| /// |
|
| Search : Lembaga Pengampunan News | Page 1 |
|
Tiada pergerakan Najib keluar dari Penjara Kajang setakat ini - Mygazette - 19/09 7:59 am Najib hari ini mendapat pengampunan bersyarat daripada Sultan Ibrahim dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan perintah berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara pada Jumaat |
|
Najib zahir penghargaan solidariti rakyat, ahli dan kepimpinan UMNO - Mygazette - 19/09 7:59 am Setiap doa, kata-kata semangat dan sokongan amat dihargai," kata hantaran tersebut, hari ini. Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan media memaklumkanMesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung hari ini telah membuat keputusan terhadap permohonan pengampunan Najib |
|
Keputusan pengampunan bersyarat Najib bidang kuasa Agong – Fahmi - Mygazette - 19/09 7:59 am Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda RM50 juta. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara hari ini |
|
Persenda Rukun Negara: PDRM, MCMC diminta siasat, ambil tindakan segera .. - Mygazette - 19/09 7:59 am Hentikan eksploitasi nilai murni demi populariti murahan, dan kembalilah membina negara berasaskan kebenaran, adab dan nilai moral serta keagamaan yang kukuh, katanya. - BERNAMA Menurut sumber tertinggi DAP, mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung di ibu pejabat DAP pada jam 3 petang esok dan dijangka menjadi medan untuk kepimpinan parti membincangkan perkembangan terbaharu susulan keputusan Lembaga Pengampunan membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah. |
|
Belum ada kepulangan Bossku di rumah Jalan Langgak Duta - Mygazette - 19/09 7:59 am Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan hari ini. Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan hari ini |
|
Sayang Najib, bantulah kumpul RM50 juta ??? Ab Rauf - Mygazette - 19/09 7:59 am ALOR GAJAH - Rakyat yang menyayangi Datuk Seri Najib Razak diseru supaya membantu mengumpulkan dana bagi melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu |
|
UMNO Sungai Besar lancar Tabung Solidariti bantu Najib bayar denda RM50... - Mygazette - 19/09 7:59 am Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, tabung berkenaan akan dilancarkan di Pejabat UMNO Bahagian Sungai Besar pada Sabtu. Beliau berkata, ia susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada pembayaran denda berkenaan |
|
Sesiapa didapati bersalah perlu jalani hukuman mengikut undang-undang .. - Mygazette - 19/09 7:59 am # Sesiapa didapati bersalah perlu jalani hukuman mengikut undang-undang - PH KUALA LUMPUR Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendirian tiada siapa mengatasi undang-undang susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak |
|
Jelajah Tok Rauf Selesai! Rakyat Puas Hati Mahu Khidmat Biru Diteruskan - Mygazette - 19/09 7:59 am # Jelajah Tok Rauf Selesai! Rakyat Puas Hati Mahu Khidmat Biru Diteruskan Pucuk pauh di tepi laman, burung merbah terbang sekawan, suara rakyat jadi pegangan kebajikan Tanjung Bidara diteruskan perjuangan - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat berakhir diperingkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dengan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan pelbagai peruntukan serta bantuan kepada rakyat. Menurut sumber tertinggi DAP, mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung di ibu pejabat DAP pada jam 3 petang esok dan dijangka menjadi medan untuk kepimpinan parti membincangkan perkembangan terbaharu susulan keputusan Lembaga Pengampunan membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah. |
|
Selepas dua jam, Mesyuarat Majlis Presiden PH selesai - Mygazette - 19/09 7:59 am Anthony berkata, mesyuarat itu wajar diadakan sebaik Anwar pulang daripada lawatan rasminya ke luar negara bagi meneliti perkembangan dan beberapa kenyataan politik yang dibuat kebelakangan ini yang disifatkan tidak baik daripada segi kepastian dan kestabilan politik negara. Selain perkembangan itu, hari ini Lembaga Pengampunan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah dan denda RM50 juta |
|
Jangan politikkan pengampunan Najib, hormati keputusan Agong ??? .. - Mygazette - 19/09 7:59 am Saya berharap keputusan Yang di-Pertuan Agong ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak hanya kerana ia tidak memenuhi kepentingan politik mereka, katanya. Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-64 pada Jumaat yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong |
|
Baru 3 jam, Tabung Solidariti Najib cecah lebih RM600,000 - Mygazette - 19/09 7:59 am Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta. Pengampunan bersyarat itu diperkenankan pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Ke-64 di Istana Negara, semalam |
|
Pengampunan Najib bersyarat, fakta jangan dikaburkan – Fadhlina - Mygazette - 19/09 7:59 am # Pengampunan Najib bersyarat, fakta jangan dikaburkan - Fadhlina KUALA LUMPUR - Pengampunan adalah wewenang Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Wanita Keadilan menghormati keputusan tersebut dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan |
|
Mesyuarat Majlis Presiden PH jadi tumpuan - Mygazette - 19/09 7:59 am PUTRAJAYA - Bangunan Perdana Putra di sini menjadi tumpuan hari ini apabila dijangka Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan berlangsung lewat petang ini. Ia susulan daripada perkembangan terbaharu mengenai keputusan Lembaga Pengampunan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah dan denda RM50 juta |
|
BN sambut perkenan Agong untuk Najib jalani baki hukuman secara tahanan... - Mygazette - 19/09 7:59 am Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan hari ini. Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, hari ini |
|
Lebih 7,000 hektar hutan simpan diteroka, sindiket haram disyaki .. - Mygazette - 19/09 7:59 am Tegas Saifullah, operasi penguatkuasaan di kawasan itu akan tetap diteruskan bagi melumpuhkan sindiket haram yang meneroka sawit dalam kawasan Hutan Simpan di negeri itu. Beliau berkata, operasi penguatkuasaan bersepadu yang bermula 14 September 2026 itu melibatkan 160 anggota, dari UPNP, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Perhilitan Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Bera dan Pasukan Gerakan Am Batalion 7.- MalaysiaGazette Menurut sumber tertinggi DAP, mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung di ibu pejabat DAP pada jam 3 petang esok dan dijangka menjadi medan untuk kepimpinan parti membincangkan perkembangan terbaharu susulan keputusan Lembaga Pengampunan membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah. |
|
Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH - Fadhlina - Astroawani - 19/09 7:00 am Pengampunan itu, merupakanbidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkanPerlembagaan Persekutuan, kata Ketua Wanita PKR. |
|
DAP akan terkesan keputusan pengampunan Najib, kata KJ - FMT - 19/09 6:48 am Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata DAP mempunyai 'get-out clause' walaupun pernah menyatakan pembebasan Najib Razak merupakan 'garisan merah' bagi parti itu. |
|
PH mungkin tidak hilang sokongan berhubung tahanan rumah Najib, kata penganalisis - FMT - 18/09 11:52 pm Azmi Hassan jangka penyokong PH faham bahawa Agong mempunyai budi bicara berhubung pengampunan. |
|
Sekarang masa kotakan janji letak jawatan, Fadhli seru Nga - FMT - 18/09 10:35 pm Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menyeru Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib Razak. |
|
Tabung Solidariti Najib kutip lebih RM634,000 dalam tiga jam - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 18/09 10:18 pm SHAH ALAM - Tabung Solidariti Najib Razak mencatat kutipan lebih RM634,000 dalam tempoh tiga jam pertama selepas dilancarkan pada Jumaat.Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook.Menurutnya, jumlah kutipan setakat tempoh berkenaan mencecah RM634,562.02 dengan orang ramai menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.ARTIKEL BERKAITAN: Tabung RM50 juta bukan permintaan Najib, sebaliknya hasrat ahli UMNO Ahmad Maslan'RM50 seorang, cukup RM50 juta untuk Najib' - Puad ZarkashiSumbang secara sukarela, jaga adab dan hormati syarat ditetapkan - Wanita UMNO"Masya-ALLAH! Tiga jam pertama sejak Tabung Solidariti Najib Razak dilancarkan sudah mencecah RM634,562.02."Ramai yang menyumbang serendah RM10 dan RM50," katanya.Tabung berkenaan dilancarkan susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat yang ditetapkan.Sebelum ini, UMNO mengambil inisiatif melancarkan kutipan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban bekas Perdana Menteri itu dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, oleh itu parti berharap seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarelaJusteru, Asyraf Wajdi turut berkongsi maklumat akaun rasmi UMNO bagi orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada tabung berkenaan. |
|
Semua pesalah mesti jalani hukuman ikut undang-undang, kata Majlis Presiden PH - FMT - 18/09 9:51 pm Majlis Presiden PH tegaskan tiada sesiapa atasi undang-undang, selain sokong nasihat peguam negara, menteri wilayah persekutuan kepada Lembaga Pengampunan. |
|
Tiada siapa mengatasi undang-undang - Majlis Presiden PH - Sinarharian - 18/09 8:54 pm KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menegaskan bahawa tiada siapa mengatasi undang-undang dan mana-mana individu yang disabitkan kesalahan perlu menjalani hukuman mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Majlis Presiden PH turut menyatakan pendirian teguh menyokong pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta nasihat Peguam Negara dan Menteri Wilayah kepada Lembaga Pengampunan.ARTIKEL BERKAITAN:Mesyuarat Presiden PH jadi tumpuan petang iniMesyuarat Majlis Presiden PH selesai"Majlis Presiden juga menegaskan bahawa tiada siapa yang mengatasi undang-undang."Dan sesiapa sahaja yang disabitkan kesalahan perlu menjalani hukuman mengikut lunas undang-undang seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Kenyataan itu dikeluarkan sejurus Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Anwar berakhir selepas lebih sejam berlangsung di Bangunan Perdana Putra di sini pada Jumaat.Mesyuarat berkenaan bermula kira-kira jam 5.30 petang sebelum beberapa kenderaan yang membawa pimpinan PH dilihat meninggalkan lokasi seawal jam 7 malam.Difahamkan, mesyuarat berkenaan dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Dalam pada itu, Majlis Presiden PH menegaskan komitmen untuk meneruskan usaha membanteras rasuah, mengangkat agenda Reformasi serta membersihkan negara daripada unsur rasuah dan penyelewengan. |
|
Mesyuarat Majlis Presiden PH selesai - Sinarharian - 18/09 8:15 pm PUTRAJAYA Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berakhir selepas lebih sejam berlangsung di Bangunan Perdana Putra, di sini petang tadi.Mesyuarat berkenaan bermula kira-kira jam 5.30 petang sebelum beberapa kenderaan yang membawa pimpinan PH dilihat meninggalkan lokasi seawal jam 7 malam.Anwar yang juga Pengerusi PH pula dilihat meninggalkan Bangunan Perdana Putra jam 7.30 malam.Difahamkan mesyuarat berkenaan dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Bagaimanapun usaha pemberita untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berhasil apabila kenderaan yang membawa kesemua menteri berkenaan tidak memberhentikan kenderaan.Mesyuarat dipercayai menyentuh mengenai hala tuju hubungan PH dengan BN selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencetuskan persoalan mengenai masa depan kerjasama itu ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, baru-baru ini.Sebelum ini, Anthony mencadangkan Anwar supaya satu mesyuarat Presiden PH dibuat susulan kenyataan Ahmad Zahid di PAU.Selain itu, pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diputuskan Lembaga Pengampunan dipercayai turut menjadi inti pati mesyuarat. |
|
Pegawai khas kunci mulut perkembangan Najib - Sinarharian - 18/09 7:42 pm KUALA LUMPUR Pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad Lutfi Azhar enggan mengulas mengenai perkembangan semasa bekas Perdana Menteri itu selepas menerima pengampunan bersyarat pada Jumaat.Pengampunan bersyarat itu membolehkan baki hukuman penjara Najib dijalani menerusi tahanan di rumah.Ahmad Lutfi ditemui ketika keluar dari kediaman Najib di Jalan Langgak Duta di sini, petang Jumaat.Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen ketika ditanya mengenai keadaan Najib dan keluarganya, termasuk sama ada bekas Perdana Menteri itu akan berada di kediaman berkenaan.Ahmad Lutfi turut ditanya sama ada pengamal media perlu terus menunggu di luar rumah tersebut, sebelum memaklumkan terpulang kepada mereka.Sebelum itu, beliau mengagihkan air minuman kepada lebih 50 pengamal media yang berkumpul di luar kediaman itu seawal jam 9 pagi.Dalam pada itu, beberapa penyokong Najib turut dilihat berada di luar pekarangan kediaman berkenaan.Sebahagian mereka merupakan penyokong yang sebelum ini kerap hadir di mahkamah bagi menunjukkan solidariti terhadap bekas Perdana Menteri itu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta. |
|
Pelbagai pihak bimbang persepsi rakyat susulan pengampunan bersyarat Najib - FMT - 18/09 7:33 pm TI-M beri amaran keputusan itu boleh jejas keyakinan terhadap usaha negara banteras rasuah, manakala Bersih persoal kesannya terhadap pengampunan akan datang. |
|
Pengampunan adalah wewenang Yang di-Pertuan Agong, bukan keputusan PM atau PH - Fadhlina - Sinarharian - 18/09 6:45 pm Kita tidak harus berpura-pura bahawa perasaan itu tidak wujud. Rakyat berhak bersuara dan mendapatkan penjelasan," katanya dalam satu kenyataan.Najib mendapat pengampunan bersyarat dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pada masa yang sama, rakyat perlu jujur dengan fakta dan tidak mengaburkan kedudukan Perlembagaan kerana perbezaan politik.Beliau berkata, keputusan berkenaan juga tidak seharusnya digambarkan seolah-olah dibuat oleh Perdana Menteri atau PH."Kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat |
|
Mesyuarat Presiden PH jadi tumpuan petang ini - Sinarharian - 18/09 6:30 pm PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri kembali menjadi tumpuan pengamal media bagi melaporkan perkembangan terkini politik tanah air.Difahamkan satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berlangsung lewat petang ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mesyuarat turut disertai oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.Sekitar jam 5.20 petang kelihatan beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri mula memasuki bangunan tersebut.Mesyuarat antara lain dijangka menyentuh mengenai hala tuju hubungan PH dengan BN selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencetuskan persoalan mengenai masa depan kerjasama itu ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, baru-baru ini.Selain itu, pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diputuskan Lembaga Pengampunan dipercayai turut menjadi intipati mesyuarat. |
|
Tahanan rumah: Pengampunan bersyarat Najib tidak jejas ketegasan kerajaan perangi rasuah - PM Anwar - Astroawani - 18/09 6:25 pm Pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah tidak menjejaskan ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa. |
|
Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM atau PH, tegas Wanita PKR - FMT - 18/09 6:15 pm Ketuanya Fadhlina Sidek berkata pengampunan adalah wewenang Yang di-Pertuan Agong. |
|
Keputusan pengampunan bersyarat Najib bidang kuasa Agong - Fahmi - Sinarharian - 18/09 6:13 pm KUALA LUMPUR - Keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana MenteriDatuk Seri Najib Tun Razak adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, kataMenteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil.Beliau berkata, nasihat berkaitan implikasi undang-undang, kestabilan negara dan prinsip negara hukum telah disampaikankerajaan, khususnya Perdana Menteri dan Peguam Negara.ARTIKEL BERKAITAN:UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta - Ahmad Zahid'RM50 seorang, cukup RM50 juta untuk Najib' - Puad ZarkashiSumbang secara sukarela, jaga adab dan hormati syarat ditetapkan - Wanita UMNO"Kerajaan mengambil maklum keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasa Baginda untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib, termasuk tahanan rumah dan denda RM50 jutaadalah dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Bernama.Dalam pada itu, Fahmi memberi jaminan pendirian kerajaan terhadap rasuah tidak berubah."Semua kes, termasuk kes Datuk Seri Najib yang sedang berjalan dan kes-kes rasuah lain, akan terus diproses mengikut landasan undang-undang," katanya.Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib untukmenjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara pada Jumaat |
|
UMNO Kelantan junjung kebijaksanaan Agong susulan tahanan rumah Najib - Sinarharian - 18/09 5:58 pm KOTA BHARU UMNO Kelantan menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim susulan keputusan membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.Pengerusi UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, beliau bersama seluruh kepimpinan dan ahli UMNO negeri turut merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan berkenaan."Patik menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara DYMM Tuanku serta menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ehsan perkenan DYMM Tuanku kepada perkara ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut Ahmad Jazlan, penghormatan terhadap institusi Raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan UMNO Kelantan.Perkembangan itu susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib juga bekas Perdana Menteri keenam itu bagi menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara, hari ini.Pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan terhadap syarat yang ditetapkan.Sekiranya Najib gagal mematuhi mana-mana syarat berkenaan, pengampunan tersebut terbatal dan beliau perlu meneruskan baki hukuman di penjara.Perkembangan ini turut berbeza daripada isu Titah Adendum yang menjadi pertikaian sebelum ini apabila Najib pada April lalu menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berkaitan dakwaan perintah tambahan yang membolehkan baki hukuman dijalani menerusi tahanan rumah.Ahmad Jazlan turut mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesejahteraan serta keamanan dan keharmonian negara terus dipelihara. |
|
Kediaman Najib jadi perhatian, status kepulangan masih tanda tanya - Sinarharian - 18/09 5:51 pm KUALA LUMPUR - Perkarangan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini mula menjadi tumpuan apabila beberapa kenderaan dilihat memasuki laluan ke kediaman berkenaan.Suasana di luar kediaman bekas Ahli Parlimen Pekan itu menyaksikan lebih 50petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul serta berkawal seawal jam 10 pagi tadi bagi memantau perkembangan terbaharu.Bagaimanapun, sehingga kini status kepulangan Najib ke kediaman berkenaan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan pengamal media yang menanti di lokasi untuk mendapatkan pengesahan rasmi.Pada masa sama, sekumpulan penyokong Najib turut kelihatan berkumpul di luar kediaman berkenaan.Tumpuan media dan penyokong itu susulan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64.Menerusi keputusan berkenaan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda RM50 juta, selain perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang tempoh menjalani tahanan di rumah.BHEUU, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan sekiranya Najib gagal mematuhi mana-mana syarat berkenaan, pengampunan bersyarat itu terbatal dan beliau hendaklah serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara.Keputusan terbaharu itu menyusul selepas permohonan pengampunan yang dikemukakan Najib sebelum ini ditangguhkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-63 pada 11 September lalu.Najib sebelum ini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International. |
|
Tabung RM50 juta bukan permintaan Najib, sebaliknya hasrat ahli UMNO Ahmad Maslan - Sinarharian - 18/09 5:35 pm PONTIAN Kutipan tabung sumbangan bagi membantu melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan atas permintaan beliau, sebaliknya hasrat ahli UMNO.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, usaha berkenaan merupakan susulan cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat sokongan kepimpinan serta ahli parti."Tabung ini bukan permintaan Najib |
|
Kes Najib: CEC mesyuarat esok bincang pendirian, tindakan susulan DAP - Sinarharian - 18/09 5:33 pm SHAH ALAM- Satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan pada Sabtu bagi membincang, memutuskan pendirian dan tindakan susulan parti berhubung tahanan di rumah membabitkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, DAP sentiasa menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan dan Keluhuran Perlembagaan, di samping mempertahankan kedaulatan undang-undang serta perjuangan menentang rasuah."Skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan skandal rasuah yang terbesar dalam sejarah negara."Skandal ini telah mengaitkan nama Malaysia dengan kleptokrasi di mata dunia, mencemarkan imej negara dan menghakis kepercayaan rakyat serta pelabur terhadap institusi pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Mengulas lanjut, Loke berkata, sabitan terhadap Najib dalam kes melibatkan 1MDB merupakan kesalahan yang telah diputuskan oleh mahkamah serta kesannya terhadap negara tidak boleh dilupakan.Menurutnya, kesan kewangan penyelewengan tersebut masih ditanggung oleh negara dan rakyat sehingga hari ini."Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada 13 September 2026, keseluruhan obligasi 1MDB yang ditanggung kerajaan berjumlah RM51.4 bilion, merangkumi RM42.5 bilion yang telah dibayar oleh kerajaan serta baki hutang RM8.9 bilion."DAP sejak awal konsisten menuntut keadilan dan akauntabiliti dalam skandal 1MDB |
|
UMNO Pahang zahir kesyukuran, junjung kasih atas pengampunan bersyarat buat Najib - Sinarharian - 18/09 5:07 pm KUANTAN- Keputusan Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan bersyarat ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disambut dengan penuh kesyukuran seluruh keluarga besar UMNO Pahang.Pengerusinya,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda dalam perkara itu.Menurutnya, UMNO Pahang turut menjunjung kasih kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah atas segala doa, keprihatinan dan usaha baginda sebelum ini berhubung perkara tersebut."Perkembangan ini membawa kelegaan yang amat besar kepada Datuk Seri Najib dan keluarga serta seluruh keluarga besar UMNO Pahang."Justeru itu, UMNO Pahang juga menyokong inisiatif Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melancarkan tabung sumbangan bagi membantu melunaskan denda RM50 juta dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri itu," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Sementara itu, Wan Rosdy berkata, UMNO Pahang akan turut menyumbang kepada tabung berkenaan sebagai tanda kebersamaan dan solidariti terhadap inisiatif yang diumumkan oleh Presiden UMNO.Beliau berkata, pada masa yang sama, UMNO Pahang turut mengalu-alukan ahli-ahli UMNO di negeri ini yang berhasrat untuk turut menyumbang agar dapat berbuat demikian secara sukarela dan seikhlas hati melalui UMNO Bahagian masing-masing."Segala urusan kutipan dan penyaluran sumbangan hendaklah dilaksanakan secara telus, teratur serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa."Saya menyeru seluruh kepimpinan dan ahli UMNO Pahang agar menyambut perkembangan ini dengan penuh kesyukuran, sentiasa menjaga adab dalam setiap ungkapan serta menghormati segala prosesyang ditetapkan," katanya. |
|
Pengampunan Bersyarat Najib Tidak Jejas Ketegasan Kerajaan Perangi Rasuah – PM Anwar - Mydateline - 18/09 5:00 pm Pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah tidak menjejaskan ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah .. |
|
Najib boleh sumbang idea, pengalaman untuk negara -Pas Najib boleh sumbang .. - Mygazette - 18/09 4:48 pm PAS yakin beliau masih boleh memberikan sumbangan idea, pandangan dan pengalamannya demi untuk kebaikan negara, katanya. Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bersidang kali ke-64 pagi tadi memutuskan Najib dibenarkan untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta |
|
Jangan ulang hujah sama, Rafizi minta PM, PH beri penjelasan - Mygazette - 18/09 4:48 pm # Jangan ulang hujah sama, Rafizi minta PM, PH beri penjelasan KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) diminta memberi kefahaman mengenai pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak, hari ini. Presiden BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, penjelasan itu penting memandangkan keputusan yang dibuat Lembaga Pengampunan hari ini mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat |
|
Penjara Kajang jadi tumpuan media susulan pengampunan bersyarat Najib - Mygazette - 18/09 4:48 pm # Penjara Kajang jadi tumpuan media susulan pengampunan bersyarat Najib KAJANG Penjara Kajang di sini menjadi tumpuan pengamal media susulan perkembangan terbaharu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendapat pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah. Keadaan di sekitar penjara berkenaan semakin menjadi perhatian sejak pukul 10 pagi tadi selepas Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri mengumumkan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman tersebut di kediamannya |
|
PH bakal adakan mesyuarat tergempar hari ini? - Mygazette - 18/09 4:48 pm KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) dijangka mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan pelbagai perkembangan terbaharu politik tanah air. Ini termasuk keputusan Lembaga Pengampunan pagi tadi yang membenarkan pengampunan bersyarat termasukmenjalani baki hukuman secara tahanan di rumah dan denda RM50 juta |
|
Pengampunan bersyarat bukan nafi keputusan mahkamah – MCA - Mygazette - 18/09 4:48 pm Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, menghormati keputusan Lembaga Pengampunan tidak bermaksud menafikan keputusan mahkamah |
|
Lembaga Pengampunan bermesyuarat pagi ini tentukan nasib Najib - Mygazette - 18/09 4:48 pm # Lembaga Pengampunan bermesyuarat pagi ini tentukan nasib Najib KUALA LUMPUR - Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat semula di Istana Negara hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Bubar Parlimen awal: Anwar tak perlu layan desakan UMNO ??? Peguam - Mygazette - 18/09 4:48 pm # Bubar Parlimen awal: Anwar tak perlu layan desakan UMNO Peguam KUALA LUMPUR Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak melayan desakan UMNO dalam Perhimpunan Agungnya supaya Dewan Rakyat dibubarkan lebih awal disifatkan sebagai tindakan bijak dan matang |
|
Anthony sahkan CEC DAP mesyuarat esok, putuskan pendirian parti Anthony .. - Mygazette - 18/09 4:48 pm Kami memperjuangkan supaya penyelewengan ini disiasat secara menyeluruh dan mereka yang bertanggungjawab dibawa untuk melalui proses undang-undang yang bebas dan adil. "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Hannah Yeoh, telah menyampaikan pendirian dan pandangan yang selaras dengan prinsip perjuangan DAP ketika menjalankan tanggungjawab beliau sebagai anggota Lembaga Pengampunan |
|
Najib dapat pengampunan bersyarat: Tahanan rumah, bayar denda RM50 juta .. - Mygazette - 18/09 4:48 pm # Najib dapat pengampunan bersyarat: Tahanan rumah, bayar denda RM50 juta KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta. Perkara itu dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan media berhubung Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung hari ini |
|
PRN Melaka: UMNO harap keputusan pengampunan bersyarat Najib beri momentum - Mygazette - 18/09 4:48 pm # PRN Melaka: UMNO harap keputusan pengampunan bersyarat Najib beri momentum JAKARTA - UMNO berharap keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberikan momentum kepada parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
|
Pas Selangor mahu SOP tahanan rumah Najib diperjelas - Mygazette - 18/09 4:48 pm # Pas Selangor mahu SOP tahanan rumah Najib diperjelas KUALA LUMPUR - Tahanan rumah yang diperkenan kepada Datuk Seri Najib Razak menimbulkan pelbagai persoalan termasuk prosedur operasi standard (SOP) terhadap pelaksanaannya |
|
Lembaga Pengampunan selesai bermesyuarat pagi ini - Mygazette - 18/09 4:48 pm # Lembaga Pengampunan selesai bermesyuarat pagi ini KUALA LUMPUR - Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan selesai bermesyuarat bagi membincangkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara, kira-kira jam 9.40 pagi tadi |
|
Tahanan rumah Najib tak jejas tindakan kes rasuah ??? Anwar - Mygazette - 18/09 4:48 pm Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan hari ini. Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, di Istana Negara hari ini |
|
DAP adakan mesyuarat CEC tergempar esok, putuskan kedudukan dalam Kabinet? - Mygazette - 18/09 4:48 pm # DAP adakan mesyuarat CEC tergempar esok, putuskan kedudukan dalam Kabinet? KUALA LUMPUR - DAP dijangka mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok, dengan sumber parti mendakwa pertemuan itu akan membincangkan kedudukan parti dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan. Menurut sumber tertinggi DAP, mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung di ibu pejabat DAP pada jam 3 petang esok dan dijangka menjadi medan untuk kepimpinan parti membincangkan perkembangan terbaharu susulan keputusan Lembaga Pengampunan membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah |
|
Pengampunan Najib bawa kelegaan kepada keluarga besar UMNO Pahang - Mygazette - 18/09 4:48 pm # Pengampunan Najib bawa kelegaan kepada keluarga besar UMNO Pahang KUANTAN - Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang menzahirkan rasa syukur atas keputusan Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini |
|
Umum segera syarat-syarat tahanan rumah Najib – Bersama Umum segera .. - Mygazette - 18/09 4:48 pm Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan media memaklumkan Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta. Perkara itu dimaklumkan BHEUU menerusi kenyataan media berhubung Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung hari ini |
|
Pengampunan Najib: DAP mesyuarat esok tentukan pendirian, tindakan susulan - FMT - 18/09 4:45 pm Loke Siew Fook ulas keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk syarat. |
|
Sumbang secara sukarela, jaga adab dan hormati syarat ditetapkan - Wanita UMNO - Sinarharian - 18/09 4:41 pm SHAH ALAM Wanita UMNO mengajak seluruh kepimpinan dan ahli di semua peringkat untuk menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melunaskan denda sebanyak RM50 juta.Menurut Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, pihaknya menyokong penuh inisiatif yang diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk melancarkan tabung bagi tujuan tersebut."Bersama-sama meringankan beban Datuk Seri Najib dan keluarga dengan menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan melalui saluran rasmi yang akan diumumkan oleh parti," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini media melaporkan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Mengulas lanjut, Noraini turut menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Dalam masa sama, pihaknya merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas limpah perkenan Baginda berhubung keputusan berkenaan."Keputusan ini membawa kelegaan besar kepada Datuk Seri Najib, keluarga serta seluruh keluarga UMNO yang tidak pernah berhenti mendoakan beliau."Marilah kita menyambut perkembangan ini dengan penuh tertib, menjaga adab dan terus menghormati segala proses serta syarat yang telah ditetapkan," katanya. |
|
MIC, MCA hargai pengampunan bersyarat untuk Najib - FMT - 18/09 4:39 pm Timbalan Presiden MIC M Saravanan kata pemenjaraan selama beberapa tahun sudah lebih dariapda cukup untuk bekas perdana menteri itu. |
|
Umno harap pengampunan bersyarat Najib beri momentum pada PRN Melaka - FMT - 18/09 4:30 pm Perkembangan itu dilihat mampu jadi faktor nilai tambah bagi Umno harungi landskap politik semasa, kata Zahid Hamidi. |
|
Pas yakin Najib masih mampu beri sumbangan kepada negara - Takiyuddin - Sinarharian - 18/09 4:08 pm SHAH ALAM - Pas yakin bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh memberikan sumbangan idea, pandangan dan pengalamannya demi untuk kebaikan negara selepas diberi pengampunan bersyarat dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dalam masa sama parti terus mendoakan agar Najib terus diberikan kesihatan yang baik semasa menjalani baki hukuman di rumah."Pas melafaz setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH SWT dan merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di atas perkenan Baginda memberi pengampunan bersyarat kepada Najib."Perkembangan ini amatlah bermakna bukan sahaja kepada keluarga Najib tapi seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengenang dan menghargai jasa selain khidmat bakti beliau sebagai pemimpin yang telah membawa pembangunan kepada negara serta kemakmuran kepada rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan.Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuanpada Jumaat. |
|
Pengampunan bersyarat Najib bermakna buat rakyat, dakwa PAS - FMT - 18/09 4:01 pm Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata rakyat sentiasa mengenang dan menghargai jasa serta khidmat bakti bekas perdana menteri itu. |
|
Anwar, PH perlu jelaskan tahanan rumah Najib kepada rakyat - Rafizi - Sinarharian - 18/09 3:34 pm Di kemuncak pertembungan skandal 1MDB di antara tahun 2015 hingga 2018, beliau berada di penjara."Tanggungjawab memperjuangkan hak rakyat bersabit 1MDB digalas oleh rakyat biasa dalam kalangan penjawat awam, media dan aktivis. Maka, adalah wajar Anwar dan kepimpinan PH menjelaskan kepada rakyat mengenai perkara tersebut," ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan.Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, hari ini.Tambah Rafizi, diharapkan juga rakyat diberi ruang untuk menzahirkan pandangan mereka selagi di dalam batas undang-undang.Jelasnya, bagaimanapun rakyat biasa perlu berpada-pada dalam menzahirkan pandangan mengenai perkara ini kerana ia telah berlaku bawah pentadbiran PH."Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai rasa mendalam mengenai penyelewengan 1MDB dan rentetan isu akibat skandal itu, saya berharap kita sama-sama sedar bahawa tanggungjawab menjaga amanah rakyat itu adalah satu kerja berterusan yang tidak akan berhenti."Kepada Najib, keluarga dan penyokong mereka, saya berharap mereka memahami bahawa luka dari skandal 1MDB ini adalah dalam bagi kebanyakan rakyat Malaysia."Sementara saya berlapang dada dengan keputusan yang telah dibuat, sebaik-baiknya proses tahanan di rumah itu berjalan dengan senyap untuk tidak mengundang pelbagai reaksi yang lain," ujarnya. |
|
Pengampunan bersyarat Najib tidak jejas ketegasan kerajaan perangi rasuah - Anwar - Sinarharian - 18/09 3:31 pm PUTRAJAYA - Pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah tidak menjejaskan ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, semua kes rasuah, termasuk melibatkan Najib yang masih berjalan, perlu diteruskan mengikut proses dan landasan undang-undang."Saya selaku Perdana Menteri, tugas saya memberikan nasihat mengenai implikasi undang-undang, kestabilan negara, soal prinsip negara hukum, dan juga mengikut nasihat dan panduan yang ditulis lengkap dan panjang oleh Peguam Negara."Tetapi akhirnya, Perlembagaan menetapkan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, dan saya harap kita terima baik (keputusan itu)," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Nur Perdana Presint 10, di sini pada Jumaat.Beliau berkata, ketegasan dalam menangani isu rasuah perlu diteruskan dengan dukungan seluruh rakyat bagi memastikan sebarang salah laku atau salah guna kuasa untuk memperkayakan mana-mana pemimpin atau individu tidak dipandang ringan."Begitu juga kes-kes lain dalam soal rasuah, negara ini mesti diselamatkan, dan kita perlu ketegasan dengan dukungan semua rakyat dalam menentukan hukum negara ini tidak lagi dianggap ringan, apa-apa salah laku atau salah guna kuasa untuk memperkayakan mana-mana pemimpin atau mana-mana rakyat. Ini pendirian kita," katanya.Ditanya mengenai keperluan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas berkaitan pelaksanaan tahanan rumah, Anwar berkata, perkara itu merupakan bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara pada Jumaat |
|
Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahmad Zahid harap beri nilai tambah kepada PRN Melaka - Sinarharian - 18/09 3:10 pm JAKARTA - Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah diharap memberi nilai tambah kepada landskap politik negara khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka."Saya harap begitu menjadi faktor kepada geopolitik landskap politik di negara kita insya-Allah," katanya dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di sini pada JumaatMedia melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk kepada syarat ditetapkan.Ahmad Zahid berkata, UMNO sedang membuat persiapan bagi menghadapi PRN Melaka termasuk memberi mandat kepada Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi mengadakan perbincangan dengan mana-mana gabungan parti politik."Saya menyerahkan mandat kepada Datuk Seri Ab Rauf mengadakan perbincangan dengan mana-mana gabungan parti politik bagi menghadapi pilihan raya negeri Melaka," katanya.Beliau berkata, keputusan rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terletak pada Yang di-Pertua Negeri Melaka, manakala Speaker DUN akan memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pembubaran berkenaan."Kita serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan tarikh mereka mengadakan mesyuarat dan juga menetapkan tarikh untuk penambahan calon, pengundi awal dan juga hari pengundian," ujarnya.Ditanya tentang kemungkinan muka baharu diketengahkan sebagai calon, beliau menjelaskan belum ada perbincangan berhubung perkara itu, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berprestasi baik seboleh-bolehnya dikekalkan selain muka baharu turut diberi peluang."Pergerakan Wanita dan Puteri menuntut agar mereka juga diberi peluang dan selama ini pun memang kita ada ADUN-ADUN wanita di Negeri Melaka."Saya fikir nama-nama calon-calon itu akan dikemukakan oleh Datuk Rauf dan saya akan teliti calon-calon itu berdasarkan pada laporan-laporan yang saya terima daripada pelbagai pihak untuk menentukan kebolehmenangan."Kita mempunyai prinsip WALI, winnable, acceptable and likeable candidate, supaya kebolehmenangan itu memihak kepada gelombang biru yang sedang melanda di seluruh negara yang bermula di Johor dan Negeri Sembilan," katanya. |
|
UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta - Ahmad Zahid - Sinarharian - 18/09 2:49 pm SHAH ALAM - UMNO mengambil inisiatif melancarkan kutipan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, oleh itu parti berharap seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela.Menurutnya, inisiatif itu akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa."UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah."Perkembangan ini amat bermakna buat beliau dan keluarga, serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa."Penghormatan kepada institusi raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan kita," ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan.Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, hari ini.Tambah Ahmad Zahid, pendirian UMNO sejak awal adalah untuk membawa permohonan ini dengan penuh tertib dan rendah hati, melalui saluran yang ditetapkan.Jelasnya, beliau bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong."UMNO menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara Tuanku serta menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan baginda."Segala kerendahan hati, UMNO menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas perkembangan ini |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |