| /// |
|
| Search : Irene Sofiya News | Page 1 |
|
Perbaiki kelemahan, jangan tunggu hingga keluarga kehilangan anak – .. - Mygazette - 4/10 5:08 pm Ujarnya, angka itu sepatutnya menjadi amaran bahawa masalah buli tidak boleh lagi dilihat hanya berdasarkan kes-kes yang tular di media sosial. Kata beliau, terbaharu, kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairoul Faisal, 16 tahun, yang ditemukan dalam keadaan cedera di kawasan dewan sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat selepas hadir untuk kelas tambahan |
|
Medidik cadang SOP keselamatan sekolah dinilai, dikaji semula - Mygazette - 4/10 5:08 pm "Namun, isu keselamatan pelajar tidak boleh hanya diberi perhatian selepas berlakunya tragedi," katanya. Dalam kejadian pukul 5.30 petang semalam, pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemukan mati dengan kesan kecederaan pada badan dipercayai dibunuh dalam dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat |
|
Kematiannya sangat tragis, datuk Irene Sofiya mahu pesalah dikenakan .. - Mygazette - 4/10 5:08 pm # Kematiannya sangat tragis, datuk Irene Sofiya mahu pesalah dikenakan hukuman setimpal BATU PAHAT - Keluarga pelajar Tingkatan Empat yang maut dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng di sini semalam, menuntut keadilan dan mahu pesalah dikenakan hukuman setimpal |
|
Kematian pelajar: PM arah siasatan segera, menyeluruh dan telus - Mygazette - 4/10 5:08 pm Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara," katanya menerusi hantaran di media sosial. Terdahulu, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal |
|
Pelajar dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini - Mygazette - 4/10 5:08 pm Seorang daripada pelajar terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan. Ketiga-tiga pelajar berusia 16 tahun itu ditahan beberapa jam susulan penemuan mayat mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, pukul 5.30 petang semalam |
|
Jangan tunggu nyawa seterusnya melayang ??? Akmal - Mygazette - 4/10 5:08 pm Kes keganasan di sekolah salah siapa? Jangan tunggu nyawa seterusnya melayang baru mahu bertindak, katanya menerusi hantaran di Facebook. Beliau mengulas tragedi terbaharu melibatkan kematian pelajar tingkatan 4, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, jam 5.30 petang, semalam |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan - Sinarharian - 4/10 4:30 pm YONG PENG - Hasrat Irene Sofiya Mohd Khairool untuk mengadakan staycation bersama dengan rakan-rakan sambil meraikan ulang tahun kelahiran mereka pada Disember ini tidak kesampaian selepas pelajar Tingkatan Empat itu meninggal dunia dalam kejadian bunuh di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 16, berkata, mereka lazimnya mengadakan staycation setiap tahun pada Disember, sekali gus meraikan ulang tahun kelahiran Irene Sofiya dan dua lagi rakan dalam kumpulan berkenaan."Setiap tahun, memang kami buat staycation |
|
Nampak kaki Irene Sofiya bawah pentas, rakan jerit panggil pengawal .. - Hmetro - 4/10 4:25 pm Yong Peng: Hasrat Irene Sofiya Mohd Khairool untuk mengadakan staycation bersama dengan rakan-rakan sambil meraikan ulang tahun kelahiran mereka pada Disember ini tidak kesampaian selepas pelajar tingkatan empat itu meninggal dunia dalam kejadian bunuh di sebuah sekolah menengah di sini, semalam |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Pemimpin Pas gesa siasatan segera, audit keselamatan sekolah - Sinarharian - 4/10 3:51 pm SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa suatu siasatan yang segera dan menyeluruh berikutan laporan kes kematian seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di daerah Yong Peng, Batu Pahat, Johor.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kejadian tersebut nyata menggemparkan institusi pendidikan negara yang terus menerus dihantui dengan pelbagai tragedi mutakhir ini."Perkara utama yang menjadi tanda tanya di sini adalah apakah sekolah masih lagi merupakan kawasan selamat untuk anak-anak didik hadir dan belajar?"Kejadian buli apatah lagi kes-kes kematian yang dilaporkan saban waktu dan semakin meruncing ini memberikan suatu tanda bahawa institusi pendidikan negara berada dalam keadaan tidak selamat," katanya menerusi laman Facebook pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariSebelum ini, seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada Sabtu.Menurut sumber, remaja berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang.Tambah Afnan Hamimi, Pemuda Pas turut menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya mengenalpasti permasalahan akar yang berlaku di institusi pendidikan buat masa ini.Jelasnya, ia khususnya dari aspek akhlak dan moral murid yang turut berkait dengan disiplin mereka."Apakah sempadan ketegasan kepada para pendidik pada hari ini menyebabkan anak didik di sekolah semakin hilang pertimbangan mereka? Tepuk dada tanyalah selera," ulasnya.Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, KPM perlu melakukan audit segera terhadap aspek keselamatan sekolah.Beliau memberitahu, terutamanya kawalan selepas waktu persekolahan, kelas tambahan, pemantauan kawasan sekolah dan mekanisme mengesan ancaman keganasan dan salah laku dalam kalangan pelajar."Sekolah sepatutnya menjadi antara tempat paling selamat untuk anak-anak kita |
|
3 students arrested over alleged murder of 16-year-old female schoolmate in Johor - CNA - 4/10 3:43 pm Malaysia Prime Minister Anwar Ibrahim has called for a swift probe into the alleged murder of Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, who died after being found unconscious and covered in blood in a school hall in Yong Peng on Saturday. |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Sudah tiba masa bina semula kerangka sekolah selamat - Gagasan - Sinarharian - 4/10 3:31 pm SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) diminta melaksanakan Audit Keselamatan Sekolah secara nasional susulan kematian seorang remaja perempuan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor pada Sabtu.Timbalan Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Datuk Roslan Ariffin berkata, kejadian berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai kes terpencil, sebaliknya menjadi titik perubahan terhadap pendekatan keselamatan murid di sekolah.Menurut beliau, penilaian yang dijalankan perlu merangkumi keselamatan ketika kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum selain keberkesanan prosedur tindakan kecemasan di sekolah."Sekolah bukan sekadar tempat anak-anak kita belajar. Apabila ibu bapa menghantar anak ke sekolah, mereka sebenarnya menyerahkan satu amanah besar kepada sistem pendidikan negara."Amanah itu bukan sahaja untuk mendidik, tetapi memastikan anak mereka berada dalam persekitaran yang selamat sehingga kembali ke pangkuan keluarga," katanya dalam kenyataan pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanSebelum ini, mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dilapor datang ke sekolah untuk menghadiri kelas tambahan sebelum ditemui maut dipercayai dibunuh.Menurut Roslan, pihaknya turut mencadangkan mewujudkan Penilaian Risiko Keselamatan Sekolah yang dilaksanakan secara berkala di setiap institusi pendidikan itu."Sekolah perlu mengenal pasti lokasi, waktu dan situasi berisiko serta mempunyai mekanisme amaran awal sebelum sesuatu insiden berkembang menjadi tragedi."Jangan kita menunggu seorang lagi anak menjadi mangsa sebelum kelemahan dikenal pasti |
|
Al-Fatihah buat arwah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal. - Wrlr - 4/10 2:28 pm Kesedihan yang tidak berpenghujung terpaksa ditanggung sebuah keluarga apabila seorang pelajar Tingkatan Empat berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat. Mangsa yang dikenali sebagai Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal dipercayai datang ke sekolah pada sebelah petang untuk menghadiri kelas tuisyen |
|
Kes bunuh Irene Sofiya: Jangan sembunyi apa-apa, periksa semua - Fadhlina - Mkini - 4/10 1:55 pm Tindakan tegas akan diambil sekiranya wujud sebarang kecuaian atau kegagalan pihak bertanggungjawab, kata menteri pendidikan. |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: 'Tiada apa-apa boleh disembunyikan' - Fadhlina - Sinarharian - 4/10 1:20 pm SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menggesa agar semua perkara yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diperiksa secara menyeluruh tanpa cubaan untuk menyembunyikan apa-apa.Beliau berkata, ia termasuk rekod kehadiran murid ketika kelas tambahan dan aspek kawalan keselamatan serta rondaan di sekolah.Tegasnya lagi, syarikat kawalan keselamatan turut diminta memberikan kerjasama bagi melengkapkan semakan tersebut."Jika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil."KPM bakal memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak akan mendahului siasatan pihak polis."Sokongan kaunseling juga sedang diberikan kepada murid dan warga sekolah yang terkesan."Berikan keluarga ruang dan hormati proses siasatan. Kita mahu kebenaran diperoleh berdasarkan fakta dan bukan spekulasi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekSeorang pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor pada Sabtu.Remaja berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang.Mangsa yang dipercayai tinggal bersama neneknya dilapor datang ke sekolah pada sebelah petang untuk menghadiri kelas tambahan.Berita kehilangan Irene Sofiya disedari neneknya selepas rakan bertanyakan sama ada mangsa berada di rumah atau tidak pada tengah hari.Fadhlina turut memaklumkan, pihaknya sudah berada di Yong Peng untuk mendapatkan sendiri perkembangan berhubung kejadian yang meragut nyawa Irene Sofiya.Beliau menambah, taklimat daripada PDRM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat dan pihak sekolah mengenai kronologi kejadian sudah diterima termasuk tindakan yang sedang dijalankan."Saya turut bertemu keluarga mangsa di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat |
|
Pelajar maut di sekolah: Anwar mahu siasatan menyeluruh - Sinarharian - 4/10 12:49 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita beliau atas pemergian pelajar tingkatan empat Irene Sofiya Mohd Khairoul Faisal, yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, semalam.Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham dan mendoakan mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.Pada masa sama, Perdana Menteri telah mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta perkara sebenar yang berlaku."Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku."Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang," menurut hantaran itu.Anwar berkata, keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekDalam kejadian jam 5.30 petang semalam, media melaporkan Irene Sofiya, 16, ditemukan mati dengan kesan kecederaan di badan dipercayai dibunuh, di dalam dewan sekolah menengah di Yong Peng.Mangsa ditemukan nenek dan rakannya yang datang ke sekolah selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah, walaupun kelas tambahan sudah berakhir |
|
Kes kematian Irene Sofiya: PM arah siasatan segera, telus - FMT - 4/10 12:34 am Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas mengikut undang-undang sekiranya wujud sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan. |
|
Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek - Sinarharian - 4/10 12:33 am BATU PAHAT - Sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan selipar dirampas polis selepas menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng di sini pada Sabtu.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian.Menurutnya, suspek ditahan di sekitar Yong Peng selepas polis menerima maklumat berhubung penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah."Semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau."Turut dirampas daripada suspek adalah sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan sepasang selipar," katanya dalam kenyataan pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanDalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang 3 Oktober lalu, polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemui mangsa dalam sebuah dewan di sebuah sekolah di Yong Peng.Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, mengalami beberapa kecederaan di beberapa bahagian kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan dibenarkan ditahan selama enam hari bermula 4 hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian serta menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan. |
|
3 students arrested in Malaysia over murder of girl found dead at school - Scmp - 4/10 12:29 am Three male students have been detained by police in connection with the murder of a Form Four female student whose body was discovered at a school in Yong Peng, Malaysias Johor state, on Saturday. The victim, identified as 16-year-old Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, was found dead inside the school hall at around 5.30pm, Sinar Harian reported |
|
PM arah siasatan segera kes pelajar meninggal dunia di sekolah Yong Peng - Mkini - 4/10 12:25 am Anwar ucap takziah pada keluarga dan dukacita atas pemergian Irene Sofiya. |
|
Pelajar maut di Batu Pahat: PM arah siasatan segera, menyeluruh dan telus - Astroawani - 4/10 11:45 am Menerusi hantaran di akaun media sosial rasminya hari ini, beliau menzahirkan rasa amat berdukacita atas tragedi yang menimpa mangsa, Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal. |
|
Keselamatan murid semakin meruncing, Fadhlina didesak beri penjelasan di Dewan Rakyat - Sinarharian - 4/10 11:00 am KUANTAN - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek didesak agar memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat Isnin ini mengenai isu keselamatan murid di sekolah.Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, rakyat berhak mendapat jawapan segera mengenai isu itu.Menurutnya, tahap keselamatan murid di sekolah sudah semakin meruncing, membimbangkan dan tidak boleh diterima."Saya amat sedih dengan laporan satu lagi kematian pelajar di sekolah iaitu di Yong Peng semalam," katanya melalui kenyataan pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanTerdahulu media melaporkan, seorang pelajar tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng dekat sini pada Sabtu.Remaja berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang.Susulan kejadian itu, tiga pelajar lelaki ditahan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad, untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.Sementara itu, Saifuddin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa."Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya diberi ketabahan," ucapnya. |
|
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya - Mypress - 4/10 10:55 am BATU PAHAT – Tiga pelajar lelaki ditahan setelah disyaki ada kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat… |
|
Three male students detained over murder of schoolgirl Irene Sofiya - Malaymail - 4/10 10:54 am BATU PAHAT, Oct 4 Police have detained three 16-year-old male students in connection with the alleged murder of... |
|
Arwah Pandang Muka Saya, Angkat Tangan Sebelum Terkulai – Nenek Mangsa Bunuh - Rotikaya - 4/10 10:43 am Dalam keadaan sangat lemah dan tidak lagi mampu berkata-kata, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal masih sempat memandang wajah neneknya serta mengangkat tangan sebelum terkulai |
|
'Apa sebenarnya yang sedang berlaku' - Radzi Jidin persoal kes pelajar maut di sekolah - Sinarharian - 4/10 9:58 am SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melahirkan rasa sedih susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Empat yang ditemukan dalam keadaan lemah sebelum meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat pada Sabtu.Beliau berkata, kejadian berkenaan menimbulkan persoalan mengenai perkara yang sedang berlaku khususnya membabitkan keselamatan pelajar di sekolah."Sangat menyedihkan menerima berita seorang pelajar Tingkatan Empat yang hadir ke sebuah sekolah di Yong Peng untuk mengikuti kelas tuisyen, ditemui dalam keadaan lemah sebelum meninggal dunia."Apa sebenarnya yang sedang berlaku kebelakangan ini," katanya menerusi laman Facebook pada Ahad.Sebelum ini, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng.Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, ditemui neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanMenurut sumber, mangsa tinggal dengan neneknya selepas ibunya meninggal dunia, manakala bapa bekerja di Kuala Lumpur.Katanya, warga emas itu bergegas ke sekolah untuk mencari cucunya sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan lemah.Radzi turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi kehilangan berkenaan."Takziah buat keluarga mangsa |
|
Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini - Sinarharian - 4/10 9:55 am BATU PAHAT - Tiga pelajar lelaki ditahan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat sini, pada Sabtu.Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad, untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.Ketiga-tiga pelajar berusia 16 tahun itu ditahan beberapa jam susulan penemuan mayat mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, kira-kira jam 5.30 petang.Mereka adalah pelajar sekolah sama dengan mangsa Irene Sofiya yang disyaki dibunuh dengan kejam sebelum ditinggalkan dalam dewan di sekolahnya.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanDalam kejadian itu, mangsa ditemukan neneknya di sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan. |
|
Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco - Sinarharian - 4/10 8:34 am JOHOR BAHRU - Tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli, keganasan atau perlakuan jenayah yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah, tegas Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali.Penegasan itu dibuat susulan insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, yang ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, pada Sabtu.Beliau berkata, bagaimanapun, sama ada kejadian berkenaan mempunyai unsur buli, keganasan atau perlakuan jenayah perlu ditentukan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa dan bukannya spekulasi."Saya ingin menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli, keganasan atau perlakuan jenayah yang boleh mengancam keselamatan warga sekolah."Namun, sama ada insiden ini mempunyai unsur-unsur berkenaan hendaklah ditentukan berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa dan bukannya melalui spekulasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti fakta serta keadaan sebenar yang membawa kepada kematian pelajar berkenaan.Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat telah diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan.Katanya, kedua-dua agensi berkenaan turut diminta memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa serta komuniti sekolah yang terkesan dengan kejadian itu.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanBeliau berkata, sekolah sepatutnya kekal sebagai tempat selamat untuk setiap anak Johor menimba ilmu, membina masa depan dan berada dalam persekitaran yang melindungi keselamatan serta kesejahteraan mereka.Sehubungan itu, kerajaan negeri bersama JPNJ dan agensi berkaitan akan terus memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan di institusi pendidikan serta mengambil tindakan susulan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa.Beliau turut mengingatkan orang awam dan pengguna media sosial supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat kesimpulan awal yang boleh mengganggu proses siasatan.Dalam masa sama, beliau merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas kehilangan yang amat menyedihkan itu. |
|
Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan - Sinarharian - 4/10 8:27 am BATU PAHAT- "Dia antara pelajar terbaik di sekolah dan kami yakin dia mampu mendapat semua A dalam SPM tahun depan."Demikian kata seorang rakan sekelas Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, dekat sini, petang semalam.Rakan yang enggan dikenali itu berkata, Irene Sofiya seorang pelajar yang sangat fokus dalam pembelajaran selain aktif menyertai aktiviti sekolah."Dia suka fokus dalam pembelajaran dan aktif dalam aktiviti sekolah |
|
'Saya peluk Fiya sambil mengajarnya mengucap kalimah syahadah' - Nenek .. - Hmetro - 4/10 7:56 am Batu Pahat: Rakan jumpa Fiya dalam dewan sekolah, keadaannya sangat lemah. Waktu itu Fiya sempat pandang muka saya seketika dan angkat tangan sebelum terkulai, ujar Jameyah Rabani, 65, nenek kepada pelajar Tingkatan Empat, Airene Sofiya Mohd Khairol Faisal, 16, yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, di sini, petang semalam |
|
Pelajar ditemui maut di sekolah: Nenek pilu lihat Fiya terkulai dalam pangkuan - Sinarharian - 4/10 7:39 am BATU PAHAT "Dia sempat pandang muka nenek ketika dipangku sebelum pergi selamanya."Demikian luah Jameyah Rabani, 66, ketika melihat cucunya, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, dekat sini, petang Sabtu.Bercerita mengenai kejadian itu, Jameyah memberitahu dua rakan cucunya itu datang ke rumah untuk bertanyakan keberadaan Irene Sofiya atau lebih mesra dipanggil Fiya pada kira-kira jam 5.30 petang.Menurutnya, kedua-dua rakan berkenaan hairan apabila motosikal milik Fiya masih berada di sekolah, sedangkan mereka tidak menemuinya.Dia kemudian mengajak anak sulungnya Siti Nur Faeza, 45, yang baru sampai dari Kluang, ke sekolah yang terletak tiga kilometer dari rumah untuk mencari cucunya bersama dua rakan berkenaan."Kami pusing mencari di sekitar kawasan sekolah dan rakan-rakannya turut membantu sebelum salah seorang daripada mereka menemui Fiya di dalam dewan sekolah."Saya kemudian terdengar rakannya menjerit memanggil saya supaya segera datang kerana darah sudah banyak," katanya ketika ditemui di Kampung Parit Selamat, Yong Peng pada malam Sabtu.Jameyah memberitahu, sebaik tiba di lokasi, dia melihat cucunya masih memberikan reaksi apabila namanya dipanggil, namun berada dalam keadaan lemah dan berlumuran darah."Saya pegang dia, panggil nama Fiya dan ajar dia mengucap |
|
Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh - Sinarharian - 4/10 6:48 am BATU PAHAT - Seorang pelajar Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng dekat sini pada Sabtu.Menurut sumber, remaja berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang."Mangsa yang dipercayai tinggal dengan neneknya datang ke sekolah sebelah petang menghadiri kelas tuisyen."Berita kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal disedari neneknya selepas rakan mangsa bertanyakan mangsa berada di rumah atau tidak pada tengah hari tadi," katanya.Menurutnya, selepas menyedari mangsa tiada di rumah, neneknya bergegas ke sekolah dan menemui remaja berkenaan sudah terbaring dalam keadaan lemah."Mangsa ditemui terbaring lemah dengan kesan darah sudah kering, ada kesan lebam seperti kena pukul |
|
Suri rumah didakwa bunuh ibu - Mygazette - 3/10 7:05 am IPOH Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya di kediaman mereka di Menglembu minggu lalu |
|
Suri rumah didakwa bunuh ibu - Sinarharian - 2/10 11:16 am IPOH - Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan membunuh ibunya di sebuah rumah di Menglembu, minggu lalu.Tertuduh, Chew Loong Thye, 49, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Norizan Riduan, namun tiada pengakuan direkodkan.Mengikut pertuduhan, ibu seorang anak itu didakwa melakukan pembunuhan terhadap Ching Lai Kheng, 70, di sebuah rumah di Taman Wang, Menglembu dalam daerah Kinta antara jam 7.15 malam hingga 7.30 malam pada 27 September lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.Timbalan Pendakwa Raya, Ainin Sofiya Azlaini memaklumkan laporan patologi dan toksikologi masih belum diperoleh selain tiada jaminan ditawarkan.Tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah dia ada mengambil ubat psikiatri.Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan laporan psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 November depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan berkenaan termasuk psikiatri.Sebelum ini, media melaporkan, laporan kes itu diterima daripada menantu mangsa sebelum tangkapan terhadap suspek dibuat tidak lama selepas kejadian.Mangsa yang berada dalam keadaan terlantar difahamkan baru sahaja diambil pulang dari sebuah pusat jagaan warga emas di Pusing untuk dijaga di rumah. |
|
Di Sebalik Setiap Dinding Ada Kenangan Secangkir Cafe Diroboh Selepas Pemilik Meninggal Dunia Akibat Kemalangan - Beautifulnara - 25/09 5:28 pm Satu perkongsian di media sosial meraih perhatian apabila Secangkir Cafe yang pernah dibina dengan penuh rasa bangga terpaksa dirobohkan semula selepas pemiliknya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan |
|
RM30,000 funding gives young heart patient chance for surgery - Sinardaily - 24/09 10:00 am KUALA LUMPUR Three-year-old Muhammad Azuarauff Abdul Azim is among the children whose heart surgery was funded with RM30,000 through Sinar Di Hati: Sinar Untuk Jantung Si Kecil, a collaborative initiative between Sinar Harian and the National Heart Institute (IJN).His mother, Sofiya Maisarah Abdullah, 18, said Muhammad Azuarauff was diagnosed with Tetralogy of Fallot (TOF), a congenital heart defect involving four abnormalities, after a doctor detected an unusual sound in his chest during a routine monthly check-up.TOF involves four main heart abnormalities, including a hole in the heart, narrowing of the blood vessels or heart valve, thickening of the right heart wall and an overriding aorta.Children with TOF may experience symptoms such as bluish skin, lips and nails (cyanosis), fatigue, shortness of breath, excessive sweating and stunted growth.The doctor said they heard a sound from his chest, like there was phlegm |
|
Nahas 11 kenderaan: Mangsa kelima meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa - Sinarharian - 13/09 9:44 am TEMERLOH Seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada 31 Ogos lalu meninggal dunia selepas lebih 10 hari bertarung nyawa.Mangsa, Sebastian Seow Jhen, 18, yang juga pemandu Honda CR-V, disahkan meninggal dunia pada Sabtu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini selepas mengalami kecederaan parah dalam nahas berkenaan.Lebih memilukan, bapanya, Seow Beng Wain adalah antara empat mangsa yang maut dalam kemalangan sama.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kematian Sebastian menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut dalam nahas berkenaan meningkat kepada lima orang."Saya sahkan kematian remaja terbabit dan difahamkan mayat mangsa dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk disemadikan."Punca kematian kecederaan pada kepala dan badan akibat kemalangan jalan raya," katanya.Pada 1 September lalu, empat individu maut selepas lori tangki muatan simen dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan di lokasi kejadian.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob dilaporkan berkata, tiga mangsa yang menaiki Proton S70 ialah pasangan suami isteri, Muhammad Nazatullah dan Nur Atiqah Sofiya serta anak lelaki mereka, manakala Beng Wain merupakan penumpang sebuah Honda CR-V.Sementara itu, pemandu dan penumpang lapan kenderaan lain termasuk bas ekspres, Toyota Hilux, Toyota Alphard serta lima kereta lain mengalami kecederaan ringan.Dalam perkembangan berkaitan, pemandu lori tangki simen yang turut cedera parah dalam kemalangan itu, Zulkarnain Md Noh, 52, didakwa di hospital semalam atas empat pertuduhan berkaitan kematian empat mangsa dalam nahas berkenaan. |
|
Mangsa tragedi 11 kenderaan di LPT meningkat kepada lima - Mygazette - 13/09 7:02 am # Mangsa tragedi 11 kenderaan di LPT meningkat kepada lima TEMERLOH - Jumlah mangsa nahas di kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 31 Ogos yang membabitkan 11 kenderaan kini menjadi lima orang selepas seorang lagi mangsa terlibat dilaporkan meninggal dunia petang semalam |
|
Nahas 11 kenderaan: Pemandu lori didakwa empat pertuduhan bunuh - Sinarharian - 11/09 5:35 pm TEMERLOH -Seorang pemandu lori didakwa pada Jumaat atasempat pertuduhan membunuh empat individu dalam kemalangan pada 31 Ogos lepas.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Zulkarnain Md Noh, 52, kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Prosiding pendakwaan dijalankan diHospitalSultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini berikutan Zulkarnainsedang menerima rawatan di hospital itu.Berdasarkan kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Muhammad Nazatullah Nazmi,Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan,Muhammad Armaan Nazeef Muhammad Nazatullah dan Seow Beng Wai.Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira 10.30 malam, 31 Ogos lepas di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT)arah timurdi sini.Pertuduhan dikemukakanmengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Najimi Arif Nasarudin dan Anis Syakilla Zawawi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Nuur Fakhizaamenetapkan 12 Novemberinibagi serahan dokumen dan sebutan semula kes.Pada 1 September lalu,empat individu maut selepas lori tangki muatan simen dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan di lokasi kejadian.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob dilaporkanberkata, tiga mangsayang menaiki Proton S70 ialah pasangan suami isteri Muhammad Nazatullah dan Nur Atiqah Sofiya serta anak lelaki mereka, manakala Seow Beng Wai merupakan penumpang sebuah Honda CR-V.Beliau berkata, anak Beng Wai, Sebastian Seow Jhen, 18, yang memandu Honda CR-V, serta pemandu lori tangki berkenaan mengalami kecederaan parah dan dirawat di HoSHAS.Sementara pemandu dan penumpang lapan kenderaan lain termasuk bas ekspres, Toyota Hilux, Toyota Alphard serta lima kereta lainmengalami kecederaan ringan.-Bernama |
|
Pemandu lori terlibat nahas LPT Ogos lepas didakwa 4 pertuduhan membunuh - Mygazette - 11/09 4:07 pm # Pemandu lori terlibat nahas LPT Ogos lepas didakwa 4 pertuduhan membunuh TEMERLOH - Seorang pemandu lori hari ini berdepan empat pertuduhan membunuh empat individu dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) bulan lalu |
|
‘Beli RM20 Tapi Bayar RM100’ Sambutan Luar Biasa Operasi Terakhir Secangkir Cafe Bukti Murah Hati Rakyat Malaysia - Vocket - 5/09 5:23 pm Hari terakhir operasi Kafe Secangkir semalam meninggalkan seribu satu kenangan bermakna buat keluarga Allahyarham Nur Atiqah Sofiya |
|
‘Beli RM20 Tapi Bayar RM100’ Sambutan Luar Biasa Operasi Terakhir Secangkir Cafe Bukti Murah Hati Rakyat Malaysia - Hotfm - 5/09 5:23 pm Hari terakhir operasi Kafe Secangkir semalam meninggalkan seribu satu kenangan bermakna buat keluarga Allahyarham Nur Atiqah Sofiya. |
|
100 kek terakhir arwah Nur Atiqah Sofiya untuk pelanggan - Hmetro - 4/09 7:00 pm Kuantan: Kira-kira 100 potongan kek hasil air tangan Allahyarhamah Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan dijual kepada pelanggan bertuah hari ini, sempena hari terakhir pengoperasian Kafe Secangkir sebelum ia ditutup sepenuhnya |
|
Hari terakhir operasi Secangkir Cafe, sambutan pelanggan sentuh hati keluarga - Sinarharian - 4/09 5:50 pm KUANTAN - Sambutan luar jangka pelanggan pada hari terakhir operasi Secangkir Cafe di Sungai Karang di sini menyentuh hati keluarga apabila ada yang datang seawal jam 9.30 pagi untuk mendapat kek air tangan terakhir pemiliknya, Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32.Adik arwah Nur Atiqah Sofiya iaitu Muhammad Hazim Rais Mohd Kazwan, 26, berkata, keluarga pada awalnya tidak menyangka begitu ramai pelanggan hadir selepas mereka menguar-uarkan pembukaan kafe berkenaan buat kali terakhir menerusi platform Threads.Menurutnya, arwah kakaknya itu mempunyai ramai pelanggan tetap dan sering mendapatkan kek hasil air tangannya."Sambutan pelanggan pada hari terakhir Secangkir Cafe memang di luar jangka, tak sangka seramai ini pengunjung datang."Hanya 100 potong kek asli air tangan terakhir arwah Angah (arwah Nur Atiqah Sofiya) disediakan untuk pelanggan hari ini dan kuponnya habis diagihkan tak sampai setengah jam," katanya ketika ditemui di kafe itu pada Jumaat.Allahyarham Nur Atiqah Sofiya maut bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, 4, selepas Proton S70 yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer (KM) 110.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) dekat Temerloh padaIsnin lalu.Susulan tragedi itu, keluarga mengumumkan kafe yang beroperasi di Sungai Karang di sini itu tidak akan meneruskan operasinya.Muhammad Hazim Rais berkata, biarpun kupon sudah habis diagihkan, orang ramai tetap menunggu untuk mendapatkan minuman yang disediakan di kafe berkenaan selain beberapa barangan yang dilelong."Memang terharu dan sebak melihat sambutan ini |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |