///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Pdrm News   Page 1    



Status Shuhaily dirujuk AGC sebelum perkenan Agong – KPN - Mygazette - 28/10 3:30 pm

Jadi apabila ada apa-apa cadangan dan sebagainya, ia perlu mendapat titah kelulusan Agong, katanya. Katanya, PDRM bertanggungjawab terhadap Mohd Shuhaily kerana beliau merupakan pegawai polis yang dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS





Bekas anggota polis dakwa pernah jadi mangsa kekerasan Shuhaily mahu .. - Mygazette - 28/10 3:30 pm

"Pengadu yang ketika itu masih berkhidmat sebagai anggota polis turut berdepan pelbagai cabaran dan kesukaran dalam perkhidmatan selepas membuat laporan tersebut. "Keadaan itu berakhir dengan pemberhentian pengadu daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)





Senior police officer jailed for seven years and six months over student's death - Sinardaily - 28/10 2:45 pm

IPOH - A senior police officer was sentenced to seven years and six months' imprisonment by the High Court here today after pleading guilty to an amended charge of causing the death of student Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie in 2023.Judge Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet ordered Deputy Superintendent of Police (DSP) Mohd Nazri Abdul Razak to serve the sentence from Dec 15, 2023, the date of his arrest.The court also ordered Mohd Nazri to pay RM50,000 in compensation to the victim's father, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 58, failing which he would serve an additional year in prison.Under the amended charge, Mohd Nazri was accused of causing the death of Muhammad Zaharif, 17, knowing that his act was likely to cause death, near Sekolah Menengah Kebangsaan Jati here between 11.55am and 12.32pm on Dec 15, 2023.The offence falls under Section 304(b) of the Penal Code, which provides for a maximum jail term of 10 years, a fine, or both.During mitigation, defence counsel Datuk M. Athimulan said his client wished to convey his deepest sorrow, regret and condolences to the victim's family.He said Mohd Nazri, who was also a father, deeply regretted the loss of a young life and had never intended to cause harm or death.Athimulan said his client had no previous criminal convictions or police records and had never faced disciplinary sanctions throughout his adult life.He added that Mohd Nazri had dedicated the best years of his life to serving the King, country and public as a senior officer in the Royal Malaysia Police (PDRM), rising to the rank of DSP.The court was also told that Mohd Nazri was the sole breadwinner and primary caregiver for his family."My Lord, the accused has suffered immensely





Khidmat Mohd Shuhaily Di AKPS Dirujuk Kepada AGC - Wrlr - 28/10 2:32 pm

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata perkara itu turut diserahkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan lanjut. Rujukan kepada AGC perlu dibuat kerana penugasan Mohd Shuhaily di AKPS berdasarkan kontrak peminjaman kader daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh dua tahun yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong





Kedudukan Mohd Shuhaily dirujuk kepada AGC sebelum dipersembahkan kepada Agong - KPN - Sinarharian - 28/10 1:17 pm

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelumkeputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu turut dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan bagi tindakan selanjutnya."Penugasan beliau di AKPS adalah untuk tempoh dua tahun (dan)ia seperti kontrak yang memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepasPersidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026 di sini pada Rabu.Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Mohd Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertanggungjawab terhadap Mohd Shuhaily kerana beliau ialah pegawai polis yang dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS.Setakat ini, Mohd Shuhaily masih berkhidmat di AKPS.Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi kenyataan memaklumkan urusan perkhidmatan Mohd Shuhailymasih dalam proses untuk dimuktamadkan bagi memastikan ia dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.Kementerian itu juga menegaskan bahawa kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas AKPS menjadi antara keutamaan dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawainya.KDN memaklumkan AKPS yang baru memasuki tahun kedua penubuhannya memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara."Kementerian akan terus memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin."Keutamaan KDN adalah untuk memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara," menurut kenyataan itu.Pada 21 Oktober, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah diMahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September





Warga China dipenjara sehari, denda RM10,000 kerana rasuah polis RM500 - Sinarharian - 28/10 12:42 am

SHAH ALAM Tindakan seorang lelaki warga China memberi rasuah RM500 kepada seorang pegawai polis bagi mengelakkan pemeriksaan, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000.Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh, He Ruqiang, 45, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah memberikan wang itu kepada seorang ejen kerajaan Malaysia, iaitu pegawai polis yang bertugas di Bahagian Pasukan Gerakan Am (PGA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.Pemberian wang berkenaan sebagai dorongan pegawai polis itu tidak meneruskan pemeriksaan terhadap tertuduh, di dalam sebuah bilik di Jalan Bestari 2A/KU7, Kawasan Perindustrian Kapar Bestari jam 10.50 pagi pada 6 April lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin dan pegawai pendakwa, Mohd Alimi Mustapha sementara tertuduh diwakili peguam, Muhamad Aizat Fakri.





Polis beku, sita RM409 juta aset milik mafia korporat - Saifuddin - Sinarharian - 28/10 12:03 am

KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) membeku dan menyita pelbagai aset bernilai kira-kira RM409.21 juta dalam siasatan Op Viking berhubung dakwaan kewujudan 'mafia korporat di Malaysia.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan itu melibatkan 404 akaun bank bernilai kira-kira RM85.62 juta, 417 akaun sistem depositori pusat (CDS) dan 70 akaun dagangan saham berjumlah RM323.59 juta.Selain itu, sebanyak lapan bidang hartanah dan 11 kenderaan turut dikenakan tindakan pembekuan dan penyitaan."Setakat 25 September 2026, seramai 70 individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkenaan."Berdasarkan kepada latar belakang dan identiti individu-individu saksi yang telah dipanggil untuk rakaman percakapan, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat atau pun dikenal pasti bagi tujuan membantu siasatan," katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat, pada Rabu.Saifuddin Nasution turut memaklumkan, siasatan dijalankan susulan laporan Bloomberg pada 12 Februari 2026 yang mendakwa wujudnya 'mafia korporat' di Malaysia, termasuk dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh agensi penguat kuasa bagi menekan ahli perniagaan menjual saham syarikat pada harga rendah bagi tujuan penguasaan syarikat.Menurut beliau, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) PDRM telah membuka kertas siasatan pada 14 Oktober 2025 di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)."Pada masa ini, siasatan Op Viking masih diteruskan bagi melengkapkan keseluruhan kertas siasatan."KDN memberi jaminan bahawa PDRM komited melaksanakan siasatan ini mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," ujarnya.





Another former police officer claims to have been assaulted by Shuhaily - Sinardaily - 28/10 11:46 am

KUALA LUMPUR Another former police officer has claimed to have been a victim of assault involving Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) director-general Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain when the senior officer was serving as Hilir Perak district police chief 11 years ago.Following the allegation, lawyer Kamal Hisham Jaafar, who represents the former officer, has urged the Attorney-General to review and reconsider a police report lodged against Mohd Shuhaily on Nov 19, 2015.According to a media statement issued by Kamal Hisham & Associates on Wednesday, the report was lodged in Teluk Intan, Perak.However, Kamal Hisham claimed that no action had been taken against Mohd Shuhaily in connection with the report.He said the complainant, who was still serving as a police officer at the time, also faced various challenges and difficulties in the force after lodging the report.Kamal Hisham said the situation eventually led to the complainant's dismissal from the Royal Malaysia Police (PDRM).The latest development follows Mohd Shuhaily's court charge on Oct 21 under Section 323 of the Penal Code over allegations that he assaulted two police officers at Counter J, Terminal 1 of Kuala Lumpur International Airport (KLIA), between 1.17 pm and 1.35 pm on Sept 28.Kamal Hisham said the charge had given his client hope of obtaining justice, describing it as a manifestation of the principle of equality before the law without discrimination.In this regard, he and another lawyer, Muhammad Nor Tamrin, have submitted a formal application to the Attorney-General for the police report to be reviewed and reconsidered in accordance with the law.The lawyers also expressed hope that the matter would receive due attention to ensure that the rule of law continues to be upheld without discrimination.





2,097 police personnel arrested for drug offences, robbery and corruption since 2021 - Sinardaily - 28/10 10:58 am

KUALA LUMPUR - A total of 2,097 Royal Malaysia Police (PDRM) officers and personnel were arrested for drug-related offences, robbery and corruption from 2021 to August 2026, according to the Home Ministry.The ministry said the figure comprised 1,551 arrests for drug-related offences, 64 for robbery and 482 by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).All the arrests for drug-related offences were made under the Dangerous Drugs Act 1952, with 357 people arrested in 2021, followed by 248 in 2022, 245 in 2023, 310 in 2024, 256 in 2025 and 135 from January to August this year."For robbery, 10 people were arrested in each of the years 2021, 2022 and 2025, as well as in the first eight months of this year, while 11 individuals were arrested in 2023 and 13 in 2024."Arrests of PDRM personnel by the MACC involved 77 people in 2021, 86 in 2022, 129 in 2023, 53 in 2024, 87 in 2025 and 50 from January to August this year, the ministry said in a written reply published on the Parliament portal.The ministry was responding to a question from Lim Lip Eng (PH-Kepong) on the number of police personnel arrested for drug-related offences, robbery and corruption since 2021, as well as the status of investigations into 12 police personnel suspected of robbing a group of Chinese nationals of about RM200,000 in cryptocurrency at Country Heights, Kajang, on Feb 5.On the status of the investigation involving the 12 police personnel, the ministry said PDRM had opened an investigation paper and that investigations were ongoing under Section 395 of the Penal Code





2,097 pegawai, anggota polis ditangkap berkaitan dadah, samun dan rasuah sejak 2021 - Sinarharian - 28/10 10:54 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak2,097 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditangkap berkaitan kesalahan dadah, samun dan rasuah bagi tempoh dari 2021 hingga Ogos 2026, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).Kementerian itu memaklumkan jumlah berkenaan merangkumi 1,551 orang bagi kesalahan dadah, 64 orang bagi kesalahan samun dan 482 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Bagi kesalahan dadah, kesemua tangkapan dibuat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan 357 orang ditangkap pada 2021, diikuti 248 (2022), 245 (2023), 310 (2024), 256 (2025) dan 135 orang bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini."Bagi kesalahan samun pula, 10 orang ditangkap masing-masing pada2021, 2022,2025 dan lapan bulan pertama tahun ini, manakala 11 individu pada 2023 dan 13 orang pada 2024."Tangkapan warga PDRM oleh SPRM pula melibatkan 77 orang pada 2021, 86 orang (2022), 129 orang (2023), 53 orang (2024), 87 orang (2025) dan 50 orang bagi Januari hingga Ogos tahun ini," menurut KDN dalam jawapan bertulis di portal Parlimen.Kementerian itu menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai jumlah anggota polis yang ditangkap kerana kesalahan dadah, samun dan rasuah sejak 2021, sertastatus siasatan terhadap 12 anggota polis yang disyaki merompak kira-kira RM200,000 mata wang kripto daripada sekumpulan warga China di Country Heights, Kajang pada 5 Februari lepas.Berhubung status siasatan terhadap 12 anggota polis itu, KDN memaklumkan PDRM telah membuka kertas siasatan dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan





2,097 pegawai, anggota polis ditangkap berkaitan dadah, samun dan rasuah sejak 2021 - Astroawani - 28/10 10:45 am

Seramai 2,097 pegawai dan anggota PDRM ditangkap bagi kesalahan dadah, samun dan rasuah antara 2021 hingga Ogos 2026.





Home Ministry reveals 2,097 police arrests since 2021, silent on Kajang crypto-robbery cops - Malaymail - 28/10 10:34 am

KUALA LUMPUR, Oct 28 More than 2,000 Royal Malaysia Police (PDRM) personnel have been arrested since 2021 for na...





Jenayah korporat: Tiada pegawai SPRM dipanggil bantu siasatan - KDN - Sinarharian - 28/10 10:34 am

KUALA LUMPUR - Tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenal pasti terlibat atau dipanggil untuk membantu siasatan jenayah korporat menerusiOpViking setakat ini, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).Kementerian itu memaklumkan perkara berkenaan berdasarkan latar belakang dan identiti saksi yang telah dipanggil untuk dirakam percakapan."Setakat 25 September lepas,70 individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menahan beberapa individu serta membekukan dan menyita pelbagai aset yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti yang sedang disiasat."Tindakan pembekuan dan penyitaan inimelibatkan lapan bidang hartanah, 11 kenderaan, 417 akaun Sistem Depositori Pusat (CDS), 70 akaun dagangan saham bernilaiRM323.59 juta serta 404 akaun bank berjumlah RM85.62 juta," menurut KDN dalam jawapan bertulis di portal Parlimen.Kementerian itu menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mengenai skop dan status siasatan PDRM terhadap dakwaan 'mafia korporat', termasuk pembabitan pegawai SPRM atau agensi penguatkuasaan lain serta dakwaan penyalahgunaan kuasa.KDN memaklumkan siasatan OpViking masih diteruskan bagi melengkapkan keseluruhan kertas siasatan dan memberi jaminan bahawa PDRM komited melaksanakan siasatan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."Melalui Op Viking, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), PDRM telah membuka satu kertas siasatan pada 14 Oktober 2025 di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613)," menurut kementerian itu





Corporate crime: No MACC officers identified in Op Viking probe so far - KDN - Sinardaily - 28/10 10:28 am

KUALA LUMPUR - No officers from the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) have been identified as being involved in, or summoned to assist with, the corporate crime investigation under Op Viking so far, according to the Home Ministry (KDN).In a written reply posted on the Parliament portal, the ministry said this was based on the backgrounds and identities of witnesses whose statements had been recorded."As of Sept 25, 70 individuals had been summoned to have their statements recorded. The Royal Malaysia Police (PDRM) have also detained several individuals, as well as frozen and seized various assets believed to be linked to the activities under investigation."The freezing and seizure actions involve eight properties, 11 vehicles, 417 Central Depository System (CDS) accounts, 70 stock trading accounts valued at about RM323.59 million, as well as 404 bank accounts containing about RM85.62 million, the ministry said.The reply was in response to a question from Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) on the scope and status of the PDRM investigation into allegations involving a "corporate mafia, including the possible involvement of MACC officers or personnel from other law enforcement agencies, as well as alleged abuse of power.KDN said the investigation, codenamed Op Viking, was ongoing as the authorities worked to complete the investigation papers





Seorang lagi bekas anggota polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily - Sinarharian - 28/10 10:03 am

KUALA LUMPUR Seorang lagi bekas anggota polis mendakwa pernah menjadi mangsa kekerasan membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika pegawai kanan itu bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak, 11 tahun lalu.Susulan itu, peguam yang mewakili bekas anggota tersebut, Kamal Hisham Jaafar memohon Peguam Negara meneliti dan mempertimbangkan semula laporan polis yang dibuat terhadap Mohd Shuhaily pada 19 November 2015.Menurut kenyataan media daripada Tetuan Kamal Hisham & Associates pada Rabu, laporan berkenaan dibuat di Teluk Intan, Perak.Bagaimanapun, Kamal Hisham mendakwa, tiada sebarang tindakan diambil terhadap Mohd Shuhaily berhubung laporan itu.Beliau berkata, pengadu yang ketika itu masih berkhidmat sebagai anggota polis turut berdepan pelbagai cabaran dan kesukaran dalam perkhidmatan selepas membuat laporan tersebut.Keadaan itu, katanya, berakhir dengan pemberhentian pengadu daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Perkembangan terbaharu itu menyusul selepas Mohd Shuhaily didakwa di mahkamah pada 21 Oktober lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan melakukan kekerasan terhadap dua anggota polis di kaunter J, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, antara jam 1.17 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.Kamal Hisham berkata, pertuduhan itu memberi harapan kepada anak guamnya untuk mendapatkan keadilan, selain melihatnya sebagai manifestasi prinsip kesamarataan di sisi undang-undang tanpa diskriminasi.Sehubungan itu, beliau bersama seorang lagi peguam, Muhammad Nor Tamrin telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Peguam Negara (AG) supaya laporan polis tersebut diteliti dan dipertimbangkan semula mengikut lunas undang-undang.Peguam turut berharap, perkara itu diberi perhatian bagi memastikan prinsip kedaulatan undang-undang terus dipertahankan tanpa sebarang diskriminasi.





Premis perniagaan langgar undang- undang berdepan tindakan tegas - Kor Ming - Sinarharian - 27/10 3:17 pm

PUTRAJAYA Premis perniagaan yang melanggar undang-undang termasuk memberi sewaan kepada pihak asing akan berdepan tindakan tegas, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming.Beliau berkata, warga asing yang ingin menjalankan perniagaan perlu menubuhkan syarikat dan membuat permohonan untuk melabur, bukannya menyalahgunakan visa bagi menjalankan perniagaan tanpa kebenaran."Kita memang mengalu-alukan pelaburan foreign direct investment, tapi bukan salah guna visa kemudian dan buat perniagaan tanpa izin," katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Pesta Cahaya KPKT di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan Sinar Harian yang mendedahkan pelbagai perniagaan aktif dipercayai dijalankan warga asing di sekitar bandar Klang, Selangor.Tegas Kor Ming, tindakan penguatkuasaan itu penting bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang negara dan tidak menjalankan perniagaan sewenang-wenangnya."Kedaulatan undang-undang merupakan Rukun Negara dan tiada sesiapa pun terkecuali daripada mematuhinya," jelas beliau.Terdahulu, dalam laporan eksklusif Sinar Harian mendedahkan, warga asing leka melakukan aktiviti perjudian bola golek di sebuah lorong yang tersorok berhampiran stesen bas lama, Klang hanya dengan menutup kawasan itu menggunakan kanvas hitam.Tinjauan Sinar Harian di lokasi turut mendapati seorang lelaki tempatan memegang walkie- talkie dipercayai sedang mengawasi kawasan berkenaan dari diserbu pihak berkuasa.Selain itu, terdapat perniagaan aktif seperti menjual sireh, telefon bimbit, pakaian, barangan kemas serta barangan basah. Premis menjual daging dan barang basah antara yang mendapat sambutan.Di lorong belakang pula, kelihatan beberapa pekerja asing sedang memotong daging di kawasan terbuka.Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan sebanyak 28,000 lesen perniagaan warga asing tanpa izin dibatalkan dalam tempoh tiga tahun menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan bersama Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Menurutnya, hampir 7,000 premis haram yang tidak mendapat kelulusan PBT turut dirobohkan, manakala 63,000 kompaun dikeluarkan dalam tempoh sama.





Pelajar kolej dapat upah RM1,000 simbah cat, baling molotov cocktail - Sinarharian - 27/10 11:26 am

IPOH Dua pelajar kolej antara tiga lelaki tempatan yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan khianat membabitkan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol berisi petrol yang dibakar di beberapa negeri sejak September lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata ketiga-tiga suspek berusia 19 tahun itu ditahan dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang pada 22 Oktober lalu.Menurutnya, seorang daripada mereka bekerja sebagai penjaga stor, manakala dua lagi merupakan pelajar kolej."Hasil soal siasat mendapati ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam kegiatan khianat di beberapa lokasi dengan menerima upah antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap tindakan."Mereka menerima arahan daripada individu tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp dan bayaran dibuat melalui akaun bank," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Selasa.Mohd Alwi berkata, bagi setiap perbuatan menyimbah cat, suspek dipercayai menerima upah RM500, manakala tindakan membaling botol berisi petrol yang dibakar dibayar RM1,000.Katanya, siasatan mendapati suspek mengambil gambar selepas melakukan perbuatan berkenaan sebagai bukti kepada pihak yang mengupah mereka sebelum bayaran dimasukkan ke dalam akaun masing-masing.Beliau berkata, polis turut mengesan seorang lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan berkenaan dan sedang giat mengesannya."Motif sebenar penglibatan mereka masih dalam siasatan, termasuk bagaimana mereka direkrut untuk melakukan kegiatan jenayah ini."Kita juga masih berusaha mengesan individu yang menjadi dalang dan mengupah mereka kerana setakat ini identitinya belum dikenal pasti," katanya.Menurutnya, kegiatan kumpulan itu dipercayai bermula pada September lalu dengan mereka bergerak secara serentak dan melakukan perbuatan khianat di beberapa negeri, termasuk dua hingga tiga negeri pada hari yang sama.Beliau berkata, hasil penahanan itu polis berjaya menyelesaikan sembilan kes khianat di lima negeri iaitu Perak (dua kes), Kedah (tiga kes), Johor (dua kes), Pulau Pinang (satu kes) dan Selangor (satu kes).Bagi kes di Perak, kejadian pertama dilaporkan pada 19 September lalu membabitkan sebuah rumah di Taman Pura Jaya, Simpang, Taiping apabila dua lelaki dipercayai menyimbah cat merah sebelum membaling botol berisi petrol yang dibakar ke arah rumah mangsa.Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.Dalam kejadian kedua pada 10 Oktober lalu, dua lelaki dipercayai menyimbah cat merah ke sebuah rumah di Taman Sri Larut, Simpang, Taiping termasuk rumah jiran mangsa. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.Mohd Alwi berkata, dalam serbuan yang dijalankan di Pulau Pinang, polis merampas tiga telefon bimbit, pakaian yang dipercayai digunakan ketika kejadian serta tiga kenderaan iaitu Proton X70 berwarna kelabu, Nissan Teana berwarna putih dan Honda City berwarna hitam.Katanya, semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.Beliau berkata, Seksyen 427 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 435 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan denda."PDRM Perak akan terus mempergiat usaha risikan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan jenayah seumpama ini."Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengetahui sebarang aktiviti jenayah di kawasan masing-masing," katanya.





Polis tahan 93 individu, rekod 77 kes berkaitan keldai dadah di KLIA - Mygazette - 27/10 8:06 am

Beliau berkata 45 kes direkodkan menerusi kerjasama dengan Polis Bantuan AVSEC Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di KLIA serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS). Sebanyak 25 kes lagi melibatkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JSJN, termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) KLIA serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor





28,401 lesen dibatalkan, KPKT kekang warga asing berniaga haram - Sinarharian - 26/10 6:59 pm

KUALA LUMPUR Sebanyak 28,401 lesen perniagaan dibatalkan dalam tempoh tiga tahun menerusi 10,248 operasi bersepadu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menangani isu pencerobohan perniagaan tempatan oleh warga asing.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembatalan lesen itu merupakan sebahagian daripada 100,366 tindakan penguatkuasaan yang diambil di seluruh negara sepanjang tempoh berkenaan.Menurutnya, tindakan lain yang dilaksanakan termasuk pengeluaran 65,023 kompaun dan 6,942 tindakan sitaan serta perobohan premis bagi memastikan pematuhan terhadap syarat pelesenan."Bersama agensi rakan strategik seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), KPKT telah mengambil tindakan tegas bagi mengekang warga asing berniaga secara haram di premis perniagaan seluruh negara."Saya ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan pemegang lesen tempatan yang melanggar syarat pelesenan seperti amalan Ali Baba atau penyewaan premis kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan secara haram," katanya.Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Isnin.Kor Ming berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan pemegang lesen tempatan mematuhi peraturan ditetapkan, khususnya berkaitan penggunaan premis perniagaan oleh pihak yang tidak dibenarkan.Beliau turut menegaskan komitmen kementerian untuk memastikan peluang perniagaan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat."Kami akan terus komited dalam mempertahankan hak peniaga tempatan dan memastikan peluang perniagaan yang disediakan benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat," tegasnya.Dalam usaha memperkasa usahawan tempatan pula, Kor Ming memaklumkan, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah melaksanakan 107 projek pembinaan Gerai Madani dan menaik taraf pasar awam uzur dengan peruntukan RM60 juta pada 2026.Katanya, usaha itu akan terus dipergiatkan pada 2027 dengan peruntukan sebanyak RM120 juta."Langkah ini bertujuan menyediakan kemudahan perniagaan dan pasar awam yang lebih selamat, bersih dan selesa demi manfaat peniaga serta pengunjung," ujar beliau.





STL 2026: Kedudukan Terkini Selepas Berakhirnya GP Perak - Vocket - 26/10 1:47 pm

PDRM Defenders mempamerkan semangat juang kental untuk bangkit dan sekali gus menundukkan Kuala Lumpur Thunder pada aksi final Liga Premier STL 2026 bagi Grand Prix..





Kedudukan Terkini Selepas Berakhirnya GP Perak - Hotfm - 26/10 1:47 pm

PDRM Defenders mempamerkan semangat juang kental untuk bangkit dan sekali gus menundukkan Kuala Lumpur Thunder pada aksi final Liga Premier STL 2026 bagi





Pemandu mabuk: DAP desak pindaan akta pampasan waris mangsa - Sinarharian - 26/10 12:46 am

SHAH ALAM - Kerajaan digesa mempercepatkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membolehkan mahkamah memerintahkan bayaran pampasan kepada mangsa atau waris, khususnya kes mengakibatkan kematian dan kecederaan parah selain keperluan membentangkannya di Dewan Rakyat seawal sidang pertama tahun depan.Gesaan itu dibuat oleh 13 pemimpin akar umbi DAP susulan tragedi membabitkan seorang pekerja penyelenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang maut selepas dilanggar individu dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol di Lebuhraya Sultan Iskandar pada Sabtu lalu.Pengerusi DAP Cawangan Pusat Bandar Shah Alam, Nor Miswary Ramli berkata, pihaknya turut menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tragedi menyayat hati itu.Menurut beliau, ini termasuk meneliti sama ada fakta dan keterangan kes memenuhi elemen kesalahan membunuh di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada pertuduhan di bawah Seksyen 302."Ia tertakluk kepada bukti dan keputusan pihak pendakwaan seperti dalam dua kes pemandu mabuk sebelum ini yang didakwa di bawah Seksyen 302."Kerajaan juga perlu mengkaji pindaan Seksyen 510 Kanun Keseksaan supaya hukuman terhadap perlakuan mabuk yang mengganggu ketenteraman awam atau membahayakan orang lain lebih berkesan, di samping memperkukuh intervensi awal dan pemantauan di tempat awam secara berkadar," katanya pada Isnin.Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama termasuk Pengerusi DAP Cawangan Setia Impian, Muhammad Shakir Ameer Mohideen; Pengerusi DAP Cawangan Bandar Baru Bangi, Farhan Haziq dan Pengerusi DAP Cawangan Kampung Tunku SS1, Mohd Aslam Ahmad Ramli.Turut sama, Setiausaha DAP Cawangan Taman Kemuncak, Izzul Afiq; Setiausaha DAP Cawangan Pekan Paloh, Abdul Majid Abd Aziz; Naib Ketua DAPSY Selangor, Nur Rahim Nasir; Ahli DAP Cawangan Alam Jaya, Edry Faizal; dan Ahli DAP Cawangan Kampung Baru Bt 9 Cheras, Shukri Mokhtar.Selain itu, Ahli DAP Taman Kemuncak, Muhammad Najib Anuar; Ahli DAP Taman Kemuncak, Muhammad Muzamir Abdul Rahman; Ahli DAP Bandar Baru Bangi, Muhammad Nurhadi dan Ahli DAP Cawangan Taman Seroja, Azfar Faruqi Mohamad Idris.Sebelum ini, seorang pekerja kontraktor DBKL dilaporkan maut, manakala rakannya cedera akibat dirempuh kereta dipandu lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol.Dalam kejadian jam 5 pagi pada Sabtu itu, mangsa dikatakan sedang mengemas peralatan selepas selesai kerja memasang papan tanda amaran di Lebuhraya Sultan Iskandar di ibu negara.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan, kemalangan berlaku di laluan dari arah Jalan Damansara menghala ke Jalan Parlimen.Jelas beliau, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar dua pekerja yang berada di lorong kiri jalan.Mengulas lanjut, Pemuda DAP turut membandingkan pendekatan Singapura yang melaksanakan undang-undang lebih ketat terhadap pemanduan di bawah pengaruh alkohol, termasuk langkah mengawal pengambilan alkohol dalam kalangan masyarakat.Menurutnya, pendekatan sedemikian wajar dikaji dengan mengambil kira konteks undang-undang Malaysia bagi meningkatkan aspek pencegahan, penguatkuasaan dan akauntabiliti terhadap pemandu yang membahayakan nyawa orang lain.Dalam jangka panjang, Pemuda DAP turut mencadangkan pendekatan 'whole-of-government' membabitkan PDRM, Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta pihak berkuasa tempatan."Usaha ini perlu merangkumi penguatkuasaan bersasar, pendidikan awam, tanggungjawab pengendali premis dan penyediaan pengangkutan alternatif selepas pengambilan alkohol."Nyawa rakyat tidak boleh terus-menerus terkorban akibat kecuaian orang lain berulang-ulang kali





NGO buat laporan polis dakwaan SB dikaitkan mafia korporat - Mygazette - 26/10 7:49 am

# NGO buat laporan polis dakwaan SB dikaitkan mafia korporat GEORGE TOWN - Pengerusi Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat, P. Shandrsegar membuat laporan polis berhubung satu hantaran di Facebook yang didakwa mengaitkan Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mafia korporat





Dua kereta dihempap tanah runtuh di Tanjung Tokong - Sinarharian - 25/10 8:20 pm

GEORGE TOWN Dua kenderaan, masing-masing BMW dan Honda City, rosak teruk selepas dihempap tanah runtuh berhampiran 33 Leisure Bay Condominium, Jalan Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, di sini pada petang Ahad.Kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu tidak melibatkan sebarang mangsa, namun operasi pemeriksaan dan pemantauan masih dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal tiba di lokasi pada jam 7 malam.Menurutnya, kejadian tersebut membabitkan dua kenderaan yang berada berhampiran lokasi ketika tanah runtuh berlaku."Dua kenderaan yang terlibat ialah BMW dan Honda City. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, seramai enam anggota termasuk seorang penyelia dihantar ke lokasi bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bagi menjalankan operasi.Katanya, operasi itu turut mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala maklumat lanjut mengenai kejadian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.





KL Thunder, PDRM Defenders mara ke final GP Perak - Sinarharian - 25/10 6:22 pm

KUALA LUMPUR Thunder dan PDRM Defenders bakal berentap pada final Liga Sepak Takraw (STL) Premier 2026 Grand Prix (GP) Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, jam 9.30 malam ini selepas masing-masing mengatasi lawan pada aksi separuh akhir, hari ini.Wakil Kuala Lumpur itu terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas menewaskan ATM Guardians 2-1 dalam pertarungan sengit tiga set.Selepas memenangi set pertama 17-15, mereka terpaksa berdepan kebangkitan ATM Guardians yang menyamakan kedudukan menerusi kemenangan 15-13 pada set kedua.Bagaimanapun, pasukan itu bangkit menguasai set penentuan 15-12 untuk melengkapkan kemenangan dan menempah tempat ke final.PDRM Defenders pula mengesahkan pertemuan dengan KL Thunder selepas menewaskan Johor Tigris 2-0.PDRM Defenders memenangi set pertama 15-12 sebelum melengkapkan kemenangan menerusi set kedua yang berlangsung sengit sehingga 17-16.Kekalahan itu menyaksikan Johor Tigris gagal meneruskan kejutan selepas menyingkirkan Negeri Sembilan Antlers pada suku akhir, manakala PDRM Defenders terus mengorak langkah memburu gelaran juara GP Perak.Sementara itu, ATM Guardians akan bertemu Johor Tigris dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.





Dakwa kenyataan ZRA bercanggah fakta, Amanah Selangor lapor polis - Mygazette - 25/10 5:05 pm

Saya melihat ada percanggahan fakta dan saya kira kenyataan ZRA itu tidak tepat serta tidak berfakta, malah beberapa perkara yang disebut tidak selari dengan kenyataan rasmi KPKM. Saya memohon supaya video berkenaan disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan dan berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya, katanya Ketika ditemui selepas membuat laporan di IPD Shah Alam, sebentar tadi





Orang Besar Istana Syed Budriz Putra Jamalullail dahului enam penerima Darjah Kebesaran Selangor - Sinarharian - 25/10 12:48 am

KLANG - Orang Besar Istana Engku Maharaja Lela Setia, Paduka Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail mendahului senarai enam penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad.Berangkat sama pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.Istiadat turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan barisan Exco kerajaan negeri.Syed Budriz Putra Jamalullail yang juga Presiden Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada penerima lelaki dan Datin Paduka Seri kepada penerima wanita sementara isteri ahli lelaki menggunakan gelaran Datin Seri.Darjah S.P.M.S turut dikurniakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.Sultan Selangor juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) kepada Datuk Diraja Selangor Datuk Lela Jasa Diraja Datuk Richard Alexander John Curtis dan bekas Penasihat Undang-undang Negeri Selangor (2020-2026) Datuk Salim Soib @ Hamid.Pengurniaan darjah itu membawa gelaran Dato' Setia kepada penerima lelaki dan Datin Paduka Setia kepada penerima wanita.Selain itu, turut berlangsung hari ini ialah Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato' Diraja Selangor.Dalam istiadat itu, dua individu dimasyhurkan sebagai Orang Besar Istana iaitu Raja Datuk Reza Alhaj Raja Zaib Shah Alhaj dengan gelaran Engku Sri Paduka Diraja dan Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Alhaj dengan gelaran Tengku Orang Kaya Menteri Diraja.Yang turut dimasyhurkan ialah Datuk Dr Aljafri Abdul Majid sebagai Dato Diraja Selangor dengan gelaran Dato' Sri Maharaja Diraja.Dalam istiadat itu, mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan sumpah gelaran sebelum dikurniakan keris panjang daripada Sultan Sharafuddin.Mereka juga perlu meninggalkan negeri Selangor selama tujuh hari bermula hari ini sebelum kembali bagi istiadat menjunjung duli.Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dalam kenyataan berkata sebanyak 25 calon telah diperakukan dalam Mesyuarat Dewan di-Raja pada 6 Oktober sebagai penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor sebelum senarai tersebut mendapat perkenan Sultan Selangor."Daripada jumlah itu, enam penerima Darjah Kebesaran Kelas Pertama akan menerima pengurniaan pada 25 Okt manakala 19 penerima Darjah Kebesaran Kelas Kedua dan Kelas Ketiga akan menerima pengurniaan dalam istiadat yang dijadualkan pada 1 November."Kesemua calon yang diperakukan telah melalui dan melepasi proses tapisan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi aspek keselamatan dan rekod jenayah, Jabatan Insolvensi Malaysia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya





Presiden Kelab Sang Saka Biru menang TKO di gelanggang Muaythai - Sinarharian - 25/10 11:05 am

SELEPAS enam tahun meninggalkan gelanggang pertarungan, Mohd Zawawi Awang Teh kembali beraksi dan membuktikan kemampuannya apabila meraih kemenangan menerusi Technical Knockout (TKO) dalam Kejohanan Muaythai Sang Saka Biru Warrior Vol 3 pada Sabtu.Kejayaan itu diraih dalam kejohanan yang berlangsung Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sekali gus menjadi bukti bahawa faktor usia bukan penghalang untuk terus mencabar kemampuan diri dalam sukan tempur.Dalam pertarungan berkenaan, Mohd Zawawi yang juga Presiden Kelab Muay Thai Sang Saka Biru dan pengurus Persatuan Muay Thai Sang Saka Biru PDRM berentap dengan Master Choo Teck Chee dari Muaythai Selendang Kuning Studio.Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Mohd Zawawi menerusi keputusan TKO susulan kecederaan yang dialami pihak lawan.Mengulas keputusannya kembali ke gelanggang selepas enam tahun bersara daripada sebarang pertarungan, Mohd Zawawi berkata, penyertaannya kali ini bertujuan memberi dorongan kepada golongan muda supaya tidak menjadikan faktor usia sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi."Pada masa sama, ia secara tidak langsung dapat menguji kekuatan dan kemampuan diri saya





Suspek kes bunuh 17 tahun lalu berjaya diberkas - Sinarharian - 24/10 3:09 pm

PENAMPANG - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan lebih 17 tahun lalu, berjaya diberkas di sebuah kediaman sekitar Kolombong, Inanam pada Khamis lalu.Suspek berusia 42 tahun adalah individu dikehendaki pihak polis berkaitan kes bunuh seorang lelaki yang berlaku di daerah ini.Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintenden Arisanti Aziz berkata, tangkapan berjaya dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang."Hasil usaha pengesanan dan siasatan yang berterusan, berjaya menahan lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang berlaku lebih 17 tahun lalu."Siasatan melibatkan kematian seorang lelaki di Beverly HIlls, di sini pada 11 April 2009," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Arisantiberkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tapi tidak lebih 40 tahun."Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai," katanya.Sehubungan itu katanya, kejayaan tangkapan itu membuktikan komitmen dan kesungguhan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah."Selain itu bagi memastikan individu yang disyaki terlibat dalam jenayah serius terus dikesan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.





251 kes kesalahan seksual libatkan pelajar IPT dilaporkan setakat Ogos - Hui Ying - Sinarharian - 24/10 1:30 pm

MELAKA -Sebanyak 251 kes kesalahan seksual melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying.Beliau berkata, statistik yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa keselamatan seksual dalam persekitaran pendidikan memerlukan perhatian serius dan tindakan berterusan."Dalam menangani isu ini, kita bukan sahaja perlu mengetahui cara melindungi diri, tetapi juga memahami kaedah untukmembantu orang lain dengan betul."Oleh itu, antara matlamat utama Skuad Waja Siswa yang membawa maksud Wanita Anti Jenayah ditubuhkan adalah untuk menggalakkan penglibatan sukarelawan dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran serta membantu menangani keganasan terhadap wanita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Skuad Waja Siswa Negeri Melaka di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)di sini pada Sabtu.Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Ruziah Shafei dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Hanani Sapit.Hui Ying





3,000 transaksi pencerobohan tol setahun, Lebuhraya KLK, LPT1 rugi lebih RM20,000 - Careta - 24/10 8:29 am

Sehubungan dengan itu, beliau berkata syarikat berkenaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangka serta melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu bermula 3 hingga 5 pagi di Plaza Tol Karak bertujuan mengesan, membendung dan mengurangkan





Kes Ketua Pengarah AKPS perlu diselesaikan secara adil, telus - G25 - Sinarharian - 23/10 9:17 pm

SHAH ALAM - Kumpulan bekas penjawat awam kanan (G25) menggesa agar kes pendakwaan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain diselesaikan segera menerusi proses undang-undang yang adil dan tidak memihak.G25 berkata, keyakinan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan dan institusi negara bergantung sepenuhnya kepada kedaulatan undang-undang yang dikuatkuasakan secara konsisten kepada semua tanpa rasa takut atau pilih kasih.Menurutnya, setiap individu yang didakwa berhak mendapat anggapan tidak bersalah dan perbicaraan yang penuh serta adil."Memandangkan perkara berkenaan kini berada di hadapan mahkamah, kami tidak mengulas mengenai merit kes tersebut."Kami mengambil maklum dan memuji kenyataan yang dibuat oleh Mohd Shuhaily bahawa beliau akan menghormati proses undang-undang, kami juga percaya bahawa kes itu akan didengar sepenuhnya, adil dan telus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah berhubung dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada bulan lalu.Mohd Shuhaily selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter Terminal 1 KLIA di sini jam 1.17 hingga 1.30 tengah hari pada 28 September lalu.Mengulas lanjut, G25 berkata, penguatkuasaan sempadan merupakan antara bidang perkhidmatan awam yang paling mencabar kerana pegawai bertugas sering berdepan ancaman penyeludupan, pemerdagangan orang dan rangkaian jenayah terancang.Justeru, menurutnya, pegawai penguat kuasa wajar mendapat sokongan institusi yang kukuh bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan integriti.Tambahnya lagi, Mohd Shuhaily telah berkhidmat kepada negara selama lebih 26 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)."G25 mengiktiraf dan memuji rekod perkhidmatan jangka panjang Shuhaily kepada negara."Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera demi kepentingan negara serta bagi memelihara keyakinan awam terhadap agensi penguatkuasaan dan institusi kehakiman," katanya.





Pegawai Kanan, Anggota Perlu Saling Hormat, Pelihara Disiplin - Ketua Polis Negara - Siakapkeli - 23/10 8:31 pm

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail mengingatkan warga PDRM supaya memelihara disiplin, menghormati pegawai lebih kanan dan menerima teguran sebagai usaha memperkukuh keharmonian pasukan.





Lima suspek kes mayat ditanam di Semenyih masih diburu – KP... - Mygazette - 23/10 3:39 pm

Sehubungan itu, beliau orang ramai diminta membantu menyalurkan maklumat bagi mengesan mereka. Pihak PDRM Selangor memohon kerjasama masyarakat dan orang ramai





Sepatutnya Pak Menteri bertindak mendamaikan… - Harakahdaily - 23/10 3:25 pm

IZINKAN saya meluahkan apa yang saya rasa berkenaan dengan isu melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Shuhaily Mohd Zin dan dua anggota Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga berlanjutan sampai ke mahkamah semalam





Pelajar serang guru: 24 individu dirakam percakapan - Polis - Sinarharian - 23/10 11:08 am

KUCHING - Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung insiden yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah swasta di Kuching.Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat Khamis pihak polis telah mengambil beberapa tindakan bagi membantu melengkapkan siasatan."Seramai 24 orang telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan."Rakaman percakapan melibatkan pengadu, mangsa, pegawai perubatan, pegawai yang terlibat dalam tindakan tangkapan dan rampasan, ibu bapa individu yang disiasat, pemandu keluarga, pihak sekolah serta pelajar sekolah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Katanya lagi, suspek yang masih menerima rawatan di hospital akan disiasat mengikut keadaan kesihatannya, tertakluk kepada nasihat dan penilaian pegawai perubatan serta prosedur undang-undang yang berkuat kuasa."Untuk makluman, suspek kini masih menerima rawatan di hospital dan pihak polis meneruskan tindakan siasatan dengan mengambil kira keadaan kesihatannya serta tertakluk kepada nasihat dan penilaian pihak pegawai perubatan, disamping memastikan segala prosedur undang-undang yang berkuatkuasa dipatuhi," katanya.Bagaimanapun, dalam masa PDRM ingin menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti yang berkaitan."Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan fakta yang diperoleh dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."PDRM juga mengambil serius aspek sensitiviti semua pihak, khususnya kebajikan mangsa dan pelajar yang terlibat," katanya.Sehubungan itu katanya, orang ramai diminta menghormati privasi mereka dan tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi yang boleh membawa kepada pengenalpastian mana-mana pihak, khususnya individu bawah umur."PDRM Kontinjen Sarawak komited untuk memastikan siasatan dilaksanakan secara adil, objektif dan berlandaskan kedaulatan undang-undang," katanya.Pada Rabu lalu, Saifullizan mengesahkan seorang guru wanita cedera dipercayai akibat diserang seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dengan menggunakan kapak di sebuah sekolah antarabangsa di sini.Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.





Lelaki ditahan bantu siasatan sebar kandungan berunsur hasutan di media .. - Mygazette - 23/10 8:07 am

Beliau berkata kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. PDRM turut mengambil maklum titah Raja-Raja Melayu seperti yang dizahirkan melalui kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 14 Okt lepas, iaitumenyeru semua pihak agar mengutamakan kebijaksanaan, kesabaran serta penghormatan terhadap adab, adat dan maruah institusi diraja





Motosikal taktikal ATEB perkukuh penugasan PGA di sempadan negara - Astroawani - 23/10 4:30 am

Perolehan375 unit ATEB olehPolis Diraja Malaysia (PDRM) adalah bagi meningkatkan mobiliti anggota, sekali gus mempercepat pergerakan dan tindakan ketika operasi.





Melaka polls: Parties, candidates must obtain approval before using drones - Sinardaily - 22/10 4:52 pm

Even the police must obtain approval before using drones for operational purposes, he told reporters after attending a briefing on the 16th Melaka State Election for political party representatives at the Melaka Police Contingent Headquarters here today.He said Melaka police would deploy about 3,400 personnel to ensure security and public order throughout the election period, including an additional 1,500 personnel from outside the state to support operations."The deployment of these reinforcements will be coordinated by Bukit Aman. The police will also use technology, including closed-circuit television (CCTV) cameras and drones operated by a special team, to help ensure the smooth conduct of the election, he said.Dzulkhairi also reminded all political parties and candidates to avoid raising issues involving race, religion and royalty (3R), spreading defamatory allegations or engaging in actions that could disrupt public order during the campaign period, which begins on Oct 31."The police will remain vigilant on matters concerning security and public order, while issues involving 3R and social media content will be referred to the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) for investigation, he said.He said police had so far received two reports involving political parties, lodged on Oct 14, concerning the vehicle-free zone in Banda Hilir and an issue involving a Rohingya ethnic school, even though the nomination process had yet to take place."Both cases are still under investigation under Section 500 of the Penal Code and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998, he said.In a related development, Dzulkhairi said a total of 2,764 early voters, including postal voters from the Royal Malaysia Police (PDRM), had been recorded for the Melaka state election scheduled for Nov 10.Earlier, 140 political party representatives from across Melaka attended the briefing, which also involved representatives from MCMC and the Election Commission (EC).Dzulkhairi said the briefing was aimed at helping political parties understand the procedures and regulations they must comply with throughout the election period, including requirements for campaign permits."For permit applications, the police will call in candidates representatives according to their respective districts to facilitate early applications, making it easier to conduct campaign activities, he said





MP pembangkang persoal Saifuddin gagal jadi pendamai dalam isu kes Shuhaily - Mkini - 22/10 4:23 pm

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PAS- Machang) berkata, sedangkan AKPS dan PDRM berada di bawah kementerian dalam negeri yang diterajui Saifuddin Nasution Ismail.





Pahang rekod 12,217 saman status waran tangkap - Mygazette - 22/10 2:53 pm

"Sekiranya status sudah bertukar menjadi waran tangkap, ia akan memberi kesukaran kepada pengguna jalan raya untuk memperbaharui cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) tahun berikutnya. "Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihat agar membuat semakan di mana-mana balai polis berhampiran atau menggunakan aplikasi MyBayar PDRM yang boleh dimuat turun mengikut peranti telefon masing-masing bagi mengelakkan saman menjadi status waran tangkap," katanya





Siasat kematian Noorizwan di bawah Seksyen 302 – Rayer - Mygazette - 22/10 2:53 pm

# Siasat kematian Noorizwan di bawah Seksyen 302 - Rayer KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan polis





PDRM tunggu arahan AGC berhubung siasatan dakwaan Ismail dipaksa .. - Mygazette - 22/10 8:50 am

# PDRM tunggu arahan AGC berhubung siasatan dakwaan Ismail dipaksa tandatangani proklamasi KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menungguarahan lanjut daripadaJabatan Peguam Negara (AGC) berhubungsiasatan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi





RM2.85b dadah, racun dirampas dalam tempoh 9 bulan – JSJN Bukit... - Mygazette - 22/10 8:50 am

# RM2.85b dadah, racun dirampas dalam tempoh 9 bulan - JSJN Bukit Aman KUALA LUMPUR - Nilai dadah dan racun dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat 43.63 peratus kepada RM2.85 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding RM1.98 bilion dalam tempoh sama tahun lepas





‘Geng Suria’ aktif rompakan kumpulan bersenjata tumpas, 9 ahli .. - Mygazette - 22/10 8:50 am

Tambah Kumar, kesemua sembilan ahli Geng Suria akan dituduh di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah esok. PDRM turut memberi komitmen untuk mengambil tindakan berterusan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti jenayah terancang bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara, katanya





Kemalangan lori tangki, bahan kimia jadi senario latihan kecemasan PLUS - Mygazette - 22/10 8:50 am

Latihan itu berlangsung di laluan Kubang Semang ke Lunas arah timur, membabitkan jajaran KM16.7 hingga KM17.7 Lebuhraya BKE. Antara agensi yang mengambil bahagian ialah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia





PDRM tunggu arahan AGC berhubung siasatan dakwaan Ismail dipaksa tandatangani Proklamasi - Sinarharian - 21/10 10:45 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung siasatan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi.Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan kertas siasatan dirujuk kepada AGC pada 29 Sept lepas untuk penelitian dan arahan lanjut.Menurut kementerian itu, tindakan atau siasatan lanjut oleh PDRM bergantung pada hasil penelitian dan arahan AGC."PDRM akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan KDN memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang tanpa memihak kepada mana-mana pihak," katanya.Kementerian itu menjawab pertanyaan Cha Ke Chin (PH-Rasah) yang ingin tahu perkembangan siasatan laporan polis yang dibuat Ismail pada 8 Sept lepas serta tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pihak terlibat.KDN memaklumkan empat individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan sejak laporan itu dibuat.Pada 9 September lepas, Ismail mendakwa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi bagi memecat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Sementara itu, kerajaan menyasarkan pendaftaran semua pelarian di bawah sistem domestik Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) dapat diselesaikan menjelang 31 Disember 2029.KDN memaklumkan sebanyak 4,010 individu telah didaftarkan dalam fasa pertama program itu setakat Jun lepas, sejak pelaksanaannya pada 1 Jan 2026 dan daripada jumlah itu, 4,008 adalah warga Myanmar manakala masing-masing seorang warga Sudan serta Syria.Kementerian itu memaklumkan bahawa 400 individu telah dipindahkan ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka di Bidor, Perak untuk menjalani proses penentuan status manakala status pelarian bagi 78 orang diluluskan.Menurut KDN, fasa kedua DPP akan melibatkan pendaftaran individu di luar depot termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan individu yang mendakwa sebagai pelarian."Berdasarkan perancangan yang telah diumumkan, fasa ini dijadualkan bermula pada separuh kedua tahun ini dengan sasaran keseluruhan proses pendaftaran diselesaikan pada 31 Disember 2029."Pelaksanaan ini merangkumi pengumpulan maklumat peribadi dan biometrik, tapisan keselamatan serta proses penentuan dan pengesahan status oleh kerajaan," menurut kementerian berkenaan.KDN memaklumkan perkara itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang meminta kementerian berkenaan menyatakan status terkini pelaksanaan DPP, dan sejauh mana program tersebut dapat meredakan keresahan rakyat mengenai kebanjiran warga asing di Malaysia





Police dismantle Geng Suria, nine members to face organised crime charges - Sinardaily - 21/10 10:30 pm

KUALA LUMPUR The Royal Malaysia Police (PDRM) have dismantled Geng Suria, an organised crime group believed to be linked to 20 property and violent crime cases, including armed robberies that left victims injured, in Kedah.Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director Datuk M





RM2.85 bilion dadah, racun dirampas dalam tempoh sembilan bulan - JSJN Bukit Aman - Astroawani - 21/10 10:30 pm

Nilai dadah dan racun dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat 43.63 peratus kepada RM2.85 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding RM1.98 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.





Malaysia-Jepun perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan - Astroawani - 21/10 10:30 pm

Malaysia dan Jepun komited memperkukuh kerjasama keselamatan bagi membanteras jenayah rentas sempadan menerusi perkongsian maklumat dan kerjasama siasatan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA).





205 rekod diraikan dalam satu malam - Sinarharian - 21/10 8:13 pm

Ia sesuatu yang perlu dibuktikan. Semua tetamu di dalam dewan menyaksikan sendiri dua rekod diukur di hadapan mereka."Setiap rekod lain yang disampaikan pada malam itu turut melalui piawaian bukti yang sama sebelum sampai ke pentas," katanya.Majlis yang berlangsung di Hyatt Regency Kuala Lumpur pada Isnin itu menghimpunkan lebih 400 tetamu termasuk Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, hadir sebagai tetamu kehormat bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin.Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid; Pengerusi Yayasan Generasi Malaysia, Tan Sri Profesor Dr Abdul Latiff Abu Bakar; Pengerusi Lembaga Penasihat ASEAN Records, Tan Sri Danny Ooi; Duta Laos ke Malaysia, Thepthavone Sengmany; dan Duta Tajikistan ke Malaysia, Ardasher Qodiri.Antara pihak yang menerima pengiktirafan pada malam itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Zoo Negara Malaysia dan Perbadanan Kota Buku.Dalam perkembangan berkaitan, ASEAN Records dan Asia Records mengumumkan bahawa kedua-dua organisasi itu memperoleh pensijilan ISO 9001:2015 bagi Sistem Pengurusan Kualiti daripada SGS, yang sah sehingga 30 September 2029.Malam gala itu turut memberi penghormatan kepada Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali, yang menurut penganjur merupakan pemegang rekod ASEAN Records dan berkongsi satu gelaran rekod Asia Records bersama suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.





Manipulasi imej seksual guna AI membimbangkan CMCF - Sinarharian - 21/10 6:13 pm

CYBERJAYA - Penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan seksual melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa semakin membimbangkan, sekali gus menuntut tindakan bersama kerajaan, penyedia platform, ibu bapa serta masyarakat bagi membendung risiko berkenaan.Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mediha Mahmood berkata, lambakan aplikasi dan laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan penjanaan kandungan AI menyukarkan usaha memastikan teknologi itu tidak disalahgunakan untuk tujuan jenayah.Menurutnya, perkhidmatan sedemikian boleh digunakan untuk memanipulasi gambar atau video seseorang bagi menghasilkan kandungan seksual yang tidak menggambarkan keadaan sebenar."Penggunaan AI untuk menghasilkan kandungan berunsur seksual melibatkan bukan sahaja orang dewasa, tetapi kanak-kanak adalah perkara paling membimbangkan."Kita juga melihat peningkatan penggunaan AI oleh golongan tersebut dan ini merupakan masalah yang perlu dibendung serta memerlukan kerjasama semua pihak," katanya dalam satu temubual khas bersama pengamal media, pada Jumaat.Mediha berkata, tanggungjawab menangani isu itu tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada kerajaan atau agensi penguat kuasa, sebaliknya perlu turut dipikul penyedia platform, ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat.Malah menurutnya, ibu bapa yang memberikan anak peranti dengan sambungan internet atau fungsi rakaman perlu memastikan penggunaannya sentiasa dipantau dan dikawal."Mereka perlu memahami bahawa risiko dalam talian bukan hanya berkaitan penggunaan media sosial, malah merangkumi aplikasi AI dan pelbagai perkhidmatan digital lain."Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun misalnya, tidak sepatutnya mempunyai akaun media sosial. Perkara itu juga boleh dijadikan panduan untuk penggunaan aplikasi AI dan apa sahaja perkhidmatan internet yang mempunyai risiko membahayakan atau memudaratkan," ujarnya.Sementara itu, pada Persidangan M360 ASEAN 2026 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 10 September lepas, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Ogos 2026, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengemukakan lebih satu juta permintaan kepada platform dalam talian untuk menurunkan kandungan."Daripada jumlah itu, sebanyak 935,416 kandungan telah diturunkan, mewakili kadar pematuhan platform sebanyak 93 peratus," kata Fahmi.Aduan tetap boleh dibuatMengulas tindakan terhadap penyalahgunaan AI, Mediha berkata, antara cabaran yang dihadapi pihak berkuasa ialah mendapatkan bukti forensik khususnya apabila kandungan atau pautan asal sudah dipadamkan.Bagaimanapun beliau menegaskan, orang ramai tidak seharusnya menganggap tiada tindakan boleh diambil hanya kerana pautan berkenaan sudah tiada.Menurutnya, perbincangan bersama agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC menunjukkan masih terdapat kaedah untuk mendapatkan pautan serta bukti berkaitan."Saya sarankan orang ramai tidak menganggap perkara itu tidak boleh dilaporkan





Kejayaan polis perkukuh keyakinan terhadap pembangunan JS-SEZ - Mygazette - 21/10 3:56 pm

# Kejayaan polis perkukuh keyakinan terhadap pembangunan JS-SEZ ISKANDAR PUTERI - Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam menjadi antara faktor penting menyokong pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)





Sindiket pelacuran rentas sempadan: 30 ditahan di KL, Johor - Mygazette - 21/10 3:56 pm

Malaysia dijadikan sebagai hab operasi bagi mengelak serta menyukarkan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan pencegahan ke atas kumpulan sindiket, katanya. Beliau berkata, kejayaan operasi itu membuktikan keberkesanan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPF melalui perkongsian maklumat risikan bagi membanteras jenayah rentas sempadan





Bekas Ketua Polis Temerloh dipenjara 8 bulan, bersalah 46 pertuduhan .. - Mygazette - 21/10 3:56 pm

Katanya, sabitan kesalahan itu sudah pun memberi implikasi serius terhadap terhadap Mohd Azhar. "Yang pertama, tertuduh akan dipecat daripada perkhidmatan PDRM





Terima rasuah RM69,600, bekas Ketua Polis Temerloh dipenjara 8 bulan - Sinarharian - 21/10 1:38 pm

KUANTAN - Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh dihukum penjara lapan bulan selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas 46 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM69,600 antara 2019 hingga 2023 lalu.Hakim Sazlina Safie menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Mohd Azhar Mohd Yusoff, 56.Dalam keputusan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi setiap pertuduhan bagaimanapun hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh disabitkan.Sazlina berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua elemen yang memenuhi kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan bagi kesemua tuduhan tersebut.Jun lalu, Mohd Azhar Mohd Yusoff diperintahkan membela diri atas semua pertuduhan rasuah dihadapinya.Mahkamah mendapati kesemua 46 pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah teratur dan sah serta tidak melanggar Seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.Mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie selepas membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan kes pendakwaan termasuk keterangan 20 saksi pendakwaan.Mohd Azhar yang didakwa di mahkamah itu pada 7 September 2023 mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan menerima rasuah tanpa balasan itu yang didakwa diterima melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian.Kesalahan itu didakwa dilakukan membabitkan penerimaan wang antara RM100 hingga RM5,600 daripada empat individu sebagai dorongan untuk melindungi mereka daripada dikenakan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan.Tertuduh diwakili peguam Datuk Bob Arumugam dan M Athimulan manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Radzi Shah Abd Razak serta Dr Ifa Sirrhu Shamsuddin.Semantara itu, M Athimulan dalam hujah rayuan hukuman ke atas anak guamnya memohon mahkamah menggunakan budi bicara agar tertuduh tidak dipenjarakan sebaliknya dikenakan hukuman berbentuk denda.Pihak pendakwaan sebaliknya memohon hukuman lebih berat termasuk penjara dan denda maksimum.Sementara itu, mahkamah membenarkan permohonan perintah penggantungan pelaksanaan hukuman penjara terhadap Mohd Azhar sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.





Terengganu juarai salah guna dadah di Malaysia - Wrlr - 21/10 1:32 pm

Secara keseluruhan, sebanyak 130,307 kes penagihan dan penyalahgunaan dadah serta bahan direkodkan di seluruh negara dalam tempoh berkenaan, bersamaan kadar 381 individu bagi setiap 100,000 penduduk. Statistik itu berdasarkan data bersepadu daripada empat sumber utama, iaitu AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pusat pemulihan persendirian





Sindiket pelacuran dalam talian rentas sempadan tumpas, 30 ditahan - Mypress - 21/10 12:49 am

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi bagi menguruskan laman sesawang menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggan di Singapura menerusi Op Noda-Rentas Sempadan,…





Mafia korporat: Rafizi dakwa Anwar kelirukan Dewan Rakyat - Sinarharian - 20/10 7:24 pm

SHAH ALAM - Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu mafia korporat di Dewan Rakyat, termasuk kenyataan bahawa Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan telah mengambil tindakan undang-undang, didakwa mengelirukan orang ramai.Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang writ saman daripada Ramanan berhubung dakwaan penerimaan RM9.5 juta daripada ahli perniagaan, Victor Chin, untuk menyelesaikan masalah mafia korporat."Jika Anwar merujuk kepada tindakan saman yang bakal diambil oleh R Ramanan, saya mengalu-alukannya dan bersedia membentangkan bukti di mahkamah."Tetapi jika Anwar merujuk bahawa tindakan saman telah diambil kerana tuduhan itu hanya 'satu kenyataan politik yang tidak disertakan bukti', beliau perlu lebih berhati-hati kerana setakat ini, tiada tindakan saman diambil."Kenyataan beliau di Dewan Rakyat pada hari ini boleh diertikan sebagai mengesahkan tindakan saman telah diambil dan itu adalah satu pembohongan di Dewan Rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Anwar ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat membidas Rafizi berhubung isu berkenaan dengan mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan.Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, tindakan membetulkan sebarang salah laku perlu dilakukan ketika seseorang masih mempunyai kuasa, bukannya hanya bersuara selepas tidak lagi memegang jawatan.Dalam pada itu Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata, kenyataan Anwar mengenai mafia korporat dan siasatan yang dijalankan juga tidak menyentuh persoalan asas berhubung dakwaan wujudnya kumpulan dalam agensi penguatkuasaan yang bersekongkol dengan ahli perniagaan.Bekas Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, skandal mafia korporat merujuk kepada pendedahan mengenai kewujudan kumpulan di agensi penguatkuasaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Malah menurutnya, tuduhan mengenai mafia korporat adalah luar biasa kerana mempersoalkan sama ada kumpulan jenayah telah menyusupi agensi penguatkuasaan."Beliau (Anwar) memberikan jawapan yang berpusing-pusing, seolah-olah ingin mengelirukan orang ramai bahawa kontroversi mafia korporat itu adalah jenayah kolar putih."Saya akan terus menjawab beberapa lagi perkara yang disentuh dan tidak disentuh oleh Anwar mengenai mafia korporat, melalui kenyataan media, ceramah dan podcast secara berterusan," jelasnya.





Empat negeri catat kadar penagihan, salah guna dadah tertinggi - AADK - Sinarharian - 20/10 5:40 pm

KAJANG Empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan kadar penagihan dan penyalahgunaan dadah atau bahan tertinggi setakat Jun lalu.Dalam tempoh sama, sebanyak 130,307 kes penyalahgunaan dadah dan bahan telah direkodkan di seluruh negara iaitu pada kadar 381 orang bagi setiap 100,000 penduduk.Statistik tersebut berdasarkan data bersepadu daripada empat sumber utama iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Pemulihan Persendirian (PPP).Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, Terengganu mencatatkan kadar tertinggi sebanyak 735 orang bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Kelantan (694 orang), Kedah (669 orang) dan Perlis (646 orang)."Kedudukan empat negeri ini memberikan gambaran mengenai tahap penagihan dan penyalahgunaan dadah yang memerlukan perhatian serta intervensi berfokus."Faktor geografi turut menyumbang kepada senario ini di mana laluan penyeludupan rentas sempadan, turut dikenal pasti sebagai antara faktor risiko yang mempengaruhi masalah dadah di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, sehubungan itu, AADK telah memberikan tumpuan kepada pelaksanaan penguatkuasaan, program pencegahan dan pemerkasaan masyarakat di negeri-negeri berisiko tinggi, melibatkan tiga segmen utama iaitu institusi pendidikan, keluarga dan komuniti.Jelasnya, sebanyak 242 program pencegahan dan kesedaran awam dilaksanakan dengan penyertaan keseluruhan 16,408 orang, termasuk 228 program di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang melibatkan lebih 16,000 peserta."Pelaksanaan ini memberikan penekanan kepada peningkatan kesedaran, penglibatan komuniti dan usaha pencegahan penyalahgunaan dadah," ujarnya.Katanya, selain daripada itu, sehingga 18 Oktober lalu, sebanyak 4,253 operasi penguatkuasaan telah dijalankan di seluruh negara dan seramai 30,157 orang berjaya ditahan untuk menjalani program rawatan dan pemulihan."Dalam bidang rawatan dan pemulihan, AADK memberi keutamaan kepada rawatan dan pemulihan secara sukarela."Purata individu yang tampil secara sukarela mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah turut menyaksikan peningkatan daripada 75 orang sebulan pada 2025 kepada 232 orang sebulan, tahun ini," ujarnya.Tambah Ruslin, peningkatan ini menunjukkan perkembangan positif susulan pelaksanaan pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025."AADK akan terus menggunakan pendekatan berasaskan data bagi mengenal pasti kawasan berisiko, menentukan keutamaan intervensi serta memperkukuh penyelarasan program pencegahan, rawatan dan pemulihan bersama agensi berkaitan," ujarnya.Tegasnya, AADK kekal komited untuk memperkukuh usaha dengan kerajaan negeri melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier bagi menangani masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah melalui kerjasama pelbagai agensi serta penglibatan aktif keluarga, institusi pendidikan dan komuniti demi kesejahteraan masyarakat.




Reformasi     >>



Bekas anggota polis pula muncul mahukan keadilan lepas .. - Harapandaily
Ketika Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (APKS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berdepan pertuduhan mencederakan dua anggota polis bulan lalu, muncul pula satu lagi dakwaan bahawa beliau pernah mengasari seorang bekas anggota berpangkat rendah di Hilir ..
Kroni     >>



Maybank perluas pembayaran QR rentas sempadan ke lima .. - Utusan
PETALING JAYA: Maybank memperluas kemudahan pembayaran kod QR rentas sempadan menerusi aplikasi MAE ke lima pasaran baharu iaitu China, Korea Selatan, Hong Kong, Filipina dan Laos melalui integrasi dengan Alipay+. Integrasi itu membolehkan pelanggan Maybank membuat pembayaran kod QR ..
Tabloid     >>



Empat pendera amah Indonesia didakwa di Mahkamah Pulau .. - Kosmo
SHAH ALAM – Empat individu yang mendera amah Indonesia sehingga melecur di seluruh badan di Tanjong Sepat, Kuala Langat sebelum ini didakwa di Mahkamah Pulau Pinang, hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan itu selepas polis mendapat kebenaran daripada ..
Tech     >>



This Android brand put a 10,000mAh battery in its .. - Androidauthority
Flagship phones from Samsung and Google really ought to have batteries larger than just 5,000mAh.
World     >>



President Lula calls Bolsonaros Brazil exit shameful - Aljazeera
President Lula da Silva criticised Flavio Bolsonaro for leaving Brazil amid reports he was headed to the US.
Motor Trend     >>



Buletin Isuzu D-max Dan Mu-x 2027 Debut Di Thailand, .. - Mekanika
# ISUZU D-MAX DAN MU-X 2027 DEBUT DI THAILAND, HADIR DENGAN ENJIN 2.2L TWIN TURBO **Isuzu memperkenalkan versi kemas kini bagi pikap D-Max dan SUV MU-X 2027 di Thailand, dengan perubahan pada reka bentuk luaran serta penawaran enjin diesel dwi-turbo baharu yang menghasilkan kuasa dan tork ..