///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Jerangau News   Page 1    



Suami trauma hilang isteri, dua anak serentak - Sinarharian - 24/03 3:21 pm

Dia sentiasa ceria dan disayangi oleh semua orang. Kebetulan hari lahir anak bongsunya sama dengan saya, jadi kami sambut bersama-sama pada malam sebelum kejadian," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.Mohd Tarmizi berkata suami arwah, Mohamad Redzuan, 40, yang bekerja sebagai pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Kuala Dungun, kini berdepan trauma mendalam selepas kehilangan isteri serta dua anaknya serentak dalam tragedi berkenaan.Dalam masa sama, Mohamad Redzuan turut berdepan ujian apabila dua lagi anak mereka, Nur Raesha Amanda, 14, dan Nur Rakhis Aral Yn, 9, masih menerima rawatan di Hospital Dungun."Ketika menerima berita itu, suami arwah baru sahaja tiba di kediaman mereka di Ajil, Hulu Terengganu, dari Jerangau, Dungun





Tiga beranak maut: Ibu sempat sambut hari lahir anak bongsu - Sinarharian - 24/03 2:08 pm

KUALA TERENGGANU - Allahyarham Nurul Hafizah Shaary, 39, yang maut bersama dua anaknya dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis perkahwinan adiknya, sempat menyambut hari lahir anak bongsu sebelum ditimpa kemalangan jalan raya petang semalam.Anak saudara mangsa, Mohd Tarmizi Said, 42, berkata, pada malam sebelum kejadian, arwah sempat mengatur majlis sambutan hari lahir untuk Nur Radya Athalia Mohamad Redzuan, 4, yang turut terkorban dalam kemalangan itu.Mohd Tarmizi yang bekerja sebagai pegawai polis berkata, arwah kelihatan sangat gembira dan ceria kerana semua sanak saudara yang dekat serta jauh dapat berkumpul menyambut Aidilfitri dan majlis perkahwinan bersama-sama setelah sekian lama."Kami memang rapat sejak kecil kerana membesar bersama-sama. Malah dia lah yang memberi kata-kata semangat semasa saya menjalani latihan polis."Pada malam kejadian arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dia memang sentiasa ceria dan disayangi oleh semua orang."Kebetulan hari lahir anak bongsunya sama dengan saya, jadi kami sambut bersama-sama pada malam sebelum kejadian," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini hari ini.Mohd Tarmizi berkata, suami arwah, Mohamad Redzuan, 40, yang bekerja sebagai pemandu ambulans di Klinik Kesihatan (KK) Kuala Dungun masih dalam keadaan trauma selepas kehilangan isteri dan dua anak serentak.Selain itu, Mohamad Redzuan juga terpaksa menguruskan dua lagi anak, iaitu Nur Raesha Amanda, 14, dan Nur Rakhis Aral Yn, 9, yang masih dirawat di Hospital Dungun."Ketika mendapat perkhabaran, suami arwah baru sahaja sampai di kediaman mereka di Ajil (Hulu Terengganu) dari Jerangau (di Dungun)





Wanita, dua anak maut lepas hadir kenduri kahwin adik - Thempress - 24/03 1:46 pm

DUNGUN – Polis mengenal pasti identiti tiga beranak yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran FELDA Jerangau, di sini…





'Nur Radya hembus nafas terakhir dalam pelukan saya' - Datuk saudara - Sinarharian - 24/03 1:11 pm

KUALA TERENGGANU - "Saya sempat peluk anak arwah yang masih kecil sebelum dia meninggal dunia dalam pelukan saya.Demikian luahan sayu Mohd Tarmizi Said, 42, ketika menceritakan detik kehilangan cucu saudaranya, Nur Radya Athalia, 4 yang menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Jerangau, Dungun.Nur Radya merupakan salah seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam tragedi kemalangan menyayat hati di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Felda Jerangau pada petang Isnin.Mohd Tarmizi berkata, dia tidak menyangka sambutan hari lahir yang diadakan pada malam sebelum kejadian menjadi kenangan terakhir mereka bersama."Sedih sangat bila fikirkan anak yang masih kecil, yang baru sahaja sambut hari lahir bersama saya kini sudah tiada





'Tak sangka kegembiraan kami hanya seketika' - Hmetro - 24/03 12:06 am

Dungun: Tak sangka kegembiraan kami adik-beradik hanya sementara sebelum dikejutkan berita menyedihkan ini, kata Mohd Saddam Mohd Shaary selepas kakaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor, di Felda Jerangau, dekat sini, semalam





Ibu, dua anak maut kemalangan selepas hadiri majlis perkahwinan adik bongsu - Sinarharian - 24/03 8:14 am

DUNGUN - Polis mengenal pasti identiti tiga beranak yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau, di sini semalam.Ketua Polis Daerah Dungun, SuperintendenMaizura Abdul Kadir berkata, mangsaialah pemandu SUV jenis Perodua Aruz, Nurul Hafizah Shaary, 39, dan anaknya Muhammad Redzuan Arash Mohamad Redzuan, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan yang berlakupada6 petang.Beliau berkata, seorang lagi anak mangsa, Nur Radya Athalia, 4, pula disahkan meninggal dunia setibanya di Klinik Kesihatan Jerangau di sini."Sementara itu dua lagi anak Nurul Hafizah, iaitu Nur Raesha Amanda,14, dan Nur Rakhis Aral Yn, 9, mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.Maizura berkata, ketika kejadian Nurul Hafizah yang bekerja sebagai ejen sebuah syarikat penapis air dan udara dalam perjalanan dari Jerangau ke Ajil, Hulu Terengganu bersama empat anaknya.Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila SUV dipandu mangsa hilang kawalan sebaiktiba di lokasi kejadian sebelum terbabas ke laluan bertentangan, seterusnyamelanggar paip air danmerempuh tiang elektrik di sebelah kanan jalan.Ketiga-tiga mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk bedah siasat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Sementara itu, adik Nurul Hafizah, Mohd Saddam, 33, berkata, kemalangan itu berlaku ketika Nurul Hafizah yang menetap di Ajildalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan adik bongsu mereka di sini semalam.Dia berkata pada majlis berkenaan kakaknya kelihatan begitu ceria dan mesra malah sempat bergurau senda dengan ahli keluarga yang hadir."Saya amat terkejut dan luluh hati apabila menerima berita kakak maut bersama dua anaknya selepas SUV yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan hanya beberapa jam selepas kami bersama," katanya ketika dihubungi.- Bernama





[KEMASKINI] Ibu, anak maut selepas hadir majlis perkahwinan adik - Kosmo - 23/03 11:45 pm

DUNGUN – Identiti dua beranak yang maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz berhampiran Felda Jerangau, di sini, hari ini dikenal pasti sebagai Nurul Hafizah Shaary, 39, dan anak lelakinya, Mohd





Ibu, dua anak maut kereta terbabas - Sinarharian - 23/03 11:06 pm

DUNGUN - Seorang wanita dan dua anak maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz dinaiki mereka terbabas di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau dekat sini, petang tadi.Kejadian difahamkan berlaku kira-kira 6.10 petang dan dua daripada mereka maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di Klinik Kesihatan Jerangau, namun setakat ini identiti semua mangsa belum dikenal pasti.Kemalangan juga melibatkan dua lagi anak mangsa dan mereka dikejarkan ke Hospital Dungun.Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir mengesahkan kejadian dan berkata, maklumat lanjut akan menyusul.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Al-Muktafi Billah Shah Mohd Izzuddin Mahmood berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kenderaan itu melanggar tiang elektrik di bahu jalan."Kemalangan melibatkan lima mangsa dengan tiga daripadanya dikeluarkan bomba yang menggunakan peralatan khas manakala dua lagi oleh orang awam," katanya semasa dihubungi hari ini.Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut





Tragedi pulang dari kenduri adik, wanita dan anak maut - Hmetro - 23/03 10:43 pm

Dungun: Wanita yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan adiknya maut bersama anak, selepas kenderaan dipandu terbabas di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor dekat Felda Jerangau, dekat sini, hari ini





Dua lelaki ditahan curi kabel di Dungun - Mgazette - 9/03 6:04 am

DUNGUN - Dua lelaki ditahan selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di Simpang Tiga Jambatan Kampung Tepus, Jerangau di sini semalam




Reformasi     >>



PM Anwar, Prabowo setuju bertemu dalam masa terdekat, .. - Harapandaily
Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mengatur pertemuan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kedua-dua pemimpin negara berhubung membincangkan konflik Iran-Israel. Ketika membuat panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Anwar ..
Kroni     >>



Iran ancam tutup semula Selat Hormuz - Utusan
TEHERAN: Iran mengancam untuk kembali menutup sepenuhnya Selat Hormuz dan melancarkan serangan balas terhadap infrastruktur tenaga dan air di rantau Asia Barat, sekiranya Amerika Syarikat (AS) menyerang loji tenaganya. Iran turut mengeluarkan peta infrastruktur tenaga dan air yang disasarkan, sebagai tindak ..
Tabloid     >>



[TERKINI] 17 Kawasan Berdepan Tahap Berjaga-Jaga Cuaca .. - Siraplimau
Status cuaca panas di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia kini menunjukkan peningkatan apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran tahap satu dan dua melibatkan beberapa daerah dengan suhu harian yang agak tinggi. Keadaan ini dijangka memberi kesan kepada ..
Tech     >>



Android to Apple:Samsung phones can now AirDrop files .. - Star
Sharing files between two phones is about to get easier for Samsung users. Tech industry media report that the Quick Share function on the Galaxy S26 series will also work with Apple's AirDrop. Read full story
World     >>



Asia wants more U.S. oil and gas to reduce Middle East .. - Cnbc
Japan, South Korea and Taiwan rely heavily on exports through the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Peugeot Perkenal Enjin Petrol Baharu Turbo 100 - Careta
Langkah ini dilihat sebagai respons realistik terhadap keadaan pasaran semasa, di mana kenderaan elektrik (EV) masih belum mendominasi sepenuhnya. Malah di Eropah sekalipun, EV hanya merangkumi sekitar 17.4% jualan kereta baharu pada 2025. Enjin baharu, pendekatan lebih praktikal Enjin yang