/// |
|
Search : Ntl News | Page 1 |
20/11 10:30 pm | Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang ntl di KLIA digantung tugas - SUN KUALA LUMPUR : Petugas AeroDarat Services (ADS) yang didakwa mengasari seorang penumpang yang menerima Notis Penolakan Masuk (NTL) di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) seperti yang tular di media sosial, telah diberikan surat tunjuk sebab dan digantung tugas terlibat dalam insiden itu adalah petugas AeroDarat bukannya staf Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB). Petugas menyatakan bahawa ada provokasi daripada penumpang NTL. Situasi itu menyebabkan ada kekasaran fizikal dan ada kata-kata tidak cantik, kata-kata kesat dan sebagainya, apa pun keadaan memang kita tidak boleh pertahankan petugas itu, katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini. Baru-baru ini tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di KLIA Terminal 1 membabitkan dua individu, dengan polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Beliau berkata dalam apa juga situasi, petugas tersebut seharusnya bertindak secara profesional walaupun berdepan dengan penumpang yang kurang sopan. Loke berkata mengikut prosedur ditetapkan, tanggungjawab menguruskan mana-mana penumpang NTL adalah di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan bukannya Jabatan Imigresen atau MAHB. Itu memang satu standard antarabangsa, semua lapangan antarabangsa pun sama. Dalam kes ini ada satu bilik yang disediakan oleh MAHB untuk meletakkan penumpang NTL sementara menunggu penerbangan balik, katanya. NTL dikeluarkan ke atas penumpang atas pelbagai sebab antaranya memiliki rekod senarai hitam, tidak dapat membuktikan tujuan kedatangan seperti visa, tiket penerbangan pergi dan balik, hotel penginapan yang menjadi syarat imigresen di mana-mana negara. |
20/11 10:27 pm | KLIA 1 altercation: AeroDarat worker suspended from duty - SUN KUALA LUMPUR : An AeroDarat Services (ADS) staff member, who allegedly mistreated a passenger issued with a Not to Land (NTL) notice at Kuala Lumpur International Airport Terminal 1 (KLIA1), has been given a show-cause letter and suspended from duty, said Transport Minister Anthony Loke from AeroDarat Services, not Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB). The staff claimed to have been provoked by the passenger issued with the NTL. The situation led to physical contact and verbal exchanges. Whatever the situation is, we cannot defend the staffs action, he told a press conference at the Parliament building today. A 25-second video of the incident, showing a fight between two individuals at KLIA 1, recently went viral, prompting police to investigate under Section 323 of the Penal Code. Loke said that the staff must remain professional in any situation, even when confronted by rude passengers. He added that, according to established procedure, managing any NTL passenger falls under the responsibility of the airline, not the Immigration Department or MAHB. It is an international standard, applied at all international airports. In this case, MAHB has provided a room for the NTL passenger to wait for his return flight, he said. NTL notices are issued to passengers for various reasons, including having a blacklist record or failing to provide necessary documents, such as a visa, return flight ticket, or hotel accommodation, as required by immigration regulations. |
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas - Sinarharian - 20/11 8:47 pm KUALA LUMPUR - Petugas AeroDarat Services (ADS) yang didakwa mengasari seorang penumpang yang menerima Notis Penolakan Masuk (NTL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) seperti yang tular di media sosial, telah diberikan surat tunjuk sebab dan digantung tugas petugas terlibat dalam insiden itu adalah petugas AeroDarat bukannya staf Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB). Petugas menyatakan bahawa ada provokasi daripada penumpang NTL. "Situasi itu menyebabkan ada kekasaran fizikal dan ada kata-kata tidak cantik, kata-kata kesat dan sebagainya, apa pun keadaan memang kita tidak boleh pertahankan petugas itu," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini. Baru-baru ini tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di KLIA Terminal 1 membabitkan dua individu, dengan polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Beliau berkata, dalam apa juga situasi, petugas tersebut seharusnya bertindak secara profesional walaupun berdepan dengan penumpang yang kurang sopan. Anthony berkata, mengikut prosedur ditetapkan, tanggungjawab menguruskan mana-mana penumpang NTL adalah di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan bukannya Jabatan Imigresen atau MAHB. "Itu memang satu standard antarabangsa, semua lapangan antarabangsa pun sama. Dalam kes ini ada satu bilik yang disediakan oleh MAHB untuk meletakkan penumpang NTL sementara menunggu penerbangan balik," katanya. NTL dikeluarkan ke atas penumpang atas pelbagai sebab antaranya memiliki rekod senarai hitam, tidak dapat membuktikan tujuan kedatangan seperti visa, tiket penerbangan pergi dan balik, hotel penginapan yang menjadi syarat imigresen di mana-mana negara. - Bernama |
Pegawai imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1 - SUN - 20/11 7:03 pm PUTRAJAYA : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan. Ketua Pengarah JIM Datuk Zakaria Shaaban berkata insiden berkenaan membabitkan pengembara warga asing yang dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) Imigresen untuk memasuki negara ini. Bagi pengembara warga asing yang tidak dapat memenuhi syarat, satu NTL akan dikenakan berdasarkan Seksyen 24 Akta Imigresen 1959/63. Pengembara warga asing yang telah dikenakan notis NTL akan diserahkan kepada syarikat penerbangan untuk diuruskan penghantaran pulang ke tempat embarkasi terakhir, katanya dalam kenyataan hari ini. Zakaria berkata syarikat penerbangan bertanggungjawab memastikan pengembara yang telah dikenakan NTL untuk dihantar pulang dengan segera. Sementara menunggu untuk dihantar keluar, pengembara warga asing yang telah di NTL akan ditempatkan di ruang dikhaskan di holding lounge (HL). Ruang ini adalah ruang berhawa dingin, mempunyai kerusi menunggu dan berdekatan dengan kemudahan asas seperti tandas. Mereka juga diberikan makanan tiga kali sehari oleh syarikat penerbangan, katanya. Beliau berkata JIM komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pengembara asing yang memasuki Malaysia. Sebelum ini, portal berita melaporkan seorang pegawai dipercayai menumbuk muka warga asing yang tidak dibenarkan memasuki negara oleh JIM. Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah ruang rehat khas untuk warga asing yang diberi status NTL. |
Kakitangan AeroDarat kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas sementara - Loke - Bharian - 20/11 3:23 pm KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan AeroDarat Services (ADS) iaitu anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) digantung tugas sementara memberi laluan kepada siasatan susulan kejadian pengembara warga asing dikasari di Lapangan Terbang Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) seperti tular di media sosial. |
Tumbuk pengembara warga asing di KLIA: Pegawai JIM tidak terlibat - Sinarharian - 20/11 1:21 pm PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan video tular insiden pengembara warga asing dikasari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tidak melibatkan pegawai daripada jabatan itu. Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya merujuk perkara itu berdasarkan laporan satu portal berita berkaitan klip video seorang pengembara warga asing yang dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) di KLIA NTL itu telah dilayan secara kasar termasuk ditumbuk oleh seorang pegawai baru-baru ini. Tegas beliau, dalam memberikan kemudahan kemasukan di KLIA, JIM bertanggungjawab memastikan keselamatan negara tidak dikompromi. "Setiap pengembara warga asing yang ingin masuk ke Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan, sebelum diberikan kemudahan imigresen untuk memasuki negara ini. "Bagi pengembara warga asing yang tidak dapat memenuhi syarat, satu NTL akan dikenakan. "Berdasarkan Seksyen 24, Akta Imigresen 1959/63, pengembara warga asing yang telah dikenakan notis NTL akan diserahkan kepada syarikat penerbangan untuk diuruskan penghantaran pulang ke tempat embarkasi terakhir," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Zakaria berkata, syarikat penerbangan terbabit bertanggungjawab memastikan pengembara yang telah diberikan NTL untuk dihantar pulang dengan segera. Jelasnya, sementara menunggu untuk dihantar keluar, pengembara warga asing NTL akan ditempatkan di ruang yang dikhaskan di 'holding lounge'. "Ruang ini adalah ruang yang berhawa dingin, mempunyai kerusi menunggu dan berdekatan dengan kemudahan asas seperti tandas. "Mereka juga diberikan makanan tiga kali sehari oleh syarikat penerbangan," ujarnya. Menurut beliau, JIM komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pengembara asing yang memasuki Malaysia. |
Tumbuk warga asing: Tiada anggota JIM terlibat, kata KDN - Mkini - 20/11 11:44 am EKSKLUSIF Bidang kuasa JIM, kata jurucakap itu, tidak melibatkan pengendalian di kawasan NTL |
Windows Themes 0-Day Bug Exposes Users To NTLM Credential Theft - Packetstormsecurity - 31/10 9:54 pm |
Windows Themes zero-day bug exposes users to NTLM credential theft - Theregister - 31/10 5:30 am Plus a free micropatch until Redmond fixes the flaw There's a Windows Themes spoofing zero-day bug on the loose that allows attackers to steal people's NTLM credentials.??? |
Reformasi | >> |
Kroni | >> |
Tabloid | >> |