///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Nur Fatimatul Hawa News   Page 1    



Warga emas, ibu tunggal mengaku tidak bersalah kemuka LOA palsu - Mgazette - 13/04 4:13 pm

Manakala, kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam yang sama, Datin Raj Preef Kaur. Sebutan kes ditetapkan pada 5 Mei 2026.-MalaysiaGazette Ibu saudara mangsa, Zuraifah Noor, 43, berkata menjadi rutin hariannya untukmenjemput Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dan abangnya Mohd Ali Mustaqim, 15, yang bersekolah di sekolah sama, namun hari ini mereka lambat tiba ke kereta





Samun jadi ???kerjaya???, dua penjenayah tegar direman 7 hari - Mgazette - 13/04 4:13 pm

Terdahulu tular rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 41 saat yang memaparkan dua lelaki melakukan kegiatan samun di sebuah kedai serbaneka. - MalaysiaGazette Ibu saudara mangsa, Zuraifah Noor, 43, berkata menjadi rutin hariannya untukmenjemput Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dan abangnya Mohd Ali Mustaqim, 15, yang bersekolah di sekolah sama, namun hari ini mereka lambat tiba ke kereta





Jabatan Penjara siasat video tular tahanan lolos kawalan polis Jabatan .. - Mgazette - 13/04 4:13 pm

Operasi memburu suspek masih diteruskan. -MalaysiaGazette Ibu saudara mangsa, Zuraifah Noor, 43, berkata menjadi rutin hariannya untukmenjemput Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dan abangnya Mohd Ali Mustaqim, 15, yang bersekolah di sekolah sama, namun hari ini mereka lambat tiba ke kereta





'Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan, selebihnya serah pada polis' - Sinarharian - 13/04 3:43 pm

KOTA BHARU - Bapa kepada Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, yang maut dirempuh oleh guru semasa memakai kasut di depan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad iaitu Mohd Azaudin Abdullah, 43, memaafkan wanita terbabit.Bapa kepada empat orang anak itu bagaimanapun memberitahu, selebihnya dia menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut."Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan."Saya juga reda dengan takdir yang menimpa anak saya," katanya kepada pemberita pada Isnin.Menurut Mohd Azaudin, semasa di lokasi kejadian, dia ada bertanya siapa yang melanggar anaknya itu.Ujarnya, guru berkenaan mengaku bahawa dia yang melanggar Nur Fatimatul Hawa."Saya hanya berdiam diri," katanya.Sebelum itu Sinar Harian pada Isnin melaporkan guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau SMK Tanjong Mas di sini pada Ahad direman selama dua hari.Perintahan tahanan reman ke atas wanita berusia 57 tahun itu bermula pada Isnin dan dikeluarkan oleh Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah.Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





13 Year Old Hit By A SUV Outside Of Mosque Dies - DSF - 13/04 2:14 pm

A Form One student, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, died after being hit by a SUV while wearing shoes in front of a school mosque in Kota Bharu, around 1.30 pm, Sunday





“Semoga Allah Ganjari Mereka Dengan Pahala Besar” – Datuk Dr Zulkifli Puji Sikap Pemaaf Keluarga Mangsa Rempuhan - Ohmedia - 13/04 2:09 pm

Ucapan takziah Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri buat Nur Fatimatul Hawa menyentuh hati





Ustazah sempat jumpa keluarga Nur Fatimatul Hawa mohon maaf, tak sengaja langgar mangsa - Mdateline - 13/04 2:00 pm

Guru pendidikan Islam yang didakwa merempuh dua pelajar perempuan di depan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu sehingga menyebabkan seorang mangsa maut ..





'Saya maafkan, lagi pun banyak kali cikgu mohon maaf' - Sinarharian - 13/04 1:13 pm

KOTA BHARU - "Saya maafkan. Lagipun cikgu banyak kali cikgu mohon maaf semasa kami berjumpa."Demikian kata ibu saudara pelajar Tingkatan Satu, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, yang maut dirempuh oleh guru semasa memakai kasut di depan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad iaitu Zuraifah Noor, 43, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gayong di sini pada Isnin.Menurutnya, apa yang berlaku itu merupakan takdir yang ditentukan oleh ALLAH SWT.Ujarnya, guru terbabit beberapa kali memohon maaf padanya semasa mereka bertemu selepas kejadian itu."Dia cakap gelap mata, tak tahu nak cakap apa





Tragedi rempuh pelajar di sekolah: Guru wanita direman dua hari - Mkini - 13/04 1:13 pm

Pemandu kereta dipercayai tersalah menekan pedal minyak sebelum terbabas merempuh Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13.





‘Saya Maafkan Guru Itu’ Bapa Reda Pemergian Nur Fatimatul Hawa - Thevocket - 13/04 1:07 pm

Di sebalik tragedi menyayat hati yang menimpa seorang pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas tengah hari semalam, tersisip sebuah kisah ketabahan... The post ‘Saya Maafkan Guru Itu’ Bapa Reda Pemergian Nur Fatimatul Hawa appeared first on VOCKET .





“Saya Memaafkan Guru Berkenaan” – Bapa Nur Fatimatul Hawa - Ohmedia - 13/04 11:56 am

Kes pelajar maut dirempuh di SMK Tanjong Mas, bapa tampil maafkan guru dan serah siasatan kepada polis. The post Saya Memaafkan Guru Berkenaan Bapa Nur Fatimatul Hawa appeared first on Oh! Media .





“Tiada Siapa Mahu Langgar Orang Dengan Sengaja” – Ibu Saudara Nur Fatimatul Hawa Maafkan Guru - Ohmedia - 13/04 11:47 am

Ibu saudara Nur Fatimatul Hawa sedia memaafkan selepas pelajar maut dirempuh kereta di SMK Tanjong Mas





Teacher remanded over fatal crash involving Form One student - Sinardaily - 13/04 11:47 am

KOTA BHARU - A 57-year-old female teacher has been remanded for two days, from today, to assist in investigations into an accident that claimed the life of a female student at the surau of Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas here yesterday.The remand order was issued by Magistrate Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah at the Magistrates Court here to facilitate investigations under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987.Earlier, the woman arrived at the Kota Bharu Court Complex at about 8.40 am in a police truck.In the incident at about 1.50pm, the victim, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, was pronounced dead at the scene after she was believed to have been struck by a vehicle driven by the teacher.Kota Bharu police chief ACP Mohd Azmir Damiri said initial investigations found that the driver is believed to have mistakenly pressed the accelerator pedal before losing control and hitting the victim.The incident also left another student seriously injured and currently receiving treatment at Raja Perempuan Zainab II Hospital here





'Saya maafkan guru itu' - Bapa Nur Fatimatul Hawa - Hmetro - 13/04 11:31 am

Kota Bharu: Sebagai bapa, saya memaafkan guru berkenaan dan selebihnya saya serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut





Teacher linked to fatal crash involving Form One student brought to court for remand - Sinardaily - 13/04 11:00 am

KOTA BHARU - A teacher suspected of fatally hitting a Form One student with a car in front of the surau at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas on Sunday arrived at the court, here, this morning for a remand order.The 57-year-old woman was brought to the courts complex in a police truck at about 8.40am.Earlier, Sinar reported that the 13-year-old victim, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, was believed to have been struck by a car while putting on her shoes outside the school surau.The incident, which occurred at about 1.30pm, left the student with severe injuries





Guru langgar pelajar Tingkatan Satu direman dua hari - Sinarharian - 13/04 10:46 am

KOTA BHARU Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, di sini, pada Ahad direman selama dua hari.Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 57 tahun itu bermula pada Isnin dan dikeluarkan oleh Majistret Wan Mohd. Izzat Wan Abdullah.Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Terdahulu, guru berkenaan tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada jam 8.40 pagi.Dia yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah dengan menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM).Sebelum itu, Sinar Harian pada Ahad melaporkan bahawa seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.





Peguam tawar khidmat nasihat undang-undang percuma kepada guru, keluarga mangsa - Sinarharian - 13/04 10:26 am

KOTA BHARU Seorang peguam tampil menawarkan khidmat nasihat undang-undang secara percuma kepada guru dan keluarga pelajar Tingkatan Satu yang terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa di hadapan surau Sekolah Menengah Tanjong Mas, di sini, pada Ahad.Pengerusi Pertubuhan Bertindak Peguam & Intelek Kelantan, Nik Saiful Adli Burhan berkata, tawaran itu dibuat atas dasar kemanusiaan dan keadilan bagi memastikan kebajikan serta hak semua pihak terbela sepanjang proses siasatan dan perundangan.Menurut beliau, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun jika disabitkan kesalahan."Sebagai pengamal undang-undang jenayah, saya melihat kes ini bukan sekadar dari sudut peruntukan undang-undang tetapi perlu dinilai dengan pertimbangan moral dan kemanusiaan."Kita perlu bezakan antara kecuaian yang berlaku secara tidak sengaja dengan jenayah yang mempunyai niat jahat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau memberitahu bahawa pihaknya melalui firma guaman Tetuan Irmohizam Rosley & Nik Adli menawarkan khidmat pro bono kepada guru terlibat serta keluarga mangsa.Jelasnya, bantuan itu merangkumi khidmat nasihat di peringkat awal siasatan sehingga kepada sebarang keputusan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara dan prosiding mahkamah jika ada pertuduhan."Tawaran ini bertujuan menjadi jambatan antara kedua-dua pihak agar tidak berlaku salah faham atau campur tangan pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan atas tragedi ini," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa hukuman penjara tidak semestinya menjadi penyelesaian terbaik dalam semua kes kemalangan, khususnya yang berpunca daripada kecuaian sekali seumur hidup."Penjara sepatutnya untuk penjenayah tegar atau mereka yang mempunyai niat melakukan kesalahan."Dalam kes seperti ini, kita perlu melihat kepada konsep keadilan yang lebih menyeluruh termasuk pendekatan pemulihan (restorative justice)," katanya.Tambah beliau, masyarakat juga diseru agar tidak membuat penilaian melulu dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus tanpa dipengaruhi sentimen.Sebelum itu, Sinar Harian pada Ahad melaporkan bahawa seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.





Luahan Ibu Saudara Buat Nur Fatimatul Hawa Undang Sebak - Siakapkeli - 13/04 10:13 am

Luahan Ibu Saudara Buat Nur Fatimatul Hawa Undang SebakSetiap insan yang pergi selamanya sudah tentu meninggalkan kesan mendalam pada mereka yang melalui, lebih...





Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman - Sinarharian - 13/04 9:06 am

KOTA BHARU - Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada pagi Isnin.Wanita berusia 57 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.40 pagi.Sebelum itu Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.





Pelajar maut dilanggar dalam kawasan sekolah, KPM mulakan siasatan dalaman .. - Mgazette - 13/04 7:39 am

# Pelajar maut dilanggar dalam kawasan sekolah, KPM mulakan siasatan dalaman KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman susulan kejadian seorang pelajar perempuan, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang maut selepas dilanggar sebuah kereta di dalam kawasan sekolah di Kelantan hari ini





Pelajar perempuan maut dilanggar kenderaan di dalam kawasan sekolah - Mgazette - 13/04 7:39 am

# Pelajar perempuan maut dilanggar kenderaan di dalam kawasan sekolah KOTA BHARU - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di dalam kawasan sebuah sekolah di sini kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ibu saudara mangsa, Zuraifah Noor, 43, berkata menjadi rutin hariannya untukmenjemput Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dan abangnya Mohd Ali Mustaqim, 15, yang bersekolah di sekolah sama, namun hari ini mereka lambat tiba ke kereta





KPM mula siasatan dalam insiden pelajar maut dirempuh di sekolah - Sinarharian - 12/04 11:31 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman kejadian kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perempuan tingkatan satu di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, siasatan itu bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan, selain kejadian juga sedang disiasat pihak berkuasa."Mendapat perkhabaran duka pemergian anakanda Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang terlibat kemalangan pada petang ini."Mewakili seluruh keluarga KPM, saya zahirkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga





Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM - Sinarharian - 12/04 11:28 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini perlu dijadikan iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam setiap tindakan.Menerusi hantaran di X hari ini, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin serta mendoakan mangsa yang cedera agar diberikan kesembuhan segera.Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilapor berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kejadian itu, selain siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.Dalam kejadian itu, Nur Fatimatul Hawa yang juga pelajar tingkatan satu maut manakala seorang lagi pelajar cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan surau tersebut.Kejadian pada 1.50 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila pemandu wanita terbabit tersalah menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaannya terbabas dan melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau itu serta tiang batu surau berkenaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987





KPM zahir takziah, sedia bantu keluarga pelajar maut dirempuh kereta - Sinarharian - 12/04 9:59 pm

KOTA BHARU Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar Tingkatan Satu yang maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya turut mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat berkenaan."KPM sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga Allahyarhamah





Pelajar dirempuh di sekolah: Seorang lagi mangsa parah, dirawat di zon merah - Sinarharian - 12/04 9:17 pm

KOTA BHARU "Seorang lagi pelajar mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)."Demikian kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berhubung kes kemalangan melibatkan dua pelajar di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini.Mohd Azmir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, dua pelajar Tingkatan Satu sedang memakai kasut sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita."Siasatan awal mendapati sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita di dalam kawasan sekolah dipercayai tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan."Kereta tersebut kemudian terbabas ke hadapan dan melanggar dua pelajar yang berada di hadapan surau sekolah berkenaan sebelum turut merempuh tiang batu surau," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang dikenali sebagai Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.Menurut beliau, pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau talian 09-7752315.





Pemandu tertekan pedal minyak punca pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh depan surau sekolah - Polis - Sinarharian - 12/04 6:56 pm

KOTA BHARU Seorang pelajar Tingkatan Satu maut manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta dipandu pemandu wanita yang dipercayai tertekan pedal minyak dalam kejadian di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, kedua-dua mangsa dilaporkan berada di hadapan surau berkenaan bagi memakai kasut sebelum dirempuh kenderaan terbabit.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.15 petang.Menurut beliau, siasatan awal mendapati, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita di dalam kawasan sekolah dipercayai tertekan pedal minyak sebelum hilang kawalan."Kereta tersebut kemudian terbabas ke hadapan dan melanggar dua pelajar yang berada di hadapan surau sekolah berkenaan sebelum turut merempuh tiang batu surau," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau memberitahu, akibat kemalangan itu, seorang pelajar yang dikenali sebagai Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat."Seorang lagi pelajar mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya.Menurut beliau, pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Ujar beliau sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau menghubungi talian 09-7752315





Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Di Depan Surau Sekolah - Lobakmerah - 12/04 6:48 pm

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini, pada Ahad. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd





Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah - Sinarharian - 12/04 5:39 pm

KOTA BHARU Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.Abang mangsa, Muhammad Ali Mustaqim, 15, yang belajar di sekolah yang sama memberitahu dia dimaklumkan kejadian itu berlaku selepas adiknya selesai menunaikan solat Zohor."Saya berada di luar sekolah sambil menunggu rakan untuk pulang bersama."Kemudian ada rakan datang beritahu adik dilanggar sebuah kereta di depan surau sekolah," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) di sini pada Ahad.Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia terus memeluk jenazah adiknya yang ketika itu berada di tangga surau.Ujarnya, dia dimaklumkan kereta yang melanggar adiknya itu diparkir di depan surau tersebut.Dalam pada itu, bapa mangsa, Mohd Azaudin Abdullah, 43, memberitahu mangsa ialah anak ketiga daripada empat beradik dan dua anaknya bersekolah di sekolah yang sama.Katanya, ketika kejadian dia berada di tempat kerja sebelum dihubungi adik iparnya sambil menangis dan meminta dia ke sekolah berkenaan."Tiba di sana saya melihat anak sudah terbaring kaku dan ditempatkan di surau




Reformasi     >>



Harga minyak naik 8 peratus lepas Trump nak sekat .. - Mkini
GLOBAL Dia juga arahkan Tentera Laut AS jejaki, pintas semua kapal yang membayar kepada Iran untuk melalui selat itu
Kroni     >>



Henti kontroversi penjualan diesel kepada Filipina .. - Utusan
KUALA TERENGGANU : “Saya harap hentikanlah kontroversi ini dan tumpu untuk bangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang. Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penjualan diesel ke Filipina yang melibatkan syarikat asing dan bukannya ..
Tabloid     >>



Tindakan Drastik Trump: Sekatan Selat Hormuz Lonjak .. - Thevocket
Harga minyak mentah dunia kembali melonjak melepasi paras $100 setong berikutan kegagalan rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. Laporan BBC mendedahkan ketegangan ini... The post Tindakan Drastik Trump: Sekatan Selat Hormuz Lonjak Harga Minyak Global 8% appeared first on VOCKET ..
Tech     >>



Apple could outclass Samsung and Google with its smart .. - Androidauthority
By ditching plastic for premium acetate, Apple is betting on luxury (and iPhone integration) to one-up Android XR rivals.
World     >>



Trump says U.S. will blockade Strait of Hormuz after .. - Cnbc
Trump said the U.S. blockade will stop Iran from policing the strait and benefiting economically while the rest of the world suffers from its closure.
Motor Trend     >>



Buletin Mini Red Line Edition, Nama Sedap, Gaya Garis .. - Mekanika
# MINI RED LINE EDITION, NAMA SEDAP, GAYA GARIS MERAH DENGAN KIT JCW MINI USA melancarkan MINI Red Line Edition bagi Model Tahun 2026. Model edisi terhad ini hanya ditawarkan untuk varian MINI Cooper S 4-Pintu dan merupakan model terbaharu dalam siri edisi khas MINI. Model Red Line Edition ..