///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Koperal News   Page 1    



KDN, PDRM pastikan kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul terjamin - Saifuddin Nasution - Astroawani - 8/08 9:45 pm

KDN dan PDRM akan memastikan kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, yang terkorban dalam usaha menangkap penjenayah di Alor Setar, semalam terjamin.





Jaminan KDN jaga kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul dihargai - Sinarharian - 8/08 6:00 pm

KUALA LUMPUR - Jaminan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang terkorban dalam usaha menangkap penjenayah di Alor Setar, Kedah semalam terjamin amat dihargai.Timbalan Pengerusi II Pertubuhan Peduli Masyarakat (PERMAS), Amin Auzaie Ibrahim mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada KDN kerana mengambil tindakan pantas membela nasib ahli keluarga Allahyarham Koperal Mohd Hafizul Izham.Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengambil tindakan pantas dan penuh tanggungjawab dalam menguruskan pemergian anggota yang sanggup mengorbankan jiwanya sendiri."Allahyarham Koperal Mohd Hafizul bukan sahaja seorang anggota keselamatan, malah wira negara yang mempertahankan keamanan awam dengan penuh keberanian dan semangat juang yang tinggi."Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah kepada negara seluruhnya," kata Mohd Amin dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.Kejadian yang melibatkan Mohd Hafizul telah mendapat perhatian segera daripada pihak Kementerian Dalam Negeri.Mohd Hafizul yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas dirempuh kenderaan dinaiki penjenayah disyaki terlibat dalam kes pecah rumah.Dalam kejadian 3.30 petang semalam, pihak polis menerima maklumat awam berhubung aktiviti jenayah disyaki pecah rumah di taman perumahan berkenaan sebelum sepasukan lima pegawai serta anggota JSJ IPK Kedah termasuk Allahyarham telah ke lokasi kejadian dengan menaiki dua kenderaan.Bagaimanapun sebaik tiba, Mohd Hafizul yang keluar dari kereta terus dirempuh kenderaan dinaiki suspek yang cuba melarikan diri.Allahyarham yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang suspek berjaya ditahan di lokasi sementara tiga lagi melarikan diri sebelum berjaya diberkas di Kepala Batas, dekat Alor Setar.Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 457 akta sama kerana pecah rumah.Allahyarham meninggalkan isteri Nur Azhanis Mohd Yusoff, 36, dan tiga anak Muhammad Akif Naufal,11, Muhammad Ammar Nazran, 9, dan Muhammad Afiq Nazim, 4.Amin Auzaie berkata, jaminan yang diberikan oleh Saifuddin untuk menjaga kebajikan keluarga Allahyarham termasuk bantuan kewangan, sokongan psikososial serta pendidikan anak-anak mendiang mencerminkan kerajaan yang cakna dan bertanggungjawab terhadap penjawat awam.Katanya, langkah ini bertepatan dengan prinsip kebertanggungjawaban sosial kerajaan terhadap golongan yang berkhidmat mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat."Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa lebih 120,000 anggota barisan hadapan berada dalam kategori berisiko tinggi, terutama dalam sektor keselamatan dan kesihatan awam."Justeru, perlindungan kebajikan mereka amat penting bagi menjamin kesinambungan perkhidmatan yang efisien dan berintegriti," katanya.Dalam masa sama, Amin Auzaie berkata, PERMAS menyeru agar pendekatan yang diambil oleh Datuk Seri Saifuddin dijadikan model kepimpinan dalam sektor awam berpaksikan nilai kemanusiaan, kecekapan pentadbiran, dan kesungguhan dalam menjaga kebajikan rakyat."Ini adalah contoh terbaik seorang Menteri Dalam Negeri yang bukan sekadar melaksanakan tanggungjawab secara formal, tetapi juga tampil sebagai pelindung dan pembela barisan hadapan negara."Sokongan menyeluruh terhadap keluarga Allahyarham juga menzahirkan bahawa kerajaan hari ini tidak membiarkan wira-wira negara dilupakan selepas pengorbanan mereka, sebaliknya terus dihargai dan dikenang jasa mereka," katanya.





Jenazah Koperal Hafizul selamat dikebumikan - Mgazette - 8/08 3:32 pm

BANDAR PERMAISURI - Jenazah Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang maut selepas dirempuh kenderaan dinaiki suspek kes pecah rumah di Taman Golf, Alor Setar petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putera Jaya, di sini kira-kira 10.30 pagi ini





Ibu terkilan tak sempat jamu nasi minyak permintaan Hafizul - Kosmo - 8/08 3:28 pm

SETIU – Ibu Allahyarham Koperal Mohd





'Arwah nampak pelik, kurang bercakap' - Sinarharian - 8/08 3:08 pm

SETIU "Masa jumpa arwah hari itu dia nampak sedikit pelik sebab kurang bercakap. Dia juga ada minta untuk makan nasi minyak, tetapi saya tidak sempat sediakan kerana kekangan masa."Saya rasa terkilan kerana tidak sempat masak nasi minyak yang menjadi kegemarannya," kata Maznah Ismail, 64, ibu kepada Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang terkorban ketika bertugas, Khamis lalu.Pertemuan pada Sabtu lalu menjadi yang terakhir buat Maznah sebelum anak ketiga daripada tujuh beradik itu kembali ke Kedah untuk meneruskan tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK), tempat arwah berkhidmat sejak 15 tahun lalu.Menurut Maznah, sejak kecil arwah sudah bercita-cita menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berazam untuk berkhidmat sehingga akhir hayatnya."Arwah anak yang baik, tidak pernah melawan kata





KDN, PDRM pastikan kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul terjamin - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 8/08 2:50 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang terkorban dalam usaha menangkap penjenayah di Alor Setar, Kedah semalam, terjamin.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan pemergian Mohd Hafizul sebagai kehilangan besar buat PDRM dan negara berkata pihaknya akan memastikan segala urusan termasuk pembayaran gratuiti, ex-gratia, ganjaran dan sumbangan kepada warisnya disalurkan dengan segera.PDRM menurut beliau turut menguruskan jenazah dan pengebumian Allahyarham dengan penuh penghormatan, selaras dengan jasa bakti beliau kepada negara."Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allahyarham Koperal Mohd Hafizul atas khidmat bakti beliau yang tidak ternilai





'Papa pesan jaga solat' - Sinarharian - 8/08 1:00 pm

SETIU 'Papa pesan jaga solat, jangan tinggal solat.'Demikian pesanan yang terpahat dalam ingatan Muhammad Akif Naufal, 11, sebelum bapanya, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, maut dirempuh penjenayah dalam kejadian di Alor Setar, Kedah, petang Khamis.Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, kali terakhir dia bertemu Allahyarham Mohd Hafizul Izham pada Khamis ketika bapanya itu menjemputnya pulang dari sekolah."Kali terakhir saya jumpa papa masa dia jemput saya balik sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari"Lepas tu papa hantar saya balik rumah





'Arwah anak yang baik, dari kecil nak jadi polis' - Ibu Koperal Hafizul - Sinarharian - 8/08 12:47 am

SETIU Minat mendalam terhadap kerjaya polis sejak di bangku sekolah menjadi pendorong Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan untuk berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga akhir hayatnya.Anak ketiga daripada tujuh beradik itu mula berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) sejak 15 tahun lalu dan dikenali sebagai seorang anggota yang komited serta berdedikasi.Ibunya, Maznah Ismail, 64, berkata, arwah telah menanam impian untuk menjadi anggota polis sejak kecil dan terus berazam untuk mencapai cita-cita itu."Arwah anak yang baik, tak pernah melawan kata





Jenazah Koperal Mohd Hafizul Izham selamat dikebumikan - Astroawani - 8/08 12:35 am

Kenderaan yang membawa jenazah Mohd Hafizul Izham tiba di rumah ibu bapanya di Kampung Pak Kancil, dekat Bandar Permaisuri, pada 8.51 pagi.





Serang Koperal dengan parang, pemotong rumput dipenjara lapan bulan - Sinarharian - 8/08 12:12 am

KUANTAN - Seorang pemotong rumput dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret, pada Jumaat atas tuduhan mencederakan anggota polis menggunakan parang di Felda Bukit Kuantan di sini, pada Sabtu lalu.Hukuman penjara ke atas tertuduh, Muhamad Firdaus Abdul Hamid, 37, bermula dari tarikh dia ditangkap.Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Ahmad Mokhlis, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan anggota polis Muhammad Shafril Izzwan Ismail,37 menggunakan sebilah parang panjang dan dua parang pendek yang boleh menyebabkan kematian.Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan kira-kira jam 5.15 petang pada tarikh berkenaan.Bagi kesalahan itu, tertuduh yang masih bujang didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripadanya.Dalam rayuannya, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Azlan Mohd Arish@Arshad merayu agar hukuman penjara diringankan.Manakala pihak pendakwaan memohon satu hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira kesan tindakannya ke atas mangsa.Majistret Ellyna Othman dalam keputusannya mensabitkan tertuduh dengan kesalahan itu sebelum menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas lelaki itu.Media sebelum ini melaporkan anggota berpangkat koperal dari Balai Polis Panching itu cedera selepas ditetak menggunakan parang ketika cuba menenteramkan lelaki itu.Sebelum itu, pihak polis menerima panggilan kecemasan melalui Sistem Perkhidmatan Respons Kecemasan Malaysia (MERS) 999 berhubung tindakan agresif lelaki terbabit.Tiga anggota termasuk mangsa ke lokasi untuk menenangkan suspek.Dalam kejadian itu, mangsa telah diserang hingga mengalami kecederaan serius di bahagian belakang badan, dagu dan jari tangan kiri.





Empat suspek pecah rumah rempuh polis sehingga maut direman tujuh hari - Sinarharian - 8/08 11:54 am

ALOR SETAR - Empat lelaki direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kematian seorang koperal polis yang maut dalam kejadian dirempuh sebuah kereta di Taman Golf di sini pada petang Khamis.Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali membenarkan perintah reman berkenaan kepada suspek berusia 24 hingga 26 tahun itu hingga 14 Ogos ini.Reman dikeluarkan bagi membantu siasatan di bawah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut selepas dirempuh suspek kes pecah rumah ketika menjalankan tugas.Mangsa, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Lexus yang dipandu suspek ketika cuba melarikan diri.Ketua Polis Kedah, Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung aktiviti mencurigakan di sebuah rumah di kawasan berkenaan.Siasatan awal mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai 77 rekod jenayah lampau, kebanyakannya membabitkan kes pecah rumah dan curi kenderaan.





Anggota polis maut dirempuh penjenayah: Kerajaan jamin kebajikan keluarga Koperal Hafizul Izham - Sinarharian - 8/08 11:50 am

SHAH ALAM - Kerajaan memberi jaminan kebajikan keluarga Allahyarham Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang maut ketika menjalankan tugas akan diberi perhatian sepenuhnya.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasition Ismail berkata, pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan segala urusan termasuk pembayaran gratuiti, ex-gratia, ganjaran dan sumbangan kepada waris Allahyarham disalurkan dengan segera."Pengurusan jenazah dan pengebumian Allahyarham juga akan diuruskan oleh PDRM dengan penuh penghormatan sewajarnya dengan jasa bakti beliau kepada negara."Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allahyarham Koperal Mohd Hafizul Izham atas khidmat bakti beliau yang tidak ternilai."Terima kasih juga kepada seluruh warga PDRM atas semangat setia dan pengorbanan mereka yang tidak pernah luntur dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Mohd Hafizul Izham, 35, yang merupakan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dilaporkan maut selepas dirempuh suspek kes pecah rumah ketika menjalankan tugas di Taman Golf, pada Khamis.Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Lexus yang dipandu suspek ketika cuba melarikan diri.Dalam pada itu, Saifuddin turut menyifatkan Allahyarham cerminan keberanian dan semangat juang tinggi seorang anggota barisan hadapan yang menjaga keselamatan dalam negara."Tindakan beliau yang tidak gentar berdepan risiko demi memastikan keselamatan awam terpelihara adalah sesuatu yang amat kami hargai dan sanjungi."Pengorbanan seperti ini menjadi inspirasi kepada semua barisan anggota keselamatan negara dan mencerminkan nilai-nilai luhur dalam perkhidmatan PDRM," ujarnya.





'Arwah suami baru ditukar ke jabatan JSJ' - Isteri Koperal Hafizul - Sinarharian - 8/08 11:29 am

ALOR SETAR Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, yang maut selepas dirempuh suspek pecah rumah dalam kejadian di Taman Golf di sini pada Khamis disifatkan sebagai seorang suami baik dan bapa penyayang.Menurut isterinya, Nur Azhanis Mohd Yusoff, 36, arwah tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga walaupun tugasnya sebagai anggota polis menuntut komitmen tinggi."Walaupun sibuk dengan kerja, arwah tetap ambil anak dari sekolah





Saifuddin jamin kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul diberi perhatian - Astroawani - 8/08 11:15 am

Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara.





Jenazah Koperal Hafizul Izham disemadikan mengikut istiadat kepahlawan PDRM - Sinarharian - 8/08 11:15 am

SETIU Jenazah Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang maut dirempuh penjenayah ketika menjalankan tugas di Alor Setar pada Khamis selamat dikebumikan mengikut istiadat kepahlawanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pak Kancil di sini kira-kira jam 10.20 pagi pada Jumaat.Allahyarham sebelum itu dibawa ke kediaman keluarganya di sini jam 8.40 pagi sebelum disolatkan di Masjid Kampung Pak Kancil sekitar jam 9.15 pagi dengan dihadiri lebih 500 jemaah.Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, rakan setugas dan penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.Istiadat pengebumian itu dijalankan mengikut istiadat PDRM dengan penyerahan bendera Sang Saka Biru oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairudin kepada bapa Allahyarham, Mazlan Umar sebagai tanda penghormatan.Mohd Hafizul Izham yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam akibat dirempuh kenderaan dinaiki empat penjenayah berhampiran Taman Golf, Alor Setar, Kedah.Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa cuba menghalang suspek kes pecah rumah daripada melarikan diri sebelum dirempuh secara sengaja oleh kenderaan terbabit.Media sebelum ini melaporkan semua suspek berjaya melarikan diri namun kesemua mereka berjaya ditahan polis pada Khamis



Anggota polis maut dirempuh penjenayah pecah rumah di Alor Setar - SUN - 8/08 10:56 am

ALOR SETAR : Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut selepas dirempuh kenderaan dinaiki penjenayah yang sedang melakukan jenayah pecah rumah di Taman Golf, dekat sini, hari Khamis (Ogos 7)





Anggota polis maut dirempuh kenderaan penjenayah sedang lakukan jenayah .. - Mgazette - 8/08 7:47 am

# Anggota polis maut dirempuh kenderaan penjenayah sedang lakukan jenayah pecah rumah ALOR SETAR - Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut selepas dirempuh kenderaan dinaiki penjenayah yang sedang melakukan jenayah pecah rumah di Taman Golf, dekat sini, hari ini





‘Arwah macam anak kandung saya, dia penyayang dan ringan tulang’ - Kosmo - 7/08 10:27 pm

Malah bagi Mohd. Yusoff Murad, 67, Allahyarham Koperal Mohd





Suspek kes langgar koperal hingga maut ada 77 rekod jenayah - Kosmo - 7/08 10:14 pm

“Dalam keadaan usia ... Read more The post Suspek kes langgar koperal hingga maut ada 77 rekod jenayah appeared first on Kosmo Digital .





Penjenayah cuba larikan peti besi nekad rempuh, gilis anggota polis hingga maut - Kosmo - 7/08 10:11 pm

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat koperal maut akibat dirempuh dan digilis kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenis Lexus dinaiki sekumpulan penjenayah di Taman Golf, di sini hari ini





Koperal maut dirempuh SUV dipandu suspek pecah rumah - Mkini - 7/08 9:32 pm

Anggota polis terbabit cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian





Anggota polis maut dirempuh penjenayah pecah rumah di Alor Setar - SUN - 7/08 9:28 pm

ALOR SETAR : Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut selepas dirempuh kenderaan penjenayah yang sedang melakukan jenayah pecah rumah di Taman Golf





Koperal maut dirempuh suspek pecah rumah - Sinarharian - 7/08 8:32 pm

ALOR SETAR Seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut selepas dirempuh suspek kes pecah rumah ketika menjalankan tugas di Taman Golf, di sini pada petang Khamis.Mangsa, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Lexus yang dipandu suspek ketika cuba melarikan diri.Ketua Polis Kedah, Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung aktiviti mencurigakan di sebuah rumah di kawasan berkenaan."Lima anggota JSJ digerakkan ke lokasi





Koperal polis maut dirempuh suspek pecah rumah - Hmetro - 7/08 8:08 pm

Alor Setar: Anggota polis maut dirempuh kenderaan dinaiki penjenayah yang cuba melarikan diri selepas dipercayai melakukan pecah rumah, berhampiran Taman Golf di sini, hari ini





Penganggur didakwa cuba bunuh anggota polis, miliki senjata bahaya - Mgazette - 7/08 7:49 am

Yap Thye Sun, 56, meminta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa cuba membunuh seorang anggota polis, Koperal Mohd





'Anak yang saya sayang hilang sekelip mata' - Ibu mangsa kemalangan maut - Sinarharian - 6/08 9:51 pm

GURUN - Ibu kepada mangsa kemalangan maut, tidak dapat membayangkan kembali situasi di mana dirinya 'menyambut' anak dalam keadaan sawan ketika tiba di Hospital Yan sejurus kejadian.Norliza Mohd Salleh, 44, yang juga merupakan seorang jururawat menceritakan ketika itu, dia baharu sahaja masuk kerja shif malam, 28 Julai lalu."Saya tunggu di kecemasan dan apabila kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sampai, sebaik buka pintu, luluh hati saya lihat anak dalam keadaan tidak sedar," katanya.Menurutnya, keadaan fizikal anaknya tiada kesan luka namun pemeriksaan doktor mendapati Muhammad Nur Iman Danial Mohd Roshidi, 16, parah di kepala."Memang terlalu sedih...anak yang saya sayang hilang sekelip mata," katanya.Dalam kejadian terbabit, Muhammad Nur Iman terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dipandu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di lampu isyarat pekan Guar Chempedak.Siasatan awal dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, anggota terbabit dari arah Jenun ke Yan tidak berhenti di lampu isyarat merah menyebabkannya berlanggar dengan Muhammad Nur Iman yang datang dari arah Alor Setar ke Gurun.Remaja itu kemudian dilaporkan meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.Norliza ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Gurun pada Rabu ketika mengikuti pertuduhan ke atas Koperal Azhar Mat Saini, 52, yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian Muhammad Nur Iman Danial.Dalam pada itu, Norliza menjelaskan, tidak sanggup melihat rakaman video CCTV yang tular membabitkan anaknya.Sementara itu, bapa kepada Muhammad Nur Iman, Mohd Roshidi Alias, 44, berkata, telah bercadang untuk melantik peguam pemerhati bagi pihak keluarga."Kami akan ikut setiap perkembangan kes ini malah kami rancang lantik peguam."Saya anggap ini (pertuduhan di mahkamah) adalah permulaan bagi keadilan buat anak saya," ujarnya.





Penganggur didakwa cuba bunuh anggota polis dengan pisau di KL - SUN - 6/08 7:48 pm

Kesalahan itu berlaku pada 31 Julai lepas di tepi Jalan Pusingan U, Jalan Yew. Mangsa, Koperal Mohd Nazri Sudiman, 35 tahun, mengalami kecederaan parah termasuk luka tembus di perut





Penganggur didakwa cuba bunuh, tikam polis - Sinarharian - 6/08 4:47 pm

KUALA LUMPUR Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas dua pertuduhan cubaan membunuh dengan menikam seorang anggota polis dan memiliki senjata berbahaya, minggu lalu.Yap Thye Sun, 56, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Shakirah Mohtarudin.Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa cuba membunuh Koperal Mohd Nazri Sudiman, 35, dengan menikam mangsa di perut menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan serius.Tikaman itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan penetrating abdominal wound with evisceration iaitu usus terkeluar sehingga mengundang risiko kematian.Kesalahan didakwa dilakukan di tepi jalan pusingan U Jalan Yew, Wangsa Maju di sini pada jam 12.30 tengah hari 31 Julai lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda atau dijel 20 tahun, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, Thye Sun didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu pisau berkenaan sepanjang 21.5 sentimeter tanpa alasan yang sah, semasa pemeriksaan polis di lokasi dan masa sama.Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, tertuduh dibawa ke mahkamah tanpa diwakili peguam, tidak membuat sebarang rayuan.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuan Abdul Latif mencadangkan tertuduh tidak diberi jaminan kerana kes itu termasuk dalam kesalahan serius selain dia berisiko untuk melarikan diri."Kes ini melibatkan kecederaan serius terhadap seorang anggota polis sehingga usus mangsa terkeluar akibat tikaman terbabit," katanya.Hakim, Siti Shakirah menetapkan 2 September depan untuk sebutan semula kes.Pada Khamis lalu, polis menahan seorang suspek selepas menikam mangsa ketika menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di lokasi terbabit.Polis telah merampas senjata berkenaan termasuk tiga plastik lut sinar berisi serbuk dan ketulan berwarna kekuningan yang disyaki dadah.Anggota polis terbabit telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut





Koperal Azhar Didakwa Pandu Bahaya Hingga Sebabkan Kematian Pelajar Tingkatan Empat - Careta - 6/08 3:56 pm

Tertuduh,Azhar Mat Saini, 52, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan MajistretAnis Suraya Ahmad





Koperal polis didakwa pandu bahaya sebabkan kematian remaja - SUN - 6/08 2:44 pm

GURUN : Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki





Koperal didakwa pandu bahaya sebabkan kematian pelajar Tingkatan Empat - Sinarharian - 6/08 1:20 pm

GURUN - Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian seorang remaja di Guar Chempedak, minggu lalu.Tertuduh, Azhar Mat Saini, 52, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad.Mengikut pertuduhan, Azhar didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Julai lalu kira-kira jam 9 malam ketika memandu kereta di lampu isyarat Bank Rakyat, Pekan Guar Chempedak.Tertuduh yang memakai baju berwarna kelabu dan pelitup muka, dilihat menundukkan muka sepanjang berada di kandang tertuduh.Mengikut kertas pertuduhan, Azhar didakwa memandu kereta dengan cara yang mungkin boleh membahayakan orang awam setelah mengambil kira segala hal termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan serta kesesakan lalu lintas.Dia didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Muhammad Nur Iman Danial Mohd Roshidi, 16.Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nurhazirah Tuan Yahya, menawarkan jaminan sebanyak RM13,000 terhadap tertuduh.Bagaimanapun, peguam bela S





Anggota polis cedera ditikam kini stabil, dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat - Sinarharian - 4/08 3:06 pm

KUALA LUMPUR - Anggota polis yang cedera parah ditikam seorang lelaki di Pasar Pudu, Jalan Yew di sini dilaporkan stabil dan sudah dipindahkan ke wad biasa pada Sabtu lalu.Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, anggota berkenaan juga berkemungkinan akan dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh seminggu lagi."Setakat ini, anggota polis itu masih dalam pemantauan kerana bimbang kemungkinan berlaku pendarahan dalaman atau sebarang jangkitan, dia dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat."Luka itu bersaiz kira-kira tiga sentimeter lebar dan tujuh sentimeter dalam, dia bernasib baik kerana tikaman itu tidak mengenai organ penting dan hanya mengenai usus kecil," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Isnin.Mohamed Usuf berkata, tugasan dilaksanakan anggota berkenaan ketika hari kejadian adalah mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan."Tidak ada isu berhubung SOP kerana anggota berkenaan memang ikut SOP termasuk sistem 'buddy' ketika rondaan dilakukan."Kita berharap anggota polis akan dibekalkan dengan kamera badan selepas ini memandangkan tidak semua anggota bertugas dibekalkan dengan peralatan ini," jelasnya.Katanya, kertas siasatan sudah lengkap dan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam tempoh terdekat.Pada 31 Julai lalu, Anggota URB cedera pada bahagian perut akibat ditikam seorang lelaki berhampiran Pasar Pudu.Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari ketika anggota Balai Polis Pudu itu sedang melakukan tugasan rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit.Koperal Mohd Nadzri Sudiman, 35, yang mengalami kecederaan parah pada perut kini masih dirawat selepas menjalani pembedahan kecemasan.





Anggota polis cedera ditetak individu disyaki kurang siuman - Mgazette - 3/08 9:26 am

# Anggota polis cedera ditetak individu disyaki kurang siuman KUANTAN - Seorang anggota polis cedera akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan di sini semalam. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian itu mengakibatkan Koperal Mohd Shafril Izzwan Ismail, 37, yang bertugas di balai polis Panching mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, dagu serta jari tangan kiri





Anggota polis cedera ditetak individu disyaki kurang siuman - Astroawani - 3/08 9:10 am

Koperal Mohd Shafril Izzwan Ismail, yang bertugas di balai polis Panching, cedera di bahagian belakang badan, dagu serta jari tangan kiri.





Anggota polis cedera ditetak ketika tenangkan lelaki kurang siuman - Sinarharian - 3/08 9:03 am

KUANTAN - Seorang anggota polis dari Balai Polis Panching cedera selepas ditetak ketika cuba mententeramkan lelaki dipercayai kurang siuman bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Bukit Kuantan, di sini petang Sabtu.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang apabila pihak polis menerima panggilan kecemasan melalui Sistem Perkhidmatan Respons Kecemasan Malaysia (MERS) 999 berhubung tindakan agresif lelaki terbabit.Menurutnya, tiga anggota ke lokasi untuk menenangkan suspek, namun salah seorang daripada mereka, Koperal Mohd Shafril Izzwan Ismail, 37, telah diserang."Susulan itu, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian belakang badan, dagu dan jari tangan kiri akibat serangan tersebut."Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan kini dirawat di Zon Kuning," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Yahaya berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 37 tahun, tidak bekerja dan dipercayai mengalami masalah mental.Jelasnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada rekod jenayah lampau direkodkan terhadapnya."Kita telah menahan suspek dan merampas beberapa senjata tajam di lokasi kejadian."Suspek turut dirujuk ke Wad Psikiatri HTAA bagi tujuan pemeriksaan kesihatan mental," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata.





Suspek disyaki bawa dadah tikam anggota polis – Ayob - Mgazette - 3/08 7:50 am

# Suspek disyaki bawa dadah tikam anggota polis - Ayob KUALA LUMPUR - Anggota polis, Koperal Mohd





'Badan saya menggigil bila tahu suami ditikam' - Astroawani - 2/08 4:15 pm

Nurfazliana Osman, isteri kepada Koperal Mohd Nadzri, terkejut dan trauma selepas dimaklumkan suaminya ditikam oleh seorang penagih dadah ketika bertugas di Pasar Pudu.





Tikam anggota polis: Suspek bertindak agresif kerana bawa dadah - Sinarharian - 2/08 1:56 pm

KUALA LUMPUR - Individu yang bertindak menikam Koperal Mohd Nadzri Sudiman, 35, di Pasar Pudu, Jalan Yew, Khamis lalu dipercayai membawa dadah ketika ditahan untuk pemeriksaan.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek bertindak agresif dipercayai mengelak untuk diperiksa anggota itu."Semakan rekod lampau mendapati suspek memiliki 14 rekod berkaitan dadah dan jenayah."Mangsa (anggota terbabit) telah menahan suspek untuk pemeriksaan, kita percaya suspek bertindak menikam mangsa kerana suspek membawa dadah ketika ditahan," katanya ketika ditemui selepas melawat anggota Balai Polis Pudu itu di Hospital Canselor Tunku Muhkriz, Cheras pada Sabtu.Turut hadir, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad; Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabiran) Bukit Aman, Datuk Azizee Ismail; Ketua Pollis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail dan Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan.Katanya, Mohd Nadzri kini berada dalam keadaan stabil."Bagaimanapun dia masih lemah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU) selepas menjalani pembedahan."Dia masih dalam pemantauan doktor, Insha ALLAH, kalau ikut doktor dalam masa seminggu atau dua minggu ini dia akan pulih," katanya.Ujar Ayob Khan, anggota terbabit tidak menggunakan kamera badan namun dia sedang melakukan rondaan jenayah bersama rakan setugasnya ketika kejadian."Pemakaian kamera badan amat penting bagi penugasan, kita sudah minta supaya semua anggota terutama Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Unit Kereta Peronda (MPV) dibekalkan dengan alat ini."Setakat ini, jumlah keseluruhan yang kita pakai di seluruh negara sebanyak 7,648 unit untuk fasa satu dan untuk fasa dua, 10,000 unit lagi akan diperoleh," katanya.Terdahulu, media melaporkan suspek yang bertindak menikam anggota polis Khamis lalu dipercayai berada bawah pengaruh dadah.Mohamed Usuf dilaporkan berkata, pemeriksaan terhadap suspek turut menemukan dadah jenis heroin.Beliau berkata, suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 307, Seksyen 386 serta Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.





'Badan saya menggigil bila tahu suami ditikam' - Sinarharian - 2/08 1:15 pm

KUALA LUMPUR "Badan saya terus menggigil, tak sangka suami ditikam."Demikian luahan Nurfazliana Osman, 35, isteri kepada anggota polis, Koperal Mohd Nadzri Sudirman yang cedera parah selepas ditikam seorang penagih dadah ketika sedang bertugas berhampiran Pasar Pudu di sini Khamis lalu.Menurutnya, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi panggilan telefon oleh pihak hospital pada kira-kira jam 1 petang."Saya diberitahu suami perlu segera dibedah kerana ususnya terkoyak akibat ditikam, saya memang terkejut dan takut."Pihak hospital perlukan keizinan saya untuk pembedahan itu sebelum saya dibawa ke sana menaiki kenderaan polis





KPN ziarah anggota ditikam di Pasar Pudu - Mgazette - 2/08 7:52 am

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini meluangkan masa melawat Koperal Mohd Nazri Sudiman yang cedera ditikam semasa bertugas di Pasar Pudu, di sini, semalam





KPN ziarah anggota polis ditikam ketika bertugas di Pasar Pudu - Sinarharian - 1/08 2:41 pm

KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail meluangkan masa menziarahi Koperal Mohd Nadzri Sudiman yang cedera parah selepas ditikam ketika menjalankan tugas di Pasar Pudu, di sini pada Khamis.Mangsa yang bertugas di Balai Polis Pudu kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Cheras.Polis Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan lawatan tersebut merupakan tanda keprihatinan pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kebajikan anggota serta keluarga mereka."Lawatan ini bertujuan memberi sokongan moral kepada anggota yang tercedera selain memastikan kebajikan beliau serta keluarga sentiasa diberi perhatian," menurut kenyataan itu pada Jumaat.Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad; Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah; Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Suffian Sulaiman; dan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail.Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam ketika Koperal Mohd Nadzri sedang melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki di lokasi berkenaan.Suspek dikatakan tiba-tiba bertindak agresif sebelum menikam anggota terbabit di bahagian perut menggunakan senjata tajam.Mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil, namun masih dipantau rapi oleh pasukan perubatan.Suspek yang terbabit dalam kejadian tersebut berjaya ditahan tidak lama kemudian dan kini direman bagi membantu siasatan.Polis Kuala Lumpur menegaskan bahawa sebarang tindakan jenayah terhadap anggota keselamatan tidak akan dikompromi dan akan disiasat secara menyeluruh.Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau alat berbahaya.





Pasangan kekasih tular langgar polis didakwa di mahkamah - Sinarharian - 1/08 2:31 pm

MELAKA Pasangan kekasih yang tular kerana melarikan diri daripada polis bersama dadah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 15.06 gram.Bagaimanapun, Ahmad Ramdzan Mohamed, 26, yang juga seorang penganggur dan Farah Amira Mohamad Ali, 28, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.Tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan mengedar dadah berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah disyaki mengandungi heroin seberat 15.06 gram di tepi jalan simpang Jalan Teruna 1, Taman Bukit Rambai, di sini kira-kira jam 6 petang pada 22 Julai lalu.Pasangan itu berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum gantung, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 kali sebatan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK), jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Zaidi Tahir memaklumkan bahawa laporan kimia masih belum diperoleh dan tidak menawarkan sebarang jaminan manakala pasangan terbabit juga tidak diwakili peguam.Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 9 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.Dalam prosiding sama, mereka turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam iaitu dua anggota polis lelaki ketika menjalankan pemeriksaan.Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 6.02 petang di Blok C, Pangsapuri Anika, Lorong Pandan, Melaka, pada tarikh yang sama.Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Sementara itu, Ahmad Ramdzan turut didakwa secara berasingan atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis lelaki ketika menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam di lokasi dan pada tarikh sama.Bagi pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan bagi kedua-dua kesalahan tersebut.Mahkamah turut tidak membenarkan pasangan itu diikat jamin atas faktor mereka telah dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952.Sinar Harian pada 23 Julai lalu melaporkan seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berpangkat Lans Koperal dilanggar ketika mengejar pasangan kekasih berkenaan yang cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan polis dalam kejadian di Bukit Rambai.Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang yang tular di media sosial itu, pasangan yang menaiki Perodua Myvi dipercayai enggan memberikan kerjasama sebelum dikejar lima unit kereta peronda (MPV) dan URB sejauh kira-kira 13 kilometer bermula dari Pangsapuri Taman Anika hingga ke Bukit Rambai.





Empat koperal dituduh peras ugut dua lelaki Thailand - Sinarharian - 1/08 2:26 pm

BUKIT MERTAJAM Tiga anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap dua lelaki warga asing pada September tahun lalu.Mohd Shukri Amran, 35; Mohammad Faizal Mirdukhim@Mustapa, 43; dan Muhammad Arifshah Zulkefli, 23; bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan secara bersama yang dibacakan ke atas mereka.Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah didakwa bersama-sama dengan sengaja melakukan pemerasan terhadap dua lelaki warga Thailand.Tindakan mereka didakwa telah mendatangkan ketakutan kepada kedua-dua mangsa, dengan tujuan mendorong mereka menyerahkan harta iaitu wang tunai sebanyak RM10,000.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat Juru (arah selatan) pada jam 1.30 pagi, 26 September tahun lalu.Sehubungan itu, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.Mohd Shukri diwakili peguam M Puveneswaran, Muhammad Arifshah diwakili Muhammad Amirul Hakim, manakala Mohammad Faizal diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ima Syakira Mohd Salim.Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shakila Dahari, yang menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.Dalam rayuan, Puveneswaran dan Muhammad Amirul memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang minimum berikutan anak guam masing-masing mempunyai tanggungan keluarga.Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lagi anggota polis berpangkat koperal dari Ibu Pejabat Polis yang sama turut dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan bersubahat melakukan pemerasan terhadap dua lelaki warga Thailand.Muhammad Nizar Mat Axid, 40, dituduh bersubahat dengan tiga koperal berkenaan untuk melakukan pemerasan terhadap mangsa-mangsa terbabit.Tertuduh turut mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.Mengikut pertuduhan, Muhammad Nizar, yang juga diwakili peguam Ima Syakira, didakwa secara bersama dengan Mohd Shukri, Mohammad Faizal dan Muhammad Arifshah atas kesalahan tersebut.Sehubungan itu, dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 385 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah sewa di Jalan Setia 2, Taman Setia, Bukit Mertajam pada jam 2.30 pagi, 26 September tahun lalu.Nor Shakila turut menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, namun Majistret Nurul Rasyidah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.Mahkamah menetapkan 12 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.





Agong, Permaisuri berangkat ke istiadat perbarisan Sambutan Hari Pahlawan - Sinarharian - 31/07 10:38 am

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke istiadat perbarisan bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan di sini.Istiadat sambutan yang dinaungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkonsepkan perbarisan statik melibatkan empat detasemen terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).Acara dimulakan dengan persembahan lagu Negaraku, diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan Mej Hafizan Mat Ghani daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).Sultan Ibrahim kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama.Perbarisan Hari Pahlawan hari ini melibatkan 18 pegawai dan 685 anggota lain-lain pangkat daripada PDRM dan ATM yang diketuai oleh Superitenden Mohamad Ridzuan Roslan daripada PDRM.Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar turut menghadiri istiadat berkenaan.Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai last post dengan menurunkan Jalur Gemilang dan semua tetamu yang hadir berdiri memberikan tabik hormat semasa Jalur Gemilang diturunkan.Pengisian istiadat diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak bertajuk "Darah Yang Terpercik di Baju" yang disampaikan oleh Detektif Sarjan Ardiansyah Wayang daripada PDRM dan Staf Sarjan Siti Nur Aini Jasni daripada ATM.Sajak itu mengisahkan tragedi serangan hendap oleh pengganas komunis terhadap konvoi pasukan ATM yang membawa pesakit dalam perjalanan dari Baling, Kedah ke Pengkalan Hulu, Perak pada 20 Julai 1979.Pertempuran berdarah itu telah mengorbankan tiga anggota ATM, iaitu Koperal Ramli Abdul Rashid, Trooper Azmi Rahman dan Trooper Abu Hassan Syeikh Daud.Istiadat diteruskan dengan persembahan pantomim khas bertajuk "Zabri, Pejuang Sang Saka Biru" oleh PDRM, arahan Komander PGA Briged Tengah SAC Hakemal Hawari, yang membawa penonton menyaksikan kisah perwira legenda Komando VAT69 PDRM ASP Mohd Zabri Abdul Hamid.Kisah perjuangan Mohd Zabri yang terkenal sebagai legenda Kerambit Kembar dihidupkan semula selama kira-kira 15 minit itu dilakonkan oleh 142 pegawai dan anggota PDRM, dengan disusuli video menggunakan 80 peratus teknologi kecerdasan buatan (AI) hasil kreativiti pasukan produksi PDRM untuk tujuan ilustrasi berdasarkan kisah benar.Pantomim itu berkisarkan Allahyarham Mohd Zabri yang terkorban dalam tragedi serangan hendap pengganas komunis pada 1975.Mohd Zabri yang dalam misi yang mengejar dan menyekat pengganas dari cuba melarikan diri ke sempadan, terpijak jerangkap samar.Jerangkap samar itu menyebabkan pergelangan buku lali kanan sehingga paras kasut but yang dipakainya putus, dan Mohd Zabri kehilangan banyak darah.Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Mohd Zabri sempat menyampaikan amanat kepada anak buahnya untuk meneruskan perjuangan memburu petualang negara dan menghancurkan mereka, biarpun dirinya sudah tiada lagi.Istiadat diteruskan dengan tiupan Paluan Fajar, Jalur Gemilang dinaikkan sebagai tanda memberi semarak kepada pahlawan untuk terus bangkit berjuang dalam mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.Sambutan Hari Pahlawan yang diraikan sejak 31 Julai 1960 itu simbol penghargaan serta pengiktirafan negara terhadap jasa, pengorbanan dan keberanian pegawai, anggota PDRM dan ATM, sama ada yang telah gugur atau masih hidup dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tercinta.Istiadat itu juga sebagai menzahirkan lambang ketaatsetiaan, kemegahan dan semangat yang tidak berbelah bahagi oleh pasukan PDRM dan ATM terhadap raja serta negara





Polis wanita maut rempuh kereta langgar lampu isyarat merah - Mgazette - 30/07 7:36 am

"Setibanya di lokasi kemalangan, Proton Waja dari arah bertentangan tiba-tiba membelok ke simpang kiri dan tidak berhenti semasa lampu isyarat merah sehingga menyebabkan kemalangan," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, anggota polis wanita berkenaan, Koperal Fairuzfadila Musa yang berusia 37 tahun dan pemandu Proton Waja berusia 41 tahun, kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapat rawatan





Siasatan Awal Dedah Kemungkinan Komando GGK Guna Peralatan Usang Sebelum Lemas - Ohmedia - 29/07 11:24 pm

Pada 3 Julai lalu, seorang anggota komando Grup Gerak Khas (GGK) dilaporkan hilang ketika menjalani latihan Seaghost di perairan Kuantan, Pahang. Selepas hampir 48 jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan, mayat Koperal Mohd Haswansir Julnasir ditemui terdampar di tebing berbatu kira-kira 300 meter dari lokasi kehilangannya





Kematian komando TDM mungkin berkait peralatan usang - siasatan - SUN - 29/07 6:13 pm

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Serangan Akhir dan Penutup Eksesais Keris Strike 2025 di Felda Lawin Selatan. Koperal Mohd Haswansir Julnasir, 30, terkorban semasa menyertai Latihan Seaghost Siri 1/2025 di perairan Kuantan, Pahang pada 3 Julai lepas





Anggota polis maut dalam perjalanan ke tempat kerja - Sinarharian - 29/07 6:11 pm

ISKANDAR PUTERI Seorang anggota polis wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 28, Jalan Gelang PatahPendas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, mangsa, Koperal Fairuzfadila Musa, 37, memandu kereta jenis Proton Saga dari arah Gelang Patah menuju ke Skudai untuk bertugas di Balai Polis Taman Universiti."Sebaik tiba di lokasi, sebuah Proton Waja dari arah bertentangan dipercayai membelok ke simpang kiri secara tiba-tiba dan melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan kemalangan."Akibatnya, kedua-dua pemandu mengalami kecederaan parah dan segera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Kumarasan memaklumkan, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan serius di kepala dan badan."Seorang lagi wanita, pemandu Proton Waja berusia 41 tahun, masih tidak sedarkan diri dan sedang menerima rawatan di hospital terbabit."Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya," ujarnya.Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) KUP Nurmala Sideli berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 pagi."Kedua-dua mangsa, masing-masing menaiki Proton Saga dan Proton Waja tersepit di dalam kenderaan."Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas penyelamatan kemalangan jalan raya (Road Traffic Accident RTA) bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan.





RM167 juta denda lewat belum dikutip: Tiada ketirisan, hanya kelemahan prosedur - TDM - Sinarharian - 29/07 3:54 pm

Hanya prosedur yang mungkin tidak dipatuhi sepenuhnya."Jadi selepas ini kita akan lebih berhati-hati dan beri perhatian supaya pengurus kontrak ambil tindakan tepat pada masanya."Kita mempunyai banyak projek yang sedang berjalan," katanya ketika sidang akhbar sempena Serangan Akhir dan Penutup Eksesais KERIS STRIKE siri ke-30 di Felda Lawin Selatan di sini pada Selasa.Menurut beliau, hasil siasatan mendapati, sebanyak RM167 juta denda lewat masih belum dikutip oleh Kementerian Pertahanan daripada kontraktor terlibat.Bagaimanapun katanya, proses tuntutan sedang dijalankan secara berperingkat, termasuk melalui mekanisme penarikan bon bank dan pelarasan dalam kontrak baharu yang akan datang."Denda lewat ini adalah prosedur dalam kontrak apabila kontraktor gagal membuat penghantaran dalam tempoh ditetapkan. Sepatutnya di pihak pengguna, kita perlu laporkan."Kita sentiasa memantau situasi ini kerana tidak mahu perkara dilaporkan menjejaskan reputasi Tentera Darat," katanya.Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mendedahkan kelemahan ketara dalam pengurusan perolehan beberapa aset utama TDM termasuk Gempita, Pendekar, Adnan, Lipan Bara dan MIFV yang keseluruhannya membabitkan nilai kontrak berjumlah RM7.8 bilion dalam tempoh audit 2020 hingga 2023.Dalam perkembangan lain, Muhammad Hafizuddeain berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penggunaan peralatan lama menjadi antara faktor penyumbang dalam insiden kematian seorang anggota komando Grup Gerak Khas (GGK) ketika latihan menyelam di perairan Pelabuhan Kuantan, awal Julai lalu.Katanya, penemuan awal siasatan mendapati, terdapat isu dari segi peralatan yang digunakan Koperal Mohd Haswansir Julnasir, 30, anggota Rejimen Ke-22 GGK ketika kejadian, merupakan peralatan yang telah berusia."Kita sedang buat semakan dan audit, sama ada ia melibatkan kesilapan anggota ataupun sebenarnya masalah daripada peralatan itu sendiri."Jadi kita belum rumuskan lagi siasatan ini





Anggota komando maut ketika latihan selam guna peralatan lama Anggota .. - Mgazette - 29/07 3:35 pm

Pada 5 Julai lalu, media melaporkan seorang anggota komando meninggal dunia selepas ditemukan lemas ketika melakukan latihan menyelam di perairan Pelabuhan Kuantan. Ketika kejadian, Koperal Mohd Haswansir Julnasir, 30, anggota Grup Gerak Khas (GGK) yang bertugas di Rejimen Ke-22 sedang menyertai latihan Seaghost Siri 1/2025





Pindaan Akta Racun 1952 perketat kawalan bahan psikotropik - SUN - 29/07 2:03 pm

Menurut kenyataan itu, sebelum ini hanya tiga kategori pegawai diberi kuasa penguatkuasaan, iaitu Pegawai Penguat Kuasa Dadah (ahli farmasi dalam perkhidmatan awam), pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas, dan pegawai kanan Kastam. Dalam amalan, tugas rondaan dan pemeriksaan sering dilakukan oleh pegawai rendah polis seperti konstabel dan koperal



Anggota polis dilanggar pasangan kekasih disyaki bawa dadah - Sinarharian - 23/07 10:10 am

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berpangkat Lans Koperal cedera ketika mengejar sepasang kekasih yang cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan polis dalam kejadian di Bukit Rambai di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang yang tular di media sosial itu dipercayai berlaku apabila pasangan menaiki Perodua Myvi tersebut tidak memberikan kerjasama sebelum dikejar lima unit kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sejauh 13 kilometer (KM) bermula dari Pangsapuri Taman Anika hingga ke Bukit Rambai.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika dikejar polis kenderaan dinaiki pasangan berusia 26 dan 28 tahun itu turut melanggar sebuah kenderaan awam berhampiran Rumah Awam Datin Fatimah.Menurutnya, suspek juga didakwa memandu secara melulu dan tidak berhenti semasa melalui lampu isyarat merah sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain."Bagaimanapun ketika di Jalan Teruna 1 Taman Bukit Rambai suspek telah mengundurkan kereta lalu melanggar motosikal URB yang ditunggang mangsa sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan ringan."Aksi mengejar suspek berakhir apabila kereta dinaiki berjaya ditahan sebelum pemeriksaan dalam kenderaan terbabit menemui dua peket lutsninar disyaki dadah jenis Heroin," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.Tambahnya, turut ditemui sebuah alat penimbang dan kedua-dua ditahan untuk siasatan lanjut."Siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 186 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan," katanya.



Nahas helikopter PDRM: Konstabel Devendran kini dirawat di wad biasa - Sinarharian - 19/07 3:16 pm

JOHOR BAHRU - Mangsa nahas helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) Konstabel R G Devendran yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) telah pun dipindahkan ke wad biasa pada Sabtu.Devendran, 39, yang juga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri sebelum ini ditidurkan untuk mengurangkan pergerakan serta membantu mempercepat proses pemulihan.Pengerusi Jawatan Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata, keadaan Devendran sudah stabil dan dipindahkan ke wad biasa untuk menerima rawatan seterusnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai keadaan terkini kelima-lima mangsa nahas selepas majlis penyerahan sumbangan oleh Persatuan Fo Guang Shan di Wad Perubatan Perempuan PP1 HSA di sini pada Sabtu.Sementara itu, pemerhati udara Koperal Adeline Liu Yan Siu yang sebelum ini turut dirawat di ICU telah dibenarkan keluar hospital pada Rabu lepas dan menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang.Dua mangsa yang menerima rawatan di wad biasa, iaitu juruterbang Asisten Komisioner Faizul Mohammad dan pembantu juruterbang Superintenden Ahmad Bustamin Baharom dibenarkan keluar hospital pada Selasa.Faizul dan Ahmad Bustamin masing-masing akan menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang dan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.Sarjan Siti Latipa Khairuddin yang bertugas di Balai Polis Tanjung Kupang pula masih dirawat di wad biasa HSA.Pada 10 Julai lepas, helikopter jenis AS355N milik PDRM yang membawa lima kru terlibat dalam nahas di Sungai Pulai, Gelang Patah ketika menjalani latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM) 2025, membabitkan kerjasama Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura



Peniaga dakwa tidak bersalah libas parang terhadap polis di KL - SUN - 18/07 7:41 pm

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Abd Aziz. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Inspektor Fitri Farhan Wan Chik dan Koperal Mohd Harris Lingam semasa operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)



Peniaga didakwa libas parang operasi roboh struktur haram - Sinarharian - 18/07 3:44 pm

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan melibas parang dalam satu operasi dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiga hari lalu.Izat Saini @ Zaini, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amira Abd Aziz.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah iaitu melibas parang, dengan niat menakutkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan anggotanya (koperal).Kesalahan itu didakwa dilakukan di simpang tiga, Jalan 4/76B, Desa Pandan, dekat sini pada jam 11.17 pagi, 15 Julai lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farhanah Arul Hisham sementara tertuduhdiwakili peguam, Fadhli Sutris.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret, Amira membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 2 September depan.Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes membuat provokasi sambil memegang senjata serta memaki hamun anggota penguat kuasa DBKL.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim berkata, kejadian berlaku ketika pasukannya bersama penguat kuasa DBKL, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menjalankan kawalan keselamatan bagi tindakan bersepadu merobohkan struktur haram di atas siar kaki di kawasan berkenaan.



Tiga kru helikopter terhempas keluar HSA - Mgazette - 18/07 8:13 am

ISKANDAR PUTERI - Tiga daripada lima kru helikopter AS355N yang cedera selepas terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah di sini, minggu lalu, sudah pun dibenarkan keluar Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru. Seorang daripadanya ialah Koperal Adeline Liu Yan Sin yang sebelum ini dilaporkan kritikal dan dibenarkan keluar hospital dan pulang ke rumah semalam



Bangkai helikopter terhempas di Sungai Pulai berjaya dinaikkan - Sinarharian - 17/07 11:40 am

ISKANDAR PUTERI Bangkai helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah pada Khamis lalu, berjaya dinaikkan pagi ini.Bangkai helikopter tersebut diapungkan kira-kira jam 11 pagi, sebelum dinaikkan ke atas kapal kren kira-kira 15 minit kemudian.Operasi yang bermula seawal jam 8 pagi menyaksikan sebuah kapal kren dan dua unit bot peronda Pasukan Polis Marin (PPM) dikerahkan ke lokasi bagi melaksanakan proses mengangkat bangkai helikopter.Keadaan cuaca cerah turut membantu melancarkan usaha menaikkan bangkai pesawat berkenaan.Pasukan dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pelabuhan Tanjung Pelepas, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berada di Markas Operasi Sungai Pulai bagi membantu koordinasi operasi.Dalam kejadian jam 10.25 pagi Khamis lalu, helikopter AS355N dengan nombor pendaftaran 9M-PHG terhempas ketika menjalani Latihan Amal Pelbagai Hala Sekuriti Nuklear Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura 2025 (MITSATOM 2025).Insiden itu menyebabkan dua kru iaitu Koperal Adeline Liu Yan Sin dan Konstabel R G Devendran dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.Juruterbang, Asisten Komisioner Faizul Muhammad; pembantu juruterbang, Superintenden Ahmad Bustamin Baharom dan Sarjan Siti Latipa Khairuddin turut mengalami kecederaan.Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, untuk rawatan lanjut.



Bangkai helikopter AS355N terhempas dijangka dinaikkan esok - Sinarharian - 16/07 3:09 pm

ISKANDAR PUTERI - Bangkai helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, minggu lalu dijangka dinaikkan pada Khamis.Difahamkan perkara itu antara yang dicapai menerusi Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Antara Agensi bagi Operasi Menaikkan Bangkai Pesawat yang berlangsung di Markas Operasi Bersepadu di lokasi nahas pada Rabu.Mesyuarat berkenaan dipengerusikan bersama Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Johor, Senior Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah serta Timbalan Komander (Operasi) Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang, Senior Asisten Komisioner Ahmad Lokman Abdul Hadi.Selepas mesyuarat, kedua-dua pegawai bersama pasukan berkenaan turut melakukan tinjauan ke lokasi dengan menaiki bot PDRM RH71 bagi menilai tindakan seterusnya.Operasi menaikkan bangkai helikopter itu dijangka dilaksanakan esok oleh pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sebelum ini telah melakukan penandaan lokasi, dibantu penyelam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor.Pasukan penyelam TLDM turut dilihat memeriksa peralatan selam dan dijangka melakukan selaman bagi pemantauan akhir sebelum operasi dijalankan.Mesyuarat koordinasi tersebut turut disertai seramai 25 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Putrajaya, Lembaga Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan (KKM) serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.Dalam kejadian Khamis lalu, helikopter bernombor pendaftaran 9M-PHG yang dinaiki lima kru terhempas ketika menjalani simulasi lintas hormat sempena program Latih Amal Pelbagai Hala Pengesanan Sekuriti Nuklear Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapura (MITSATOM) 2025.Insiden itu menyebabkan Konstabel RG Devendran dari Balai Polis Tanjung Kupang dilaporkan masih kritikal.Koperal Adeline Liu Yan Sin dari PGU yang sebelum ini turut kritikal kini dilapor beransur pulih, manakala juruterbang Asisten Komisioner Faizul Muhammad, pembantu juruterbang Superintenden Ahmad Bustamin Baharom dan Sarjan Siti Latipa Khairuddin pula cedera tetapi stabil.Semua mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.



'Ayah janji nak hantar saya' - Anak mangsa nahas helikopter PDRM tangguh daftar UniSZA - Sinarharian - 15/07 5:24 pm

Semua persiapan telah dibuat lebih awal."Namun selepas apa yang berlaku, saya buat keputusan untuk tangguh dahulu pendaftaran bagi beri ruang kepada keluarga pulih secara emosi dan fizikal," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.Menurut Afiqah, dia nekad untuk meneruskan pengajian dengan semangat yang ditinggalkan ayahnya dan akan memulakan perjalanan baharunya di UniSZA pada Ahad depan.Sementara itu, ibunya, Superintenden Siti Hamidah Omar, 45, berkata, keluarga mereka kini masih berada di Johor kerana suaminya masih menjalani rawatan susulan insiden tersebut."InsyaALLAH saya akan hantar Afiqah pada Ahad depan bersama seorang lagi anak. Kami sudah maklumkan kepada pihak universiti mengenai penangguhan pendaftaran ini."Buat masa ini saya perlu uruskan keadaan suami terlebih dahulu," katanya.Khamis lalu, dua pegawai dan tiga anggota polis dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru selepas helikopter jenis AS355N milik PDRM yang dinaiki mereka terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor ketika melakukan demonstrasi Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (Mitasom 2025) membabitkan empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), helikopter tersebut berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada jam 9.51 pagi dengan membawa lima penumpang termasuk juruterbang sebelum terhempas di lokasi kejadian.Akibat kemalangan itu, dua kru iaitu Koperal Adeline Liu Yan Sin dan Konstabel R




Reformasi     >>



Ada apa dengan posting Anwar makan di restoran Amir .. - Harapandaily
Posting Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook yang baru-baru ini singgah ke gerai milik pelawak popular Amir Raja Lawak masih menjadi bualan sehingga kini. Dalam hantaran tersebut, Anwar menikmati hidangan di restoran berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV sambil bertemu sendiri dengan Amir, ..
Kroni     >>



[UPDATED] Zara laid to rest again in Sipitang after .. - NST
SIPITANG: The remains of 13-year-old Zara Qairina Mahathir, a student of Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha in Papar, were reburied at 1.15am today at the Tanjung Ubi Muslim Cemetery in Mesapol. New Straits Times Press (M) Bhd
Tabloid     >>



Bedah siasat Zara Qairina, ini pencerahan peguam - Hmetro
Kota Kinabalu: Peguam, Shahlan Jufri menegaskan proses bedah siasat Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, semalam, berlangsung secara telus, berintegriti dan mengikut prosedur. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Top 10 trending phones of week 32 - Gsmarena
The most popular phone in our database this week was once more the Redmi 15 5G. The most capable member of Xiaomi's newly introduced entry-level trio narrowly beat the Samsung Galaxy A56 and Galaxy S25 Ultra pair to claim its second victory in a row. [#InlinePriceWidget, 14036, 1#] Another fresh entry level phone ..
World     >>



European leaders rally behind Ukraine ahead of .. - Globalnews
A White House official said Trump remains open to a trilateral summit with both the Russian and Ukrainian leaders, but for now, he will have a bilateral meeting requested by Putin.
Motor Trend     >>



USD10 Billion Loss For TOYOTA Because Of Trump Tariffs - DSF
Toyota Cuts Profit Forecast By 16% Due To US Tariffs Toyota has just reported a USD10 billion profit hit from recent US tariffs in its fiscal first quarter, prompting a 16% cut to its full-year profit forecast and raising industry-wide alarm over the mounting cost of trade restrictions. This ..