| /// |
|
| Search : Mgp News | Page 1 |
|
Jaslinda melalui laluan ke Kem Sukaneka bukan Gunung Batu Bujang - Mygazette - 31/05 8:01 am Hasil penelitian mendapati terdapat rakaman imej mangsa melintasi Kamera 1 pada jam 11.22 pagi, 24 Mei 2026. Turut dirakam ialah lapan anggota Special Tactical Operation and Rescue Team (STORM) dan seorang anggota Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang melalui lokasi sama pada jam 5.15 petang, 25 Mei 2026 |
|
Operasi SAR Jaslinda: Seorang anggota penyelamat cedera, dibawa keluar dengan pesawat - Sinarharian - 30/05 9:42 pm IPOH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng sejak 24 Mei lalu terus berdepan cabaran apabila seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cedera ketika menjalankan misi pencarian di kawasan hutan berkenaan.Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, anggota terbabit mengalami kecederaan pada bahagian paha, lutut dan buku lali ketika menyertai operasi pencarian pada Jumaat.Menurutnya, anggota berkenaan menjalankan pencarian dari Kem Kantoi ke alur air menuju Sungai Busok sebelum menyusuri sungai itu sejauh kira-kira satu kilometer, namun tidak menemukan sebarang petunjuk baharu berkaitan mangsa."Anggota yang cedera bersama tiga lagi penyelamat lain kemudian dibawa keluar dari kawasan tersebut menggunakan pesawat AW139 melalui teknik winching," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuDalam masa itu, operasi SAR memasuki hari keenam menyaksikan perkembangan positif apabila kelibat mangsa, Jaslinda Saludin, 49, berjaya dirakam kamera pengawasan hidupan liar milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).Sayani berkata, penemuan itu diperoleh hasil penelitian kandungan dua kad memori daripada dua unit kamera pengawasan yang diambil pasukan penyelamat pada Sabtu.Menurutnya, rakaman tersebut mengesahkan Jaslinda melalui laluan menuju Kem Sukaneka ketika melakukan pendakian pada 24 Mei lalu."Dua kad memori daripada dua unit kamera pengawasan berjaya diambil pada jam 10.15 pagi dan pasukan terbabit dibawa turun semula menggunakan pesawat AW139 pada jam 1.15 tengah hari."Hasil penelitian mendapati terdapat rakaman imej mangsa melintasi Kamera 1 pada jam 11.22 pagi, 24 Mei lalu," katanya.Beliau berkata, rakaman sama turut menunjukkan lapan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (STORM) serta seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) melalui lokasi berkenaan pada jam 5.15 petang, 25 Mei lalu.Katanya, tiada rakaman menunjukkan Jaslinda berpatah balik melalui laluan tersebut, manakala Kamera 2 tidak merakam sebarang imej mangsa atau pasukan penyelamat yang melalui laluan menuju Gunung Batu Bujang pada 24 dan 25 Mei."Sehubungan itu, laluan ke Gunung Batu Bujang disahkan tidak dilalui oleh mangsa."Terdapat dua lagi persimpangan selepas Kamera 1 iaitu laluan ke Kem Sukaneka dan laluan ke kawasan water point |
|
Kamera pengawasan kesan kelibat Jaslinda - Sinarharian - 30/05 5:49 pm IPOH - Hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Gopeng menyaksikan perkembangan positif apabila kelibat mangsa dirakam kamera pengawasan hidupan liar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, penemuan itu diperoleh hasil penelitian kandungan dua cip kad memori kamera pengawasan yang diambil pasukan penyelamat pada Sabtu.Menurutnya, rakaman kamera pengawasan hidupan liar di sekitar Gunung Batu Putih itu mengesahkan Jaslinda melalui laluan menuju Kem Sukaneka ketika melakukan pendakian pada 24 Mei lalu."Dua kad memori daripada dua unit kamera pengawasan berjaya diambil pada jam 10.15 pagi dan pasukan terbabit dibawa turun semula menggunakan pesawat AW139 pada jam 1.15 tengah hari."Hasil penelitian mendapati terdapat rakaman imej mangsa melintasi Kamera 1 pada jam 11.22 pagi, 24 Mei lalu," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.Sayani berkata, rakaman itu turut menunjukkan lapan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (STORM) serta seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) melalui lokasi sama pada jam 5.15 petang, 25 Mei lalu.Katanya, tiada rakaman menunjukkan Jaslinda berpatah balik melalui laluan berkenaan manakala Kamera 2 pula tidak merakam sebarang imej mangsa atau pasukan penyelamat yang melalui laluan menuju Gunung Batu Bujang pada 24 dan 25 Mei.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Sehubungan itu, laluan ke Gunung Batu Bujang disahkan tidak dilalui oleh mangsa."Terdapat dua lagi persimpangan selepas Kamera 1 iaitu laluan ke Kem Sukaneka dan laluan ke kawasan water point |
|
Pendaki hilang: 8 anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih - Mygazette - 30/05 3:25 pm Pencarian masih diteruskan, insya-Allah," katanya. Sebelum ini, Jaslinda, 49 dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian_Trans Spencer Chapman_pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh |
|
Pendaki hilang: Pasukan SAR ambil cip kamera pengawasan kesan Jaslinda .. - Mygazette - 30/05 3:25 pm Pencarian OH (orang hilang) kali ini amat mencabar kerana radius pencarian berkisar di sekitar 3,000 ke 7,000 kaki ketinggian dan sangat luas, setakat ini semua pihak mencuba yang terbaik, menurut hantaran itu. Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian_Trans Spencer Chapman_pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh |
|
'Biasanya dua atau tiga hari dah jumpa, operasi SAR Jaslinda paling lama' - Malim gunung - Sinarharian - 30/05 2:30 pm TAPAH - Suhu dingin yang boleh mencecah sekitar enam darjah Celsius di kawasan berketinggian 2,130 meter di Gunung Batu Putih antara cabaran utama perlu ditempuhi pasukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lepas.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak, Muzafar Mohamad berkata operasi SAR turut berdepan cabaran lain termasuk keadaan muka bumi serta capaian komunikasi sekitar kawasan kejadian, sekali gus menyulitkan usaha pencarian pasukan penyelamat."Selain keadaan sejuk yang berangin di kawasan banjaran tinggi, kesukaran komunikasi antara pasukan di lapangan dengan pusat kawalan operasi turut menjadi cabaran utama kerana memberi kesan terhadap koordinasi taktikal pencarian di kawasan pergunungan itu."Lokasi di sini turut dikategorikan sebagai laluan sukar yang memerlukan pendaki mengerah kudrat, termasuk memanjat bagi melepasi halangan tertentu |
|
Kehilangan Jaslinda: Lapan anggota tambahan sertai operasi SAR Gunung Batu Putih - Sinarharian - 30/05 12:02 am Buat masa ini kita tidak mengambil keputusan untuk menghentikan operasi. Pencarian masih diteruskan, insya-ALLAH," katanya.Sebelum ini, Jaslinda, 49, dilaporkan bersama 13 lagi individu dan duaMalim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 24 Mei pada 7.30 pagi.Program Qurban Kasih anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu disempurnakan Timbalan Menteri Datuk Aiman Athirah Sabu.Sementara itu, Aiman Athirah berkata, program itu berjaya dilaksanakan dengan kerjasama JBPM serta Parlimen Sepang dan menyasarkan pengagihan daging korban kepada kira-kira 2,500 penerima di sekitar Sepang dan warga kementerian.Beliau berkata, program yang diadakan pada hari terakhir Tasyrik, 13 Zulhijjah itu melibatkan penyembelihan 50 ekor lembu dan tiga ekor kambing."Pada hari ini kita mengorbankan 50 ekor lembu dan tiga ekor kambing, dengan penyertaan kira-kira 500 petugas yang terdiri daripada warga JBPM, orang kampung serta ketua kampung bersama ahli majlis," katanya.Aiman Athirah berkata, kira-kira 38 kampung tradisi di kawasan Sepang turut terlibat dalam menjayakan program berkenaan |
|
Ground inscription proves missing hiker reached Gunung Batu Putih summit - Sinardaily - 29/05 10:11 pm IPOH - An inscription left on the ground has become proof that missing female hiker Jaslinda Saludin, 49, had reached the summit of Gunung Batu Putih near Tapah.A member of the Perak Forestry Mountain Guide (MGP) team, who wished to be known only as Hafiz, said he discovered the inscription when he arrived at the summit while serving as the rear guard, or "sweeper", for the Trans Spencer Chapman hiking expedition."Yes, she (Jaslinda) reached the summit, but she did not leave any hint as to where she went or which trail she took |
|
Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih - Sinarharian - 29/05 9:58 pm IPOH - Satu nota tulisan di atas tanah ditinggalkan menjadi bukti bahawa pendaki wanita yang hilang Jaslinda Saludin, 49, telah sampai di puncak Gunung Batu Putih dekat Tapah, di sini.Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata, beliau yang bertindak sebagai pengawal belakang atau sweeper bagi ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman itu, menyedari kewujudan nota di atas tanah berkenaan ketika tiba di puncak gunung."Betul, dia (Jaslinda) dah sampai ke puncak gunung, cuma dia tak ada bagi hint dia ke mana, ke track mana |
|
MGP tidak cuai, Jaslinda sudah dinasihatkan tunggu bantuan - Kosmo - 29/05 9:30 pm TAPAH – Kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih di sini Ahad lalu, bukan berpunca daripada kecuaian Malim Gunung Perhutanan (MGP) |
|
Pendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan .. - Mygazette - 29/05 3:57 pm # Pendaki hilang: Survival bergantung ketahanan fizikal, mental dan pengalaman - Malim Gunung TAPAH - Suhu dingin yang boleh mencecah sekitar enam darjah Celsius di kawasan berketinggian 2,130 meter di Gunung Batu Putih antara cabaran utama perlu ditempuhi pasukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lepas. Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak Muzafar Mohamad berkata operasi SAR yang memasuki hari kelima hari ini itu turut berdepan cabaran lain termasuk keadaan muka bumi serta capaian komunikasi sekitar kawasan kejadian, sekali gus menyulitkan usaha pencarian pasukan penyelamat |
|
Missing hiker: Drone used to assist SAR team - Sinardaily - 29/05 3:45 pm IPOH - A drone was deployed today to assist in the search and rescue (SAR) operations for Jaslinda Saludin, who has been missing since May 23 while hiking at Gunung Batu Putih, near Tapah.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Sabarodzi Nor Ahmad said a drone operator had been sent with the rescue team to the SAR operations area today."The drone operator has been sent to carry out surveillance and search operations in areas involving slopes, cliffs and other areas that are difficult for rescue teams to access," he said in a statement today.He said a total of 16 rescue personnel have been deployed through an AgustaWestland AW139 aircraft to the SAR location today, while 19 rescue personnel from JBPM, Civil Defence Force (PGA) and Forestry Mountain Guides (MGP) who had entered the area on May 27 were brought out.In addition, he said the SAR today involved PGA and MGP teams entering by land through Pos Musoh towards Sungai Air Busok, involving 18 personnel.Sabarodzi said the SAR team had to navigate narrow and winding routes throughout the search operation.Yesterday, Perak JBPM director Sayani Saidon said the SAR operation would focus on the Sungai Ayer Busok trail area, which is believed to have been the route taken by the victim to obtain a water source.Earlier, the 49-year-old Jaslinda was reported to have started the Trans Spencer Chapman climb at 2am on May 23 with 13 other hikers and two mountain guides via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and another hiker, Mohd Hanafi Neikmad, 41, faced health issues and stopped but Jaslinda was reported to have continued alone to the mountain summit and was last seen by a mountain guide at 7.30 am on May 24 |
|
Dron bantu SAR Jaslinda, pasukan digerak ke cerun sukar - Sinarharian - 29/05 2:32 pm TAPAH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, diperkukuh dengan penggunaan dron bagi memperluas liputan pencarian di kawasan cerun dan lokasi sukar diakses.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penggunaan dron itu membantu pemantauan kawasan yang tidak dapat dimasuki pasukan darat."Pengendali dron telah digerakkan ke lokasi bersama pasukan penyelamat bagi memperluas skop pencarian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, setakat jam 1 petang, seramai 12 anggota penyelamat telah digerakkan ke lokasi operasi di Kem Sukaneka menggunakan pesawat AW139.Menurutnya, pesawat sama turut digunakan untuk membawa keluar 19 anggota penyelamat termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Malim Gunung Perhutanan yang telah berada di kawasan itu sejak 27 Mei lalu."Selain itu, empat lagi anggota turut dihantar menjadikan keseluruhan 16 anggota digerakkan menggunakan pesawat," katanya.Sabarodzi berkata, operasi turut melibatkan pasukan darat seramai 18 anggota melalui laluan Pos Musuh menuju ke Sungai Ayer Busok."Pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team 1 membabitkan lima anggota PGA dan empat Malim Gunung Perhutanan (MGP), manakala Team 2 terdiri daripada empat PGA dan lima MGP."Kesemua mereka mula memasuki kawasan pencarian sekitar jam 9.35 pagi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuPada Khamis, operasi SAR dilaporkan kini tertumpu di kawasan sungai berhampiran Sungai Ayer Busok, selepas mangsa dipercayai cuba mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada dalam hutan dengan bekalan terhad.Terdahulu, Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon memaklumkan operasi diperluas ke kawasan sungai berkenaan berdasarkan kemungkinan pergerakan terakhir mangsa.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos GedungGunung Bah GadingGunung Batu PutihKuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan pendakian.Bagaimanapun, Jaslinda meneruskan pendakian secara bersendirian ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
Lebih 72 jam hilang, keadaan Jaslinda masuki fasa kritikal - JBPM - Sinarharian - 29/05 7:10 am TAPAH - Keadaan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lepas, dijangka memasuki fasa kritikal ketika ini selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, pada ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiat termasuk menambah keanggotaan dan memperluas pencarian ke kawasan kemungkinan mangsa mencari sumber makanan dan air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSehubungan dengan itu, SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran Sungai Ayer Busok, dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air."Kita boleh katakan pada ketika ini adalah tempoh kritikal namun dengan pengalaman yang ada pada mangsa, dia akan terus bertahan sementara SAR dijalankan."Kita percaya dia akan cuba mencari sumber atau punca air untuk terus bertahan, dan berkemungkinan besar bergerak ke Sungai Ayer Busok iaitu lokasi berdekatan dengan Gunung Batu Putih," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pos Kawalan Bomba (PKB) di Pos Kuala Poh, di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSayani berkata, sebanyak 36 anggota pasukan digerakkan oleh JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan Kem Sukaneka dan Gunung Rayu hari ini, yang turut dibantu Pasukan Gerak Am, Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan (MGP).Beliau berkata, bomba telah membuka satu winching point di Kem Salai Matahari yang dianggarkan berkeluasan 100 kaki persegi telah diusahakan bagi memudahkan tindakan lanjut sekiranya pergerakan menggunakan pesawat udara diperlukan.Menurut beliau, ia bertujuan memudahkan pergerakan keluar dan masuk pasukan penyelamat kerana winching point sedia ada iaitu di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 memakan masa perjalanan yang jauh ke lokasi pencarian.Sayani turut berkata, keadaan muka bumi yang curam dan berbukit di lokasi berkenaan menjadi cabaran utama pasukan penyelamat selain perjalanan ke beberapa lokasi pencarian memakan masa antara tujuh hingga lapan jam.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi) |
|
Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda - Sinarharian - 26/05 10:20 pm Kami percaya mangsa masih meneruskan pergerakan berdasarkan kesan-kesan itu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Pos Kawalan Hadapan di Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini hari ini.Yusri berkata, pihaknya juga percaya mangsa tidak tersasar disebabkan kekuatan fizikal wanita berkenaan yang dimaklumkan mengalami sakit pada bahagian kaki."Kami harap dia tidak tersasar dan daripada yang kami selidik, tiada laluan lain yang dia boleh tersasar. Dia akan terus ke Gunung Rayu," katanya.Sementara itu, operasi SAR ditangguh pada 5.30 petang tadi akibat cuaca yang tidak mengizinkan pesawat AW139 untuk menghampiri lokasi pasukan penyelamat pertama (pasukan semalam) bagi menghantar pasukan penyelamat kedua bergabung di lokasi berkenaan.Operasi dijadualkan disambung semula seawal 8 pagi esok dengan perancangan menghantar pasukan baharu dan membawa keluar anggota yang telah berada di lokasi selama dua malam.Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Dia dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi Ahad |
|
Missing hiker: Water bottle and supplement packaging new clues in Gunung Batu Putih SAR - Sinardaily - 26/05 7:52 pm BIDOR - The discovery of a water bottle and a supplement package, believed to belong to a missing female hiker on Gunung Batu Putih here, has become the latest clues in the search and rescue (SAR) operation for the victim, Jaslinda Saludin, 49.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) deputy director Yusri Mohd Yusoff @ Hashim said the discovery of the items indicated that the victim had deviated from the original hiking route and moved towards Gunung Rayu."Based on the information we obtained from eight-member rescue team, along with a guide we communicated with, it is said that the victim deviated from the intended path based on the discovery of these items."We found the victim's water bottle, supplements, supplement containers, footprints, and sweet wrappers believed to belong to the victim on the path leading to Gunung Rayu, and we believe the victim continued to move based on those traces," he said.He said this when met at a press conference at the Front Control Post at the 3rd Battalion Camp of the General Operations Force (GOF) in Bidor here today.Yusri said that his team also believes the victim did not go off track (mountain trail) due to the physical condition of the woman, who was reported to be experiencing pain in her leg."We hope she doesn't go off track, and from our investigation, there is no other route she can go off track. She will continue to Gunung Rayu," he said.Meanwhile, the SAR operation was postponed at 5.30 pm today due to weather conditions that prevented the AW139 aircraft from approaching the location of the first rescue team (the team from last night) to send the second rescue team to join at the site.The operation is scheduled to resume at 8 am tomorrow, with plans to send in a new team and extract the members who have been at the scene for two nights.Jaslinda was reported to be with 13 other individuals and two Forestry Mountain Guides (MGPs) starting the Trans Spencer Chapman hike at 2 am on May 23 via the Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh route.She and another climber, Mohd Hanafi Neikmad, 41, experienced health issues and stopped, however, Jaslinda was reported to have continued her journey to the mountain peak and last seen by MGPs at 7.30 am on Sunday |
|
Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu - Sinarharian - 25/05 8:47 pm TAPAH -Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakiandi Gunung Batu Putih di sini dipercayai tersasar daripada laluan asal pendakian sebelum terputus hubungan sejak Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, mangsa, Jaslinda Saludin, 49, dipercayai tersasar ketika turun dari puncak Gunung Batu Putih yang berketinggian 2,132 meter selepas mendaki seorang diri ke puncak tersebut.Beliau berkata, lokasi terakhir mangsa dikenal pasti di puncak gunung itu pada kira-kira 9 pagi Ahad selepas wanita terbabit berkomunikasi dengan seorang malim gunung perhutanan (MGP)pada 7.30 pagi."Mangsa dipercayai meninggalkan tanda di puncak sebelum terputus hubungan dan berdasarkan maklumat yang diterima, kemungkinan beliau tersasar daripada trek asal."Sepatutnya laluan turun akan keluar di Kuala Woh, namun kita percaya mangsa mungkin tersasar di sekitar Gunung Rayu ataupun Pos Musoh," katanya pada sidang media selepas tamat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah pada Isnin.Sabarozi berkata, operasi pencarian ditangguhkan 6 petang Isnin dan akan diteruskan 8 pagi Selasa dengan memfokuskawasan di sekitar Gunung Rayu serta bantuan pesawat Agusta 139 dari Pangkalan Udara Bertam bagimembawa tambahan 12 hingga 16 anggota penyelamat ke kawasan pencarian.Mengulas lanjut beliau berkata, pasukan penyelamat yang menjejaki laluan mangsa turut menemukan kesan tapak kasut dipercayaimilik wanita tersebut di kawasan yang bukan laluan utama pendakian."Kebetulan semalam hujan dan hari ini cuaca panas, jadi jejak kasut itu masih kelihatan |
|
Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - Suami - Sinarharian - 25/05 8:22 pm TAPAH - Wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, merupakan seorang pendaki yang cukup berpengalaman.Suami mangsa Haszman Othman, 61, berkata, Jaslinda sememangnya meminati aktiviti mencabar dan berpengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam mendaki gunung."Kalau mengikut rekod Jabatan Perhutanan, isteri saya akan mendaki gunung ini lagi pada hujung bulan ini," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh hari ini.Haszman berkata, isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta telah bertolak dari kediaman mereka di Damansara, Selangor pada Jumaat lepas bagi menyertai pendakian berkenaan bersama-sama dua rakannya."Dua rakan isteri telah selamat turun dan pulang ke rumah masing-masing. Saya sekarang tengah bimbang sebab isteri masih belum dijumpai dan operasi mencarinya masih giat dijalankan," katanya.Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Beliau dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung yang kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi semalam |
|
Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda - Sinarharian - 25/05 5:28 pm TAPAH - Seorang lelaki yang mengalami sesak nafas dan muntah berdarah semasa mendaki Gunung Batu Putihdi sini, berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, petang Isnin.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidonberkata, mangsaMohd Hanafi Neikmad, 41, dibawa turun dari puncak gunung sebelum dihantar ke Hospital Tapah kira-kira 3 petang."Ini satu usaha bersepadu antara JBPM Perak dan bahagian udara. Tanpa bantuan pesawat, operasi ini mungkin lebih sukar kerana tempoh perjalanan ke puncak Gunung Batu Putih mengambil masa lebih kurang 12 jam."Mangsa ditemukan dan berjaya diselamatkan pada kedudukan kira-kira satu kilometer dari puncak Gunung Batu Putih pada ketinggian dianggarkan sekitar 2,000 meter, manakala puncak Gunung Batu Putih ini berada pada ketinggian 2,132 meter," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, antara cabaran operasi ialah keadaan awan tebal di puncak gunung, namun pengalaman dan kepakaran kapten pesawat, operasi membawa masuk pesawat serta prosesmengangkat mangsa menggunakan kaedahwinching berjaya dilaksanakan dengan selamat."Selepas mangsa berjaya diselamatkan, pesawat segera meninggalkan kawasan berkenaan berikutan keadaan cuaca yang kembali dilitupi awan," katanya.Sementara itu, Sayaniberkata, operasi kini menumpukan usaha mengesanJaslinda Saludin, 49,yang masih hilang selepas cedera di bahagian kaki dan kali terakhir dilihat oleh Malim Gunung Perhutanan (MGP) kira-kira 7.30 pagi Ahad."Lokasi terakhir yang dikenal pasti ialah di puncak Gunung Batu Putih kerana dia ada meninggalkan tanda di situ."Dia mungkin tersesat, jadi pasukan penyelamat akan naik ke puncak Gunung Batu Putih sebelum memulakan operasi pencarian darikawasan ini," katanya.Terdahulu, seramai 14 peserta bersama dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Pada 10 malam hari sama, seorang pendaki lelaki dilaporkan mengalami masalah pernafasan dan berhenti berehat di Kem Batu Core bersama seorang MGP serta mangsa wanita, manakala 12 peserta lain meneruskan perjalanan ke Puncak Batu Putih sebelum selamat keluar ke Tapah pada 1 tengah hari Ahad |
|
Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih Bomba .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm Pengarah JBPM Perak Datuk Sayani Saidon berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami sesak nafas dan muntah darah manakala Jaslinda Saludin, 49, masih tidak dapat dikesan selepas cedera di bahagian kaki semasa mendaki gunung itu kira-kira 10 malam pada Sabtu lepas. Pada 4 pagi tadi,pasukan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bersama Pegawai Perhutanan Perak sebanyaktujuh orang mendaki Gunung Batu Putih ke lokasi mangsa, yang dianggarkan 10 jam perjalanan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |