///
See Also: Shutterstock

Search : Kanun Keseksaan News   Page 1    





PN sambut baik langkah AGC klasifikasikan semula kes tembak Durian Tunggal - Mgazette - 18/12 8:08 am

# PN sambut baik langkah AGC klasifikasikan semula kes tembak Durian Tunggal KUALA LUMPUR Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyambut baik langkah Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan semula insiden kematian tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka sebagai kes bunuh bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan





8 individu ditahan bantu kes tetak di Batu Caves - Mgazette - 18/12 8:08 am

Beliau berkata tangkapan susulan dilakukan pada semalam dan hari ini melibatkan empat lagi lelaki berusia antara 21 hingga 33 tahun dan direman hingga 22 Dis. Noor Ariffin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Muhammad Hakimie Razally melalui talian 011-3335 2585 atau Bilik Gerakan IPD Gombak 03-6126 2222 bagi membantu siasatan





Cucu OKU mengamuk, tetak nenek dan moyang - Mgazette - 18/12 8:08 am

"Mangsa yang meninggal dunia (nenek) telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera (moyang) dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan," katanya. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh





Kanak-kanak lima tahun dilarikan tiga jam - Mgazette - 18/12 8:08 am

Shamsuddin berkata, kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada ibu dan bapanya. Menurutnya, usaha mengesan penjenayah terbabit sedang dijalankan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Azman Ayob di talian 012- 2237272 bagi membantu siasatan





Jenazah nenek ditikam cucu selamat dikebumikan - Sinarharian - 17/12 11:13 pm

BALING - Jenazah warga emas maut akibat ditikam cucu pada Selasa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakai di sini pada Rabu.Proses pengebumian yang dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga dan penduduk kampung itu selesai sekitar jam 9.05 malam.Terdahulu, jenazah yang dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, tiba di rumahnya di Kampung Baru Bakai kira-kira jam 8 malam sebelum dibawa ke Masjid Jamek Kampung Surau Bakai untuk disembahyangkan.Sebelum ini, media melaporkan, seorang warga emas berusia 65 tahun maut ditikam cucu sementara ibu mangsa, berusia 80 tahun cedera parah di leher akibat ditetak.Cucu lelaki berusia 21 tahun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), disyaki mengalami halusinasi semasa kejadian sebelum mengamuk dan menyerang kedua-dua mangsa.Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Usaha ringan kos sara hidup antara fokus utama kerajaan - PM - Sinarharian - 17/12 9:46 pm

PUTRAJAYA - Usaha meringankan kos sara hidup rakyat menjadi antara hala tuju utama kerajaan tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, langkah itu termasuk memastikan subsidi dan bantuan tunai bersasar serta meningkatkan gaji minimum agar rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos harian."Kos sara hidup memang betul kita kata fenomena antarabangsa, tapi kita cuba (uruskan) macam kita buat STR (Sumbangan Tunai Rahmah), Jualan Rahmah dengan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), RM15 bilion, sumbangan kembali kepada rakyat untuk menampung kos sara hidup."Ini langkah yang diambil dan tidak pernah dilakukan sebelum ini. Jadi apa kekuatan kita ketimbang pembangkang, dia boleh bicara tetapi masa dia ada kuasa, dia tidak buat ini," katanya pada Taklimat Bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di sini pada Rabu.Hadir sama,Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang, Arul Rajoo Durar Raj.Taklimat berkenaan turut disertai 92 wakil media tempatan dan antarabangsa.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan menumpukan kepada reformasi, usaha memperkukuh tanggungjawab fiskal melalui undang-undang baharu serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.Selain itu, beliau berkata, mulai tahun depan, kerajaan akan mengambil pendekatan lebih berani dalam menangani perkara sensitif dan kontroversi, termasuk aspek penguatkuasaan, bahasa dan kaum bagi memastikan isu tertangguh dapat ditangani lebih tegas demi kepentingan rakyat dan negara."Ini bagi memastikan proses dan peraturan dipatuhi sebab itu saya bangga apabila julung kali berlaku, Peguam Negara memutuskan, kita tidak pertahankan apa-apa salah laku jenayah besar dalam negara..."...termasuk mengkaji kemungkinan mendakwa, pesalah-pesalah dan soal kes tembak di Melaka di bawah Seksyen 302 (Kanun Keseksaan)





Suami isteri tempuh detik cemas, anak dilarikan bersama kereta - Sinarharian - 17/12 7:31 pm

PETALING JAYA Pasangan suami isteri berdepan detik cemas apabila kereta milik mereka dilarikan bersama anak perempuan berusia lima tahun dalam kejadian di Jalan PJS 6/4, Kampung Lindungan, di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.24 pagi."Ketika kejadian, pasangan berkenaan meletakkan kenderaan di tepi jalan dan meninggalkan anak mereka di dalam kereta untuk membeli sarapan pagi."Bagaimanapun, pengadu menyedari kenderaan miliknya telah dilarikan oleh suspek sebelum segera menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, bertindak atas maklumat diterima, pihak polis segera melancarkan Op Tutup bagi mengesan kenderaan terbabit."Hasil operasi dan bantuan orang awam, kenderaan berkenaan berjaya ditemui bersama kanak-kanak itu di kawasan Apartment Mentari Court, Petaling Jaya, selepas kira-kira tiga jam operasi dijalankan."Kanak-kanak berkenaan ditemukan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan semula kepada ibu bapanya," katanya.Menurutnya, tindakan mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan."Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan serta tidak menjejaskan siasatan pihak berkuasa."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Azman Ayob di talian 012-223 7272," katanya.





Peniaga, pemandu lori ais didenda RM4,000 perdaya wanita - Sinarharian - 17/12 6:32 pm

KANGAR - Seorang peniaga dan seorang pemandu lori ais masing-masing didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan memperdayakan seorang wanita melibatkan wang sumbangan berjumlah RM800.Hakim Datuk Nuaman Mahmud Zuhudi turut memerintahkan peniaga, Azizi Ahamad, 50, dan pemandu lori ais Syaharizul Sahar, 46, masing-masing menjalani hukuman penjara empat bulan bagi kedua-dua pertuduhan jika mereka gagal membayar denda berkenaan.Hukuman denda RM2,000 dan penjara dua bulan turut dikenakan jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan pilihan.Kedua-dua lelaki berkenaan didakwa bersama-sama memperdayakan wanita berusia 32 tahun itu bahawa wang sumbangan berjumlah RM800 akan diserahkan kepada orang kampung di Kampung Bakau berhubung perojek naik taraf jalan, sedangkan wang itu tidak diserahkan kepada orang kampung terbabit.Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 12.15 tengah hari, 3 September 2004 dan 4 Sept tahun sama kira-kira jam 4.25 petang di Kampung Bakau di sini, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, wanita itu pergi ke Tapak Projek Kampung Bakau di sini untuk berjumpa dengan Azizi dan Syaharizul pada jam 12.15 tengah hari, 3 September 2024 dan semasa perjumpaan itu wanita berkenaan menyerahkan dokumen Siap Kerja iaitu Kerja-Kerja Naik Taraf Premix Jalan Tepi Sungai di Kampung Bakau kepada Azizi untuk mendapatkan tandatangannya selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (MPKK) di kampung itu bagi proses tuntutan bayaran kerja di Bahagian Pentadbiran Daerah, Kerajaan Negeri Perlis.Dalam perjumpaan itu, Syaharizul meminta wang daripada mangsa bagi pihak Azizi sebanyak RM1,000 atas alasan untuk memberikan sumbangan kepada orang kampung berkenaan.Wanita itu kemudiannya memberikan RM300 kepada Azizi, namun Syaharizul memberitahu mangsa bahawa wang itu tidak mencukupi.Pada 4 September 2024, wanita itu hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis dan pegawai SPRM membuat rakaman suara (taping) ke atas nombor telefon Azizi dan hasil taping itu, Azizi bersetuju menerima RM500 sebelum wang perangkap diserahkan kepada suami wanita berkenaan bagi tujuan penyerahan kepada Azizi.Semasa tangkapan, wang perangkap tersebut berada dalam poket seluar sebelah kanan Azizi.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Fariz Abdul Hamid dan Pegawai Pendakwa SPRM Perlis S





Kes tembak Durian Tunggal: PN sokong langkah AGC klasifikasi semula siasatan - Sinarharian - 17/12 6:27 pm

SHAH ALAM Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan langkah Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengklasifikasikan semula kematian tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka bulan lalu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu penting dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, kepentingan akauntabiliti dan kepercayaan awam bahawa kes kehilangan nyawa akan disiasat secara menyeluruh, telus serta bebas tanpa prejudis."Terutama sekali apabila wujud keraguan mendalam terhadap penjelasan awal kes oleh pihak polis."Kami juga menggesa semua pihak berkaitan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat dan bersikap profesional, sekali gus membenarkan proses undang-undang berjalan secara bebas agar keadilan dapat ditegakkan."Ahli Parlimen PN akan terus memantau rapat perkembangan kes ini demi kepentingan kebenaran dan keadilan, kepercayaan awam serta integriti institusi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Jabatan Peguam Negara pada Selasa mengarahkan siasatan kes tiga lelaki yang ditembak mati di Durian Tunggal oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.Menurut AGC, pihaknya telah dirujuk berhubung laporan kes berkenaan dan berdasarkan taklimat serta cadangan yang dikemukakan oleh PDRM, jabatan itu bersetuju untuk mengarahkan klasifikasi semula siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan bunuh.Pada 24 November lalu, tiga lelaki berumur 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas salah seorang daripada mereka didakwa melibas parang ke arah seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal kira-kira jam 4.30 pagi, sehingga menyebabkan mangsa cedera parah pada lengan kirinya.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek daripada Geng Durian Tunggal itu dipercayai dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis dan aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan kerugian keseluruhan RM1.35 juta.Bagaimanapun, pada 3 Disember lalu, ahli keluarga ketiga-tiga suspek menolak dakwaan bahawa mangsa bertindak ganas dengan menyerang pasukan keselamatan.Susulan itu, pada 4 Disember, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M





Lelaki parah ditetak depan kedai serbaneka - Sinarharian - 17/12 6:07 pm

GOMBAK - Seorang lelaki tempatan cedera parah selepas diserang dan ditetak menggunakan parang oleh seorang individu di hadapan kedai serbaneka sebuah residensi Batu Caves di sini pada Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Selayang kira-kira jam 10.35 pagi."Mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai diserang oleh seorang lelaki tempatan tidak dikenali sebelum ditetak menggunakan parang sehingga mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Noor Ariffin berkata, bertindak atas maklumat, polis memberkas empat suspek pada hari sama."Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad."Tangkapan susulan dijalankan pada Selasa dan Rabu melibatkan empat lagi suspek lelaki tempatan yang direman selama enam sehingga Isnin," katanya.Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Hakimie Razally di talian 011-33352585 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.





Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dijangka bentang Mac - FMT - 17/12 4:08 pm

Pada Mac tahun lepas, DUN lulus usul gubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang diisytihar batal dan tidak sah.





'Arwah baik, saya sempat tegur maklong dua hari lepas' - Pengerusi JPKKP - Sinarharian - 17/12 3:12 pm

Namun, tak sangka hari ini (semalam), dia sudah tiada," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.Dalam masa sama, Muhamad Faizal mengakui terkejut sebaik mengetahui kejadian terbabit selepas waktu Isyak dan terus bergegas ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut."Tak nampak pun sebarang perubahan pada arwah, cuma dia memang ada sakit kencing manis... Cucu nenek tu saya kenal macam tu sahaja, sebab kadang-kadang dia duduk sini, kadang-kadang balik rumah dia di Penaga," katanya lagi.Menurut beliau, pihak JPKKP akan menyalurkan bantuan dan sokongan moral kepada keluarga mangsa setakat yang termampu.Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki berusia 21 tahun yang juga cucu kepada mangsa ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, permohonan reman ke atas suspek yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) telah dibenarkan selama tujuh hari.Menurutnya, dalam kejadian tragis itu, mangsa berusia 65 tahun maut akibat ditikam di bahagian belakang badan, manakala ibu mangsa yang berusia 80 tahun parah di bahagian leher dipercayai ditetak.





Seminggu bertenang, SPRM mahu teruskan rayuan kes Syed Saddiq - Sinarharian - 17/12 1:18 pm

PUTRAJAYA Selepas hampir seminggu diberi masa untuk bertenang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu bahawa, rayuan terhadap keputusan yang membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diteruskan seperti dirancang.Ia membabitkan pembebasan Syed Saddiq, 33, daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta atas empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), tujuh tahun lalu.Berdasarkan surat yang dialamatkan kepada Timbalan Pendaftar, pendakwaan telah mendapatkan pandangan dan arahan Peguam Negara berhubung arahan Presiden Mahkamah Rayuan kepada pendakwaan dan pembelaan pada Jumaat minggu lalu."Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengarahkan rayuan ini diteruskan dan apa jua keputusan mahkamah hendaklah diterima."Sehubungan itu, perayu mengekalkan hujahan bertulis dan lisan yang dikemukakan dalam rayuan berkenaan," katanya.Dokumen itu berkata, segala pertimbangan, budi bicara dan kerjasama dalam perkara ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang juga Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, mengesahkan perkara terbabit."Sudah tentu pendakwaan yakin dengan kekuatan kes kami memandangkan kedua-dua pihak telah berhujah berkenaan isu-isu penting bagi rayuan ini."Kami serahkan kepada kebijaksanaan panel Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan," katanya ketika ditanya sama ada pendakwaan masih yakin dengan kekuatan kes berkenaan.Pada 12 Disember, tindakan panel tiga hakim tidak memberikan keputusan atau sekurang-kurangnya menetapkan tarikh baharu selepas mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu mencetuskan perhatian luar biasa masyarakat umum.Lebih mengejutkan, mahkamah bukan sekadar menangguhkan keputusan, malah memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan untuk bertenang.Panel tiga hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais juga meminta pihak pendakwaan dan pembelaan merenung kembali hujahan yang difailkan.Beliau yang bersidang bersama dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, pihak-pihak perlu bertenang dan meneliti semula hujahan masing-masing.Beliau meminta, mereka berbincang sebelum memutuskan sama ada mahu meneruskan rayuan atau sebaliknya.Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.Menerusi penghakiman setebal 22 muka surat, mahkamah menolak pembelaan Syed Saddiq sambil menyifatkan keterangannya `tidak masuk akal.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.Bagaimanapun, pada 25 Jun lalu, anak jati Johor Bahru itu bernasib baik apabila Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskannya daripada sabitan serta hukuman itu.Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara menyatakan tindakan mengarahkan seseorang untuk mengeluarkan wang, tidak boleh dikatakan melupuskan dana.Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram





Kes tembak Durian Tunggal: Ketua Polis Melaka ambil tanggungjawab penuh - Sinarharian - 17/12 11:35 am

MELAKA Polis Melaka terbuka menerima keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengarahkan siasatan kes tembakan melibatkan tiga suspek di Durian Tunggal diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya sejak awal telah menyerahkan sepenuhnya siasatan kes berkenaan kepada Bukit Aman."Kita tidak masuk campur langsung dan ini menunjukkan ketelusan dalam menjalankan siasatan





Suspek mengamuk sebelum tikam nenek, moyang - Sinarharian - 17/12 8:37 am

BALING Lelaki yang bertindak menikam nenek serta moyang dalam kejadian di Kampung Baru Bakai di sini pada Selasa dipercayai mengamuk sebelum bertindak sedemikian.Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, orang awam memaklumkan kejadian itu kepada polis yang bertugas di Balai Polis Malau pada kira-kira jam 7 malam.Menurutnya, suspek berusia 21 tahun yang juga cucu kepada mangsa maut kemudiannya dibawa oleh orang awam ke balai polis untuk tindakan lanjut."Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah batu setingkat yang didiami si mati, mangsa serta seorang anak si mati. Suspek merupakan cucu kepada si mati."Suspek dikenal pasti sebagai individu orang kurang upaya (OKU) intelektual dan disyaki mengamuk sebelum menyerang kedua-dua mangsa menggunakan senjata tajam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.Tambah beliau, suspek ditahan pada kira-kira jam 7.50 malam pada hari sama bagi membantu siasatan."Suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau dan mengaku telah menyerang si mati dan mangsa di tempat kejadian," katanya.Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Baling pada Rabu bagi permohonan reman bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.Dalam pada itu, polis memandang serius kejadian berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang warga emas maut ditikam cucu sementara ibu mangsa parah dalam kejadian dalam sebuah rumah di Kampung Baru Bakai di sini pada Selasa.





Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes warga tempatan ditembak .. - Mgazette - 17/12 8:12 am

Pihak polis turut merampas beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan kes itu, katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, lelaki itu juga mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971





Jurukimpal dipenjara 3 tahun kendali wang ahli kumpulan pengganas Daesh - Mgazette - 17/12 8:12 am

Mohd. Zairul didakwa mengikut Seksyen 130Q (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda dan boleh dirampas apa-apa harta yang dikendalikan itu





Kes tembak Durian Tunggal diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh - Mgazette - 17/12 8:11 am

# Kes tembak Durian Tunggal diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh KUALA LUMPUR - Siasatan kes tiga lelaki ditembak mati di Durian Tunggal, Melaka bulan lalu diklasifikasikan semula di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan bunuh





Cucu tikam nenek hingga maut, moyang parah ditetak - Sinarharian - 17/12 2:42 am

BALING - Seorang warga emas maut ditikam cucu sementara ibu mangsa parah akibat ditetak dalam kejadian dalam rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, Balai Polis Malau menerima makluman daripada orang awam berhubung kejadian tikam dan tetak membabitkan dua individu lebih kurang jam 7 malam.Menurutnya, mangsa maut dipercayai berusia 60-an manakala seorang lagi parah berusia 80-an."Mangsa yang maut mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang badan manakala mangsa yang parah mempunyai kesan tetak di belakang leher."Mangsa maut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan lanjut."Bagaimanapun, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi Rabu.Menurutnya, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan dan akan direman pagi Rabu di Mahkamah Baling."Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan setakat ini suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati, sepasukan anggota dari Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.Siasatan turut dibantu Unit Anjing Pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.





AGC arah siasatan tiga lelaki ditembak mati di Melaka diklasifikasi kes bunuh - Sinarharian - 16/12 8:46 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mengarahkan siasatan kes tiga lelaki yang ditembak mati di Melaka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.Menurut AGC, pihaknya telah dirujuk tentang laporan kes berkenaan dan berdasarkan taklimat serta cadangan yang dikemukakan oleh PDRM, jabatan itu bersetuju untuk mengarahkan klasifikasi semula siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan bunuh."Penelitian awal AGC mendapati beberapa tindakan lanjut masih perlu diambil oleh PDRM bagi melengkapkan siasatan sebelum apa-apa jua keputusan muktamad dibuat," menurut AGC dalam kenyataan hari ini.Pada 24 November lepas, tiga lelaki berumur 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa melibas parang ke arah seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal, Melaka kira-kira jam 4.30 pagi sehingga menyebabkan seorang koperal cedera parah pada lengan kirinya.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek daripada Geng Durian Tunggal itu dipercayai dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis dan aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan kerugian RM1.35 juta.Bagaimanapun pada 3 Disember lepas, ahli keluarga tiga suspek berkenaan menolak dakwaan bahawa mangsa bertindak ganas dengan menyerang pasukan keselamatan.Susulan itu pada 4 Disember, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan ahli keluarga tiga suspek lelaki terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.Hari ini, semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kes itu akan disiasat secara rapi dan telus tanpa sebarang tolak ansur oleh PDRM.Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismaildalam kenyataan hari ini menegaskan komitmen PDRMuntuk memastikan setiap proses siasatan dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berlandaskan undang-undang demi menjamin keadilan semua pihak."PDRM mengesahkan kertas siasatan berhubung insiden tembakan membabitkan tiga lelaki di kawasan Durian Tunggal telah dirujuk dan ditaklimatkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 16 Dis 2025," katanya.Beliau berkata, PDRMtidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku





'Saya terkejut dengan pendekatan siasatan' Peguam Albert Tei - Sinarharian - 16/12 5:58 pm

SEPANG "Saya hadir untuk memberi kerjasama, namun terkejut dengan pendekatan siasatan yang dijalankan."Demikian reaksi peguam kepada ahli perniagaan, Albert Tei, Mahajoth Singh selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini pada Selasa berhubung laporan yang dibuat oleh isteri anak guamnya berkaitan satu operasi pihak berkuasa pada 28 November lalu.Mahajoth Singh berkata, beliau menerima notis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) pada Isnin yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.Katanya, kehadiran beliau dibuat selepas mendapatkan nasihat guaman susulan notis yang diterima."Saya hadir untuk memberi kerjasama, namun saya agak terkejut dengan pendekatan yang digunakan dalam siasatan ini."Antara soalan yang dikemukakan ialah sama ada saya mengenali Albert Tei





Kes sumbang mahram: Bayi sihat, ibu masih lemah - Sinarharian - 16/12 4:01 pm

KUALA TERENGGANU Bayi lelaki yang dibuang di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut pada Ahad lalu dilaporkan berada dalam keadaan sihat manakala ibunya masih lemah dan sedang menerima rawatan di hospital.Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Maizura Ngah Abd Manan berkata, pegawai JKM telah melawat ibu dan bayi berkenaan pada Isnin."Pegawai JKM sudah melawat semalam. Ibu masih lemah manakala bayi berada dalam keadaan sihat."Ketika ini, kedua-duanya masih menerima rawatan di Hospital Besut dan belum dibenarkan keluar," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.Menurutnya, setakat ini ibu dan bayi lelaki berkenaan diletakkan di bawah jagaan pihak hospital sehingga kedua-duanya benar-benar pulih dan bebas daripada sebarang risiko kesihatan."JKM akan mengambil alih tugas penjagaan sehingga kes mahkamah selesai."Kita sentiasa mengambil berat dan memantau perkembangan kes yang melibatkan ibu serta remaja bawah umur," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis sedang menyiasat penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Besut.Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, siasatan awal mendapati bayi berkenaan merupakan hasil hubungan sumbang mahram melibatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan seorang ahli keluarganya.Menurutnya, sejurus selepas dilahirkan, bayi itu dilaporkan telah dibuang oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah berkenaan.Polis turut menahan reman seorang lelaki berusia 14 tahun yang juga merupakan adik kepada remaja perempuan itu bagi membantu siasatan.Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan sumbang mahram.





Jurukimpal kontrak dipenjara tiga tahun kendali wang anggota Daesh - Sinarharian - 16/12 3:33 pm

KUALA LUMPUR - Seorang jurukimpal kontrak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengendalikan wang anggota kumpulan Daesh, 10 tahun lepas.Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Zairul Mahmud, 40, dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Julai lepas.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Zairul didakwa mengendalikan secara tidak langsung harta seorang pengganas, dengan cara membenarkan kemasukan wang sebanyak RM10,000 dan pengeluaran sebanyak RM6,000 daripada akaun bank milik tertuduh untuk manfaat pengganas terbabit.Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru, antara 25 Februari 2015 hingga 8 Mei 2015, mengikut Seksyen 130Q (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda dan boleh dirampas apa-apa harta yang dikendalikan itu.Berdasarkan fakta kes, bertindak atas satu laporan polis, sepasukan anggota polis dari Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas (E8) Bukit Aman telah membuat tangkapan ke atas tertuduh di sebuah premis di Masai, Johor kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pembiayaan keganasan.Hasil siasatan oleh pegawai penyiasat mendapati tertuduh telah mengendalikan harta pengganas melalui beberapa transaksi daripada akaun banknya antara 25 Feb 2015 hingga 8 Mei 2015 melalui perkhidmatan ejen pengiriman wang kepada seorang lelaki yang terlibat dengan kumpulan Daesh.Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama.Mohd Zairul yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan isterinya tidak bekerja dan perlu menanggung empat anak yang masih bersekolah."Saya menyesal dengan perbuatan saya, saya mohon hukuman ringan demi keluarga saya," katanya





Duda tidak mengaku salah cederakan siak surau guna parang - Mgazette - 16/12 3:11 pm

Kesalahan itu dilakukan di Surau Nurul Hidayah di Jalan Bukit Jana, Kampung Bukit Jana, dalam daerah Larut Matang dan Selama, sekitar jam 2.30 petang pada 10 Disember 2025. Berikutan itu, tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan





Operator kilang tukar pengakuan tak bersalah cabul empat kanak-kanak - Sinarharian - 16/12 2:26 pm

SEREMBAN - Seorang operator kilang yang sebelum ini mengaku bersalah atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap empat kanak-kanak perempuan di taman permainan sejak November lalu, menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.Tertuduh, Muhamad Azizzuan Arsemi, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan semula pada prosiding hukuman dan sebutan fakta kes.Peguam, Muhammad Ahadiat Akashah memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sebelum ini membuat pengakuan bersalah selepas ditekan oleh pihak polis.Mengikut tiga pertuduhan sebelum ini, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal dengan memegang dada dan kemaluan mangsa bagi maksud seksual terhadap tiga kanak-kanak perempuan berusia tujuh, lapan dan sembilan tahun.Bagi satu lagi pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan kemaluannya bagi maksud seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.Kesalahan itu dilakukan pada waktu petang dari 21 November hingga 3 Disember lalu di taman permainan di Taman Senawang Indah dan Taman Jasmin di sini.Sehubungan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (a) dan Seksyen 15 (a) (i) AKSTKK 2017.Jika sabit kesalahan bagi Seksyen 14 (a), tertuduh boleh dipenjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebat manakala mengikut Seksyen 15 (a) (i), berdepan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun serta denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.Pada prosiding pada Selasa, tertuduh didakwa atas satu pertuduhan baharu iaitu melakukan amang seksual fizikal dengan memegang payu dara sebelah kanan kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun tujuh bulan bagi maksud seksual.Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang dilakukan di tepi Jalan Teratai, Taman Marida Senawang pada 6.40 pagi, 29 Julai lalu.Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebat.Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni tidak menawarkan jaminan kerana dikhuatiri tertuduh akan melarikan diri atau ada kemungkinan mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan.Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius kerana mangsa adalah kanak-kanak perempuan bawah umur dan jenayah dilakukan di lokasi berbeza."Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh saksi dan mangsa, tertuduh adalah suspek sebenar malah dia pernah dipenjara atas kesalahan lampau di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul) di Bahau," katanya.Muhammad Ahadiat dalam rayuan kepada mahkamah memohon anak guamnya yang merupakan bapa kepada dua anak diberikan jaminan paling munasabah.Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan jaminan tertuduh dan kes ditetapkan untuk serahan dokumen pada 31 Januari depan.





Lima bulan keluar penjara, Ketua Geng Kavi dicekup curi kabel - Sinarharian - 16/12 1:02 pm

SUNGAI PETANI - Baharu lima bulan keluar penjara, seorang lelaki ditahan semula bersama lima rakan lain yang dikenali sebagai Geng Kavi kerana disyaki mencuri kabel.Suspek utama berusia 38 tahun itu dikesan mengetuai kumpulan yang dipercayai aktif melakukan jenayah terbabit sekitar daerah Kuala Muda.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, satu serbuan menerusi Ops Pintu/Usil dijalankan pada 11 Disember lalu di Pekan Lama Sungai Petani, sekali gus menumpaskan kegiatan geng terbabit yang dianggotai enam lelaki berusia antara 27 hingga 51 tahun."Hasil risikan dan tindakan susulan melalui operasi yang dijalankan sepanjang Disember ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda berjaya menumpaskan satu kumpulan penjenayah yang aktif melakukan kegiatan mencuri kabel milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)," katanya.Beliau berkata, dalam serbuan sama, pihak polis turut merampas peralatan dan perkakas yang digunakan untuk memecah dan memotong kabel sebelum dipercayai dijual ke tapak pelupusan.Dalam serbuan terbabit, polis merampas lapan gulung kabel KTMB di dalam kenderaan yang digunakan suspek dengan nilai dianggarkan RM10,000."Modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan jaket keselamatan dan menunggang motosikal kononnya sedang memantau lokasi semasa melakukan jenayah. Mereka juga menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Wira bagi memudahkan pergerakan serta menyimpan peralatan dan barangan curi termasuk kapak, tukul besi, mesin pengisar, pemotong dan gergaji besi."Sasaran utama kumpulan ini adalah merosakkan pagar KTMB, memasuki kawasan landasan kereta api dan seterusnya mencuri kabel di dalam lubang bawah tanah," katanya.Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk suspek utama yang memiliki 12 rekod jenayah dan 18 rekod berkaitan dadah.Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.





Keluarga pelajar madrasah kena 'hentak' guna topi keledar ditahan, halang tugas polis - Sinarharian - 16/12 12:29 am

KOTA KINABALU - Empat lelaki ditahan selepas bertindak menghalang pihak polis menjalankan tugas ketika sedang menahan seorang suspek bagi membantu siasatan kes kecederaan dan penderaan pelajar madrasah yang dilaporkan sebelum ini.Empat lelaki berusia sekitar 30 hingga 50-an dipercayai ahli keluarga mangsa iaitu pelajar madrasah yang didakwa dipukul menggunakan topi keledar dalam satu video yang tular dalam kejadian pada malam Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu di Telipok, di sini, pada jam 6.45 petang Isnin."Kejadian ini berlaku ketika sepasukan pegawai polis sedang menjalankan tugas untuk menangkap dan membawa seorang suspek bagi membantu siasatan kes kecederaan dan penderaan kanak-kanak yang telah dilaporkan sebelum ini."Siasatan awal mendapati beberapa individu telah bertindak menghalang kenderaan polis, mengeluarkan kata-kata kesat, cuba membuka pintu kenderaan serta menendang dan memukul kenderaan berkenaan sehingga menjejaskan tugas polis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, turut dirampas sebatang besi golf yang dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut."Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan pihak polis akan memohon reman ke atas kesemua suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, menjalankan ujian saringan air kencing, serta merakam percakapan saksi kejadian," katanya.Dalam pada itu, Kasim menasihatkan orang awam agar tidak bertindak mengikut perasaan, bertenang dan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis."Sebarang ketidakpuasan hati hendaklah disalurkan melalui saluran undang-undang yang betul," katanya.Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang lelaki ditahan susulan satu video berdurasi hampir lima minit tular media sosial yang memaparkan sekumpulan remaja dipukul menggunakan topi keledar di sebuah premis di Kota Kinabalu.





Pertikaian jual beli kereta, enam lelaki ditahan - Sinarharian - 16/12 11:52 am

GEORGE TOWN - Enam lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 28 tahun ditahan selepas terlibat dalam satu kejadian pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Jalan Lenggong, Jelutong di sini pada malam Isnin.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.45 malam sebelum anggota polis digerakkan ke lokasi.Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berlaku kira-kira jam 7.30 malam dan dipercayai berpunca daripada pertikaian melibatkan urusan jual beli sebuah kereta antara dua pihak."Kesemua suspek yang terlibat adalah lelaki warga tempatan dan hasil siasatan awal membawa kepada tangkapan enam individu bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, empat daripada suspek utama telah direman selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Disember manakala dua lagi suspek direman sehari sehingga Selasa bagi membantu siasatan lanjut."Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan sebarang rakaman video kejadian atau membuat spekulasi dan komen tidak benar yang boleh mengganggu serta menjejaskan siasatan polis."Kerjasama orang awam amat dihargai bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil," katanya.Terdahulu, tular beberapa klip video memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Jelutong.





Bapa tiga anak didakwa tetak siak surau dengan parang - Sinarharian - 16/12 11:31 am

TAIPING - Bapa tiga anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping pada Selasa atas pertuduhan mencederakan seorang siak menggunakan parang dalam kejadian di Kamunting di sini minggu lalu.Tertuduh, Kamarulzaman Kamarudin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Sakinah Haroon Arashid.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Normuda Mohd Noor, 68, dengan menggunakan sebilah parang di Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana, Kamunting dalam daerah Larut, Matang dan Selama kira-kira jam 2.30 petang pada 10 Disember lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi menawarkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh selain syarat tambahan supaya tidak mendekati mangsa dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.Tertuduh yang diwakili Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad memohon jaminan paling minimum dengan alasan tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM50 sehari, mempunyai tiga anak dan sudah bercerai.Mahkamah turut diberitahu bahawa tertuduh pernah dimasukkan ke hospital psikiatri sebanyak tiga kali dan memohon supaya tertuduh dirujuk ke hospital bagi rawatan, sementara menunggu tarikh perbicaraan akan datang.Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.Tarikh 29 Januari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.Terdahulu media melaporkan, seorang siak surau parah selepas ditetak berulang kali pada bahagian kepala dan tangan oleh seorang lelaki bersenjatakan parang.Berdasarkan siasatan awal polis, motif kejadian dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek terhadap mangsa.Suspek berjaya ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sekitar jam 4.30 petang pada hari sama, tidak jauh dari lokasi kejadian.





Op Mabuk:Enam lelaki ditahan, 10 saman dikeluarkan - Mgazette - 16/12 8:00 am

# Op Mabuk:Enam lelaki ditahan, 10 saman dikeluarkan KLUANG Polis menahan enam lelaki warga tempatan atas beberapa kesalahan dalam Op Mabuk di sekitar bandar ini dan Simpang Renggam antara Jumaat hingga semalam





Lelaki ditahan 'hentak' pelajar madrasah guna topi keledar - Sinarharian - 15/12 11:01 pm

KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditahan untuk membantu siasatan susulan tular satu video yang memaparkan kejadian sehingga menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan penderaan melibatkan pelajar madrasah di sini.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut yang tular menerusi rakaman video di media sosial.Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 11.55 malam pada Ahad, di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu, yang melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa."Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Kasim berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001."Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi semua pihak terlibat.Sebelum ini, tular satu rakaman video berdurasi 4 minit 51 saat yang menunjukkan seorang lelaki memukul sekumpulan remaja lelaki menggunakan topi keledar di kawasan kedai.





Kes sumbang mahram: Adik lelaki dipercayai OKU lembam - Polis - Sinarharian - 15/12 6:57 pm

BESUT - Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes sumbang mahram dan buang bayi di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut di sini pada Ahad dipercayai orang kurang upaya (OKU) lembam.Perkara itu disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh.Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa."Polis telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bermula Isnin hingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan."Buat masa ini belum ada ahli keluarga lain atau saksi yang dipanggil untuk dirakam keterangan," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan membuang bayi yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.Selain itu, jelas beliau, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama.Sinar Harian pada Isnin melaporkan penemuan seorang bayi lelaki di belakang sebuah rumah membongkar perbuatan sumbang mahram dipercayai membabitkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan adik lelakinya.Hasil siasatan mendapati bayi yang dilahirkan secara rahsia itu adalah hasil hubungan terlarang remaja perempuan berkenaan yang kini sedang dirawat di hospital.Bayi itu dilaporkan telah dibuang di belakang sebuah rumah oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah di situ.





Op Mabuk: Enam lelaki ditahan, 10 saman dikeluarkan - Sinarharian - 15/12 5:55 pm

KLUANG Polis menahan enam lelaki tempatan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Mabuk yang dijalankan sekitar bandar Kluang dan Simpang Renggam selama tiga hari bermula JumaatKetua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, operasi itu dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.Menurutnya, enam lelaki berusia antara 22 hingga 50 tahun ditahan sepanjang tempoh operasi berkenaan."Dua daripada mereka ditangkap di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya





Rugi RM155,788 beli set periuk secara 'online' - Sinarharian - 15/12 3:40 pm

KUALA LUMPUR Seorang pegawai sebuah syarikat mengalami kerugian RM155,788 selepas ditipu ketika membeli set periuk berjenama dari luar negara secara dalam talian.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, berkata wanita berusia 50 tahun itu melihat iklan penjualan set periuk berkenaan di aplikasi Instagram pada September lalu."Mangsa membuat pembelian satu set periuk secara dalam talian dan melakukan pembayaran awal ke sebuah akaun bank diberikan penjual."Selepas itu, mangsa diminta membuat beberapa bayaran tambahan kononnya bagi tujuan pelepasan kastam, wang jaminan dan yuran pentadbiran oleh individu yang menyamar sebagai pekerja penjual, pegawai kastam dan pegawai bank negara," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Chang Hook berkata, mangsa kemudian membuat pelbagai transaksi pemindahan wang ke 18 akaun bank yang berbeza atas arahan suspek."Sehingga kini, mangsa mendakwa masih tidak merima barang berkenaan dan suspek memberikan pelbagai alasan mengenai perkara itu."Mangsa kemudian menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan hingga membabitkan kerugian sebanyak RM155,788," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang pembelian dalam talian," katanyaMenurutnya, masyarakat perlu mengambil inisiatif untuk lebih peka dan waspada ketika membeli barangan terutama dalam talian dengan memastikan penjual atau platform itu boleh dipercayai."Orang ramai juga digalakkan untuk menyelidik reputasi penjual, membaca ulasan pengguna sebelum membeli, menggunakan cara pembayaran selamat dan menjauhi tawaran yang terlalu murah atau luar biasa."Sekiranya ragu-ragu, lebih baik menolak transaksi daripada menjadi mangsa penipuan," katanya.





Kerajaan santuni pertikaian tanah Felda, Kerajaan Terengganu secara .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm

# Kerajaan santuni pertikaian tanah Felda, Kerajaan Terengganu secara berhemah - TPM GOMBAK - Kerajaan akan menyantuni sebarang pertikaian yang timbul secara berhemah melibatkan premium tanah antara Felda dan Kerajaan Negeri Terengganu





Mangsa pelaburan koperasi rugi cecah RM4.9 juta, MHO mohon polis siasat .. - Mgazette - 15/12 3:30 pm

# Mangsa pelaburan koperasi rugi cecah RM4.9 juta, MHO mohon polis siasat KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan di bawah kesalahan jenayah Kanun Keseksaan terhadap sebuah program pelaburan dianjurkan oleh sebuah koperasi yang didakwa memperdaya puluhan pelabur





Raih upah RM15,000 bungkus dadah bernilai RM10.4 juta – Shazeli - Mgazette - 15/12 3:30 pm

# Raih upah RM15,000 bungkus dadah bernilai RM10.4 juta - Shazeli SHAH ALAM Dua wanita tempatan hanya sempat memperoleh bayaran upah yang lumayan sehingga RM15,000 untuk menjalankan aktiviti pembungkusan pelbagai jenis dadah sejak tiga bulan lalu





Polis minta bantuan MCMC, kesan profil individu ugut peguam – Shazeli - Mgazette - 15/12 3:30 pm

Peguam tersebut mendakwa, ugutan itu diterima dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang sedang diwakilinya melibatkan kes tembak tiga individu di Melaka pada 24 November lalu. Ekoran laporan itu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998





Pemandu ambulans didakwa rogol anak tiri - Sinarharian - 15/12 1:16 pm

SEREMBAN - Pemandu ambulans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya, tiga tahun lalu.Tertuduh, berusia 45 tahun yang juga merupakan penjawat awam membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh telah merogol seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 14 tahun di ruang tamu dan bilik tidur sebuah kuaters kerajaan di Port Dickson.Kesalahan berkenaan dilakukan pada 15 April 2022, jam lebih kurang 2 pagi dan 1 Ogos 2022, jam 3 pagi.Berikutan itu tertuduh yang merupakan penjawat awam telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.Peguam, M.Gopinathan memaklumkan kepada mahkamah yang penjamin tertuduh hadir.Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan dan memohon perbicaraan kes diteruskan mengikut peruntukan Seksyen 254(a) Kanun Tatacara Jenayah.Mahkamah menetapkan jaminan RM9,000 dengan syarat tambahan sama seperti sebelum ini serta menyerahkan pasport.Sebutan semula kes untuk perbicaraan 28 Mei hingga 23 Mei tahun hadapan.Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan mangsa sama yang mana hubungan tertuduh dengannya tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk berkahwin dengannya.Perbuatan itu dilakukan pada 14 April 2022 dan 31 Julai 2022 antara jam 2 pagi hingga 3 pagi di lokasi sama.Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku salah atas pertuduhan terbabit





Penolong arkitek rugi lebih RM67,000 diperdaya sindiket kerja sambilan - Sinarharian - 15/12 1:15 pm

Bagaimanapun, mangsa perlu membuat bayaran terlebih dahulu dan wang berkenaan dijanjikan akan dipulangkan bersama komisen ke dalam akaunnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Azli berkata, mangsa pada mulanya berasa gembira apabila menerima pulangan wang dan komisen bagi dua tugasan pertama.Menurut beliau, mangsa yang semakin yakin kemudian menyelesaikan 14 tugasan lain, namun gagal memperoleh sebarang keuntungan atau pulangan wang seperti dijanjikan."Mangsa telah membuat pembayaran berjumlah RM67,789 ke lima akaun bank berbeza bagi tugasan yang dilakukan dalam tempoh 12 hingga 14 Dis lepas."Mangsa membuat laporan polis pada 10.29 malam tadi selepas gagal mendapatkan pulangan wang dan komisyen dijanjikan, selain tidak berjaya menghubungi suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya





Bayi dibuang belakang rumah bongkar perbuatan sumbang mahram kakak dengan adik lelaki - Sinarharian - 15/12 12:48 am

BESUT [DIKEMAS KINI] Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja di sini pada Ahad membongkar kes sumbang mahram membabitkan seorang remaja perempuan dan adik lelakinya.Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan adalah hasil hubungan terlarang remaja perempuan berusia 16 itu yang dilahirkan secara rahsia."Sejurus selepas dilahirkan, bayi itu dilaporkan telah dibuang oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah di situ," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Beliau berkata, polis telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sehingga tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan."Mahkamah membenarkan lelaki tersebut ditahan untuk siasatan menyeluruh berhubung kes itu."Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun."Siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama."Seksyen ini membawa hukuman penjara yang sangat berat, iaitu tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan," ujar beliau.Beliau berkata, perbuatan membuang bayi ini adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan hukum agama serta jelas menafikan hak seorang bayi untuk hidup.Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat palsu atau tidak benar berhubung kes tersebut."Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan atau menyebar maklumat tidak tepat di media sosial berhubung kes tersebut," katanya.Pada Ahad tular di media sosial penemuan seorang bayi dan difahamkan, bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan dan tindakan lanjut.





Peguam diugut di media sosial: Polis tunggu laporan MCMC - Sinarharian - 15/12 12:18 am

SHAH ALAM - Polis masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesan profil individu yang dikatakan memuat naik ugutan di media sosial terhadap seorang peguam yang mewakili keluarga tiga lelaki dalam insiden tembakan di Melaka.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, keterangan pengadu dan beberapa individu telah diambil pihak polis."Laporan oleh peguam terbabit telah diterima polis pada 5 Disember lalu dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Kita telah memohon bantuan MCMC untuk mendapatkan profil individu yang membuat komen (ugutan) terbabit dan masih menunggu maklum balas," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Isnin.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dilaporkan berkata siasatan mendapati peguam tersebut telah membaca satu komen daripada satu individu yang tidak dikenali menerusi hantaran di platform media sosial ketika berada di pejabatnya di Petaling Jaya.Komen yang mengandungi unsur ugutan bunuh tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang sedang dikendalikan peguam terbabit.Terdahulu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, ketiga-tiga suspek dikenali Geng DT ditembak mati selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, 24 November lalu.Siasatan mendapati suspek utama berusia 29 tahun memiliki 39 rekod lampau jenayah dan dadah selain turut dikehendaki polis, manakala seorang lagi mempunyai 12 rekod jenayah dan dadah.Kumpulan berkenaan dipercayai aktif melakukan jenayah samun bersenjata di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dengan jumlah kerugian dianggarkan RM1.35 juta.Berikutan laporan keluarga suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes tembakan itu pada 3 Disember.





Suri rumah sanggup gadai barang kemas akhirnya rugi RM131,000 terpedaya tawaran pelaburan - Sinarharian - 15/12 10:45 am

GOMBAK Terpengaruh dengan tawaran pelaburan di satu aplikasi dalam talian, seorang suri rumah sanggup menggadai barangan kemas, sebelum menyedari dirinya diperdaya sehingga mengalami kerugian lebih RM131,000.Menurut sumber, mangsa berusia 37 tahun itu ketika berada di rumahnya di Batu Caves pada hujung bulan lalu ternampak satu iklan pelaburan di aplikasi itu yang menjanjikan pulangan lumayan."Mangsa yang berminat kemudian menghubungi seorang lelaki untuk melabur sebelum diberi satu ujian kononnya bagi melayakkan dirinya menjadi pelabur syarikat terbabit."Wanita itu turut membuka akaun pelaburan melalui pautan yang diberikan bagi memudahkan urusan pelaburan," katanya.Sumber berkata, sejak itu mangsa membuat beberapa pemindahan wang ke akaun bank berbeza menggunakan wang hasil menggadai barangan kemas miliknya."Suspek bagaimanapun terus meminta mangsa membuat pelaburan tambahan walaupun dia sudah kehabisan wang sebelum mangsa bertanya bila pulangan akan diterima."Sejak itu, suspek memberi pelbagai alasan dan sehingga kini wang yang dilaburkan tidak dipulangkan," katanya.Mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Polis Selayang pada Ahad untuk tindakan lanjut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi pada Isnin mengesahkan menerima laporan berkenaan."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan





Sabitan, hukuman penjara 2 tahun terhadap Clare diketepikan Mahkamah Tinggi - Mgazette - 15/12 8:15 am

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 14 September 2018 kira-kira pukul 8 pagi di Lot 60048, Taman Chendering Utama, Kuala Terengganu. Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan





Mahkamah Tinggi isytihar perbicaraan Rewcastle-Brown tanpa kehadiran tertuduh tidak sah - Sinarharian - 14/12 4:25 pm

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengisytiharkan perbicaraan secara tanpa kehadiran tertuduh terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang sebelum ini dijalankan oleh Mahkamah Majistret sebagai perbicaraan tidak sah.Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohd Radzi Harun dalam penghakimannya berkata, dengan keputusan itu, sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret sebelum ini dibatalkan."Disebabkan mahkamah ini telah mengisytiharkan perbicaraan tidak sah, pertuduhan terhadap rayuan (Rewcastle-Brown) masih kekal dan prinsip jenayah autrefois acquit (sudah dibebaskan dahulu), autrefois convict (sudah dihukum dahulu) tidak terpakai bagi pihak rayuan," katanya.Beliau menambah, melainkan pendakwa raya awam membuat keputusan sebaliknya dalam kuasanya, mahkamah memerintahkan kes ini disebut semula di hadapan majistret baharu dengan tujuan agar perbicaraan semula dijalankan terhadap pertuduhan yang sama ke atas Rewcastle-Brown.Mohd Radzi turut memerintahkan majistret perbicaraan semula memanggil semula saksi-saksi pendakwaan dan merakamkan keterangan mereka walaupun tanpa kehadiran tertuduh.Pendakwaan hari ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azizan Abdullah, Mohd Khairuddin Idris dan Nor Aishah Mohamad, manakala Rewcastle-Brown yang tidak hadir diwakili peguam Guok Ngek Seong.Pada 7 Februari 2024, Rewcastle-Brown dijatuhkan hukuman penjara dua tahun secara tanpa kehadiran tertuduh oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas didapati bersalah memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri memerintahkan hukuman penjara ke atas Rewcastle-Brown, 66, bermula dari tarikh sabitan.Beliau kemudian mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bagi membatalkan sabitan dan hukuman tersebut.Sementara itu, Ngek Seong ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, mahkamah juga telah bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan sebelum ini yang antara lain menyatakan bagi mana-mana pertuduhan jenayah, tertuduh perlu dibawa ke mahkamah untuk dituduh."Selepas itu, jika tertuduh tidak hadir sebelum atau semasa bicara, mahkamah akan menentukan sama ada adil atau tidak untuk meneruskan secara in absentia itu yang kita bangkitkan sebelum ini," katanya.Apabila ditanya mengenai kehadiran anak guamnya pada perbicaraan semula di Mahkamah Majistret, Ngek Seong berkata, beliau tidak pasti kerana proses ekstradisi pengarang wanita itu sukar dilaksanakan berikutan percanggahan undang-undang antara Malaysia dan United Kingdom





Cemburu dipercayai punca suami bunuh, simpan mayat isteri 4 hari - Mgazette - 14/12 8:16 am

Siasatan turut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan. Suspek kini dalam tempoh reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut, katanya hari ini





Bekas pengurus rugi RM241,000 selepas terima panggilan ‘NFCC’, .. - Mgazette - 14/12 8:16 am

Bagaimanapun ujarnya, selepas pembayaran dibuat mangsa tidak menerima kembali semua wang tersebut. Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun serta disebat dan denda





Lelaki bunuh isteri kerana cemburu - Ketua Polis Pulau Pinang - Sinarharian - 13/12 9:05 pm

BUKIT MERTAJAM - Polis percaya lelaki yang mengaku membunuh isterinya beberapa hari lepas di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna Seberang Jaya di sini, sebelum menyerah diri ke balai polis pada Khamis bertindak sedemikian kerana cemburu.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, namun pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci terhadap lelaki berusia 28 tahun itu."Siasatan awal polis mendapati suspek bertindak membunuh isterinya kerana cemburu tapi kami sedang jalankan siasatan lanjut kerana tindakannya yang sanggup tinggal bersama isterinya beberapa hari selepas wanita itu mati menimbulkan tanda tanya."Ujian air kencing ke atas lelaki itu juga negatif dadah dan polis kini sedang melengkapkan siasatan kes itu untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.Beliau berkata, polis percaya dengan penahanan lelaki yang tidak bekerja itu berjaya menyelesaikan kes berkenaan dan suspek kini direman sehingga 18 Dis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Semalam, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, sepasukan polis telah ke lokasi dan mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian di atas tilam di dalam sebuah bilik tidur dipercayai meninggal dunia beberapa hari lepas selepas menerima maklumat daripada seorang lelaki pada Khamis yang mengaku membunuh isterinya di rumah mereka.Jenazah wanita itu, Allahyarham Wan Khairul Safinah, 44, telah dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Suka Menanti, Alor Setar selepas solat Asar semalam





Dendam babitkan kongsi gelap disyaki jadi motif kes tembak – Polis - Mgazette - 13/12 3:56 pm

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Muhamad Mustafah Hussin dilaporkan berkata ketika kejadian, mangsa berusia 47 tahun itu berada di lokasi seorang diri sebelum terkena tembakan peluru penabur di bahagian rusuk sebelah kanan dan belakang. Mangsa yang bekerja sendiri itu dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971





Polis lanjutkan tempoh jaminan terhadap Namewee - Sinarharian - 13/12 2:14 pm

KUALA LUMPUR - Polis melanjutkan tempoh jaminan terhadap penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee sementara menunggu laporan toksikologi serta laporan penuh bedah siasat berkaitan kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yun Hsin, 33, pada 22 Oktober lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan toksikologi berkenaan masih belum diperoleh dan memerlukan tempoh beberapa bulan untuk dilengkapkan."Kita masih menunggu laporan toksikologi seperti yang dimaklumkan sebelum ini, proses itu dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan."Polis sedang berusaha mendapatkan kedua-dua laporan berkenaan secepat mungkin bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Majlis Peluncuran Taman Angkat di Dataran PPR Seri Alam, Fasa Dua di sini pada Sabtu.Katanya, sekiranya memerlukan, pihaknya akan melanjutkan lagi tempoh jaminan terhadap Namewee.Media sebelum ini melaporkan tempoh jaminan terhadap Namewee dilanjutkan selama 14 hari sehingga 10 Disember.Namewee sebelum ini direman selama sembilan hari bermula 5 hingga 13 November sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa.Terdahulu, pada 22 Oktober lalu, Hsieh ditemukan meninggal dunia di dalam tab mandi bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.Kes yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Kes tembak: Motif disyaki akibat dendam babitkan kongsi gelap - Polis - Sinarharian - 13/12 12:01 am

SEREMBAN - Kejadian seorang lelaki yang maut ditembak di dalam kereta di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson di sini pada Rabu lepas dipercayai bermotifkan dendam membabitkan kongsi gelap.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini pihaknya menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan selain merampas sepucuk pistol dan beberapa butir peluru dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit."Kita masih lagi mengesan suspek dan saksi untuk bantu siasatan dan setakat ini, tujuh individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan."Polis percaya kes ini disebabkan balas dendam, lelaki yang maut itu merupakan pengawal keselamatan kepada lelaki cedera yang disyaki merupakan pemimpin kepada kumpulan kongsi gelap," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, manakala seorang lagi lelaki berumur 47 tahun cedera selepas ditembak dua suspek yang menaiki motosikal.Dalam perkembangan lain, Alzafny berkata hingga kini, tiada pihak yang tampil membuat laporan atau memberikan maklumat berkaitan insiden seorang lelaki yang cedera terkena tembakan ketika mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling pada Jumaat."Polis kini sedang mengesan individu terlibat. Kita tidak menolak kemungkinan ada kegiatan pemburu haram di hutan di negeri ini," katanya.Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Muhamad Mustafah Hussin dilaporkan berkata ketika kejadian, mangsa berusia 47 tahun itu berada di lokasi seorang diri sebelum terkena tembakan peluru penabur di bahagian rusuk sebelah kanan dan belakang.Mangsa yang bekerja sendiri itu dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971




Reformasi     >>



Anwar jawab rasional rombakan Kabinet, lantik pemimpin .. - Harapandaily
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab secara ringkas mengenai rasional pelantikan baharu dalam Kabinet. Dalam pertemuan bersama ketua-ketua pengarang dan wartawan media tempatan malam tadi, Anwar berkata rombakan kecil dibuat bagi menyuntik nafas baharu di beberapa kementerian ..
Kroni     >>



Business : Felcra Sets 15 Pct Dividend For Fy 2025, .. - Bernama
KUALA LUMPUR, Dec 17 (Bernama) -- The dividend based on the operations of the Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) for the 2025 financial year has been set at 15 per cent and is expected to be paid early next year, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ..
Tabloid     >>



Karya animasi tempatan tembusi pasaran luar negara - Hmetro
Bermula dengan minat terhadap komik manga dan anime ketika kecil, individu ini kini dikenali sebagai peneraju studio animasi tempatan yang disegani. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Apple releases the first public betas of iOS 26.3 and .. - Gsmarena
Following the developer-focused release which came out yesterday, today Apple has made the first public betas of iOS 26.3 and iPadOS 26.3 available to those who are part of its beta program. With iOS 26.3 you get an easier way to transfer your data to an Android device if you're switching to ..
World     >>



Oil rebounds from lowest levels since 2021 after Trump .. - Cnbc
President Donald Trump said he ordered a "total and complete" blockade of sanctioned oil tankers leaving and entering Venezuela.
Motor Trend     >>



Perodua rasmi lancar SUV Baharu, PERODUA TRAZ - dari .. - Careta
Dengan fokus terhadap rekaan yang mudah dan intuitif, Traz dibangunkan di bawah tagline Engineered Simply, menunjukkan komitmen Perodua untuk menghasilkan kenderaan yang benar-benar memahami keperluan pemandu Malaysia. Dari segi harga, Perodua Traz ditawarkan bermula RM76,100 hingga RM82,000 (