///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Kanada News   Page 1    



Pelancongan Sabah catat RM3.3 juta pendapatan lima bulan pertama 2025 - SUN - 6/07 9:06 pm

Pasaran utama Eropah termasuk United Kingdom dan Ireland (13,910), Jerman (3,854), dan Perancis (2,750). Amerika Syarikat dan Kanada masing-masing mencatat 9,356 dan 2,949 ketibaan





ESSZone Sabah destinasi selamat, aman dikunjungi - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 5/07 8:14 pm

SEMPORNA - Sabah khususnya kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) merupakan destinasi yang aman dan selamat untuk dikunjungi pelancong luar negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata, bagi memperkukuh persepsi positif serta keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap tahap keselamatan kawasan itu, 15 wakil diplomatik dan pegawai perwakilan asing dari 10 negara telah diberikan taklimat keselamatan serta dibawa meninjau ESSZone hari ini."Tahun ini merupakan tahun kedua Kementerian Dalam Negeri bersama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) membawa diplomat dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Australia, Belgium, Ireland, Jerman, Kanada, New Zealand, China, Korea Selatan dan Sepanyol menyertai siri lawatan sehari ke lokasi utama pelancongan di ESSZone."Kita melawat Pulau Omadal, Pulau Sibuan, Pulau Bohey Dulang dan Pulau Mataking, tujuannya bagi membolehkan perwakilan asing ini melihat sendiri suasana semasa, memahami konteks keselamatan kawasan yang dilawati sekali gus mereka berpeluang berinteraksi langsung bersama komuniti setempat," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Menteri Dalam Negeri Bersama Perwakilan Asing di sini hari ini.Saifuddin Nasution berkata, menerusi lawatan itu, perwakilan asing dapat mengenal budaya, mengetahui sejarah dan seterusnya mendapat pencerahan mengenai keunikan lokasi serta tahap keselamatan."Kita jemput negara-negara strategik yang pernah mengeluarkan travel advisory ataupun nasihat perjalanan kepada rakyat mereka tentang pantai timur Sabah ini."Pada tahun lalu kita melaksanakan program seumpama ini dan hasil membawa perwakilan negara itu, kita merekodkan kehadiran pelancong tinggi daripada negara berkenaan, jadi kita nampak potensi untuk tingkat angka kemasukan pelancong."Terima kasih pada kerajaan Sabah termasuk Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang memberikan kerjasama padu kepada inisiatif Kementerian Dalam Negeri yang menjaga perspektif keselamatan, ini merupakan model kerjasama unik," katanya.Beliau berkata, keberadaan pasukan keselamatan di kawasan ESSZone pada tahap siap sedia sedia tinggi dengan pelbagai operasi dilaksanakan menggabungkan sumber kekuatan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta sokongan risikan dan kerjasama rentas sempadan."Hasilnya, kawasan ini kekal stabil, sehingga hari ini, kita suka mengumumkan bahawa tiada sebarang insiden penculikan untuk wang tebusan berlaku sejak 15 Jan 2020 di ESSZone, ini satu pencapaian yang membanggakan."Malahan sepanjang tempoh 1 Jan hingga 31 Mei tahun ini, sebanyak 1.08 juta pemeriksaan individu, kenderaan dan bot di ESSZone, dan daripada jumlah itu 153 individu ditahan, 73 kenderaan serta bot dirampas atas pelbagai kesalahan keselamatan," katanya.Saifuddin Nasution berkata, laporan mingguan terkini Perjanjian Kerjasama Serantau Bagi Membanteras Pelanunan dan Rompakan Bersenjata Terhadap Kapal di Asia (ReCAAP) turut menyokong dapatan bahawa tahap ancaman penculikan kru di kawasan Laut Sulu dan Sulawesi diturunkan kepada kategori rendah, berikutan tiada insiden penculikan dilaporkan sejak Jan 2020 itu.Tambahnya, peningkatan tahap keselamatan di ESSZone ditunjukkan secara langsung dengan peningkatan jumlah pelancong saban tahun.ESSZone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau





Harga minyak dunia turun 16 peratus, tapi harga gas asli naik 30 peratus - Careta - 5/07 7:44 am

Penurunan ini didorong oleh beberapa faktor utama. Antaranya termasuk peningkatan bekalan global daripada negara-negara pengeluar bukan ahli OPEC+, terutamanya Amerika Syarikat, Brazil dan Kanada





Filem Worth The Wait promosi Malaysia ke peringkat global - SUN - 4/07 10:43 pm

Filem tersebut merupakan pencapaian penting bagi industri perfileman Malaysia, sebagai satu daripada beberapa filem romantik yang mencapai kejayaan di pawagam dan penstriman antarabangsa. Karya itu juga popular menerusi penstriman di Hollywood, Kanada, United Kingdom, Australia dan New Zealand, dan akan ditayangkan di panggung wayang di Singapura dan seluruh Asia Tenggara tidak lama lagi.





Anwar harap Kanada pertimbang semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia - SUN - 4/07 2:13 pm

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan harapan kepada rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney untuk mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia.Ia adalah selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala, katanya dalam hantaran di platform X hari ini





PMX harap Kanada kecualikan visa kepada rakyat Malaysia - Thempress - 4/07 1:25 pm

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyuarakan harapan agar Kanada dapat mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia





Anwar harap Kanada pertimbang semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia - Sinarharian - 4/07 11:39 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan harapan kepada rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney untuk mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia."Ia adalah selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala," katanya dalam hantaran di X pada Jumaat.Anwar ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Perancis, menghubungi Perdana Menteri Kanada Mark Carney untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Kanada baru-baru ini.Rakyat Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Kanada bagi tujuan melancong, belajar atau bekerja.Yuran visa Kanada untuk warganegara Malaysia termasuk yuran kepada kerajaan Kanada, yuran biometrik serta sokongan atau perkhidmatan lanjut daripada VFS Global, pentadbir pihak ketiga dilantik untuk visa Kanada di Malaysia.Proses untuk permohonan visa Kanada mengambil masa yang lama





Malaysia komited perkukuh hubungan dua hala dengan Kanada - PM Anwar - Astroawani - 4/07 9:20 am

Anwar turut menjemput Carney untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memperkukuh ikatan persahabatan antara kedua-dua negara.





Malaysia perkukuh hubungan dua hala dengan Kanada - Anwar - Sinarharian - 4/07 8:23 am

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Kanada, merangkumi pelbagai bidang strategik seperti perdagangan dan pelaburan, kerjasama pertahanan, tenaga bersih, transformasi digital serta teknologi baharu.Perkara itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam lawatan rasmi ke Paris, Perancis, kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney menerusi panggilan telefon, dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada Carney atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Persekutuan Kanada baru-baru ini."Saya menyambut baik penglibatan berterusan Petronas dalam projek LNG Canada, yang merupakan simbol kukuh kerjasama tenaga di antara kedua-dua negara dan berpotensi menjadi pemangkin kepada inisiatif hijau dan peralihan tenaga masa depan," kata beliau.Perdana Menteri berkata sebagai anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Malaysia dan Kanada berkongsi tekad memperjuangkan prinsip perdagangan bebas, terbuka dan berasaskan multilateralisme yang adil serta inklusif.Anwar turut menyuarakan harapan agar Kanada dapat mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia, selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain, demi memperkukuh hubungan antara rakyat dan memperluas pertukaran pelbagai hala."Kami juga menegaskan kepentingan memperkukuh Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada, dan berharap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dapat dimuktamadkan secepat mungkin demi manfaat bersama," kata Perdana Menteri.Anwar turut menjemput Carney untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memperkukuh ikatan persahabatan antara kedua-dua negara





CYDES 2025 pacu pelaburan strategik, perkukuh kepimpinan Malaysia dalam keselamatan siber serantau - SUN - 30/06 11:15 am

CYDES 2025 juga akan menghimpunkan lebih 70 delegasi antarabangsa daripada 20 negara serta lima organisasi antarabangsa, mencerminkan pengiktirafan global terhadap peranan Malaysia dalam membentuk landskap keselamatan siber yang lebih selamat, kolaboratif dan tangkas. Platform Serantau, Peluang Pelaburan Baharu CYDES 2025 mencatat penyertaan memberangsangkan melibatkan lebih 200 syarikat daripada 25 negara berbanding kurang daripada 100 penyertaan pada 2023 termasuk dari China, Kanada, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS)





Cabaran Letshanaa terhenti suku akhir Terbuka AS - Sinarharian - 28/06 4:00 pm

LANGKAH cemerlang perseorangan wanita negara, K Letshanaa dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) berakhir di peringkat suku akhir setelah tewas kepada pemain India, Tanvi Sharma, pada Sabtu.Pemain ranking ke-50 dunia itu gagal mempamerkan prestasi terbaiknya apabila tunduk kepada pemain di ranking ke-66 dunia itu straight set 13-21, 16-21 dalam masa 33 minit kejohanan status Super 300 berkenaan.Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini mencuri tumpuan apabila menewaskan bekas juara dunia 2017 dari Jepun, Nozomi Okuhara, dan juga pemain ranking ke-49 dunia dari India, Aakarshi Kashyap, dalam laluan ke suku akhir.Kini, Letshanaa akan mengalihkan tumpuan sepenuhnya kepada kejohanan Terbuka Kanada Super 300 di Markham yang bermula 1 hingga 6 Julai.





Punca bunyi letupan, gegaran di Ipoh masih ???misteri??? - Mgazette - 28/06 8:02 am

Kajian awal JMG Perak menunjukkan kawasan di mana orang awam mendengar bunyi letupan tersebut adalah dalam lingkungan yang sama iaitu dari Chemor, Klebang,Meru di utara hingga sekitar Tambun dan Gunung Rapat, di selatan. Selain Ipoh, letupan misteri juga pernah berlaku di Jepun, Amerika Syarikat, Bangladesh, Belgium, Australia dan United Kingdom, Kanada, Colombia, Finland, Vanuatu, Australia, Italy, Ireland dan Indonesia, jelasnya





Cuaca panas jejaskan Piala Kelab Dunia, cabaran buat Piala Dunia 2026 - Sinarharian - 27/06 10:17 am

SUHU melampau yang melanda temasya Piala Kelab Dunia tahun ini membangkitkan kebimbangan serius terhadap jadual waktu sepak mula Piala Dunia 2026 pada sebelah petang.Ini apabila kerana dijangka edisi temasya yang diperluaskan itu kepada 48 pasukan menimbulkan pelbagai cabaran logistik kepada penganjur.Gelombang haba yang melanda Amerika Syarikat menyaksikan pemain Borussia Dortmund berdepan Ulsan dari Korea Selatan di Cincinnati, dengan suhu melebihi 32.2Celcius semasa sepak mula jam 3 petang waktu tempatan.Situasi ini mengundang pelbagai reaksi, terutamanya dalam kalangan pemain dan pengendali pasukan.Pemain-pemain dilihat memanfaatkan rehat penyejukan sekali setiap separuh masa yang diperkenalkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam perlawanan minggu ini.Malah, pengendali Chelsea, Enzo Maresca, meluahkan rasa tidak puas hati apabila memberitahu media bahawa adalah mustahil untuk mengatur sesi latihan biasa panas terikat pada sebelah petang di Philadelphia.Persekutuan Pemain Profesional Antarabangsa (FIFPRO) pula menyifatkan keadaan ini sebagai loceng penggera yang perlu diberi perhatian serius.Malah FIFPRO mendesak badan bola sepak dunia untuk menilai semula waktu sepak mula perlawanan bagi menangani isu cuaca panas dengan lebih baik, sambil turut memuji fleksibiliti penganjur seperti FIFA yang menambah rehat penyejukan dalam setiap perlawanan."Kami percaya masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain."Protokol dan undang-undang permainan sedia ada memerlukan semakan semula segera, ini adalah cabaran yang perlu ditangani oleh seluruh industri bola sepak bersama-sama," kata FIFPRO lagi.Jadual masa perlawanan bagi Piala Dunia 2026, yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada, masih belum diumumkan.Namun, penganjur dijangka akan berdepan cabaran besar jika keadaan panas terik ini berulang sepanjang temasya bola sepak terbesar dunia tersebut.Isu cuaca panas bukan sesuatu yang asing bagi mereka yang mengikuti kejohanan pada tahun 1994, kali terakhir Amerika Syarikat menjadi tuan rumah."Suara-suara aduan yang bergema di seluruh negara boleh menenggelamkan sorakan di sembilan stadium yang mempamerkan acara empat tahunan bola sepak antarabangsa," tulis media tempatanseminggu selepas temasya itu bermula, ketika suhu tinggi menyebabkan penyokong-penyokong 'berwap'.Lebih 90,000 penyokong-penyokong membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir di Pasadena, di mana suhu mencecah 37.8C, sekali gus merupakan kali terakhir final Piala Dunia dimainkan sepenuhnya pada waktu siang.Dengan kejohanan yang diperluaskan daripada 32 kepada 48 pasukan, sepak mula pada sebelah petang mungkin tidak dapat dielakkan bagi memenuhi tuntutan jadual dan menampung pasaran penyiaran Eropah yang lumayan.





Trump tidak lagi minat jadikan Kanada negeri ke-51 AS – Carney - Utusan - 25/06 3:00 pm

THE HAGUE: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak lagi berhasrat menjadikan Kanada sebagai negeri ke-51 negara itu, kata Perdana Menterinya, Mark Carney





Abang bomba sado bakal beraksi di Sukan Polis dan Bomba Dunia - SUN - 25/06 11:55 am

Nor Hisham berkata keseluruhannya 34 atlet JBPM akan beraksi dalam pelbagai acara sukan antaranya golf, boling dan badminton selain bina badan pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung selama 10 hari bermula 27 Jun. Semoga tahun ini, atlet kita akan terus bersinar mengharumkan nama negara dan melepasi pencapaian temasya WPFG 2023, katanya sambil menambah kontinjen JBPM berjaya merangkul 49 pingat pada WPFG 2023 yang berlangsung di Winnipeg, Kanada





Bellingham risau kualiti padang venue Piala Dunia 2026 - Sinarharian - 25/06 10:30 am

PEMAIN tengah Real Madrid, Jude Bellingham, menyuarakan kritikan terhadap kualiti padang di Piala Dunia Kelab, kurang daripada 12 bulan sebelum Piala Dunia 2026 berlangsung di Kanada, Mexico, dan Amerika Syarikat.Ini susulan kemenangan 3-1 gergasi La Liga Sepanyol berkenaan ke atas kelab dari Mexico, Pachuca dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia Kelab di Stadium Bank of America, Charlotte, North Carolina."Kualiti padang tidak begitu baik





Semangat Amerika Selatan kekal warnai kehangatan Piala Dunia Kelab - Sinarharian - 24/06 10:10 am

KEMERIAHAN yang dibawa oleh penyokong Amerika Selatan, terutamanya kelab gergasi Argentina, Boca Juniors, telah mencetuskan suasana meriah sepanjang Kejohanan Piala Dunia Kelab yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat.Namun begitu, sambutan suam-suam kuku daripada penonton tempatan masih menjadi cabaran buat penganjur temasya sulung yang melibatkan sebanyak 32 kelab berprestasi tinggi bola sepak dunia.Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menaruh harapan tinggi agar edisi baharu Piala Dunia Kelab yang diperluas dengan penyertaan kelab-kelab elit dunia ini dapat menyemarakkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat, menjelang kejohanan Piala Dunia 2026 yang akan dianjurkan bersama Kanada dan Mexico.Walaupun lebih 1.5 juta tiket telah terjual dalam tempoh beberapa hari selepas kejohanan bermula, perbezaan ketara dapat dilihat antara bandar tuan rumah yang berjaya menarik kehadiran ramai dan yang masih bergelut dengan kerusi kosong.Stadium Hard Rock, yang mempunyai kapasiti hampir 66,000 dan terkenal sebagai gelanggang enam kali tuan rumah Super Bowl, kini bertukar wajah menjadi 'Bombonera' baharu, panggilan untuk stadium keramat Boca Juniors, hasil sorakan padu penyokong kelab Amerika Selatan berkenaan.Dalam hanya dua perlawanan, kehadiran Boca Juniors telah menggegarkan stadium itu, menentang Benfica menyaksikan 55,574 penonton hadir, manakala aksi menentang Bayern Munich mencatatkan jumlah kehadiran mencecah 63,587 orang, majoritinya penyokong Boca."Saya telah lalui pelbagai detik dalam kerjaya panjang saya, dan malam ini saya sendiri teringin untuk menjadi pemain."Penyokong Boca Juniors sungguh istimewa





Iran berisiko digantung daripada Piala Dunia 2026 - Sinarharian - 23/06 3:22 pm

Hasrat pasukan kebangsaan Iran untuk beraksi di Piala Dunia FIFA 2026 kini berada dalam keadaan tidak menentu apabila ketegangan ketenteraan antara negara itu dan negara tuan rumah, Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak.Pasukan Iran menjadi pasukan keenam yang layak ke kejohanan tersebut pada Mac lalu yang dijadual berlangsung di AS, Mexico dan Kanada.Namun, serangan udara terbaharu ke atas fasiliti nuklear Iran telah memburukkan lagi keadaan geopolitik serantau sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan Iran disekat daripada menyertai kejohanan itu.Jika konflik terus memuncak, peluang Iran untuk beraksi di bumi AS kelihatan semakin tipis dan kemunculan keempat berturut-turut mereka di pentas Piala Dunia kini berada dalam bahaya.Pakar berpendapat penggantungan Iran adalah satu kemungkinan yang realistik memandangkan beberapa negara sebelum ini pernah dilarang daripada kejohanan antarabangsa atas dasar keselamatan dan konflik bersenjata.Rusia telah digantung tanpa tempoh tertentu oleh FIFA sejak pencerobohan ke atas Ukraine, manakala Yugoslavia juga pernah digantung semasa konflik di Balkan pada era 1990-an.Walaupun Iran dibenarkan bertanding, penyokong mereka dijangka tidak akan dapat hadir ke AS kerana sekatan perjalanan yang dikenakan oleh Presiden, Donald Trump sejak Mac lalu.Senarai larangan itu melibatkan lebih 40 negara termasuk Iran, Afghanistan, Libya, Myanmar, Somalia, Sudan, Yaman dan lain-lain.Kelonggaran mungkin hanya diberikan kepada pemain dan pegawai pasukan sahaja.Tiada sekatan yang dikenakan oleh Mexico dan Kanada yang turut menjadi tuan rumah bersama untuk baki 26 perlawanan kejohanan itu.Menurut sumber, pilihan terbaik bagi Iran ialah jika mereka diundi dalam Kumpulan A dan semua perlawanan peringkat kumpulan berlangsung di Mexico.Namun, sekiranya Iran mara ke pusingan kalah mati, mereka dijangka perlu bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan di AS yang boleh menyukarkan urusan logistik penganjur.Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino atau Presiden AS, Donald Trump berhubung penyertaan Iran dalam Piala Dunia 2026.



AKPS mantapkan kepakaran rentas sempadan bersama pakar antarabangsa - Sinarharian - 20/06 3:54 pm

SEPANG Barisan kepimpinan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memperoleh pendedahan serta latihan kepakaran daripada pihak kedutaan asing dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan.Agensi penguat kuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa AKPS Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menganjurkan Sesi Latihan Penilaian Dokumen dan Penumpang Siri 1/2025 yang dikendalikan dengan kerjasama beberapa kedutaan luar negara.Katanya, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan AKPS dalam memperkukuh profesionalisme dan keupayaan operasi barisan hadapan melalui perkongsian kepakaran antarabangsa serta kerjasama global strategik."Melalui latihan Siri 1/2025 ini, seramai 20 pegawai AKPS KLIA yang terdiri daripada ketua-ketua pasukan dan anggota pasukan pemantau didedahkan kepada kaedah terkini."Ia termasuk mengenal pasti dokumen palsu, corak perjalanan berisiko serta penilaian kelayakan penumpang dengan lebih efektif," menurut kenyataan itu pada Jumaat.Program berkenaan turut membuka ruang kepada kerjasama rentas negara dalam usaha membanteras aktiviti rentas sempadan yang menyalahi undang-undang seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dan penyalahgunaan dokumen perjalanan."Latihan ini membabitkan pakar-pakar terdiri daripada Airport Liaison Officers (ALO) dari Kanada, United Kingdom, Australia dan New Zealand," katanya.Selain itu, menurut kenyataan tersebut, latihan berkenaan menyasarkan penyertaan pegawai AKPS pelbagai peringkat di KLIA 1 dan KLIA 2, termasuk pegawai di kaunter pemeriksaan imigresen dan akan diteruskan secara berkala."AKPS KLIA akan terus mempergiat jalinan kerjasama antarabangsa bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia berada pada tahap tertinggi dan selari dengan amalan terbaik antarabangsa," jelasnya.



Gattuso tekad pulihkan semangat Itali - Sinarharian - 19/06 11:38 pm

PENGENDALI baharu Itali, Gennaro Gattuso, berikrar untuk memulihkan semangat dan mencipta ikatan kekeluargaan dalam pasukan kebangsaan yang sedang dalam kemelut.Malah, beliau menyasarkan untuk memastikan kelayakan ke Piala Dunia seterusnya, selepas Azzurri terlepas dua edisi berturut-turut.Gattuso menggantikan Luciano Spalletti, yang dipecat bulan ini berikutan kekalahan 0-3 kepada Norway dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.Spalletti secara rasmi meninggalkan jawatannya selepas mengendalikan perlawanan terakhirnya, kemenangan 2-0 menentang Moldova."Ini adalah impian yang menjadi kenyataan, dan saya sememangnya berharap dapat menggalas tugas ini."Saya tahu tugas ini tidak akan mudah, tetapi tiada apa-apa dalam hidup ini mudah," kata Gattuso, yang baru-baru ini meninggalkan kelab Croatia, Hajduk Split, selepas menamatkan saingan liga teratas negara itu di tempat ketiga.Dijuluki 'Ringhio' (Pengaum) kerana sikapnya yang gigih di padang, bekas pemain berusia 47 tahun itu mengumpul 73 kaps bersama pasukan kebangsaan Itali.Beliau juga merupakan anggota penting skuad Azzurri yang memenangi Piala Dunia 2006.Penyokong-penyokong Itali berharap karakter beliau yang kuat dapat membantu tugas membawa juara dunia empat kali itu ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada.Itali, yang kini berada di tempat ketiga dalam Kumpulan I Kelayakan Piala Dunia, akan menjadi tuan rumah kepada Estonia pada 5 September sebelum menentang Israel tiga hari kemudian."Matlamat utama saya ialah sesiapa sahaja yang datang ke padang latihan hadir dengan semangat yang tinggi dan untuk mencipta sebuah keluarga," kata Gattuso, yang menurut sumber daripada persekutuan bola sepak Itali (FIGC), telah diberikan kontrak satu tahun.Gattuso menghabiskan sebahagian besar karier bermainnya di AC Milan, di mana beliau memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara dan dua gelaran Serie A, sebelum kembali melatih kelab itu dari 2017 hingga 2019.Sebagai pengurus, beliau memenangi Piala Itali bersama Napoli pada 2020."Matlamat utama adalah untuk mencipta rasa kepunyaan kepada pasukan Azzurri," kata Gattuso kepada wartawan semasa majlis pengenalanya di sebuah hotel mewah di tengah Rome.Jurulatih baharu itu menyatakan beliau percaya pemain-pemain merasakan tekanan kerana terlepas kelayakan ke dua Piala Dunia berturut-turut, dan itu memberi kesan kepada prestasi pasukan."Kita mesti pandai bertindak balas, hanya mereka yang bertindak balas dan memberikan segalanya boleh keluar dari situasi ini," katanya.



FAM tak tolak kemungkinan Harimau Malaya sertai CAFA - Sinarharian - 19/06 2:41 pm

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyertai kejohanan Piala Nations anjuran Persekutuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) yang dijadual berlangsung di Uzbekistan dan Kyrgyzstan dari 26 Ogos hingga 9 September depan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Zainal Abidin Hassan berkata, pihaknya akan membawa perkara tersebut ke mesyuarat jawatankuasa bagi meneliti secara menyeluruh aspek penyertaan skuad Harimau Malaya dalam kejohanan berkenaan."Saya di bahagian pertandingan jadi mesyuarat pertandingan harus berbincang."Insya-Allah, jika ada kebaikan untuk pasukan kebangsaan, bagi saya perkara yang baik kita akan ambil bahagian demi kebaikan bola sepak," katanya ketika ditemui pada Majlis LaLiga Extra Time pada Khamis.Zainal Abidin yang juga Exco FAM menegaskan bahawa badan induk itu sentiasa bersikap terbuka terhadap sebarang penyertaan jika ia membawa manfaat kepada prestasi pasukan negara.Terdahulu, Harimau Malaya dilaporkan berpeluang menyertai Piala Nations CAFA yang bakal mempertemukan pasukan negara dengan beberapa pasukan bertaraf Piala Dunia.Antara pasukan yang sah akan beraksi termasuk juara bertahan, Iran, yang kini berada di ranking ke-18 dunia serta telah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.Selain itu, Uzbekistan, Oman, Tajikistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan dan Afghanistan turut dijangka menyertai saingan edisi kali ini.Untuk rekod, edisi sulung Piala Nations CAFA telah dianjurkan pada Jun 2023 sebagai platform untuk memperkukuh hubungan serta pembangunan bola sepak di rantau Asia Tengah.



Justin sasar raih keputusan positif di Amerika Utara - Sinarharian - 19/06 8:50 am

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Justin Hoh bertekad memanfaatkan peluang beraksi dalam kejohanan bertaraf tinggi di Amerika Utara bagi membalas kepercayaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).Pemain berusia 21 tahun itu dijadual menyertai dua kejohanan berstatus Super 300 dan Super 500, masing-masing di Terbuka Amerika Syarikat (2429 Jun) dan Terbuka Kanada (16 Julai)."Ini pengalaman pertama saya ke Amerika Syarikat dan Kanada



Mara alih pelajar cemerlang ke negara lain, elak risiko dasar Trump - Sinarharian - 16/06 12:36 am

SHAH ALAM Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan bahawa semua pelajar cemerlang tajaan agensi itu yang sepatutnya melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat (AS) akan tetap ditempatkan di universiti setaraf di negara lain, susulan dasar baharu visa pelajar yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump.Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara mengambil keputusan untuk menghentikan sementara penghantaran hampir 200 pelajar ke AS bagi mengelakkan sebarang risiko berkaitan keselamatan dan masa depan pelajar terbabit.Menurutnya, dasar visa baharu itu dianggap tidak menentu dan dikhuatiri boleh menjejaskan kebajikan pelajar antarabangsa termasuk dari Malaysia."Walaupun Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ada berbincang dengan pihak Kedutaan AS dan diberi jaminan bahawa pelajar tidak akan terjejas, Mara tetap tidak mahu mengambil risiko."Mereka ini ialah pelajar terbaik yang sudah pun menjalani program persediaan di Kolej Mara selama setahun setengah, jadi kita tidak boleh mempertaruhkan nasib mereka dengan dasar yang berubah-ubah," katanya sebagaimana dilaporkan Berita Harian pada Jumaat lalu.Polisi baharu AS itu dilaporkan menyasarkan pelajar asing yang didakwa terbabit dalam demonstrasi pro-Palestin, meskipun tidak melibatkan sebarang pelanggaran akademik.Tegas Asyraf, Mara tidak mahu menanggung risiko kos pemindahan pelajar sekiranya berlaku sebarang perubahan dasar secara mendadak di AS, selain gangguan terhadap kelangsungan pengajian mereka.Sebagai langkah alternatif, katanya, Mara telah memulakan proses penempatan semula pelajar ke negara-negara lain seperti United Kingdom (UK), Kanada, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan."Antara universiti terkemuka yang memberi kerjasama ialah University of Edinburgh yang menawarkan diskaun yuran sehingga 20 peratus



Piala Dunia Dart: Misi duo negara tersekat di pusingan kalah mati - Sinarharian - 15/06 2:22 pm

IMPIAN wakil negara untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Dunia Dart 2025 di Frankfurt, Jerman terhenti di peringkat kalah mati pada Sabtu.Duo, Tengku Hadzali Shah Tengku Mustaffa-Tan Jenn Ming tumpas 3-8 kepada pasangan pilihan ke-14, Karel Sedlacek-Petr Krivka dari Republik Czech.Mereka sebelum ini memahat sejarah apabila mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama selepas menduduki tangga teratas Kumpulan F.Kejayaan tersebut diraih menerusi kemenangan mengagumkan 4-1 ke atas pasangan ke-10 dunia, Matt Campbell-Jim Long dari Kanada pada Khamis.Tengku Shah-Jenn Ming kemudian menumpaskan pasangan Denmark, Benjamin Drue Reus-Andreas Hyllgaardhus pada Jumaat.Pasangan negara mara ke pentas dunia itu selepas mengalahkan gandingan Singapura dan Taiwan untuk memenangi Pusingan Kelayakan Asia.Sebagai rekod, hanya pemenang peringkat kumpulan yang mara ke pusingan 16 terbaik.Selain Malaysia, Filipina turut menjadi wakil Asia melangkah ke saingan kalah mati.



Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas Air India Tiada rakyat Malaysia .. - Mgazette - 13/06 7:32 am

Pesawat berkenaan dilaporkan telah terhempas ke atas kompleks asrama kolej perubatan, mengakibatkan kemalangan jiwa yang besar. Kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, mereka yang terselamat, serta seluruh rakyat India, United Kingdom, Portugal dan Kanada di atas tragedi ini



Jadual penerbangan Malaysia ke Ahmedabad tidak berubah selepas kemalangan Air India - Sinarharian - 12/06 11:40 pm

KUALA LUMPUR - Penerbangan oleh syarikat-syarikat penerbangan dari Malaysia ke Ahmedabad, Gujarat, India, tidak terjejas dan tetap mengikut jadual memandangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad telah dibuka selepas penutupan sementara berikutan kemalangan maut penerbangan Air India.Buat masa sekarang, AirAsia Malaysia mengendalikan lima penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad, manakala Malaysia Airlines mempunyai lapan penerbangan langsung antara Kuala Lumpur dan Ahmedabad setiap minggu.Dalam catatan di X, Lapangan Terbang Ahmedabad berkata semua operasi penerbangan di lapangan terbang itu telah diteruskan."Untuk maklumat penerbangan terbaharu, sila berhubung dengan syarikat penerbangan anda dan kemas kini rasmi kami," katanya."AirAsia terus mengendalikan penerbangan dari/ke Ahmedabad," kata syarikat penerbangan tambang rendah itu kepada Bernama ketika ditanya mengenai jadual penerbangannya ke bandar di India Barat ituPenerbangan Malaysia Airlines ke bandar tersebut juga dilaporkan tidak terjejas.Penerbangan Air India yang dalam perjalanan ke London dan membawa 242 orang, termasuk 12 kru terhempas pada Khamis sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Ahmedabad.Penerbangan AI171 berlepas pada 1.38 petang waktu tempatan.Pesawat Boeing 787-8 itu membawa 169 warga India, 53 British, seorang rakyat Kanada dan tujuh warga Portugis.Sementara itu, Malaysia Airlines menyampaikan ucapan takziah kepada semua pihak yang terjejas oleh kemalangan tragis itu, katanya melalui platform X."Hati kami bersama dengan penumpang, anak kapal serta orang yang mereka sayangi melalui saat-saat tragis ini



Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Air India yang terhempas - SUN - 12/06 7:58 pm

Penerbangan AI171 itu berlepas pada pukul 1.38 tengah hari waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu. Pesawat Boeing 787-8 yang terhempas itu membawa 169 warga India, 53 warga British, seorang warga Kanada dan tujuh rakyat Portugal.



Pemberhentian besar-besaran Petronas tidak berperikemanusiaan Muhyiddin - Sinarharian - 11/06 2:10 am

Kerajaan perlu bertanggungjawab menangani isu ini."Tidak dinafikan Petronas sedang menghadapi cabaran besar. Tahun lalu, Petronas mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM55.1 bilion, penurunan sebanyak 32 peratus berbanding RM80.7 bilion pada tahun sebelumnya."Dalam menghadapi cabaran global termasuk kejatuhan harga minyak dunia dan trend peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, Petronas memerlukan pelan jangka panjang bagi memastikan kelestarian serta daya saing sebagai syarikat milik negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik Tengku Aziz memaklumkan bahawa Petronas akan memberhentikan kira-kira 10 peratus tenaga kerja dalam proses penstrukturan semula syarikat minyak dan gas nasional itu.Bagaimanapun, Tengku Muhammad Taufik menafikan dakwaan bahawa Petronas akan menarik diri daripada operasinya di Kanada.Perkara tersebut turut dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pekerja yang terlibat merupakan kakitangan kontrak.Muhyiddin turut berpandangan bahawa sekiranya krisis global ditambah dengan pertikaian berterusan antara Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), seluruh industri minyak dan gas termasuk tenaga kerjanya bakal terjejas.Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, kepentingan Petronas dan para pekerjanya wajar sentiasa dilindungi oleh kerajaan kerana syarikat tersebut menyumbang dividen yang besar serta memainkan peranan penting dalam pembangunan negara."Pada masa ini, terdapat kira-kira 70,000 pekerja dalam industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas di Malaysia."Kerajaan juga perlu berhemah dalam penggunaan dana Petronas memandangkan hutang negara terus meningkat dan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya, yang akhirnya memberi kesan kepada aliran tunai Petronas sendiri."Justeru, kerajaan wajar segera membentangkan pelan kelestarian Petronas serta hala tuju industri minyak dan gas negara bagi menjamin masa depan sektor strategik ini," katanya lagi.




Reformasi     >>



Zahid: BN confident cooperation with Harapan will .. - Mkini
This is based on BN's success in Mahkota and Ayer Kuning by-elections, he says.
Kroni     >>



Business : PM Anwar Meets Top Officials From .. - Bernama
From Arul Rajoo Durar Raj RIO DE JANEIRO, July 6 (Bernama) --Malaysia will conduct a comprehensive review of potential membership in the New Development Bank (NDB), taking into account various aspects, including the required commitments and the effectiveness of participation in the institution,said ..
Tabloid     >>



Farid kekal sibuk - Hmetro
TIADA istilah mengalah dalam kamus hidup pelakon, Farid Kamil. Meskipun filem terbaru lakonannya Telaga Suriram arahan Osman Ali gagal memikat hati penonton, Farid tetap rancak dengan kariernya. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



With iPhone 17 and Galaxy S26, Apple and Samsung are .. - Phonearena
The iPhone and the Galaxy phones will no longer be two sides of the same coin.
World     >>



Hamas sends unified truce response - Tehrantimes
TEHRAN Hamas has responded to a ceasefire proposal in a positive manner reflective of a unified stance among all Gaza resistance forces.
Motor Trend     >>



Buletin Oliver Solberg Akan Memandu Semula Jentera .. - Mekanika
# OLIVER SOLBERG AKAN MEMANDU SEMULA JENTERA RALLY1. SEBASTIEN OGIER PULA AKAN BERAKSI DI FINLAND SEBAGAI PUSINGAN TAMBAHAN **Pemandu muda sensasi dalam kelas WRC2 perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC), Oliver Solberg telah mengesahkan akhirnya bahawa beliau akan kembali memandu jentera ..