![]() |
/// |
|
Search : Pngk News | Page 1 |
Bagan Datuk cipta rekod lulus 100 peratus STPM 2024 - TPM Zahid - Astroawani - 25/06 6:43 pm Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di Bagan Datuk mencatatkan rekod kelulusan 100 peratus dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) meningkat kepada 3.22 berbanding 3.09 pada 2023. |
Negeri Sembilan STPM 2024 PNGK 2.86, kali pertama atasi kebangsaan - SUN - 24/06 5:04 pm SEREMBAN : Penantian 10 tahun akhirnya berakhir apabila Negeri Sembilan mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) STPM 2024 sebanyak 2.86, mengatasi PNGK kebangsaan (2.85) buat kali pertama sejak 2014 |
Terengganu puncak STPM 2024, PNGK tertinggi negara - SUN - 24/06 4:33 pm KUALA LUMPUR : Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 mencatat sejarah dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) kebangsaan tertinggi iaitu 2.85, peningkatan terbaik sejak 1982 |
STPM: Pelajar hidap kanser, hanya bergantung sebelah mata raih PNGK 4.0 - Kosmo - 24/06 3:55 pm KOTA BHARU – Menghidap kanser retinoblastoma pada mata kiri sejak kecil bukan menjadi penghalang kepada seorang calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 untuk memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 |
STPM: 82 pelajar Pahang peroleh PNGK 4.00 - Mgazette - 24/06 3:51 pm KUANTAN Seramai 82 orang pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 di Pahang mendapat keputusan tertinggi PNGK 4.00 bersamaan 4.01% berbanding dengan pencapaian tahun 2023, yang merekodkan 5.46% atau seramai 106 orang calon |
1,266 calon STPM dapat PNGK 4.00 - Mgazette - 24/06 3:51 pm SELAYANG - Seramai 1,266 atau 3.06 peratus calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 |
STPM: 98 calon di Kedah catat PNGK 4.00 - Utusan - 24/06 3:23 pm ALOR SETAR: Seramai 98 orang atau 3.51 peratus calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di Kedah meraih keputusan cemerlang dengan mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 |
123 calon STPM di Kelantan dapat PNGK 4.0 - Sinarharian - 24/06 2:43 pm KOTA BHARU - Seramai 123 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di Kelantan mendapat purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.0 berbanding tahun sebelumnya iaitu 90 orang sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 33 calon.Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Mohd Hassany Hashim berkata, daripada jumlah itu, seramai 56 calon memperoleh semua A bagi lima mata pelajaran yang diduduki dengan PNGK 4.0.Menurut beliau, seramai 67 calon lagi memperoleh 4A dan PNGK 4.0 daripada empat mata pelajaran yang diduduki."Empat calon dari Kelantan akan menerima anugerah pelajar terbaik STPM peringkat nasional."Tiga daripada mereka dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas iaitu Nur Amalina Osman, Nurnajwa Syafina Mohd Redzuan dan Muhammad Irham Mazlan manakala seorang lagi calon dari SMK Sri Aman, Pasir Puteh iaitu Ahmad hakimi Sharifuddin," katanya.Mohd Hassany memberitahu, secara keseluruhannya, sebanyak 13 mata pelajaran menunjukkan peningkatan pencapaian peratusan lulus penuh iaitu Pengajian Am, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Usuluddin dan Tahfiz al-Quran."Mata pelajaran lain yang turut menunjukkan pencapaian terbaik ialah Sejarah, Geografi dan Pengajian Perniagaan," katanya.Katanya, bilangan calon yang mendapat PNGK 3.0 ialah seramai 1,930 berbanding tahun 2023 iaitu 1,959 menunjukkan penurunan sebanyak 29 calon. |
106 calon STPM di Perak peroleh PNGK 4.0 - Sinarharian - 24/06 1:47 pm IPOH Seramai 106 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 di Perak berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Safuan Rabaai berkata, jumlah itu sekali gus mencatat peningkatan 24 calon berbanding 82 orang pada tahun sebelumnya.Menurutnya, daripada jumlah tersebut, lapan calon merupakan pelajar aliran sains, manakala 98 calon daripada aliran sains sosial."Sukacita dimaklumkan bahawa PNGK negeri Perak STPM 2024 telah meningkat sebanyak 0.02 mata berbanding tahun 2023 iaitu dari 2.83 pada tahun 2023 kepada 2.85 pada tahun 2024."PNGK negeri Perak pada tahun ini juga merupakan PNGK negeri tertinggi sejak sistem semester diperkenalkan pada tahun 2013," katanya pada sidang media Pengumuman Keputusan STPM 2024 di Bilik Seri Budi, Jabatan Pendidikan Negeri Perak di sini pada Selasa.Safuan berkata, seramai 3,129 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM melibatkan 58 sekolah di seluruh negeri dan daripada jumlah itu, 3,038 calon atau 98.68 peratus hadir untuk ketiga-tiga semester.Jelasnya, peratusan calon yang lulus penuh juga meningkat kepada 99 peratus (3,057 calon) berbanding 98.21 peratus (3,012 calon) pada tahun lalu.Menurutnya, sebanyak 43 buah sekolah mencatat pencapaian lulus 100 peratus dan jumlah tersebut meningkat berbanding hanya 35 sekolah pada 2023.Beliau turut memaklumkan seramai tiga calon memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil manakala 103 calon mendapat 4A dengan peningkatan 23 orang berbanding 80 orang pada tahun lalu.Safuan berkata, seramai 13 calon Orang Asli menduduki STPM 2024 dan dua daripadanya berjaya memperoleh PNGK 3.0 ke atas iaitu Sira Suhairi dari SMK Toh Muda Abdul Aziz (3.09) dan Siti Nur Amylia Razali dari Kolej Tingkatan Enam Tapah (3.08).Turut membanggakan, lima daripada 11 calon berkeperluan khas (CBK) berjaya memperoleh PNGK 3.0 ke atas antaranya Muhamad Afiq Hakim Ridzuan dari Kolej Tingkatan Enam Tapah dengan PNGK 3.83 dan Chai Denny's dari SMK Methodist Sitiawan (3.50).Sementara itu, seorang calon cemerlang negeri Perak, Looi Wan Wei dari SMK Sam Tet, Ipoh, turut terpilih menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM dan MUET Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).Antara sekolah yang mencatatkan bilangan tertinggi calon mendapat PNGK 4.0 ialah SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah (7 calon), SMK St Michael, Ipoh (6 calon), SMK Jalan Tasek, Ipoh (6 calon) dan SMK King Edward VII, Taiping (6 calon).Dari segi pecahan daerah, Kinta Utara mencatat jumlah tertinggi calon cemerlang dengan 34 orang, diikuti Larut Matang Selama (22), Kinta Selatan (13), Bagan Datuk (7) dan Hulu Perak (5). |
STPM 2024 catat PNGK Nasional 2.85, tertinggi dalam rekod - Astroawani - 24/06 12:36 am Pengerusi MPM, Profesor Datuk Md Amin Md Taff berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan 0.01 mata daripada 2.84 pada tahun 2023. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |