///
See Also: Shutterstock

Search : Lth News   Page 1    



Larang ahli politik pegang jawatan dalam Tabung Haji antara 25 syor... - Mygazette - 30/07 4:12 pm

Turut dicadangkan dalam 25 syor RCI, pembatalan pelantikan anggota lembaga perlu dirujuk kepada jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang ditubuhkan. "Pindaan perlu dibuat ke atas Akta 535 bagi menambahbaik tadbir urus dan kawal selia Lembaga Tabung Haji (LTH)," demikian menurut laporan setebal 252 muka surat bertarikh 19 Julai 2022 yang didedahkan kepada umum semalam





RCI TH dedah pelaburan, transaksi bermasalah dan penyembunyian maklumat - Mygazette - 30/07 4:12 pm

Laporan itu menyebut, tiada koordinasi di antara Ketua Pegawai Pelaburan (CIO), Ketua Kewangan Korporat (CF), Ketua Pegawai Hartanah dan Ketua Bahagian Perbendaharaan menyebabkan aliran proses pelaburan menjadi tidak jelas. Sehubungan itu, RCI mencadangkan audit forensik dilaksanakan terhadap 14 buah syarikat bagi meneliti bagaimana keputusan pelaburan lalu dibuat sehingga menyebabkan LTH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk





RCI Tabung Haji: 4 laporan polis dibuat di antara 2018 dan 2019 - Mygazette - 30/07 4:11 pm

Sehubungan itu, RCI berpandangan, pihak-pihak berkuasa wajib mengambil tindakan yang tegas dan segera ke atas setiap laporan dan aduan yang dikemukakan. Dua laporan awal dibuat oleh pengadu, Idrus Ismail ketika itu Setiausaha Syarikat Lembaga Tabung Haji (LTH) berhubung dakwaan penganjuran aktiviti menggunakan wang Yayasan Tabung Haji yang didakwa menyalahi `Memorandum and Articles of Association) yayasan itu





Selesai baki 25 peratus syor RCI bukti komitmen TH - Bekas Menteri Agama - Sinarharian - 30/07 2:35 pm

SHAH ALAM - Usaha pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan kira-kira 75 peratus daripada syor yang dikemukakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mencerminkan komitmen institusi itu memperkukuhkan tadbir urus dan memulihkan keyakinan pendeposit.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, usaha pemulihan yang sedang dilaksanakan pengurusan dan warga TH wajar diberikan penghargaan."Alhamdulillah, tirai RCI telah dibuka, selain belajar daripada sejarah dan luka semalam, jangan terlupa menghargai tangan yang tekun menyembuhkannya."Membina lebih sukar daripada mengkritik. Memulihkan lebih berat daripada menghukum."Tahniah dan terima kasih saya ucapkan buat Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan serta seluruh warga TH, kerana atas ikhtiar gigih melaksanakan 75 peratus daripada cadangan RCI," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: 'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' Mujahid'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal SalehPenerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi IKIMRCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihanLaporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THTerdahulu, TH dalam kenyataan memaklumkan pihaknya dalam proses melaksanakan 25 syor penambahbaikan RCI dengan 75 peratus daripadanya berjaya diselesaikan bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi itu.Mohd Na'im berkata, kredibiliti Abdul Rashid sebagai pengasas Kumpulan RHB dilihat memberi nilai tambah kepada usaha pelaksanaan pembaharuan yang sedang digerakkan oleh TH."Abdul Rashid juga merupakan salah seorang ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dilantik bagi mengkaji isu-isu pengurusan dan pentadbiran Lembaga Tabung Haji."Justeru, tatkala mata tertumpu pada kesilapan yang lalu, beliau serta pengurusan TH menumpukan masa dan tenaga melaksanakan dengan kesungguhan, keberanian melakukan pembaharuan, dan komitmen mengembalikan keyakinan umat," katanya.Beliau turut mengharapkan segala usaha yang dilaksanakan akan terus dipermudah dan diberkati supaya TH kekal teguh sebagai institusi kebanggaan umat Islam di negara ini."Wira yang sebenar sering kali ialah mereka yang paling setia memikul amanah," katanya lagi.





RCI Tabung Haji: 'Saya sedia disiasat semula jika benar wujud sakau'- Abdul Azeez - Sinarharian - 30/07 2:09 pm

Tapi Alhamdulillah ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi Perdana Menteri, beliau bersetuju buat."Kalau UMNO sakau, menteri saya curi, saya curi selaku pengerusi TH ketika itu, tidak akan saya nak suruh buat RCI. Rakyat boleh menilai,"katanya.ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THBeliau turut memperincikan bahawa selaku pengerusi bukan eksekutif ketika itu, beliau tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan sebarang transaksi atau pelaburan secara bersendirian.Jelasnya, setiap kertas kerja perlu melalui panel pelaburan (investment panel) dan bahagian pengurusan risiko terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah."Saya bukan Pengerusi Eksekutif, saya hanya hanya pengerusi biasa





RCI Tabung Haji: Apa yang perlu anda tahu? - Sinarharian - 30/07 1:54 pm

Bagaimana krisis kewangan berlaku?RCI menyimpulkan TH berdepan masalah kewangan yang serius sebelum pelan pemulihan dilaksanakan pada 2018.Semakan PricewaterhouseCoopers (PwC) mendapati TH mengalami defisit antara aset dan liabiliti sejak 2014.Malah, jika Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) dipatuhi sepenuhnya, TH sebenarnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017, berbanding keuntungan RM3.4 bilion yang dilaporkan.Ketua Audit Negara turut menegur perubahan polisi rosot nilai kewangan pada tahun itu yang diubah sebanyak dua kali.3. Apa punca krisis?RCI mengenal pasti beberapa faktor utama, antaranya:* Pembayaran hibah yang terlalu tinggi sehingga melebihi kemampuan kewangan TH, sekali gus menghakis rizab institusi.* Amalan perakaunan yang disifatkan sebagai "perakaunan kreatif" bagi membolehkan pengisytiharan hibah yang tinggi.* Pemberian sijil audit bersih bagi penyata kewangan 2014 hingga 2017 walaupun laporan audit 2017 mengandungi penekanan terhadap perkara penting (*Emphasis of Matter*).* Pengembangan pelaburan secara besar-besaran dalam sektor seperti hartanah dan perladangan walaupun TH tidak mempunyai kepakaran mencukupi, menyebabkan kerugian terutama dalam anak syarikat.ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH4





PH gesa siasatan menyeluruh kerugian RM12.6 bilion Tabung Haji - Sinarharian - 30/07 12:55 am

SEREMBAN Pakatan Harapan (PH) menggesa siasatan menyeluruh dilakukan susulan enam penemuan utama dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan Lembaga Tabung Haji (LTH) antara tahun 2014 hingga 2020.Ketua Sekretariat Jabatan Pilihan Raya PH, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, laporan berkenaan merumuskan bahawa Tabung Haji mengalami kerugian mencecah RM12.6 bilion, selain berdepan isu pelaburan bermasalah, pematuhan perakaunan dan campur tangan politik.Menurutnya, kerugian tersebut perlu disiasat kerana melibatkan amanah kira-kira sembilan juta pendeposit yang meletakkan kepercayaan kepada institusi berkenaan."Kerugian berbilion ringgit ini mesti disiasat kerana ia adalah amanah besar sembilan juta penabung yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Tabung Haji," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Saifuddin berkata, antara penemuan utama RCI adalah kedudukan kewangan Tabung Haji yang berada pada tahap kritikal apabila institusi itu didakwa sepatutnya merekodkan kerugian RM1.4 bilion pada 2017 sekiranya piawaian perakaunan dipatuhi sepenuhnya.Katanya, jumlah tersebut berbeza dengan keuntungan RM3.4 bilion yang diumumkan pada tahun berkenaan, manakala kerugian kemudiannya meningkat sehingga kira-kira RM10 bilion.Menurut beliau, laporan itu turut mendapati hibah diagihkan tanpa mengambil kira rosot nilai pelaburan dan kejatuhan nilai aset, sekali gus menyebabkan keuntungan yang diumumkan tidak mencerminkan kedudukan sebenar."RCI juga menerima dapatan bahawa rosot nilai melibatkan pelaburan, anak syarikat, instrumen pendapatan tetap dan hartanah tidak direkodkan sepenuhnya seperti yang dikehendaki piawaian perakaunan," katanya.Tambahnya, turut dikenal pasti ialah jurang defisit antara aset dan liabiliti yang dipercayai telah berlaku sejak 2014 apabila aset Tabung Haji tidak lagi mencukupi untuk menampung liabiliti kepada pendeposit.Saifuddin berkata, RCI turut membangkitkan isu campur tangan politik menerusi pelantikan ahli politik sebagai pengerusi dan ahli lembaga yang menjejaskan persepsi terhadap tadbir urus institusi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHSelain itu, beberapa pelaburan strategik termasuk pegangan dalam FGV dan aset lain didakwa mengalami kejatuhan nilai ketara sehingga memberikan kesan besar kepada kedudukan kewangan Tabung Haji."Wang pendeposit tidak wajar digunakan untuk membayar elaun dan bonus yang tinggi, tujuan bergaya, kepentingan politik atau pelaburan yang dibuat sewenang-wenangnya tanpa memberikan pulangan," katanya.Menurutnya, sekiranya terdapat bukti salah laku, tindakan pendakwaan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang supaya pihak bertanggungjawab menerima hukuman setimpal.Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan perlu melaksanakan usaha pemulihan bagi mengembalikan keyakinan pendeposit serta memastikan hak mereka terus dilindungi.ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THSaifuddin turut mendakwa pengurusan Tabung Haji kini berada dalam kedudukan lebih selamat apabila 75 peratus syor RCI telah dilaksanakan, selain aset kembali melebihi liabiliti dan agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus diberikan bagi tahun 2025."Ahli politik juga tidak lagi boleh terlibat dalam Tabung Haji dan semua anak syarikatnya," katanya.Justeru, PH menyeru kerajaan memperkukuh tadbir urus serta memperkemas mekanisme pengawasan bebas bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang."Usaha keras pendeposit yang majoritinya terdiri daripada umat Islam dan masyarakat Melayu merupakan amanah yang tidak boleh dipermainkan," katanya.





RCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihan - Sinarharian - 30/07 11:44 am

KUALA LUMPUR - Jaminan kerajaan kepada pendepositLembaga Tabung Haji (TH)yang kinibernilai RM88 bilion perludiaktifkan sekiranya TH gagal melaksanakan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH 2018,menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.Dalam Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji dari 2014 hingga 2020yang diterbitkan semalam, suruhanjaya itu berkata kerajaan perlu mengambil perhatian serius mengenai pelaksanaan PelanPemulihan dan Penstrukturan LTH 2018 bagi memastikan objektifnya tercapai."Jika LTH gagal, jaminan Kerajaan (seksyen 24 Akta 535) kepada pendeposit yang sekarang bernilai RM88 bilion terpaksa diaktifkan."Dalam keadaan sedemikian, bukan sahaja TH akan menanggung akibatnya tetapi kedudukan kewangan kerajaan akan turut terjejas dan ini mengancam kestabilan sistemik kewangan negara," menurut laporan itu.RCI turut berpandangan bahawa instrumen sukuk boleh diperkukuh sekiranya disokong jaminan kerajaan.Secara keseluruhannya, suruhanjaya itumendapati, TH terdedah kepada risiko strategik yang boleh memberi kesan kepada ekosistem kewangan negara.Menurut laporan itu, isu yang dihadapi TH berpotensimembawa kepada krisis kewangan negarayang lebih besar dan memberi impak kepada keyakinanpelabur terhadap Malaysia serta kemampananpertumbuhan ekonomi negara serta kelangsungan THmelaksanakan fungsinya, jelas RCI."Suruhanjaya difahamkanbahawa tindakan segera perlu dilaksanakan dalam masayang singkat untuk memulihkan kedudukan kewanganTH sebelum berakhir tahun kewangan 2018," katanya.Sehubungan dengan itu, bagi menilai pelan pemulihan TH berkenaan, sebuah JawatankuasaKhas telah ditubuhkan yang dianggotai oleh wakil dari PejabatPerdana Menteri, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan serta pengurusan kanan TH.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHJawatankuasa itutelahmempertimbangkan pelan yang efektif bersandarkanempat teras utama.Bagi teras yang pertama, pelan ituperlu melindungi kepentinganhampir 9.3 juta pendeposit TH, di samping memastikan kelangsunganfungsi utama TH iaitu dalam pengurusan haji.Pada masa sama, pelan tersebut perlu mengembalikan keupayaan TH mengagihkan keuntungan (hibah) kepada pendeposit selaras sepenuhnya dengan Akta Tabung Haji 1995.Selain itu, pelan berkenaan juga perlu meminimumkan impak terhadap kedudukan fiskal negara serta mengelakkan sebarang risiko yang boleh menggugat kestabilan ekonomi, menurut suruhanjaya itu.-Bernama





Tabung Hajis RM88b depositor guarantee could be triggered if LTH fails, says RCI - Malaymail - 30/07 11:33 am

KUALA LUMPUR, July 30 The governments guarantee to depositors of Lembaga Tabung Haji (TH), currently wort...





Penerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi - IKIM - Sinarharian - 30/07 10:56 am

KUALA LUMPUR - Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyambut baik keputusan Kerajaan untuk mendedahkan dan menerbitkan laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),Profesor Madya DatukDr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, langkah itumencerminkan komitmen terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.Selain itu katanya, iamemenuhi hak masyarakat khususnya para pendeposit untuk memperoleh penjelasan yang menyeluruh berhubung pengurusan sebuah institusi amanah umat Islam di Malaysia."TH bukan sekadar sebuah institusi kewangan tetapi institusi Islam yang menjadi kebanggaan negara."Selama lebih enam dekad, TH memainkan peranan penting dalam membantu umat Islam menyimpan secara teratur bagi menunaikan ibadah haji serta menguruskan operasi jemaah Malaysia dengan cekap."Keupayaan tersebut telah menjadikan TH antara model pengurusan simpanan dan haji yang dihormati serta dirujuk di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THIKIM berpandangan bahawa laporan RCI hendaklah dilihat sebagai ruang untuk mengambil iktibar, mengenal pasti kelemahan dan memperkukuh pembaharuan institusi, bukannya dijadikan bahan polemik atau penghukuman awal terhadap mana-mana pihak.UjarMohamed Azam, setiap dapatan dan syor perlu diteliti secara menyeluruh dan berasaskan fakta."Dari perspektif Islam, pengurusan simpanan pendeposit ialah amanah besar yang mesti berteraskan prinsip hifz al-mal, keadilan, ketelusan dan integriti."Pelaksanaan syor RCI hendaklah mengutamakan kepentingan pendeposit, pematuhan Syariah, pengurusan risiko berhemah serta kemampanan TH," jelasnya.IKIM menyeru semua pihak memberi ruang kepada kerajaan dan TH melaksanakan penambahbaikan secara teratur agar institusi ini kekal diyakini dan menjadi kebanggaan negara





RCI Tabung Haji: 'Alhamdulillah kebenaran terbukti, saman RM5 juta bakal menanti - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 30/07 9:30 am

Saman RM5 juta bakal menanti. LOD telahpun berjaya diserahkan kepada pemfitnah."Janji saya, Insya-ALLAH setiap sen wang ganti rugi akan diinfakkan kepada Yayasan Pelajaran Mara untuk manfaat pelajar miskin," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHPada Rabu, Sinar Harian melaporkan krisis yang melanda TH berpunca daripada kelemahan tadbir urus dan pengurusan, bukannya disebabkan salah guna kuasa.Laporan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 menyatakan, pelbagai masalah yang berlaku adalah hasil gabungan beberapa faktor.Menurut laporan itu, ia termasuk pembayaran hibah yang tidak mampan, keputusan pelaburan berisiko tinggi, amalan perakaunan yang tidak sesuai serta kelemahan sistem tadbir urus.ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui THSebelum ini, Asyraf Wajdi mengarahkan peguamnya menyerahkan LOD kepada dua individu yang didakwa memfitnahnya berhubung isu Lembaga TH.Penyerahan LOD itu dilakukan menerusi Tetuan Adnan Sharida dan Associates.Individu berkenaan adalah Ahli Majlis Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Ismail Salleh dan pemilik akaun media sosial Abied Abdullah iaitu Habin Faisal Mohamed.Ia selepas Ismail dan Abied Abdullah membuat dan menyebarkan hantaran yang didakwa mengaibkan serta memfitnah Asyraf Wajdi berhubung peranan beliau dalam isu Tabung Haji.





RCI Tabung Haji cadang bonus TH Properties RM2.19 juta ditarik balik - Sinarharian - 30/07 7:41 am

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mencadangkan bonus yang diberi kepada ahli lembaga pengarah dan pengurusan TH Properties berjumlah RM2.19 juta ditarik balik memandangkan bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan.Menurut Laporan RCI Tabung Haji yang diterbitkan malam Rabu, suruhanjaya itu telah meneliti dokumen dan minit mesyuarat berkaitan isu pembayaran bonus kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan tertentu TH Properties."Bayaran bonus yang diberikan kepada ahli lembaga pengarah TH Properties dan kakitangan tertentu pada 2017 dan 2018 adalah atas alasan projek pembangunan di Australia terutamanya "The Bay Pavillion" memberikan sumbangan kewangan yang ketara kepada TH Properties pada 2016 dan 2017."Suruhanjaya mendapati beberapa orang terpilih diberikan bonus istimewa dengan jumlah sebanyak RM1,148,400 pada 2017 dan RM1.045 juta pada 2018," menurut laporan itu.Selain itu, suruhanjaya itu menjelaskan terdapat pembayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan Lembaga Tabung Haji (LTH).ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTH"Semakan suruhanjaya mendapati kadar bonus yang diberikan kepada kakitangan LTH adalah amat tinggi pada 2010 hingga 2017."Kadar bonus yang diberikan adalah antara dua hingga 13 bulan termasuk bonus tahunan dan bonus khas," tambah RCI.Lazimnya Menteri Hal Ehwal Agama dan Kementerian Kewangan (MOF) hanya akan menerima cadangan pemberian bonus seperti yang disyorkan oleh pengurusan LTH dan lembaga pengarahnya.ARTIKEL BERKAITAN: RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaRCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH"Ini termasuk ketika cadangan pemberian bonus luar biasa pada 2014 pada kadar satu hingga 11 bulan gaji bagi bonus tahunan dan dua bulan gaji bonus khas dengan jumlah keseluruhan boleh mencecah 13 bulan gaji yang melibatkan peruntukan sebanyak RM74 juta," kata RCI.Suruhanjaya berpendapat, mengambil kira isu kewangan yang dihadapi oleh LTH bermula pada 2014 hingga 2017 apabila nilai aset lebih rendah daripada lialibiliti seperti yang dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan dan diakui oleh Jabatan Audit Negara, ia membuktikan pemberian bonus dengan jumlah yang tinggi oleh LTH adalah tidak wajar.Justeru, RCI Tabung Haji menyarankan amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan hendaklah dihentikan





Laporan RCI TH: Ghairah bayar hibah tinggi sejak 2014-2017 punca krisis .. - Wrlr - 30/07 6:19 am

Harapandaily July 29, 2026 Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mendapati keghairahan membayar agihan keuntungan (hibah) yang tinggi sejak tahun 2014 hingga 2017 telah melampaui kemampuan kewangan LTH, sekali gus mendorong kepada krisis kewangan terhadap Insitusi tersebut





Laporan RCI dedah CEO, Pengerusi Lembaga TH ditamatkan kontrak tanpa sebab - Wrlr - 30/07 6:18 am

Manakala penamatan perkhidmatan Tan Sri Md Nor Md Yusof sebagai Pengerusi Lembaga pada 15 Oktober 2021, sebelum tarikh tamat tempoh kontrak yang baru disambung selama dua tahun mulai 20 Julai 2020. Suruhanjaya mendapati kedua-dua mereka telah memberikan perkhidmatan yang baik dan sebenarnya sedang melaksanakan penambahbaikan terhadap LTH





RCI dedah kuasa luas menteri dalam urus tadbir TH - Wrlr - 30/07 5:56 am

"Menteri juga diberi kuasa menentukan pembayaran honorarium, elaun perjalanan dan elaun sara hidup kepada Ahli Lembaga. "Selain itu, Menteri boleh mengeluarkan arahan bersifat am yang selaras dengan Akta 535 berkaitan pelaksanaan fungsi TH dengan institusi itu diwajibkan melaksanakan semua arahan berkenaan," dedah RCI TH hari ini Laporan itu mendedahkan, Akta 535 memberi kuasa kepada menteri untuk memberi LTH apa-apa arahan yang bersifat am yang selaras dengan Akta 535 yang berhubung dengan pelaksanaan fungsi LTH dan institusi itu hendaklah menguatkuasakan semua arahan sedemikian





RCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH - Sinarharian - 29/07 11:58 pm

KUALA LUMPUR Individu yang masih aktif dalam politik disyorkan tidak lagi dilantik sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Lembaga Tabung Haji (TH) bagi memastikan institusi itu bebas daripada persepsi campur tangan politik.Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam laporannya menyatakan semakan mendapati beberapa Ahli Lembaga TH dalam tempoh siasatan antara 2014 hingga 2020 terdiri daripada individu yang masih aktif dalam politik.Menurut laporan itu, antara yang dikenal pasti ialah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 2011 sebelum menjadi Pengerusi TH dari 2013 hingga 2018 ketika beliau juga merupakan Ahli Parlimen Baling dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.Laporan sama turut menyenaraikan Tan Sri Badruddin Amiruldin yang menganggotai Lembaga TH dari 2005 hingga 2018, selain pernah menjadi Ahli Parlimen Yan/Jerai dari 2004 hingga 2008 dan memegang jawatan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO.Selain itu, Datuk Rosni Sohar turut berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH dari 2014 hingga 2018 ketika masih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Setiausaha Wanita UMNO Malaysia sejak 2013.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasaTerdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.Dokumen setebal 211 halaman dalam format dokumen mudah alih (PDF) itu dimuat naik di laman web JAKIM malam ini dan mengandungi ringkasan eksekutif, empat bab utama serta senarai ekshibit berkaitan siasatan.Ia turut mengandungi penemuan siasatan dan syor penambahbaikan pengurusan dan operasi TH untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Dalam laporan sama, RCI berpandangan pembabitan ahli politik dalam pengurusan TH boleh menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.Menurut laporan itu, pertentangan ideologi politik yang semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan terdapat pihak menjadikan keputusan Lembaga TH sebagai bahan kritikan sehingga menjejaskan kredibiliti institusi berkenaan.Sehubungan itu, RCI mengesyorkan Pengerusi dan Ahli Lembaga TH tidak lagi dilantik daripada kalangan ahli politik yang masih aktif."Jika seseorang yang dilantik sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga didapati terbabit secara aktif dalam politik, beliau hendaklah meletakkan jawatan atau digugurkan daripada jawatan tersebut," menurut laporan itu.





RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasa - Sinarharian - 29/07 11:32 pm

PUTRAJAYA - Krisis yang melanda Tabung Haji (TH) berpunca daripada kelemahan tadbir urus dan pengurusan, bukannya disebabkan salah guna kuasa.Laporan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 menyatakan, pelbagai masalah yang berlaku adalah hasil gabungan beberapa faktor.Menurut laporan itu, ia termasuk pembayaran hibah yang tidak mampan, keputusan pelaburan berisiko tinggi, amalan perakaunan yang tidak sesuai serta kelemahan sistem tadbir urus.Jelas laporan berkenaan, suruhanjaya tidak membuat sebarang dapatan bahawa berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana individu walaupun beberapa transaksi mencurigakan dan pelaburan bermasalah dikenal pasti sepanjang siasatan.Bagaimanapun, RCI mengesyorkan audit forensik dijalankan terhadap beberapa pelaburan bagi menentukan sama ada wujud pelanggaran undang-undang atau salah laku yang memerlukan tindakan lanjut.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusiRCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHRCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikanRCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535Media sebelum ini melaporkan, Jemaah Menteri bersetuju menyahklasifikasikan dan mendedahkan Laporan RCI mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 selepas menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH serta memperhalusi kandungan laporan itu dalam mesyuarat kabinet.Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, laporan tersebut mengandungi 25 syor penambahbaikan, dengan 75 peratus daripadanya telah berjaya dilaksanakan oleh pengurusan tertinggi TH.Laporan itu turut mendapati proses membuat keputusan pelaburan di TH tidak dilaksanakan secara tersusun selain berlaku kelemahan koordinasi antara pengurusan kanan, Panel Pelaburan dan pihak berkaitan."Proses membuat keputusan pelaburan didapati tidak teratur, tidak jelas serta gagal memastikan semakan yang mencukupi, sekali gus menyumbang kepada berlakunya pelaburan yang bermasalah," menurut laporan itu.RCI turut menegaskan bahawa walaupun terdapat transaksi yang mencurigakan dan beberapa pelaburan bermasalah, audit forensik wajar dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud pelanggaran undang-undang atau salah laku yang memerlukan tindakan selanjutnya.





Laporan RCI TH: Ghairah bayar hibah tinggi sejak 2014-2017 punca krisis kewangan TH - Harapandaily - 29/07 11:28 pm

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mendapati keghairahan membayar agihan keuntungan (hibah) yang tinggi sejak tahun 2014 hingga 2017 telah melampaui kemampuan kewangan LTH, sekali gus mendorong kepada krisis kewangan terhadap Insitusi tersebut





RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikan - Sinarharian - 29/07 11:02 pm

PUTRAJAYA Amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dihentikan bagi memastikan tadbir urus institusi itu lebih berhemah serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH dalam laporannya menyatakan, usaha juga perlu dilakukan bagi mendapatkan semula bonus yang telah dibayar kepada Ahli Lembaga dan Pengurusan TH Properties kerana ia diberikan tanpa mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.Menurut laporan itu, langkah berkenaan penting bagi memastikan amalan pengurusan kewangan dan tadbir urus dalam TH diperkukuhkan."Usaha perlu dibuat bagi mendapatkan semula bonus yang telah diberikan kepada Ahli Lembaga dan Pengurusan TH Properties."Ini memandangkan bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan," menurut laporan berkenaan pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkanRCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusi RCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luasKuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semulaRCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politikHibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTHMedia sebelum ini melaporkan, Jemaah Menteri bersetuju menyahklasifikasikan dan mendedahkan Laporan RCI mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 selepas menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH serta memperhalusi kandungan laporan itu dalam mesyuarat kabinet.Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, laporan tersebut mengandungi 25 syor penambahbaikan, dengan 75 peratus daripadanya telah berjaya dilaksanakan oleh pengurusan tertinggi TH.Selain itu, RCI turut mengesyorkan pembabitan Ahli Lembaga dan Pengurusan TH dalam pengurusan syarikat subsidiari LTH dihadkan bagi mengelakkan konflik kepentingan serta membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada tanggungjawab di TH.Dalam laporan sama, RCI berpandangan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak seharusnya bertindak sebagai badan pengawal selia TH.Menurutnya, sekiranya pengawalseliaan masih diperlukan, ia wajar dihadkan kepada aspek kawalan rizab dan pengurusan kecairan sahaja."Bagaimanapun, pengawalseliaan tersebut tidak seharusnya tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (Akta 618)," jelas laporan itu.





Hibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTH - Sinarharian - 29/07 10:37 pm

SHAH ALAM Pembayaran agihan keuntungan (hibah) yang tinggi antara tahun 2014 hingga 2017 didapati telah melangkaui kemampuan kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH) sehingga menghakis rizab institusi itu dan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan kewangannya.Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyatakan, pembayaran hibah yang melebihi kemampuan kewangan LTH sepanjang tempoh berkenaan menyebabkan rizab institusi itu semakin menyusut, sekali gus menjadi antara punca utama krisis kewangan yang melanda institusi tersebut.Menurut laporan itu, kadar hibah yang tinggi turut menarik lebih ramai pendeposit yang mengejar pulangan lumayan, sekali gus menyebabkan LTH terpesong daripada matlamat asal penubuhannya sebagai institusi simpanan untuk bakal jemaah haji.Laporan berkenaan menjelaskan keadaan itu turut mendedahkan LTH kepada risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran atau bank run sekiranya kadar hibah yang diumumkan lebih rendah daripada jangkaan pendeposit."Situasi ini berlaku pada tahun 2019 selepas pengumuman hibah pada kadar 1.25 peratus apabila jumlah deposit LTH menurun daripada kira-kira RM73 bilion kepada RM69 bilion pada akhir tahun tersebut," menurut laporan itu pada Rabu.Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.Dokumen setebal 211 halaman dalam format dokumen mudah alih (PDF) itu dimuat naik di laman web JAKIM malam ini dan mengandungi ringkasan eksekutif, empat bab utama serta senarai ekshibit berkaitan siasatan.Ia turut mengandungi penemuan siasatan dan syor penambahbaikan pengurusan dan operasi TH untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Dalam pada itu, RCI turut mendapati tekanan untuk terus mengisytiharkan hibah yang tinggi menyebabkan LTH mengambil risiko pelaburan yang lebih besar berbanding sepatutnya.Jelas laporan itu, pelaburan LTH ketika berkenaan lebih tertumpu kepada ekuiti yang terdedah kepada turun naik pasaran bagi menjana pulangan lebih tinggi.Dalam masa sama, Suruhanjaya turut mendapati pengurusan LTH mengamalkan amalan perakaunan kreatif bagi membolehkan hibah yang tinggi terus diisytiharkan.Laporan itu menyatakan pengurusan LTH menggunakan nilai aset yang boleh direalisasikan (Realisable Asset Value atau RAV) berbanding nilai aset dalam penyata kewangan tahunan yang diaudit bagi menentukan pematuhan terhadap Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995.RCI turut mengesahkan beberapa penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC) adalah benar, termasuk kewujudan jurang defisit antara aset dan liabiliti LTH sejak tahun 2014.Menurut Suruhanjaya, sekiranya piawaian Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) diguna pakai sepenuhnya, LTH sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion bagi tahun kewangan 2017, bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti yang dilaporkan ketika itu.





RCI Tabung Haji: Tiada syor salah guna kuasa, hanya tak pandai urus - Kosmo - 29/07 10:25 pm

PETALING JAYA Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak membuat syor bahawa berlaku salah guna kuasa dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (LTH), sebaliknya mendapati pelbagai kelemahan tadbir urus dan pengurusan menjadi punca utama krisis yang melanda institusi itu





RCI Tabung Haji: Bonus kakitangan TH tinggi, tak wajar - Kosmo - 29/07 10:03 pm

PETALING JAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mendapati terdapat pembayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan Lembaga Tabung Haji (LTH) dalam keadaan isu kewangan dihadapi LTH





Buletin LaLaport Bbcc Rasmi Hab Pengangkutan Baharu Kl Read More - Mekanika - 17/07 3:48 pm

**Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) terus memperkukuh peranannya sebagai hab gaya hidup dan mobiliti bandar menerusi pelancaran rasmi LaLaport Transportation Hub (LTH), sebuah pusat pengangkutan yang menawarkan kemudahan perjalanan lebih selesa, selamat dan efisien.** Hab yang mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pengiktirafan dan lesen daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu bakal menjadi antara pusat utama perkhidmatan bas ekspres di tengah ibu kota, khususnya bagi laluan rentas sempadan Kuala Lumpur-Singapura




Reformasi     >>



RCI Tabung Haji: Apa orang Melayu nak kata, ujar .. - Mkini
"Ha ini bukan masalah Cina. Oo negeri ni rosak kerana Cina. Cina pula Cina DAP la. Aiyooo tara baik," kata Anwar.
Kroni     >>



Bila Jentera Pahang, Kedah ‘botomu’ di PRN .. - Harakahdaily
“Mungkin bukan setakat ‘moleleh air mato dibueknyo’, silap-silap satu markas ‘bogolek golak tak boghonti’“. Di sebalik peperangan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.05 Serting yang bermula sejak 18 Julai lalu, rupanya ..
Tabloid     >>



Rugi RM10 Bilion? Laporan RCI Tabung Haji: 6 Rumusan .. - Lobakmerah
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Sejak semalam, nama Lembaga Tabung Haji (TH) kembali hangat diperkatakan selepas kerajaan mendedahkan laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan TH. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, TH mengalami kerugian ..
Tech     >>



Google's new Pixel 11 Pro teaser offers a better look .. - Gsmarena
Ahead of its Made by Google event on August 12, Google has released a new teaser for the upcoming Pixel 11 series, and this one offers a closer look at the new Pixel Glow feature. The new teaser highlights how people already rely on several Google services, including Gmail, Google Maps, ..
World     >>



Iraq calls Saudi-US attacks a flagrant violation of .. - Aljazeera
Prime Minister Ali al-Zaidi cancels first official trip to Saudi Arabia in protest.
Motor Trend     >>



Geely Coolray CBU Malaysia Rasmi Dilancarkan Di .. - Careta
Walaupun berkongsi asas dengan Proton X50, versi Indonesia menampilkan gabungan reka bentuk yang agak unik. Bahagian hadapan masih mengekalkan rupa asal Proton X50 sebelum facelift, namun bampar hadapan menggunakan rekaan lebih agresif daripada Geely Binyue facelift yang diperkenalkan di China