| /// |
|
| Search : Jdt News | Page 1 |
|
SSI kubu kebal JDT - Hotfm - 19/02 9:25 pm Kuala Lumpur: Wakil tunggal negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di peringkat kumpulan pada aksi di laman sendiri bagi Liga Juara-Juara Elit (ACLE) untuk dua musim berturut-turut. |
|
JDT jumpa Sanfrecce Hiroshima di pusingan 16 terbaik - Hotfm - 19/02 12:52 am Kuala Lumpur: Johor Darul Tazim (JDT) bakal berdepan ranjau berliku pada pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila dijadual menentang kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima pada 3 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim sebelum sekali lagi bertemu 10 Mac di tempat lawan. |
|
JDT Scores Big In ACLE But Next Week Could Change Everything - Therakyatpost - 19/02 11:13 am A hearing on 26 February will determine whether seven naturalised football players are able to continue playing in ACLE or not. |
|
Skibbe tabik persembahan JDT - Utusan - 18/02 3:32 pm ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih Vissel Kobe, Michael Skibbe bersikap ‘gentleman’ walaupun tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan Zon Timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, semalam |
|
Tunku Mahkota Ismail zahir rasa syukur JDT mara ke pusingan 16 terbaik ACLE - Sinarharian - 18/02 2:54 pm PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur dan gembira susulan kejayaan skuad Harimau Selatan melangkah ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).Kegembiraan itu dikongsikan oleh baginda sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan JDT berjaya menundukkan kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasmi baginda, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil semangat juang yang tinggi."Pure Passion |
|
ACLE: Munoz bangga, puji semangat juang JDT - Sinarharian - 18/02 11:24 am KETUA jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz bangga selepas menyaksikan anak buahnya mencatat kemenangan penting 1-0 ke atas Vissel Kobe dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/2026 malam tadi, sekali gus melangkah ke pusingan 16 terbaik.Sambil menyifatkannya sebagai malam yang menakjubkan, Munoz berkata kemenangan itu menandakan satu lagi kemajuan buat Harimau Selatan serta mencerminkan perkembangan konsisten dan mentaliti skuad berkenaan."Ia keputusan penting buat kami dan saya amat gembira dengan penyokong malam ini |
|
JDT kejutkan Vissel Kobe, mara ke pusingan 16 terbaik ACLE - Sinarharian - 17/02 10:54 pm MISI Johor Darul Tazim (JDT) untuk melangkah ke pusingan kalah mati tercapai selepas melakar kejutan menewaskan gergasi Jepun, Vissel Kobe 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada Selasa.Kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik kejohanan Asia itu.Sebaik wisel permulaan ditiupkan, JDT yang perlu meraih kemenangan tampil dengan aksi agresif dan garang mengasak kubu skuad kendalian Michael Skibbe.JDT hampir memecahkan kebuntuan pada separuh masa pertama menerusi rembatan deras Nene dari dalam kotak penalti, namun jaringan tersebut dibatalkan pengadil selepas pemain tuan rumah dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.Bersambung babak kedua, JDT terus memperkemaskan rentak serangan dan sekali lagi gol JDT menerusi jaringan Marcos Guilherme pada minit ke-58 hasil umpanan Bergson da Silva dibatalkan kerana ofsaid.Namun, semangat juang tinggi anak buah Xisco Munoz akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-74.Guilherme menebus kekecewaannya sebelum itu dengan tenang menyudahkan hantaran lolos daripada Jairo da Silva untuk menewaskan penjaga gol Vissel Kobe, sekaligus memecah kebuntuan perlawanan.Jaringan tunggal itu kekal sehingga tamat perlawanan, menyaksikan JDT mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan keenam Zon Timur.Dengan pungutan 11 mata, JDT berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik untuk meneruskan cabaran ke pusingan seterusnya.Kejayaan ini juga dianggap sebagai 'dendam terbalas' buat JDT |
|
ACLE: JDT kunci slot 16 pasukan terbaik - Kosmo - 17/02 10:28 pm ISKANDAR PUTERI – Wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengunci slot untuk melayakkan diri ke 16 pasukan terbaik dalam kejohanan bertaraf Asia pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan Vissel Kobe 1-0 pada aksi Kumpulan A Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini |
|
Jaringan Guilherme bawa JDT ke pusingan 16 ACLE - Hotfm - 17/02 10:26 pm Iskandar Puteri: Johor Darul Ta'zim (JDT) melakukan keajaiban apabila mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik selepas menang tipis 1-0 ke atas Vissel Kobe dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. |
|
Info Siaran Langsung ACL Elite 2025/26 JDT vs Vissel Kobe - Thevocket - 17/02 1:11 pm Perlawanan kelapan peringkat kumpulan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/26: Johor Darul Tazim (JDT) lawan Vissel Kobe [17 Februari 2026, 8:15 malam] Para peminat bola.. |
|
Info Siaran Langsung ACL Elite 2025/26 JDT vs Vissel Kobe - Hotfm - 17/02 1:11 pm Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran ACL Elite. |
|
ACLE: Misi hidup mati JDT - Kosmo - 17/02 8:10 am SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) menggalas misi ‘hidup mati’ untuk meneruskan status selaku wakil terakhir negara dalam kejohanan bertaraf Asia pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang kelab Jepun, Vissel Kobe di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini |
|
Piala Malaysia: JDT belum mahu dabik dada - Kosmo - 14/02 8:01 pm JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT enggan mendabik dada setelah mengutip bekalan selesa apabila menang besar 5-0 ke atas Melaka FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam tadi |
|
Piala Malaysia: JDT belasah Melaka FC 5-0 - Mgazette - 14/02 7:55 am ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Tazim (JDT) menundukkan Melaka FC 5-0 pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam ini |
|
Piala Malaysia: JDT selangkah ke separuh akhir selepas benam Melaka FC 5-0 - Sinarharian - 13/02 11:14 pm PENYANDANG juara Johor Darul Tazim (JDT) membelasah Melaka FC 5-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam ini.Tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi tandukan Ajdin Mujagic hasil sepakan penjuru Hector Hevel.Penyerang kelahiran Bosnia itu terus menjadi duri dalam daging kepada pelawat apabila menggandakan jaringan tiga minit kemudian selepas menyempurnakan sepakan percuma Hevel untuk menjadikan kedudukan 2-0.Tersentak dengan dua jaringan awal JDT, Melaka FC cuba bangkit dan hampir merapatkan jurang pada minit ke-11, namun rembatan Simen Alexander Lyngbo tersasar.Percubaan jarak jauh Dino Kalesic pada minit ke-20 pula mudah dikawal penjaga gol JDT Christian Abad Amat.Penyerang berbisa, Bergson da Silva turut berpeluang menambah jaringan untuk Harimau Selatan pada minit ke-40, namun tandukannya berjaya ditepis penjaga gol Melaka FC Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa.Memasuki babak kedua, skuad bimbingan Xisco Munoz terus mengasak gawang lawan dan hasilnya, Mujagic berjaya melengkapkan hatrik pada minit ke-61.Melaka FC terus berputih mata apabila JDT melebarkan jurang jaringan menerusi Manuel Hidalgo yang menambah gol pada minit ke-72.Marcos Guilherme yang bijak menggelecek untuk melepasi halangan Muhammad Haziq Aiman, menyempurnakan jaringan kelima tiga minit kemudian sekali gus memastikan dominasi mutlak tuan rumah.Juara bertahan itu hampir menambahkan derita skuad bimbingan E |
|
Piala Malaysia: JDT selangkah ke separuh akhir, belasah Melaka FC 5-0 - Kosmo - 13/02 10:47 pm ISKANDAR PUTERI – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuatkan Melaka FC gigit jari apabila terpaksa menelan derita dibelasah 5-0 pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini |
|
Info Siaran Langsung ACL Elite 2025/26 Sanfrecce vs JDT - Thevocket - 10/02 1:13 pm Perlawanan ketujuh peringkat kumpulan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/26: Sanfrecce Hiroshima lawan Johor Darul Tazim (JDT) [9 Februari 2026, 6:00 petang] Para peminat bola.. |
|
Info Siaran Langsung ACL Elite 2025/26 Sanfrecce vs JDT - Hotfm - 10/02 1:13 pm Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran ACL Elite. |
|
JDT sedia hadapi Buriram di separuh akhir ACC - Utusan - 7/02 7:39 am PETALING JAYA: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz, menegaskan anak buahnya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran Buriram United pada separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) pada 6 dan 13 Mei depan |
|
Nak Saksikan JDT vs Vissel Kobe Secara Langsung? Ini Cara Menang Giveaway Tiket AFC Oleh Toshiba - Thevocket - 6/02 4:18 pm Siapa di sini peminat bola sepak? Mesti ada yang ternanti-nantikan perlawanan JDT (Malaysia) vs Visel Kobe (Jepun) untuk aksi AFC pada 17 Februari 2026 di.. |
|
Nak Saksikan JDT vs Vissel Kobe Secara Langsung? Ini Cara Menang Giveaway Tiket AFC Oleh Toshiba - Hotfm - 6/02 4:18 pm Mesti anda pening kepala kan apabila benda ini terjadi? Sebab itu, Toshiba muncul sebagai pembantu untuk anda kekal match-ready bermula dari rumah. |
|
Munoz sanjung komitmen pemain ketika JDT lawan Nam Dinh - Hotfm - 6/02 4:09 pm Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz nyata pasrah dengan keputusan 1-1 ketika menentang kelab dari Vietnam, Nam Dinh FC dalam aksi terakhir Kumpulan B Kejuaraan Kelab Asean Piala Shopee 2025/26 di Stadium Thien Truong, malam semalam. |
|
JDT ikat Nam Dinh 1-1 - Hotfm - 5/02 10:58 pm Kuala Lumpur: Impian peminat bola sepak tanah air untuk melihat dua wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor bertembung di pusingan separuh akhir Kejuaraan Kelab Asean (ACC) tidak kesampaian. |
|
Liga Super: JDT kukuh cengkaman benamkan Imigresen FC 5-0 - Kosmo - 1/02 10:22 pm ISKANDAR PUTERI – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman persada Liga Super apabila berjaya membenam Imigresen FC 5-0 pada aksi di Stadium Sultan Ismail (SSI) di sini, malam ini |
|
JDT mudah ratah Imigresen FC - Hotfm - 1/02 10:22 pm Iskandar Puteri: Johor Darul Tazim (JDT) semakin kebal mendominasi tangga teratas selepas membelasah Imigresen FC 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi. |
|
Info Siaran Langsung Piala Shopee 2025/26 JDT vs Shan United - Thevocket - 29/01 1:00 pm Perlawanan keempat Kejohanan Kelab ASEAN (ACC)Piala Shopee 2025/26: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Shan United [29 Januari 2026, 5:30 petang] Para peminat bola sepak tempatan.. |
|
RASMI: Ajdin Mujagic Kukuhkan Jentera Serangan JDT - Thevocket - 28/01 7:48 pm Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memantapkan pasukan selepas mengumumkan kehadiran penyerang berbisa kelahiran Bosnia, Ajdin Mujagic |
|
Ajdin Mujagic Kukuhkan Jentera Serangan JDT - Hotfm - 28/01 7:48 pm Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memantapkan pasukan selepas mengumumkan kehadiran penyerang berbisa kelahiran Bosnia, Ajdin Mujagic. |
|
SHUFC mahu kutip mata pertama berdepan JDT esok - Mgazette - 28/01 7:19 pm ISKANDAR PUTERI - Shan United FC (SHUFC) tetap bersemangat untuk menumbangkan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim di sini esok |
|
ACC: Hidalgo tekad pastikan kemenangan milik JDT - Mgazette - 28/01 7:19 pm ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu mengutip tiga mata semasa berdepan kelab Myanmar, Shah United FC (SHUFC) dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim di sini esok |
|
MFL Benarkan Trio JDT Kembali Beraksi Dalam Liga Malaysia - Hotfm - 28/01 4:47 pm Malaysian Football League (MFL) sebentar tadi mengesahkan trio Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dibenarkan untuk |
|
MFL Benarkan Trio JDT Kembali Beraksi Dalam Liga Malaysia - Thevocket - 28/01 4:47 pm Malaysian Football League (MFL) sebentar tadi mengesahkan trio Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dibenarkan untuk kembali beraksi dalam.. |
|
Isu tiga pemain warisan: JDT belum buat keputusan - Sinarharian - 28/01 4:26 pm PENGENDALI Johor Darul Tazim (JDT), Xisco Muoz mengakui belum memuktamadkan keputusan menurunkan tiga pemain warisan Harimau Malaya pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) yang akan berdepan Shan United FC, petang Khamis.Mereka ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.Menurut Munoz, biarpun menyambut baik keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang menangguhkan seketika penggantungan 12 bulan yang dikenakan ke atas tujuh pemain warisan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada September lalu.Namun, beliau perlu melihat sendiri secara dekat mengenai prestasi terkini ketiga-tiga pemain berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan."Ya, walaupun mereka sudah kembali menjalani latihan, tetapi saya perlu lihat prestasi terkini mereka dengan lebih dekat sebelum memutuskan sama ada mereka akan membarisi kesebelasan utama atau bermula dari bangku simpanan."Setelah berehat panjang dan tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan kompetitif, sudah pasti mereka mahu mencari rentak untuk kembali beraksi."Kita juga tidak mahu memberikan tekanan kepada mereka |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |