///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Luar Itali News   Page 1    





Pembangunan bersama Laut Sulawesi masih dalam pertimbangan - Mgazette - 5/07 7:39 am

# Pembangunan bersama Laut Sulawesi masih dalam pertimbangan KUALA LUMPUR Pembangunan bersama (JD) di Laut Sulawesi masih dalam pertimbangan dan belum dimuktamadkan





Gencatan senjata tak boleh jadi helah taktikal, Malaysia gesa genosid terhadap Gaza dihenti secara kekal - Sinarharian - 5/07 12:14 am

KUALA LUMPUR - Malaysia menegaskan bahawa sebarang jeda dalam konflik berterusan di Gaza "tidak boleh disalahgunakan sebagai helah taktikal" dan "akses kemanusiaan tanpa halangan amat diperlukan segera bagi mengelak kebuluran berskala besar," menurut kenyataan Kementerian Luar pada Jumaat.Kementerian itu berkata, Malaysia "menghargai usaha terkini untuk menamatkan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza", khususnya cadangan gencatan senjata 60 hari oleh Amerika Syarikat dengan pengantaraan Mesir dan Qatar, serta "menyeru agar ia membawa kepada gencatan senjata kekal."Kementerian itu, yang dikenali sebagai Wisma Putra berkata, Malaysia sekali lagi mengulangi kecaman tegas terhadap kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza dan Tebing Barat, termasuk tindakan menyasarkan infrastruktur awam secara sengaja serta tindakan peneroka Israel."Tindakan ini merupakan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa," kata Wisma Putra.Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Malaysia kekal komited terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan penubuhan negara Palestin dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara, serta menyeru keanggotaan penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu





Cadangan cukai karbon Malaysia tidak halang pelabur - PM Anwar - SUN - 4/07 10:27 pm

PARIS : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa cadangan pelaksanaan cukai karbon yang sedang dimuktamadkan oleh kerajaan Malaysia ketika ini tidak akan menjadi halangan kepada pelabur





Hampir 1,000 media bakal liput AMM ke-58 di KLCC minggu depan - SUN - 4/07 10:23 pm

KUALA LUMPUR : Hampir 1,000 media dari dalam dan luar negara dijangka berkumpul di ibu negara minggu depan bagi membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai ini





Feri karam di Bali libatkan warganegara Malaysia - pemantauan kedutaan - SUN - 4/07 10:20 pm

JAKARTA : Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menghubungi pihak Kementerian Luar Indonesia berhubung seorang warganegara Malaysia dikhuatiri antara mangsa masih belum ditemukan dalam insiden feri penumpang, KMP Tunu Pratama Jaya yang karam di Selat Bali lewat Rabu malam





Hampir 1,000 media berkumpul di ibu negara minggu depan sempena AMM ke-58 - Astroawani - 4/07 10:15 pm

Hampir 1,000 media dari dalam dan luar negara dijangka berkumpul di ibu negara minggu depan bagi membuat liputan AMM ke-58.





Lencongan laluan di Lembah Klang sempena AMM ke-58 - SUN - 4/07 10:11 pm

KUALA LUMPUR : Tiga lebuh raya dan 15 jalan utama sekitar Lembah Klang akan terlibat dalam lencongan berperingkat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 8 hingga 12 Julai ini





Cadangan cukai karbon tidak akan jadi halangan kepada pelabur - PM - Sinarharian - 4/07 9:04 pm

PARIS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa cadangan pelaksanaan cukai karbon yang sedang dimuktamadkan oleh kerajaan Malaysia ketika ini tidak akan menjadi halangan kepada pelabur.Anwar berkata, beliau sedar bahawa trend ke arah penyahkarbonan hari ini telah menjadi satu tarikandan perhatian utama."Namun saya fikir kita perlu lebih realistik





Nasihat Liu Ying buat Zii Jia - Sinarharian - 4/07 8:55 pm

BEKAS pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying menitip pesanan buat jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia agar mendapatkan bantuan termasuk daripada pakar psikologi jika sudah tidak berupaya mengawal tekanan.Beliau berkata, tekanan merupakan lumrah dalam kehidupan seorang atlet, namun ia perlu ditangani menerusi jalan yang betul supaya tidak mengugat prestasi serta kesihatan mental pemain."Tekanan memang sentiasa ada pada semua atlet, cuma banyak atau kurang sahaja





Malaysia terus wakili Asia di Majlis FAO sehingga 2028 - KPKM - Astroawani - 4/07 8:41 pm

KPKM memaklumkan, perkara itu diputuskan semasa Persidangan FAO ke-44 yang berlangsung di Rom, Itali.





Peluang keemasan pelatih AMD menyerlah di Bosnia - Sinarharian - 4/07 8:20 pm

TIGA pelatih muda Akademi Mokhtar Dahari (AMD) diberi peluang keemasan untuk menjalani sesi pemilihan bersama Akademi Kelab FK Sarajevo, sebuah kelab Liga Perdana Bosnia & Herzegovina bermula 5 hingga 26 Julai ini.Mereka ialah penyerang AMD Bawah 17 (B-17) tahun, Izzuddin Afif Nazaruddin, dan pemain tengah, Muhammad Ilham Azani Mohd Azamin, masing-masing berusia 17 tahun, serta penyerang AMD B-16 tahun, Muhammad Iman Danish Mohd Shukor.Izzuddin dan Ilham merupakan tonggak utama skuad negara B-17 tahun yang beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Asia B-17 2024 di Laos, selain turut mewakili AMD B-17 Tahun dalam Kejohanan Piala Presiden B-20 tahun.Sementara itu, Iman Danish pula tampil cemerlang bersama skuad kebangsaan B-16 dalam Kejuaraan Siri Remaja FIFA 2025 di Zurich, Switzerland, dan kini menjadi nadi utama jentera serangan AMD dalam kempen Piala Belia B-18.Menurut kenyataan rasmi Majlis Sukan Negara (MSN), pemilihan tiga pemain ini bukan sahaja satu pengiktirafan terhadap keberkesanan program pembangunan AMD, malah mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasa bakat muda negara ke peringkat antarabangsa."MSN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik kelab FK Sarajevo, Ismir Mirvic dan Tan Sri Vincent Tan, atas komitmen serta sokongan berterusan mereka dalam menyediakan platform berprestij buat pelatih terbaik AMD mengetengahkan potensi di pentas global," kata kenyataan itu.Inisiatif ini turut mendapat kerjasama erat daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bertindak sebagai pemegang taruh utama dalam hala tuju pembangunan sukan bola sepak negara.Kerjasama strategik antara MSN, FAM dan kelab luar negara seperti FK Sarajevo dilihat sebagai landasan penting dalam membuka laluan pemain akar umbi ke tahap profesional, sekali gus meningkatkan nilai pasaran pemain muda tempatan.Sebagai rekod, kali terakhir pemain muda negara diserap masuk ke kelab utama Eropah ialah menerusi Luqman Hakim Shamsudin, yang menyertai KV Kortrijk di Belgium pada tahun 2020.





M8 Langkawi International Runbike tarik minat pelumba antarabangsa - Sinarharian - 4/07 8:15 pm

KEJOHANAN M8 Langkawi International Runbike Championship 2025 yang berlangsung bermula Jumaat hingga Ahad ini menyaksikan penyertaan lebih 500 pelumba cilik termasuk 100 peserta antarabangsa dari Thailand, Indonesia dan Singapura, sekali gus mencipta medan persaingan paling sengit dalam sejarah penganjurannya.Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli berkata, kejohanan kali ini menampilkan bakat-bakat luar biasa dari rantau Asia Tenggara dengan pelumba tempatan turut bersaing rapat dalam setiap kategori."Tahun ini kami jangkakan saingan yang sangat mencabar





Malaysia hargai sokongan Perancis dalam peralihan tenaga - PM Anwar - SUN - 4/07 8:11 pm

PARIS : Malaysia menghargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara





Kedutaan Malaysia pantau insiden feri karam libatkan warganegara di Bali - Sinarharian - 4/07 7:58 pm

JAKARTA - Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menghubungi pihak Kementerian Luar Indonesia berhubung seorang warganegara Malaysia dikhuatiri antara mangsa masih belum ditemukandalam insiden feri penumpang, KMP Tunu Pratama Jaya yang karam di Selat Bali lewat Rabu malam.Individu yang dikenal pasti sebagai Fauzey Awang, 55 tahun, dipercayai berada di dalam sebuah van pelancong yang turut berada di dalamferi berkenaan semasa kejadian.Difahamkan, beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, selepas menaiki van terbabitdari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi, Jawa Timur."Pihak berkuasa tempatan kini sedang menjalankan proses pengesahan terhadap keberadaan individu berkenaan," menurut kedutaan dalam kenyataan.Kedutaan juga telah berhubung dengan ahli keluarga mangsa dan sedang memantau dengan rapat perkembangan operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.Untuk bantuan konsulrakyat Malaysia boleh menghubungi pihak kedutaan di talian +62 813 8081 3036 atau Konsul Kehormat Malaysia di Bali di talian +62 361 751 953





AMM ke-58: Kenderaan berat disaran elak masuk pusat bandar KL - Sinarharian - 4/07 7:04 pm

KUALA LUMPUR Kenderaan perdagangan dan berat disarankan untuk tidak memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur sepanjang tempoh lencongan jalan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai ini.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko kemalangan dan kerosakan kenderaan, terutama ketika waktu puncak.Menurutnya, lencongan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan tiga lebuh raya dan 15 laluan utama di sekitar Lembah Klang sepanjang tempoh tersebut."Raptai pergerakan motoked melibatkan laluan dari lapangan terbang ke hotel penginapan dan ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dijalankan bermula 4 hingga 6 Julai."Seramai 391 pegawai dan anggota trafik, termasuk pegawai kanan serta pegawai rendah polis, ditugaskan bagi memastikan kelancaran raptai dan pengurusan penuh lalu lintas sepanjang 8 hingga 12 Julai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan mengutamakan penggunaan pengangkutan awam bagi menyokong kelancaran acara bertaraf antarabangsa itu."Antara laluan yang terlibat termasuk laluan masuk dan keluar ke ibu negara, laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), laluan ke KLCC serta ke hotel-hotel penginapan rasmi."Kerjasama semua pihak dalam mematuhi arahan petugas di lapangan amat dihargai dan dapat membantu mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih berhemah serta meningkatkan imej negara di mata dunia," ujarnya.





Kelewatan pelantikan Ketua Hakim Negara jejas keyakinan awam - Sinarharian - 4/07 7:00 pm

SHAH ALAM - Kebisuan berpanjangan kerajaan dalam mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu berisiko menjejaskan keyakinan awam terhadap kebebasan badan kehakiman.CSO Platform for Reform dalam satu kenyataan berkata, seperti telah ditegaskan oleh Majlis Peguam Malaysia, kelewatan dan kurang telus mencerminkan corak bermasalah masa lalu termasuk dominasi eksekutif menjejaskan kredibiliti institusi.Menurut kenyataan itu, bagaimanapun pihaknya menyokong pandangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara tidak seharusnya dibuat oleh Perdana Menteri."Kami turut menyatakan sokongan terhadap proses yang lebih bebas dan telus."Dalam ucapan terakhir Tun Tengku Maimun sempena Pembukaan Tahun Perundangan 2025, beliau menegaskan bahawa badan kehakiman mesti setia hanya kepada Perlembagaan dan keluhuran undang-undang."Beliau turut menyeru para hakim untuk kekal berpegang kepada prinsip dan preseden perundangan serta menjauhkan diri daripada unsur politik," katanya pada Jumaat.CSO Platform for Reform turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tengku Maimun sempena tamatnya tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Hakim Negara.Jelasnya, sebagai wanita pertama menerajui badan kehakiman negara, beliau telah mencatat sejarah dan menjadi contoh kepimpinan berprinsip yang amat dihormati."Sepanjang perkhidmatan, beliau menonjolkan komitmen teguh terhadap keluhuran undang-undang menerusi beberapa keputusan penting di Mahkamah Persekutuan, termasuk dalam kes berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."Antara keputusan penting lain di bawah kepimpinan beliau termasuklah penghakiman Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan hak ibu warganegara Malaysia untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak dilahirkan di luar negara."Legasi beliau telah mengukuhkan peranan badan kehakiman sebagai institusi bebas dan semak imbang penting terhadap kuasa eksekutif serta akan terus menjadi sumber keyakinan terhadap sistem perundangan negara untuk generasi akan datang," ujarnya.Tambah kenyataan itu, kini pelantikan pengganti Tengku Maimun terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Sehubungan itu, kami menyeru semua institusi berkaitan agar menegakkan tahap integriti dan meritokrasi tertinggi dalam memastikan peralihan kepimpinan kehakiman berjalan lancar dan berprinsip."Pelantikan ini membawa implikasi perlembagaan yang besar dan tidak seharusnya dijadikan isu bersifat politik semata-mata," katanya.





'Malaysia-Bangladesh perlu hapuskan sindiket pekerja asing' - Sinarharian - 4/07 6:30 pm

SHAH ALAM - Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pekerja asing yang ditandatangani antara Malaysia dan Bangladesh pada 2021 gagal memberi manfaat kepada pekerja dan majikan.Selain menyifatkan perjanjian tersebut sebagai lemah, bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, MoU berkenaan tidak mempunyai akauntabiliti dan membenarkan sindiket mengeksploitasi pekerja."Malaysia dan Bangladesh perlu sedar tanpa perjanjian mengikat, sindiket akan memperdagangkan pekerja selain industri kehilangan wang dan Malaysia diaibkan di peringkat global."Sudah tiba masanya untuk menghapuskan kartel dan menamatkan perhambaan moden selama-lamanya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini sebuah portal melaporkan, Penasihat Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Dr Asif Nazrul menggesa kerajaan Malaysia menyemak semula MoU berkenaan selain memberi gambaran negara itu mungkin tidak akan menghantar pekerja warganya ke negara ini sekiranya MoU tidak dipinda.Dalam pada itu Charles mendakwa, syarikat di Malaysia berdepan larangan import oleh Amerika Syarikat (AS), denda oleh Kesatuan Eropah (EU) dan kekacauan dalam rantaian bekalan hingga memaksa perniagaan membayar jutaan ringgit untuk menyelesaikan skandal buruh paksa.Malah menurutnya, kartel pengambilan pekerja mengaut keuntungan ekoran MoU tidak mempunyai kuasa untuk mendenda, membatalkan lesen dan tiada penyelesaian kepada pekerja yang dipaksa bekerja seperti hamba."Perjanjian yang mengikat bermaksud penalti yang sebenar, ketelusan dan sifar kos kepada pekerja."Malaysia perlu menjelaskan sama ada enggan merunding perjanjian buruh baharu yang terbuka dan telus dengan Bangladesh."Kerajaan perlu membuktikan kepada pekerja, majikan dan rakyat kepimpinan sebenar dengan membetulkan sistem yang cacat dan menyuburkan rasuah," katanya.





Isu Ambalat: Cadangan pembangunan bersama belum dimuktamadkan - Sinarharian - 4/07 6:08 pm

JAKARTA - Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Mohamad Alamin berkata, cadangan Malaysia dan Indonesia membangunkan potensi ekonomi secara bersama (JD) di kawasan Laut Sulawesi belum lagi dimuktamadkan.Beliau berkata, pelbagai proses perlu diambil kira terlebih dahulu, terutamanya mendapatkan pandangan serta persetujuan daripada Kerajaan Sabah.Mekanisme perundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah yang sedia ada akan digunakan sepenuhnya termasuk Majlis Tindakan Perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, katanya."Apapun, JD di Laut Sulawesi merupakan hal yang masih dalam pertimbangan dan sememangnya belum lagi dimuktamadkan," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.Mohamad berkata, cadangan JD di Laut Sulawesi membabitkan ND6 dan ND7, atau dirujuk oleh Indonesia sebagai "Ambalat", dilaporkan memiliki simpanan sumber asli seperti minyak dan gas yang signifikan bukanlah sesuatu yang baharu





Malaysia hargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga - PM - Sinarharian - 4/07 5:05 pm

PARIS - [DIKEMAS KINI] Malaysia menghargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan ituterjalin menerusi penglibatan aktif syarikat PerancisAnwar berkata, penghargaan itu disampaikan semasapertemuan beliau dengan rakan sejawatannya, Franois Bayrou di sini pada Jumaat.Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Perancis berkata, pertemuan bersama Bayrou itu membuka lembaran baharu hubungan Malaysia dan Perancis.Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpinmenyentuh pelbagai bidang kerjasama strategik termasuk pelaburan bernilai tinggi dalam bidang seperti aeroangkasa, semikonduktor dan automotif, kerjasama tenaga bersih, pertahanan, pendidikan, serta latihan teknikal dan vokasional (TVET)."Saya dan PM Bayrou kemudiannya menyaksikan pertukaran tiga dokumen penting yang bakal memperkukuh kerjasama strategik Malaysia dan Perancis merentasbidang pertahanan, ekonomi dan teknologi," kata Anwar.Beliau berkata, perjanjian persefahaman antara syarikat perlombongan Malaysia,Malaco Mining Sdn Bhddan pakar kitar semula dan penapisan nadir bumi Perancis, Carester, menandakan pencapaian besar dalam pembangunan industri nadir bumiselari dengan komitmen prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)dan inisiatif tenaga boleh baharu negara.Menurut Perdana Menterisurat tawaran kepada Thales pula memperkukuh keupayaan pemantauan ruang udara Malaysia menerusi dua radar jarak jauh baharu."Manakala kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Business France akan merancakkan promosi perdagangan dua hala merentasi sektor strategik seperti aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital," kata beliau.Anwar berkata, beliau juga menekankan kepentingan komitmenpengeluar pesawat Perancis, Airbus, terhadap penghantaran pesawat A330 Neo yang telah dipersetujui bersama Malaysia Aviation Group (MAG), bagi memastikan kelangsungan operasi dan pelaburan yang efisien.Menurut beliau, AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendahMalaysia, juga menunjukkan keyakinan terhadap teknologi Perancis melalui komitmennya untuk membelisejumlah pesawat Airbus, sekali gus memperkukuh hubungan industri penerbangan antara kedua-dua negaraSebagai rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negaraKesatuan Eropah (EU), Anwar berkata beliau yakin hubungan dengan Perancis akan terus berkembang selaras dengan aspirasi bersama ke arah pertumbuhan yang mampan dan masa depan yang lebih inklusif.Perdana Menteri berkata beliau jugatelah menjemput Bayrou untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia sebagai langkah memperteguh hubungan erat kedua-dua negara.Perancis kekal sebagai antara lima rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara EU.Pada 2024, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion) direkodkan bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini





Apartment ditukar jadi tempat karaoke untuk edar dadah, rampasan RM1.9 juta - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# Apartment ditukar jadi tempat karaoke untuk edar dadah, rampasan RM1.9 juta JOHOR BAHRU - Taktik satu sindiket pengedaran dadah mengubah suai bilik apartment di bandar raya ini yang dijadikan pusat hiburan terbongkar apabila diserbu polis bulan lalu





JAIM arah masjid benarkan pengebumian anak luar kariah dalam kes tertentu - Mgazette - 4/07 5:04 pm

# JAIM arah masjid benarkan pengebumian anak luar kariah dalam kes tertentu JASIN - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengarahkan semua pengurusan masjid di negeri ini supaya membenarkan proses pengebumian anak luar kariah mereka terutamanya apabila melibatkan pasangan suami isteri atau anak





Lira teruja sertai skuad Gergasi Merah - Sinarharian - 4/07 4:52 pm

REKRUT baharu Selangor FC (SFC), Willian Lira meluahkan keterujaan untuk menyertai skuad Gergasi Merah bagi mengharungi saingan pentas Asia dan Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadual bermula Ogos depan.Pemain berusia 32 tahun yang berasal Fortaleza, Brazil itu bakal menjadi senjata baharu skuad Gergasi Merah bersama pemain sedia ada dan penyerang baharu, Chrigor Moraes yang diumumkan beberapa hari yang lalu."Saya memilih Selangor kerana ia merupakan sebuah kelab yang kuat dan antara yang dihormati ramai





PM adakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Perancis sempena lawatan rasmi - Sinarharian - 4/07 3:38 pm

PARIS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Perancis pada hari kedua lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.Anwar yang tiba di sini semalam, dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Francois Bayrou, pada sebelah pagi





Lelaki mengaku salah rogol, lakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita Australia - Astroawani - 4/07 3:00 pm

S.Prasanth mengaku bersalah merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Australia.





SPRM kesan wang haram dilabur Datuk Wira - Sinarharian - 4/07 2:54 pm

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan wang hasil penggubahan wang haram membabitkan seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Wira yang disembunyikan di akaun luar pesisir dan Labuan sebelum dilaburkan semula ke syarikat pelaburan tidak wujud dan pinjaman wang tidak berlesen.Menurut sumber, siasatan awal mendapati, pengarah syarikat terbabit didakwa mewujudkan syarikat penipuan pelaburan dengan mencari mangsa yang ingin melabur termasuk golongan orang kenamaan (VIP) sebelum diperdaya."Syarikat pelaburan itu mula diwujudkan sekitar 2018 selepas projek awal berkaitan fiber optik tidak dijalankan menggunakan wang yang diseleweng hasil pinjaman daripada bank terbabit."Suspek bukan sahaja mewujudkan syarikat pelaburan tidak wujud malah turut menubuhkan syarikat lain yang menawarkan pinjaman wang tidak berlesen," katanya pada Jumaat.Tambah sumber, siasatan awal SPRM juga mendapati pengarah syarikat itu turut memberi rasuah RM8 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank bagi meluluskan pinjaman RM400 juta walaupun syarikatnya itu tidak memenuhi syarat.Jelasnya, siasatan kini tertumpu pada tiga skop iaitu membabitkan penggubahan wang haram hasil pinjaman yang tidak dibayar semula, skim pelaburan tidak wujud dan hasilnya disembunyikan di akaun luar pesisir pantai dan menawarkan pinjaman tidak berlesen.Kata sumber, SPRM juga sedang mengesan semula aliran wang terbabit yang dilayer menggunakan proksinya termasuk wang rasuah yang diberikan kepada CEO bank terbabit."Lebih ramai saksi orang awam dan beberapa individu lain akan dipanggil SPRM bagi membantu siasatan," katanya.Sinar Harian pada Khamis melaporkan suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan reman empat hari sehingga 6 Julai untuk siasatan kes pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM75 juta.Suspek dipercayai telah melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2012 bagi kelulusan pembiayaan pinjaman berjumlah RM400 juta untuk sebuah projek pembangunan rangkaian fiber.Pada 30 Jun 2025, Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM telah mengeledah empat lokasi berbeza termasuk kediaman dan pejabat suspek di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sebelum membekukan 12 akaun bank termasuk akaun persendirian dan syarikat bernilai kira-kira RM400,000.Kes disiasat di bawah kesalahan-kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001





Kerani, jururawat, peniaga masuk perangkap scammer, kerugian lebih RM900,000 - Sinarharian - 4/07 2:49 pm

KUANTAN Tiga individu iaitu seorang kerani wanita, jururawat dan peniaga warga emas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian sehingga kerugian keseluruhan mencecah RM942,471.Penipuan dilakukan melibatkan modus operandi berbeza, namun menggunakan platform dalam talian sebagai medium untuk memperdaya mangsa.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kes pertama membabitkan seorang kerani wanita sebuah institusi kewangan berusia 49 tahun.Menurutnya, mangsa melayari laman sosial Facebook pada 12 Jun lalu dan tertarik dengan iklan pelaburan yang diiklankan di aplikasi itu."Mangsa telah berhubung dengan suspek sebelum diberitahu tentang peluang pelaburan secara pembelian barangan jenama terkenal melalui platform yang disediakan."Mangsa berminat lalu menyertai pelaburan itu dan menerima pulangan awal RM835 hasil RM30,563 yang dilaburkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Yahaya berkata, yakin dengan pulangan daripada pelaburan itu, mangsa mula menambah pembelian dengan keuntungan pelaburan mencecah 'RM438,748'."Bagaimanapun mangsa perlu membayar 18 peratus daripada keuntungan pelaburan itu sebagai cukai."Teruja dengan wang besar bakal diterima, mangsa menggunakan wang simpanan RM106,071 untuk bayaran itu melalui 14 transaksi ke lapan akaun bank berbeza sebelum menyedari ditipu," katanya.Dalam kejadian lain, jururawat berusia 39 tahun kerugian RM634,400 ditipu kenalan maya yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp pertengahan Mac lalu.Yahaya berkata, suspek menawarkan mangsa peluang pekerjaan di luar negara sebelum memujuk wanita itu melabur dalam satu skim pelaburan yang menawarkan pulangan sehingga 10 peratus setiap hari."Mangsa berminat menyertainya sebelum suspek memintanya membuat pelaburan melalui satu laman sesawang disyaki palsu."Dalam tempoh 24 Mei hingga 29 Jun lalu, mangsa telah melakukan pemindahan wang secara berperingkat ke dalam 10 akaun bank berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan RM634,400," katanya.Beliau berkata, selain wang simpanan, mangsa juga dipercayai membuat pinjaman bank untuk menyertai pelaburan tersebut."Mangsa menyedari ditipu selepas pautan platform pelaburan tersebut tidak lagi diakses dan tiada sebarang pulangan diterima," katanya.Sementara itu, dalam kes berasingan, peniaga lelaki berusia 67 tahun rugi RM202,000 apabila turut menjadi mangsa iklan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di lFacebook."Mangsa telah memuat turun aplikasi pelaburan melalui Google Play dan mendaftar sebagai peserta."Tertarik dengan tawaran untung lumayan, mangsa telah membuat pembayaran modal pelaburan melalui tujuh transaksi ke dua akaun bank berbeza dalam tempoh 29 Mei hingga 19 Jun lalu dengan jumlah keseluruhan RM202,000," katanya.Jelas beliau, mangsa syak ditipu apabila diminta membayar cukai RM147,833 ketika cuba membuat pengeluaran keuntungan RM100,000 seperti yang tertera dalam aplikasi pelaburan tersebut





Sindiket edar dadah dalam bilik karaoke tumpas - Sinarharian - 4/07 2:46 pm

JOHOR BAHRU - Taktik licik sembilan ahli sindiket termasuk empat warga asing yang mengubah suai bilik di rumah sewa menjadi ruang karaoke bagi mengedar dadah terbongkar dalam serbuan pada 20 dan 21 Jun lalu.Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki tempatan termasuk dalang berusia 52 tahun, seorang wanita tempatan, seorang lelaki warga Singapura, dua wanita Vietnam dan seorang wanita Laos berusia antara 21 hingga 64 tahun."Serbuan pertama dilakukan di sebuah pangsapuri berpagar dan berpengawal, di mana satu unit disewa sindiket berkenaan melibatkan tangkapan seramai tiga suspek bersama sejumlah dadah."Serbuan kedua pula dilakukan di unit lain di aras sama pangsapuri berkenaan dan enam lagi suspek berjaya diberkas bersama dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Jumaat.Tambah Kumar, siasatan mendapati dua unit kediaman itu diubah suai menjadi pusat karaoke, dipercayai digunakan untuk menarik pelanggan sebelum menjual dan mengedar dadah





Curi mesin penapis air masjid, jual di media sosial - Sinarharian - 4/07 2:15 pm

NILAI - [DIKEMAS KINI] Kegiatan sekumpulan lelaki mencuri mesin penapis air di masjid dan kemudian menjualnya di media sosial terbongkar apabila tertangkapnya lima suspek pada Khamis.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima tiga laporan bersabit kes kecurian mesin penapis air di tiga masjid pada 30 Jun lalu."Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 40-an."Kesemua suspek ditahan dalam dua siri tangkapan yang dijalankan di kawasan Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma dan Beranang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan pada jam lebih kurang 12 tengah hari melibatkan dua suspek utama diikuti tangkapan tiga lagi suspek pada jam lebih kurang 12.15 tengah hari.Jelas beliau, hasil tangkapan membawa kepada penemuan dan rampasan barang kes utama iaitu satu unit mesin penapis air yang dicuri pada 30 Jun lepas."Turut dirampas sebuah kenderaan Proton Gen-2, telefon bimbit, pakaian semasa kejadian dan peralatan digunakan untuk mencabut mesin."Hasil siasatan awal mendapati, suspek menyasarkan masjid yang kurang pengunjung untuk mencuri penapis air yang diletakkan di luar ruang solat sebelum menjualnya di media sosial," katanya.Selain itu katanya, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati empat daripada lima suspek positif dadah jenis methamphetamine."Permohonan reman terhadap suspek dibuat pagi tadi bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya.





Lelaki mengaku salah rogol, lakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita Australia - SUN - 4/07 1:40 pm

GEORGE TOWN: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Australia, minggu lepas





Jururawat rugi lebih RM634,000 ditipu pelaburan tidak wujud - SUN - 4/07 1:36 pm

KUANTAN: Seorang jururawat kerugian lebih RM634,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud, Mei lepas





Militan Bangladesh kutip RM500 setahun biayai kegiatan ekstremis di Syria, Bangladesh - Sinarharian - 4/07 12:14 am

KUALA LUMPUR Yuran keahlian sebanyak RM500 setahun antara modus operandi dikesan dalam aktiviti pengganas kumpulan militan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang menyusup masuk secara rahsia ke negara ini dan beroperasi dalam kalangan pekerja asing.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, seramai 36 individu warga Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun ditahan dalam tiga fasa serbuan di Selangor dan Johor selepas kegiatan mereka dikesan melalui alamat internet tempatan yang aktif menyebarkan fahaman keganasan.Menurutnya, kumpulan ini dipercayai telah bergerak aktif sejak setahun lalu dan dikesan menjadikan Malaysia sebagai pusat pengumpulan dana serta tempat merekrut ahli."Kumpulan ini tidak menyasarkan Malaysia sebagai medan serangan, tetapi menjadikan negara ini sebagai tapak pengkaderan."Mereka bergerak secara sulit menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan propaganda, melaksanakan proses baiah (sumpah setia) dan perjumpaan ahli secara rahsia," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini pada Jumaat.Katanya lagi, ahli yang melafazkan baiah secara dalam talian akan dilantik sebagai ketua sel baharu untuk memperluas pengaruh kumpulan."Dana operasi disalurkan melalui pelbagai saluran termasuk Touch n Go, BeCash dan sistem penghantaran wang antarabangsa selain daripada kutipan yuran tahunan RM500 dan sumbangan derma secara sukarela daripada ahli."Dana itu disalurkan kepada kumpulan keganasan di Syria dan Bangladesh, dan dalam soal ini, kita sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Bangladesh serta Interpol bagi mengesan aliran kewangan dan rangkaian mereka di luar negara," katanya.Beliau berkata, dalam operasi fasa pertama pada 28 April, enam individu ditahan di sekitar Selangor, sekali gus mendedahkan struktur awal kumpulan ini yang berpangkalan di Johor."Fasa kedua operasi dijalankan pada 7 Mei di Johor dan kita berjaya menahan 14 lagi suspek termasuk ketua kumpulan GMRB."Fasa ketiga pula dilaksanakan pada 19 hingga 21 Jun lalu dan 16 individu lagi ditahan, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan kepada 36 orang serta menutup rangkaian utama GMRB di negara ini," katanya.Menurutnya, lima daripada mereka telah didakwa di bawah Seksyen 6A Kanun Keseksaan kerana menyertai organisasi pengganas dan menyebarkan fahaman ekstremis."Seramai 16 lagi masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk siasatan dan pendakwaan lanjut."Manakala 15 individu yang terlibat secara minimum akan dihantar pulang ke negara asal," katanya.Tambah beliau, GMRB menyasarkan komuniti warga Bangladesh yang bekerja di sektor buruh seperti kilang, tapak binaan dan stesen minyak sebagai sasaran utama perekrutan dan penanaman ideologi."Fahaman radikal ini mula menular dalam kalangan komuniti pekerja asing tanpa disedari majikan, ia satu ancaman yang tidak boleh dipandang ringan."Tiada rakyat Malaysia dikenal pasti terlibat dalam rangkaian ini setakat ini, namun pemantauan dan siasatan akan diteruskan secara menyeluruh bagi memastikan tiada unsur ancaman menular ke dalam masyarakat tempatan," katanya.Katanya, siasatan awal mendapati kira-kira 100 hingga 150 individu dipercayai telah terlibat dalam kumpulan ini di Malaysia."Keselamatan negara adalah keutamaan tertinggi dan kita tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan keganasan."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menjadikan Malaysia sebagai tempat berlindung, transit atau pangkalan operasi keganasan antarabangsa," katanya.Mohd Khalid turut menyeru orang ramai supaya lebih peka terhadap persekitaran dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan





Kumpulan militan warga bangladesh kumpul dan salur dana kepada IS di Syria, Bangladesh - KPN - SUN - 4/07 12:12 am

KUALA LUMPUR: Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang berjaya ditumpaskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pengumpulan dana dan merekrut ahli bagi menyokong kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Syria dan Bangladesh





Zii Jia kembali dengan hantaran penuh tanda tanya - Sinarharian - 4/07 9:43 am

LEE ZII JIA mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat badminton negara selepas berkongsi beberapa lakaran gambar di media sosial.Hantaran misteri itu yang kini mengumpul lebih 71,000 tanda suka dan 1,000 komen, menimbulkan spekulasi mengenai maksud di sebalik perkongsian tersebut.Pemain perseorangan profesional negara yang kini berada di ranking ke-27 dunia itu dijangka akan kembali ke gelanggang pertandingan di Kejohanan Terbuka Jepun yang berlangsung dari 15 hingga 20 Julai ini.Kedudukan ranking Zii Jia sebelum ini merosot ke luar kelompok 20 teratas dunia, berikutan hanya beraksi dalam dua kejohanan tahun ini selepas kecederaan buku lali kanan yang dialaminya di Final Jelajah Dunia pada Disember lalu.Kali terakhir pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu beraksi adalah di Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu yang mana beliau tewas pada pusingan pertama.Zii Jia, yang merupakan juara Seluruh England 2021 setelah menewaskan Viktor Axelsen dengan keputusan 30-29, 20-22, 21-9, kemudian menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia di China pada April untuk fokus kepada pemulihan kecederaannya.Dengan Kejohanan Dunia di Paris bakal berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos depan, Zii Jia perlu segera kembali bersaing untuk mendapatkan pemanasan badan yang berkualiti.Terbuka Jepun dan Terbuka China (22 hingga 27 Julai) merupakan dua kejohanan besar terakhir sebelum Kejohanan Dunia.





Nurul Azreena giat buat persiapan rapi hadapi dua temasya besar - Sinarharian - 4/07 9:20 am

ATLET memanah negara, Nurul Azreena Mohamad Fazil kini sedang menjalani persiapan rapi bagi menghadapi dua temasya utama, Sukan SEA 2025 di Thailand dan Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.Bagi meningkatkan prestasi dan kesiapsiagaan menjelang kedua-dua kejohanan berprestij itu, Nurul Azreena merancang untuk menyertai beberapa kejohanan antarabangsa dalam masa terdekat."Selain kejohanan di luar negara, beberapa sesi latihan intensif juga telah dirancang





Mahasiswa antara isi rumah tidak terkesan dengan kenaikan tarif elektrik - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Mahasiswa antara isi rumah tidak terkesan dengan kenaikan tarif elektrik KUALA LUMPUR - Sebahagian besar mahasiswa termasuk dalam kategori pengguna domestik iaitu lebih 23 juta isi rumah di seluruh negara dan tidak terkesan dengan sebarang kenaikan tarif elektrik





PEKA desak Kelantan segera henti kebergantungan terhadap telaga tiub - Mgazette - 4/07 7:34 am

# PEKA desak Kelantan segera henti kebergantungan terhadap telaga tiub KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) menggesa kerajaan Kelantan menghentikan kebergantungan terhadap sumber air bawah tanah susulan pendedahan mengenai pencemaran serius melibatkan kandungan besi dan mangan yang tinggi di kawasan tersebut





Tak janggal Hakim Besar Malaya pangku Ketua Hakim Negara, Presiden .. - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Tak janggal Hakim Besar Malaya pangku Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan - Syahredzan KUALA LUMPUR Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan menyarankan Ketua Whip Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan membaca Akta Mahkamah Kehakiman 1964 khususnya Seksyen 9 berkenaan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan





Malaysia rancang beli aset ketenteraan dari Itali, perkukuh keselamatan .. - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Malaysia rancang beli aset ketenteraan dari Itali, perkukuh keselamatan maritim ROME - Malaysia berhasrat membeli pesawat pemantau maritim, helikopter dan kapal laut daripada Itali bagi memperkukuh keselamatan negara





Anwar tiba di Paris untuk lawatan rasmi dua hari ke Perancis - Sinarharian - 3/07 10:54 pm

PARIS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Perancis untuk memulakan lawatan rasmi sulung ke negara itu.Pesawat yang membawa Anwar dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Pavillon d'Honneur Orly pada 4.10 petang (10.10 malam waktu Malaysia) dari Rom usai lawatan tiga hari Perdana Menteri di sana.Menyambut ketibaan Anwar, Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini dan pegawai kerajaan Perancis.Anwar berada di sini atas jemputan Presiden Emmanuel Macron.Eldeen sebelum ini memberitahu media bahawa lawatan itu berstatus rasmi dan menandakan komitmen kuat Perancis terhadap hubungan diplomatik dengan Malaysia sejak Anwar memegang jawatan Perdana Menteri pada 2022.Malam ini, Perdana Menteri akan menghadiri sesi bersama 250 ahli diaspora Malaysia di negara ini.Pada Jumaat, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Macron di Istana lyse, dengan item agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).Kedua-dua pemimpin juga dijangka membincangkan krisis di Asia Barat khususnya krisis kemanusiaan di Gaza.Perdana Menteri akan turut menghadiri solat Jumaat bersama pemimpin komuniti Muslim di masjid Besar Paris, satu daripada masjid tertua di Perancis.Anwar juga akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement' yang bakal diadakan di Sorbonne University, institusi terkenal di dunia dalam bidang intelek dan budaya.Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Sebagai sebahagian rancangan untuk menarik pelaburan global terutamanya daripada Perancis, Anwar dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri negara itu.Antara syarikat terlibat termasuk Imerys, Arkema, Airbus dan Thales.Perancis kekal sebagai satu daripada lima rakan perdagangan utama Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.Pada 2024, perdagangan dua hala kedua-dua negara berjumlah RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion) direkodkan antara Januari dan Mei tahun ini.Selepas lawatan ke Perancis, Anwar akan berlepas ke Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS dari 5-7 Julai





Ragbi Johor 7s: Singapura, Thailand kuasai gelanggang - Sinarharian - 3/07 10:26 pm

EDISI kelapan Kejohanan Ragbi Johor 7s 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang apabila pasukan Singapore Development dan Siamese Cats masing-masing muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita dalam saingan yang penuh intensiti dan semangat kesukanan.Dalam aksi final kategori lelaki yang berlangsung sengit, Singapore Development berjaya menundukkan pilihan utama dari Thailand, All For One, sekali gus merangkul gelaran juara.Pasukan itu membawa pulang trofi kejuaraan serta wang tunai RM5,000 sebagai ganjaran kemenangan.Bagi kategori wanita pula, Siamese Cats tampil dengan aksi dominan apabila membelasah Singapore Development dengan jaringan besar 57-0, menobatkan diri sebagai juara mutlak dan menerima ganjaran wang tunai RM3,000.Kejayaan kedua-dua pasukan ini turut diserikan dengan anugerah individu apabila Hidayat Jeffrydin dari Singapore Development dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki.Phaekhwamdee Salinda dari Siamese Cats pula merangkul gelaran Pemain Terbaik Wanita, atas prestasi konsisten mereka sepanjang kejohanan.Kejohanan edisi kali ini menyaksikan penyertaan 36 pasukan dari dalam dan luar negara, sekali gus menegaskan status Johor 7s sebagai antara kejohanan ragbi tujuh sebelah paling berprestij di Asia Tenggara.Antara pasukan antarabangsa yang mengambil bahagian dalam kategori lelaki termasuk All For One (Thailand), Brunei Panthers (Brunei), Singapore Development (Singapura), DKI Jakarta (Indonesia)Sementara kategori wanita pula disertai Siamese Cats (Thailand), Singapore Development Team (Singapura), DKI Jakarta (Indonesia) dan Bunga Raya 7s (Malaysia).Kejohanan ini turut menjadi platform penting dalam persiapan menjelang Siri Asia 7s dan Sukan SEA 2026, yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand pada Disember depan.Majlis penutup disempurnakan Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Johor, Hairi Md Shah, bersama barisan tetamu kehormat serta rakan-rakan penaja.Penganjuran kejohanan ini mendapat kerjasama erat daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Sukan Negeri Johor, dan Perbadanan Stadium Johor, serta tajaan daripada Exsim Development Sdn Bhd, Brightmark Sdn Bhd, Faiz Sports, AST, dan Rugger District.





Jota kisah penyerang kelas dunia - Sinarharian - 3/07 10:18 pm

PENYERANG Liverpool dan Portugal, Diogo Jota, meninggal dunia pada usia 28 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya tragis di Sepanyol.Pemain prolifik itu meninggalkan impak besar sepanjang kariernya di Anfield dan bersama skuad Portugal.Jota menyertai Liverpool pada September 2020 menerusi perpindahan bernilai 45 juta pound dari Wolverhampton Wanderers, selepas membantu skuad kendalian Nuno Espirito Santo kembali ke Liga Perdana Inggeris.Ketajaman penyudah dan ketenangannya di depan gol menjadikannya antara penyerang paling dipercayai Jurgen Klopp, dan kemudiannya Arne Slot.Malah, ramai berpendapat beliau merupakan penjaring paling semula jadi Liverpool, meskipun bersaing rapat dengan ikon kelab, Mohamed Salah.Ketika mengumumkan penyertaan Jota ke Liverpool, Klopp menyifatkan beliau sebagai pemain serba boleh dan berpotensi besar: "Dia masih muda, hanya 23 tahun dan jauh lagi untuk mencapai kemuncak prestasi."Dia laju, bijak berinteraksi dengan rakan sepasukan, rajin bertahan dan boleh menekan lawan





JKDM gagalkan cubaan seludup e-waste, skrap logam bernilai RM4.4 juta - Astroawani - 3/07 10:15 pm

JKDM Pahang mematahkan dua cubaan menyeludup masuk e-waste serta skrap logam dari luar negara menggunakan tujuh kontena dengan nilai rampasan dianggarkan RM4.4 juta di Pelabuhan Klang, Selangor.





Kebajikan mahasiswa kekal keutamaan TNB - Sinarharian - 3/07 9:23 pm

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil maklum akan kebimbangan dibangkitkan beberapa pihak termasuk Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berhubung kesejahteraan mahasiswa susulan pelaksanaan semakan tarif elektrik berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.Menurut TNB, sebagai pembekal tenaga utama negara, pihaknya sentiasa peka terhadap keperluan pengguna daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar."Sebahagian besar mahasiswa termasuk dalam kategori pengguna domestik yang merupakan lebih 23 juta isi rumah di seluruh negara dan tidak terkesan dengan sebarang kenaikan tarif."Ini bermakna, bil elektrik bagi kebanyakan pelajar yang menyewa di kediaman biasa atau tinggal di kolej kediaman tidak akan mengalami sebarang kenaikan tertakluk kepada corak penggunaan mereka," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan, Gamis menyerahkan memorandum khas kepada Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu kos sara hidup yang semakin mencengkam rakyat.Presidennya, Mohammad Azamuddin Sahar berkata, memorandum itu diterima oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK), Zainudin Suleiman.Dalam masa sama, TNB menjelaskan, Insentif Cekap Tenaga turut diberi kepada pengguna domestik yang mencatat penggunaan bawah 1,000 kWj sebulan bagi menggalakkan amalan penjimatan tenaga dan mengurangkan bil bulanan mereka."Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos, tetapi turut menyokong matlamat tenaga mampan negara."Di samping itu, pelaksanaan skim Masa Pengunaan (Time of Use - ToU) membolehkan pengguna termasuk mahasiswa menjimatkan bil elektrik dengan mengalihkan penggunaan ke luar waktu puncak."Sebagai contoh, penggunaan peralatan elektrik berat seperti mesin basuh, pendingin hawa atau komputer boleh dijadualkan pada waktu luar puncak untuk menikmati kadar tarif yang lebih rendah," katanya.Tambah TNB, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta institusi pendidikan lain turut ditawarkan rebat 10 peratus.Ujarnya, rebat sama turut diberikan kepada rumah kebajikan dan rumah ibadat."Rebat ini adalah langkah langsung untuk membantu institusi pendidikan menguruskan kos operasi dengan lebih cekap, sekali gus mengelakkan sebarang implikasi kos yang boleh membebankan pelajar."Program Rebat Bil Elektrik RM40 iaitu bantuan bulanan sehingga maksimum RM40 juga diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar dan berdaftar dalam sistem eKasih di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)," katanya.Menurutnya, ia termasuk keluarga pelajar daripada golongan B40 yang mungkin turut menerima manfaat secara tidak langsung melalui bantuan tersebut, sekali gus mencerminkan pendekatan menyeluruh dalam melindungi sektor pendidikan dan golongan yang memerlukan."Sebagai rakan pembangunan negara, TNB komited untuk memastikan kebajikan rakyat termasuk pelajar terbela dan pada masa yang sama melaksanakan pembaharuan sistem tenaga secara mampan dan bertanggungjawab," katanya.





Bangunan empat tingkat terbakar - Sinarharian - 3/07 9:00 pm

BENTONG - Sebuah bangunan empat tingkat di Kampung Baru di sini terbakar dalam kejadian yang berlaku pada Khamis.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian membabitkan premis perniagaan perkakas rumah itu pada jam 3.05 petang.Menurutnya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dibantu 10 anggota dari BBP Karak dan enam lagi dari Pasukan Bomba Sukarela(PBS) Perting dikerahkan ke tempat kejadian."Dua kren pengangkat iaitu milik Majlis Perbandaran Bentong dan pihak swasta dan dua pam angkut pengepam geganti digunakan untuk membuat pemadaman di bahagian luar bangunan dengan dua aliran 200 kaki."Selain itu, turut digunakan aliran hos 300 kaki satu pancutan air tangki pam jentera bomba membuat pemadaman di dalam bangunan," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.Ujarnya, kejadian menyebabkan aras tiga bangunan itu terbakar 100 peratus manakala lima peratus di aras dua.Jelas beliau, kejadian tidak membabitkan sebarang mangsa dan operasi terkawal pada jam 7.05 malam.





Senyumanmu Jota sentiasa dalam ingatan - Nunez - Sinarharian - 3/07 8:55 pm

PEMERGIANtragis penyerang Liverpool dan Portugal, Diogo Jota yang terbunuh bersama adiknya, Andre Silva dalam kematangan ngeri terus mendapat simpati komuniti sukan dunia.Penyerang Liverpool, Darwin Nunez berkata, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan yang dirasainya pada ketika ini."Saya akan sentiasa ingat senyumanmu, seorang rakan seperjuangan yang baik di dalam dan luar padang."Saya kirimkan segala kekuatan buat keluarganya





Malaysia berjaya raih potensi pelaburan RM8.13 bilion di Itali - PM - Sinarharian - 3/07 8:32 pm

ROM - Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan sebanyak RM8.13 bilion menerusi mesyuarat meja bulat kerjasama ekonomi Malaysia dan Itali serta mesyuarat dua hala bersama-sama syarikat di sini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mesyuarat meja bulat berkenaan melibatkan penyertaan sebanyak 41 syarikat Itali yang terdiri daripada 23 syarikat sektor pembuatan, sembilan syarikat sektor perkhidmatan, dua syarikat sektor perdagangan serta lima agensi kerajaan dan dua pertubuhan industri."Potensi pelaburan yang telah diraih melalui kedua-dua mesyuarat ini berjumlah RM8.13 bilion dalam sektor petrokimia, jentera dan peralatan, elektrik dan elektronik serta perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas," kata Anwar pada sidang media pada akhir lawatan beliau ke Rom, Itali.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata potensi eksport yang dijana berjumlah RM425 juta bagi produk oleokimia, tenaga boleh baharu (TBB), bahan mentah bahan api bio dan aditif makanan ternakan.Mesyuarat meja bulat berkenaan memberi peluang kepada syarikat berpotensi di Itali menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor seperti pembuatan berteknologi tinggi, TBB, ekonomi digital dan infrastruktur mampan.Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawat beliau Giorgia Meloni, Rom dan Putrajaya akan meningkatkan kerjasama dalam sektor tenaga, solar, geoterma dan hidrogen.Antara kerjasama itu adalah usaha sama Petronas dan Eni S.p.A di Pengerang, Johor dalam sektor bahan api penerbangan mampan; Perodua dan Magna Styer bagi bateri kenderaan elektrik; dan kerjasama dan pelaburan modenisasi grid elekrik termasuk Grid Tenaga ASEAN.Perdana Menteri berkata, dalam perbincangan itu, beliau turut memohon pengiktirafan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dari Itali selain memohon dukungan penilaian pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) yang lebih adil -- standard risiko negara (rendah).Malaysia menyasarkan untuk berada dalam kategori negara berisiko rendah dalam sistem penanda aras EUDR melalui semakan semula penarafan berkenaan menjelang 2026.Dalam pada itu, Malaysia turut mohon sokongan Itali untuk menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.Perdana Menteri tiba di sini pada Selasa untuk mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Itali selaku ekonomi ketiga terbesar dalam EU.Kunjungan berkenaan adalah atas jemputan Meloni.Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama pada 2024.Perdana Menteri berlepas ke Perancis untuk mengadakan lawatan rasmi pada 3 dan 4 Julai selepas menamatkan lawatan di Itali





Lawatan ke Itali jana potensi pelaburan RM8.13 billion - Astroawani - 3/07 8:15 pm

Malaysia meraih potensi pelaburan berjumlah RM8.13 billion melalui lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali.





Bapa didakwa lakukan amang seksual, seks luar tabii terhadap anak 12 tahun - Sinarharian - 3/07 8:09 pm

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berusia 34 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas lima pertuduhan melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap anak kandungnya yang berusia 12 tahun, pada April lalu.Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan hubungan seksual terhadap mangsa yang juga anak perempuannya di dalam bilik tidur mangsa, kira-kira jam 8 pagi dan 2 pagi pada April lalu.Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, serta tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.Tertuduh turut berdepan pertuduhan ketiga dan kelima mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan atas perbuatan persetubuhan luar tabii.Perbuatan itu didakwa dilakukan pada waktu tengah hari di dalam bilik air rumah mangsa, dan sekali lagi kira-kira jam 8 pagi di bilik tidur mangsa pada bulan yang sama.Bagi kesalahan ini, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun, serta boleh dikenakan sebatan.Sementara itu, bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa, dan pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta tidak kurang enam kali sebatan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli, tidak mencadangkan jaminan diberikan bagi kesemua lima pertuduhan yang dihadapi tertuduh.Namun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 oleh dua orang penjamin dan menetapkan 3 Ogos depan bagi sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.





Media Sepanyol dedah gambar kemalangan ngeri ragut nyawa Diogo Jota, adik - Sinarharian - 3/07 7:34 pm

MEDIA tempatan Sepanyol mendedahkan gambar insiden kemalangan maut yang meragut nyawa pemain Portugal dan penyerang Liverpool, Diogo Jota bersama adiknya, Andr Silva.Portal berita La Opinin de Zamora (LOZ) menerbitkan imej lokasi kejadian yang memaparkan keadaan ngeri selepas kenderaan mewah jenis Lamborghini, yang dipandu Jota terbabas dan terbakar di laluan wilayah di utara Sepanyol, berhampiran perbandaran Cernadilla, dalam wilayah Zamora.Menurut Guardia Civil, kemalangan berlaku apabila tayar kenderaan tersebut meletup ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain, sebelum hilang kawalan dan terjunam ke luar jalan lalu terbakar.Lebih menyayat hati, tragedi ini berlaku hanya beberapa hari selepas pemain berusia 28 tahun itu melangsungkan perkahwinan dengan Rute Cardoso pada 22 Jun lalu.Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata dan pernah berkongsi momen perkahwinan mereka di media sosial dengan kapsyen ringkas 'Yes, forever'.Jota sebelum ini mencipta nama bersama Wolverhampton Wanderers sebelum menyertai Liverpool pada tahun 2020, dan merupakan pemain penting dalam skuad kebangsaan Portugal, dengan penampilan cemerlang dalam kejohanan Euro dan Piala Dunia.





Malaysia rancang beli aset ketenteraan dari Itali, perkukuh keselamatan maritim - Sinarharian - 3/07 7:24 pm

ROME - Malaysia berhasrat membeli pesawat pemantau maritim, helikopter dan kapal laut daripada Itali bagi memperkukuh keselamatan negara.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembelian itu akan meliputi dua pesawat pemantau maritim (Maritime Patrol Aircraft) untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia selain 28 helikopter Leonardo AW149.Beliau berkata syarikat Fincantieri pula dijangka membekalkan kapal sokongan logistik pelbagai peranan (Multi-Role Support Ship) (MRSS) dan kapal peronda pesisir pantai (Littoral Mission Ship) (LMS)."Pembelian aset tentera ini akan membantu mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Itali yang terkenal dengan industri ketenteraan," katanya pada sidang media pada akhir kunjungan tiga hari ke Itali.Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut hadir dalam rangka lawatan itu berkata pembelian itu akan diperincikan agar Malaysia turut mendapat manfaat dari segi pemusatan latihan dan sebagainya.Mohamed Khaled berkata pada peringkat awal, penerbangan pesawat maritim itu dijangka menggunakan lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka.Menurut beliau, Malaysia juga telah mencadangkan agar pembelian aset-aset itu dilakukan melalui perjanjian perolehan kerajaan kepada kerajaan (G to G)."Ini akan membantu kita mendapatkan harga yang lebih baik dan jaminan aset daripada kerajaan Itali," katanya.Kementerian Pertahanan juga mencadangkan agar kedua-dua negara menerokai bidang baharu dalam sektor pertahanan antaranya kecerdasan buatan (AI) dan pusat kawalan keselamatan bawah laut.Anwar yang tiba di sini pada Selasa membuat kunjungan sulung ke Itali atas jemputan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil akan berlepas ke Paris selepas ini dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa lawatan dua hari ke sana.Seterusnya, Anwar akan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro atas jemputan Presiden Brazil Luiz Incio Lula da Silva





Liverpool, Porto berdukacita - Sinarharian - 3/07 7:05 pm

DUNIA bola sepak antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian pemain Portugal dan penyerang Liverpool, Diogo Jota, 28, yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol.Turut terkorban dalam insiden tragik itu ialah adik beliau, Andre Silva, yang juga bekas pemain remaja kelab FC Porto.Dalam satu kenyataan rasmi, Liverpool FC menyatakan rasa sedih dan kehilangan yang amat mendalam."Liverpool Football Club amat berdukacita dengan pemergian tragik Diogo Jota."Kami dimaklumkan bahawa beliau, bersama adiknya, Andr, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol."Buat masa ini, kelab tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut dan memohon agar privasi keluarga serta rakan-rakan mangsa dihormati," kata kelab Merseyside itu pada Khamis.Sementara itu, FC Porto, turut menyatakan rasa dukacita atas pemergian dua beradik tersebut yang pernah beraksi dalam skuad muda kelab Portugal berkenaan."Kami sedang berkabung





SPRM jejak harta Tun Daim di enam negara termasuk UK - Sinarharian - 3/07 6:52 pm

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjejak enam negara termasuk United Kingdom (UK) bagi mengesan harta milik bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin serta keluarga dan proksi yang tidak diisytiharkan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memohon kerjasama melalui Mutual Legal Assistance (MLA) yang perlu dilaksanakan melalui Jabatan Peguam Negara."Nama kesemua negara itu akan diumumkan selepas ini," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain.Pada majlis tersebut, Rosli turut menyerahkan tugas kepada Pengarah SPRM Kelantan baharu, Azmin Yusuff.Menurut Azam, harta-harta milik Tun Daim yang berada dalam negara akan dipohon untuk dilucuthakkan sekiranya didapati mengandungi unsur-unsur kesalahan mengikut peruntukan undang-undang.Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa pada 3 Jun lalu, tiga kediaman mewah di London merupakan antara tujuh hartanah dan satu akaun bank bernilai GBP132 juta (RM758.2 juta) yang didakwa milik isteri Tun Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan keluarganya telah dibekukan oleh SPRM.Hasil siasatan SPRM mendapati harta alih dan tidak alih tersebut adalah berkaitan atau menjadi keterangan kepada dakwaan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.Bagaimanapun, pada 23 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menggantung sementara perintah pembekuan berkenaan selepas Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam Naimah, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, terhadap perintah pembekuan secara ex parte yang diperoleh SPRM.Pada 25 Jun lalu pula, SPRM memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi melucut hak Menara Ilham setinggi 60 tingkat yang terletak di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, yang turut dikaitkan dengan Tun Daim.Sebelum itu, pada 22 Mei lalu, Azam mendedahkan bahawa lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu daripada agensi luar negara berhubung aset milik Tun Daim, keluarganya dan proksi.Menurut beliau, maklumat terkini menunjukkan aset tersebut tidak diisytiharkan ketika siasatan SPRM pada tahun 2023.





Anwar diberi sambutan rasmi oleh Itali di Chigi Palace - Astroawani - 3/07 6:40 pm

Ketibaan beliau sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan itu disambut oleh rakan sejawatnya, Giorgia Meloni.





Rafizi bidas pemimpin pembangkang main emosi isu Ambalat - Sinarharian - 3/07 6:09 pm

SHAH ALAM - Pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak bermain emosi dan mempolitikkan isu Ambalat sehingga boleh menjejaskan hasil dan rancangan pembangunan negara.Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, beliau menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang secara prinsipnya bersetuju untuk mempertimbangkan pembangunan bersama agar potensi minyak di kawasan tersebut dapat dimanfaatkan.Malah katanya, ia adalah salah satu perkara yang dibawanya semasa dalam Kabinet dahulu kerana kaedah tersebut terbukti berkesan dan telah dilaksanakan di luar pesisir Kelantan dan Thailand.Menurut Rafizi, keadaannya sama iaitu kawasan yang ada tuntutan bertindih antara Malaysia dan Thailand tidak dapat dibangunkan selagi tidak ada penyelesaian dan kedua-dua negara tidak berganjak."Dalam tahun 1970-an, kerajaan kedua-dua negara bersetuju mewujudkan Pihak Berkuasa Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand atau Malaysia-Thailand Joint Development Authority (MTJDA) yang bertindak sebagai pihak berkuasa yang mengendalikan pembangunan bersama di kawasan bertindih itu."Wakil sama banyak, suara sama banyak





Anwar hadiri mesyuarat bersama ketua-ketua industri Perancis - Sinarharian - 3/07 6:06 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kalangan ketua industri utama Perancis termasuk daripada firma Imerys, Arkema, Airbus dan Thales sempena lawatan kerja ke negara itu pada 3 dan 4 Julai.Semasa mesyuarat meja bulat itu beliau akan mengetengahkan potensi perdagangan dan pelaburan di Malaysia.Imerys ialah peneraju dunia dalam pengeluaran mineral khusus untuk kegunaan industri manakala Arkema merupakan pengeluar global bahan khas dan kimia berprestasi tinggi.Airbus pula ialah syarikat aeroangkasa Eropah yang terkenal dengan pembuatan pesawat komersial dan ketenteraan, manakala Thales, syarikat teknologi canggih yang pakar dalam sistem pertahanan, keselamatan, pengangkutan dan aeroangkasa.Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, mesyuarat yang diadakan sempena lawatan kerja sulung Anwar ke Perancis atas jemputan Presiden Emmanuel Macron itu akan turut disertai 180 syarikat, di samping kalangan pemimpin industri dari Malaysia.Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Eldeen Husaini berkata, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan empat mata dengan Macron di Istana Elysee, membawa agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI)."Malaysia menjangkakan lawatan kerja ini akan meningkatkan keyakinan pelabur untuk meneroka peluang pelaburan baharu dan memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala, khususnya sektor nuklear dan tenaga bersih," katanya kepada media Malaysia ketika taklimat secara dalam talian dari Paris, pada Rabu.Beliau berkata, eksport Malaysia ke Perancis meningkat 0.4 peratus kepada RM6.14 bilion pada 2024, menjadikan Perancis rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.Sehingga Mac 2025, prestasi pelaburan syarikat Perancis di Malaysia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan 358 projek dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan diluluskan, yang dijangka mewujudkan hampir 24,000 peluang pekerjaan di Malaysia, katanya.Eldeen Husaini berkata, perkhidmatan penerbangan langsung antara Kuala Lumpur dan Paris yang bermula tahun ini dengan menggunakan pesawat Airbus A350 juga dilihat sebagai pemangkin pertumbuhan pelancongan, susulan peningkatan kemasukan pelancong Perancis ke Malaysia sebanyak 41.8 peratus."Lawatan kerja ini menyasarkan pembukaan lembaran baharu dalam hubungan dua hala, memacu pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan daya saing Malaysia dalam rantaian bekalan global," katanya.Anwar kini dalam siri lawatan kerja ke tiga negara bermula dengan Itali, disusuli Perancis dan Brazil, dari 1 hingga 7 Julai





Lima sekeluarga didakwa culik remaja 16 tahun dibenar ikat jamin - Sinarharian - 3/07 3:38 pm

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis membenarkan permohonan jaminan lima sekeluarga yang didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun pada April lalu.Pada 14 Mei lalu, Mahkamah Sesyen menolak permohonan jaminan kesemua tertuduh iaitu D Sasveena, 31; T Boharaj, 32; Farhin Muhamad Ariffin, 23; serta dua beradik, PK Koshenn Kumar, 21; dan PK Siveeshinaa, 23.Peguam yang mewakili kesemua tertuduh, T Harpal Singh memaklumkan Mahkamah Tinggi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin dalam kalangan ahli keluarga.Mahkamah turut menetapkan lima syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.Tertuduh juga tidak dibenarkan keluar dari daerah tanpa kebenaran mahkamah, perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan dan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.Prosiding dijalankan di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas mahkamah menerima keputusan semakan terhadap permohonan jaminan yang difailkan.Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan niat bersama untuk mendapatkan wang tebusan berjumlah RM2 juta.Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah salun rambut di Uptown Avenue, Seremban 2 pada 10 April lalu.Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara antara 30 hingga 40 tahun serta dikenakan sebatan.Mahkamah menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh serahan dokumen seterusnya.Media sebelum ini melaporkan polis menembak mati seorang lelaki di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan tersebut.Berikutan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 31 tahun di sekitar Jalan Tiara Sendayan bagi membantu siasatan.





Rafizi sokong JDA Ambalat, mahu Pusat jamin kepentingan Sabah - Mgazette - 3/07 3:20 pm

# Rafizi sokong JDA Ambalat, mahu Pusat jamin kepentingan Sabah KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli bersetuju dan menyokong inisiatif Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) di Blok Ambalat yang dimeterai antara Malaysia dan Indonesia




Reformasi     >>



Govt rejects extremism, tackles radicalism among .. - Mkini
Religious agencies play important role, minister says.
Kroni     >>



Business : PM Anwar's Visit To France A Success, .. - Bernama
# PM Anwar's Visit To France A Success, Reviving Partnerships Across All Sectors --President Macron PARIS, July 4 (Bernama) -- French President Emmanuel Macron has described Malaysia's Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's two-day visit to France as a success, with the two nations reviving ..
Tabloid     >>



Air sungai bergulung depan mata! - Hmetro
Baling: Pak cik hilang isteri dan menantu perempuan yang ketika itu sedang hamil. Anak lelaki turut maut sekelip mata dalam tragedi kepala air Kampung Iboi. Hidup pak cik kini sunyi. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



As Samsung’s smartwatch market share drops, more .. - Androidauthority
Will the new Galaxy Watch 8 lineup help restore Samsung's former smartwatch glory?
World     >>



Hamas says it delivered 'positive response' on Gaza .. - BBC
The group said it was ready to begin negotiations immediately after Donald Trump said Israel had accepted conditions for a 60-day ceasefire.
Motor Trend     >>



BYD Seal 06 DM-i Wagon Tiba di China, Jarak 2,000 km, .. - Careta
Bukan Sekadar Wagon Biasa Walaupun station wagon bukanlah pilihan popular di China berbanding SUV, segmen ini mula mendapat tempat kembali sejak kebangkitan kenderaan tenaga baharu (NEV). BYD Seal 06 DM-i Wagon hadir denganrekaan badan bergaya Marine Aesthetics menampilkan garisan