| /// |
|
| Search : Kem Hobart News | Page 1 |
|
Bapa tak sangka itu mesej terakhir Prebet Siti Khadijah - Mygazette - 17/06 3:22 pm Kira-kira 400 orang terdiri daripada rakan setugas dan ahli keluarga hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun, jam 10.57 pagi Selasa |
|
Jenazah Prebet Siti Khadijah selamat dikebumikan - Sinarharian - 17/06 2:34 pm KLUANG Jenazah Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada Isnin, selamat dikebumikan dengan istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak pada jam 1.15 tengah hari Rabu.Ibu Allahyarhamah, Zaliha Said, 56, dilihat beberapa kali hampir rebah sebaik tiba di kawasan perkuburan sebelum ditenangkan ahli keluarga untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak bongsunya itu.Anak sulung keluarga, Siti Zaiha Sungip, 39, berulang kali memujuk ibunya untuk terus kuat dalam suasana hiba.Sebelum itu, van membawa jenazah yang bertolak dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada jam 3 pagi singgah di rumah ibu bapanya sebagai persinggahan terakhir sebelum dibawa Masjid Nurul Iman di sini untuk solat jenazah.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianSolat jenazah diimamkan Mejar Mohd Azlan Shah Abdul Razak, Institut Kejuruteraan Medan (IKM) Tentera Darat (TDM).Kira-kira 200 orang terdiri ahli keluarga, sanak saudara, jiran dan anggota tentera memenuhi rumah keluarga mangsa sekitar jam 12.10 tengah hari.Dalam kejadian jam 10.57 pagi, Selasa Allahyarham Prebet Siti Khadijah dan Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, maut akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Sungai Petani.Kedua-dua anggota terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Kedah. |
|
Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 2:23 pm KLUANG - Perbualan mengenai latihan membaling grenad yang dikongsi Prebet Siti Khadijah Sungip menerusi aplikasi WhatsApp sehari sebelum kejadian kini menjadi kenangan terakhir yang sukar dilupakan keluarganya.Kakak Allahyarham, Siti Zaiha, 39, berkata adiknya sempat berkongsi sekeping gambar ketika menjalani latihan menembak pada tengah malam 15 Jun dan memaklumkan bahawa latihan membaling grenad akan diteruskan keesokan harinya."Dalam perbualan itu dia beritahu esoknya masih ada latihan dan latihan membaling grenad akan bermula sekitar pukul 8 pagi.Menurut Siti Zaiha, adiknya sebelum itu memaklumkan bahawa dia sedang mengikuti latihan selama lapan hari yang melibatkan pelbagai modul termasuk latihan menembak dan membaling bom tangan."Seperti biasa, arwah aktif berhubung dengan kami dalam kumpulan keluarga. Dia ada berkongsi gambar ketika menjalani latihan malam sebelum kejadian," katanya sambil menahan sebak.Siti Zaiha yang bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan berkata, kali terakhir adiknya pulang ke rumah adalah kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.Pada pagi hari kejadian, arwah masih sempat menghantar pesanan kepada keluarga dan memaklumkan bahawa dia berada dalam kumpulan terakhir yang dijadualkan menjalani latihan membaling bom tangan."Dia beritahu lokasi latihan dan kami hanya mampu berpesan supaya berhati-hati.Dengar arahan jurulatih dengan teliti dan sentiasa fokus."Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa itu akan menjadi perbualan terakhir kami dengannya," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera"Namun kira-kira pukul 1 tengah hari saya menerima panggilan memaklumkan adik saya terlibat dalam kemalangan |
|
'Sejak kecil arwah minat tentera, mahu ikut jejak saya' - Bapa Prebet Siti Khadijah - Sinarharian - 17/06 1:56 pm KLUANG - Hasrat seorang pesara tentera untuk melihat anak bongsunya meneruskan legasi keluarga dalam angkatan tentera berakhir dengan tragedi, apabila Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, terkorban dalam latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah semalam.Bapanya Sungip Jais, 65, berkata, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada tujuh adik-beradik memilih menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM), kerana minat yang mendalam terhadap kerjaya ketenteraan selain mahu meneruskan legasi keluarganya."Dia memang minat tentera sejak kecil |
|
Tragedi Kem Hobart: Gambar terakhir Prebet Siti Khadijah jadi kenangan - Hmetro - 17/06 11:57 am Kluang: Sekeping gambar kiriman Prebet Siti Khadijah Sungip yang maut dalam insiden letupan bom di Kem Hobart, Sungai Petani, Kedah, menjadi kenangan terakhir yang ditinggalkan kepada ahli keluarganya |
|
'Saya rasa sayang sangat tengok dia' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 10:28 am Saya rasa sayang sangat tengok dia. Selepas dia pergi, saya rasa mengantuk sangat."Demikian kata Fatimah Ismail, 78, apabila mengenang detik terakhir bersama anaknya, Koperal Norazmi Abu Bakar, yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan di Kem Hobart, Gurun, Selasa lalu.Menurut Fatimah, Allahyarham pulang ke rumahnya di Kampung Tupah Lama di sini kira-kira jam 11.30 malam Isnin selepas selesai bertugas di Gurun.Katanya, kepulangan anak ketiga daripada lima beradik itu pada malam berkenaan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, namun beberapa perkara yang berlaku masih segar dalam ingatannya."Dia balik rumah dan beritahu baru habis kerja dari Gurun |
|
'Arwah selalu makan sikit tapi kali terakhir jumpa saya, dia makan banyak dan sangat berselera' - Ibu Koperal Norazmi - Sinarharian - 17/06 9:42 am ALOR SETAR - Koperal Norazmi Abu Bakar, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun, semalam disifatkan sebagai seorang yang tegas, namun sangat menghormati dan sayang kepada ibu bapa dan keluarganya.Ibu Allahyarham Fatimah Ismail, 78, berkata, anak ketiga daripada lima adik-beradik itu tidak pernah melawan atau membalas kata-kata apabila ditegur, sebaliknya hanya mendengar dan berdiam diri."Kalau mak cik tegur atau marah, dia senyap sahajatidak menjawab atau membalas semula |
|
Jenazah Koperal Norazmi selamat dikebumikan di Masjid Al-Busyra - Sinarharian - 17/06 8:01 am MERBOK -Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, apabila jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra di sini, yang selesai sekitar jam 5.25 pagiRabu.Upacara pengebumian dilaksanakan mengikut istiadat ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penghormatan terakhir terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham.Kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, kenalan, pegawai dan anggota tentera hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.Jenazah anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja itu dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebaik sahaja selesai proses bedah siasat kira-kira jam 2.30 pagi.Jenazah kemudian dibawa ke rumah keluarga di Kampung Tupah Lama sekitar jam 3.35 pagi dan tiba di Masjid Al-Busyra kira-kirajam 4.20 pagi.Solat jenazah diimamkan Pegawai Staf Agama Briged Keenam Infantri Malaysia, Mejar Mohd Sobri Che Hassan.Simbolik Penyerahan Bendera diserahkan Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Wazir Syafiq Nodin kepada Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Fouzi Sulaiman sebelum ia diserahkan kepada isteri Allahyarham, Siti Fairus Mohamad Yussof, 38.Allahyarham Norazmi meninggalkan duaanak, Nurliana Danishah, 14, dan Muhammad Rizhan Darwish, 8.Sementara itu, seorang lagi mangsa terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Kedua-dua mangsa maut akibat insiden letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera |
|
Kerajaan, MINDEF ucap takziah kepada keluarga dua anggota TDM - Sinarharian - 16/06 11:39 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia mendoakan agar ahli keluarga kedua-dua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan."Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Koperal Norazmi daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang terkorban dalam insiden berkenaan."Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Koperal Norazmi dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah, mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman," katanya menerusi hantaran di media sosial malam ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianJenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke JohorPolis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tenteraTerdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan segera bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan |
|
Letupan grenad: 7 saksi dirakam keterangan - Kosmo - 16/06 10:35 pm ALOR SETAR – Polis setakat ini merakam keterangan tujuh saksi bagi membantu siasatan kejadian letupan grenad yang mengorbankan dua anggota tentera di lapang sasar Kem Hobart, Gurun dekat sini, hari ini |
|
Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera - Sinarharian - 16/06 10:17 pm ALOR SETAR Polis telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart di Gurun yang mengorbankan dua anggota tentera pada Selasa.Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, siasatan masih diteruskan dan pihaknya akan merakam keterangan beberapa individu lain yang berkaitan dengan kejadian tersebut pada Rabu."Setakat ini kita telah merakam percakapan tujuh individu dan siasatan akan diteruskan |
|
Letupan grenad: Jenazah 2 anggota tentera dibedah siasat di HSB - Kosmo - 16/06 9:58 pm ALOR SETAR – Jenazah dua anggota tentera yang maut dalam kejadian letupan grenad di lapang sasar Kem Hobart, Gurun dekat sini pagi tadi menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), malam ini |
|
Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor - Sinarharian - 16/06 9:32 pm ALOR SETAR Jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun dijangka dikebumikan sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Sepupu mangsa, Sulaiman Mat Saad, 40, berkata, waktu sebenar pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat yang dijadualkan bermula pada jam 9 malam.Menurutnya, beliau dimaklumkan proses berkenaan akan dilaksanakan sebaik sahaja urusan pengecaman jenazah oleh ahli keluarga selesai."Saya dimaklumkan proses bedah siasat akan bermula sebaik proses pengecaman dibuat oleh ahli keluarga arwah," katanya ketika di Jabatan Forensik HSB di sini pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianDia berkata, selepas selesai proses bedah siasat, jenazah anggota daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu akan dibawa ke Masjid Al Busyra Merbok di Sungai Petani untuk urusan pengebumian.Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa yang terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.Dalam kejadian itu, Koperal Norazmi dan Prebet Siti Khadijah mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.Kedua-dua anggota terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Jenazah kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke HSB untuk menjalani proses bedah siasat. |
|
Agong titah siasatan menyeluruh 2 tentera maut terkena letupan bom Agong .. - Mygazette - 16/06 7:50 pm # Agong titah siasatan menyeluruh 2 tentera maut terkena letupan bom KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban selepas terkena letupan bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, hari ini |
|
Agong zahir takziah dua tentera maut, titah siasatan menyeluruh - Utusan - 16/06 6:53 pm PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah hari ini |
|
Agong zahir takziah dua anggota tentera maut letupan bom di kem Hobart - Mkini - 16/06 6:47 pm Seri Paduka Baginda mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat sukar itu. |
|
Dua anggota tentera terkorban semasa menjalani latihan bom - Mypress - 16/06 6:28 pm SUNGAI PETANI Malang tidak berbau telah meragut nyawa dua anggota tentera akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun di sini, hari ini |
|
Dua anggota tentera maut di Kedah: Agong zahir takziah - Harapandaily - 16/06 5:49 pm Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban dalam kejadian letupan bom di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, hari ini |
|
Allahyarham Prebet Siti Khadijah merupakan Perajurit Muda Wanita Akademik Terbaik - Kosmo - 16/06 5:49 pm PETALING JAYA Perajurit Muda Wanita Akademik Terbaik, Prebet Siti Khadijah Sungip, yang maut dalam insiden latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah hari ini, disifatkan sebagai anggota yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan ketenteraan yang diikutinya |
|
Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci - Mygazette - 16/06 5:46 pm # Dua askar maut ketika latihan baling grenad, PTD arah siasatan terperinci KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya, Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip meninggal dunia akibat letupan semasa latihan membaling grenad dalam Latihan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun, Kedah, kira-kira 10.57 pagi, hari ini |
|
Dua tentera maut terkena bom di Kem Hobart, Gurun – Polis - Mygazette - 16/06 5:46 pm # Dua tentera maut terkena bom di Kem Hobart, Gurun - Polis KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan dua anggota tentera maut akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, tengahari tadi |
|
Dua Anggota Tentera Maut Ketika Latihan Membaling Bom Tangan - Ohmedia - 16/06 5:34 pm Dua anggota TDM dilaporkan maut ketika latihan membaling grenad di Kem Hobart, Kedah pada Selasa |
|
Agong zahir takziah dua anggota tentera maut letupan bom di Kem Hobart - Sinarharian - 16/06 5:18 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden letupan bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, hari ini.Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat sukar itu."Al-Fatihah buat dua anggota yang terkorban dalam tragedi ini |
|
Insiden dua anggota tentera maut berlaku ketika latihan baling grenad - Utusan - 16/06 5:12 pm SUNGAI PETANI: Dua anggota Tentera Darat yang maut akibat terkena letupan bom disahkan sedang mengikuti latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun |
|
Agong zahir ucapan takziah, titah siasatan menyeluruh insiden latihan bom - Kosmo - 16/06 5:11 pm PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah hari ini |
|
TDM Sahkan 2 Anggota Tentera M*ut Terkena B*m Tangan Ketika Latihan Di Kem Hobart - Lobakmerah - 16/06 5:00 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya terkorban akibat terkena bom tangan ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi |
|
Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian - Sinarharian - 16/06 4:46 pm SUNGAI PETANI - Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian membabitkan dua anggota tentera terkorban semasa latihan di Lapang Sasar, Kem Hobart termasuk merakam keterangan saksi kejadian.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama semua pihak berhubung insiden terbabit."Polis akan membuka satu kertas siasatan bawah kematian mengejut SDR dan kita akan dapatkan kerjasama daripada semua pihak untuk kita menjalankan siasatan di tempat kejadian serta merakam percakapan saksi-saksi yang ada ketika itu."Kedua-duanya sedang menjalani latihan menggunakan senjata berat ketika kejadian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini pada Selasa.Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani."Bagaimanapun, setibanya di hospital, kedua-duanya disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui pada Selasa.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa tertumpu pada bahagian atas badan iaitu dari pinggang ke atas.Menurutnya, seorang mangsa berusia 24 tahun manakala seorang lagi berusia 40 tahun.Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.Sementara itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, insiden berlaku ketika latihan membaling grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia, pada jam 10.57 pagi.Dua anggota yang terlibat iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan. |
|
Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad - Sinarharian - 16/06 4:30 pm GURUN - Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) maut dalam insiden semasa latihan membaling grenad di Kem Hobart di sini pada Selasa.Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Darat dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu berlaku ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia.Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.57 pagi itu melibatkan Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja serta Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian"Kedua-dua anggota mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan."Dua mangsa terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital," menurut kenyataan itu pada Selasa.Menurut kenyataan sama, jenazah kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menjalani bedah siasat.Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman menzahirkan rasa dukacita atas pemergian kedua-dua anggota berkenaan serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianBeliau turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.Dalam pada itu, Azhan mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."TDM memberi jaminan bahawa aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Tentera Darat Malaysia," katanya. |
|
Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban - Sinarharian - 16/06 4:29 pm KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan identiti dua anggotanya yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah pagi tadi.TDM dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 RAJD).Menurut kenyataan itu kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi tersebut, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani."Insiden berlaku semasa mangsa sedang menjalani Latihan Peningkatan Tempur RAJD Divisyen Kedua Infantri Malaysia |
|
Dua Anggota Tentera Maut Disyaki Akibat Letupan Bom Ketika Latihan Di Kem Hobart - Beautifulnara - 16/06 3:36 pm Dua anggota tentera dilaporkan maut dipercayai akibat terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Kedah, hari ini |
|
Two soldiers killed by bomb blast during training exercise - Sinardaily - 16/06 2:42 pm GURUN - Two soldiers were killed after reportedly being struck by a bomb while undergoing training at the firing range of Kem Hobart in Gurun, in an incident on Tuesday.Kuala Muda district police chief Assistant Commissioner Hanyan Ramlan confirmed that police received initial information about the incident at around 12.30pm.According to a Malaysian Army (TDM) statement, the two victims have been identified as Corporal Norazmi Abu Bakar and Private Siti Khadijah Sungip.The victims, who were brought to Sultan Abdul Halim Hospital in Sungai Petani, have since been transferred to the Forensic Department of Sultanah Bahiyah Hospital in Alor Setar for post-mortem proceedings.Further details on the incident remain under investigation, he said.Records show that two previous bomb tragedies have occurred at the same location during military training exercises.In the first incident on July 9, 1987, nine soldiers from the 24th Battalion of the Royal Malay Regiment were killed |
|
Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan - Sinarharian - 16/06 2:37 pm GURUN - [DIKEMAS KINI] Dua anggota tentera maut dipercayai terkena bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun dalam kejadian pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan, polis menerima maklumat awal berhubung kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari.Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipetik Bernama, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianMangsa yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani telah dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian masih dalam siasatan.Berdasarkan rekod, terdapat dua tragedi bom meletup semasa anggota tentera menjalani latihan di lokasi sama sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenadDua anggota tentera maut terkena bom semasa latihanLetupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorbanDua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadianDalam kejadian pertama pada 9 Julai 1987, seramai sembilan anggota tentera dariBatalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.Setelah disiasat dan diselidiki, kemalangan berpunca dari kelalaian dan kecuaian seorang anggota tentera kerana tidak mematuhi peraturan tertentu semasa mengendalikan bom yang tidak meletup.Manakala kejadian kedua pada 13 Julai 1988 melibatkan seorang anggota tentera dari Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.Kemalangan tersebut bukanlah disebabkan kecuaian ataupun kelalaian anggota tentera, tetapi berpunca daripada bom lama yang tertanam dan telah meletup semasa anggota sedang menunggu giliran untuk latihan menembak lorong hutan. |
|
2 anggota tentera maut terkena bom ketika latihan di Kem Hobart - Hmetro - 16/06 2:19 pm Gurun: Dua anggota tentera dilaporkan meninggal dunia akibat terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, di sini, hari ini |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |