///
See Also: Shutterstock

Search : Muhammad Sanusi Md News   Page 1    





Negara diancam dengan fenomena ‘Melayu fobia’, Akta Hasutan .. - Mygazette - 26/07 1:37 pm

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa dan pembuat dasar agar segera mengambil langkah proaktif meluluskan perundangan khusus demi menjaga keharmonian tanah air serta mempertahankan maruah warisan pribumi daripada terus dirobek. Terdahulu, isu membabitkan identiti, hakikat sejarah serta kedudukan orang Melayu kini kembali hangat dan menjadi perdebatan panas dalam kalangan masyarakat berikutan kenyataan kontroversial Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini





Muhyiddin dakwa perselisihan PN-BN sudah dijangka - Mygazette - 26/07 1:37 pm

Jadi semua kenyataan yang dikeluarkan oleh satu pihak disanggah oleh pihak yang lain dalam gabungan ataupun dalam arrangement yang baru, katanya. Awal hari ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya tidak memainkan isu kaum dan agama sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan





Isu Sanusi: BN tolak perkauman, pertahankan Perlembagaan - Mygazette - 26/07 1:37 pm

Sebaliknya, BN akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, serta hak sah semua kaum, katanya. Beliau berkata, pendirian tegas BN ini hadir selepas timbul perdebatan hangat susulan kenyataan Menteri Besar Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini





Tiada gag order, Sanusi bebas berkempen di Negeri Sembilan ??? Samsuri - Mygazette - 26/07 1:37 pm

# Tiada gag order, Sanusi bebas berkempen di Negeri Sembilan Samsuri SEREMBAN - Tiada sebarang arahan atau larangan dikeluarkan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada terus berkempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan





Kor Ming tunjuk MyKad, kita semua adalah Anak Malaysia! - Mygazette - 26/07 1:37 pm

Beliau berkata, usaha memecah-belahkan masyarakat melalui sentimen kaum hanya akan menjejaskan keharmonian yang menjadi asas kekuatan negara sejak merdeka. Kenyataan Nga itu dipercayai mengulas polemik yang tercetus selepas Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika berkempen sebelum ini mengeluarkan kenyataan Cina ada China, India ada India, mengundang kritikan pelbagai pihak kerana disifatkan boleh mengguris perasaan masyarakat bukan Melayu





Kenyataan Sanusi: Jangan manipulasi untuk raih sokongan politik - Syed Ali - Sinarharian - 26/07 1:07 pm

KUALA LUMPUR -Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung "Tanah Melayu" telah dimanipulasi oleh pihak tertentu demi kepentingan politik, sambil menegaskan fakta sejarah tidak wajar dipadam atau dipolitikkan.Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, sejarah negara perlu dilihat secara objektif dan tidak harus dikaburkan semata-mata untuk mengambil hati mana-mana pihak atau memenuhi kepentingan politik.Menurutnya, kenyataan Muhammad Sanusi bahawa "Tanah Melayu" merupakan satu-satunya tanah air orang Melayu perlu dinilai berdasarkan fakta sejarah, bukannya terus dilabel sebagai bersifat politik atau perkauman."Saya tidak nampak bagaimana ucapan Menteri Besar Kedah itu boleh ditafsirkan sebagai berbau politik dan perkauman."Saya juga tidak menyokong atau memihak kepada hujah Muhammad Sanusi, tetapi saya mengajak semua pihak terutama pemimpin Melayu agar tidak mempolitikkan setiap isu secara berlebihan hanya untuk mengambil hati pihak tertentu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Syed Ali menjelaskan, fakta sejarah mengenai kemasukan masyarakat Cina dan India ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan British bagi memenuhi keperluan ekonomi kolonial pernah diajar dalam buku teks Sejarah dan tidak boleh dinafikan.Beliau berkata, kenyataan Muhammad Sanusi itu sewajarnya dilihat dalam konteks sejarah, bukannya dimanipulasi untuk meraih sokongan politik, termasuk menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Tambahnya, tindakan segelintir pemimpin Melayu yang mengkritik kenyataan berkenaan juga amat dikesali kerana dilihat gagal memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.Syed Ali berkata, mempertahankan hak orang Melayu tidak seharusnya dianggap sebagai satu tindakan berunsur perkauman, sebaliknya perlu dilihat dalam kerangka sejarah serta Perlembagaan negara.Pada 24 Julai lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Malaysia merupakan satu-satunya Tanah Melayu yang menjadi tempat orang Melayu, manakala kaum lain mempunyai negara asal masing-masing seperti India dan China.Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata demikian ketika Ceramah Perdana Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bersempena dengan PRN Negeri Sembilan di Jempol.Bagaimanapun, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menerima reaksi pelbagai dalam kalangan pemimpin politik termasuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam turut mengingatkan semua pemimpin parti politik agar tidak menyentuh soal etnik, agama, budaya dan latar belakang kaum lain bagi mengelakkan salah faham serta menjejaskan keharmonian masyarakat.Tegasnya, Malaysia dibina atas kepelbagaian kaum dan budaya, justeru setiap pihak perlu saling menghormati.Sementara itu, Muhammad Sanusi pada Sabtu mempertahankan kenyataannya mengenai "Tanah Melayu", mendakwa ia telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk tujuan politik





Kenyataan Sanusi cermin sikap Pas pecah belahkan rakyat - Fahmi - Sinarharian - 25/07 11:57 pm

JEMPOL - Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyentuh isu kaum, mencerminkan sikap sebenar pimpinan Pas yang sering memainkan sentimen perkauman dan memecahbelahkan masyarakat.Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, politik sedemikian tidak sepatutnya diamalkan, sebaliknya ahli politik perlu menggalakkan perpaduan serta memahami kepelbagaian rakyat di negara ini."Kenyataan beliau mencerminkan satu sikap yang agak meluas dalam Pas





'PN tiada halangan Sanusi datang berkempen di Negeri Sembilan' - Ahmad Samsuri - Sinarharian - 25/07 11:09 pm

SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) tiada halangan untuk mana-mana individu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk datang berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehadiranMuhammad Sanusi bagi membantu kempen bergantung kepada kelapangan beliau sendiri."Sama dengan saya, kami berdua adalah Menteri Besar, selain kempen politik masih lagi ada tugas di negeri."Tapi kita tiada halangan kepada sesiapa pun untuk datang berkempen dan saya percaya bergantung kepada Sanusi sama ada beliau dapat datang lagi atau tidak selepas ini," katanya selepas Melancarkan Manifesto PN Negeri Sembilan di sini pada Sabtu.Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyarankan supaya Muhammad Sanusi tidak lagi datang ke Negeri Sembilan untuk berkempen.Ia selepas Pengarah Pilihan Raya PN itu dilaporkan memberi ucapan yang didakwa agak sensitif apabila dilaporkan menyebut, "Cina ada China, India ada India, Melayu hanya Tanah Melayu" ketika berkempen di Jempol baru-baru ini.Ditanya sama ada cara ucapan Muhammad Sanusi itu boleh memberi kesan kepada sokongan pengundi bukan Melayu, beliau berkata, Menteri Besar Kedah terbabit telah pun memberikan penjelasan."Saya rasa kita kena jelas apa yang sebenarnya disebut oleh beliau dan beliau akan menyaman mana-mana pihak yang memesongkan fakta yang disebut oleh beliau," katanya.Dalam pada itu ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah PRN Negeri Sembilan Parti Wawasan Negara, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan disingkirkan daripada PN, Ahmad Samsuri menjelaskan, bukan kuasanya sebagai Pengerusi PN untuk membuat keputusan, tetapi itu adalah kuasa bersama muafakat dalam PN.





Cara PN tabur fitnah, tanam kebencian jadi politik toksik rosakkan negara - Kor Ming - Sinarharian - 25/07 7:32 pm

TAMPIN - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mengecam cara pembangkang menabur fitnah dan menanam kebencian sekali gus menjadi politik toksik yang sedang merosakkan bangsa dan negara.Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, sewajarnya seluruh lapisan masyarakat mengutamakan nilai perpaduan nasional dan keharmonian serta mengelakkan sebarang naratif yang boleh menjejaskan keakraban hubungan antara kaum di negara ini.Malah, beliau turut mengajak semua pihak untuk sama-sama merenung sejarah kebersamaan yang telah terjalin sekian lama sejak kemerdekaan pada tahun 1957."Kepelbagaian adalah tiang seri yang membentuk keindahan Malaysia sejak kemerdekaan negara kita pada tahun 1957," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perdana "Kekal Harapan" di DUN Repah, di sini, malam Jumaat.Beliau berkata demikian susulan kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan penyokong DAP daripada pelbagai kaum sebagai pendatang yang jelas bersifat rasis dan ketinggalan zaman.Beliau juga membidas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menabur kenyataan berbaur perkauman dan cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara kita.Menurutnya, masyarakat telah hidup dan membesar bersama di tanah air ini selama tujuh dekad."Sudah tiba masanya untuk kita melangkah ke hadapan sebagai satu keluarga besar yang saling hormat-menghormati dan bersikap penyayang."Cara PN menabur fitnah dan menanam kebencian merupakan politik toksik yang sedang merosakkan bangsa dan negara kita





Ucapan Sanusi lebih kepada kecintaan tanah air, bukan timbulkan kebencian - Annuar - Sinarharian - 25/07 7:30 pm

SHAH ALAM - Dakwaan bahawa ucapan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengandungi unsur yang mengguris hati kaum lain adalah tidak berasas kerana ia telah diambil di luar konteks.Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, ucapan penuh Menteri Besar Kedah itu tidak menyentuh soal kesetiaan, kerakyatan atau kewarganegaraan mana-mana kaum, sebaliknya adalah memberi penekanan kepada kepentingan perpaduan orang Melayu dalam mempertahankan tanah air sebagai tanah warisan mereka.Menurut beliau, mesej yang disampaikan adalah jelas menjurus kepada semangat nasionalisme dan kecintaan terhadap tanah air atau hubbul watan."Ucapannya adalah dalam konteks perlunya orang Melayu bersatu padu mempertahankan tanah airnya, satu-satunya tanah asal mereka."Tanah asal turun temurun ada pada semua kaum..





Kenyataan Sanusi tidak boleh dipandang ringan - Azalina - Sinarharian - 25/07 7:28 pm

SHAH ALAM - Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa 'Cina ada China, India ada India, Kemboja ada Kemboja, Melayu hanya ada Malaysia' tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi memberi tanggapan yang salah dalam kalangan rakyat Malaysia.Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, retorik sedemikian boleh menimbulkan gambaran yang mengelirukan terhadap kedudukan rakyat Malaysia berbilang kaum."Retorik sedemikian memberikan gambaran seolah-olah rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India mempunyai tanah air lain, sedangkan hanya orang Melayu benar-benar memiliki Malaysia."Hakikatnya, bagi jutaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India, Malaysia bukan tempat persinggahan





Sanusi warns of lawsuits, police reports over distorted speech - Malaymail - 25/07 5:26 pm

ALOR SETAR Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has warned that he will take legal action, incl...





What Sanusi said about race that has sparked backlash - Sinardaily - 25/07 3:52 pm

SHAH ALAM Perikatan Nasional (PN) election director Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has sparked a political storm after remarks on race made while campaigning for the Negeri Sembilan state election





Ramkarpal gesa MIC, MCA nyatakan pendirian terhadap Pas susulan kenyataan Sanusi - Sinarharian - 25/07 2:21 pm

SHAH ALAM - Parti komponen Barisan Nasional (BN), MIC dan MCA digesa menyatakan pendirian secara terbuka terhadap sikap Pas susulan kenyataan berbaur perkauman yang didakwa dikeluarkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Ramkarpal Singh berkata, kedua-dua parti itu perlu menjelaskan sama ada mereka bersedia untuk terus bersama BN sekiranya pendirian Pas berhubung isu tersebut terus dipertahankan.Menurutnya, pendirian MIC dan MCA amat penting memandangkan kenyataan sedemikian boleh memberi implikasi besar terhadap keharmonian kaum yang sekian lama menjadi asas perpaduan negara."Seruan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran supaya BN bergerak secara solo sama sekali tidak mengurangkan kesan yang ditimbulkan oleh Pas kerana perkara itu dilihat sukar menjadi kenyataan memandangkan UMNO masih belum mengecam Pas berhubung isu berkenaan."Sikap Pas jelas mengabaikan sensitiviti perkauman, ditambah dengan keengganan UMNO untuk menegur parti itu, merupakan perkara amat membimbangkan dan mungkin menjadi petanda kepada apa bakal berlaku susulan kerjasama baharu mereka, sekurang-kurangnya di Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, kenyataan Muhmmad Sanusi ketika berkempen ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mencetuskan kontroversi apabila menyebut 'Melayu tak ada dah tanah





Kenyataan Sanusi tidak rangkul semangat perpaduan - PM - Sinarharian - 25/07 1:02 pm

PERMATANG PAUH Sebarang kenyataan yang menghina atau mengetepikan peranan mana-mana kaum di negara ini tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin sebaliknya semua rakyat tanpa mengira latar belakang perlu dirangkul sebagai kekuatan Malaysia.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju sama sekali dengan sebarang tanggapan yang boleh dianggap menghina kehadiran kaum lain lebih-lebih lagi selepas negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu."Saya tidak setuju sama sekali mana-mana tanggapan yang menghina atau mengenepikan peranan mana-mana kaum di negara kita," katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin dan Pelancaran Program Nuqaba di sini pada Sabtu.Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, kuasa politik dan penguasaan ekonomi orang Melayu semakin terhakis dan berdepan risiko hilang sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun jika tiada perubahan drastik dilakukan.Beliau turut menyamakan kepimpinan Melayu dalam kerajaan seperti watak pengkhianat bangsa 'Buang' dalam filem klasik Sarjan Hassan.Dakwa Menteri Besar Kedah itu lagi, situasi berkenaan berlaku berikutan wujudnya golongan pemimpin Melayu yang sanggup mengadaikan prinsip dan mempertahankan parti lawan demi kepentingan kuasa peribadi.Muhammad Sanusi menegaskan bahawa Malaysia merupakan satu-satunya Tanah Melayu yang menjadi tempat perlindungan bagi masyarakat pribumi, berbeza dengan kaum lain yang mempunyai negara asal masing-masing.Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia dibina atas semangat perpaduan dengan rakyat pelbagai kaum yang menerima Perlembagaan Persekutuan serta menjadi warganegara yang taat kepada negara."Kita negara sudah merdeka lebih 50 tahun





Bukan soal parti tapi prinsip hargai keberanian bersuara – Dr Sathia - Mygazette - 25/07 7:42 am

"Kenyataan beliau yang membidas sikap celupar pimpinan Pas jelas mencerminkan suara hati majoriti rakyat Malaysia yang mendahagakan keharmonian dan menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk politik perkauman sempit yang saban hari dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN). Tindakan Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang seolah-olah mempertikaikan kesetiaan warga Cina dan India di Malaysia adalah amat tidak bertanggungjawab dan merosakkan ikatan perpaduan nasional," katanya dalam satu kenyataan malam ini





Kenyataan Sanusi bukti wajah sebenar politik toksik Pas – Syahredzan - Mygazette - 25/07 7:42 am

# Kenyataan Sanusi bukti wajah sebenar politik toksik Pas - Syahredzan SEREMBAN - Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan menyifatkan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai bukti wajah sebenar politik toksik yang dibawa Pas





Kenyataan Sanusi berbaur perkauman – Kah Leong - Mygazette - 25/07 7:42 am

SEREMBAN - Rakyat Negeri Sembilan diseru menolak Perikatan-Barisan Nasional (PBN) yang didakwa mempertikaikan ketaatan rakyat Malaysia kepada tanah air. Ketua Angkatan Muda Harapan, Woo Kah Leong berkata, kenyataan Menteri Besar Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berbunyi Cina ada China, India ada India, Melayu hanya ada Tanah Melayu disifatkan berbaur perkauman dan hasutan





Sanusi ramal PN sapu bersih 11 kerusi DUN - Mygazette - 24/07 3:21 pm

PORT DICKSON - Perikatan Nasional (PN) meramalkan akan menyapu bersih kesemua 11 kerusi yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 pada 1 Ogos ini. Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md





Sanusi rejects Hamzah's PBN proposal as wishful thinking - Sinardaily - 24/07 11:10 am

JEMPOL - PAS Election Director Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has dismissed Opposition Leader Datuk Seri Hamzah Zainudin's proposal to use the term Perikatan Barisan Nasional (PBN) for cooperation in the state election, describing it as nothing more than "wishful thinking."Sanusi said the proposal had never been discussed by the parties involved."I've never heard of it either





Never heard of it: Sanusi shrugs off Hamzahs PBN label - Malaymail - 24/07 9:58 am

JEMPOL, July 24 Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has dismissed claims of any official discu...





Bersatu 'ghuyup' jika terus serang Pas - Sanusi - Sinarharian - 24/07 8:33 am

JEMPOL Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa kini lebih banyak menyerang Pas berbanding Pakatan Harapan (PH), sedangkan parti itu sebelum ini bergantung kepada sokongan pengundi dan kekuatan jentera Pas.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, parti berkenaan juga berisiko hilang daripada landskap politik negara sekiranya terus bersikap ego, menyerang Pas dan tidak memperkukuh kerjasama sesama parti pembangkang.Menurutnya, Bersatu perlu menerima dengan hati terbuka kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Katanya, Bersatu tidak mampu bergerak bersendirian tanpa sokongan daripada rakan politiknya."Selama ini dia (Bersatu) hidup dengan undi Pas tetapi lepas itu dia tibai Pas





Sanusi anggap cadangan PBN Hamzah sekadar 'syok-syok' - Sinarharian - 24/07 12:44 am

JEMPOL - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan istilah 'Perikatan Barisan Nasional' yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai 'syok-syok'.Menurutnya, setakat ini perkara berkenaan tiada dalam perbincangan."Saya pun tak pernah dengar, cuma dia syok-syok saja kot





Sanusi setuju tarik balik istilah UMDAP - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 18/07 6:38 pm

JEMPOL Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersetuju menarik balik penggunaan istilah UMDAP susulan persefahaman politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, perkara itu dibangkitkannya dalam suasana mesra dan berseloroh antara kedua-dua pemimpin tersebut."Saya minta beliau berbuat demikian (tarik balik istilah UMDAP) dalam suasana mesra dan saling berjenaka seusai proses Penamaan Calon di Jempol pagi tadi."Persefahaman yang terjalin antara Barisan Nasional (UMNO) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan kali ini untuk tidak bersaing, bertindih kerusi dan saling bekerjasama memenangkan semua calon-calon BN dan PN di semua 36 kerusi yang ditandingi," Katanya menerusi media sosial rasminya pada Sabtu.UMDAP adalah istilah politik di Malaysia yang menggabungkan nama parti UMNO dan DAP.Perkataan ini sering digunakan sebagai sindiran atau sentimen negatif oleh pihak lawan untuk menggambarkan kerjasama politik antara kedua-dua parti tersebut di bawah Kerajaan Perpaduan.Jelas Asyraf Wajdi, kerjasama itu diharap menjadi titik permulaan kepada penyatuan yang lebih besar demi kepentingan umat dan kestabilan politik negara.Menurutnya, dalam politik tiada musuh atau kawan yang kekal, justeru semua pihak perlu berpegang kepada prinsip serta akhlak Islam dalam membina hubungan dan menghadapi perbezaan."Moga-moga ia menjadi pencetus kepada suatu jajaran penyatuan ummah yang lebih besar dan bermakna," ujarnya.Beliau turut mengingatkan supaya pendekatan sederhana diamalkan sama ada ketika berkawan mahupun berlawan dalam arena politik.Mengulas kempen PRN Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi berkata, perkara paling penting ialah kesefahaman yang terjalin antara parti-parti terlibat bagi memastikan kemenangan calon yang bertanding."Kita berkempen secara berhemah





Asyraf, Hadi, Fahmi, Nie Ching meriahkan hari penaamaan calon PRN N.... - Mygazette - 18/07 3:25 pm

Antara menjadi kemunculan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang hadir mengiringi calon parti masing-masing, sekali gus menambah kehangatan suasana hari penamaan calon. Turut kelihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menggamatkan suasana dalam kalangan penyokongnya





Anwar kesal serangan Sanusi, tegaskan tidak pinggir pembangunan Kedah - Sinarharian - 10/07 10:58 pm

SIMPANG RENGGAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang terus melemparkan serangan politik terhadap beliau meskipun Kerajaan Persekutuan giat mengusahakan pembangunan di negeri itu.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyifatkan serangan berkenaan sebagai tidak wajar kerana beliau sentiasa berusaha keras merancakkan agenda pembangunan di Kedah demi manfaat rakyat secara keseluruhan."Saya baca di media, Menteri Besar Kedah ada di Johor dan 'hentam' saya..





Johor polls: Anwar hits back at Sanusi over Kedah development claims - Sinardaily - 10/07 10:42 pm

SIMPANG RENGGAM -Prime MinisterDatuk Seri Anwar Ibrahimtoday expressed disappointment over Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor's continued political attacks against him despite the Federal Government's ongoing efforts to drive development in the state.The Pakatan Harapan (PH) chairman described the attacks as unwarranted, saying he has consistently worked hard to advance Kedah's development agenda for the benefit of its people."I read in the media that the Kedah Menteri Besar was in Johor and attacked me





A small state like Penang receiving RM16 billion, is that fair?' Sanusi - Sinardaily - 10/07 12:33 am

MERSING The Federal Government has been accused of unfairly distributing development allocations after approving about RM16 billion for the Penang Light Rail Transit (LRT) project, which is part of the Penang Transport Master Plan (PTMP).Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor said such a large allocation should have been distributed more fairly according to the needs of all states, including Johor, which has a larger land area and population."In this state election, they are making all sorts of promises to Johor





'Pulau Pinang negeri kecil dapat RM16 bilion, adilkah?' - Sanusi - Sinarharian - 10/07 11:38 am

MERSING Kerajaan Persekutuan didakwa tidak berlaku adil dalam agihan peruntukan pembangunan apabila meluluskan sekitar RM16 bilion bagi projek LRT di Pulau Pinang, yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peruntukan sebesar itu sewajarnya diagihkan secara lebih saksama mengikut keperluan semua negeri termasuk Johor yang mempunyai keluasan dan jumlah penduduk lebih besar."Dalam PRN ini dia janji macam-macam kepada Johor





'Lepas dapat kuasa, PM rasa semua negeri tumpang dia' - Sanusi sindir Anwar - Sinarharian - 10/07 10:03 am

MERSING Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau seolah-olah menganggap semua negeri bergantung kepada Kerajaan Persekutuan selepas memperoleh kuasa mentadbir negara.Sanusi berkata, tanggapan sedemikian tidak tepat kerana Kerajaan Persekutuan wujud hasil persetujuan negeri-negeri yang menyerahkan sebahagian kuasa melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Perjanjian Kemerdekaan 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963."Hari ini selepas dapat kuasa pada negeri-negeri, dia rasa seolah-olah negeri ini semua tumpang dia





Sanusi: Stop claiming government achievements as election promises - Sinardaily - 10/07 10:00 am

MERSING - Pas election director Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has criticised parties aligned with the federal government for using Putrajaya's achievements as campaign material in the Johor state election, arguing that government duties should not be turned into political capital.Speaking at the Pas Ceramah Mega in Dataran Meding Kanan, Sanusi said elections should be contested on the strength of political parties and their policies, not by claiming credit for the work of the federal administration.They come here using the name of the federal government



Anthony Loke, pilihan raya akan datang mai bertanding di Jeneri - Sanusi - Sinarharian - 2/07 8:08 pm

ALOR SETAR Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dicabar untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada pilihan raya akan datang jika benar mahu membuktikan kekuatan sokongan parti itu.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian menjawab dakwaan kononnya Pas takut untuk berdepan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Menurut Menteri Besar Kedah itu, Pas tidak pernah gentar untuk berdepan mana-mana parti, sebaliknya pembahagian kerusi yang diamalkan parti itu dibuat berdasarkan realiti demografi dan pola sokongan pengundi di sesuatu kawasan."Kalau macam tu, suruh DAP mai bertanding di kawasan Melayu



Jadi pelakon 'The Keris', Sanusi harap generasi muda martabat warisan, seni bela diri - Sinarharian - 1/07 10:43 am

ALOR SETAR - Generasi muda diharap dapat memartabatkan sejarah dan persilatan Melayu seperti digarapkan menerusi filem The Keris, yang mengangkat semangat kepahlawanan sekali gus mempertahankannya sebagai warisan kebanggaan negara.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, filem yang turut mengetengahkan keris sebagai identiti budaya masyarakat Melayu itu lebih istimewa apabila diterbitkan dan diarahkan oleh penggiat seni berbangsa India."Saya bangga kerana penerbit dan pengarahnya serta kru terdiri daripada masyarakat India, namun seni yang diketengahkan adalah seni silat Melayu."Saya harap perkara ini menjadi permulaan yang baik untuk saling mengenali, menghormati dan hidup dalam suasana aman damai antara masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanyaketika ditemui media selepas Tayangan Perdana Filem The Keris di sini pada Selasa.Beliau juga berharap generasi muda dapat mengenali dan mempelajari sesuatu dari filem ini."Tiap-tiap bangsa ada seni, budaya, adat dan tradisi, salah satunya seni mempertahankan diri...macam silat, ada macam-macam, tadi kita tengok tu, silat gayong...silat cekak, silat pusaka, silat pulut, ada banyak lagi jenis silat," katanya.Muhammad Sanusi yang turut membuat penampilan khas dalam filem itu berkata, inisiatif pihak produksi menerbitkan naskhah yang memfokuskan kepada seni mempertahankan diri, wajar diberi penghargaan."Saya juga ada satu babak kemunculan khas dalam filem ini untuk mempromosikan seni bela diri yang cukup dikenali dan menjadi warisan adat serta tradisi kaum Melayu di Malaysia."Saya harap filem ini mendapat sambutan peminat filem tempatan," katanya.Sementara itu, penerbit filem The Keris, Dr T Matheyalagan berkata, sepanjang pembikinan filem berkenaan, mereka melalui beberapa pengalaman berharga yang menyuntik semangat untuk terus berkarya.Menurutnya, dalam masa sama mempelajari sesuatu yang baharu sepanjang pembikinan filem berkenaan khususnya membabitkan penggunaan keris dalam babak tertentu."Benda-benda yang berlaku ketika penggambaran itu benar-benar membuka mata kami tentang keunikan dan kepelbagaian sejarah yang ada di negara ini, secara tidak lansung kami melihat sendiri dengan mata kasar sedikit sebanyak ilmu dalam persilatan tersebut," jelas beliau.



'Seolah-olah wujud kerjasama BN-PN' - DAP Johor - Sinarharian - 28/06 6:39 pm

JOHOR BAHRU - DAP Johor mendakwa wujud petanda yang menunjukkan terdapat kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16.Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, ia susulan pendirian beberapa pemimpin PN yang menggesa penyokong mereka mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi gabungan itu.Katanya, perkembangan selepas hari penamaan calon memperlihatkan PN tidak meletakkan calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara kedua-dua gabungan berkenaan."Sebelum ini Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah membangkitkan kemungkinan wujudnya kerjasama antara BN dan PN, namun dakwaan itu dinafikan oleh MCA."Tetapi pagi ini kita nampak bahawa Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa mereka menyeru penyokong-penyokong mereka untuk undi BN di tempat yang tak ada calon PN bertanding," katanya.Beliau berkata selepas lawatan ke Pusat Media PRN Johor di sebuah hotel di sini pada Ahad.Nie Ching yang juga Ketua Wanita DAP Malaysia berkata, pengundi perlu membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan perkembangan terkini."Jadi saya rasa pengundi-pengundi di Johor perlulah menilai situasi terkini ini dan buat satu keputusan yang bijaksana."Ini kerana bagi saya, ia sangat jelas adalah satu undi untuk BN bermakna satu undi untuk PA."Jadi kita perlu elakkan satu situasi di mana barang kita pesan barang lain tapi barang lain yang sampai," katanya.




Reformasi     >>



Samsuri sanggah Zahid, Sanusi bebas berkempen di .. - Harapandaily
Perikatan Nasional (PN) menegaskan tiada sebarang arahan atau larangan dikenakan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk terus berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sekali gus menolak tanggapan bahawa pemimpin itu disisihkan susulan kontroversi ..
Kroni     >>



Rakyat N9 rasa tak tenteram terhadap campur tangan DAP - Harakahdaily
SEREMBAN: Suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini disifatkan sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila wujud kerjasama antara petugas PAS dan Umno di kawasan berkenaan. Ketua PAS Cawangan Gedong Lalang 162 Ampangan, Ustaz Hasamudin Hasan, 65, ..
Tabloid     >>



Klopp ikrar ubah nasib Jerman - Kosmo
BERLIN – Pengendali baharu Jerman, Jurgen Klopp berikrar untuk ubah ‘wajah’ Die Mannschaft dalam misi mengembalikan era kegemilangan pasukan selepas hambar dalam kejohanan kompetitif sejak sedekad yang lalu. Menerusi sidang media pertamanya selepas diumumkan sebagai pengganti Julian Nagelsmann, Klopp ..
Tech     >>



Flex Titanium Dan Bateri Silikon Karbon Inovasi .. - Amanz
Pengenalan siri Samsung Galaxy Z Fold8 menandakan satu langkah penting dalam dunia telefon pintar boleh lipat. Peranti ini hadir dengan skrin lebih nipis hasil inovasi kejuruteraan yang melangkaui sekadar perubahan kosmetik sekali gus menjadikannya generasi cukup matang setakat ini. Dalam sesi ..
World     >>



Saudi military strikes Houthi targets in Yemen after .. - Cnbc
Saudi Arabia intercepted two ballistic missiles from Yemen, Greek security sources told Reuters, as fighting in a second front in the Iran war escalates.
Motor Trend     >>



Buletin Litar Sepang Hampir Kembali Untuk F1, Tunggu .. - Mekanika
# LITAR SEPANG HAMPIR KEMBALI UNTUK F1, TUNGGU PENGUMUMAN Litar Antarabangsa Sepang dilaporkan semakin hampir kembali menganjurkan perlumbaan Formula 1 (F1) selepas hampir sedekad, dengan hanya menunggu pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini, Perdana ..