///
See Also: Shutterstock

Search : Kren News   Page 1    





Kren runtuh dua maut: Seorang mangsa parah dibenar keluar hospital Kren .. - Mgazette - 16/12 8:00 am

# Kren runtuh dua maut: Seorang mangsa parah dibenar keluar hospital PONTIAN - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) memaklumkan seorang daripada tiga pekerja kontrak yang cedera dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Tanjung Bin, Kukup di sini pada Sabtu lalu, sudah dibenar keluar hospital





2 mangsa kren runtuh masih di hospital - FMT - 16/12 7:45 am

Malakoff Corporation Berhad berkata seorang kakitangan sudah dibenarkan keluar hospital dan pihaknya akan terus memantau rapi keadaan dua mangsa di hospital.





Kren runtuh: Dua masih dirawat, siasatan dalaman dijalankan - Sinarharian - 15/12 10:02 pm

PONTIAN - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) memaklumkan seorang daripada tiga kakitangan kontraktor yang cedera dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Tanjung Bin, Kukup di sini pada Sabtu lalu, sudah dibenar keluar hospital."Dua lagi masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan perubatan."Keadaan mereka akan terus dipantau dengan rapi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Dalam kejadian pada Sabtu, dua pekerja, Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.Mengulas lanjut, Malakoff memaklumkan pihaknya giat melaksanakan siasatan dalaman insiden terbabit dan memberitahu operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin berjalan seperti biasa."Malakoff akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak berkuasa pengawal seliaan berkaitan bagi mengenal pasti punca kejadian."Keselamatan dan integriti operasi kami kekal sebagai keutamaan tertinggi dan kami komited terhadap ketelusan sepanjang proses ini," katanya.Dalam pada itu, syarikat berkenaan turut menzahirkan dukacita atas kehilangan dua kakitangan kontraktor dalam insiden terbabit.





Bomba siasat kebakaran pacuan empat roda di lokasi kren runtuh - Mgazette - 15/12 3:30 pm

# Bomba siasat kebakaran pacuan empat roda di lokasi kren runtuh PONTIAN - Pihak bomba kini menyiasat insiden kebakaran yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di lokasi insiden runtuhan dan kebakaran kren di loji janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup di sini kelmarin





Kawasan runtuhan struktur kren di fasiliti janakuasa elektrik Pontian .. - Mgazette - 15/12 8:16 am

# Kawasan runtuhan struktur kren di fasiliti janakuasa elektrik Pontian diarah tutup KUALA LUMPUR Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengesahkan menerima laporan berhubung satu insiden kemalangan maut melibatkan runtuhan struktur kren di sebuah fasiliti janakuasa elektrik di Daerah Pontian semalam





Kren Runtuh: JKKP keluar dua notis larangan, penutupan lokasi kejadian - Mgazette - 15/12 8:16 am

# Kren Runtuh: JKKP keluar dua notis larangan, penutupan lokasi kejadian JOHOR BAHRU - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengeluarkan dua notis larangan dan arahan penutupan lokasi kejadian kren runtuh di sebuah loji jana kuasa semalam, sehingga siasatan selesai dijalankan





Kren runtuh: JKKP keluar 2 notis larangan, arahan tutup lokasi kejadian - FMT - 14/12 8:13 pm

Notis dan arahan terhadap kawasan Loji Jana Kuasa Tanjung Bin dikeluarkan sementara tunggu siasatan selesai.





Kren runtuh: Jenazah Muhammad Amaluddin selamat dikebumikan - Sinarharian - 14/12 5:28 pm

JOHOR BAHRU - Jenazah mangsa kejadian kren runtuh di sebuah loji janakuasa semalam, Muhammad Amaluddin Hisamudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah pada 3.45 petang tadi.Pengebumian Muhammad Amaluddin, 22, dihadiri ratusan ahli keluarga dan sahabat terdekat serta wakil syarikat Malakoff.Terdahulu, solat jenazah dilakukan di rumah keluarganya di Jalan Nusa Perintis di sini, selepas semua urusan di Unit Forensik Hospital Pontian selesai pada jam 2 petang.Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa Muhammad Alfarid Ahmad, 19, akan dikebumikan di Tanah Merah, Kelantan.Ahli keluarga dua mangsa terlibat mula berada di Hospital Pontian pada jam 9 pagi bagi menguruskan urusan berkaitan jenazah.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata siasatan masih dijalankan dengan pihaknya sedang menunggu laporan pihak berkaitan."Kami masih menunggu laporan penuh bomba dan Tanjung Bin sebelum kenyataan dikeluarkan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.Semalam, dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kren mengangkat arang batu runtuh di kawasan loji janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian pada kira-kira 1 tengah hari dengan kejadian juga menyebabkan kebakaran kecil.Mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini.Susulan kejadian itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu supaya siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan dengan pihak pengurusan loji serta kontraktor terlibat diarahkan memberi kerjasama penuh.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan polis dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal terlibat mengenal pasti punca kejadian





Kren runtuh: JKKP keluar dua notis larangan, lokasi insiden ditutup - Sinarharian - 14/12 4:56 pm

JOHOR BAHRU Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor telah mengeluarkan dua notis larangan serta mengarahkan penutupan kawasan lokasi kemalangan maut susulan insiden runtuhan struktur kren di sebuah fasiliti janakuasa elektrik di Pontian, pada Sabtu.JKKP Johor dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan berkaitan insiden tersebut pada jam 12.10 tengah hari dan segera menggerakkan pasukan penyiasat ke tempat kejadian."Berdasarkan maklumat awal yang diterima, insiden ini melibatkan lima pekerja kontraktor yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di fasiliti berkenaan."Semasa aktiviti tersebut dijalankan, struktur kren runtuh, mengakibatkan dua pekerja meninggal dunia, manakala tiga pekerja lain cedera dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan tersebut.Tambah kenyataan itu lagi, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan."Tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994."Di bawah akta ini, hukuman maksimum terhadap majikan ialah denda sebanyak RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan," katanya.JKKP Johor turut memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius setiap kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan menasihatkan semua majikan agar lebih cakna terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menggesa siasatan yang rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, Pontian.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, dalam satu kenyataan, menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya JKKP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal terlibat, untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mahadir Mamat, dilaporkan berkata dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kren yang mengangkat arang batu runtuh dalam kejadian di Loji Janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian, kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu.Mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan kira-kira jam 3 petang sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala tiga lagi pekerja lelaki tempatan yang cedera dibawa ke Hospital Pontian sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan.





Kren runtuh: Bomba siasat punca kebakaran pacuan empat roda - Sinarharian - 14/12 3:57 pm

PONTIAN - Pihak bomba kini menyiasat punca kebakaran yang melibatkan sebuah pacuan empat roda di lokasi runtuhan kren di loji janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Kanan Bomba I, Muhammad Tarmizi Md Jaafar berkata, laporan berhubung insiden kebakaran itu sedang giat disiapkan."Siasatan bomba lebih menjurus kepada kebakaran yang melibatkan sebuah pacuan empat roda di lokasi ketika insiden runtuhan kren mengangkat arang batu di loji janakuasa berkenaan."Operasi yang memakan masa lebih empat jam membabitkan 15 pegawai dan anggota bomba bermula jam 1 tengah hari pada Sabtu, lebih tertumpu kepada mencari dan menyelamat mangsa serta pemadaman kebakaran," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain memaklumkan, pihaknya masih menunggu hasil siasatan lengkap daripada JBPM, selain laporan penuh daripada pihak pengurusan Malakoff Tanjung Bin.Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan unit forensik Hospital Pontian apabila lebih 50 ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan menunggu proses bedah siasat selesai.Dua jenazah pekerja subkontraktor yang terkorban dalam insiden di loji janakuasa Malakoff, Tanjung Bin dituntut oleh ahli keluarga masing-masing selepas proses bedah siasat selesai di unit forensik Hospital Pontian.Jenazah Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dituntut oleh ahli keluarga kira-kira jam 1 petang sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Tanah Merah, kelantan.Manakala jenazah Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, dituntut oleh ahli keluarga pada jam 1.45 petang dan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah untuk dikebumikan.





Fadillah mahu siasatan rapi insiden runtuhan, kebakaran kren Loji .. - Mgazette - 14/12 3:14 pm

# Fadillah mahu siasatan rapi insiden runtuhan, kebakaran kren Loji Janakuasa Malakoff KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff di Pontian, Johor semalam





Dua maut insiden kren runtuh: Siasatan dalaman dilakukan - Mgazette - 14/12 8:16 am

# Dua maut insiden kren runtuh: Siasatan dalaman dilakukan JOHOR BAHRU - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) akan menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan punca sebenar kren runtuh di jeti Kompleks Tanjung Bin, Pontian, di sini hari ini





Insiden kren runtuh ragut dua nyawa: Dua pekerja lagi kini kritikal di HSA - Mgazette - 14/12 8:16 am

# Insiden kren runtuh ragut dua nyawa: Dua pekerja lagi kini kritikal di HSA PONTIAN - Dua pekerja subkontraktor yang terselamat dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, di sini hari ini, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal





Terkejut bunyi letupan dan asap, bapa mertua tak sangka menantu maut .. - Mgazette - 14/12 8:16 am

# Terkejut bunyi letupan dan asap, bapa mertua tak sangka menantu maut PONTIAN - Seorang penyelia kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang juga bapa mertua kepada mangsa maut dalam runtuhan dan kebakaran kren di sini hari ini, terdengar satu letupan kuat sebelum tragedi tersebut





Tun M Kritik ART, Malayan Union Baharu ??? Peserta Himpunan RXZ... - Mgazette - 14/12 8:16 am

# Tun M Kritik ART, Malayan Union Baharu Peserta Himpunan RXZ Maut Kemalangan #mgflash ((LIVE)) Tun M Kritik ART, Malayan Union Baharu Peserta Himpunan RXZ Maut Kemalangan #mgflash Tun M Terus Bersuara, Kritik ART Umpama Malayan Union Baharu Tiada Siapa Sekat Kuasai Bahasa Mandarin Tapi Iktiraf UEC Silap Besar Peserta Himpunan RXZ Melaka Attack 2025 Maut Kemalangan Polis Siasat Treler Bawa Helikopter Punca Kesesakan Dua Pekerja Maut Dalam Runtuhan Kren Arang Batu di Tanjung Bin Kilang Plastik Terbakar Di Puncak Alam Berjaya Dikawal #malaysiagazette #mgflash #mgnews #mgskop #mgprihatin #mgtv #podcastmg #owh!mg #borakmg Wanita yang mendakwa kononnya isteri kepada penjenayah ditembak mati polis di Durian Tunggal, di sini bulan lalu bukanlah isteri si mati, sebaliknya hanya kekasih si mati yang mempunyai 10 rekod lampau termasuk cubaan bunuh





Dua pekerja maut, kren arang batu runtuh, terbakar di Tanjung Bin - Mgazette - 14/12 8:16 am

# Dua pekerja maut, kren arang batu runtuh, terbakar di Tanjung Bin PONTIAN - Dua pekerja maut tertimbus manakala seorang terselamat dalam kejadian runtuhan kren yang mengangkat arang batu di Malakoff Power Plant, Jalan Tanjung Bin, Kukup di sini hari ini





Kren runtuh: Fadillah mahu siasatan menyeluruh - FMT - 13/12 10:51 pm

Sebarang unsur kecuaian, kegagalan pematuhan SOP atau kelemahan aspek keselamatan tidak boleh dikompromi, tegas TPM.





Insiden kren runtuh: Fadillah mahu siasatan menyeluruh - Sinarharian - 13/12 10:41 pm

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu siasatan rapi, telus dan menyeluruh dijalankan berhubung insiden runtuhan dan kebakaran kren di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, Pontian pada Sabtu.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam satu kenyataan menyeru pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga serta agensi teknikal yang terlibat, mengenal pasti punca sebenar kejadian.Beliau berkata, sebarang unsur kecuaian, kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) atau kelemahan aspek keselamatan tidak boleh dikompromi dan mesti diambil tindakan sewajarnya."Saya turut mengarahkan supaya pihak pengurusan loji dan kontraktor terlibat memberikan kerjasama penuh kepada siasatan serta memastikan semua SOP keselamatan, penyelenggaraan peralatan dan pengurusan risiko dipatuhi sepenuhnya bagi mengelak tragedi seumpama ini daripada berulang."Kementerian akan terus memantau perkembangan kes ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya diperlukan demi memastikan tahap keselamatan industri tenaga negara sentiasa berada pada tahap tertinggi," katanya dalam kenyataan itu.Fadillah berkata, keselamatan dan kebajikan pekerja dalam sektor tenaga sentiasa menjadi keutamaan kementeriannya dan setiap nyawa adalah amat berharga.Dalam kenyataan itu, beliau turut merakamkan rasa simpati dan menzahirkan ucapan takziah terhadap dua mangsa yang terkorban dalam kejadian itu iaitu Allahyarham Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22."Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini





Kren runtuh: Terkejut dengar bunyi letupan, tak sangka menantu maut - Sinarharian - 13/12 10:09 pm

PONTIAN "Saya terkejut bila dengar bunyi letupan yang sangat kuat dengan kepulan asap dari arah Tanjung Bin ketika berada di atas kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), kira-kira jam 12.30 tengah hari."Saya sempat rakam kejadian itu dan hantar kepada ahli keluarga kerana menantu saya bekerja di sana," katanya.Demikian luahan Muhammad Hussin Zulkifli, 40, bapa mentua kepada Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, yang maut dalam tragedi runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, dua pekerja dilaporkan maut, manakala tiga lagi cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.Muhammad Hussin yang bekerja sebagai penyelia kapal di PTP berkata, dia masih terkejut dengan kejadian tersebut memandangkan kedudukan PTP dan Tanjung Bin yang saling berhadapan di Sungai Pulai.Menurutnya, sebaik menerima panggilan kira-kira jam 2 petang yang memaklumkan menantunya antara mangsa terlibat, dia dan isterinya terus bergegas ke Hospital Pontian."Kali terakhir kami bertemu arwah minggu lalu





Kren runtuh: Dua pekerja dilaporkan kritikal - Sinarharian - 13/12 9:49 pm

PONTIAN Dua pekerja yang terselamat dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut."Seorang lagi mangsa yang sebelum ini dirawat di Zon Kuning Hospital Pontian turut dirujuk ke HSA bagi menjalani pemeriksaan lanjut termasuk imbasan MRI."Salah seorang mangsa yang parah mengalami patah tulang rusuk yang terkeluar, menurut doktor pakar," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Kecemasan Hospital Pontian pada Sabtu.Jelas beliau, kesemua mangsa merupakan pekerja subkontraktor penyelenggaraan kren yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan jeti ketika kejadian runtuhan berlaku."Hasil kerjasama pihak penyelamat, PDRM, bomba dan pihak berkuasa Tanjung Bin mendapati siasatan awal menunjukkan staf kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan."Kawasan kejadian masih ditutup dan akan kekal ditutup sehingga siasatan pihak bomba selesai," ujarnya.Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.Dalam pada itu, seramai 15 anggota bomba, dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 petang





Siasatan dalaman akan dilakukan susulan insiden kren runtuh di Kompleks Tanjung Bin - Sinarharian - 13/12 8:00 pm

JOHOR BAHRU - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) akan menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan punca sebenar insiden kren runtuh yang berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di jeti Kompleks Tanjung Bin, Pontian, di sini hari ini.Kenyataan syarikat itu memaklumkan bahawa insiden itu berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari dan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) loji segera dikerahkan ke lokasi kejadian."Susulan insiden itu, dua pekerja kontraktor terbabit telah meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dan dimasukkan ke hospital," menurut kenyataan itu.Malakoff turut memaklumkan bahawa kawasan terjejas telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga, dan siasatan akan dimulakan sebaik sahaja operasi menyelamat selesai sepenuhnya."Keselamatan dan kesejahteraan semua kakitangan yang terlibat kekal sebagai keutamaan tertinggi kami," katanya.Sementara itu, syarikat berkenaan memaklumkan bahawa operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin serta Loji Janakuasa Tenaga Tanjung Bin akan diteruskan seperti biasa dan tidak terjejas oleh insiden tersebut.Malakoff memaklumkan bahawa pihaknya akan memberikan maklumat lanjut jika terdapat sebarang perkembangan penting





2 pekerja maut, 3 cedera kren angkat arang batu runtuh - FMT - 13/12 6:50 pm

Dua warga tempatan maut dalam kejadian di loji janakuasa di Pontian.





Dua pekerja maut, kren arang batu runtuh sebelum terbakar - Sinarharian - 13/12 4:43 pm

PONTIAN [DIKEMAS KINI] Dua pekerja maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Malakoff, Jalan Tanjung Bin, Kukup, di sini tengah hari Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, sebuah kren dipercayai runtuh ketika operasi mengangkat arang batu sebelum menghempap tiga lelaki dewasa warga tempatan yang berada di kawasan berkenaan.Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Alfarid Ahmad berusia 19 tahun beralamat di Tanah Merah, Kelantan manakala seorang lagi Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22 tahun beralamat di Gelang Patah Johor.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazri Ahmad Shahidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 tengah hari.Menurutnya, seramai 15 anggota dengan bantuan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dari BBP Pontian Baru serta BBP Pekan Nenas digerakkan ke lokasi kejadian."Jentera bomba tiba di tempat kejadian pada jam 1.32 tengah hari dan mendapati berlaku runtuhan kren yang turut menyebabkan kebakaran kecil di kawasan loji janakuasa itu."Seorang mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan sedar dengan kecederaan ringan dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS BBP Pontian Baru," katanya dalam kenyataan.Mohd Nazri berkata, seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa ketiga berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3 petang dan turut disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.





Jagdeep jelaskan insiden tular marah kontraktor di Mount Pleasure - Mgazette - 4/12 3:32 pm

# Jagdeep jelaskan insiden tular marah kontraktor di Mount Pleasure GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo tampil menjelaskan punca beliau berang dalam satu klip video tular membabitkan kerja mencantas pokok di Mount Pleasure di sini, sejak Selasa lalu. Menurutnya, reaksi itu tercetus selepas beliau mendapati dua laluan utama di kawasan berkenaan disekat oleh dua kren besar sehingga menyebabkan ribuan penduduk Sea Range Tower dan Seaview Garden terperangkap tanpa akses jalan





Dua lelaki maut, treler hilang kawalan - Mgazette - 4/12 7:43 am

"Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, menurut kenyataan itu. Menurut PGO, proses mengeluarkan mangsa hanya dapat diteruskan dengan bantuan kren bagi mengalihkan jentera berat yang masih berada di atas treler tersebut





Jasad suami isteri ditemukan dalam kereta di dalam sungai - Mgazette - 4/12 7:43 am

"Kenderaan ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat malaysia (JBPM) ketika melakukan selam skuba antara lapan hingga 10 meter. "Selepas diangkat dengan kren, jasad pasangan suami isteri itu ditemukan dalam kereta berkenaan," katanya dalam kenyataan





Mayat suami isteri ditemui dalam kereta terjunam di Sungai Rompin - Sinarharian - 3/12 5:46 pm

ROMPIN - [KEMAS KINI] Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Rompin berhampiran Kampung Rantau Panjang, Leban Chondong, Kuala Rompin di sini ditemukan lemas pada Rabu.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mayat Mohd Zairil Bidin, 40, yang merupakan pemandu lori dan isterinya, Aisyah Shafie, 55 dari Felda Keratong 3, Bandar Tun Razak ditemui terperangkap dalam kereta kira-kira jam 2.50 petang.Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua itu berjaya menemui kereta jenis Perodua Myvi itu jam 11 pagi di dasar Sungai Rompin, kira-kira 60 meter dari lokasi kenderaan tersebut terjunam."Kenderaan itu berjaya dinaikkan jam 2.50 petang dengan bantuan kren sebelum mayat kedua mangsa dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat,"Kertas siasatan kes orang hilang (OH) telah diklasifikasikan semula sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang pada Selasa itu, Mohd Zairil dan isterinya, Aisyah dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Rompin pada kedalaman dianggarkan 10 meter.Semasa kejadian, air sedang pasang dan arus agak kuat menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menjadi lebih mencabar.Pihak bomba menjalankan pencarian di permukaan menggunakan bot aluminium, manakala Unit Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pekan diaktifkan untuk menjalankan selaman.



Kren pengangkat disyaki punca runtuhan struktur ECRL Kren pengangkat disyaki punca runtuhan struktur ECRL - SUN - 20/11 8:18 am




Reformasi     >>



Ini sebabnya akaun Bersatu masih disita oleh SPRM - Harapandaily
Peguam kanan persekutuan Nurhafizza Azizan menjelaskan bahawa Bersatu dan presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu didakwa bersekali di dalam kes sitaan akaun Bersatu. Sitaan tersebut belum tamat tempoh kerana tuduhan telah mengatasi perintah tersebut. Selagi penghakiman belum diumumkan, ..
Kroni     >>



Business : Captain Izham Bids Farewell To Final Media .. - Bernama
KUALA LUMPUR, Dec 15 (Bernama) -- Outgoing Malaysia Aviation Group (MAG) group managing directorDatuk Captain Izham Ismail on Monday marked his final official engagement with the media, closing a chapter spanning more than four decades with the company, withgratitude, reflection and quiet ..
Tabloid     >>



'Mahu tenang bersama bukan nak cari drama' - Hmetro
Selepas bertahun-tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, tanggal 12 Disember lalu menyaksikan status penyanyi dan pelakon, Erra Fazira berubah menjadi isteri kepada usahawan, Ezwan Zain. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



In 2025, tech giants decided smart glasses are the .. - Engadget
There's a growing sentiment that gadgets have gotten boring. And while I don't fully agree, I understand why people might feel that way. Just think about some of the novel device types that companies have tried to push since the original iPhone came out. 3D TVs were a massive flop and tablets ..
World     >>



Toronto relative says rabbi killed in Sydney Hanukkah .. - Globalnews
Rabbi Eli Schlanger was one of at least 15 people killed at the event on Bondi Beach on Sunday after two gunmen opened fire on the crowd.
Motor Trend     >>



Motosikal Rasmi: Gracshaw Buka Concept Store Pertama .. - Mekanika
# RASMI: GRACSHAW BUKA CONCEPT STORE PERTAMA DI MALAYSIA **Jenama helmet tempatan, Gracshaw mengorak langkah kedua terbesar selepas penjenamaan semula dengan pelancaran Gracshaw Concept Store pertama seumpamanya.** Bertempat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Concept Store ini adalah antara ..