| /// |
|
| Search : Mten News | Page 1 |
|
Hassan Marican dilantik Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN - Utusan - 3/04 3:20 pm KUALA LUMPUR: Ketua Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd. Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) |
|
Hassan Marican dilantik pengerusi pasukan petugas krisis MTEN - FMT - 3/04 2:49 pm Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berperanan meneliti tindakan perlu diambil setiap hari dan mengumpul maklum balas berkaitan isu di Timur Tengah |
|
Hassan Marican dilantik pengerusi pasukan petugas pengurusan krisis MTEN - Mkini - 3/04 2:40 pm Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Hassan akan berperanan meneliti tindakan yang perlu diambil setiap hari. |
|
Hassan Marican dilantik Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN - Sinarharian - 3/04 2:15 pm KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaraskan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Hassan, yang juga Ketua Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan akan berperanan meneliti tindakan yang perlu diambil setiap hari, selain mengumpulkan maklum balas berkaitan isu Asia Barat."PPPK ini pula mempunyai sekretariat yang dipengerusikan oleh Penasihat Kanan bagi Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, NurhishamHussein."Dua struktur ini akan membantu MTEN yang sekarang bersidang setiap minggu untuk menyelaraskan maklumat secara harian," katanya.Fahmi berkata demikian padasidang media selepas hadir menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman berkaitan kerjasama mengekang aktiviti penipuan (scam), antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini, Jumaat.Fahmi turut menjelaskan bahawa tugas pasukan dipimpin Hassan tidak bertindih dengan jawatankuasa khas dipengerusikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang berperanan meneliti perkembangan ekonomi semasa susulan konflik tersebut."Apa yang penting usaha kita ialah pertama secara keseluruhannya mengenai bekalan, bukan sahaja bahan api, bahan bakar, tenaga bagi negara kita kekal terjamin untuk bulan-bulan yang akan datang, tapi juga bekalan makanan."Pada masa yang sama (juga) untuk memastikan harga barang terkawal dan aktivitimenyeludup atau menyeleweng bahan api, bahan makanan, dapat dikekang," katanya.Sejak 28 Februari lepas, Israel dan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan operasi ketenteraan terhadap Iran yangmengakibatkan ribuan nyawa telah terkorban.Teheran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta pangkalan AS di beberapa negara Arab |
|
Tuntutan subsidi diesel nelayan termasuk kategori Zon C2 akan diperincikan - Ahmad Zahid - Sinarharian - 2/04 12:38 am PUTRAJAYA - Kerajaan akan memperincikan tuntutan bantuan subsidi diesel oleh nelayan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) susulan krisis tenaga global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perkara itu akan diperincikan mengambil kira lonjakan tanggungan kerajaan terhadap subsidi minyak daripada RM700 juta kepada RM3.5 bilion."Ini satu tanggungan yang amat berat |
|
PM jumpa menteri besar, ketua menteri esok bincang krisis tenaga global - Fahmi - Sinarharian - 1/04 6:03 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan semua menteri besar dan ketua menteri esok bagi membincangkan krisis tenaga global serta kesannya terhadap ekonomi Malaysia.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertemuan itu akan meneliti beberapa perkara termasuk ikhtiar serta langkah yang boleh diambil secara bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mendepani situasi semasa.Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini hari ini.Sehubungan itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijangka mengadakan sidang media petang esok, selain kemungkinan kenyataan susulan daripada Perdana Menteri.Beliau berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) yang dijadualkan minggu depan juga akan terus meneliti perkembangan semasa sebelum sebarang kenyataan lanjut dikeluarkan.Pada 27 Mac lepas, Anwar berkata, beliau akan memanggil menteri besar, ketua menteri dan pemimpin utama parti politik untuk mendengar taklimat mengenai kedudukan semasa ekonomi negara susulan konflik di Asia Barat.Beliau berkata, hasil taklimat yang disampaikan Majlis Keselamatan Negara dan MTEN itu akan menentukan keperluan sama ada wajar sidang Parlimen dipanggil bagi meneliti serta membincangkan langkah seterusnya |
|
Kementerian Pengangkutan sahkan kapal Malaysia lalui Selat Hormuz tanpa caj tol - Careta - 1/04 8:04 am "Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi telah memaklumkan perkara ini kerana Malaysia dianggap sebagai negara sahabat dengan hubungan diplomatik yang kukuh, dan tiada caj tol dikenakan terhadap kapal Malaysia. "Perdana Menteri juga berkongsikan perkara ini dalam mesyuarat MTEN |
|
Dianggap negara sahabat, kapal Malaysia lalui Selat Hormuz tidak dikenakan .. - Mgazette - 1/04 8:00 am # Dianggap negara sahabat, kapal Malaysia lalui Selat Hormuz tidak dikenakan tol SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan bahawa kapal Malaysia yang melalui Selat Hormuz ketika konflik di Asia Barat, tidak akan dikenakan sebarang caj tol. Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya, pagi tadi |
|
Krisis tenaga global: Anwar ajak rakyat perkukuh ekonomi domestik - Mgazette - 1/04 8:00 am Kerajaan MADANI akan terus bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar setiap langkah yang diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan, katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. Terdahulu, Anwar memaklumkan, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini meneliti secara mendalam perkembangan krisis tenaga global yang kian meruncing serta implikasinya terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat |
|
Konflik Asia Barat: PM Anwar Ajak Rakyat Perkukuh Ekonomi Domestik - Wrlr - 31/03 6:48 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya pada 31 Mac 2025 |
|
Kementerian Pengangkutan sahkan kapal Malaysia lalui Selat Hormuz tanpa caj tol - Sinarharian - 31/03 6:21 pm SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan bahawa kapal Malaysia yang melalui Selat Hormuz ketika konflik di Asia Barat, tidak akan dikenakan sebarang caj tol.Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Putrajaya, pagi Selasa."Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi telah memaklumkan perkara ini kerana Malaysia dianggap sebagai negara sahabat dengan hubungan diplomatik yang kukuh, dan tiada caj tol dikenakan terhadap kapal Malaysia."Perdana Menteri juga berkongsikan perkara ini dalam mesyuarat MTEN," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian cek cura kepadaSekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chan Hwa di sini, Selasa.Berhubung kesan konflik Asia Barat terhadap sektor penerbangan domestik, Anthony berkata, setakat ini, tiada cabaran besarselain kenaikan kos bahan api, namun kementerian mengadakan libat urus secara berkala dengan pemain industri untuk memastikan keadaan terus terkawal."Beberapa syarikat penerbangan memberitahu kerajaan bahawa mereka mungkin akan merasionalisasikan operasi termasuk menggabungkan penerbangan bagi meningkatkan kecekapan |
|
Isu subsidi diesel ke kabinet esok, tekanan kos makanan kian runcing - Mkini - 31/03 5:57 pm Mohamad berkata isu itu dibincangkan pada mesyuarat MTEN sebagai langkah segera mengurangkan tekanan kos operasi sektor pengeluaran makanan. |
|
Cadangan naik, perluas subsidi diesel kepada pemain industri pertanian dibawa ke Kabinet - Sinarharian - 31/03 5:41 pm PUTRAJAYA - Cadangan menaikkan dan memperluaspemberian subsidi diesel kepada pemain industri pertanian termasuk pesawah, petani dan nelayan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri esok bagi pertimbangan lanjut.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, cadangan itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pagi tadi sebagai langkah segera untuk mengurangkan tekanan kos operasi sektor pengeluaran makanan negara.Beliau berkata, antara langkah yang dicadangkan ialah memperluas pemberian subsidi diesel melalui sistem kad fleet kepada lebih ramai pemain sektor pertanian, selain meneliti kemungkinan menaikkan kadar subsidi sedia ada."Cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri esok untuk diputuskan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Pemerkasaan Industri Ruminan Negara Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) Bersama Pemain Industri di sini, Selasa.Selain itu, Mohamad berkata, kerajaan juga sedang meneliti langkah-langkah segera bagi menghadapi kemungkinan kenaikan harga baja yang merupakan input penting dalam semua sektor pertanian dan boleh memberi kesan besar kepada penanam padi serta pengusaha sayur.Mohamadberkata, langkah tersebut penting memandangkan sektor pertanian dan perikanan kini berdepan peningkatan kos input termasuk bahan api, baja dan logistik susulan perkembangan geopolitik global.Beliau turut berkata, susulan sekatan eksport oleh China, kerajaan sedang meneliti sumber alternatif bagi import bajadengan beberapa negara lain termasuk Rusia yang telah menawarkan bekalan."Perbincangan lanjut akan dilakukan oleh pegawai kementerian bagi menentukan harga dan syarat yang sesuai," katanya.Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata, Malaysia ketika ini masih mempunyai bekalan makanan ternakan yang mencukupi kerana import telah dibuat sebelum konflik Asia Barat tercetus.Bagaimanapun, katanya,bekalan dijangka berkurangan dalam tempoh kira-kira sebulan dan perlu ditambah melalui import baharu.Beliau berkata, sumber makanan ternakan banyak diimport dari negara seperti Argentina dan Brazil dan setakat ini bekalan masih mencukupi, namun faktor utama yang berpotensi memberi kesan kepada harga ialah kos pengangkutan.Sementara itu, Ishamberkata, projek percubaan tanaman jagung bijiandi Cuping, Perlis dan Kota Belud, Sabah yang bertujuan mengurangkan kebergantungan import telah menunjukkan hasil yang baik dan kementerian itu bakalmelancarkan program penanaman jagung bijian negara secara besar-besaran di Cuping pada Jun ini."Kita bercadang dalam masa empat tahun lagi, kita mempunyai Kadar Sara Diri (SSR) sebanyak 30 peratus jagung bijian bagi menampung makanan ternakan negara," katanya |
|
No toll for Malaysian vessels in Strait of Hormuz, says Loke - Sinardaily - 31/03 5:35 pm SHAH ALAM - Transport Minister Anthony Loke has confirmed that Malaysian vessels navigating the Strait of Hormuz amid the ongoing regional conflict will not be subjected to any toll charges.He said the matter was conveyed by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim during the National Economic Action Council (MTEN) meeting held in Putrajaya this morning."Irans Ambassador to Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi, has informed us that Malaysia is regarded as a friendly nation with strong diplomatic ties, and no toll is being imposed on Malaysian vessels |
|
Kerajaan Madani bertindak proaktif berasaskan data, realiti semasa hadapi krisis tenaga global - Sinarharian - 31/03 5:30 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani akan terus bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam menghadapi krisis tenaga global.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu bagi memastikan setiap langkah yang diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan."Kerajaan akan berikhtiar memastikan kestabilan bekalan tenaga terpelihara, ekonomi terus berfungsi dengan baik, serta kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan dalam setiap tindakan," kata beliau dalam hantaran di laman sosial X pada Selasa.Beliau yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini bagi meneliti secara mendalam perkembangan krisis tenaga global yang kian meruncing serta implikasinya terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat."Dalam mengakui cabaran ini, saya ingin menegaskan bahawa asas ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan," kata beliau.Anwar berkata, hakikatnya, dunia sedang memasuki fasa yang lebih mencabar dan tidak menentu, dan Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya."Justeru, kita tidak boleh alpa atau terlalu selesa |
|
Malaysia resilient as MTEN studies global energy crisis, Anwar vows proactive measures, welfare focus - Malaymail - 31/03 5:20 pm KUALA LUMPUR, March 31 The National Economic Action Council (MTEN) today conducted an in depth review of the esc... |
|
Mat Sabu sertai mesyuarat MTEN, kecukupan bekalan makanan negara jadi keutamaan - Harapandaily - 31/03 1:39 pm Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini menyertai Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Konflik Asia Barat: PM pengerusi Mesyuarat MTEN esok bincang strategi depani impak - Sinarharian - 30/03 7:13 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) esok bagi membincangkan strategi mendepani impak konflik geopolitik Asia Barat.Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, perbincangan mesyuaratitu diharap dapat memberi kelegaan kepada para pemain industri pertaniankhususnya dalam sektor perikanan dan penanaman yang kini berdepan cabaran besar akibat perkembangan semasa.Foong Hin berkata, konflik geopolitik di Asia Barat bukan sekadar isu serantau, tetapi telah mencetuskan kesan rantaian di peringkat globaltermasuk krisis tenaga dan lonjakan harga minyak yang memberi tekanan langsung kepada ekonomi negara-negara di Asia."Gangguan di Selat Hormuz memberi isyarat jelas bahawa kestabilan bekalan bahan api dunia tidak boleh lagi diambil mudah |
|
Krisis tenaga: PM pengerusikan mesyuarat MTEN esok - Mkini - 30/03 4:26 pm Gangguan di Selat Hormuz beri isyarat bahawa kestabilan bekalan bahan api tak boleh diambil mudah, kata Chan. |
|
Konflik Asia Barat: PM runding dengan semua kerajaan negeri minggu depan - Mgazette - 28/03 7:38 am Minggu depan Insya-Allah saya akan panggil pertamanya semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier untuk memaklumkan supaya penyertaan semua negeri tak kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Saya sedang rencana untuk memanggil juga semua pemimpin parti, kalau boleh berunding dan mendengar sendiri taklimat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) |
|
Muhyiddin cadang MTEN diaktifkan dalam status krisis, bersidang secara .. - Mgazette - 28/03 7:38 am # Muhyiddin cadang MTEN diaktifkan dalam status krisis, bersidang secara harian KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) diaktifkan semula dalam status krisis dan bersidang secara harian dengan penglibatan sektor awam dan swasta |
|
MTEN perlu diaktifkan segera tangani krisis ekonomi - Muhyiddin - Sinarharian - 27/03 5:18 pm SHAH ALAM - Kerajaan digesa segera mengaktifkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berstatus krisis bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa susulan ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, MTEN perlu bersidang secara harian dengan penglibatan sektor awam dan swasta bagi memantau perkembangan global serta menyusun tindak balas yang pantas dan bersepadu.Beliau berkata, pendekatan tersebut pernah dilaksanakan ketika krisis ekonomi 19971998, 2008 serta pandemik COVID-19 dan terbukti berkesan dalam mengurus tekanan ekonomi negara."Pakej rangsangan perlu difikirkan dan dilaksanakan untuk melindungi sektor-sektor kritikal dan pemain industri, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) supaya kesan terhadap rakyat dan ekonomi dapat diminimumkan."Apa yang diperlukan rakyat adalah hala tuju ekonomi yang jelas iaitu strategi menangani inflasi, jaminan bekalan makanan dan tenaga, serta perlindungan terhadap pendapatan dan kelangsungan perniagaan tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah Muhyiddin, kepimpinan negara perlu bertindak tegas dan memberikan kejelasan dalam situasi genting ketika ini."Kegagalan berbuat demikian hanya akan menghakis keyakinan rakyat dan pasaran terhadap keupayaan kerajaan mengurus krisis ini," ujarnya lagi.Beliau berpandangan, perutusan khas Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan kebimbangan rakyat bahawa keadaan ekonomi semakin mencabar susulan ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat.Bagaimanapun, menurutnya, ia gagal memberikan keyakinan bahawa kerajaan mempunyai pelan yang jelas, tersusun dan segera untuk menghadapi kemungkinan kegawatan global."Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terkecuali daripada risiko kenaikan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan tekanan inflasi |
|
Konflik Asia Barat: Taklimat khas bersama kepimpinan negeri, parti politik minggu depan - Sinarharian - 27/03 3:46 pm SHAH ALAM - Kerajaan bercadang menghimpunkan kepimpinan tertinggi pentadbiran setiap negeri, termasuk pimpinan parti politik, dalam satu taklimat khas yang dijangka diadakan minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, taklimat yang akan disampaikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu bertujuan membincangkan langkah bersama bagi menjamin kemampanan ekonomi serta keselamatan negara susulan ketidaktentuan situasi di Asia Barat."Kita bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masalah yang dihadapi tidak serumit di beberapa negara jiran |
|
Cabinet members submit feedback on economic situation, says minister - BorneoPost - 26/03 7:16 pm KUCHING (March 26): Cabinet members have submitted feedback on the current economic situation following a request from the federal government, said Minister of Women, Family and Community Development Dato Sri Nancy Shukri. She said the feedback was requested after a meeting by the National Economic Action Council (MTEN) under the Ministry of Economy, which is [...] The post Cabinet members submit feedback on economic situation, says minister appeared first on Borneo Post Online . |
|
Jangan pandang enteng isu keselamatan negara – PM - Mgazette - 26/03 7:37 am Perdana Menteri juga berkata, Malaysia khususnya pasukan keselamatan negara harus lebih berwaspada dan sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan kesan daripada konflik Asia Barat itu. Semalam kita ada mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), tadi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), kerana negara tidak terlepas tempiasan daripada kemelut politik dan peperangan akibat serangan zionis Israel dan Amerika ke atas Iran dan keupayaan Iran membalas dengan begitu berkesan |
|
Konflik Asia Barat: Langkah intervensi awal akan dilaksanakan -PM - Mgazette - 25/03 5:09 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut menggembleng usaha menjamin keterjaminan bekalan tenaga, termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz. "Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil |
|
Walau masih Aidilfitri, PMX gerak MTEN tangani krisis global, lindungi kos sara hidup rakyat - Harapandaily - 25/03 4:23 pm Walaupun negara masih dalam suasana Aidilfitri, Kerajaan MADANI terus bekerja apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 3/2026 |
|
Perang Asia Barat: Kos sara hidup kekal jadi keutamaan, kerajaan sedia intervensi segera - Sinarharian - 25/03 3:28 pm PUTRAJAYA Kesejahteraan rakyat khususnya isu kos sara hidup terus menjadi keutamaan kerajaan meskipun negara berdepan tekanan ekonomi global serta ketidaktentuan geopolitik semasa.Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah intervensi awal secara proaktif dan tuntas bagi memastikan beban rakyat dapat dikawal.Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang meneliti perkembangan semasa termasuk implikasi ekonomi susulan konflik di Asia Barat."Walaupun masih dalam suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri, kesejahteraan rakyat kekal menjadi keutamaan dan perhatian utama kerajaan," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Rabu.Anwar berkata, kerajaan turut menggembleng usaha menjamin keterjaminan bekalan tenaga, termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz."Situasi ini akan terus dipantau rapi, dengan maklumat disalurkan secara telus kepada rakyat."Dalam mendepani cabaran ini, ketenangan, disiplin dan semangat kebersamaan amat penting untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan," jelasnya.Serangan Amerika Syarikat (AS) bersama sekutunya, Israel ke atas Iran tidak menunjukkan sebarang keredaan biarpun telah memasuki minggu ke empat sejak ia mula dilancarkan pada 28 Februari lalu.Pertempuran yang berterusan sekali gus menyaksikan situasi di Asia Barat kekal tegang termasuk ancaman terhadap laluan tenaga global seperti Selat Hormuz, yang dikawal Iran. |
|
Langkah tangani impak konflik Asia Barat dibincang dalam Mesyuarat MTEN .. - Mgazette - 25/03 8:03 am # Langkah tangani impak konflik Asia Barat dibincang dalam Mesyuarat MTEN Khas hari ini KUALA LUMPUR - Kerajaan terus bersiap sedia untuk menghadapi situasi konflik berpanjangan di Asia Barat yang dijangka membawa implikasi ekonomi bukan sahaja kepada negara, malah di peringkat global secara keseluruhannya |
|
Konflik Timur Tengah: Malaysia perkukuh siap siaga ekonomi, MTEN bermesyuarat hari ini - Harapandaily - 25/03 6:00 am Menurut... The post Konflik Timur Tengah: Malaysia perkukuh siap siaga ekonomi, MTEN bermesyuarat hari ini appeared first on Harapan Daily . |
|
Kerajaan siap sedia hadapi implikasi ekonomi akibat konflik berpanjangan di Asia Barat - MKN - Sinarharian - 24/03 11:47 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan terus bersiap sedia untuk menghadapi situasi konflik berpanjangan di Asia Barat yang dijangka membawa implikasi ekonomi bukan sahaja kepada negara, malah di peringkat global secara keseluruhannya.Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalamkenyataan pada Selasa memaklumkan kerajaan akan mengambilpendekatan menyeluruh dan terselaras untuk menangani keadaan ini.Perkara itu antara fokus utama yang dibincangkan dalam Sidang Khas MKNhari ini bagi menangani kesan ketidaktentuan konflik di rantau itu yang telah berlangsung selama dua minggu.MKN memaklumkan sidang khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan disusuli dengan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Khas esok bagi membincangkan langkah-langkah seterusnya."Malaysia menyambut baik perkembangan mutakhir yang menyaksikan semua pihak terlibat menghentikan serangan selama lima hari, selain menyifatkan ruang berkenaan harus digunakan untuk rundingan secara serius dan ikhlas."Mesyuarat mengambil maklum bahawa perkembangan terbaharu ini telah menyebabkan penyusutan harga minyak antarabangsa," menurut kenyataan itu.Selain itu, MKN memaklumkan Malaysia akan terus memainkan peranan proaktif menyumbang kepada penyelesaian konflik."Pada hari ini, Perdana Menteri telah mengadakan perbualan telefon dengan pemimpin New Zealand, Jepun, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)."Malaysia mempunyai beberapa ciri penting untuk memainkan peranan ini |
|
Cadangan BDR tidak melibatkan petugas barisan hadapan, sektor pendidikan - Sinarharian - 17/03 4:08 pm PUTRAJAYA- Cadangan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi perkhidmatan awam tidak membabitkan petugas barisan hadapan dan sektor pendidikan negara, kata Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.Menurutnya, perkara itu antara penegasan utama dalam perbincangan Jemaah Menteri yang turut meneliti pelaksanaan kaedah kerja tersebut secara menyeluruh.Beliau berkata, Jemaah Menteri telah menerima laporan awal berkaitan cadangan pelaksanaan BDR dalam sektor awam yang dikemukakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar."Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta beberapa perkara disusuli dengan lebih rapi dan dibentangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang, selepas Aidilfitri."Ini menjadi keutamaan semestinya adalah sektor bukan kritikal," katanya menerusi sidang akhbar pada Selasa.Terdahulu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan, sesi persekolahan berjalan seperti biasa buat masa ini dan tiada sebarang ketetapan berkaitan pelaksanaan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dibuat.Sebelum ini tular kononnya PdPR akan dilaksanakan susulan cadangan BDR yang akan diputuskan Kabinet, sebagai langkah penjimatan berikutan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik di Asia Barat. |
|
Undang-undang antarabangsa hilang kredibiliti jika digunakan secara .. - Mgazette - 17/03 8:18 am Anwar mengakui, Malaysia tidak terkecuali menerima kesan rantaian peperangan di Timur Tengah itu termasuk ketidakstabilan di rantau Asia serta gangguan besar-besaran dalam pasaran tenaga global. Saya baru mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan sudah tentu kami perlu membincangkan beberapa isu utama |
|
Krisis Asia Barat: MTEN pantau secara mingguan - Mgazette - 17/03 8:18 am KUALA LUMPUR - Susulan krisis di Asia Barat, Jemaah Menteri telah bersetuju bagi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memantau perkara ini dan perbincangan mendalam diadakan secara mingguan |
|
Domestic flight capacity increases ahead of Hari Raya - Loke - Sinardaily - 16/03 4:29 pm PUTRAJAYA - Domestic flight capacity has been increased to accommodate the surge in travel demand ahead of Aidilfitri, said Transport Minister Anthony Loke.He said that so far, no domestic flights have been cancelled by local airlines."We have increased flights for the Hari Raya period, and no domestic flights have been cancelled. Any cancellations involve routes to areas considered to be at risk, he said at a press conference today while commenting on developments in air travel following the ongoing conflict in West Asia.Loke added that the government is also engaging with local airlines to identify the best approaches to reduce operating costs within the aviation industry."We do not want to see our airlines cancelling flights, because cancellations would have economic implications, he said.He said the Transport Ministry would hold a meeting with airlines and aviation industry players to discuss possible cost mitigation measures.According to him, the ministry will also present a proposal to the National Economic Action Council (MTEN) to examine potential forms of government assistance to ease cost pressures faced by airlines."Later this evening, we will meet with MTEN and present our proposal to explore how we can reduce operational costs for flights, he said.Meanwhile, Loke noted that the conflict in West Asia has affected the global aviation sector, including a decline in passenger numbers from the region."Over the past two weeks, there has been a slight drop in passengers from West Asia due to the ongoing conflict in the area, he said.However, he added that the situation has also created opportunities for local airlines to accommodate increased demand for flights to other destinations, particularly in Europe."For example, Malaysia Airlines has seen higher demand for flights to London and Paris as passengers now have more limited travel options through hubs in West Asia, he said |
|
Konflik Asia Barat: Tiada penerbangan domestik dibatalkan – Anthony .. - Mgazette - 16/03 3:37 pm Syarikat penerbangan memang berdepan isu kos, khususnya kenaikan harga minyak, jadi kita sedang mencari jalan bagaimana mengurangkan kos lain yang boleh ditangani, jelasnya. Beliau berkata, cadangan berkaitan perkara itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) petang ini bagi meneliti langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk membantu sektor penerbangan |
|
Konflik Asia Barat: Malaysia pergiat usaha peralihan tenaga baharu?? - Mgazette - 15/03 3:56 pm Katanya, penggunaan tenaga boleh baharu negara kini sudah mencapai kira-kira 25 peratus daripada kapasiti tenaga terpasang dan menjadi asas buat kerajaan menilai langkah mempercepatkan lagi proses peralihan tenaga tersebut. Menurutnya, kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa konflik di Asia Barat melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap minggu |
|
Konflik Asia Barat: Mesyuarat MTEN esok teliti kesan kepada penerbangan, bekalan minyak - Sinarharian - 15/03 2:30 pm JOHOR BAHRU - Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan diadakan esok di ibu negara untuk membincangkan impak konflik Asia Barat yang berpanjangan terhadap sektor pengangkutan, khususnya penerbangan, serta langkah mitigasi bagi menjamin bekalan minyak dan gas.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan itu turut melibatkan beberapa kementerian lain yang berkaitan dan peserta industri."Kita mahu meneliti bekalan minyak dan langkah mitigasi untuk terus menjamin bekalan buat negara."Kita juga akan menumpukan industri yang terkesan dengan gangguan bekalan minyak global," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jualan Rahmah Kasih Sayang di sini pada Ahad.Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, konflik yang berpanjangan itu dijangka menjejaskan bekalan minyak dan gas global, khususnya bagi penghantaran melalui Selat Hormuz yang menjadi antara laluan utama perdagangan tenaga dunia.Beliau berkata, sebarang gangguan pengeluaran di Iran atau di kawasan Timur Tengah juga akan memberi kesan terhadap bekalan beberapa komponen lain yang diimport oleh negara di seluruh dunia dan menjejaskan rantaian bekalan global."Gangguan terhadap minyak dan gas boleh dilihat daripada beberapa sudut |
|
Konflik Asia Barat: MTEN bincang langkah mitigasi jamin bekalan minyak gas esok - Mkini - 15/03 2:23 pm Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang akan dipengerusikan perdana menteri itu akan melibatkan beberapa kementerian. |
|
Perang Asia Barat: Pelaksanaan kerja dari rumah bagi sektor awam diputuskan Selasa depan - Sinarharian - 13/03 12:43 am PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Cadangan kesesuaian pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam akan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet, Selasa depan kata Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil.Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Wan Abdul Aziz untuk meneliti cadangan tersebut bagi memastikan beberapa perkara diselaras."Ini untuk sektor awam dan hasil daripada perbincangan itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Selasa depan," katanya dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di sini, pada Jumaat.Sebelum ini beliau memberitahu kerajaan meneliti cadangan tersebut memandangkan sebahagian syarikat telah melaksanakan kaedah kerja hibrid pasca pandemik dengan melaksanakan pengaturan WFH.Media melaporkan Thailand melaksanakan pengaturan WFH untuk agensi kerajaan dan perusahaan negeri bagi mengurangkan penggunaan tenaga ketika ketegangan geopolitik berlarutan di Asia Barat.Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya semua menteri melakukan sesi libat urus dengan industri di bawah kementerian masing-masing untuk mendapatkan maklum balas, pandangan, dapatan berhubung kesan yang mungkin dirasai oleh industri akibat daripada pergolakan di Asia Barat."Hasil daripada sesi-sesi libat urus itu akan dibawa, pertama ke mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan dan wakil industri juga akan dijemput untuk melakukan pembentangan bagi pihak industri masing-masing di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang."Untuk maklumat lanjut, Pejabat Perdana Menteri ataupun daripada Kementerian Kewangan akan mengeluarkan kenyataan," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |