| /// |
|
| Search : Konvensyen News | Page 1 |
|
Khemah besar: Cadangan, strategi politik perlu dibawa ke Majlis Presiden .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm # Khemah besar: Cadangan, strategi politik perlu dibawa ke Majlis Presiden PH - Loke SHAH ALAM - Sebarang cadangan atau strategi politikperlu dibawa keMajlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk dibincangkandan tidak sepatutnya diuar-uarkan secara terbuka, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Masing-masing ada pandangan dan cadangan tetapi saya yakin kalau kita memberikan cadangan secara terbuka, berbincang melalui media ia tidak akan dapat mencapai hasrat atau objektif yang diinginkan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen DAP Selangor 2026di sini hari ini |
|
Azmin hadir konvensyen Amanah langkah positif penyatuan ummah sebenar ??? .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm # Azmin hadir konvensyen Amanah langkah positif penyatuan ummah sebenar Tun Faisal KUALA LUMPUR - Kehadiran Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) kelmarin disifatkan manifestasi politik matang dan terbuka |
|
DAP berdepan cabaran sukar, tidak boleh terlalu selesa – Loke - Mygazette - 23/11 6:37 pm "Mereka menyatukanundi mereka, satukan undi dua gabungan, tidak kira apa pencapaian tetapi apabila undi itu disatukan bermain dengan sentimen, asalkan bukan DAP dalam kerajaan sentimen ini suka tidak suka, berkesan terutama di (PRN) Melaka dan Negeri Sembilan. "Ini percaturan yang sedang dimainkan, yang mesti kita sedar, tahu dan mesti ada perancangan untuk kita menghadapi cabaran-cabaran ini," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini |
|
'UMNO sakau bersama Pas, suci dengan Amanah?' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 23/11 6:03 pm SHAH ALAM - Pas mempersoalkan pendirian Parti Amanah Negara (Amanah) yang melabelkan UMNO sebagai parti 'asabiyah' dan 'sakau' ketika mengkritik kerjasama politik Pas dengan parti itu.Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Amanah pernah membentuk kerajaan bersama UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 meskipun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih berdepan perbicaraan 47 pertuduhan berkaitan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram."Jadi saya ingin bertanya, apakah ukuran sebenar yang digunakan oleh (Pengarah Komunikasi Amanah) Khalid Samad? Ketika Amanah menerima UMNO sebagai rakan kerajaan sewaktu presidennya masih dibicarakan, kerjasama itu dibolehkan atas nama kestabilan politik."Tetapi apabila Pas bekerjasama dengan UMNO selepas Ahmad Zahid memperoleh DNAA, tiba-tiba kerjasama tersebut dianggap bersama parti 'sakau'? Mengapa dua ukuran yang berbeza digunakan terhadap parti yang sama?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini Khalid ketika penggulungan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2026 Amanah, Ahad lalu menegaskan, parti itu perlu membina naratif politik baharu bagi mencabar sokongan terhadap kerjasama UMNO dan Pas yang menggunakan sentimen perpaduan Melayu serta Islam.Menurutnya, tindakan Pas untuk bersama dengan UMNO memang sukar dipertahankan kerana menyatakan UMNO sebagai parti asabiah.Dalam pada itu Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mempersoalkan pandangan Dr Rosli Yaakob yang didakwa mencadangkan Pas meninggalkan UMNO dan menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut beliau, pandangan berkenaan pada asalnya ditulis dalam perbualan WhatsApp dan sekiranya benar, perlu diperjelaskan sama ada ia merupakan perbualan tertutup atau kenyataan yang dimaksudkan untuk edaran umum."Dalam politik, kita sering berbual dan bertukar pandangan dengan pemimpin pelbagai parti, termasuk mereka yang berbeza pendirian."Ada perkara yang dibincangkan secara peribadi dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi parti," ujarnya.Justeru beliau menuntut Khalid menjawab dan menjelaskan dua perkara berkenaan."Politik memerlukan prinsip yang konsisten dan kepercayaan yang dijaga, bukan ukuran berbeza mengikut siapa yang menjadi rakan politik," katanya. |
|
Hajiji mahu jajaran politik GRS-BN-PH kekal demi kestabilan Sabah - Sinarharian - 23/11 9:20 am Ada pandangan dan kenyataan daripada pihak BN serta PH, nanti kita akan bawa berbincang untuk mencari persetujuan bersama. Tapi bagi saya, kerajaan yang kita pimpin ini ialah kerajaan yang diketuai oleh GRS," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Makan Malam Bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada malam Ahad.Sementara itu, dalam ucapannya, Hajiji turut menegaskan bahawa kerjasama GRS dengan BN dan PH akan diteruskan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen serta Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang."Kerjasama kita dengan PH dan BN ini kita akan teruskan dalam PRU Parlimen ini dan juga dalam PRN yang akan datang |
|
Kekuatan spiritual tingkat daya tahan pesakit - Sinarharian - 23/11 8:40 am SHAH ALAM - Kekuatan spiritual memainkan peranan penting dalam membantu pesakit membina daya tahan fizikal dan mental, khususnya ketika berdepan dengan kesakitan serta menjalani proses rawatan penyakit.Ketua Unit Spiritual dan Kesihatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Ahmad Fahmi Md Sahray berkata, pendekatan perubatan holistik perlu mengambil kira empat elemen utama iaitu biologi, psikologi, sosial dan spiritual bagi memastikan keperluan pesakit diberikan perhatian secara menyeluruh."Aspek spiritual bukan sahaja mempengaruhi kesejahteraan mental, malah mempunyai kaitan secara langsung dengan daya tahan atau resilience seseorang ketika menghadapi kesakitan."Keadaan spiritual seseorang itu tinggi, dia akan memberi ketahanan tinggi kepada kekuatan fizikal dan juga mental. Kalau sekiranya status spiritual itu rendah, maka secara langsung juga fizikal dan mental seseorang itu akan menjadi rendah," katanya kepada Sinar Harian.Beliau yang juga panelis Konvensyen My#HadithTime 2026 berkata, kajian perubatan mendapati aspek spiritual turut memberikan kesan kepada proses penyembuhan pesakit, terutama dalam membantu mereka meneruskan rawatan.Jelasnya, pesakit kanser yang menjalani kemoterapi tanpa diberikan perhatian terhadap keperluan spiritual berisiko mengalami tekanan spiritual atau spiritual distress sehingga berputus asa dan hilang motivasi untuk meneruskan rawatan."Sebaliknya, ada pesakit yang melalui penyakit sama iaitu kanser, tetapi diberikan perhatian spiritualnya |
|
Apa yang Umno telah lakukan di Negeri Sembilan? - Denyutreformasi - 23/11 6:00 am Kenyataan itu juga berkata tidak tepat dan tidak berdasarkan fakta untuk mengatakan Istana mahu Ismail kekal sebagai menteri besar memandangkan beliau sendiri menegaskan tidak meletakkan jawatan. Menurutnya, pihak Istana akan mematuhi sepenuhnya konvensyen dan peruntukan perlembagaan. |
|
Amanah bawa cadangan hadapi PRU16 tanpa BN ke majlis presiden PH - Hotfm - 22/11 11:46 pm Konvensyen nasional Amanah hari ini menyaksikan hampir semua perwakilan menyokong usul supaya Amanah menghadapi PRU16 tanpa kerjasama dengan BN. |
|
Amanah bawa cadangan hadapi PRU16 tanpa BN ke majlis presiden PH - FMT - 22/11 11:46 pm Konvensyen nasional Amanah hari ini menyaksikan hampir semua perwakilan menyokong usul supaya Amanah menghadapi PRU16 tanpa kerjasama dengan BN. |
|
Cadangan PRU16 tanpa BN dibawa ke Majlis Presiden PH - Mat Sabu - Sinarharian - 22/11 7:35 pm SHAH ALAM - Cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) akan dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi mendapatkan keputusan bersama.Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketetapan yang dicapai pada Konvensyen Nasional 2026 Amanah itu merupakan saranan parti manakala keputusan muktamad mengenai kerjasama berkenaan perlu dibuat di peringkat PH."Kita tak buat keputusan, kita hanya buat saranan |
|
Kekalahan bukan noktah, perjuangan Amanah baru bermula - Mujahid - Sinarharian - 22/11 7:15 pm Hanya menang satu kerusi."Ini bukan bermakna dunia telah kiamat, ini bermakna kita baru sahaja bermula perjuangan. Suka atau tidak suka, kita akan masuk bertanding, itu realiti yang saya nak tunjukkan."Kalau siapa yang berasakan sudah lelah, penat dan tidak mampu lagi berjalan ayuh silakan, tapi kalau siapa melihat perjuangan ini akhirnya akan mencapai cita-citanya, saya menyeru perwakilan agar sanggup untuk berjalan dalam perjalanan panjang ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika penggulungan Pidato Presiden sempena hari kedua Konvensyen Nasional 2026 Amanah di sini pada Ahad.Mujahid berkata, keputusan PRN yang lepas perlu dijadikan asas realistik untuk parti memulakan usaha memperbaiki prestasi dan bukannya terus memberikan alasan."Kita tidak ada masa untuk memberi alasan kononnya orang tidak faham lagi perjuangan Amanah, tetapi perlu bekerja lebih keras untuk terus berjuang sehingga akhirnya sama ada kita menang atau gugur dalam perjuangan."Bukan soal kalah dan menang dalam pilihan raya |
|
Penyatuan Melayu-Islam bukan hak eksklusif Pas, UMNO Dr Dzulkefly - Sinarharian - 22/11 7:05 pm SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan UMNO tidak bermakna kedua-dua parti itu mempunyai hak eksklusif untuk memperjuangkan agenda penyatuan Melayu dan Islam di negara ini.Menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, beliau tidak mempertikaikan hak kedua-dua parti berkenaan untuk bekerjasama, namun menolak tanggapan bahawa hanya mereka berhak membawa agenda penyatuan Melayu-Islam."Mereka sudah berkawan dan saya mahu sebutkan, itu hak. Tidak ada siapa yang boleh menghalang mereka untuk bersama."Tetapi saya mahu menyebutkan bahawa hanya mereka sahaja yang berhak untuk mencetuskan atau membangunkan penyatuan Melayu dan Islam, itu satu kebatilan yang sangat-sangat perlu kita lawan dan tentang."Kerana Islam bukan eksklusifnya milik Pas dan Melayu bukan eksklusifnya agenda UMNO," katanya ketika menggulung perbahasan Pidato Presiden sempena hari kedua Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Dewan Raja Muda Musa di sini pada Ahad.Dr Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan berkata, perjuangan penyatuan Melayu dan Islam tidak seharusnya berasaskan ketaasuban sehingga membawa kepada sikap angkuh, menolak kebenaran serta memperlekeh pandangan pihak lain.Dalam pada itu, beliau mengakui Amanah masih belum memperoleh sokongan dan dukungan yang diharapkan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam.Beliau mendakwa, keadaan itu sebahagian besarnya berkait dengan pemikiran kebencian, ketakutan dan permusuhan yang dibawa serta dibudayakan oleh Pas dan UMNO.Dr Dzulkefly berkata, usaha mengubah pemikiran berkenaan bukan sesuatu yang mudah apabila kedua-dua parti itu seolah-olah merasakan mereka sudah menemui formula atau sentuhan kemenangan.Menurutnya, selepas kecundang dalam empat pusingan pilihan raya negeri (PRN), Amanah perlu mengakui realiti bahawa parti itu masih berdepan cabaran untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu-Islam.Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota Amanah supaya tidak hanya menumpukan kepada kemenangan atau kekalahan pilihan raya, sebaliknya terus memperjuangkan pembinaan sebuah negara bangsa berteraskan nilai Madani.Beliau berkata, usaha menangani ketaasuban politik perlu dilakukan melalui pendekatan memujuk, memberikan penerangan dan meningkatkan mutu hujah bagi membina kefahaman masyarakat.Dr Dzulkefly turut menyentuh cabaran mengubah pemikiran sebahagian masyarakat Melayu-Islam yang masih memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).Beliau mendakwa, terdapat kelompok yang masih dipengaruhi persepsi bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) akan menyebabkan DAP atau masyarakat Cina menguasai negara.Ujarnya, perjuangan Amanah perlu diteruskan meskipun parti itu terpaksa berdepan dengan satu lagi kekalahan dalam pilihan raya.Beliau turut menegaskan, penyatuan Islam tidak bermaksud mengetepikan atau menzalimi penganut agama lain, manakala penyatuan Melayu pula tidak bermaksud memusuhi atau menzalimi kaum lain.Dr Dzulkefly juga yakin manah mampu membawa pendekatan penyatuan Melayu-Islam yang lebih inklusif serta meraikan kepelbagaian dalam masyarakat. |
|
PRU16 tanpa BN: Amanah mesti kotakan kata-kata Aiman Athirah - Sinarharian - 22/11 5:11 pm SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) perlu membuktikan kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan bukan sekadar bercakap mengenai perkara itu.Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Nasional, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, anggota parti perlu mengotakan kata-kata dengan menggerakkan seluruh kekuatan jentera bagi menghadapi pilihan raya akan datang."Kita telah dengar, kita akan berhadapan dengan PRU16 tanpa Barisan Nasional, betul? Kita jangan cakap saja, tetapi kita mesti kotakan."Kita mesti masuk ke 29 kerusi pilihan raya (Parlimen) yang disebutkan oleh Pengarah Pilihan Raya dengan segala kekuatan, insya-ALLAH," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Pidato Presiden sempena hari kedua Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Dewan Raja Muda Musa di sini pada Ahad.Terdahulu, konvensyen tersebut meluluskan usul supaya Amanah menghadapi PRU16 tanpa kerjasama dengan BN apabila mendapat sokongan hampir kesemua perwakilan.Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menjelaskan bahawa usul berkenaan merupakan gabungan cadangan daripada Selangor, kawasan Subang dan Kelantan.Mengulas lanjut, Aiman Athirah mengingatkan anggota parti supaya tidak hanya bergantung kepada kekuatan gabungan politik atau populariti individu, sebaliknya perlu membina kekuatan dan identiti politik Amanah sendiri.Menurutnya, persiapan menghadapi PRU16 perlu diperkukuh dengan menggerakkan jentera, menghidupkan organisasi di peringkat akar umbi, membina keyakinan rakyat serta memperjelaskan tawaran politik parti."Kita tidak boleh hanya bergantung kepada kekuatan gabungan ataupun populariti individu |
|
Hanya Amanah boleh gagalkan BN, perlu bina naratif baharu - Khalid Samad - Sinarharian - 22/11 4:42 pm Ini yang kita kena bangunkan ataupun hasilkan."Perlu ada satu naratif baharu yang boleh memecahbelahkan Pas. Tindakan untuk bersama dengan UMNO memang sukar untuk dipertahankan kerana selama ini mereka sendiri menyatakan bahawa UMNO itu parti asabiah," katanya ketika penggulungan Pidato Presiden sempena hari kedua Konvensyen Nasional 2026 Amanah.Khalid berkata, keputusan Pas menjalinkan kerjasama dengan UMNO turut menimbulkan persoalan mengenai konsistensi pendirian parti itu."Sejak bila UMNO berubah dan pindah perlembagaan? Pas tidak boleh nafikan mereka bersama dengan parti asabiah serta sakau," ujarnya.Beliau turut mengakui usaha mengubah pemikiran pengundi bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan masa dan komitmen berterusan.Mengambil pengalaman Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, beliau berkata, kejatuhan Barisan Nasional (BN) ketika itu tidak berlaku dalam tempoh singkat, sebaliknya hasil usaha bertahun-tahun menerusi demonstrasi, forum dan penulisan golongan cendekiawan."Kita tidak jatuhkan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada 2018 dengan mudah |
|
DAP berdepan cabaran sukar, tidak boleh terlalu selesa - Anthony Loke - Sinarharian - 22/11 4:38 pm SHAH ALAM - DAP berdepan cabaran sukar dalam berhadapan Pilihan Raya Umum akan datang susulan strategi politik diambil pihak lawan seperti berlaku pada beberapa pilihan raya negeri, sekali gus menuntut penyelesaian yang lebih kreatif dan berani.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, mengambil iktibar daripada siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mencatatkan keputusan tidak memberangsangkan, semua pihak termasuk di peringkat pimpinan tidak boleh terlalu selesa dengan kedudukan semasa."Mereka menyatukan undi mereka, satukan undi dua gabungan, tidak kira apa pencapaian tetapi apabila undi itu disatukan bermain dengan sentimen, asalkan bukan DAP dalam kerajaan... sentimen ini suka tidak suka, berkesan terutama di (PRN) Melaka dan Negeri Sembilan."Ini percaturan yang sedang dimainkan, yang mesti kita sedar, tahu dan mesti ada perancangan untuk kita menghadapi cabaran-cabaran ini," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.AnthonyLoke turut mendakwa dalam konteks Selangor terdapat gerakan bagi ahli dan penyokong parti-parti politik tertentu untuk menukar pusat mengundi dalam memastikan strategi penyatuan undi dapat dilakukan sekali gus menumbangkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di negeri itu."Ini strategi yang dirancang dan cabaran besar kepada PH Selangor dan kita mesti cari jalan, fokus bagaimana kita nak bergerak |
|
PRU16: Amanah minta pembahagian kerusi PH dimuktamadkan segera Sany Hamzan - Sinarharian - 22/11 4:14 pm SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) meminta supaya urusan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) dimuktamadkan segera sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pengarah Pilihan Raya Amanah, Mohd Sany Hamzan menegaskan, calon juga perlu diperkenalkan lebih awal bagi membolehkan gerak kerja pilihan raya dilaksanakan dengan lebih teratur."Calon mesti diumumkan awal. Kita juga minta supaya soal berkaitan dengan pembahagian kerusi ini dapat dimuktamadkan segera."Mesyuarat di peringkat PH, di peringkat Parlimen-Parlimen saya minta supaya (turut) disegerakan," katanya ketika penggulungan Pidato Presiden sempena hari kedua Konvensyen Nasional 2026 Amanah di Dewan Raja Muda Musa pada Ahad.Bagaimanapun, Mohd Sany mengingatkan ahli supaya tidak mempertikaikan pemilihan calon apabila nama mereka diumumkan lebih awal."Cuma bila kita umumkan atau perkenal calon awal, tuan-tuan boleh bersetuju dan berjanji dengan kami yang tuan-tuan di bawah (di negeri) jangan datang (minta) berjumpa kepimpinan di atas."Nanti kita umumkan calon, (janganlah) tak boleh (tak setuju) pula |
|
Usul tergempar Amanah Johor sokong cabar tahanan rumah Najib diterima perwakilan - Sinarharian - 22/11 3:09 pm SHAH ALAM - Perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor membawa usul tergempar menyokong penuh tindakan Majlis Peguam fail semakan kehakiman cabar tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak.Usul berkenaan dibawa pada Konvensyen Nasional 2026 Amanah yang berlangsung pada Ahad dan mendapat sokongan daripada semua perwakilan.Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar berkata, perkara itu merupakan isu besar malah masih bersambung lagi dengan kes rasuah dan sakau yang dibuat oleh kleptokrat.Menurutnya, usul berkenaan dikemukakan bagi menyatakan pendirian Amanah yang mengecam pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib."Amanah sentiasa berpegang kepada prinsip keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang (rule of law) dan doktrin pengasingan kuasa sebagai teras utama agenda reformasi institusi negara."Majlis Peguam Malaysia telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keabsahan perintah tahanan rumah terhadap Najib."Antara asas yang dibangkitkan ialah pelaksanaan hukuman berkenaan yang didakwa tidak mempunyai peruntukan jelas dalam undang-undang jenayah negara, selain menimbulkan persoalan berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang," katanya ketika membentangkan usul berkenaan.Fadhli berkata, pendirian tersebut bukan bermaksud mempertikaikan atau tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong (YDPA).Jelas beliau, sebaliknya bertujuan memastikan setiap keputusan dan pelaksanaan undang-undang negara selari dengan Perlembagaan Persekutuan."Kita tetap menyanjung tinggi kuasa YDPA serta menghormati institusi Raja-Raja Melayu namun, dalam masa sama, kita mahu memastikan prinsip kesaksamaan dan keadilan terus dipelihara."Jangan sampai wujud persepsi bahawa terdapat layanan istimewa atau standard berbeza dalam sistem perundangan negara," ujarnya. |
|
'Berapa ramai lagi wanita perlu jadi korban?' - Warda Nasional gesa femisid diiktiraf - Sinarharian - 22/11 3:05 pm SHAH ALAM - Sayap Wanita Muda Amanah (Warda) Nasional menggesa kerajaan mengiktiraf kes pembunuhan wanita berasaskan gender atau femisid dalam dasar dan statistik negara.Perwakilannya, Nur Atiqah Syazana Mohd Nasir berkata, kerajaan perlu menyediakan definisi dan panduan jelas bagi mengenal pasti kes pembunuhan wanita yang mempunyai unsur atau motif berkaitan gender selain memperkukuh langkah pencegahan dan perlindungan."Masalah utama kita ialah sistem yang masih bersifat reaktif. Kita bertindak selepas nyawa melayang, bukan mencegah sebelum tragedi berlaku."Femisid hanyalah hujung kepada satu kitaran keganasan yang jauh lebih luas," katanya ketika membentangkan usul pada Konvensyen Nasional 2026 Amanah di Dewan Raja Muda Musa di sini pada Ahad.Nur Atiqah Syazana berkata, Malaysia masih belum mempunyai data rasmi femisid, sedangkan statistik keganasan rumah tangga menunjukkan peningkatan kes sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Menurutnya, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibentangkannya, kes keganasan rumah tangga meningkat daripada 5,507 pada 2023 kepada 7,116 pada 2024 dan 7,391 pada 2025.Kata beliau, sebanyak 5,862 kes turut direkodkan bagi tempoh Januari hingga September 2026, manakala data Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) hospital kerajaan mencatatkan 12,906 kes penderaan dan keganasan sepanjang 2025, melibatkan 10,176 mangsa wanita.Nur Atiqah Syazana turut membangkitkan empat kes pembunuhan wanita melibatkan Nur Anisah Abdul Wahab, Nur Farah Kartini Abdullah, Hamidah Husin dan Nurfisya Zulkifly bagi menekankan keperluan menangani keganasan terhadap wanita dengan lebih serius."Kita mungkin melihatnya sebagai kes pembunuhan |
|
Cadangan kerjasama khemah besar: 'Lebih baik dibincangkan secara tertutup' - Anthony Loke - Sinarharian - 22/11 1:22 pm SHAH ALAM - DAP terbuka membincangkan sebarang cadangan berkaitan strategi menghadapi pilihan raya akan datang, termasuk penggunaan logo parti masing-masing oleh komponen Pakatan Harapan (PH).Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua cadangan berkenaan perlu dibawa ke Majlis Presiden PH untuk dibincangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.Menurutnya, perkara paling penting ketika ini ialah memastikan semua parti dapat mengumpulkan kekuatan dan mencari pendekatan terbaik bagi menghadapi pilihan raya."Segala cadangan seperti itu perlu dibawa ke Majlis Presiden untuk dibincangkan. DAP sentiasa terbuka untuk membincangkan strategi bagaimana menghadapi pilihan raya."Yang paling penting ialah kita perlu mengumpulkan kekuatan dan mencari pendekatan paling baik untuk menghadapi pilihan raya," katanya ketika ditemui selepas Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di Shah Alam di sini pada Ahad.Hadir sama, Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo dan Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han.Mengulas cadangan kerjasama politik termasuk pendekatan khemah besar atau "big tent" yang dibangkitkan beberapa pihak, Anthony berkata, setiap parti mempunyai pandangan dan cadangan tersendiri.Bagaimanapun, beliau berpendapat perbincangan seumpama itu lebih wajar diadakan secara tertutup melalui Majlis Presiden berbanding dibangkitkan secara terbuka menerusi media.Menurutnya, perbincangan terbuka sebelum sesuatu cadangan dimuktamadkan tidak akan mencapai hasrat atau objektif yang diinginkan."Lebih baik cadangan dan perbincangan ini diadakan terlebih dahulu sebelum sesuatu kenyataan dibuat secara terbuka kerana masing-masing ada pandangan."DAP ada pandangan kita sendiri |
|
Usul jamin 30 peratus pencalonan wanita diluluskan - Amanah - Sinarharian - 22/11 12:57 am SHAH ALAM - Usul mendesak penggubalan Akta Pariti Gender dalam Perwakilan Politik bagi menjamin sekurang-kurangnya 30 peratus pencalonan wanita telah diluluskan pada Konvensyen Nasional 2026 Parti Amanah Negara (Amanah) selepas menerima 225 undi daripada perwakilan.Sebanyak 164 perwakilan pula membantah usul berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim, berkata, Wanita Amanah mengemukakan lima tuntutan utama, termasuk mempercepat penggubalan Akta Pariti Gender dalam Perwakilan Politik.Menurutnya, kerajaan perlu menyegerakan proses penelitian dan konsultasi rentas parti dengan sasaran pembentangan rang undang-undang tersebut pada tahun 2027, sebaik-baiknya sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Selain itu, menetapkan minimum 30 peratus pencalonan wanita dalam PRU dan Pilihan Raya Negeri (PRN), selain mewujudkan dana insentif bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam politik."Seterusnya, memastikan pelaporan dan pemantauan bebas |
|
Anthony Loke serah kepada PM status peletakan jawatan - Sinarharian - 22/11 12:46 am SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, namun status penerimaan peletakan jawatan tersebut perlu dirujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, setakat ini masih belum ada pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan."Anda perlu bertanya kepada Perdana Menteri. Bagi saya, saya sudah meletakkan jawatan," katanya ketika ditemui selepas Konvensyen Tahunan DAP Negeri Selangor di sini pada Ahad.Turut hadir ialah Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, dan Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada masih memegang jawatan Menteri Pengangkutan dari sudut teknikal berikutan peletakan jawatannya yang masih belum diputuskan.Anthony sebelum ini mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri pada 28 September lalu susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.Bagaimanapun, beliau ketika itu bersetuju meneruskan tugas sebagai Menteri Pengangkutan buat sementara waktu atas permintaan Anwar, dengan peletakan jawatan hanya berkuat kuasa apabila Najib mula menjalani hukuman berkenaan di rumah.Pada 10 November lalu, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International di bawah tahanan rumah.Bagaimanapun, Anwar pada 12 November lalu mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan itu, namun masih belum membuat keputusan mengenainya kerana mahu mengadakan perbincangan lanjut dengan Anthony.Perdana Menteri turut menyifatkan Anthony sebagai seorang menteri yang amanah dan komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya di Kementerian Pengangkutan. |
|
5,000 peserta dijangka hadiri Persidangan Pembinaan Negara Bangsa 2026 - Sinarharian - 22/11 12:01 am SHAH ALAM - Seramai 5,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dijangka menghadiri Persidangan Pembinaan Negara Bangsa 2026 yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 30 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, persidangan itu memberi tumpuan kepada peranan golongan belia sebagai ejen utama dalam membina negara bangsa dalam membentuk identiti nasional yang kukuh.Menurut beliau, generasi muda bukan sahaja perlu memahami sejarah serta asas kenegaraan, malah perlu memainkan peranan aktif dalam menyemai semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan dalam kepelbagaian."Pembinaan negara bangsa bukan hanya tanggungjawab Kerajaan, tetapi tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia."Justeru, penglibatan aktif generasi muda amat penting bagi memastikan aspirasi membina sebuah Bangsa Malaysia yang bersatu padu, beridentiti nasional dan mempunyai semangat kebersamaan dapat diteruskan merentasi generasi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Aaron berkata, persidangan itu bukan sekadar platform wacana akademik, sebaliknya menjadi medan menghimpunkan pemikiran, pengalaman dan aspirasi pelbagai pihak dalam membentuk persefahaman mengenai hala tuju pembinaan negara bangsa.Tambah beliau, dalam konteks Malaysia yang kaya kepelbagaian etnik, agama, budaya dan bahasa, usaha pembinaan negara bangsa perlu berteraskan nilai kebersamaan, semangat kekitaan serta rasa kepunyaan terhadap negara tanpa menghakis keunikan setiap kaum."Kementerian meminta seluruh rakyat khususnya golongan belia, mahasiswa dan generasi muda untuk bersama-sama menyertai persidangan ini serta mengambil bahagian secara aktif dalam wacana mengenai masa depan negara."Hasil perbincangan dan pandangan yang diketengahkan sepanjang persidangan ini dapat menjadi input strategik dalam memperkaya pelaksanaan agenda Pembinaan Negara Bangsa, sekali gus memperkukuh komitmen seluruh lapisan masyarakat ke arah pembentukan sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan mempunyai jati diri nasional yang kukuh," katanya lagi.Persidangan anjuran Kementerian Perpaduan Negara bakal menghimpunkan tokoh akademik, ahli sejarah, pakar pelbagai bidang dan pemimpin masyarakat bagi membincangkan empat tema utama, termasuk Perlembagaan dan Rukun Negara sebagai teras pembinaan negara bangsa serta warisan dan sejarah sebagai akar identiti nasional.Turut dibincangkan ialah aspek kepelbagaian, keharmonian dan kesepaduan sosial serta transformasi negara bangsa yang merangkumi naratif nasional, ekonomi inklusif dan modal insan.Antara pengisian utama ialah syarahan Negarawan yang akan disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan tumpuan kepada perspektif kenegaraan, perpaduan dan masa depan negara.Majlis perasmian penutup pula dijadual disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Disember ini. |
|
Amanah lulus usul penggal tetap kerajaan selepas pilihan raya - Sinarharian - 22/11 11:44 am SHAH ALAM - Konvensyen Nasional 2026 Parti Amanah Negara (Amanah) pada Ahad meluluskan usul mewujudkan penggal tetap bagi setiap kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya bagi menjamin kestabilan politik negara.Usul itu mendapat persetujuan majoriti perwakilan selepas melalui sesi perbahasan yang turut menyaksikan pandangan perwakilan yang menyokong dan membantah cadangan berkenaan.Bagaimanapun, beberapa cadangan penambahbaikan termasuk pengecualian tertentu terhadap pelaksanaan penggal tetap kerajaan turut dikemukakan untuk diperhalusi oleh jawatankuasa usul parti.Perwakilan Amanah Shah Alam, Ahmad Fahmy Murad berkata, Malaysia memerlukan mekanisme penggal tetap kerajaan atau 'fixed-term government' sebagai sebahagian daripada agenda reformasi institusi bagi mengelakkan ketidakstabilan politik akibat perubahan sokongan wakil rakyat."Kita telah menyaksikan beberapa episod pertukaran kerajaan tanpa melalui proses pilihan raya, berpunca daripada perubahan sokongan politik dan percaturan kuasa."Keadaan ini memberi kesan negatif terhadap kestabilan politik negara, mengikis kepercayaan anak muda dan masyarakat terhadap sistem demokrasi selain menjejaskan keyakinan pelabur," katanya ketika membentangkan usul pada konvensyen berkenaan yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di sini pada Ahad.Menurut Ahmad Fahmy, pelaksanaan undang-undang antilompat parti ketika ini masih mempunyai kelompangan kerana wakil rakyat boleh menarik sokongan terhadap Perdana Menteri atau Menteri Besar tanpa perlu meninggalkan parti masing-masing.Beliau turut merujuk beberapa episod pertukaran kerajaan sejak 2020 termasuk perkembangan politik di Perlis pada Disember 2025 sebagai contoh keperluan memperkukuh mekanisme kestabilan pentadbiran.Sehubungan itu, Ahmad Fahmy menggesa Amanah memperjuangkan penggubalan rang undang-undang reformasi institusi bagi membolehkan kerajaan yang dipilih rakyat mentadbir sehingga tamat penggal lima tahun, tertakluk kepada pengecualian yang dibenarkan Perlembagaan."Kita tidak mahu kerajaan yang kebal tetapi kita mahu mengembalikan kepercayaan anak muda terhadap sistem demokrasi kita |
|
DAP Selangor sasar rampas semula DUN Dusun Tua dari BN - Sinarharian - 22/11 11:24 am SHAH ALAM - DAP akan bertanding semula di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan sasaran merampas kembali kerusi itu yang kini disandang Barisan Nasional (BN).Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han berkata, parti itu pernah memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, namun tidak bertanding pada PRN 2023 bagi memberi laluan kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan.Menurutnya, DAP bukan sahaja akan bertanding di Dusun Tua pada PRN akan datang, malah bertekad memenangi kerusi berkenaan.Bagi memperkukuh persiapan, beliau berkata, Pengarah Pendidikan Politik DAP Selangor, Syahredzan Johan dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Wayne Ong telah dilantik sebagai penyelaras DAP di Dusun Tua."Jentera pilihan raya akan bergerak di bawah pimpinan kedua-dua penyelaras itu dan meminta semua anggota parti di Hulu Langat membuat persiapan mulai sekarang."Mulai hari ini, saya minta semua rakan di Hulu Langat bersiap sedia," katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Selangor yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.Hadir sama, Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo.Sebagai rekod, kerusi DUN Dusun Tua kini disandang Datuk Johan Abd Aziz daripada UMNO yang memenanginya pada PRN Selangor 2023 dengan majoriti 3,014 undi.Ucapan Sze Han dilihat memberi isyarat jelas DAP mahu merampas semula kerusi Dusun Tua daripada BN pada PRN akan datang selepas menyerahkan kerusi itu kepada UMNO pada PRN 2023 demi Kerajaan Perpaduan.Dalam perkembangan berkaitan, Sze Han turut menggesa supaya jumlah kerusi DUN Selangor ditambah bagi mencerminkan pertambahan penduduk dan pengundi di negeri itu.Menurutnya, Selangor masih mempunyai 56 kerusi DUN sejak 2003 walaupun jumlah pengundi terus meningkat dalam tempoh lebih 20 tahun."Pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik turut membawa kepada pertambahan pengundi baharu, selain semakin ramai keluarga berpindah ke Selangor," katanya.Beliau berkata, terdapat beberapa kawasan DUN yang kini mempunyai lebih 100,000 pengundi, sekali gus menunjukkan keperluan menambah jumlah wakil rakyat.Sebagai contoh, Sze Han berkata, DUN Kinrara mempunyai 134,016 pengundi berbanding Sungai Air Tawar yang mencatatkan 20,336 pengundi."Pengundi Kinrara lebih enam kali ganda |
|
Amanah akan hadapi PRU16 tanpa kerjasama BN - Khalid - Sinarharian - 22/11 10:54 am SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil ketetapan bahawa akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).Keputusan itu dibuat selepas usul berkenaan mendapat sokongan hampir kesemua perwakilan pada Konvensyen Nasional 2026 parti tersebut.Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, terdapat 40 usul yang diterima daripada perwakilan untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa usul.Menurutnya, usul terima untuk dibahas 11, namun apabila dicantumkan beberapa usul ada persamaan."Jadi akan dibahas ada lima |
|
Amanah Pahang tegur budaya berpuak dalam parti - Sinarharian - 22/11 10:22 am Ini kumpulan saya atau bukan kumpulan saya."Kita ada jawatan, kita masih begitu. Apakah ini Islam Rahmatan Lil Alamin?" katanya ketika membahaskan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional 2026 Amanah di Dewan Raja Muda Musa di sini pada Ahad.Muhammad Ibrohim turut mempersoalkan sikap segelintir ahli yang hanya melaksanakan tanggungjawab ketika memegang jawatan politik, tetapi meninggalkannya apabila tidak lagi mempunyai kedudukan.Tegasnya, Amanah perlu menunjukkan contoh yang baik dalam kalangan ahli sendiri sebelum mengharapkan rakyat menerima dasar serta perjuangan yang dibawa parti itu."Bagaimana rakyat nak yakin dengan kita kalau kita sendiri tidak bersikap Rahmatan Lil Alamin sesama kita?"Sepatutnya parti Islam Rahmatan Lil Alamin tidak ada masalah dalam pemilihan |
|
Ketuanan Melayu sama seperti ‘white supremacy’ ??? Mat Sabu - Mygazette - 22/11 8:01 am Inilah fahaman Asabiah, katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Dewan Raja Muda Musa, di sini, hari ini |
|
Penyatuan Melayu bukan untuk lindungi pemimpin rasuah – Mat Sabu - Mygazette - 22/11 8:01 am Mana mungkin untuk kita berbangga dengan pemimpin rasuah yang menyeleweng duit rakyat hingga berbilion-bilion, katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato Presiden pada Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Dewan Raja Muda Musa, di sini, hari ini |
|
Senada dengan Zahid, MCA mahu segera bubar Parlimen ??? Sin Woon - Mygazette - 22/11 8:01 am Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, kerajaan ketika ini semakin sukar dipertahankan apabila pelbagai janji reformasi dilaungkan sebelum ini masih menimbulkan persoalan sedangkan rakyat terus berdepan tekanan kehidupan. Kerajaan sekarang ini sudah tidak boleh dipertahankan lagi, katanya ketika berucap pada Konvensyen Wanita MCA di Wisma MCA hari ini |
|
Kerjasama BN-PN boleh dibincang, tapi prinsip MCA tidak boleh dikompromi .. - Mygazette - 22/11 8:01 am Strategi politik boleh disesuaikan, tetapi pendirian parti tidak boleh dikaburkan, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Wanita MCA di Wisma MCA, di sini, hari ini |
|
PH perlu bersedia hadapi gabungan BN-PN pada PRU16 - Mygazette - 22/11 8:01 am Kita perlu mengambil serius kerana kerjasama ini tentu akan diteruskan dalam PRU16, katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Dewan Raja Muda Musa, di sini, hari ini |
|
Bayangkan berapa banyak sekolah dan hospital boleh dibina, Bang Mat .. - Wrlr - 22/11 7:20 am Namun, Bang Mat tegaskan bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar mencapai gelaran tersebut, tetapi memastikan rakyat menikmati pekerjaan yang lebih baik, gaji yang bermaruah dan peluang ekonomi yang adil, katanya. Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pimpinan serta perwakilan AMANAH yang menghadiri Konvensyen Nasional 2026 supaya memperkukuh organisasi, meningkatkan usaha dan sentiasa mendekati masyarakat |
|
Azmin hadir konvensyen Amanah bukan isyarat kerjasama politik, kata Tun Faisal - FMT - 22/11 12:06 am Ketua penerangan Bersatu kata setiausaha agung memenuhi undangan Amanah. |
|
Azmin hadir konvensyen Amanah bukan isyarat kerjasama politik, kata Tun Faisal - Hotfm - 22/11 12:06 am Ketua penerangan Bersatu kata setiausaha agung memenuhi undangan Amanah. |
|
'Nik Aziz pesan jangan beri tongkat kepada UMNO, BN' - Amanah Wilayah Persekutuan - Sinarharian - 21/11 6:50 pm SHAH ALAM - Pesanan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya tidak memberikan tongkat kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu dijadikan peringatan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menentukan hala tuju kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan, Hayatul Kamil Termudi berkata, PH perlu mengambil tindakan terhadap BN dan tidak terus memberikan sokongan kepada gabungan itu sekiranya mahu memastikan gabungan berkenaan kekal kuat pada pilihan raya akan datang."Kalau BN terus berada dalam kerajaan, tongkat yang kita beri kepada mereka akan digunakan untuk memukul PH."Tetapi kalau kita mengambil tindakan sekarang, walaupun tongkat kita telah beri dahulu kepada BN, kita dapat ambil balik tongkat itu dan gunakan tongkat itu untuk memukul BN," katanya ketika membahaskan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2026 Amanah di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada Sabtu.Jelas Hayatul Kamil, pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 membolehkan negara ditadbir oleh gabungan parti daripada pelbagai kaum, sekali gus menamatkan keadaan Parlimen tergantung.Menurutnya, kerjasama itu juga membolehkan pelbagai usaha berkaitan ekonomi dan kebajikan rakyat dilaksanakan, namun keadaan politik mula terjejas selepas BN didakwa mengambil tindakan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.Dalam pada itu, Hayatul Kamil turut mendakwa BN berpaling tadah dengan memihak kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.Beliau menggesa rundingan pembahagian kerusi Parlimen PH disegerakan bagi membolehkan persiapan menghadapi pilihan raya dibuat lebih awal."BN dan Pas sudah menunjukkan gabungan dan mereka yakin akan menang PRU16, tetapi kita masih ada masa untuk menghadapi mereka."Jadi, segerakan rundingan kerusi Parlimen yang akan ditandingi Pakatan Harapan supaya kita boleh bersiap sedia sejak awal serta memuktamadkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi," katanya. |
|
Asabiah menjadi racun apabila pertahan kesalahan kelompok sendiri - Mat Sabu - Sinarharian - 21/11 4:43 pm Yang menyeleweng mesti dipertanggungjawabkan."Pendirian ini terpakai kepada semua, termasuk diri dan kepimpinan kita sendiri. Inilah komitmen Amanah teguh pada prinsip, adil dalam tindakan serta berani menolak kezaliman," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2026 Parti Amanah Negara di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada Sabtu.Dalam pada itu, Mohamad berkata, parti berkenaan bakal menggerakkan usaha secara tersusun di semua peringkat parti bagi menolak fahaman asabiah menerusi kerjasama Biro Syariah, Biro Komunikasi dan Biro Pembangunan Sumber Manusia (PSM).Jelasnya, kedua-dua biro tersebut bertanggungjawab menyusun penerangan mengenai konsep Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam atau Islam rahmatan lil alamin, termasuk menyediakan bahan yang mudah difahami serta disokong nas sahih."Tolak fahaman asabiah dan fahaman ekstremisme dalam agama.Seterusnya, PSM perlu mengenal pasti potensi serta kepakaran anggota di semua peringkat."Padankan bakat mereka dengan keperluan parti dan tuntutan zaman |
|
Jangan pertahankan rasuah atas nama Melayu dan Islam, AMANAH mesti gempur asabiah -Mohamad Sabu - Harapandaily - 21/11 4:24 pm FOTO BERITA: Majlis Perasmian Konvensyen Nasional 2026 Parti AMANAH Nasional yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohamed Sabu Presiden AMANAH di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor |
|
'Hati-hati beri pandangan, jangan sampai sentuh sensitiviti agama' - Mat Sabu - Sinarharian - 21/11 3:41 pm Termasuk saya sendiri kadang-kadang kita keluar perkataan-perkataan kena lebih jaga."Kalau tersasar, kita kena cepat membetulkan keadaan itu. Itu yang kita lihat berlaku sekarang," katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Nasional 2026 Amanah di Dewan Raja Muda Musa pada SabtuBeliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung arahan penutupan premis perniagaan ketika solat Jumaat di TerengganuSinar Harian sebelum ini melaporkan, Poay Tiong pada Sabtu memohon maaf secara terbuka susulan hantarannya berhubung arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika waktu solat Jumaat.Beliau mengakui, terdapat kelemahan dalam penyampaian pandangannya, terutama dari segi pemilihan kata dan nada sehingga menimbulkan salah faham serta menyinggung perasaan masyarakat, terutama umat Islam.Bagaimanapun, Mohamad berpandangan, reaksi terhadap isu sensitif yang membabitkan pemimpin politik berbeza parti dilihat tidak seimbang, termasuk apabila kenyataan seorang pemimpin Pas mengkritik pihak lain."Apabila seorang pimpinan Pas mengkritik sahabat sebegitu rupa, ia bergolak sekejap sahaja."Selepas itu macam orang sudah lupa, padahal kata-kata itu lebih dahsyat," ujarnya.Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mendakwa, kritikan hebat terhadap Poay Tiong berbanding reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh sebelum ini menunjukkan isu sensitiviti agama turut dipengaruhi kepentingan politik.Beliau membangkitkan kenyataan Nik Muhammad Zawawi yang mengaitkan sahabat Rasullah SAW iaitu Abu Bakar as-Siddiq dengan gelaran bapa ceti dan Umar al-Khattab dengan perlakuan zina sebelum memeluk Islam, namun mendakwa perkara itu tidak menerima kecaman setara.Khalid berkata, keadaan itu menunjukkan isu berkenaan boleh dijadikan modal politik untuk meraih sokongan, bukannya dibangkitkan atas dasar kejujuran dan keikhlasan."Bila mereka cakap semua diam, tak ada orang kecam |
|
'Ada Melayu baik, ada Melayu jahat' - Pesanan Allahyarham Nik Aziz jadi pegangan Mat Sabu - Sinarharian - 21/11 1:12 pm Ada Arab baik, Nabi Muhammad SAW. Ada Arab jahat, Abu Lahab dan Abu Jahal," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2026 di Dewan Raja Muda Musa pada Sabtu.Menurut Mohamad, Malaysia merupakan sebuah negara unik yang dibentuk daripada masyarakat pelbagai kaum, justeru keharmonian yang dikecapi perlu terus dipelihara demi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara."Kita telah melalui peristiwa perpecahan antara kaum yang menjadi sejarah pahit negara."Atas pengajaran itu, kita ada Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 yang mengungkapkan cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil dan progresif yang menghormati kepelbagaian tradisi dan kebudayaan."Lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan seharusnya memberikan kita pedoman dalam mengurus perbezaan dan melayani sesama kita dalam negara Malaysia," katanya.Sebelum itu, tayangan montaj yang memaparkan pandangan Nik Aziz mengenai kaum sebagai ketentuan ALLAH SWT yang tidak boleh dipilih turut dipertontonkan pada konvensyen berkenaan.Bagaimanapun, Mohamad melahirkan kekecewaan apabila masih terdapat golongan yang menjadikan sentimen kaum dan agama sebagai alat untuk mencetuskan kebencian serta ketakutan demi meraih sokongan kelompok yang diwakili mereka.Menurutnya, tindakan sedemikian didorong kerakusan merebut kuasa sehingga sanggup memperjudikan kestabilan negara serta mengabaikan prinsip kebenaran dan keadilan.Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, perpaduan dan semangat kekitaan bukan sesuatu yang dilarang dalam Islam, sebaliknya agama itu menolak Asabiah yang mengatasi kebenaran, keadilan dan ikatan persaudaraan."Asabiah yang bertentangan dengan ajaran Islam ialah semangat kesukuan, perkauman atau kepartian yang melampau sehingga seseorang membela kelompoknya secara membuta tuli, walaupun kelompok tersebut melakukan kezaliman atau perkara yang salah."Membela kelompok sendiri walaupun melakukan kesalahan adalah Asabiah," ujarnya.Beliau turut membangkitkan mesej puisi Melayu karya Usman Awang yang mengajak masyarakat mencintai bangsa dengan kebijaksanaan, keberanian menegur kelemahan sendiri serta mempertahankan kebenaran dan keadilan."Semangat inilah yang mendasari tema 'Istiqamah Menggempar Asabiyah' |
|
Konvensyen Amanah perlu desak Anwar keluarkan BN - Fadhli Umar - Sinarharian - 21/11 12:28 am JOHOR BAHRU - Konvensyen Amanah Nasional perlu menjadi platform untuk menyatakan pendirian tegas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Barisan Nasional (BN) dikeluarkan daripada Kerajaan Perpaduan.Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, sudah tiba masanya kedudukan UMNO-BN dalam kerajaan dinilai semula susulan tindakan pemimpinnya yang didakwa sering menyerang rakan gabungan sendiri.Menurutnya, BN perlu memahami bahawa keputusan untuk berada dalam kerajaan turut membawa tanggungjawab terhadap pentadbiran dan setiap keputusan yang dibuat bersama."Kalau ada perbezaan, bincang |
|
Pemuda AMANAH persoal apa guna BN kekal dalam kerajaan jika asyik serang rakan sendiri - Harapandaily - 21/11 12:27 am Ahli Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar mempersoalkan kewajaran Barisan Nasional (BN) terus berada dalam Kerajaan Perpaduan jika pemimpinnya sering menyerang rakan sendiri. Beliau menggesa Konvensyen AMANAH Nasional hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengeluarkan BN daripada kerajaan |
|
'Jangan terpedaya slogan penyatuan Melayu palsu' - Mat Sabu - Sinarharian - 21/11 11:18 am SHAH ALAM Orang Melayu diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan slogan penyatuan Melayu yang palsu, sebaliknya perlu menilai sesuatu perjuangan berdasarkan kejujuran dan amalan pihak yang memperjuangkannya.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perjuangan atas nama bangsa dan agama tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membenci pihak lain, apatah lagi mempertahankan kepentingan kelompok tertentu.Menurutnya, kebanggaan terhadap bangsa Melayu perlu mempunyai batas dan tidak boleh dijadikan alasan untuk mempertahankan kepimpinan yang terpalit dengan rasuah."Saya mengajak orang Melayu agar tidak terpedaya dengan slogan penyatuan Melayu yang palsu."Ukurlah setiap seruan itu pada kejujuran perjuangannya, dan akhlak pemimpinnya," katanya ketika menyampaikan pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah di Dewan Raja Muda Musa, pada Sabtu.Justeru, beliau berpandangan, tidak wajar seseorang berbangga dengan kepimpinan yang melakukan rasuah hanya kerana mereka sebangsa, sebaliknya prinsip keadilan dan kebenaran perlu diutamakan.Mengambil pengajaran daripada kisah Rasulullah SAW, Mohamad berkata, keadilan perlu ditegakkan tanpa mengira kedudukan atau pangkat seseorang, termasuk apabila melibatkan individu yang mempunyai kedudukan mulia dalam masyarakat."Kita sebagai orang Melayu mesti tegas berprinsip,kebenaran tetap kebenaran walaupun ianya pahit," tegasnya.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa penyatuan bangsa tidak seharusnya dijadikan alat untuk meraih sokongan politik dan mendapatkan kuasa.Sebaliknya, beliau berkata, terdapat pihak yang menggunakan sentimen bangsa dan agama dengan membangkitkan kebencian terhadap kaum lain, selain mencaci serta memfitnah pihak berbeza atas nama perjuangan Melayu dan Islam."Apakah ini penyatuan bangsa yang kita inginkan? Ini bukan penyatuan bangsa |
|
Azmin Ali hadir Konvensyen Nasional Amanah, perwakilan beri sorakan - Sinarharian - 21/11 10:18 am SHAH ALAM - Kehadiran Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) menarik perhatian perwakilan parti itu pada Sabtu.Mohamed Azmin yang mengenakan baju berwarna biru dilihat hadir ke Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini dan beramah mesra dengan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.Kehadiran beliau turut disambut tepukan dan sorakan perwakilan sebaik namanya diumumkan oleh Setiausaha Agung Amanah merangkap Pengarah Konvensyen Nasional 2026, Muhammad Faiz Fadzil.Kehadiran Mohamed Azmin itu mencuri perhatian susulan perkembangan hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu.Hadir sama, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun.Konvensyen yang berlangsung selama dua hari itu disempurnakan Mohamad Sabu.Sebelum itu, beliau menyampaikan pidato Presiden sebelum merasmikan konvensyen berkenaan. |
|
Ismail perlu buktikan sokongan majoriti ADUN – Istana Negeri Sembilan - Mygazette - 21/11 7:39 am # Ismail perlu buktikan sokongan majoriti ADUN - Istana Negeri Sembilan SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim perlu membuktikan beliau masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi memastikan kedudukannya selaras dengan konvensyen dan peruntukan Perlembagaan negeri |
|
PH perlu buka khemah besar, rangkul sokongan Melayu hadapi PRU-16 ??? Faiz - Mygazette - 21/11 7:39 am Kita tidak boleh hanya bercakap mengenai agenda kita sendiri tetapi perlu melihat realiti politik dan bagaimana kita boleh membina kekuatan yang lebih besar untuk menghadapi pilihan raya akan datang, katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sebelum merasmikan Konvensyen Pemuda Nasional Parti Amanah 2026 di sini hari ini |
|
???Saya datang nak selesaikan masalah??? ??? Tok Mat jumpa ADUN BN-PN .. - Mygazette - 21/11 7:39 am Beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak menyerahkan mahupun mengizinkan penyerahan surat peletakan jawatan tersebut kepada Tuanku Muhriz, sambil menyatakan bahawa surat itu telah disimpan oleh kepimpinan partinya. Susulan itu, Istana Negeri Sembilanmenjelaskanmereka tidak meminta Datuk Ismail Lasim untuk kekal sebagai Menteri Besar, sambil menegaskan bahawa beliau mesti membuktikan sokongan majoritiberterusan di dalam Dewan Undangan Negeri, bagi menentukan kedudukannya, selaras dengan konvensyen dan peruntukan perlembagaan |
|
Mohd Hasbie umum konvensyen terakhir sebagai Ketua Pemuda Amanah - Mygazette - 21/11 7:39 am # Mohd Hasbie umum konvensyen terakhir sebagai Ketua Pemuda Amanah SEPANG Ketua Pemuda Amanah Nasional, Senator Mohd Hasbie Muda mengumumkan Konvensyen Pemuda Nasional Parti Amanah 2026 merupakan konvensyen terakhirnya menerajui sayap parti itu |
|
Politik perkauman punca pengundi tolak PH walaupun puas hati dengan .. - Mygazette - 21/11 7:39 am Inilah cabaran yang perlu kita hadapi. Politik identiti dan perkauman sempit tidak boleh dibiarkan terus membentuk pemikiran masyarakat, katanya ketika berucap pada Konvensyen Pemuda Nasional Parti Amanah 2026 di sini hari ini |
|
Istana Negeri Sembilan: Ismail Lasim mesti buktikan sokongan majoriti .. - Mygazette - 21/11 7:39 am # Istana Negeri Sembilan: Ismail Lasim mesti buktikan sokongan majoriti untuk kekal sebagai MB SEREMBAN - Istana Negeri Sembilan hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak meminta Datuk Ismail Lasim untuk kekal sebagai Menteri Besar, sambil menegaskan bahawa beliau mesti membuktikan sokongan majoriti yang berterusan di dalam Dewan Undangan Negeri, bagi menentukan kedudukannya selaras dengan konvensyen dan peruntukan perlembagaan |
|
Faiz Fadzil: Kita boleh kalah, tetapi mengalah bukan dalam kamus anak muda AMANAH - Harapandaily - 21/11 5:36 am FOTO BERITA: Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional 2026 “Membangun Negara Bangsa” disempurnakan oleh Tuan Hj |
|
Dr Siti Mariah tegur pemimpin cakap lain dalam Kabinet, lain pula di luar - Harapandaily - 21/11 3:06 am FOTO BERITA: Majlis Perasmian Konvensyen Nasional 2026 Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) disempurnakan oleh Dr Siti Mariah Mahmod Naib Presiden AMANAH di Tingkat 7, Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor |
|
ICJ sahkan genosid Rohingya, Myanmar wajib laksana keputusan - Harakahdaily - 20/11 5:59 pm KUALA LUMPUR: Myanmar wajib menghormati dan melaksanakan sepenuhnya keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengesahkan negara itu melakukan genosid terhadap etnik Muslim Rohingya. Keputusan bersejarah pada 19 November 2026 di The Hague, Belanda itu mengesahkan Myanmar melanggar Konvensyen Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid 1948 |
|
Tiada ancaman siber besar jejas data rakyat setakat ini ??? Fahmi - Mygazette - 18/11 5:19 pm Ada beberapa pihak yang membuat dakwaan dalam beberapa laman dark web yang mengatakan data rakyat Malaysia telah dicuri daripada sekian-sekian tempat, tapi tidak boleh disahkan, kadang-kadang ia adalah data lama yang telah berlaku, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas forum yang bertajuk The AI Wave, Malaysias Next Move sempena hari kedua Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini |
|
Malaysia mahu mekanisme aduan AI rentas ASEAN ??? Fahmi - Mygazette - 18/11 5:19 pm Apabila negara-negara ASEAN mempunyai satu mekanisme untuk sama-sama membuat aduan mengenai masalah AI kepada satu aplikasi, sudah pasti ia akan diberi tindakan yang lebih pantas oleh pengendali ataupun pemberi perkhidmatan aplikasi AI itu, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas forum The AI Wave, Malaysias Next Move sempena hari kedua Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini |
|
Pejuang Johor cadang PN tawar pelan tindakan terbaik, realistik menjelang .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm "Saya bersetuju bahawa PN perlu mempersiapkan diri sebagai sebuah gabungan yang bersedia mengambil alih tanggungjawab mentadbir negara. "Tetapi rakyat mahu tahu, apakah perubahan yang akan mereka nikmati sekiranya PN diberikan mandat? Adakah harga barang akan lebih terkawal? Adakah peluang pekerjaan anak muda bertambah? Adakah rumah mampu milik lebih mudah dimiliki? "Adakah perkhidmatan kesihatan akan menjadi lebih baik? Rakyat sudah penat dengan pertelingkahan politik dan janji yang tidak ditunaikan," katanya berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan Pejuang 2026 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, Selangor kelmarin |
|
Hanya satu nama calon MB N. Sembilan baharu – Zahid - Mygazette - 17/11 6:23 pm Katanya, tiada alasan khusus diberikan berhubung peletakan jawatan itu, namun ia dipercayai bagi membolehkan kemelut politik negeri berkenaan diselesaikan dengan segera. "Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik," katanya kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Festival Idea Putrajaya (FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini |
|
10 agenda FOI 2026 dibawa ke Jemaah Menteri Zambry - Sinarharian - 17/11 2:15 pm PUTRAJAYA Sekurang-kurangnya 10 agenda utama hasil cetusan idea menerusi Festival of Ideas (FOI) 2026 akan diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi memastikan gagasan yang dibincangkan dapat diterjemahkan kepada dasar dan penyelesaian yang memberi manfaat kepada rakyat.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, resolusi utama festival itu akan dihimpunkan dalam Risalah Idea Malaysia sebelum dikemukakan kepada Kabinet.Menurutnya, langkah itu merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan idea yang dicetuskan menerusi platform berkenaan tidak sekadar menjadi perbincangan, sebaliknya diberikan perhatian di peringkat pembuat dasar."Resolusi utama akan dihimpunkan dalam Risalah Idea Malaysia merangkumi sekurang-kurangnya 10 agenda utama untuk diangkat kepada pertimbangan Jemaah Menteri," katanya ketika berucap pada FOI 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pada Selasa.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Aminuddin Hassim.Beliau berkata, penganjuran FOI kali ketiga itu turut memberi penekanan kepada usaha mempertemukan dunia akademik, industri, pembuat dasar dan masyarakat bagi meruntuhkan tembok pemisah antara semua pihak.Jelasnya, pendekatan itu penting supaya hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi tidak terhenti di makmal, sebaliknya dapat diterjemahkan kepada inovasi serta penyelesaian yang memberi manfaat kepada rakyat.Mengulas tema FOI 2026, iaitu 'Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani', Zambry berkata, Malaysia perlu berani menguasai teknologi masa hadapan dan tidak sekadar menjadi pengguna.Katanya, penguasaan bidang seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum, tenaga hijau dan keselamatan siber perlu diberikan perhatian dalam usaha membina masa depan negara.Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kemajuan teknologi tanpa panduan nilai boleh mengundang krisis kemanusiaan."Kita semakin berhubung namun semakin terasing |
|
SPRM perkukuh kerjasama antirasuah di peringkat ASEAN - Sinarharian - 17/11 9:25 am PUTRAJAYA Kerjasama antirasuah di peringkat ASEAN terus diperkukuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Prinsipal ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) Ke-22 yang berlangsung di Nay Pyi Taw, Myanmar.Mesyuarat pada 10 dan 11 November lalu itu bertemakan 'Upholding Youth Integrity: Building a Corruption-Free Future' dengan menghimpunkan ketua dan wakil agensi antirasuah negara anggota ASEAN bagi memperkukuh kerjasama serantau, khususnya dalam usaha membudayakan integriti dalam kalangan generasi muda.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman turut menyampaikan ucapan dalam mesyuarat berkenaan selaku Pengerusi ASEAN-PAC bagi penggal kepengerusian Malaysia dari Oktober 2025 hingga Julai 2026, sebelum tanggungjawab kepengerusian diserahkan kepada Myanmar.Ucapan pembukaan turut disampaikan oleh Pengerusi Anti-Corruption Commission of Myanmar (ACC), TYT Soe Thein, manakala mesyuarat dipengerusikan oleh Pesuruhjaya ACC, TYT Kyaw Win Thein.Selain itu, dua cadangan yang diperkenalkan SPRM semasa Mesyuarat Sekretariat ASEAN-PAC Ke-22 di Melaka pada Julai 2026 turut mendapat persetujuan dan pengesahan mesyuarat, iaitu penggunaan templat standard bagi Kompilasi Amalan Terbaik Pelaksanaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC) bagi menyeragamkan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan agensi anggota.Cadangan kedua pula ialah menjadikan lagu 'Together Against Corruption' sebagai Lagu ASEAN-PAC untuk dimainkan dalam mesyuarat dan acara rasmi ASEAN-PAC pada masa hadapan.Persetujuan terhadap kedua-dua cadangan berkenaan mencerminkan peranan aktif Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau serta memantapkan ASEAN-PAC sebagai platform kerjasama antirasuah dalam kalangan negara anggota.Dalam mesyuarat sama, SPRM turut membentangkan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh kepengerusian Malaysia, merangkumi pelbagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan agensi antirasuah serantau.Menerusi sesi pembentangan negara (Country Presentation), Malaysia berkongsi pendekatan SPRM dalam memperkasakan integriti belia melalui pendidikan dan penglibatan pelbagai pihak.Antara inisiatif yang diketengahkan ialah Wira Anti Rasuah (WAR), Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR), Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR), Kor SUAR serta platform pembelajaran digital MACCAMPUS.Selain itu, SPRM turut mengadakan demonstrasi secara langsung bagi memperlihatkan penambahbaikan terhadap Portal ASEAN-PAC yang merangkumi reka bentuk lebih kemas, navigasi mesra pengguna serta penyusunan maklumat yang lebih sistematik bagi memperkukuh perkongsian maklumat serantau.Mesyuarat turut disertai wakil organisasi antarabangsa, iaitu United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) dan International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA) secara maya.Penyertaan SPRM dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama antirasuah di peringkat ASEAN, khususnya melalui perkongsian kepakaran, pembangunan integriti belia dan pemerkasaan jaringan strategik serantau. |
|
Anwar tidak perlu tunduk desakan bubar Parlimen selagi miliki sokongan .. - Mygazette - 16/11 5:27 pm Beliau berkata kerajaan pimpinan Anwar masih mempunyai baki kira-kira setahun sebelum tamat penggal pentadbiran, justeru tempoh itu wajar dimanfaatkan untuk menumpukan perhatian kepada pelaksanaan agenda reformasi dan dasar penting negara. "Selagi Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, tidak ada sebab perlu ditunduk kepada mana-mana tekanan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2026 di sini hari ini |
|
DAP pertahan empat kerusi di Melaka bukti keyakinan rakyat berbilang .. - Mygazette - 16/11 5:27 pm Naib Pengerusi DAP Teo Nie Ching berkata pencapaian itu amat bermakna, khususnya dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh yang sebelum ini dianggap sebagai kawasan mencabar. Kemenangan ini amat bermakna, terutamanya kejayaan mempertahankan Ayer Keroh, satu kerusi campuran dengan pengundi Cina merangkumi 46 peratus daripada jumlah pengundinya, diikuti oleh pengundi Melayu sebanyak 44.1 peratus dan pengundi India sebanyak 8.2 peratus, katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2026 di sini hari ini |
|
WARDA bukan sekadar pelapis, Dzulkefly mahu wanita muda AMANAH jadi pemimpin negara - Harapandaily - 16/11 8:23 am FOTO BERITA: Majlis Perasmian Konvensyen WARDA Nasional 2026 disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr |
|
PN, BN perlu kekal prinsip penyandang dalam agihan kerusi PRU akan datang - Sinarharian - 15/11 5:52 pm SHAH ALAM Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu mengekalkan prinsip penyandang (incumbency) sebagai asas rundingan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, formula itu perlu dilaksanakan secara konsisten di semua negeri dan tidak berubah mengikut lokasi pilihan raya.Menurut beliau, prinsip berkenaan telah digunakan dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini dan wajar diteruskan bagi memastikan agihan kerusi dapat dibuat menerusi persefahaman serta semangat tolak ansur antara parti komponen."Setakat ini, tiga negeri yang mengadakan pilihan raya menggunakan formula penyandang, kecuali Johor yang mempunyai sedikit perubahan."Jadi selepas ini, prinsip yang sama perlu diteruskan dan tidak boleh diubah mengikut negeri," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Pejuang 2026 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pada Ahad.Bagaimanapun, Mukhriz berkata, pelaksanaan formula itu masih boleh diperhalusi sekiranya terdapat keperluan untuk membuat penyesuaian menerusi rundingan dan semangat pengorbanan bersama.Menurutnya, setiap parti perlu bersedia berkompromi di kawasan tertentu bagi memastikan semua komponen dapat merasai manfaat kerjasama dalam gabungan berkenaan.Dalam perkembangan berkaitan, Mukhriz berkata, Pejuang berharap diberi peluang bertanding menggunakan logo PN pada PRU akan datang menerusi rundingan agihan kerusi yang mengambil kira kekuatan setiap parti.Menurut beliau, kekangan utama dihadapi Pejuang ketika ini ialah jumlah kerusi yang terhad susulan kerjasama antara PN dan BN, terutama pada PRN Negeri Sembilan dan Melaka."Pejuang menerima keputusan rundingan yang dicapai secara harmoni, termasuk kesediaan jentera parti komponen membantu calon PN tanpa mengira parti yang diwakili," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, agihan kerusi bagi pilihan raya akan datang perlu mengambil kira kekuatan setiap parti komponen termasuk Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Pejuang dan Parti Wawasan Negara (Wawasan), selain BN sebagai rakan kerjasama.Katanya, perkara itu sedang dibincangkan secara mendalam bagi mencari titik persamaan yang boleh diterima semua pihak.Sementara itu, Naib Presiden Wawasan, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berharap parti komponen PN diberikan peluang yang lebih baik untuk bertanding di kerusi Parlimen pada PRU akan datang.Beliau berkata, ketiadaan penyandang BN di beberapa kawasan Parlimen membuka ruang kepada parti komponen lain untuk diketengahkan sebagai calon."Pemilihan calon perlu dibuat lebih awal bagi membolehkan mereka mendekati masyarakat dan memahami keperluan pengundi sebelum pilihan raya."Gabungan kekuatan parti dan personaliti calon yang dipercayai pengundi penting bagi memastikan kemenangan PN pada pilihan raya akan datang," katanya. |
|
Politik permusuhan, kebencian faktor kekalahan PH - Dr Dzulkefly - Sinarharian - 15/11 5:47 pm SEREMBAN - Politik bersifat permusuhan dan kebencian yang mempengaruhi pemikiran rakyat khususnya orang Melayu antara faktor utama kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada salahnya mana-mana parti politik untuk bergabung demi penyatuan agama dan bangsa masing-masing namun perlulah berlandaskan prinsip yang betul."Ia bersifat pelbagai faktor (kekalahan PRN Melaka) tetapi yang saya perhatikan pada awal dan akhir-akhir 'grand finale' yang mana Presiden Pas membawa sebutan yang saya tidak mahu mengulanginya adalah sangat tidak wajar untuk sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya."Ini kerana itu adalah percanggahan langsung dengan anjuran Islam," katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Warda Nasional di sini pada Ahad.Menurutnya, meracuni dan memerangkap pemikiran rakyat dengan kebencian adalah tidak disukai dalam Islam.Malah katanya, dalam al-Quran juga telah disebut supaya setiap agama saling hormat menghormati tanpa adanya permusuhan."Jangan kita mendiskriminasi |
|
PN, sekutu perlu bersedia sebagai kerajaan menanti Mukhriz - Sinarharian - 15/11 4:38 pm SHAH ALAM Perikatan Nasional (PN) perlu membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan meletakkan diri sebagai kerajaan menanti (government in waiting) yang bersedia mengambil alih pentadbiran negara.Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, persiapan itu penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembubaran Parlimen lebih awal daripada jangkaan.Menurut beliau, PN dan sekutunya perlu menawarkan formula yang diyakini rakyat bagi memperoleh mandat untuk membentuk kerajaan di negeri-negeri yang belum mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta di peringkat Persekutuan menerusi PRU16."Saya menganggap PN dan sekutunya sebagai kerajaan menanti. Jadi, jika itu yang berada dalam fikiran kita, persiapan perlu dilakukan untuk meyakinkan rakyat supaya kita tidak menjadi kerajaan sepenggal sahaja seperti yang kita lihat berlaku kepada PH."Bagaimana kita hendak membina keyakinan rakyat supaya mandat itu diberikan berulang kali dan bukan hanya sekali," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Agung Tahunan (PAT) Pejuang 2026 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini pada Ahad.Dalam pada itu, Mukhriz turut melahirkan rasa teruja dengan kehadiran pengasas Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad pada persidangan berkenaan.Menurutnya, kehadiran bekas Perdana Menteri itu amat bermakna memandangkan tahap kesihatan beliau yang agak terbatas untuk menghadiri majlis berskala besar."Saya teruja dengan kehadiran beliau kerana saya tahu keadaan kesihatannya tidak memudahkan untuk menghadiri majlis seperti ini."Sejak September lalu, saya fikir ini merupakan majlis besar pertama yang beliau hadiri |
|
Politik Melayu di persimpangan kritikal - Tun M - Sinarharian - 15/11 4:16 pm SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan politik Melayu ketika ini berada pada titik paling kritikal apabila orang Melayu berdepan dilema besar untuk memilih antara dua pilihan yang menurutnya masing-masing mempunyai risiko dan implikasi tersendiri.Beliau berkata, satu pilihan dilihat berpotensi meminggirkan agama, bangsa dan falsafah tanah air sebagai Tanah Melayu, manakala satu lagi pula dianggap seolah-olah menghalalkan kemungkaran.Menurutnya, keadaan itu boleh diibaratkan seperti peribahasa Melayu, "ditelan mati emak, diluah mati bapak.""Namun, kita tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan pilihan manakah yang terbaik ataupun mencari penyelesaian lain yang lebih sesuai."Maka, kita terpaksa membuat keputusan berdasarkan pilihan yang kurang membawa mudarat."Kita sudah boleh melihat mana satu yang lebih memudaratkan. Manakala satu lagi masih memberi harapan untuk melakukan perubahan dan, jika perlu, melawannya dari dalam atau membentuk perjuangan baharu selepas memastikan kelangsungan kewujudan kita sendiri," katanya.Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rafique Rashid Ali pada Perhimpunan Agung Pejuang 2026 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pada Ahad.Dr Mahathir berkata, percaturan politik dan perubahan jajaran politik bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam dunia politik.Bagaimanapun, katanya, perubahan terhadap matlamat perjuangan merupakan perkara yang perlu diberi perhatian kerana prinsip perjuangan parti menjadi asas keyakinan penyokong."Prinsip perjuangan penting kerana ia memberikan keyakinan kepada penyokong bahawa matlamat yang diperjuangkan berlandaskan nilai dan prinsip yang jelas."Dalam politik, tidak ada sahabat yang kekal |
|
'Tiada tekanan untuk PM bubar Parlimen secara mengejut'- Dzulkefly - Sinarharian - 15/11 3:59 pm Sesi Parlimen ini ada waktunya. Jadi tidak ada tekanan untuk membuat apa-apa pembubaran secara mengejut," katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Warda Nasional di sini pada Ahad.Beliau berkata demikian mengulas cadangan supaya pembubaran Parlimen dilakukan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-16 diadakan.Menurutnya, perkembangan ekonomi negara ketika ini juga menunjukkan momentum yang baik, termasuk dalam aspek kewangan dan perindustrian.Justeru katanya, tiada sebab untuk Parlimen dibubarkan, melainkan berlakunya sesuatu perkara yang mendesak pembubaran segera."Kecuali jika ada sesuatu drastik yang berlaku |
|
Amanah perlu bangkit, perkukuh kekuatan hadapi PRU16 - Dr Dzulkefly - Sinarharian - 15/11 3:36 pm SEREMBAN -Parti Amanah Negara (Amanah) perlu menjadikan kekalahan dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai titik kebangkitan untuk memperkukuh parti dan mempersiapkan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.Dr Dzulkefly berkata, seluruh kepimpinan dan jentera parti, khususnya golongan muda dan wanitaperlu melakukan muhasabah, memperkukuh organisasi dan merangka strategi lebih berkesan bagi mendekati rakyat.Beliau berkata, kekalahan dalam PRN lepasseharusnya menjadi iktibar dan pemangkin untuk membina kekuatan baharu, bukannya melemahkan semangat atau keyakinan terhadap perjuangan parti."Mungkin kita kalah dalam beberapa pertempuran, tapi pastikan kita membuat persiapan lebih rapi mendekati rakyat khususnya...we have lost the battle, but we want to win the war,dalam peperangan PRU-16 nanti akan kita lakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Wanita Muda Parti Amanah Negara (Warda) Nasional di sini pada Ahad.Dr Dzulkefly berkata, perjuangan Amanah juga tidak seharusnya tertumpu semata-mata kepada kemenangan pilihan raya, sebaliknya kemenangan politik perlu dijadikan wasilah untuk membina sebuah negara bangsa yang utuh, kukuh dan bermaruah berteraskan nilai karamah insaniah.Dalam ucapannya, beliauberkata, matlamat perjuangan parti itu adalah untuk memartabatkan setiap insan tanpa mengira bangsa, agama, keturunan mahupun kedudukan sosial, selain meraikan kepelbagaian dalam masyarakat."Kemenangan itu bukan segala-galanya, ia merupakan the means to an end (wasilah kepada matlamat) |
|
'Kebenaran akhirnya terbukti selepas enam tahun' Tun M - Sinarharian - 15/11 3:21 pm SHAH ALAM Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berjaya membuktikan beberapa kebenaran berhubung episod politik negara meskipun belum mencatat pencapaian memberangsangkan sepanjang enam tahun penubuhannya.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara perkara yang terbukti ialah keputusan parti induk untuk keluar daripada kerajaan secara tergesa-gesa sebelum ini, yang akhirnya mencetuskan kekacauan politik sehingga membawa kepada kejatuhan kepimpinan ketika itu."Satu lagi kebenaran ialah mereka yang terbabit memecat kita dari parti induk sehingga memaksa kita menubuh Pejuang, hari ini ramai di kalangan mereka itu turut dipecat dan terpaksa tubuh parti lain," katanya.Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2026 Pejuang di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, Ahad.Teks ucapan itu dibacakan berikutan keadaan suara Dr Mahathir yang agak lemah dan dikhuatiri boleh menjejaskan penyampaian ucapannya.Dr Mahathir berkata, satu lagi kebenaran yang terbukti ialah pihak yang sebelum ini begitu lantang mahu keluar daripada kerajaan kerana tidak dapat menerima kerjasama dengan komponen parti tertentu, kini dilihat kembali menjurus kepada parti berkenaan."Walaupun Pejuang sebuah parti yang baharu berbanding parti-parti politik utama negara dan pencapaiannya tidak begitu menggalakkan sepanjang enam tahun kewujudannya, ia berjaya mencapai satu kebenaran atau dalam bahasa Inggerisnya, vindication," ujarnya.Beliau menyifatkan, perkembangan politik yang berlaku menunjukkan kitaran atau pusingan itu kelihatannya hampir lengkap. |
|
Malaysia akan terus main peranan aktif dalam ASEAN - Anwar - Sinarharian - 15/11 1:49 pm MANILA - Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam membina ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, sebagai antara negara pengasas ASEAN, Malaysia kekal komited dalam menentukan hala tuju rantau ini, memperkukuh kesepakatan serta memelihara keamanan dan kestabilan serantau."Malaysia akan terus berdiri teguh sebagai rakan serantau yang komited dalam membina ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, serta memastikan suara dan kepentingan rantau ini terus dihormati di persada antarabangsa," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Ahad.Anwar berkongsi perkara itu selepas menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), di sini bersama-sama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Sidang kemuncak itu dipengerusikan oleh Presiden Filipina Ferdinand R |
|
PRN Sarawak: DAP Pusat serah keputusan kerusi, calon kepada negeri - Sinarharian - 15/11 1:46 pm KLUANG - DAP Pusat tidak akan menentukan jumlah kerusi yang bakal ditandingi mahupun senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, sebaliknya menyerahkan keputusan berkenaan kepada kepimpinan negeri.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu selaras dengan autonomi yang diberikan kepada DAP Sarawak untuk menentukan sendiri strategi serta pendekatan bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.Menurutnya, kepimpinan negeri mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan berdasarkan pertimbangan dan keperluan politik di Sarawak."Berkenaan jumlah kerusi yang ditandingi serta senarai calon, semuanya diserahkan kepada DAP Sarawak untuk menentukannya."Dari segi autonomi parti, kita memberikan kuasa kepada DAP Sarawak untuk membuat keputusan termasuk strategi yang akan digunakan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Johor di sini, pada Ahad.Turut hadir Naib Pengerusi DAP, Teo Nie Ching.Anthony berkata, DAP menyedari cabaran besar yang menanti parti itu kerana setiap pilihan raya bukan satu medan mudah untuk mereka.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Sarawak ke-13 berlangsung pada 12 Disember ini, dengan penamaan calon pada 28 November dan pengundian awal pada 8 Disember.Pada PRN lalu, DAP hanya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), masing-masing di Pending dan Padungan daripada keseluruhan 82 kerusi dipertandingkan.Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terdiri daripada empat parti pula menguasai 79 kerusi, manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.. |
|
Tiada istilah 'abang long', Pejuang tidak rasa seperti 'adik-adik' dalam PN - Mukhriz - Sinarharian - 15/11 1:43 pm SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak pernah berasa seperti 'adik-adik' dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya menganggap semua parti komponen diberikan ruang dan layanan sama rata.Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Pejuang sentiasa diberikan peluang untuk menyuarakan pandangan serta terlibat dalam perbincangan dan perancangan strategi bersama kepimpinan PN."Setiap kali kami dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas dalam PN yang dipimpin oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri, kita diberikan ruang dan peluang seluas-luasnya untuk menyuarakan pandangan."Tidak ada sifat 'abang long' dan kita tidak berasa seperti 'adik-adik'. Dalam perjumpaan seperti itu, kita bebas bertukar-tukar fikiran dan idea serta merangka strategi bersama untuk mengatasi masalah yang dihadapi," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan Pejuang 2026 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada Ahad.Mukhriz berkata, kerjasama antara parti dalam PN turut terbukti apabila gabungan itu berjaya menangani cabaran berkaitan status pendaftarannya sehingga membolehkan persiapan menghadapi pilihan raya diteruskan.Menurutnya, strategi kepimpinan PN dalam menangani isu berkenaan disifatkan tepat dan membuahkan hasil.Beliau turut berharap semua parti komponen PN dapat memperoleh kemenangan dalam pilihan raya akan datang, termasuk rakan gabungan yang belum memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Katanya, PN kini perlu memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi PRN di negeri-negeri lain, selain memperkukuh kerjasama antara parti komponen.Mengulas kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Mukhriz berkata, pencapaian yang diraih setakat ini membanggakan, namun ia tidak bermakna kedua-dua pihak perlu bersetuju dalam semua perkara.Jelasnya, masih terdapat beberapa perbezaan pandangan yang perlu diperhalusi bagi memastikan kerjasama politik itu terus diperkukuh.Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak supaya mengutamakan kepentingan rakyat, mengetepikan kepentingan diri serta terus bersatu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap negara. |
|
Cadangan UMNO tangani kemelut DAP-BN turut terpakai kepada BN - Anthony Loke - Sinarharian - 15/11 1:32 pm Jadi, kalau ada apa-apa perbincangan dan sebagainya, itu antara PH dengan BN."BN pun, seperti yang saya katakan, menyatakan banyak ketidakpuasan hatinya melalui media. Banyak pemimpin BN, pemimpin UMNO sendiri yang mengkritik termasuk mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Tahunan DAP Johor.Sebelum itu pada Jumaat, UMNO mengemukakan empat pilihan bagi menangani kemelut hubungan dengan DAP, susulan perbezaan pendirian pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata empat pilihan berkenaan ialah pembubaran Dewan Rakyat, mendapatkan pengantara menerusi majlis perundingan, membenarkan aturan sedia ada diteruskan atau mengkaji semula Perenggan C Perjanjian Gabungan.Dalam pada itu, Anthony menggesa agar Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) membawa empat cadangan itu kepada kepimpinan BN untuk dibincangkan."Apa yang beliau cadangkan kepada kita, patutnya cadang kepada parti beliau juga |
|
PRN Melaka: DAP pertahan empat kerusi bukti keyakinan rakyat berbilang kaum - Nie Ching - Sinarharian - 15/11 12:57 am KLUANG - Kejayaan DAP mempertahankan kesemua empat kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan keyakinan rakyat berbilang kaum terhadap khidmat dan rekod prestasi wakil rakyat parti itu.Naib Pengerusi DAP, Teo Nie Ching berkata, pencapaian itu amat bermakna, khususnya dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh yang sebelum ini dianggap sebagai kawasan mencabar."Kemenangan ini amat bermakna, terutamanya kejayaan mempertahankan Ayer Keroh, satu kerusi campuran dengan pengundi Cina merangkumi 46 peratus daripada jumlah pengundinya, diikuti oleh pengundi Melayu sebanyak 44.1 peratus dan pengundi India sebanyak 8.2 peratus," katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2026 di sini pada Ahad.Nie Ching yang juga Pengerusi DAP Johor berkata, sebelum keputusan diumumkan, kerusi itu diramalkan sukar untuk dikekalkan berikutan landskap demografinya yang rumit.Bagaimanapun, beliau memuji kerja keras serta khidmat bakti berterusan yang dipamerkan oleh jentera parti di lapangan."Keputusan ini membuktikan bahawa kerja keras dan khidmat bakti berterusan mampu mengatasi segala ramalan awal |
|
Mukhriz cadang PN lantik pengerusi di setiap negeri - Sinarharian - 15/11 11:50 am SHAH ALAM Perikatan Nasional (PN) dicadangkan melantik seorang pengerusi di setiap negeri bagi memperkukuh penyelarasan strategi politik serta hubungan antara parti komponen gabungan itu.Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pelantikan pengerusi PN negeri penting bagi memastikan gerak kerja politik dapat dilaksanakan secara tersusun dan berterusan, bukan hanya menjelang pilihan raya."Saya berpendapat sudah tiba masanya seorang pengerusi PN dilantik di setiap negeri."Pengerusi PN negeri perlu diberikan mandat dan tanggungjawab yang jelas untuk penyelarasan strategi, memperkukuh hubungan antara parti, merancang gerak kerja politik serta mempertahankan kerajaan negeri yang ditadbir PN," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan Pejuang 2026 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam di sini pada Ahad.Hadir sama, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau dan Presiden MIPP, S P Punithan.Mukhriz berpandangan, mereka dilantik juga perlu merangka strategi untuk mengambil alih pentadbiran negeri-negeri yang dikuasai pihak lawan.Menurut beliau, PN tidak boleh hanya bersatu ketika pilihan raya, sebaliknya semua parti komponen perlu bekerjasama sebagai satu pasukan sebelum, semasa dan selepas proses demokrasi itu.Jelasnya, setiap parti anggota juga perlu diberikan ruang dan peluang yang adil untuk menyumbang dalam pentadbiran berdasarkan keupayaan serta pengalaman masing-masing.Beliau turut berpandangan PN perlu membina gabungan yang benar-benar berfungsi, bukannya sekadar bersatu atas nama dan logo tanpa kesatuan matlamat serta tanggungjawab bersama.Dalam pada itu, beliau menegaskan persediaan menghadapi pilihan raya perlu dilakukan secara menyeluruh di semua kawasan Parlimen yang disasarkan bagi memastikan gabungan itu memperoleh majoriti selesa.Katanya, kestabilan politik penting supaya kerajaan yang dibentuk berupaya melaksanakan dasar secara konsisten.Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, semua parti anggota PN perlu diberikan ruang sewajarnya dalam membuat persediaan pilihan raya dengan mengambil kira kekuatan, keupayaan dan sumbangan masing-masing.Beliau turut mengingatkan bahawa kerajaan yang bakal dibentuk berkemungkinan merupakan kerajaan campuran, justeru hakikat Malaysia sebagai sebuah negara majmuk perlu dihormati. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |