///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Keseksaan News   Page 1    



Tekanan pada leher punca kematian pegawai AKPS Tekanan pada leher punca .. - Mygazette - 18/10 8:22 am

Alzafny sebelum ini berkata polis menerima laporan mengenai kejadian pada9.30 malam selepas suami mangsa berusia dalam lingkungan 30-an menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan kematian itu. Lelaki itu kini direman hingga 22 Okt ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Dakwaan bom di AEON BiG Klang tidak benar - Mygazette - 18/10 8:22 am

Pemeriksaan yang dijalankan selama hampir tiga jam mendapati tiada sebarang bahan letupan atau peranti mencurigakan seperti yang dinyatakan dalam e-mel berkenaan, katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah melalui komunikasi tanpa nama





Anggota polis parah dilibas parang ketika operasi dadah - Sinarharian - 18/10 12:22 am

KOTA BHARU - Seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan parah selepas dilibas dengan parang oleh seorang lelaki ketika operasi membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, pada Sabtu.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian berlaku pada jam 1.35 tengah hari ketika sepasukan anggota JSJN IPK Kelantan bersama anggota Balai Polis Bukit Bunga dan Balai Polis Lalang Pepuyu menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan.Beliau berkata, suspek berusia kira-kira 30 tahun melarikan diri sebaik sahaja serbuan dilakukan sebelum dikejar anggota polis."Ketika cuba menangkapnya, suspek bertindak agresif dengan melibas parang ke arah anggota polis sehingga menyebabkan seorang anggota cedera parah dan mengalami keretakan pada tangan kiri," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Mohd Yusoff berkata, suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan, manakala polis merampas sebilah parang berukuran kira-kira 35 sentimeter, pil yaba seberat kira-kira 0.1 gram serta sebotol cecair disyaki air ketum."Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod kesalahan berkaitan dadah. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.Operasi berkenaan dilaksanakan JSJN Kelantan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di empat daerah, iaitu Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli, menerusi Ops Tapis Bersepadu Sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di sempadan Malaysia-Thailand





Mayat bayi tanpa kepala: Polis tahan seorang wanita - Sinarharian - 17/10 9:44 pm

KUALA BERANG - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayitanpa kepala di dalam longkang di kawasan perumahan Padang Setengge dekat sini petang semalam.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, suspek, yang berumur 23 tahun, ditahan pada jam 3.30 petang di rumahnya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, penahanan itu telah mendedahkan kelahiran dan penglibatan suspek dalam kes berkenaan sekali gus membolehkan penyelesaian kes dalam tempoh 24 jam."Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah pagi tadi mendapati mayat bayi adalah cukup bulan dan mati lebih daripada 24 jam dari masa diperiksa, iaitu jam 9 pagi."Bagaimanapun, bayi tersebut tidak dapat dipastikan sama ada lahir hidup atau mati, begitu juga sebab kematian..





Gambar pelajar disunting guna AI jadi bahan lucah - Sinarharian - 17/10 7:43 pm

SEREMBAN - Polis menerima lima laporan berhubung penyebaran gambar wajah pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menyerupai gambar lucah.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa yang berusia 14 hingga 17 tahun itu daripada ibu bapa dan penjaga pada 20 hingga 23 Ogos lepas."Dalam kes ini, suspek seorang pelajar tingkatan lima dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah iaitu digantung sekolahbermula pada 24 hingga 28 Ogos lepas."Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan





Kawalan di sempadan Kelantan dilaksanakan 24 jam - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 17/10 4:52 pm

MACHANG - Polis melaksanakan kawalan 24 jam di semua sempadan Kelantan bagi membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata, arahan itu diberikan kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat bagi memastikan kawalan fizikal dilaksanakan secara berterusan."Antara langkah yang diambil ialah memusnahkan jeti haram serta menguatkuasakan undang-undang terhadap individu yang merentas sempadan tanpa dokumen sah," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2026 di sini, pada Sabtu.Bagaimanapun, langkah penguatkuasaan itu tidak semestinya dapat menghapuskan sepenuhnya kegiatan jenayah rentas sempadan kerana ia membabitkan rangkaian jenayah terancang yang telah bertapak sejak sekian lama.Justeru, Saifuddin Nasution berkata, usaha membanteras kegiatan berkenaan memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak boleh bergantung kepada KDN serta polis semata-mata.Sementara itu, diminta mengulas mengenai kes melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, beliau berkata, polis sedang melengkapkan beberapa aspek dalam kertas siasatan berhubung insiden itu selepas Jabatan Peguam Negara meminta penambahbaikan sebelum keputusan lanjut dibuat.Saifuddin Nasution berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada AGC dalam tempoh seminggu selepas insiden berkenaan.Beliau berkata, AGC kemudian meminta polis melengkapkan beberapa aspek siasatan bagi memastikan maklumat dan keterangan yang dikumpulkan mencukupi untuk pertimbangan lanjut.Kertas siasatan berkenaan merangkumi kenyataan saksi dan maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses siasatan.Beliau berkata, AGC boleh mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk dilengkapkan sekiranya terdapat maklumat tambahan yang diperlukan sebelum keputusan dibuat.Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilapor berkata, siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain.Mohd Khalid berkata, setakat ini sebanyak 25 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku pada 28 Sept lepas.Sebelum ini, media melaporkan Mohd Shuhaily menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan susulan video tular yang memaparkan dirinya memarahi seorang individu di KLIA Terminal 1.Mohd Shuhaily berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri dan beliau bersedia menerima sebarang keputusan berhubung isu itu





Tekanan pada leher punca kematian pegawai AKPS - Polis - Sinarharian - 17/10 4:24 pm

SEREMBAN - Tekanan pada bahagian leher didapati sebagai punca kematian pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Khamis lepas.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, keputusan awal itu hasil bedah siasat selama hampir lima jam bermula jam 9.40 pagi Sabtu di Hospital Tuanku Jaafar di sini."Pemeriksaan turut menemukan tiga kesan tikaman menggunakan senjata tajam iaitu dua di perut dan satu di pipi kanan," katanya dalam kenyataan.ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suamiPolis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suamiPegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsaPerselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - PolisPegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampasPegawai AKPS maut: Suspek sempat telefon abang ipar beritahu isterinya sudah tiadaPegawai AKPS dibunuh: Dua anak mangsa minta buat panggilan video, mahu bercakap dengan ibu mereka - KakakWanita berusia 30-an itu ditemukan maut selepas disyaki ditikam suaminya di kuarters berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.Alzafny sebelum ini berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada jam 9.30 malam selepas suami mangsa berusia dalam lingkungan 30-an menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan kematian itu.Lelaki itu kini direman hingga 22 Oktober ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang - Mygazette - 17/10 7:55 am

Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat, katanya dalam kenyataan hari ini. Sharudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan





Pakar patologi sahkan punca kematian akibat ‘blunt trauma’ ??? .. - Mygazette - 17/10 7:55 am

# Pakar patologi sahkan punca kematian akibat 'blunt trauma' Latheefa Koya PETALING JAYA Lawyer for Liberty (LFL) mengulangi desakannya agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes kematian Noorizwan Zulkefly di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh





Dua remaja mengaku bersalah rogol gadis OKU 14 tahun - Mygazette - 17/10 7:55 am

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol mangsa di sebuah pondok di Kuala Pahang antara 9 malam hingga 10 malam pada 6 Oktober lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan





Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang belakang rumah - Sinarharian - 16/10 10:07 pm

HULU TERENGGANU Penemuan mayat bayi dalam keadaan mencurigakan di dalam longkang di Kawasan Perumahan Padang Setengge di sini pada Jumaat menggemparkan penduduk setempat.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu menerima panggilan daripada seorang lelaki jam 6.52 petang yang memaklumkan mengenai penemuan tersebut.Menurutnya, mayat bayi berkenaan dijumpai oleh seorang wanita ketika sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya."Siasatan mendapati pengadu sedang membasuh pakaian telah menjumpai bayi di dalam longkang di belakang rumah sebelum memaklumkan perkara itu kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Perumahan Padang Setengge."Bayi berkenaan ketika dijumpai hanya terdapat satu bahagian tangan dan dua belah bahagian kaki, manakala jantina serta warganegara mangsa masih belum dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.Mengulas lanjut, Sharudin berkata, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.Beliau menambah, pihak polis telah memohon bantuan Unit Forensik D10 dan K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi menjalankan siasatan serta mengumpulkan keterangan di tempat kejadian."Selain itu, pihak Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah telah dimaklumkan untuk proses bedah siasat ke atas mayat bayi tersebut."Motif kejadian masih dalam siasatan





Kronologi Pegawai Kastam Maut Dipercayai Ditik*m Suami, Rupanya Dalam Proses Cerai & Anak Belum Tahu Ibu Sudah Tiada - Siraplimau - 16/10 5:57 pm

Kes kematian seorang pegawai kastam, Norhazwani Ibrahim, 35, di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Nilai, pada Khamis 15 Oktober telah mengejutkan keluarga mangsa selepas dia dipercayai dibunuh suaminya sendiri. Susulan kejadian itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala ahli keluarga mendedahkan Allahyarham telah memfailkan permohonan perceraian pada September lalu





Langgar koperal polis hingga patah tangan, mekanik dipenjara lima tahun - Sinarharian - 16/10 5:23 pm

PETALING JAYA - Seorang mekanik dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dengan melanggarnya dalam kejadian berhampiran Damansara Damai, minggu lepas.Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas Tan Teek Lai, 33, mengaku bersalah danmemerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap 10 Oktober.Tertuduh yang memandu kereta Proton Wira didakwa cuba membunuh Koperal Muhamad Firdaus Maulud dengan melanggar mangsa sehingga menyebabkannya patah tangan kiri di Jalan Sungai Buloh-Kepong, Damansara di sini pada 6.21 petang9 Oktober lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang melakukan rondaan mengesan kereta dipandu Teek Lai dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkannya berhenti, namun dia enggan bekerjasama dan melarikan diri sehingga merempuh beberapa kenderaan orang awam.Muhamad Firdaus cuba menarik keluar Teek Lai yang dilihat memegang sepucuk pistol dari kenderaan, namun tindakan lelaki itumemecut semula kereta secara mengejut menyebabkan tangan kiri mangsa patah.Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memohon hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya menjadi pengajaran kepada Teek Lai dan orang awam untuk tidak melakukan kesalahan sama."Kejadian ini bukan sahaja melibatkan anggota polis malah orang awam yang mengalami kerosakan kenderaan





Guru tuisyen direman sehingga 21 Oktober bantu siasat kes amang seksual 5 pelajar - Sinarharian - 16/10 4:54 pm

KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen ditahan reman sehingga 21 Oktober bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap lima pelajar lelaki di ibu negara, baru-baru ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua mangsa berusia dalam lingkungan umur belasan tahun."Suspek berusia lewat 40-an yang juga penjawat awam telah ditahan reman sehingga 21 Oktober bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata, perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan di rumah suspek yang turut dijadikan sebagai pusat tuisyen.Polis menerima lima laporan berasingan berhubung kejadian itu yang dibuat di Balai Polis Bukit Jalil.Laporan polis yang pertama dibuat pada 6 Oktober lalu, diikuti laporan kedua pada 10 Oktober, manakala tiga lagi laporan diterima pada 11 OktoberFadil berkata, pihak polis melakukan siasatan terperinci dan merekodkan keterangan daripada pelbagai pihak bagi melengkapkan kertas siasatan.Siasatan lanjut sudah dijalankan dan polis sudah mendapatkan keterangan daripada ahli keluarga dan mangsa.Semua pihak iaitu ahli keluarga mangsa, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam siasatan kes ini.Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)," katanya.





Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi - Sinarharian - 16/10 3:31 pm

"Transaksi pemindahan wang berjumlah RM11 juta ini termasuk dalam kategori pembayaran yang memerlukan pengesahan iaitu kelulusan daripada individu yang diberi kuasa (authorised person) bagi akaun Public Bank atas penama Fashion Valet Sdn Bhd namun saya tidak pasti siapakah authorised person bagi perbankan dalam talian."Setahu saya, pelantikan authorised person, berdasarkan Resolusi Pengarah dengan kebiasaannya authorised signatory merupakan individu yang sama dengan authorised person bagi perbankan dalam talian," kata Lay Hong.Selain itu, Lay Hong yang mula berkhidmat dengan Public Bank pada 1993 berkata, semakan terhadap penyata bank Fadzarudin Shah mendapati, terdapat satu transaksi kemasukkan wang berjumlah RM5 juta pada 4 September 2018 ke dalam akaun bank Fadzarudin Shah daripada syarikat 30 Maple Sdn Bhd, dengan rujukan "Interim Dividend"."Saya juga telah membuat semakan ke atas penyata bank bagi akaun penama Vivy Sofinas Yusof dan hasil semakan mendapati terdapat satu transaksi kemasukan wang daripada syarikat 30 Maple Sdn Bhd pada tarikh 3 September 2018 berjumlah RM5 juta dengan rujukan CIMB Rentas ke dalam akaun bank ini," kata saksi itu.Lay Hong berkata, wang berjumlah RM5.5 juta telah dikeluarkan daripada setiap akaun peribadi pasangan itu di kaunter Public Bank, pada 5 September 2018.Semasa disoal balas peguam Datuk M. Athimulan, saksi itu bersetuju bahawa segala maklumat dalam pernyataan saksinya, berdasarkan dokumen termasuk penyata bank.Selain itu, Lay Hong bersetuju bahawa wang RM11 juta yang dikeluarkan daripada akaun bank Fashion Valet, bukan bermakna wang tersebut dipindahkan ke akaun peribadi tunggal dan "bulk payment" adalah untuk bayaran gaji, sewa kedai dan sebagainya.Vivy, 38, dan Fadzarudin, 37, didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet kepada syarikat 30 Maple tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan niat bersama secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik Fashion Valet iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta di lokasi dan tarikh sama.Pasangan suami isteri itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung 3 November ini





Dua pelajar mengaku kekasih ditahan curi motosikal - Sinarharian - 16/10 3:25 pm

SUNGAI SIPUT - Dua pelajar masing-masing berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis selepas disyaki mencuri sebuah motosikal di hadapan sebuah stesen minyak di Salak Bharu di sini, Rabu lalu.Kedua-dua suspek dipercayai pasangan kekasih itu ditahan dalam serbuan di dua rumah di Kuala Kangsar kira-kira jam 12.05 malam pada Khamis.Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8.05 malam ketika pemilik motosikal berusia 42 tahun berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).Menurutnya, mangsa menyedari motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru gelap yang diletakkan di hadapan stesen minyak itu hilang selepas selesai urusannya."Mangsa kemudian mencari motosikal berkenaan di sekitar kawasan itu, namun gagal menemuinya sebelum mengesyaki kenderaan itu dicuri."Siasatan mendapati mangsa meninggalkan motosikal itu dalam keadaan tidak berkunci ketika pergi ke mesin ATM," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Beliau berkata, serbuan di dua rumah terbabit berjaya merampas motosikal Honda EX5 milik mangsa bersama beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC135, dua topi keledar, pakaian serta segugus kunci motosikal dalam serbuan berkenaan bagi membantu siasatan."Hasil soal siasat mendapati suspek lelaki mengaku membawa teman wanitanya ke stesen minyak berkenaan sebelum perempuan itu turun dan mengambil motosikal milik mangsa."Kedua-dua suspek kemudian dipercayai pulang ke Kuala Kangsar dengan membawa motosikal terbabit," katanya.Charan berkata, ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua remaja berkenaan didapati negatif."Kedua-dua suspek direman selama tiga hari bagi siasatan kes di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.Kejadian itu tular selepas satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan adegan curi motosikal membabitkan dua individu, dikongsi di media sosial.





Perselisihan faham punca pegawai AKPS ditikam suami - Mygazette - 16/10 2:43 pm

Beliau berkatapasukan perubatanKlinik Kesihatan Nilaimengesahkan kematian mangsa. Alzafny berkatasuami mangsa berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktbagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Pecah rumah di Cyberjaya, polis tahan 14 individu bantu siasatan - Mygazette - 16/10 2:43 pm

Suspek dipercayai memakai pakaian yang menutupi sebahagian muka serta bertopi ketika kejadian berlaku, katanya menerusi kenyataan. Norhizam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan





Guru tuisyen ditahan, lima lelaki dikatakan mangsa amang seksual - Mygazette - 16/10 2:43 pm

"Suspek telah ditangkap dan kini berada dalam tahanan reman bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan. Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)





Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami - Mygazette - 16/10 2:43 pm

Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut. Alzafny berkata kes disiasat mengikutSeksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya.





Simbah cat, suami isteri jadi orang suruhan ahlong didenda RM3,000 - Mygazette - 16/10 2:43 pm

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama dengan niat hendak menyebabkan kebinasaan kepada harta iaitu rumah mangsa dengan cara menyimbah cat berwarna merah di Jalan Mida 2/1, Taman Mida 2 di sini pukul 11.21 pagi, 12 Oktober lalu. Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan





Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas - Sinarharian - 16/10 2:29 pm

SEREMBAN Seorang lelaki hadir menyerah diri di balai polis selepas dipercayai menikam isterinya sehingga maut di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Jumaat.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam.Menurutnya, seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya."Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri."Pemeriksaan awal Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman dan sebilah pisau serta beberapa barang kes lain dirampas bagi membantu siasatan."Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Beliau berkata, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan kematian mangsa.Alzafny berkata, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga.Menurutnya, suami mangsa yang berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.





Dua remaja 16 tahun mengaku bersalah rogol gadis OKU - Sinarharian - 16/10 1:49 pm

PEKAN Dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Pekan pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) lembam di sebuah pondok pada 6 Oktober lalu.Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 16 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.Bagaimanapun, mahkamah tidak menjatuhkan sebarang hukuman terhadap mereka pada prosiding berkenaan.Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa berusia 14 tahun 8 bulan di sebuah pondok di sini kira-kira jam 9 malam hingga 10 malam, pada 6 Oktober lalu.Kedua- dua remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Sarah Aqilah Lokman manakala dua remaja berkenaan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Noor Shuhada Arifin.Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 oleh ahli keluarga masing-masing.Bagaimanapun, hanya seorang daripada tertuduh yang dijamin oleh keluarganya manakala seorang lagi dihantar ke penjara selepas gagal menjelaskan bayaran jaminan berkenaan.Kes disebut 30 November depan untuk sebutan semula kes bagi mendengar laporan akhlak.





Pengurus, pembantu pengurus rangkaian restoran didakwa pecah amanah lebih RM58,000 - Sinarharian - 16/10 1:17 pm

KUANTAN Seorang pengurus dan pembantu pengurus sebuah rangkaian restoran makanan di Pekan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas sembilan pertuduhan pecah amanah membabitkan wang jualan syarikat berjumlah RM58,400.30.Tertuduh, Siti Norsuzuanie Ali, 29, dan Muhammad Zulhilmi Ahyauddin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh yang bertugas di restoran di cawangan Pekan didakwa secara bersama melakukan pecah amanah dengan memanipulasi transaksi bayaran balik dalam sistem Point of Sale (POS) membabitkan 1,199 resit tanpa kebenaran syarikat.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu menerusi sembilan pertuduhan membabitkan transaksi dari Januari hingga September lalu dengan jumlah kerugian keseluruhan RM58,400.30.Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 9 pagi hingga 10 malam di premis berkenaan.Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azizah Ahmad menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan, termasuk melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, peguam Datuk Zahaman Zainal Abidin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan paling minimum dengan alasan ia bertujuan memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah, bukannya sebagai hukuman."Anak guam saya, Siti Norsuzuanie berpendapatan antara RM1,900 hingga RM2,200 sebulan dan perlu menanggung seorang anak perempuan berusia sembilan tahun serta ibunya yang uzur."Manakala Muhammad Zulhilmi memperoleh pendapatan antara RM1,700 hingga RM2,200 sebulan dan menanggung ibu warga emas serta seorang adik yang masih belajar," rayuannya dalam prosiding tersebut.Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap tertuduh bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.Kes disebut semula pada 23 November depan.





14 individu ditahan bantu siasatan kes pecah rumah di Cyberjaya - Sinarharian - 16/10 12:55 am

CYBERJAYA Seramai 14 individu ditahan bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Taman Sejati di sini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan."Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh, suspek dipercayai seorang lelaki yang identiti serta kewarganegaraannya masih belum dikenal pasti."Suspek dipercayai memakai pakaian yang menutupi sebahagian muka serta bertopi ketika kejadian berlaku," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Norhizam berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan 14 individu yang ditahan dalam kes berkenaan."Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Fizal, menerusi talian 012-3456333 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.





Perselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - Polis - Sinarharian - 16/10 12:38 am

SEREMBAN - Punca seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi ialah akibat perselisihan rumah tangga.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam, selepas seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya.Beliau berkata, pemeriksaan awal Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman dan sebilah pisau serta beberapa barang kes lain dirampas bagi membantu siasatan."Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri."Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan kematian mangsa.Alzafny berkata, suami mangsa berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.- Bernama





Representasi ditolak, bicara kes Arun Dorasamy bermula Februari depan - Sinarharian - 16/10 12:00 am

NIBONG TEBAL - Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan aktivis Arun Dorasamy atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy berhubung pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam menerusi media sosial, tahun lepas.Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin memaklumkan perkara itu kepada Majistret Balqis Roslin pada prosiding di Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini.Susulan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 1 Februari 2027 dengan pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil tujuh saksi untuk memberikan keterangan.Arumugam diwakili peguam T. Gunaseelan.Pada 17 Mac, Arumugam, 56, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat hantaran di akaun Instagram miliknya yang dilihat dan didengar seorang individu yang boleh mendorong mana-mana orang melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat beli-belah di Batu Kawan dalam daerah Seberang Perai Selatan pada 3.45 petang 12 Mac 2025.Hantaran itu didakwa mengajak Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia mengadakan protes jalanan sekiranya tiada tindakan diambil terhadap pendakwah bebas Zamri Vinoth berhubung isu video kontroversi membabitkan tiga penyampai radio tempatan yang didakwa mempersendakan satu perayaan agama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.- Bernama





Tegur buat bising, warga emas dipukul guna tin gam - Sinarharian - 16/10 8:35 am

SEGAMAT Seorang warga emas lelaki cedera di dahi selepas dipercayai dipukul menggunakan tin gam oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Mohd Yusof, Kampung Abdullah, dekat sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang berusia 70 tahun menegur suspek yang membuat bising dan mengamuk di hadapan premis berkenaan."Suspek kemudiannya bertindak memukul kepala mangsa menggunakan satu tin gam."Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, manakala mangsa mengalami kecederaan luka pada bahagian dahi dan mendapatkan rawatan di Hospital Segamat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.Polis turut merampas satu tin gam, sehelai baju dan sehelai seluar jeans bagi membantu siasatan."Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 33 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan narkotik, manakala ujian saringan awal air kencing menunjukkan keputusan negatif dadah."Hasil soal siasat lanjut mendapati suspek mengaku terbabit dalam kejadian berkenaan," katanya.Mohd Jumazanzahir berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek selepas ditegur mangsa, selain suspek dipercayai berada dalam keadaan khayal ketika kejadian.Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Segamat pada Jumaat bagi membantu siasatan lanjut.Dalam perkembangan berkaitan, polis turut mengesan satu hantaran di Facebook yang memaparkan kejadian pergaduhan di Jalan Ros, Segamat, pada Khamis.Bagaimanapun, beliau berkata, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian pergaduhan yang tular itu.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian hotline IPD Segamat di 07-932 4222 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.





Guru tuisyen ditahan disyaki amang seksual lima pelajar lelaki - Sinarharian - 16/10 7:13 am

KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap lima pelajar lelaki di ibu negara, baru-baru ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan di rumah suspek yang turut dijadikan sebagai pusat tuisyen."Kita menerima lima laporan berasingan berhubung kejadian itu yang dibuat di Balai Polis Bukit Jalil."Laporan polis yang pertama dibuat pada 6 Oktober lalu, diikuti laporan kedua pada 10 Oktober, manakala tiga lagi laporan diterima pada 11 Oktober," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Fadil berkata, pihak polis melakukan siasatan terperinci dan merekodkan keterangan daripada pelbagai pihak bagi melengkapkan kertas siasatan."Siasatan lanjut sudah dijalankan dan polis sudah mendapatkan keterangan daripada ahli keluarga dan mangsa."Semua pihak iaitu ahli keluarga mangsa, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam siasatan kes ini," katanya.Mengulas lanjut, Fadil berkata, suspek kes tersebut sudah pun ditahan dan permohonan reman sudah diluluskan bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan."Suspek ditangkap dan kini berada dalam tahanan reman."Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)," katanya.





Pegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsa - Sinarharian - 16/10 7:07 am

NILAI [DIKEMAS KINI] "Sebagai orang Islam, keluarga menerima kematian arwah, tapi tak sangka caranya begini."Demikian luahan Amran Ibrahim, 59, abang sulung kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang dipercayai dibunuh suaminya di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KLIA di sini pada malam Khamis.Dia mengakui pada awalnya sukar mempercayai berita kematian adik bongsunya itu, lebih-lebih lagi apabila dimaklumkan mangsa disyaki dibunuh oleh suaminya sendiri."Kira-kira jam 7.30 malam ketika saya berada di rumah, salah seorang adik lelaki saya menelefon dan memaklumkan arwah dibunuh suaminya yang telah pun menyerah diri di balai polis."Saya pada mulanya tidak percaya dan segera hubungi balai polis yang mengesahkan adik saya telah mati ditikam," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Menurutnya, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik seorang yang ceria dan jarang berkongsi masalahnya dengan keluarga.Bagaimanapun katanya, keluarga mengetahui mangsa berdepan masalah rumah tangga dan sedang dalam proses perceraian."Kami tahu dia ada masalah dengan suami, tapi dia tak pernah bercerita secara terperinci kepada saya, sebaliknya lebih banyak berkongsi dengan adik lelaki saya yang lain."Suaminya pula baru beberapa hari keluar dari penjara kerana kesalahan berkaitan dadah, manakala mereka kini dalam proses perceraian," katanya.Menurut Amran, sehari sebelum kejadian, adik lelakinya yang tinggal di Kelantan datang bermalam di rumah Allahyarham.Katanya, ketika itu, Allahyarham dan suaminya dilihat berada dalam keadaan biasa, malah adiknya sempat menasihati pasangan itu supaya menjaga hubungan mereka dan tidak bergaduh."Mereka sudah tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak berusia lima dan enam tahun yang kini dijaga oleh seorang lagi adik perempuan saya di Kelantan," katanya.Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Amran mengakui berasa kesal, namun menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya."Kami terlalu sedih atas apa yang berlaku, sebab dia adik bongsu kami. Memang rasa geram, tetapi kami serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan," katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa mayat Allahyarham telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, untuk tindakan lanjut.Katanya, sebaik sahaja proses bedah siasat selesai, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kelantan untuk dikebumikan."Polis beritahu yang post mortem akan dibuat hari Sabtu pagi," katanya.Terdahulu media melaporkan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan kejadian berlaku dan memaklumkan menerima maklumat sekitar jam 8.30 malam.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya.Dalam pada itu, rakan sekerja Allahyarham yang enggan dikenali turut meluahkan rasa terkejut atas kejadian itu."Saya nak pergi kedai, tapi pelik tengok polis ramai di rumah arwah





Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami - Astroawani - 16/10 5:10 am

Pegawai JKDM ditemukan maut dipercayai dibunuh suami di Kuarters KLIA; suspek menyerah diri, polis siasat motif kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami - Sinarharian - 16/10 1:07 am

NILAI - Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.ARTIKEL BERKAITAN:Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami"Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.Alzafny berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya





Polis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suami - Sinarharian - 16/10 1:07 am

NILAI - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawaiAgensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.ARTIKEL BERKAITAN:Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami"Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.Alzafny berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya





Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami - Sinarharian - 15/10 11:16 pm

NILAI [DIKEMAS KINI] Seorang wanita maut dipercayai dibunuh suaminya di sebuah unit kediaman kakitangan kerajaan berhampiran Jalan Kuarters KLIA di sini, pada Khamis.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 8.30 malam."Maklumat awal yang kami terima seorang wanita berusia 35 tahun yang juga kakitangan kerajaan dipercayai telah dibunuh suaminya."Suspek telah pun menyerah diri di balai polis selepas kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan pada Jumaat.Terdahulu, seorang lelaki yang dipercayai suspek dibawa polis masuk ke kediaman lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam dalam keadaan bergari sebelum dilihat keluar kira-kira 20 minit kemudian.Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar, di Seremban untuk tindakan lanjut.





Lelaki bunuh, simen mayat abang tiri: Mahkamah Rayuan tolak hukuman mati - Sinarharian - 15/10 6:18 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Khamismengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan rotan terhadap seorang bekas peniaga, atas kesalahan membunuh abang tirinya sebelum menyembunyikan mayat di dalam tong berisi simen.Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Noorin Badaruddin, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan Mohamad Zamhuri Azami terhadap sabitan dan hukuman.Panel tersebut juga menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenakan hukuman mati terhadap Mohamad Zamhuri, 31.Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Noorin berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas Mohamad Zamhuri itu, hukuman yang memadai dan tidak memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan."Kami juga tidak mendapati asas yang mencukupi untuk menggantikan hukuman tersebut dengan hukuman mati ataupun 40 tahun penjara, sebagaimana yang dimohon oleh pihak pendakwa raya," katanya.Hakim Noorin berkata, kewujudan kemungkinan berlaku pertengkaran atau pergaduhan antara perayu dengan si mati, tidak secara automatik membuktikan bahawa perbuatan yang menyebabkan kematian si mati dilakukan secara sah di bawah pembelaan hak pertahanan persendirian.Hakim Noorin juga berkata, pihak pendakwaan telah membuktikan niat berdasarkan keterangan yang dikemukakan dan oleh itu, tiada justifikasi untuk menggantikan sabitan tersebut dengan sabitan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.Pada 13 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mendapati Mohamad Zamhuri bersalah membunuh Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, dan menjatuhkan hukuman 30 tahun dan 12 sebatan.Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Padang Hassan, Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah, pada jam 7.15 malam 6 Mac 2020.Mengikut fakta kes, perayu telah membawa pegawai polis ke tempat di mana si mati disimpan di dalam sebuah tong plastik berwarna biru berisi simen di luar rumah dan pihak polis juga merampas sebilah pisau pemotong daging.Pada prosiding hari ini, peguam Ai Cha Ran berhujah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk membunuh abang tirinya, sebaliknya mendakwa si mati menyerangnya ketika berlaku pergaduhan sebelum anak guamnya bertindak atas dasar membela diri.Beliau berkata, keterangan yang ada hanyalah menjurus kepada kesalahan menyebabkan kematian di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin berkata, berdasarkan keterangan ahli patologi, kecederaan pada si mati iaitu luka hirisan yang panjang dan sangat mendalam pada bahagian leher, tidak konsisten dengan senario pergaduhan atau pergelutan yang dicadangkan oleh pihak pembelaan.- Bernama





Tamim Dahri, dua lagi ditahan kes pecah empat patung kuil - Sinarharian - 15/10 4:45 pm

KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pecah empat patung di sebuah kuil di Jalan Klang Lama di sini pada 6 Oktober lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek ditahan di Beranang Selangor, pada jam 11 pagi, 11 Oktober lalu."Polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu, manakala ketiga-tiga individu terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan."Empat patung dilaporkan dipecahkan dalam kejadian itu, namun jumlah kerugian belum dinyatakan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Bagaimananapun, ketiga-tiga individu itu difahamkan telah dibebaskan dengan jamin polis pada Selasa.Fadil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan."Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan lanjut," katanya.Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menggesa polis menjalankan siasatan segera dan menyeluruh bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu dibawa ke muka pengadilan.





Lelaki panik, lari tinggalkan motosikal selepas gagal menyamun - Mygazette - 15/10 4:11 pm

Menurut Ashari, pihaknya turut memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut bagi membantu siasatan. Katanya, penghuni rumah terbabit telah membuat laporan polis dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan





Suspek kes bunuh Irene Sofiya didakwa hari ini - Mygazette - 15/10 4:11 pm

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta tubuh badannya. Susulan itu katanya, pihaknya telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette Penahanan individu berusia 21 tahun bersama ibunya berusia 51 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur.





Sebutan semula kes bunuh Irene Sofiya 22 Dis ini - Mygazette - 15/10 4:11 pm

Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa membunuh Irene Sofiya di Dewan Sri Tanjung, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Seth, Yong Peng dekat sini antara pukul 2.30 hingga 4 petang, pada 3 Oktober lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun





Kematian tahanan IPD Cheras: Polis tunggu laporan patologi - Mygazette - 15/10 4:11 pm

Bagi kes dadah yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 22 September lalu sebelum keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) diberikan kerana lelaki itu didapati tidak mempunyai kawalan dan pemilikan terhadap dadah yang dirampas. Dalam kes pecah rumah yang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan pula, keputusan untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan diberikan selepas cap jarinya dilaporkan positif di tempat kejadian





Pasangan kekasih tular dikejar MPV polis ada 19 rekod lampau, positif syabu - Mygazette - 15/10 4:11 pm

"Seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas berlaku pergelutan dengan suspek lelaki ketika proses tangkapan," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah





Zetrix sahkan sedang disiasat, jamin beri kerjasama penuh - Sinarharian - 15/10 4:03 pm

KUALA LUMPUR Zetrix AI Bhd mengesahkan syarikat itu sedang disiasat polis berhubung dakwaan kegagalan menyerahkan wang kutipan kerajaan kepada pihak berkuasa.Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Zetrix AI Bhd memaklumkan, operasi perniagaannya tidak terjejas oleh siasatan yang sedang dijalankan.Zetrix turut memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa serta memaklumkan sebarang perkembangan penting menerusi pengumuman rasmi.Kenyataan tersebut susulan laporan bahawa polis memulakan siasatan rasmi berhubung dakwaan kegagalan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan berkaitan pecah amanah jenayah.Pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut dilapor memulakan siasatan terhadap Zetrix AI dan MyEG.Sebelum ini, Zetrix mengesahkan terdapat wang kutipan berjumlah RM314 juta yang masih belum diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tempoh Mei hingga September 2026.Syarikat tersebut memaklumkan, liabiliti berkenaan telah diiktiraf sebagai jumlah yang perlu dibayar dalam kunci kira-kiranya, susulan permintaan Bursa Malaysia supaya syarikat memberikan penjelasan mengenai jumlah sebenar tunggakan.Dalam perkembangan berkaitan, Zetrix turut mengesahkan penggantungan sementara perkhidmatan sebagai ejen kutipan JPJ berkuat kuasa 5 Oktober lalu berpunca daripada kelewatan penyerahan wang kutipan kepada jabatan itu.Menurut syarikat berkenaan, jumlah tunggakan masih dalam proses dimuktamadkan bersama JPJ.Zetrix berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan pembayaran bagi menyelesaikan tunggakan itu, tertakluk kepada perbincangan lanjut dan persetujuan kedua-dua pihak mengenai jumlah akhir serta terma penyelesaian.Tempoh penggantungan perkhidmatan pula bergantung kepada penyelesaian perbincangan dengan JPJ, Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa kerajaan berkaitan.Syarikat tersebut menjangkakan penggantungan berkenaan akan ditarik balik selepas persetujuan bersama dicapai dan rangka kerja penyelesaian yang dicadangkan diterima pihak berkuasa berkaitan.Zetrix turut memaklumkan penggantungan itu menyebabkan sumbangan hasil dan keuntungan daripada perkhidmatan JPJ kepada Kumpulan terhenti buat sementara waktu bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.





Penuntut universiti didakwa ceroboh rumah, tikam bekas teman wanita dan adik - Sinarharian - 15/10 2:59 pm

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut universiti swastawarga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas teman wanita dan adik lelaki wanita itu, bulan lepas.Chen Jun, 20, didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap teman wanitanya, Leong Kai Ting, 21, warga tempatan danadiknya, Leong Shun Jie, 18, dengan menikam mereka menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian.Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Bintang, Kepong di sini pada 5 pagi29 September dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahundan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin."Bagaimanapun jika mahkamah ingin membenarkan jaminan,pihak pendakwaan memohon jaminan ditetapkan RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah," katanya.Peguam, Ling Yee Siew yang mewakili Chen Junmemohon jumlah itudikurangkan kerana anak guamnya sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan kewangan dan tidak berisiko melarikan diri."Berdasarkan laporan perubatan hospital swastabertarikh 14 September, anak guam saya mengalami kemurungan





Kematian dalam tahanan: Polis tegaskan tangkapan ikut SOP, suspek ada 60 rekod lampau - Sinarharian - 15/10 2:46 pm

KUALA LUMPUR Polis menegaskan proses penahanan seorang lelaki berusia 42 tahun yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 1 Oktober lalu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, bagaimanapun punca kematian Noorizwan Zulkefly masih belum dimuktamadkan kerana polis masih menunggu laporan lengkap Jabatan Kimia serta keputusan rasmi pakar patologi."Siasatan kes kematian dalam tahanan itu dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Khamis.Beliau berkata, setiap proses tangkapan dan penahanan perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan termasuk membawa individu yang ditahan ke hadapan majistret bagi urusan permohonan reman."Sekiranya seseorang tahanan didapati tidak sihat, tindakan membawa individu berkenaan ke hospital perlu dilakukan dengan segera mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.Sebelum ini, media melaporkan peguam keluarga seorang penganggur yang meninggal dunia ketika dalam tahanan menggesa polis menyiasat kes berkenaan sebagai kes bunuh.Peguam, N Surendran dilaporkan berkata, sehingga kini tiada penjelasan berhubung sebab Noorizwan ditahan pada 20 September lalu atau kesalahan yang didakwa dilakukannya.Menurutnya, pakar patologi memaklumkan punca kematian Noorizwan adalah akibat hentakan objek tumpul yang menyebabkan kecederaan serius termasuk enam hingga tujuh tulang rusuk patah serta kecederaan pada tulang belakang.Dalam perkembangan berkaitan, Fadil berkata, semakan rekod lampau mendapati lelaki terbabit mempunyai kira-kira 60 rekod jenayah termasuk 18 rekod berkaitan dadah."Kita turut mendapati terdapat 17 kes membabitkan pecah rumah dan curi di kawasan Cheras yang dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan," katanya.Menurut beliau, terdapat tiga laporan terbaharu membabitkan lelaki tersebut iaitu satu kes narkotik dan dua kes jenayah."Bagi kes narkotik, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952."Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 22 September lalu sebelum keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) diberikan," katanya.Beliau berkata, bagi kes kedua, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan pecah rumah."Arahan pertuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan diberikan selepas siasatan mendapati terdapat padanan cap jari di lokasi kejadian."Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada tindakan lanjut pada 6 Oktober lalu susulan kematian lelaki berkenaan," katanya.Menurut beliau, bagi kes ketiga yang membabitkan dakwaan mencuri patung Buddha, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 8 Oktober lalu sebelum keputusan NFA diberikan kerana suspek telah meninggal dunia."Orang ramai diminta supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan masyarakat sementara menunggu hasil siasatan lengkap," katanya.





Undang-undang sedia ada mampu tangani isu 3R, tiada cadangan gubal akta baharu - Aaron - Sinarharian - 15/10 2:23 pm

KUALA LUMPUR -Kerajaan berpandangan undang-undang sedia ada mencukupiuntuk mengambil tindakan terhadap sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang berkaitan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menggubal satu undang-undang baharu bernama Akta Perpaduan Negara yang khusus bagi menangani isu tersebut termasuk dalam konteks perkembangan media sosial."Kerangka perundangan sedia ada mencukupi dan memadai untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan yang melanggar undang-undang berkaitan isu 3R. Sebaliknya, tumpuan perlu diberi kepada penguatkuasaansecara lebih tegas danberkesan oleh agensi yang mempunyai bidang kuasa."Berhubung media sosial, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan pemantauan berkala dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan penguatkuasaan serta permohonan kepada platform media sosial bagi penurunan kandungan yang melanggar undang-undang," katanya pada sesi soal jawab.Beliau menjawab soalan Datuk Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) mengenai langkah memperkukuh kerangka perundangan dan dasar perpaduan negara dalam menangani isu 3R, termasuk cadangan penggubalan Akta Perpaduan Negara yang komprehensif.Aaronberkata, antara perundangan yang boleh digunakan ialah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.Beliau berkata, penguatkuasaan undang-undang berkenaan terletak di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi berkaitan, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi serta MCMC.Aaron berkata, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memberi tumpuan kepada usaha membina keharmonian masyarakat melalui pendidikan, intervensi komuniti dan pendekatan mediasi, termasuk sistem pemantauan isu perpaduan, rangkaian aduan komuniti serta pusat rujukan bagi isu sensitif masyarakat."KPN juga mempunyai 117 mediator yang membantu menyelesaikan konflik secara aman di peringkat komuniti, selain menyediakan pusat mediasi komuniti untuk membuat aduan supaya mereka dapat akses kepada mediasi," katanya





Saya berserah, harap ada keadilan buat arwah Irene Sofiya' - Datuk - Sinarharian - 15/10 1:53 pm

BATU PAHAT Datuk kepada Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, berharap tertuduh dalam kes kematian cucunya menerima hukuman setimpal jika didapati bersalah atas perbuatan yang dilakukan.Khyar Abas, 69, berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi memastikan keadilan ditegakkan buat arwah."Saya berharap pertuduhan yang dibuat hari ini dapat membawa kepada hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan, jika terbukti bersalah."Kita berserah dan menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, di sini pada Khamis.Menurutnya, keluarga berharap pihak berkuasa dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah bagi memastikan kes berkenaan dikendalikan mengikut proses perundangan yang ditetapkan."Saya mengharapkan ada keadilan untuk arwah cucu saya," katanya.Beliau berkata, keluarga kini hanya menunggu proses perundangan berjalan dan menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa yang mengendalikan kes tersebut.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekIrene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan Kes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas akan didakwa pagi iniKes bunuh Irene Sofiya: Sebar kenyataan palsu, keluarga suspek sedia ambil tindakan undang-undangDalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada 3 Oktober lalu, Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan, dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras.Remaja yang juga anak tunggal itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas tamat kelas tambahan. Rakannya kemudian menemukan motosikal yang ditunggang mangsa di kawasan sekolah.Rakannya seterusnya memaklumkan perkara itu kepada datuk dan nenek mangsa di Kampung Parit Selamat sebelum neneknya, Jameyah Rabani, 65, bersama ibu saudaranya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, serta beberapa rakan pergi ke sekolah untuk mencarinya.Mangsa kemudian ditemukan dalam keadaan parah di dewan sekolah sebelum disahkan meninggal dunia.Susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar lelaki yang juga rakan sekelas mangsa bagi membantu siasatan.Suspek direman sejak 4 Oktober lalu dan tempoh remannya berakhir pada Khamis.Pada hari sama, tertuduh didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Prosiding pertuduhan dijalankan secara tertutup kerana tertuduh masih di bawah umur.





Sejam dikejar polis, pasangan kekasih Proton Saga merah tular positif dadah, ada rekod lampau - Sinarharian - 15/10 1:46 pm

MELAKA Adegan beberapa kereta peronda (MPV) polis mengejar sebuah Proton Saga merah yang tular pada petang Rabu membawa kepada penahanan pasangan kekasih yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 39 dan 32 tahun itu ditahan selepas dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan polis.Menurutnya, kejadian bermula jam 6.20 petang apabila anggota Task Force Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah mengesan kereta itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah pangsapuri di Tengkera."Pemandu kenderaan itu bertindak memecut laju ketika cuba ditahan untuk pemeriksaan sebelum dikejar melalui beberapa laluan utama di sekitar Melaka."Suspek dipercayai memandu secara berbahaya, termasuk melakukan pergerakan zigzag serta melawan arus bagi mengelakkan diri daripada ditahan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Pada Rabu, tular di aplikasi Threads beberapa rakaman video yang memaparkan aksi sekurang-kurangnya lapan kenderaan polis mengejar Proton Saga merah itu di beberapa lokasi, termasuk Jalan Istana dan Batu Berendam.Katanya, aksi mengejar sejauh 30 kilometer yang mengambil masa sekitar satu jam berakhir di jalan mati berhampiran Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Kampung Sungai Putat, apabila kedua-dua suspek meninggalkan kenderaan dan cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan anggota polis.Beliau berkata, seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas berlaku pergelutan dengan suspek lelaki ketika proses tangkapan.Tambahnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian saringan air kencing."Semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki mempunyai lapan rekod, iaitu tujuh berkaitan narkotik dan satu berkaitan jenayah."Suspek wanita pula mempunyai 11 rekod lampau, dengan 10 daripadanya berkaitan narkotik dan satu berkaitan jenayah," katanya.Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula 15 hingga 18 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut.Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Halim menegaskan bahawa tindakan melarikan diri daripada pemeriksaan polis dan memandu secara berbahaya boleh mengancam nyawa serta keselamatan pengguna jalan raya lain.Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan kejadian itu.





Kes pertikaian tanah: Polis buru lelaki tumbuk, rosakkan kenderaan pemaju - Sinarharian - 15/10 12:47 am

BERA - Polis mengesan seorang lelaki kerana disyaki terlibat mendatangkan kecederaan ke atas seorang individu dan melakukan khianat terhadap kenderaan milik syarikat pemaju dalam kejadian di Kampung Kuala Serting di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 3 petang itu dipercayai berpunca akibat pertikaian tanah antara penduduk dengan pemaju yang berlaku di kawasan terbabit baru-baru ini.Menurutnya, suspek dipercayai menaiki motosikal jenis Modenas GT128 berwarna hitam perak bertindak memecahkan cermin pintu dan cermin sisi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik sebuah syarikat yang diletakkan di tepi jalan."Suspek juga didakwa menumbuk bahu seorang lelaki yang berada di tempat kejadian serta memaki- hamun dengan kata- kata kesat," katanya.Zulkiflee berkata, pengadu mendakwa suspek bertindak mengetuk cermin Hilux dan mendekatinya yang ketika itu berada dalam kenderaan tersebut sambil memaki hamun.Katanya, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dari tempat kejadian dan meninggalkan motosikal yang digunakan.Beliau berkata, kes itu telah dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan melakukan khianat terhadap harta benda."Polis kini berusaha mengesan suspek terlibat dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut untuk tampil ke mana- mana balai Polis yang berhampiran."Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan melangkaui batasan undang- undang dan membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman awam," ujarnya.





Lelaki lari tinggalkan motosikal selepas cubaan mencuri gagal - Sinarharian - 15/10 12:00 am

KUANTAN Cubaan seorang lelaki untuk melarikan barangan dari sebuah rumah di Bukit Setongkol di sini tidak kesampaian apabila tindakannya disedari pemilik kediaman terbabit, memaksa suspek melarikan diri dalam keadaan kelam-kabut sehingga meninggalkan motosikal yang digunakan di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian awal pagi Khamis itu, suspek dipercayai gagal membawa lari sebarang barangan dan melarikan diri dengan tangan kosong.Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, suspek dipercayai memasuki kawasan rumah mangsa dengan memanjat pagar sebelum cuba melarikan beberapa barangan termasuk tangga aluminium dan wayar kabel."Bagaimanapun, kejadian itu disedari pemilik rumah menyebabkan suspek segera melarikan diri tanpa sempat membawa barangan yang cuba dicuri."Suspek juga meninggalkan motosikal yang digunakan di hadapan rumah terbabit," katanya.Terdahulu, kejadian yang didakwa berlaku di Taman LKNP, Bukit Setongkol di sini, tular di media sosial.Berdasarkan hantaran yang dikongsikan, kejadian itu dikatakan berlaku antara pukul 12 tengah malam hingga 12.45 pagi dan melibatkan lima buah rumah yang diceroboh.Sementara itu, Ashari berkata, kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan usaha mengesan serta menahan suspek sedang giat dijalankan."Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan," katanya.





Kes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas akan didakwa pagi ini - Sinarharian - 15/10 8:44 am

BATU PAHAT - Pelajar lelaki Tingkatan Empat akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas tuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng awal bulan lalu.Menurut sistem e-Kehakiman, pelajar lelaki berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas Irene Sofiya itu dijadualkan didakwa di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno pada jam 9 pagi.Suspek bakal berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Difahamkan, arahan pertuduhan dibuat selepas kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada 3 Oktober lalu, Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras.Irene Sofiya yang juga anak tunggal didapati tidak pulang ke rumah selepas kelas tambahan berakhir




Reformasi     >>



Malayan Tigress: A multiracial squad, one dream - to .. - Mkini
Young players find common ground on the pitch, backed by diverse supporters.
Kroni     >>



Maresca faces anxious wait over Haaland injury scare - NST
MANCHESTER: Enzo Maresca is sweating on Erling Haalands fitness after the Manchester City striker limped off following his double in Saturdays 3-2 win against Ipswich.
Tabloid     >>



Saya Tak Ego – Shuib Mahu Baiki Hubungan Dengan .. - Rotikaya
Pelawak dan usahawan Shuib berkata dia sanggup membuang ego serta membuat permohonan maaf terhadap rakannya, Jep Sepahtu. Menurut Shuib, tindakannya itu adalah untuk menjernihkan keadaan serta melakukan perkara yang betul.... Baca selanjutnya → The post Saya Tak Ego – Shuib Mahu ..
Tech     >>



Qualcomm denies rumors about Snapdragon 8 Elite .. - Gsmarena
Yesterday, a Korean news outlet shared some concerning news about the upcoming Samsung Galaxy S27 Ultra. According to the report, Samsung is thinking about going all Exynos next year, as internal testing has shown that the newly released Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 chipset is running too hot, ..
World     >>



Trump waives broad new Russia sanctions, Zelenskyy .. - Cnbc
Trump signed the Graham Bill, which targeted Russia over its invasion of Ukraine, into law in September.
Motor Trend     >>



Tesla Model 3 Malaysia Kini Dengan V2L dan Skrin 16 .. - Careta
Penambahan fungsi V2L Powershare itu melibatkan setiap Model 3, Model Y dan Model Y L baharu, membolehkan tenaga daripada bateri kenderaan digunakan untuk menghidupkan peralatan elektrik. V2L Dengan Bekalan 230V, Adapter Dijual Berasingan Melalui Tesla Outlet Adapter, port pengecasan kenderaan