| /// |
|
| Search : Kongres News | Page 1 |
|
Berhenti jadi `people pleaser’, jangan terlalu jaga hati UMNO .. - Mygazette - 15/08 8:15 am Cukup-cukuplah nak jaga hati kawan ini (UMNO). Hati kita siapa nak jaga? soalnya ketika membahaskan usul ucapan dasar Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim, pada Kongres AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini |
|
Jangan tunggang isu akidah, kembali kepada rakyat ??? Fadhlina - Mygazette - 15/08 8:15 am Kita hormat dan kita juga merasakan ruang yang ada ini adalah ruang untuk kita melebarkan dan bersaing dari segi idea, konsep siapa yang lebih baik dan sebagainya. Bukan berkempen saling memburukkan antara satu sama lain, katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Wanita Nasional PKR sempena Kongres Nasional PKR, hari ini |
|
PKR ‘sedang sakit’, jangan hidup dengan nostalgia reformasi .. - Mygazette - 15/08 8:15 am "Tetapi, hari ini kita mesti bertanya, di manakah pengharapan itu? Jangan sampai parti yang pernah menjadi simbol harapan berubah menjadi _'the sick man of Malaysian politics_' kerana hidup dengan nostalgia Reformasi 1998, tetapi semakin hilang kekuatan menghadapi realiti hari ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional AMK 2026 di MITC, di sini, hari ini |
|
Srikandi PKR perlu bermuhasabah, akui kelemahan dan bangkit lebih kuat .. - Mygazette - 15/08 8:15 am Saya melihat wanita meninggalkan keluarga, ada yang mengambil cuti, menggunakan wang sendiri dan tidur hanya beberapa jam sebelum kembali mengetuk pintu rumah rakyat," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan Srikandi pada Kongres Wanita Nasional PKR sempena Kongres Nasional PKR di MITC di sini hari ini |
|
PKR tiada tokoh setara Onn Hafiz di Johor, perlu lakukan muhasabah – .. - Mygazette - 15/08 8:15 am Ini kenyataan pahit yang kita perlu telan. "Menang bergaya di Johor kerana kita gagal melahirkan seorang watak dan tokoh yang mampu duduk setara dengan Onn Hafiz di Johor," katanya ketika menggulung perbahasan pada kongres AMK 2026 di MITC di sini hari ini |
|
Anwar penyelamat UMNO dari ‘mati’ tapi dibalas pengkhianatan .. - Mygazette - 15/08 8:15 am "Tetapi, apa jasanya dibalas? Adakah beliau dihargai? Adakah beliau dikenang sebagai seorang sahabat? Tidak. Beliau dikhianati," katanya ketika membahaskan ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Kongres Nasional AMK 2026 di MITC di sini hari ini |
|
PKR perlu kekal gerakan massa, junjung amanah rakyat – Anwar PKR .. - Mygazette - 15/08 8:15 am Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata prinsip itu penting dalam usaha membina Malaysia yang lebih bermaruah, makmur dan adil untuk semua. Sambil mengucapkan selamat menyertai Kongres Nasional PKR 2026 kepada para perwakilan, Anwar berharap himpunan itu menjadi medan muhasabah untuk menilai pencapaian dan memperteguh langkah meneruskan agenda Reformasi |
|
PKR perlu berani angkat wanita muda AMK sebagai calon pilihan raya - Mygazette - 15/08 8:15 am "Saya bertanya dengan penuh rasa hormat, sampai bila kita mahu menunggu? "Kalau kita benar-benar mahu melahirkan pemimpin wanita muda, kita tidak boleh hanya memberikan mereka pentas untuk berucap, ruang untuk mengurus program atau tanggungjawab ketika pilihan raya. "Kita mesti berani mengangkat mereka sebagai calon," katanya ketika membahaskan ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan pada Kongres Nasional AMK 2026 di MITC di sini, hari ini |
|
Politik perlu selesaikan masalah rakyat, bukan sekadar menang pilihan raya .. - Mygazette - 15/08 8:15 am Kemenangan sebenar ialah apabila rakyat yang memilih kita boleh kata, Ya. Hidup aku ada berubah, katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua Wanita PKR Pusat sempena Kongres Wanita Nasional, di sini hari ini |
|
Jadikan Kongres Nasional PKR medan muhasabah diri, rapat saf, kata Tengku Zafrul - FMT - 15/08 8:11 am Bekas menteri persekutuan itu berharap PKR dapat mendengar keresahan rakyat dengan hati terbuka. |
|
PKR perlu kekal gerakan massa, junjung amanah rakyat - Anwar - Sinarharian - 14/08 10:59 pm KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu perlu terus berperanan sebagai gerakan massa yang menjunjung integriti, keadilan sosial, perpaduan serta amanah rakyat dan bukan sekadar wadah untuk memenangi pilihan raya.Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata, prinsip itu penting dalam usaha membina Malaysia yang lebih bermaruah, makmur dan adil untuk semua.Sambil mengucapkan selamat menyertai Kongres Nasional PKR 2026 kepada para perwakilan, Anwar berharap himpunan itu menjadi medan muhasabah untuk menilai pencapaian dan memperteguh langkah meneruskan agenda Reformasi."Semoga ALLAH SWT memberkati segala ikhtiar kita untuk pertiwi tercinta, insya-ALLAH," katanya.Kongres Nasional PKR 2026 berlangsung selama dua hari mulai esok di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka dengan tema "Memugar Reformasi, Membina MADANI".Kongres itu dilihat sebagai medan penting bagi memperkukuh hala tuju parti, selain menyuntik semula roh perjuangan reformasi yang menjadi asas penubuhan PKR dalam mendepani cabaran landskap politik semasa.Anwar akan merasmikan kongres itu esok dan menyampaikan ucapan dasar yang pastinya ditunggu-tunggu oleh para perwakilan bagi menggariskan agenda strategik serta hala tuju perjuangan parti untuk tempoh akan datang |
|
Ada anggota mahu keluar parti, tetapi jumlah tidak jejaskan PKR - Kamil Munim - Sinarharian - 14/08 4:13 pm MELAKA - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mengesahkan terdapat permohonan dalam kalangan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti, namun menegaskan jumlahnya tidak signifikan sehingga boleh menjejaskan perjalanan organisasi itu.Beliau berkata, sebahagian anggota terbabit memberikan alasan sudah hilang kepercayaan terhadap parti dan memilih untuk menyertai parti yang ditubuhkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli atau pimpinan berkaitan."Ya, saya tidak nafikan memang ada permohonan yang dibuat oleh anggota parti sebelum daripada ini untuk keluar parti."Ada yang memberikan alasan mereka sudah hilang kepercayaan kepada parti dan memilih untuk bersama dengan parti yang ditubuhkan oleh saudara Rafizi atau pimpinan berkaitan."Saya tak tahulah berapa peratus, tetapi mengikut laporan dan angka kita, jumlah itu tidak signifikan dan sama sekali tidak menjejaskan perjalanan organisasi PKR," katanya pada Jumaat.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Jumaat.Sebelum ini, Rafizi yang juga pengasas Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) mendakwa kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Negeri Sembilan awal bulan ini menyaksikan sebahagian ahli PKR menyertai parti berkenaan.Beliau mendakwa perkembangan itu menyumbang kepada peningkatan mendadak keahlian BERSAMA yang kini kira-kira 29,200 ahli selepas hampir tiga bulan dilancarkan dengan kira-kira 25 peratus daripada jumlah itu merupakan bekas anggota PKR.Rafizi turut menambah 15 peratus lagi bekas anggota parti politik lain termasuk UMNO, Pas dan Bersatu dan selebihnya kira-kira 60 peratus adalah individu yang tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sebelum ini.Muhammad Kamil berkata, PKR akan terus mengukuh dibuktikan dengan kehadiran perwakilan dengan jumlah yang sangat tinggi itu melambangkan komitmen serta tekad mereka untuk terus parti tersebut.Dalam pada itu, mengulas pengumuman calon BERSAMA bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada Sabtu, Kamil berkata PKR tidak menganggap kewujudan parti baharu itu sebagai sesuatu yang boleh mengganggu perjalanan mereka."Saya fikir politik kita pasca 2018 telah bergerak dalam satu dinamik politik yang sangat berbeza |
|
Wan Rosdy harap perwakilan DAP buat keputusan terbaik untuk negara - Mygazette - 14/08 3:59 pm # Wan Rosdy harap perwakilan DAP buat keputusan terbaik untuk negara KUANTAN - Apa sahaja keputusan dicapai DAP menerusi Kongres Kebangsaan Khas Ahad ini diharap dapat terus memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat di negara ini |
|
Tiada tempoh masa untuk Nurul Izzah bercuti - Mygazette - 14/08 3:59 pm AYER KEROH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar bercuti bagi menyambung pengajian. Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Nurul Izzah menentukan tempoh cutinya selepas Kongres Nasional PKR 2026 sebelum kembali meneruskan tugas dalam parti |
|
PKR tak mampu kuat jika wujud ???parti dalam parti??? ??? Nurul... - Mygazette - 14/08 3:59 pm Kita juga tak mampu kuat sebagai sebuah organisasi, setiap jam yang kita guna untuk berlawan bertelagah sekarang ini adalah jam yang tidak kita gunakan untuk memelihara hati rakyat, katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Nasional AMK dan Wanita PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini |
|
Fadhlina gesa jentera Kerajaan Perpaduan jadi suara rakyat - Mygazette - 14/08 3:59 pm Penerangan kita, komunikasi kita, ketua wanita kita, kena sebut perkara-perkara ini dan mesti disampaikan dalam masyarakat," katanya. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berucap pada Kongres Nasional Tahunan Wanita Keadilan 2026 di MITC, di sini, hari ini |
|
PKR perlu terbuka terima isyarat rakyat, jangan kejar populariti - Mygazette - 14/08 3:59 pm "Tidak memadai untuk kita sekadar popular. Apa yang lebih penting ialah membina organisasi yang kuat, tersusun dan mampu menterjemahkan sokongan rakyat kepada kemenangan," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2026 di MITC di sini, hari ini |
|
Nurul Izzah ingatkan PKR amanah dan prinsip tunjang perjuangan reformasi - Mygazette - 14/08 3:59 pm Dan perjalanan itu hanya dalam kerjasama, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Nasional AMK dan Wanita PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini |
|
???Saya tak boleh puaskan semua orang, hanya perlu jujur pada diri... - Mygazette - 14/08 3:59 pm Anda tidak boleh puaskan semua orang, tetapi anda hanya boleh jujur kepada diri sendiri, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Nasional AMK dan Wanita PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini |
|
Dakwaan 25 peratus bekas ahli PKR sertai Bersama tidak signifikan ??? .. - Mygazette - 14/08 3:59 pm "Saya tak tahulah berapa peratus, tetapi mengikut laporan dan angka kita, jumlah itu (seperti didakwa Rafizi) tidak signifikan," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Kongres Nasional AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini |
|
Nurul Izzah elak jawab keputusan berundur jawatan - Mygazette - 14/08 3:59 pm Nurul Izzah yang menjadi tumpuan media selepas menyatakan komitmennya untuk terus berjuang menerusi wadah berbeza, tidak memberikan sebarang komen ketika didekati wartawan. Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merasmikan Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini |
|
DAP perlu undi keluar kerajaan untuk tekan PM laksana reformasi - Kian Ming - Sinarharian - 14/08 2:54 pm SHAH ALAM - Perwakilan yang layak mengundi pada Kongres Khas DAP perlu memilih untuk 'keluar' daripada Kerajaan Perpaduan sebagai langkah memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan sekurang-kurangnya sebahagian reformasi politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berkata, tindakan itu merupakan satu-satunya sebab utama untuk perwakilan mengundi supaya pemimpin parti meletakkan jawatan daripada Kabinet."Perdana Menteri hanya akan bertindak balas apabila tekanan kuat diberikan kepadanya, sama ada oleh individu, sekumpulan orang, organisasi mahupun keadaan politik tertentu."Inilah niat asal Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, memanggil Kongres Khas ini iaitu untuk mengingatkan Perdana Menteri bahawa para perwakilan DAP mempunyai kuasa untuk memaksa pemimpin parti meletakkan jawatan daripada Kabinet dan menggunakan pengaruh tersebut untuk memberi tekanan supaya menunaikan sebahagian daripada janji manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum berakhirnya sesi Parlimen ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Anthony sebelum ini dilapor berkata perwakilan DAP akan menentukan kedudukan parti itu dalam kerajaan pada persidangan Ahad ini dengan usul mengenai perkara itu akan dibentangkan kepada hampir 4,000 perwakilan sebelum diputuskan.Ia juga antara lain akan menentukan hala tuju DAP dalam arena politik tanah air secara kolektif.Dalam pada itu Kian Ming menegaskan, keputusan perwakilan DAP menjadi lebih penting susulan beberapa perkembangan politik terkini yang didakwa bercanggah dengan agenda reformasi asal PH antaranya, tiada tindakan lanjut terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sekatan peruntukan Parlimen bagi Ahli Parlimen PKR yang dilihat menyokong bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta penahanan dua blogger, Bryan Kong dan Shamsul Saad baru-baru ini."Beliau (Anwar) akan menganggapnya sebagai isyarat bahawa para perwakilan DAP bersedia untuk terus menyokongnya sehingga tamat penggal Parlimen ini, walaupun tidak melaksanakan sebarang reformasi politik substantif dari sekarang sehingga Parlimen dibubarkan."Tidak kira apa sahaja ucapan yang dibuat perwakilan atau tuntutan dikemukakan pemimpin dalam Kongres Khas ini mahupun melalui media sosial, sebarang pengaruh yang mungkin dimiliki DAP terhadap Anwar akan hilang pada saat majoriti perwakilan mengundi 'kekal' dalam Kabinet," ujarnya.Sementara itu Kian Ming mengakui terdapat beberapa alasan munasabah untuk DAP kekal dalam Kabinet antaranya memastikan pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini dapat berjalan dengan lancar serta tidak mahu memberi peluang kepada Barisan Nasioanl (BN) / UMNO untuk menarik sokongan daripada kerajaan sehingga boleh mencetuskan pilihan raya umum lebih awal.Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya perwakilan memilih 'keluar', pemimpin DAP masih boleh menentukan masa paling sesuai untuk anggota Kabinet daripada parti itu meletakkan jawatan."Mereka boleh mencapai persetujuan dengan Anwar bahawa peletakan jawatan hanya akan dibuat selepas Belanjawan 2027 diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Disember 2026."Mereka juga boleh berunding dengan Anwar supaya beberapa perubahan perundangan penting diluluskan dalam sesi Parlimen ini, termasuk had tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun serta Akta Peruntukan Parlimen yang sama rata. |
|
Nurul Izzah: Setiap jam bertelagah adalah masa yang hilang untuk menangi rakyat - Harapandaily - 14/08 2:13 pm FOTO BERITA: Majlis Perasmian Bersama Kongres Nasional AMK & Wanita 2026 disempurnakan oleh Saudari Nurul Izzah Anwar Timbalan Presiden PKR di MITC Ayer Keroh, Melaka |
|
PKR tiada masalah dalaman, kepimpinan kekal utuh - Sinarharian - 14/08 2:10 pm Tetapi perkara itu sudah dijangka."Sudah sekian lama kita tahu pergerakan segelintir pimpinan yang telah lama merancang begitu. Parti telah 'move on' daripada perkara tersebut," katanya.Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilaporkan berkata, PKR tidak mampu menjadi organisasi yang kuat jika wujud dua nakhoda dalam parti yang mengemudi satu kapal atau ada tangan ghaib membentuk struktur kuasa tersembunyi di sebalik kuasa yang ada.Nurul Izzah berkata, parti itu juga tidak mampu kuat sebagai organisasi selagi tenaga pemimpin dan ahlinya dihabiskan untuk menghadapi pertelingkahan dalaman.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Nasional Wanita & Angkatan Muda Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Jumaat.Dalam pada itu, mengulas dakwaan berlaku konflik dalaman dalam PKR, Tze Tzin berkata, parti itu kini sedang mengadakan Konvensyen Nasional PKR yang bermula dengan persidangan melibatkan Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan.Katanya, konvensyen nasional yang melibatkan pimpinan parti akan berlangsung selepas itu sebagai platform untuk melakukan refleksi terhadap kelemahan parti khususnya susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan."Kita sememangnya ada sedikit tamparan susulan daripada PRN Johor dan juga Negeri Sembilan |
|
'Popular saja tak cukup, kena mula dari bawah yakinkan rakyat' - Kamil Munim - Sinarharian - 14/08 12:35 am AYER KEROH - Sokongan rakyat bukan bergantung kepada populariti semata-mata, sebaliknya perlu bermula dari bawah, popular saja tak cukup," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim.Beliau berkata, kekuatan parti di peringkat akar umbi masih belum cukup kukuh untuk diterjemahkan kepada kemenangan selepas melalui beberapa pilihan raya termasuk di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.Menurutnya, keadaan itu menuntut parti melakukan muhasabah bagi menilai sama ada usaha yang dilakukan selama ini benar-benar mampu memastikan kelangsungan perjuangan reformasi."Kita hadir ke kongres ini dalam satu keadaan ataupun perasaan bercampur baur |
|
'Saya pilih terus berjuang namun melalui laluan masyarakat Madani' - Nurul Izzah - Sinarharian - 14/08 12:20 am Semoga ALLAH SWT memberkati, melindungi parti keramat ini. Semoga ALLAH SWT memberkati dan melindungi Malaysia tanah air kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian bersama Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Jumaat.Pada masa sama beliau turut menyampaikan pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan dengan mengakui bahawa apa sahaja keputusan yang dibuat tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak."Bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat menerima saya kalah pada 2022 |
|
Tiada had masa cuti Nurul Izzah, kata SUA PKR - FMT - 14/08 11:57 am Nurul Izzah Anwar perlu menyelesaikan tugasan berkaitan kongres PKR minggu ini sebelum memulakan cuti untuk menyambung pengajian. |
|
Ramkarpal: Jelaskan DAP masih boleh keluar k'jaan jika langgar garis merah - Mkini - 14/08 11:44 am Timbalan Setiausaha Agung DAP mahiu parti itu menjelaskan kepada perwakilannya pada Kongres Ahad ini. |
|
Kalah dalam PRN: AMK tak salahkan rakyat, akui politik prestasi belum .. - Mygazette - 14/08 7:56 am Ia adalah isyarat bahawa sebahagian daripada rakyat masih belum yakin bahawa politik yang kita bawa benar-benar memahami kebimbangan mereka dan mampu memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap persoalan yang mereka hadapi, katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua AMK pada Persidangan Kongres KEADILAN 2026: Kongres AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini malam ini |
|
Kerajaan Perpaduan kini diuji politik ???talam dua muka??? – AMK - Mygazette - 14/08 7:56 am Politik curang sebeginilah yang membantutkan agenda reformasi dan usaha untuk memperkukuh kerajaan, katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua AMK pada Persidangan Kongres KEADILAN 2026: Kongres AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini malam ini |
|
BUDI95: AMK cadang siling subsidi dikembalikan 300 liter - Mygazette - 14/08 7:56 am "Jika tekanan harga minyak dunia kembali reda, kedudukan fiskal negara terus mengukuh dan hasil kerajaan memberikan ruang yang lebih besar, kita mencadangkan supaya siling subsidi BUDI95 disemak semula dan dikembalikan sekurang-kurangnya kepada 300 liter sebulan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan sempena Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan 2026 MITC di sini malam ini |
|
Kerajaan Perpaduan diuji politik talam dua muka - Kamil Munim - Sinarharian - 13/08 11:33 pm AYER KEROH - Keutuhan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini diuji dengan tindakan pihak tertentu yang mengamalkan politik talam dua muka apabila meletakkan kepentingan politik peribadi mengatasi kepentingan rakyat.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menegaskan, tindakan berselingkuh ketika kepimpinan negara sedang bekerja keras membina semula keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pentadbiran negara tidak boleh dipandang ringan.Menurutnya, walaupun berdepan pelbagai kecurangan politik, Anwar tetap menunjukkan kepimpinan berjiwa besar demi memastikan kestabilan negara tidak tergugat."Tatkala dada kita dipasang sembilu dan ditikam bukan dari belakang, tetapi dari hadapan, Perdana Menteri kita masih berjiwa besar dan terus mengukir senyuman di hadapan rakyat demi menjaga maruah perjuangan dan kestabilan negara."Sikap kegelojohan pihak tertentu yang meletakkan kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan rakyat dan negara tidak wajar dipandang ringan," katanya ketika berucap pada Kongres Nasional AMK 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Khamis.Katanya, AMK bukan sekadar pak turut yang mengangguk kepada setiap keputusan pentadbiran, sebaliknya akan mempertahankan nilai akauntabiliti dan berani menyuarakan pandangan secara berhemah berasaskan fakta."AMK tidak mahu menjadi kelompok yang tugasnya hanya mengangguk kepada setiap keputusan kerajaan |
|
AMK cadang subsidi BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter - Sinarharian - 13/08 11:18 pm AYER KEROH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencadangkan supaya siling subsidi Program Budi Madani 95 (BUDI95) disemak semula dan dikembalikan sekurang-kurangnya kepada 300 liter sebulan.Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya mengiktiraf usaha kerajaan Madani dalam memperkukuh kedudukan kewangan negara selain melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup.Menurutnya, pendekatan subsidi bersasar adalah langkah wajar kerana sumber negara tidak seharusnya memberikan manfaat sama kepada golongan yang mempunyai kemampuan ekonomi berbeza.Namun katanya, pelaksanaan subsidi bersasar perlu memastikan kelompok yang benar-benar memerlukan tidak terus terhimpit dengan peningkatan kos kehidupan."Dalam konteks BUDI95, kerajaan telah menurunkan had kelayakan bulanan daripada 300 liter kepada 200 liter mulai April 2026 sebagai langkah sementara ketika harga minyak dunia meningkat dan kos subsidi melonjak."Kita memahami pertimbangan tersebut. Namun, dasar yang baik juga perlu mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri apabila keadaan berubah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Nasional AMK 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Khamis.Beliau berkata, sekiranya tekanan harga minyak dunia kembali reda, kedudukan fiskal negara terus mengukuh dan hasil kerajaan memberikan ruang lebih besar, siling subsidi BUDI95 wajar disemak semula."Kita mencadangkan supaya siling subsidi BUDI95 dikembalikan sekurang-kurangnya kepada 300 liter sebulan, dengan mekanisme tambahan hingga 350 liter bagi kelompok yang mempunyai keperluan operasi dan mobiliti lebih tinggi, tertakluk kepada pengesahan data dan kriteria yang jelas."Kita tidak mencadangkan subsidi tanpa had |
|
'Jangan salah rakyat tak pilih kita, jangan hina orang Melayu bimbang kedudukan mereka' - Kamil Munim - Sinarharian - 13/08 10:32 pm Jangan kita memperlekehkan orang Islam yang mahu melihat agama mereka dihormati."Jangan kita menganggap setiap keresahan tentang bangsa dan agama sebagai tanda kemunduran pemikiran. Keresahan itu wujud dan politik yang matang perlu mendengarnya," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Nasional AMK 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini pada Khamis.Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, politik prestasi sahaja belum tentu mencukupi untuk mengatasi politik identiti dan politik ketakutan.Ujarnya, sebahagian pihak berjaya membina naratif bahawa Melayu dan Islam sedang terancam serta kuasa Melayu semakin hilang sehingga menyentuh emosi dan kebimbangan rakyat."Kita perlu memahami perkara ini sebelum kita mampu mengatasinya."Jika kita meninggalkan ruang itu kosong, akan ada pihak yang mengisinya dengan ketakutan |
|
Kerajaan jadi lemah, PRU lebih dekat jika DAP tinggalkan Kabinet, kata Ahli Parlimen PKR - Sinarharian - 13/08 6:22 pm SHAH ALAM - Keputusan DAP sama ada untuk kekal dalam Kerajaan Persekutuan boleh membawa kesan lebih luas terhadap Pakatan Harapan (PH), dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung menyifatkan dilema yang sedang dihadapi parti itu sebagai sebahagian daripada krisis politik lebih besar melanda gabungan tersebut.Bercakap dalam Podcast Top News Sinar Daily: Time to Fix the System, Chean Chung berkata, keputusan DAP untuk mengadakan kongres kebangsaan khas mencerminkan kebimbangan dalam parti berkenaan serta dalam kalangan sebahagian daripada penyokongnya.Beliau berkata, DAP berkemungkinan berdepan tekanan daripada sebahagian masyarakat Cina, khususnya kerana jangkaan yang diletakkan terhadap parti yang berasaskan majoriti Cina, tetapi bersifat pelbagai kaum itu."Saya fikir mereka mempunyai kebimbangan tersendiri dan perkara itu telah mendorong mereka memanggil persidangan ini |
|
Kerajaan digesa segerakan pelaksanaan UPB di semua kementerian - Mygazette - 13/08 3:45 pm Kini tumpuan kerajaan mesti beralih sepenuhnya kepada pelaksanaan, pemantauan dan keberhasilan, kata sekretariat itu menerusi satu kenyataan, hari ini. Sekretariat itu berkata, keperluan memperkukuh mekanisme khusus bagi menyelaras agenda Bumiputera di seluruh kementerian telah dibincangkan sejak Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 sebelum diterjemahkan melalui Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) |
|
Kongres Nasional PKR 2026 bermula esok, himpun lebih 5,000 perwakilan dan .. - Mygazette - 13/08 3:45 pm # Kongres Nasional PKR 2026 bermula esok, himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati MELAKA - Kongres Nasional PKR 2026 yang menghimpunkan lebih 2,500 perwakilan dan 3,000 pemerhati akan membuka tirai di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, esok |
|
Kian Ming harap perwakilan DAP undi keluar Kerajaan Perpaduan Ahad ini .. - Mygazette - 13/08 3:45 pm Menurutnya, terdapat satu alasan yang benar-benar kukuh mengapa pemimpin DAP harus meletakkan jawatan dalam Kabinet iaitu bagi memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan dan melaksanakan sekurang-kurangnya beberapa reformasi politik sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) Katanya, para perwakilan DAP serta penyokong Pakatan Harapan (PH) kini sepatutnya sudah menyedari bahawa Anwar hanya bertindak balas dan mengambil tindakan apabila diberi tekanan, sama ada oleh individu, sekumpulan orang, sesebuah organisasi atau keadaan politik tertentu. Inilah tujuan asal Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menggesa diadakan kongres khas ini, iaitu sebagai satu cara untuk mengingatkan PMX (Anwar) bahawa para perwakilan DAP mempunyai kuasa untuk memaksa pemimpin DAP meletakkan jawatan daripada Kabinet, dan menggunakan pengaruh tersebut untuk memberi tekanan kepada PMX supaya menunaikan sebahagian daripada janji manifesto Pakatan Harapan sebelum berakhirnya sidang Parlimen ini, katanya menerusi Facebooknya hari ini |
|
DAP dijangka utamakan kestabilan politik, kesinambungan Kerajaan Madani - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 13/08 2:03 pm SUBANG - DAP dijangka mengutamakan kepentingan negara khususnya dari segi kestabilan politik, selain mempertahan dan meneruskan kesinambungan pentadbiran Kerajaan Madani ketika ini.Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau yakin pendirian itu akan menjadi pertimbangan kepimpinan DAP dalam menentukan kedudukan parti berkenaan bersama Kerajaan Madani."Saya percaya kepemimpinan DAP mempunyai kebijaksanaannya sebagai parti yang sudah lama di negara ini."DAP tentunya akan meletakkan kepentingan negara dari segi kestabilan politik, selain mempertahan dan meneruskan kesinambungan yang sudah berjalan sangat baik ketika ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim Subang di sini pada Khamis.Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan memaklumkan bahawa parti itu akan menentukan kedudukannya dalam kerajaan pada Ahad ini.Usul mengenai perkara itu akan dibentangkan kepada perwakilan Persidangan Kebangsaan DAP sebelum diputuskan hampir 4,000 perwakilan yang layak menghadiri persidangan berkenaan.Persidangan itu antara lain akan menentukan hala tuju DAP dalam arena politik tanah air secara kolektif.Kongres berkenaan asalnya dijadualkan berlangsung pada 12 Julai lalu, namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan.Saifuddin Nasution turut yakin Persidangan Kebangsaan DAP yang berlangsung minggu ini akan memuktamadkan keputusan parti itu untuk kekal bersama Kerajaan MADANI pada Ahad.Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata DAP tidak mempunyai obligasi untuk memberi sebarang penerangan mengenai keputusan parti itu kepada PH."Tidak menjadi tanggungjawab DAP untuk memberi penerangan kepada PH untuk membuat keputusan selari dasar dan pendekatan politik mereka," katanya. |
|
'Segerakan Unit Pemerkasaan Bumiputera di setiap kementerian' - Musyawarah Nasional - Sinarharian - 13/08 1:08 pm Kini tumpuan kerajaan mesti beralih sepenuhnya kepada pelaksanaan, pemantauan dan keberhasilan."Agenda pemerkasaan Bumiputera terlalu penting untuk dibiarkan bergerak secara perlahan atau sekadar menjadi slogan. Ia mesti diterjemahkan kepada perubahan ekonomi yang boleh dilihat, diukur dan dirasakan oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurutnya, pelaksanaan UPB perlu disegerakan selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2025 berkaitan Penubuhan, Terma Rujukan dan Struktur UPB di Kementerian.Katanya, penubuhan dan pengukuhan UPB bukan perkara baharu kerana keperluan mewujudkan mekanisme khusus bagi menyelaras agenda Bumiputera di seluruh kementerian telah dibincangkan sejak Kongres Ekonomi Bumiputera 2024.Perkara itu kemudiannya diterjemahkan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang mengandungi 132 ikhtiar di bawah tiga teras dan 12 pemacu bagi memperkukuh penyertaan, pemilikan serta penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.Bagaimanapun, Sekretariat Musyawarah Nasional berkata, cabaran utama ketika ini bukan lagi kekurangan dasar atau intervensi, sebaliknya kelemahan dari segi penyelarasan dan pelaksanaan yang menyeluruh serta berkesan.Menurutnya, perkara itu turut ditegaskan menerusi Teras Ekonomi dalam Konvensyen Musyawarah Nasional yang berlangsung pada Mei lalu.Justerukatanya, setiap kementerian perlu mengaktifkan sepenuhnya UPB dengan menyediakan struktur, pegawai bertanggungjawab dan mandat pelaksanaan yang jelas.Selain itu, setiap UPB perlu menyediakan pelan tindakan kementerian masing-masing berserta petunjuk prestasi utama (KPI) yang boleh diukur berdasarkan bidang kuasa, tanggungjawab dan peluang ekonomi di bawah kementerian berkenaan."Status pelaksanaan juga perlu dilaporkan secara berkala kepada mekanisme pemantauan pusat PuTERA35 supaya sebarang kelewatan, pertindihan atau kelemahan pelaksanaan dapat dikenal pasti dan diselesaikan dengan segera," katanya.Sekretariat itu turut mencadangkan satu kad skor pencapaian diwujudkan bagi memastikan keberhasilan agenda berkenaan tidak lagi dinilai berdasarkan jumlah mesyuarat, program atau peruntukan semata-mata.Sebaliknya, katanya, pencapaian perlu diukur berdasarkan peningkatan sebenar penyertaan, pemilikan, pendapatan, skala perniagaan serta penguasaan Bumiputera dalam sektor strategik.Dalam pada itu, Sekretariat Musyawarah Nasional berkata, kerangka tadbir urus PuTERA35 sebenarnya telah menyediakan mekanisme pemantauan menerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Ekonomi Bumiputera, Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera dan Majlis Ekonomi Bumiputera."Keseluruhan ekosistem yang diperlukan untuk menggerakkan agenda ini sebenarnya telah tersedia |
|
PKR buka gelanggang di Melaka esok, 5,500 perwakilan dan pemerhati berhimpun perkasa agenda Reformasi - Harapandaily - 13/08 11:49 am Kongres Nasional PKR 2026 bakal membuka tirainya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) esok |
|
'Macam mana awak tahu ini yang terakhir?' Anthony Loke - Sinarharian - 13/08 11:42 am Lepas hari Ahad baru kita cakaplah," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan MOT di sini pada Khamis.Beliau turut berseloroh bahawa beliau kelihatan tenang pada pagi ini tersebut."Saya tidak tahu kenapa kamu tanya soalan ini," jelasnya.Anthony kemudian berseloroh bahawa beliau berada dalam keadaan tenang kerana turut meraikan sambutan hari jadi Ketua Setiausaha (KSU) MOT, Datuk Seri M Jana Santhiran."Saya sedang meraikan bersama KSU untuk hari jadinya. Selepas ini kita akan meraikan hari jadi KSU," katanya sebelum mengakhiri sesi berkenaan dengan ucapan terima kasih.Kongres DAP yang akan berlangsung Ahad ini akan menentukan kedudukan parti itu sama ada akan kekal atau keluar daripada Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen semasa.Seramai 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan yang layak menghadiri persidangan itu akan membuat keputusan mengenai usul berkenaan menerusi undi. |
|
Kongres Nasional PKR 2026 Bermula Esok, Himpun Lebih 5,000 Perwakilan Dan Pemerhati - Mydateline - 13/08 11:07 am Kongres Nasional PKR 2026 yang menghimpunkan lebih 2,500 perwakilan dan 3,000 pemerhati akan membuka tirai di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, esok |
|
DAP Perak sebulat suara mahu kekal dalam Kerajaan Perpaduan - Sinarharian - 12/08 6:19 pm Oleh itu, DAP sama sekali tidak boleh mengecewakan mandat yang diberikan rakyat."Parti mesti memikul tanggungjawab untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal bagi mengekalkan kestabilan politik, melaksanakan reformasi, membuktikan pencapaian dan meraih semula keyakinan rakyat. Inilah jalan yang benar dan bertanggungjawab," katanya.Sementara itu, Kongres Kebangsaan DAP akan berlangsung pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dengan seramai 4,264 perwakilan pusat akan mengundi bagi menentukan sama ada parti itu terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa. |
|
Bersih, 44 NGO mahu reformasi diselesaikan sebelum PRU16 - Sinarharian - 12/08 3:36 pm KUALA LUMPUR Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menuntut kerajaan dan pembangkang memanfaatkan baki tempoh Parlimen ke-15 untuk menyelesaikan agenda reformasi institusi sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Gesaan itu antara lain melibatkan pemisahan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun serta penggubalan Akta Ombudsman dan Akta Kebebasan Maklumat.Dalam kenyataan bersama 44 organisasi masyarakat sivil dan 25 individu, mereka berkata reformasi berkenaan perlu dilaksanakan menerusi kerjasama rentas parti bagi memastikan agenda tersebut tidak terhenti sekiranya berlaku perubahan kerajaan pada masa depan."Semua gabungan dan parti politik, khususnya mereka yang bercita-cita membentuk dan menyertai kerajaan Persekutuan akan datang, hendaklah menyokong reformasi ini," menurut kenyataan itu.Antara NGO yang menyokong kenyataan itu adalah Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Bersih, Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia.Mereka pada masa sama menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang kemuncak kepimpinan merentas parti membabitkan semua parti kerajaan dan pembangkang yang mempunyai wakil di Parlimen.Sidang berkenaan dicadangkan bagi merangka agenda bersama untuk baki tempoh Parlimen ke-15, dengan pelaksanaan reformasi dikongsi merentas parti dan Ahli Parlimen.Selain pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta had tempoh Perdana Menteri, kumpulan berkenaan turut menggesa undang-undang berkaitan Dana Pembangunan Kawasan (CDF) yang mandatori dan adil kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.Mereka turut mahu Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dikemas kini bagi meningkatkan keyakinan awam terhadap proses pilihan raya, selain memperluas pengundian pos atau kaedah pengundian tidak hadir kepada rakyat Malaysia di luar negara serta pengundi yang berada di luar kawasan.Parlimen ke-15 dijadual tamat penggal pada 18 Disember 2027, sekali gus memberi tempoh berbaki kepada kerajaan dan pembangkang untuk melaksanakan reformasi berkenaan sekiranya Dewan Rakyat tidak dibubarkan lebih awal.Sehubungan itu, kumpulan berkenaan menggesa Parlimen ke-15 terus berkhidmat sehingga tarikh tersebut kecuali berlaku kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan."Parlimen ke-15 wajar berkhidmat sehingga tamat penggal pada 18 Disember 2027, kecuali berlaku kehilangan kepercayaan bagi merealisasikan sebanyak mungkin reformasi yang diperlukan untuk memperdalam demokrasi dan memperbaiki tadbir urus," katanya.Dalam pada itu, mereka mahu jawatankuasa Parlimen diperluas dan diperkukuh bagi memastikan setiap kementerian dipantau menerusi jawatankuasa tetap atau khas.Menurut mereka, Ahli Parlimen pembangkang juga perlu diberi peluang berkhidmat dalam jawatankuasa berkenaan, manakala setiap jawatankuasa perlu dilengkapi sokongan pentadbiran, kewangan dan penyelidikan yang mencukupi.Kumpulan itu turut mencadangkan proses penggubalan dan penelitian belanjawan yang lebih berinstitusi serta saluran berkesan bagi membolehkan Rang Undang-Undang Persendirian dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan.Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dicadangkan mengemukakan agenda reformasi institusi Pembangkang bagi baki tempoh Parlimen ke-15."Reformasi ini akan memberi manfaat kepada mana-mana kerajaan pada masa depan dan/atau mewujudkan padang permainan yang sama rata untuk semua parti," jelas mereka.Kenyataan itu turut memberi penekanan kepada peranan PKR dan DAP dalam memastikan agenda reformasi terus diberi keutamaan.Menurut kumpulan berkenaan, kedua-dua parti itu perlu menggunakan kongres dan persidangan masing-masing pada 15 dan 16 Ogos untuk menyelesaikan perkara berkaitan reformasi.Langkah itu, katanya, penting bagi memastikan semua parti pembangkang dilayan secara adil serta menjamin persaingan pelbagai parti yang sihat dan mengelakkan kembali kepada sistem dominasi satu parti seperti sebelum 2018.Selain reformasi di peringkat Persekutuan, semua 13 negeri turut digesa menggubal undang-undang bagi mewajibkan CDF yang mandatori dan adil kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tanpa mengira fahaman politik.Kumpulan berkenaan turut mencadangkan penambahbaikan sistem pilihan raya 'First-Past-The-Post' (FPTP) di peringkat negeri menerusi pengenalan ADUN seluruh negeri berasaskan sistem perwakilan berkadar.Cadangan itu termasuk penyediaan kuota gender dan demografi dalam senarai calon serta pengukuhan peranan jawatankuasa terpilih di Dewan Undangan Negeri (DUN).Dalam perkembangan sama, kerajaan Persekutuan dan negeri digesa mengumumkan lebih awal tarikh pembubaran pilihan raya sekiranya tidak bercadang berkhidmat sehingga tamat penggal.Menurut mereka, pengumuman awal penting bagi membolehkan pengundi dan semua pihak berkepentingan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, penjawat awam, sekolah, parti politik serta sektor swasta membuat persiapan sewajarnya. |
|
BN tidak dijemput Kongres Keadilan, kerjasama retak? - Mygazette - 12/08 8:15 am # BN tidak dijemput Kongres Keadilan, kerjasama retak? KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak akan menerima jemputan ke Kongres Nasional Keadilan 2026 yang bermula Khamis ini, ketika hubungan kedua-dua parti menjadi perhatian susulan perkembangan politik mutakhir |
|
Hujung minggu ini jadi penentu PH: Melaka, Putrajaya jadi medan .. - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Hujung minggu ini jadi penentu PH: Melaka, Putrajaya jadi medan keputusan besar **KONGRES** Keadilan bedah siasat kekalahan tiga pilihan raya negeri (PRN), DAP serah keputusan kedudukan dalam kerajaan kepada 4,000 perwakilan, mungkinkah rombakan Kabinet ketiga bakal menyusul? Hujung minggu ini dijangka menjadi antara detik paling penting buat Pakatan Harapan (PH) apabila dua parti komponen utamanya, Keadilan dan DAP, mengadakan persidangan nasional masing-masing dalam suasana politik yang semakin mencabar |
|
Tiada rundingan rasmi PH-Bersatu, pintu kerjasama masih terbuka ??? .. - Mygazette - 10/08 5:23 pm Bersatu jelas Azmin turut menangkis fitnah wujud pertemuan dan perbincangan antara pimpinan parti tersebut dengan PKR untuk maksud mewujudkan kerjasama dengan PH. Dalam sidang media sama, Amirudin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dijangka tetap hadir pada Kongres Nasional PKR yang berlangsung bermula 13 Ogos ini |
|
Kekal atau keluar Kerajaan Perpaduan tak akan kembalikan sokongan kepada .. - Mygazette - 10/08 5:23 pm Ujarnya, DAP juga telah dibelasah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kehilangan beberapa kerusi pada PRN Johor dan kehilangan kerajaan negeri di Negeri Sembilan. Tambahnya, parti itu kini berada di persimpangan politik yang kritikal, justeru kongres parti itu pada 16 Ogos dilihat sebagai peluang untuk DAP menebus kembali kesilapannya |
|
PRN Melaka: `Tapak baharu??? bina semula kekuatan – Adam Adli - Mygazette - 10/08 5:23 pm Mandat Kerajaan NegeriMelaka akan tamat pada31 Dis ini. Menyentuh mengenai Kongres Nasional PKR 2026, Adam Adli berkata ia akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhparti bagi menghadapi pilihan raya akan datang |
|
Amirudin akui pengunduran Nurul Izzah beri kesan kepada PKR - Mygazette - 10/08 5:23 pm Namun,kepimpinan parti sibuk dengan persediaan serta kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan juga Negeri Sembilan, baru-baru ini. Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, Nurul Izzah kekal dengan jawatan itu hingga bercuti sementara selepas berakhirnya Kongres Nasional Keadilan di Melaka pada 15 dan 16 Ogos ini |
|
Satu calon sangkut, persaingan Kongres FAM dijangka sengit - Hotfm - 9/08 1:42 am Kuala Lumpur: Persaingan merebut kerusi Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi baki penggal 2025-2029 dijangka berlangsung sengit apabila 31 calon dilaporkan sudah melepasi proses saringan kelayakan yang ditetapkan kecuali seorang calon dari Kelantan yang tidak memenuhi kelayakan. |
|
MPP PKR tolak peletakan jawatan Nurul Izzah - Sinarharian - 8/08 4:17 pm KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebulat suara memutuskan untuk tidak menerima peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti.Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Nurul Izzah kekal sebagai anggota PKR dan akan terus membantu dalam perjuangan parti itu.Bagaimanapun, katanya, PKR bersetuju memberi Nurul Izzah ruang dan masa untuk menguruskan hal peribadi serta melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD)."Dalam mesyuarat tempoh hari, MPP memutuskan tidak menerima peletakan jawatan Nurul Izzah kerana beliau meminta masa seperti kenyataan yang diberikan itu antara lain (untuk) mengurus diri dan juga menyiapkan serta meneruskan pendidikan PhD."Jadi kita beri beliau masa. Tugas serta tanggungjawab dan fungsi-fungsi Timbalan Presiden akan digalas oleh Naib Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail," katanya pada Sabtu.Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh pada Khamis lalu memohon mengundurkan diri daripada jawatan Timbalan Presiden PKR selepas pertimbangan yang panjang bagi membolehkannya mengorak langkah baharu meneruskan pengajian lanjutan berteraskan khidmat dan bakti tanpa semestinya terikat dengan dunia politik.Namun, beliau menegaskan, keputusan berkenaan tidak mengubah pendiriannya untuk terus kekal sebagai anggota PKR dan memberikan dokongan kepada perjuangan parti ke arah Malaysia yang lebih baik di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan kepemimpinan serta akar umbi.Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Saifuddin diberi kepercayaan untuk menggalas tugas tersebut bagi memastikan pentadbiran serta operasi parti berjalan lancar dan tidak terganggu.Ujarnya lagi, MPP PKR pula hanya bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan. |
|
Mungkin Nurul Izzah ada hal terdesak perlu dilaksanakan – Amirudin - Mygazette - 8/08 7:47 am Dalam pada itu, Amirudin meminta semua pihak memberi ruang dan masa kepada Nurul Izzah bercuti sementara waktu sambil mempertimbangkan keputusannya itu. Semalam, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersetuju memberikan cuti sementara kepada Nurul Izzah berkuat kuasa selepas Kongres Nasional 2026 di Melaka, minggu depan |
|
Joachim menang tanpa bertanding jawatan Presiden PBS - Mkini - 7/08 8:53 am Kongres bagi memuktamadkan keputusan pemilihan parti berkenaan dijadualkan berlangsung pada Sept ini |
|
Nurul Izzah mohon undur jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR beri cuti .. - Mygazette - 7/08 8:18 am Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, selepas mendengar pandangan Nurul Izzah dan pimpinan, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersetuju memberi cuti sementara kepada beliau. Ujarnya, cuti sementara itu akan bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan |
|
Lepas jawatan setelah pertimbangan panjang, orak langkah baharu ??? Nurul .. - Mygazette - 7/08 8:18 am Saya mendoakan agar setiap urusan mereka dipermudah dalam memikul tanggungjawab ini. Insya-Allah ketemu jua kita sewaktu Kongres Nasional KEADILAN pada 14-15 Ogos 2026 kelak, tambahnya |
|
Nurul Izzah fokus pengajian lanjutan, kekal sebagai anggota PKR - Sinarharian - 6/08 10:42 pm SHAH ALAM Keputusan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengundurkan diri daripada jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibuat selepas melalui pertimbangan yang panjang.Nurul Izzah berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkannya mengorak langkah baharu dalam meneruskan pengajian lanjutan yang berdiri di atas khidmat dan bakti, serta tidak semestinya terikat dengan dunia politik."Saya akan terus kekal sebagai anggota parti, memberikan dokongan kepada perjuangan ke arah Malaysia yang lebih baik yang dirangkul saf kepimpinan parti di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim beserta akar umbinya."Kepada seluruh anggota parti, pimpinan di setiap peringkat, sahabat seperjuangan dan setiap insan yang telah bersama saya dalam perjuangan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan."Terima kasih di atas kepercayaan, teguran, doa dan pengorbanan yang tidak pernah putus," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk memberikan cuti sementara kepada Nurul Izzah selepas beliau memohon mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumum.MPP turut memutuskan supaya Naib Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara dan jawatan Pengarah Pilihanraya PKR digalas sepenuhnya oleh Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari.Dalam pada itu, Nurul Izzah turut menzahirkan penghargaan kepada Presiden PKR beserta kepimpinan parti kerana mengambil maklum akan keputusannya melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti itu.Malah beliau yakin Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku Timbalan Presiden dan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya akan melaksanakan amanah berkenaan dengan penuh kebijaksanaan, hikmah dan ketekunan dalam menggalas harapan rakyat."Saya mendoakan agar setiap urusan mereka dipermudah dalam memikul tanggungjawab ini."Insya-ALLAH ketemu jua kita sewaktu Kongres Nasional Keadilan pada 14-15 Ogos 2026 kelak," katanya. |
|
Joachim, Joniston menang tanpa bertanding Presiden, Timbalan Presiden PBS - Sinarharian - 6/08 8:10 pm KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi penggal 2026-2029.Setiausaha Agung PBS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti, Datuk Julita Mojungki berkata, Joachim yang memegang jawatan pemangku Presiden sejak tiga tahun lalu merupakan satu-satunya calon bagi jawatan Presiden apabila proses pencalonan ditutup pada 31 Julai lalu.Katanya, perkara sama berlaku bagi jawatan Timbalan Presiden di bawah kuota bumiputera bukan Islam apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Joniston menjadi calon tunggal yang dicalonkan."Turut menang tanpa bertanding ialah Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharram bagi kuota bumiputera Islam selepas calon lain hanya memperoleh satu pencalonan."Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya tiga pencalonan untuk layak bertanding dalam pemilihan parti," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Julita berkata, bagi jawatan Timbalan Presiden kuota Cina, dua calon layak bertanding iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Lo Su Fui dan Ahli Majlis Tertinggi, Goon Thien Shang."Sementara itu, tiga pencalonan diterima bagi merebut dua jawatan Naib Presiden kuota bumiputera bukan Islam, masing-masing ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding; ADUN Telupid, Datuk Jonnybone J Kurum dan penyandang, Datuk Johnny Mositun."Bagi jawatan Naib Presiden kuota bumiputera Islam pula, enam calon layak bertanding iaitu penyandang, Mursid Mohd Rais; Sharol Mahoolop; Zamil Ismail; Kasirin Kamiran; Ali Latif Taha dan Dr Rodah Sawang bagi merebut dua kekosongan," katanya.Julita berkata, bagi kuota Cina, lima calon layak bertanding untuk jawatan Naib Presiden iaitu penyandang, Datuk Arthur Sen; Datuk Fredian Gan; Goon Thien Shang yang turut dicalonkan bagi jawatan Timbalan Presiden; Datuk Johnny Goh dan Ng Tze Sai.Beliau memaklumkan, hanya satu jawatan Naib Presiden diperuntukkan bagi kuota Cina.Katanya lagi, bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi kuota bumiputera bukan Islam, seramai 28 calon menerima pencalonan mencukupi untuk bertanding bagi merebut tujuh kekosongan."Seramai 23 calon pula menerima pencalonan mencukupi untuk bertanding bagi lima kekosongan Ahli Majlis Tertinggi di bawah kuota bumiputera Islam."Bagi kuota Cina, seramai 15 calon akan bertanding untuk merebut empat jawatan Ahli Majlis Tertinggi," katanya sambil memaklumkan bahawa tempoh penerimaan pencalonan ditutup pada 7 Ogos lalu.Julita berkata, parti menerima rekod 79 pencalonan bagi semua jawatan, dengan lebih separuh daripadanya merupakan calon yang pertama kali bertanding.Sementara itu, Dr Joachim berkata, jumlah calon yang mencatat rekod, dengan separuh daripadanya membuat penampilan sulung, membuktikan ramai yang berminat untuk berkhidmat kepada parti."Ini memberi petanda baik kepada proses pembaharuan PBS," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik dan Majlis Tertinggi PBS, pada Rabu.ADUN Kundasang itu berkata, beberapa perkara penting berkaitan parti turut dibincangkan, termasuk persiapan menghadapi Kongres PBS yang dijadualkan berlangsung pada September ini."Persiapan rapi amat penting bagi memastikan kongres berjalan lancar serta menjadi wadah terbaik untuk memperkukuh perpaduan parti, memperbaharui komitmen terhadap perjuangan dan menentukan hala tuju masa depan demi kepentingan rakyat dan masa depan Sabah," katanya. |
|
Nurul Izzah mohon undur, MPP PKR bagi cuti sementara - Mkini - 6/08 7:52 pm Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata timbalan presiden parti akan cuti mulai Kongres Nasional 2026 sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. |
|
Nurul Izzah ambil cuti daripada jawatan Timbalan Presiden, Saifuddin memangku tugas - Harapandaily - 6/08 7:44 pm Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan memberi cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar, selepas beliau memohon untuk mengundurkan diri daripada jawatan tersebut. Dalam kenyataan hari ini, MPP memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendengar penjelasan Nurul Izzah serta pandangan barisan kepimpinan parti.Menurut MPP, cuti sementara itu akan bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu.. |
|
Nurul Izzah cuti sementara jawatan Timbalan Presiden PKR - Sinarharian - 6/08 7:27 pm SHAH ALAM Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis memutuskan untuk memberikan cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar, selepas beliau memohon mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan.Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP selepas membincangkan permohonan Nurul Izzah."Namun setelah mendengar pandangan saudari Nurul Izzah dan pimpinan, MPP bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada beliau bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumum."MPP turut memutuskan supaya Naib Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ujarnya, MPP juga bersetuju bahawa jawatan Pengarah Pilihanraya PKR digalas sepenuhnya oleh Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari.Menurutnya, berhubung Kongres Nasional 2026, Nurul Izzah akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR pada 14 Ogos 2026."MPP turut meluluskan 3,533 orang anggota baharu bagi tempoh 12 Julai sehingga Ogos 2026 yang telah mendaftar secara dalam talian," katanya.Dalam pada itu, beliau memaklumkan MPP menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.Katanya, parti juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan yang telah bekerja bertungkus lumus sewaktu dua PRN itu dan merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang dua penggal yang lalu. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |