///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Klang Selatan News   Page 1    





Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Anthony Loke ziarah isteri Amirul Hafiz, serah sumbangan peribadi KUALA LUMPUR Menteri Pengangkutan, Anthony Loke petang tadi menziarahi isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang terbunuh dalam kemalangan disebabkan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh dadah dalam kejadian Ahad lalu





Timbang serius haram arak secara total ??? Peguam jenayah - Mgazette - 2/04 12:37 am

# Timbang serius haram arak secara total Peguam jenayah KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya kerajaan memulakan perbincangan serius mengenai pengharaman arak secara total atau sekurang-kurangnya mengetatkan kawalan penjualan secara drastik





NSL 2026 perkenal NSL Regional Cup, himpunkan pemain bertaraf dunia - Sinarharian - 1/04 7:26 pm

SAINGAN Netball Super League (NSL) kembali memeriahkan kalendar bola jaring tempatan bagi musim kelima tahun ini dengan pelbagai pembaharuan yang dijangka mengangkat lagi statusnya sebagai liga profesional wanita di rantau Asia.Antara tarikan utama edisi 2026 ialah penganjuran NSL Regional Cup buat kali pertama, selain kehadiran pemain antarabangsa bertaraf dunia yang bakal mempertingkatkan tahap persaingan.Perkembangan itu turut diperkukuh dengan penyertaan CelcomDigi Berhad sebagai penaja utama buat kali pertama, sekali gus mencerminkan keyakinan sektor korporat terhadap potensi NSL sebagai platform pembangunan bola jaring wanita di negara ini.Saingan NSL 2026 anjuran Astro dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Malaysia dijadual berlangsung dari 11 April hingga 17 Mei ini di Stadium Juara.Sebanyak lapan pasukan akan bersaing dalam 64 perlawanan sepanjang enam minggu kejohanan itu berlangsung.Selepas tamat saingan liga utama, NSL Regional Cup akan diadakan dari 14 hingga 17 Mei, membabitkan dua pasukan jemputan antarabangsa dari Singapura dan Hong Kong bersama dua pasukan terbaik NSL.Musim ini juga menyaksikan penyertaan 16 pemain import dari negara kuasa besar bola jaring seperti Australia, New Zealand, Jamaica, Afrika Selatan, Uganda, Malawi, Zimbabwe dan Botswana.Kehadiran pemain bertaraf dunia yang pernah beraksi di pentas Netball World Cup serta liga profesional elit dijangka memberi impak besar kepada tahap permainan liga dan perkembangan pemain tempatan.Antara yang mencuri tumpuan ialah bekas pemain Australian Diamonds, Gretel Bueta serta legenda Silver Ferns, Laura Langman.





Sisa plastik dan jentera RM8.5 juta dirampas, pemilik premis ditahan - Sinarharian - 1/04 6:56 pm

IPOH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta merampas kira-kira 145,000 kilogram sisa plastik bersama pelbagai jentera dan mesin bernilai RM8.5 juta dalam serbuan ke atas sebuah premis pemprosesan plastik tanpa kelulusan di Sungai Siput, semalam.Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, serbuan menerusi Ops Taring Alpha 5 pada 12 tengah hari oleh Cawangan Risik Batalion 3 Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, dibuat dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.Beliau berkata, seorang wanita tempatan berusia lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik premis berkenaan turut ditahan."Pemeriksaan mendapati premis tersebut telah memasang serta mengendalikan beberapa fasiliti pemprosesan plastik tanpa sebarang notifikasi dan kelulusan daripada JAS."Pasukan serbuan turut menemui sejumlah besar longgokkan plastik yang telah dan belum diproses, selain beberapa jentera dan mesin yang digunakan dalam aktiviti pemprosesan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Balveer berkata, pemeriksaan lanjut mendapati premis itu telah beroperasi lebih tiga tahun dengan bekalan sisa plastik diperoleh dari kawasan perindustrian sekitar Kulim, Kedah sebelum diproses dan dihantar ke sekitar Lembah Klang bagi penghasilan resin.Beliau berkata, kes telah diserahkan kepada JAS Perak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2024."Pihak JAS Perak juga telah mengambil tindakan menghentikan serta merta operasi mesin basuhan sisa plastik yang mencemar di bawah Seksyen38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.Balveer berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti tanpa kelulusan serta menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu usaha penguatkuasaan





Pemandu cuai bakal berdepan hukuman lebih berat jika sebabkan kematian - Sinarharian - 1/04 6:06 pm

KUALA LUMPUR Tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman lebih berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang memandu secara cuai atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian, khususnya melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, pendekatan itu selaras dengan usaha berterusan memperkukuh penguatkuasaan serta memberi mesej jelas bahawa kecuaian di jalan raya tidak akan dikompromi.Beliau berkata, pihaknya memandang serius setiap kes kemalangan maut yang berlaku dan tidak akan berkompromi dalam tindakan undang-undang.Menurutnya, setiap kesalahan lalu lintas yang mengakibatkan kehilangan nyawa akan disiasat secara menyeluruh dan telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak."Tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak, tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman yang lebih berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian."Ini termasuk kes melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata demikian susulan satu kemalangan maut yang berlaku pada 29 Mac lalu kira-kira jam 11.30 pagi di Jalan Raya Barat, Klang.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kenderaan lain."Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan yang dipandu lelaki tempatan memasuki laluan bertentangan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah motosikal yang sedang bergerak lurus."Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 32 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.Mohammed Hasbullah berkata, susulan kejadian itu, pemandu terlibat telah didakwa di Mahkamah Klang pada 1 April 2026."Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun."Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh juga boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali," katanya.Beliau berkata, JSPT akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.Katanya, semua pengguna jalan raya turut diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah."Setiap pengguna jalan raya perlu memainkan peranan masing-masing dan bertanggungjawab bagi mengelakkan tragedi yang meragut nyawa," katanya.





Drink-driving: widow voices relief as suspect in fatal crash charged with murder - Sinardaily - 1/04 5:21 pm

As for the rest (of the process), I leave it to the lawyer, she said.She said this when met by reporters after attending the prosecution of R. Saktygaanapathy, 28, who was charged at the Magistrates Court, here, today, with the murder of her husband.Previously, Klang Selatan police chief ACP Lim Jit Huey reportedly said that a motorcyclist was killed after being hit by a car driver who was under the influence of alcohol and drugs in an incident at about 11.40 am on Sunday.The incident caused the victim, Amirul Hafiz, to be flung onto the roof of a Perodua Myvi, before he was pronounced dead at the scene.Meanwhile, Nor Nadia said she has decided to return to her hometown in Taiping, Perak, as previously advised by her late husband.The mother of three said she is currently in Shah Alam only to settle matters related to transferring her two young sons to new schools, before moving back to her hometown."My husband once told me that if anything were to happen, I should return to the village and not stay here (in Shah Alam)





BNM should mandate a living wage for all banks, says ex-MP - FMT - 1/04 4:52 pm

Former Klang MP Charles Santiago says the central bank must move beyond the minimum salary policy and consider more dynamic wage-setting mechanisms.





Padah buang sampah, tiga didenda RM2,800 Padah buang sampah, tiga didenda .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm

JOHOR BAHRU Sikap tidak bertangungjawab tiga individu termasuk dua warga asing membuang sampah merata-rata pada Januari lalu mengundang padah apabila mereka didenda RM2,800 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini





Saya nak nyawa dibalas nyawa ??? Isteri mangsa pemandu mabuk - Mgazette - 1/04 3:50 pm

Amirul Hafiz maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an, datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya





Tuntutan pampasan mangsa langgar pemandu mabuk hingga RM1 juta – .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm

# Tuntutan pampasan mangsa langgar pemandu mabuk hingga RM1 juta - Peguam KLANG Peguam Mohd Faizi Che Abu tidak menolak kemungkinan akan membuat tuntutan sehingga RM1 juta bagi pihak anak guamnya, Nor Nadia Abdul Abdul Majid, 32 yang kehilangan suaminya yang maut dilanggar pemandu kereta dalam keadaan mabuk, Ahad lalu





Juruteknik mabuk didakwa bunuh penghantar makanan Juruteknik mabuk didakwa .. - Mgazette - 1/04 3:50 pm

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan. Selain itu, lelaki itu turut didakwa kerana memasukkan dadah jenis benzo dan tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan sendiri di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, kira-kira jam 3.30 petang





'Nyawa dibalas nyawa, saya bersyukur dia telah didakwa' - Nor Nadia menangis di mahkamah - Sinarharian - 1/04 3:07 pm

KLANG Isteri penunggang motosikal yang maut dirempuh seorang pemandu hingga melambung ke atas sebuah kereta, berpuas hati apabila lelaki yang disiasat berhubung kemalangan itu didakwa atas pertuduhan membunuh.Nor Nadia Abdul Majid, 32, juga menangis ketika pegawai dari bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan, menyapanya selepas pertuduhan dibuat."Saya bersyukur dia telah didakwa, Alhamdulillah





I cannot sleep: Blue Myvi driver relives moment motorcyclist fell onto car in fatal Klang crash - Sinardaily - 1/04 3:06 pm

KLANG A driver remains traumatised after a motorcyclist landed on the roof of his car during a fatal accident along Jalan Raya Barat here on Sunday.The man, who wished to be known as Megan, 42, said he had been unable to sleep for two days as the incident kept replaying in his mind.He said he was driving a Perodua Myvi with a friend while heading towards Port Klang when the incident occurred.The situation unfolded rapidly before he realised the victim had landed on top of his vehicle.I thought my car did not hit anything





Widow relieved by murder charge, vows RM1m civil suit over fatal Klang crash - Malaymail - 1/04 2:40 pm

KLANG, April 1 The widow of Amirul Hafiz Omar expressed relief today after the driver accused of causing her hus...





Widow of viral crash victim fears son will blame self as father died on errand for maths book - Sinardaily - 1/04 2:32 pm

KLANG The wife of a motorcyclist who was killed in a collision fears her eldest child may be bullied and end up feeling guilty, as the deceased had gone out to buy books before the accident that flung him onto a car.Nor Nadia Abdul Majid, 32, said she hopes the public will offer support and safeguard her childrens emotional wellbeing.I dont want him to feel guilty, to be pressured with all sorts of questions or bullied at school, thats what Im afraid of.I worry he will blame himself for wanting textbooks, which led to my late husband going out on his motorcycle, she said, holding back tears when met outside the Magistrates Court here on Wednesday.The mother of three said her eldest child misses his father deeply and has even wanted to sleep in his fathers clothes.Nadia added that her youngest child, who is still very young and has never been to a cemetery, often says, Papa is inside (the grave).Despite the hardship, she, who works as a p-hailing delivery rider alongside her late husband Amirul Hafiz Omar, 33, hopes her children will remain strong in coping with the loss of their father.She also expressed gratitude to all parties who have extended support and assistance, including the Social Welfare Department (JKM), which has offered counselling services for her children.Moving forward, she said the family will relocate to Taiping, Perak, with arrangements to transfer the childrens schools to be made soon.If Im busy here, theres no one to help look after the children, so Ive decided to return to my hometown





Klang DUI Driver Charged With Murder Of Motorcyclist - Therakyatpost - 1/04 2:31 pm

The accused was reportedly driving under the influence of Benzo and Tetrahydrocannabinol when the incident occurred.





'Risau anak rasa bersalah sebab arwah keluar beli buku' - Sinarharian - 1/04 2:22 pm

KLANG - Isteri kepada penunggang motosikal yang maut dirempuh tidak mahu anak sulungnya dibuli sehingga menimbulkan rasa bersalah kerana arwah keluar membeli buku sebelum terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan mangsa melambung ke atas sebuah kereta.Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, dia memohon semua pihak memberi sokongan dan menjaga emosi anak-anaknya."Saya tak nak dia rasa bersalah, ditekan dengan pelbagai soalan atau dibuli di sekolah, itu yang saya takutkan."Saya bimbang dia salahkan diri sendiri sebab mahu buku teks sehingga menyebabkan arwah suami keluar menunggang motosikal," katanya seakan menahan air mata ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Ibu kepada tiga anak itu berkata, anak sulungnya juga terlalu merindui bapanya sehingga mahu memakai baju arwah ketika tidur.Nor Nadia berkata, anak bongsunya yang masih kecil dan tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan sering menyebut "Papa dekat dalam (kubur)".Meskipun berdepan dengan dugaan ini, dia yang bekerja sebagai penghantar barang p-hailing bersama arwah suami, Amirul Hafiz Omar, 33, berharap anak-anaknya dapat terus kuat menghadapi kehilangan bapa mereka.Dalam pada itu, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan bantuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menawarkan khidmat kaunseling untuk anak-anak.Selepas ini, katanya, mereka sekeluarga akan berpindah ke Taiping, Perak, malah urusan perpindahan sekolah anak-anak akan dibuat dalam masa terdekat."Di sini, kalau saya sibuk, anak-anak tak ada orang nak tolong tengokkan, jadi saya ambil keputusan untuk pulang ke kampung."Sekurang-kurangnya mereka boleh tengok-tengokkan anak saya kelak," katanya.Pada pagi Rabu, R





'Tiba-tiba ada orang atas bumbung kereta, tangan terkulai di cermin depan' - Pemandu Myvi biru akui trauma - Sinarharian - 1/04 2:21 pm

Saya fikir, tak mengapa kalau kereta saya rosak, yang penting nyawa dia."Saya terus berhenti di tepi jalan, dalam hati saya berdoa agar dia selamat," katanya.Bagaimanapun, sebaik turun dari kenderaan, dia mendapati mangsa sudah tidak menunjukkan sebarang tanda pergerakan.Katanya, detik itu menjadi titik trauma yang masih menghantui dirinya sehingga kini."Saya memang tak boleh tidur, saya takut, sampai sekarang nak bawa kereta atau motosikal pun saya fobia," ujarnya.Lebih membebankan, Megan berkata, dia turut berdepan kesukaran apabila kenderaan dipandunya itu tidak dilindungi insurans komprehensif."Kereta itu saya pinjam daripada kawan, insurans hanya pihak ketiga, jadi saya tak dapat buat tuntutan."Sekarang saya kena tanggung sendiri kos baiki kereta, kereta pula kena tahan di balai untuk siasatan," katanya.Menurutnya, keadaan itu turut menjejaskannya kerana dia memerlukan kenderaan untuk urusan kerja harian.Bagaimanapun jelasnya, beberapa saksi lain tampil memberikan keterangan sebenar berhubung kejadian itu."Saya sedih sebab saya dapat tahu yang mangsa ada keluarga, anak-anak masih kecil," katanya dengan nada sebak.Tegasnya, kejadian itu bukan sahaja meragut nyawa, malah memberi kesan kepada ramai pihak yang tidak bersalah."Satu orang buat salah, ramai yang susah. Saya juga turut terkesan akibat kejadian ini."Memang perbuatan individu ini sangat tidak bertanggungjawab dan perlu dikenakan hukuman tegas agar menjadi pengajaran kepada semua," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki di Jalan Raya Barat di sini.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Polis Lim Jit Huey berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelas beliau, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggang mangsa.





Cops seek man seen hitching dangerous ride on trailer in Klang - Sinardaily - 1/04 1:29 pm

KLANG - A viral video showing a man clinging to the back of a moving trailer along Persiaran Tengku Ampuan Rahimah in Klang on March 30 has prompted a police investigation.The footage, which circulated widely online, captured the individual holding onto the moving heavy vehicle, raising serious safety concerns.Authorities have since urged members of the public with relevant information to come forward to assist in the investigation.South Klang district police chief Lim Jit Huey said the incident involved a man clinging onto a trailer as it travelled from Taman Sri Andalas towards Persiaran Raja Muda Musa.Investigations found that the trailer driver was unaware of the individual holding onto his vehicle while driving along the route, he said in a statement yesterday.Authorities confirmed that the case is being investigated under Section 47 of the Road Transport Act 1987 and Section 336 of the Penal Code, which relate to reckless and dangerous acts that could endanger public safety.Police are now appealing to witnesses or individuals with relevant information to assist in the investigation.Members of the public who may have details about the incident have been urged to contact Inspector Ahmad Syahid Salahudin at 011-35753557.





Klang crash: Amiruls widow to sue man charged over his death for RM1 million - Sinardaily - 1/04 1:06 pm

KLANG The widow of a motorcyclist killed after being flung onto a car in a high-profile collision intends to file a RM1 million lawsuit against the man charged with her husband's murder.Lawyer Mohd Faizi Che Abu, representing 32-year-old Nor Nadia Abdul Majid said the final amount for the civil suit has not yet been finalised as calculations must be based on specific factors.Legally, we cannot claim compensation based on emotion





Mimi Fly bakal wakili Malaysia di ASEAN-Korea Music Festival 2026 - Sinarharian - 1/04 11:48 am

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular, Mimi Fly bakal membawa nama Malaysia di ASEAN-Korea Music Festival yang akan berlangsung pada 18 dan 19 April ini di Araneta Coliseum, Filipina.Festival yang dikenali sebagai ROUND 2026 itubertujuan mempromosikan pertukaran budaya antara Korea Selatan dan negara-negara ASEAN melalui persembahan muzik, koreografidan kolaborasi kreatif sesama artis serantau.Mimiatau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 39, menyifatkan peluang mewakili Malaysia sebagai satu penghormatan besar dan bertekad memberikan persembahan terbaik bagi mengangkat nama negara ke pentas antarabangsa."Saya sangat bangga dapat mewakili Malaysia di festival ini yang merupakkan peluang untuk tunjuk bakat kita di pentas serantau dan bawa nama negara ke peringkat antarabangsa."Sekarang saya sibuk memperkemas dan mempersiapdiri untuk persembahan itu nanti...saya hanya mahu buat yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas majlis sidang media Konsert For You: Nourul di sinisemalam.Selain Mimi, festival itu akan menampilkan artis pilihan ASEAN termasuk Pamungkas (Indonesia), Syafiq Abdulah (Brunei), TJ Monterde (Filipina) dan 10CM (Korea Selatan).Pelantun yang popular menerusi lagu Angkat dan Serumpun itu akan membawakan beberapa lagu dalam persembahan berdurasi 25 minit, dengan sokongan 16 penari dari Malaysia dan Filipina.Di sebalik kesibukan itu, Mimi juga bakal tampil sebagai artis undangan dalam Konsert For You: Nourul yang dijadual berlangsungdi Zepp Kuala Lumpur pada 30 Mei ini.Bekas anggota One Nation Emcees itu menganggap undangan sebagaiartis jemputandalam konsert berkenaan sebagai satu penghormatan dan mengukuhkan lagi hubungan profesional serta persahabatannya denganNourul."Kak Nourul ada DM (mesej langsung di Instagram) Mimi.Dia cakap dia nak buat konsert dan minta sokongan penuh saya





Nur Ain dilaporkan hilang sejak minggu lalu - Sinarharian - 1/04 11:28 am

GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang sedang giat mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya sejak 26 Mac lalu dan sehingga kini masih belum pulang.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Nur Ain Ariffen berusia 39 tahun.Menurutnya, wanita tersebut dilaporkan hilang sejak minggu lalu dan usaha mengesannya sedang dijalankan oleh pihak polis."Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah melihat individu terbabit diminta tampil membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Major T Kangeswari di talian 010-3750353 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.Tambah beliau, kerjasama orang awam amat diperlukan bagi membantu mengesan individu berkenaan dengan segera.





Driver at centre of viral Klang crash faces murder charge, pleads guilty to drug offence - Malaymail - 1/04 11:26 am

KLANG, April 1 The driver at the centre of a viral crash that hurled a motorcyclist onto another car was brought...





Man in viral Klang crash charged with murder - Sinardaily - 1/04 11:21 am

KLANG - A car driver believed to have been under the influence of drugs has been charged in the Magistrate's Court here today with murder over the death of a motorcyclist in a crash on Sunday.R





Widow demands retribution as suspect in fatal Klang drink-driving crash brought to court - Malaymail - 1/04 10:58 am

KLANG, April 1 A man in his 20s was brought to court today over a fatal drinkdriving crash on Jalan Raya...





Langgar hingga melambung, lelaki didakwa bunuh penunggang motosikal - Sinarharian - 1/04 10:58 am

KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal melambung dan terjatuh di atas sebuah kereta, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, masing-masing satu pertuduhan membunuh dan kes dadah.R Saktygaanapathy, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan kes bunuh dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, di sini pada jam 11.47 pagi, 29 Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman gantung, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberikan dirinya dadah disyaki jenis benzo dan Tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini pada jam 3.30 petang tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Sementara itu, peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, hadir selaku peguam pemerhati.Semasa prosiding, Raja Zaizul Faridah berkata, pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh bagi kedua-dua kes."Disebabkan tertuduh mengaku bersalah atas kes dadah, saya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk laporan patologi dan fakta kes."Bagaimanapun, saya tidak menawarkan jaminan kerana dia masih berdepan kes bunuh yang mana ia termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin," katanya.Selepas mendengar perkara itu, Karthiyayini tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan semula kes.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di lokasi kejadian.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan itu tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Driver in fatal Klang crash charged with murder - FMT - 1/04 10:57 am

R Saktygaanapathy pleads guilty to a separate charge of self-administering drugs





I want a life for a life, says wife of victim in Klang crash - FMT - 1/04 10:45 am

Nor Nadia Abdul Majid demands justice for her late husband, Amirul Hafiz Omar.





Rampas, lucut hak kenderaan pemandu mabuk, bawah pengaruh dadah - Sinarharian - 1/04 10:23 am

KUALA LUMPUR Kerajaan digesa melaksanakan pindaan melibatkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) bagi membolehkan kenderaan yang terlibat dalam kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah (DUI) dirampas serta dilucut hak, khususnya membabitkan kes kematian dan kecederaan parah.Pendukung Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Lestari, Shahrim Tamrin berkata, cadangan itu perlu direalisasikan melalui pengenalan klausa baharu di bawah Seksyen 44 APJ 1987 dengan mengambil model sedia ada dalam Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.Menurutnya, Malaysia sebenarnya sudah mempunyai asas perundangan dan keupayaan operasi yang mencukupi untuk melaksanakan mekanisme tersebut."Jika Malaysia boleh melucut hak lori komersial secara kekal kerana membawa muatan berlebihan, adalah logik dan adil untuk tindakan sama dikenakan terhadap kenderaan yang digunakan oleh pemandu mabuk atau khayal."Cadangan ini bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya merupakan lanjutan kepada undang-undang sedia ada yang wajar diperluaskan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, sebanyak 465 kenderaan komersial telah dirampas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada tahun 2025 di bawah peruntukan APAD 2010, meningkat 85.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.Pada masa yang sama, katanya, hukuman sedia ada termasuk denda antara RM1,000 hingga RM2,000 dilihat tidak mencukupi dan perlu diperkasakan bagi mengekang pesalah berulang."Ramai pesalah menganggap denda sebagai kos untuk berseronok. Namun, apabila kenderaan dirampas dan dilelong, mesejnya menjadi jauh lebih jelas."Kenderaan yang digunakan sebagai senjata sewajarnya dirampas daripada mereka," katanya.Tambah beliau, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati 23 peratus pemandu dalam nahas maut didapati positif alkohol, manakala pemandu di bawah pengaruh alkohol adalah 13 kali ganda lebih berisiko menyebabkan kemalangan.Katanya, penunggang motosikal yang menyumbang lebih 71 peratus kematian jalan raya juga perlu diberi perlindungan yang lebih berkesan dalam menangani isu DUI.Menurut Shahrim, cadangan itu memperincikan beberapa keadaan yang membolehkan rampasan mandatori dilaksanakan, termasuk kesalahan DUI berulang, paras alkohol dalam darah melebihi 150 miligram per 100 mililiter, pemanduan di bawah pengaruh dadah serta kes yang menyebabkan kematian atau kecederaan serius.Jelasnya, kenderaan yang terlibat perlu disita di lokasi kejadian sebelum notis rampasan dikeluarkan kepada pemilik dalam tempoh 24 hingga 48 jam."Kes perlu dibawa ke mahkamah dan selepas sabitan, perintah pelucutan hak hendaklah dikeluarkan."Hak milik kenderaan akan dipindahkan kepada kerajaan sebelum dilelong selepas tempoh minimum 90 hari," katanya.Menurut beliau, hasil lelongan perlu disalurkan kepada Tabung Pampasan Mangsa DUI serta Tabung Amanah Keselamatan Jalan Raya bagi tujuan pendidikan, komunikasi dan penguatkuasaan.Dalam pada itu, beliau menegaskan cadangan tersebut turut perlu mengambil kira perlindungan kepada pemilik pihak ketiga yang tidak bersalah seperti ibu bapa, majikan atau syarikat kewangan.Katanya, kenderaan milik pihak ketiga hendaklah dikembalikan kepada pemilik berdaftar, manakala pesalah tetap perlu membayar penalti setara dengan nilai pasaran kenderaan tersebut."Selain itu, mahkamah wajar diberi budi bicara dalam kes melibatkan golongan B40, khususnya penunggang motosikal bagi kesalahan pertama dengan tahap alkohol rendah."Pendekatan ini perlu memastikan keadilan dilaksanakan tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah," katanya.Mengulas lanjut, Shahrim berkata, pelaksanaan dasar rampasan kenderaan telah terbukti berkesan di beberapa negara termasuk Latvia dan Belarus dalam mengurangkan kesalahan berulang."Setiap kematian akibat DUI yang boleh dicegah adalah kegagalan dasar."Malaysia mesti menghantar isyarat tegas bahawa kenderaan bukan sekadar aset, tetapi boleh menjadi instrumen yang membawa padah jika disalah guna," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki dalam keadaan mabuk serta di bawah pengaruh dadah di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelasnya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal yang ditunggang mangsa.





Where is my husbands killer? A life for a life: Widow demands justice in Klang crash - Sinardaily - 1/04 10:13 am

KLANG Where is my husbands killer? A life for a life.Those were the words of Nor Nadia Abdul Majid, the wife of Amirul Hafiz Omar, 33, who was killed after being hit by a driver believed to be under the influence of alcohol along Jalan Raya Barat here.Nor Nadia arrived at the magistrates court at 9.53am on Wednesday, accompanied by her lawyer Mohd Faizi Che Abu.The mother of three, dressed in a black jubah, appeared grief-stricken and struggled to hold back tears as she entered the courtroom.Also present to lend support were activist Rafidah Ibrahim and businessman Albert Tei.Earlier, a man in his 20s, who is being investigated for allegedly driving under the influence of alcohol and drugs causing death, was brought to the magistrates court under police escort at 8.53am.On Tuesday, Klang Selatan district police chief Assistant Commissioner Lim Jit Huey confirmed that the suspect would be charged in connection with the incident.On Sunday, Amirul was killed in a three-vehicle crash at Jalan Raya Barat at about 11.40am.Preliminary investigations found that a Honda City driven by the suspect was believed to have overtaken several vehicles before colliding with the victims motorcycle.The impact threw the victim onto a Perodua Myvi and he was pronounced dead at the scene.The suspect was subsequently arrested and remanded for four days to assist in investigations.The case is being investigated under Section 44(1) of the Road Transport Act 1987 and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952.





Klang crash: Suspected drunk driver brought to court over fatal accident - Sinardaily - 1/04 10:00 am

KLANG A man under investigation for allegedly driving under the influence of alcohol and drugs, causing a fatal crash along Jalan Raya Barat here, was brought to the magistrates court on Wednesday.The suspect, in his 20s and wearing a white collared T-shirt, arrived at 8.53am escorted by police.On Tuesday, Klang Selatan district police chief Assistant Commissioner Lim Jit Huey confirmed that the suspect would be charged in connection with the incident.On Sunday, a motorcyclist was killed after being hit by a car driven by an individual believed to be under the influence of alcohol and drugs in a three-vehicle crash at Jalan Raya Barat, Klang, at 11.40am.Preliminary investigations found that the car, driven by a man in his 20s, was believed to have overtaken several vehicles before crashing into the victims motorcycle.The impact threw the victim, a local man in his 30s, onto a Perodua Myvi before he was pronounced dead at the scene.Following the incident, a man was arrested and remanded for four days to assist in investigations.Lim said the case was being investigated under Section 44(1) of the Road Transport Act 1987 and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952.





"Mana pembunuh suami saya, nyawa balas nyawa" - Isteri penunggang motosikal - Sinarharian - 1/04 9:45 am

KLANG - "Mana pembunuh suami saya, nyawa balas nyawa."Kata isteri kepada Amirul Hafiz Omar, 33, penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu dipercayai mabuk di Jalan Raya Barat, di sini pada Rabu.Nor Nadia Abdul Majid yang tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.53 pagi Rabu, diiringi peguamnya, Mohd Faizi Che Abu.Ibu kepada tiga anak yang masih kecil itu, memakai jubah hitam kelihatan sugul dan seakan-akan menahan diri daripada menangis ketika melangkah masuk ke mahkamah.Turut hadir memberi semangat kepada isteri mangsa ialah aktivis, Rafidah Ibrahim dan ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing.Seorang lelaki yang disiasat berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian di Jalan Raya Barat di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Suspek berusia 20-an, memakai baju T berkolar warna putih, tiba pada jam 8.53 pagi dengan diringi pihak polis.Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan suspek berkenaan akan didakwa atas pertuduhan berkaitan insiden tersebut.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pada jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Suspek langgar penunggang motosikal hingga melambung didakwa hari ini - Sinarharian - 1/04 9:27 am

KLANG Seorang lelaki yang disiasat berhubung insiden memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian di Jalan Raya Barat di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Suspek berusia 20-an, memakai baju T berkolar warna putih, tiba pada jam 8.53 pagi dengan diringi pihak polis.Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey mengesahkan suspek berkenaan akan didakwa atas pertuduhan berkaitan insiden tersebut.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pada jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.





Man clings on to speeding trailer in Klang, viral stunt sparks police probe and urgent witness appeal - Malaymail - 1/04 9:04 am

KLANG, April 1 A reckless stunt caught on video has gone viral after a man was seen clinging to the back of a mo...





Tiga ditahan terlibat video wanita mengaku Nabi Muhammad Tiga ditahan .. - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Tiga ditahan terlibat video wanita mengaku Nabi Muhammad JOHOR BAHRU - Polis menahan dua wanita dan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam hantaran akaun milik wanita mendakwa Ratu Nur Puteri Ratu Balqis yang mendakwa 'dipinjamkan badan oleh malaikat dan turut mengakui dirinya dahulu Nabi Muhammad SAW





Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di Klang akan didakwa esok - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal di Klang akan didakwa esok KUALA LUMPUR - Lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang akan didakwa esok. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, suspek yang berusia lingkungan 20-an itu akan dibawa sekitar jam 9 pagi di Mahkamah Majistret Klang





Lelaki bunuh jiran dipenjara 35 tahun, 12 sebatan Lelaki bunuh jiran .. - Mgazette - 1/04 8:00 am

# Lelaki bunuh jiran dipenjara 35 tahun, 12 sebatan KLANG - Bekas pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh jirannya, empat tahun lepas





Pemandu maut dalam nahas dua lori terbakar - Mgazette - 1/04 8:00 am

KULAI - Seorang pemandu lori dengan muatan tepung maut selepas kemalangan dengan sebuah lori tangki di Kilometer 40.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini





Mara jadikan dua anak Amirul Hafiz sebagai anak angkat - Sinarharian - 1/04 12:07 am

IPOH - Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil dua kanak-kanak yang kehilangan bapa dalam satu nahas jalan raya menyayat hati di Klang, Selangor baru-baru ini sebagai anak angkat di bawah Yayasan Pelajaran Mara (YPM).Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan di laman Facebook malam ini berkata, dua kanak-kanak itu adalah Muhammad Aqif Amsyar, 9, dan Muhammad Afif Izz Rayqal, 7, iaitu anak kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33.Beliau berkata, inisiatif itu adalah sebagai rasa tanggungjawab dan keprihatinan selain bukan sekadar bantuan sementaratetapi satu komitmen jangka panjang bagi memastikan pendidikan mereka terus terbela."Bantuan elaun bulanan sebanyak RM120 seorang akan disalurkan di peringkat sekolah rendah dan ditingkatkan kepada RM150 apabila mereka melangkah ke sekolah menengah, disertai pemantauan berterusan sehingga mereka menamatkan persekolahan," katanya.Beliau turut berterima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohammad Daud Mohd Yusoffdan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Faisalludin Mohamat Yusuff yang mewakilinya pagi tadi bagi ziarah dan menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga mangsa.Asyraf Wajdi juga menitipkan kata-kata semangat untuk Muhammad Aqif Amsyar dan Muhammad Afif Izz Rayqal untuk terus kuat dan tabah serta supaya belajar bersungguh-sungguh."Insya-ALLAH, Mara akan sentiasa bersama kalian dalam membina masa depan yang lebih baik





Pemandu terlibat kemalangan maut di Klang didakwa esok - FMT - 31/03 10:59 pm

Pemandu tersebut didapati berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah ketika kejadian.





Driver in fatal Klang crash to be charged tomorrow - FMT - 31/03 10:31 pm

The driver was found to have been under the influence of alcohol and drugs at the time of the incident.





Tiga ditahan kes video Ratu Nur Putri Balqis - Sinarharian - 31/03 10:20 pm

JOHOR BAHRU Dua wanita dan seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memuat naik kandungan berunsur hasutan, fitnah serta menghina agama Islam dan institusi negara menerusi aplikasi TikTok.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video dimuat naik pemilik akaun 'ratunurputribalqis' kira-kira jam 5 petang, Ahad lalu,Menurut beliau, kandungan video tersebut didakwa mengandungi unsur hasutan, fitnah serta penghinaan terhadap agama Islam, Perdana Menteri Malaysia, Institusi Diraja Johor, institusi agama dan Ketua Polis Johor."Antara kandungan video itu termasuk dakwaan bahawa Sultan Johor, Tengku Mahkota Johor dan Perdana Menteri mendapatkan nasihat daripada individu berkenaan, selain memfitnah Sultan Johor menyimpan dokumen pengenalannya serta membuat tuduhan terhadap Jabatan Agama Islam Negeri Johor terlibat salah laku dan rasuah."Video tersebut juga menyatakan solat fardu akan kembali kepada dua rakaat dan solat sunat satu rakaat," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.Menurut Ab Rahaman, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menahan ketiga-tiga suspek di Taman Saujana di sini pada Selasa.Katanya, hasil semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing ke atas semua suspek adalah negatif.Polis turut membuat beberapa rampasan bagi membantu siasatan."Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 49 tahun itu direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru selama empat hari bermula 31 Mac hingga 3 April bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya lagi.Polis Johor turut memberi peringatan tegas kepada orang ramai agar tidak menyentuh isu 3R yang boleh menjejaskan keharmonian negara serta menggesa masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.





Klang Valley petrol stations packed as motorists rush to use up RON95 subsidy quota - Sinardaily - 31/03 10:17 pm

SHAH ALAM - Petrol stations across the Klang Valley are experiencing heavy traffic as motorists hurry to use up their Budi Madani RON95 (BUDI95) fuel quota before the government reduces the monthly limit from 300 litres to 200 litres temporarily, effective tomorrow.Many were seizing the opportunity to fill up their tanks, fearing they might be affected by the temporary quota adjustment.Noor Hafiza Che Abdullah, 36, said she took the opportunity to use the remaining 100 litres of her quota.My husband called me to fill up because tomorrow the government will adjust it to 200 litres, so I filled the car completely, she told Sinar.The government announced the quota adjustment last Thursday following the Middle East conflict, which has disrupted oil supply and global economic conditions





Mara adopts 2 of Klang crash victims children - FMT - 31/03 9:27 pm

Mara chairman Asyraf Wajdi Dusuki says the agency has decided to take in two of the older children under its Yayasan Pelajaran Mara programme following the tragedy.





Stesen minyak penuh gara-gara mahu habiskan kuota BUDI95 - Sinarharian - 31/03 9:20 pm

SHAH ALAM - Beberapa stesen minyak di Lembah Klang dilaporkan mengalami peningkatan jumlah kenderaan berikutan orang ramai ingin menghabiskan kuota subsidi RON95.Ini kerana bermula esok, kuota bahan bakar itu telah diselaraskan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan untuk sementara sehingga bekalan RON95 kembali pulih.Menurut seorang peniaga, Noor Hafiza Che Abdullah, 36, dia mengambil peluang untuk menghabiskan kuota minyak yang berbaki 100 liter lagi."Suami saya hubungi saya untuk isi minyak kerana esok kerajaan akan selaraskan kepada 200 liter jadi saya isi penuh minyak dalam kereta," katanya kepada Sinar Harian.Pada Khamis lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi minyak tersebut berikutan konflik Asia Barat yang mengganggu bekalan minyak dan ekonomi dunia pada masa ini.Bagaimanapun kerajaan masih mengekalkan harga bagi seliter bahan bakar itu pada kadar RM1.99.Keputusan itu dibuat kerana berdasarkan kajian dan penelitian penggunaan bahan api tersebut, yang mana 90 peratus menggunakannya kurang dari 200 liter sebulan.Selain itu, had siling penggunaan BUDI95 bagi e-hailing dan pekerja gig dikekalkan kepada 800 liter sebulan.Bagi Sabah dan Sarawak pula, diesel subsidi akan terus diberikan pada kadar RM2.15 seliter, meskipun harga pasaran melambung naik.Bagi mengelakkan ketirisan berlaku, kerajaan turut menghadkan pengisian minyak bagi kenderaan ringan, pengangkutan darat awam, barangan dan persendiriankepada 50 liter, bagi setiap pembelian.Kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan tidak melebihi 3 tan, maksimum 100 liter setiap pembelian dan kenderaan melebihi 3 tan, maksimum 150 liter setiap pembelian.Sementara itu, kenderaan dengan pendaftaran asing juga tidak dibenarkan untuk membeli minyak RON95 dan hanya boleh membeli minyak RON97.





Mara bantu pendidikan 2 anak mangsa pemandu mabuk di Klang - FMT - 31/03 9:10 pm

Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki berkata dua anak Amirul Hafiz Omar yang maut dalam kemalangan itu dijadikan anak angkat Mara.





Should alcohol be banned in Malaysia? - Sinardaily - 31/03 8:36 pm

SHAH ALAM - Calls to ban alcohol in Malaysia have resurfaced amid growing concern over drunk driving fatalities, but political leaders remain divided, with most agreeing that stricter enforcement, rather than prohibition, is the more immediate priority.Selangor Pas Youth chief Mohamed Sukri Omar said the issue should no longer be viewed lightly, as drunk driving has evolved into a serious threat to public safety and human life.He said driving under the influence is a conscious decision with potentially fatal consequences.When an individual chooses to drive under the influence of alcohol, it is a conscious act that places others at risk of death





Pemandu maut dalam kemalangan dua lori tangki - Sinarharian - 31/03 6:49 pm

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan dua lori tangki di Kilometer 40.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara diKulai dekat sini, tengah hari Selasa.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata, pemandu lori jenis Hino disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugasKementerian Kesihatan (KKM).Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.14 tengah hari dan tiga Fire Rescue Tenderdengan kekuatan 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dikejarkan ke lokasi kejadian."Pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati sebuah lori tangki tanpa muatan terbakar 80 peratus akibat kemalangan dengan lori jenis Hino membawa tepung."PKO bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, seorang lagi pemandu yang cedera dikeluarkan orang awam dan diserahkan kepada KKM sebelum ketibaan bomba."Kita juga bertindak memadam kebakaran dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.28 petang," katanya.Sementara itu, PLUS Malaysia Bhd dalam hantaran Facebook memaklumkan insiden itu menyebabkan aliran trafik sesak hingga kira-kira lapan kilometer dan semua lorong arah utara ditutup bagi memberi laluan kepada kerja menyelamat, pemadaman kebakaran serta pengalihan kenderaan terlibat





Abai kata-kata, lelaki cedera diserang di kedai makan - Sinarharian - 31/03 6:04 pm

KLANG - Hanya kerana mengabaikan kata-kata, seorang lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjata tajam di sebuah kedai makan di Kapar, di sini, pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika pengadu sedang makan bersama dua rakannya.Menurutnya, pengadu kemudian didatangi empat lelaki."Perselisihan faham dipercayai bermula apabila pengadu mengabaikan kata-kata kumpulan suspek tersebut sehingga mengakibatkan salah seorang suspek bertindak mengeluarkan sebilah pisau dan menghayunkannya ke arah rakan pengadu."Serangan tersebut menyebabkan kecederaan pada muka dan dada mangsa," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, sebelum beredar, kumpulan suspek turut mengeluarkan ugutan jenayah untuk menembak pengadu dalam masa terdekat.Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.Tegasnya, bertindak atas maklumat, dua lelaki tempatan berjaya ditahan secara berasingan pada hari kejadian dan Selasa sebelum direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan."Salah seorang suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau dan tiga rekod dadah," ujarnya.Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Dayang Siti Aishah Awang Ramli di talian 010-5825382.





Kes pemandu mabuk: Bantuan keluarga mangsa akan segera disalurkan- Ahli Parlimen Klang - Sinarharian - 31/03 5:10 pm

SHAH ALAM - Penyaluran bantuan kepada keluarga mangsa penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk akan disegerakan.Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman berkata, pihaknya memberi jaminan berhubung perkara tersebut termasuk sokongan kebajikan bagi meringankan beban mereka."Dalam masa sama, Klang menyokong cadangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah."Kejadian yang meragut nyawa seperti ini bukan sekadar kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian serius yang tidak boleh diterima," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.Ganabatirau turut menggesa agar siasatan dijalankan dengan segera dan tindakan tegas diambil terhadap pesalah."Tiada kompromi apabila melibatkan nyawa rakyat," ujarnya.





Loke: Iranian government assures safe passage, no tolls for Malaysian ships in Strait of Hormuz - Malaymail - 31/03 4:46 pm

KLANG, March 31 Transport Minister Anthony Loke said Malaysia has received assurances from Iran that its vessels...





Ribut petir, angin kencang di kebanyakan negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 31/03 4:25 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda kebanyakan negeri termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.MetMalaysia memaklumkan negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) serta Melaka.Keadaan sama turut diramalkan di Johor (Kulai dan Kota Tinggi), manakala Sarawak melibatkan kawasan Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Selangau), Kapit dan Bintulu (Tatau)





Selatan Lubnan: MALBATT 850-13 diarah tak laksana pergerakan operasi buat .. - Mgazette - 31/03 3:38 pm

# Selatan Lubnan: MALBATT 850-13 diarah tak laksana pergerakan operasi buat masa ini - Khaled KUALA LUMPUR - Anggota MALBATT 850-13 telah diarahkan untuk tidak melaksanakan sebarang pergerakan operasi buat masa ini sebagai langkah berjaga-jaga selaras dengan arahan Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)





???Arwah buat dua kerja untuk menyara keluarga??? ??? Ibu Amirul Hafiz - Mgazette - 31/03 3:37 pm

# Arwah buat dua kerja untuk menyara keluarga Ibu Amirul Hafiz LARUT Dunia seakan-akan gelap tatkala ibu menerima perkhabaran duka anak kesayangan, Amirul Hafiz Omar, 33, maut dirempuh pemandu kereta mabuk ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor pada Ahad





Pemandu mabuk sebabkan kematian boleh dituduh kesalahan membunuh – .. - Mgazette - 31/03 3:37 pm

# Pemandu mabuk sebabkan kematian boleh dituduh kesalahan membunuh - Peguam KUALA LUMPUR Individu mabuk yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan mangsa lain maut boleh dituduh membunuh berdasarkan peruntukkan Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan





Anggota MALBATT diarah berjaga-jaga, henti pergerakan operasi - Sinarharian - 31/03 3:32 pm

KUALA LUMPUR - Anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 diarahkan untuk tidak melaksanakan sebarang pergerakan operasi buat masa ini sebagai langkah berjaga-jaga di selatan Lubnan.Arahan ini selaras dengan ketetapan Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan memandang serius perkembangan terkini situasi keselamatan di selatan Lubnan susulan dua insiden berasingan dalam tempoh 24 jam melibatkan pasukan pengaman UNIFIL, termasuk letupan projektil berhampiran Adchit Al Qusayr serta insiden letupan Peranti Letupan Terubah Suai (IED) yang melibatkan kontinjen Indonesia (INDOBATT)."Insiden-insiden tersebut telah mengorbankan anggota pengaman serta menyebabkan kecederaan serius kepada beberapa yang lain."Kementerian Pertahanan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta mendoakan agar anggota yang cedera diberikan kesembuhan segera," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, Malaysia menegaskan bahawa sebarang serangan terhadap pasukan pengaman merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Jelasnya, tahap keselamatan turut dipertingkatkan kepada semua kontinjen di kawasan misi berdasarkan situasi semasa di selatan Lubnan."Langkah ini merangkumi pematuhan berterusan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP), pengukuhan pelaksanaan Peraturan Penglibatan (ROE), pemberhentian sementara pergerakan rondaan, peningkatan langkah perlindungan pasukan (force protection) serta penilaian situasi secara berterusan bagi memastikan keselamatan anggota MALBATT 850-13 sentiasa terpelihara," ujarnya.Katanya, pada masa ini, semua anggota MALBATT 850-13 disahkan berada dalam keadaan selamat."Keselamatan anggota MALBATT kekal menjadi keutamaan utama kerajaan."Segala penugasan dan pergerakan dilaksanakan secara berhati-hati berdasarkan penilaian situasi semasa serta arahan operasi UNIFIL," ujarnya.Media sebelum ini melaporkan dua anggota pengaman warga Indonesia terbunuh di selatan Lubnan ketika pertempuran antara Israel dan Hizbullah semakin memuncak.UNIFIL memaklumkan, dua anggota pengaman warga Indonesia terbunuh apabila satu letupan yang tidak diketahui puncanya memusnahkan kenderaan mereka.Dua lagi anggota cedera dan seorang daripada mereka dilaporkan parah.





Aid pours in for blue Myvi owner after fatal crash involving drunk driver in Klang - Sinardaily - 31/03 3:25 pm

Even the deceaseds family is affected, he said, adding that efforts are ongoing to assist both the victims family and the affected motorist.The appeal quickly drew responses from the public, with several individuals offering financial assistance.One user commented, I can contribute a small donation, please share the account number or QR code.In a subsequent update, @iamjoelee expressed gratitude for the overwhelming support, noting that many had already stepped forward to help.Thankfully, many have come forward. If you have extra, please use it to help those who need it more at this time, he added.He said any assistance for the Myvi owner would be arranged directly between contributors and the individual once the vehicle is released from police custody.It was reported that Klang Selatan district police chief Assistant Commissioner Lim Jit Huey said the suspect had overtaken several vehicles before entering the opposite lane and crashing into the victims motorcycle.He said the impact caused 33-year-old motorcyclist Amirul Hafiz Omar to be thrown onto the roof of a Perodua Myvi before being pronounced dead at the scene.Investigations revealed that the suspect was tested positive for alcohol and drugs has been detained to assist in investigations under Section 44(1) of the Road Transport Act 1987 and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952.





35 years jail, 12 strokes for Klang man who killed neighbour - FMT - 31/03 3:00 pm

S Panirselvam is also sentenced to 15 years' jail for causing grievous hurt to another neighbour, but the sentences will run concurrently.





Lelaki bunuh jiran dipenjara 35 tahun, 12 sebatan - Sinarharian - 31/03 1:50 pm

KLANG - Bekas pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh jirannya, empat tahun lepas.Hakim Norliza Othman turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap S Panirselvam, 42, kerana mencederakan seorang lagi jiran wanitanya.Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu serentak bermula dari tarikh tangkap pada 13 Disember 2022.Bagi pertuduhan pertama, Panirselvam didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hafiz Abdullah, 52, di hadapan sebuah rumah di Jalan Tepi Sungai, di sini antara 10.30 pagi hingga 11 pagi, 13 Disember 2022.Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Ng Hui Can, 46, dengan parang yang mungkin menyebabkan kematian di lokasi dan waktu yang sama.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati kerana perbuatan membunuh satu kesalahan yang amat serius."Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mahkamah boleh lihat bagaimana sendiri si mati dan mangsa ditetak berulang kali oleh OKT (Orang Kena Tuduh) menggunakan parang sehingga menyebabkan kecederaan yang membawa maut kepada si mati dan juga kecederaan parah kepada mangsa."Walaupun si mati ketika itu sudah tidak berdaya untuk menyelamatkan dirinya, OKT masih lagi menetak si mati menggunakan parangnya dan kejadian ini menjadikan perbuatan OKT lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mahkamah," katanya.Peguam Zamri Ibrahim yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengurangkan hukuman kerana anak guamnya telah menyesali perbuatan yang melampaui batas itu





Drink-driving causing death should be treated as a serious criminal offence - Sinardaily - 31/03 11:13 am

KUALA LUMPUR - Driving under the influence of alcohol resulting in death should be treated as a serious crime, reflecting the severe consequences of such actions, which claim the lives of innocent road users.Traffic and Road Safety Psychology expert at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Rozmi Ismail, said that the offence may also be classified under Section 302 of the Penal Code."We can investigate such cases under Section 302 of the Penal Code to ensure that those who commit these acts - driving under the influence of alcohol - are deterred."This is because individuals are aware that driving while intoxicated is prohibited, yet they choose to proceed





Memandu bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian dikategorikan jenayah berat - Sinarharian - 31/03 11:04 am

KUALA LUMPUR - Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan kematian wajar diklasifikasikan sebagai jenayah berat, seiring dengan kesan serius perbuatan berkenaan yang meragut nyawa pengguna jalan raya tidak bersalah.Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Rozmi Ismail berkata, kesalahan terbabit juga boleh dipertimbangkan untuk diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Kita boleh bawa (siasat) Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini supaya biar orang yang melakukan perbuatan (memandu di bawah pengaruh alkohol) ini serik."Ini kerana anda tahu bahawa tidak boleh memandu dalam keadaan mabuk tetapi tetap meneruskan pemanduan, perbuatan itu seperti ada niat (membunuh), namun ini terpulang kepada mahkamah untuk menilai tetapi siasatan boleh dijalankan mengikut Kanun Keseksaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.Rozmi berkata, undang-undang sedia ada ketika ini perlu diperketat selain ditambah baik dengan memberi tumpuan kepada elemen keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terkesan."Jika melihat kesan pada pihak mangsa, saya rasa ni sangat tidak adil




Reformasi     >>



Diplomatik PMX mula membuahkan hasil - Harapandaily
Seorang wakil rakyat kerajaan menggesa orang ramai supaya terus meletakkan kepercayaan terhadap kepimpinan negara dalam menghadapi ketidaktentuan global susulan ketegangan di Asia Barat. ADUN Batu Uban, A. Kumaresan berkata, pendekatan diplomasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mula menunjukkan ..
Kroni     >>



Rafizi sedang rasai apa yang dibuat kepada arwah .. - Utusan
KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkemungkinan sedang mendapat kifarah terhadap apa yang beliau lakukan selaku arkitek yang merangka strategi Langkah Kajang lebih 10 tahun lalu. Faekah Husin berkata, walaupun ..
Tabloid     >>



Wanita Pernah Jadi Penyondol Nasihat Marissa Dania - Rotikaya
Seorang wanita memuat naik hantaran menitipkan nasihat buat pempengaruh media sosial, Marissa Dania susulan isu rumah tangganya. Menerusi perkongsian di Threads, individu itu mendakwa pernah menjadi isteri kedua dan berkahwin... Baca selanjutnya → The post Wanita Pernah Jadi Penyondol Nasihat ..
Tech     >>



Google teases its Whoop competitor - Gsmarena
Google is set to take on Whoop with a screenless Fitbit wrist wearable. The device was teased by NBA star Steph Curry, who entered a long-term partnership with Google last year as a Performance Advisor across Health, Pixel and Cloud products. View this post on Instagram A post shared by Wardell Curry ..
World     >>



Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to .. - Middleeasteye
Trump mulls Nato withdrawal, stopping weapons to Ukraine over Europe's response to Iran war Submitted by MEE staff on Wed, 04/01/2026 - 19:33 US president threatens to quit decades-old European alliance, as he fails to address Iran's control of Strait of Hormuz US President Donald Trump, right, ..
Motor Trend     >>



Geely Boyue EREV Dilancar Di China Jarak EV Sehingga .. - Careta
Model ini ditawarkan sebagai alternatif menarik untuk pembeli yang mahukan pengalaman pemanduan EV, tetapi masih memerlukan fleksibiliti perjalanan jauh tanpa terlalu bergantung kepada infrastruktur pengecasan awam. Berdasarkan laporan CarNewsChina, Geely Boyue EREV hadir dalam tiga varian ..