///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Jbpm News   Page 1    



Tragedi kepala air: SAR tiga mangsa tertumpu di dua kawasan - Sinarharian - 10/11 8:40 pm

Dua kawasan itu menjadi tumpuan pencarian bagi mengesan tiga lagi mangsa yang masih belum ditemukan," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Selasa.Manimaran berkata, operasi SAR masih diteruskan dan keputusan untuk menghentikannya sementara bergantung kepada keadaan cuaca serta nasihat pasukan bomba."Operasi masih berjalan. Kita akan melihat keadaan cuaca kerana apabila semakin lewat malam, operasi mungkin berdepan kesukaran."Kita juga akan mendapatkan nasihat daripada pegawai bomba sebelum membuat keputusan lanjut," katanya.Menurutnya, lima daripada lapan mangsa yang dihanyutkan arus sudah ditemukan, manakala tiga lagi masih hilang."Lima mangsa yang ditemukan terdiri daripada seorang lelaki tempatan, seorang warga Nepal, dua warga India dan seorang warga Sri Lanka."Tiga lagi yang belum ditemukan ialah dua warga India dan seorang warga Yaman," katanya.Beliau berkata, semua lima mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, manakala polis menghubungi kedutaan negara mangsa warga asing bagi memaklumkan kejadian itu.Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan, pencarian turut menggunakan dua lampu limpah jenis Bulldog yang disediakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)."Kita turut menggunakan dron bagi membantu mengesan mangsa di permukaan air





Tangguh aktiviti rekreasi air sepanjang MTL - Sinarharian - 10/11 7:10 pm

PUTRAJAYA Orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang aktiviti rekreasi air di kawasan sungai, jeram, air terjun dan tali air sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan memaklumkan, nasihat itu dikeluarkan berikutan keadaan cuaca tidak menentu, termasuk hujan lebat dan berterusan di beberapa kawasan yang berpotensi menyebabkan peningkatan paras air secara mendadak.Menurut kenyataan itu, keadaan berkenaan juga boleh mengakibatkan arus deras dan fenomena kepala air yang berisiko mengancam keselamatan serta meragut nyawa."Orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan aktiviti rekreasi air termasuk mandi-manda, berenang, berkelah dan berkhemah di kawasan sungai, jeram, air terjun serta tali air sepanjang tempoh MTL."Orang ramai juga diminta sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengutamakan langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," menurut kenyataan itu pada Selasa.Dalam pada itu, JBPM mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah fenomena kepala air yang boleh berlaku dalam tempoh singkat.Menurutnya, orang ramai perlu segera bertindak sekiranya terdapat perubahan keadaan air dan tidak menunggu sehingga arus menjadi deras sebelum meninggalkan kawasan berisiko."Keselamatan nyawa hendaklah sentiasa menjadi keutamaan."Sekiranya berlaku kecemasan, orang ramai diminta menghubungi talian kecemasan 999 dengan segera dan memberikan maklumat lokasi kejadian kepada pihak penyelamat," menurut kenyataan itu.Dalam pada itu, JBPM turut menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 9 November lalu.Dalam kejadian itu, seramai lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika melakukan aktiviti rekreasi dan pendakian di sekitar kawasan berkenaan.Bagaimanapun, seramai 26 individu yang terkandas di sekitar lokasi kejadian berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.JBPM turut berharap seluruh ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi tragedi berkenaan.Menurut kenyataan itu, kejadian berkenaan sekali lagi menjadi peringatan bahawa aktiviti rekreasi di kawasan sungai dan hutan mempunyai risiko keselamatan tinggi, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu sepanjang musim monsun.





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan Sungai Selangor - Bomba HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang dalam insiden kepala air di Lata Jebus, Air Terjun Sungai Pertak di Kampung Pertak di sini diteruskan hingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pencarian tertumpu di sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus menuju ke empangan berkenaan





Maritim giat kesan kru nelayan Kemboja hilang di perairan Pangkor - Mygazette - 10/11 5:00 pm

Susulan kejadian, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menyelaras operasi CARILAMAT dengan menetapkan kawasan pencarian awal seluas lima batu nautika persegi dari lokasi kejadian. Operasi berkenaan melibatkan aset Maritim Malaysia iaitu KM Malawali dan Bot Benteng 1206, dengan bantuan Bot RH 33 daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Bot BP 67 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta komuniti maritim setempat





Tragedi kepala air: Seorang daripada lapan mangsa ditemui di Jambatan .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

Semalam, lapan mangsa, manakala sembilan lagi dilaporkan terkandas dalam tiga kejadian kepala air melibatkan kumpulan berbeza di kawasan Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Asrul Riezal Asbar berkata lapan mangsa itu terdiri daripada seorang dalam kumpulan warga Yaman dan penduduk tempatan, serta tujuh lagi daripada kumpulan 11 warga tempatan





Kanak-kanak lelaki hilang ketika riadah ditemukan lemas pagi ini - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Kanak-kanak lelaki hilang ketika riadah ditemukan lemas pagi ini GOPENG - Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan ditemukan lemas pagi ini selepas hilang ketika beriadah dengan keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, dekat sini semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa, Muhammad Muiz Muhammad Luqman dijumpai pada 10.29 pagi kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa dipercayai hanyut





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Lima mangsa ditemukan lemas, tiga lagi .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Tragedi kepala air Sungai Pertak: Lima mangsa ditemukan lemas, tiga lagi masih hilang HULU SELANGOR - Lima daripada lapan individu yang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini semalam, ditemukan lemas setakat 9.20 pagi ini, manakala usaha mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata mangsa pertama, seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai V





Lori lima tan bawa barangan runcit terbalik, pemandu cedera ringan - Sinarharian - 10/11 4:52 pm

GEORGE TOWN- Seorang lelaki cedera ringan selepas lori lima tan yang dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, berhampiran Pangsapuri Green Garden, di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 1.53 petang itu, mangsa berusia 34 tahun berjaya dikeluarkan dari lori berkenaan oleh orang awam sebelum menerima rawatan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.53 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong tiba di lokasi tujuh minit kemudian.Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Euro membawa muatan barangan runcit."Komander operasi membuat penilaian awal sebelum mengarahkan anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi kejadian."Mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah diberikan rawatan sebelum dibawa oleh anggota Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ke hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, operasi melibatkan sembilan anggota BBP Paya Terubong dengan bantuan sebuah jentera LFRT dan sebuah kenderaan EMRS."Polis dan PBSM turut membantu operasi menyelamat."Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain





Flash flood tragedy: Sudden rise in river water levels - Sinardaily - 10/11 4:22 pm

HULU SELANGOR "Everything happened so quickly that all we could do was stand and watch," says B. Partiban who survived the incident and witnessed the flash flood at Lata Jebus, Kampung Pertak, on Monday.Partiban, 27, said he was supposed to join his relative, V Vijayan, 36, and several friends for an outing at the waterfall but arrived later than the others."The incident happened at about 5.30pm, when the river current suddenly became stronger," he said when met at the scene.He said he and three friends managed to save themselves after leaving the river area before the water level rose, but did not realise that Vijayan had been swept away by the current.Earlier, four bodies recovered on Tuesday morning were taken to Sungai Buloh Hospital for post-mortem examinations.A police truck was seen leaving the Incident Control Centre (PKTK) at about noon, carrying the bodies.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ashrul Riezal Asbar said the search and rescue (SAR) operation for three more missing victims would continue up to the Selangor River Dam, about three kilometres from the incident site.He said the search focused on the stretch of Sungai Luit from Lata Jebus towards the dam.The first victim, Vijayan, was found at about 1.30am on Tuesday near Pertak Bridge, about 2.7 kilometres from where he was swept away by the current.Four more victims were found at about 9.20am around Jambatan Senget and Jambatan Gantung, about one kilometre from Lata Jebus.However, the identities and nationalities of the four victims had yet to be established.In the incident at about 5.30pm on Monday, eight people comprising one local, one Yemeni, one Sri Lankan, one Nepalese and four Indians were reported missing after being swept away by strong currents.Meanwhile, a Yemeni student who survived the incident said the weather was clear at the time, with no rain or any early signs of a sudden surge in water levels.The 19 year old, identified as Muhammad, said he arrived at the river with five friends before three of them went towards the riverbank to swim."Suddenly, the current became strong





Lima mayat mangsa kepala air Sungai Pertak tiba di Hospital Sungai Buloh - Sinarharian - 10/11 3:43 pm

SUNGAI BULOH -Lima mayat mangsa tragedi kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada jam 2 petang Selasa.Kesemua mayat dibawa menggunakan trak polis selepas ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan susulan kejadian kepala air pada kira-kira jam 5.30 petang Isnin.Setakat ini, lima daripada lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ditemukan meninggal dunia, manakala usaha mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan.Sebelum ini, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan, mangsa pertama dikenali sebagai V Vijayan, 36, ditemukan pada jam 1.30 pagi, Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi mangsa dihanyutkan arus di Lata Jebus.Empat lagi mayat ditemukan sekitar jam 9.20 pagi di kawasan Jambatan Senget, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Menurutnya, operasi berdepan cabaran arus deras yang mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam untuk surut sebelum pencarian di permukaan air dapat dijalankan.Dalam kejadian itu, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus.Selain itu, seramai 26 individu daripada beberapa kumpulan yang menjalankan aktiviti rekreasi dan pendakian turut dilaporkan terkandas di sekitar kawasan sungai berkenaan sebelum berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.





Sungai Pertak water surge: Three victims still missing, search extends to Sungai Selangor Dam - Sinardaily - 10/11 3:40 pm

HULU SELANGOR - The search and rescue (SAR) operation for three more water surge victims at Lata Jebus, Kampung Pertak, has been extended to the Sungai Selangor Dam, about three kilometres from the incident location.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ashrul Riezal Asbar said the search was focused along the Sungai Luit stretch from Lata Jebus towards the dam.The search distance has been widened to the Sungai Selangor Dam, covering about three kilometres along Sungai Luit from the incident location.So far, five of the eight victims reported swept away by the current have been found, while three are still being searched for, he told reporters at the scene on Tuesday.Earlier, four bodies were found this morning, with three of them trapped on the riverbank near Senget Bridge, about 950 metres from Lata Jebus, at 9.20am.Another body was found at 10.20am near a suspension bridge, about 50 metres from Senget Bridge or one kilometre from the incident location.The operation to retrieve all four bodies was completed at 11.15am before they were taken to the fire departments forward control post in Kampung Pertak here.Another victim, a 36-year-old local man, was found dead at Pertak Bridge at about 1.30am today.It is understood that all five bodies were sent to Sungai Buloh Hospital for further action.The water surge on Monday evening caused eight people to be reported swept away by the strong current at the location.





Mayat Muhammad Muiz ditemukan tersangkut pada kayu - Sinarharian - 10/11 3:27 pm

GOPENG - Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia pada Selasa.Mayat Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud mengesahkan penemuan mangsa kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.Menurutnya, mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR hari kedua bermula jam 9.30 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi.Menurutnya, operasi itu membabitkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting serta lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Katanya, operasi SAR menggunakan 10 bot rafting dengan pencarian difokuskan dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, meliputi jarak kira-kira 10 kilometer."Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.Beliau berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi berkenaan.Dalam kejadian Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi.Mangsa kali terakhir dilihat bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.





Tiga identiti mangsa kepala air Sungai Pertak dikenal pasti - Sinarharian - 10/11 2:35 pm

HULU SELANGOR Identiti tiga daripada lima mangsa yang ditemukan meninggal dunia selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini pada Isnin, sudah dikenal pasti.Mangsa pertama ditemukan ialah V Vijayan, 36, yang dijumpai anggota bomba di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi Selasa, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, dua lagi mangsa yang dikenal pasti ialah Kapali, 49, warga Nepal dan B Kunjanmalayil, 35, warga India."Dua lagi mangsa yang telah ditemui belum dapat dikenal pasti identitinya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, operasi pada Selasa membabitkan 45 anggota JBPM, 25 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga anggota polis dan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali.Turut terlibat tiga anggota Pejabat Tanah Hulu Selangor, tiga anggota Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan dua malim gunung.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Senarai mangsa dihanyutkan1





Tragedi kepala air: Tiga mangsa masih hilang, pencarian hingga Empangan Sungai Selangor - Sinarharian - 10/11 1:48 pm

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pencarian tertumpu sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus ke arah empangan berkenaan."Jarak pencarian diperluaskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, meliputi kira-kira tiga kilometer sepanjang Sungai Luit dari lokasi kejadian."Setakat ini, lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan, manakala tiga lagi masih dicari," katanya ketika ditemui di lokasi pada Selasa.Terdahulu, empat mayat ditemukan pagi tadi, dengan tiga daripadanya tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.Satu lagi mayat ditemukan pada jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, kira-kira 50 meter dari Jambatan Senget atau satu kilometer dari lokasi kejadian.Operasi membawa keluar keempat-empat mayat selesai pada jam 11.15 pagi sebelum dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak di sini.Seorang lagi mangsa, lelaki tempatan berusia 36 tahun, ditemukan meninggal dunia di Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi tadi.Difahamkan, kesemua lima mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.Kejadian kepala air petang semalam menyebabkan lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus deras di lokasi.





Tragedi kepala air: Arus sungai naik mendadak - Sinarharian - 10/11 1:12 pm

HULU SELANGOR "Kami hanya mampu berdiri dan melihat arus deras yang berlaku secara tiba-tiba."Demikian kata B Partiban, 27, yang terselamat dan menyaksikan detik cemas kejadian kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak di sini pada Isnin.Partiban berkata, beliau sepatutnya menyertai saudaranya, V Vijayan, 36, bersama beberapa rakan untuk beriadah di kawasan air terjun berkenaan, namun tiba lewat berbanding mangsa lain."Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang, ketika itu arus sungai meningkat mendadak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Menurutnya, dia bersama tiga rakannya sempat menyelamatkan diri selepas keluar lebih awal dari kawasan sungai sebelum paras air meningkat, namun tidak menyedari Vijayan dihanyutkan arus.Terdahulu, empat mayat yang ditemukan pagi Selasa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.Sebuah lori polis dilihat meninggalkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) kira-kira jam 12 tengah hari dengan membawa mayat berkenaan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar dilaporkan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang masih hilang diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Beliau berkata, pencarian tertumpu di sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus menuju ke empangan berkenaan.Pencarian diperluaskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, meliputi kira-kira jarak tiga kilometer sepanjang Sungai Luit dari lokasi kejadian.Mangsa pertama, Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi dia dihanyutkan arus.Empat lagi mangsa ditemukan kira-kira jam 9.20 pagi di sekitar kawasan Jambatan Senget dan Jambatan Gantung, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Bagaimanapun, identiti serta kewarganegaraan empat mangsa berkenaan belum dikenal pasti.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Sementara itu, seorang pelajar warga Yemen yang terselamat dalam kejadian berkenaan berkata, keadaan cuaca ketika itu baik dan tidak hujan, malah tiada sebarang petanda awal berlakunya kepala air.Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad, 19, berkata, dia tiba di sungai berkenaan bersama lima rakannya sebelum tiga daripada mereka pergi ke kawasan tebing untuk mandi-manda."Tiba-tiba arus deras, dua daripada rakan kami berjaya menyelamatkan diri, namun seorang lagi masih hilang dan belum diketahui statusnya," katanya.





Budak 2 tahun hilang ditemukan meninggal dunia - Sinarharian - 10/11 12:16 am

GOPENG - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia.Mangsa, Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi mengesahkan penemuan mangsa kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang."Mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian."Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR hari kedua bermula pada jam 9.30 pagi dengan melibatkan pelbagai agensi.Menurutnya, operasi berkenaan membabitkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting serta lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Operasi SAR melibatkan 10 bot rafting dengan pencarian difokuskan dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, meliputi jarak kira-kira 10 kilometer."Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.Beliau berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi berkenaan.Dalam kejadian Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi.Mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.





Empat mayat mangsa kepala air berjaya dibawa keluar - Sinarharian - 10/11 11:47 am

HULU SELANGOR - Empat mayat mangsa kejadian kepala air di Lata Jebus, Sungai Luit, Kampung Pertak, berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan pada jam 11.15 pagi tadi, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.Tinjauan di lokasi mendapati tiga mayat ditemukan tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari lokasi kejadian di Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.Satu lagi mayat ditemukan kira-kira jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, terletak 50 meter dari Jambatan Senget atau kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Kesemua mayat kemudian dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak selepas operasi mengeluarkan mangsa selesai pada jam 11.15 pagi.Identiti keempat-empat mangsa masih belum dikenal pasti.Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi tadi.Penemuan itu menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang hilang.Dalam kejadian petang Isnin, lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus susulan kejadian kepala air di beberapa lokasi sekitar Sungai Pertak.Mangsa yang dilaporkan hilang terdiri daripada seorang warga Yemen, empat warga India, seorang warga Nepal, seorang warga Sri Lanka dan seorang lelaki tempatan.Selain mangsa yang dihanyutkan arus, beberapa kumpulan pengunjung turut dilaporkan terkandas di kawasan Lata Jebus, Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah.Operasi SAR dijalankan oleh JBPM bersama beberapa agensi penyelamat lain.





Sungai Pertak water surge: Four more victims found, five of eight now located - Sinardaily - 10/11 11:11 am

HULU SELANGOR - Four more victims of the flash flood at Sungai Pertak in Kuala Kubu Bharu were found drowned on Tuesday morning, bringing the number of victims found so far to five out of the eight reported swept away by the current.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ashrul Riezal Asbar said three victims were found trapped near Senget Bridge, close to the Sungai Luit camp site, at about 9.20am.Another victim was found near the same area at 10.20am, about 1.2 kilometres from the incident location.All the victims are now being retrieved by search and rescue (SAR) team members, he told reporters at the scene on Tuesday.Earlier, a local man identified as V Vijayan, 36, was found dead near Pertak Bridge at about 1.30am.Ashrul Riezal said the SAR operation continued this morning, with the search area divided into four sectors.Sector A covers the area from Lata Jebus to Lubuk Pertak, while Sector B runs from Lubuk Pertak to Dam Bridge.Sector C covers the Dam Bridge area and Sector D the dam area, he said.In the incident on Monday evening, eight people were reported swept away by the current following flash floods at several locations around Sungai Pertak.The missing victims comprised a Yemeni national, four Indian nationals, a Nepali national, a Sri Lankan national and a local man.Besides those swept away, several groups of visitors were also reported stranded at Lata Jebus, Sungai Luit Camp and Gunung Rajah.The SAR operation is being carried out by JBPM together with several other rescue agencies.





Sungai Pertak water surge: One found drowned, seven still missing - Sinardaily - 10/11 10:57 am

KUALA LUMPUR - One of the eight individuals reported missing following a surge water at Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, near here yesterday, was found drowned near the Pertak Bridge this morning.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant operations director, Asrul Riezal Asbar, said the victim, a local man identified as V





North-east monsoon: Kelantan Fire Dept readies 35 boats for flood rescues - Malaymail - 10/11 10:12 am

KOTA BHARU, Nov 10 A total of 35 of the 45 boats belonging to the Kelantan Fire and Rescue Department (JBPM) are...





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Mangsa pertama ditemukan maut, tujuh masih hilang - Sinarharian - 10/11 8:43 am

HULU SELANGOR Mangsa pertama yang dilaporkan hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada Selasa.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, lelaki tempatan dikenali sebagai V Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan."Mangsa dijumpai dalam jarak 2.7 kilometer dari lokasi dia terjatuh di Lata Jebus





Hujan, ribut petir dijangka hingga Selasa, bomba tingkat kesiapsiagaan - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Hujan, ribut petir dijangka hingga Selasa, bomba tingkat kesiapsiagaan GEORGE TOWN, - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mempergiat rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko banjir kilat di seluruh negeri itu susulan ramalan hujan dan ribut petir sehingga Selasa ini





Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang selepas dipercayai terjatuh Sungai .. - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang selepas dipercayai terjatuh Sungai Jahang GOPENG Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.06 tengah hari





Insiden kepala air Sungai Pertak: 8 mangsa dibawa arus, 9 lagi terkandas .. - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Insiden kepala air Sungai Pertak: 8 mangsa dibawa arus, 9 lagi terkandas KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan lapan mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus, manakala sembilan lagi dilaporkan terkandas dalam tiga kejadian kepala air melibatkan kumpulan berbeza di kawasan Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini, petang semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Asrul Riezal Asbar berkata lapan mangsa itu terdiri daripada seorang dalamkumpulan warga Yaman dan penduduk tempatan, serta tujuh lagi daripada kumpulan 11 warga tempatan





8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air - Sinarharian - 10/11 7:05 am

HULU SELANGOR Seramai lapan individu dilaporkan hilang dibawa arus deras, manakala 19 lagi terkandas selepas kejadian kepala air yang berlaku di Sungai Pertak di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang, seramai 34 individu dalam kumpulan berasingan terlibat dengan insiden berkenaan, termasuk tujuh mangsa yang dilaporkan selamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu."Maklumat awal pada jam 6.37 petang, membabitkan lima warga Yaman yang melakukan aktiviti pendakian, seorang dilaporkan dihanyutkan arus manakala empat lagi selamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ashrul Riezal berkata, tiga minit kemudian, pihak bomba menerima satu lagi laporan membabitkan tujuh mangsa terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan dihanyutkan arus."Manakala tujuh lagi individu terkandas," katanya.Beliau berkata, kesemua 19 individu yang terkandas di tiga lokasi iaitu Lata Jerlus, Kem Luit dan Gunung Rajah berjaya dibawa turun ke kawasan selamat."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras," katanya.





Pengalaman banjir 2014 jadi panduan penting JBPM Kelantan - Pengarah - Astroawani - 9/11 6:00 pm

Pengalaman menghadapi banjir besar pada 2014 menjadi panduan penting Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan bencana luar biasa di negeri itu.





Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga - Sinarharian - 9/11 5:34 pm

GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki,Muhammad Muiz Muhd Luqman yang berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang di sini pada Isnin.Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng jam 12.06 tengah hari.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan dengan bantuan pelbagai agensi serta penduduk kampung.Menurutnya, sebuah syarikat pelancongan berhampiran turut membantu operasi dengan menyediakan lapan bot rafting bagi membantu usaha mengesan mangsa."Pasukan pencarian awal melakukan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh."Sehingga perkembangan terakhir jam 3.45 petang, mangsa masih belum ditemukan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Beliau berkata, radius pencarian akan diperluaskan pada petang ini dan Pusat Kawalan Bomba (PKB) juga telah dibuka di lokasi kejadian."Anggota BBP Kampar turut membantu operasi dengan melakukan pemantauan di kawasan hilir sungai berhampiran daerah Kampar," katanya.Operasi mencari masih diteruskan melibatkan tujuh anggota BBP Gopeng bersama 29 anggota polis dan orang awam.



Bomba, APM, polis bahagi kawasan operasi elak pertindihan ketika banjir - Astroawani - 9/11 3:50 pm

JBPM, APM dan PDRM Kelantan menyelaras kawasan operasi banjir mengikut daerah bagi mengelakkan pertindihan tugas serta memastikan tindak balas kecemasan lebih berkesan.





Berbakti hingga ke hujung nyawa, Lexi pergi selamanya sehari selepas misi .. - Hmetro - 9/11 1:41 pm

Kota Kinabalu: Selepas hampir sedekad menabur bakti dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), anjing pengesan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Lexi, akhirnya pergi buat selamanya, sehari selepas menyertai misi terakhirnya





Remembering 2014s great flood, Kelantan firefighters prepare for another big test - Malaymail - 9/11 10:10 am

KOTA BHARU, Nov 9 The Kelantan Fire and Rescue Department of Malaysia (JBPM) is drawing on its experience in han...





Taman Sri Muda dinaiki air, tiada pemindahan penduduk setakat ini .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Taman Sri Muda dinaiki air, tiada pemindahan penduduk setakat ini - Bomba Selangor SHAH ALAM - Tiada sebarang pemindahan penduduk dilakukan setakat ini di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini susulan hujan lebat berterusan petang tadiyang mengakibatkan kejadian banjir kilat seperti tular dalammedia sosial. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) SelangorAshrul Riezal Asbar berkata pihaknya turut mengesan kejadian serupa berlaku di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 hasil tinjauan dilakukan pihaknyadi sekitar Shah Alam





Lelaki lemas ketika mandi air terjun - Utusan - 8/11 8:07 pm

TAIPING: Seorang lelaki berusia 20 tahun maut selepas dipercayai lemas ketika mandi bersama empat rakannya di kawasan Air Terjun Taman Suria di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.10 petang





Taman Sri Muda Dinaiki Air, Tiada Pemindahan Penduduk Setakat Ini - JBPM Selangor - Siakapkeli - 8/11 7:59 pm

JBPM Selangor memaklumkan tiada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini di Taman Sri Muda selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan Shah Alam.





Penduduk kawasan rendah, persisiran di Selangor diminta waspada air pasang besar esok - Sinarharian - 7/11 8:13 pm

KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan rendah dan persisiran di Selangor diminta berwaspada susulan jangkaan fenomena air pasang besar dengan paras air boleh mencecah hingga 5.2 meter esok.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, jangkaan itu berdasarkan ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan bacaan paras air di Klang hari ini direkodkan pada 5.1 meter.Beliau berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan pertembungan aliran air dari kawasan Sungai Buloh dan Ijok dengan fenomena air pasang, sekali gus meningkatkan risiko banjir di kawasan rendah."Justeru, kami meminta penduduk yang berada di kawasan persisiran dan kawasan rendah seperti sekitar Kuala Selangor supaya sentiasa berwaspada dan membuat persediaan awal," katanya ketika dihubungi hari ini.Ashrul Riezal ketika mengulas mengenai banjir di Kampung Melayu Subang hari ini berkata kenaikan paras air di kawasan itu dipercayai berpunca daripada limpahan sistem perparitan di kawasan berkenaan, bukannya fenomena air pasang besar.Beliau berkata, JBPM Selangor belum menerima laporan baharu berhubung kejadian itu, namun pemantauan terus dilakukan bagi memastikan sebarang keperluan bantuan dapat disalurkan segera.Sementara itu, hantaran dikongsi pengguna media sosial memaparkan Kampung Melayu Subang sekali lagi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang ini, dengan kawasan perumahan dinaiki air sehingga menenggelamkan sebahagian halaman dan laluan kediaman penduduk.Seorang pengguna Threads, Nurul Azuwana mendakwa paras air meningkat selepas hanya kira-kira 20 minit hujan manakala seorang lagi pengguna hyenarawr1 mendakwa kejadian itu adalah banjir kilat ketiga melanda kawasan berkenaan minggu ini.Pada 2 November lepas, kira-kira 92 rumah di empat kawasan di Kampung Melayu Subang, iaitu Lorong Merbau, Jalan Cengal, Jalan Resak dan Jalan Jati dilaporkan terjejas akibat banjir





Wanita maut kereta terbabas langgar penghadang lebuh raya - Sinarharian - 7/11 11:01 am

TANJUNG MALIM Seorang wanita maut manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 388, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, kedua-dua mangsa dilaporkan tersepit di dalam sebuah kereta jenis Honda City.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seorang lagi wanita berusia 20 tahun turut mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.Menurutnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi."Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 8.48 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda City yang melanggar penghadang jalan."Terdapat tiga mangsa iaitu dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan





Kanak-kanak maut terjatuh ke dalam sungai ketika memancing - Sinarharian - 6/11 7:37 pm

SHAH ALAM Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti memancing di Desa Subang Perantau 2, Subang Perdana pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.28 petang."Seramai 11 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong, bantuan BBP serta BBP Shah Alam bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ashrul Riezal berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 3.40 petang sebelum mendapati mangsa warga Indonesia berusia 11 tahun dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing bersama rakan-rakannya."Operasi pencarian kemudian dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam," katanya.Beliau berkata, mangsa ditemukan di tebing sungai pada jam 5.20 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.





Motosikal terbabas ke sungai, remaja 19 tahun ditemukan lemas - Sinarharian - 6/11 9:14 am

MERSING Remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terjatuh ke dalam sungai berhampiran Kolam Udang, Jalan Sekakap, Seri Pantai di sini, ditemukan meninggal dunia pagi Jumaat.Mayat mangsa ditemukan pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 7.55 pagi, kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohamed Zainuddin Ahmad berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 11.26 malam Khamis."Sebaik tiba, pasukan operasi mendapati benar berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal yang terbabas dan mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai."Pasukan operasi melakukan pencarian awal di tebing sungai sebelum memohon bantuan tambahan anggota PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai pada jam 12.45 tengah malam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, anggota PPDA dari BBP Skudai tiba di lokasi pada jam 2.41 pagi dan menjalankan pencarian di permukaan sungai sekitar lokasi mangsa dipercayai terjatuh.Operasi mencari dan menyelamat itu membabitkan 15 anggota dari BBP Mersing dan BBP Skudai dengan bantuan sebuah jentera LFRT, sebuah EMRS, dua kenderaan utiliti serta sebuah bot.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan kejadian berkenaan.Menurutnya, pihak polis menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal yang terbabas ke dalam Sungai Jemaluang di Jalan Sekakap pada jam 11.15 malam Khamis.Katanya, operasi pencarian dimulakan pada malam kejadian sebelum mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 7.50 pagi Jumaat.Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial memohon orang ramai mendoakan keselamatan mangsa yang dilaporkan terjatuh ke Sungai Jemaluang, Mersing.Turut dikongsikan di media sosial adalah wajah dan nama mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Danish Zaquan Ahmad 'Yazir, dipercayai berasal dari Pasir Gudang dan merupakan pelajar GiatMara Mersing.Hantaran berkenaan turut mengundang perhatian orang ramai yang menitipkan doa agar mangsa ditemukan dan urusan pasukan penyelamat dipermudahkan.





Bila cuaca tidak menentu, keselamatan jangan dipandang remeh - Mygazette - 6/11 7:51 am

Menurut laporan Bernama pada 26 Oktober 2026, sebanyak 3,682 lokasi panas banjir dikenal pasti di seluruh negara berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran. Sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh, seramai 25,592 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada dalam keadaan siap siaga, disokong oleh 1,248 aset operasi





Treler terbabas rempuh pembahagi jalan sebelum terbakar - Sinarharian - 5/11 3:22 pm

KLANG Sebuah treler terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 11.1 Jalan Pelabuhan Barat berhampiran susur Daiso menghala ke Klang pada awal pagi Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu, treler yang dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, treler berkenaan dalam perjalanan dari Westport menuju ke Shah Alam ketika kejadian berlaku."Treler tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri."Akibat rempuhan itu, bahagian badan treler terlepas dan terpisah sepenuhnya daripada kepala kenderaan sebelum bahagian kepala treler terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurut beliau, pemandu berjaya dibawa keluar daripada kenderaan sebelum api marak dan kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut.Lim berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi pada jam 5.27 pagi sebelum berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya kira-kira jam 6.15 pagi.Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan turut menjalankan kawalan lalu lintas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran trafik di kawasan berkenaan."Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta selamat sebelum memulakan perjalanan," katanya.





Polis sahkan kanak-kanak ditemukan di kolam tadahan air maut akibat lemas, tiada unsur jenayah - Sinarharian - 5/11 7:49 am

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah kolam tadahan air berhampiran Taman Sungai Mas, Kulai, pada Rabu, akibat lemas.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa dipercayai pergi ke kolam berkenaan secara bersendirian untuk memancing, dengan kediamannya terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian."Siasatan awal mendapati ibu bapa mangsa keluar bekerja kira-kira 6.30 pagi, selepas mendapati kanak-kanak itu sedang tidur bersama kakaknya yang berusia 17 tahun."Kira-kira 10 pagi, ibu mangsa dimaklumkan oleh seorang kenalan bahawa anaknya ditemukan tidak sedarkan diri di kolam tadahan air berkenaan,"katanya dalam kenyataan pada Khamis.Seng Lee berkata, sebatang joran pancing turut ditemukan berhampiran lokasi kejadian.Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kulai pada 11.15 pagi, selepas dibawa keluar dari kolam berkenaan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor.Beliau berkata, hasil bedah siasat, mengesahkan punca kematian disebabkan lemas.Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), manakala siasatan lanjut masih diteruskan.Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak serta tidak membiarkan mereka melakukan aktiviti di kawasan berisiko seperti kolam, sungai dan kawasan perairan tanpa pengawasan orang dewasa.Pada Rabu, media melaporkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu maut, selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam takungan air pagi semalam.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I Awang Adzwan Awang Sahari berkata, pihaknya mendapati, seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam kolam takungan itu ketika memancing seorang diri.Beliau berkata, anggota bomba menggunakan tali dan pengusung untuk membawa keluar mangsa, sebelum dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai perubatan, sebelum mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut





Pajakan 28 helikopter jimat RM3 bilion, bomba terima dua AW139 - Nga Kor Ming - Sinarharian - 4/11 3:36 pm

SUBANG - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menjimatkan RM3 bilion menerusi kaedah pajakan 28 helikopter untuk kegunaan agensi kerajaan, termasuk dua buah AW139 yang meningkatkan armada udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada 10 buah helikopter.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pendekatan pajakan berbanding pembelian itu turut menyerahkan tanggungjawab penyelenggaraan kepada pihak syarikat sepanjang tempoh 15 tahun."Dulu kita terpaksa beli





Budak autisme rentung, 30 rumah terbakar di Tawau Budak autisme rentung, .. - Mygazette - 4/11 3:02 pm

# Budak autisme rentung, 30 rumah terbakar di Tawau TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan kira-kira 30 rumah di Kampung Sentosa Blok 4, Hilltop, Jalan Utara di sini pagi tadi. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Moiley Milin berkata, anggota bomba menemukan mangsa rentung dikenali sebagai Jackson Zack, 12, di dalam bilik





Beberapa laluan terjejas banjir kilat, jambatan Jalan Kubu Gajah runtuh - Mygazette - 4/11 3:02 pm

Pihak JKR memaklumkan jambatan sementara jenis Bailey akan dipasang sebagai langkah jangka sederhana bagi memulihkan perhubungan. Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata beberapa kawasan lain yang turut terjejas banjir kilat meliputi Sungai Buloh, Paya Jaras, Kampung Melayu Subang, Rawang serta beberapa lokasi di sekitar Shah Alam, dengan pasukan bomba kini sedang giat melakukan pemantauan di lapangan





Budak lelaki rentung, 30 rumah terbakar - Sinarharian - 4/11 2:32 pm

TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan kira-kira 30 rumah di Kampung Sentosa Blok 4, Hilltop, Jalan Utara di sini pagi Rabu.Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Moiley Milin berkata, anggota bomba menemukan mangsa rentung dikenali sebagai Jackson Zack, 12, di dalam bilik."Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 pagi dan jentera membawa 47 anggota tiba di lokasi pada jam 6.47 pagi, semasa tiba didapati enam rumah terbakar."Antara cabaran dihadapi pasukan bomba semasa pemadaman api termasuk ketiadaan pili bomba, jalan sempit dan keadaan rumah rapat antara satu sama lain," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.Moiley dalam pada itu menasihatkan semua pihak agar sentiasa menjaga keselamatan kebakaran dan menyarankan supaya menyediakan satu alat pemadam api di setiap rumah, sebagai langkah awal pemadaman api.Sementara itu, seorang mangsa, Bakri Syarifuddin berkata, kebakaran berlaku ketika dia sedang menghantar anaknya ke sekolah, sebelum dihubungi adik yang memberitahu rumahnya mungkin turut terbakar."Saya bergegas pulang ke rumah dan saya lihat rumah terbakar, kejadian huru-hara sebab awal pagi, jiran-jiran juga sibuk menyelamatkan diri dan barang-barang."Ketika itu isteri juga baru pulang rumah dari tempat keluarga meninggal, hanya dokumen diri dapat diselamatkan yang lain semua musnah," katanya.Dalam pada itu, Bakri, 40-an turut menangis dan berkata, mangsa rentung merupakan anak saudara kepada isterinya."Keluarga lain masih menangis, bersedih kerana kehilangan anak saudara kami yang juga autisme," katanya





Don't rush home after floodwaters recede, Selangor residents warned - Sinardaily - 4/11 2:09 pm

SHAH ALAM Residents affected by floods in Selangor have been advised not to return to their homes immediately after floodwaters recede due to potential safety risks, including electrical hazards, gas leaks and unstable building structures.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) director Datuk Wan Md Razali Wan Ismail said the department would conduct safety monitoring and assessments in affected areas to identify potential hazards before residents were allowed to return home.He said the assessments would include checks for unstable building structures, gas leaks, electrical hazards and other risks that could endanger residents."JBPM will also work with relevant agencies to ensure affected areas are safe before residents return to their homes," he told Sinar Daily.Wan Md Razali said the department's priority during flood operations was to save lives, evacuate victims to safer locations and provide emergency assistance, particularly to vulnerable groups such as senior citizens, children and persons with disabilities (PWD).He added that JBPM would coordinate with disaster management agencies to evacuate victims to temporary relief centres (PPS) and provide logistical assistance based on operational needs and capabilities.He reminded flood victims to ensure their electricity and gas supplies were safe before re-entering their homes.Residents were also advised against using electrical appliances that had been submerged in floodwaters due to the risk of electrical hazards.Separately, Shah Alam City Council (MBSA) urged residents within its administrative areas to remain vigilant and take necessary safety precautions amid unpredictable weather conditions during the Northeast Monsoon.According to the Malaysian Meteorological Department (METMalaysia), the 2026/2027 Northeast Monsoon began on Oct 27 and is expected to continue until March 2027.Between November 2026 and January 2027, the country is expected to experience three to five episodes of continuous heavy rain, potentially increasing the risk of flooding in several areas.MBSA advised residents to prepare emergency kits containing important documents, medication, torches, food supplies and drinking water.





Flash floods affect several roads in Selangor, bridge collapses - Sinardaily - 4/11 11:41 am

SUNGAI BULOH - Several major roads and areas in Selangor were affected by flash floods following continuous heavy rain since early today, with a bridge along Jalan Kubu Gajah spanning Sungai Subang in the Petaling district collapsing.According to the Petaling District Public Works Department (JKR), the bridge collapsed at about 2am after strong currents in Sungai Subang eroded the riverbanks, following rainfall of 48 millimetres recorded at the Paya Jaras Hilir station.The collapse completely cut off the main route linking Kampung Kubu Gajah and Paya Jaras Hilir, prompting authorities to close the road to all vehicles for safety reasons.To ease traffic disruption, a Traffic Management Plan (TMP) has been activated, with motorists heading to Merbau Sempak and Kubu Gajah diverted via Jalan Merbau Sempak towards Masjid Nurul Iman.Motorists travelling to Paya Jaras Hilir can use Jalan Paya Jaras Hilir via Federal Route 54 (FT54).JKR said a temporary Bailey bridge would be installed as a medium-term measure to restore access between the affected areas.Meanwhile, Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) Operations Division assistant director Ashrul Riezal Asbar said flash floods also affected Sungai Buloh, Paya Jaras, Kampung Melayu Subang, Rawang and several areas in Shah Alam.In a related development, floodwaters on major highways have begun to recede, including at the Shah Alam interchange, based on closed-circuit television (CCTV) footage monitored by the Malaysian Highway Authority's (LLM) Traffic Management Centre.An LLM spokesman said the right and middle lanes at the Shah Alam interchange heading north had been reopened to traffic."However, the southbound lanes at the interchange remain temporarily closed to allow debris to be cleared and safety inspections to be carried out before they are fully reopened."So far, no other highways have been reported to be affected by flooding," he told Bernama





Penunggang motosikal maut tersepit bawah bas Rapid Penang - Sinarharian - 4/11 9:28 am

BAYAN LEPAS - Seorang lelaki maut manakala rakan wanitanya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas Rapid Penang di hadapan Sunshine Square 1, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru di sini, malam Selasa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mangsa, Goy Wee Sherng, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di bawah bahagian hadapan bas berkenaan.Sementara itu katanya, rakan wanitanya berusia 23 tahun yang turut tersepit berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut."Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.38 malam





Pemandu lori ayam putus kaki kanan, kelindan cedera dalam kemalangan - Astroawani - 3/11 3:40 pm

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan dalam kejadian itu, mangsatersepit di bawah lori berkenaanmanakala seorang lagi lelaki berusia29 tahunmengalami kecederaan pada kaki kiri.





Banjir kilat: Anak dukung ibu bapa uzur, ibu selamatkan bayi empat bulan - Sinarharian - 3/11 11:19 am

Saya terpaksa meredah air sambil mendukung anak-anak untuk ke rumah yang terletak di kawasan lebih tinggi."Ini banjir paling teruk kami alami setakat ini. Air naik sehingga paras dada," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang.Terdahulu, tiga mangsa termasuk seorang lelaki warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dan seorang bayi ditempatkan di PPS susulan banjir kilat yang melanda kawasan itu petang ini.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.18 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi pada 5.33 petang.Banjir itu menjejaskan kira-kira 92 rumah di empat kawasan, iaitu Lorong Merbau melibatkan 30 rumah, Jalan Cengal (tujuh), Jalan Resak (lima) dan Jalan Jati (50)





Kampung Melayu Subang floods: Disabled man, baby among three rescued, housed in PPS - Sinardaily - 3/11 9:29 am

SHAH ALAM A disabled man and a baby were among three victims placed in a temporary evacuation centre (PPS) after several areas in Kampung Melayu Subang here were hit by floods on Monday.Selangor Fire and Rescue Department operations (JBPM) assistant director Ashrul Riezal Asbar said they received a distress call at about 5.18pm."A total of five officers and personnel from the Bukit Jelutong Fire and Rescue Station along with a fire engine were rushed to the scene located seven kilometres away," he said in a statement on Monday.Ashrul said upon arrival, they found that the affected areas included Lorong Merbau involving approximately 30 houses, Jalan Cengal (seven houses), Jalan Resak (five houses) and Jalan Jati (50 houses)."Some victims refused to leave their homes despite being instructed to evacuate by the fire brigade."A disabled man in his 50s and a baby have been housed at the PPS in Dewan Siantan





KTMB siasat punca kebakaran lokomotif tren kargo - Sinarharian - 2/11 10:31 pm

JOHOR BAHRU - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada Isnin mengesahkan insiden kebakaran melibatkan sebuah lokomotif tren kargo di Kilometer 4.75, laluan di antara Kempas Baru dan Pasir Gudang, kira-kira jam 1.10 tengah hari.KTMB dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan lokomotif M1004 mengendalikan tren kargo No. 193bagi perjalanan dari Pelabuhan Tanjung Pelepas ke Pasir Gudang.Menurut kenyataan itu,pemandu tren berkenaan telah mengambil tindakan segera dengan memberhentikan tren sebaik sahaja mengesan kebakaran pada lokomotif tersebutsebagai langkah keselamatan."Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 2.50 petang dan tiada kecederaan dilaporkan," menurut KTMB.Selain itu, pihak KTMB turut mengambil langkah-langkahkeselamatan di kawasan terlibat sebelum sebarang pergerakan tren dibenarkan.Lokomotif itu kemudian telah dibawa ke Depoh Kempas Baru bagi menjalani pemeriksaan teknikal serta penilaian tahap kerosakan, dan pemeriksaan lanjut akan dilaksanakan dengan kerjasama Berapit Mobility dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC)bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.Lokomotif terbabit antara aset yang terlibat dalam pelaksanaan Rolling Stock Strategy(RSS), iaitu inisiatif penyediaan dan pemulihan aset rel melalui model jual dan pajak semulabagi memperkukuh keupayaan operasi kargo negara.Menurut KTMB, Program RSS melibatkan keseluruhan 44 unit lokomotif dan 246 gerabak kargo, merangkumi kerja baik pulih serta penyelenggaraan aset berdasarkan pengaturan pajakan yang ditetapkan."Sebarang penemuan daripada siasatan akan diteliti bagi menentukan keperluan langkah pencegahan dan penambahbaikanyang bersesuaian





Bengkel terbakar, empat kenderaan musnah - Kosmo - 2/11 9:58 pm

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, kebakaran berlaku di Chembong Rembau Workshop yang terletak berhadapan Masjid Kariah Chembong. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya ..





Suami isteri maut, anak parah MPV bertembung bas persiaran - Sinarharian - 2/11 5:23 pm

GERIK - [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri maut, manakala anak merekacedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan sebuah bas persiaran di Jalan Raya Timur Barat, selepas kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa di sini pada Isnin.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari sebelum jentera tiba di lokasi pada jam 2.50 petang.Menurutnya, setiba di lokasi ketiga-tiga mangsa yang merupakan warga tempatan ditemui tersepit di dalam Perodua Alza."Mangsa lelaki berusia 64 tahun yang memandu kenderaan berkenaan dan seorang wanita berusia 58 tahun di tempat duduk penumpang hadapan disahkan meninggal dunia."Seorang lagi mangsa lelaki berusia 28 tahun yang berada di tempat duduk belakang pula mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sabarodzi berkata, ketua operasi melakukan penilaian situasi sebelum mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum dua mangsa yang berada di bahagian hadapan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan(KKM).Menurutnya, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Gerik menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.Sementara itu, beliau berkata, pemandu bas, dua pembantu serta 30 penumpang bas berkenaan terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan."Operasi menyelamat melibatkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik serta BBP Jeli dengan bantuan enam anggota polis dan dua anggota KKM."Operasi dikawal pada jam 3 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 3.30 petang," katanya.





Lelaki hilang, dua selamat bot terbalik - Sinarharian - 1/11 9:29 pm

SIBU - Seorang lelaki dilaporkan hilang manakala dua lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka terbalik akibat arus deras di sungai berhampiran Kampung Hulu Paloh, Tanjung Manis, petang Ahad.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkanmangsa yang hilang dikenali sebagai Musliman Mohammad, 28, manakala dua individu terselamat ialah pemandu bot dan seorang penumpang."Maklumat awal mendapati bot berkenaan terbalik akibat arus deras





Penang identifies 51 flash flood hotspots, steps up monsoon preparedness, says Fire Dept - Malaymail - 1/11 12:28 am

GEORGE TOWN, Nov 1 The Penang Fire and Rescue Department of Malaysia (JBPM) has identified 51 areas across the s...





MTL: JPBM Pulau Pinang kenal pasti 51 kawasan berisiko dilanda banjir kilat - Astroawani - 1/11 11:10 am

JBPM Pulau Pinang meningkatkan rondaan harian menjelang Monsun Timur Laut, dengan 51 kawasan berisiko banjir kilat dikenal pasti serta kesiapsiagaan anggota, aset dan logistik diperkukuh.




Reformasi     >>



Rasuah musuh keadilan titah Raja-Raja Melayu kembali .. - Harapandaily
Perkembangan terbaharu berhubung pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak, kembali mengangkat persoalan mengenai prinsip integriti, keadilan dan usaha membanteras rasuah, susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara kes SRC International ..
Kroni     >>



Nvidia heads for US$470 billion two-day wipeout as CEO .. - NST
BENGALURU: Nvidia shares extended losses on Tuesday, putting the chip giant on track to shed more than US$470 billion in market value over two sessions as concerns mounted over the fallout from CEO Jensen Huangs affair with a Chinese businesswoman alleged to be a spy for Beijing.
Tabloid     >>



Tidak kisah soal bayaran mahu tumpu kerjaya seni .. - Hmetro
DI sebalik kejayaan menerusi pelbagai naskhah lakonannya kebelakangan ini, pelakon Amir Ahnaf rupa-rupanya pernah berdepan detik sukar apabila hilang hingga tercari-cari hala tuju dalam perjalanan seninya. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Alice Huang reportedly instrumental in securing over .. - Tomshardware
Alice Huang is reportedly connected to a web of Chinese companies, which then leveraged her closeness to Jensen Huang to gain access to billions of dollars' worth of Nvidia GPUs.
World     >>



Is Jensen Huangs Affair a Crisis for the A.I. Boom? - Newyorker
Its not yet clear what the Nvidia C.E.O.or the Trump Administrationknew about the alleged Chinese spy he was involved with.
Motor Trend     >>



Buletin Suzuki Spacia Baharu Diperkenal Tak Lama Lagi, .. - Mekanika
# SUZUKI SPACIA BAHARU DIPERKENAL TAK LAMA LAGI, TAMPIL DENGAN KONSEP MINI CAMPERVAN **Suzuki bakal memperkenalkan model baharu berasaskan Spacia pada musim sejuk 2026 dengan beberapa penambahbaikan yang menjadikannya lebih praktikal, khususnya untuk pengguna gemar aktiviti perkhemahan dan ..