| /// |
|
| Search : Mahadi News | Page 1 |
|
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan belum serah pernyataan Tengku Zafrul - Mgazette - 23/02 5:52 pm Beliau berkata, pernyataan bekas menteri itu akan diserahkan kepada pasukan pembelaan mewakili Muhyiddin, dua minggu sebelum perbicaraan yang dijadual bermula pada 9 Mac ini. Kami juga telah menyerahkan senarai saksi yang akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah kelak, katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat dan Mahadi Abdul Jumaat |
|
DBKL Pulangkan Barang Multiracial Reverted Muslim ??? Peguam Bimbang .. - Mgazette - 23/02 5:52 pm # DBKL Pulangkan Barang Multiracial Reverted Muslim Peguam Bimbang Janggut Mahadi Dipotong #MGFlash * Rafizi, Nik Nazmi Gesa Kerajaan Gantung Ratifikasi ART AS * Peguam Bimbang Janggut Suami Heliza Helmi Dipotong * Kereta Teresa Kok Dipecah, Beg Tangan Hilang Termasil Angpau * Warga Emas Mengaku Tak Bersalah Pegang Punggung Kanak-Kanak * MRM Boleh Teruskan Street Dakwah, Barang Dipulangkan #malaysiagazette #mgflash #mgnews #mgskop #mgprihatin #mgtv #podcastmg #owh!mg#borakmg |
|
Peguam khuatir janggut Mahadi dipotong jika gagal bayar jamin - Mgazette - 23/02 5:52 pm # Peguam khuatir janggut Mahadi dipotong jika gagal bayar jamin KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan yang mewakili ahli perniagaan, Datuk Mahadi Badrul Zaman membangkitkan isu janggut sebagai salah satu alasan supaya anak guamnya dibebaskan dengan jaminan rendah sementara menunggu perbicaraan |
|
Daud Bakar didakwa bersubahat dalam urusniaga sekuriti tanpa lesen - Mgazette - 23/02 5:52 pm Daud didakwa mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan dibaca bersama perenggan 370(c) dan subseksyen 367(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM10 juta dan penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Turut didakwa di mahkamah sama, ahli perniagaan, Datuk Mahadi Badrul Zaman yang merupakan suami kepada pelakon Heliza Helmi |
|
Peguam Mohon Suami Heliza Dibebas Dengan Jaminan, Bimbang Janggut Dipotong - Rotikaya - 23/02 4:22 pm Peguam kepada suami Heliza Helmi iaitu Datuk Mahadi Badrul Zaman yang didakwa berniaga dalam sekuriti tanpa lesen, memohon anak guamnya dibebaskan dengan jaminan |
|
Takut janggut dipotong Suami Heliza Helmi Rayu Ikat Jamin Selepas Didakwa Urus Sekuriti Tanpa Lesen - Lobakmerah - 23/02 3:45 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen yang sah |
|
Suami Heliza Helmi Mohon Diikat Jamin, Bimbang Janggut Dipotong Dalam Tahanan – “Akan Beri Kesan Kepada Dia” - Beautifulnara - 23/02 3:33 pm Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Mahadi Badrul Zaman didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen sah |
|
Peguam Mohon Suami Heliza Dibebas Dengan Jaminan, Bimbang Janggut Panjang Dipotong Dalam Tahanan - Thevocket - 23/02 3:15 pm Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas dua pertuduhan menjalankan urus niaga sekuriti.. |
|
Heliza's husband seeks bail over fear beard will be shaved in prison - Sinardaily - 23/02 3:10 pm KUALA LUMPUR The defence for businessman Datuk Mahadi Badrul Zaman, who is charged with conducting unlicenced securities dealings pleaded for bail, saying he fears his beard would be shaved if he is held in jail while awaiting trial.Lawyer Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus, who represented the 43-year-old who is the husband of singer and activist Heliza Helmi, raised the matter during submissions before judges Azrul Darus and Norma Ismail.If bail is not granted and my client is in jail, his long beard may be cut off |
|
Suami Heliza Helmi bimbang janggutnya dicukur - Peguam - Sinarharian - 23/02 3:01 pm KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan ahli perniagaan, Datuk Mahadi Badrul Zaman yang didakwa menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen, merayu dibebaskan dengan jaminan kerana bimbang janggutnya dicukur sekiranya ditahan di penjara sehingga kesnya selesai didengar.Peguam, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus yang mewakili suami penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi berusia 43 berkata demikian ketika sesi rayuan di hadapan Hakim, Azrul Darus dan Norma Ismail."Jika jaminan tidak dibenarkan dan Mahadi dipenjarakan, janggutnya yang panjang mungkin akan dipotong, ini akan memberi kesan kepada anak guam."Saya mohon mahkamah ambil kira, Mahadi perlu menanggung ibunya yang menghidap kanser dan keluarga mentua," kata peguam.Mohd Zamri berkata, anak guam yang membantu dalam mengendalikan jemaah umrah, telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekali gus tidak menunjukkan dia berisiko untuk melarikan diri.Bagaimanapun, Pegawai pendakwa Suruhanjaya Sekuriti (SC), Danial Imran Nasaruddin mencadangkan, mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam serta keyakinan pelabur dalam pasaran sekuriti sebelum membenarkan jaminan terhadap tertuduh.Beliau berkata, pendakwaan mencadangkan mahkamah mengenakan jumlah jaminan sebanyak RM250,000 dengan dua penjamin."Ia termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SC sekali setiap bulan," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, kedua-dua mahkamah membenarkan Mahadi diikat jamin masing-masing sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.Pada Isnin, Mahadi, 43, didakwa sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT menjalankan berniaga dalam sekuriti sedangkan syarikat itu bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah villa, di Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 dan 15 Februari 2024.Pertuduhan dibuat mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama subseksyen 367(1) akta sama dan boleh dihukum bawah subseksyen 58(4) akta serupa.Sekiranya disabitkan atas kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan selama tidak melebihi 10 atau kedua-duanya. |
|
Suami Heliza Helmi Ditahan, Didakwa Berniaga Sekuriti Tanpa Lesen Sah - Beautifulnara - 23/02 2:21 pm Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas dua pertuduhan menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen sah |
|
Suami Heliza Helmi Didakwa Lakukan Perniagaan Sekuriti Tanpa Lesen - Ohmedia - 23/02 2:09 pm Suami Heliza Helmi, Mahadi BZ didakwa jalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen |
|
Tokoh kewangan Islam Daud Bakar didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen - Sinarharian - 23/02 1:40 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas satu pertuduhan bersubahat menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen.Mohd Daud, 62, yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norma Ismail.Mengikut pertuduhan, lelaki itu sebagai wakil Energy Eco Berhad didakwa bersubahat dengan AUF MBZ Consortium PLT yang menjalankan urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti.AUF MBZ bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti.Kesalahan AUF MBZ akibat persubahatan Energy Eco didakwa dilakukan di Pusat Perniagaan Reef, Rawang, antara 14 Jun 2021 hingga 9 Ogos 2023.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan dibaca bersama perenggan 370(c) serta subseksyen 367(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM10 juta dan penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC), Shoba Venu Gobal berkata, kes berkenaan sangat serius dan termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.Beliau mencadangkan jaminan ditetapkan sebanyak RM200,000 dengan dua penjamin, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di pejabat SC terdekat.Bagaimanapun, peguam Mohd Haziq Dhiyauddin Razali yang mewakili Mohd Daud merayu kadar itu dikurangkan kerana anak guamnya telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sejak siasatan dijalankan bermula 2024.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Norma membenarkan Mohd Daud diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 10 April depan.Sementara itu, di mahkamah sama, ahli perniagaan Datuk Muhamad Iqbal Mohamad, 47, selaku pengarah QEW Group Berhad, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat dengan AUF MBZ melakukan kesalahan sama.Kesalahan didakwa dilakukan di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor antara 3 September 2021 hingga 15 Februari 2024 dan pertuduhan dibuat mengikut seksyen serupa.Dia yang diwakili peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud dibenarkan diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan berkenaan.Dalam pada itu, menerusi kenyataan media, SC mengingatkan pelabur supaya berhati-hati sebelum menyerahkan wang dan mempertimbangkan peluang pelaburan.Menurutnya, Senarai Amaran Pelabur SC sentiasa dikemas kini bagi membimbing orang ramai mengenal pasti platform, syarikat atau individu yang tidak dibenarkan atau tidak berlesen."AUF MBZ dan pengasasnya, Datuk Mahadi Badrul Zaman sebelum ini telah diletakkan dalam Senarai Amaran Pelabur SC pada 26 Februari 2024," katanya.Pada Isnin, Mahadi, 43, didakwa sebagai wakil syarikat AUF MBZ menjalankan aktiviti berniaga dalam sekuriti sedangkan syarikat itu bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah vila di Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024 dan didakwa mengikut seksyen sama. |
|
Kes rasuah, AMLA Muhyiddin: Pernyataan saksi Tengku Zafrul belum lengkap - Pendakwaan - Sinarharian - 23/02 1:00 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin diberitahu bahawa pihak pendakwaan masih dalam proses menyiapkan pernyataan saksi bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata demikian ketika pengurusan kes empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan projek Jana Wibawa dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga berdepan tiga kes pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta antaranya daripada Bukhary Equity Sdn Bhd.Semasa prosiding, Wan Shaharuddin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiapkan pernyataan saksi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri terbabit.Beliau yang juga Ketua Bahagian Pendakwaan SPRM berkata, dokumen berkenaan akan diserahkan kepada pembelaan mewakili Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berusia 79 tahun itu, dua minggu sebelum perbicaraan bermula, 9 Mac depan."Pernyataan saksi Tengku Zafrul masih belum lengkap, namun 99.5 peratus pernyataan saksi lain telah diserahkan kepada pembelaan."Kami juga telah menyerahkan senarai saksi yang akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah kelak," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat dan Mahadi Abdul Jumaat.Sementara itu, peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Pagoh mengesahkan telah menerima pernyataan saksi berkenaan.Bagaimanapun beliau berkata, pembelaan belum menerima pernyataan saksi membabitkan ahli perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari."Kami mahu mendapatkan pengesahan sama ada beliau akan dipanggil memberi keterangan atau sebaliknya."Pembelaan menerima seadanya jika beliau tidak dipanggil kerana ia merupakan hak pendakwaan untuk memanggil mana-mana saksi ke mahkamah."Saya utarakan perkara ini kerana nama Syed Mokhtar tidak dimasukkan dalam senarai saksi pendakwaan bagi kes ini," katanya.Menjawab perkara tersebut, Wan Shaharuddin berkata, senarai saksi yang diserahkan kepada pembelaan pada Isnin, hanya melibatkan kes rasuah berkaitan Jana Wibawa.Katanya, nama Syed Mokhtar telah dimasukkan dalam senarai saksi bagi kes AMLA dan ia telah diserahkan kepada pembelaan, tiga tahun lalu."Jika tiada pernyataan saksi diserahkan kepada pembelaan maka besar kemungkinan ahli perniagaan itu memberi keterangan secara lisan," katanya yang hadir bersama peguam, Chetan Jethwani.Muhyiddin yang tidak hadir ke mahkamah turut diwakili peguam, Low Wei Loke dan Kee Wei Lon.Mendengar perkara terbabit, Hakim, Noor Ruwena Md Nordin meminta pihak pendakwaan melengkapkan senarai saksi bagi semua kes berkenaan, pada atau sebelum Jumaat ini.Pada 10 Mac 2023, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa dan dua pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022.Tiga hari kemudian, iaitu 13 Mac pula, Muhyiddin didakwa atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam selaku Presiden Bersatu, menerima hasil AMLA iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank, milik parti.Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan bermula 9 hingga 11 Mac; 13, 16, 28 dan 29 April; 25 dan 26 Mei; 6 hingga 10, 13 hingga 17 serta 27 hingga 29 Julai, dan bersambung pada 17 hingga 21 dan 26 serta 27 Ogos. |
|
Suami Heliza Helmi didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen - Sinarharian - 23/02 12:30 am KUALA LUMPUR [KEMAS KINI] Pengasas AUF MBZ Consortium PLT (AUF MBZ), Datuk Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen yang sah.Mahadi Badrul Zaman, 43, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Hakim Norma Ismail.Mengikut kedua-dua pertuduhan, suami kepada penyanyi dan aktivis, Datin Seri Heliza Helmi itu, sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT didakwa menjalankan perniagaan sekuriti sedangkan syarikat berkenaan bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal serta tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah vila di Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan dibaca bersama Subseksyen 367(1) akta sama serta boleh dihukum di bawah Subseksyen 58(4) akta berkenaan.Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.Pendakwaan kes ini dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Danial Imran Nasaruddin manakala Mahadi diwakili peguam, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus.Mahkamah membenarkan Mahadi diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sekali setiap bulan.Mahkamah menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes. |
|
Pemaju berdepan tindakan jika projek perumahan tergendala - Mgazette - 6/02 4:07 pm Dalam majlis hari ini, seramai 42 pemilik unit rumah PR1MA Pahang Kampung Hijrah, Penor dan 44 pemilik unit rumah PR1MA Pahang Batu 6, Lepar (Fasa 1 dan 2) menerima pemilikan dan kunci bagi unit kediaman masing-masing. Pemilik rumah, Muhammad Shahidan Mohd Bakri, 29 bersama isteri, Norzaliya Husna Mahadi, 24 ketika ditemui MalaysiaGazette meluahkan syukur kerana berjaya memiliki seunit rumah di sini, lebih-lebih lagi dengan kehadiran bayi yang baru berusia lima bulan |
|
'Krisis FAM diharap tidak luntur semangat peminat bola sepak negara' - Mohammed Taufiq - Sinarharian - 1/02 3:23 pm KRISIS yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diharap dapat diselesaikan dengan baik, sekali gus mengembalikan kepercayaan dan persepsi rakyat terhadap sukan bola sepak negara.Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, di sebalik isu yang berlaku, beliau yakin semangat rakyat Malaysia terhadap sukan itu tidak luntur susulan krisis berkenaan.Menurutnya, usaha berterusan perlu digerakkan bagi mengembalikan kepercayaan serta persepsi rakyat terhadap bola sepak negara yang sebelum ini menjadi antara sukan paling mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia."Saya berharap agar semangat rakyat Malaysia terhadap sukan bola sepak kita tidak luntur dan kita mampu mengembalikan kepercayaan serta persepsi rakyat terhadap bola sepak negara."Sukan bola sepak merupakan antara sukan yang diminati ramai, jadi saya berharap FAM dapat menyelesaikan isu ini dengan baik, teratur, tertib dan penuh hikmah," katanya.Beliau mengulas perkembangan semasa membabitkan FAM yang kini menjadi perhatian umum, sekali gus menuntut langkah penyelesaian menyeluruh demi masa depan bola sepak negara.Mohammed Taufiq ditemui ketika meninjau sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam, Jalan Kuala Ketil di sini pada Ahad.Terdahulu, FAM mengumumkan bahawa semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 20252029 secara kolektif telah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, sebelum ini menjelaskan keputusan itu dibuat secara sebulat suara dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi serta tanpa kepentingan atau jawatan peribadi. |
|
FAM tidak akan digantung FIFA - Sinarharian - 31/01 7:10 am Apa-apa perubahan yang kita cadangkan, perlu diterima demi kebaikan bola sepak. Selagi FAM bersetuju dengan semua perubahan, risiko itu tiada," katanya kepada Sukan Sinar.Pada Rabu, bekas Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dalam satu sidang akhbar pada Rabu mengumumkan bahawa semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 20252029 secara kolektif dan sukarela meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden FAM memaklumkan, keputusan sebulat suara itu diambil dengan mengambil kira tanggungjawab terhadap organisasi tanpa melibatkan sebarang kepentingan peribadi.Difahamkan, langkah meletakkan jawatan itu juga sebagai mengelak campur tangan lebih keras daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan kelemahan urus tadbir isu pemalsuan dokumen tujuh pemain negara.Dalam pada itu, Windsor turut memperbetulkan persepsi umum mengenai istilah penggantungan atau jawatankuasa normalisasi FIFA |
|
'Saya sendiri terkejut' - Setiausaha Agung AFC - Sinarharian - 29/01 2:09 pm TINDAKAN Ahli Jawatakuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan jawatan disifatkan sebagai langkah terpuji yang diambil demi kepentingan dan masa depan bola sepak negara.Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John berkata, keputusan untuk melepaskan jawatan bukanlah sesuatu yang mudah, namun kesemua exco terbabit membuktikan keutamaan mereka adalah negara apabila melakukannya secara kolektif.Menurut Windsor, tindakan tersebut jarang berlaku dalam mana-mana organisasi bola sepak sebelum ini dan keputusan itu wajar dihargai oleh semua pihak."Saya sendiri terkejut dengan cara Jawatankuasa Eksekutif membuat keputusan untuk meletak jawatan. Saya berada di sana sebagai saksi, jika anda bertanya kepada mereka, mereka boleh berkata apa sahaja."Namun, sebagai orang luar, saya mungkin tidak pernah melihat peletakan jawatan secara kolektif dan bersemangat solidariti seperti ini, semata-mata demi bola sepak Malaysia."Saya menghargai apa yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, walaupun mereka sebenarnya tidak wajib meletak jawatan," katanya.Windsor turut menegaskan bahawa langkah tersebut membuktikan tiada unsur kepentingan peribadi dalam kalangan ahli jawatankuasa berkenaan.Jelasnya, pemerhatian terhadap banyak organisasi lain menunjukkan situasi ini berbeza kerana kesemua mereka meletakkan imej FAM sebagai keutamaan tertinggi."Tiada kepentingan peribadi dan mereka semua bersetuju bahawa ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan."Saya fikir mereka wajar dihormati dan diberi penghargaan sewajarnya kerana membuat keputusan yang sangat berani demi bola sepak Malaysia," ujarnya lagi.Terdahulu, bekas Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dalam satu sidang akhbar pada Rabu mengumumkan bahawa semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 20252029 secara kolektif dan sukarela meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden FAM memaklumkan, keputusan sebulat suara itu diambil dengan mengambil kira tanggungjawab terhadap organisasi tanpa melibatkan sebarang kepentingan peribadi. |
|
'Tiada bekas exco FAM suarakan hasrat bertanding semula setakat ini' - Sinarharian - 29/01 1:35 pm BEKAS Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan bahawa tiada mana-mana individu dalam kalangan bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif (exco) badan induk itu menyuarakan hasrat untuk kembali bertanding setakat ini.Menurut beliau, rata-rata bekas exco tersebut mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta mahu memberi tumpuan kepada perubahan struktur yang bakal berlaku dalam FAM terlebih dahulu.Jelasnya, tumpuan kini lebih terarah kepada cadangan penambahbaikan yang mungkin dikemukakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi memantapkan semula organisasi tersebut."Saya boleh katakan mereka semua tidak menunjukkan apa-apa reaksi untuk bertanding balik atau seumpamanya |
|
Exco FAM letak jawatan: KBS tunggu laporan CAS sebelum tindakan lanjut - Sinarharian - 28/01 6:19 pm Itu adalah keputusan mereka dan keputusan persatuan."Saya memberikan ruang yang secukupnya dan kita menunggu keputusan daripada CAS untuk tindakan lanjut seterusnya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena lawatan kerja ke tapak Perak Youth Center di Tambun, pada Rabu.Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Azura Abidin.Mengulas kebimbangan sama ada peletakan jawatan tersebut akan menjejaskan landskap bola sepak negara, Mohammed Taufiq menegaskan situasi itu tidak memberi kesan kepada perjalanan aktiviti bola sepak mahupun semangat rakyat Malaysia terhadap sukan berkenaan."Perkara ini tidak menjejaskan aktiviti bola sepak dan juga tidak menjejaskan semangat rakyat kita."Keputusan ini bukan terletak pada KBS atau saya, tetapi keputusan mereka sendiri. Jadi kita menghormati dan memberikan ruang," katanya.Dalam pada itu, beliau berharap bola sepak negara terus diperkasakan dan kekal sebagai sukan nombor satu pilihan rakyat Malaysia."Harapan saya, bola sepak di negara kita ini terus menjadi antara sukan yang paling diminati rakyat dan kita terus memperkasakannya bukan sahaja di peringkat negara, malah di peringkat antarabangsa," katanya.Pada Rabu, FAM mengumumkan semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 20252029 meletakkan jawatan serta-merta dengan Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dan tanpa kepentingan peribadi.Krisis dalaman FAM tercetus selepas FIFA mengesahkan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA membabitkan FAM dan tujuh pemain naturalisasi, termasuk dakwaan penggunaan dokumen tidak sah bagi mengesahkan kelayakan pemain.Susulan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala pemain terbabit digantung selama 12 bulan dan kini menunggu keputusan rayuan di CAS selepas rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA ditolak |
|
FAM exco members quit en masse amid governance crisis - BorneoPost - 28/01 4:10 pm PETALING JAYA (Jan 28): The Football Association of Malaysia (FAM) today announced that all members of its Executive Committee (Exco) for the 2025-2029 term have collectively and voluntarily tendered their resignations with immediate effect. Acting FAM president Datuk Mohd Yusoff Mahadi said the decision was made unanimously, taking into account organisational responsibility and without regard [...] The post FAM exco members quit en masse amid governance crisis appeared first on Borneo Post Online . |
|
Terpalit Isu Integriti, Semua Exco FAM Letak Jawatan Serta-Merta Hari Ini - Beautifulnara - 28/01 1:35 pm Kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan secara kolektif dan sukarela berkuat kuasa serta-merta pada Rabu. Pemangku Presiden FAM, Mohd Yusoff Mahadi, berkata keputusan sebulat suara itu dibuat atas dasar tanggungjawab organisasi tanpa melibatkan sebarang kepentingan peribadi, selain bertujuan melindungi integriti badan induk bola sepak negara |
|
Semua Exco FAM letak jawatan serta-merta - Sinarharian - 28/01 12:27 am KESEMUA Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan meletakkan jawatan secara kolektif dan sukarela berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi tanpa sebarang kepentingan peribadi, selain bertujuan melindungi integriti badan induk bola sepak negara itu.Menurutnya, langkah berhemah dan berprinsip itu diambil susulan situasi terkini yang telah menarik perhatian umum, selain menegakkan prinsip tadbir urus yang baik serta akauntabiliti."Jawatankuasa Eksekutif mengambil tanggungjawab bersama untuk bertindak melindungi integriti FAM."Peletakan jawatan ini bertujuan menjaga reputasi FAM serta mengurangkan risiko lebih buruk yang boleh menjejaskan bola sepak Malaysia, selain menyediakan ruang sewajarnya kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk bebas menilai serta meneliti perkara berkaitan tadbir urus FAM," katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Kali Kelima Bagi Penggal 2025-2029 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Yusoff menegaskan bahawa langkah itu penting bagi memastikan sebarang pembaharuan dapat dilaksanakan tanpa gangguan persepsi, sekali gus memulihkan keyakinan penyokong, rakan kongsi dan komuniti bola sepak.Jelasnya, walaupun barisan Exco bagi penggal 2025-2029 baru memegang mandat selama 11 bulan daripada tempoh empat tahun yang ditetapkan, mereka rela melepaskan jawatan tersebut demi kepentingan nasional."Ini menunjukkan bahawa khidmat kepada bola sepak Malaysia lebih utama berbanding tempoh jawatan."Mengekalkan kredibiliti institusi adalah penting bagi kestabilan, kelestarian dan pembangunan masa depan bola sepak negara," ujarnya.Biarpun tidak lagi memegang jawatan, beliau memberi jaminan bahawa Jawatankuasa Eksekutif akan tetap memberikan kerjasama penuh kepada FIFA, AFC dan pihak berkepentingan.Krisis dalaman FAM bermula pada September tahun lalu selepas FIFA mengesahkan badan induk itu dan tujuh pemain naturalisasi didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).Tujuh pemain tersebut ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.Siasatan mendapati FAM mengemukakan dokumen yang dipercayai dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain terbabit, yang membolehkan mereka beraksi ketika kemenangan 4-0 ke atas Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Bukit Jalil, Jun lalu.Susulan kesalahan itu, FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000) serta digantung daripada aktiviti bola sepak selama 12 bulan.FAM kini sedang menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA sebelum ini menolak rayuan yang dikemukakan. |
|
Semua exco FAM letak jawatan - FMT - 28/01 12:18 am Pemangku Presidennya Yusoff Mahadi berkata langkah itu bagi melindungi integriti dan reputasi FAM. |
|
FAMs exco steps down - FMT - 28/01 12:14 am Acting president Yusoff Mahadi says the move is to protect the football association's integrity and reputation |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |