| /// |
|
| Search : Malakoff News | Page 1 |
|
Kren runtuh dua maut: Seorang mangsa parah dibenar keluar hospital Kren .. - Mgazette - 16/12 8:00 am # Kren runtuh dua maut: Seorang mangsa parah dibenar keluar hospital PONTIAN - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) memaklumkan seorang daripada tiga pekerja kontrak yang cedera dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Tanjung Bin, Kukup di sini pada Sabtu lalu, sudah dibenar keluar hospital |
|
2 mangsa kren runtuh masih di hospital - FMT - 16/12 7:45 am Malakoff Corporation Berhad berkata seorang kakitangan sudah dibenarkan keluar hospital dan pihaknya akan terus memantau rapi keadaan dua mangsa di hospital. |
|
Kren runtuh: Dua masih dirawat, siasatan dalaman dijalankan - Sinarharian - 15/12 10:02 pm PONTIAN - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) memaklumkan seorang daripada tiga kakitangan kontraktor yang cedera dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Tanjung Bin, Kukup di sini pada Sabtu lalu, sudah dibenar keluar hospital."Dua lagi masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan perubatan."Keadaan mereka akan terus dipantau dengan rapi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Dalam kejadian pada Sabtu, dua pekerja, Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.Mengulas lanjut, Malakoff memaklumkan pihaknya giat melaksanakan siasatan dalaman insiden terbabit dan memberitahu operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin berjalan seperti biasa."Malakoff akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak berkuasa pengawal seliaan berkaitan bagi mengenal pasti punca kejadian."Keselamatan dan integriti operasi kami kekal sebagai keutamaan tertinggi dan kami komited terhadap ketelusan sepanjang proses ini," katanya.Dalam pada itu, syarikat berkenaan turut menzahirkan dukacita atas kehilangan dua kakitangan kontraktor dalam insiden terbabit. |
|
Malakoff confirms one injured contractor discharged after Tanjung Bin crane collapse, two still hospitalised - Malaymail - 15/12 8:06 pm PONTIAN, Dec 15 Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) said one of the three contractor personnel injured in the... |
|
Bomba siasat kebakaran pacuan empat roda di lokasi kren runtuh - Mgazette - 15/12 3:30 pm # Bomba siasat kebakaran pacuan empat roda di lokasi kren runtuh PONTIAN - Pihak bomba kini menyiasat insiden kebakaran yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di lokasi insiden runtuhan dan kebakaran kren di loji janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup di sini kelmarin |
|
Johor fire department probes link between burning 4WD and Malakoff Power Plant crane collapse - Malaymail - 15/12 12:35 am JOHOR BAHRU, Dec 15 The Johor Fire and Rescue Department will be investigating if a burning four-wheel drive veh... |
|
Kren runtuh: Jenazah Muhammad Amaluddin selamat dikebumikan - Sinarharian - 14/12 5:28 pm JOHOR BAHRU - Jenazah mangsa kejadian kren runtuh di sebuah loji janakuasa semalam, Muhammad Amaluddin Hisamudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah pada 3.45 petang tadi.Pengebumian Muhammad Amaluddin, 22, dihadiri ratusan ahli keluarga dan sahabat terdekat serta wakil syarikat Malakoff.Terdahulu, solat jenazah dilakukan di rumah keluarganya di Jalan Nusa Perintis di sini, selepas semua urusan di Unit Forensik Hospital Pontian selesai pada jam 2 petang.Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa Muhammad Alfarid Ahmad, 19, akan dikebumikan di Tanah Merah, Kelantan.Ahli keluarga dua mangsa terlibat mula berada di Hospital Pontian pada jam 9 pagi bagi menguruskan urusan berkaitan jenazah.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata siasatan masih dijalankan dengan pihaknya sedang menunggu laporan pihak berkaitan."Kami masih menunggu laporan penuh bomba dan Tanjung Bin sebelum kenyataan dikeluarkan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.Semalam, dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kren mengangkat arang batu runtuh di kawasan loji janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian pada kira-kira 1 tengah hari dengan kejadian juga menyebabkan kebakaran kecil.Mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini.Susulan kejadian itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu supaya siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan dengan pihak pengurusan loji serta kontraktor terlibat diarahkan memberi kerjasama penuh.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan polis dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal terlibat mengenal pasti punca kejadian |
|
Kren runtuh: JKKP keluar dua notis larangan, lokasi insiden ditutup - Sinarharian - 14/12 4:56 pm JOHOR BAHRU Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor telah mengeluarkan dua notis larangan serta mengarahkan penutupan kawasan lokasi kemalangan maut susulan insiden runtuhan struktur kren di sebuah fasiliti janakuasa elektrik di Pontian, pada Sabtu.JKKP Johor dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan berkaitan insiden tersebut pada jam 12.10 tengah hari dan segera menggerakkan pasukan penyiasat ke tempat kejadian."Berdasarkan maklumat awal yang diterima, insiden ini melibatkan lima pekerja kontraktor yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di fasiliti berkenaan."Semasa aktiviti tersebut dijalankan, struktur kren runtuh, mengakibatkan dua pekerja meninggal dunia, manakala tiga pekerja lain cedera dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan tersebut.Tambah kenyataan itu lagi, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan."Tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994."Di bawah akta ini, hukuman maksimum terhadap majikan ialah denda sebanyak RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan," katanya.JKKP Johor turut memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius setiap kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan menasihatkan semua majikan agar lebih cakna terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menggesa siasatan yang rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, Pontian.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, dalam satu kenyataan, menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya JKKP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal terlibat, untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mahadir Mamat, dilaporkan berkata dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kren yang mengangkat arang batu runtuh dalam kejadian di Loji Janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian, kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu.Mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan kira-kira jam 3 petang sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala tiga lagi pekerja lelaki tempatan yang cedera dibawa ke Hospital Pontian sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan. |
|
Kren runtuh: Bomba siasat punca kebakaran pacuan empat roda - Sinarharian - 14/12 3:57 pm PONTIAN - Pihak bomba kini menyiasat punca kebakaran yang melibatkan sebuah pacuan empat roda di lokasi runtuhan kren di loji janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Kanan Bomba I, Muhammad Tarmizi Md Jaafar berkata, laporan berhubung insiden kebakaran itu sedang giat disiapkan."Siasatan bomba lebih menjurus kepada kebakaran yang melibatkan sebuah pacuan empat roda di lokasi ketika insiden runtuhan kren mengangkat arang batu di loji janakuasa berkenaan."Operasi yang memakan masa lebih empat jam membabitkan 15 pegawai dan anggota bomba bermula jam 1 tengah hari pada Sabtu, lebih tertumpu kepada mencari dan menyelamat mangsa serta pemadaman kebakaran," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain memaklumkan, pihaknya masih menunggu hasil siasatan lengkap daripada JBPM, selain laporan penuh daripada pihak pengurusan Malakoff Tanjung Bin.Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan unit forensik Hospital Pontian apabila lebih 50 ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan menunggu proses bedah siasat selesai.Dua jenazah pekerja subkontraktor yang terkorban dalam insiden di loji janakuasa Malakoff, Tanjung Bin dituntut oleh ahli keluarga masing-masing selepas proses bedah siasat selesai di unit forensik Hospital Pontian.Jenazah Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dituntut oleh ahli keluarga kira-kira jam 1 petang sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Tanah Merah, kelantan.Manakala jenazah Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, dituntut oleh ahli keluarga pada jam 1.45 petang dan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah untuk dikebumikan. |
|
Fadillah mahu siasatan rapi insiden runtuhan, kebakaran kren Loji .. - Mgazette - 14/12 3:14 pm # Fadillah mahu siasatan rapi insiden runtuhan, kebakaran kren Loji Janakuasa Malakoff KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff di Pontian, Johor semalam |
|
Malakoff launches internal investigation into fatal Tanjung Bin maintenance incident - Malaymail - 14/12 9:36 am JOHOR BAHRU, Dec 14 Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) will conduct an internal investigation, to determine... |
|
Dua maut insiden kren runtuh: Siasatan dalaman dilakukan - Mgazette - 14/12 8:16 am # Dua maut insiden kren runtuh: Siasatan dalaman dilakukan JOHOR BAHRU - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) akan menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan punca sebenar kren runtuh di jeti Kompleks Tanjung Bin, Pontian, di sini hari ini |
|
Insiden kren runtuh ragut dua nyawa: Dua pekerja lagi kini kritikal di HSA - Mgazette - 14/12 8:16 am # Insiden kren runtuh ragut dua nyawa: Dua pekerja lagi kini kritikal di HSA PONTIAN - Dua pekerja subkontraktor yang terselamat dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, di sini hari ini, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal |
|
Terkejut bunyi letupan dan asap, bapa mertua tak sangka menantu maut .. - Mgazette - 14/12 8:16 am # Terkejut bunyi letupan dan asap, bapa mertua tak sangka menantu maut PONTIAN - Seorang penyelia kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang juga bapa mertua kepada mangsa maut dalam runtuhan dan kebakaran kren di sini hari ini, terdengar satu letupan kuat sebelum tragedi tersebut. Muhammad Hussin Zulkifli, 40 bapa mertua kepada Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, berkata, bunyi tersebut sangat kuat disusuli kepulan asap kelihatan dari kawasan tragedi iaitu di Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup |
|
Dua pekerja maut, kren arang batu runtuh, terbakar di Tanjung Bin - Mgazette - 14/12 8:16 am # Dua pekerja maut, kren arang batu runtuh, terbakar di Tanjung Bin PONTIAN - Dua pekerja maut tertimbus manakala seorang terselamat dalam kejadian runtuhan kren yang mengangkat arang batu di Malakoff Power Plant, Jalan Tanjung Bin, Kukup di sini hari ini |
|
Insiden kren runtuh: Fadillah mahu siasatan menyeluruh - Sinarharian - 13/12 10:41 pm KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, Pontian pada Sabtu.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam satu kenyataan menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal yang terlibat, mengenal pasti punca sebenar kejadian.Beliau berkata, sebarang unsur kecuaian, kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) atau kelemahan aspek keselamatan tidak boleh dikompromi dan mesti diambil tindakan sewajarnya."Saya turut mengarahkan supaya pihak pengurusan loji dan kontraktor terlibat memberikan kerjasama penuh kepada siasatan serta memastikan semua SOP keselamatan, penyelenggaraan peralatan dan pengurusan risiko dipatuhi sepenuhnya bagi mengelak tragedi seumpama ini daripada berulang."Kementerian akan terus memantau perkembangan kes ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan demi memastikan tahap keselamatan industri tenaga negara sentiasa berada pada tahap tertinggi," katanya dalam kenyataan itu.Fadillah berkata, keselamatan dan kebajikan pekerja dalam sektor tenaga sentiasa menjadi keutamaan kementeriannya dan setiap nyawa adalah amat berharga.Dalam kenyataan itu, beliau turut merakamkan rasa simpati dan menzahirkan ucapan takziah terhadap dua mangsa yang terkorban dalam kejadian itu iaitu Allahyarham Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22."Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini |
|
Kren runtuh: Terkejut dengar bunyi letupan, tak sangka menantu maut - Sinarharian - 13/12 10:09 pm PONTIAN "Saya terkejut bila dengar bunyi letupan yang sangat kuat dengan kepulan asap dari arah Tanjung Bin ketika berada di atas kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), kira-kira jam 12.30 tengah hari."Saya sempat rakam kejadian itu dan hantar kepada ahli keluarga kerana menantu saya bekerja di sana," katanya.Demikian luahan Muhammad Hussin Zulkifli, 40, bapa mentua kepada Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, yang maut dalam tragedi runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, dua pekerja dilaporkan maut, manakala tiga lagi cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.Muhammad Hussin yang bekerja sebagai penyelia kapal di PTP berkata, dia masih terkejut dengan kejadian tersebut memandangkan kedudukan PTP dan Tanjung Bin yang saling berhadapan di Sungai Pulai.Menurutnya, sebaik menerima panggilan kira-kira jam 2 petang yang memaklumkan menantunya antara mangsa terlibat, dia dan isterinya terus bergegas ke Hospital Pontian."Kali terakhir kami bertemu arwah minggu lalu |
|
Kren runtuh: Dua pekerja dilaporkan kritikal - Sinarharian - 13/12 9:49 pm PONTIAN Dua pekerja yang terselamat dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut."Seorang lagi mangsa yang sebelum ini dirawat di Zon Kuning Hospital Pontian turut dirujuk ke HSA bagi menjalani pemeriksaan lanjut termasuk imbasan MRI."Salah seorang mangsa yang parah mengalami patah tulang rusuk yang terkeluar, menurut doktor pakar," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Kecemasan Hospital Pontian pada Sabtu.Jelas beliau, kesemua mangsa merupakan pekerja subkontraktor penyelenggaraan kren yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan jeti ketika kejadian runtuhan berlaku."Hasil kerjasama pihak penyelamat, PDRM, bomba dan pihak berkuasa Tanjung Bin mendapati siasatan awal menunjukkan staf kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan."Kawasan kejadian masih ditutup dan akan kekal ditutup sehingga siasatan pihak bomba selesai," ujarnya.Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.Dalam pada itu, seramai 15 anggota bomba, dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 petang |
|
Siasatan dalaman akan dilakukan susulan insiden kren runtuh di Kompleks Tanjung Bin - Sinarharian - 13/12 8:00 pm JOHOR BAHRU - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) akan menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan punca sebenar insiden kren runtuh yang berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di jeti Kompleks Tanjung Bin, Pontian, di sini hari ini.Kenyataan syarikat itu memaklumkan bahawa insiden itu berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari dan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) loji segera dikerahkan ke lokasi kejadian."Susulan insiden itu, dua pekerja kontraktor terbabit telah meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dan dimasukkan ke hospital," menurut kenyataan itu.Malakoff turut memaklumkan bahawa kawasan terjejas telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga, dan siasatan akan dimulakan sebaik sahaja operasi menyelamat selesai sepenuhnya."Keselamatan dan kesejahteraan semua kakitangan yang terlibat kekal sebagai keutamaan tertinggi kami," katanya.Sementara itu, syarikat berkenaan memaklumkan bahawa operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin serta Loji Janakuasa Tenaga Tanjung Bin akan diteruskan seperti biasa dan tidak terjejas oleh insiden tersebut.Malakoff memaklumkan bahawa pihaknya akan memberikan maklumat lanjut jika terdapat sebarang perkembangan penting |
|
Dua pekerja maut, kren arang batu runtuh sebelum terbakar - Sinarharian - 13/12 4:43 pm PONTIAN [DIKEMAS KINI] Dua pekerja maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, di sini tengah hari Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, sebuah kren dipercayai runtuh ketika operasi mengangkat arang batu sebelum menghempap tiga lelaki dewasa warga tempatan yang berada di kawasan berkenaan.Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Alfarid Ahmad berusia 19 tahun beralamat di Tanah Merah, Kelantan manakala seorang lagi Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22 tahun beralamat di Gelang Patah Johor.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazri Ahmad Shahidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 tengah hari.Menurutnya, seramai 15 anggota dengan bantuan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dari BBP Pontian Baru serta BBP Pekan Nenas digerakkan ke lokasi kejadian."Jentera bomba tiba di tempat kejadian pada jam 1.32 tengah hari dan mendapati berlaku runtuhan kren yang turut menyebabkan kebakaran kecil di kawasan loji janakuasa itu."Seorang mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan sedar dengan kecederaan ringan dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS BBP Pontian Baru," katanya dalam kenyataan.Mohd Nazri berkata, seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa ketiga berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3 petang dan turut disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. |
|
Penjenamaan semula wakaf PPZ perkukuh identiti pengurusan wakaf - Mgazette - 9/12 4:38 pm Terdahulu pada majlis yang sama turut menyaksikan sebanyak 12 syarikat tampil memberikan komitmen melalui dengan memberikan sumbangan wakaf tunai kepada Wakaf Wilayah Persekutuan berjumlah RM657,508.31. Antara syarikat yang terlibat dalam penyerahan wakaf tunai tersebut ialah Asia Pacific Sports Sdn Bhd; Bank Simpanan Nasional; Etiqa Family Takaful Berhad; Malakoff Corporation Berhad; Merchant Nine Sdn Bhd; Naber Marketing Sdn Bhd; Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Rakyat Management Services Sdn Bhd |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |