///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Pga News   Page 1    



PGA rampas 805 karton rokok seludup di rumah pekerja di Jenjarom - Mygazette - 23/08 5:52 pm

# PGA rampas 805 karton rokok seludup di rumah pekerja di Jenjarom KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 805 karton rokok seludup bernilai lebih RM304,000 selepas menyerbu sebuah rumah sewa yang dijadikan stor simpanan di Kampung Sungai Rambai, Jenjarom, Selangor, dekat sini, kelmarin





Rumah pekerja jadi stor rokok seludup, 805 karton dirampas - Sinarharian - 23/08 12:58 am

KUALA LANGAT - Taktik menjadikan rumah pekerja dalam kawasan bengkel kenderaan berat sebagai stor menyimpan rokok seludup terbongkar selepas polis merampas 805 karton rokok tidak bercukai dalam serbuan di Kampung Sungai Rambai, Jenjarom, di sini pada Jumaat.Sindiket juga dipercayai menggunakan khidmat syarikat kurier luar sebagai penghantar bagi mengelakkan kegiatan haram itu dikesan pihak berkuasa.Serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Langat.Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Amanjit Singh berkata, premis berkenaan merupakan rumah pekerja dalam kawasan sebuah bengkel kenderaan atau lori yang disewa sindiket untuk dijadikan stor penyimpanan rokok seludup.Menurutnya, seorang lelaki tempatan yang ditahan dipercayai berperanan sebagai penjaga premis serta mengatur tempahan rokok untuk dihantar kepada pembeli."Modus operandi sindiket adalah menggunakan bengkel kenderaan sebagai lokasi penyimpanan bagi mengaburi mata pihak berkuasa."Sindiket turut membuat penghantaran rokok sekitar jam 8 pagi sehingga selesai kepada pembeli yang terdiri daripada peniaga kedai runcit," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.Katanya, rokok berkenaan dipercayai dipasarkan di kedai-kedai runcit milik warga asing di sekitar kawasan Jenjarom."Rangkaian sindiket ini dipercayai telah aktif menjalankan kegiatan berkenaan selama kira-kira empat bulan."Suspek yang ditahan berperanan menjaga premis dan mengatur tempahan untuk dihantar kepada pembeli yang telah disenaraikan oleh majikannya," katanya.Menurutnya, berdasarkan rekod, rangkaian sindiket sama pernah ditangkap oleh Batalion 4 PGA dalam operasi di Bukit Raja pada Mac lalu."Selain 805 karton rokok pelbagai jenama tidak bercukai kastam, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pengedaran rokok berkenaan."Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM304,893.50 dan kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan," katanya.Jelasnya, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967."Masyarakat diingatkan supaya memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.





PGA gempur kawasan lombong emas, peralatan lebih RM1.13 juta dirampas - FMT - 23/08 11:41 am

Empat lelaki termasuk warga China berusia 19 hingga 64 tahun turut ditahan dalam serbuan di Kuala Betis, Gua Musang semalam.





Rampasan hampir RM31.7 juta bongkar aktiviti 4 lombong haram di Perak, Kedah - Sinarharian - 21/08 7:00 pm

IPOH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya membongkar aktiviti perlombongan haram di empat premis di Perak dan Kedah dengan rampasan hampir RM31.7 juta menerusi Operasi Gali Mega pada Khamis.Operasi khas yang dijalankan bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam itu turut membawa kepada penahanan 30 individu termasuk 16 warga asing yang bekerja di lokasi berkenaan.Pemangku Komander Briged Utara, Asisten Komisioner Jafri Muhamad berkata, hasil serbuan mendapati kesemua premis menjalankan aktiviti perlombongan dan pemprosesan mineral seperti pasir silika, kaolin dan bijih besi tanpa kelulusan pihak berkuasa."Pasukan serbuan turut menemui sejumlah besar bahan mineral serta jentera yang digunakan untuk aktiviti tersebut."Rampasan melibatkan 3,714 jumbo beg pasir silika dianggarkan 3,714 tan, 900 guni serbuk separa kaolin seberat kira-kira 45 tan serta 30 jumbo beg kaolin dianggarkan 15 tan."Turut dirampas 60 kilogram bijih besi yang diproses dengan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM31,688,800," katanya dalam sidang akhbar Kejayaan Operasi Gali Mega di Ibu Pejabat PGA Ulu Kinta di sini pada Jumaat.Seramai 64 pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Briged Utara, Batalion 1, Batalion 3 dan Batalion 18 PGA terlibat dalam operasi tersebut.Operasi turut mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perak dan Kedah.Jafri berkata, semua barang kes berkaitan pemprosesan pasir silika dan bijih besi telah diserahkan kepada JMG untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016.Katanya, PTG Perak dan Kedah turut mengambil tindakan mengikut Seksyen 425 dan Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 berkaitan kesalahan menceroboh dan mengangkut bahan batuan tanpa kebenaran.Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 turut dijalankan ke warga asing terlibat melibatkan kesalahan tinggal tanpa dokumen sah serta menggaji pekerja tanpa permit."Dalam kes ini, Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah mengeluarkan notis pemberhentian kerja dan notis meruntuh terhadap struktur yang dibina tanpa kelulusan," katanya.





PGA beri kerjasama penuh siasatan kes tahan 10 anggota - Sinarharian - 21/08 6:01 pm

IPOH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan berhubung penahanan 10 anggotanya yang dikaitkan dengan kes pemerasan di Pulau Pinang.Pemangku Komander Briged Utara, Asisten Komisioner Jafri Muhamad berkata, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah."Kenyataan rasmi telah dikeluarkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman."Kes masih dalam peringkat siasatan di bawah Polis Pulau Pinang dan kita akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan kes itu," katanya kepada pemberita sempena sidang akhbar Kejayaan Operasi Gali Mega di Ibu Pejabat PGA Ulu Kinta di sini pada Jumaat.Jafri berkata, siasatan dalaman berhubung kes itu telah pun dimulakan antara lain melibatkan aspek tatatertib."Sebagaimana kehendak pucuk pimpinan, kita tidak akan berkompromi





10 pegawai PGA terlibat kes pemerasan ditahan - Mygazette - 21/08 5:40 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pemerasan di sebuah kilang sisa elektronik (e-waste) Tasek Gelugor, Pulau Pinang





10 Anggota PGA Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan Di Pulau Pinang - Mygazette - 21/08 5:40 pm

# 10 Anggota PGA Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan Di Pulau Pinang Seramai 10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan di sebuah kilang sisa elektronik (e-waste) di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.





10 anggota PGA ditahan bantu siasatan kes pemerasan di Pulau Pinang - Hotfm - 21/08 4:48 pm

Anggota daripada Batalion 2 PGA, Kulim, Kedah, itu ditahan bantu siasatan kes pemerasan berlaku di Tasek Gelugor pada 19 Ogos.





10 anggota PGA ditahan bantu siasatan kes pemerasan di Pulau Pinang - Sinarharian - 21/08 4:17 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan di sebuah kilang sisa elektrik dan elektronik (e-waste) Tasik Gelugor Pulau Pinang pada Rabu.Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kesemua mereka berusia 30 hingga 40 tahun bertugas di Batalion 2 PGA Kulim Kedah."Saya sahkan ada tangkapan kes masih dalam proses siasatan, pegawai penyiasat dari pihak polis negeri akan mengambil tindakan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Jumaat.Muhammad berkata, anggota yang ditahan terdiri daripada pelbagai pangkat, daripada konstabel hingga inspektor."Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dengan jenayah," katanya.Muhammad berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu dikendalikan polis Pulau Pinang.Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan butiran lanjut mengenai laporan tangkapan





Inspektor antara 10 anggota PGA ditahan berkaitan pemerasan - Kosmo - 21/08 4:12 pm

KUALA LUMPUR – Pegawai polis berpangkat Inspektor antara 10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan berkaitan kes pemerasan sebuah kilang sisa elektronik e-waste di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Rabu lalu





Lombong pasir haram di tiga negeri digempur, nilai rampasan RM13.26 juta - Sinarharian - 21/08 10:50 am

SHAH ALAM - Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan perlombongan haram selepas menggempur tujuh lokasi berasingan di tiga negeri menerusi Ops Gali Mega, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM13.26 juta.Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkat, operasi bagi membanteras kegiatan itu bermula pada 11 pagi Rabu, meliputi kawasan Selangor, Negeri Sembilan dan Johor."Secara keseluruhan seramai 31 individu diperiksa dalam operasi berkenaan dengan 15 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan," katanya selepas meninjau tapak haram selepas serbuan tersebut di sini malam tadi.Sementara itu, Hakemal berkata, serbuan terbaharu pada jam 3.30 petang semalam menyasarkan sebuah tapak operasi haram berkeluasan 0.647 hektar di kawasan Jalan Lapangan Terbang Subang Lama, yang dipercayai memproses pasir tanpa kebenaran.Beliau berkata, operasi dilaksanakan secara bersepadu dengan mendapat kerjasama daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG)."Hasil serbuan di tapak tersebut berjaya menahan 12 orang terdiri daripada lima lelaki warga tempatan dan tujuh lelaki warga asing."Pasukan operasi turut merampas 1,500 tan pasir, jentera berat serta peralatan mencuci dan memproses pasir dengan nilai rampasan di lokasi ini sahaja dianggarkan RM5 juta," katanya.Menyentuh mengenai modus operandi sindiket, Hakemal berkata, pasir berkenaan dipercayai dibawa masuk dari kawasan luar termasuk sisa tapak pembinaan untuk dicuci dan diproses menjadi pasir halus, sebelum dijual pada harga sekitar RM500 hingga RM600 bagi sebuah lori.Katanya, kegiatan memproses pasir yang kebiasaannya beroperasi pada waktu siang itu turut melepaskan sisa basuhan tanah secara terus ke dalam sungai berhampiran, sekali gus mengakibatkan pencemaran dan kekeruhan air yang ketara.Beliau berkata, kesemua tangkapan disiasat mengikut Akta Kanun Tanah Negara 1965, Enakmen LUAS 1999, Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Undang-Undang Kecil 2021.Hakemal menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam kegiatan menyalahi undang-undang.Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mendapati sebarang kegiatan mencurigakan di kawasan masing-masing.- Bernama





Kegiatan cuci pasir haram dibongkar, jual semula RM600 selori - Sinarharian - 21/08 9:46 am

SHAH ALAM - Kegiatan mencuci pasir secara haram di kawasan seluas kira-kira 0.64 hektar di Jalan Lapangan Terbang Subang Lama di sini yang dipercayai menyebabkan pencemaran sungai, dibongkar pihak berkuasa pada Khamis.Operasi menerusi Op Gali Mega itu digerakkan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawariberkata, serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu membawa kepada penahanan 12 lelaki termasuk tujuh warga asing.Menurutnya, pihaknya turut merampas kira-kira 1,500 tan pasir selain beberapa jentera berat serta peralatan mencuci dan memproses pasir dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM5 juta."Kegiatan perlombongan secara tidak sah ini disyaki telah beroperasi kira-kira lapan tahun."Modus operandi yang dikesan ialah membawa pasir yang tidak digunakan dari luar seperti tempat pembinaan ke sini sebelum diproses semula bagi mendapatkan pasir halus."Pasir halus yang diproses menggunakan sumber air sungai berhampiran itu kemudian dijual semula dengan harga RM600 selori dan dikatakan sebanyak 30 hingga 60 lori akan bergerak keluar (dijual)," katanya kepada pemberita di lokasi operasi di sini pada Khamis.Hakemal berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesan dalang yang mengendalikan kegiatan berkenaan.Beliau berkata, aktiviti itu turut memberi kesan terhadap alam sekitar apabila menyebabkan air sungai berhampiran berubah menjadi keruh akibat pencemaran."Operasi kegiatan ini dikesan berjalan pada waktu siang





Rempuh anggota PGA, suspek berdepan tindakan bawah SOSMA dan Seksyen 186 - Sinarharian - 19/08 1:24 pm

KOTA BHARU - Polis Kelantan menegaskan suspek yang bertindak merempuh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) akan didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek juga akan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan."Ia sebagai langkah tegas terhadap kegiatan penyeludupan yang semakin berani bertindak terhadap anggota penguat kuasa," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepasmerasmikan Sambutan Hari Polis ke 219 dan Program Flag Off sempenaBulan Kebangsaan dan KibarJalur Gemilang Tahun 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin.Sebelum itu dua anggota PGA cedera termasuk seorang menerima dua jahitan di kepala selepas dilanggar kenderaan dipandu seorang bekas banduan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan PATI di Kampung Chat, Pulau Besar, Tumpat.Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal berusia 34 dan 29 tahun terbabit dalam Op Taring Wawasan sebelum mengesan sebuah Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.Menurut beliau, polis akan terus mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabar penguat kuasa atau mengganggu tugas pasukan berkenaan.Katanya, Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap sindiket penyeludupan ini termasuk tonto-tonto mereka yang bertindak agresif menghalang kenderaan pasukan penguat kuasa.





Tiga termasuk penjawat awam ditahan edar air, daun ketum - Sinarharian - 19/08 10:23 am

KUANTAN - Tiga lelaki termasuk seorang penjawat awam ditahan bersama 627 liter air ketum dan 160 kilogram daun ketum dalam tiga operasi berasingan di sekitar daerah ini, Isnin lalu.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil Op Taring Mitra bermula jam 4.30 petang hingga 11 malam itu, beberapa peralatan memproses ketum serta tiga buah kenderaan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM146,810 dirampas.Menurutnya, hasil soal siasat mendapati seorang suspek telah terlibat dalam penjualan air ketum sejak 2020 sebagai 'runner' dengan komisen RM1 bagi setiap botol serta bayaran gaji RM 4,000 sebulan."Suspek kedua pula dipercayai mendapatkan bekalan daun ketum dari Kedah untuk kegunaan sendiri dan jualan semula."Suspek ketiga merupakan penjawat awam dipercayai terlibat mengambil upah penghantaran daun ketum sejak Julai lalu dan telah melakukan 10 penghantaran dengan upah RM200 bagi setiap penghantaran," katanya melalui kenyataan di Facebook Briged Tenggara PGA.Ahmad Radzi berkata,semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.Katanya, ketiga-tiga kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952."Risikan dan pemantauan akan terus dipergiatkan bagi membanteras kegiatan memproses, menyimpan, menjual, mengedar air dan daun ketum selain memutuskan rangkaian bekalan serta pengedaran bahan berkenaan di sekitar Kuantan," katanya.





Bekas banduan rempuh dua Lans Koperal ketika cuba seludup PATI - Sinarharian - 18/08 5:41 pm

TUMPAT - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera termasuk seorang menerima dua jahitan di kepala selepas dilanggar kenderaan dipandu seorang bekas banduan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kampung Chat, Pulau Besar di sini Sabtu lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal berusia 34 dan 29 tahun terbabit dalam Op Taring Wawasan sebelum mengesan sebuah Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.Anggota berusia 34 tahun itu berkata, mereka menghalang kenderaan terbabit secara melintang sebelum dia turun dan membuka pintu kereta suspek sebelah pemandu untuk menjalankan pemeriksaan.Menurutnya, ketika pintu dibuka, suspek secara tiba-tiba mengundurkan kenderaan dengan laju menyebabkan dia dan rakan setugasnya hampir digilis."Saya sempat berpaut pada stereng kenderaan suspek dan menarik keluar anak kunci."Tindakan itu menyebabkan kenderaan berhenti dan suspek berjaya ditahan," katanya ketika ditemui di Pengkalan Kubor di sini pada Selasa.Dia mengalami kecederaan luka pada betis dan kaki.Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu menemukan enam wanita warga Myanmar berusia 20 hingga 25 tahun yang dipercayai migran diseludup masuk melalui laluan Thailand.Sementara itu, anggota berusia 29 tahun berkata, dia terjatuh kerana tidak sempat menggelak kenderaan yang diundurkan secara tiba-tiba oleh suspek."Saya terjatuh dan mengalami kecederaan pada lutut."Keadaan ketika itu memang cemas kerana semuanya berlaku dengan pantas," katanya.Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di kepala sehingga memerlukan dua jahitan selain kecederaan pada siku dan lutut.Kejadian itu kali kedua berlaku ke atasnya selepas mengalami situasi sama dalam operasi di Jeli.Suspek lelaki tempatan berusia 34 tahun juga tekong bersama enam wanita terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.Semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau, kebanyakannya berkaitan kes dadah selain dua rekod rogol serta keganasan rumah tangga.Suspek juga baru lima hari dibebaskan daripada penjara sebelum kejadian.Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah dan dipercayai berada di bawah pengaruh bahan terlarang ketika bertindak agresif terhadap kedua-dua anggota PGA.Bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, suspek disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (Akta 574).Selainnya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Difahamkan migran terbabit masuk ke negara ini dari negara jiran melalui Sungai Golok dan menyusuri Sungai Kelantan sebelum ditahan di lokasi kejadian





Scottie Scheffler wins St Jude Championship by eight shots - Aljazeera - 17/08 4:43 pm

Scheffler's 21st career PGA Tour title earns the American $3.6m for his resounding victory at TPC Southwind.





Anggota PGA cedera dilanggar pemandu cuba lari pemeriksaan polis - Mygazette - 16/08 4:19 pm

# Anggota PGA cedera dilanggar pemandu cuba lari pemeriksaan polis KOTA BHARU - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pasukan serbuan Ops Taring Wawasan di Kampung Chat, Palekbang, Tumpat, malam tadi





PGA serbu kilang kayu haram di Kuala Berang - Kosmo - 13/08 3:40 pm

HULU TERENGGANU – Sebuah kilang pemprosesan kayu diserbu Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana disyaki beroperasi tanpa lesen sah di Gerdong, Kuala Berang, di sini, semalam





Tekong darat bawa 5 pendatang ditahan PGA di Tanah Merah - Mkini - 13/08 10:14 am

Kata pihak berkuasa pendatang asing tanpa izin itu terdiri daripada seorang wanita Thailand dan empat Myanmar



Op Khazanah melonjak, rampasan cecah RM56 juta - Sinarharian - 5/08 1:01 pm

IPOH Op Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan lonjakan ketara tahun ini dengan nilai rampasan mencecah RM56.86 juta setakat 4 Ogos.Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 2,404 peratus berbanding RM2.27 juta bagi tempoh sama tahun lalu.Menurutnya, jumlah kes di bawah operasi itu turut meningkat daripada 17 kes pada 2025 kepada 38 kes tahun ini."Peningkatan ini membuktikan keberkesanan risikan serta tindakan bersepadu yang dilaksanakan bersama pelbagai agensi penguatkuasaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Briged Utara PGA di sini pada Rabu.Op Bersepadu Khazanah antara lain memberi tumpuan kepada usaha melindungi habitat semula jadi hidupan liar selain menumpaskan sindiket pencerobohan hutan dan kecurian hasil hutan.Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan beberapa agensi iaitu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Perhutanan.Dalam pada itu, Balveer Singh memaklumkan, jumlah keseluruhan kes di bawah PGA menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 33.68 peratus iaitu 389 kes berbanding 291 kes tahun lalu.Katanya, peningkatan itu turut disokong pertambahan jumlah tangkapan iaitu seramai 813 individu berbanding 672 orang pada tahun lalu, meningkat kira-kira 21 peratus."Kes melibatkan sekatan jalan raya (SJR) turut mencatat peningkatan apabila 75 kes direkodkan tahun ini berbanding hanya 24 kes pada tahun lalu."Selain itu, kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) turut meningkat daripada enam kes kepada 11 kes bagi tempoh sama," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat agar terus memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.Ujarnya, kerjasama tersebut penting bagi memastikan tindakan segera dapat diambil sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan awam.



Tiga kilang e-waste haram diserbu, rampasan lebih RM9 juta - Sinarharian - 5/08 12:45 am

IPOH - Kegiatan pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram di tiga kilang sekitar bandar raya ini terbongkar apabila pihak berkuasa merampas pelbagai barangan lebih RM9 juta dalam operasi bersepadu, Isnin lalu.Serbuan menerusi Op Taring E-Waste itu dilaksanakan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam melibatkan seramai 28 pegawai dan anggota.Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, risikan mendapati, ketiga-tiga kilang terbabit menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste tanpa notifikasi dan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).Menurutnya, premis berkenaan juga dikesan cuba menjalankan pemprosesan e-waste dengan berselindung disebalik lesen perniagaan biasa yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT)."Semasa serbuan, kita menemui sejumlah besar sisa elektronik yang disimpan di dalam beg serta dilonggokkan di dalam dan sekitar kawasan premis."Jumlah keseluruhan sisa e-waste yang dirampas dianggarkan sebanyak 120,220 kilogram."Turut dirampas pelbagai mesin dan jentera pemprosesan serta beberapa kenderaan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM9,394,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Briged Utara PGA di sini pada Rabu.Beliau berkata, hasil operasi, seramai 14 individu telah ditahan terdiri daripada dua lelaki tempatan dipercayai pengurus premis serta 12 warga asing."Mereka melibatkan lapan lelaki dan empat wanita warga Myanmar berusia antara 20 hingga 50 tahun," katanya.Dalam pada itu, Balveer Singh berkata, pemeriksaan turut mendapati fasiliti rawatan air di premis berkenaan tidak teratur sehingga berpotensi menyebabkan pencemaran.Katanya, keadaan itu boleh memberi risiko kepada keselamatan dan kesihatan awam selain menjejaskan alam sekitar."Sisa elektronik yang diproses secara haram berpotensi melepaskan bahan toksik ke udara, tanah dan sumber air," katanya.Beliau berkata, ketiga-tiga premis berkenaan kini disiasat oleh JAS di bawah beberapa peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.Tambahnya, Jabatan Imigresen turut menjalankan siasatan mengikut Akta Imigresen, manakala Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.



Warga Myanmar bayar RM11,000 masuk Malaysia secara haram - Sinarharian - 5/08 8:15 am

KOTA BHARU - Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan mengenakan bayaran sehingga RM11,000 seorang kepada warga Myanmar untuk masuk ke Malaysia melalui laluan haram sebelum dihantar ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai buruh.Bagi warga Nepal pula dipercayai dikenakan RM7,000 seorang bagi perjalanan yang sama.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, ia berdasarkan maklumat hasil siasatan awal yang diperoleh daripada tangkapan lapan PATI terdiri daripada empat warga Myanmar serta Nepal dalam dua operasi berasingan di Terminal Bas Kota Bharu pada Selasa.Menurut beliau, tangkapan pertama pada jam 7 pagi membabitkan empat lelaki warga Myanmar berusia antara 19 hingga 28 tahun yang dipercayai dibawa menaiki perahu dari Thailand sebelum mendarat di sebuah pangkalan haram di tebing Sungai Kelantan."Siasatan awal mendapati setiap PATI warga Myanmar dikenakan bayaran sebanyak RM11,000 bagi keseluruhan perjalanan dari negara asal sebelum dihantar ke Terminal Bas Kota Bharu untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan dijanjikan pekerjaan sebagai buruh," katanya kepada pemberita pada Rabu.Ujar beliau, sejam kemudian, pasukan Task Force Batalion 7 PGA sekali lagi menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Nepal di lokasi sama selepas mereka diturunkan dari sebuah kereta Honda Accord yang kemudiannya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.Katanya, kumpulan warga Nepal itu dipercayai dibawa masuk menggunakan perahu melalui pesisir pantai Kampung Nelayan Baru, Tumpat sebelum dihantar ke Terminal Bas Kota Bharu."Mereka dipercayai membayar RM7,000 seorang kepada sindiket bagi perjalanan dari negara asal ke Malaysia sebelum dijanjikan pekerjaan sebagai buruh di Kuala Lumpur," katanya.Ahmad Radzi memberitahu, pemeriksaan mendapati kesemua PATI gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai memasuki negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan.Beliau berkata, pihaknya turut merampas lapan telefon bimbit pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM12,000."Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala semua PATI telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu untuk tindakan lanjut," katanya.



PGA serbu kilang proses kayu disyaki hasil hutan tak bercukai - Utusan - 5/08 7:43 am

KUALA KRAI: Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang pemprosesan kayu yang dipercayai menggunakan hasil hutan tidak bercukai Op Bersepadu Khazanah di Sungai Embak di sini kelmarin



Michael Thorbjornsen wins first PGA Tour title at Rocket Classic - Aljazeera - 3/08 4:25 pm

Thorbjornsen, who joined the Tour as a rookie in 2025, is widely considered one of the rising stars of US golf.



Cubaan seludup 24,000 benih sawit ke Thailand berjaya dipatahkan - Sinarharian - 1/08 5:38 pm

RANTAU PANJANG Cubaan menyeludup sebanyak 24,000 biji benih kelapa sawit bernilai RM100,000 ke Thailand melalui pangkalan haram di Kampung Lubok Gong di sini, berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Sabtu.Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 pagi itu, PGA turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang sedang memandu sebuah Proton Iswara Aerobek dalam keadaan mencurigakan berhampiran pangkalan haram Tebu.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota Strike Force Kompeni A, Batalion 7 PGA Kuantan yang menjalankan rondaan menerusi Op Taring Wawasan menahan kenderaan berkenaan sebelum melakukan pemeriksaan.Menurut beliau, hasil pemeriksaan menemukan beberapa kotak putih yang mengandungi 24,000 biji benih kelapa sawit yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran."Lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan benih sawit yang dibawanya sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut."Turut dirampas sebuah Proton Iswara Aerobek yang digunakan untuk membawa muatan tersebut," katanya pada Sabtu.Ujar beliau, nilai rampasan keseluruhan termasuk kenderaan dianggarkan RM100,000, dengan benih kelapa sawit dianggarkan bernilai RM96,000 manakala kenderaan bernilai RM4,000.Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak sebagai penghantar yang diupah sebanyak RM150 bagi membawa benih sawit itu kepada seorang individu di Thailand."Siasatan turut mendapati suspek diarahkan mengambil benih tersebut daripada seorang individu di Stesen Bas Rantau Panjang sebelum membawanya keluar melalui pangkalan haram Tebu di Lubok Gong," katanya.Menurut beliau, kes disiasat mengikut Peraturan 5(1)(b), Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Perlesenan) 2005 di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.Katanya, semua barang rampasan telah diserahkan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Kelantan untuk tindakan lanjut.



Rumah kampung jadi transit PATI, suami isteri ditahan - Sinarharian - 1/08 11:03 am

PASIR PUTEH - Taktik menjadikan sebuah rumah kampung sebagai lokasi transit pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum dihantar ke Kuala Lumpur terbongkar apabila lapan warga Indonesia bersama sepasang suami isteri tempatan diberkas dalam serbuan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Gong Serapat di sini pada Jumaat.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan menerusi Op Taring Wawasan itu dilakukan hasil risikan Cawangan Risik Batalion 7 PGA Kuantan dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.Menurut beliau, ketika pemeriksaan dijalankan di rumah berkenaan, anggota PGA menemui tiga wanita warga Indonesia sedang bersembunyi di ruang tamu sebelum menemui lima lagi lelaki warga yang sama di dalam sebuah stor di belakang rumah."Kesemua lapan warga Indonesia itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah sebelum ditahan untuk siasatan lanjut."Turut ditahan ialah seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai pemilik rumah berusia 41 dan 35 tahun," katanya kepada pemberita pada Sabtu.Ahmad Radzi berkata, siasatan awal mendapati kesemua warga Indonesia terbabit memasuki negara ini dari Thailand melalui pangkalan haram di sekitar Sungai Kelantan pada 30 Julai lalu sebelum dihantar ke rumah berkenaan sebagai lokasi transit.Menurutnya, mereka mengaku kemasukan ke Malaysia diuruskan oleh ejen di Indonesia dengan bayaran RM4,000 bagi setiap individu."Siasatan turut mendapati kesemua mereka bercadang ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja pembersihan yang dipercayai akan diuruskan oleh seorang lelaki tempatan," katanya.Ahmad Radzi memberitahu, pihaknya turut merampas 10 unit telefon bimbit bernilai kira-kira RM22,000 serta beberapa barangan lain untuk membantu siasatan.Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas semua tangkapan didapati negatif dadah.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.



Upah RM100 bawa durian Musang King, Mon Thong seludup, lelaki dicekup PGA - Sinarharian - 31/07 2:32 pm

RANTAU PANJANG Cubaan menyeludup masuk 1.05 tan durian jenis Musang King dan Mon Thong dari Thailand melalui pangkalan haram ke pasaran tempatan gagal apabila seorang lelaki diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di Kampung Lubok Gong, di sini pada Jumaat.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah van Ford dalam keadaan mencurigakan berhampiran pangkalan haram Yasin kira-kira jam 1 pagi.Menurut beliau, pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan 300 kilogram (kg) durian Musang King dan 750 kg durian Mon Thong yang dipercayai dibawa masuk dari Thailand tanpa dokumen sah."Siasatan awal mendapati semua durian tersebut diperoleh dari Thailand sebelum dibawa masuk melalui pangkalan haram Yasin di Lubok Gong."Bekalan durian itu dipercayai dalam perjalanan ke RTC Tunjong, Kota Bharu untuk dipasarkan dan suspek mengaku menerima upah sebanyak RM100 bagi membawa muatan berkenaan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.Ujar beliau, selain durian, sebuah van Ford turut dirampas menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM46,250.Tambahnya, suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang sebelum diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kota Bharu untuk tindakan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167)," katanya.



Charlie Woods tersingkir di Kejohanan Remaja PGA - Hotfm - 31/07 10:29 am

Texas: Perjalanan Charlie Woods di Kejohanan Remaja PGA berakhir selepas gagal melepasi cut kedua pada saingan di Frisco, Texas, hari ini.



Stor transit minyak masak peket diserbu - Sinarharian - 29/07 9:27 am

TUMPAT Kegiatan sebuah premis yang dipercayai dijadikan lokasi transit penyimpanan minyak masak peket sebelum dijual kepada penduduk sekitar terbongkar apabila diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Wakaf Bharu di sini pada Selasa.Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan selepas didapati gagal mematuhi syarat lesen penyimpanan bekalan minyak masak, manakala 1.5 tan minyak masak pelbagai jenama bernilai RM1,642 dirampas.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dijalankan anggota Cawangan Risik Batalion 7 PGA Kuantan hasil risikan menerusi Op Taring Wawasan dengan kerjasama KPDN Kota Bharu."Hasil semakan mendapati lesen runcit yang dimiliki telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan, menyebabkan lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan."Kesemua minyak masak dirampas dan kes diserahkan kepada KPDN Kota Bharu untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya kepada pemberita pada Rabu.Ujar beliau, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah.Menurut Ahmad Radzi, siasatan awal mendapati bekalan minyak masak itu diperoleh dari sebuah kilang di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa sebelum disimpan sementara di premis berkenaan."Premis itu dipercayai dijadikan lokasi transit sebelum minyak masak dijual kepada penduduk kampung di sekitar kawasan tersebut."Risikan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras aktiviti penyelewengan serta mengesan rangkaian yang terlibat dalam penyalahgunaan bekalan minyak masak bersubsidi," katanya.



Kereta sarat 200,000 batang rokok seludup terbabas dalam tali air - Sinarharian - 26/07 3:07 pm

TUMPAT Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri dengan memecut kereta sejauh kira-kira 2 kilometer berakhir apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam tali air di Kampung Kok Bedullah di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek melarikan diri dan meninggalkan muatan 200,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai bernilai keseluruhan RM400,000.Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kejadian berlaku ketika anggota Strike Force Kompeni C Batalion 9 PGA Kuala Terengganu menjalankan rondaan motosikal dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Geting.Menurut beliau, anggota terserempak dengan sebuah Proton Preve berwarna perak dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampiri kenderaan tersebut untuk pemeriksaan."Bagaimanapun, pemandu lelaki bertindak memecut kenderaannya bagi mengelak ditahan, menyebabkan anggota mengejarnya sejauh kira-kira 2 kilometer sehingga ke Kampung Kok Bedullah."Kereta itu kemudian terbabas ke dalam tali air sebelum suspek bertindak melarikan diri ke kawasan berhampiran dan gagal dikesan," katanya kepada pemberita pada Ahad.Ujar beliau, pemeriksaan ke atas kenderaan menemukan beberapa guni mengandungi kotak-kotak rokok putih yang dipercayai diseludup dan tidak bercukai.Menurutnya, rampasan berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.Ahmad Radzi memberitahu, pihaknya sedang mengesan pemandu terbabit serta mengenal pasti individu yang terlibat bagi membantu siasatan.




Reformasi     >>



DAP grassroots leaders defend Rayer, hit back at .. - Mkini
Call for negotiations should not be construed as rejection of rule of law, they say.
Kroni     >>



Empat tokoh terima Anugerah Khas Istiqamah Johor - Harakahdaily
AYER HITAM: Empat tokoh yang mencatat rekod panjang dalam perjuangan Islam, pendidikan, dakwah dan khidmat masyarakat menerima Anugerah Khas Istiqamah PAS Johor 2026 sempena Konvensyen PAS Negeri Johor 2026. Mereka ialah Ustaz Abdullah Hussin, Roslan Nikmat, Ustazah Fatimah Ismail dan Dr Mohd Ramli ..
Tabloid     >>



Hubungan Putrajaya, Sabah dan Sarawak terus .. - Mydateline
Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kembali menjadi antara perkara yang diberi perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan bersama pemimpin Sabah dan ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



Report: Google Advertising Pixel 11 Series On Older .. - Lowyat
The Google Pixel phones are the current go-to if you want the closest thing to a vanilla Android experience possible. As such, they are probably the last place youd expect to see ads. Unfortunately, that which you least expect may have come to pass, as Android Authority reports that the older ..
World     >>



Iran warns of retaliation against countries joining US .. - Aljazeera
Warning comes after Trump said he will impose 'most crushing' sanctions to isolate Iran and weaken its government.
Motor Trend     >>



Motosikal Cyclone Rt5 Dan Rt2s Tiba Di Pengedar .. - Mekanika
# CYCLONE RT5 DAN RT2S TIBA DI PENGEDAR - DARI RM13,888 **MForce Bike Holdings melancarkan dua model baharu untuk pasaran tempatan menerusi Cyclone RT5 dan RT2S masing-masing dijual dengan harga RM16,888 dan RM13,888.K**edua-duanya diumumkan ketika majlis perasmian MForce Smartshop KW Keat Wei ..