///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Mexico News   Page 1    



Heung-min jadi sasaran kritikan meskipun Korea Selatan menang - Sinarharian - 12/06 1:05 pm

KAPTEN Korea Selatan, Son Heung-min berdepan kritikan hebat daripada sebahagian penyokong negaranya selepas mempamerkan aksi kurang meyakinkan ketika kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2026.Penyerang berusia 34 tahun itu bergelut untuk memberi impak sepanjang perlawanan dan gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang sebelum dikeluarkan pada minit ke-69 bagi memberi laluan kepada Oh Hyeon-gyu.Korea Selatan akhirnya bangkit daripada ketinggalan untuk meraih tiga mata pertama menerusi jaringan Hwang In-beom dan Hyeon-gyu, namun persembahan Heung-min tetap menjadi bahan perdebatan dalam kalangan peminat.Pada penghujung perlawanan, kamera televisyen beberapa kali merakam Heung-min yang berdiri di tepi padang sambil memerhatikan rakan sepasukannya mempertahankan kelebihan tipis.Rakaman itu kemudian tular di media sosial dan forum bola sepak Korea Selatan.Sebahagian penyokong meluahkan rasa tidak puas hati terhadap persembahannya, dengan ada yang berpendapat tempat pemain itu dalam kesebelasan utama perlu dinilai semula.Malah, terdapat penyokong yang menggesa Hyeon-gyu diberikan peranan lebih besar selepas penyerang gantian itu muncul wira kemenangan Korea Selatan.Gelombang kritikan berkenaan mencerminkan tekanan besar yang terus dipikul Heung-min sebagai pemain paling berprofil tinggi dalam skuad Taegeuk Warriors sejak hampir sedekad lalu.Sebagai kapten dan tonggak utama pasukan, harapan tinggi sentiasa diletakkan di bahunya setiap kali Korea Selatan beraksi di pentas utama antarabangsa.Bagaimanapun, tidak semua penyokong bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan. Ramai turut tampil mempertahankan Heung-min dengan mengingatkan sumbangan besarnya kepada bola sepak Korea Selatan sepanjang kariernya bersama pasukan kebangsaan.Mereka berpendapat satu persembahan kurang menjadi tidak seharusnya menenggelamkan jasa serta pengorbanan yang diberikan pemain berkenaan selama ini.Kemenangan ke atas Republik Czech meletakkan Korea Selatan di tangga kedua Kumpulan A, berkongsi tiga mata dengan Mexico yang mendahului berdasarkan perbezaan gol.Namun bagi Son, tumpuan kini terarah kepada aksi berikutnya ketika Korea Selatan berdepan cabaran lebih getir dalam usaha memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya.





Di sebalik ketegangan, Iran fokus berlatih menjelang aksi di Los Angeles - Sinarharian - 12/06 11:25 am

PASUKAN bola sepak Iran memulakan sesi latihan di kem mereka di Mexico pada Khamis, sekali gus memberi gambaran awal kepada dunia mengenai persiapan skuad itu menjelang Piala Dunia walaupun dibayangi ketegangan geopolitik dengan Amerika Syarikat (AS).Selepas memindahkan kem latihan dari lokasi asal di Arizona ke Tijuana, pasukan yang dikenali sebagai 'Team Melli' itu dilaporkan mengambil pendekatan lebih tertutup sejak tiba pada Ahad lalu.Dalam sesi latihan terbuka berkenaan, pihak media hanya diberi peluang selama 15 minit untuk menyaksikan sekumpulan kecil pemain menjalani latihan pemanasan badan.Daripada keseluruhan 26 pemain, hanya sekitar 12 orang hadir, manakala penyerang utama Mehdi Taremi antara yang tidak kelihatan dalam sesi tersebut.Berpakaian jersi hijau, para pemain melakukan larian ringan di padang latihan milik kelab tempatan, Xolos, sebelum meneruskan dengan latihan regangan serta pengukuhan teras menggunakan tikar buih.Iran dijadualkan membuka kempen Piala Dunia mereka menentang New Zealand pada Isnin di Los Angeles, AS.Menurut seorang pegawai pasukan, skuad itu dijangka memasuki AS pada Ahad dan akan bermalam di sana sebelum perlawanan berlangsung.Sebelum ini, duta Iran ke Mexico memaklumkan bahawa pasukan tersebut hanya akan dibenarkan memasuki AS pada hari perlawanan dan perlu beredar sebaik sahaja tamat aksi.Penyertaan Iran dalam kejohanan yang dianjurkan bersama oleh AS, Mexico dan Kanada ini hadir tiga bulan selepas konflik ketenteraan tercetus melibatkan Iran, AS dan Israel, yang turut memberi kesan kepada kestabilan rantau Asia Barat serta ekonomi global.Sementara itu, sesi latihan terbuka ini berlangsung ketika Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan apa yang disifatkannya sebagai penyelesaian besar bagi menamatkan konflik dengan Iran, dengan jangkaan perjanjian dimeterai di Eropah seawal hujung minggu ini





Co-hosts Mexico kick off World Cup with dramatic victory - BorneoPost - 12/06 11:21 am

MEXICO CITY (June 12): Mexico beat South Africa 2-0 in a drama-filled opening match of the World Cup at the Estadio Azteca Thursday, kicking off the biggest ever edition of the global footballing showpiece





Korea Selatan bangkit benam Republik Czech 2-1 - Sinarharian - 12/06 10:27 am

KOREA Selatan bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Republik Czech 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2026, sekali gus mengutip tiga mata berharga.Jaringan Hwang In-beom dan pemain gantian Oh Hyeon-gyu pada babak kedua memastikan skuad kendalian Hong Myung-bo memulakan kempen dengan kemenangan selepas terlebih dahulu dikejutkan oleh gol Ladislav Krejci.Korea Selatan tampil lebih meyakinkan sepanjang separuh masa pertama di Estadio Guadalajara, namun gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhasil.Lee Kang-in menjadi antara pemain paling menyerlah apabila beberapa kali mencipta ancaman, termasuk membantu mencipta peluang buat Lee Jae-sung dan Son Heung-min, namun pertahanan Republik Czech berjaya mengekang serangan mereka.Republik Czech yang semakin memperoleh rentak turut mencipta beberapa peluang menerusi Patrick Schick dan Lukas Provod, namun kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan sehingga tamat separuh masa pertama.Selepas rehat, Korea Selatan terus mengasak dan hampir mendahului menerusi Hwang In-beom, namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Matej Kovar.Bagaimanapun, Republik Czech mengejutkan lawan apabila mendahului pada minit ke-59. Balingan jauh Vladimir Coufal menemui kapten pasukan, Ladislav Krejci, yang menanduk masuk bola dengan kemas untuk menewaskan Kim Seung-gyu.Kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Korea Selatan menyamakan kedudukan kurang 10 minit kemudian.Hantaran tepat Lee Kang-in berjaya menemui Hwang In-beom yang bijak memperdayakan Kovar sebelum melakukan lambungan cantik ke penjuru gawang bagi menjadikan kedudukan 1-1.Republik Czech hampir kembali mendahului menerusi Tomas Soucek yang menanduk masuk bola daripada situasi sepakan percuma, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.Korea Selatan kemudian memanfaatkan peluang tersebut untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80.Hwang In-beom sekali lagi memainkan peranan penting apabila menghantar bola tepat ke dalam kotak penalti yang disudahkan pemain gantian, Oh Hyeon-gyu, untuk meletakkan Korea Selatan di hadapan.Republik Czech cuba bangkit pada penghujung perlawanan dan hampir menyamakan kedudukan menerusi Adam Hlozek, namun Kim Seung-gyu bertindak cemerlang untuk memastikan kemenangan memihak kepada Korea Selatan.Keputusan itu menyaksikan Korea Selatan mengumpul tiga mata dan berkongsi kedudukan teratas Kumpulan A bersama Mexico yang menewaskan Afrika Selatan 2-0 dalam satu lagi aksi kumpulan.Korea Selatan selepas ini akan berdepan tuan rumah Mexico, manakala Republik Czech perlu mencari mata pertama apabila menentang Afrika Selatan.





Iran World Cup captain reveals Mexico cartel robbery story - Aljazeera - 12/06 9:40 am

Iran's World Cup captain says hes heard Mexican cartels love Iranians and revealed his own brush with an armed group.





Penunjuk perasaan, polis bertempur di luar Estadio Azteca - Hotfm - 12/06 8:41 am

Mexico City: Beribu-ribu penunjuk perasaan bertempur dengan polis di luar Estadio Azteca awal pagi tadi ketika Afrika Selatan dan Mexico beraksi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia di hadapan lebih 80,000 penonton.





Raul Jimenez: Dari Nyawa Hampir Diragut Kecederaan Ke Pentas Gol Piala Dunia 2026 - Vocket - 12/06 8:27 am

Kisah Raul Jimenes menjaringkan gol pada aksi pembukaan Piala Dunia 2026, di hadapan peminat Mexico sendiri di Azteca, lebih daripada sekadar gol





Who are Julian Quinones and Raul Jimenez, Mexicos World Cup goal scorers? - Aljazeera - 12/06 7:54 am

Mexico's two goal scorers were overcome with emotion as they took their team to a win in the World Cup's opening game.





World Cup kicks off in Mexico with Shakira, dancing, and protests - BBC - 12/06 7:41 am

There was a star-studded opening ceremony, and some sporadic clashes between police and protesters around the Azteca stadium.





Penyokong warga Jerman meninggal dunia sebelum aksi pembukaan Piala Dunia - Sinarharian - 12/06 7:35 am

KEMERIAHAN aksi pembukaan Piala Dunia 2026 di Estadio Azteca sedikit tercalar apabila seorang penyokong warga Jerman dilaporkan meninggal dunia beberapa jam sebelum perlawanan antara Mexico dan Afrika Selatan.Mangsa dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada berhampiran Pintu 1 stadium bersejarah itu ketika ribuan penyokong mula membanjiri venue berkenaan menjelang sepak mula perlawanan.Pasukan perubatan kecemasan yang bertugas sempena kejohanan berkenaan segera memberikan bantuan sejurus menerima laporan kejadian dan menjalankan prosedur bantuan pernafasan kecemasan (CPR).Namun, mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.Setakat ini, identiti penuh serta umur mangsa belum disahkan berikutan terdapat perbezaan maklumat dalam laporan awal media tempatan dan antarabangsa.Insiden itu berlaku pada hari Estadio Azteca mencipta sejarah sebagai stadium pertama menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan bagi tiga edisi Piala Dunia selepas turut melakukannya pada 1970 dan 1986.Sehingga kini, Persekutan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), pihak berkuasa tempatan dan pengurusan stadium belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan.Lazimnya, maklumat terperinci mengenai insiden seumpama itu hanya diumumkan selepas siasatan awal selesai dan waris mangsa dimaklumkan oleh pihak berkuasa.Perlawanan pembukaan kejohanan menyaksikan Mexico menewaskan Afrika Selatan 2-0 di hadapan lebih 80,000 penonton di stadium berkenaan.





Piala Dunia 2026: Layangan kad merah hiasi kemenangan Mexico - Kosmo - 12/06 7:34 am

MEXICO CITY – Pasukan tuan rumah, Mexico memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan pada aksi Kumpulan A di Estadio Azteca awal pagi tadi





Shakira and Burna Boy light up World Cup opening ceremony - SUN - 12/06 7:31 am

Shakira and Burna Boy perform the official World Cup song in Mexico City as the 2026 tournament kicks off at the Estadio Azteca.





Penampilan sulung Piala Dunia Sithole bertukar mimpi ngeri - Sinarharian - 12/06 7:19 am

IMPIAN pemain tengah Afrika Selatan, Sphephelo Sithole untuk menikmati penampilan sulung di pentas Piala Dunia bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kesilapannya memberi kesan besar terhadap kekalahan 0-2 pasukannya kepada Mexico dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2026 di Estadio Azteca, awal pagi Jumaat.Pemain berusia 26 tahun itu menjadi tumpuan negatif perlawanan selepas terlibat secara langsung dalam jaringan pembukaan Mexico sebelum dilayangkan kad merah pada awal babak kedua, sekali gus menyukarkan lagi usaha Afrika Selatan untuk bangkit.Dalam penampilannya yang ke-27 bersama skuad kebangsaan, Sithole diharapkan menjadi tonggak penting di bahagian tengah pasukan kendalian Hugo Broos.Namun, tekanan beraksi di pentas terbesar bola sepak dunia jelas memberi kesan apabila beberapa kesilapan dilakukan pada saat-saat penting perlawanan.Detik malang pertama berlaku pada minit kesembilan apabila beliau kehilangan penguasaan bola berhampiran kawasan penalti sendiri selepas diasak pemain tengah Mexico, Erik Lira.Situasi itu membuka ruang kepada Julin Quiones melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol Ronwen Williams untuk gol pertama Piala Dunia 2026.Keadaan menjadi lebih sukar buat Sithole pada awal separuh masa kedua apabila beliau dilayangkan kad merah secara langsung selepas menjatuhkan Brian Gutierrez yang sedang mara ke arah gol.Dalam situasi satu lawan satu itu, Sithole bertindak mengasari penyerang Mexico berkenaan kerana merupakan pemain terakhir yang berada di benteng pertahanan Afrika Selatan.Keputusan pengadil mengeluarkan kad merah tidak menimbulkan banyak pertikaian kerana tindakan itu menafikan peluang jaringan yang jelas kepada lawan.Berdasarkan statistik Opta, Sithole menjadi pemain ketiga dalam sejarah Piala Dunia yang melakukan kesilapan yang membawa kepada jaringan lawan dan pada masa sama dibuang padang dalam perlawanan yang sama.Sebelum ini, rekod sama dicatat oleh pemain pertahanan Republik Czech, Tomas Ujfalusi ketika menentang Ghana pada Piala Dunia 2006 serta pertahanan Pantai Gading, Cyrille Domoraud dalam aksi menentang Serbia pada kejohanan yang sama.Kehilangan seorang pemain sejak awal babak kedua menyaksikan Afrika Selatan berdepan tugas hampir mustahil untuk kembali memberi saingan.Mexico memanfaatkan kelebihan jumlah pemain sebelum menggandakan jaringan menerusi Ral Jimnez pada minit ke-67 bagi mengesahkan kemenangan 2-0.Kekalahan itu bukan sahaja meletakkan Afrika Selatan dalam kedudukan sukar dalam Kumpulan A, malah prestasi Sithole dijangka terus menjadi bahan perdebatan selepas perlawanan, terutama kerana dua insiden membabitkannya memberi impak langsung terhadap keputusan akhir.Bagi pemain Tondela itu, malam yang sepatutnya menjadi detik bersejarah dalam kariernya bertukar menjadi pengalaman pahit yang sukar dilupakan, sekali gus meletakkannya sebagai antara watak paling malang pada hari pembukaan Piala Dunia 2026.





Korea Selatan buru kemenangan pembukaan pertama dalam empat edisi Piala Dunia - Sinarharian - 12/06 7:10 am

KOREA Selatan berdepan misi penting untuk menamatkan badi perlawanan pembukaan apabila memulakan kempen Piala Dunia 2026 menentang Republik Czech dalam aksi Kumpulan A di Stadium Guadalajara, hari ini.Skuad kendalian Hong Myung-bo itu mempunyai alasan kukuh untuk memburu tiga mata kerana rekod menunjukkan mereka gagal mencatat kemenangan dalam aksi pertama pada tiga edisi Piala Dunia terakhir.Pada 2014, Korea Selatan tersingkir di peringkat kumpulan selepas sekadar mengumpul satu mata, manakala kekalahan dalam dua perlawanan awal pada 2018 menyebabkan kemenangan mengejut ke atas juara bertahan, Jerman tidak cukup untuk membawa mereka ke pusingan seterusnya.Walaupun berjaya mara ke pusingan 16 pada Piala Dunia 2022 di Qatar, Korea Selatan tetap bergelut pada dua perlawanan awal sebelum memastikan kemaraan menerusi kemenangan dramatik ke atas Portugal pada aksi terakhir kumpulan.Sejarah juga menunjukkan setiap kali Korea Selatan memulakan kempen dengan kemenangan, peluang mereka untuk melangkah lebih jauh lebih cerah seperti ketika mara ke separuh akhir pada 2002 dan pusingan 16 pada 2010.Korea Selatan yang menghuni ranking ke-25 dunia dilihat memiliki kelebihan berbanding Republik Czech di tangga ke-41, namun dijangka berdepan tentangan sengit daripada lawan yang terkenal dengan corak permainan fizikal dan kekuatan bola tinggi.Format baharu Piala Dunia yang menampilkan 48 pasukan sememangnya memberi lebih ruang untuk pasukan bangkit selepas keputusan buruk, namun kemenangan awal tetap dianggap penting bagi mengurangkan tekanan serta mengukuhkan peluang menamatkan saingan di dua tangga teratas kumpulan.Turut berada dalam Kumpulan A ialah Mexico selaku tuan rumah dan Afrika Selatan, menjadikan setiap mata amat berharga dalam perebutan slot ke pusingan 32.Justeru, aksi menentang Republik Czech bukan sekadar pembuka tirai buat Korea Selatan, tetapi juga peluang terbaik untuk memadam rekod hambar mereka dalam perlawanan pertama Piala Dunia.





Mexico beat South Africa 2-0 to kick off World Cup - SUN - 12/06 7:10 am

Julian Quinones scored the opening goal of the tournament after nine minutes and 35-year-old striker Raul Jimenez headed in Mexico's second goal.





Peminat kecewa aksi pembukaan Piala Dunia dicemari tiga kad merah - Sinarharian - 12/06 6:36 am

KEMENANGAN 2-0 Mexico ke atas Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 awal pagi tadi gagal mencuri tumpuan sepenuhnya apabila tiga kad merah yang dilayangkan sepanjang perlawanan menjadi topik hangat dalam kalangan peminat bola sepak.Di media sosial dan forum bola sepak antarabangsa, ramai penyokong menyuarakan rasa kecewa terhadap kualiti perlawanan yang disifatkan tidak setaraf dengan status aksi pembukaan kejohanan terbesar dunia itu.Sebahagian besar komen mempersoalkan disiplin pemain kedua-dua pasukan yang menyebabkan perlawanan sering terganggu akibat terjahan keras dan insiden tidak perlu."Kualiti permainan tidak begitu tinggi," antara reaksi yang menerima sokongan ramai pengguna dalam talian.Kontroversi terbesar tertumpu kepada kad merah kedua Afrika Selatan yang dilihat menjadi titik perubahan perlawanan.Ketika masih berpeluang memberi saingan kepada tuan rumah, tindakan Themba Zwane melakukan terjahan berbahaya menyaksikan pasukannya terpaksa beraksi dengan kekurangan pemain dan menjejaskan peluang untuk bangkit.Seorang peminat menyifatkan perlawanan itu sebagai aksi yang hambar dengan tiga kad merah, manakala ramai lagi berpendapat insiden disiplin tersebut menenggelamkan aspek teknikal dan taktikal yang sepatutnya menjadi tumpuan utama.Malah, ada yang menganggap perlawanan pembukaan itu lebih menyerupai pertembungan fizikal berbanding perlawanan bola sepak bertaraf dunia yang diharapkan peminat.Walaupun berjaya mengutip tiga mata penuh, Mexico turut menerima tamparan apabila pertahanan tengah utama mereka, Cesar Montes dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan.Kehilangan Montes boleh memberi kesan kepada persiapan skuad kendalian Javier Aguirre menjelang dua lagi aksi Kumpulan A menentang Korea Selatan dan Republik Czech, yang dijangka menjadi pencabar utama mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.





Gol minit kesembilan Quiones buka tirai Piala Dunia 2026 - Sinarharian - 12/06 6:34 am

PENYERANG Mexico, Julin Quiones mencatat sejarah sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol pada Piala Dunia 2026 apabila meledak jaringan seawal minit kesembilan dalam perlawanan pembukaan menentang South Africa pada 12 Jun.Gol hasil rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol Ronwen Williams itu memberikan Mexico pendahuluan awal di hadapan lebih 80,000 penyokong di Estadio Azteca.Jaringan tersebut merupakan gol pertama kejohanan dan antara gol pembukaan terpantas dalam sejarah Piala Dunia, yang paling awal sejak Philipp Lahm menjaringkan gol pada minit keenam ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2006.Prestasi cemerlang Quiones diteruskan selepas musim luar biasa bersama Al Qadsiah dalam Liga Pro Saudi 2025/26.Penyerang berusia 29 tahun itu menjaringkan 33 gol dalam 31 perlawanan, sekali gus mengatasi Cristiano Ronaldo yang meledak 28 gol bersama Al Nassr untuk muncul sebagai penjaring terbanyak liga.Perlawanan pembukaan itu berlangsung dalam suasana tegang apabila tiga kad merah dilayangkan.Dua pemain Afrika Selatan dibuang padang, manakala Mexico turut kehilangan seorang pemain pada penghujung perlawanan





Mexico langkah kanan, tiga kad merah curi tumpuan - Sinarharian - 12/06 6:23 am

MEXICO menewaskan Afrika Selatan dalam perlawanan dengan 3 kad merah.Keputusan Piala Dunia 2026 pada pagi 12 Jun menunjukkan Mexico bermula dengan baik dengan kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan, tetapi kemuncak perlawanan itu ialah pengadil mengeluarkan tiga kad merah.Pada pagi 12 Jun (waktu Vietnam), perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 berlangsung di Stadium Azteca antara Mexico dan Afrika Selatan.Dengan kelebihan tempat sendiri dan dianggap sebagai pasukan yang lebih kuat, Mexico dengan pantas melancarkan serangan, manakala pemain Afrika Selatan menggunakan formasi pertahanan dengan lima pemain pertahanan.Walaupun mengerahkan ramai pemain pertahanan, pasukan Afrika Selatan dengan pantas mendedahkan kelemahan apabila Mexico mempercepatkan serangan mereka.Pada minit ke-4, Alvarado meluru ke hadapan dan menghantar bola lintang kepada Jimenez untuk dirembat, tetapi penjaga gol Afrika Selatan itu berjaya menyelamatkan percubaannya dengan cemerlang.Tetapi peminat Mexico tidak perlu menyesalinya terlalu lama, kerana hanya lima minit kemudian, pemain Afrika Selatan telah melakukan kesilapan.Pemain Mexico memberi tekanan ke atas pertahanan Afrika Selatan, menyebabkan mereka kehilangan bola.Lira merampas bola dan memberikannya kepada Quinones, yang kemudian merembat ke dalam gawang, membuka jaringan untuk perlawanan.Selepas dibolosi, pemain Afrika Selatan bermain dengan intensiti yang tinggi





Sumpahan berakhir, Mexico berpesta di Azteca - Hotfm - 12/06 6:00 am

Mexico City: Penantian panjang Mexico untuk merasai kemenangan dalam aksi pembukaan Piala Dunia akhirnya berakhir apabila ribuan penyokong berpesta meraikan kejayaan menewaskan Afrika Selatan 2-0 di Estadio Azteca, awal pagi tadi.





Mexico beat South Africa to kick off World Cup - FMT - 12/06 5:34 am

Julin Quiones scored the tournaments opening goal and veteran striker Ral Jimnez added a second as the co-hosts made a winning start to their Group A qualification campaign.





Jimenez and Quinones net as Mexico beat South Africa in World Cup opener - Aljazeera - 12/06 5:22 am

World Cup 2026 cohosts Mexico open the tournament with 2-0 win against South Africa, who were reduced to nine men.





Piala Dunia 2026: Tuan Rumah, Mexico Mula Langkah Kanan Dalam Aksi Dicemari 3 Kad Merah - Vocket - 12/06 5:08 am

Tiada ulangan keputusan aksi pembukaan 2010 yang lalu apabila Mexico meraih 3 mata penuh di hadapan puluhan ribu penyokong mereka di stadium keramat Azteca





World Cup mania at Mexicos Zocalo Square - Aljazeera - 12/06 5:04 am

Jubilant football fans at Mexico Citys Zocalo Square are ready for the World Cup Opener at the citys centre.





What happened, and who performed at the World Cup 2026 opening ceremony? - Aljazeera - 12/06 5:02 am

Musical performances, colour, and fan excitement precede the World Cup's opening game in Mexico City.





Mexico City dazzles as World Cup 2026 kicks off in style - Aljazeera - 12/06 4:12 am

Fireworks and global stars light up Mexico City's kickoff of the 2026 World Cup at a revamped Azteca Stadium.





Fan zone Piala Dunia Mexico kecoh, penyokong tolak-menolak sebelum sepak mula - Hotfm - 12/06 2:46 am

Mexico City: Suasana sepatutnya penuh pesta bertukar tegang apabila ribuan penyokong bola sepak berpusu-pusu cuba memasuki zon peminat rasmi Piala Dunia di Dataran Zocalo, Mexico City sehingga mencetuskan kekecohan beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan pembukaan.





World Cup 2026: Tournament kicks off under shadow of politics and .. - Middleeasteye - 12/06 2:06 am

World Cup 2026: Tournament kicks off under shadow of politics and restrictions Submitted by Shaheryar Mirza on Thu, 06/11/2026 - 14:33 As this year's edition of the global competition gets underway, it is rife with barriers to entry and fears that fans will have to worry about more than team's performances People walk past a mural with political messages ahead of the match in Mexico City, Mexico, on 10 June 2026 (Kai Pfaffenbach/Reuters) Off The world's most prestigious sporting event kicks off on Thursday, but for many it's a moment where the beautiful game meets the ugly realities of visa restrictions, price gouging and political interference





The World Cup is coming to Central America's doorstep. The billions won't - Middleeasteye - 12/06 12:20 am

The billions won't Submitted by Ali Jaswal on Thu, 06/11/2026 - 16:10 In a region where football runs deep, Fifa's hosting requirements means Central American countries may never hold the event A view of the empty Doroteo Guamuch Flores stadium, in Guatemala City, on 29 August 2020 (Johan Ordonez/AFP) Off The World Cup is coming to Central America's doorstep. On Thursday, Mexico, alongside the US and Canada, will kick-off the largest tournament in football history, drawing millions of fans and generating an estimated $11bn in revenue for Fifa





Info Siaran Langsung Piala Dunia 2026 - Vocket - 11/06 3:44 pm

Kurang 12 jam lagi saingan bola sepak berprestij Piala Dunia 2026 akan membuka tirainya dengana aksi pembukaan menemukan tuan rumah, Mexico dan Afrika Selatan





Info Siaran Langsung Piala Dunia 2026 - Hotfm - 11/06 3:44 pm

Kurang 12 jam lagi saingan bola sepak berprestij Piala Dunia 2026 akan membuka tirainya dengana aksi pembukaan menemukan tuan rumah, Mexico dan Afrika Selatan.





Macam Mana Nak Tengok Piala Dunia 2026 Di Malaysia? - Amanz - 11/06 3:17 pm

Temasya Piala Dunia 2026 (World Cup 2026) akan bermula secara rasminya dengan perlawanan pertama Mexico menentang Afrika Selatan di Stadium Estadio Azteca, Mexico awal pagi esok





U Mobile Tawar ‘ULTRA Football Pass’ Sempena Piala Dunia FIFA 2026 Penebusan Percuma Untuk Pengguna Terpilih - Amanz - 11/06 2:52 pm

Demam bola sepak dunia kembali melanda dengan Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 yang secara rasmi membuka tirai di Mexico City





World Cup 2026: Full match schedule, groups, teams and start times - Aljazeera - 11/06 2:37 pm

Al Jazeera's teams, groups, key dates and kickoff times list for World Cup 2026 in Canada, Mexico and the United States.





Mexico and South Africa set to kick off historic 2026 FIFA World Cup - Cgtn - 11/06 1:06 pm

Mexico and South Africa set to kick off historic 2026 FIFA World Cup





Teheran dilanda demam Piala Dunia - Sinarharian - 11/06 11:07 am

TEHERAN - Demam bola sepak melanda ibu negara Iran menjelang Piala Dunia FIFA 2026, membayangi ketegangan geopolitik berterusan antara Teheran dan tuan rumah bersama kejohanan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA).Sebuah replika gergasi trofi Piala Dunia kini berdiri di atas jalan utama Teheran, menjadi tumpuan peminat tempatan.Sementara itu, pusat beli-belah dan kedai sukan di seluruh bandar melaporkan peningkatan jualan jersi pasukan kebangsaan Iran, bola sepak dan barangan kejohanan sambil orang ramai menyatakan sokongan terhadap 'Team Melli' (gelaran untuk pasukan bola sepak kebangsaan Iran).Kejohanan itu, yang dianjurkan bersama oleh AS, Kanada dan Mexico, membawa beban unik untuk warga Iran, kerana pasukan kebangsaan akan bermain semua perlawanan peringkat kumpulan Kumpulan G di AS, khususnya di Los Angeles dan Seattle





Pengadil Somalia dinafikan masuk AS, Presiden FIFA minta pengkritik bertenang - Sinarharian - 11/06 10:00 am

PRESIDEN FIFA Gianni Infantino pada Rabu menggesa pengkritik supaya bertenang berhubung kontroversi perjalanan dan visa berkaitan Piala Dunia 2026.Infantino turut mempertahankan pengendalian FIFA terhadap isu itu selepas diasak mengenai penafian kemasukan pengadil Somalia oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekatan yang menjejaskan beberapa pasukan, wartawan dan peminat, lapor Anadolu Ajansi.Bercakap kepada pemberita di Mexico menjelang Piala Dunia 2026, Infantino mengakui penafian kemasukan pengadil antarabangsa Somalia, Omar Abdulkadir Artan adalah sesuatu yang "malang", sambil menegaskan bahawa FIFA tidak mengawal keputusan sebuah negara berdaulat."Malang apa yang berlaku kepada Omar, pengadil dari Somalia





Superkomputer ramal Korea Selatan atasi Republik Czech - Sinarharian - 11/06 9:10 am

KOREA Selatan dilihat memiliki kelebihan menjelang aksi pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2026 menentang Republik Czech selepas diramalkan sebagai pasukan pilihan oleh superkomputer Opta.Berdasarkan simulasi terkini firma statistik bola sepak itu, skuad bimbingan Hong Myung-bo mempunyai peluang kemenangan 42.9 peratus berbanding 31.1 peratus untuk Republik Czech, manakala kemungkinan keputusan seri ialah 26 peratus.Kedua-dua pasukan pernah bertemu lima kali sebelum ini dengan Republik Czech memegang kelebihan rekod, namun Korea Selatan memenangi pertemuan terakhir mereka 2-1 hampir sedekad lalu.Korea Selatan juga hadir dengan kedudukan ranking yang lebih baik apabila berada di tangga ke-25 dunia berbanding lawan mereka yang menghuni ranking ke-40.Di bahagian serangan, Son Heung-min dan Cho Gue-sung dijangka menjadi sandaran utama Taeguk Warriors selepas masing-masing muncul antara penjaring terbanyak pasukan tahun ini.Republik Czech pula mempertaruhkan ketajaman Patrik Schick dan Ladislav Krejci dalam usaha mencuri mata penting pada aksi pembukaan.Opta turut meletakkan Mexico sebagai pilihan utama untuk menjuarai Kumpulan A, namun Korea Selatan dilihat memiliki peluang cerah untuk melangkah ke pusingan kalah mati berdasarkan prestasi dan unjuran semasa.Perlawanan Korea Selatan menentang Republik Czech berlangsung di Estadio Guadalajara, Mexico esok (10 pagi waktu Malaysia).





Ochoa buru sejarah, Afrika Selatan sedia rosakkan pesta Mexico - Sinarharian - 11/06 8:50 am

KETIKA seluruh dunia menumpukan perhatian ke Stadium Azteca bagi aksi pembukaan Piala Dunia 2026 awal pagi Jumaat (3 pagi waktu Malaysia), tumpuan turut terarah kepada penjaga gol veteran Mexico, Guillermo Ochoa yang berpeluang mencipta sejarah tersendiri.Sekiranya diturunkan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Ochoa akan menjadi pemain pertama beraksi dalam enam edisi Piala Dunia, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara ikon terbesar dalam sejarah bola sepak Mexico.Pada usia 40 tahun, Ochoa dijangka mengetuai cabaran tuan rumah yang memburu permulaan sempurna di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri, dalam suasana penuh gemuruh di stadium yang pernah menjadi saksi pelbagai detik bersejarah kejohanan itu.Mexico turut diperkuatkan kapten, Edson Alvarez yang bakal mencatat penampilan antarabangsa ke-99, manakala penyerang berpengalaman Raul Jimenez berpeluang memahat namanya sebagai penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman negara itu jika berjaya meledak jaringan.Namun, Afrika Selatan pastinya tidak berhasrat menjadi pelengkap majlis pembukaan.Skuad Bafana Bafana kendalian Hugo Broos hadir dengan misi mencipta kejutan dan merosakkan pesta tuan rumah, sekali gus mengulangi semangat juang yang membawa mereka ke pentas terbesar dunia.Berita positif buat Afrika Selatan apabila pertahanan kiri, Aubrey Modiba kembali bersaing untuk berada dalam kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan hamstring dan melengkapkan sesi latihan penuh minggu ini.Pada masa sama, ancaman terbesar mereka dijangka hadir menerusi pemain sayap lincah, Oswin Appollis yang muncul antara tonggak utama sepanjang kempen kelayakan dengan penglibatan langsung dalam enam gol hasil dua jaringan dan empat bantuan gol.Dengan sejarah, rekod dan maruah negara menjadi pertaruhan, aksi pembukaan di Azteca dijangka menawarkan permulaan menarik kepada edisi terbesar Piala Dunia yang menghimpunkan 48 pasukan buat kali pertama.





Inside 2026 World Cup's tech, where even the ball needs to be charged - Cgtn - 11/06 7:49 am

The 2026 World Cup across Canada, Mexico and the US is the most technology-drenched tournament in football history





Inside 2026 World Cup's tech, where even the ball needs to be charged - Cgtn - 11/06 7:49 am

The 2026 World Cup across Canada, Mexico and the US is the most technology-drenched tournament in football history





South Africa brace for Azteca test against Mexico - SUN - 11/06 7:26 am

South Africas Broos warns players to block out 85,000 Mexican fans in World Cup opener at the Azteca.





Mexico waspada ancaman Afrika Selatan - Sinarharian - 11/06 7:20 am

PERLAWANAN pembukaan Piala Dunia 2026 antara Mexico dan Afrika Selatan di Estadio Azteca awal pagi nanti (3 pagi waktu Malaysia) dijangka menjadi ujian pertama buat tuan rumah yang memasang impian memulakan kempen dengan langkah kanan.Pertemuan Mexico dan Afrika Selatan di Estadio Azteca mengimbau kenangan 16 tahun lalu apabila kedua-dua pasukan turut membuka tirai Piala Dunia dengan keputusan seri.Mexico melakar sejarah sebagai negara pertama menjadi tuan rumah Piala Dunia lelaki sebanyak tiga kali selepas edisi 1970 dan 1986, kali ini bersama Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.Skuad kendalian Javier Aguirre turut hadir dengan misi menebus kekecewaan Piala Dunia 2022 apabila gagal melepasi peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1978.Selepas melalui tempoh kurang meyakinkan dengan enam perlawanan persahabatan tanpa kemenangan sepanjang 2025, prestasi El Tri kembali meningkat tahun ini apabila mencatat keputusan positif ke atas beberapa pasukan kuat sebelum meraih tiga kemenangan berturut-turut menjelang kejohanan.Rekod Mexico dalam aksi pembukaan Piala Dunia juga memberi keyakinan apabila mereka tidak pernah tewas dalam tujuh perlawanan pertama kejohanan sejak 1994, dengan lima kemenangan dan dua keputusan seri.Sokongan lebih 80,000 penyokong di Estadio Azteca dijangka menjadi pemangkin tambahan buat pasukan ranking ke-14 dunia itu untuk menguasai Kumpulan A yang turut dibarisi Korea Selatan dan Republik Czech.Bagaimanapun, Afrika Selatan tidak hadir sekadar melengkapkan jadual pertandingan.Bafana Bafana kembali ke pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 2010 selepas mengharungi kempen kelayakan yang mencabar untuk muncul juara kumpulan di zon Afrika.Di bawah bimbingan jurulatih Belgium, Hugo Broos, Afrika Selatan menunjukkan ketahanan mental sepanjang kempen kelayakan termasuk bangkit mengatasi beberapa detik sukar untuk mengesahkan tiket ke Amerika Utara.Walaupun dilabel pasukan paling lemah dalam Kumpulan A berdasarkan ranking semasa, pengalaman dan disiplin taktikal yang diterapkan Broos mampu memberi masalah kepada tuan rumah.Afrika Selatan mungkin berdepan tugas paling sukar dalam bola sepak antarabangsa iaitu menentang negara tuan rumah dalam aksi pembukaan, namun kemampuan mereka menyerap tekanan dan bertahan dengan tersusun boleh menjadikan perlawanan ini lebih sengit daripada jangkaan ramai.Bagi Mexico, tiga mata dalam aksi pembukaan bukan sahaja penting untuk membina momentum, malah mampu membuka laluan lebih selesa dalam usaha menamatkan saingan sebagai juara kumpulan.





Soccer Fans, Youre Being Watched - Wired - 10/06 6:00 pm

From anti-drone tech to face recognition, 2026 World Cup stadiums in the US, Canada, and Mexico are subjecting fans to an array of surveillance tech





Didakwa Layan Atlet Macam ‘Suspek’, Amerika Syarikat Cetus Kemarahan Peminat Bola Sepak Dunia! - Lobakmerah - 10/06 12:48 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Demam Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico kian terasa, namun kehangatannya dicemari dengan kontroversi luar padang yang mencetuskan kemarahan netizen global





Piala Dunia 2026: Senarai 19 Pemain Termuda Bakal Mewarnai Amerika Utara - Vocket - 10/06 11:21 am

Kehangatan Piala Dunia 2026 semakin dirasai apabila sepak mula saingan bakal berlangsung pada awal pagi Jumaat nanti yang menemukan Mexico dan Afirka Selatan





Kontroversi Piala Dunia 2026: Iran dakwa kuota tiket penyokong ditarik balik - Sinarharian - 10/06 8:46 am

PERSEKUTUAN Bolasepak Iran (FFIRI) mendakwa kuotatiket yang diperuntukkan kepada penyokong negara itu bagi saingan Piala Dunia 2026 ditarik balik hanya beberapa hari sebelum kejohanan bermula, sekali gus mencetuskan kontroversi baharu menjelang temasya bola sepak terbesar dunia itu.FFIRI dalam satu kenyataan memaklumkan mereka sebelum ini telah memulakan proses penjualan tiket rasmi kepada penyokong bagi perlawanan kumpulan membabitkan Iran menentang New Zealand, Belgium dan Mesir.Bagaimanapun, menurut badan induk bola sepak Iran itu, mereka kini tidak lagi dapat mengagihkan tiket berkenaan kepada penyokong yang layak."Ramai penyokong bola sepak Iran telah membuat perancangan perjalanan berdasarkan proses rasmi yang diumumkan sebelum ini."Menafikan akses penyokong Iran kepada peruntukan tiket rasmi mereka adalah tindakan yang bertentangan dengan semangat pertandingan antarabangsa dan prinsip kesaksamaan antara negara peserta," kata FFIRI.Mengikut peraturan FIFA, setiap negara yang bertanding lazimnya menerima kira-kira lapan peratus daripada kapasiti tiket bagi setiap perlawanan untuk diagihkan kepada penyokong masing-masing.FFIRI turut mempersoalkan kemungkinan campur tangan faktor bukan sukan dalam pengurusan kejohanan itu."Perkembangan ini menimbulkan persoalan serius mengenai campur tangan pertimbangan politik dan bukan sukan dalam penganjuran acara bola sepak terbesar dunia," menurut kenyataan itu lagi.Walaupun tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab terhadap keputusan berkenaan, FFIRI menggesa FIFA berpegang kepada prinsip berkecuali, keadilan dan peraturan sedia ada bagi memastikan penyokong Iran mendapat layanan sama seperti negara peserta lain.Sementara itu, FIFA berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan FFIRI bagi mencari penyelesaian yang mematuhi peraturan dan pada masa sama memaksimumkan peluang penyokong Iran menghadiri perlawanan pasukan mereka.Isu berkenaan menambah lagi ketidaktentuan yang menyelubungi penyertaan Iran ke Piala Dunia 2026 susulan ketegangan geopolitik melibatkan negara itu dan Amerika Syarikat, salah satu tuan rumah kejohanan.Sebelum ini, skuad Iran turut berdepan isu visa dan terpaksa memindahkan kem latihan mereka dari Arizona ke Mexico.Iran dijadual memulakan kempen Kumpulan G menentang New Zealand pada 16 Jun sebelum berdepan Belgium dan Mesir dalam baki aksi peringkat kumpulan.





FIFA hanya mampu lihat pengusiran Omar Artan - Sinarharian - 10/06 7:10 am

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengakui tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam urusan imigresen Amerika Syarikat (AS) susulan kontroversi membabitkan pengadil Somalia, Omar Abdulkadir Artan yang dinafikan kemasukan ke negara itu walaupun memiliki visa sah.Dalam kenyataannya, FIFA menjelaskan semua urusan berkaitan kemasukan ke sesebuah negara tertakluk kepada undang-undang dan bidang kuasa kerajaan berkenaan, termasuk negara tuan rumah bagi kejohanan antarabangsa.Badan induk bola sepak dunia itu turut mengesahkan Artan tidak akan dapat menyertai tugasan rasmi yang dijadualkan, sekali gus memusnahkan harapannya untuk mengadili aksi Piala Dunia 2026."Seperti kejohanan FIFA sebelum ini, kerajaan negara tuan rumah mempunyai kuasa muktamad untuk menentukan siapa yang menerima visa dan dibenarkan memasuki wilayah mereka," kata FIFA.Kes berkenaan mencetuskan perhatian meluas dalam kalangan pemerhati sukan antarabangsa memandangkan Artan sebelum ini dipilih FIFA sebagai antara pegawai perlawanan bagi kejohanan terbesar dunia itu.Artan sepatutnya mencipta sejarah sebagai rakyat Somalia pertama yang bertugas sebagai pengadil di pentas Piala Dunia, namun peluang itu kini terkubur susulan keputusan imigresen berkenaan.Menurut pihak berkuasa AS, pengadil berusia 34 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami sebelum diputuskan tidak layak memasuki negara berkenaan atas faktor yang dikaitkan dengan proses saringan keselamatan.Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak memperincikan alasan sebenar penolakan tersebut.Somalia antara beberapa negara tersenarai dalam larangan perjalanan yang diperkenalkan oleh pentadbiran Donald Trump sebagai sebahagian daripada langkah memperketat dasar imigresen.Piala Dunia 2026 yang dianjurkan bersama oleh AS, Kanada dan Mexico bermula Jumaat ini dengan perlawanan pembukaan menyaksikan Mexico berdepan Afrika Selatan di Mexico City (3 pagi waktu Malaysia).





Mexico prepares for World Cup opening match amid protests - Aljazeera - 10/06 1:51 am

Final preparations are underway for the opening of the 2026 FIFA World Cup at Mexico City's Azteca Stadium.



Iran to travel to US day before its first World Cup match - Middleeasteye - 10/06 12:58 am

The dispute has erupted just days before the 2026 World Cup kicks off on Thursday. The tournament is being jointly hosted by the US, Mexico and Canada





World Cup nears kickoff after pre-tournament turbulence - SUN - 9/06 4:11 pm

World Cup kicks off amid ticket fury, political tensions and expanded 48-team field across US, Canada and Mexico.





Piala Dunia 2026: Mengapa Tempahan Hotel Di AS ‘Cicir Ke Belakang’ Mexico Dan Kanada? - Vocket - 9/06 2:41 pm

Data pasaran mendedahkan perbezaan ketara... The post Piala Dunia 2026: Mengapa Tempahan Hotel Di AS ‘Cicir Ke Belakang’ Mexico Dan Kanada? appeared first on VOCKET .





Mexico Railway expansion: Can trains transform Latin America? - Cgtn - 9/06 12:19 am

Mexico Railway expansion: Can trains transform Latin America?





A Historic First: 13 Muslim Nations Reach the World Cup Do any have a Real chance of Winning? - S2jnews - 8/06 10:36 pm

For the first time, the competition expands to 48 teams. The United States, Canada, and Mexico will co-host the event





Artikel Pilihan Ini Maksud Carrera, Carrera S, GTs Dan Gt3 Untuk Porsche .. - Mekanika - 8/06 10:22 pm

Bagi kebanyakan pembeli, perjalanan ke dunia 911 bermula dengan model **Carrera** yng menjadi model asas dalam keluarga Porsche 911 moden. Nama Carrera sebenarnya diambil daripada perlumbaan terkenal Carrera Panamericana yang berlangsung di Mexico pada era 1950-an





Michigan politicians want to ban Chinese-badged cars from even visiting the US - Arstechnica - 8/06 10:02 pm

The latest bill would ban day trips from Canada or Mexico in Chinese cars.





Piala Dunia 2026: Kerajaan Mexico Tutup Kawasan Miskin Dan Setinggan Dengan Kanvas Warna-Warni - Vocket - 8/06 5:10 pm

Pihak berkuasa di Monterrey, Mexico dilaporkan berdepan kritikan selepas muncul dakwaan bahawa beberapa kawasan berpendapatan rendah ditutup menggunakan kanvas dan kain rentang berwarna-warni





Aksi di Mexico dijangka lebih perlahan daripada di AS, Kanada - Hotfm - 8/06 1:42 pm

Mexico City: Perlawanan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Mexico dijangka berlangsung pada tempo lebih perlahan berbanding aksi di Amerika Syarikat dan Kanada.





10 jersi menarik di Piala Dunia 2026 - Sinarharian - 7/06 7:20 am

Uruguay (Jersi kedua)Jersi tempat lawan ini menggunakan warna biru gelap (navy) sebagai asas, dipadankan dengan grafik biru terang di seluruh jersi bagi memberi penghormatan kepada skuad Uruguay yang memenangi Piala Dunia pertama serta stadium keramat mereka, Estadio Centenario.3. Mexico (Jersi utama)Jersi tempat sendiri Mexico menampilkan warna asas hijau gelap dengan reka bentuk grafik yang diispirasikan daripada seni Aztec, diserikan dengan kemasan merah serta tulisan 'Somos Mexico' (Kami adalah Mexico) di bahagian belakang kolar.Walaupun sukar menandingi jersi ikonik tahun 1998, rekaan edisi 2026 ini berada pada kelas yang tersendiri.4





Iran World Cup squad faces same-day US entry rule - Middleeasteye - 7/06 5:52 am

Iran World Cup squad faces same-day US entry rule Irans World Cup squad must enter and leave the United States on the same day for matches played on US soil, Irans ambassador to Mexico says



Hospital Ordered to Pay $13M Over 2022 Death of Star Trek's Nichelle Nichols - Slashdot - 7/06 5:40 am

The Root reports: A New Mexico jury has found the Gila Regional Medical Center negligent in the death of Nichelle Nichols, who famously played Lieutenant Nyota Uhura on the hit television series "Star Trek." According to KRQE News 13, Nichols' family filed a lawsuit against the hospital last year following her 2022 admission for shortness of breath





Irans World Cup team must enter, leave US on match day - FMT - 7/06 5:03 am

Due to the ongoing US-Israeli conflict with Tehran, Iran's team is now based in Mexico, instead of their intended site in Tucson, Arizona.





FIFA tukar keputusan, benarkan bawa sebotol air masuk stadium - Sinarharian - 6/06 10:10 am

PENYOKONG yang menghadiri perlawanan Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada kini dibenarkan membawa masuk satu botol air plastik pakai buang yang masih belum dibuka ke dalam stadium.Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan keputusan itu dibuat beberapa hari selepas badan induk berkenaan menyatakan bahawa botol air jenis guna semula adalah dilarang sama sekali atas faktor keselamatan.Menurut FIFA, penonton dibenarkan membawa satu botol plastik lembut berkapasiti sehingga 590 mililiter ke dalam venue perlawanan namun menegaskan botol jenis keras dan boleh diguna semula tetap tidak dibenarkan.Ketua Pegawai Operasi FIFA, Heimo Schirgi berkata, sekatan tersebut dilakukan atas pertimbangan keselamatan kerana botol minuman merupakan antara barangan yang boleh mendatangkan risiko kecederaan sekiranya dibaling ke dalam padang.Penjelasan terbaharu itu dibuat selepas FIFA mengemas kini kod etika stadium minggu ini sekali gus membatalkan panduan sebelum ini yang membenarkan botol plastik kosong jenis lut sinar dan boleh diguna semula dibawa masuk ke dalam stadium.Langkah mematikan keputusan awal itu sebelum ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penyokong berhubung risiko dehidrasi semasa perlawanan terutamanya di venue yang dijangka mencatatkan suhu tinggi.Bagaimanapun, FIFA menjelaskan bahawa bandar-bandar penganjur akan menyediakan langkah pencegahan haba di sekitar stadium termasuk stesen hidrasi, kawasan semburan kabus dan khemah penyejuk.Selain itu, pihak penganjur turut memberi jaminan bahawa harga air minuman di dalam stadium akan kekal konsisten dengan harga yang biasa dikenakan pada acara-acara lain di venue terbabit.Kempen Piala Dunia kali ini akan membuka tirainya pada Khamis depan dengan menyaksikan aksi pembukaan antara tuan rumah, Mexico menentang Afrika Selatan di Stadium Azteca.





Argentina lega perkembangan positif Messi - Sinarharian - 6/06 9:42 am

Kita akan lihat sama ada perlawanan esok atau seterusnya, tetapi perkembangannya memberikan kami kelegaan," katanya.Kejohanan kali ini bakal menyaksikan penampilan keenam Messi di pentas Piala Dunia. Mengulas mengenai pemilihan pemain itu, Scaloni sempat berkongsi kisah mencuit hati ketika memaklumkan perkara berkenaan kepada kaptennya itu."Saya menghantar mesej kepadanya, dan beliau memberitahu akan menunggu senarai rasmi diumumkan terlebih dahulu untuk melihat jika namanya terpilih."Saya kemudian membalas, 'Kamu sudah terpilih.' Begitulah ia berlaku," kongsi Scaloni sambil tersenyum.Messi yang dianggap antara pemain terhebat sepanjang zaman, sebelum ini berjaya mengetuai skuad La Albiceleste menjulang trofi berprestij itu pada edisi 2022 di Qatar.Saingan Piala Dunia 2026 yang dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai ini.Argentina yang diundi dalam Kumpulan J akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan menentang Algeria pada 16 Jun sebelum berdepan Austria dan Jordan.





Pentas Piala Dunia terakhir buat 10 bintang bola sepak - Sinarharian - 5/06 10:15 am

PIALA Dunia 2026 mungkin menjadi aksi penutup tirai bagi sebilangan bakat terbaik dalam sejarah bola sepak moden.Meskipun beberapa pemain bakal mencipta rekod penampilan terbanyak dengan beraksi dalam edisi keenam mereka, faktor usia dan masalah kecederaan mula membatasi keupayaan fizikal masing-masing.Berikut adalah barisan bintang dunia yang dijangka beraksi dalam Piala Dunia terakhir mereka:Cristiano Ronaldo PortugalMeskipun tahap kecergasan sentiasa menjadi aset utama sepanjang kariernya, penyerang Portugal berusia 41 tahun ini menyedari masanya dalam arena bola sepak profesional semakin suntuk.Namun, rekod statistik sentiasa memihak kepada bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid ini apabila beliau berjaya meledak 30 gol dalam 37 perlawanan bersama Al-Nassr musim ini, manakala jumlah gol antarabangsanya bersama Portugal kini mencecah 143 gol.Merupakan pemain kedua tertua dalam kejohanan kali ini di belakang penjaga gol Scotland berusia 43 tahun, Craig Gordon, Ronaldo bakal turun dalam penampilan Piala Dunia keenamnya sedar bahawa ini adalah peluang terakhir untuk menjulang trofi idaman yang belum pernah dimenanginya.Lionel Messi ArgentinaSama seperti seteru utamanya Ronaldo, Messi juga bakal membuat penampilan keenam dalam Piala Dunia, kali ini mengetuai misi Argentina untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Qatar empat tahun lalu.Messi, yang merupakan penjaring terbanyak serta pemegang rekod penampilan terbanyak Argentina, berdepan masalah kecederaan menjelang kejohanan ini.Situasi itu menimbulkan persoalan sama ada fizikalnya mampu bertahan dengan jadual padat format baharu Piala Dunia yang kini lebih besar.Bagaimanapun, impak dan bakat pemenang Ballon d'Or lapan kali ini sangat luar biasa sehingga pada usia 38 tahun, beliau tetap menjadi nadi utama skuad bimbingan Lionel Scaloni ini.Luka Modric CroatiaSelepas memainkan peranan penting dalam membawa Croatia ke perlawanan akhir edisi 2018 dan tempat ketiga pada 2022, Modric bersedia untuk penampilan kelima dan terakhirnya di pentas Piala Dunia.Walaupun turun beraksi selepas menjalani pembedahan tulang pipi, pemain berusia 40 tahun ini tetap menjadi sandaran utama sebagai perancang tengah.Kapten Croatia ini masih diangkat sebagai wira negara Balkan tersebut yang sering kali melakar kejutan di pentas global.Neymar Jr BrazilPada usia 34 tahun, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Brazil ini jauh lebih muda berbanding Messi atau Ronaldo.Namun, tidak seperti dua legenda berkenaan, tempat Neymar dalam skuad kebangsaan kali ini tidak dijamin sepenuhnya.Kepulangan semula Neymar ke dalam skuad Selecao selepas menyepi selama dua tahun setengah mengejutkan peminat bola sepak, dan masa akan menentukan sama ada keputusan pengendali Carlo Ancelotti ini merupakan satu perjudian atau taktikal yang genius.Dengan sejarah kecederaan berpanjangan dan faktor usia beliau akan mencecah usia 38 tahun menjelang Piala Dunia 2030, edisi kali ini berkemungkinan besar menjadi pentas keempat dan terakhir buat Neymar.Manuel Neuer JermanBerdasarkan aura yang dimiliki Neuer, seperti yang dinyatakan oleh jurulatih Julian Nagelsmann, penjaga gol berusia 40 tahun ini memutuskan untuk membatalkan persaraannya bagi menggalas tugas selaku penjaga gol utama Jerman di Piala Dunia 2026.Kembali ke dalam skuad selepas hampir dua tahun, para penyokong kini berpeluang menyaksikan kelibatnya buat kali terakhir di pentas berprestij ini.Diiktiraf sebagai antara penjaga gol terbaik sepanjang zaman, Neuer sebelum ini telah beraksi dalam empat edisi Piala Dunia, dengan kejayaan paling manis adalah membantu Jerman menjulang trofi pada edisi 2014 di bumi Brazil.Mohamed Salah MesirSering dianggap sebagai antara pemain terbaik Afrika sepanjang zaman, Salah menjadi bintang global susulan kejayaannya bersama Liverpool dengan memenangi sembilan trofi major.Pada usia 33 tahun dan tidak lagi berada di kemuncak prestasinya, kejohanan kali ini mungkin menjadi penampilan kedua dan terakhir buat penyerang ini.Musim yang agak hambar sebelum berpindah dari Liverpool mungkin menurunkan sedikit jangkaan peminat, namun rakyat Mesir tetap meletakkan kepercayaan penuh kepada pemain jersi nombor 10 kesayangan mereka ini untuk mencetuskan inspirasi baharu buat negara.Kevin de Bruyne BelgiumMenjadi watak penting dalam 'generasi emas' Belgium antara tahun 2014 hingga 2022, perancang tengah ini terus membuktikan bisanya di peringkat kelab dan negara.Bagaimanapun, faktor usia mula mengejar De Bruyne yang bakal menyambut ulang tahun ke-35 hujung bulan ini.Prestasi pemain tengah Napoli ini amat penting bagi menentukan sejauh mana Belgium mampu melangkah dalam edisi 2026, dan beliau pastinya mahu menamatkan penampilan keempat dan terakhirnya ini dengan memori yang indah.Virgil van Dijk BelandaPemain pertahanan berpengalaman, Van Dijk, kini tidak lagi sehebat beberapa tahun lalu ketika membantu Liverpool memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris dalam musim berturut-turut.Kapten skuad Belanda ini bakal berusia 35 tahun bulan depan, dan skuad Oranje berkemungkinan akan beralih kepada gandingan pertahanan lebih muda menjelang edisi 2030.Selepas membantu pasukan mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 dan separuh akhir Euro 2024, Van Dijk berharap dapat membawa pasukannya melangkah lebih jauh dalam penampilan ketiganya ini.Sadio Mane SenegalDiiktiraf secara meluas sebagai antara pemain sayap terbaik dunia, Mane turun ke Piala Dunia kali ini dengan misi menebus kekecewaan selepas kecederaan kaki menghalang impiannya untuk beraksi di Qatar pada 2022.Pada usia 34 tahun, bintang Senegal ini sudah melepasi zaman kegemilangannya sewaktu merangkul pelbagai kejuaraan bersama Liverpool dan Bayern Munich.Biarpun begitu, beliau tetap menjadi sumber inspirasi utama pasukan. Mane juga merupakan watak penting yang membantu pasukannya menewaskan Maghribi dalam final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) sebelum keputusan itu dibatalkan akibat protes semasa perlawanan oleh Senegal.Mane bakal beraksi dalam Piala Dunia ketiga dan kemungkinan besar yang terakhir buatnya, memandangkan beliau sebelum ini memberi bayangan persaraan di peringkat antarabangsa, meskipun barisan kejurulatihan masih berharap dapat mengubah fikirannya.Guillermo Ochoa MexicoTurut tergolong dalam kumpulan elit bersama Messi dan Ronaldo, Ochoa bersedia untuk mencatatkan rekod penampilan Piala Dunia yang keenam.Penjaga gol yang bakal menyambut ulang tahun ke-41 bulan depan ini sebelum ini tidak dipanggil menyertai skuad kebangsaan sejak beberapa tahun lalu, namun terpilih semula untuk kejohanan kali ini yang dihoskan bersama oleh negaranya, Mexico.Terkenal dengan ketangkasannya yang luar biasa dalam kempen Piala Dunia sebelum ini, Ochoa disahkan akan bersara daripada arena antarabangsa sejurus berakhirnya perjuangan Mexico dalam kejohanan kali ini.





Crystal Palace hantar lebih ramai pemain ke Piala Dunia berbanding Real Madrid - Sinarharian - 5/06 8:50 am

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Crystal Palace mencuri tumpuan apabila mencatat rekod mengejutkan dengan menghantar lebih ramai pemain ke Piala Dunia 2026 berbanding gergasi Sepanyol, Real Madrid.Perkembangan itu dimuktamadkan selepas semua 48 persatuan bola sepak antarabangsa menyerahkan senarai akhir skuad masing-masing pada 2 Jun lalu.Lebih menarik, pencapaian berkenaan hadir dalam musim yang sama Palace menjulang trofi Liga Konferens UEFA 2025-2026, sekali gus melengkapkan kempen penuh bergaya buat kelab London Selatan itu.Secara keseluruhan, seramai 12 pemain utama The Eagles dipanggil mewakili negara masing-masing ke pentas Piala Dunia di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.Jumlah itu meletakkan Palace dalam kelompok elit kelab Eropah yang menyumbang pemain antarabangsa terbanyak ke kejohanan berprestij dunia itu.Walaupun hanya menamatkan saingan EPL di tangga ke-15, nilai dan pengaruh pemain mereka di pentas antarabangsa nyata tidak boleh dipandang rendah.Kedudukan itu turut menyaksikan Palace berada setaraf dengan beberapa kelab besar lain seperti Manchester United dan Atletico Madrid, selain menyamai sumbangan pemain dari kelab kaya Arab Saudi, Al Hilal.Malah, mereka turut memintas nama besar seperti Liverpool dan AC Milan dari segi jumlah pemain ke Piala Dunia.Di peringkat tertinggi, Manchester City mendahului senarai dengan 19 pemain, diikuti Bayern Munich dengan 18 pemain.Paris Saint-Germain dan Arsenal pula masing-masing menyumbang 16 pemain, manakala Barcelona melengkapkan kelompok lima teratas dengan 15 pemain.Dalam perkembangan sama, tumpuan turut terarah kepada skuad Sepanyol apabila Palace mempunyai pemain mewakili pasukan itu.Penyerang sayap Palace, Yeremy Pino tersenarai dalam skuad utama Sepanyol, manakala Real Madrid tidak menyumbang sebarang pemain tempatan dalam senarai berkenaan iaitu kali pertama berlaku dalam sejarah.Berikut ialah senarai lengkap 12 pemain Crystal Palace yang akan beraksi di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico:1





Cuaca ekstrem di AS boleh ganggu jadual England - Sinarharian - 5/06 8:20 am

CUACA ekstrem yang dijangka melanda Amerika Syarikat (AS) berpotensi mengganggu jadual perlawanan England pada saingan Piala Dunia 2026, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kelancaran kejohanan berkenaan.Laporan ramalan cuaca antarabangsa menjangkakan kemungkinan ribut kuat dan keadaan cuaca tidak menentu sepanjang tempoh kejohanan yang boleh memberi kesan kepada jadual perlawanan, aspek keselamatan stadium serta operasi logistik di lokasi terlibat.Menurut media tempatan, pihak penganjur sedang memantau rapat perkembangan itu bagi memastikan keselamatan pemain dan penyokong tidak terjejas, selain merangka pelan kontingensi sekiranya keadaan memerlukan perubahan jadual atau pelarasan venue.England yang berada dalam kalangan pasukan pilihan kejohanan, berdepan kemungkinan pelarasan jadual perlawanan bergantung kepada situasi cuaca di beberapa bandar tuan rumah di AS, Kanada dan Mexico.Perkembangan lanjut dijangka diumumkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan jawatankuasa penganjur selepas penilaian risiko cuaca dilakukan menjelang kejohanan tersebut.Skuad The Three Lions menjadikan The Inn at Meadowbrook di Prairie Village, Kansas sebagai kem pangkalan utama mereka di AS.England akan memulakan cabaran Kumpulan L menentang Croatia pada 18 Jun (4 pagi waktu Malaysia) sebelum berdepan Ghana dan Panama dalam usaha memburu gelaran dunia kedua selepas kejayaan pada 1966.





Jepun tukar lokasi latihan akibat padang ‘cap ayam’ - Hotfm - 5/06 8:01 am

Monterrey, Mexico: Pasukan Jepun menukar lokasi latihan mereka di Monterrey menjelang Piala Dunia apabila mendapati keadaan padang yang tidak memuaskan di venue asal susulan permukaan tidak rata serta beberapa tompokan tanah yang ketara.





FIFA bans reusable water bottles at World Cup, says water can be bought on site - Globalnews - 5/06 3:04 am

Many of the games are taking places in cities with high temperatures and humidity, such as Guadalajara and Monterrey, Mexico, as well as Los Angeles, New York and Atlanta.





FIFA larang penyokong bawa botol kosong ke stadium Piala Dunia - Sinarharian - 4/06 6:07 pm

DI sebalik jangkaan suhu melebihi 30 darjah Celsius di Amerika Syarikat (AS), Kanada, dan Mexico semasa Piala Dunia, penyokong tidak akan dibenarkan membawa botol air kosong ke dalam stadium, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Atas faktor keselamatan, badan induk bola sepak dunia FIFA telah meminda bahagian berkaitan dalam garis panduannya, yang kini menyatakan: "Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, botol air boleh guna semula tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium."Menurut laporan media, pemegang tiket telah pun dimaklumkan mengenai perubahan peraturan tersebut.Larangan itu berkemungkinan besar akan menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pengunjung, memandangkan peminat tidak lagi dapat mengisi semula botol kosong mereka di air pancut minuman atau mesin penapis air.Sebelum ini, FIFA mengumumkan bahawa botol plastik kosong, lutsinar, dan boleh guna semula dengan kapasiti sehingga satu liter dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium.Setakat ini masih belum jelas berapakah harga botol air yang akan dijual di stadium.Menurut portal berita The Athletic,vanue perlawanan mengenakan caj antara AS$4 dan AS$6 untuk sebotol air semasa Piala Dunia Kelab tahun lepas.Pakar telah berulang kali memberi amaran bahawa jangkaan suhu tinggi boleh mendatangkan risiko kepada penyokong dan pemain.FIFA telah memperkenalkan rehat hidrasi selama tiga minit pada setiap separuh masa perlawanan sepanjang kejohanan itu.Piala Dunia dijadualkan bermula pada 11 Jun hingga 19 Julai





Empat bintang muda berpotensi curi tumpuan di Piala Dunia 2026 - Sinarharian - 4/06 7:45 am

PIALA Dunia 2026 bukan hanya pentas untuk pemain bertaraf dunia yang sudah mencipta nama, malah turut menjadi medan terbaik buat bakat muda memperkenalkan diri kepada peminat bola sepak global.Dengan kejohanan yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico semakin hampir, beberapa pemain muda dilihat memiliki potensi besar untuk muncul sebagai sensasi baharu dan mencuri perhatian sepanjang kempen itu.1





Possible flesh-eating screwworm infection detected in South Texas, USDA says - Arstechnica - 4/06 5:31 am

If confirmed, it would be the fly's first breach of the US-Mexico border.





Japans football team sports cowboy hats ahead of World Cup - Aljazeera - 4/06 5:00 am

Japan's national football team wore cowboy hats as fans welcomed them to Monterrey, Mexico.





48 pasukan sahkan senarai Skuad Piala Dunia 2026 - Sinarharian - 3/06 6:32 pm

KESEMUA 48 negara yang akan beraksi di Piala Dunia FIFA 2026 telah mengesahkan senarai akhir skuad masing-masing, sekali gus melibatkan 1,248 pemain yang bakal berentap di pentas terbesar bola sepak dunia.Pengumuman itu dibuat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas semua persatuan bola sepak negara ahli menghantar senarai akhir pemain sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.Antara nama besar yang kembali menghiasi kejohanan berprestij itu termasuk Lionel Messi (Argentina), Cristiano Ronaldo (Portugal) dan Guillermo Ochoa (Mexico) yang bakal membuat penampilan keenam mereka di Piala Dunia.Selain itu, kejohanan edisi 2026 turut menyaksikan kemunculan beberapa negara baharu seperti Cape Verde, Curaao, Jordan dan Uzbekistan yang mencipta sejarah penyertaan sulung di pentas dunia.FIFA memaklumkan kejohanan kali ini akan bermula pada 11 Jun dengan 104 perlawanan berlangsung di tiga negara hos iaitu Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat, sebelum aksi final dijadualkan pada 19 Julai."Senarai skuad yang disahkan ini mencerminkan skala besar serta daya tarikan berterusan kejohanan."Seramai 357 pemain kembali selepas pernah menyertai Piala Dunia, manakala 891 pemain lain bakal membuat penampilan pertama," kata FIFA dalam kenyataan.Edisi kali ini turut mencatat sejarah sebagai kejohanan terbesar dengan format 48 pasukan, menyaksikan lebih 1,000 pemain berkampung di Amerika Utara bagi merebut kejuaraan dunia.





Mexico and Canada push to extend USMCA trade pact - Aljazeera - 3/06 9:58 am

Mexico and Canada have backed extending the USMCA trade agreement for another 16 years.





Anak-anak jalanan Yayasan Chow Kit bertanding bola sepak di Mexico - Kosmo - 3/06 8:06 am

DENGAN tahap kelincahan, stamina dan pengalaman yang jauh lebih sedikit berbanding pasukan lain, sekumpulan remaja Malaysia tiba di Mexico tanpa banyak harapan diletakkan kepada mereka





Mexican protesters clash with police ahead of the 2026 World Cup - Aljazeera - 2/06 12:34 am

Teachers marched in Mexico demanding better pay and pensions, warning of further protests ahead of the 2026 World Cup.





48 pasukan, satu takhta dunia - Sinarharian - 2/06 10:32 am

SEBANYAK 48 pasukan bakal berentap pada saingan Piala Dunia 2026 yang menyingkap tirai di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada dari 11 Jun hingga 19 Julai depan.Edisi kali ini mencatat sejarah tersendiri sebagai temasya bola sepak dunia pertama menampilkan 48 pasukan.Saingan dijangka sengit dengan kehadiran kuasa besar bola sepak dunia seperti Argentina, Brazil, Perancis, Sepanyol, England dan Jerman.Turut menjadi tumpuan ialah beberapa pasukan kuda hitam yang berpotensi mencipta kejutan di pentas dunia.KUMPULAN ARepublik CzechJurulatih: Miroslav KoubekPemain bintang: Patrick SchickPencapaian terbaik: Naib juara (sebagai Czechoslovakia) pada 1934 dan 1962Republik Czech kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006





Activists plaster missing posters around Mexico stadiums ahead of World Cup - Aljazeera - 2/06 1:43 am

Activists put up missing persons posters to raise awareness of the disappearance crisis ahead of the 2026 World Cup.





Previu Kumpulan A Piala Dunia 2026: Pertarungan Sengit 4 Pasukan Dengan Gaya Berbeza - Vocket - 1/06 6:42 pm

Ianya adalah kumpulan yang menempatkan pasukan dari 4 benua berbeza. Kumpulan A: Mexico,..




Reformasi     >>



Video : Cara Pas kerjasama dengan Bersatu langkah .. - Harapandaily
The post Video : Cara Pas kerjasama dengan Bersatu langkah betul bukan macam Langkah Sheraton, kata Hadi appeared first on Harapan Daily .
Kroni     >>



Aktiviti tanaman padi masih perlahan, bawah 30 peratus - Utusan
ALOR SETAR: Aktiviti penanaman padi bagi Musim 1/2026 di kawasan jelapang padi di negeri ini dan Perlis masih perlahan apabila hanya berada pada tahap 28.8 peratus, setakat semalam. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkata, pihaknya amat berharap para petani yang belum memulakan ..
Tabloid     >>



AS berjaga-jaga, ancaman ‘lone wolf’ .. - Hotfm
Washington: Ketika dunia bersiap menyambut pesta bola sepak terbesar, pihak berkuasa Amerika Syarikat tidak mahu mengambil mudah sebarang ancaman yang boleh mencemarkan kemeriahan Piala Dunia 2026.
Tech     >>



WhatsApp Sedang Membangunkan Langganan Premium Meta AI - Amanz
WhatsApp sedang membangunkan pelan langganan berbayar Meta One yang boleh diakses terus melalui aplikasi Android. Meta One ialah perkhidmatan baharu daripada Meta yang menggabungkan semua ciri premium daripada platform utama mereka ke dalam satu pakej tunggal. Dengan satu langganan, pengguna ..
World     >>



Trump says 'settlement' reached to end war on Iran - Middleeasteye
Trump says 'settlement' reached to end war on Iran Submitted by Sean Mathews on Thu, 06/11/2026 - 21:28 Iranian media says chances of an agreement are high, but cautions not to take Trump's word until deal officially sealed US President Donald Trump speaks before signing a proclamation in the Oval ..
Motor Trend     >>



Buletin Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancarkan Di .. - Mekanika
# PROTON e.MAS 7 PREMIUM PLUS DILANCARKAN DI KLIMS 2026 - JARAK GERAK 450KM, HARGA BERMULA RM118K **PRO-NET secara rasmi melancarkan Proton e.MAS 7 Premium Plus sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 dengan menawarkan peningkatan dari segi jarak pemanduan, kelengkapan ..