///
See Also: Shutterstock

Search : Muda Selangor News   Page 1    





Larangan media sosial tanpa dasar sokongan hanya ilusi keselamatan – .. - Mgazette - 8/12 3:55 pm

# Larangan media sosial tanpa dasar sokongan hanya ilusi keselamatan - MUDA KUALA LUMPUR Larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun yang bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi perlu perbincangan antara pembuat dasar, agensi penguatkuasaan dan masyarakat mengenai implikasi sebenar peraturan tersebut





JPJ tahan lelaki warga India salah guna LKM - Mgazette - 8/12 3:55 pm

KUALA LUMPUR Tindakan seorang lelaki warga India yang dipercayai menyalahgunan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk bekerja sebagai pemandu pelancong sejak seminggu lalu membawa padah apabila dia ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Jumaat





‘Ulat’ KLIA tawar RM180 ke Seremban ditahan - Mgazette - 8/12 3:55 pm

KUALA LUMPUR Tindakan seorang pemandu Perodua Aruz yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen kepada dua penumpang tempatan dengan kadar RM180 untuk ke Seremban membawa padah apabila dia ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan semalam





MyDigital ID mampu bendung penipuan dalam talian - Sinarharian - 8/12 3:41 pm

PUTRAJAYA Jenayah penipuan dalam talian dijangka berkurangan selepas kerajaan melaksanakan penggunaan MyDigital ID bagi pembelian, pendaftaran dan pengesahan SIM kad prabayar bermula 1 Disember lalu.Langkah itu dilihat mampu menghalang penjenayah daripada mendaftarkan nombor telefon baharu untuk menyamar dan memperdaya mangsa.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim, syarat pengesahan identiti itu menyukarkan taktik scammer yang sebelum ini mudah membeli SIM kad baharu untuk melakukan tipu daya melalui panggilan atau mesej.Beliau berkata, penerimaan rakyat terhadap sistem identiti digital menunjukkan perkembangan positif dengan 6.3 juta pengguna berdaftar setakat ini, hasil usaha mempercepat proses pendaftaran yang kini mengambil masa kurang satu minit.Menurut Nik Hisham, penerimaan MyDigital ID serta penggunaan perkhidmatannya semakin meningkat





Helah bawa rakan terbongkar, rupanya pemandu pelancong tidak sah - Sinarharian - 8/12 12:43 am

BANTING Helah seorang lelaki warga India yang mendakwa sekadar membawa rakan bersiar-siar terbongkar apabila ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam operasi khas di Kilometer 9, Jalan KlangBanting, Jumaat lalu.Individu berusia 23 tahun itu bagaimanapun kemudiannya mengaku bekerja sebagai pemandu pelancong ketika semakan awal dijalankan oleh anggota bertugas.Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata siasatan mendapati individu terbabit menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM)."Pemeriksaan awal dijalankan mendapati lelaki itu dipercayai sedang membawa pelancong."Semakan mendapati kenderaan yang dipandu lelaki terbabit didaftarkan atas nama seorang lelaki tempatan serta digunakan bagi tujuan komersial secara tidak sah dengan menyalahgunakan LKM," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya, lelaki terbabit juga mengaku baru seminggu menjalankan kegiatan itu."Siasatan turut mendapati lelaki terbabit mendakwa menerima bayaran RM80 bagi setiap trip perjalanan pergi dan balik."Tindakan dilakukan lelaki berkenaan merupakan kesalahan serius kerana melanggar syarat penggunaan LKM dan menjejaskan mata pencarian pemandu warganegara Malaysia yang memiliki permit sah," katanya.Menurutnya, JPJ memandang berat isu ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan dokumen kenderaan untuk tujuan komersial tanpa kelulusan."Lelaki terbabit kemudiannya ditahan serta kenderaan dipandunya disita untuk tindakan selanjutnya."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan LKM atau menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam secara tidak sah," katanya.





Kes ugutan bunuh peguam: Polis minta bantuan MCMC kesan pemilik akaun media sosial - Sinarharian - 8/12 12:27 am

PETALING JAYA Polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai mengeluarkan ugutan bunuh terhadap seorang peguam yang mewakili keluarga tiga lelaki dalam insiden tembakan di Melaka, baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)."Permohonan telah dibuat kepada pihak MCMC dan kita masih menunggu laporan daripada pihak berkenaan."Setakat ini, kita hanya merakam keterangan pengadu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Pada Sabtu, Shamsudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada peguam terbabit pada 5.16 petang, Jumaat.Menurutnya, hasil siasatan mendapati peguam tersebut telah membaca satu komen daripada satu individu yang tidak dikenali menerusi hantaran di platform media sosial ketika berada di pejabatnya di Petaling Jaya.Komen yang mengandungi unsur ugutan bunuh tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang sedang dikendalikan peguam terbabit.Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Terdahulu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, ketiga-tiga suspek dikenali Geng DT ditembak mati selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, 24 November lalu.Siasatan mendapati suspek utama berusia 29 tahun memiliki 39 rekod lampau jenayah dan dadah selain turut dikehendaki polis, manakala seorang lagi mempunyai 12 rekod jenayah dan dadah.Kumpulan berkenaan dipercayai aktif melakukan jenayah samun bersenjata di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dengan jumlah kerugian dianggarkan RM1.35 juta.Berikutan laporan keluarga suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes tembakan itu pada 3 Disember.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi mengendalikan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden berkenaan yang sebelum ini disiasat oleh JSJ Kontinjen Melaka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.





Padang Serai MP claims trial to abetment charge - Sinardaily - 8/12 11:58 am

SHAH ALAM - Padang Serai Member of Parliament, Datuk Azman Nasrudin, pleaded not guilty in the Sessions Court, here, today, to a charge of abetting in a RM400,000 corruption case involving the Kedah state-owned cattle farming joint-venture project, five years ago.Azman made the plea after the charge was read out before Judge Datuk Mohd Nasir Nordin.According to the charge, the father of five is accused of abetting a businessman, Amar Assuat Abu Bakar, 41, in accepting a RM400,000 bribe from Mohd Hassanaim Fauzi, 39.The payment was allegedly given as a reward for assisting Mohd Hassanaim in securing a joint-venture beef cattle farming project at the Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah, from Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Azman is accused of directing the KAHB chief executive officer to issue a letter of offer to Mohd Hassanaim for the project.The offence was allegedly committed on June 23, 2020, at about 5 pm, on the roadside opposite the office of Angsa Emas Beaute Sdn Bhd, Section 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.The charge was framed under Section 28(1)(c) of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009, read together with Section 16(a)(A) of the same law, and is punishable under Section 24(1).If convicted, he faces a maximum jail term of 20 years and a fine of not less than five times the value of the bribe, or RM10,000, whichever is higher.The prosecution was led by deputy public prosecutorsMuaz Ahmad Khairuddin and Asmaa' Zamri, while the accused was represented by lawyersN





'Ulat' tawar RM180 hantar penumpang dari KLIA ke Seremban ditahan - Sinarharian - 8/12 11:34 am

SEPANG - Gerak geri mencurigakan seorang individu di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini membongkar khidmat kereta sewa haram yang dijalankannya.Lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an itu dipercayai menawarkan khidmat tersebut kepada dua individu dengan bayaran RM180 ke Seremban, Negeri Sembilan.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, kegiatan individu terbabit dikesan menerusi risikan anggotanya sekitar lokasi berkenaan."Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan memujuk, merayu selain menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada dua penumpang warganegara Malaysia dari Terminal 1 KLIA ke Seremban, Negeri Sembilan."Susulan itu, individu itu ditahan serta kenderaan digunakan iaitu Perodua Aruz telah disita untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010)."Selain itu, mana-mana individu dikesan bersubahat melakukan kegiatan ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) akta yang sama."Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau melakukan tempahan menerusi aplikasi e-hailing," katanya.





Lelaki ugut jiran dengan pistol direman seminggu - Sinarharian - 8/12 10:49 am

SUNGAI PETANI Seorang lelaki yang didakwa mengacukan pistol terhadap jirannya di Bandar Laguna Merbok pada Ahad direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sehingga 14 Disember depan.Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi di Mahkamah Sungai Petani kira-kira jam 9.20 pagi, Isnin.Lelaki berusia 30-an itu dilihat berpakaian reman dan dibawa keluar dari mahkamah dalam keadaan tenang dan bersahaja sebaik selesai permohonan reman.Sebelum ini, media melaporkan polis menerima panggilan daripada seorang wanita mengatakan diugut oleh seorang lelaki menggunakan objek menyerupai pistol pada jam 8.45 pagi.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek membawa kepada penemuan objek yang menyerupai pistol selain sejumlah dadah.Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.





Penang FC bakal lakukan rombakan besar-besaran pemain - Wan Rohaimi - Sinarharian - 8/12 10:45 am

PENANG FC dijangka membuat rombakan pemain susulan kekalahan besar kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.Ketua jurulatih, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, beliau kecewa dengan persembahan longlai pasukannya yang banyak melakukan kesilapan mudah sehingga dibolosi lima kali.Beliau berkata, ini termasuk pada babak kedua apabila pelawat memperoleh gol mudah akibat kesilapan ketika cuba menghantar bola kepada penjaga gol yang kemudian dipintas penyerang lawan sekali gus mematahkan semangat untuk bangkit setelah ketinggalan tiga jaringan pada separuh masa pertama."Saya tidak mahu memberi alasan, tetapi saya sangat kecewa," katanya kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan.Pengendali berusia 49 tahun itu memahami kekecewaan penyokong yang tetap hadir ke stadium, namun dibalas dengan keputusan memalukan dan berharap anak buahnya mengambil iktibar di atas kekalahan itu.Sementara itu ketua jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang bermain cemerlang meskipun tumpuan mereka sedikit terganggu apabila perlawanan terpaksa dihentikan sebanyak dua kali berikutan masalah pencahayaan di stadium.Beliau berkata, perjalanan sepanjang liga cukup meletihkan dan ini menyebabkan pemain ada ketikanya tidak berada pada tahap terbaik, namun mereka berjaya bangkit dengan jurulatih sentiasa memberi semangat agar terus fokus serta tidak melakukan kesilapan mudah."Saya membuat satu atau dua pelarasan taktikal dan menerangkan kepada mereka





Banjir 7 negeri makin pulih, mangsa turun kepada 991 orang - FMT - 8/12 9:33 am

Sebanyak 18 pusat pemindahan sementara masih beroperasi di Perak, Terengganu, Selangor, Sarawak, Kelantan, Pahang dan Sabah.





Nafuzi tenang tapi tetap waspada - Sinarharian - 8/12 8:40 am

KETUA jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain tetap tenang menghadapi tekanan menjelang aksi penentuan Kumpulan B menentang Vietnam pada Khamis ini, meskipun perlawanan itu bakal menentukan sama ada Malaysia meneruskan kemaraan atau berdepan penyingkiran awal di Sukan SEA Thailand 2025.Malaysia kini berkongsi tiga mata bersama Vietnam, namun kelebihan jaringan memihak kepada skuad Harimau Muda.Walaupun situasi itu memberi sedikit ruang bernafas, Nafuzi tidak mahu pemain dibebani kebimbangan berlebihan, sebaliknya menuntut mereka turun dengan keyakinan dan disiplin tinggi."Seperti yang diketahui, Vietnam merupakan pasukan yang kuat terdiri daripada pemain pantas, berbakat dari segi teknikal, tenang dan matang."Kami perlu memberikan yang terbaik untuk mengalahkan mereka," katanya pada sidang media selepas menewaskan Laos 4-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada Sabtu.Pada Khamis ini, Malaysia hanya perlu mengelakkan kekalahan untuk terus bersaing dalam kejohanan, manakala kemenangan akan memastikan slot automatik ke separuh akhir.Sebagai rekod, Vietnam merupakan juara pada edisi 2019 dan 2021.Kumpulan B dianggotai Malaysia, Vietnam dan Laos





Lelaki ugut warga emas guna senjata api ditangkap - Mgazette - 8/12 7:37 am

# Lelaki ugut warga emas guna senjata api ditangkap SUNGAI PETANI - Polis menahan seorang lelaki berusia 30-an yang disyaki mengugut seorang wanita warga emas yang juga jirannya menggunakan senjata api, di sebuah taman perumahan di Bandar Laguna Merbok dekat sini, hari ini





Amaran ribut petir di empat negeri sehingga 7 malam - Mgazette - 8/12 7:37 am

# Amaran ribut petir di empat negeri sehingga 7 malam KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor sehingga jam 7 petang ini





Floods ease in Pahang, Perak evacuee numbers fall below 1,000 while Selangor logs 40 - Malaymail - 7/12 6:27 pm

KUALA LUMPUR, Dec 7 The flood situation in Pahang has finally ended while the number of evacuees in Perak have d...





Selayang Baru diserbu, 843 PATI dicekup - Mgazette - 7/12 3:42 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 843 pendatang tanpa izin termasuk 35 wanita ditahan dalam operasi bersepadu di Selayang Baru dekat sini atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, malam tadi





223 mangsa pelaburan mesin layan diri, kopi persoal mengapa kes tiada... - Mgazette - 7/12 3:42 pm

# 223 mangsa pelaburan mesin layan diri, kopi persoal mengapa kes tiada pendakwaan KUALA LUMPUR - Seramai 223 mangsa penipuan pelaburan mesin layan diri dan mesin kopi dengan kerugian keseluruhan lebih RM14 juta tertekan dan keliru kerana siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa sebelum ini berakhir tanpa sebarang pertuduhan





UIAM rai 5,561 graduan, titah Tunku Azizah semarakkan istiadat konvokesyen - Mgazette - 7/12 3:42 pm

# UIAM rai 5,561 graduan, titah Tunku Azizah semarakkan istiadat konvokesyen GOMBAK - Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-41 bermula dengan penuh istiadat apabila Ketua Perlembagaan UIAM, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli merasmikan sidang pertama di Kampus Gombak hari ini





PPP sokong langkah kerajaan lindungi belia dalam talian - Mgazette - 7/12 3:42 pm

# PPP sokong langkah kerajaan lindungi belia dalam talian KUALA LUMPUR - Parti Progresif Penduduk (PPP) menyokong penuh terhadap keputusan kerajaan yang melarang individu berusia bawah 16 tahun daripada mengakses platform media sosial bermula tahun hadapan





Spa songsang: Apa nak jadi dengan golongan profesional? - Mgazette - 7/12 3:42 pm

# Spa songsang: Apa nak jadi dengan golongan profesional? **NEGARA** kita digemparkan lagi dengan berita penangkapan 201 individu di sebuah pusat spa di Kuala Lumpur baru-baru ini





Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad meninggal dunia - Sinarharian - 7/12 11:32 am

KUALA LUMPUR - Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.Allahyarham berusia 81 tahun.Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sekitar jam 3 pagi."Dimaklumkan bahawa Tuan Guru kita semua Tan Sri Dato Sri (Dr) Syaikh Ismail Bin Muhammad, mantan Imam Besar Masjid Negara, Ahli Jawatankuasa Literasi Al-Quran Selangor, Pensyarah Talaqi Lanjutan Tinggi Akademi Literasi Al-Quran Selangor, baru sahaja kembali menghadap ALLAH SWT."Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan urusan mandi serta kafan akan dilakukan selepas solat Subuh





'Saya ambil dadah seminggu sekali, warga asing datang jual' - Sinarharian - 7/12 10:31 am

SELAYANG - Tiga beradik yang leka lepak dan mengakses internet di sebuah pusat snuker di Selayang Baru di sini terkedu selepas diarah untuk membuat ujian air kencing sebelum disahkan positif dadah pada Sabtu.Perkara itu dikesan menerusi operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta pihak berkuasa tempatan.Sinar Harian difahamkan dua daripada mereka positif dadah jenis syabu, manakala seorang lagi positif syabu dan ganja.Abang sulung tiga beradik berusia 43 tahun itu mendakwa dia pernah berhenti daripada mengambil barang terlarang itu namun terjebak semula akibat pengaruh rakan."Saya ikut kawan dan ambil (dadah) seminggu sekali."Ada warga asing yang datang jual





Mangsa banjir Perak, Selangor terus menurun - FMT - 7/12 10:03 am

Bagaimanapun keadaan di Pahang kekal tidak berubah setakat pagi tadi.





Dua gol awal hukum Ulu Yam Bharu - Sinarharian - 7/12 9:44 am

PENGENDALI skuad bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Yam Bharu, Zuhaimi Jasa tetap berlapang dada biarpun pasukannya terpaksa berpuas hati sebagai naib juara selepas tewas 0-2 kepada SK Serdang pada aksi final Piala Raja Muda Selangor Bawah 12 Tahun (B-12) di Padang Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Seksyen 5, Shah Alam di sini pada Sabtu.Zuhaimi berkata, dua gol awal yang dilepaskan masing-masing pada minit keempat dan kelima menjadi tamparan besar buat anak buahnya, namun memuji disiplin pemain yang kekal fokus sepanjang 50 minit perlawanan.Katanya, barisan pertahanan sudah diingatkan supaya tidak memberi ruang atau situasi bola mati kepada pemain utama SK Serdang, tetapi kelebihan individu lawan tetap menjadi pemisah keputusan perlawanan."Memang kita tahu SK Serdang ada pemain utama yang sangat baik dan saya sudah pesan supaya jangan beri ruang atau free kick kepadanya kerana itu memang kelebihan dia."Saya puas hati kerana kami tidak dibolosi lagi selepas itu





Flood evacuees in Perak, Selangor continue to drop, Pahang numbers remain unchanged - Malaymail - 7/12 9:29 am

KUALA LUMPUR, Dec 7 The number of flood evacuees continued to fall in Perak and Selangor as of 9pm, while Pahang...





Disiplin lima minit pertama julang SK Serdang di Shah Alam - Sinarharian - 7/12 9:25 am

PENERAPAN taktikal dan keyakinan tinggi pemain menjadi pemangkin utama kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang menewaskan SK Ulu Yam Bharu 2-0 dalam final Piala Raja Muda Selangor Bawah 12 Tahun (B-12) di Padang Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Seksyen 5, Shah Alam di sini pada Sabtu.Pengendali SK Serdang, Mohammad Ali, berkata pasukannya hadir dengan misi jelas untuk muncul juara dengan persediaan rapi sepanjang musim akhirnya membuahkan hasil sebaik permainan bermula.Menurutnya, strategi menekan lawan secara agresif pada lima minit pertama setiap separuh masa menjadi ramuan utama yang memisahkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut."Sejak awal lagi kami tekankan bahawa kami datang untuk menang





Lokasi panas PATI di Selayang digempur - Sinarharian - 7/12 8:43 am

SELAYANG - Lokasi 'hotspot' pendatang asing tanpa izin (PATI) di Selayang Baru digegar menerusi operasi besar-besaran pada malam Sabtu yang diselaraskan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor.Operasi bermula jam 8 malam itu diketuai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta pihak berkuasa tempatan.Amirudin berkata, seramai 843 disyaki PATI termasuk 35 wanita ditahan hasil pemeriksaan 1,116 individu oleh JIM."Pecahan yang ditahan ialah 647 warga Myanmar, Nepal (102), Bangladesh (79), Indonesia (15 ) serta India (10)."Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 53 tahun disyaki melakukan kesalahan tiada dokumen pengenalan diri, langgar syarat pas, tinggal lebih masa serta pemegang kad yang tidak diiktiraf," katanya dalam sidang media di lokasi serbuan di sini.Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli; Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dan Pengarah Imigresen Selangor, Khairul Aminus Kamaruddin.Menurut Amirudin, serbuan dijalankan susulan aduan awam yang resah dengan lambakan warga asing serta aktiviti perniagaan tanpa lesen di kawasan berkenaan.Jelasnya, operasi itu merupakan ingatan tegas kepada semua, termasuk warga tempatan yang menggajikan PATI supaya mematuhi undang-undang."Kita juga melaksanakan beberapa operasi bersepadu sebelum ini seperti di Seri Muda, Pasar Borong Selangor dan lokasi lain," ujarnya.Berhubung faktor kos sewa yang dikatakan menarik warga asing tinggal di Selayang Baru, Amirudin berkata, ia lebih berpandukan permintaan dan penawaran kerana lokasi berkenaan hanya 20 minit dari Kuala Lumpur."Operasi bersepadu juga sering dilaksanakan sebelum ini dan telah memberi kesan positif kepada masyarakat."Operasi bersepadu ini akan diteruskan secara kesinambungan bagi mengesan, menangkap, mendakwa serta mengusir warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.Beliau turut mengingatkan orang ramai dan majikan untuk tidak melindungi PATI kerana tindakan tersebut merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang





Kaki palsu dan celebral palsy: Dua graduan OKU UIAM raih pengiktirafan... - Mgazette - 7/12 7:49 am

# Kaki palsu dan celebral palsy: Dua graduan OKU UIAM raih pengiktirafan tertinggi GOMBAK - Dua graduan Orang Kelainan Upaya (OKU) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuktikan kekurangan fizikal bukan penghalang mencapai kecemerlangan apabila masing-masing menerima anugerah khas pada Majlis Konvokesyen UIAM ke-41 di sini hari ini





“Menang Laos, tonik hadapi Vietnam” – Nafuzi - Mgazette - 7/12 7:49 am

BANGKOK - Ketua jurulatih pasukan bola sepak lelaki bawah 23 tahun (B-23) negara Mohd Nafuzi Zain menjangkakan pertembungan sukar menentang Vietnam pada Khamis depan (11 Dis) dalam saingan Sukan SEA 2025 di Thailand





Harimau Muda mula kempen Sukan SEA Thailand dengan benam Laos 4-1 - Mgazette - 7/12 7:49 am

# Harimau Muda mula kempen Sukan SEA Thailand dengan benam Laos 4-1 BANGKOK - Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara memulakan kempen Kumpulan B dalam kejohanan bola sepak lelaki di Sukan SEA Thailand 2025 dengan kemenangan dramatik 4-1 ke atas Laos di Stadium Nasional Rajamangala di sini, hari ini





Wanita MIC gesa siasatan bebas dan telus kes tembakan di Melaka - Mgazette - 7/12 7:49 am

# Wanita MIC gesa siasatan bebas dan telus kes tembakan di Melaka KUALA LUMPUR Ketua Wanita MIC Kebangsaan, N Saraswati tampil menggesa siasatan penuh, bebas dan telus berhubung insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka yang meragut nyawa tiga lelaki berbangsa India pada 24 November lalu





Seorang ahli Parlimen, ahli perniagaan didakwa kes rasuah Isnin ini - Mgazette - 7/12 7:49 am

# Seorang ahli Parlimen, ahli perniagaan didakwa kes rasuah Isnin ini KUALA LUMPUR - Seorang ahli Parlimen dan seorang ahli perniagaan yang disyaki berhubung dakwaan rasuah yang berkaitan dengan usaha sama penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah akan didakwa Isnin ini





Polis siasat dakwaan peguam terima ugutan bunuh Polis siasat dakwaan .. - Mgazette - 7/12 7:49 am

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh seorang peguam yang mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh di media sosial semalam, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang sedang diwakilinya melibatkan kes tembak tiga individu, di Melaka, pada 24 Nov lepas





Mangsa banjir di Perak, Selangor turun, Pahang kekal - FMT - 6/12 10:00 pm

Jumlah mangsa banjir turun kepada 1,021 orang di 10 PPS di Perak dan 114 orang di 3 PPS di Selangor malam ini.





'Menang Laos, tonik hadapi Vietnam' - Nafuzi - Sinarharian - 6/12 9:45 pm

KETUA jurulatih pasukan bola sepak lelaki bawah 23 tahun (B-23) negara, Mohd Nafuzi Zain menjangkakan pertembungan sukar menentang Vietnam pada Khamis depan (11 Dis) dalam saingan Sukan SEA 2025 di Thailand.Nafuzi berkata, pemainnya perlu kekal fokus dan membuat persiapan rapi, sambil menekankan bahawa Vietnam adalah juara pada edisi 2019 dan 2021."Seperti yang diketahui, Vietnam merupakan pasukan yang kuat, terdiri daripada pemain pantas, berbakat dari segi teknikal, tenang dan matang





Tengku Amir Shah berkenan saksikan perlawanan akhir Piala Raja Muda Selangor 2025 - Sinarharian - 6/12 9:33 pm

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor (Piala Raja Muda Selangor) 2025 di Padang Persatuan Bola Sepak Selangor, Seksyen 5, di sini.Ketibaan baginda disambut Pengerusi Piala Raja Muda Selangor, Datuk Emran Kadir, diiringi wakil-wakil rakan strategik kejohanan.Perlawanan akhir bagi acara kategori di bawah 12 tahun itu, menyaksikan persaingan antara Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang dan SK Ulu Yam Bharu.SK Serdang muncul juara menerusi jaringan 2-0, hasil ledakan pemain Muhammad Arif Mohd Radzuan.Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.Juara membawa pulang cek cura RM5,000 beserta piala iringan, manakala naib juara RM4,000, tajaan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad.Muhammad Arif diumumkan pemain terbaik dan penjaring terbanyak, iaitu 11 jaringan sekali gus membawa pulang dua trofi serentak.Kejohanan pada tahun ini menghimpunkan 32 pasukan sekolah rendah dari seluruh negeri yang dibahagikan kepada lapan kumpulan.Hadiah RM3,000 untuk pemenang tempat ketiga, manakala RM2,000 menanti pasukan keempat, dan masing-masing turut membawa pulang trofi serta pingat





Velodrom Johor antara 11 Pusat Satelit Pembangunan Serantau dunia - Sinarharian - 6/12 8:29 pm

JOHOR melakar sejarah apabila Velodrom Johor di Iskandar Puteri diiktiraf secara rasmi sebagai antara 11 Pusat Satelit Pembangunan Serantau Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), pada SabtuMenteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pengiktirafan berkenaan merupakan pencapaian besar kepada Johor dan perkembangan sukan berbasikal negara.Malah menurutnya, pengiktirafan tersebut sekali gus menjadikan velodrom berkenaan mencul selaku velodrom pertama di Asia Tenggara dan keempat di Asia yang diiktiraf selaku pusat seumpamanya."Pengiktirafan ini menjadikan Malaysia kini berada dalam senarai 11 pusat satelit dunia dan ini amat membanggakan."Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden UCI, David Lappartient kerana hadir ke Johor dan mengiktiraf velodrom ini sebagai salah satu daripada empat pusat satelit dunia di Asia," katanya.Hannah berkata demikian pada sidang akhbar setelah menyempurnakan perasmian Pusat Satelit Pembangunan Serantau UCI di Iskandar Puteri, pada Sabtu.Selain Lappartient, majlis tersebut turut dihadiri Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang juga Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC), Datuk Amarjit Singh Gill dan Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah.Tambah Hannah, status pusat satelit itu turut membuka ruang lebih luas untuk Malaysia menganjurkan kejohanan bertaraf dunia selain memanfaatkan geran padanan kerajaan dalam usaha memperkasakan sukan berbasikal di negara ini.Malah katanya, pusat tersebut bukan sahaja memberi tumpuan kepada acara trek, malah turut memacu perkembangan lain seperti Basikal BMX yang semakin digemari generasi muda hari ini."BMX lebih mudah diakses dan kosnya lebih rendah dna kita kita mahu lebih ramai kanak-kanak terlibat dalam sukan ini."Jadi dengan pengiktirafan ini, pasti lebih banyak sokongan dan pelaburan akan datang daripada UCI, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri," katanya.Sementara itu, Lappartient memuji tahap infrastruktur di Velodrom Johor yang disifatkannya setanding pusat latihan antarabangsa."Malaysia kini sebahagian daripada rangkaian global 11 pusat satelit UCI





Harimau Muda langkah kanan, bangkit belasah Laos 4-1 - Sinarharian - 6/12 7:14 pm

SKUAD bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara memulakan kempen Sukan SEA Thailand dengan langkah kanan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Laos 4-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Rajamangala pada Sabtu.Kemenangan bergaya berserta jumlah jaringan besar itu sememangnya ditagih skuad muda negara bagi mencerahkan peluang memburu slot ke pusingan separuh akhir.Dalam perlawanan tersebut, skuad kendalian Nafuzi Zain tersentak seawal minit keempat apabila Laos terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi serangan balas pantas yang disudahkah oleh Bounphaeng Xaysombath.Namun, jaringan awal itu tidak mematahkan semangat Harimau Muda yang mula mempamerkan kebangkitan dengan memperkemaskan rentak permainan.Usaha itu membuahkan hasil apabila Haykal Danish berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 untuk mengikat kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, skuad negara tampil lebih garang dan berjaya meledak tiga lagi gol bermula dengan jaringan Haqimi Azim pada minit ke-59 diikuti jaringan pantas Moses Raj dua minit kemudian.Muhammad Abu Khalil melengkapkan pesta gol negara dengan jaringan keempat pada minit ke-90, sekali gus mengesahkan tiga mata penuh milik Malaysia.Berdasarkan format kejohanan, hanya juara kumpulan dan satu pasukan naib juara terbaik sahaja layak mara ke peringkat separuh akhir.Selepas ini, skuad negara akan berdepan pasukan pilihan, Vietnam pada 11 Disember untuk menentukan juara kumpulan.Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi 'ibu segala pingat emas' acara bola sepak Sukan SEA ialah pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia.





Awie bangga dua anak konvo serentak, raih anugerah - Sinarharian - 6/12 7:14 pm

"PENDIDIKANanak-anak tetap nombor satu." Itu tegas vokalis tersohor Wings, Datuk Awie yang hadir penuh bangga ke Majlis Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-36, meraikan kejayaan dua puterinya menamatkan pengajian.Bukan sekadar tamat belajar, malah salah seorang anaknya, Putri Aleefa Antasha, 23, graduan Ijazah Sarjana Muda Fotografi dan Video Kreatif turut dipilih menerima Anugerah Industri selepas memperoleh CGPA 3.78.Manakala, Putri Aleeya Antasha, 25, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara."Alhamdulillah, syukur





Polis siasat laporan peguam dakwa terima ugutan bunuh - Sinarharian - 6/12 6:34 pm

PETALING JAYA - Polis menyiasat laporan seorang peguam mewakili keluarga tiga lelaki dalam insiden tembakan di Melaka yang mendakwa menerima ugutan bunuh di media sosial.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada peguam terbabit pada 5.16 petang, Jumaat.Menurutnya, hasil siasatan mendapati peguam tersebut telah membaca satu komen daripada satu individu yang tidak dikenali menerusi hantaran di platform media sosial ketika berada di pejabatnya di Petaling Jaya."Komen yang mengandungi unsur ugutan bunuh tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan satu kes yang sedang dikendalikan peguam terbabit."Polis telah merakam keterangan peguam terbabit malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga menimbulkan kekeliruan masyarakat.Terdahulu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, ketiga-tiga suspek dikenali Geng DT ditembak mati selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, 24 November lalu.Siasatan mendapati suspek utama berusia 29 tahun memiliki 39 rekod lampau jenayah dan dadah selain turut dikehendaki polis, manakala seorang lagi mempunyai 12 rekod jenayah dan dadah.Kumpulan berkenaan dipercayai aktif melakukan jenayah samun bersenjata di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dengan jumlah kerugian dianggarkan RM1.35 juta.Berikutan laporan keluarga suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes tembakan itu pada 3 Disember.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi mengendalikan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden berkenaan yang sebelum ini disiasat oleh JSJ Kontinjen Melaka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.





Jumlah mangsa banjir di Selangor terus menurun, 269 masih berlindung di... - Mgazette - 6/12 4:10 pm

# Jumlah mangsa banjir di Selangor terus menurun, 269 masih berlindung di PPS KUALA LUMPUR Situasi banjir di Selangor menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan penurunan kepada 269 orang setakat pukul 9 pagi ini





Premis sembelihan ayam disyaki cemari air - Mgazette - 6/12 4:10 pm

KUALA LUMPUR Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyertai satu operasi bersepadu bagi menangani kes pelepasan efluen terlarang yang dikesan mencemarkan beberapa loji rawatan kumbahan (LRK) di sekitar Taman Perindustrian Puchong, semalam





Askar Wataniah tonggak pertahanan negeri hadapi ancaman, bencana - FMT - 6/12 3:44 pm

Raja Muda Perlis puji keberanian, disiplin dan kesiapsiagaan anggota keselamatan, agensi awam, pihak swasta dan rakyat membantu hadapi banjir.





Selangor govt to discuss raising cash aid for flood victims - FMT - 6/12 3:30 pm

State executive council to also discuss an assemblyman's proposal for a special natural disaster insurance scheme for residents in flood hotspots.





Ribut petir, hujan lebat landa 7 negeri, KL, Putrajaya - Sinarharian - 6/12 3:03 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtumengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 4 petangini.Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), serta Selangor membabitkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.Amaran sama turut dikeluarkan bagiNegeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) sertaJohor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Turut terlibat Sarawak membabitkan Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) serta Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu)





Kerajaan negeri teliti cadangan naikkan bantuan tunai mangsa banjir Selangor - FMT - 6/12 3:00 pm

Exco Selangor Najwan Halimi berkata ia akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.





Selangors halal ecosystem shows Quranic principles in practice - MB - Sinardaily - 6/12 11:41 am

KUALA LUMPUR - Selangors long-standing work in halal governance is one of the clearest examples of Quranic values in practice.Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said for more than 50 years, the state has built a strong halal ecosystem involving government, industry and community.Today, he said the state is home to one of the most active halal ecosystem in the country, with many certified companies operating under frameworks of clarity, accountability and integrity.He said over the years, the state has introduced programmes to support small entrepreneurs, expand access to financing and training and help families build stable, dignified livelihoods."Among the many efforts we have pursued, halal governance stands out as one of the most visible examples of how Quranic values can be translated into policy and system."For more than half a century, Selangor has worked to institutionalise halal supervision, treating it as a shared amanah (trust) between government, industry and community," he said when officiating the World #Quran Convention 2025, at the Perdana Hall, Investment, Trade and Industry Ministry, here, today





Serdang datang Shah Alam untuk menang - Sinarharian - 6/12 11:24 am

PENGURUS skuad bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang, Muhamad Amir Fiqrie Mazlan menegaskan ketenangan, disiplin dan kawalan permainan menjadi asas utama taktikal pasukannya menjelang final Piala Raja Muda Selangor Bawah 12 Tahun (B-12) menentang SK Ulu Yam Bharu di Padang Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Shah Alam hari ini.Beliau berkata, skuad kendalian Mohammad Ali itu juga diingatkan supaya bermain secara teratur dari bahagian pertahanan dan mengekalkan penguasaan bola dengan sokongan rapat sesama rakan sepasukan bagi mengurangkan risiko melakukan kesilapan mudah berdepan lawan dari Batang Kali berkenaan.Menurutnya, pemain turut diberi penekanan terhadap komunikasi serta kepatuhan kepada struktur permainan bagi memastikan mereka tidak terperangkap dalam tekanan suasana aksi final.Muhammad Amir Fiqrie menambah bahawa fokus utama ialah membantu pemain beraksi dengan yakin, tenang dan berdisiplin sepanjang 60 minit perlawanan.Mengulas persiapan pasukan, Muhammad Amir Fiqrie berpandangan kekuatan mental dan disiplin menjadi faktor pemisah antara kemenangan dan kegagalan pada peringkat tertinggi saingan B-12 berkenaan.Katanya, pemain yang mampu mengawal emosi, mengekalkan fokus dan mematuhi tugasan masing-masing akan memiliki kelebihan besar dalam perlawanan akhir.Beliau menjelaskan bahawa selain persediaan taktikal, pasukan juga melalui proses pembinaan keyakinan diri, pendedahan kepada tekanan perlawanan besar serta latihan fizikal berperingkat bagi memastikan kecergasan pemain berada pada tahap optimum.Jelasnya, gabungan mental yang kuat, disiplin tinggi dan kesatuan pasukan menjadi sandaran SK Serdang untuk membawa pulang trofi ke Serdang.SK Serdang sebelum itu mara ke final selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas finalis musim lalu, SK Seri Pristana dari Sungai Buloh





Ronaldo disaran beraksi sehingga Piala Dunia 2030 - Sinarharian - 6/12 11:15 am

IKON bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo diharap dapat meneruskan aksi di pentas antarabangsa sehingga Piala Dunia 2030, meskipun sebelum ini membayangkan edisi 2026 bakal menjadi penampilan terakhirnya.Ronaldo yang kini berusia 40 tahun bersedia melakar sejarah sebagai pemain pertama beraksi di enam edisi Piala Dunia, rekod yang bakal dikongsi bersama musuh tradisinya, Lionel Messi.Kedua-dua legenda ini kini terikat dengan penampilan di lima kejohanan terdahulu.Skuad A Selecao telah pun mengesahkan tiket ke kejohanan yang bakal berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat itu selepas kempen kelayakan yang cemerlang.Meskipun komen terbaru Ronaldo sebelum ini seakan mengesahkan bahawa 2026 adalah pengakhiran kariernya di pentas terbesar itu, bekas rakan sepasukannya, Nuno Gomes memiliki pandangan berbeza.Gomes percaya pemenang lima kali Ballon d'Or itu mungkin masih berminat untuk terus menyarung jersi kebangsaan bagi Piala Dunia ketujuh pada 2030 memandangkan Portugal bakal menjadi tuan rumah bersama."Ia satu soalan yang sukar





Bangkai paus, lumba-lumba dijumpai di perairan negara - DOF - Sinarharian - 6/12 10:46 am

SHAH ALAM Sebanyak enam kes penemuan bangkai mamalia marin membabitkan spesies ikan paus dan lumba-lumba direkodkan di perairan negara sepanjang tahun ini, menurut data Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).Kes pertama melibatkan bangkai paus spesies Bryde yang dijumpai pada 24 Februari di Pantai Sungai Miang, Pekan, Pahang.Kes kedua pula direkodkan pada 11 April di Teluk Bahang, Pulau Pinang membabitkan lumba-lumba Irrawaddy.Pada 21 Jun, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) turut menemukan bangkai lumba-lumba Irrawaddy yang dipercayai terjerat pukat di perairan Kuala Kedah.Kes keempat pada 18 Julai melibatkan penemuan bangkai lumba-lumba Porpoise Ambu di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.Seterusnya, dua kes terakhir direkodkan pada 15 dan 26 November masing-masing membabitkan paus Bryde di Langkawi, Kedah serta lumba-lumba Bottlenose di pantai Sabak Bernam, Selangor.Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, kelewatan laporan dan ketepatan koordinasi menjadi cabaran utama dalam pengurusan mamalia marin terdampar di negara ini.Menurutnya, terdapat beberapa kes yang dihadapi iaitu akses ke lokasi kedamparan perlu melalui kawasan geografi yang mencabar seperti kawasan berlumpur, estuari dan pantai terpencil."Ini menyukarkan khidmat logistik untuk melaksanakan pemindahan dan nekropsi mengikut prosedur DOF," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, pelbagai usaha kesedaran komuniti mengenai mamalia marin dipergiat melalui program pendidikan dan libat urus bersama kerajaan negeri dan rakan strategik."Antara inisiatif utama termasuk penganjuran Bengkel Kedamparan di kawasan hotspot mamalia marin seperti Pulau Pinang, Langkawi, Perak dan Terengganu yang menekankan kepentingan pelaporan segera, tatacara intervensi yang selamat dan peranan masyarakat dalam aktiviti konservasi di Malaysia," katanya.Menurut beliau, DOF turut menjalankan Program Konservasi Bersama Nelayan bagi meningkatkan kefahaman tentang interaksi perikanan, penggunaan gear lebih mesra hidupan marin dan kaedah pelaporan insiden tangkapan tidak sengaja.Selain itu, katanya, pelajar sekolah dan universiti turut terlibat menerusi aktiviti Ocean Literacy, pameran bergerak, taklimat teknikal serta demonstrasi ketika berlaku insiden mamalia marin terdampar.Ujarnya, usaha penyebaran maklumat turut dipertingkatkan melalui media sosial rasmi DOF, infografik Institut Penyelidikan Perikanan serta kolaborasi badan bukan kerajaan."Ini penting berikutan beberapa kes mamalia marin ini yang dijumpai hidup oleh penyelidik, pelancong, nelayan atau tular di media sosial."Terdapat 49 kes penemuan mamalia hidup ini di Kuala Sepetang, Perak; Pulau Pinang; Yan, Kedah serta Pulau Langkawi, Kedah bagi lumba-lumba spesies Irrawaddy, Porpois Ambu serta Indo-pacific Humpback," ujarnya.





Mangsa banjir Perak, Selangor catat penurunan - FMT - 6/12 10:33 am

Manakala jumlah mangsa banjir di Perlis dan Pahang pula kekal setakat pagi tadi.





Thousands return home as evacuee numbers plunge in flood-hit states - Malaymail - 6/12 9:04 am

KUALA LUMPUR, Dec 6 The situation in flood-hit areas in Perak, Selangor, Perlis and Pahang continues to improve...





PM arah siasatan telus kes tembak di Melaka dan kematian dalam... - Mgazette - 6/12 7:35 am

# PM arah siasatan telus kes tembak di Melaka dan kematian dalam tahanan CYBERJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah melaksanakan siasatan secara telus, terbuka dan terperinci tanpa melindungi mana-mana pihak berhubung insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka, serta kes kematian dalam tahanan di negara ini





Pas Selangor sambut baik AirAsia benarkan anak kapal pakai hijab - Mgazette - 6/12 7:35 am

# Pas Selangor sambut baik AirAsia benarkan anak kapal pakai hijab KUALA LUMPUR - Pas Selangor menyambut baik keputusan AirAsia yang membenarkan anak kapal wanita Muslim untuk memakai hijab di seluruh rangkaian penerbangan syarikat





Sukan SEA: Harimau Muda perlu elak 'skrip duka' aksi pembukaan - Sinarharian - 6/12 7:10 am

SKUAD Harimau Muda diingatkan agar tidak mengulangi 'skrip duka' tewas pada aksi pembukaan seperti yang berlaku ketika Piala ASEAN B-23 serta Kelayakan Piala Asia B-23 pada Julai dan September lalu, sekiranya mahu melangkah jauh pada temasya Sukan SEA kali ini.Amaran itu bukan tanpa sebab, memandangkan episod langkah kiri sering menjadi punca skuad muda negara gagal mara lebih jauh dalam kejohanan utama.Mengimbau kegagalan di Piala ASEAN yang berlangsung di Indonesia, skuad negara memulakan saingan dengan langkah sumbang apabila tewas 0-2 kepada Filipina.Biarpun berjaya bangkit membelasah Brunei 7-1, kebangkitan itu disifatkan sudah terlambat apabila sekadar mampu seri menentang tuan rumah, sekali gus memaksa pasukan pulang awal.Situasi sama turut berulang ketika saingan Kelayakan Piala Asia





Piala Raja Muda Selangor B-12: Ulu Yam Bharu buru penutup terindah di Shah Alam - Sinarharian - 5/12 10:42 pm

PENGENDALI Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Yam Bharu, Zuhaimi Jasa, menegaskan final Piala Raja Muda Selangor Bawah 12 Tahun (B-12) di padang Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Shah Alam pada Sabtu ini sebagai peluang terakhir pasukannya menamatkan musim yang penuh kejutan dengan noktah paling manis.Pasukan dari Batang Kali itu muncul sebagai salah satu kisah paling menarik dalam kejohanan edisi tahun ini apabila berjaya mengharungi saingan getir sebelum mara ke pentas akhir.Menurut Zuhaimi, kejayaan mara ke final bukan sahaja hasil peningkatan prestasi pemain, malah bukti pasukan luar bandar juga mampu bersaing di pentas yang selama ini didominasi sekolah-sekolah berprofil tinggi.Ketika dihubungi Sinar Harian, beliau mengakui bahawa Ulu Yam Bharu kini berada hanya satu perlawanan sahaja daripada menamatkan kempen dengan sejarah tersendiri."Ini musim yang sangat bermakna bagi kami





WQC 2025: Menara Kuala Lumpur angkat peranan surah al-Saff - Sinarharian - 5/12 10:07 pm

KUALA LUMPUR - Sokongan Menara Kuala Lumpur sebagai rakan strategik World #QuranConvention (WQC) 2025 dapat memperkukuhkan komitmen membina organisasi dan masyarakat berteraskan nilai menerusi surah al-Saff.Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Khairil Faizal Othman berkata, persidangan antarabangsa itu memainkan peranan menyatukan nilai, pemikiran dan komuniti serta memberi inspirasi kepada pembangunan insan dan organisasi selari dengan aspirasi Kuala Lumpur Tower."Melalui penglibatan ini, kami dapat menyemarakkan nilai murni, disiplin dan integriti sebagai asas budaya kerja dan pembangunan masyarakat sekali gus menjadikan Kuala Lumpur Tower bukan sekadar destinasi pelancongan, tetapi ruang penyatuan komuniti yang menyokong dialog, refleksi dan pengukuhan akhlak."WQC mengangkat mesej positif tentang kepentingan ilmu, akhlak dan kesedaran sosial, selari dengan usaha membentuk komuniti yang lebih sedar dan berintelek."Kami menyokong penganjuran program agama berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara sekali gus mengukuhkan peranan kami sebagai organisasi yang mempromosikan nilai spiritual, moral dan kemasyarakatan," katanya.Menurut Khairil Faizal, WQC 2025 yang berlangsung selama dua hari itu dilihat turut membantu menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab pemikiran, kemanusiaan dan pengalaman budaya."Acara ini dapat menyemarakkan ekosistem ilmu dengan menjadikan Kuala Lumpur ruang perbincangan global mengenai nilai, moral dan solusi masyarakat moden serta mengangkat budaya Malaysia yang harmoni."Selain itu, ia dapat memperkasakan pembangunan masyarakat melalui dialog, bengkel dan penyertaan aktif komuniti dan membuka mata bahawa negara mampu menganjurkan acara bertaraf dunia dengan kualiti organisasi tinggi," katanya.Dalam usaha menarik pelancong, Khairil Faizal berkata, pihaknya melaksanakan beberapa langkah strategik untuk merangsang emosi, pancaindera dan memori pelawat menerusi pengalaman."Falsafah kami mudah yang mana pelawat hadir bukan kerana pemandangan, tetapi kembali kerana pengalaman menerusi kurasi visual 360, pencahayaan menara bertema, 'ambient soundscape', tekstur ruang premium, aroma khas dan gastronomi beridentiti Malaysia."Bagi generasi muda, Menara Kuala Lumpur memperkenalkan Sensory-driven spaces seperti Sky Terrace, Sky Box, Tower Terrace dan Orbit Revolving Dining, penceritaan melalui lima maskot rasmi selain ruang seni dan budaya hidup termasuk festival, persembahan muzik kurasi, pop-up kreatif serta aktiviti komuniti," katanya.Jelas Khairil Faizal, Menara Kuala Lumpur bukan hanya mercu tanda, tetapi platform berpengaruh untuk jenama bercerita kepada dunia.





AirAsia new hijab policy: Pas hails long-awaited shift as milestone for female Muslim workers rights, inclusivity - Sinardaily - 5/12 9:28 pm

SHAH ALAM - Pas welcomes AirAsias new policy allowing female cabin crew to wear the hijab, describing it as a progressive move that respects the religious identity and rights of Muslim employees.The party highlighted that the decision aligned with Malaysias Muslim-majority context and public expectations for a more inclusive workplace rooted in local values.Pas information chief Ahmad Fadhli Shaari said while the change came after many years, it remained a positive development and sets an important benchmark for inclusivity in professional spaces.He added that the policy benefits not only AirAsia but could serve as an example for other airlines in Malaysia and abroad.The delay may have been influenced by factors such as global branding strategies, international marketing considerations and concerns over maintaining a uniform corporate image.Nevertheless, AirAsias willingness to listen to its employees and the wider community reflects an important shift towards embracing local values, he told Sinar Daily.He said Pas believes the government should continue providing guidance, suggesting that proper regulations and consultation can help companies recognise the importance of respecting religious rights while still maintaining professional standards.Fadhli also said AirAsias decision demonstrates that religious inclusivity can be incorporated without undermining professionalism or service standards in the aviation industry.AirAsia has sent a clear message that professionalism and faith can coexist





Heavy rain triggers landslide, eight houses affected at Kampung Orang Asli Batu 12 - Sinardaily - 5/12 8:24 pm

GOMBAK - An elderly woman faced a terrifying moment when her kitchen wall collapsed and part of her house nearly slipped down a slope after a landslide caused by heavy rain at Kampung Orang Asli Batu 12, here last Wednesday.Halimah Yunos, 71, one of 47 affected residents, said the incident occurred around 7 pm after continuous rain caused soil movement along the water channel running through the village."As soon as I realised the kitchen floor had collapsed, I called my son, who lives next door, to help move the items in the kitchen to the centre of the house before we headed to the relief centre."It was frightening in the heavy rain





Selangor Sultan marks 80th birthday with Yasin recital, tahlil and doa selamat ceremony - Malaymail - 5/12 7:58 pm

SHAH ALAM, Dec 5 The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, today graced a Yasin recital, tahlil and...





Banjir di empat negeri beransur pulih, jumlah mangsa menurun - Sinarharian - 5/12 6:28 pm

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di empat negeri menunjukkan perkembangan positif petang ini dengan Selangor, Perak, Perlis dan Pahang merekodkan penurunan ketara jumlah mangsa serta penutupan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir menurun kepada 616 orang daripada 187 keluarga petang ini berbanding 896 mangsa membabitkan 267 keluarga pagi tadi.Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan PPS masih beroperasi setakat ini di daerah Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam, dengan Kuala Selangor merekodkan mangsa tertinggi, iaitu 474 orang yang ditempatkan di lima PPS.Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa di tiga daerah berkurangan kepada 1,674 orang daripada 509 keluarga yang masih berlindung di 12 PPS berbanding 1,947 mangsa daripada 586 keluarga pagi tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan banjir di Larut Matang dan Selama (LMS) pulih sepenuhnya apabila satu PPS yang menempatkan 13 mangsa ditutup tengah hari tadi.PPS di daerah Hilir Perak pula masih dihuni 880 orang, manakala mangsa banjir di Bagan Datuk merekodkan 459 orang dan Manjung pula kekal 335 orang.Di PERLIS, jumlah mangsa banjir menurun kepada 20 orang dengan penutupan satu PPS bagi kawasan Arau setakat 4 petang ini berbanding 111 mangsa yang ditempatkan di dua PPS pada sebelah pagi tadi.Berdasarkan data Sekretariat JPBN Perlis, kini hanya satu PPS masih beroperasi di kawasan Padang Besar bagi menempatkan mangsa berkenaan iaitu di PPS SK Felcra Lubuk Sireh.Banjir di PAHANG juga semakin pulih dengan hanya 14 orang daripada dua keluarga berada di sebuah PPS di Kuantan petang ini berbanding 113 mangsa daripada 30 keluarga di lima PPS pagi tadi.Menurut Sekretariat JPBN Pahang, banjir di daerah Raub pulih selepas 106 penduduk daripada 29 keluarga yang berada di empat PPS telah pulang ke rumah masing-masing hari ini





Enam lelaki 'Geng Bhai' disyaki terlibat kes samun kargo ditahan - Sinarharian - 5/12 4:51 pm

MARAN - Polis menahan enam lelaki ahli kumpulan 'Geng Bhai' yang disyaki terbabit dalam berapa kejadian samun kargo dan curi kenderaan di negeri ini melibatkan kerugian dianggarkan RM659,000 sejak Oktober lepas.Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejayaan itu adalah hasil Op Kargo yang dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang susulan dua kes samun treler bermuatan besi dan kabel PVC serta lima kes curi treler, forklift serta kereta."Polis melancarkan beberapa siri serbuan antara 21 hingga 29 Nov di Senawang (Negeri Sembilan), Klang (Selangor) dan Bentong sebelum berjaya menahan enam lelaki berusia antara 24 hingga 56 tahun dengan kesemua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Azry Akmar berkata, serbuan turut membawa kepada rampasan pelbagai barangan kes termasuk empat treler, sebuah lori, dua kereta dan 10 drum kabel PVC serta tiga alat pemotong besi dan kabel.Beliau berkata, modus operandi kumpulan itu ialah menyasarkan treler bermuatan yang berhenti di tepi jalan dengan mengikat mangsa sebelum membawa mereka ke lokasi lain dan meninggalkan mangsa selepas memastikan kenderaan selamat daripada dijejaki."Kumpulan berkenaan turut mencuri treler bermuatan dan kosong serta kereta yang ditinggalkan di kawasan sunyi, manakala sebuah forklift dicuri di Temerloh untuk digunakan memunggah barang samun di sebuah stor sewaan di Senawang, Negeri Sembilan," katanya.Beliau berkata, siasatan mendapati kumpulan itu diketuai seorang lelaki berusia 56 tahun yang pernah aktif dalam kes jenayah kargo dan kini sedang menjalani tempoh parol hingga Mac 2026 di Bentong."Ahli geng tersebut dipercayai mengenali rakan-rakan lain ketika menjalani hukuman penjara sebelum ini," katanya.Tiga lagi lelaki dipercayai ahli kumpulan itu masih bebas dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu dikenali sebagai Kishan Singh Kretar Singh, 41, dari Rawang, Selangor; Muhammad Farhan Subri, 23, dari Bedong, Kedah; dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai Raja menyalurkan maklumat kepada polis.Beliau berkata, kesemua suspek direman hingga semalam dan pihaknya kini memohon tempoh itu dilanjutkan bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan berkaitan rompakan berkumpulan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan berhubung curi kenderaan





Laporan forensik pertama Syamsul Haris maut kerana pneumonia bercanggah - Peguam - Sinarharian - 5/12 4:31 pm

SHAH ALAM Peguam yang mewakili ibu pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai memberitahu, Syamsul Haris Shamsudin meninggal dunia kerana pneumonia atau radang paru-paru.Peguam, Datuk Naran Singh yang mewakili ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, keputusan itu diperoleh berdasarkan laporan bedah siasat pertama oleh Hospital Sultan Ismail.Sedangkan katanya, keputusan berkenaan bercanggah dengan laporan bedah siasat kedua yang dibuat tiga pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang menyatakan Allahyarham meninggal dunia kerana terdapat kecederaan teruk di leher."Laporan forensik kedua ini jelas menolak dapatan laporan pertama dan saya percaya, percanggahan menyebabkan AGC (Jabatan Peguam Negara) mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh," katanya ketika sidang media di luar Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.Dalam pada itu beliau berkata, anak guam juga memohon mahkamah mengeluarkan arahan supaya Pengarah Hospital Kota Tinggi, Johor menyerahkan laporan bedah siasat pertama kepada pemohon secara rasmi.Walaupun telah menerima salinan laporan forensik pertama daripada pihak ketiga, namun beliau mengekalkan permohonan sama di mahkamah itu, agar dokumen tersebut diserahkan sendiri oleh hospital dan bukannya diperoleh daripada pihak ketiga.Dalam pada itu peguam ini berkata, anak guamnya selaku pemohon juga meminta mahkamah mengeluarkan arahan supaya salinan nota keterangan perubatan dilampirkan kepada mereka.Katanya, ia membabitkan laporan perubatan yang diakui sah, disediakan pegawai perubatan bertugas dari Jabatan Kecemasan dan Trauma, semasa mayat Syamsul Haris dibawa ke Hospital Kota Tinggi.Semasa prosiding, beliau berkata, pihak kerajaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin selaku responden, memohon masa selama seminggu bagi mendapatkan arahan Peguam Negara, sama ada dokumen berkenaan boleh dibekalkan atau sebaliknya."Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet kemudiannya menetapkan 12 Disember ini untuk pengurusan kes bagi status permohonan tersebut," katanya.Mangsa meninggal dunia ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Darat (Pulada) Ulu Tiram pada 28 Julai lalu.Pada 13 Ogos lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berdasarkan siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tiada unsur penderaan berlaku dalam kes berkenaan.Katanya, semua saksi termasuk pegawai dan jurulatih yang terlibat dalam latihan itu menafikan berlakunya sebarang bentuk penderaan terhadap mangsa.Bagaimanapun, pada 26 Ogos, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kubur pelatih yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Semenyih, Selangor digali semula.Hakim berkata, proses menggali semula kubur Syamsul Haris bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan.Selepas laporan bedah siasat daripada HKL diperoleh pada 28 November, Naran berkata, bedah siasat kedua mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada leher.Katanya, terdapat beberapa kecederaan lain seperti melecet yang turut ditemukan pada jasad Allahyarham dalam proses bedah siasat kedua yang dijalankan pada 30 Ogos lalu





Bentuk atlet tahan uji, bukan sekadar kejar pingat - Sinarharian - 5/12 3:54 pm

SESUATU negara tidak menjadi kuasa sukan hanya kerana banyaknya pingat yang dimenangi, tetapi kerana kemampuannya melahirkan atlet yang tahan diuji, matang berfikir dan mampu bertahan lama dalam persaingan





Shamsul Iskandar terpalit isu rasuah, tidak ulas kedudukan dalam PKR - Sinarharian - 5/12 3:30 pm

SHAH ALAM Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak mengulas berhubung kedudukannya dalam PKR, selepas didakwa atas lima kes rasuah berhubung lesen penerokaan mineral di Sabah.Selepas prosiding kes di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, Shamsul Iskandar, 51, memohon pihak media memberi tumpuan kepada soalan-soalan berkenaan pertuduhan yang dihadapi dan tidak mencampur adukkan isu politik."Terima kasih kepada rakan-rakan bantu setidaknya kumpul dana untuk jaminan, kerana pada saya ia sangat tinggi, teruskan doa."Kita cerita kes ini dahulu, politik kemudian," kata Ketua PKR Melaka dan Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya, sama ada akan meletakkan jawatan dalam parti selepas terpalit dengan kes jenayah tersebut.Shamsul Iskandar kemudiannya beredar sambil menunjukkan isyarat tanda bagus.Pada Khamis, ahli politik ini didakwa atas satu kes bersetuju menerima rasuah RM100,000 dan tiga kes memperoleh wang termasuk kelengkapan perabot serta barangan elektrik berjumlah RM76,829.03.Hakim, Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM150,000 dan memenuhi tiga syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi dan melaporkan diri di Ibu Pejabat SPRM sekali setiap bulan.Susulan itu, wang ikat berkenaan dibayar oleh seorang kenalannya dari Melaka dan seorang bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Angkatan Muda Keadilan (AMK).Sementara itu, peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar berkata, wang jaminan dikumpul menerusi kutipan bantuan daripada kepimpinan parti PKR dan rakan-rakan.Katanya, pemimpin parti itu sememangnya tidak mampu untuk menyediakan wang jaminan yang terlalu tinggi.Pada Jumaat, bapa kepada tiga anak itu didakwa lagi atas satu kes menerima suapan sebanyak RM64,924 untuk bayaran penyewaan rumah, berhubung tujuan sama pada tarikh serupa.Bagaimanapun, Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin mengguna pakai jumlah termasuk syarat tambahan sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.




Reformasi     >>



Malaysian ex-minister Rafizi challenges PM Anwars .. - Scmp
Malaysias former economy minister Rafizi Ramli has renewed his attack on Prime Minister Anwar Ibrahims reformist agenda, alleging that anti-corruption officers targeted candidates who challenged the leaders daughter in internal party polls earlier this year. In an episode of his Yang Berhenti ..
Kroni     >>



Padang Serai MP claims corruption charges against him .. - Star
SHAH ALAM: Padang Serai MP Datuk Azman Nasrudin has claimed that the corruption charge against him is politically motivated. Read full story
Tabloid     >>



“Terima Kasih Untuk 16 Tahun..”-Zizie .. - Murai
Pelakon, Zizie Izette meluahkan rasa pilu terhadap pemergian suaminya, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pada Jumaat. Menerusi Instagram Story terbaharunya, Zizie memuatnaik foto suaminya yang berdiri di hadapan Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah itu turut menitipkan ucapan terima kasih ..
Tech     >>



Trump says $72bn Netflix-Warner Bros deal 'could be a .. - BBC
The planned deal would cement Netflix in its position as the world's biggest subscription streaming service.
World     >>



Kennedy Center Honors fete performers, but Trump takes .. - Star
WASHINGTON, Dec 7 - U.S. President Donald Trump solidified his takeover of Washington's John F. Kennedy Center for the Performing Arts on Sunday by hosting its flagship awards program, mixing politics with a celebration of stars from music and film. Read full story
Motor Trend     >>



Buletin Continental Tyre Malaysia Perkenal Waranti .. - Mekanika
# CONTINENTAL TYRE MALAYSIA PERKENAL WARANTI PENGILANG TAYAR SEPANJANG HAYAT **Continental Tyre Malaysia kini memperkukuh keyakinan pelanggan dengan memperkenalkan Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat untuk semua tayar kereta penumpang, SUV, dan 44 jenama Continental, General Tire, dan ..