///
See Also: Shutterstock

Search : Muhyiddin Yassin News   Page 1    



Bersatu kekal dalam PN tetapi ada strategi baharu hadapi PRU-16 Bersatu .. - Mygazette - 18/07 8:16 am

# Bersatu kekal dalam PN tetapi ada strategi baharu hadapi PRU-16 NILAI Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan pembentukan satu gabungan politik baharu bersama beberapa parti lain sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)





PN sudah jadi ???parti toksik???, dakwa Muhyiddin - Mygazette - 18/07 8:16 am

NILAI - Perikatan Nasional (PN) kini dilihat ramai sebagai sebuah gabungan yang sudah menjadi parti toksik susulan cara kepimpinan Pas menguruskan hubungan antara parti komponen, dakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin





PRN N. Sembilan: Pas biarkan Bersatu ???terkontang-kanting??? soal agihan .. - Mygazette - 18/07 8:16 am

# PRN N. Sembilan: Pas biarkan Bersatu terkontang-kanting soal agihan kerusi, dakwa Muhyiddin NILAI - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Pas membiarkan parti itu terkontang-kanting apabila gagal meneruskan rundingan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan





N9 polls: Malaysian Paralympics Council president to contest Seri Menanti seat under Bersatu - Sinardaily - 17/07 9:21 pm

NILAI - Malaysian Paralympics Council president Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin has been announced as one of the 24 Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) candidates contesting in the 16th Negeri Sembilan state election.Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin announced that the Negeri Sembilan Canoe Association (NESCA) president will contest the Seri Menanti seat at the Bersatu candidate announcement ceremony at Dewan Aminah Hamid today.The Election Commission has set nomination day for the stat election on Saturday, with early voting on July 28 and polling day on Aug 1





Ini senarai 24 calon Bersatu, PN berperang sesama sendiri di lapan DUN - Harapandaily - 17/07 9:18 pm

Bersatu hari ini mengumumkan 24 calon untuk bertarung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang menyaksikan pertembungan dengan Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) di lapan kerusi





Muhyiddin confident Bersatu can win non-Malay support without PAS - FMT - 17/07 9:02 pm

The Bersatu president says the party previously struggled to win non-Malay support because some voters were uncomfortable with PAS's style of politics.





'This is the time for non-Malay voters not comfortable with Pas to support Bersatu' - Muhyiddin - Sinardaily - 17/07 9:00 pm

SEREMBAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hopes to attract more non-Malay voters to support the party in the Negeri Sembilan state election on Aug 1.Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin said there was previously a perception among non-Malay voters who were anxious about supporting Bersatu due to its cooperation with Pas in Perikatan Nasional (PN)."Previously, there was an issue because we understand that many non-Malays were fearful of Pas' ways."That is why when we initially formed PN, we (Bersatu) were at the forefront with Pas behind us, which allowed us to form the government and secure quite substantial support, including in the recent 15th General Election (GE15)," he told reporters after launching the machinery and announcing Bersatu candidates for the Negeri Sembilan state election here on Friday.Therefore, he said, for the non-Malay community that has been hesitant to accept Pas' political approach, this is the right time for them to support Bersatu.Meanwhile, when asked about the 'poster boy' candidate and the manifesto, Muhyiddin said the party would first study the public's feedback before deciding on the next step."We want to see the response from social media and the public's reception over these two weeks."If it is highly encouraging, we will sit down to discuss our strategy and next steps."If necessary, we will present a manifesto and look at which figures can be highlighted as potential future leaders," he said.Speaking during the event, he said the current election marks a historic moment for the party because, after nearly 10 years since its inception, this is the first time they are contesting using their own logo.He explained that this situation proves the party has reached a proud level of maturity, now boasting nearly 700,000 members nationwide."This is an achievement that I did not quite expect because Bersatu is already recognized as one of the highly influential political parties in the country."Alhamdulillah, we already have nearly 700,000 members, close to over 4,000 branches and more than 180 divisions across the country," he said.





Bersatu to form a stronger new coalition after Negeri Sembilan polls - Muhyiddin - Sinardaily - 17/07 8:47 pm

SEREMBAN - Bersatu will form a new and stronger political coalition after the Negeri Sembilan state election.Its president, Tan Sri Muhyiddin Yassin, said the coalition would include parties under Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), including Parti Putra and the Malaysian Peoples Rights Party (URIMAI).I want to make it clear that after the Negeri Sembilan state election, Bersatu will no longer stand alone





'Inilah masa pengundi bukan Melayu yang tidak selesa dengan Pas, sokong Bersatu' - Muhyiddin - Sinarharian - 17/07 8:26 pm

SEREMBAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berharap mampu menarik lebih ramai pengundi bukan Melayu untuk menyokong parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebelum ini terdapat persepsi dalam kalangan pengundi bukan Melayu yang bimbang untuk menyokong Bersatu kerana kerjasamanya dengan Pas dalam Perikatan Nasional (PN)."Dulu ada masalah kerana kita faham ramai yang bukan Melayu takut dengan cara Pas."Sebab itu bila kita bentuk PN pada awalnya, kita (Bersatu) di depan dan Pas di belakang dan kerana itu kita dapat membentuk kerajaan serta memperoleh sokongan yang agak besar termasuk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lepas," katanya ditemui pemberita selepas Melancarkan Jentera dan Mengumumkan Calon Bersatu dalam PRN Negeri Sembilan di sini pada Jumaat.Justeru ujar beliau, bagi masyarakat bukan Melayu yang selama ini tidak bersedia menerima cara politik Pas, ini adalah masa yang sesuai untuk mereka menyokong Bersatu.Dalam pada itu ditanya berkenaan calon 'poster boy' dan manifesto, kata Muhyiddin, pihaknya akan meneliti maklum balas rakyat terlebih dahulu sebelum menentukan langkah seterusnya."Kita nak tengok respons daripada media sosial dan sambutan rakyat dalam tempoh dua minggu ini."Kalau amat memberangsangkan, nanti kita akan duduk berbincang mengenai strategi dan langkah seterusnya."Kalau perlu kita bentangkan manifesto dan melihat siapakah tokoh-tokoh yang boleh diketengahkan sebagai bakal pemimpin pada masa depan," katanya.Beliau ketika berucap memberitahu, pilihan raya kali ini adalah menjadi detik bersejarah buat parti itu kerana selepas hampir 10 tahun ditubuhkan, inilah kali pertama mereka bertanding menggunakan logo sendiri.Jelasnya, keadaan itu membuktikan parti terbabit sudah sampai kepada tahap kematangan yang boleh dibabgakan, malah kini mempunyai hampir 700,000 ahli di seluruh negara."Ini satu pencapaian yang agak tidak saya duga kerana Bersatu sudah pun diiktiraf antara parti politik yang amat berpengaruh di dalam negara."Syukur Alhamdulillah, kita sudah pun memiliki ahli hampir 700,000 di seluruh negara dan memiliki hampir lebih 4,000 cawangan di seluruh negara dan mempunyai lebih 180 Bahagian," katanya.





Muhyiddin yakin Bersatu tarik bukan Melayu tanpa PAS - Hotfm - 17/07 8:23 pm

Presiden Bersatu berkata partinya sebelum ini berdepan masalah tarik sokongan bukan Melayu dan Melayu yang takut dengan cara politik PAS.





Muhyiddin yakin Bersatu tarik bukan Melayu tanpa PAS - FMT - 17/07 8:23 pm

Presiden Bersatu berkata partinya sebelum ini berdepan masalah tarik sokongan bukan Melayu dan Melayu yang takut dengan cara politik PAS.





Negeri Sembilan polls: Bersatu to face Pas and Wawasan in eight seats - Sinardaily - 17/07 8:04 pm

SHAH ALAM - Bersatu will go head-to-head with fellow PN component party Pas in four constituencies in the Negeri Sembilan state election.Bersatu, which announced a total of 24 candidates, will also face candidates from Parti Wawasan Negara (Wawasan) in another four constituencies, bringing the total number of seats involving contests between PN component parties to eight.The four constituencies where Bersatu candidates will face Pas are Serting, Ampangan, Paroi and Bagan Pinang. Meanwhile, Bersatu will contest against Wawasan candidates in Klawang, Sikamat, Mambau and Gemas.At the same time, Gerakan will field a candidate in Bukit Kepayang, while the Malaysian Indian People's Party (MIPP) will contest the Lukut seat.Earlier, Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin said the party would contest the election under its own logo.So far, Bersatu is contesting the highest number of seats among the PN component parties in the Negeri Sembilan election, with 24 candidates, followed by Pas (five), Wawasan (four) and one candidate each from Gerakan and MIPP.





Senarai penuh calon Bersatu di PRN Negeri Sembilan - Sinarharian - 17/07 6:47 pm

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat mengumumkan senarai calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, dengan proses penamaan calon dijadual berlangsung Sabtu.Sebanyak 24 kerusi akan ditandingi Bersatu pada PRN Negeri Sembilan kali ini, membabitkan DUN Labu, Sikamat, Jeram Padang, Serting, Juasseh, Paroi, Ampangan, Klawang, Pertang, Sungai Lui, Palong, Lenggeng, Nilai, Temiang, Seri Menanti, Senaling, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Kota, Bagan Pinang, Linggi, Sri Tanjung dan Gemas.Berikut ialah nama calon dan kawasan DUN mengikut susunan seperti dalam poster:1





PRN Negeri Sembilan: Bersatu bertembung Pas, Wawasan di lapan kerusi - Sinarharian - 17/07 6:31 pm

SHAH ALAM - Empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dijangka menjadi tumpuan apabila menyaksikan pertembungan sesama komponen Perikatan Nasional (PN) dengan calon Pas.Bersatu yang mengumumkan senarai 24 calon juga bakal berdepan calon Parti Wawasan Negara (Wawasan) di empat lagi kerusi, menjadikan lapan kerusi melibatkan pertandingan antara parti-parti komponen PN.Empat kerusi yang menyaksikan pertembungan antara calon Bersatu dan Pas ialah di Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang manakala empat kerusi bertembung dengan calon Wawasan ialah di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas.Sementara itu Gerakan meletakkan calon di Bukit Kepayang dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) bertanding di Lukut.Sebelum ini Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin menjelaskan, parti itu akan menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya berkenaan.Setakat ini, Bersatu menjadi parti yang bertanding paling banyak kerusi dalam kalangan komponen PN pada PRN Negeri Sembilan, diikuti Pas dengan lima calon, Wawasan (empat) dan masing-masing satu bagi Gerakan dan MIPP.





Syarikat sediakan cek RM1 juta untuk Bersatu tapi tak tahu untuk apa - Mkini - 17/07 6:22 pm

Rizman Akum berkata demikian pada perbicaraan kes bekas Muhyiddin berkaitan pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.





Negeri Sembilan polls: Tun Faisal among Bersatu's 24 candidates - Sinardaily - 17/07 5:56 pm

SEREMBAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) information chief Datuk Tun Faisal Ismail Aziz is among 24 candidates fielded by the party for the Negeri Sembilan state election on Aug 1.He was announced as the candidate for the Sikamat State Legislative Assembly seat, marking his first electoral contest in Negeri Sembilan.The full list of candidates was announced by Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin during the party's election machinery launch and candidate announcement ceremony in Nilai on Friday.Negeri Sembilan Bersatu chairman Hanifah Abu Bakar has been entrusted to defend the Labu DUN seat.Meanwhile, Bersatu associate wing chief R





PRN N Sembilan: Bersatu tanding 24 kerusi, elak kubu BN dan PH - Mkini - 17/07 5:51 pm

Muhyiddin Yassin, berkata keputusan bertanding menggunakan logo Bersatu mencerminkan tahap kematangan parti itu.





Bersatu bakal bentuk gabungan baharu selepas PRN N Sembilan, kata Muhyiddin - FMT - 17/07 5:41 pm

Presiden Bersatu berkata antara parti yang akan membentuk gabungan baharu itu termasuk parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat antaranya Putra dan Urimai.





PN kini toksik, terpesong bawah pimpinan PAS, kata Muhyiddin - FMT - 17/07 5:34 pm

Presiden Muhyiddin Yassin kata mereka membuat tuduhan tidak benar dan mencari kesalahan tidak berasas.





Bersatu to form new coalition after Negeri Sembilan polls - FMT - 17/07 5:33 pm

Muhyiddin Yassin hints at PN exit, says fresh alliance will include Putra and Urimai.





PRN Negeri Sembilan: Tun Faisal antara 24 calon Bersatu - Sinarharian - 17/07 5:30 pm

SEREMBAN - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz antara 24 calon dipertaruhkan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.Beliau diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dan merupakan penampilan pertamanya di Negeri Sembilan.Pengumuman kesemua calon dibuat oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Bersatu di Nilai pada Jumaat.Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Bakar terus diberi kepercayaan mempertahankan DUN Labu.Selain itu, Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, R Sri Sanjeevan dan bekas Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussein masing-masing turut diberi kepercayaan bertanding buat pertama kali masing-masing di DUN Jeram Padang dan Lenggeng.





Muhyiddin trial: Witness says Nepturis issued RM1 million cheque to Bersatu - Sinardaily - 17/07 5:12 pm

KUALA LUMPUR - The High Court here today heard that Nepturis Sdn Bhd had issued a RM1 million cheque payable to Bersatu.Nepturis managing director Mohd Rizman Akum Khan, 43, said businessman Lian Tan Chuan, also known as TC Lian, had instructed him to prepare the Maybank Islamic Berhad cheque dated Feb 16, 2022, payable to the political party."I confirm that I signed this cheque. It bears my signature."After preparing and signing the cheque, I handed it back to TC Lian, he said in his witness statement at the trial of former prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is facing seven charges involving abuse of power and money laundering.During earlier proceedings, Nepturis director and senior procurement executive Aliza Abd Malek, 47, testified that she and Mohd Rizman took over the company from TC Lian in 2018





Muhyiddin Dakwa Hak Bersatu Dalam PN Dinafikan - Siakapkeli - 17/07 4:09 pm

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hak Bersatu sebagai pengasas Perikatan Nasional dinafikan apabila parti itu tidak lagi dilibatkan dalam mesyuarat dan rundingan pembahagian kerusi, termasuk bagi PRN Negeri Sembilan.





Saya kesal tohmahan Annuar Musa terhadap Bersatu – Muhyiddin - Mygazette - 17/07 3:48 pm

# Saya kesal tohmahan Annuar Musa terhadap Bersatu - Muhyiddin KUALA LUMPUR - Bersatu tidak mufarakah (berpisah) secara sukarela dari Perikatan Nasional (PN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin





Pengarah tak tahu wang RM1 juta kepada Bersatu atas dasar sumbangan atau .. - Mygazette - 17/07 3:48 pm

Bagaimanapun, ketika disoal balas oleh peguam Datuk Amer Hamzah Arshad, Mohd. Rizman berkata, pemberian itu bukan rasuah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu





Bersatu pecahkan penyatuan Melayu? Habis Pas lawan UMNO 75 tahun .. - Mygazette - 17/07 3:48 pm

Sebaliknya parti itu mendakwa mereka tidak diberi ruang bertanding di bawah logo Perikatan Nasional (PN). Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, proses menuntut kerusi yang banyak pada peringkat awal rundingan adalah perkara biasa dan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menyalahkan Bersatu





Tun Faisal dakwa politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteras Islam - Sinarharian - 17/07 3:23 pm

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa pendekatan politik Pas lebih menyerupai prinsip Machiavellian, bukannya berteraskan Islam.Prinsip Machiavellian merujuk kepada pendekatan politik yang menghalalkan cara demi mencapai dan mengekalkan kuasa.Menurutnya, ia dibuktikan melalui beberapa tindakan parti itu sepanjang kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) mencerminkan amalan politik yang mengutamakan pencapaian matlamat tanpa mengira prinsip sepatutnya menjadi pegangan."Tindakan Pas melakukan rundingan di belakang-belakang, memutuskan hubungan dengan Bersatu ketika berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor."Melengah-lengahkan persiapan PN untuk PRN Johor dan Negeri Sembilan atas tujuan tertentu, serta muslihat 'menyingkirkan' Bersatu daripada PN bukan cara Islam, tetapi cara Pas," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Jumaat.Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Khamis mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, sekali gus mengesahkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) apabila melengkapkan jumlah keseluruhan 36 kerusi di negeri itu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengakui sedang mengadakan rundingan dengan gabungan berkenaan dan perbincangan antara kedua-dua pihak sedang berjalan serta menunjukkan perkembangan yang positif.Perkembangan terbaharu mengundang kritikan dalam kalangan pemimpin Bersatu yang juga rakan parti komponen dalam gabungan PN hingga memaksa parti dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk bertanding dengan menggunakan logonya sendiri pada PRN Negeri Sembilan kali ini.Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, tindakan yang dibuat Pas itu tidak mencerminkan prinsip dibawa parti itu."Apabila matlamat menghalalkan apa jua cara, itu bukan nilai yang diajarkan oleh Islam, tetapi amalan politik Machiavellian," katanya.



PAS buat Bersatu macam dikurung dalam bilik berkunci, kata Marzuki - Mkini - 17/07 3:21 pm

Apabila cuba melepaskan diri, kata tokoh yang dekat dengan Muhyiddin itu, Bersatu dituduh membuat kerosakan pula





Company gave Bersatu RM1m for unknown reasons, witness tells court in Muhyiddin's graft trial - Mkini - 17/07 3:19 pm

Nepturis managing director says this was done on the instruction of the company owner.





Nepturis sahkan salur RM1 juta kepada Bersatu - Sinarharian - 17/07 3:04 pm

KUALA LUMPUR Pengarah Urusan Nepturis Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa syarikatnya telah memberi RM1 juta kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Mohd Rizman Akum Khan berkata, penyerahan wang menerusi cek dibuat selepas menerima arahan daripada ahli perniagaan, Lian Tian Chuan yang juga bekas pemilik syarikat itu.Saksi pendakwaan ke-16 (SP16) itu memberikan keterangan dalam perbicaraan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan RM200 juta yang dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Semasa menjawab soalan peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin, Mohd Rizman memberitahu, tidak mengetahui tujuan wang berkenaan diberikan kepada parti politik tersebut.Peguam: Merujuk kepada pernyataan saksi, Nepturis membuat pembayaran itu kepada Bersatu, saya cadangkan, duit itu bukan rasuah.Mohd Rizman: Saya tak pasti, hanya Tian Chuan boleh menjawab.Peguam: Anda tak pasti? Sebelum buat pembayaran, anda tidak membuat kepastian terlebih dahulu?Mohd Rizman: Saya hanya bertindak atas arahan Tian Chuan.Bagaimanapun, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, pengarah berusia 43 tahun itu menjelaskan, hanya Tian Chuan boleh menjelaskan pemberian berkenaan merupakan sumbangan atau imbuhan untuk membalas budi.Dalam prosiding lalu, Mohd Rizman mengesahkan, syarikat berkenaan menerusi seorang lagi pengarahnya, Aliza Abd Malek, 47, telah menulis surat minat bagi projek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor berjumlah RM141 juta kepada Muhyiddin.Surat itu katanya, untuk memohon untuk melaksanakan projek secara prakelayakan bertarikh 1 Februari 2021.Beberapa bulan kemudian, beliau berkata, Aliza memberitahu Nepturis telah melepasi penilaian prakelayakan seterusnya Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek tersebut pada awal 2022.Pada 16 Februari 2022 pula, saksi itu berkata, Tian Chuan mengarahkannya supaya menyediakan cek milik Nepturis kepada Bersatu.Semasa pemeriksaan semula oleh Wan Shaharuddin, saksi ditanya mengenai perbezaan antara donation dengan imbuhan.Berdasarkan pemahaman, Mohd Rizman menjelaskan, donation merujuk kepada pemberian derma, manakala imbuhan pula lebih kepada balasan terhadap sesuatu pertolongan atau tanda membalas budi.Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada kemasukan RM1 juta kepada Bersatu itu merupakan sumbangan atau imbuhan, beliau mengulangi pendirian bahawa hanya Tian Chuan mampu memberikan jawapan berhubung perkara tersebut.Dalam pada itu, Mohd Rizman berkata, nama Tian Chuan tidak disenaraikan sebagai pemegang saham Nepturis dalam dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), meskipun individu berkenaan sebenarnya memiliki 30 peratus kepentingan dalam syarikat itu.Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin yang mendengar kes tersebut kemudian meminta penjelasan faktor utama nama Tian Chuan tidak didaftarkan sebagai pemegang saham syarikat.Menjawab pertanyaan itu, Mohd Rizman berkata, rekod SSM menunjukkan beliau dan seorang lagi pemegang saham, Aliza masing-masing memiliki 50 peratus pegangan saham.Bagaimanapun, katanya, pemilikan sebenar menunjukkan Tian Chuan memiliki 30 peratus, manakala beliau dan Aliza masing-masing memegang 35 peratus saham.Menurutnya, pengaturan itu bukan satu kesalahan, sebaliknya merupakan strategi perniagaan bagi membolehkan syarikat berstatus bumiputera mendapatkan projek-projek kerajaan."Walaupun Tian Chuan mempunyai pegangan sebanyak 30 peratus, status syarikat sebagai syarikat bumiputera tidak terjejas kerana baki 70 peratus saham masih dimiliki oleh kami," katanya.Mengikut pertuduhan pindaan pertama hingga keempat, Ahli Parlimen Pagoh berusia 79 tahun itu didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM225.3 juta.Wang itu didakwa daripada seorang individu iaitu ahli perniagaan, Datuk Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu.Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, Muhyiddin didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta antaranya daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.Perbicaraan bersambung 27 Julai.





Witness tells Muhyiddin trial only hidden shareholder can explain RM1m payment to Bersatu - Malaymail - 17/07 2:45 pm

KUALA LUMPUR, July 17 Bumiputera contractor Nepturis Sdn Bhds managing director Mohd Rizman Akum Khan tod...





Baru dua tiga hari 'peluk' UMNO dah tuduh Bersatu pecahkan penyatuan Melayu - Marzuki - Sinarharian - 17/07 2:23 pm

SHAH ALAM Dakwaan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi punca perpecahan penyatuan Melayu jika bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak berasas sama sekali, tegas Datuk Dr Marzuki Mohamad.Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata, pihaknya hairan dengan dakwaan sedemikian sedangkan Pas yang sudah 75 tahun menentang UMNO tidak pula dituduh memecahkan penyatuan Melayu.Menurut beliau, rundingan dengan membawa 'wish list' sebanyak mungkin kerusi yang diinginkan untuk pilihan raya sebenarnya merupakan perkara biasa."Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa hendak memberitahu bahawa Bersatu menuntut terlalu banyak kerusi





Ada pihak berniat tidak benarkan Bersatu tanding atas lambang PN, kata Marzuki - FMT - 17/07 1:12 pm

Bekas setiausaha sulit Muhyiddin Yassin kata Bersatu 'tendang pintu' untuk membebaskan diri.





Goodbye PN?: Muhyiddin raps Samsuri over BN talks, Bersatu to move on - Mkini - 17/07 11:33 am

Not genuine Malay unity but realignment of political power, party chief says.





Bersatu tak toleh belakang: Isyarat Muhyiddin putus dengan PN? - Mkini - 17/07 11:32 am

Muhyiddin: "Apapun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Perikatan Nasional."





Muhyiddin dakwa Annuar putar fakta, Bersatu bukan mufarakah daripada PN - Harapandaily - 17/07 11:07 am

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan bahawa partinya secara sukarela berpisah daripada Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mendakwa Bersatu telah diketepikan daripada proses membuat keputusan termasuk rundingan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan





Bersatu masih anggota sah PN, kata Muhyiddin - FMT - 17/07 10:37 am

Presiden Bersatu itu berkata Bersatu tanding PRN Negeri Sembilan atas lambang sendiri selepas hak parti itu dalam PN dinafikan.





Muhyiddin: Perikatan has shut Bersatu out, Umno alliance not genuine Malay unity - Malaymail - 17/07 10:28 am

KUALA LUMPUR, July 17 Parti Pribumi Bersatu Malaysia president Tan Sri Muhyiddin Yassin said today that Perikata...





Muhyiddin fires back at Annuar over Bersatu PN exit claim - FMT - 17/07 10:16 am

Bersatu president claims his party was sidelined by the very coalition of which it was a founding member.





Marzuki dedah ‘permainan’ Pas, dakwa penyatuan Melayu gagal kerana tipu muslihat - Harapandaily - 17/07 10:05 am

Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Ahmad Marzuki Mohamad mendakwa keputusan Bersatu bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berpunca daripada tindakan Pas yang didakwa mengenepikan parti itu dalam rundingan Perikatan Nasional (PN)





Bersatu kesal dilabel 'mufarakah', dakwa hak parti dinafikan PN - Sinarharian - 17/07 12:00 am

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah berpisah secara sukarela atau mufarakah daripada Perikatan Nasional (PN) seperti yang didakwa Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya kesal dengan tohmahan sedemikian sedangkan Bersatu yang mengasaskan PN dan sehingga kini masih sah menjadi anggota gabungan itu.Bagaimanapun, beliau berkata, hak-hak Bersatu sebagai parti anggota dan parti pengasas PN dinafikan dalam beberapa perkara termasuk rundingan kerusi pilihan raya."Bersatu juga tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional yang memuktamadkan pembahagian kerusi parti-parti anggota PN."Jadi, mengapa Bersatu dituduh bertindak mendahului keputusan mesyuarat jika mesyuarat pun tak dijemput?" katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Annuar menganggap keputusan Bersatu untuk bertanding menggunakan logo sendiri menunjukkan bahawa parti tersebut secara sukarela memilih 'mufarakah' daripada gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Annuar berkata, pengumuman Bersatu itu dibuat sebelum Mesyuarat Khas MT PN yang dijadual berlangsung bagi memuktamadkan isu calon, pembahagian kerusi dan penggunaan lambang.Bagaimanapun, beliau menyifatkan tindakan Bersatu tersebut sebagai hak parti berkenaan yang perlu dihormati.Mengulas lanjut mengenai rundingan dengan Barisan Nasional (BN), Muhyiddin berkata, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui memberi kebenaran untuk perkara itu dijalankan.Menurutnya, Bersatu tidak mempersoalkan rundingan berkenaan kerana ia melibatkan perkara dasar yang sepatutnya dibawa terlebih dahulu ke MT PN.Namun, kata Ahli Parlimen Pagoh itu, perkara sebaliknya berlaku apabila rundingan dibuat tanpa melibatkan semua parti anggota serta tanpa mandat MT PN."Setelah keputusan mengenai kerjasama dibuat, barulah dibawa ke majlis tertinggi





PN approves seat allocation for Negeri Sembilan polls - Sinardaily - 16/07 6:46 pm

SEREMBAN - The Perikatan Nasional (PN) Supreme Council has approved seat allocation arrangements for the 16th Negeri Sembilan state election involving the coalition's component parties - PAS, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Wawasan), and the Malaysian Indian People Party (MIPP).PN chairman Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar said the council, which met for a special meeting today, also agreed that all PN candidates would contest under the coalition's Perikatan Nasional logo."For the Negeri Sembilan state election, the participation of PN candidates, whose names will be announced today, aims to champion the people's welfare, drive the state's development agenda, and preserve harmony in Negeri Sembilan's plural society as well as Malaysia as a whole," he said in a statement.Ahmad Samsuri also clarified that all preliminary discussions and engagements with other parties were conducted with his knowledge and approval as PN chairman.He said the matter was subsequently deliberated on and endorsed by the PN Supreme Council at its special meeting today.His statement came in response to Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin, who claimed that Bersatu was not involved in discussions on PN's seat allocations for the state election, including matters relating to cooperation with Barisan Nasional (BN).Muhyiddin said Bersatu had therefore decided to contest independently using its own party logo in the upcoming state election





Pengarah Urusan KCJ Engineering arah sediakan empat cek berjumlah RM800,000 kepada Bersatu - Saksi - Sinarharian - 16/07 4:10 pm

KUALA LUMPUR - Pengurus Kewangan KCJ Engineering Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau telah diarahkan pengarah urusan syarikat itu, Datuk Azman Yusoff untuk menyediakan empat keping cek berjumlah RM800,000 kepada Bersatu.Saksi pendakwaan ke-19, Zuriedah Deres @ Musa, 49, berkata, Azman memaklumkan kepadanya bahawa cek-cek berkenaan adalah sumbangan berkaitan Projek Jana Wibawa yang telah dianugerahkan kepada KCJ Engineering, namun beliau tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai projek itu."Seingat saya pada tarikh 1 September 2022, Datuk Azman ada berjumpa dengan saya di Pejabat KCJ Engineering di Bukit Jelutong Industrial Park, Shah Alam, Selangor dan mengarahkan saya untuk menyediakan cek bagi tujuan sumbangan kepada Bersatu sebanyak RM800,000."Saya sahkan saya ada menyediakan empat keping cek bertarikh 1 Sept 2022 dengan nilai setiap cek adalah sebanyak RM200,000.Saya sahkan saya ada membuat cetakan bertulis atas keempat-empat cek tersebut, yang menyatakan bayaran adalah kepada Bersatu.Saya sahkan keempat-empat cek adalah cek Maybank Islamic dan pengeluaran wangnya adalah daripada akaun Bank Maybank Islamic KCJ Engineering," katanya.Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.Zuriedah turut mengesahkan selepas beliau menyediakan empat keping cek itu, beliau berjumpa dengan Mohd Zaid Yusoff dan Zulhelmi Mairin bagi mendapatkan tandatangan mereka serta menerangkan kepada mereka bahawa tujuan cek ini dikeluarkan adalah atas arahan Azman yang ingin membuat sumbangan RM800,000 kepada Bersatu."Setelah empat keping cek ditandatangani oleh Mohd Zaid dan Zulhelmi Mairin, saya menyerahkan keempat-empat cek tersebut pada hari yang sama kepada Datuk Azman.Saya sahkan saya tidak berurusan dengan mana-mana pihak daripada Bersatu kerana setelah saya menyerahkan keempat-empat cek itu kepada Datuk Azman dan beliau yang menguruskan tindakan selanjutnya mengenai keempat-empat cek tersebut."Saya sahkan sebelum daripada tarikh 1 September 2022 dan selepas daripada itu, saya tidak pernah menerima arahan daripada Datuk Azman untuk menyediakan apa-apa bentuk sumbangan kepada Bersatu," katanya.Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Mohd Afzal, mengenai siapakah individu bernama Mohd Zaid Yusoff dan Zulhelmi Mairin dan Zuriedah menjawab mereka adalah antara pengarah di KCJ Engineering, yang ada pada hari tersebut (1 Sept 2022).Zuriedah berkata, Mohd Zaid dan Zulhelmi hanya boleh menandatangani cek yang berjumlah tidak lebih daripada RM200,000, namun sekiranya cek melebihi daripada RM200,000 ia mesti mempunyai tandatangan daripada Tengku Sarah akan tetapi beliau berada di luar kawasan pada masa itu.Disoal Wan Nur Iman mengenai siapakah individu Tengku Sarah dan Zuriedah berkata Tengku Sarah adalah seorang daripada pemegang saham di KCJ Engineering pada ketika itu.Zuriedah berkata, sepanjang beliau berkhidmat di Bahagian Kewangan KCJ Engineering, bermula penghujung 2019 saksi itu tidak pernah menyediakan atau mengarahkan pekerja di bawah pemantauan beliau untuk menyediakan cek-cek sumbangan kepada mana-mana parti politik yang lain selain daripada Bersatu.Disoal Wan Nur Iman, sama ada saksi itu pernah menyediakan cek selain Bersatu dan Zuriedah menjawab "Ini kali pertama saya sediakan cek kepada parti politik.Wan Nur Iman: Apa prosedur biasa cek untuk sumbang? dan Zuriedah menjawab 'selalu Datuk Azman memanggil saya dan akan memberikan arahan untuk saya keluarkan cek kepada sesiapa yang dikehendaki'.Saksi itu berkata, sepanjang beliau berkhidmat di KCJ Engineering, beliau juga tidak pernah menerima arahan daripada Datuk Azman untuk menyediakan cek-cek sumbangan kepada mana-mana parti politik yang lain selain Bersatu."Dalam pengetahuan saya, selain daripada Bersatu, KCJ Engineering juga pernah membuat sumbangan dengan menggunakan cek kepada beberapa NGO-NGO di Malaysia ataupun di sekolah-sekolah yang pernah memohon sumbangan daripada KCJ Engineering," katanya.Zurieda berkata, arahan diterima daripada Azman tersebut bukan satu arahan yang menimbulkan keraguan tetapi ia adalah arahan biasa yang diterima, memandangkan KCJ Engineering selalu membuat sumbangan menggunakan cek kepada beberapa NGO, masjid, sekolah dan lain-lain yang pernah memohon sumbangan daripada syarikat tersebut.Saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin bahawa beliau tidak boleh menafikan KCJ Engineering ada memberi sumbangan kepada parti politik lain.Kepada soalan Amer Hamzah sama ada Zurieda bersetuju Azman atau KCJ Engineering ada membuat sumbangan secara tunai dan saksi itu menjawab betul.Muhyiddin, 79, yang ketika kejadian ialah Perdana Menteri dan Presiden Bersatu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta bagi parti itu daripada tiga syarikat, iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, berkaitan Projek Jana Wibawa.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Perbicaraan kes di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung esok





PRN Negeri Sembilan: Bersatu berhak tanding guna logo sendiri, tidak terikat PN Tuan Ibrahim - Sinarharian - 16/07 4:05 pm

KOTA BHARU - Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan adalah merupakan hak parti itu serta tidak terikat dengan Perikatan Nasional (PN).Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai rakan komponen PN, Pas menghormati keputusan berkenaan dan tidak akan campur tangan."Itu hak setiap setiap parti dan hak mereka untuk bertanding atas logo sendiri."Bererti mereka juga tidak terikat dengan Perikatan Nasional untuk PRN Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita pada Khamis.Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya mengumumkan parti itu akan menggunakan logo sendiri bagi calon-calonnya pada PRN Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung 1 Ogos depan.Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, jumlah kerusi yang bakal ditandingi Bersatu pada PRN Negeri Sembilan juga tidak diketahui kerana perkara itu tidak melalui proses rundingan pembahagian kerusi PN."Jumlah kerusi tidak tahu lagi tapi mereka tidak berbahagi dengan PN."Mereka buat sendiri jumlah kerusi mereka," katanya.Dalam kenyataan sama, Muhyiddin turut memaklumkan terdapat beberapa parti politik yang menyatakan hasrat untuk menggunakan logo Bersatu pada PRN Negeri Sembilan.Mengulas perkara itu, Tuan Ibrahim berpandangan parti-parti yang dimaksudkan berkemungkinan terdiri daripada komponen Ikatan Perpaduan Rakyat (IPR)."Tan Sri Muhyiddin ialah Pengerusi IPR dan beberapa parti dalam gabungan itu termasuk Berjasa dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia," katanya.





Kes Muhyiddin: Syarikat keluar empat cek RM800,000 kepada Bersatu - Mkini - 16/07 4:05 pm

Pengurus Kewangan KCJ Engineering memberitahu bahawa dia diarahkan untuk menyediakan empat keping cek berjumlah RM800,000 kepada Bersatu.





'Segala rundingan kerusi PRN Negeri Sembilan dalam pengetahuan dan kebenaran saya' - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 16/07 4:03 pm

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan segala rundingan dan libat urus berkaitan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dijalankan dengan pengetahuan dan kebenaran beliau selaku Pengerusi PN.Beliau berkata, segala proses tersebut telah dimuktamadkan selepas mendapat kelulusan Majlis Tertinggi PN dalam mesyuarat khas yang diadakan pada Khamis."Merujuk kepada kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bertarikh 15 Julai 2026, adalah dimaklumkan bahawa segala proses perbincangan dan libat urus dengan mana-mana pihak di peringkat awal sudah dijalankan di dalam pengetahuan dan kebenaran daripada saya selaku Pengerusi PN."Ia sudah pun dimuktamadkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat hari ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Kenyataan itu dipercayai sebagai respons terhadap dakwaan Muhyiddin bahawa Bersatu kesal terhadap tindakan Pas mengadakan rundingan dengan BN tanpa melibatkan semua parti anggota PN dan tanpa persetujuan Majlis Tertinggi PN.ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada MelakaSokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin'Formula Johor' boleh jadi resipi BNSusulan itu, Muhyiddin dalam sidang media khas pada Rabu memaklumkan Bersatu akan meletakkan calon menggunakan lambang parti selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN bagi PRN Negeri Sembilan ditangguhkan tanpa tarikh baharu, selain mendakwa Bersatu tidak terlibat dalam sebarang rundingan agihan kerusi.Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN memutuskan hanya empat parti komponen akan bertanding pada PRN Negeri Sembilan, iaitu Pas, Parti Wawasan Negara (Wawasan), Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).ARTIKEL BERKAITAN: 'Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN' - AminuddinDAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PHJangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PMPRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di LinggiMenurut beliau, mesyuarat itu turut meluluskan rundingan pembahagian kerusi DUN antara keempat-empat parti berkenaan."Mesyuarat turut bersetuju membenarkan penggunaan lambang Perikatan Nasional oleh calon-calon PN dalam PRN Negeri Sembilan seperti mana yang telah dipersetujui," ujarnya.Ahmad Samsuri berkata, calon-calon PN yang akan diumumkan bagi PRN Negeri Sembilan membawa aspirasi untuk membela kebajikan rakyat, mengangkat agenda pembangunan negeri dan mempertahankan keharmonian masyarakat majmuk di Negeri Sembilan dan Malaysia secara keseluruhannya.





Only five component parties attended PN meeting today Annuar Musa - Sinardaily - 16/07 3:23 pm

SHAH ALAM Only five out of six Perikatan Nasional (PN) component parties attended a meeting on the Negeri Sembilan state election on Thursday.PN information chief Tan Sri Annuar Musa said the meeting was held to finalise the seat allocation and decide on the logo to be used for the upcoming election.The meeting involving five PN component parties this morning will finalise the contested seats and the logo to be used, he said briefly in a Facebook post on Thursday.However, Annuar did not specify which parties were involved in the meeting, nor did he reveal the number of seats allocated or the logo that was decided.Currently, PN comprises several parties, including Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) and Parti Wawasan Negara (Wawasan).On Wednesday, it was reported that Bersatu had announced its decision to field candidates using its own party symbol in the Negeri Sembilan state election after PN failed to reach a final agreement on seat distribution.Its president Tan Sri Muhyiddin Yassin said the decision was made after the PN Seat Negotiation Committee meeting for the Negeri Sembilan election was postponed indefinitely, while Bersatu was also not involved in any discussions on seat allocation.He said all Bersatu candidates contesting in the Negeri Sembilan state election would use the partys symbol.





Ahmad Samsuri beri kebenaran runding dengan BN - Utusan - 16/07 3:07 pm

PETALING JAYA: Proses rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan Barisan Nasional (BN) berada dalam pengetahuan dan kebenaran Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr





Samsuri rebuts Muhyiddin, says PAS-BN talks had his approval - Malaymail - 16/07 3:04 pm

KUALA LUMPUR, July 16 Perikatan Nasional (PN) chairman Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar today rejected Bersatu p...





Saya beri kebenaran rundingan PN-BN, Dr Sam beritahu Muhyiddin - FMT - 16/07 2:57 pm

Pengerusi PN berkata rundingan dengan BN dimuktamad dan diluluskan majlis tertinggi hari ini.





I approved PN-BN talks ahead of NS polls, Samsuri tells Muhyiddin - FMT - 16/07 2:38 pm

PN chairman says discussions with BN were formally endorsed by the coalitions top decision-making body today.





Hanya lima parti komponen hadir mesyuarat PN hari ini - Annuar Musa - Sinarharian - 16/07 2:38 pm

SHAH ALAM - Hanya lima dari enam parti komponen Perikatan Nasional (PN) menyertai mesyuarat berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Khamis.Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan bagi memuktamadkan agihan kerusi akan ditandingi dan penggunaan logo diputuskan dalam mesyuarat berkenaan."Mesyuarat lima parti komponen PN pagi ini akan muktamadkan kerusi bertanding dan logo bakal digunakan," katanya ringkas dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.Bagaimanapun, Annuar tidak memperincikan parti-parti yang terbabit dalam mesyuarat itu, selain tidak mendedahkan jumlah kerusi yang akan diagihkan atau logo yang bakal diputuskan.Ketika ini, PN terdiri dari beberapa parti termasuklah Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dan Parti Wawasan Negara (Wawasan).Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Bersatu mengumumkan akan meletakkan calon-calonnya menggunakan simbol parti itu pada PRN Negeri Sembilan susulan kegagalan PN memuktamadkan pembahagian kerusi.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN bagi PRN Negeri Sembilan ditangguhkan bagi tempoh yang tidak ditetapkan, selain Bersatu tidak dilibatkan dalam sebarang perbincangan berkaitan agihan kerusi.Menurutnya, semua calon Bersatu yang bertanding pada PRN Negeri Sembilan akan menggunakan simbol parti berkenaan.





BERSATU didakwa rancang tinggalkan PN, tubuh platform baharu - Annuar Musa - Hmetro - 16/07 2:25 pm

Kuala Lumpur: BERSATU dilihat semakin hampir meninggalkan Perikatan Nasional (PN) selepas parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dikatakan cuba mewujudkan platform politik baharu, selain gabungan berkenaan





BN Menang Besar Di Johor. Tapi Angka Yang Paling Menakutkan Dalam Episod .. - Wrlr - 16/07 12:49 am

Ali Mastor BN Menang Besar Di Johor





Bersatu's use of own logo shows it wants to part ways with PN, says Annuar Musa - Sinardaily - 16/07 11:51 am

(There are 36 seats in the state legislative assembly.)"That aspiration was clearly not something PN could accommodate.... It would not have been possible for Bersatu to claim (so many seats)."Its decision to contest under its own logo is the best course of action for the party and should be respected."Bersatu is now free to contest 15 seats or more in Negeri Sembilan," he said.For Pas, he said, the unity of the ummah remains its priority, rather than the number of seats contested."We wish Bersatu all the best," he added.Bersatu said on Wednesday (July 15) that it would contest in Negeri Sembilan with its own logo instead of under the PN banner.Party president Tan Sri Muhyiddin Yassin said this was decided after its coalition partner Pas pursued cooperation with Barisan Nasional without an internal PN discussion.He said his partys supreme council met on Wednesday night and expressed regret that Pas made a unilateral decision.Pas decision is against the interest of PN as a political coalition which is supposed to be an alternative to BN and Pakatan Harapan."Due to the PN seat allocation committee meeting being postponed indefinitely and that Bersatu was not roped in for any discussion on the coalitions seat allocation, the partys candidates in this election will use Bersatus logo," he said





PRN Negeri Sembilan: Guna logo sendiri, tanda Bersatu pilih 'mufarakah' daripada PN - Annuar - Sinarharian - 16/07 10:14 am

SHAH ALAM - Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri menunjukkan parti itu secara sukarela memilih untuk 'mufarakah' daripada gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman Bersatu itu dibuat sebelum Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang dijadual berlangsung pada jam 9.30 pagi, Khamis bagi memuktamadkan soal calon, pembahagian kerusi dan penggunaan lambang.Menurutnya, tindakan Bersatu mendahului keputusan Majlis Tertinggi PN merupakan hak parti berkenaan dan perlu dihormati."Keputusan itu bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana sejak bulan lalu, kami telah dimaklumkan serta diberikan bukti dan maklumat secara hitam putih mengenai perancangan Bersatu untuk menghidupkan satu platform politik lain selain PN."Kami juga memahami dari awal penentangan Bersatu secara konsisten terhadap usaha penyatuan dan muafakat Melayu serta menolak usaha membuka PN kepada lebih banyak parti Melayu yang lain," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Khamis.Pada Rabu, Bersatu mengumumkan akan meletakkan calon-calonnya menggunakan simbol parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan susulan kegagalan Perikatan Nasional (PN) memuktamadkan pembahagian kerusi.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN bagi PRN Negeri Sembilan ditangguhkan bagi tempoh yang tidak ditetapkan, selain Bersatu tidak dilibatkan dalam sebarang perbincangan berkaitan agihan kerusi.Annuar turut mendakwa Bersatu sebelum ini mengemukakan hasrat untuk bertanding di 15 kerusi pada PRN Negeri Sembilan, namun perkara itu sukar dipenuhi memandangkan PN mempunyai enam parti komponen dengan jumlah kerusi yang terhad."Apa jua alasan yang digunakan untuk bertanding dengan logo sendiri di PRN Negeri Sembilan, kita fahami terutama bila Bersatu sebenarnya telah memaklumkan secara rasmi kepada Jawatankuasa (JK) Perundingan Kerusi PN berhasrat mahu 15 kerusi (wish list) bagi PRN Negeri Sembilan."Yang sudah pasti tidak tertunai oleh PN yang mempunyai enam parti gabungan serta jumlah kerusi yang kurang dari 15.Tidak mungkin semua mesti dibolot Bersatu," ujarnya lagi.Justeru, beliau berpandangan, keputusan menggunakan logo sendiri adalah yang terbaik bagi Bersatu dan perlu dihormati."Bersatu kini bebas untuk bertanding di 15 kerusi atau lebih pada PRN Negeri Sembilan





Bersatu wont back down from PAS clashes in Negeri Sembilan if Perikatan seat talks fail, says Muhyiddin - Malaymail - 16/07 9:12 am

KUALA LUMPUR, July 16 Parti Pribumi Bersatu Malaysia will not stand aside if it ends up facing PAS candidates in...





Kes Jana Wibawa: JKR Negeri Sembilan bayar RM24.4 juta kepada syarikat... - Mygazette - 16/07 8:10 am

Beliau yang juga dilantik sebagai pegawai penguasa projek berkata, bakinya melibatkan sembilan transaksi dibayar kepada syarikat tersebut di antara 28 Mac 2022 dan 15 Februari 2023. Beliau menyatakan demikian pada perbicaraan kes Jana Wibawa melibatkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin





Kecewa Dengan Pas, Bersatu Bertanding PRN N9 Guna Logo Sendiri –... - Mygazette - 16/07 8:10 am

# Kecewa Dengan Pas, Bersatu Bertanding PRN N9 Guna Logo Sendiri - Muhyiddin Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding menggunakan logo sendiri dalam PRN Negeri Sembilan susulan kecewa dengan tindakan Pas yang mengadakan kerjasama politik dengan BN.





Memang Pelik PN Lawan PN! Tapi Kalau Dah Bertembung Kita Tetap... - Mygazette - 16/07 8:10 am

# Memang Pelik PN Lawan PN! Tapi Kalau Dah Bertembung Kita Tetap Lawan - Muhyiddin Sidang media oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin gamat apabila anggota MPT parti itu bersorak "tetap lawan" selepas ditanya mengenai kemungkinan akan bertembung calon Pas pada PRN Negeri Sembilan.





Isu kuorum hanya alasan sekat Bersatu bertanding PRN Negeri Sembilan .. - Mygazette - 16/07 8:10 am

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang mendakwa tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu mengemukakan aduan kepada RoS berhubung isu kuorum MPT bertujuan mewujudkan persepsi negatif terhadap Bersatu. Mengulas lanjut, Sanjeevan mendakwa prestasi PN semakin merosot selepas Pas mengambil alih kepimpinan gabungan itu daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin





Jika bertembung dengan Pas, Bersatu tetap lawan - Mygazette - 16/07 8:10 am

PETALING JAYA - Sidang media Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini bertukar gamat apabila anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu secara spontan bersorak tetap lawan selepas diajukan soalan mengenai kemungkinan calon Bersatu bertembung dengan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan





Pengalaman Johor dorong Bersatu guna logo sendiri di Negeri Sembilan - Mygazette - 16/07 8:10 am

# Pengalaman Johor dorong Bersatu guna logo sendiri di Negeri Sembilan PETALING JAYA - Pengalaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadi antara faktor utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk menggunakan simbol sendiri pada PRN Negeri Sembilan. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas parti mengambil kira maklum balas ahli serta pengundi yang mendakwa berlaku kekeliruan terhadap pendirian Bersatu ketika menggunakan simbol Perikatan Nasional (PN)





Bersatu sah tanding guna logo sendiri, kecewa Pas runding dengan BN - Mygazette - 16/07 8:10 am

Ini selepas dakwaan Pas mengadakan rundingan politik dengan Barisan Nasional (BN) tanpa persetujuan Perikatan Nasional (PN). Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dipersetujui Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat malam ini selepas rundingan pembahagian kerusi PN bagi PRN Negeri Sembilan gagal dimuktamadkan





Bersatu to use own logo in Negeri Sembilan polls - Sinardaily - 16/07 7:45 am

PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) will use its own logo for the party's candidates contesting in the 16th Negeri Sembilan state election, said its president Tan Sri Muhyiddin Yassin.He said the decision followed Pas' move to cooperate with Barisan Nasional (BN) in the state election, as well as Bersatu's exclusion from discussions on seat allocations within Perikatan Nasional (PN).Muhyiddin said Bersatu maintained that any decision on PN's policies and direction should first be decided by the coalition's Supreme Council.However, the council has yet to convene, while the PN Seat Negotiation Committee meeting scheduled for July 12 was postponed without a new date to finalise seat allocations among component parties."Unfortunately, the PN Supreme Council has yet to meet and the PN Seat Negotiation Committee meeting, which was supposed to be held on July 12, was also postponed without a new date being set to finalise seat allocations among PN component parties," he told a press conference after chairing the Bersatu Supreme Leadership Council meeting here tonight.He said the failure of the PN chairman to convene the Supreme Council meeting at a time when the coalition is facing the Negeri Sembilan state election was regrettable and contrary to the PN Constitution.Muhyiddin said the Bersatu Supreme Leadership Council had also authorised him to allow candidates from other parties to contest on Bersatu tickets in the election, subject to formal applications and scrutiny by the party's committee."These parties must submit an official letter to us





Bersatu tetap bertanding jika bertembung Pas, calon diumum Jumaat - Sinarharian - 16/07 1:03 am

PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan tidak akan beralah sekiranya berlaku pertembungan dengan calon Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertembungan terbabit mungkin tidak boleh dielakkan, namun menganggap situasi tersebut berpunca daripada pembahagian kerusi belum dimuktamadkan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).Menurut beliau, Bersatu tidak menginginkan pertembungan sesama parti komponen PN, namun keadaan itu boleh berlaku sekiranya pembahagian kerusi tidak diselaraskan dengan baik."Bukan kata kami suka nak buat begitu, takkan PN lawan PN





Bersatu kecewa rundingan Pas-BN, tanding guna simbol sendiri - Kosmo - 16/07 12:24 am

SEREMBAN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan calon mereka akan bertanding menggunakan simbol Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dipersetujui Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat malam ini selepas rundingan pembahagian kerusi PN bagi PRN Negeri Sembilan gagal dimuktamadkan




Reformasi     >>



Gelanggang tempur PRN Negeri Sembilan ke-16 buka tirai .. - Harapandaily
Gelanggang tempur Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 membuka tirai secara rasmi hari ini dengan proses penamaan calon bagi menentukan bakal wakil rakyat yang bertanding di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Proses penamaan calon akan bermula dari jam 9 dan ditutup sejam ..
Kroni     >>



Batal lesen, permit Network School jika langgar .. - Utusan
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menjalankan siasatan secara terperinci berhubung isu Network School di Forest City. Baginda bertitah, tindakan tegas termasuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat ..
Tabloid     >>



Misi serampang dua mata Messi dan Argentina - Hotfm
East Rutherford, Amerika Syarikat: Lionel Messi berpeluang menutup tirai karier Piala Dunianya dengan penuh gemilang apabila mengetuai Argentina menentang Sepanyol pada final Piala Dunia 2026 di Stadium New York New Jersey, awal pagi Isnin ini.
Tech     >>



Google is making no progress on switching iPhone users .. - Appleinsider
Existing iPhone owners continue to account for nearly nine in 10 surveyed U.S. purchases, showing how Apple's enormous customer base isn't dwindling under pressure from Google and other Android smartphone manufacturers. iPhone 17 Consumer Intelligence Research Partners estimates that 87% of ..
World     >>



Iraq and Syria sign agreement to restore oil pipeline .. - Cnbc
Iraqi Prime Minister Ali al-Zaidiis visiting the U.S. this week. He met with President Donald Trump at the White House on Tuesday.
Motor Trend     >>



China Pertimbang Cukai Baharu EV, Jalan Raya Rosak .. - Careta
Laporan Bloomberg Chinas Giant EVs Are Damaging Roads Without Paying for Repairs melaporkan pertumbuhan pesat EV yang lebih besar dan berat mewujudkan cabaran baharu kepada kewangan kerajaan tempatan, sekali gus mendorong Beijing menilai semula kaedah pembiayaan penyelenggaraan jalan raya. EV