![]() |
/// |
|
Search : Ketua Hakim News | Page 1 |
Apartment ditukar jadi tempat karaoke untuk edar dadah, rampasan RM1.9 juta - Mgazette - 4/07 5:04 pm # Apartment ditukar jadi tempat karaoke untuk edar dadah, rampasan RM1.9 juta JOHOR BAHRU - Taktik satu sindiket pengedaran dadah mengubah suai bilik apartment di bandar raya ini yang dijadikan pusat hiburan terbongkar apabila diserbu polis bulan lalu |
Mengaku curi selimut di ‘homestay’ dan barang berharga, suami .. - Mgazette - 4/07 5:04 pm # Mengaku curi selimut di 'homestay' dan barang berharga, suami isteri dipenjara MELAKA - Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah mencuri dan melupuskan harta curi termasuk selimut dan barangan berharga lain di sebuah rumah inap, di sini, April lalu |
Peniaga rugi lebih RM200,000 tertipu pelaburan atas talian tidak wujud - Mgazette - 4/07 5:04 pm # Peniaga rugi lebih RM200,000 tertipu pelaburan atas talian tidak wujud KUANTAN - Seorang peniaga warga emas di Temerloh rugi lebih RM200,000 setelah diperdaya menyertai skim pelaburan secara atas talian tidak wujud |
Pemuda maut dua motosikal bertembung di lampu isyarat - Mgazette - 4/07 5:04 pm # Pemuda maut dua motosikal bertembung di lampu isyarat PASIR GUDANG - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah motosikal lain di simpang empat lampu isyarat di Jalan Persiaran Seri Alam/Jalan Tasek 64, di sini, semalam |
Kerani rugi lebih RM100,000 terpedaya janji pelaburan untung lumayan - Mgazette - 4/07 5:04 pm # Kerani rugi lebih RM100,000 terpedaya janji pelaburan untung lumayan KUANTAN - Seorang kerani sebuah institusi kewangan berusia 49 tahun terpaksa berputih mata kerugian lebih RM100,000 setelah terpedaya dengan tawaran keuntungan lumayan pelaburan secara dalam talian |
Zabariah jalankan tugas Presiden Mahkamah Rayuan ganti Abang Iskandar - Mgazette - 4/07 5:04 pm Zabariah mencapai umur persaraan wajib hakim 66 tahun pada 10 April lalu dan mendapatkan lanjutan masa perkhidmatan enam bulan lagi. Memetik laporan FMT, dalam surat bertarikh semalam, Hasnah yang juga melaksanakan tugas Ketua Hakim Negara bermula semalam berkata, pelantikan itu dibuat mengikut Seksyen 9(3)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 |
Ambalat: Jangan tawar janji manis secara semberono – Razali - Mgazette - 4/07 5:04 pm # Ambalat: Jangan tawar janji manis secara semberono - Razali KUALA LUMPUR Kerajaan tidak boleh secara semberono menawarkan janji-janji manis kepada rakyat berhubung Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) di Blok Ambalatseperti yang dilakukan ketika ini |
Hakim Roz Mawar diarah tarik diri, saman Shahrir terhadap Tommy didengar .. - Mgazette - 4/07 5:04 pm # Hakim Roz Mawar diarah tarik diri, saman Shahrir terhadap Tommy didengar hakim lain PUTRAJAYA - Semua prosiding berkaitan kes saman Tan Sri Shahrir Ab |
Ambalat: Sabah berhak dilibatkan dalam apa jua rundingan ??? Bung Moktar - Mgazette - 4/07 5:04 pm # Ambalat: Sabah berhak dilibatkan dalam apa jua rundingan Bung Moktar KUALA LUMPUR Sabah berhak untuk dilibatkan dalam apa jua kerangka rundingan bersama yang melibatkan kawasan pertikaian Ambalat |
Undang-undang tindas suara rakyat harus dipinda, dikaji semula ??? Nik .. - Mgazette - 4/07 5:04 pm Beliau merujuk kepada Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, yang memutuskan peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), yang mengenakan denda terhadap penganjur yang gagal memberikan notis lima hari sebelum mengadakan perhimpunan kepada polis, adalah tidak berperlembagaan. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel itu berkata, Seksyen 9(5) APA itu adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia tidak konsisten dengan Perkara 10(2)(b) dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan (kesamarataan di sisi undang-undang) |
Ibu didakwa bersubahat peniaga nasi lemak rogol anak - Mgazette - 4/07 5:04 pm # Ibu didakwa bersubahat peniaga nasi lemak rogol anak KUALA LUMPUR - Seorang peniaga nasi lemak didakwa di Mahkamah Sesysen Ampang, di sini, atas pertuduhan merogol anak teman wanitanya yang berusia 12 tahun pada pertengahan tahun lalu |
GMRB guna media sosial sebar fahaman ekstrem kepada warga Bangladesh di .. - Mgazette - 4/07 5:04 pm # GMRB guna media sosial sebar fahaman ekstrem kepada warga Bangladesh di Malaysia KUALA LUMPUR Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) berpaksikan fahaman ekstremis menggunakan platform Facebook, WhatsApp dan Telegram untuk menyebarkan fahaman tersebut dalam kalangan warganegara Bangladesh yang bekerja di negara ini |
Kalau SG4 gagal buat apa nak tubuh Sekretariat Orang Melayu? ???... - Mgazette - 4/07 5:04 pm # Kalau SG4 gagal buat apa nak tubuh Sekretariat Orang Melayu? Hasbie KUALA LUMPUR Orang Melayu akan menjadi bangsa yang gagal sekiranya terus ditipu dengan permainan pihak-pihak tertentu yang cuba mempergunakan bekas pemimpin untuk mendapatkan kuasa demi kepentingan politik masing-masing |
10 September keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim perbicaraan kes solar - Sinarharian - 4/07 4:49 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 10 September sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh tersebut semasa pengurusan kes hari ini.Pada 25 Jun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin telah menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.Peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh berkenaan.Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohamed Zaini Mazlan, yang kini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonannya agar hakim tersebut menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri pada saat akhir, iaitu sebelum beliau dijadual menyampaikan keputusan pada 1 Sept 2022 |
10 Sept keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim perbicaraan kes solar - Astroawani - 4/07 4:30 pm Mahkamah Rayuan menetapkan 10 Sept sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah kes hibrid solar. |
Rokok campur dadah dijual RM9,600 sekotak, pasangan kekasih dicekup - Sinarharian - 4/07 4:24 pm SERDANG Taktik licik sepasang kekasih yang menjual rokok dicampur dadah terbongkar apabila diberkas dalam serbuan polis di sebuah unit kondominium di sini pada Selasa.Kedua-dua suspek dipercayai mengaut keuntungan ribuan ringgit apabila menjual rokok bercampur dadah itu pada harga mencecah RM9,600 bagi setiap kotak mengandungi 120 batang rokok.Kegiatan haram itu dilakukan pasangan tersebut yang turut berniaga batu jed, berselindung di sebalik sebuah unit kondominium yang disewa dengan harga sekitar RM1,700 sebulan dan dijadikan lokasi memproses bahan terlarang berkenaan.Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerusi Ops Tapis, kira-kira jam 1 tengah hari.Beliau berkata, serbuan itu berjaya menahan dua suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 52 tahun dan seorang wanita warga Vietnam berumur 33 tahun."Antara yang dirampas ialah satu kotak plastik lut sinar mengandungi daun kering dipercayai dicampur methamphetamine seberat 10.07 kilogram, serta dua kotak hitam mengandungi 240 batang rokok tembakau bercampur methamphetamine seberat kira-kira 0.18 kilogram."Turut ditemukan lima kotak hitam berisi 600 batang rokok kosong, dua peket plastik lut sinar mengandungi dadah syabu seberat 0.0061 kilogram, sebotol kaca mengandungi cecair putih dipercayai methamphetamine seberat 200 mililiter, serta sebotol kaca lagi berisi cecair perang seberat 100 mililiter," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini pada Jumaat.Katanya, polis turut merampas mesin pembuat rokok yang digunakan untuk membungkus semula dadah ke dalam batang rokok."Siasatan mendapati tembakau itu akan digaulkan dan dicampur dengan cecair methamphetamine sebelum dimasukkan ke dalam batang rokok."Suspek dipercayai akan mencuba dahulu rokok tersebut sehingga mendapat kesannya sebelum membungkus dan memasukkannya ke dalam kotak untuk dijual pada harga RM80 sebatang |
Hakim Roz Mawar tarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Tommy Thomas - Astroawani - 4/07 4:00 pm Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini. |
Mesyuarat PH Sabah tumpu tiga perkara utama - SUN - 4/07 3:25 pm KOTA BELUD: Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di Kota Kinabalu semalam, menumpukan kepada tiga perkara utama dalam persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah |
Lelaki warga emas didakwa hantar komunikasi jelik terhadap Agong - Astroawani - 4/07 3:20 pm Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri sebelum sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Ogos depan. |
Mesyuarat PH Sabah tumpu tiga perkara utama - Sinarharian - 4/07 3:15 pm KOTA BELUD -Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di Kota Kinabalu semalam, menumpukan kepada tiga perkara utama dalam persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismailberkata, dalam mesyuarat itu, kesemua parti komponen PH bersetuju untuk mempunyai garis masadalam menyelesaikan urusan pembahagian kerusi masing-masing."Mesyuarat juga bersetuju bahawa kita akan fokus kepada pembentukan jentera pilihan raya yang kuat dan mantap |
Industri kreatif digital jana RM5.3 bilion, 10,000 peluang pekerjaan pada 2023 - Menteri - Sinarharian - 4/07 3:04 pm KUALA LUMPUR - Industri kreatif digital Malaysia mencatatkan prestasi kukuh pada 2023 yang menjana hasil sebanyak RM5.3 bilion dengan nilai eksport RM800 juta.Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, pencapaian itu turut menyumbang kepada penciptaan lebih 10,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi yang merangkumi ekosistem berkenaan."Di bawah Pelan Hala Tuju Ekosistem Kreatif Digital (DICE) oleh MDEC menyaksikan komitmen kerajaan untuk membangunkan sektor kreatif digital bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai hab serantau dan global bagi penciptaan kandungan digital menjelang 2030."DICE bukan sekadar inisiatif, ia strategi holistik untuk membina ekosistem mampan yang menyokong pembangunan bakat, akses pasaran, pelaburan dan inovasi dalam industri berkenaan," katanya semasa berucap sempena pelancaran rasmi Permainan Video Upin & Ipin Universe di sini pada Jumaat |
Su Yin sedia sahut cabaran Nova untuk rangkul gelaran tahun ini - SUN - 4/07 2:57 pm PEMAIN beregu campuran negara Cheng Su Yin sedia menyahut cabaran ketua jurulatih Nova Widianto untuk menjulang sekurang-kurangnya satu gelaran tahun ini |
SPRM kesan wang haram dilabur Datuk Wira - Sinarharian - 4/07 2:54 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan wang hasil penggubahan wang haram membabitkan seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Wira yang disembunyikan di akaun luar pesisir dan Labuan sebelum dilaburkan semula ke syarikat pelaburan tidak wujud dan pinjaman wang tidak berlesen.Menurut sumber, siasatan awal mendapati, pengarah syarikat terbabit didakwa mewujudkan syarikat penipuan pelaburan dengan mencari mangsa yang ingin melabur termasuk golongan orang kenamaan (VIP) sebelum diperdaya."Syarikat pelaburan itu mula diwujudkan sekitar 2018 selepas projek awal berkaitan fiber optik tidak dijalankan menggunakan wang yang diseleweng hasil pinjaman daripada bank terbabit."Suspek bukan sahaja mewujudkan syarikat pelaburan tidak wujud malah turut menubuhkan syarikat lain yang menawarkan pinjaman wang tidak berlesen," katanya pada Jumaat.Tambah sumber, siasatan awal SPRM juga mendapati pengarah syarikat itu turut memberi rasuah RM8 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank bagi meluluskan pinjaman RM400 juta walaupun syarikatnya itu tidak memenuhi syarat.Jelasnya, siasatan kini tertumpu pada tiga skop iaitu membabitkan penggubahan wang haram hasil pinjaman yang tidak dibayar semula, skim pelaburan tidak wujud dan hasilnya disembunyikan di akaun luar pesisir pantai dan menawarkan pinjaman tidak berlesen.Kata sumber, SPRM juga sedang mengesan semula aliran wang terbabit yang dilayer menggunakan proksinya termasuk wang rasuah yang diberikan kepada CEO bank terbabit."Lebih ramai saksi orang awam dan beberapa individu lain akan dipanggil SPRM bagi membantu siasatan," katanya.Sinar Harian pada Khamis melaporkan suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan reman empat hari sehingga 6 Julai untuk siasatan kes pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM75 juta.Suspek dipercayai telah melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2012 bagi kelulusan pembiayaan pinjaman berjumlah RM400 juta untuk sebuah projek pembangunan rangkaian fiber.Pada 30 Jun 2025, Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM telah mengeledah empat lokasi berbeza termasuk kediaman dan pejabat suspek di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sebelum membekukan 12 akaun bank termasuk akaun persendirian dan syarikat bernilai kira-kira RM400,000.Kes disiasat di bawah kesalahan-kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 |
Kerani, jururawat, peniaga masuk perangkap scammer, kerugian lebih RM900,000 - Sinarharian - 4/07 2:49 pm KUANTAN Tiga individu iaitu seorang kerani wanita, jururawat dan peniaga warga emas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian sehingga kerugian keseluruhan mencecah RM942,471.Penipuan dilakukan melibatkan modus operandi berbeza, namun menggunakan platform dalam talian sebagai medium untuk memperdaya mangsa.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kes pertama membabitkan seorang kerani wanita sebuah institusi kewangan berusia 49 tahun.Menurutnya, mangsa melayari laman sosial Facebook pada 12 Jun lalu dan tertarik dengan iklan pelaburan yang diiklankan di aplikasi itu."Mangsa telah berhubung dengan suspek sebelum diberitahu tentang peluang pelaburan secara pembelian barangan jenama terkenal melalui platform yang disediakan."Mangsa berminat lalu menyertai pelaburan itu dan menerima pulangan awal RM835 hasil RM30,563 yang dilaburkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Yahaya berkata, yakin dengan pulangan daripada pelaburan itu, mangsa mula menambah pembelian dengan keuntungan pelaburan mencecah 'RM438,748'."Bagaimanapun mangsa perlu membayar 18 peratus daripada keuntungan pelaburan itu sebagai cukai."Teruja dengan wang besar bakal diterima, mangsa menggunakan wang simpanan RM106,071 untuk bayaran itu melalui 14 transaksi ke lapan akaun bank berbeza sebelum menyedari ditipu," katanya.Dalam kejadian lain, jururawat berusia 39 tahun kerugian RM634,400 ditipu kenalan maya yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp pertengahan Mac lalu.Yahaya berkata, suspek menawarkan mangsa peluang pekerjaan di luar negara sebelum memujuk wanita itu melabur dalam satu skim pelaburan yang menawarkan pulangan sehingga 10 peratus setiap hari."Mangsa berminat menyertainya sebelum suspek memintanya membuat pelaburan melalui satu laman sesawang disyaki palsu."Dalam tempoh 24 Mei hingga 29 Jun lalu, mangsa telah melakukan pemindahan wang secara berperingkat ke dalam 10 akaun bank berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan RM634,400," katanya.Beliau berkata, selain wang simpanan, mangsa juga dipercayai membuat pinjaman bank untuk menyertai pelaburan tersebut."Mangsa menyedari ditipu selepas pautan platform pelaburan tersebut tidak lagi diakses dan tiada sebarang pulangan diterima," katanya.Sementara itu, dalam kes berasingan, peniaga lelaki berusia 67 tahun rugi RM202,000 apabila turut menjadi mangsa iklan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di lFacebook."Mangsa telah memuat turun aplikasi pelaburan melalui Google Play dan mendaftar sebagai peserta."Tertarik dengan tawaran untung lumayan, mangsa telah membuat pembayaran modal pelaburan melalui tujuh transaksi ke dua akaun bank berbeza dalam tempoh 29 Mei hingga 19 Jun lalu dengan jumlah keseluruhan RM202,000," katanya.Jelas beliau, mangsa syak ditipu apabila diminta membayar cukai RM147,833 ketika cuba membuat pengeluaran keuntungan RM100,000 seperti yang tertera dalam aplikasi pelaburan tersebut |
Sindiket edar dadah dalam bilik karaoke tumpas - Sinarharian - 4/07 2:46 pm JOHOR BAHRU - Taktik licik sembilan ahli sindiket termasuk empat warga asing yang mengubah suai bilik di rumah sewa menjadi ruang karaoke bagi mengedar dadah terbongkar dalam serbuan pada 20 dan 21 Jun lalu.Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki tempatan termasuk dalang berusia 52 tahun, seorang wanita tempatan, seorang lelaki warga Singapura, dua wanita Vietnam dan seorang wanita Laos berusia antara 21 hingga 64 tahun."Serbuan pertama dilakukan di sebuah pangsapuri berpagar dan berpengawal, di mana satu unit disewa sindiket berkenaan melibatkan tangkapan seramai tiga suspek bersama sejumlah dadah."Serbuan kedua pula dilakukan di unit lain di aras sama pangsapuri berkenaan dan enam lagi suspek berjaya diberkas bersama dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Jumaat.Tambah Kumar, siasatan mendapati dua unit kediaman itu diubah suai menjadi pusat karaoke, dipercayai digunakan untuk menarik pelanggan sebelum menjual dan mengedar dadah |
Industri kreatif digital jana RM5.3 bilion, 10,000 peluang pekerjaan pada 2023 - Gobind - SUN - 4/07 2:45 pm KUALA LUMPUR: Industri kreatif digital Malaysia mencatatkan prestasi kukuh pada 2023 yang menjana hasil sebanyak RM5.3 bilion, dengan nilai eksport RM800 juta |
Insiden Putra Heights: Kerajaan negeri adakan taklimat khas kepada wakil rakyat Isnin ini - SUN - 4/07 2:36 pm SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan memberi penerangan dan taklimat kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung isu letupan saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada Isnin ini |
Mohd Afiq nafi dakwaan fitnah, ambil tindakan undang-undang - Sinarharian - 4/07 2:34 pm SHAH ALAM Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd Afiq Mohd Tuniman menafikan semua tuduhan tidak berasas disebarkan terhadap dirinya melalui satu hantaran di Facebook oleh individu menggunakan akaun 'Suara Rakyat'.Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau menjelaskan bahawa hantaran tersebut telah mengaitkan dirinya secara langsung dengan pelbagai tuduhan berat termasuk penglibatan dalam kumpulan samseng 'Kucing Merah', insiden pergaduhan di Sungai Mas dan kebakaran di Saujana Putra, dakwaan memiliki perlindungan politik bagi mengelak tindakan undang-undang, serta aktiviti merekrut anak-anak muda ke dalam dunia gangsterisme."Kesemua dakwaan ini adalah tidak benar, bersifat fitnah jahat, serta berniat untuk merosakkan imej dan maruah saya, sama ada secara peribadi mahupun profesional," ujarnya.Afiq turut mendakwa fitnah yang sama pernah ditularkan sebelum ini di beberapa platform lain termasuk saluran Telegram "Edisi Siasat" dan akaun Facebook milik Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard) serta Tun Faisal Ismail Aziz yang turut menyebarkan naratif tidak berasas berkaitan dirinya.Menurutnya, susulan laporan polis yang telah dibuat, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan, dan seorang individu dikenali sebagai Khairul Anwar Zainal yang menggunakan akaun Facebook "Khairul Anwar Fiza" telah ditahan bagi membantu siasatan."Saya menghargai tindakan tegas pihak polis dalam menangani perkara ini dan berharap siasatan akan dijalankan secara menyeluruh terhadap semua pihak yang terlibat," ujarnya lagi.Sehubungan itu, beliau memaklumkan telah mengambil tindakan undang-undang termasuk saman sivil dan laporan jenayah terhadap semua pemilik akaun media sosial terbabit |
Lelaki Warga Emas Didakwa Hina Agong di Facebook - SUN - 4/07 2:29 pm SEPANG: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya pada Februari lepas |
Bilik apartment diubah jadi pusat karaoke sambil edar dadah, nilai rampasan cecah RM1.72 juta - SUN - 4/07 2:24 pm JOHOR BAHRU: Satu sindiket dikesan menjadikan apartment mewah yang disewa di bandar raya ini sebagai pusat memproses dadah serta pusat hiburan rahsia dengan bilik diubah suai menjadi tempat untuk berkaraoke sambil mengedar dadah kepada pelanggan |
Curi mesin penapis air masjid, jual di media sosial - Sinarharian - 4/07 2:15 pm NILAI - [DIKEMAS KINI] Kegiatan sekumpulan lelaki mencuri mesin penapis air di masjid dan kemudian menjualnya di media sosial terbongkar apabila tertangkapnya lima suspek pada Khamis.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima tiga laporan bersabit kes kecurian mesin penapis air di tiga masjid pada 30 Jun lalu."Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 40-an."Kesemua suspek ditahan dalam dua siri tangkapan yang dijalankan di kawasan Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma dan Beranang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan pada jam lebih kurang 12 tengah hari melibatkan dua suspek utama diikuti tangkapan tiga lagi suspek pada jam lebih kurang 12.15 tengah hari.Jelas beliau, hasil tangkapan membawa kepada penemuan dan rampasan barang kes utama iaitu satu unit mesin penapis air yang dicuri pada 30 Jun lepas."Turut dirampas sebuah kenderaan Proton Gen-2, telefon bimbit, pakaian semasa kejadian dan peralatan digunakan untuk mencabut mesin."Hasil siasatan awal mendapati, suspek menyasarkan masjid yang kurang pengunjung untuk mencuri penapis air yang diletakkan di luar ruang solat sebelum menjualnya di media sosial," katanya.Selain itu katanya, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati empat daripada lima suspek positif dadah jenis methamphetamine."Permohonan reman terhadap suspek dibuat pagi tadi bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya. |
Lelaki mengaku salah rogol, lakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita Australia - SUN - 4/07 1:40 pm GEORGE TOWN: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Australia, minggu lepas |
Jururawat rugi lebih RM634,000 ditipu pelaburan tidak wujud - SUN - 4/07 1:36 pm KUANTAN: Seorang jururawat kerugian lebih RM634,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud, Mei lepas |
Golongan muda rohingya semakin kecewa, marah, kata pemimpin sementara Bangladesh - SUN - 4/07 1:20 pm DHAKA: Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus memberi amaran pada Khamis bahawa ribuan golongan muda Rohingya yang membesar di kem pelarian semakin kecewa dan marah susulan kebuntuan berpanjangan mengenai proses penghantaran pulang mereka, lapor Anadolu Ajansi (AA) |
Kes warga asing cedera di parkir,hkl serah rakaman CCTV kepada polis - SUN - 4/07 1:17 pm KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang warga asing ditemukan cedera parah di kawasan parkir bertingkat hospital itu, Ahad lepas |
Militan Bangladesh kutip RM500 setahun biayai kegiatan ekstremis di Syria, Bangladesh - Sinarharian - 4/07 12:14 am KUALA LUMPUR Yuran keahlian sebanyak RM500 setahun antara modus operandi dikesan dalam aktiviti pengganas kumpulan militan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang menyusup masuk secara rahsia ke negara ini dan beroperasi dalam kalangan pekerja asing.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, seramai 36 individu warga Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun ditahan dalam tiga fasa serbuan di Selangor dan Johor selepas kegiatan mereka dikesan melalui alamat internet tempatan yang aktif menyebarkan fahaman keganasan.Menurutnya, kumpulan ini dipercayai telah bergerak aktif sejak setahun lalu dan dikesan menjadikan Malaysia sebagai pusat pengumpulan dana serta tempat merekrut ahli."Kumpulan ini tidak menyasarkan Malaysia sebagai medan serangan, tetapi menjadikan negara ini sebagai tapak pengkaderan."Mereka bergerak secara sulit menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan propaganda, melaksanakan proses baiah (sumpah setia) dan perjumpaan ahli secara rahsia," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini pada Jumaat.Katanya lagi, ahli yang melafazkan baiah secara dalam talian akan dilantik sebagai ketua sel baharu untuk memperluas pengaruh kumpulan."Dana operasi disalurkan melalui pelbagai saluran termasuk Touch n Go, BeCash dan sistem penghantaran wang antarabangsa selain daripada kutipan yuran tahunan RM500 dan sumbangan derma secara sukarela daripada ahli."Dana itu disalurkan kepada kumpulan keganasan di Syria dan Bangladesh, dan dalam soal ini, kita sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Bangladesh serta Interpol bagi mengesan aliran kewangan dan rangkaian mereka di luar negara," katanya.Beliau berkata, dalam operasi fasa pertama pada 28 April, enam individu ditahan di sekitar Selangor, sekali gus mendedahkan struktur awal kumpulan ini yang berpangkalan di Johor."Fasa kedua operasi dijalankan pada 7 Mei di Johor dan kita berjaya menahan 14 lagi suspek termasuk ketua kumpulan GMRB."Fasa ketiga pula dilaksanakan pada 19 hingga 21 Jun lalu dan 16 individu lagi ditahan, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan kepada 36 orang serta menutup rangkaian utama GMRB di negara ini," katanya.Menurutnya, lima daripada mereka telah didakwa di bawah Seksyen 6A Kanun Keseksaan kerana menyertai organisasi pengganas dan menyebarkan fahaman ekstremis."Seramai 16 lagi masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk siasatan dan pendakwaan lanjut."Manakala 15 individu yang terlibat secara minimum akan dihantar pulang ke negara asal," katanya.Tambah beliau, GMRB menyasarkan komuniti warga Bangladesh yang bekerja di sektor buruh seperti kilang, tapak binaan dan stesen minyak sebagai sasaran utama perekrutan dan penanaman ideologi."Fahaman radikal ini mula menular dalam kalangan komuniti pekerja asing tanpa disedari majikan, ia satu ancaman yang tidak boleh dipandang ringan."Tiada rakyat Malaysia dikenal pasti terlibat dalam rangkaian ini setakat ini, namun pemantauan dan siasatan akan diteruskan secara menyeluruh bagi memastikan tiada unsur ancaman menular ke dalam masyarakat tempatan," katanya.Katanya, siasatan awal mendapati kira-kira 100 hingga 150 individu dipercayai telah terlibat dalam kumpulan ini di Malaysia."Keselamatan negara adalah keutamaan tertinggi dan kita tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan keganasan."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menjadikan Malaysia sebagai tempat berlindung, transit atau pangkalan operasi keganasan antarabangsa," katanya.Mohd Khalid turut menyeru orang ramai supaya lebih peka terhadap persekitaran dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan |
Kumpulan militan warga bangladesh kumpul dan salur dana kepada IS di Syria, Bangladesh - KPN - SUN - 4/07 12:12 am KUALA LUMPUR: Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang berjaya ditumpaskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pengumpulan dana dan merekrut ahli bagi menyokong kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Syria dan Bangladesh |
Di mana Nurul Misha Najuwa? - Sinarharian - 4/07 12:04 am KUANTAN Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di sini sejak Rabu.Nurul Misha Najuwa Zulkarnain, pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Kuantan kali terakhir dilihat sekitar jam 2.50 petang pada hari kejadian.Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, kehilangan mangsa disedari ahli keluarganya sebelum laporan dibuat pada Khamis."Mangsa memakai T-shirt putih kuning, seluar trek hitam dan membawa beg galas hitam ketika dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kehilangan dipercayai ada kaitan dengan keengganannya untuk meneruskan persekolahan."Usaha mencari dan mengesan mangsa sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatannya," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian hotline 09-5652089 bagi membantu siasatan |
Pengarah syarikat mengaku tidak salah pecah amanah RM150,000 - Sinarharian - 4/07 11:29 am JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat logistik dan pengangkutan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan pecah amanah tahun lalu.Tertuduh, Sahela Abdul Rahim, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.Mengikut pertuduhan, Sahela didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 10 Jun tahun lalu iaitu secara tidak jujur melupuskan tiga unit kepala lori milik syarikatnya bernilai RM150,000 di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taman Daya.Tindakan tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Peguam bela tertuduh, Khairul Azwad Sariman, memohon agar mahkamah menawarkan jaminan munasabah atas alasan anak guamnya merupakan seorang ibu kepada tiga anak yang masih bersekolah dan berpendapatan RM4,000 sebulan.Menurutnya, siasatan terhadap kes berkenaan telah bermula sejak tahun lalu dan tertuduh memberikan kerjasama termasuk hadir memberi keterangan kepada SPRM setiap bulan."Tertuduh juga memberi jaminan akan hadir pada setiap tarikh perbicaraan yang ditetapkan," katanya.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 19 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir. |
Malaysia bukan sasaran militan asing - Sinarharian - 4/07 11:20 am KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kumpulan militan didalangi warga Bangladesh yang aktif menyebarkan ideologi ekstremisme melalui platform digital berjaya ditumpaskan menerusi siri operasi keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak April lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, seramai 36 individu berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan dalam tiga fasa operasi yang dijalankan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM sekitar Selangor dan Johor.Menurut beliau, operasi tersebut merupakan tindakan strategik PDRM untuk mengekang sebarang bentuk ancaman militan asing, sekali gus mengekalkan kestabilan dan keselamatan negara."Malaysia tidak dijadikan sasaran, namun dijadikan lokasi penyebaran fahaman radikal dan ekstrem dalam kalangan komuniti migran |
Isu Ambalat: Sabah berhak dilibatkan dalam rundingan - Bung Moktar - Sinarharian - 4/07 11:11 am KOTA KINABALU - Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa Sabah berhak untuk dilibatkan dalam apa juga kerangka rundingan bersama yang melibatkan kawasan pertikaian Ambalat.Bung Moktar berkata, walaupun Sabah kini berada di ambang Pilihan Raya Negeri (PRN) namun beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu kedaulatan negeri itu |
Polis buru dua lagi ejen tarik kereta halang laluan di lebuh raya - Sinarharian - 4/07 10:22 am REMBAU - Polis masih memburu dua lagi pemandu kenderaan yang dirakam menghalang laluan kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat Dan Rawat Pedas-Linggi di sini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, bagaimanapun pihaknya masih menjalankan siasatan jumlah sebenar individu yang terlibat."Seorang daripada mereka telah pun ditahan kelmarin di sekitar Seremban dan kita masih memburu suspek yang masih bebas dalam dua lagi kereta yang dirakam dalam kejadian itu."Namun kita sedang menyiasat jumlah suspek sebenar yang terbabit kerana belum pasti sama ada terdapat penumpang lain di dalam kedua-dua kereta itu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Menurutnya, suspek yang sudah ditahan kini direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan.Sehubungan itu katanya, individu yang disyaki terlibat diminta untuk memberikan kerjasama dengan tampil menyerah diri ke balai polis atau terus ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau."Berdasarkan maklumat awal, mereka ini adalah ejen tarik kereta dan tujuan mereka halang laluan dipercayai untuk menarik sebuah kenderaan."Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan."Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Noor Fathiah Ak'Dilah Ishak di talian 010-5825384 atau Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim di talian 019-7992519 atau menghubungi terus Bilik Gerakan IPD Rembau di 06-6851999.Sebelum ini tular video tiga kereta kelihatan sengaja menghalang laluan di lebuh raya berkenaan sehingga menimbulkan kecaman netizen. |
PRN Sabah: Presiden Harapan Rakyat beri bayangan bertanding semula di DUN Merotai - Sinarharian - 4/07 10:00 am KOTA KINABALU - Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah memberi bayangan akan membuat kemunculan semula menerusi partinya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai itu berkata, Harapan Rakyat mengintai sekurang-kurangnya empat kerusi untuk dipertandingkan dalam PRN kali ini."Kami sasar mungkin sekitar tiga atau empat kerusi tetapi itu bergantung kepada rundingan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebab kita dalam gabungan ini hanya mahu menang, kita mahu capai apa yang rakyat harapkan."Setakat ini kita ada kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan manakala Merotai ialah bekas kerusi yang pernah saya sandang sebelum ini, jadi terpulang kepada Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor untuk mempertimbangkannya," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.Katanya lagi, parti itu menyasarkan dua kerusi DUN tersebut berdasarkan sokongan rakyat di kawasan berkenaan yang beliau umpamakan sebagai kubu kuat Harapan Rakyat."Kita kena utamakan 'rumah kita' dahulu (tempat kita ada pengaruh) |
Nurul Azreena giat buat persiapan rapi hadapi dua temasya besar - Sinarharian - 4/07 9:20 am ATLET memanah negara, Nurul Azreena Mohamad Fazil kini sedang menjalani persiapan rapi bagi menghadapi dua temasya utama, Sukan SEA 2025 di Thailand dan Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.Bagi meningkatkan prestasi dan kesiapsiagaan menjelang kedua-dua kejohanan berprestij itu, Nurul Azreena merancang untuk menyertai beberapa kejohanan antarabangsa dalam masa terdekat."Selain kejohanan di luar negara, beberapa sesi latihan intensif juga telah dirancang |
Enggan fikir Ballard, Manshahar fokus persiapan Sukan SEA - Sinarharian - 4/07 8:10 am KETIADAAN Pengarah Teknikal Olahraga Malaysia (MA), Robert Ballard tidak menjejaskan ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil yang mahu fokus mempersiapkan atlet ke Sukan SEA Thailand Disember ini.Manshahar yang sudah memulakan tugasnya secara tidak rasmi berkata, segala perancangan kem olahraga negara tetap berjalan seperti biasa menuju 158 hari ke Sukan SEA Thailand."Ketiadaan (Ballard) tidak memberi kesan |
'Beban Hasnah sangat besar' - Sinarharian - 4/07 8:00 am PUTRAJAYA - Pelantikan Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim sebagai pemangku Ketua Hakim Negara mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengamal undang-undang yang melihat langkah itu bakal berisiko membebankan institusi kehakiman.Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, meskipun pelantikan sementara itu sah dari segi undang-undang berdasarkan peruntukan Seksyen 9(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, namun beliau mempersoalkan rasional memberikan dua tugas utama kepada satu individu."Hasnah masih memegang jawatan Hakim Besar Malaya |
MARA kenal pasti bekas tentera, polis sebagai warden MRSM - Mgazette - 4/07 7:34 am # MARA kenal pasti bekas tentera, polis sebagai warden MRSM JOHOR BAHRU - Bekas pegawai tentera dan polis disenarai pendek sebagai calon warden sepenuh masa untuk ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terpilih nanti |
Lelaki bergaduh tendang lampu kereta hingga pecah ditahan - Mgazette - 4/07 7:34 am # Lelaki bergaduh tendang lampu kereta hingga pecah ditahan JOHOR BAHRU Tindakan seorang lelaki menendang lampu kereta sehingga pecah selepas berselisih faham akibat pergeseran kereta di sebuah medan selera di sini membawa padah |
Mahasiswa antara isi rumah tidak terkesan dengan kenaikan tarif elektrik - Mgazette - 4/07 7:34 am # Mahasiswa antara isi rumah tidak terkesan dengan kenaikan tarif elektrik KUALA LUMPUR - Sebahagian besar mahasiswa termasuk dalam kategori pengguna domestik iaitu lebih 23 juta isi rumah di seluruh negara dan tidak terkesan dengan sebarang kenaikan tarif elektrik |
Payung Besar Melayu bukan retorik perkauman ??? Hilman - Mgazette - 4/07 7:34 am # Payung Besar Melayu bukan retorik perkauman Hilman KUALA LUMPUR Ketua Armada Bersatu Malaysia, Muhammad Hilman Idham menyifatkan gagasan Payung Besar Melayu bukan satu bentuk diskriminasi atau retorik perkauman seperti didakwa dituduh segelintir pihak |
Pegawai, anggota SPRM obes tidak layak dipertimbang naik pangkat mulai .. - Mgazette - 4/07 7:34 am # Pegawai, anggota SPRM obes tidak layak dipertimbang naik pangkat mulai Januari 2026 - Azam KOTA BHARU - Bermula Januari 2026, pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang obes atau gagal memenuhi Indeks Jisim Badan (BMI) yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, kata Ketua Pesuruhjaya agensi itu Tan Sri Azam Baki |
Keputusan Mahkamah Persekutuan buka jalan rakyat terus bersuara - Mgazette - 4/07 7:34 am Kelmarin Mahkamah Persekutuan memutuskan peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA), yang mengenakan denda terhadap penganjur yang gagal memberikan notis lima hari sebelum mengadakan perhimpunan kepada polis, adalah tidak berperlembagaan. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel itu berkata, Seksyen 9(5) PAA adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia tidak konsisten dengan Perkara 10(2)(b) dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan (kesamarataan di sisi undang-undang) |
Gagal lunas pinjaman persahabatan RM5 juta, mahkamah isytihar Jovian .. - Mgazette - 4/07 7:34 am # Gagal lunas pinjaman persahabatan RM5 juta, mahkamah isytihar Jovian bankrap KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie bankrap selepas gagal melunaskan pinjaman persahabatan berjumlah RM5.28 juta termasuk faedah kepada syarikat pembinaan kejuruteraan Cekap Air Sdn Bhd |
Hishammuddin, UMNO perlu beralah, buang ego masing-masing - Mgazette - 4/07 7:34 am # Hishammuddin, UMNO perlu beralah, buang ego masing-masing JOHOR BAHRU Sudah sampai masanya UMNO membuka buku baharu dan berlapang dada menerima semula bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein |
Tak janggal Hakim Besar Malaya pangku Ketua Hakim Negara, Presiden .. - Mgazette - 4/07 7:34 am # Tak janggal Hakim Besar Malaya pangku Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan - Syahredzan KUALA LUMPUR Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan menyarankan Ketua Whip Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan membaca Akta Mahkamah Kehakiman 1964 khususnya Seksyen 9 berkenaan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan |
Apa dosa poster tu, Armada jangan rendahkan martabat zakat dengan .. - Mgazette - 4/07 7:34 am # Apa dosa poster tu, Armada jangan rendahkan martabat zakat dengan polemik murahan JOHOR BAHRU - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Parit Sulong dibidas kerana mempertikai poster rasmi program Bantuan Zakat Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang disifatkan sebagai merendahkan martabat zakat dengan polemik murahan |
Aset RM170 juta, jongkong emas: SPRM tunggu lampu hijau TPR untuk tindakan .. - Mgazette - 4/07 7:34 am # Aset RM170 juta, jongkong emas: SPRM tunggu lampu hijau TPR untuk tindakan lanjut PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini bersiap sedia memfailkan permohonan pelucuthakan ke atas pelbagai aset mewah yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob |
Rayuan tarik balik penggantungan Hishammuddin dibuat melalui usul bahagian - Mgazette - 4/07 7:34 am # Rayuan tarik balik penggantungan Hishammuddin dibuat melalui usul bahagian KLUANG Rayuan menarik balik penggantungan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bukan dilakukan menerusi surat rayuan sebaliknya menerusi usul yang dibawa UMNO Bahagian Sembrong dalam mesyuarat UMNO bahagian itu pada 21 Jun lalu |
Mesyuarat PH Sabah beri tumpuan khusus PRN - Mgazette - 4/07 7:34 am KOTA KINABALU - Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Sabah yang berlangsung di sini hari ini menumpukan kepada persiapan menyeluruh menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi |
Beri kebebasan JAC buat keputusan lantikan, lanjutan khidmat hakim ??? .. - Mgazette - 4/07 7:34 am Tegas beliau, selagi tiada pemisahan yang jelas antara pentadbiran dan badan kehakiman, rakyat tidak boleh disalahkan sekiranya terus mempersoalkan berkenaan kebebasan kehakiman. Apatah lagi, ujarnya, dalam situasi ketika ini yang mana tiada pelan peralihan jawatan Ketua Hakim Negara yang jelas dan tepat pada masanya, sekali gus mendedahkan kelemahan sistemik sedia ada |
Mara terus perkasa usahawan bumiputera mikro - Sinarharian - 4/07 12:00 am JOHOR BAHRU - Sebanyak 39 peratus daripada 1.5 juta perniagaan yang didaftarkan di negara ini merupakan usahawan bumiputera dengan majoritinya melibatkan perusahaan mikro yang berpendapatan tidak melebihi RM300,000 setahun.Ketua Pengarah Mara, Datuk Zulfikri Osman berkata, data itu berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekali gus memperlihatkan peranan penting agensi kerajaan termasuk Mara dalam membantu memperkukuh ekonomi bumiputera."Mara mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan ekosistem lengkap daripada latihan modal insan, pembangunan perniagaan dan jenama, hinggalah penyediaan premis pada kadar subsidi."Oleh itu, Mara akan sentiasa membantu untuk cuba meningkatkan usahawan mikro ini sekurang-kurangnya menjadi usahawan kecil dan sederhana," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Entrepreneurial Chill and Chat bersama Ketua Pengarah Mara yang dihadiri lebih 300 usahawan pelbagai bidang di sebuah hotel di sini pada Khamis.Zulfikri memberitahu, dalam sesi berkenaan beliau berkongsi mengenai agenda Mara dalam membangunkan bumiputera melalui pendekatan 3P iaitu penyertaan, pemilikan dan penguasaan."Sebenarnya, bukan sahaja dalam bidang keusahawanan kita memperkasakan bumiputera, tetapi melalui agenda 3P iaitu penyertaan, pemilikan dan penguasaan."Dalam sesi ini juga saya memberi peluang kepada usahawan untuk bertanya apa sahaja sama ada informasi, permasalahan ataupun cadangan kepada Mara."Alhamdulillah saya mendapat respons yang begitu baik sekali daripada usahawan-usahawan dan terima kasih kepada mereka semua," katanya.Beliau berkata, majoriti usahawan yang hadir pada program itu membangkitkan isu berkaitan dana."Usahawan turut membangkitkan masalah berkaitan dengan ketidakcukupan dana yang disediakan bukan sahaja oleh Mara tapi oleh agensi kerajaan secara umumnya untuk membantu usahawan."Bagaimanapun saya kira daripada maklum balas itu, kita berjaya memberi kefahaman kepada mereka tentang kehadiran Mara dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain."Kita ada lebih kurang 17 kementerian yang membantu usahawan-usahawan di negara ini."Mara cuba sedaya upaya untuk membantu dan dalam masa yang sama sudah tentulah kita di pihak kerajaan juga bukan sahaja memberi bantuan dalam bentuk pinjaman modal, tetapi kita juga memberi latihan, geran pensijilan, geran untuk peningkatan teknologi dalam perniagaan dan sebagainya," katanya.Dalam pada itu, beliau memaklumkan Mara kini mempunyai hampir 60,000 usahawan di bawah bimbingannya, yang dibantu melalui ekosistem pembangunan keusahawanan paling lengkap termasuk latihan, pembangunan perniagaan, jenama dan khidmat nasihat."Pada tahun ini, secara keseluruhannya Mara menyediakan lebih kurang RM500 juta."Peruntukan itu merangkumi latihan, untuk pinjaman, untuk penyelenggaraan premis perniagaan."Kita ada 7,300 premis perniagaan di seluruh negara dan bagi Johor kita peruntukkan sebanyak 32 juta," katanya. |
Kanak-kanak lelaki cedera digigit anjing - Sinarharian - 3/07 11:43 pm KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun cedera di betis kiri selepas digigit seekor anjing, ketika berjalan pulang ke rumah selepas bermain di taman permainan di Lake Edge Puchong di sini bersama neneknya pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Muhamad Farid Ahmad berkata, dalam kejadian 8.10 pagi itu, mangsa yang sedang berjalan bersama neneknya secara tiba-tiba diserang seekor anjing jenis kacukan German Shepard, yang dipercayai terlepas dari rumah pemiliknya.Berikutan kejadian itu, Muhamad Farid berkata, pihaknya telah menahan seorang wanita berusia 60 tahun yang merupakan pemilik anjing berkenaan hari ini bagi membantu siasatan."Siasatan awal mendapati wanita tersebut tidak memiliki lesen anjing yang sah daripada pihak berkuasa tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan, atas kesalahan kecuaian berkaitan haiwan."Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.Muhamad Farid menasihati semua pemilik haiwan peliharaan supaya memastikan haiwan mereka dijaga rapi agar tidak mengancam keselamatan awam |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |