///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Itali News   Page 1    



Misi perdagangan ke Perancis jana potensi pelaburan RM4 bilion, eksport RM675 juta - Sinarharian - 6/07 1:04 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan pelaburan ke Perancis yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Julai, 2025.Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, Anwar bertemu 40 wakil sektor perindustrian Perancis, dengan beberapa syarikat menyatakan hasrat untuk melabur dalam pembuatan berteknologi tinggi, aeroangkasa, tenaga boleh baharu, pelancongan dan hospitaliti, ekonomi digital dan infrastruktur mampan."Bagi potensi eksport, RM675 juta dijana untuk sektor berimpak tinggi seperti aeroangkasa, automotif, tenaga boleh baharu, farmaseutikal, ekonomi digital, gaya hidup dan industri halal."Ini adalah sektor yang disasarkan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Strategi Pelaburan Hijau," katanya.MITI berkata, syarikat terbabit turut berkongsi hasrat untuk terus melabur di Malaysia, didorong oleh faktor utama seperti ekosistem pelaburan yang kondusif, stabil dan dinamik; permintaan global yang menggalakkan terhadap produk buatan Malaysia; rantaian bekalan domestik yang cekap; tenaga kerja berkemahiran tinggi; dan dasar kerajaan yang mesra pelabur.Delegasi misi itu turut disertai Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan wakil daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).Tengku Zafrul berkata, kejayaan keseluruhan misi itu mencerminkan keyakinan berterusan syarikat asing terhadap dasar mesra pelabur, ekosistem rantaian bekalan, daya saing dan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia."Potensi pelaburan dan perdagangan yang bakal direalisasikan itu juga akan menyediakan peluang perniagaan kepada syarikat tempatan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana, dan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia."Semua ini adalah kunci dalam memacu agenda transformasi ekonomi Madani kita," katanya.Anwar kini sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil dari 1-8 Julai, 2025.Selain Tengku Zafrul, Anwar turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman dan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir





Stesen Minyak Meletup, 45 Orang Cedera Termasuk Pasukan Penyelamat - Lobakmerah - 5/07 1:53 pm

Sekurang-kurangnya 45 orang dilaporkan cedera susulan satu insiden letupan besar di sebuah stesen minyak di timur ibu kota Itali, awal pagi Jumaat





Persiden Macron Sambut PM Anwar Penuh Penuh Penghormatan Di Istana Elysse - Wrlr - 5/07 10:25 am

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dua hala di Istana Elysee, Paris pada 4 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim Anwar, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil turut menyentuh konflik di Asia Barat, terutamanya krisis kemanusiaan di Gaza, pada pertemuan dengan Presiden Macron serta mengadakan sidang media bersama di perkarangan istana itu





Anwar akan tekan kepentingan multilateralisme, orde dunia inklusif pada Sidang Kemuncak BRICS - Sinarharian - 5/07 7:25 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan tentang kepentingan multilateralisme di tengah-tengah peningkatan polarisasi landskap global serta komitmen Malaysia terhadap orde dunia yang lebih seimbang dan inklusif pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.Pemangku Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Brasilia, Datuk Mohammad Ali Selamat berkata, Perdana Menteri akan menyampaikan Kenyataan Negara bertajuk:"Memperkukuh Multilateralisme, Ekonomi-Kewangan dan Kecerdasan Buatan (AI)," semasa sesi Negara Rakan BRICS di sidang kemuncak itu pada Ahad ini.Pada Isnin pula Perdana Menteri akan menyampaikan satu lagi Kenyataan Negara bertajuk "Alam Sekitar, COP30 dan Kesihatan Global" pada sidang kemuncak yang bertemakan 'Memperkukuh Kerjasama Selatan Global untuk Tadbir Urus Lebih Inklusif dan Mampan' itu.Bercakap kepada media Malaysia menerusi sidang akhbar secara maya dari Braslia, Mohammad Ali berkata, kedua-dua intervensi itu mencerminkan komitmen teguh Malaysia untuk mengukuhkan multilateralisme dan mengangkat suara dan kepentingan negara membangun, sejajar dengan objektif teras BRICS 2025.Anwar, yang kini sedang dalam rangka lawatan ke tiga negara - Itali, Perancis dan Brazil dijangka tiba di Rio de Janeiro pagi ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang berlangsung dari 6 hingga 7 Julai, selepas lawatan rasminya ke Perancis, yang berakhir pada Jumaat.Ini merupakan lawatan kedua beliau ke Brazil, selepas menghadiri Sidang Kemuncak G20 sebagai negara yang dijemput pada tahun lepas





Malaysia terus wakili Asia di Majlis FAO sehingga 2028 - KPKM - Astroawani - 4/07 8:41 pm

KPKM memaklumkan, perkara itu diputuskan semasa Persidangan FAO ke-44 yang berlangsung di Rom, Itali.





Malaysia rancang beli aset ketenteraan dari Itali, perkukuh keselamatan .. - Mgazette - 4/07 7:34 am

# Malaysia rancang beli aset ketenteraan dari Itali, perkukuh keselamatan maritim ROME - Malaysia berhasrat membeli pesawat pemantau maritim, helikopter dan kapal laut daripada Itali bagi memperkukuh keselamatan negara





Disindir ‘suka travel’, PM balas balik dengan pelaburan RM8.13 Bilion dari Itali - Mdateline - 3/07 10:20 pm

Potensi pelaburan sebanyak RM8.13 billion berjaya diraih Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri ke Itali ketika ahli parlimen pembangkang menggelar kerajaan MADANI sebagai kerajaan SST ..





Selesai di Itali, Anwar bergerak ke Paris - Kosmo - 3/07 9:49 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau bersama delegasi Malaysia telah selesai menjalani urusan rasmi di Rom, Itali dan kini meneruskan lawatan kerja ke Paris, Perancis sebagai sebahagian daripada misi diplomatik ke Eropah





Lawatan kerja PM ke Itali buka peluang pelaburan bernilai RM8.13 bilion - Thempress - 3/07 9:45 pm

MALAYSIA berjaya meraih potensi pelaburan berjumlah RM8.13 bilion hasil lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali yang berakhir hari ini





Malaysia berjaya raih potensi pelaburan RM8.13 bilion di Itali - PM - Mkini - 3/07 9:20 pm

Potensi pelaburan tersebut dalam sektor petrokimia, jentera dan peralatan, elektrik dan elektronik serta perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas.





Malaysia berjaya raih potensi pelaburan RM8.13 bilion di Itali - PM - Sinarharian - 3/07 8:32 pm

ROM - Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan sebanyak RM8.13 bilion menerusi mesyuarat meja bulat kerjasama ekonomi Malaysia dan Itali serta mesyuarat dua hala bersama-sama syarikat di sini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mesyuarat meja bulat berkenaan melibatkan penyertaan sebanyak 41 syarikat Itali yang terdiri daripada 23 syarikat sektor pembuatan, sembilan syarikat sektor perkhidmatan, dua syarikat sektor perdagangan serta lima agensi kerajaan dan dua pertubuhan industri."Potensi pelaburan yang telah diraih melalui kedua-dua mesyuarat ini berjumlah RM8.13 bilion dalam sektor petrokimia, jentera dan peralatan, elektrik dan elektronik serta perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas," kata Anwar pada sidang media pada akhir lawatan beliau ke Rom, Itali.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata potensi eksport yang dijana berjumlah RM425 juta bagi produk oleokimia, tenaga boleh baharu (TBB), bahan mentah bahan api bio dan aditif makanan ternakan.Mesyuarat meja bulat berkenaan memberi peluang kepada syarikat berpotensi di Itali menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor seperti pembuatan berteknologi tinggi, TBB, ekonomi digital dan infrastruktur mampan.Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawat beliau Giorgia Meloni, Rom dan Putrajaya akan meningkatkan kerjasama dalam sektor tenaga, solar, geoterma dan hidrogen.Antara kerjasama itu adalah usaha sama Petronas dan Eni S.p.A di Pengerang, Johor dalam sektor bahan api penerbangan mampan; Perodua dan Magna Styer bagi bateri kenderaan elektrik; dan kerjasama dan pelaburan modenisasi grid elekrik termasuk Grid Tenaga ASEAN.Perdana Menteri berkata, dalam perbincangan itu, beliau turut memohon pengiktirafan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dari Itali selain memohon dukungan penilaian pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) yang lebih adil -- standard risiko negara (rendah).Malaysia menyasarkan untuk berada dalam kategori negara berisiko rendah dalam sistem penanda aras EUDR melalui semakan semula penarafan berkenaan menjelang 2026.Dalam pada itu, Malaysia turut mohon sokongan Itali untuk menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.Perdana Menteri tiba di sini pada Selasa untuk mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Itali selaku ekonomi ketiga terbesar dalam EU.Kunjungan berkenaan adalah atas jemputan Meloni.Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama pada 2024.Perdana Menteri berlepas ke Perancis untuk mengadakan lawatan rasmi pada 3 dan 4 Julai selepas menamatkan lawatan di Itali





Lawatan ke Itali jana potensi pelaburan RM8.13 billion - Astroawani - 3/07 8:15 pm

Malaysia meraih potensi pelaburan berjumlah RM8.13 billion melalui lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali.





Malaysia rancang beli aset ketenteraan dari Itali, perkukuh keselamatan maritim - Sinarharian - 3/07 7:24 pm

ROME - Malaysia berhasrat membeli pesawat pemantau maritim, helikopter dan kapal laut daripada Itali bagi memperkukuh keselamatan negara.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembelian itu akan meliputi dua pesawat pemantau maritim (Maritime Patrol Aircraft) untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia selain 28 helikopter Leonardo AW149.Beliau berkata syarikat Fincantieri pula dijangka membekalkan kapal sokongan logistik pelbagai peranan (Multi-Role Support Ship) (MRSS) dan kapal peronda pesisir pantai (Littoral Mission Ship) (LMS)."Pembelian aset tentera ini akan membantu mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Itali yang terkenal dengan industri ketenteraan," katanya pada sidang media pada akhir kunjungan tiga hari ke Itali.Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut hadir dalam rangka lawatan itu berkata pembelian itu akan diperincikan agar Malaysia turut mendapat manfaat dari segi pemusatan latihan dan sebagainya.Mohamed Khaled berkata pada peringkat awal, penerbangan pesawat maritim itu dijangka menggunakan lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka.Menurut beliau, Malaysia juga telah mencadangkan agar pembelian aset-aset itu dilakukan melalui perjanjian perolehan kerajaan kepada kerajaan (G to G)."Ini akan membantu kita mendapatkan harga yang lebih baik dan jaminan aset daripada kerajaan Itali," katanya.Kementerian Pertahanan juga mencadangkan agar kedua-dua negara menerokai bidang baharu dalam sektor pertahanan antaranya kecerdasan buatan (AI) dan pusat kawalan keselamatan bawah laut.Anwar yang tiba di sini pada Selasa membuat kunjungan sulung ke Itali atas jemputan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil akan berlepas ke Paris selepas ini dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa lawatan dua hari ke sana.Seterusnya, Anwar akan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro atas jemputan Presiden Brazil Luiz Incio Lula da Silva





Anwar diberi sambutan rasmi oleh Itali di Chigi Palace - Astroawani - 3/07 6:40 pm

Ketibaan beliau sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan itu disambut oleh rakan sejawatnya, Giorgia Meloni.





Anwar hadiri mesyuarat bersama ketua-ketua industri Perancis - Sinarharian - 3/07 6:06 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kalangan ketua industri utama Perancis termasuk daripada firma Imerys, Arkema, Airbus dan Thales sempena lawatan kerja ke negara itu pada 3 dan 4 Julai.Semasa mesyuarat meja bulat itu beliau akan mengetengahkan potensi perdagangan dan pelaburan di Malaysia.Imerys ialah peneraju dunia dalam pengeluaran mineral khusus untuk kegunaan industri manakala Arkema merupakan pengeluar global bahan khas dan kimia berprestasi tinggi.Airbus pula ialah syarikat aeroangkasa Eropah yang terkenal dengan pembuatan pesawat komersial dan ketenteraan, manakala Thales, syarikat teknologi canggih yang pakar dalam sistem pertahanan, keselamatan, pengangkutan dan aeroangkasa.Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, mesyuarat yang diadakan sempena lawatan kerja sulung Anwar ke Perancis atas jemputan Presiden Emmanuel Macron itu akan turut disertai 180 syarikat, di samping kalangan pemimpin industri dari Malaysia.Sepanjang lawatan itu, Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Eldeen Husaini berkata, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan empat mata dengan Macron di Istana Elysee, membawa agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI)."Malaysia menjangkakan lawatan kerja ini akan meningkatkan keyakinan pelabur untuk meneroka peluang pelaburan baharu dan memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala, khususnya sektor nuklear dan tenaga bersih," katanya kepada media Malaysia ketika taklimat secara dalam talian dari Paris, pada Rabu.Beliau berkata, eksport Malaysia ke Perancis meningkat 0.4 peratus kepada RM6.14 bilion pada 2024, menjadikan Perancis rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.Sehingga Mac 2025, prestasi pelaburan syarikat Perancis di Malaysia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan 358 projek dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan diluluskan, yang dijangka mewujudkan hampir 24,000 peluang pekerjaan di Malaysia, katanya.Eldeen Husaini berkata, perkhidmatan penerbangan langsung antara Kuala Lumpur dan Paris yang bermula tahun ini dengan menggunakan pesawat Airbus A350 juga dilihat sebagai pemangkin pertumbuhan pelancongan, susulan peningkatan kemasukan pelancong Perancis ke Malaysia sebanyak 41.8 peratus."Lawatan kerja ini menyasarkan pembukaan lembaran baharu dalam hubungan dua hala, memacu pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan daya saing Malaysia dalam rantaian bekalan global," katanya.Anwar kini dalam siri lawatan kerja ke tiga negara bermula dengan Itali, disusuli Perancis dan Brazil, dari 1 hingga 7 Julai





Loacker Raikan Ulang Tahun Ke-100 Di One Utama Dengan Penuh Kelazatan! - Murai - 3/07 4:30 pm

Tahun ini, Loacker dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-100. Ini menandakan satu abad sejak Alfons Loacker memperkenalkan wafer pertama di Bolzano, di tengah-tengah pergunungan Alps Itali, sekaligus menerajui kategori wafer moden





Terjemahan The Asian Renaissance ke bahasa Itali iktiraf keintelektualan PMX - Thempress - 3/07 3:18 pm

TERJEMAHAN karya The Asian Renaissance hasil nukilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam bahasa Itali disifatkan sebagai satu pengiktirafan besar terhadap keintelektualan beliau di persada antarabangsa





Anwar tamat lawatan Itali dengan pertemuan penting bersama PM Giorgia Meloni - SUN - 3/07 2:52 pm

ROME: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja tiga hari di Itali dengan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Giorgia Meloni di Palazzo Chigi





Anwar akhiri lawatan di Itali dengan pertemuan bersama Perdana Menteri Giorgia Meloni - Sinarharian - 3/07 2:24 pm

ROME - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengakhiri lawatan kerja tiga hari di Itali dengan mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat beliau, Giorgia Meloni, di Palazzo Chigi, di sini pada Khamis.Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menegaskan semula komitmen negara masing-masing untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama yang lebih menyeluruh.Kedua-dua pihak juga akan membincangkan pelbagai isu merangkumi kerjasama dua hala dalam sektor ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan, serta kerjasama dalam pertahanan, tenaga boleh baharu dan alam sekitar, komoditi pertanian, dan sektor digital.Perbincangan turut meliputi kerjasama antara rakyat termasuk pendidikan, pertukaran budaya, sektor pelancongan, serta isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama seperti situasi di Timur Tengah.Pada mesyuarat dua hala, Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Zahid Rastam.Anwar tiba di ibu negara ini pada Selasa sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Itali, Perancis dan Brazil, yang merupakan usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala dan menggalakkan kerjasama ekonomi pada peringkat global.Pada 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dengan Itali mencatatkan peningkatan dua peratus, mencecah RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion), berbanding 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah dagangan meningkat sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion).Itali kekal sebagai rakan dagang kelima terbesar Malaysia dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah pada 2024.Anwar akan berlepas ke Paris selepas ini, dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa lawatan dua hari ke sana.Seterusnya, Anwar akan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro atas jemputan Presiden Brazil Luiz Incio Lula da Silva





PMX guna kuasa untuk kepentingan keluarga? - Harakahdaily - 3/07 1:13 pm

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengecam amalan nepotisme yang berlaku dalam pentadbiran Perdana Menteri ke-10 (PMX), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, susulan kehadiran anak lelakinya dalam beberapa siri lawatan rasmi kerajaan termasuk ke Kazakhstan dan terkini ke Rom, Itali





PM hargai terjemahan The Asian Renaissance ke bahasa Itali - Thempress - 3/07 12:03 am

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terharu dan penghargaan atas usaha penterjemah Andrea Fais dan penerbit Stefano Bonilauri yang memilih untuk menterjemah karya beliau, The Asian Renaissance, ke…





Jadi contoh kepimpinan, Komuniti Islam Itali zahir penghargaan kepada Anwar, Malaysia - Astroawani - 3/07 7:10 am

Komuniti Islam Itali menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia yang dilihat menjadi contoh kepada komuniti Muslim minoriti di Eropah.





Anwar hargai sarjana tempatan, terjemah karya The Asian Renaissance ke bahasa Itali - Astroawani - 3/07 7:00 am

Anwar menzahirkan penghargaan terhadap usaha dua sarjana Itali, Andrea Fais dan Stefano Bonilauri, yang menterjemahkan karya beliau, The Asian Renaissance, ke dalam bahasa Itali.





Malaysia kekal komited terhadap prinsip perdagangan bebas, terbuka - PM - Sinarharian - 2/07 10:53 pm

ROM - Malaysia kekal komited terhadap prinsip perdagangan bebas dan terbuka sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam landskap global yang semakin mencabar, kestabilan dan keamanan antarabangsa merupakan asas penting kepada kemakmuran ekonomi serta peluang sinergi rentas sempadan yang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti perniagaan.Anwar berkata, perkara itu disampaikan ketika beliau dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali, Antonio Tajani mempengerusikan Sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali, di sini, hari ini.Sesi itu menghimpunkan lebih 100 syarikat dari kedua-dua negara, merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan, perdagangan serta agensi dan pertubuhan industri."Sesi (meja bulat) ini mencerminkan iltizam bersama untuk memperkukuh hubungan dagang dan membuka ruang pelaburan strategik yang lebih luas antara Malaysia dan Itali" kata beliau.Menurut Perdana Menteri, sesi tersebut turut memperkukuh keyakinan pemain industri Itali terhadap dasar keterbukaan, kecekapan tadbir urus serta daya saing ekonomi Malaysia.Anwar berkata, penyertaan aktif syarikat terkemuka dari kedua-dua negara itu menyerlahkan potensi kerjasama dua hala yang lebih berimpak tinggi, berpaksikan nilai tambah, inovasi dan kepentingan bersama."Ia membuka prospek luas dalam sektor strategik seperti tenaga boleh baharu, teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon, pertahanan, ekonomi digital, aeroangkasa dan industri berteknologi tinggi, bidang utama yang menjadi tonggak kepada agenda reformasi ekonomi negara," kata beliau.Anwar berada di sini sempena lawatan rasmi selama tiga hari atas jemputan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni





Anwar bertemu komuniti Islam di Rom - Mkini - 2/07 10:42 pm

Perdana menteri kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Itali.





PM bertemu komuniti Islam Rom - Sinarharian - 2/07 10:39 pm

ROM - Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu berkesempatan bertemu komuniti Islam di sini.Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Itali, bertemu Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS) Imam Yahya Pallavicini dan Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali - Masjid Besar Rom Abdellah Redouane.Beliau berkata, pertemuan itu, memberi ruang untuk mereka berbincang dan bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh pembangunan ummah, termasuk menangani isu Islamofobia secara bijaksana dan berhemah."Saya tekankan komitmen Malaysia dalam memartabatkan Islam yang menekankan nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian menerusi pendidikan, dakwah serta kerjasama antarabangsa dengan komuniti Islam di Itali," katanya selepas pertemuan itu.Sebagai tanda ukhuwah, Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di Rom serta menyerahkan senaskhah al-Quran edisi khas, selain 10 lagi naskhah terjemahan dalam bahasa Itali sebagai simbol persaudaraan dan penyebaran ilmu.Itali mempunyai kira kira 2.7 juta penduduk beragama Islam.Sementara itu, Anwar menzahirkan rasa terharu beliau dengan penterjemah Andrea Fais dan penerbit Stefano Bonilauri yang memilih untuk menterjemah karya "The Asian Renaissance" ke dalam bahasa Itali."Karya ini, yang diterbitkan lebih dua dekad lepas, menggariskan gagasan besar mengenai kebangkitan semula tamadun Asia melalui nilai-nilai ilmu, budaya, keterbukaan dan keadilan, sebagai tindak balas terhadap ketidakseimbangan global dan dominasi wacana barat."Saya amat menghargai dedikasi sarjana Itali dalam menterjemahkan karya ini, yang membolehkan idea-idea besar tentang demokrasi dan pembangunan berteraskan nilai dapat dikongsi dan difahami lebih meluas oleh khalayak antarabangsa," kata Perdana Menteri.Anwar berkata, usaha itu bukan sekadar kerja penterjemahan, tetapi merupakan jambatan pemikiran dan idea merapatkan jurang kefahaman timur dan barat, terutama dalam lanskap dunia yang berpecah belah."Moga karya ini terus menjadi sumber inspirasi dalam usaha kita memperjuangkan kebangkitan semula nilai-nilai kemanusiaan, ilmu dan keadilan sejagat," kata beliau.





Malaysia, Itali tingkatkan hubungan ekonomi dengan tumpuan kepada peralihan tenaga - SUN - 2/07 10:20 pm

ROM : Malaysia dan Itali bersetuju untuk mempertingkat hubungan ekonomi yang telah lama terjalin, dengan tumpuan kepada peralihan tenaga yang turut menarik minat Jepun dan Indonesia





Sesi meja bulat perkongsian ekonomi perkukuh hubungan dagangan Malaysia-Itali - PM - Sinarharian - 2/07 10:12 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali, Antonio Tajani pada Rabu mempengerusikan sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang disertai lebih 100 syarikat dari kedua-dua negara.Sesi yang berlangsung di Rom, Itali itu melibatkan penyertaan syarikat daripada pelbagai sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, perdagangan, serta agensi dan pertubuhan industri.Anwar menerusi hantaran di platform X, beliau berkata, sesi meja bulat tersebut mencerminkan iltizam bersama dalam memperkukuh hubungan dagang serta memperluas peluang pelaburan strategik antara kedua-dua negara.Beliau berkata, Malaysia kekal komited terhadap prinsip perdagangan bebas dan terbuka sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan."Dalam landskap global yang semakin mencabar, kestabilan dan keamanan antarabangsa menjadi asas penting kepada kemakmuran ekonomi serta peluang sinergi rentas sempadan yang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti perniagaan," kata beliau.Menurut Anwar, sesi tersebut turut memperkukuh keyakinan pemain industri Itali terhadap dasar keterbukaan, kecekapan tadbir urus serta daya saing ekonomi Malaysia.Perdana Menteri berkata, penyertaan aktif syarikat terkemuka dari kedua-dua negara menyerlahkan potensi besar dalam memperluas kerjasama dua hala yang lebih berimpak tinggi, berpaksikan nilai tambah, inovasi dan kepentingan bersama."Ia membuka prospek luas dalam sektor strategik seperti tenaga boleh baharu, teknologi pemerangkapan dan penyimpanan karbon, pertahanan, ekonomi digital, aeroangkasa dan industri berteknologi tinggi, bidang utama yang menjadi tonggak kepada agenda reformasi ekonomi negara," kata beliau





PM Anwar bertemu pemimpin syarikat gergasi industri Itali dalam lawatan ke Rom - SUN - 2/07 9:21 pm

ROME : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu dengan barisan eksekutif tertinggi tiga syarikat terkemuka Itali pada hari kedua lawatan kerja beliau ke negara itu, sambil menegaskan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan dipercayai





Malaysia hargai usaha Itali dalam isu kemanusiaan di Gaza - Thempress - 2/07 8:18 pm

ROM – Malaysia menghargai usaha Itali mencari penyelesaian konflik kemanusiaan di Gaza, situasi di Ukraine dan perkembangan di Asia Barat, khususnya membabitkan Iran dan Israel





Malaysia hargai usaha Itali selesaikan konflik Gaza dan Ukraine - SUN - 2/07 8:15 pm

ROME : Malaysia menyatakan penghargaan terhadap usaha Itali dalam mencari penyelesaian konflik kemanusiaan di Gaza, selain membincangkan situasi di Ukraine serta perkembangan terkini di Asia Barat, khususnya melibatkan Iran dan Israel





Malaysia-Itali senada, keamanan dan kestabilan kunci kemajuan ekonomi - Astroawani - 2/07 7:18 pm

Malaysia dan Itali senada bahawa keamanan dan kestabilan adalah kunci kepada kebebasan perdagangan yang menjadi asas kepada kemajuan ekonomi global selama ini.





Anwar bertemu peneraju industri pertahanan, tenaga Itali - Astroawani - 2/07 6:28 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari kedua lawatan rasmi ke Itali dengan mengadakan sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama negara itu.





Inisiatif pelaburan baharu Malaysia dengan Itali, Perancis, Brazil selepas lawatan PM - SUN - 2/07 6:20 pm

PUTRAJAYA : Beberapa inisiatif pelaburan dan kerjasama ekonomi strategik antara Malaysia dengan Itali, Perancis, dan Brazil dijangka diumumkan selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara tersebut





Malaysia hargai usaha Itali cari penyelesaian konflik di Gaza - Sinarharian - 2/07 6:18 pm

ROM - Malaysia menghargai usaha Itali dalam mencari penyelesaian konflik kemanusiaan di Gaza, situasi di Ukraine dan perkembangan di Asia Barat khususnya melibatkan Iran dan Israel.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan global sewaktu pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali Antonio Tajani, di sini pada Selasa."Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Itali yang telah lama terjalin, berlandaskan prinsip saling menghormati antara satu sama lain," kata beliau.Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk hubungan Malaysia serta ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU).Mengenai konflik di Gaza, Anwar berkata, Malaysia yang lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin di persada antarabangsa, gembira kerana pemimpin-pemimpin Itali memahami situasi di Gaza."Malaysia menghargai hubungan erat dengan Itali sebagai rakan penting dalam usaha memperkukuh kerjasama rentas benua demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan bersama."Kita mahu bekerjasama bukan sahaja dalam bidang ekonomi, tetapi juga dalam mencari penyelesaian konflik seperti Gaza, Ukraine dan Asia Barat," kata Perdana Menteri selepas pertemuan itu.Bulan lepas, Presiden Itali Sergio Mattarella menyifatkan krisis kemanusiaan dan politik di Gaza sebagai "tidak dapat diterima" dan menggesa tindakan segera oleh masyarakat antarabangsa serta penglibatan negara-negara Arab untuk menangani situasi yang semakin meruncing





PM bertemu pemimpin syarikat gergasi industri Itali dalam lawatan ke Rom - Sinarharian - 2/07 5:55 pm

ROME - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu bertemu dengan barisan eksekutif tertinggi tiga syarikat terkemuka Itali pada hari kedua lawatan kerja beliau ke negara itu, sambil menegaskan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan dipercayai.Dalam kenyataan pada Rabu, Anwar berkata, beliau mengetuai delegasi Malaysia dalam sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama di Itali, meliputi sektor strategik seperti pertahanan dan tenaga.Beliau berkata, pertemuan bersama Fincantieri dan Leonardo, dua syarikat gergasi pertahanan yang menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 tempoh hari bagi memperkukuh prospek kerjasama jangka panjang."Saya tekankan pentingnya pendekatan antara kerajaan (G2G) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di rantau ini."Saya turut mengadakan pertemuan bersama syarikat tenaga Itali, ENI, untuk membincangkan kerjasama bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Malaysia serta meneroka peluang pelaburan baharu yang boleh dimanfaatkan secara bersama," katanya.Anwar berkata, beliau memanfaatkan sesi ini untuk menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan diyakini."Saya juga menyeru agar segala komitmen yang telah dizahirkan disusuli dengan tindakan konkrit agar pelaburan yang dirancang dapat direalisasikan dalam tempoh ditetapkan," katanya.Pertemuan satu dengan satu itu dimulakan dengan perbincangan bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pembinaan kapal Fincantieri, Pierroberto Folgiero, diikuti pertemuan dengan Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Kempen Strategik syarikat aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan Leonardo, Tomasso Pani.Anwar yang diiringi oleh beberapa menteri Kabinet kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan CEO syarikat tenaga bersepadu ENI, Claudio Descalzi.Hadir sama dalam pertemuan dengan ENI ialah Presiden dan CEO kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.Pertemuan dengan pemimpin industri Itali itu berlangsung menjelang persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang diadakan sempena lawatan tiga hari Anwar ke Itali.Sebelum merasmikan mesyuarat meja bulat itu, Anwar turut bertemu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali Antonio Tajani.Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat 3.3 peratus tahun ke tahun kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion).Itali kekal sebagai rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia daripada blok berkenaan pada 2024





CWC: Real menang, Juventus tak tahan panas - Kosmo - 2/07 3:42 pm

MIAMI – Jurulatih Juventus, Igor Tudor mengakui kepenatan menjadi punca utama pasukannya gagal melangkah ke pusingan suku akhir selepas tewas 0-1 kepada Real Madrid dalam aksi kalah mati Piala Dunia Kelab awal pagi tadi. Pada perlawanan itu, hasrat The Old Lady untuk menjadi wakil Itali mara ke kelompok lapan pasukan terbaik tidak kesampaian selepas penyerang ..





PM Anwar bertemu peneraju industri Itali - SUN - 2/07 3:06 pm

ROM : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan kerja beliau di ibu negara Itali ini dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri utama





PM bertemu peneraju industri Itali - Sinarharian - 2/07 2:45 pm

ROM - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan kerjabeliau di ibu negara Itali ini dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri utama.Perdana Menteri, yang tiba pada Selasa untuklawatan selama tiga hari itu,bakal bertemu peneraju industri daripada 36 syarikat Itali, termasuk syarikat multinasional (MNC) sepertiLeonardo SpA, STMicroelectronics dan Ferrero.Leonardo mempunyai kepakaran dalam bidang aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan, STMicroelectronics ialah syarikat semikonduktor manakala Ferrero merupakan antara pengeluar coklat dan konfeksioneri terbesar di dunia.Ketiga-tiga MNC ini mempunyai operasi yangkukuh di Malaysia.Mesyuarat itu akan berlangsung semasa sesi persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali, program anjuran bersama kerajaan Malaysia dan Itali.Anwar turut dijangka bertemu Antonio Tajani, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Itali semasa mesyuarat meja bulat itu.Perdana Menteri akandiiringi oleh pegawai kanan kerajaan yang berkaitan dan delegasi korporat yang terdiri daripada wakil 13 syarikat Malaysia dalam pelbagai sektor.Pada hariyang sama, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuandenganImamYahyaPallavicini, Naib Presiden Comunita Religiosa Islamica Italiana (COREIS)danAbdellahRedouane, Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali dan Masjid Rom.Pada Khamis, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni di Istana Chigi.Anwardiiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Turut menyertai delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Itali merupakan ekonomi ketiga terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU) dan kelapan terbesar di dunia mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Ekonominya menyumbang kira-kira 12 peratus daripada KDNK EU.Malaysia dan Itali telah menjalin hubungan diplomatik yang panjangdalam pelbagai bidang, disokong oleh hubungan ekonomi yang kukuh, perdagangan dan pelaburan yang meningkat serta kerjasama antara rakyat.Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan sebanyak dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding tempoh sama pada 2023.Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.5 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama pada 2024.Itali kekal sebagai rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara EU dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia daripada blok itu pada 2024.Anwar sedang mengadakan satu siri lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil sebagaisebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan mempromosikan kerjasama ekonomi pada peringkat global





Itali rakan strategik utama Malaysia di benua Eropah PM - Thempress - 2/07 1:27 pm

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia menganggap Itali sebagai rakan strategik utama di benua Eropah dan komited untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang





PM arah kedutaan segera bantu seorang rakyat M'sia terkandas di Itali - Mkini - 2/07 8:30 am

Dalila Zaidi terkandas di Milan selepas pasportnya dicuri.





Kerajaan utamakan projek yang beri manfaat kepada rakyat – PM Anwar .. - Mgazette - 2/07 7:57 am

Semasa majlis makan malam itu, Anwar turut berkongsi pelbagai program dan dasar yang sedang dilakukan oleh Kerajaan MADANI bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif. Kepada diaspora Malaysia di Itali, anda adalah duta dan aset kami





PM arah kedutaan segera bantu seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Itali - Astroawani - 2/07 12:12 am

Anwar berkata beliau juga telah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Luar untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil.





Turkiye destinasi terbaharu Abraham selepas Itali - Sinarharian - 1/07 10:27 pm

PENYERANG England, Tammy Abraham, kini hampir pasti menyertai kelab gergasi Turkiye, Besiktas, selepas satu video beliau dalam perjalanan ke negara itu dimuat naik oleh kelab tersebut di media sosial.Menerusi rakaman itu, pemain berusia 27 tahun berkenaan mengesahkan perpindahan sambil berkata: "Hello Black Eagles, saya datang untuk anda





PMX, delegasi mula lawatan rasmi ke tiga negara - Thempress - 1/07 8:54 pm

DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi memulakan lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil, hari ini





Silva sebak Fluminense jinakkan Inter Milan - Sinarharian - 1/07 4:29 pm

KAPTEN Fluminense, Thiago Silva, sebak setelah wakil Brazil berkenaan mengesahkan kemaraan suku akhir Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Inter Milan.Bekas kapten Chelsea berusia 40 tahun itu beraksi 90 minit membantu Fluminense menewaskan finalis Liga Juara-Juara berkenaan 2-0 di Stadium Bank of America, Charlotte, North Carolina.Fluminense, yang layak ke kejohanan musim panas ini setelah menjuarai Copa Libertadores 2023, membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi tandukan German Cano.Biarpun Inter Milan mendominasi penguasaan bola dan melancarkan 16 percubaan ke arah gol, hanya empat daripadanya menguji penjaga gol Fabio.Kemenangan bersejarah Fluminense disahkan pada masa kecederaan apabila pemain gantian, Hercules, menyempurnakan peluang yang mengakhiri cabaran kelab dari Itali itu.Gol tersebut mencetuskan sorakan gemuruh dalam kalangan penonton di stadium, dengan ramai penyokong dilihat menitiskan air mata kegembiraan.Silva sendiri turut kelihatan sebak sebelum dirakam mencium isterinya, Isabele, di tempat duduk penonton."Saya sangat berbangga dengan pasukan saya, dengan rakan-rakan sepasukan





Anwar berlepas dari KLIA untuk lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil - Sinarharian - 1/07 2:27 pm

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Selasa bagi memulakan lawatan ke negara Itali, Perancis dan Brazil.Pesawat sewa Penerbangan Malaysia yang membawa perdana menteri dan delegasi itu berlepas dari KLIA pada jam 2.15 petang.Siri lawatan perdana menteri ini bermula dengan lawatan rasmi tiga hari ke Itali, yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala di samping menggalakkan kerjasama ekonomi di peringkat global.Lawatan ke hab ekonomi utama ini - Rom, Paris, dan Rio de Janeiro - bertujuan mengukuhkan hubungan diplomatik dan hubungan perdagangan Malaysia dengan negara masing-masing.Dalam lawatan ini Perdana Menteri turut diiringi oleh delegasi perniagaan, yang merangkumi wakil daripada syarikat-syarikat besar Malaysia, termasuk Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Khazanah Nasional Bhd, TNB, Maybank, FGV, YTL Power dan Sunway.Ketiga-tiga pasaran berkenaan secara kolektif merekodkan perdagangan dua hala bernilai RM50.91 bilion (AS$11.14 bilion) tahun lepas.Lawatan Anwar buat kali pertama ke Itali adalah atas jemputan Perdana Menteri Giorgia Meloni.Menurut Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Zahid Rastam semalam, lawatan itu dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara negara merentasi pelbagai sektor.Semasa di Rom, Perdana Menteri akan diiringi oleh lima menteri Kabinet yang terdiri daripada Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.Turut sama dalam delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.Di Paris, Perdana Menteri dijadualkan bertemu Presiden Emmanuel Macron, dengan perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu bertumpu kepada aspek perdagangan, teknologi dan pendidikan.Selain menyertai perbincangan meja bulat dengan gergasi perindustrian Perancis, Perdana Menteri juga akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Islam tempatan, bertemu rakyat Malaysia di Perancis, dan menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne pada 4 Julai.Selepas Paris, Anwar akan berada di Rio de Janeiro untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Luiz Incio Lula da Silva.Peranan Malaysia sebagai negara rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN untuk 2025 akan menekankan kepentingan multilateralisme berdasarkan undang-undang, tadbir urus kecerdasan buatan, tindakan iklim, dan kesihatan global, mewakili aspirasi lebih 650 juta warga ASEAN.Anwar juga akan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS sebagai negara rakan kongsi dalam blok itu yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan





Anwar, delegasi berlepas ke Itali, mulakan siri lawatan rasmi dan Sidang Kemuncak BRICS - Astroawani - 1/07 2:22 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Itali hari ini untuk memulakan siri lawatan rasmi beliau ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil.





Piala Dunia Kelab: Fluminense kejutkan Inter Milan - Sinarharian - 1/07 9:02 am

KELAB Brazil, Fluminense, mencetus kejutan besar di Piala Dunia Kelab apabila menumbangkan gergasi Itali, Inter Milan, dengan kemenangan 2-0 di Stadium Bank of America, Charlotte.Kejayaan dramatik ini melayakkan Fluminense ke suku akhir sambil menanti pemenang perlawanan antara Manchester City dan Al-Hilal di Stadium Camping World, Orlando.Penyerang utama, German Cano, meletakkan Fluminense depan seawal minit ketiga hasil tandukan dalam perlawanan pusingan 16 tersebut.Kemudian, pemain gantian Hercules melengkapkan kemenangan dengan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-93.Bintang penyerang Inter, Lautaro Martinez sebelum itu memiliki deretan peluang menyamakan kedudukan sebelum gol kedua Fluminense, termasuk satu percubaan yang singgah di tiang gol pada lewat permainan.Federico Dimarco juga nyaris menjaringkan gol dari dua sepakan percuma selainpeluang terbaik direalisasikan pertahanan Belanda, Stefan de Vrij.Perlawanan disaksikan hanya 20,030 penonton, kurang daripada kapasiti penuh stadium sebanyak 74,867 di Stadium Bank of America.Fluminense kini menyertai Palmeiras, sebuah lagi kelab Brazil, di peringkat suku akhir.





Beku aset, harta Allahyarham Daim, keluarga bagai satu penderaan – .. - Mgazette - 1/07 7:31 am

Menurut sumber, tindakan itu dijangka dilakukan berikutan SPRM mendapati aset-aset berkenaan gagal diisytiharkan dalam siasatan terhadap pemimpin politik berkenaan. Lima negara menempatkan aset dan harta terbabit ialah Amerika Syarikat (AS), Singapura, Jepun dan Itali dan Jersey iaitu negara pulau yang terletak di Selat Inggeris dan luar pantai Normandy, Perancis





Anwar adakan lawatan sulung ke Itali mulai 1 Julai - Sinarharian - 1/07 12:28 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Itali, yang juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara itu, demikian menurut Wisma Putra.Kenyataan Wisma Putra malam ini memaklumkan lawatan dari 1 hingga 3 Julai itu adalah atas undangan rakan sejawat Anwar iaitu Giorgia Meloni.Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Menurut Wisma Putra, Perdana Menteri dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Meloni di Istana Chigi, Rom pada 3 Julai."Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai perkembangan hubungan Malaysia-Itali serta meneroka peluang kerjasama baharu, khususnya dalam bidang ekonomi, teknologi pertahanan dan tenaga," menurut kenyataan itu.Kedua-dua pihak juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama termasuk Hubungan Rakan Pembangunan ASEAN-Itali, Hubungan Dialog ASEAN-Kesatuan Eropah dan situasi di Timur Tengah."Perdana Menteri juga akan menggariskan keutamaan Malaysia semasa Kepengerusian ASEAN 2025 serta usaha ASEAN dalam mendepani cabaran serantau dan global," katanya.Wisma Putra memaklumkan pada 2 Julai, Perdana Menteri juga dijadual merasmikan Persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang akan dihadiri pemimpin industri kedua-dua negara bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelaburan dan perdagangan dua hala.Selain itu, Anwar dijadual menghadiri perjumpaan bersama pemimpin komuniti Islam di Itali dan majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia.Hubungan antara Malaysia dan Itali yang terjalin sekian lama adalah kukuh dan saling menguntungkan didukung oleh pertumbuhan perdagangan serta pelaburan yang berterusan selain kesalinghubungan antara rakyat kedua-dua negara.Tahun lepas, jumlah dagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding 2023 manakala bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, jumlah dagangan terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.50 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama bagi tahun 2024.Itali merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dari blok tersebut bagi tahun 2024.Selepas Itali, Perdana Menteri dijadual ke Perancis bagi lawatan rasmi selama dua hari bermula 3 Julai





PM Anwar Mulakan Siri Lawatan Ke Itali, Perancis Dan Brazil - Wrlr - 30/06 8:52 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan rasmi ke Perancis atas undangan Presiden Emmanuel Macron pada 4 Julai 2025. Foto Arkib G20 Summit PUTRAJAYA, 30 Jun Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu siri lawatan ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil bermula 1 Julai ini





Anwar ketuai misi perdagangan ke tiga pusat ekonomi utama dunia mulai esok - Sinarharian - 30/06 6:05 pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Itali, Perancis dan Brazil, termasuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17, mulai esok hingga Isnin depan (1 hingga 7 Julai).Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, lawatan ke tiga pusat ekonomi utama iaitu Rom, Paris dan Rio de Janeiro itu bertujuan memperkukuhkan rangkaian diplomatik dan perdagangan Malaysia dengan negara berkenaan.Beliau berkata, ketiga-tiga pasaran itu secara kolektif merekodkan nilai dagangan dua hala berjumlah RM50.91 bilion (AS$11.14 bilion) tahun lepas."Ia menawarkan peluang pertumbuhan pesat dalam sektor ekonomi, kebudayaan, teknologi serta pendidikan," katanya pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri di sini pada Isnin.Beliau berkata di Itali, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni untuk memperkasa agenda ekonomi dua hala dan merintis inisiatif kebudayaan bersama."Sesi Meja Bulat Perniagaan juga akan diadakan untuk menghimpunkan peneraju industri kedua-dua negara, manakala dialog bersama pemimpin komuniti Islam serta pertemuan diaspora Malaysia menonjolkan jalinan insani serta bakat negara di Eropah," katanya.Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri turut dijadual bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dan fokus perbincangan merangkumi sektor perdagangan, teknologi dan pendidikan."Di samping sesi meja bulat bersama gergasi industri Perancis, Perdana Menteri juga akan berdialog bersama pemimpin komuniti Islam setempat dan menyantuni warga Malaysia di Perancis selain menyampaikan Syarahan Umum di Sorbonne University pada 4 Julai," katanya.Beliau berkata, seterusnya Perdana Menteri akan ke Rio de Janeiro pada 5 hingga 7 Julai bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Luiz Incio Lula da Silva."Kehadiran Malaysia sebagai Negara Rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN 2025 akan menekankan kepentingan multi-lateralisme berasaskan undang-undang, tadbir urus kecerdasan buatan, tindakan iklim dan kesihatan global, mewakili aspirasi lebih 650 juta rakyat ASEAN," katanya.Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri akan turut membawa delegasi perniagaan yang merangkumi gergasi korporat serta perusahaan inovatif Malaysia."Sebahagian daripada syarikat ini telah pun beroperasi dan mempunyai kepentingan perniagaan di Itali, Perancis atau Brazil, manakala selebihnya sedang meneroka peluang pelaburan baharu bagi memperluas jaringan global mereka."Sinergi sedemikian memastikan rundingan antara Kerajaan (G2G) disokong oleh kerjasama antara perniagaan (B2B), sekali gus memacu pasaran baharu, mengukuhkan operasi sedia ada dan meneguhkan kedudukan Malaysia di rantau strategik ini," katanya.Beliau berkata, pengurusan syarikat dibuat oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai kementerian bertanggungjawab dalam hal ehwal pelaburan, perdagangan dan industri setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri."Ini merupakan amalan sedia ada menerusi penglibatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)."Mereka menjadi pemudah cara bagi pemain industri dan syarikat Malaysia serta syarikat luar negara untuk membuat pelaburan atau usaha sama perniagaan, menerusi Mesyuarat Meja Bulat bersama pemimpin-pemimpin industri negara-negara yang dilawati," katanya.Antara delegasi perniagaan yang turut serta dalam lawatan itu adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Khazanah Nasional Bhd, Sunway dan Maybank.Sementara itu, Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri dan delegasi akan tiba di Kuala Lumpur pada 9 Julai dan terus menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN pada hari yang sama."Kerajaan Madani menaruh harapan tinggi agar rangkaian pertemuan di Rom, Paris dan Rio de Janeiro ini akan memperkasa persahabatan, memacu perdagangan, dan membuka limpahan peluang baharu demi kesejahteraan rakyat Malaysia serta seluruh warga ASEAN."Perdana Menteri turut memohon doa dan sokongan padu rakyat Malaysia agar setiap rundingan dipermudah dan setiap hasilnya kelak benar-benar membawa manfaat yang mampu dirasai semua lapisan masyarakat," katanya





Lawatan sulung Anwar ke Itali, teroka peluang baharu ekonomi - Duta Besar - Astroawani - 30/06 5:31 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan siri lawatan ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil bermula Selasa, 1 Julai 2025.





Anwar mulakan siri lawatan ke tiga negara bermula Selasa - Mkini - 30/06 4:47 pm

Perdana menteri akan melawat Itali, Perancis dan Brazil.





Ferrari Kalah Kes Cap Dagangan Terhadap Jenama Minuman Tenaga Malaysia - Piston - 30/06 3:12 pm

Pengeluar kereta mewah dari Itali, Ferrari, telah mengalami kekalahan dalam tindakan undang-undangnya di Malaysia apabila Mahkamah Tinggi menolak tuntutan mereka berhubung dakwaan pelanggaran cap dagangan terhadap sebuah syarikat tempatan, Sunrise-Mark Sdn Bhd





Kakak Mohamad Sabu meninggal dunia pada usia 76 tahun - SUN - 28/06 10:33 pm

Pemergiannya satu kehilangan besar yang amat dirasai. Pada ketika ini, saya sedang dalam perjalanan ke Rome (Itali) atas urusan rasmi kerajaan





Kakak Mohamad Sabu meninggal dunia - Sinarharian - 28/06 9:01 pm

KUALA LUMPUR - Kakak kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Zainab Sabu meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun.Perkara itu dimaklumkan Mohamad menerusi hantaran di Facebook hari ini."Allahyarhamah adalah seorang yang cukup penyayang, tabah dan banyak berkorban dalam kehidupan kami sekeluarga. Pemergiannya satu kehilangan besar yang amat dirasai."Pada ketika ini, saya sedang dalam perjalanan ke Rome (Itali) atas urusan rasmi kerajaan





Buletin Ferrari Hypersail Projek Kapal Layar Berprestasi, Guna Tenaga .. - Mekanika - 28/06 8:02 am

Kapal layar 100 kaki ini juga akan menjadi yang pertama di dunia dalam saiznya yang boleh beroperasi tanpa memerlukan sumber tenaga dari luar. Pembinaan kapal layar Hypersail sedang dijalankan di Itali





Buletin Wrc2 2025 – Pemandu Skoda Fabia Rs Rally2 Mahu Teruskan Aksi .. - Mekanika - 27/06 7:35 am

# WRC2 2025 - PEMANDU SKODA FABIA RS RALLY2 MAHU TERUSKAN AKSI CEMERLANG DI GREECE **Acropolis Rally Greece yang akan berlangsung hujung minggu ini akan menyaksikan suatu lagi persaingan sengit membabitkan kategori WRC2 dengan jentera Skoda Fabia RS Rally2 sekali lagi akan cuba mencari peluang untuk mencuri tahta kejuaraan di perlumbaan membabitkan permukaan batu kerikil yang paling mencabar di kejuaraan FIA World Rally Championship (WRC).** Masih segar dengan kemenangan di Acropolis Rally Greece melalui gandingan duo Itali, Roberto Dapr bersama Juruarah Luca Guglielmetti pastinya menyasarkan podium sekali lagi





Delap ledak gol sulung, Chelsea mara fasa kalah mati Piala Dunia Kelab - Sinarharian - 25/06 10:59 pm

Itu yang mempercepatkan proses penyesuaian. Berbeza dengan pemain seperti Dario Essugo, Mamadou Sarr atau Andrey, mereka memerlukan lebih masa kerana belum benar-benar memahami sistem kami," kata pengendali dari Itali itu.Delap tampil bertenaga dan menunjukkan tahap kecergasan serta ketajaman tinggi sesuatu yang dilihat mampu mengisi kekosongan ketajaman jentera serangan Chelsea yang tumpul sejak kebelakangan ini.Kemenangan ke atas Esperance bukan sahaja meningkatkan keyakinan skuad muda The Blues, tetapi turut memberi isyarat bahawa Chelsea kini berada di landasan tepat menuju kejayaan musim ini.





Hakim Danish tekad kekal konsisten, buru podium antarabangsa - Sinarharian - 24/06 7:20 am

PELUMBA berbakat negara, Hakim Danish Ramli tekad untuk terus konsisten dan berada di podium menjelang dua perlumbaan di pentas antarabangsa dalam tempoh tiga minggu.Hakim Danish akan bersaing pada perlumbaan JuniorGP di Mugello dua minggu lagi, selain RedBull MotoGp Rookies Cup di Jerman dari 12 hingga 13 Julai.Justeru pelumba berusia 17 tahun itu berharap peminat sukan permotoran negara terus mendoakan kejayaannya bagi mengharumkan nama negara di pentas dunia.Hakim Danish pada Ahad muncul naib juara pusingan keempat Kejuaraan RedBull MotoGp Rookies Cup di litar Mugello, Itali.Pelumba yang berasal dari Terengganu itu hanya dipisahkan 0.011 saat (s) di belakang pemenang perlumbaan 2 iaitu Veda Pratama dari Indonesia yang mencatat masa terpantas 26 minit 44.347s."Perlumbaan semalam (Ahad) sangat sukar sebab ramai pelumba berada dalam kelompok hadapan





CWC: Aksi terbaik Yildiz bersama Juventus - Kosmo - 23/06 3:10 pm

PHILADELPHIA – Bintang muda Juventus, Kenan Yildiz berada dalam kelas tersendiri apabila membantu gergasi Itali itu mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati Piala Dunia Kelab (CWC) 2025





#MotoGP2025: Marc Marquez Rai Kemenangan Ke-93 di GP Itali - Pandulaju - 23/06 1:16 pm

PELUMBA sensasi Ducati, Marc Marquez membuktikan keunggulannya di Mugello dengan memenangi Grand Prix MotoGP Itali 2025, [Baca Lagi...] The post #MotoGP2025: Marc Marquez Rai Kemenangan Ke-93 di GP Itali appeared first on PanduLaju.com.my .




Reformasi     >>



Brics a new frontier for M'sian businesses - Anwar - Mkini
The PM is on a visit to Brazil at the invitation of its president.
Kroni     >>



Anwar and Macron call for lasting truce in Gaza - Star
PARIS: Malaysia and France have both reiterated calls for a ceasefire in Gaza as the Asian leader paid an official visit to his European counterpart here. Read full story
Tabloid     >>



Seorang Penceramah Bebas Ditahan Polis, Disyaki Sebar .. - Lobakmerah
Gara-gara sebar video intim bersama empat orang isterinya, seorang penceramah bebas berusia 39 tahun baru-baru ini telah ditahan oleh pihak polis. Astro AWANI melaporkan bahawa video seks itu bukan hanya melibatkan keempat-empat orang isterinya malah ada juga beberapa wanita lain yang ..
Tech     >>



Here are the latest rumored battery specs and IP .. - Phonearena
Battery capacities and IP ratings leak for Sammy's new 2025 foldable handsets.
World     >>



Israel to send negotiators to Gaza talks despite .. - BBC
Benjamin Netanyahu says Hamas is seeking changes to a proposal for a ceasefire deal that Israel has accepted.
Motor Trend     >>



Proton Kini Terima Tempahan Untuk Proton X50 Serba .. - Piston
Proton mengumumkan bahawa tempahan untuk Proton X50 Serba Baharu kini dibuka secara rasmi, menyusuli majlis penuh semangat di Setia City Mall, yang bertemakan Proton X50 Serba Baharu: SEDIA UNTUK MENGGEGAR. Sejak penampilan sulungnya pada tahun 2020, Proton X50 telah mentakrifkan semula segmen ..