| /// |
|
| Search : Kkm News | Page 1 |
|
Perkasa kebajikan, elak jururawat berhijrah ke luar negara - Mygazette - 11/10 10:28 pm # Perkasa kebajikan, elak jururawat berhijrah ke luar negara KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memastikan perkhidmatan kejururawatan awam kekal kompetitif, sekali gus menggalakkan jururawat tempatan terus berkhidmat di tanah air |
|
KKM bincang strategi tamatkan kontrak 9,000 doktor interim ke jawatan tetap - Mygazette - 11/10 10:28 pm # KKM bincang strategi tamatkan kontrak 9,000 doktor interim ke jawatan tetap KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mahu menamatkan pelantikan kontrak doktor interim yang berlarutan hampir sedekad menerusi penawaran 9,000 jawatan tetap pada 2027 |
|
Ibu, bayi maut nahas empat kenderaan di Gua Musang - Sinarharian - 11/10 7:08 pm GUA MUSANG Seorang ibu dan bayi perempuan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah motosikal di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kampung Paloh Tiga di sini pada Ahad.Kemalangan melibatkan sembilan mangsa itu mengakibatkan seorang pemandu kereta turut cedera parah selepas tersepit dalam kenderaan, sebelum dikeluarkan orang awam.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Pegawai Bomba Kanan I, Cik Razak Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 5.10 petang.Menurut beliau, seramai 10 anggota bomba bersama sebuah jentera dari BBP Gua Musang digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat."Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan dua Perodua Myvi G3, sebuah Perodua Myvi SE dan motosikal Modenas."Terdapat seorang mangsa yang memandu Perodua Myvi G3 tersepit, namun telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya.Ujar beliau, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa termasuk dua yang disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.Tambahnya, mangsa lain turut mengalami kecederaan dan telah diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut."Operasi berkenaan turut melibatkan bantuan dua ambulans KKM dan sebuah kenderaan polis."Pihak kami telah menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan serta tumpahan minyak di lokasi kejadian," katanya. |
|
KKM segerakan pengambilan, perkukuh usaha kekalkan jururawat - FMT - 11/10 4:45 pm Antara langkah dilaksanakan termasuk penambahbaikan gaji, pemberian insentif dan elaun ikut kelayakan, kata menteri kesihatan. |
|
KKM percepat pengambilan, perkukuh usaha kekalkan jururawat - Dr Dzulkefly - Sinarharian - 11/10 4:11 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mempercepat pengambilan jururawat baharu dan memperkukuh usaha mengekalkan jururawat sedia ada menerusi penambahbaikan kebajikan serta prospek kerjaya bagi menangani penghijrahan ke luar negara.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara langkah yang dilaksanakan ialah penambahbaikan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta pemberian insentif dan elaun mengikut kelayakan termasuk kenaikan Bayaran Insentif Pos Basik daripada RM100 kepada RM200 sebulan."Keutamaan KKM adalah untuk memastikan perkhidmatan kejururawatan awam kekal kompetitif dan kebajikan mereka terpelihara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hala Tuju Inisiatif Kesihatan Hati Kebangsaan 2026-2030 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.Beliau berkata, KKM turut mengekalkan waktu bekerja 42 jam seminggu bagi jururawat yang bertugas secara syif, selain memperluas peluang latihan dan kenaikan pangkat serta memberikan fleksibiliti penempatan menerusi sistem pertukaran secara suka sama suka.Dzulkefly berkata, jururawat adalah antara skim perkhidmatan yang paling banyak mendapat manfaat daripada sistem pertukaran berkenaan manakala proses pengambilan turut dipercepat bagi mengisi kekosongan jawatan.Beliau berkata, KKM tidak lagi mengambil jururawat secara kontrak sebaliknya semua pengambilan baharu ditawarkan jawatan tetap.Sementara itu, Dzulkefly, berkata KKM turut berusaha mempercepat penyerapan pegawai farmasi kontrak ke jawatan tetap dengan kerjasama Kementerian Kewangan.Beliau berkata, setakat Julai lepas, sebanyak 3,545 pegawai farmasi kontrak masih berkhidmat dengan KKM manakala 115 lagi berada dalam senarai simpanan atau menunggu lantikan tetap.Dzulkefly juga berharap proses itu dapat dipercepat bagi membolehkan pegawai farmasi terbabit diserap ke perkhidmatan tetap |
|
Lebih 80 peratus kes kanser hati dikesan lewat, KKM perkukuh saringan awal - Astroawani - 11/10 2:50 pm Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 86 peratus pesakit lelaki dan 83 peratus pesakit wanita didiagnosis pada peringkat tiga atau empat, sekali gus mengehadkan pilihan rawatan serta mengurangkan peluang kelangsungan hidup. |
|
KKM perkukuh kebajikan, prospek kerjaya tangani penghijrahan jururawat - Astroawani - 11/10 2:30 pm Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian memberi tumpuan kepada dua pendekatan utama iaitu mempercepat pengambilan jururawat baharu dan memperkukuh pengekalan tenaga kerja sedia ada. |
|
Jerebu: Kes jangkitan saluran pernafasan naik 10.43 peratus, radang mata 26.47 peratus - KKM - Sinarharian - 10/10 11:24 am PUTRAJAYA - Kes jangkitan saluran pernafasan atas meningkat 10.43 peratus, manakala kes konjunktivitis atau radang mata melonjak 26.47 peratus berdasarkan pemantauan penyakit berkaitan jerebu melalui 78 fasiliti kesihatan terpilih Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.KKM memaklumkan kes jangkitan saluran pernafasan atas meningkat daripada 3,509 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 39 kepada 3,875 kes pada ME40, iaitu peningkatan sebanyak 10.43 peratus.Menurut KKM, kes konjunktivitis pula meningkat daripada 102 kepada 129 kes bagi tempoh sama, manakala kes asma menunjukkan penurunan sebanyak 13.64 peratus daripada 535 kepada 462 kes."KKMterus memperkukuh pemantauan penyakit berkaitan jerebu memandangkan pendedahan kepada udara tercemar boleh menjejaskan kesihatan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit paru-paru dan jantung," menurut kenyataan itu.KKM turut mengambil maklum situasi jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini dengan 32 stesen pemantauan kualiti udara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat (101 hingga 200) melibatkan lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan setakat 8 pagi tadi.Sehubungan dengan itu, KKM menasihati orang ramaikhususnya mereka yang berada di kawasan dengan bacaan IPU tidak sihatsupaya mengambil langkah pencegahan antaranya elakkan atau tangguhkan aktiviti di luar bangunan, terutama bagi golongan lebih mudah terjejas akibat jerebu seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit paru-paru atau jantung.Orang ramai turut dinasihatkan menggunakan pelitup muka yang sesuai seperti N95 sekiranya perlu berada di luar dalam keadaan berjerebu dan perlahankan kenderaan atau berhenti di tempat yang selamat sekiranya jarak penglihatan terhad.KKM turut menasihatiorang ramai agar semak bacaan IPU secara berkala melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan ambil langkah pencegahan yang bersesuaian mengikut tahap kualiti udara di kawasan masing-masing."KKM menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada, mengurangkan pendedahan kepada jerebu dan mengutamakan kesihatan diri serta keluarga," menurut kenyataan itu |
|
Belanjawan 2027: Akhirnya ada noktah isu doktor kontrak – Dzulkefly .. - Mygazette - 10/10 8:11 am Selama ini, pendekatan itu sangat terpisah-pisah, dari pembekalan, kepakaran dan sebagainya tetapi hari ini, kami cerakinkan untuk menjadikan ia bersepadu, lancar dan tidak terpisah-pisah seperti dahulu, tegasnya. Dalam pada itu, Belanjawan 2027 memperuntukkan RM47.70 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM), meningkat RM1.18 bilion atau 2.55 peratus berbanding RM46.52 bilion pada 2026 |
|
Reformasi kakitangan KKM: Mengakhiri era doktor kontrak menjelang 2028 - FMT - 10/10 8:00 am Mengekalkan tenaga kerja perubatan awam adalah jauh lebih penting daripada sekadar menjaga kebajikan asas pekerja. |
|
Belanjawan 2027: KKM komited selesai lantikan tetap 9,000 doktor kontrak tahun depan - Dzulkefly - Astroawani - 9/10 9:45 pm Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyelesaikan proses pelantikan tetap 9,000 doktor kontrak sepanjang 2027, sekali gus menoktahkan sistem doktor kontrak interim, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. |
|
Belanjawan 2027: RM510 Bilion, Defisit Turun, Bantuan Rakyat Bertambah Ini 8 Fokus Utama - Beautifulnara - 9/10 7:54 pm Rumusan Artikel RM510 bilion diperuntukkan menerusi gabungan kekuatan fiskal dan pelaburan, dengan sasaran defisit turun kepada 3.3 peratus pada 2027. Pendidikan dan kesihatan menerima perhatian besar, termasuk hampir RM69 bilion untuk KPM dan RM47.7 bilion untuk KKM |
|
KKM komited selesai lantikan tetap 9,000 doktor kontrak tahun depan - FMT - 9/10 7:40 pm Pelaksanaan inisiatif itu perlu pendekatan pengurusan sedikit berbeza agar proses pelantikan dapat disegerakan, kata menteri kesihatan. |
|
KP Kesihatan diberi kuasa tutup premis makanan berbahaya - Mygazette - 9/10 3:23 pm # KP Kesihatan diberi kuasa tutup premis makanan berbahaya KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan akan diberi kuasa menutup premis makanan yang terbukti menyediakan makanan mengandungi bahan memudaratkan kesihatan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Makanan (Pindaan) 2026 yang diluluskan Dewan Rakyat. Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, pindaan itu turut membolehkan maklumat mengenai produk makanan yang memudaratkan kesihatan disiarkan kepada orang awam tanpa perlu menunggu perintah mahkamah |
|
Dewan Rakyat luluskan RUU Makanan (Pindaan) 2026, penalti kesalahan dinaikkan - Sinarharian - 8/10 11:38 pm KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Makanan (Pindaan) 2026 bagi memperkukuh kawalan keselamatan dan kualiti makanan serta memberikan perlindungan lebih komprehensif kepada pengguna di seluruh negara.Pindaan Akta Makanan 1983 (Akta 281)yang pertama kali dibuat secara menyeluruh itu antaranya melibatkan peningkatan kadar penalti, kawalan terhadap sampel bahan bersentuhan makanan (BBM), pemantauan aktiviti penjualan makanan dalam talian serta pemantauan tahap racun perosak dalam hasil pertanian.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan kadar penalti dalam RUU berkenaan bukan bertujuan membebankan pihak pengusaha makanan atau peniaga kecil, sebaliknya berfungsi sebagai langkah pencegahan demi melindungi kesihatan awam."Hukuman sedia ada tidak lagi setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, terutamanya melibatkan kes keracunan makanan sehingga meragut nyawa seperti kes keracunan di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan yang menjejaskan 60 pelajar tetapi denda dikenakan hanya RM3,000, serta kes laksa kebok di Kedah yang melibatkan dua kematian namun hanya didenda RM1,500 pada 2018."Tiada nilai kewangan dalam hal nyawa. Peningkatan kadar penalti ini mengambil kira tahap keseriusan dan berkadaran dengan pelanggaran yang dilakukan bagi memastikan peniaga lebih bertanggungjawab," katanya semasa menggulung perbahasan RUU berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.RUU itu antara lain menetapkan peningkatan kadar denda dan tempoh maksimum pemenjaraan, termasuk penalti tidak melebihi RM25,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran peraturan yang dibuat di bawah Akta 281.Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM)turut menerapkan pendekatan berasaskan risiko dalam penguatkuasaan, dengan kesalahan teknikal kecil diberikan nasihat dan pendidikan kesihatan terlebih dahulu, manakala bagi kesalahan serius di bawah Seksyen 11 atau pesalah tegar yang berulangkes akan terus didakwa di mahkamah tanpa kompaun.Menyentuh mengenai penjualan makanan secara dalam talian, beliau berkata, sebanyak 23,553 permohonan sekatan media sosial dan platform e-dagang telah dikemukakan bagi tempoh 2023 hingga September 2026 berikutan trend ketidakpatuhan yang semakin ketara.Beliau berkata, pindaan akta berkenaan memperkukuh kuasa Ketua Pengarah Kesihatan untuk menutup premis atau membuat penyebaran maklumat mengenai produk berbahaya tanpa perlu menunggu perintah mahkamah, terutamanya bagi kes yang menggunakan alamat palsu.Dzulkefly turut menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan kadar ketidakpatuhan tahap maksimum residu (MRL) racun perosak dalam sayur-sayuran di pasaran tempatan yang meningkat daripada 9 peratus pada 2023 kepada 14.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun 2026.Beliau turut memberi jaminan bahawa KKMakan memberikan tempoh kelonggaran serta melaksanakan educational enforcement secara berfasa sepanjang tempoh peralihan penguatkuasaan akta itu supaya tidak menjejaskan sektor industri dan peniaga kecil.Bagi memastikan pematuhan integriti dalam kalangan pegawai diberi kuasa, Dzulkefly memaklumkan pemakaian kamera badantelah dilaksanakan sejak 2022 selain penggunaan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) secara digital untuk mengurangkan ruang budi bicara dan membendung gejala rasuah.Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan RUU berkenaan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 35 Ahli Parlimen.Persidangan ditangguhkan hingga 3.30 petang esok untuk pembentangan Belanjawan 2027.- Bernama |
|
Angka 63 peratus doktor lapor diri belum cukup gambarkan situasi sebenar - MMA - Sinarharian - 8/10 6:14 pm KUALA LUMPUR - Angka 63 peratus pegawai perubatan yang melapor diri untuk penempatan tetap di Sabah dan Sarawak tidak menggambarkan pertambahan sebenar tenaga kerja di fasiliti kesihatan yang mengalami kekurangan doktor, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).Presidennya, Dr L Sivanaesan berkata, MMA mengambil maklum pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengenai kadar pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan tetap dan telah melapor diri untuk bertugas di kedua-dua negeri berkenaan.Bagaimanapun, katanya, maklum balas diterima daripada cawangan MMA Sabah menunjukkan angka tersebut mungkin tidak menggambarkan situasi sebenar dari segi keperluan tenaga kerja di lapangan."Beberapa jabatan hospital dilaporkan mengalami pengurangan bersih jumlah pegawai perubatan, manakala sesetengah doktor terpaksa menjalankan lebih banyak tugasan on-call setiap bulan, termasuk tugasan EOD (every-other-day), iaitu bertugas secara berselang sehari."Dalam keadaan tertentu, doktor dalam sektor kesihatan awam boleh bertugas secara berterusan sehingga 33 jam apabila menjalankan tugasan on-call," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada penempatan yang dilaporkan benar-benar meningkatkan bilangan doktor yang berkhidmat di fasiliti kesihatan yang paling memerlukan tambahan tenaga kerja.Beliau turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan sama ada angka 63 peratus berkenaan turut merangkumi doktor berasal dari Sabah serta pegawai perubatan dari Semenanjung yang sememangnya telah berkhidmat di Sabah dan memilih untuk terus kekal di negeri itu."Ketelusan data amat penting bagi mengenal pasti kekurangan tenaga kerja kritikal, menambah baik perancangan tenaga kerja serta memastikan sumber kesihatan disalurkan ke fasiliti yang paling memerlukannya," jelas beliau.Sehubungan itu, Sivanaesan menggesa KKM mengemukakan pecahan terperinci pegawai perubatan yang telah melapor diri susulan pelantikan tetap, termasuk jumlah pegawai dari Semenanjung Malaysia serta hospital awam dan klinik kesihatan tertentu di Sabah dan Sarawak yang menjadi penempatan mereka."MMA juga mahu KKM menyatakan bilangan terkini pegawai perubatan dari Semenanjung yang telah meninggalkan Sabah untuk kembali berkhidmat di penempatan di Semenanjung serta bilangan pegawai perubatan kelahiran Sabah yang meninggalkan negeri itu untuk mengambil penempatan di Semenanjung."Selain itu, MMA mahu perubahan bersih jumlah pegawai perubatan di setiap hospital dan klinik kesihatan dikenal pasti susulan pelaksanaan penempatan terkini," katanya.Dalam pada itu, beliau sekali mengulangi gesaan supaya diwujudkan papan pemuka agihan tenaga kerja kesihatan peringkat kebangsaan yang menyediakan data terkini secara berkala mengenai jumlah, taburan dan jurang tenaga kerja kesihatan di semua fasiliti kesihatan awam di seluruh negara.MMA turut mengingatkan bahawa meskipun kadar melapor diri adalah 63 peratus, lebih satu pertiga doktor yang ditawarkan penempatan masih belum melapor diri untuk bertugas."Usaha menangani krisis tenaga kerja di Sabah dan Sarawak memerlukan lebih daripada sekadar pelaksanaan penempatan |
|
Dr Dzulkefly umum 500 kuota kepakaran untuk doktor di Sabah dan Sarawak - Wrlr - 8/10 4:43 pm Harapandaily October 8, 2026 Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkhususkan kira-kira 500 tempat latihan kepakaran kepada pegawai perubatan yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak |
|
Belanjawan 2027: Isu Doktor Kontrak Akan Diumum PM Anwar Esok Dr Dzulkefly - Wrlr - 8/10 4:41 pm Foto Parlimen Malaysia KUALA LUMPUR, 8 Okt Pengumuman berhubung isu lantikan pegawai perubatan secara kontrak akan dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan pembentangan Belanjawan 2027, di Dewan Rakyat, petang esok. Perkara tersebut disampaikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) seraya menyebut, usaha menamatkan sistem lantikan kontrak itu menjadi antara hasrat utama beliau sejak kembali menerajui Kementerian Kesihatan (KKM) |
|
PMX Akan Umum Keputusan Pegawai Perubatan Kontrak Dalam Belanjawan 2027 Esok - Beautifulnara - 8/10 12:59 am Rumusan Artikel Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan keputusan mengenai pegawai perubatan kontrak dalam Belanjawan 2027 esok. KKM mahu menangani isu lantikan pegawai perubatan secara kontrak |
|
Dua remaja maut tercampak dalam parit - Sinarharian - 8/10 10:01 am PASIR SALAK - Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki terbabit dalam nahas dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah di sini pada Khamis.Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah jam 4.29 pagi melibatkan mangsa dikenali Siti Qazrina Abdul Rahman, 19, dan Adam Danial, 18.Kedua-dua mangsa dipercayai rakan yang menaiki motosikal Yamaha Y15 disyaki tercampak ke dalam parit akibat nahas berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian turut mengakibatkan pemandu kereta jenis Toyota Yaris berusia 31 tahun cedera parah.Menurutnya, anggota yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta berada dalam parit dengan seorang mangsa dalam kenderaan berkenaan."Dua lagi mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal turut ditemui berada di dalam parit."Kedua-dua mangsa itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sabarodzi berkata, ketua operasi melakukan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota mengeluarkan ketiga-tiga mangsa menggunakan pengusung.Katanya, dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Mangsa yang cedera parah kemudian dihantar ke Hospital Seri Iskandar menggunakan ambulans KKM," katanya.Operasi yang membabitkan lima anggota BBP Kampung Gajah itu tamat sepenuhnya pada jam 6.54 pagi. |
|
Belanjawan 2027 perlu utamakan tenaga kesihatan, rawatan kanser ??? Dr .. - Mygazette - 8/10 8:13 am Semakin cepat penyakit dikesan dan rawatan dimulakan, semakin baik peluang pesakit mendapatkan rawatan yang sesuai, ujarnya. Beliau turut mencadangkan peruntukan tambahan bagi mempercepatkan pelantikan jawatan tetap serta memperkukuh laluan kepakaran untuk doktor muda dalam Kementerian Kesihatan (KKM) |
|
KKM cadang insurans kesihatan wajib bagi pelarian, pemohon suaka - Hanifah Hajar - Astroawani - 7/10 10:30 pm Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan mekanisme perlindungan atau caruman insurans kesihatan diwajibkan bagi pelarian dan pemohon suaka yang didaftarkan melalui Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP). |
|
KKM cadang wajibkan insurans untuk pelarian, pemohon suaka - FMT - 7/10 9:06 pm Langkah ini bagi menampung kos rawatan, bendung tunggakan bil perubatan pesakit bukan warganegara, kata timbalan menteri. |
|
KKM cadang wajibkan insurans untuk pelarian, pemohon suaka - Hotfm - 7/10 9:06 pm Langkah ini bagi menampung kos rawatan, bendung tunggakan bil perubatan pesakit bukan warganegara, kata timbalan menteri. |
|
Belanjawan 2027: Jangan sampai petugas KKM ???angkat kaki??? - Mygazette - 6/10 5:10 pm # Belanjawan 2027: Jangan sampai petugas KKM angkat kaki KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memastikan kebajikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) diberi perhatian sewajarnya dalam Belanjawan 2027 bagi mengelakkan mereka terus berdepan tekanan sehingga memilih untuk meninggalkan perkhidmatan awam |
|
76 peratus pesakit psikiatri Mentari kekal di pasaran kerja - Dr Dzulkefly - Sinarharian - 6/10 3:25 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 76 peratus pesakit psikiatri yang mengikuti program sokongan pekerjaan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) dapat kekal bekerja di pasaran terbuka sehingga Jun 2026.Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, menerusi program itu, pesakit diberikan sokongan seperti pemulihan psikososial dan juga bantuan untuk kembali bekerja serta berdikari."KKM menetapkan supaya kurang-kurangnya 60 peratus pesakit yang mengikuti program sokongan pekerjaan dapat kekal bekerja di pasaran terbuka."Berdasarkan pencapaian di peringkat nasional, kadar berkenaan meningkat daripada 72 peratus pada 2023 kepada 72.8 peratus pada 2024, sebelum mencecah 75 peratus pada 2025 dan mencatat 76 peratus sehingga Jun 2026," ujarnyaBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan di Dewan Rakyat.Tambah Dr Dzulkefly, KKM mengukur kadar keberhasilan rawatan kesihatan mental melalui penilaian terhadap kemasukan semula pesakit psikiatri di hospital.Jelasnya, ini kerana pesakit yang menerima rawatan psikiatri berkualiti tinggi tidak sepatutnya kembali dalam tempoh tiga bulan atau lebih."Maka KKM menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) kadar kemasukan semula pesakit dalam tempoh tiga bulan perlulah kurang daripada 25 peratus bermula tahun 2025."Pencapaian hospital-hospital kami memenuhi KPI ini memandangkan di peringkat nasional pada tahun 2025 adalah pada paras 6.32 peratus |
|
“MOH Takkan Diam Je Kot” – Sebulan Berlalu, Isteri Mangsa Tragedi Helikopter ‘Flying Doctor’ Minta KKM Jangan Membisu Isu Pampasan - Beautifulnara - 6/10 10:46 am Rumusan Artikel: Seorang isteri mangsa tragedi helikopter FDS menuntut KKM dan kerajaan memberikan keadilan dan sokongan yang sewajarnya kepada waris |
|
RM2.6 Juta Diluluskan Naik Taraf HSAH, Tambah Kapasiti Tangani Kesesakan Pesakit - Siakapkeli - 5/10 9:54 pm KKM meluluskan peruntukan khas hampir RM2.6 juta untuk menaik taraf fasiliti serta memperoleh aset perubatan dan bukan perubatan di HSAH susulan isu kesesakan pesakit. |
|
KKM umum RM3.805 juta peruntukan khas kesihatan di Kedah - Sinarharian - 5/10 9:42 pm SUNGAI PETANI - Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kelulusan peruntukan khas keseluruhan berjumlah RM3.805 juta bagi meningkatkan fasiliti di Kedah khususnya daerah Kuala Muda.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu, lebih RM2.592 diperuntukkan untuk pembaikan dan naik taraf jabatan kecemasan, serta penukaran lantai wad kepada vinyl demi kawalan jangkitan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)."Selain itu peruntukan turut melibatkan perolehan aset, merangkumi item aset perubatan dan aset bukan perubatan dan 20 unit stretcher bed," katanya.Beliau berkata demikian kepada media sempena Lawatan Kerja Menteri Kesihatan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada Isnin.Katanya, peruntukan turut merangkumi Klinik Kesihatan (Jenis 2) Bandar Sungai Petani berjumlah RM564,800 sebagai kesiapsiagaan fasa pengoperasian awal dan perolehan aset perubatan serta sokongan tambahan termasuk Klinik Pergigian berjumlah RM398,800.Menurutnya, langkah itu mencerminkan komitmen berterusan KKM dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan primer, memantapkan perkhidmatan transfusi darah dan kepakaran, serta memastikan aset, infrastruktur selesa untuk rakyat.Dalam masa sama, beliau turut memuji inisiatif pihak HSAH melaksanakan Model Integrasi Vertikal Kluster Kedah Tengah 2026 dan 'After Hours Clinic' dengan kerjasama rapat antara Hospital Yan, Hospital Sik dan Pejabat kesihatan Daerah (PKD) mengatasi kesesakan pesakit."Dilaksanakan sejak 17 Ogos lepas di mana klinik pakar dan klinik kesihatan beroperasi luar waktu pejabat bagi menyerap limpahan pesakit luar dan pesakit zon hijau dari Jabatan kecemasan HSAH."Doktor bertugas secara locum datang daripada hospital-hospital tersebut.. |
|
KKM susun semula strategi kawal selia pusat jagaan warga emas swasta - Astroawani - 5/10 8:45 pm Kementerian Kesihatan (KKM) sedang merangka dan menyusun semula strategi bagi mengawal selia dan menyokong perkembangan pusat jagaan warga emas berikutan kekangan untuk menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 (Akta 802). |
|
Dipilih KKM, Doktor Dari Klinik IIUM Sejahtera Ini Ketuai Pasukan Ekstrikasi Malaysia Di F1 Bahrain GP 2026 - Vocket - 5/10 11:41 am Luqman Hafidz dari Klinik IIUM Sejahtera dipilih mengetuai Pasukan Ekstrikasi Malaysia... The post Dipilih KKM, Doktor Dari Klinik IIUM Sejahtera Ini Ketuai Pasukan Ekstrikasi Malaysia Di F1 Bahrain GP 2026 appeared first on VOCKET . |
|
Pegawai sudah pergi, pengganti belum tiba: ???Siapa nak buat kerja???? ??? .. - Mygazette - 4/10 7:40 am Media tempatan melaporkan, beberapa hospital di Sabah dan Sarawak berdepan kekurangan pegawai perubatan (MO) selepas tiada doktor baharu didakwa melapor diri bagi pengambilan jawatan tetap, bulan ini. Setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mendedahkan jumlah sebenar MO tidak hadir melapor diri, namun dakwaan 'kehilangan' pegawai perubatan dari penempatan masing-masing didedahkan pengguna Threads |
|
Doktor ke Sabah, Sarawak boleh tuntut elaun pindah penuh, kata KKM - Hotfm - 3/10 11:46 pm Kementerian mahu pastikan cabaran kewangan tidak lagi jadi beban petugas kesihatan yang menerima penempatan rentas wilayah. |
|
Doktor ke Sabah, Sarawak boleh tuntut elaun pindah penuh, kata KKM - FMT - 3/10 11:46 pm Kementerian mahu pastikan cabaran kewangan tidak lagi jadi beban petugas kesihatan yang menerima penempatan rentas wilayah. |
|
Check Your Skincare: KKM Bans Second Cream In Five Weeks, This Time For Mercury - Rakyatpost - 2/10 4:46 pm GB Daily Glow Skin Cream has been banned for containing mercury - the second cosmetic product pulled from Malaysian shelves in five weeks for harbouring a scheduled poison |
|
17 premis jual vape diserbu, kompaun dan rampasan RM73,000 - Sinarharian - 1/10 5:40 pm SUBANG JAYA Operasi penguatkuasaan ke atas 17 premis penjualan rokok elektronik (vape) di sini merekodkan kompaun dan rampasan berjumlah RM73,000 pada Rabu.Tindakan itu diambil serentak oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerusi Operasi Berseadu bermula jam 2.30 petang.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, nilai keseluruhan kompaun oleh tiga agensi terbabit ialah RM35,000, manakala direkodkan berjumlah RM38,000.Menurutnya, sebanyak 17 premis telah diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan perundangan yang berkuat kuasa."Hasil pemeriksaan, KPDN Selangor mengambil tiga tindakan kes di bawah Perenggan 6, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Rokok Elektronik) 2022 iaitu atas kegagalan mematuhi subperenggan 4(2)(b) berhubung peranti rokok elektronik atau alat ganti yang tidak ditandakan dengan tanda sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual."Selain itu, lima kompaun turut dikeluarkan di bawah Akta Timbang Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, MBSJ pula mengeluarkan 14 kompaun di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSJ serta Undang-Undang Kecil Iklan MBSJ.Sementara itu, SSM merekodkan lima kompaun di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan oleh SSM.Tambahnya, dua notis di bawah Seksyen 18(1)(a) atas kesalahan gagal mempamerkan tanda amaran larangan merokok dikeluarkan KKM."Secara keseluruhannya, sebanyak 28 tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh agensi-agensi terlibat sepanjang operasi bersepadu ini," ujarnya.Kata beliau, operasi bersepadu ini dilaksanakan bagi memastikan premis yang menjalankan aktiviti penjualan rokok elektronik mematuhi perundangan yang berkaitan, termasuk aspek perdagangan, kesihatan, pendaftaran perniagaan dan pelesenan premis.Tegasnya, langkah proaktif ini diambil bagi memastikan pematuhan undang-undang yang menyeluruh, sekali gus melindungi kepentingan pengguna serta memelihara kesejahteraan kesihatan awam di negara ini."KPDN mengingatkan semua peniaga yang menjalankan aktiviti penjualan rokok elektronik agar sentiasa mematuhi sepenuhnya keperluan perakuan dan penandaan peranti rokok elektronik yang ditetapkan di bawah perundangan berkaitan," ujarnya. |
|
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun - FMT - 1/10 5:01 pm Kementerian Kesihatan gesa orang awam untuk elak beli dan guna produk kosmetik GB Daily Glow Skin Cream. |
|
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun - Hotfm - 1/10 5:01 pm Kementerian Kesihatan gesa orang awam untuk elak beli dan guna produk kosmetik GB Daily Glow Skin Cream. |
|
KKM gesa pegawai perubatan UD10 segera lapor diri sebelum 7 Okt KKM gesa .. - Mygazette - 1/10 3:18 pm # KKM gesa pegawai perubatan UD10 segera lapor diri sebelum 7 Okt PUTRAJAYA -Kementerian Kesihatan (KKM) meminta pegawai perubatan yang dilantik secara tetap di bawah pengambilan fasa kedua supaya melapor diri bertugas selewat-lewatnya pada 7 Oktober ini, ketika proses penempatan masih sedang dijalankan |
|
KKM Gesa Pegawai Perubatan UD10 Segera Lapor Diri Sebelum 7 Okt - Mydateline - 1/10 1:00 pm Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa Pegawai Perubatan Gred UD10 yang masih belum melapor diri supaya berbuat demikian dengansegera sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 7 Okt .. |
|
KKM beri tempoh hingga 7 Okt kepada 4,255 pegawai perubatan untuk lapor diri - Astroawani - 1/10 12:30 am Seramai 4,255 pegawai perubatan ditawarkan penempatan menerusi sistem ePlacement bagi lantikan Fasa 2/2026 yang berkuat kuasa mulai 28 September lalu. |
|
KKM gesa Pegawai Perubatan UD10 segera lapor diri sebelum 7 Oktober - Sinarharian - 1/10 12:26 am PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa Pegawai Perubatan Gred UD10 yang masih belum melapor diri supaya berbuat demikian dengan segera sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 7 Okt ini.Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan pegawai yang terlibat perlu melengkapkan urusan lapor diri di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing."Proses lapor diri Pegawai Perubatan Gred UD10 (Fasa 2) yang dilantik secara tetap dan berkuat kuasa mulai 28 September 2026 masih sedang berjalan dan belum selesai."Urusan lantikan fasa berkenaan melibatkan sebanyak 4,255 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan menerusi sistem ePlacement," menurut kenyataan itu.Oleh itu, KKM memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan awal dan memberikan ruang kepada kelancaran proses penempatan berkenaan |
|
ECO Bee Biotech cipta sejarah, rai pengiktirafan ASIA dan ASEAN Records - Sinarharian - 1/10 11:50 am KUALA LUMPUR - ECO Bee Biotech Sdn Bhd mencatat sejarah apabila inovasi ekstrak propolis kelulut emas halal tanpa alkohol menggunakan teknologi Supercritical Fluid Extraction (SFE) menerima pengiktirafan ASIA Records dan ASEAN Records.Pencapaian itu hasil perjalanan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaksanakan secara berperingkat sejak 2016 menerusi kerjasama dengan pelbagai institusi akademik.Pengiktirafan berkenaan diberikan bagi pencapaian:"First Alcohol-Free Halal Kelulut Golden Propolis SFE Extract Developed Through Multi-University Research Collaboration and Recognised by International Innovation Awards."Pencapaian itu merupakan hasil penyelidikan yang berkembang menerusi kerjasama dengan institusi akademik termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Monash University Malaysia dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).Bermula dengan teknologi SFEMenurut rekod UTM, ECO Bee mula berhubung dengan pasukan penyelidik universiti berkenaan pada 2016 selepas mengenali teknologi SFE Green Technology.Kerjasama penyelidikan secara rasmi kemudian dimeterai pada 2017 bagi pembangunan ekstrak propolis daripada lebah kelulut menggunakan teknologi SFE.Kerjasama itu menjadi asas kepada pembangunan propolis kelulut secara berterusan, sekali gus meletakkan ECO Bee antara peneraju awal pembangunan propolis kelulut berasaskan penyelidikan dan teknologi di Malaysia.Daripada penerokaan awal teknologi berkenaan, penyelidikan itu kemudiannya berkembang kepada kerjasama pelbagai universiti sebelum menghasilkan pelbagai pengiktirafan inovasi di peringkat antarabangsa.Penyelidikan bawa pengiktirafanPembangunan Kelulut Golden Propolis menggabungkan kepakaran dalam bidang bioteknologi, sains makanan, teknologi ekstraksi dan bahan semula jadi.Teknologi Supercritical Fluid Extraction (SFE) pula menjadi sebahagian daripada pendekatan R&D dalam pembangunan ekstrak propolis kelulut.Hasil penyelidikan dan inovasi itu turut menerima beberapa pengiktirafan, antaranya:PECIPTA 2019 Gold AwardPemenang Geran Islamic Innovation Challenge (IIC)ICAN Canada 2020 Gold AwardICAN Canada 2020 Top 10 Best InventionInova Croatia 2020 Gold AwardITEX 2022 Silver Award - Health & Medical CategoryECO Bee Biotech turut menerima Islamic Innovation Challenge (IIC) di bawah High Impact Programme 2 (HIP2), dengan penyelidikan berkenaan mendapat sokongan menerusi geran penyelidikan IIC.Pengiktirafan ASIA Records dan ASEAN Records itu disampaikan kepada Pengasas ECO Bee Biotech, Cathie Tan.Bermula daripada kecintaan terhadap lebahMengulas pencapaian itu, Cathie berkata pengiktirafan berkenaan mencerminkan usaha bersama penyelidik, rakan akademik dan pasukan ECO Bee yang dilaksanakan secara berterusan selama bertahun-tahun."Penerimaan pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan yang mencerminkan usaha bersama penyelidik, rakan akademik dan pasukan kami selama bertahun-tahun."Perjalanan ini bermula daripada kecintaan kami terhadap lebah dan keinginan untuk meneroka bagaimana sumber semula jadi tempatan boleh dibangunkan melalui sains dan teknologi."Kami kekal komited untuk membangunkan produk berasaskan lebah yang berkualiti tinggi dan disokong oleh penyelidikan, di samping membawa inovasi bioteknologi Malaysia ke peringkat ASEAN dan Asia," katanya.Gabung sumber tempatan dan teknologiPembangunan Kelulut Golden Propolis memperlihatkan bagaimana sumber semula jadi tempatan boleh diterokai menerusi kerjasama antara industri dan institusi akademik bagi menghasilkan inovasi bernilai tambah.Teknologi Supercritical Fluid Extraction (SFE) digunakan sebagai sebahagian daripada pendekatan penyelidikan dan pembangunan ekstrak propolis kelulut.Dari aspek halal, pembangunan berkenaan turut mengambil kira ekosistem halal Malaysia, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Halal Development Corporation Berhad (HDC).Pendekatan itu menggabungkan sumber kelulut tempatan dengan penyelidikan universiti, teknologi ekstraksi dan pembangunan produk dalam satu rangkaian inovasi.Perkukuh identiti Buatan MalaysiaPengiktirafan berkenaan turut memperkukuh usaha ECO Bee Biotech mengetengahkan inovasi berasaskan sumber lebah Malaysia ke pasaran ASEAN dan Asia.Pada masa sama, pencapaian itu memperkukuh identiti inovasi Buatan Malaysia yang menggabungkan sumber semula jadi tempatan, penyelidikan universiti, teknologi, pembangunan produk dan elemen halal dalam satu ekosistem inovasi.Syarikat berkenaan terus memberi tumpuan kepada pembangunan produk berasaskan madu tulen Bersijil Autentik KKM, madu kelulut, royal jelly, bee pollen dan propolis, selain meneroka kerjasama penyelidikan serta peluang pengkomersialan di pasaran antarabangsa.Pada masa sama, ECO Bee Biotech meneruskan usaha menggalakkan penternakan lebah secara bertanggungjawab, penggunaan sumber bahan mentah yang mampan serta kesedaran terhadap pemeliharaan lebah dan serangga pendebunga.Usaha itu sejajar dengan kepentingan memelihara biodiversiti dan keseimbangan ekosistem.10 tahun perjalanan R&D2016 - ECO Bee memulakan penerokaan penggunaan teknologi SFE bersama pasukan penyelidik UTM.2017 - Kerjasama rasmi UTM dan ECO Bee dimeterai bagi pembangunan ekstrak propolis kelulut menggunakan teknologi SFE.2018 - ECO Bee memperoleh kelulusan Pioneer Status daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA), yang menjadi asas penting dalam membawa hasil penyelidikan ke arah pengkomersialan.2019 - Menerima PECIPTA Gold Award dan menjadi pemenang Geran Islamic Innovation Challenge (IIC).2020 - Menerima ICAN Canada Gold Award, Top 10 Best Invention serta Inova Croatia Gold Award.2021 - Kerjasama penyelidikan diteruskan bersama UTAR.2022 - Menerima ITEX Health & Medical Category Silver Award.2026 - Menerima pengiktirafan ASIA Records dan ASEAN Records.Ditubuhkan pada 2002, ECO Bee Biotech Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai The Bee Shop merupakan syarikat bioteknologi Malaysia yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan produk berasaskan sumber lebah.Perjalanan ECO Bee mencerminkan kesinambungan antara sumber kelulut tempatan, penyelidikan universiti, teknologi, inovasi dan pengiktirafan antarabangsa, bermula daripada penerokaan awal pada 2016 sehingga menerima pengiktirafan ASIA Records dan ASEAN Records pada 2026.Pencapaian itu menandakan satu lagi langkah dalam usaha ECO Bee Biotech membawa inovasi berasaskan sumber lebah Buatan Malaysia daripada peringkat penyelidikan dan pembangunan ke pasaran ASEAN dan Asia. |
|
Ubat Melalui Pos secara percuma beri maanfaat kepada 87,000 pesakit - Mygazette - 29/09 3:25 pm Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, apa yang penting, perkhidmatan itu menjimatkan masa dan kos perjalanan selain keperluan pesakit untuk hadir ke fasiliti dapat dikurangkan dan urusan mendapatkan bekalan ubat menjadi lebih mudah. Katanya, usaha itu mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan penyampaian perkhidmatan farmasi sentiasa berkembang seiring dengan keperluan pesakit |
|
Orang ramai diingat jangan terpedaya scam pendaftaran ubat melalui pos - FMT - 29/09 11:16 am Pendaftaran program ubat melalui pos hanya dibuat melalui fasiliti KKM dan tiada bayaran dikenakan. |
|
KKM lancar NSFIRM, garis panduan perkhidmatan postvention tangani kes .. - Mygazette - 29/09 8:09 am # KKM lancar NSFIRM, garis panduan perkhidmatan postvention tangani kes bunuh diri IPOH Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan dua inisiatif baharu bagi memperkukuh usaha menangani isu bunuh diri dan kecederaan maut di negara ini Dua inisiatif berkenaan ialah Sistem Registri Bunuh Diri dan Kematian Fatal Kebangsaan (NSFIRM) dan Garis Panduan Perkhidmatan Postvention (Panduan Klinikal) |
|
Health Ministry ready to assist JPA in developing public service mental health guidelines - Sinardaily - 28/09 4:11 pm IPOH The Health Ministry (KKM) is ready to assist the Public Service Department (JPA) in developing Mental Health Guidelines for the Public Service.Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad said the ministry's expertise, particularly in mental health, could be leveraged to support JPAs efforts to address mental health challenges among civil servants.He said KKM, as the lead agency in healthcare, was prepared to provide technical input and expert views to support the development of both the guidelines and a planned mental health index.Certainly, the Health Ministry feels compelled to help |
|
KKM lancar NSFIRM, garis panduan postvention perkukuh usaha cegah bunuh diri - FMT - 28/09 3:49 pm Data tepat boleh digunakan untuk rancang polisi, perkhidmatan lebih bersasar ikut keperluan sebenar, kata menteri kesihatan. |
|
Buli: KKM, KPM perkukuh kerjasama tangani risiko bunuh diri pelajar - Utusan - 28/09 3:32 pm IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menangani risiko tingkah laku bunuh diri dalam kalangan pelajar, terutama membabitkan kes yang dikaitkan dengan isu buli |
|
KKM sedia bantu JPA sedia Garis Panduan Kesihatan Mental Perkhidmatan Awam - Sinarharian - 28/09 2:16 pm IPOH - Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia membantu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam menyediakan Garis Panduan Kesihatan Mental Perkhidmatan Awam.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kepakaran KKM khususnya dalam bidang kesihatan mental boleh dimanfaatkan bagi menyokong usaha JPA menangani cabaran kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam.Menurutnya, KKM selaku peneraju bidang kesihatan bersedia memberikan input teknikal serta pandangan pakar bagi membantu pembangunan kedua-dua instrumen berkenaan."Pastinya, KKM terpanggil dan sebagai penjaga kesihatan, kami sentiasa mahu memanfaatkan kepakaran pakar rujukan untuk menyokong inisiatif JPA ini."Terutama input teknikal dan kepakaran kesihatan mental dalam pengendalian isu kesihatan mental yang melibatkan lebih 55,000 penjawat awam," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Utama Kolej Poly-Tech Mara Ipoh pada Isnin.Menurut Dzulkefly, KKM bersedia membantu JPA dalam membangunkan Garis Panduan Kesihatan Mental Perkhidmatan Awam dan indeks kesihatan mental yang dirancang."Walaupun kita sudah ada garis panduan, mereka mahu membangunkannya sendiri bagi menangani lebih 50,000 individu yang terjejas atau berdepan cabaran kesihatan mental."Kami sedia membantu untuk membangunkan kedua-dua indeks dan garis panduan mereka," katanya.Pada 21 September lalu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail dilaporkan berkata seramai 55,169 penjawat awam yang menjalani saringan Sistem Profil Digital Kesihatan Psikologi Penjawat Awam (MyPsyD) dikategorikan sebagai berisiko tinggi dalam isu kesihatan mental, termasuk kecenderungan membunuh diri.Dalam perkembangan sama, Dzulkefly berkata KKM turut melancarkan dua inisiatif baharu berkaitan pencegahan bunuh diri pada tahun ini.Beliau berkata, antaranya National Suicide and Fatal Injury Registry Malaysia (NSFIRM) yang dibangunkan dengan penglibatan National Centre of Excellence for Mental Health (NCEM) dan Jabatan Forensik.Katanya, pendaftaran itu penting bagi menyediakan data berkaitan kecederaan maut termasuk kes bunuh diri dan kemalangan.Menurut Dzulkefly, selain itu pihaknya turut melancarkan Garis Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Postvention bagi memperkukuh pelaksanaan sokongan psikososial dan intervensi selepas kejadian bunuh diri.Jelasnya, ia khusus bagi membantu keluarga, rakan sekerja, pasangan serta komuniti yang terkesan selepas insiden berkenaan. |
|
KKM, KPM bekerjasama bantu mangsa buli - Sinarharian - 28/09 2:08 pm IPOH - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkukuh usaha menangani pelajar yang terkesan dengan kes buli bagi mencegah risiko lebih buruk termasuk bunuh diri.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerjasama antara kedua-dua kementerian itu meliputi pelbagai aspek termasuk kesedaran, literasi kesihatan mental, pengesanan awal, rujukan serta intervensi terhadap pelajar yang terkesan.Menurutnya, KKM turut memperkukuh perkhidmatan kaunseling di sekolah termasuk aspek saringan dan pengesanan awal perubahan tingkah laku atau simptom yang memerlukan perhatian."Kita sentiasa mengadakan libat urus dengan KPM, iaitu dua menteri serta barisan teknokrat dan birokrat dalam kedua-dua kementerian yang sentiasa membuat libat urus."Kita juga melaksanakan pelbagai aktiviti kesedaran dan literasi berkaitan perkara ini," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Utama Kolej Poly-Tech Mara Ipoh di sini pada Isnin.Dzulkefly berkata, usaha itu turut diperkukuh melalui dasar berkaitan antibuli selain Program Kesihatan Sekolah yang memberi penekanan kepada peningkatan kecelikan kesihatan mental dan daya tindak dalam kalangan pelajar.Katanya, persekitaran sekolah yang inklusif dan positif perlu diwujudkan sebagai langkah proaktif dan preventif, selain tidak hanya bertindak selepas sesuatu insiden berlaku."Bagi individu, sekolah atau komuniti yang terkesan, kita datangkan Pasukan Bantuan Khusus atau MHPSS (Modul Latihan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial Semasa Krisis dan Bencana) untuk membuat intervensi serta program jangkauan," katanya.Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, Talian HEAL 15555 memainkan peranan penting dalam membantu individu yang berdepan krisis kesihatan mental termasuk pemikiran dan cubaan membunuh diri.Katanya, sebanyak 267,873 panggilan diterima menerusi talian berkenaan sepanjang lebih empat tahun sehingga 19 September lalu, dengan 220,856 klien menerima sokongan emosi manakala 47,014 lagi menerima intervensi khusus."Sebanyak 518 kes krisis tingkah laku bunuh diri termasuk idea bunuh diri dan cubaan bunuh diri telah dikendalikan Talian HEAL."Daripada jumlah itu, 347 kes idea bunuh diri diberikan intervensi secara langsung, manakala 171 kes cubaan bunuh diri dirujuk dengan mengaktifkan MERS 999 melalui kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan kecemasan," katanya.Dzulkefly berkata peningkatan jumlah panggilan Talian HEAL setiap tahun perlu dilihat daripada sudut cabaran kesihatan mental, namun pada masa sama ia menunjukkan semakin ramai masyarakat bersedia mendapatkan bantuan."Pada 2023, jumlah panggilan diterima sebanyak 27,738, meningkat kepada 42,990 pada 2024 dan hampir dua kali ganda pada 2025 dengan 90,981 panggilan."Ini menunjukkan rakyat semakin celik, semakin mahu mencari bantuan, intervensi serta sokongan psikologi dan pasukan kesihatan mental," katanya.TAMAT |
|
Penghantaran Ubat Melalui Pos Dikecualikan Bayaran Berkuat-kuasa 1 Oktober 2026 - Amanz - 27/09 2:59 pm Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sedia menawarkan perkhidmatan Ubat Melalui Pos, membolehkan para pesakit untuk memohon agar ubat dihantar terus ke rumah, dan penghantaran yang dihantar melalui Pos Laju ditanggung oleh pesakit. Segala proses berkaitan hal ini diuruskan melalui aplikasi khusus dinamakan MyUBAT KKM |
|
Proton Gen2 terbabas, lelaki maut tersepit - Sinarharian - 27/09 9:22 am TANJUNG MALIM - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Persekutuan Trolak Pekan, Slim River pada Ahad.Dalam kejadian dilaporkan jam 12.08 tengah malam itu, mangsa berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berdasarkan maklumat awal, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Gen2.Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River yang digerakkan ke lokasi mendapati, terdapat dua mangsa dalam kenderaan itu dengan pemandu dilaporkan tersepit."Anggota bomba menjalankan operasi dengan melakukan penilaian awal sebelum mengaplikasikan konsep SAVER bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan menggunakan pengusung."Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, penumpang berusia 22 tahun mengalami cedera ringan dan telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM.Operasi yang melibatkan lima anggota bersama satu jentera FRT dan satu EMRS itu amat sepenuhnya pada jam 1.08 pagi. |
|
Pemandu maut, penumpang cedera, kereta langgar pembahagi jalan di Slim River - Astroawani - 27/09 9:15 am Mangsa yang cedera telah keluar dengan sendiri dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans KKM. |
|
Lelaki Orang Asli parah, tangan tersepit mesin pengisar daging - Mygazette - 27/09 7:59 am Setibanya jentera bomba di lokasi, didapati tangan kanan mangsa berusia 19 tahun itu masih berada di dalam mesin tersebut dan dia berada dalam keadaan sedar. Ketua operasi kemudiannya memohon bantuan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi untuk membius tangan mangsa kerana mangsa mengalami kesakitan ketika kerja-kerja menyelamat dijalankan |
|
147 hospital KKM raih pensijilan hijau - Dzulkefly - Astroawani - 26/09 7:45 pm Sebanyak 147 hospital dan institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya memperoleh pensijilan hijau, menerusi pelaksanaan Fasiliti Kesihatan Lestari. |
|
Penghantaran ubat melalui pos percuma mulai 1 Okt, kata menteri - FMT - 26/09 3:25 pm Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata SKMM akan membantu KKM menghantar ubat kepada pesakit yang memohon perkhidmatan itu. |
|
Ubat dipos secara percuma kepada pesakit mulai 1 Oktober - Fahmi - Sinarharian - 26/09 3:20 pm PADANG BESAR - Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui possecara percuma kepada pesakit yang memohon perkhidmatan itu mulai 1 Oktober ini.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan di seluruh negara melalui peruntukan dana kira-kiraRM5 juta."Sebelum ini pesakit perlu membayar untuk penghantaran ubat melalui pos tetapi mulai 1 Oktober ini, semua yang terlibat tidak lagi perlu membayar dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui MCMC," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA), di Klinik Kesihatan Padang Besar di sini pada Sabtu.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Pengarah Kesihatan Perlis Dr Ghazali Chik.Pada Jun lepas, Fahmi dilaporkan berkata, kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran ubat kepada kira-kira 80,000 pesakit sebulan, menerusi Program Ubat Melalui Pos (UMP) hasil kerjasama MCMC dan KKM |
|
3,494 doktor tinggalkan KKM, MMA mahu Belanjawan 2027 tangani krisis tenaga kerja - Sinarharian - 25/09 6:34 pm SHAH ALAM - Keperluan mengekalkan doktor dalam sektor awam antara yang perlu diberi perhatian menerusi pembentangan Belanjawan 2027, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr L Sivanaesan.Beliau berkata, antara 2019 hingga 2023, seramai 3,494 doktor meninggalkan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk 2,385 pegawai perubatan tetap dan 1,109 tenaga pakar.Menurutnya, peletakan jawatan dalam kalangan pakar turut meningkat 57 peratus dalam tempoh berkenaan."Malaysia kini berdepan kekurangan hampir 11,000 pakar, manakala kekosongan jawatan jururawat kira-kira 18 peratus |
|
Juruterapi kecantikan Indonesia kaut RM50,000 sebulan dicekup - Mygazette - 25/09 3:15 pm Tiga lagi wanita pula ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama, manakala seorang wanita ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Pada masa sama, kesemua warga asing terbabit turut akan disiasat Kementerian Kesihatan (KKM) kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 7(1) dan Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 berhubung pemilikan keluaran yang tidak berdaftar dengan KKM |
|
Pusat kecantikan estetik warga asing diserbu - Sinarharian - 25/09 11:28 am SHAH ALAM Kegiatan menawarkan perkhidmatan kecantikan dan rawatan estetik kepada warga tempatan dan warga asing menerusi media sosial terbongkar selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melancarkan serbuan di beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur pada Rabu.Operasi khas yang bermula kira-kira jam 12.15 tengah hari itu dijalankan di sebuah premis di Jalan Uranus, Shah Alam, selain satu lokasi di Pandan Perdana dan dua lokasi di Kepong, Kuala Lumpur.JIM dalam satu kenyataan memaklumkan operasi tersebut dilaksanakan hasil maklumat awam serta risikan yang dijalankan selama sebulan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.Menurut kenyataan itu, seramai tujuh warga Indonesia yang terdiri daripada seorang lelaki dan enam wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun ditahan kerana disyaki bekerja sebagai juruterapi kecantikan."Pasukan operasi turut menyita ubat-ubatan, peralatan rawatan dan kecantikan serta sebuah telefon bimbit."Turut disita wang tunai berjumlah RM400 yang dipercayai hasil daripada aktiviti berkenaan," menurut kenyataan itu pada Jumaat.JIM berkata, modus operandi yang digunakan adalah menawarkan perkhidmatan kecantikan dan estetik kepada warga tempatan serta warga asing, khususnya warga Indonesia yang menetap di Lembah Klang.Aktiviti tersebut dipromosikan menerusi platform media sosial seperti TikTok dan Instagram, dengan pelanggan dikehendaki membuat tempahan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan."Selain itu, aktiviti ini dijalankan di premis kediaman yang disewa bagi mengaburi pihak berkuasa."Warga asing yang ditahan dipercayai mempelajari kaedah rawatan estetik di negara asal dan juga ketika berada di Malaysia," katanya.Menurut JIM, kegiatan tersebut dipercayai telah beroperasi sejak tahun lalu dan mampu menjana pendapatan sehingga RM50,000 sebulan bergantung kepada jumlah pelanggan serta jenis perkhidmatan yang ditawarkan.Dalam operasi itu, dua wanita dan seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Selain itu, tiga wanita ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) akta yang sama, manakala seorang lagi wanita ditahan kerana disyaki melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.JIM turut memaklumkan bahawa individu yang ditahan akan disiasat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 7(1) dan Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana memiliki produk yang tidak berdaftar dengan KKM.Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.JIM menegaskan pihaknya akan terus memperhebatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara. |
|
Insiden van KKM terbalik: Polis temui petunjuk baharu - Sinarharian - 24/09 8:31 am IPOH - Polis memperoleh petunjuk baharu berhubung kemalangan membabitkan sebuah van Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Iskandar/Jalan Sultan Yussof di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, petunjuk berkenaan diperoleh selepas pihaknya mendapatkan dan meneliti rakaman kamera papan pemuka daripada sebuah kenderaan yang berada di lokasi kejadian.Menurut beliau, rakaman tersebut memberikan maklumat baharu berkaitan fasa lampu isyarat dan pergerakan kenderaan ketika kemalangan berlaku."Maklumat ini sedang diteliti bagi melengkapkan siasatan dan menentukan punca sebenar kemalangan."Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman berkenaan serta mendapatkan keterangan daripada pihak-pihak berkaitan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 pagi Rabu, sebuah van KKM yang membawa 11 individu termasuk jururawat pelatih terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berkenaan.Kemalangan itu menyebabkan van berkenaan terbalik manakala tiga penumpang mengalami kecederaan dan menerima rawatan.Muhamad Najib berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sabrina di talian 019-653 3008.Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi lampu isyarat dan peraturan lalu lintas serta mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya. |
|
Van KKM Bawa Pelatih Terbabit Kemalangan, Sembilan Cedera - Siakapkeli - 23/09 5:54 pm IPOH, 23 Sept (Bernama) -- Sebuah van Kementerian Kesihatan (KKM) yang membawa pelatih Institut Latihan KKM (ILKKM) Tanjung Rambutan terbabit |
|
Van KKM bawa pelatih terbabit kemalangan, sembilan cedera - Astroawani - 23/09 12:10 am Sembilan individu cedera selepas van KKM yang membawa pelatih ILKKM Tanjung Rambutan terbabit dalam kemalangan di Ipoh ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Buntong. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |