///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Lebuhraya News   Page 1    



Kementerian Kerja Raya dedah lokasi kamera AWAS di Lebuhraya PLUS - Careta - 19/03 2:57 pm

Menurut laporan Malay Mail, langkah ini bertujuan meningkatkan kesedaran pemandu serta memastikan pematuhan terhadap had laju, khususnya ketika trafik dijangka meningkat sepanjang musim perayaan





Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini - Mgazette - 19/03 2:55 pm

# Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak namun terkawal pagi ini KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Raya Malaysia (LLM) berkata bagi laluan ke Pantai Timur, kesesakan berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 menuju ke Plaza Tol Gombak serta dari Bukit Tinggi, Lentang ke Stesen Petronas Bentong, dan Sungai Dua ke Plaza Tol Karak





Sebanyak 1,211 saman, notis pelbagai JPJ dalam 4 hari Op Aidilfitri... - Mgazette - 19/03 2:55 pm

"Dan lebih daripada 4,000 peserta yang menerima manfaat secara langsung dalam program-program advokasi Yang telah dilaksanakan," jelasnya. Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan unjuran trafik, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dijangka mencatatkan kira-kira 934,000 kenderaan sepanjang tempoh tersebut, dengan kemuncak trafik dijangka berlaku pada 28 Mac mencecah sehingga 106,000 kenderaan sehari





Trafik ke Pantai Timur dan utara sesak pagi ini - Sinarharian - 19/03 9:39 am

KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke utara dan Pantai Timur dilaporkan sesak, namun masih terkawal setakat pagi ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Raya Malaysia (LLM) berkata, bagi laluan ke Pantai Timur, kesesakan berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 menuju ke Plaza Tol Gombak serta dari Bukit Tinggi, Lentang ke Stesen Petronas Bentong, dan Sungai Dua ke Plaza Tol Karak."Bagi laluan ke utara, kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan di Slim River ke Tapah, Gopeng ke Simpang Pulai, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Bandar Baharu ke Jawi, Bukit Tambun ke Bukit Minyak dan Juru ke Perai," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.Beliau berkata bagi laluan ke selatan pula, kesesakan berlaku dari Port Dickson ke Senawang, dan Pasir Gudang ke Setia Tropika."Cuaca pagi ini baik dan pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan," katanya.Pengguna juga dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi, selain memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan kamera litar tertutup (CCTV) trafik di laman web rasmi agensi berkenaan





Aliran trafik semakin sesak selepas berbuka, kemalangan di Rawang - Mgazette - 19/03 7:44 am

# Aliran trafik semakin sesak selepas berbuka, kemalangan di Rawang KUALA LUMPUR Aliran trafik di lebuh raya utama negara semakin padat selepas waktu berbuka puasa malam ini susulan peningkatan kenderaan yang memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan ketara dikesan di Plaza Tol Gombak dengan barisan kenderaan dilaporkan mencecah hingga ke LebuhrayaDuta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Batu Caves





Aidilfitri: LLM tingkat kesiapsiagaan, tempatkan pasukan kecemasan di .. - Mgazette - 19/03 7:44 am

# Aidilfitri: LLM tingkat kesiapsiagaan, tempatkan pasukan kecemasan di lokasi strategik KUALA LUMPUR - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terus meningkatkan kesiapsiagaan dengan menempatkan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) di 12 lokasi strategik serta mengaktifkan 873 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rangkaian lebuh raya negara bagi memantau pergerakan trafik sempena Aidilfitri





Aliran trafik mulai sesak di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang - Mgazette - 19/03 7:44 am

# Aliran trafik mulai sesak di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur, utara dan selatan tanah air mulai sesak di beberapa lokasi setakat petang ini berikutanorang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)berkata bagi arahutara, kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di laluan Slim River menuju ke Sungai, Tapah ke Gopeng, Juru ke Perai dan Seberang Jaya menuju ke Plaza Tol Sungai Dua





Aliran trafik semakin sesak selepas berbuka, kemalangan di Rawang - Sinarharian - 18/03 10:30 pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara semakin padat selepas waktu berbuka puasa malam ini susulan peningkatan kenderaan yang memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan ketara dikesan di Plaza Tol Gombak dengan barisan kenderaan dilaporkan mencecah hingga ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Batu Caves."Bagi arah utara pula, keadaan trafik dari Rawang Selatan ke Bukit Beruntung dilaporkan hampir tidak bergerak," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.Menurutnya, kesesakan di laluan berkenaan turut disebabkan kemalangan di KM429.7 arah utara (Sungai Buaya ke Bukit Beruntung) yang menghalang lorong kecemasan.Beberapa lagi lokasi kesesakan dikesan di laluan Gua Tempurung ke Gopeng, Bukit Berapit ke Changkat Jering serta Permatang Pauh ke Bertam bagi arah utara.Bagi laluan ke selatan, trafik perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam, manakala bagi pengguna ke Pantai Timur aliran trafik perlahan dari Gombak ke Bukit Tinggi serta Lentang ke Bentong.LLM menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat hingga awal pagi esok berikutan pertambahan pergerakan kenderaan sempena Aidilfitri."Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi serta memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan," katanya.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan CCTV trafik di laman web rasmi agensi berkenaan





Banyak Kenderaan Melekat Di LPT 2 Sampai Pemandu Terpaksa Keluar Kereta, Ini Punca Sebenar - Lobakmerah - 18/03 5:37 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Seperti yang kita sedia maklum, jalan di lebuhraya utama sudah mula sesak dan dibanjiri dengan banyak kenderaan sehingga aliran trafik jadi perlahan





Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama - Sinarharian - 18/03 4:17 pm

GOMBAK - Aliran trafik di Lebuhraya Kuala LumpurKarak arah Pantai Timur mula bergerak perlahan menghampiri Plaza Tol Gombak di sini pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati peningkatan jumlah kenderaan bermula sejak jam 2 petang, berikutan warga kota pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.Namun keadaan trafik dilihat masih terkawal apabila pergerakan beransur lancar selepas plaza tol tersebut.Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat jam 2.12 petang, trafik bergerak perlahan dari Kilometer 30.5 Gombak ke Genting Sempah, Kilometer 39.4 Genting Sempah ke Bukit Tinggi serta dari kawasan Shell Bentong ke Bentong arah timur.Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara melibatkan kawasan Terowong Menora ke Sungai Perak juga perlahan selain Juru Auto City ke Perai serta Seberang Jaya ke Plaza Tol Sungai Dua.Bagi laluan Lebuhraya Utara-Selatan (E2), trafik perlahan turut dilaporkan di beberapa lokasi termasuk dari Pasir Gudang ke Setia Tropika, Sedenak ke Simpang Renggam serta selepas Plaza Tol Sungai Besi ke Taman Teknologi Malaysia bagi arah utara, manakala arah selatan melibatkan laluan dari Dato Onn ke Pasir Gudang.Selain itu, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) turut mencatatkan aliran perlahan dari USJ ke Ebor arah utara serta Putra Heights ke Bandar Saujana Putra arah selatan.Keadaan sama turut dilaporkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 melibatkan laluan Rehat dan Rawat Perasing ke Cheneh arah timur.Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya.Pengguna juga diingatkan agar sentiasa mematuhi had laju ditetapkan dan tidak menjadikan lebuh raya sebagai litar lumba demi keselamatan semua pihak





AFA PRIME aktifkan TTA sempena Aidilfitri, kurangkan kesesakan di KLK, LPT1 - Sinarharian - 18/03 3:05 pm

KUALA LUMPUR AFA PRIME Berhad (AFA PRIME) melaksanakan strategi pengurusan trafik komprehensif termasuk pengaktifan Travel Time Advisory (TTA) bagi mengurangkan kesesakan sempena Aidilfitri 2026, khususnya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).Langkah proaktif itu bertujuan melancarkan aliran trafik di lokasi kritikal seperti Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak yang menjadi laluan utama ke Pantai Timur.AFA PRIME berkata, pengguna lebuh raya disaran merancang perjalanan mengikut jadual TTA ditetapkan bagi fasa balik kampung pada 19 dan 20 Mac serta fasa kembali ke bandar pada 23, 28 dan 29 Mac.Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur dan Selangor ke Pahang, waktu cadangan masuk antara jam 8 pagi hingga 11 pagi atau 12 tengah hari hingga 4 petang, manakala ke Terengganu dan Kelantan antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari atau 8 malam hingga 11 malam.Untuk perjalanan pulang ke ibu negara, pengguna dari Pahang disaran memasuki lebuh raya antara jam 7 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam, manakala dari Terengganu dan Kelantan antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, 4 petang hingga 8 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.Penunggang motosikal pula digalakkan memanfaatkan waktu perjalanan bebas antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi perjalanan lebih lancar.Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AFA PRIME Berhad, Ahmad Faizi Latifi Ahmad Faiz berkata, pematuhan terhadap TTA bukan sahaja membantu melancarkan trafik, malah mewujudkan persekitaran pemanduan lebih selamat dan kurang tekanan.Selain TTA, AFA PRIME memastikan semua kemudahan lebuh raya berada pada tahap optimum dengan menempatkan unit rondaan dan pasukan tindak balas kecemasan di lokasi strategik.Pengguna kenderaan ringan juga dinasihatkan mengelakkan waktu puncak bas ekspres di Plaza Tol Gombak iaitu antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam bagi mengurangkan kesesakanOrang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi LPT-Line di talian 1-700-818-700 atau mengikuti kemas kini masa nyata di platform X menerusi akaun @LPTTrafik.





Trafik ke Pantai Timur sesak, laluan utara-selatan masih lancar - Mgazette - 18/03 2:59 pm

# Trafik ke Pantai Timur sesak, laluan utara-selatan masih lancar KUALA LUMPUR - Keadaan trafik dari Lembah Klang menghala ke Pantai Timur mulai sesak pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan berlaku dari Gombak ke Genting Sempah dan dari Bukit Tinggi ke Lentang





Pengecas EV TNB Electron Menawarkan Diskaun 25% per kWh Untuk Sebulan Sempena Raya Tahun Ini - Amanz - 18/03 1:19 pm

Apalah Hari Raya sekiranya tiada promosi mahupun diskaun untuk pelbagai perkara berkaitannya. Jika umum mengetahui diskaun tol lebuhraya yang diberikan sempena Hari Raya, menariknya untuk pengguna EV juga tidak terkecuali menerusi diskaun pengecasan





Polis Pulau Pinang fokus lokasi blackspot sepanjang Op Selamat 26 - Sinarharian - 18/03 12:22 am

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang memberi tumpuan kepada kawasan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan lalu lintas (blackspot dan hotspot) sepanjang pelaksanaan Op Selamat 26 sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 yang bermula 19 hingga 24 Mac ini.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, operasi selama enam hari itu dilaksanakan dengan konsep pre-emptive services and total enforcement yang menekankan tindakan awal serta langkah pencegahan proaktif bagi menangani kesesakan dan kemalangan jalan raya.Menurutnya, selaras dengan tema Kongsi Perjalanan, Kongsi Keselesaan dan Keselamatan Diutamakan, objektif utama operasi adalah memastikan keselamatan pengguna jalan raya selain mengurangkan kadar kemalangan serta kesesakan melalui tindakan penyuraian trafik di laluan utama di negeri ini."Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberi tumpuan kepada kawasan yang kerap berlaku kemalangan serta lokasi sering mengalami kesesakan termasuk di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS)."Selain itu, fokus turut diberikan kepada daerah yang menyumbang jumlah kemalangan maut tertinggi serta kawasan dikenal pasti sebagai lokasi kesesakan," katanya ketika ditemui pada program Op Selamat 26 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Juru di sini pada Rabu.Beliau berkata, sebanyak 1.5 juta kenderaan dijangka memasuki dan melalui Pulau Pinang dalam tempoh enam hari sempena musim perayaan tahun ini.Menurutnya, angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya apabila sebanyak 1.35 juta kenderaan direkodkan pada tahun lalu manakala pada tahun 2024 pula mencatatkan 1.2 juta kenderaan."Unjuran berkenaan dibuat berdasarkan trend peningkatan pergerakan trafik setiap tahun khususnya menjelang musim perayaan."Untuk tahun ini, kita menjangkakan kira-kira 1.5 juta kenderaan akan masuk dan melalui Pulau Pinang melibatkan tempoh enam hari bermula 19 hingga 24 April," ujarnya lagi.Mengulas lanjut, antara laluan dikenal pasti sebagai kawasan berkepadatan tinggi dan blackspot kemalangan ialah Jalan Teluk Air Tawar-Jalan Bagan Luar, Jalan Perusahaan Perai-Jalan Kulim, Jalan Besar Simpang Empat (KM12KM32), Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu/Jalan Ayer Itam, Jalan Ayer Itam Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Dr Awang serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.Dalam pada itu, Azizee menambah, seramai 330 pegawai dan anggota JSPT Kontinjen Pulau Pinang akan terlibat secara langsung dalam operasi tersebut.Katanya, JSPT turut bekerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta agensi lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)."Sepanjang operasi ini, tindakan penguatkuasaan serta-merta akan diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas LN 166/59 terhadap enam kesalahan utama."Ia melibatkan memandu melebihi had laju, menggunakan alat komunikasi semasa memandu, memandu di lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan dan memotong di garisan berkembar," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan dengan mematuhi peraturan lalu lintas, memandu secara berhemah serta tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah."Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan selain merancang perjalanan lebih awal dan peka terhadap keadaan persekitaran termasuk cuaca serta maklumat aliran trafik," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau menambah, orang ramai yang meninggalkan kediaman semasa pulang berhari raya diingatkan supaya memastikan rumah dikunci dengan sempurna serta memasang lampu atau sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan jenayah."Mereka juga digalakkan memaklumkan kepada balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi membolehkan rondaan dan pemantauan dijalankan secara berkala," katanya





Trafik ke Pantai Timur mula sesak, laluan Utara-Selatan masih lancar - Sinarharian - 18/03 9:59 am

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik dari Lembah Klang menghala ke Pantai Timur mulai sesak pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan berlaku dari Gombak ke Genting Sempah dan dari Bukit Tinggi ke Lentang.Aliran trafik menuju ke utara dan selatan pula masih lancar dan kesesakan hanya berlaku dari Bandar Baharu ke Jawi susulan lori rosak."LLM menjangkakan aliran trafik akan mula bertambah mulai tengah hari ini susulan diskaun tol sebanyak 50 peratus mulai tengah malam tadi hingga 11.59 malam esok," katanya ketika dihubungi Bernama.Orang ramai digesa mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan.Pengguna turut digalak merancang perjalanan dengan merujuk jadual waktu perjalanan (TTA) melalui aplikasi MyPLUS-TTA, selain mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik





3.49 juta kenderaan berada di lebuh raya sempena Aidilfitri -LLM - Mgazette - 18/03 7:55 am

# 3.49 juta kenderaan berada di lebuh raya sempena Aidilfitri -LLM PUTRAJAYA - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik mencecah 3.49 juta kenderaan di lebuh raya utama dan lebuh raya sambungan pada hari puncak pergerakan sempena sambutan Aidilfitri





Orang Pantai Timur mula balik kampung - Kosmo - 17/03 9:19 pm

PETALING JAYA Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Pantai Timur dilaporkan mula mengalami kesesakan susulan orang ramai telah mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri petang tadi. Tinjauan menerusi paparan kamera litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 5 petang tadi mendapati, jumlah ..





25 lokasi kerap kemalangan, 34 lokasi sesak dipantau sepanjang Op Selamat - Sinarharian - 17/03 8:45 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 5,544 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) digerakkan bagi memperketat pemantauan di laluan berisiko tinggi sepanjang Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri.Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, penugasan itu memberi fokus khusus kepada 25 lokasi kerap kemalangan (blackspot) dan 34 kawasan kesesakan utama (hotspot) di seluruh negara.Menurutnya, langkah berkenaan antara strategi utama polis bagi mengekang peningkatan kemalangan maut selain memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang musim perayaan."Operasi Op Selamat siri ke-26 akan dilaksanakan selama enam hari bermula 19 hingga 24 Mac."Sepanjang tempoh itu, dianggarkan kira-kira 2.3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat pada Selasa.Mohamed Hasbullah berkata, pendekatan operasi kali ini menekankan konsep pencegahan awal dan penguatkuasaan menyeluruh melibatkan semua kontinjen polis serta kerjasama pelbagai agensi.Katanya, selain pemantauan statik, pasukan JSPT turut meningkatkan rondaan dan kehadiran di lokasi dikenal pasti sebagai titik panas kemalangan dan kesesakan."Sebanyak 25 pasukan Unit Tindak Balas Kecemasan (ERT) juga akan ditempatkan di 11 lokasi strategik di lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan laluan Pantai Timur."Pasukan ini bersedia memberi bantuan segera kepada pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan," katanya.Dalam pada itu, beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap enam kesalahan utama di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.Katanya, kesalahan itu termasuk memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar serta memotong barisan."Penguatkuasaan akan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kompromi bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut melaksanakan larangan pergerakan kenderaan berat pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac.Menurutnya, langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan selain meningkatkan tahap keselamatan sepanjang tempoh perayaan.Dalam perkembangan sama, JSPT turut bekerjasama dengan rakan strategik termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyalurkan maklumat trafik secara berterusan kepada orang ramai.Sehubungan itu, Mohamed Hasbullah menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik."Pengguna juga perlu sentiasa berdisiplin, mematuhi peraturan jalan raya serta tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah."Selain itu, ambil langkah keselamatan bagi mengelakkan jenayah ketika meninggalkan rumah sepanjang musim perayaan," katanya.





LLM Jangka 3.49 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya Sempena Aidilfitri - Siakapkeli - 17/03 7:58 pm

LLM Jangka 3.49 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya Sempena Aidilfitri PUTRAJAYA, 17 Mac (Bernama) -- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik mencecah





Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri - PM - Sinarharian - 17/03 4:25 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri dalam usaha meringankan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah yang diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri itu melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol."Diskaun itu berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026. melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1."Ia membabitkan semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)," katanya pada Selasa.Anwar menambah, diskaun tol terbabit merupakan sebahagian daripada pakej menyeluruh kerajaan bagi membantu rakyat membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu.Tambah beliau, selain diskaun tol, kerajaan turut melaksanakan pelbagai langkah lain termasuk pemberian cuti tambahan Aidilfitri serta pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dari 14 hingga 28 Mac 2026.Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Mohd Hadzmir Yusoff berkata, sebanyak 3.49 juta kenderaan dijangka memasuki lebuh raya utama di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.Beliau berkata, peningkatan trafik dijangka bermula seawal 18 Mac, khususnya melibatkan pergerakan ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur sempena cuti perayaan.Mohd Hadzmir menambah, Lebuhraya PLUS dijangka menerima kira-kira 2.30 juta kenderaan, manakala Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) mencatatkan unjuran 295,000 kenderaan."Diikuti Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sebanyak 215,000, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sebanyak 210,000 kenderaan."Bagi laluan Pantai Timur, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dianggarkan menerima 106,000 kenderaan manakala Fasa 2 pula sebanyak 65,000 kenderaan," tambah beliau.Menurutnya, lebuh raya sambungan lain seperti Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) diunjurkan mencatat 159,000 kenderaan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) sebanyak 135,000 kenderaan.Justeru, kongsi beliau, beberapa langkah telah diambil bagi melancarkan aliran trafik termasuk tiada penutupan lorong kecuali kecemasan, pengaktifan 34 lokasi Smart Lane di Lebuhraya PLUS serta pelaksanaan kutipan tol berlapis di plaza tol kritikal.Katanya, kemudahan di kawasan rehat dan rawat (R&R) dipastikan berada pada tahap optimum termasuk penyediaan tandas mudah alih, bekalan air mencukupi serta penambahan petugas bagi membantu pengguna.Beliau menasihatkan orang ramai juga merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung berjalan lancar dan selamat.





Kerajaan laksana 9 langkah ringan beban sempena Aidil Fitri, no 8 paling .. - Wrlr - 17/03 3:48 pm

Kerajaan laksana 9 langkah ringan beban sempena Aidil Fitri, no 8 paling disenangi BORHAN AHMAD March 17, 2026 Kerajaan Madani melaksanakan lapan langkah untuk meringankan bebanan rakyat sempena Hari Raya Aidil Fitri ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara langkah itu itu adalah potongan harga tol 50 peratus pada 18 dan 19 Mac ini di kesemua lebuh raya kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)





Diskaun tol 50% sempena Aidilfitri – Anwar Diskaun tol 50% sempena .. - Mgazette - 17/03 3:33 pm

Menurut Perdana Menteri, diskaun itu akan berkuat kuasa mulai pukul 12.01 tengah malam pada 18 Mac (Rabu) hingga pukul 11.59 malam 19 Mac (Khamis) ini. Jelasnya, ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)





Pemandu pacuan empat roda rentung kemalangan di Lebuhraya PLUS - Sinarharian - 17/03 9:59 am

JASIN - Seorang pemandu pacuan empat roda rentung selepas kenderaannya dipercayai dirempuh treler sebelum terbakar di Kilometer 193.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, awal pagi Selasa.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 2.15 pagi."Seorang mangsa tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda yang terbakar kira-kira 80 peratus manakala treler musnah 50 peratus, namun pemandunya berjaya keluar dengan selamat," katanya dalam kenyataan di sini.Mohd Hafidzatullah berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.Beliau berkata, operasi melibatkan 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan Jasin Bestari





Pemandu treler positif dadah ditahan rempuh tiga kenderaan - Mgazette - 15/03 3:56 pm

# Pemandu treler positif dadah ditahan rempuh tiga kenderaan BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang pemandu lori treler bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 137.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini semalam





Pemandu treler positif dadah rempuh tiga kenderaan ditahan - Sinarharian - 15/03 3:51 pm

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang pemandu lori treler bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 137.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, lelaki tempatan berusia 28 tahun berkenaan ditahan selepas kemalangan itu dan ujian air kencing mendapati dirinya positif dadah jenis methamphetamine."Polis telah memohon tahanan reman terhadap pemandu lori treler itu di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Ahad dan mahkamah membenarkan suspek direman selama empat hari hingga 18 Mac bagi membantu siasatan."Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu jam 3.15 petang pada Sabtu dan siasatan awal mendapati lori treler serta tiga kereta itu sedang bergerak dari arah Juru menuju ke Seberang Jaya sebelum lori berkenaan dipercayai hilang kawalan.Helmi berkata, lori treler itu kemudian melanggar bahagian belakang sebuah kereta Honda BR-V yang berada di lorong kanan sebelum mengheret kenderaan berkenaan sehingga melanggar dua lagi kenderaan yang terdapat di hadapan.Beliau berkata, akibat pelanggaran itu sebuah kenderaan Proton X50 terbalik sebelum masuk ke dalam longkang di bahagian kanan jalan."Kemalangan itu menyebabkan tiga mangsa yang menaiki Honda BR-V mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, dada dan kaki manakala lima mangsa lain hanya cedera ringan."Kesemua lapan individu itu telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.Pada Sabtu, media melaporkan trafik sesak sejauh sembilan kilometer susulan kemalangan membabitkan sebuah lori treler dengan tiga kenderaan di Kilometer 137.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis dilaporkan berkata sebanyak 12 mangsa terlibat dalam kejadian itu termasuk kanak-kanak, dengan beberapa orang dilaporkan mengalami kecederaan dan ada antaranya yang parah





Nahas treler, tiga kenderaan libat 12 mangsa, trafik sesak hingga 9KM - Mgazette - 15/03 8:46 am

# Nahas treler, tiga kenderaan libat 12 mangsa, trafik sesak hingga 9KM BUKIT MERTAJAM - Trafik sesak sejauh sembilan kilometer (km) susulan kemalangan membabitkan sebuah lori treler dengan tiga kenderaan di Kilometer 137.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, di antara laluan Juru ke Permatang Pauh di sini, petang tadi





Guna aplikasi TuJu rancang perjalanan balik raya – Ahmad - Mgazette - 14/03 8:06 am

# Guna aplikasi TuJu rancang perjalanan balik raya - Ahmad BATU PAHAT - Aplikasi TuJu yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) membantu orang ramai untuk balik bercuti kerana mempunyai banyak informasi berkaitan jalan yang bakal dilalui





Mekanik bebas tuduhan edar 30kg dadah - Mgazette - 14/03 8:06 am

Tertuduh, Mohd Azhari, sebelum ini didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 30,593.9 gram pada awal pagi 3 Jun 2022. Berdasarkan keterangan pihak polis, tertuduh ditahan selepas dikejar ketika memandu di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), sebelum didakwa membawa anggota polis ke sebuah lagi kenderaan yang diparkir di Kampung Medan, di mana bahan terlarang itu ditemukan





Aidilfitri: 300,000 kenderaan dijangka masuk Terengganu - Mgazette - 13/03 8:06 am

# Aidilfitri: 300,000 kenderaan dijangka masuk Terengganu CHUKAI - Sebanyak 300,000 kenderaan dijangka memasuki Terengganu sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 26 sempena Aidilfitri dari 19 hingga 23 Mac. Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, jumlah itu melibatkan 56,000 hingga 66,000 kenderaan sehari, yang masuk ke negeri itu melalui Jalan Persekutuan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)





Teknologi ANPR diperluas mulai Ogos - Sinarharian - 12/03 3:44 pm

PETALING JAYA - Sistem pembayaran tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) dijangka diperluaskan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Ogos ini.Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, setakat ini lebih 200,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi baharu JustGO Malaysia untuk sistem pembayaran tol terbuka tersebut."Melalui sistem tersebut, pengguna lebuh raya boleh menggunakan mana-mana lorong di plaza tol sekiranya kenderaan mereka telah didaftarkan dengan aplikasi tersebut," katanya.Nik Airina berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat mengenai persiapan PLUS menghadapi peningkatan trafik sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri di Persada PLUS di sini pada Khamis.Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ir Nadzrol Fadzilah Ahmad dan Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Norazlan Ibrahim.Nik Airina berkata, pengguna yang tidak mendaftar dengan sistem berkenaan masih perlu menggunakan lorong yang dikhaskan mengikut kaedah pembayaran masing-masing sama ada Touch n Go atau SmartTAG."Projek rintis ANPR kini dilaksanakan PLUS di kawasan utara membabitkan sembilan tol jajaran Hutan Kampung ke Sungai Dua pada Januari lalu."Nombor plat kenderaan akan dikesan secara automatik apabila melalui lorong tol dan caj diproses serta dipautkan terus kepada kaedah pembayaran pengguna melalui aplikasi mudah alih berkenaan," katanya.Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian setakat ini, sistem tersebut dilihat membantu mempercepatkan pergerakan kenderaan di sembilan plaza tol di sepanjang laluan berkenaan."Pengguna juga tidak perlu berhenti kerana sistem berkenaan akan mengesan kenderaan yang telah didaftarkan sekali gus membolehkan mereka melalui plaza tol dengan lebih lancar," ujarnya.Terdahulu media melaporkan, pengguna boleh menikmati pengalaman pemanduan yang lebih lancar apabila PLUS memperkenalkan projek rintis Sistem Pembayaran Tol Terbuka berasaskan ANPR.Sistem berkenaan disokong oleh kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti kenderaan dalam pelbagai keadaan termasuk cuaca, kelajuan serta sudut pandangan yang berbeza.Bagi menggunakan kemudahan itu, orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi JustGO Malaysia dan menghubungkan kaedah pembayaran pilihan seperti kad debit atau kredit tanpa sebarang kos pendahuluan kepada pengguna.Pembayaran secara e-dompet akan diperluaskan secara berperingkat.Aplikasi mudah alih itu dibangunkan sebagai platform pembayaran digital terbuka yang dirancang untuk dimiliki bersama industri lebuh raya selaras aspirasi kerajaan menyediakan kaedah lebih fleksibel.Kaunter pengaktifan JustGO disediakan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kedah termasuk kawasan rehat dan rawat (R&R) Gurun serta Hentian Sebelah Juru bagi membantu pengguna mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut.





PLUS jangka 2.3 juta pengguna jalan raya sehari menjelang Aidilfitri - Sinarharian - 12/03 1:47 pm

PETALING JAYA - Kira-kira 2.3 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan rangkaian Lebuhraya PLUS pada hari puncak sempena musim perayaan Aidilfitri dengan 34 lokasi Smart Lane dibuka bagi melancarkan aliran trafik.Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, peningkatan trafik lebih 20 peratus dijangka berlaku bermula pada 18 hingga 20 Mac serta 27 hingga 29 Mac."PLUS akan mengambil tindakan strategik utama yang berfokus kepada tiga perkara iaitu pengagihan trafik melalui aplikasi MyPLUS-TTA, pengurusan trafik serta insiden yang lebih efisien, selain memastikan keselesaan pengguna lebuh raya."Di sini saya nak menekankan ataupun menasihatkan semua pengguna-pengguna Lebuhraya merancang perjalanan yang lebih optimum menggunakan MyPLUS-TTA di Lebuhraya PLUS dan juga Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)," katanya.Nik Airina berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat mengenai persiapan PLUS menghadapi peningkatan trafik sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri di Persada PLUS di sini pada Khamis.Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ir Nadzrol Fadzilah Ahmad dan Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Norazlan Ibrahim.Nim Airina berkata, berdasarkan trend trafik pada musim Tahun Baharu Cina baru-baru ini, pengguna yang mematuhi jadual perjalanan MyPLUS-TTA menikmati tempoh perjalanan yang lebih baik dan lebih lancar."Prinsip MyPLUS TTA adalah memulakan perjalanan secara berperingkat bagi mengagihkan trafik supaya tidak tertumpu pada masa tertentu."Kalau semua trafik memulakan perjalanan yang sama, ia akan menyukarkan perjalanan dan mengakibatkan trafik tinggi pada masa beberapa jam," katanya.Nik Airina berkata, pada musim perayaan kali ini juga 34 lokasi Smart Lane akan dibuka di lokasi strategik di lebuh raya bagi meningkatkan kapasiti trafik.Katanya, kelajuan maksimum yang dibenarkan di laluan berkenaan adalah 60 kilometer sejam (km/j) kerana lorong itu lebih sempit berbanding lorong utama."Penggunaan Smart Lane tak boleh seperti di mainline (jalan utama), ia perlu lebih perlahan dan buat masa ini kita letakkan had laju maksimum 60 km/j," katanya.Dalam pada itu, PLUS turut menggerakkan lebih 6,000 petugas di ekosistem lebuh raya selain menempatkan pasukan tindak balas kecemasan bersama polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di beberapa lokasi strategik bagi mempercepatkan respons sekiranya berlaku kemalangan."Selain itu, semua kemudahan di kawasan rehat dan rawat (R&R) juga akan dibuka 24 jam bagi memastikan keselesaan pengguna sepanjang musim perayaan," katanya.





Hutan berhampiran Plaza Tol Putrajaya terbakar - Mgazette - 12/03 7:52 am

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran kawasan hutan bukit seluas kira-kira 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), petang ini





Penduduk Kongsi Situasi Kebakaran Hutan Berhampiran Lebuhraya MEX - Siakapkeli - 12/03 12:06 am

Penduduk Kongsi Situasi Kebakaran Hutan Berhampiran Lebuhraya MEX Penduduk berkongsi situasi kebakaran hutan yang berlaku





Hutan berhampiran Plaza Tol Putrajaya terbakar - Sinarharian - 11/03 8:34 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi memadam kebakaran kawasan hutan bukit seluas kira-kira 0.8 hektar berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), petang ini.Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan, dengan bantuan BBP Cyberjaya, dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.12 petang."Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang 60 meter dengan dua pancutan pam jentera serta kaedah firebeater





Projek pembangunan punca banjir di Lebuhraya PLUS Nilai - Careta - 8/03 4:19 pm

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar, berkata beliau bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) turun ke lokasi semalam bagi meninjau keadaan sebenar





Warga emas maut tercampak dilanggar treler - Mgazette - 8/03 4:13 pm

PASIR GUDANG - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 13.9 Lebuhraya Pasir Gudang di sini semalam





Kuala Lumpur Night Run 2026: Beberapa jalan ditutup esok - Mgazette - 7/03 8:01 am

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada jam 10 malam dan akan dibuka secara berperingkat sekitar 1 pagi. Antara laluan yang terlibat adalah Jalan Jasa, Jalan Sultan Salahuddin, Bulatan Dato Onn, Jalan Raja Laut, Jalan Putra, Jalan Tun Ismail, Jalan Dato Onn, Lebuhraya Sultan Iskandar (Mahameru), dan Jalan P





Ibu cari rakaman 'dashcam', saksi kemalangan maut dua anak - Sinarharian - 6/03 5:11 pm

YAN Ibu kepada dua beradik yang maut dalam nahas jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan pada Ahad memohon orang ramai berkongsi rakaman kamera papan pemuka bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.Siti Asa Abd Halim, 45, berkata, rakaman berkenaan diperlukan bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sehingga kedua-dua anaknya, Siti Nur Zulaikha Muhammad Shukor, 18, dan abangnya, Luqman Nulrois, 19, terkorban dalam kemalangan tragik itu.Menurutnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian membabitkan dua beradik pelajar Kolej Vokasional Nibong Tebal itu diminta tampil memaklumkan kepada pihak keluarga."Dengan adanya bantuan rakaman dashcam (kamera papan pemuka) atau CCTV (kamera litar tertutup) jika ada, ia dapat membantu kami mengetahui apa sebenarnya yang berlaku," katanya.Dalam kejadian itu, Siti Nur Zulaikha yang merupakan pelajar semester akhir Sijil Pengurusan Perniagaan membonceng motosikal bersama abangnya, Luqman Nulrois, pelajar semester dua Diploma Teknologi Pembinaan.Motosikal dinaiki kemudian melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai diletakkan di kiri jalan semasa dalam perjalanan pulang ke asrama."Setakat ini kami belum menemui mana-mana saksi atau individu yang melihat kejadian dan tidak tahu bagaimana hendak mencarinya," jelasnya.Menurutnya, ketika kejadian, dia dihubungi individu yang memaklumkan anak perempuannya meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi anaknya berada dalam ambulans.Namun, disebabkan jalan sesak ketika itu, Siti Asa dan suami tidak sempat tiba awal di lokasi kejadian.Belum pun sempat sampai, mereka dimaklumkan anak lelakinya pula meninggal dunia.Dalam kejadian petang Ahad itu, dua beradik berkenaan bertolak dari rumah mereka di Kampung Teroi Bukit, Yan sebelum motosikal dinaiki berlanggar dengan MPV jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di kiri jalan ketika menuju ke arah Bertam.Siti Nur Zulaikha dilaporkan maut di lokasi kejadian manakala Luqman Nulrois meninggal dunia di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.Sebelum ini, media melaporkan dua beradik maut selepas motosikal dinaiki melanggar MPV ketika dalam perjalanan menghala ke Bertam.Jenazah kedua-dua beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Batas Ubi, Yan selepas solat Zohor pada Isnin.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Luqman Nulhakim di talian 011-40280414.





Maserati Ghibli hangus terbakar di Lebuh Raya LEKAS - Mgazette - 6/03 3:15 pm

# Maserati Ghibli hangus terbakar di Lebuh Raya LEKAS SEMENYIH - Sebuah kereta mewah jenis Maserati Ghibli musnah terbakar sepenuhnya dalam kejadian di susur keluar Semenyih, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) semalam





Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama siap 2028, kata Nanta - FMT - 6/03 8:17 am

Menteri Kerja Raya berkata 14 daripada 26 pakej pembinaan telah siap.





Ini sebabnya ratusan orang buka puasa dalam kereta dekat Plus Nilai - Harapandaily - 6/03 7:38 am

Ratusan pemilik kenderaan terpaksa berbuka puasa dalam kenderaan susulan banjir luar biasa yang menenggelamkan Lebuhraya Plus berhampiran Hentian Sebelah Nilai, Negeri Sembilan, malam tadi





Lebuhraya PLUS berhampiran Nilai banjir - Hotfm - 5/03 11:58 pm

Banjir di KM287 PLUS berhampiran Hentian Sebelah Nilai di Seremban menyebabkan semua lorong terhalang.





Lebuhraya PLUS berhampiran Nilai banjir - FMT - 5/03 11:58 pm

Banjir di KM287 PLUS berhampiran Hentian Sebelah Nilai di Seremban menyebabkan semua lorong terhalang.





Lebuh raya PLUS di Nilai banjir kilat - Sinarharian - 5/03 9:00 pm

NILAI - Beratus pemilik kenderaan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Sebelah Nilai di sini dilanda banjir kilat pada Khamis.Beberapa video dimuat naik di media sosial menunjukkan laluan empat lorong terbabit yang menghala ke utara dan selatan ditenggelami air.Kejadian itu dipercayai berlaku susulan hujan lebat sejak jam 6.30 petang.Pihak PLUS memaklumkan trafik mengalami kesesakan sejauh 12 kilometer (km) dari Kajang ke Nilai disebabkan banjir kilat di KM287 yang menyebabkan semua lorong terhalang."Lorong kecemasan dan kiri arah utara terhalang menyebabkan kesesakan sejauh 5 km dari Nilai ke Bangi."Hentian Nilai arah utara juga ditutup," katanya.Kejadian banjir turut dipercayai berlaku di Pekan Nilai apabila beberapa kawasan dinaiki air.





Seorang maut maut, 3 cedera kereta terbabas masuk gaung - Mgazette - 5/03 3:21 pm

# Seorang maut maut, 3 cedera kereta terbabas masuk gaung KUALA LUMPUR Seorang lelaki berusia 18 tahun maut manakala tiga lagi cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sendiri ke dalam gaung di Kilometer 27.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Karak, awal pagi tadi





Remaja Yaman maut kereta jatuh gaung di Lebuhraya KL-Karak - FMT - 5/03 11:13 am

Tiga rakannya turut cedera ringan dalam kejadian awal pagi tadi.





Lelaki maut kereta jatuh gaung di Lebuhraya KL-Karak - Sinarharian - 5/03 10:16 am

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas ke dalam gaung di Kilometer 27.4 Lebuhraya Kuala Lumpur menghala ke Karak, awal pagi ini.Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.Katanya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung."Terdapat empat mangsa lelaki yang tersepit di dalam kenderaan dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba."Tiga daripada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa





Pemandu rentung kereta terbakar lepas langgar pokok - Sinarharian - 4/03 9:39 pm

IPOH - Seorang pemandu rentung apabila kenderaan yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer 284.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang tadi.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.33 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi sejauh empat kilometer."Setibanya jentera di tempat kejadian, terdapat sebuah kenderaan terbabas melanggar sebatang pokok dan musnah terbakar 80 peratus."Kemalangan itu membabitkan seorang mangsa yang belum dapat dikenal pasti identitinya, maut terbakar di bahagian pemandu kenderaan tersebut," katanya.Sabarodzi berkata, kerja-kerja pemadaman telah selesai sepenuhnya namun menunggu pihak polis bagi pengurusan mangsa





Pemandu lori maut, tiga cedera nahas beberapa kenderaan di Behrang-Slim River - Sinarharian - 3/03 7:29 pm

TANJUNG MALIM - Seorang pemandu lori maut manakala tiga yang lain cedera dalam nahas melibatkan beberapa kenderaan di Kilometer 378.0 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dari Behrang ke Slim River pada Selasa.Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun yang memandu lori jenis Isuzu dan membawa muatan beras dilaporkan tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Seorang lagi lelaki berusia 64 tahun yang berada dalam lori sama mengalami kecederaan.Dua lagi mangsa yang cedera ialah pemandu lori jenis Volvo berusia 49 tahun yang membawa muatan gulungan besi dan pemandu lori jenis Nissan yang membawa muatan barangan terpakai.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 petang.Menurutnya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan BBP Tanjung Malim digerakkan ke lokasi bagi operasi menyelamat."Ketua Operasi menjalankan size-up dan seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan," katanya.Beliau berkata, mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa cedera diserahkan kepada petugas kesihatan bagi mendapatkan rawatan."Operasi berjaya dikawal pada jam 5 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.58 petang," katanya.Sinar Harian melaporkan trafik sesak sejauh kira-kira empat kilometer susulan kemalangan di laluan berkenaan yang mengakibatkan semua lorong terhalang.Berdasarkan video tular berdurasi 57 saat yang dirakam pengguna jalan raya, sekurang-kurangnya enam kenderaan berat dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.Antara kenderaan yang terlibat ialah beberapa lori termasuk sebuah lori yang dilihat melintang di tengah laluan selain sebuah lagi lori yang terbabas ke bahu kiri jalan.Turut kelihatan dalam rakaman berkenaan ialah sebuah van dan sebuah bas yang dipercayai terlibat dalam kemalangan sama.





Nahas beberapa kenderaan berat, trafik lebuh raya Behrang-Slim River 'terhenti' 4km - Sinarharian - 3/03 6:19 pm

TANJUNG MALIM - Trafik sesak sejauh kira-kira empat kilometer susulan kemalangan membabitkan beberapa kenderaan termasuk lori dan bas di Kilometer 378.0 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dari Behrang ke Slim River pada Selasa.Maklumat awal yang dikongsi menerusi aplikasi X oleh Plus Trafik memaklumkan, nahas yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu menyebabkan semua lorong terhalang.Menurut makluman itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan keluar di Plaza Tol Behrang bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk.Berdasarkan video tular berdurasi 57 saat yang dirakam pengguna jalan raya, sekurang-kurangnya enam kenderaan berat dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.Antara kenderaan yang terlibat ialah beberapa lori termasuk sebuah lori yang dilihat melintang di tengah laluan selain sebuah lagi lori yang terbabas ke bahu kiri jalan.Turut kelihatan dalam rakaman berkenaan ialah sebuah van dan sebuah bas yang dipercayai terlibat dalam kemalangan sama.Keadaan itu menyebabkan laluan arah utara terhalang sepenuhnya dan trafik terhenti.Status terkini setakat jam 5.33 petang, lorong kanan telah dibuka kepada trafik manakala lorong kiri dan lorong tengah masih ditutup bagi kerja pengalihan.





Lewat siap Lebuhraya Pan Borneo Sabah, 2 kontraktor dipenalti RM31.8 juta - FMT - 3/03 12:53 am

Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata faktor utama kelewatan itu termasuk cuaca tak tentu, cabaran ambil balik tanah, isu alih utiliti dan prestasi kontraktor di tapak.



Dua beradik maut nahas: Siti Nur Zulaikha mahu kasut raya putih - Sinarharian - 2/03 6:02 pm

macam kasut jururawat itu... tapi tak sangka itu permintaan terakhirnya sebelum pergi buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batas Ubi di sini pada Isnin.Dalam kejadian sekitar jam 4 petang Ahad, Siti Nur Zulaikha dan abangnya, Luqman Nulrois, 19, sedang dalam perjalanan menghala ke Bertam melalui Lebuhraya Utara-Selatan sebelum motosikal yang dinaiki melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diletakkan di kiri jalan.Kedua-dua beradik itu bertolak dari rumah mereka di Kampung Teroi, Yan, Kedah menuju ke Kolej Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk pulang ke asrama.Menurut Siti Asiah, anak kedua dan ketiga daripada enam beradik itu pulang bercuti hujung minggu untuk bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga di rumah sebelum bertolak ke asrama pada petang Ahad."Lepas itu, tidak lama kemudian, cikgu mereka menghubungi saya dan bertanya sama ada saya sudah tahu atau tidak anak-anak saya kemalangan."Saya kata tidak tahu dan bila dengar kemalangan pun saya sudah ketar satu badan..



Dua beradik maut nahas: Datuk sempat pesan hati-hati bawa motosikal - Sinarharian - 2/03 5:13 pm

Saya pesan, bawa motosikal elok-elok kalau balik asrama sebab risau, tetapi mereka hanya senyum," katanya ketika ditemui di Masjid Al-Hannan di sini pada Isnin.Menurut Hashim, Luqman Nulrois dan Siti Nur Zulaikha ialah anak kedua dan ketiga daripada enam beradik."Dua beradik itu sangat rapat dan mereka budak yang baik... bukan jenis nakal tetapi taat kepada keluarga selain tidak tinggal solat."Sedih sebab mereka pergi pada usia belasan tahun, masih muda, dalam bulan Ramadan, apatah lagi dekat hendak sambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.Media sebelum ini melaporkan dua beradik itu meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki mereka melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diletakkan di kiri jalan ketika melalui Lebuhraya Utara-Selatan.Mereka dilaporkan sedang dalam perjalanan dari rumah di Yan, Kedah ke Kolej Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang.



'Dia kata penat, nak tidur selama-lamanya' - Rakan sebilik kongsi luahan Siti Nur Zulaikha sebelum nahas - Sinarharian - 2/03 3:10 pm

YAN - Pelajar Kolej Vokasional Nibong Tebal yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ketika dalam perjalanan ke asrama bersama abangnya pada Ahad pernah meluahkan rasa ingin tidur buat selama-lamanya akibat kepenatan.Luahan Siti Nur Zulaikha Muhammad Shukor, 18, itu dikongsi Putri Aisya Humaira Abdullah, 18, yang merupakan rakan sebilik arwah.Menurut Putri Aisya Humaira, rakannya itu berkongsi luahan tersebut ketika mereka berjalan kaki dari asrama menuju ke kelas pada Jumaat lalu."Dia kata penat..



Tragedi Tangkak dedah konflik reka bentuk lebuh raya, amalan penguatkuasaan - FMT - 28/02 10:19 pm

Pakar keselamatan jalan raya berkata insiden maut di Lebuhraya Utara-Selatan isyarat prosedur belum disesuaikan dengan risiko trafik moden.



Mekanik tunggang RXZ maut, putus dua kaki terbabas rempuh penghadang jalan - Sinarharian - 28/02 2:07 pm

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Seorang mekanik maut selepas motosikal jenis Yamaha RX-Z ditunggang merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 11.2 Lebuhraya KajangSeremban (LEKAS) di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan kira-kira jam 2.45 pagi menyebabkan mangsa iaitu lelaki berusia 28 tahun maut di lokasi kejadian."Siasatan polis mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari Kajang secara tiba-tiba hilang kawalan dan telah melanggar besi penghadang di sebelah kanan jalan."Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah iaitu putus kedua belah kaki," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379.Tegas beliau, polis menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu."Pihak polis juga menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat menduga kelajuan dan membuat aksi yang bahaya."Jika didapati membuat kesalahan ini tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menganggu penguna jalan raya yang lain dan boleh dihukum penjara tidak meleibihi lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000," ujarnya.



Hentian sebelah Bukit Gantang Lebuh raya PLUS arah selatan ditutup, kerja naik taraf bermula 1 Mac - Careta - 28/02 7:56 am

"Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan) di KM225 Lebuhraya Utara-Selatan bakal berwajah baharu untuk memberikan lebih keselesaan kepada pengguna Lebuhraya PLUS," menurut kenyataan itu



Mohd Hadzmir dilantik KP LLM baharu - Sinarharian - 27/02 5:48 pm

SHAH ALAM - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan pelantikan Mohd Hadzmir Yusoff sebagai Ketua Pengarah yang baharu, berkuat kuasa pada 11 Februari lepas.Pelantikan itu susulan persaraan wajib Ketua Pengarah LLM terdahulu, Datuk Sazali Harun.LLM dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan dan kelangsungan peranan agensi itu sebagai badan pengawal selia industri lebuh raya bertol negara."Ia selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan aspirasi Malaysia Madani."LLM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sazali atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga persaraan," menurutnya.



Lelaki ditahan pandu SUV lawan arus di Lebuhraya Persekutuan - Sinarharian - 27/02 11:43 am

PETALING JAYA Seorang lelaki tempatan ditahan selepas memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis berkaitan kejadian itu kira-kira jam 10.09 malam.Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 6 petang apabila sebuah kenderaan SUV jenis Jaecco J7 berwarna putih dipandu melawan arus sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang melalui jalan berkenaan."Pemandu Perodua Myvi merupakan seorang wanita warga tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala seorang lelaki yang memandu kenderaan Jaecco J7 ditahan untuk pertuduhan dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Shamsudin mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan."Kita tidak akan berkompromi kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan akan mengambil tindakan tegas."Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian kemalangan itu, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 atau ipd petaling jaya ditalian 03-79662222 bagi membantu siasatan," katanya.




Reformasi     >>



Tindakan gari Zamri Vinoth ikut undang-undang - IGP - Mkini
Selain kes di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Zamri turut disiasat mengikut Akta Hasutan yang memerlukan tindakan prosedur berbeza.
Kroni     >>



Attempts to smuggle 2,000 litres of petrol at Bukit .. - Star
JITRA: Police foiled attempts to smuggle about 2,000 litres of petrol after intercepting five pickup trucks at Bukit Kayu Hitam Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex, yesterday. Read full story
Tabloid     >>



Harimau Malaya pertimbang bawa AFC pula ke CAS - Hotfm
Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang termasuk membawa kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) susulan hukuman dikenakan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung isu tujuh pemain.
Tech     >>



Google is testing Search Live in more markets - Engadget
Update, 4:05PM ET: A few hours after this story was published, Google reached out to retract the news. The company provided Engadget with the following statement: "Search Live has not rolled out globally to all users. It remains available in the US and India, with testing currently underway in ..
World     >>



Exclusive-US weighs military reinforcements as Iran .. - Star
WASHINGTON, March 18 (Reuters) - President Donald Trump's administration is considering deploying thousands of U.S. troops to reinforce its operation in the Middle East, as the U.S. military prepares for possible next steps in its campaign against Iran, said a U.S. official and three people ..
Motor Trend     >>



Motosikal Bimota Kb399 Diumumkan, Kembar Jahat Ninja .. - Mekanika
# BIMOTA KB399 DIUMUMKAN, KEMBAR JAHAT NINJA ZX-4RR -399CC, 79HP **Bimota memperkembangkan tawaran model baharu bagi tahun 2026 kali ini menerusi model paling kecil dalam portfolio mereka menerusi KB399 dan KB399 ES serba baharu.** Menggunakan Kawasaki Ninja ZX-4RR sebagai asas utama, KB399 ..