkan tutup berkuat kuasa hari ini |
|
Haze: All Batu Pahat schools, nurseries ordered closed as API hits very unhealthy level - Sinardaily - 7/10 7:34 am BATU PAHAT - All schools, kindergartens and childcare centres across the Batu Pahat district have been ordered to close from Wednesday, after the Air Pollutant Index (API) reading exceeded 200, reaching the "very unhealthy level.In a statement last night, the Batu Pahat District Disaster Management Committee said the districts API reading reached 203 as of 8pm.It said the closures were ordered under the National Haze Action Plan and Ministry of Education (MOE) guidelines to safeguard students' and school staff's health and safety."Schools must conduct home-based teaching and learning (PdPR) if instructed to do so by the MOE, the Johor Education Department (JPNJ) or the Batu Pahat District Education Office (PPD), subject to the applicable directives and guidelines."Schools must also inform parents or guardians of the arrangements for the PdPR, students assignments and communication channels through the schools official channels, it said.According to the statement, any decision on reopening the schools will be based on the latest air quality readings and directives from the authorities.The committee also advised the public to obtain information through the official channels of the Department of Environment, MOE, JPNJ, Batu Pahat PPD and Batu Pahat District Office, and to avoid sharing unverified information |
|
Irene Sofiyas death prompts Johor to step up school safety - Sinardaily - 5/10 6:21 pm I will get in touch with them, he said.He said this after visiting Irene Sofiyas family in Kampung Parit Selamat, Yong Peng, here.On Saturday, Irene Sofiya, 16, was found unconscious and covered in blood inside a secondary school hall in Yong Peng.Following the incident, a 16-year-old male student, who was also the victims classmate, was arrested and remanded for six days from Sunday to assist in investigations. Meanwhile, Johor Education and Information Committee chairman Dr Muhammad Naqib Md Ghazali said his office would hold discussions with the Johor Education Department (JPNJ) and district education offices (PPDs) to review school safety measures.He said the review would include existing standard operating procedures (SOPs), as well as identifying weaknesses and shortcomings that need to be addressed.Tomorrow, I am calling all JPN and PPD officials for a meeting |
|
JPNJ beri bantuan psikologi kepada keluarga, rakan Irene Sofiya - Mygazette - 5/10 7:49 am Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, bantuan tersebut bagi memastikan kebajikan serta keadaan emosi mereka berada dalam keadaan baik dan stabil kerana masih trauma. "PPD dan pengetua sudah pun berjumpa cikgu dan pelajar terlibat tadi (untuk sesi kaunseling) |
|
Pelajar maut di sekolah: JPNJ, PPD diminta beri kerjasama kepada pihak berkuasa - Astroawani - 4/10 8:45 am Kerajaan Negeri Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Batu Pahat malam tadi. |
|
Remaja 15 tahun lemas mandi di tasik buatan - Sinarharian - 1/10 9:31 pm SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai mandi bersendirian di sebuah tasik buatan di Bandar Botanik, Klang pada Khamis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu jam 6.21 petang.Beliau berkata, tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas digerakkan ke lokasi dengan operasi pencarian turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Shah Alam."Mangsa dipercayai mandi bersendirian di tasik buatan itu sebelum rakan-rakannya cuba menyelamatkannya."Mayat mangsa ditemukan pasukan PPDA pada kedalaman satu meter menerusi teknik selaman pada 8.21 malam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ashrul Riezal berkata, pengecaman mayat dilakukan ibu bapa mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. |
|
Belanjawan 2027: KPWKM usul kenaikan elaun EPOKU, petugas PPDK - Astroawani - 23/09 4:15 am KPWKM komited untukmemastikan golongan itu serta individu terlibat dalam bidang penjagaan menerima sokongan sewajarnya. |
|
Bacaan IPU lebihi 200, sekolah di Lubok Antu dan Kanowit ditutup - Mkini - 21/09 1:34 pm Semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu dan PPD Kanowit ditutup sementara hari ini susulan jerebu yang menjejaskan kualiti udara di kawas |
|
100 pelajar kurang berkemampuan terima manfaat Program Tuisyen Pintar - Sinarharian - 20/09 5:45 pm KOTA TINGGI - Seramai 100 pelajar kurang berkemampuan daripada tujuh sekolah menengah di kawasan Parlimen Tenggara menerima manfaat menerusi Program Tuisyen Pintar tajaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).Ahli Parlimen Tenggara yang juga Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, program itu memberi peluang kepada pelajar kawasan desa setempat mengikuti tuisyen secara percuma bagi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Menurutnya, program yang bermula sejak 4 Julai lalu itu mendapat sambutan menggalakkan apabila merekodkan kadar kehadiran pelajar hampir 90 peratus."Tuisyen ini dijalankan secara bersemuka dan satu slot motivasi secara berpusat yang dikendalikan guru-guru cemerlang termasuk guru penanda dan penggubal soalan SPM."Program ini secara tidak langsung mampu melonjakkan pencapaian SPM di sekolah terlibat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek cura penajaan RISDA yang berjumlah RM40,000 kepada Program Tuisyen Pintar di Dewan Besar, Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ).Manndzri (lima dari kanan) menyampaikan cek cura sumbangan RISDA bernilai RM40,000 kepada Program Tuisyen Pintar.Program Tuisyen Pintar merupakan inisiatif yang dikendalikan Yayasan Pelajaran Mara dan diselaraskan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai serta PPD Kota Tinggi.Tujuh sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Seri Pinang, SMK Sultan Alauddin, SMK Linggiu, SMK Taman Seri Saujana, SMK Laksamana dan SMK Taman Kota Jaya.Manndzri berkata, tajaan berkenaan bertujuan mengukuhkan pelaksanaan program, selain menggalakkan penyertaan pelajar desa kurang berkemampuan dalam membuat persediaan menghadapi SPM.Menurutnya, program berkenaan akan diperluaskan bagi memperkukuh persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM akan datang."Inisiati kerjasama pelbagai agensi luar sentiasa diberikan penekanan sebagai usaha menggalakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mampu memanfaatkan golongan kurang berkemampuan termasuklah di kawasan desa."Program Tuisyen Pintar bukan sekadar meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan, tetapi turut membuka ruang untuk memingkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan pendidikan dan kecemerlangan akademik generasi muda," ujarnya. |
|
100 pelajar kurang berkemampuan terima manfaat Program Tuisyen Pintar - Sinarharian - 20/09 4:34 pm KOTA TINGGI - Seramai 100 pelajar kurang berkemampuan daripada tujuh sekolah menengah di kawasan Parlimen Tenggara menerima manfaat menerusi Program Tuisyen Pintar tajaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).Ahli Parlimen Tenggara yang juga Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, program itu memberi peluang kepada pelajar kawasan desa setempat mengikuti tuisyen secara percuma bagi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Menurutnya, program yang bermula sejak 4 Julai lalu itu mendapat sambutan menggalakkan apabila merekodkan kadar kehadiran pelajar hampir 90 peratus."Tuisyen ini dijalankan secara bersemuka dan satu slot motivasi secara berpusat yang dikendalikan guru-guru cemerlang termasuk guru penanda dan penggubal soalan SPM."Program ini secara tidak langsung mampu melonjakkan pencapaian SPM di sekolah terlibat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek cura penajaan RISDA yang berjumlah RM40,000 kepada Program Tuisyen Pintar di Dewan Besar, Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ).Program Tuisyen Pintar merupakan inisiatif yang dikendalikan Yayasan Pelajaran Mara dan diselaraskan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai serta PPD Kota Tinggi.Tujuh sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Seri Pinang, SMK Sultan Alauddin, SMK Linggiu, SMK Taman Seri Saujana, SMK Laksamana dan SMK Taman Kota Jaya.Manndzri berkata, tajaan berkenaan bertujuan mengukuhkan pelaksanaan program, selain menggalakkan penyertaan pelajar desa kurang berkemampuan dalam membuat persediaan menghadapi SPM.Menurutnya, program berkenaan akan diperluaskan bagi memperkukuh persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM akan datang."Inisiatif kerjasama pelbagai agensi luar sentiasa diberikan penekanan sebagai usaha menggalakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mampu memanfaatkan golongan kurang berkemampuan termasuklah di kawasan desa."Program Tuisyen Pintar bukan sekadar meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan, tetapi turut membuka ruang untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan pendidikan dan kecemerlangan akademik generasi muda," ujarnya. |
|
Pelajar lebam dipukul : JPN P.Pinang jalankan siasatan, guru terbabit .. - Mygazette - 15/09 7:35 am # Pelajar lebam dipukul : JPN P.Pinang jalankan siasatan, guru terbabit ditempatkan di PPD GEORGE TOWN - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang mengambil serius aduan waris berhubung dakwaan seorang guru melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang pelajar berusia sembilan tahun di sebuah sekolah dalam daerah Barat Daya |
|
Guru didakwa laku kekerasan fizikal terhadap murid ditempatkan di PPD - Astroawani - 14/09 10:45 pm Guru yang didakwa melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang murid di sebuah sekolah rendah di George Town ditempatkan sementara di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). |
|
Guru didakwa pukul murid kini ditempatkan di PPD - FMT - 14/09 9:15 pm JPN P Pinang berkata, tindakan diambil sejurus dapat aduan waris agar siasatan dapat dijalankan secara teratur. |
|
Sekolah di Serian dibuka semula, Lubok Antu terus PdPR - Mygazette - 13/09 7:04 pm # Sekolah di Serian dibuka semula, Lubok Antu terus PdPR KUALA LUMPUR- Semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian akan beroperasi seperti biasa mulai esok, susulan keadaan jerebu di daerah berkenaan menunjukkan perkembangan positif |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |